SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  52
Berikut adalah jenis-jenis khat yang sempat saya cari setakat ini, jenis-jenis khat ini saya dapati
ada tercatat di buku-buku rujukan khat seperti buku dari Jawad Sabti, dan ada diantaranya saya
dapati dari buku Sejarah Khat tulisan Ustaz Jainal Sakiban (Johor), dan juga beberapa buku
rujukan khat yang ada dalam simpanan saya. Mengikut pembacaan saya ada beratus jenis khat
yang telah wujud, ia merangkumi pembahagian-pembahagian yang tertentu, insyaAllah saya
akan sentiasa kemaskini apabila mendapat maklumat berkaitan.
Jenis-Jenis Khat
1. Khat Nasakh
2. Khat Nasakh Hadith
3. Khat Thuluth
4. Khat Thuluth Jali
5. Khat Req’ah @ Riq'ah
6. Khat Farisi @ Nasta’liq
7. Khat Dewani
8. Khat Dewani Jali
9. Khat Ijazah
10. Khat Hurr
11. Khat Kufi Fatimi
12. Khat Kufi Mushafi
13. Khat Kufi Fatimi
14. Khat Kufi Nisaburi
15. Khat Kufi Musattar
16. Khat Kufi Musyakkal
17. Khat Kufi Muwarraq
18. Khat Kufi Muzahraf
19. Khat Kufi Muzaiyan
20. Khat Kufi Madhfur
21. Khat Kufi Andalusi
22. Khat Kufi Mamluki
23. Khat Kufi Muhaqqaq
24. Khat Kufi Bassit
25. Khat Kufi Ayyubi
26. Khat Kufi Mutalasiq
27. Khat Kufi Muta’assir bil Rasm
28. Khat Kufi Murabba'
29. Khat Tajj
30. Khat Tughrak
31. Khat Nabti Arab
32. Khat Hijazi @ Madani @ al-Darij
33. Khat al-As’ar
34. Khat Asyribah
35. Khat al-Sami’i
36. Khat Narjisi
37. Khat Thuluthain
38. Khat Tumar
39. Khat Hafifuth Thulus
40. Khat Riqa’
41. Khat Tauqi’
42. Khat Thaqil Thuluth
43. Khat Mufattah
44. Khat Zamburi
45. Khat al-Haram
46. Khat al-Uhud
47. Khat Sijillat
48. Khat Mu’amarat
49. Khat al-Mansyur
50. Khat al-Dibaj
51. Khat Syami
52. Khat al-Jalil
53. Khat al-Mudammirat
54. Khat al-Khirfaj
55. Khat al-Marsa’
56. Khat al-Riasi
57. Khat Nasakh Khafif
58. Khat al-Qhabbar
59. Khat al-Nisf
60. Khat Nisf Khafif
61. Khat al-Haliyah
62. Khat al-Mudawwar al-Kabir
63. Khat Musalsal
64. Khat Musalsal al-Tauqi’
65. Khat Ghubar al-Hibah
66. Khat al-Muhammad
67. Khat al-Hawaiji
68. Khat al-Qasas
69. Khat al-Jinah
70. Khat Thuluth Khafif
71. Khat Raihan
72. Khat Muhaqqaq
73. Khat Zahab
74. Khat al-Matan
75. Khat Muqlah
76. Khat Thuluth Mu’tad
77. Khat Lu’lui
78. Khat al-Asy’ar
79. Khat al-Wasy
80. Khat al-Mudammij
81. Khat Mu’allaq
82. Khat al-Muqtarin
83. Khat Siaqat Sumbulu
84. Khat Thuluth Mahbuk
85. Khat Thuluth Handasi
86. Khat Thuluth Mutanazir
87. Khat Syekestah
88. Khat Farsi Mutanazir
89. Khat Farsi Mukhtazil
90. Khat Diwani Mutarabit
91. Khat Dewani Jali Hamayuni
92. Khat Dewani Jali Zauraq
93. Khat Sunbuli
94. Khat Sahifah
95. Khat Moalla
96. Khat Maghribi
97. Khat Sini (China)
98. Khat Nasakh Akhbar
Antara sumber bacaan:
Seni Khat, Keindahan Dalam Kepelbagaian “Sejarah, Tokoh dan Karya” oleh Jainal
Sakiban
Buku Koleksi Seni Khat Jawad Sabti
Buku-buku rujukan Seni Khat (koleksi rujukan peribadi)
Nota-nota (bahasa arab) mengenai Seni Khat

al-Haqir ila Allahi Bari,
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com
HURUF

‫ا، ب، ت، ث‬

Sebagai permulaan tutorial, saya akan mulakan dengan tutorial Khat Nasakh dengan belajar
kaedah menulis huruf-huruf berdasarkan kaedah titik. Cara ini dapat memudahkan penulispenulis
baru
untuk
mencuba.
Di atas saya tunjukkan step dari arah mana perlu bermula untuk mula menulis huruf alif dan ba,
juga cara sebutan hurufnya saya letakkan sekali bagi tujuan pembelajaran jawi.
Huruf ba, ta, dan sa, bentuknya sama, yang membezakannya adalah titik, dan titik itu ditulis
sama besar dengan mata pena yang digunakan, maknanya kelebarannya perlu sama, contoh di
atas
boleh
dilihat
dengan
jelas.
Garisan putus-putus itu mewakili satu garis panjang, di mana perlu meletakkan huruf tu apabila
ditulis dalam satu ayat panjang.
Bermula dengan menulis kaedah huruf adalah baik sebelum menulis satu ayat penuh, penulis
perlu melakukan banyak latih tubi bagi memahirkan dan melicinkan perjalanan penulisan,
selamat mencuba, semoga dengan sedikit ilmu ini dapat menarik minat semua untuk mempelajari
Seni
Khat
:)
InsyaAllah tutorial ini akan dibuat berperingkat-peringkat, seandainya masa mengizinkan, jika
ada yang berminat atau inginkan pertanyaan bolehlah bertanya pada saya.

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com
HURUF

‫ج،ح،خ‬
Berikut adalah cara-cara yang
terdapat dalam kaedah penulisan bagi huruf jim, ha, kho, dan ca.
Cuba tulis dengan mengikut langkah satu-persatu, dan setiap kali nak masuk ke langkah
seterusnya, rehatkan tangan sebentar, dan jangan angkat mata pena, kemudian teruskan ke
langkah seterusnya hingga akhir, saya ada buat potongan huruf di sini untuk menunjukkan fasa
terakhir tu adalah langkah yg agak sukar, untuk buat ekor, perlu ada keserasian dari sambungan
atasnya.
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com
HURUF

