SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  15
Télécharger pour lire hors ligne
H-S


                         PENGAKAP KANAK-KANAK
 Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform
(berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang dalam
pergerakan ini ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungi
ahli-ahli yang berumur antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid-murid
sekolah rendah)
          Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan
yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja
kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati
amat        sesuai   dijalankan     oleh    murid-murid     pada      peringkat    ini.
          Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh
dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak
mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat pula
menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia
berkhidmat di kalangan mereka.


            MATLAMAT PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK

      Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani
       dan jasmani mereka;
      Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik
       darjah;
      Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara
       memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;
      Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam
       bidang-bidang tertentu;
      Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka
       selaras dengan hasrat Rukunegara;
      Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di
       samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan
      Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan
       kepada sekolah dan masyarakat.




Nota Pengakap Kanak-Kanak                                                       Page 1
H-S


 PERLEMBAGAAN

Fasal 1 : Nama dan Alamat.
i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK)
   SEKOLAH ....................................

ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH ...........................
Fasal 2 : Tujuan Persatuan
i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.

ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin
    murid.

iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan.
Fasal 3 : Keahlian
i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).

ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.

iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan.
Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli.

i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam
   semua aktiviti persatuan.

ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam
    persatuan.

Fasal 5 : Mesyuarat.

i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk:
   - memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan.
   - kewangan
   - ucapan penangguhan
   - cadangan-cadangan

ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:
    a. Pengerusi
    b. Setiausaha
    c. Bendahari
    d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)

iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun
     berkenaan.

iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan.

v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli.



 Nota Pengakap Kanak-Kanak                                                                  Page 2
H-S


vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa.

Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan.

i. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala
              mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.

ii. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan
               surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan
               laporan tahunan persatuan.

iii. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan
                berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru
                Penasihat.
Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan.
i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :
   a. wang SUWA (Kokurikulum).
   b. sumbangan PIBG.
   c. derma daripada ahli dan orang ramai.

ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat
    kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.
Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan.

i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
   mesyuarat agung.

ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar.

Fasal 9 : Tafsiran.
i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu
   hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai
   perkara itu adalah muktamad.
Fasal 10 : Pembubaran.

i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir
   Sekolah.




 Nota Pengakap Kanak-Kanak                                                                 Page 3
H-S

Lencana Wajib
 Lencana Kegemaran




   Pendahuluan         Perlembagaan     Sejarah     Latihan             Aktiviti

  Lencana & Sijil      Cerita Hutan     Uniform      Lagu               Pautan




           Lencana                     Lencana                Lencana
          Keris Emas                  Keris Perak             Gangsa




Nota Pengakap Kanak-Kanak                                                Page 4
H-S




Penunggang Basikal       Renang




 Pembaca Buku        Peladang Kecil   Ahli Kraftangan




 Koleksi Hobi        Penghibur            Pelukis




 Pengembara      Pembaca Peta          Ahli Olahraga




                                                        Lencana Pengetahuan
  Pecinta Alam       Pecinta Alam     Ahli Pasukan
   Semulajadi        Sekitar          Permainan




  Pekerja Am




Nota Pengakap Kanak-Kanak                                                     Page 5
H-S




                                                      Lencana Perkhidmatan
 Penyelamat        Pengurus       Ahli Pertolongan
  Nyawa            Rumah             Cemas

              Jenis-Jenis Lencana Kepandaian Pengakap Kanak-Kanak




Nota Pengakap Kanak-Kanak                                                    Page 6
H-S




                       Rambu Pengakap Kanak-Kanak




Nota Pengakap Kanak-Kanak                           Page 7
H-S

CERITA HUTAN

AKELA

DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA

         Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala
sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka
mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-
batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada
diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah
diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika
ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.
         Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-
lati. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-
anak meeka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan
anak amsing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana
bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat
oleh anggota-anggota Kumpulan.
         Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut
sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila
Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba
Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku
semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.
         Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sidah agak dewasa
menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila
timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak
serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.
         "Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua
Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah
hendak bertempur bermati-matian utnuk mempertahankan Mowgli.
         Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap
dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekorberuang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak
serigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di
tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota
Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli.
         Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta
sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba
bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa
seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor
lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus
nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan.
         Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila
mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan
pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan
keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah
kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya.
        Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang
baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.




