PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
Peribahasa dan Fungsinya
1. FIKIRKAN & BINCANGKAN
APA ITU PERIBAHASA?
BAGAIMANA PERIBAHASA
DICIPTA?
APAKAH FUNGSI PERIBAHASA?
APAKAH PERIBAHASA
MASIH RELEVAN?
2. APA ITU PERIBAHASA?
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan
kata yang pendek dengan makna yang luas,
mengandungi kebenaran, sedap didengar
dan bijak perkataannya.
Susunanperkataannya mengandungi
maksud tersirat.
3. APA ITU PERIBAHASA?
Lahirdaripada cetusan fikiran orang
Melayu dahulu
Digunakan dalam pertuturan harian
Menggambarkan
• Sifat
• Kelakuan
• Keadaan
5. Simpulan Bahasa
Maksud yang berbeza daripada
makna harfiah kata-kata dalam
ungkapan
Ajak-ajak ayam
Pecah tembelang
Tembelang
6. Perumpamaan
Mengandungi makna tersurat dan
tersirat
Bagai tikus membaiki labu
Laksana wau melawan angin
Genggam bara api biar sampai jadi
arang
7. Bidalan
• Berfungsi sebagai nasihat seperti
perumpamaan (kekata ‘kalau’, ‘jika’)
• Ada makna dua lapis
Jika kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak
diduga
Maksud lapis pertama jelas dan maksud lapis
kedua menasihati orang yang sedikit ilmu dan
pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang
rumit.
8. Pepatah atau Perbilangan
Perbilangandisusun berangkap-rangkap
seperti ikatan puisi
Ia berkait rapat dengan peraturan,
adat istiadat, undang-undang atau
peraturan masyarakat
Bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat
9. Air dicencang tiada putus
(pepatah)
Perbalahanatau
pergaduhan antara
saudara-mara tidak akan
berpanjangan kerana
akhirnya mereka akan
berbaik-baik semula
10. Bagai harimau beranak muda
(perumpamaan)
Keadaanseseorang yang sangat bengis,
garang dan sebagainya
11. Bagai itik berebutkan tembolok
(perumpamaan)
(a)Perbalahan kerana sebab yang
terlalu kecil
(b)Perbalahan kerana makanan atau
keuntungan yang sedikit
Tembolok = kantung tempat menyimpan
makanan pd leher burung (ayam dll):
13. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
(pepatah)
(a) Seseorang anak itu akan menurut
sifat dan perangai ibu bapanya
(b)Keadaan seseorang itu menurut
asalnya
14. Bagai Belanda minta tanah
(perumpamaan)
Seorang yang tamak; diberi
sedikit hendak banyak, diberi
banyak hendak semuanya.
15. Bagai kaduk naik junjung
(perumpamaan)
Orang yang hina apabila mendapat
keistimewaan (mendapat pangkat) akan
menjadi mengada-ngada