‫د، ذ، ر، ز‬

Alhamdulillah, dapat juga saya
paparkan tutorial terbaru untuk Khat Nasakh kali ini, iaitu huruf "dal", dan serupa juga dengan
kaedah penulisan huruf "dzal". Untuk kaedah huruf ini, tidak begitu susah untuk mula
menulisnya kerana huruf "dal" dan "dzal" merupakan kaedah yang termudah dalam Khat Nasakh
selain huruf "alif". 5 peringkat penulisan huruf "dal" dan "dzal" ini sepertimana gambar di atas.
Kaedah pertama dengan membentuk kepala huruf, dengan dilengkongkan sedikit, asas ini
penting untuk menulis huruf ha' (‫ ,)هـ‬yang mana saya akan paparkan nanti mengikut susunan
tutorial, insyaAllah. Kaedah titik dalam sesuatu penulisan dapat menghasilkan sebuah penulisan
yang lengkap dan teratur, kerana apabila ada pengulangan huruf yang sama, ianya akan menjadi
sekata.
Cuba tulis langkah demi langkah, dan setiap kali nak masuk ke langkah seterusnya, rehatkan
tangan sebentar, dan jangan angkat mata pena, kemudian teruskan ke langkah seterusnya hingga
akhir, bagi huruf ro dan zai, saya ada buat potongan skit pada ekornya utk menunjukkan fasa
terakhir itu adalah langkah yg agak sukar sikit. Untuk buat bahagian ekor, biasanya bagi yang
baru mula belajar, digalakkan untuk melukis, kalau dah biasa nanti boleh terus sambung,
lembutkan tangan masa menulis, jangan terlalu menekan, rosak mata pen nanti.
Sampai di sini sahaja untuk tutorial ini, andaikata ada pertanyaan mengenai tutorial ini, bolehlah
diajukan kepada saya, insyaAllah saya sedia membantu. Asta'zin.
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Huruf ‫ع، غ‬
Dalam tutorial khat nasakh keempat ini saya menunjukkan cara menulis huruf 'ain, huruf 'ain
boleh dikatakan agak susah untuk membentuk dan menulisnya, memerlukan seseorang penulis
untuk melakukan lebih latih tubi bagi memahirkan lagi dan melicinkan kaedah huruf. Penulisan
asas huruf ini amat penting sebelum belajar membuat huruf sambungan, dan apabila dapat
menguasai kaedah huruf 'ain ini insyaAllah akan menjadi mudah untuk menulis huruf ha, kha,
dan yang seumpama dengannya.
Sesiapa sahaja ada pertanyaan atau apa-apa persoalan mengenai tutorial ini bolehlah
dikemukakan kepada saya, insyaAllah saya sedia membantu.
Selamat

Mencuba
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.facebook.com/senikhat

Huruf ‫س،ش،ص،ض،ط،ظ‬
Assalamualaikum pada semua pengunjung, Alhamdulillah setelah sekian lama saya tidak
berkesempatan untuk kemaskini tutorial terbaru akhirnya berpeluang juga setelah usaha kecil
untuk mempromosikan dan membudayakan seni khat ini disedari oleh beberapa pihak yang
melihat akan kepentingannya pada generasi akan datang. Terbaru, saya diberi kepercayaan dan
peluang untuk mengajar seni khat di Selamat Pagi Malaysia TV1, slot Seni Khat dan Jawi yang
bersiaran secara langsung setiap hari Isnin jam 8.30 pagi, sementa menulis ini sudah 6 minggu
bersiaran, insyaAllah andai masih diperlukan khidmat slot ini diharapkan akan berterusan sampai
bila-bila. Bermula dari tawaran mengajar di Selamat Pagi Malaysia inilah membuatkan saya
ingin meneruskan kembali tutorial yang sudah agak lama tidak dikemaskini. InsyaAllah
diharapkan pada pengunjung yang berkesempatan untuk turut serta belajar marilah bersama
menonton kerana dengan medium sebegini sekurang-kurangnya ia dapat diwar-warkan dengan
lebih berkesan, kerana saya pasti ramai antara anda yang mencari-cari tempat serta cara untuk
mempelajarinya.
"Bersama membudayakan serta memartabatkan Seni Khat dan Jawi"
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Huruf ‫ف،ق،ك،ل،م‬
Assalamualaikum, berikut adalah tutorial terbaru bagi huruf fa, pa, qof, kaf, lam, dan mim,
semoga tutorial ini dapat memudahkan proses pembelajaran anda semua, sekiranya ada persoalan
mengenai proses penulis huruf-huruf di atas bolehlah bertanya di ruangan komen di bawah,
terima kasih.
"Bersama membudayakan serta memartabatkan Seni Khat dan Jawi"
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.facebook.com/senikhat
Sempena Hari Lebaran yang bakal menjelma ini saya ingin mengucapkan

"‫"تقبل الل منو ا ومنمكم‬
ْ‫مَ مَ اَّ مَ اَّ ْنِ اَّ مَ ْنِ مك‬
ُ ‫ّنِم‬
‘Taqabbalallahu minna waminkum’
"Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu"
Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada tutur bicara atau
perilaku yang telah mencalar perasaan sesiapapun. Sesungguhnya setiap manusia itu tidak
maksum dari melakukan kesilapan.
Allah SWT telah berfirman:
"dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu;
tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani"
(Surah An-Nuur 24:22)
Selamat Berbahagia di Aidilfitri
"Kullu 'am wa antum bikhair"
Dengan ingatan tulus ikhlas,
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Tulisan khat Nasakh & Kufi untuk penjenamaan semula logo Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Tulisan khat Nasakh untuk logo Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Tulisan khat untuk plak perasmian Kompleks Pejabat Agama Daerah Alor Gajah, Melaka

Tulisan khat Thuluth untuk bangunan Kompleks Majlis Agama Islam Melaka

Tulisan khat Nasakh untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Tulisan khat Thuluth 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'
Tulisan khat Thuluth untuk logo Semarak Jawi, Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Malaysia

Tulisan khat Thuluth untuk web Digital Mukmin

Tulisan khat Thuluth untuk thesis
Tulisan khat Thuluth untuk logo Fakulti Pengajian Qur'an dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tulisan khat Kufi untuk logo Fakulti Pengajian Qur'an dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Tulisan khat Thuluth nama 'Mohammad Mohyeddin & Mariani Omar' untuk kad jemputan kahwin

Tulisan khat Thuluth nama 'Moed Latif'
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