Nota Pengakap Kanak-Kanak                                                              Page 8
H-S

MOWGLI

        Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya
dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan.
Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari
makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu,
pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan
nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.




         Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam.
Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong
kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu
tidak jauh dari situ.
         Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba
dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia
ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu
adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri
apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.
         Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala
kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka
malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua
Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan
menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap
Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.
         Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu
Tabaqui, seekor rubah(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-
binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil
pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau
tempang itu memakan budak itu nanti.
         Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan
budak itu, yang didakwanya sebagai haknya,Bapa dan Ibu Serigala menentang.Shere Khan cuba
hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.

Nota Pengakap Kanak-Kanak                                                                Page 9
H-S

 Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak
 itu akan tetap menjadi mangsanya.
         Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar
 sebagai anak serigala di dalam hutan.




                           UNIFORM PENGAKAP KANAK-KANAK
BAJU       : Warna kelabu.
SELUAR     : Warna Biru Tua.
SARUNG KAKI : Biru Tua.
KASUT       : Hitam
SKAF       : Warna biru tua,dengan dua garisan - merah dan putih.
FORAGE CAP : Warna biru tua dengan satu garisan Merah.
              Lencana Ahli:                                   Lencana Bendera:
              Dipakai di tengah-tengah                        Dipakai di tengah-tengah kocek
              kocek(poket) sebelah KIRI                       (poket) sebelah KANAN




                Lengan Baju di sebelah kiri                     Lengan baju disebelah kanan
                dengan baju di sebelah kanan.




                Lencana Pangkat :                               Lencana Pangkat :
                Ketua Pasukan (Pek)                             Ketua Sekawan
                Dipakai di atas kocek (poket)
                sebelah KIRI

                Lencana Pangkat :
                Penolong Ketua Enam
                Sekawan




 Nota Pengakap Kanak-Kanak                                                          Page 10
H-S


                           Aktiviti Pengakap Kanak-kanak


                                       1. Laung Agong
                                        2. Persetiaan
                                     3. Undang-undang
                                        4. Kawat Asas
                                          5. Bendera
                                   6. Simpulan dan Ikatan
                                   7. Pertolongan Cemas
                                        8. Isyarat Sulit
                                         9. Memasak
                              10. Berkhemah secara Pengakap
                                           11. Gajet
                                   12. Kembara/ Tracking


                            AKTIVITI-AKTIVITI PENGAKAP
     Kursus Ketua Enam Sekawan
     Kursus Kemahiran Pengakap Kanak-Kanak
     Kursus Lencana Keris
     Kursus Ketua Petrol
     Kursus Lencana Kemajuan
     Pioneering Projek
     Hari Pengakap Sedunia
     Kempori
     Korobori
     Rovermoot
     Jambori
     Indaba
     Gillwell Union
     Kursus-Kursus Kepimpinan Manikayu
     Kursus Jurulatih
     Kursus Penolong Jurulatih
     Kursus Kemahiran Dan Teknik Untuk Pemimpin




Nota Pengakap Kanak-Kanak                                     Page 11
H-S


                                            LATIHAN

                                 Borang Ujian Lencana Keris Emas

Nama penuh :
Tahun         :
Sekolah       :
1.1 Kesetiaan (Ujian bertulis)

        Keputusan Ujian Bertulis                        Markah yang diperolehi



1.2 Kecekapan & Kemahiran (Bahagian praktikal /amali)

BIL       BIDANG            MARKAH          T/TANGAN               MARKAH CALON
                             PENUH           PENGUJI
 1    Teknik melipat           5
      bendera
 2    Isyarat Sulit              5

 3    Anduh                      5

 4    Simpul Bunga               5
      Geti
 5    Simpul Manok               5

 6    Simpul Sentak              5

 7    Simpul belit @             5
      Lilit Dua Sinpul
 8    Simpul Tindih              5
      Kasih
                                 40
1.3 Disiplin , Minat & Dayausaha

