SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Perkembangan bayi dalam kandungan

Minggu 1
       Bayi Anda
   Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam
   rahim.

Minggu 2
       Bayi Anda
   Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan
   menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.

Minggu 3
       Bayi Anda
   Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel
   daripada organ badan yang akan bergabung.

Minggu 4
       Bayi Anda
   Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan
   kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat
   besar yang mengalirkan darah daripada jantung).

Minggu 5
       Bayi Anda
   Walaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses
   perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. Saiz embrio
   sudah mencecah 4 mm.

       Tubuh anda
   Haid anda tidak datang. Minggu ini merupakan minggu paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing yang
   boleh menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.

Minggu 6
        Bayi Anda
   Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut.Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan embrio
   dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat.Selain itu, saluran darah juga terbentuk.Saiz embrio kini sebesar
   jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

        Tubuh anda
   Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu akan membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga
   berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.
Perkembangan bayi dalam kandungan

Minggu 7
       Bayi Anda
   Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan
   lengannya kian berkembang.Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

       Tubuh anda
    Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama.Selain itu, jika anda berada dalam
    keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini.Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda
    mendapat rehat secukupnya.

Minggu 8
       Bayi Anda
   Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan
   lengannya kian berkembang.Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

       Tubuh anda
    Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama.Selain itu, jika anda berada dalam
    keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini.Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda
    mendapat rehat secukupnya.

Minggu 9
       Bayi Anda
   Bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan.Begitu juga dengan kaki dan
   tangannya.Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.

        Tubuh anda
    Berat anda mula bertambah.Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang
    dialami.Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.Jadi, beri perhatian
    khusus kepada kebersihan gigi.

Minggu 10
        Bayi Anda
   Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas
   terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan
   beratnya pula 5 g.

        Tubuh anda
    Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada
    biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa
    sesuai dengan saiz baru anda.
Perkembangan bayi dalam kandungan

Minggu 11
       Bayi Anda
   Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan
   berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan
   pada janin dan jangkitan tertentu.Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya
   pula 5.5 sm.

       Tubuh anda
   Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu
   mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.Selain itu, jika berasa khuatir dengan perubahan-
   perubahan yang berlaku, segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.

Minggu 12
       Bayi Anda
   Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit.Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah
   mula bernafas.Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan.Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk.Begitu
   juga dengan kukunya.Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya
   menukarkannya menjadi urin. Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala
   beratnya pula 20 gm.

       Tubuh anda
   Berat badan anda akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga
   minggu 20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya. Teliti gaya
   hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk
   anda dan kandungan.

Minggu 13
       Bayi Anda
   Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi.Pada tahap ini,
   fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya
   dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

       Tubuh anda
   Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda
   “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku.Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih
   gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14
       Bayi Anda
   Pada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang.Dagu, dahi dan hidung kini semakin
   menyerlah.Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan
   kening.Bayi anda kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm.

      Tubuh anda
   Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh
   yang demikian, jantung perlu bekerja kuat.Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit
   besar.Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.Hasil daripada pertambahan
   kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah
   waktu yang paling sesuai untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.
Perkembangan bayi dalam kandungan

Minggu 15
       Bayi Anda
   Tulang rangka bayi anda sedang giat berkembang.Kini kakinya lebih panjang daripada tangan.Rambut pada kepala
   juga semakin menebal.Begitu juga dengan kening dan bulu matanya.Semua makin jelas kelihatan.Bayi anda pada
   ketika ini sudah boleh mendengar.Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan
   jantung dan bunyi perut anda.Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm.

Minggu 16
       Bayi Anda
   Bayi semakin kerap bergerak.Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut
   halus.Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan.Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui
   semasa ultrasound dilakukan.Bayi anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.

       Tubuh anda
   Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah.Anda
   mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan.Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah
   terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea
   nigra semakin menyerlah. Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.

Minggu 17
       Bayi Anda
   Anggota badan bayi dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna.Deria rasanya juga sudah mula dibina.
   Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185
   gm.

        Tubuh anda
   Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya.Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di
   samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut.Selain perut, gusi juga mengalami sedikit
   gangguan.Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa dialami wanita hamil.Jangan risau.Pergilah bertemu doktor
   gigi untuk rawatan.

Minggu 18
        Bayi Anda
   Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak.Dia juga sangat aktif
   bergerak.Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar.Oleh yang demikian, janganlah terperanjat
   jika tiba-tiba bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga.Bayi anda kini berukuran kira-
   kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.

       Tubuh anda
   Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin
   mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak
   seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.
   Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh
   selain daripada pertambahan berat badan.

Minggu 19
       Bayi Anda
   Sama seperti anda, janin dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mereka mulai terbentuk
   dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul. Janin anda sudah menjangkau
   23 sm dengan beratnya kira-kira 285 gm.
Perkembangan bayi dalam kandungan

       Tubuh anda
   Saat ini berat badan anda semakin bertambah.Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang
   paling ketara pertambahan beratnya.Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu
   akan kembali seperti sedia kala setelah anda melahirkan.

Minggu 20
       Bayi Anda
   Vernis merupakan sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair
   amniotik semasa berada dalam kandungan.Bayi anda kini berukuran 25.5 sm dengan berat 340 gm.

      Tubuh Anda
   Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut
   yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan.Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata
   sebaliknya tertonjol keluar.Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing.