PENGENALAN KHAT KUFI

Khat Kufi merupakan sejenis khat yang popular selain khat Nasakh. Nama Kufi diambil bersempena dengan nama
sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf
khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat
sesuai diukir di mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya.
Khat Kufi merupakan asas kepada khat Arab. Ia telah mengalami perubahan daripada bentuk asalnya yang lurus dan
tegak kepada bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun bersumberkan daripada bentuk tumbuhan-tumbuhan yang
menjalar. Dengan dihiasi pelbagai variasi khat, telah terbentuk sejenis khat yang tidak lagi ditulis dengan
menggunakan pen khat, tetapi dilukis dengan pensil, menggunakan kertas graf, pembaris dan juga alat jangka lukis.
Khat Kufi dijadikan sebagai tulisan al-Qur'an di peringkat awal. Khat Kufi mempunyai identitinya tersendiri kerana
hanya ditulis oleh sesetengah khattat yang berjiwa seni. Huruf-huruf tunggal Kufi daripada alif hingga ya
mempunyai ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk yang pelbagai. Ketinggian dan panjang huruf ditulis oleh khattat
mengikut kedudukan yang sesuai dalam teks.
Khat Kufi telah melalui empat peringkat perkembangan zaman sehingga sampai ke puncaknya. Pertama, Kufi
Andalusi yang lahir di sepanjang zaman pemerintahan orang Arab di Andalusia pada tahun 752 Masihi. Kedua, Kufi
Fatimi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Fatimiyah yang memerintah Mesir dari tahun 909 sehingga
1171 Masihi. Ketiga, Kufi Ayyubi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Ayyubi yang memerintah Mesir,
Syria, dan Yaman dari tahun 1169 sehingga 1360 Masihi. Keempat, Kufi Mamluki yang lahir pada zaman
pemerintahan Kerajaan Mamalik yang memerintah Mesir dari tahun 1250 sehingga 1517 Masihi.
Diantara jenis-jenis khat Kufi yang lain adalah khat Kufi Basit, khat Kufi Murabba', khat Kufi Musattar, khat Kufi
Mutalasiq, khat Kufi Muwarraq, khat Kufi Muzakhraf, khat Kufi Madhfur, khat Kufi Muzayyin Nafsah, khat Kufi
Muta’assir bil Rasm, dan khat Kufi Musyakkal. Kesimpulannya, dalam penulisan khat Kufi terdapat kepelbagaian
dan pelbagai bentuk reka cipta. Penggunaan elemen hias dan kreativiti penulis semakin meningkat, tahap demi tahap
sebagaimana yang dizahirkan melalui karya-karya agung mereka. Antara khattat yang terkenal dalam penulisan khat
Kufi adalah Mahmud al-Hawari, Badawi, dan Muhammad 'Abdul Kadir. Di Malaysia, Ustaz Muhammad Asrak Hj
Mohd Osman terkenal dengan penulisan khat Kufi melalui karya-karyanya yang tersergam indah di bangunanbangunan sepertimana yang ada didalam Masjid Putra, Putrajaya ketika ini.

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat
Islam di Malaysia terutamanya kepada mereka-mereka yang banyak membantu saya dalam
kerjaya Seni Khat, kepada pengunjung-pengunjung blog saya yang tak seberapa ini, terima kasih
kerana memberikan sokongan yang berterusan kepada saya, insyaAllah semoga lebaran kali ini
kita dapat merayakannya dengan penuh bermakna di samping keluarga tersayang. Terima kasih
semua.
Di keheningan malam.....
Saat nur qadar menjenguk sanubari insan,
Bersemi kerinduan pada Ilahi,
Membawa mengisi ruang cakerawala,
Rintihan keinsafan memamah kesyahduan malam,
Menghiasi tabir munajat kelebihan seribu bulan,
Ramadhan.....
Kepergianmu menyimpan seribu satu kepiluan,
Deraian airmata keimanan,
Hanyut dalam harapan cahaya Ilahi,
Seketika.....
Kesyahduan berganti biasan sinar kemenangan,
Syawal memancarkan sinar kegembiraan,
Aidilfitri membina prasasti kemaafan,
Menghiasi taman-taman silaturrahim.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Salam Mauludur Rasul
"Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama
yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikan atas segala agama yang lain,
walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya."
(Surah At-Taubah : 33 / Surah As-Sof : 9)
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com
Salam Ma’al Hijrah 1435

"May Allah's light always fills the pages of your life. Kullu 'am wa antum bikhair"
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434 Hijriah
Salam Ma’al Hijrah 1435

"May Allah's light always fills the pages of your life. Kullu 'am wa antum bikhair"
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434 Hijriah
Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma ini saya ingin mengucapkan

"‫"تقَبل اَلل منو ا ومنمكم‬
ْ‫مَ مَو اّ مَ و اّ ْنِ و اّ مَ ْنِ مك‬
ُ ‫َنِم‬
"Taqabbalallahu minna waminkum"
"Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu"
Moga Ramadhan ini kita mendapat keampunan Allah dan diterima amal taqwa kita hingga
bertemu Ramadhan akan datang. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabatku sama ada
yang dikenali mahupun tidak, semoga Aidilfitri kali ini memberi sebuah kemenangan yang
bermakna pada diri dan dapat merapatkan ukhwah antara kita, InsyaAllah. Mohon maaf atas
segala kekhilafan.
Selamat Berbahagia di Aidilfitri
"Kullu 'am wa antum bikhair"
Dengan ingatan tulus ikhlas,
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com
Ramadhan Al-Mubarak
Khat Dewani Jali

PENGENALAN KHAT DIWANI JALI
Khat ini dicipta oleh khattat Shahla Basya pada zaman pemerintahan Kerajaan 'Utmaniyyah.
Khat ini dianggap sebagai kesinambungan daripada khat Diwani biasa. Khat ini dinamakan Jali
yang bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Tujuan
penggunaannya ialah untuk tulisan rasmi diraja dan surat-menyurat kepada kerajaan asing.
Bentuk hurufnya memenuhi ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan berupa geometri
yang tersusun indah. Daripada jenis khat ini terciptalah bermacam-macam rupa bentuk hasil
karya

penulis-penulis

khat

yang

mahir.

Khat Diwani Jali ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu khat Diwani Jali Mahbuk, Diwani Jali
Hamayuni, dan Diwani Jali Zauraq (bentuk Perahu). Khat Diwani Jali Mahbuk ditulis dengan
menyusun huruf dan ragam hias dengan teratur dan dapat melahirkan bentuk tulisan yang indah,
sepertimana pada contoh utnuk terbitan kali ini. Khat Diwani Jali Hamayuni pula biasanya
ditulis oleh penulis-penulis khat Turki yang ditugaskan untuk menulis titah Sultan. Khat Diwani
Jali Zauraq adalah jenis khat yang dipengaruhi oleh seni lukis. Kebanyakan penulis khat
menghasilkan khat ini dengan menulis ayat-ayat sehingga membentuk seakan perahu atau kapal
laut. Khat Diwani Jali Zauraq ini dikatakan agak mencabar dan sukar untuk menulisnya, ianya
memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan sesebuah karya.
Kesimpulannya, khat Diwani Jali ini dapat dilihat pada seninya bentuk tulisan, penyusunan huruf
yang indah dan keserasian kalimah-kalimah yang diadun dengan begitu sempurna.