BIL      BIDANG             MARKAH          T/TANGAN               MARKAH CALON
                             PENUH           PENGUJI
 1    Pakaian                  5
      Seragam
      Pengakap
 2    Kajian Ikan                5

 3    Kajian                     5
      Tumbuhan
 4    Kajian                     5
      Binatang/Haiwan
 5    Koleksi Hobi               5

 6    Potensi Diri               5
                                 30

 Nota Pengakap Kanak-Kanak                                                       Page 12
H-S



Markah Komponen 1.1

Markah Komponen 1.2

Markah komponen 1.3

Jumlah 1.2+1.2+1.3

                             BUKU LOG

Lengkap

Tidak Lengkap




 Nota Pengakap Kanak-Kanak              Page 13
H-S



                                          SEJARAH
   Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya)
apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun
1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).

    Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah
diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu
yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh
G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

   Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan
Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli
pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang
Free School pada tahun 1915.

    Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13
tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar
(MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di
Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan
pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.

    Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh
Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar.
Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu
ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

   Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913
dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963
(penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada
Persekutuan Pengakap Malaysia.

    Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands
1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ
Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka &
Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle
1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis [ senarai pilihan]

                                      [sejarah pengakap]




 Nota Pengakap Kanak-Kanak                                                           Page 14
H-S




       PERSETIAAN PENGAKAP



 Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia,
        dengan seberapa daya-upaya saya akan,

          Taat kepada raja dan negara
           

        Menolong orang pada setiap masa

       Menurut undang-undang Pengakap




Nota Pengakap Kanak-Kanak                          Page 15

Contenu connexe

Tendances

Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4jamilputehsik
 
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunasDasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunasKPM- ex KPLI students
 
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linusKertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linusNoraini_84
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academyRPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academyRoza Yus
 
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsBahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsJay Atin
 
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docxGuru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docxAhmadTermiziBaharum1
 
Contoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapContoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapNorliza Bakri
 
Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini
Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkiniPanduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini
Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkiniaimanrais
 
Laporan perkhemahan
Laporan perkhemahanLaporan perkhemahan
Laporan perkhemahanamira ali
 
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasaStandard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasawanbaizura88
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHIskandar9844
 
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013Shuhada Osman
 
Rph pola 5 terbeza edited 2 copy
Rph pola 5 terbeza  edited 2  copyRph pola 5 terbeza  edited 2  copy
Rph pola 5 terbeza edited 2 copyRaziah Abdul Rahim
 

Tendances (20)

Rpi pendidikan khas
Rpi pendidikan khas   Rpi pendidikan khas
Rpi pendidikan khas
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sk tahun 4
 
Peraturan sekolah guru guru
Peraturan sekolah guru guruPeraturan sekolah guru guru
Peraturan sekolah guru guru
 
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunasDasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
 
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linusKertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus
Kertas kerja perjumpaan ibu bapa pemulihan & linus
 
Senarai tugas dan tanggungjawab
Senarai tugas dan tanggungjawabSenarai tugas dan tanggungjawab
Senarai tugas dan tanggungjawab
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
61749401 asas-perkhemahan
61749401 asas-perkhemahan61749401 asas-perkhemahan
61749401 asas-perkhemahan
 
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academyRPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 5 2022 2023 by rozayus academy
 
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsBahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
 
Pengurusan kewangan
Pengurusan kewanganPengurusan kewangan
Pengurusan kewangan
 
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docxGuru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
 
Pelan intervensi muzik.docx
Pelan intervensi muzik.docxPelan intervensi muzik.docx
Pelan intervensi muzik.docx
 
Contoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapContoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkap
 
Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini
Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkiniPanduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini
Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini
 
Laporan perkhemahan
Laporan perkhemahanLaporan perkhemahan
Laporan perkhemahan
 
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasaStandard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
 
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013
 
Rph pola 5 terbeza edited 2 copy
Rph pola 5 terbeza  edited 2  copyRph pola 5 terbeza  edited 2  copy
Rph pola 5 terbeza edited 2 copy
 