Minggu 21
        Bayi Anda
   Bayi anda kini sangat aktif. Hampir setiap saat anda akan dapat rasa pergerakannya. Jadi, tidak hairanlah kalau
   setiap malam tidur anda diganggu.Jika hal ini terjadi kepada anda, usap perlahan perut sambil berkata-kata kepada
   anak. Dipercayai dengan cara iniakan dapat menenangkan bayi. Kini, bayi sudah semakin besar dan beratnya kira-
   kira 390 gm dan dianggarkan 28 sm panjang.

       Tubuh Anda
   Pada masa ini anda berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi dalam
   kandungan.Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan
   rusuk yang semakin mengembang.Pada masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang
   sesuai untuk membuat persediaan menerima kehadiran cahaya mata.

Minggu 22
       Bayi Anda
   Bayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya ruang untuk mereka bergerak semakin kurang.Bayi anda kini
   mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya. Sistem pernafasan
   mereka masih dalam proses pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke salur
   darah. Bayi anda kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira 410 gm.

       Tubuh anda
   Tulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar. Untuk
   kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak mana yang anda mampu atau anda boleh mengangkat tangan
   dengan lurus melepasi kepala. Selain itu, jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan, amalkanlah kerana inilah
   waktu terbaik untuk anda cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami tidak berlarutan.

Minggu 23
       Bayi Anda
   Bayi anda kini sudah semakin sempurna pembentukannya.Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk sempurna dan
   jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan
   berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan apabila usia anak semakin
   meningkat. Bayi anda kini berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.

      Tubuh anda
   Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala
   anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini
Perkembangan bayi dalam kandungan

   akan hilang apabila anda berehat.

Minggu 24
       Bayi Anda
   Bayi anda semakin lasak bergerak.Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya.Degupan jantung bayi anda
   sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa.Bayi anda juga sudah boleh mendengar kata-
   kata anda dengan jelas.Kini berat bayi anda sudah menjangkau 500 gm dengan panjangnya 33 sm.

       Tubuh anda
   Tubuh anda kini mula menambah beratnya sebanyak setengah kilo seminggu. Dalam masa yang sama, kaki anda
   akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak. Untuk mengelakkan rasa tidak selesa,
   pastikan kasut yang sesuai.

Minggu 25
       Bayi Anda
   Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks.Tulang-temulang juga semakin keras.Kini,
   bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar
   mereka.Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh sedu.Bayi dalam kandungan
   anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm.

       Tubuh anda
   Anda kini kelihatan lebih berseri-seri.Muka semakin bercahaya.Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah di
   bawah kulit.Tekanan pada punci kencing juga adalah punca mengapa anda sering ke tandas.Kekejangan, sakit
   belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku.

Minggu 26
        Bayi Anda
   Walaupun bayi anda kelihatan kurus kering, mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak di bawah
   kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu badan sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi
   anda kini sepanjang 35 sm dengan berat 700 gm.

       Tubuh anda
   Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini sering tidak nyenyak.Selain daripada rasa tidak selesa semasa
   berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda
   berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan
   bantal.

Minggu 27
       Bayi Anda
   Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya.Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen
   anda.Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun
   genggaman tangan.Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.

       Tubuh anda
   Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah.Antara bahagian yang paling ketara
   pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara.Oleh yang demikian, pemakaian
   baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan
   anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin
   membesar.
Perkembangan bayi dalam kandungan

Minggu 28
        Bayi Anda
   Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia
   dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.Berat badannya
   kini mencecah 900 gm.

       Tubuh anda
   Payu dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa
   dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia
   kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda
   didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.

Minggu 29
       Bayi Anda
   Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut.Kepalanya mula sepadan dengan
   badan.Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya.Bulu pada badannya terus tumbuh.Matanya, boleh membuka dan
   ditutup dan mula fokus.Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.

      Tubuh anda
   Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan. Oleh yang
   demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring.

Minggu 30
       Bayi Anda
   Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan
   panjangnya lebih kurang 39 sm.

       Tubuh anda
   Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi
   adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

Minggu 31
        Bayi Anda
   Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya.Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak
   dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan
   memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar
   posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.

       Tubuh anda
   Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan
   berehat.Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan
   panas.

Minggu 32
       Bayi Anda
   Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi
   berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk
   keluar pada bila-bila masa.Berat badannya kini 1.6 kg.Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.
Perkembangan bayi dalam kandungan

        Tubuh anda
   Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang.Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental
   dan fizikal.

Minggu 33
        Bayi Anda
   Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna.Begitu juga halnya dengan paru-paru.Ketika ini, bayi mula berlatih
   bernafas.Ukuran janin kini berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8 kg.

       Tubuh anda
   Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat.Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk
   setiap minggu.Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Minggu 34
       Bayi Anda
   Berat badannya semakin bertambah.Matanya mula sensitif terhadap cahaya.Kening dan bulu mata kini sudah cukup
   matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip.Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk
   dengan sempurna.Berat badannya kini menjangkau 2 kg, Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm.

      Tubuh anda
   Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada peringkat ini.

Minggu 35
       Bayi Anda
   Bayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut.Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana ruang agak
   sempit.Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan panjangnya 44.5 sm.

      Tubuh anda
   Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa
   yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar
   rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila.Bersiap sedia dari sekarang.

Minggu 36
       Bayi Anda
   Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin.
   Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai
   bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.