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Khat Thuluth

Daripada Anas bin Malik .a., sabda Rasulullah S.A.W.:

ُ ‫مَ مكْ مَ مَ ْنِ مَ مكْ مَ مَ مَ مَ مَ مَ َنِم ُ مَ مَ ْنِ مكْ مَ ْنِ مَ مكْ مَ مكْ مَ مَ َنِم‬
‫ال إيمو ان لمن ال أمو انة له ، وال دين لمن ال عهد له‬
Maksudnya :
“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang
yang tidak menepati janji”
Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Hibban dan al-Baihaqi
PENGENALAN KHAT THULUTH
Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf
menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar mata
pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi pelbagai
khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi. Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu tulisan)
dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai banyak kaedah,
menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta
memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Biasanya khat ini ditulis dengan pena
yang lebar matanya diantara 2 hingga 3 mm.
Jika ia lebih lebar daripada itu maka orang-orang Turki memanggilnya tuqechah thuluth yakni
thuluth yang dibesarkan. Kemudian ia dikenali dengan nama thuluth jali (sumber-sumber arab
silam mensifatkan dengan panggilan jalil al-thuluth). Apabila mata pena lebih besar daripada
saiz yang tetap pada pena yang biasa maka dibuat untuknya pena daripada kayu. Saiz-saiz tulisan
jali berada pada kadar yang tangan manusia mampu memegang penanya (Qadi al-Askar Mustafa
’Izat Afandi dalam menulis loh-loh di masjid Aya Sufia menggunakan mata pena yang luasnya
mencapai 35sm). Jika keadaan memerlukan tulisan-tulisan itu melebihi saiz tersebut atau bersaiz
besar, maka ia ditulis mengikut saiz thuluth jali yang biasa kemudian dilakukan pembesaran
(enlargement) mengikut kaedah empat segi atau menggunakan pelbagai peralatan teknologi yang
terdapat pada hari ini seperti photocopy, komputer dan sebagainya.
Bentuk thuluth yang lebar mata penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali, manakala yang
melebihi 2mm ialah Thuluth Aadi. Ia diperkenalkan oleh Ibrahim al- Sajzi dan banyak digunakan
sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama surah dan hiasan kulit buku. Seseorang penulis khat
tidak dianggap penulis yang mahir dalam seni ini sekiranya tidak benar – benar berkemahiran
dalam bentuk Khat Thuluth.
Perhatian berat para ahli khat terhadap khat thuluth, khususnya khat thuluth jali sepanjang
sejarah khat bukanlah merupakan satu perkara yang lahir secara mendadak. Khat ini dikenali
dengan tulisan yang agak cantik. memandangkan ia tidak dapat ditulis secepat khat nasakh maka
ia biasanya digunakan untuk tujuan-tujuan seni yang khusus, bukan untuk tujuan penulisan biasa.
Oleh itu kita sering dapati khat ini dalam kepingan-kepingan seni, muraqqa’at dan loh-loh serta
hasil kerja seni yang lain. Khat ini menyebabkan orang yang memandangnya akan membiasakan
diri mereka dengan unsur keindahan dan gerakan yang tersusun.
Keistimewaan thuluth (khususnya thuluth jali) daripada segala jenis khat yang lain ialah ia boleh
di letakkan dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi empat, bujur
dan sebaginya. Para jurukhat yang menitikberatkan khat ini sering melakukan pembaharuan
struktur (olahan) dengan khat ini yang merangkumi dua lapisan huruf atau lebih yang
sebahagiannya diletakkan di atas sebahagian yang lain mengikut susunan bacaan. Ini merupakan
kerja yang sangat sukar, hanya mampu dilakukan oleh jurukhat yang mahir dan berkaliber.
kadangkala satu ungkapan ditulis dalam beberapa struktur yang mengandungi pelbagai bentuk
dan tulisan. Peniruan sesetengah jurukhat terhadap struktur-struktur para jurukhat silam dan
digunakan secara komersial tanpa menerangkan sumber yang beliau dapati sebenarnya
merupakan pancabulan terhadap hak-hak mereka dan satu amalan yang tidak wajar.
©arabiccalligraphy

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Khat Farsi

Sabda Rasulullah S.A.W:

ِ‫مَ مَ مكْ مَ مَ مَ َنِم ُ مكْْنِ  اً مَ مَ مَ َنِم ُ َنِم ُ ْنِ ْنّ مكْ مَ مَ ْنِ مَ ْن‬
‫ومن ستر مسلمو ا ستره ا و اّ ف ى الدنيو ا والخرة‬
‫َلل‬
Hadis diriwayatkan oleh Muslim
Makna hadith:
“Sesiapa yang melindungi maruah saudaranya yang Muslim, Allah akan melindungi maruahnya
di dunia dan akhirat”.
PENGENALAN KHAT FARSI
Masyarakat Iran terutamanya dari golongan Samaniyah, sejak dahulu lagi amat berminat dengan
kesenian yang merupakan warisan turun-temurun datuk nenek mereka. Mereka menulis
menggunakan sejenis khat yang dinamakan khat Bahlawi sebelum kedatangan Islam ke Parsi.
Nama khat ini diambil daripada perkataan Bahla sebuah tempat antara Asfahan dan Azerbaijan.
Setelah kedatangan Islam dari Semenanjung Arab ke Parsi dan pemerintahan Islam telah kukuh,
masyarakat Iran pada masa itu telah menukar tulisan Bahlawi kepada tulisan Arab dan
dinamakan dengan khat Ta’liq. Hakikatnya, orang Iran telah mengambil khat al-Qirmuz, iaitu
khat yang digunakan untuk penulisan al-Qur’an pada masa itu dan kemudian menamakannya
khat Ta’liq. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kaedah tulisannya yang asal diambil
daripada khat al-Tahrir, khat Riq’ah dan khat Thuluth.
Keindahan khat Farsi terletak pada bentuk lengkungan hurufnya yang menarik, kurangnya
penggunaan garis menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan serta memanjang.
Sesetengah hurufnya begitu mantap dan boleh disusun dengan begitu menarik serta
mempesonakan. Khat Farsi ini setelah ditulis sepenuhnya dapat menyerlahkan kelembutan
kaedah penulisannya dan dapat menunjukkan bagaimana telitinya seseorang penulis khat dalam
menghasilkan sesebuah karya.
Khat Farsi terbahagi kepada 5 jenis iaitu khat Nasta’liq, khat Syekestah, khat Farsi Mutanazir,
khat Farsi Mukhtazil, dan khat Farsi Mi’rat. Antara penulis khat yang terkenal dalam
penguasaan khat Farsi ialah Imaduddin al- Syirazi, Muhammad As’ad al-Yasari, dan penulis
buku kaedah khat Qawa’idul Khat ‘Arabi, Hasyim Mohammad al-Baghdadi.
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Khat Dewani