En vedette

Pergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islamPergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islamRais Wahab
 
NOTA SERAH TUGAS SMK CHE TOM
NOTA SERAH TUGAS SMK  CHE TOMNOTA SERAH TUGAS SMK  CHE TOM
NOTA SERAH TUGAS SMK CHE TOMSyadiyah Kamis
 
Buku panduan-krs-dan-tkrs
Buku panduan-krs-dan-tkrsBuku panduan-krs-dan-tkrs
Buku panduan-krs-dan-tkrsSapiah Khalid
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Jamaludin Mohamad Nawi
 
Penilaian Kokurikulum Terkini
Penilaian Kokurikulum TerkiniPenilaian Kokurikulum Terkini
Penilaian Kokurikulum Terkiniguesta1c1ec
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformRoiamah Basri
 

En vedette (7)

Pergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islamPergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islam
 
NOTA SERAH TUGAS SMK CHE TOM
NOTA SERAH TUGAS SMK  CHE TOMNOTA SERAH TUGAS SMK  CHE TOM
NOTA SERAH TUGAS SMK CHE TOM
 
Portfolio PBSM
Portfolio PBSMPortfolio PBSM
Portfolio PBSM
 
Buku panduan-krs-dan-tkrs
Buku panduan-krs-dan-tkrsBuku panduan-krs-dan-tkrs
Buku panduan-krs-dan-tkrs
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
 
Penilaian Kokurikulum Terkini
Penilaian Kokurikulum TerkiniPenilaian Kokurikulum Terkini
Penilaian Kokurikulum Terkini
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 

Similaire à PKK_SEJARAH

Budi pekerti 10 february 2021
Budi pekerti   10 february 2021Budi pekerti   10 february 2021
Budi pekerti 10 february 2021edo soehendro
 
Materi modul 52 organisasi dan administrasi gugus depan
Materi modul 52 organisasi dan administrasi gugus depanMateri modul 52 organisasi dan administrasi gugus depan
Materi modul 52 organisasi dan administrasi gugus depanIrfan Nur
 
405699971-POLBIN-ppt.ppt
405699971-POLBIN-ppt.ppt405699971-POLBIN-ppt.ppt
405699971-POLBIN-ppt.pptAgusMuharam17
 
METODE KEPRAMUKAAN.ppt
METODE KEPRAMUKAAN.pptMETODE KEPRAMUKAAN.ppt
METODE KEPRAMUKAAN.pptEWPK2018
 
Materi lt-pramuka1 2
Materi lt-pramuka1 2 Materi lt-pramuka1 2
Materi lt-pramuka1 2 Andre Data
 
Metode kepramukaan
Metode kepramukaanMetode kepramukaan
Metode kepramukaanputri eneliz
 
Materi kepramukaan lengkap
Materi kepramukaan lengkapMateri kepramukaan lengkap
Materi kepramukaan lengkapumar fauzi
 
Rbt ikan hiasan 2014
Rbt ikan hiasan 2014Rbt ikan hiasan 2014
Rbt ikan hiasan 2014Azaidi Razar
 
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRSKertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRSArifahAzlanShah2
 
Ldk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkanLdk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkanIERA
 
156894238 contoh-program-kerja-osis
156894238 contoh-program-kerja-osis156894238 contoh-program-kerja-osis
156894238 contoh-program-kerja-osisHilmi Halim
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 

Similaire à PKK_SEJARAH (20)

KEPENEGAKAN_PRAMUKA.pptx
KEPENEGAKAN_PRAMUKA.pptxKEPENEGAKAN_PRAMUKA.pptx
KEPENEGAKAN_PRAMUKA.pptx
 
Budi pekerti 10 february 2021
Budi pekerti   10 february 2021Budi pekerti   10 february 2021
Budi pekerti 10 february 2021
 
TKRS SK Pengenalan 2015
TKRS SK Pengenalan 2015TKRS SK Pengenalan 2015
TKRS SK Pengenalan 2015
 