      Tubuh anda
   Bernafas kini semakin tidak selesa.Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam
   kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Minggu 37
       Bayi Anda
   Bulu pada badan bayi mulai berkurangan.Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang
   membantu mematangkan organ pernafasan.Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.




       Tubuh anda
Perkembangan bayi dalam kandungan

   Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini.Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan
   takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini
   membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.

Minggu 38
       Bayi Anda
   Lemak mula terbina dalam badan bayi.Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu.Rambut mulai memancang
   sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan
   lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.

      Tubuh anda
   Sentiasa peka dengan perubahan diri.Patikan tanda-tanda ingin bersalin.Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke
   hospital.Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang.Kumpulkan tenaga untuk
   beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Minggu 39
        Bayi Anda
   Kini bayi matang sepenuhnya.Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.

      Tubuh anda
   Masa kini sudah tiba.Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap.Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu
   menghantui anda.Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

Minggu 40
Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada
secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.

More Related Content

What's hot

5. tanda tanda kehamilan--
5. tanda tanda kehamilan--5. tanda tanda kehamilan--
5. tanda tanda kehamilan--Devi Narti
 
Embriologi pada reproduksi akhir
Embriologi pada reproduksi akhirEmbriologi pada reproduksi akhir
Embriologi pada reproduksi akhirElka Simbolon
 
Vdocuments.site kesihatan diri-keluarga-topik-5-proses-reproduktif-manusia
Vdocuments.site kesihatan diri-keluarga-topik-5-proses-reproduktif-manusiaVdocuments.site kesihatan diri-keluarga-topik-5-proses-reproduktif-manusia
Vdocuments.site kesihatan diri-keluarga-topik-5-proses-reproduktif-manusiazazzulin zazzulin
 
Perkembangan janin
Perkembangan janinPerkembangan janin
Perkembangan janinayumasputri
 
Pertumbuhan dan perkembangan hasil konsepsi
Pertumbuhan dan perkembangan hasil konsepsiPertumbuhan dan perkembangan hasil konsepsi
Pertumbuhan dan perkembangan hasil konsepsisumarni .
 
5. tumbang hasil konsepsi
5. tumbang hasil konsepsi5. tumbang hasil konsepsi
5. tumbang hasil konsepsiNova Ci Necis
 
Biore tumbuh kembang fetus & plasenta by farida
Biore  tumbuh kembang fetus & plasenta by faridaBiore  tumbuh kembang fetus & plasenta by farida
Biore tumbuh kembang fetus & plasenta by faridaFarida Syarif
 
Kelahiran kecemasan
Kelahiran kecemasanKelahiran kecemasan
Kelahiran kecemasanTuan Haroun
 
perkembangan janin usia trimester ketiga
perkembangan janin usia trimester ketigaperkembangan janin usia trimester ketiga
perkembangan janin usia trimester ketigaSulistia Rini
 
KEHAMILAN DAN PERKEMBANGAN JANIN PPT
KEHAMILAN DAN PERKEMBANGAN JANIN PPTKEHAMILAN DAN PERKEMBANGAN JANIN PPT
KEHAMILAN DAN PERKEMBANGAN JANIN PPTNurindah Nurindah
 
Ipa biologi ix e- 03
Ipa biologi ix e- 03Ipa biologi ix e- 03
Ipa biologi ix e- 03AlikaDewanti
 
Prenatal presentation
Prenatal presentationPrenatal presentation
Prenatal presentationrakkas
 
Tanda tanda kehamilan dan pemeriksaan diagnostik kehamilan
Tanda  tanda kehamilan dan pemeriksaan diagnostik kehamilanTanda  tanda kehamilan dan pemeriksaan diagnostik kehamilan
Tanda tanda kehamilan dan pemeriksaan diagnostik kehamilaniiesti
 
Perkembangan janin Trimester kedua
Perkembangan janin Trimester keduaPerkembangan janin Trimester kedua
Perkembangan janin Trimester keduaSulistia Rini
 
Perkembangan pranatal
Perkembangan pranatalPerkembangan pranatal
Perkembangan pranatalZie Da
 

What's hot (20)

5. tanda tanda kehamilan--
5. tanda tanda kehamilan--5. tanda tanda kehamilan--
5. tanda tanda kehamilan--
 
Embriologi pada reproduksi akhir
Embriologi pada reproduksi akhirEmbriologi pada reproduksi akhir
Embriologi pada reproduksi akhir
 
Vdocuments.site kesihatan diri-keluarga-topik-5-proses-reproduktif-manusia
Vdocuments.site kesihatan diri-keluarga-topik-5-proses-reproduktif-manusiaVdocuments.site kesihatan diri-keluarga-topik-5-proses-reproduktif-manusia
Vdocuments.site kesihatan diri-keluarga-topik-5-proses-reproduktif-manusia
 
Perkembangan janin
Perkembangan janinPerkembangan janin
Perkembangan janin
 
Tumbuh kembang fetus
Tumbuh kembang fetusTumbuh kembang fetus
Tumbuh kembang fetus
 
Pertumbuhan dan perkembangan hasil konsepsi
Pertumbuhan dan perkembangan hasil konsepsiPertumbuhan dan perkembangan hasil konsepsi
Pertumbuhan dan perkembangan hasil konsepsi
 
5. tumbang hasil konsepsi
5. tumbang hasil konsepsi5. tumbang hasil konsepsi
5. tumbang hasil konsepsi
 