Daripada Abu Zar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

ٍ ‫مَ مَ مَ ت مكْحهمَ وخمَْنِ ْنِ و اّ مَ خَنِم ُ ح‬
‫إتق ا مَ حي َنِم ُ و ا كنت ، وأ مكَْبع السيئة الحسنة مَم َنِم ُ و ا ، مَ و الق النو اس ب َنِم ُلق‬
َ‫ْنِو اّ ْنِ َلل مَ مكْثممَ َنِم ُ مكْ مَ مَتْنِ ْنِ مَةَئّ مَ م‬
ٍ ‫مَ مَ ح‬
‫حسن‬
Maksudnya:
“Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Dan ikutilah kejahatan dengan
mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya (kejahatan tadi). Dan berperangai kepada
manusia dengan perangai yang baik”
PENGENALAN KHAT DIWANI
Khat Diwani merupakan salah satu jenis khat yang dicipta oleh penulis khat pada zaman
pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah. Ibrahim Munif adalah orang yang mencipta kaedah dan
menentukan ukuran tulisan khat Diwani. Khat Diwani dikenali secara rasmi selepas negeri
Qostantinopal ditawan oleh Sultan ‘Uthmaniyah, Muhammad al-Fatih pada tahun 857 Hijrah.
Khat Diwani digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan-jabatan kerajaan. Seterusnya, tulisan ini
mula berkembang ke segenap lapisan masyarakat. Kebiasannya tulisan khat Diwani ini
digunakan untuk menulis semua pekeliling pentadbiran, keputusan kerajaan serta surat menyurat
rasmi dan pada masa sekarang ianya digunakan untuk menulis watikah, sijil dan untuk hiasan.
Khat Diwani terbahagi kepada 2 jenis iaitu Diwani biasa dan Diwani Mutarabit (bercantum).
Akan tetapi, khat Diwani biasa yang banyak digunakan dan diamalkan oleh penulis-penulis khat
terkenal berbanding khat Diwani Mutarabit. Asas bentuk bagi kedua-dua jenis khat Diwani ini
adalah berbentuk bulat dan melengkung. Ianya ditulis dengan cara yang lembut dan mudah
dibentuk mengikut kehendak penulis. Keistimewaan khat Diwani dapat dilihat pada kesenian
bentuk hurufnya yang melengkung dan memerlukan kemahiran penulis khat itu menulisnya
dengan lembut dan menepati kaedah. Hashim Muhammad al-Baghdadi dan Syed Ibrahim
merupakan antara penulis khat yang terkenal dengan khat Diwani.
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Khat Req’ah

PENGENALAN KHAT RIQ'AH
Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman
pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta khat ini ialah
untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan
kerajaan.
Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Ciri khusus khat ini ialah
bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh.
Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja,
berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam penerbitan buku,
majalah dan akhbar.
Justeru, beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat Riq’ah dipelajari oleh muridmurid di sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian, seperti urusan surat-menyurat,
urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam akhbar.

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my

Khat Nasakh

Seni Khat mempunyai kedudukannya yang tersendiri bagi masyarakat Islam dan tamadunnya.
Bermula dari turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W, masyarakat Islam
mula memberi perhatian yang khusus kepada bacaan dan tulisan. Tulisan kemudiannya
berkembang dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik; bukan sahaja boleh dibaca tetapi
lebih jelas dan kemas, bersistematik bahkan mampu menarik perhatian manusia lantaran
keindahan gaya serta lengkokan bentuk huruf-hurufnya.
Seni Khat telah memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun Islam secara
keseluruhannya. Ia menjadi mangkin perkembangan ilmu naqli dan akli, ilmu keduniaan dan
keakhiratan. Peranan Seni Khat yang teragung ialah apabila ia digunakan untuk menulis wahyu
Allah bagi tatapan seluruh umat Islam, yang menjadikannya sebagai satu cabang seni dan ilmu
yang tidak dapat dipisahkan dari al-Qur'an itu sendiri.
Khat Nasakh telah menjadi pilihan utama dalam penulisan naskhah al-Qur'an di dalam dunia
Islam, walaupun di sana terdapat pelbagai jenis gaya Khat sebelum dan selepas kewujudannya.
Kelembutan, kejelasan serta keindahan khat ini telah mampu menarik perhatian masyarakat
Islam lantas mengambil alih peranan penulisan al-Qur'an yang selama ini dipelopori oleh gaya
Kufi.
Sejarah Khat Nasakh
Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia
bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum
kebangkitan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. (Ibrahim Damrah, 1987) Tulisan ini melalui
proses pengindahannya secara berperingkat-peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah,
seorang menteri dari kerajaan Abbasiah - Ali bin Muqlah (272-328H) bersama saudaranya
Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai
Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ibnu Muqlah sendiri pada asalnya menamakan khatnya ini
sebagai al-Badi' tetapi dikenali oleh ramai sebagai Nasakh, mungkin lantaran peranan yang
dimainkan oleh khat ini. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima.(Maarof Zuraiq,
1985). Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah
(545 H) khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan
menyeluruh. Lantaran sumbangan Atabik tersebut, ada yang menggelar khat ini sebagai 'Khat
Nasakh Atabik'.
Atabikah telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Khat Nasakh Di zaman
ini selain melengkapkan keindahannya, mereka dikatakan sebagai yang bertanggungjawab
menggantikan Khat Kufi kepada Khat Nasakh dalam penulisan al-Qur'an. Lebih dari itu, ia
bukan sahaja digunakan dalam penulisan al-Qur'an, bahkan telah tersebar di timur dan barat
dunia Islam, digunakan untuk pelbagai peranan dan di atas pelabagi media, menjadikan Khat
Kufi mula dilupai atau kurang diminati.
Mengapa Dipanggil Nasakh
Ada beberapa pandangan mengenai nama Khat Nasakh. Ada yang mengatakan ia dinamakan
Nasakh kerana tulisan ini digunakan untuk menaskhahkan - atau dalam kata lain- membukukan
al-Qur'an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus
menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah,
komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur'an. Bagi tujuan penulisan
bahan-bahan ilmiah ini, terdapat dua aliran yang jelas iaitu
Nasakh Klasik dan Nasakh Akhbar
• Nasakh Klasik
Nasakh jenis ini merupakan gaya yang sampai kepada kita hasil tinggalan penulis-penulis khat
terdahulu termasuklah tokoh yang terkenal iaitu Thnu Muqlah. Mereka telah membekalkan
kaedah-kaedah penulisan khat jenis ini dengan begitu jelas dan terpeinci. Mungkin di sana
terdapat beberapa perbezaan kecil antara penulis-penulis khat namun mereka tetap menjaga
kaedah yang telah ditetapkan. Perbezaan kecil itu adalah dianggap sebagai lumrah manusia yang
cenderong kepada bawaan atau kemahirannya. (AI-Bahi Ahmad Muhammad, 1993)
• Nasakh Akhbar
Nasakh Akhbar merupakan gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal dan diperjelaskan sesuai
dengan tujuan pembacaan umum. Tulisan ini diriamakan tulisan Nasakh Akhbar kerana
penggunaannya yang meluas dalam lapangan persurat khabaran (Haji lainal Sakiban, 1998). la
juga digunakan dalam pelbagai media cetak yang lain termasuk majalah, juga di dalam media
elektronik sebagaimana ia digunakan dalam mesin taip atau komputer..
Selain dan pendapat pertama, ada pengkaji yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai
Khat Nasakh ialah kerana peranannya. 1a telah me'nasakhkan yang beerti menghapuskan atau
menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur'an. Setelah
kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur'an tetapi
tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh.
Khat Nasakh Dalam Pertandingan
Sebagai satu jenis khat yang terlibat secara meluas dalam pendidikan, Khat Nasakh sering
menjadi pilihan untuk dipertandingkan terutama di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat
lebih dewasa. Ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan apabila menulis gaya ini apatah
lagi jika dipertandingkan. Perkara yang perlu diberikan perhatian tennasuklah:
1. Memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur.
Adalah perlu bagi peserta memahami peraturan yang ditetapkan, termasuklah dari penggunaan
rasam Uthmani jika menulis ayat al-Qur'an dan pelbagai peraturan lain. Biasanya Khat Nasakh
disempumakan dengan baris bacaan kecuali dalam menulis Jawi. Kaedah tulisan merupakan
perkara yang paling penting untuk dijaga. Jangan sesekali mencampur adukkan dengan khat
yang lain.
2. Bentuk yang dipilih dan ruang yang disesuaikan
Penulis sebaiknya merancang bentuk tulisan. Perlu tulisan itu disusun dengan keseimbangan dari
segi bentuk, ruang dan keserasian perhiasan agar menjadi lebih menarik.
3. Ragam hias hendaklah tidak terlalu besar hingga mengganggu tulisan asal.
Begitu juga dengan tulisan Basmalah dan Sodaqallah, hendaklah ditulis dengan saiz yang kecil
atau sederhana sahaja kerana fokus adalah kepada ayat yang ditentukan (Jainal Sakiban, 2000)
Penutup
Sesungguhnya Khat adalah tinggalan khazanah yang berkait secara langsung dengan al-Qur'an.
Minat yang dipupuk terhadap seni Khat adalah diharapkan menjadi satu langkah dalam
mendekatkan seseorang dengan khazanah al-Qur'an. Seharusnya Umat Islam tidak mencari
keindahan di luar Islam kerana ia adalah agama yang lengkap bahkan juga melengkapkan
keperluan kehidupan umatnya. Umat Islam juga seharusnya sentiasa merujuk kepada panduan alQur'an dan pimpinan Nabi agar membuat pertimbangan yang tepat dalam segala jurusan hidup
mereka termasuk dalam bidang seni. Dengan menghalusi seni ini diharapkan akan menanamkan
rasa cintakan Islam dan jangan pula berIaku sebaliknya, mengkaji Islam hanya kerana minatkan
seni. Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan sukakan keindahan.
Rujukan
• Ibrahim Damrah, 1987, ai-Khat al-Arabiy, Jordan: Maktabah al-Manar
• Ismail & Lois Lamya al-Faruqi, 1986, The Cultural Atlas of Islam, New York: Macmillan
Publishing Company.
• Maarof Zuraiq, 1985, Kaifa Nu'allimu ai-Khat al-Arabiy, Damsyiq: Dar aI-Fila
• Kertas kerja al-Bahi Ahmad Muhammad, 1993, AI-Khat al-Arabiy, Madrasah Tahsin alKhutut, Bab al-Sya'riyyah, Kaherah.
• Kertas kerja Haji Jainal Sakiban AI-Jauhari, 1998-2000, Seni Khat: Sejarah dan
Perkembangannya, Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor.
• Ahmad Sabri,1999, Tarikh ai-Khat al-Arabiy, Kaherah: Dar al-Fadilah
Berikut
Arabic