KEPENEGAKAN.pptx
KEPENEGAKAN.pptxKEPENEGAKAN.pptx
KEPENEGAKAN.pptx
 
Siaga
SiagaSiaga
Siaga
 
Materi modul 52 organisasi dan administrasi gugus depan
Materi modul 52 organisasi dan administrasi gugus depanMateri modul 52 organisasi dan administrasi gugus depan
Materi modul 52 organisasi dan administrasi gugus depan
 
Asemen ppim yati
Asemen ppim yatiAsemen ppim yati
Asemen ppim yati
 
405699971-POLBIN-ppt.ppt
405699971-POLBIN-ppt.ppt405699971-POLBIN-ppt.ppt
405699971-POLBIN-ppt.ppt
 
METODE KEPRAMUKAAN.ppt
METODE KEPRAMUKAAN.pptMETODE KEPRAMUKAAN.ppt
METODE KEPRAMUKAAN.ppt
 
Materi lt-pramuka1 2
Materi lt-pramuka1 2 Materi lt-pramuka1 2
Materi lt-pramuka1 2
 
Metode kepramukaan
Metode kepramukaanMetode kepramukaan
Metode kepramukaan
 
Materi kepramukaan lengkap
Materi kepramukaan lengkapMateri kepramukaan lengkap
Materi kepramukaan lengkap
 
Makalah saka bayangkara pramuka
Makalah saka bayangkara pramukaMakalah saka bayangkara pramuka
Makalah saka bayangkara pramuka
 
Rbt ikan hiasan 2014
Rbt ikan hiasan 2014Rbt ikan hiasan 2014
Rbt ikan hiasan 2014
 
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRSKertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
 
Ldk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkanLdk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkan
 
156894238 contoh-program-kerja-osis
156894238 contoh-program-kerja-osis156894238 contoh-program-kerja-osis
156894238 contoh-program-kerja-osis
 
dwi dharma
dwi dharmadwi dharma
dwi dharma
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 