Biore tumbuh kembang fetus & plasenta by farida
Biore  tumbuh kembang fetus & plasenta by faridaBiore  tumbuh kembang fetus & plasenta by farida
Biore tumbuh kembang fetus & plasenta by farida
 
Kelahiran kecemasan
Kelahiran kecemasanKelahiran kecemasan
Kelahiran kecemasan
 
perkembangan janin usia trimester ketiga
perkembangan janin usia trimester ketigaperkembangan janin usia trimester ketiga
perkembangan janin usia trimester ketiga
 
KEHAMILAN DAN PERKEMBANGAN JANIN PPT
KEHAMILAN DAN PERKEMBANGAN JANIN PPTKEHAMILAN DAN PERKEMBANGAN JANIN PPT
KEHAMILAN DAN PERKEMBANGAN JANIN PPT
 
Ipa biologi ix e- 03
Ipa biologi ix e- 03Ipa biologi ix e- 03
Ipa biologi ix e- 03
 
Proses kehamilan
Proses kehamilanProses kehamilan
Proses kehamilan
 
Prenatal presentation
Prenatal presentationPrenatal presentation
Prenatal presentation
 
periodisasi perkembangan periode pranatal
periodisasi perkembangan  periode pranatalperiodisasi perkembangan  periode pranatal
periodisasi perkembangan periode pranatal
 
Tanda tanda kehamilan
Tanda tanda kehamilan Tanda tanda kehamilan
Tanda tanda kehamilan
 
Kehamilan
KehamilanKehamilan
Kehamilan
 
Tanda tanda kehamilan dan pemeriksaan diagnostik kehamilan
Tanda  tanda kehamilan dan pemeriksaan diagnostik kehamilanTanda  tanda kehamilan dan pemeriksaan diagnostik kehamilan
Tanda tanda kehamilan dan pemeriksaan diagnostik kehamilan
 
Perkembangan janin Trimester kedua
Perkembangan janin Trimester keduaPerkembangan janin Trimester kedua
Perkembangan janin Trimester kedua
 
Perkembangan pranatal
Perkembangan pranatalPerkembangan pranatal
Perkembangan pranatal
 

Viewers also liked

Terbakar dan melecur
Terbakar dan melecurTerbakar dan melecur
Terbakar dan melecurTuan Haroun
 
Bab 6 kejutan elektrik dan terbakar
Bab 6 kejutan elektrik dan terbakarBab 6 kejutan elektrik dan terbakar
Bab 6 kejutan elektrik dan terbakarIqa Syafiqah
 
Terbakar Dan Melecur
Terbakar Dan MelecurTerbakar Dan Melecur
Terbakar Dan MelecurnorazanePBSM
 
Luka Dan Pendarahan
Luka Dan PendarahanLuka Dan Pendarahan
Luka Dan PendarahannorazanePBSM
 
Kemalangan ditempat kerja
Kemalangan ditempat kerjaKemalangan ditempat kerja
Kemalangan ditempat kerjasyahirahhjsaad
 
Sistem Peredaran Darah
Sistem Peredaran DarahSistem Peredaran Darah
Sistem Peredaran DarahnorazanePBSM
 

Viewers also liked (10)

Keracunan
KeracunanKeracunan
Keracunan
 
Terbakar dan melecur
Terbakar dan melecurTerbakar dan melecur
Terbakar dan melecur
 
R E N J A T A N
R E N J A T A NR E N J A T A N
R E N J A T A N
 
Bab 6 kejutan elektrik dan terbakar
Bab 6 kejutan elektrik dan terbakarBab 6 kejutan elektrik dan terbakar
Bab 6 kejutan elektrik dan terbakar
 
Renjatan
RenjatanRenjatan
Renjatan
 
Terbakar Dan Melecur
Terbakar Dan MelecurTerbakar Dan Melecur
Terbakar Dan Melecur
 
Bab 3 jenis luka
Bab 3 jenis lukaBab 3 jenis luka
Bab 3 jenis luka
 
Luka Dan Pendarahan
Luka Dan PendarahanLuka Dan Pendarahan
Luka Dan Pendarahan
 
Kemalangan ditempat kerja
Kemalangan ditempat kerjaKemalangan ditempat kerja
Kemalangan ditempat kerja
 
Sistem Peredaran Darah
Sistem Peredaran DarahSistem Peredaran Darah
Sistem Peredaran Darah
 

Similar to Perkembangan bayi dalam kandungan

Makanan yang baik untuk menambah berat badan janin
Makanan yang baik untuk menambah berat badan janinMakanan yang baik untuk menambah berat badan janin
Makanan yang baik untuk menambah berat badan janinMoh Aunur Rofik Zarkasi
 
Perkembangan dan pertumbuhan janin (embrio) pada triester i
Perkembangan dan pertumbuhan janin (embrio) pada triester iPerkembangan dan pertumbuhan janin (embrio) pada triester i
Perkembangan dan pertumbuhan janin (embrio) pada triester iSeptian Muna Barakati
 
perkembangan janin pada trimester ke 3
perkembangan janin pada trimester ke 3perkembangan janin pada trimester ke 3
perkembangan janin pada trimester ke 3Sulistia Rini
 