Calligraphy

sumber
@
Malaysia

-

dari
Ustaz

Abdul

:
Baki

"Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk
menaskhahkan atau membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain
sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah
hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain
terus menjadi tulisan utama al-Qur’an.
Ada juga pendapat yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh
ialah kerana peranannya menasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan
penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur’an. Setelah
kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur’an tetapi
tempatnya
telah
diambil
alih
oleh
Khat
Nasakh.
Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab
asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi.
Tulisan ini melalui proses pembaikannya dalam beberapa peringkat. Pada kurun ketiga
dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah iaitu Ali bin Muqlah atau
lebih dikenali dengan Ibnu Muqlah bersama saudaranya Abdullah, telah
memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai
Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima.
Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan
Atabikah khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses
pengindahan
menyeluruh.
Lantaran itu ada yang menggelar khat ini sebagai ‘Khat Nasakh Atabik’. Khat ini pada
dasarnya lebih mudah daripada khat thuluth dan senang diajarkan kepada orang ramai,
pelajar sekolah dan kanak – kanak sebagai asas untuk menulis khat atau jawi.
Penggunaannya amat meluas sekali sehingga mesin menaip, komputer dan mesin
cetak kebanyakannya menggunakan fon jenis Khat Nasakh. Ia sering digunakan dalam
penulisan disebabkan sifatnya yang cantik dan mudah dibaca. Maka oleh sebab itulah
Khat Nasakh amat praktikal digunakan untuk penyalinan mushaf al Quran, kitab-kitab,
hadith, majalah, akhbar dan lain - lain lagi .
Pada kebiasaannya Khat Nasakh ditulis dengan saiz yang kecil dan tidak terlalu besar
dengan
kadar
1mm
saiz
pena."
Mohammad
Firdaus
http://www.callidesign.blogspot.com
http://www.callidesign.com.my/forum
http://www.firdausmahadi.com
http://www.flickr.com/firdausmahadi

bin

Mahadi

Contenu connexe

Tendances

Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanffyue
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Noor Aziah Mamat
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasiRancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasiNagarajan Aboy
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliamira nurfahmida
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 2Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 20145225790
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islamjamatineh78
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendahmisri bohari
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHFarra Shahirra
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hiburSham Razak
 
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqhIM UMAZ
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahCamar Puteh
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islamonesaf
 
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)Mawar Pink
 

Tendances (20)

Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasiRancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 2Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 2
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur
 
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullah
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islam
 
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
 

En vedette

Seni Khat
Seni KhatSeni Khat
Seni KhatDQue QQ
 
Mengenal khat
Mengenal  khat Mengenal  khat
Mengenal khat Vanreze
 
Khat nasakh
Khat nasakhKhat nasakh
Khat nasakhsesuka
 
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)firdausent
 
Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafiCtu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafiSyuk Bond
 
Seni khat edit23jan.14
Seni khat edit23jan.14Seni khat edit23jan.14
Seni khat edit23jan.14azlina70
 
Ctu 281 kuliah 3 sumber sumber seni islam 2010
Ctu 281 kuliah 3 sumber sumber seni islam 2010Ctu 281 kuliah 3 sumber sumber seni islam 2010
Ctu 281 kuliah 3 sumber sumber seni islam 2010Syuk Bond
 
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islamCtu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islamSyuk Bond
 
Islamic calligraphy 1
Islamic calligraphy 1Islamic calligraphy 1
Islamic calligraphy 1Anita Welych
 
10345497 islamic-calligraphy
10345497 islamic-calligraphy10345497 islamic-calligraphy
10345497 islamic-calligraphyNgaire Taylor
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANWan Ronim
 
The art of calligraphy
The art of calligraphyThe art of calligraphy
The art of calligraphyEmilia Lima
 
Islamic Calligraphy
Islamic Calligraphy Islamic Calligraphy
Islamic Calligraphy Alekhya2511
 

En vedette (20)