PKK_SEJARAH

  • 1. H-S PENGAKAP KANAK-KANAK Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform (berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang dalam pergerakan ini ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungi ahli-ahli yang berumur antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid-murid sekolah rendah) Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini. Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat pula menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka. MATLAMAT PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK  Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka;  Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;  Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;  Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu;  Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukunegara;  Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan  Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 1
  • 2. H-S PERLEMBAGAAN Fasal 1 : Nama dan Alamat. i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK) SEKOLAH .................................... ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH ........................... Fasal 2 : Tujuan Persatuan i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan. ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin murid. iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan. Fasal 3 : Keahlian i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6). ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun. iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan. Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli. i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti persatuan. ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam persatuan. Fasal 5 : Mesyuarat. i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk: - memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan. - kewangan - ucapan penangguhan - cadangan-cadangan ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada: a. Pengerusi b. Setiausaha c. Bendahari d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6) iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan. iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan. v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli. Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 2
  • 3. H-S vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa. Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan. i. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan. ii. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan. iii. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat. Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan. i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui : a. wang SUWA (Kokurikulum). b. sumbangan PIBG. c. derma daripada ahli dan orang ramai. ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan. Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan. i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar. Fasal 9 : Tafsiran. i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad. Fasal 10 : Pembubaran. i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir Sekolah. Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 3
  • 4. H-S Lencana Wajib Lencana Kegemaran Pendahuluan Perlembagaan Sejarah Latihan Aktiviti Lencana & Sijil Cerita Hutan Uniform Lagu Pautan Lencana Lencana Lencana Keris Emas Keris Perak Gangsa Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 4
  • 5. H-S Penunggang Basikal Renang Pembaca Buku Peladang Kecil Ahli Kraftangan Koleksi Hobi Penghibur Pelukis Pengembara Pembaca Peta Ahli Olahraga Lencana Pengetahuan Pecinta Alam Pecinta Alam Ahli Pasukan Semulajadi Sekitar Permainan Pekerja Am Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 5
  • 6. H-S Lencana Perkhidmatan Penyelamat Pengurus Ahli Pertolongan Nyawa Rumah Cemas Jenis-Jenis Lencana Kepandaian Pengakap Kanak-Kanak Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 6
  • 7. H-S Rambu Pengakap Kanak-Kanak Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 7
  • 8. H-S CERITA HUTAN AKELA DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu- batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari- lati. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak- anak meeka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak amsing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sidah agak dewasa menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian utnuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekorberuang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak. Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 8
  • 9. H-S MOWGLI Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya. Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri. Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang- binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti. Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya,Bapa dan Ibu Serigala menentang.Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 9
  • 10. H-S Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan. UNIFORM PENGAKAP KANAK-KANAK BAJU : Warna kelabu. SELUAR : Warna Biru Tua. SARUNG KAKI : Biru Tua. KASUT : Hitam SKAF : Warna biru tua,dengan dua garisan - merah dan putih. FORAGE CAP : Warna biru tua dengan satu garisan Merah. Lencana Ahli: Lencana Bendera: Dipakai di tengah-tengah Dipakai di tengah-tengah kocek kocek(poket) sebelah KIRI (poket) sebelah KANAN Lengan Baju di sebelah kiri Lengan baju disebelah kanan dengan baju di sebelah kanan. Lencana Pangkat : Lencana Pangkat : Ketua Pasukan (Pek) Ketua Sekawan Dipakai di atas kocek (poket) sebelah KIRI Lencana Pangkat : Penolong Ketua Enam Sekawan Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 10
  • 11. H-S Aktiviti Pengakap Kanak-kanak 1. Laung Agong 2. Persetiaan 3. Undang-undang 4. Kawat Asas 5. Bendera 6. Simpulan dan Ikatan 7. Pertolongan Cemas 8. Isyarat Sulit 9. Memasak 10. Berkhemah secara Pengakap 11. Gajet 12. Kembara/ Tracking AKTIVITI-AKTIVITI PENGAKAP  Kursus Ketua Enam Sekawan  Kursus Kemahiran Pengakap Kanak-Kanak  Kursus Lencana Keris  Kursus Ketua Petrol  Kursus Lencana Kemajuan  Pioneering Projek  Hari Pengakap Sedunia  Kempori  Korobori  Rovermoot  Jambori  Indaba  Gillwell Union  Kursus-Kursus Kepimpinan Manikayu  Kursus Jurulatih  Kursus Penolong Jurulatih  Kursus Kemahiran Dan Teknik Untuk Pemimpin Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 11
  • 12. H-S LATIHAN Borang Ujian Lencana Keris Emas Nama penuh : Tahun : Sekolah : 1.1 Kesetiaan (Ujian bertulis) Keputusan Ujian Bertulis Markah yang diperolehi 1.2 Kecekapan & Kemahiran (Bahagian praktikal /amali) BIL BIDANG MARKAH T/TANGAN MARKAH CALON PENUH PENGUJI 1 Teknik melipat 5 bendera 2 Isyarat Sulit 5 3 Anduh 5 4 Simpul Bunga 5 Geti 5 Simpul Manok 5 6 Simpul Sentak 5 7 Simpul belit @ 5 Lilit Dua Sinpul 8 Simpul Tindih 5 Kasih 40 1.3 Disiplin , Minat & Dayausaha BIL BIDANG MARKAH T/TANGAN MARKAH CALON PENUH PENGUJI 1 Pakaian 5 Seragam Pengakap 2 Kajian Ikan 5 3 Kajian 5 Tumbuhan 4 Kajian 5 Binatang/Haiwan 5 Koleksi Hobi 5 6 Potensi Diri 5 30 Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 12
  • 13. H-S Markah Komponen 1.1 Markah Komponen 1.2 Markah komponen 1.3 Jumlah 1.2+1.2+1.3 BUKU LOG Lengkap Tidak Lengkap Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 13
  • 14. H-S SEJARAH Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis [ senarai pilihan] [sejarah pengakap] Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 14
  • 15. H-S PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan seberapa daya-upaya saya akan, Taat kepada raja dan negara   Menolong orang pada setiap masa  Menurut undang-undang Pengakap Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 15