TAHAP PERKEMBANGAN JANIN
TAHAP PERKEMBANGAN JANINTAHAP PERKEMBANGAN JANIN
TAHAP PERKEMBANGAN JANINFirdika Arini
 
Perkembangan dan pertumbuhan janin (embrio) pada trimester i, trimester ii
Perkembangan dan pertumbuhan janin (embrio) pada trimester i, trimester iiPerkembangan dan pertumbuhan janin (embrio) pada trimester i, trimester ii
Perkembangan dan pertumbuhan janin (embrio) pada trimester i, trimester iiSeptian Muna Barakati
 
Perkembangan Fisik dan Psikis
Perkembangan Fisik dan PsikisPerkembangan Fisik dan Psikis
Perkembangan Fisik dan PsikisTiti Imansari
 
kelas ibu hamil pematang lumut.pptx
kelas ibu hamil pematang lumut.pptxkelas ibu hamil pematang lumut.pptx
kelas ibu hamil pematang lumut.pptxClient1Wardana
 
Presentation Alruin di PPA.pptx
Presentation Alruin di PPA.pptxPresentation Alruin di PPA.pptx
Presentation Alruin di PPA.pptxRhoyLase
 
Tahap perkembangan janin stelah mit AKPER PEMKAB MUNA
Tahap perkembangan janin stelah mit AKPER PEMKAB MUNA Tahap perkembangan janin stelah mit AKPER PEMKAB MUNA
Tahap perkembangan janin stelah mit AKPER PEMKAB MUNA Operator Warnet Vast Raha
 
Kehamilan trimester dua
Kehamilan trimester duaKehamilan trimester dua
Kehamilan trimester duaSulistiya Rini
 
An introduction kelompok i pnc copy
An introduction kelompok i pnc   copyAn introduction kelompok i pnc   copy
An introduction kelompok i pnc copyrakkas
 
Kehamilan trimester dua
Kehamilan trimester duaKehamilan trimester dua
Kehamilan trimester duaChuliez Tiiya
 
Krida bina kesehatan keluarga
Krida bina kesehatan keluargaKrida bina kesehatan keluarga
Krida bina kesehatan keluargaAchmad Nur
 
Happy - Understanding & Caring for Newborn
Happy - Understanding & Caring for NewbornHappy - Understanding & Caring for Newborn
Happy - Understanding & Caring for NewbornMuhammad Yusuf
 
KESEHATAN IBU DALAM 270 HPK
KESEHATAN IBU DALAM 270 HPKKESEHATAN IBU DALAM 270 HPK
KESEHATAN IBU DALAM 270 HPKAnnisa Nabila
 
BIOLOGI.pptx
BIOLOGI.pptxBIOLOGI.pptx
BIOLOGI.pptxRisma77
 

Similar to Perkembangan bayi dalam kandungan (20)

Makanan yang baik untuk menambah berat badan janin
Makanan yang baik untuk menambah berat badan janinMakanan yang baik untuk menambah berat badan janin
Makanan yang baik untuk menambah berat badan janin
 
Perkembangan dan pertumbuhan janin (embrio) pada triester i
Perkembangan dan pertumbuhan janin (embrio) pada triester iPerkembangan dan pertumbuhan janin (embrio) pada triester i
Perkembangan dan pertumbuhan janin (embrio) pada triester i
 
perkembangan janin pada trimester ke 3
perkembangan janin pada trimester ke 3perkembangan janin pada trimester ke 3
perkembangan janin pada trimester ke 3
 
TAHAP PERKEMBANGAN JANIN
TAHAP PERKEMBANGAN JANINTAHAP PERKEMBANGAN JANIN
TAHAP PERKEMBANGAN JANIN
 
Perkembangan dan pertumbuhan janin (embrio) pada trimester i, trimester ii
Perkembangan dan pertumbuhan janin (embrio) pada trimester i, trimester iiPerkembangan dan pertumbuhan janin (embrio) pada trimester i, trimester ii
Perkembangan dan pertumbuhan janin (embrio) pada trimester i, trimester ii
 
Perkembangan dan pertumbuhan janin
Perkembangan dan pertumbuhan janinPerkembangan dan pertumbuhan janin
Perkembangan dan pertumbuhan janin
 
Konsep Kehamilan
Konsep KehamilanKonsep Kehamilan
Konsep Kehamilan
 
Perkembangan Fisik dan Psikis
Perkembangan Fisik dan PsikisPerkembangan Fisik dan Psikis
Perkembangan Fisik dan Psikis
 
kelas ibu hamil pematang lumut.pptx
kelas ibu hamil pematang lumut.pptxkelas ibu hamil pematang lumut.pptx
kelas ibu hamil pematang lumut.pptx
 
Presentation Alruin di PPA.pptx
Presentation Alruin di PPA.pptxPresentation Alruin di PPA.pptx
Presentation Alruin di PPA.pptx
 
Tahap perkembangan janin stelah mit AKPER PEMKAB MUNA
Tahap perkembangan janin stelah mit AKPER PEMKAB MUNA Tahap perkembangan janin stelah mit AKPER PEMKAB MUNA
Tahap perkembangan janin stelah mit AKPER PEMKAB MUNA
 
Kehamilan trimester dua
Kehamilan trimester duaKehamilan trimester dua
Kehamilan trimester dua
 
An introduction kelompok i pnc copy
An introduction kelompok i pnc   copyAn introduction kelompok i pnc   copy
An introduction kelompok i pnc copy
 