Seni Khat
Seni KhatSeni Khat
Seni Khat
 
Mengenal khat
Mengenal  khat Mengenal  khat
Mengenal khat
 
Seni tulisan khat
Seni  tulisan khatSeni  tulisan khat
Seni tulisan khat
 
Khat nasakh
Khat nasakhKhat nasakh
Khat nasakh
 
Latihan khat-nasakh1
Latihan khat-nasakh1Latihan khat-nasakh1
Latihan khat-nasakh1
 
Peraturan tulisan khat
Peraturan tulisan khatPeraturan tulisan khat
Peraturan tulisan khat
 
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
 
Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafiCtu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi
 
Seni khat edit23jan.14
Seni khat edit23jan.14Seni khat edit23jan.14
Seni khat edit23jan.14
 
Ctu 281 kuliah 3 sumber sumber seni islam 2010
Ctu 281 kuliah 3 sumber sumber seni islam 2010Ctu 281 kuliah 3 sumber sumber seni islam 2010
Ctu 281 kuliah 3 sumber sumber seni islam 2010
 
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islamCtu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam
 
jenis Khat
jenis Khatjenis Khat
jenis Khat
 
Islamic calligraphy 1
Islamic calligraphy 1Islamic calligraphy 1
Islamic calligraphy 1
 
10345497 islamic-calligraphy
10345497 islamic-calligraphy10345497 islamic-calligraphy
10345497 islamic-calligraphy
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKAN
 
The art of calligraphy
The art of calligraphyThe art of calligraphy
The art of calligraphy
 
Arabic calligraphy
Arabic calligraphyArabic calligraphy
Arabic calligraphy
 
Islamic Calligraphy
Islamic Calligraphy Islamic Calligraphy
Islamic Calligraphy
 
Slide jawi
Slide jawiSlide jawi
Slide jawi
 
Kuiz pendidikan islam
Kuiz pendidikan islamKuiz pendidikan islam
Kuiz pendidikan islam
 