Kehamilan trimester dua
Kehamilan trimester duaKehamilan trimester dua
Kehamilan trimester dua
 
Kel 9
Kel 9Kel 9
Kel 9
 
Krida bina kesehatan keluarga
Krida bina kesehatan keluargaKrida bina kesehatan keluarga
Krida bina kesehatan keluarga
 
Happy - Understanding & Caring for Newborn
Happy - Understanding & Caring for NewbornHappy - Understanding & Caring for Newborn
Happy - Understanding & Caring for Newborn
 
KESEHATAN IBU DALAM 270 HPK
KESEHATAN IBU DALAM 270 HPKKESEHATAN IBU DALAM 270 HPK
KESEHATAN IBU DALAM 270 HPK
 
Ppt bu diana copy-1
Ppt bu diana   copy-1Ppt bu diana   copy-1
Ppt bu diana copy-1
 
BIOLOGI.pptx
BIOLOGI.pptxBIOLOGI.pptx
BIOLOGI.pptx
 

Recently uploaded

Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppt
Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare pptMateri Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppt
Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppticha582186
 
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptx
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptxKeperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptx
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptxnadiasariamd
 
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptx
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptxRENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptx
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptxrobert531746
 
polimeric micelles for drug delivery system.pptx
polimeric micelles for drug delivery system.pptxpolimeric micelles for drug delivery system.pptx
polimeric micelles for drug delivery system.pptxLinaWinarti1
 
B-01 Cushing's Syndrome Cushing's Syndrome..pptx
B-01 Cushing's Syndrome Cushing's Syndrome..pptxB-01 Cushing's Syndrome Cushing's Syndrome..pptx
B-01 Cushing's Syndrome Cushing's Syndrome..pptxUswaTulFajri
 
KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptx
KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptxKDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptx
KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptxawaldarmawan3
 
dr. Irma, Sp.A(K) Update Tatalaksana Tuberkulosis Anak & Remaja.pdf
dr. Irma, Sp.A(K) Update Tatalaksana Tuberkulosis Anak & Remaja.pdfdr. Irma, Sp.A(K) Update Tatalaksana Tuberkulosis Anak & Remaja.pdf
dr. Irma, Sp.A(K) Update Tatalaksana Tuberkulosis Anak & Remaja.pdfMeboix
 
VARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptx
VARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptx
VARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptxghinaalmiranurdiani
 
presentasi mola hidatidosa pada kehamilan
presentasi mola hidatidosa pada kehamilanpresentasi mola hidatidosa pada kehamilan
presentasi mola hidatidosa pada kehamilancahyadewi17
 
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretik
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretikobat sistem saraf pusat analgesik antipiretik
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretikSyarifahNurulMaulida1
 
ALAT KONTRASEPSI DAN MACAM-MACAM IMPLANT.ppt
ALAT KONTRASEPSI DAN MACAM-MACAM IMPLANT.pptALAT KONTRASEPSI DAN MACAM-MACAM IMPLANT.ppt
ALAT KONTRASEPSI DAN MACAM-MACAM IMPLANT.pptRaniNarti
 
ilide.info-infanticide-ampamp-aborsi-biko-pr_35775a8caae77ecbd6b2ac17ada4ce15...
ilide.info-infanticide-ampamp-aborsi-biko-pr_35775a8caae77ecbd6b2ac17ada4ce15...ilide.info-infanticide-ampamp-aborsi-biko-pr_35775a8caae77ecbd6b2ac17ada4ce15...
ilide.info-infanticide-ampamp-aborsi-biko-pr_35775a8caae77ecbd6b2ac17ada4ce15...WulanNovianti7
 
PPT-UEU-Keperawatan-Medikal-Bedah-I-Pertemuan-7.ppt
PPT-UEU-Keperawatan-Medikal-Bedah-I-Pertemuan-7.pptPPT-UEU-Keperawatan-Medikal-Bedah-I-Pertemuan-7.ppt
PPT-UEU-Keperawatan-Medikal-Bedah-I-Pertemuan-7.pptTriUmiana1
 
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologi
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologiBIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologi
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologiAviyudaPrabowo1
 
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.ppt
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.pptGizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.ppt
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.pptAyuMustika17
 
PENYULUHAN TENTANG KANKER LEHER RAHIM PADA USIA PRODUKTIF
PENYULUHAN TENTANG KANKER LEHER RAHIM PADA USIA PRODUKTIFPENYULUHAN TENTANG KANKER LEHER RAHIM PADA USIA PRODUKTIF
PENYULUHAN TENTANG KANKER LEHER RAHIM PADA USIA PRODUKTIFRisaFatmasari
 

Recently uploaded (16)

Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppt
Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare pptMateri Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppt
Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppt
 
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptx
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptxKeperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptx
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptx
 
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptx
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptxRENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptx
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptx
 
polimeric micelles for drug delivery system.pptx
polimeric micelles for drug delivery system.pptxpolimeric micelles for drug delivery system.pptx
polimeric micelles for drug delivery system.pptx
 
B-01 Cushing's Syndrome Cushing's Syndrome..pptx
B-01 Cushing's Syndrome Cushing's Syndrome..pptxB-01 Cushing's Syndrome Cushing's Syndrome..pptx
B-01 Cushing's Syndrome Cushing's Syndrome..pptx
 
KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptx
KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptxKDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptx
KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptx
 
dr. Irma, Sp.A(K) Update Tatalaksana Tuberkulosis Anak & Remaja.pdf
dr. Irma, Sp.A(K) Update Tatalaksana Tuberkulosis Anak & Remaja.pdfdr. Irma, Sp.A(K) Update Tatalaksana Tuberkulosis Anak & Remaja.pdf
dr. Irma, Sp.A(K) Update Tatalaksana Tuberkulosis Anak & Remaja.pdf
 
VARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptx
VARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptx
VARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptxVARICELLA_ppt.pptx
 
presentasi mola hidatidosa pada kehamilan
presentasi mola hidatidosa pada kehamilanpresentasi mola hidatidosa pada kehamilan
presentasi mola hidatidosa pada kehamilan
 
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretik
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretikobat sistem saraf pusat analgesik antipiretik
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretik
 
ALAT KONTRASEPSI DAN MACAM-MACAM IMPLANT.ppt
ALAT KONTRASEPSI DAN MACAM-MACAM IMPLANT.pptALAT KONTRASEPSI DAN MACAM-MACAM IMPLANT.ppt
ALAT KONTRASEPSI DAN MACAM-MACAM IMPLANT.ppt
 
ilide.info-infanticide-ampamp-aborsi-biko-pr_35775a8caae77ecbd6b2ac17ada4ce15...
ilide.info-infanticide-ampamp-aborsi-biko-pr_35775a8caae77ecbd6b2ac17ada4ce15...ilide.info-infanticide-ampamp-aborsi-biko-pr_35775a8caae77ecbd6b2ac17ada4ce15...
ilide.info-infanticide-ampamp-aborsi-biko-pr_35775a8caae77ecbd6b2ac17ada4ce15...
 
PPT-UEU-Keperawatan-Medikal-Bedah-I-Pertemuan-7.ppt
PPT-UEU-Keperawatan-Medikal-Bedah-I-Pertemuan-7.pptPPT-UEU-Keperawatan-Medikal-Bedah-I-Pertemuan-7.ppt
PPT-UEU-Keperawatan-Medikal-Bedah-I-Pertemuan-7.ppt
 
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologi
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologiBIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologi
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologi
 
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.ppt
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.pptGizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.ppt
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.ppt
 
PENYULUHAN TENTANG KANKER LEHER RAHIM PADA USIA PRODUKTIF
PENYULUHAN TENTANG KANKER LEHER RAHIM PADA USIA PRODUKTIFPENYULUHAN TENTANG KANKER LEHER RAHIM PADA USIA PRODUKTIF
PENYULUHAN TENTANG KANKER LEHER RAHIM PADA USIA PRODUKTIF
 

Perkembangan bayi dalam kandungan

  • 1. Perkembangan bayi dalam kandungan Minggu 1 Bayi Anda Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim. Minggu 2 Bayi Anda Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium. Minggu 3 Bayi Anda Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung. Minggu 4 Bayi Anda Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung). Minggu 5 Bayi Anda Walaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. Saiz embrio sudah mencecah 4 mm. Tubuh anda Haid anda tidak datang. Minggu ini merupakan minggu paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing yang boleh menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya. Minggu 6 Bayi Anda Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut.Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat.Selain itu, saluran darah juga terbentuk.Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan. Tubuh anda Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu akan membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.
  • 2. Perkembangan bayi dalam kandungan Minggu 7 Bayi Anda Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang.Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya. Tubuh anda Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama.Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini.Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya. Minggu 8 Bayi Anda Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang.Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya. Tubuh anda Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama.Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini.Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya. Minggu 9 Bayi Anda Bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan.Begitu juga dengan kaki dan tangannya.Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm. Tubuh anda Berat anda mula bertambah.Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami.Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi. Minggu 10 Bayi Anda Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5 g. Tubuh anda Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa sesuai dengan saiz baru anda.
  • 3. Perkembangan bayi dalam kandungan Minggu 11 Bayi Anda Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm. Tubuh anda Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.Selain itu, jika berasa khuatir dengan perubahan- perubahan yang berlaku, segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan. Minggu 12 Bayi Anda Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit.Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas.Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan.Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk.Begitu juga dengan kukunya.Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin. Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm. Tubuh anda Berat badan anda akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya. Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk anda dan kandungan. Minggu 13 Bayi Anda Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi.Pada tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti. Tubuh anda Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku.Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan. Minggu 14 Bayi Anda Pada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang.Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah.Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.Bayi anda kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm. Tubuh anda Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat.Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar.Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.
  • 4. Perkembangan bayi dalam kandungan Minggu 15 Bayi Anda Tulang rangka bayi anda sedang giat berkembang.Kini kakinya lebih panjang daripada tangan.Rambut pada kepala juga semakin menebal.Begitu juga dengan kening dan bulu matanya.Semua makin jelas kelihatan.Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar.Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm. Minggu 16 Bayi Anda Bayi semakin kerap bergerak.Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus.Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan.Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.Bayi anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm. Tubuh anda Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah.Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan.Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menyerlah. Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan. Minggu 17 Bayi Anda Anggota badan bayi dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna.Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm. Tubuh anda Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya.Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut.Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan.Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa dialami wanita hamil.Jangan risau.Pergilah bertemu doktor gigi untuk rawatan. Minggu 18 Bayi Anda Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak.Dia juga sangat aktif bergerak.Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar.Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga.Bayi anda kini berukuran kira- kira 21 sm dengan beratnya 235 gm. Tubuh anda Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan. Minggu 19 Bayi Anda Sama seperti anda, janin dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mereka mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul. Janin anda sudah menjangkau 23 sm dengan beratnya kira-kira 285 gm.
  • 5. Perkembangan bayi dalam kandungan Tubuh anda Saat ini berat badan anda semakin bertambah.Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya.Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu akan kembali seperti sedia kala setelah anda melahirkan. Minggu 20 Bayi Anda Vernis merupakan sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.Bayi anda kini berukuran 25.5 sm dengan berat 340 gm. Tubuh Anda Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan.Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar.Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing. Minggu 21 Bayi Anda Bayi anda kini sangat aktif. Hampir setiap saat anda akan dapat rasa pergerakannya. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap malam tidur anda diganggu.Jika hal ini terjadi kepada anda, usap perlahan perut sambil berkata-kata kepada anak. Dipercayai dengan cara iniakan dapat menenangkan bayi. Kini, bayi sudah semakin besar dan beratnya kira- kira 390 gm dan dianggarkan 28 sm panjang. Tubuh Anda Pada masa ini anda berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi dalam kandungan.Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang.Pada masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat persediaan menerima kehadiran cahaya mata. Minggu 22 Bayi Anda Bayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya ruang untuk mereka bergerak semakin kurang.Bayi anda kini mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya. Sistem pernafasan mereka masih dalam proses pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke salur darah. Bayi anda kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira 410 gm. Tubuh anda Tulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar. Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak mana yang anda mampu atau anda boleh mengangkat tangan dengan lurus melepasi kepala. Selain itu, jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan, amalkanlah kerana inilah waktu terbaik untuk anda cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami tidak berlarutan. Minggu 23 Bayi Anda Bayi anda kini sudah semakin sempurna pembentukannya.Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk sempurna dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan apabila usia anak semakin meningkat. Bayi anda kini berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440 gm. Tubuh anda Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini
  • 6. Perkembangan bayi dalam kandungan akan hilang apabila anda berehat. Minggu 24 Bayi Anda Bayi anda semakin lasak bergerak.Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya.Degupan jantung bayi anda sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa.Bayi anda juga sudah boleh mendengar kata- kata anda dengan jelas.Kini berat bayi anda sudah menjangkau 500 gm dengan panjangnya 33 sm. Tubuh anda Tubuh anda kini mula menambah beratnya sebanyak setengah kilo seminggu. Dalam masa yang sama, kaki anda akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak. Untuk mengelakkan rasa tidak selesa, pastikan kasut yang sesuai. Minggu 25 Bayi Anda Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks.Tulang-temulang juga semakin keras.Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka.Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh sedu.Bayi dalam kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm. Tubuh anda Anda kini kelihatan lebih berseri-seri.Muka semakin bercahaya.Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah di bawah kulit.Tekanan pada punci kencing juga adalah punca mengapa anda sering ke tandas.Kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku. Minggu 26 Bayi Anda Walaupun bayi anda kelihatan kurus kering, mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak di bawah kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu badan sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi anda kini sepanjang 35 sm dengan berat 700 gm. Tubuh anda Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini sering tidak nyenyak.Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal. Minggu 27 Bayi Anda Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya.Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda.Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan.Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm. Tubuh anda Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah.Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara.Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.
  • 7. Perkembangan bayi dalam kandungan Minggu 28 Bayi Anda Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.Berat badannya kini mencecah 900 gm. Tubuh anda Payu dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan. Minggu 29 Bayi Anda Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut.Kepalanya mula sepadan dengan badan.Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya.Bulu pada badannya terus tumbuh.Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm. Tubuh anda Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring. Minggu 30 Bayi Anda Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm. Tubuh anda Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu. Minggu 31 Bayi Anda Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya.Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm. Tubuh anda Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat.Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas. Minggu 32 Bayi Anda Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.Berat badannya kini 1.6 kg.Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.
  • 8. Perkembangan bayi dalam kandungan Tubuh anda Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang.Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal. Minggu 33 Bayi Anda Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna.Begitu juga halnya dengan paru-paru.Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.Ukuran janin kini berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8 kg. Tubuh anda Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat.Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu.Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah. Minggu 34 Bayi Anda Berat badannya semakin bertambah.Matanya mula sensitif terhadap cahaya.Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip.Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.Berat badannya kini menjangkau 2 kg, Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm. Tubuh anda Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada peringkat ini. Minggu 35 Bayi Anda Bayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut.Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana ruang agak sempit.Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan panjangnya 44.5 sm. Tubuh anda Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila.Bersiap sedia dari sekarang. Minggu 36 Bayi Anda Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm. Tubuh anda Bernafas kini semakin tidak selesa.Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang. Minggu 37 Bayi Anda Bulu pada badan bayi mulai berkurangan.Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan.Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm. Tubuh anda
  • 9. Perkembangan bayi dalam kandungan Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini.Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin. Minggu 38 Bayi Anda Lemak mula terbina dalam badan bayi.Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu.Rambut mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm. Tubuh anda Sentiasa peka dengan perubahan diri.Patikan tanda-tanda ingin bersalin.Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital.Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang.Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin. Minggu 39 Bayi Anda Kini bayi matang sepenuhnya.Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm. Tubuh anda Masa kini sudah tiba.Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap.Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda.Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital. Minggu 40 Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.