Jenis-Jenis Khat

  • 1. Berikut adalah jenis-jenis khat yang sempat saya cari setakat ini, jenis-jenis khat ini saya dapati ada tercatat di buku-buku rujukan khat seperti buku dari Jawad Sabti, dan ada diantaranya saya dapati dari buku Sejarah Khat tulisan Ustaz Jainal Sakiban (Johor), dan juga beberapa buku rujukan khat yang ada dalam simpanan saya. Mengikut pembacaan saya ada beratus jenis khat yang telah wujud, ia merangkumi pembahagian-pembahagian yang tertentu, insyaAllah saya akan sentiasa kemaskini apabila mendapat maklumat berkaitan. Jenis-Jenis Khat 1. Khat Nasakh 2. Khat Nasakh Hadith 3. Khat Thuluth 4. Khat Thuluth Jali
  • 2. 5. Khat Req’ah @ Riq'ah 6. Khat Farisi @ Nasta’liq 7. Khat Dewani 8. Khat Dewani Jali 9. Khat Ijazah 10. Khat Hurr 11. Khat Kufi Fatimi 12. Khat Kufi Mushafi 13. Khat Kufi Fatimi 14. Khat Kufi Nisaburi 15. Khat Kufi Musattar 16. Khat Kufi Musyakkal 17. Khat Kufi Muwarraq 18. Khat Kufi Muzahraf 19. Khat Kufi Muzaiyan 20. Khat Kufi Madhfur 21. Khat Kufi Andalusi 22. Khat Kufi Mamluki 23. Khat Kufi Muhaqqaq 24. Khat Kufi Bassit 25. Khat Kufi Ayyubi 26. Khat Kufi Mutalasiq 27. Khat Kufi Muta’assir bil Rasm 28. Khat Kufi Murabba' 29. Khat Tajj 30. Khat Tughrak 31. Khat Nabti Arab 32. Khat Hijazi @ Madani @ al-Darij 33. Khat al-As’ar 34. Khat Asyribah 35. Khat al-Sami’i 36. Khat Narjisi 37. Khat Thuluthain 38. Khat Tumar 39. Khat Hafifuth Thulus 40. Khat Riqa’ 41. Khat Tauqi’ 42. Khat Thaqil Thuluth 43. Khat Mufattah 44. Khat Zamburi 45. Khat al-Haram 46. Khat al-Uhud 47. Khat Sijillat 48. Khat Mu’amarat 49. Khat al-Mansyur 50. Khat al-Dibaj
  • 3. 51. Khat Syami 52. Khat al-Jalil 53. Khat al-Mudammirat 54. Khat al-Khirfaj 55. Khat al-Marsa’ 56. Khat al-Riasi 57. Khat Nasakh Khafif 58. Khat al-Qhabbar 59. Khat al-Nisf 60. Khat Nisf Khafif 61. Khat al-Haliyah 62. Khat al-Mudawwar al-Kabir 63. Khat Musalsal 64. Khat Musalsal al-Tauqi’ 65. Khat Ghubar al-Hibah 66. Khat al-Muhammad 67. Khat al-Hawaiji 68. Khat al-Qasas 69. Khat al-Jinah 70. Khat Thuluth Khafif 71. Khat Raihan 72. Khat Muhaqqaq 73. Khat Zahab 74. Khat al-Matan 75. Khat Muqlah 76. Khat Thuluth Mu’tad 77. Khat Lu’lui 78. Khat al-Asy’ar 79. Khat al-Wasy 80. Khat al-Mudammij 81. Khat Mu’allaq 82. Khat al-Muqtarin 83. Khat Siaqat Sumbulu 84. Khat Thuluth Mahbuk 85. Khat Thuluth Handasi 86. Khat Thuluth Mutanazir 87. Khat Syekestah 88. Khat Farsi Mutanazir 89. Khat Farsi Mukhtazil 90. Khat Diwani Mutarabit 91. Khat Dewani Jali Hamayuni 92. Khat Dewani Jali Zauraq 93. Khat Sunbuli 94. Khat Sahifah 95. Khat Moalla 96. Khat Maghribi
  • 4. 97. Khat Sini (China) 98. Khat Nasakh Akhbar Antara sumber bacaan: Seni Khat, Keindahan Dalam Kepelbagaian “Sejarah, Tokoh dan Karya” oleh Jainal Sakiban Buku Koleksi Seni Khat Jawad Sabti Buku-buku rujukan Seni Khat (koleksi rujukan peribadi) Nota-nota (bahasa arab) mengenai Seni Khat al-Haqir ila Allahi Bari, Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com
  • 5. HURUF ‫ا، ب، ت، ث‬ Sebagai permulaan tutorial, saya akan mulakan dengan tutorial Khat Nasakh dengan belajar kaedah menulis huruf-huruf berdasarkan kaedah titik. Cara ini dapat memudahkan penulispenulis baru untuk mencuba.
  • 6.
  • 7.
  • 8. Di atas saya tunjukkan step dari arah mana perlu bermula untuk mula menulis huruf alif dan ba, juga cara sebutan hurufnya saya letakkan sekali bagi tujuan pembelajaran jawi. Huruf ba, ta, dan sa, bentuknya sama, yang membezakannya adalah titik, dan titik itu ditulis sama besar dengan mata pena yang digunakan, maknanya kelebarannya perlu sama, contoh di atas boleh dilihat dengan jelas. Garisan putus-putus itu mewakili satu garis panjang, di mana perlu meletakkan huruf tu apabila ditulis dalam satu ayat panjang. Bermula dengan menulis kaedah huruf adalah baik sebelum menulis satu ayat penuh, penulis perlu melakukan banyak latih tubi bagi memahirkan dan melicinkan perjalanan penulisan, selamat mencuba, semoga dengan sedikit ilmu ini dapat menarik minat semua untuk mempelajari Seni Khat :) InsyaAllah tutorial ini akan dibuat berperingkat-peringkat, seandainya masa mengizinkan, jika ada yang berminat atau inginkan pertanyaan bolehlah bertanya pada saya. Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com HURUF ‫ج،ح،خ‬
  • 9. Berikut adalah cara-cara yang terdapat dalam kaedah penulisan bagi huruf jim, ha, kho, dan ca. Cuba tulis dengan mengikut langkah satu-persatu, dan setiap kali nak masuk ke langkah seterusnya, rehatkan tangan sebentar, dan jangan angkat mata pena, kemudian teruskan ke langkah seterusnya hingga akhir, saya ada buat potongan huruf di sini untuk menunjukkan fasa terakhir tu adalah langkah yg agak sukar, untuk buat ekor, perlu ada keserasian dari sambungan atasnya.
  • 10.
  • 11. Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com
  • 12. HURUF ‫د، ذ، ر، ز‬ Alhamdulillah, dapat juga saya paparkan tutorial terbaru untuk Khat Nasakh kali ini, iaitu huruf "dal", dan serupa juga dengan kaedah penulisan huruf "dzal". Untuk kaedah huruf ini, tidak begitu susah untuk mula menulisnya kerana huruf "dal" dan "dzal" merupakan kaedah yang termudah dalam Khat Nasakh selain huruf "alif". 5 peringkat penulisan huruf "dal" dan "dzal" ini sepertimana gambar di atas. Kaedah pertama dengan membentuk kepala huruf, dengan dilengkongkan sedikit, asas ini penting untuk menulis huruf ha' (‫ ,)هـ‬yang mana saya akan paparkan nanti mengikut susunan tutorial, insyaAllah. Kaedah titik dalam sesuatu penulisan dapat menghasilkan sebuah penulisan yang lengkap dan teratur, kerana apabila ada pengulangan huruf yang sama, ianya akan menjadi sekata.
  • 13.
  • 14.
  • 15. Cuba tulis langkah demi langkah, dan setiap kali nak masuk ke langkah seterusnya, rehatkan tangan sebentar, dan jangan angkat mata pena, kemudian teruskan ke langkah seterusnya hingga akhir, bagi huruf ro dan zai, saya ada buat potongan skit pada ekornya utk menunjukkan fasa terakhir itu adalah langkah yg agak sukar sikit. Untuk buat bahagian ekor, biasanya bagi yang baru mula belajar, digalakkan untuk melukis, kalau dah biasa nanti boleh terus sambung, lembutkan tangan masa menulis, jangan terlalu menekan, rosak mata pen nanti. Sampai di sini sahaja untuk tutorial ini, andaikata ada pertanyaan mengenai tutorial ini, bolehlah diajukan kepada saya, insyaAllah saya sedia membantu. Asta'zin. Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com Huruf ‫ع، غ‬
  • 16.
  • 17.
  • 18.
  • 19. Dalam tutorial khat nasakh keempat ini saya menunjukkan cara menulis huruf 'ain, huruf 'ain boleh dikatakan agak susah untuk membentuk dan menulisnya, memerlukan seseorang penulis untuk melakukan lebih latih tubi bagi memahirkan lagi dan melicinkan kaedah huruf. Penulisan asas huruf ini amat penting sebelum belajar membuat huruf sambungan, dan apabila dapat menguasai kaedah huruf 'ain ini insyaAllah akan menjadi mudah untuk menulis huruf ha, kha, dan yang seumpama dengannya. Sesiapa sahaja ada pertanyaan atau apa-apa persoalan mengenai tutorial ini bolehlah dikemukakan kepada saya, insyaAllah saya sedia membantu. Selamat Mencuba Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.facebook.com/senikhat Huruf ‫س،ش،ص،ض،ط،ظ‬
  • 20.
  • 21. Assalamualaikum pada semua pengunjung, Alhamdulillah setelah sekian lama saya tidak berkesempatan untuk kemaskini tutorial terbaru akhirnya berpeluang juga setelah usaha kecil untuk mempromosikan dan membudayakan seni khat ini disedari oleh beberapa pihak yang melihat akan kepentingannya pada generasi akan datang. Terbaru, saya diberi kepercayaan dan peluang untuk mengajar seni khat di Selamat Pagi Malaysia TV1, slot Seni Khat dan Jawi yang bersiaran secara langsung setiap hari Isnin jam 8.30 pagi, sementa menulis ini sudah 6 minggu bersiaran, insyaAllah andai masih diperlukan khidmat slot ini diharapkan akan berterusan sampai bila-bila. Bermula dari tawaran mengajar di Selamat Pagi Malaysia inilah membuatkan saya
  • 22. ingin meneruskan kembali tutorial yang sudah agak lama tidak dikemaskini. InsyaAllah diharapkan pada pengunjung yang berkesempatan untuk turut serta belajar marilah bersama menonton kerana dengan medium sebegini sekurang-kurangnya ia dapat diwar-warkan dengan lebih berkesan, kerana saya pasti ramai antara anda yang mencari-cari tempat serta cara untuk mempelajarinya. "Bersama membudayakan serta memartabatkan Seni Khat dan Jawi" Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com Huruf ‫ف،ق،ك،ل،م‬
  • 23.
  • 24.
  • 25. Assalamualaikum, berikut adalah tutorial terbaru bagi huruf fa, pa, qof, kaf, lam, dan mim, semoga tutorial ini dapat memudahkan proses pembelajaran anda semua, sekiranya ada persoalan mengenai proses penulis huruf-huruf di atas bolehlah bertanya di ruangan komen di bawah, terima kasih. "Bersama membudayakan serta memartabatkan Seni Khat dan Jawi" Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.facebook.com/senikhat
  • 26. Sempena Hari Lebaran yang bakal menjelma ini saya ingin mengucapkan "‫"تقبل الل منو ا ومنمكم‬ ْ‫مَ مَ اَّ مَ اَّ ْنِ اَّ مَ ْنِ مك‬ ُ ‫ّنِم‬ ‘Taqabbalallahu minna waminkum’ "Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu" Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada tutur bicara atau perilaku yang telah mencalar perasaan sesiapapun. Sesungguhnya setiap manusia itu tidak maksum dari melakukan kesilapan. Allah SWT telah berfirman: "dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" (Surah An-Nuur 24:22) Selamat Berbahagia di Aidilfitri
  • 27. "Kullu 'am wa antum bikhair" Dengan ingatan tulus ikhlas, Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com Tulisan khat Nasakh & Kufi untuk penjenamaan semula logo Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • 28. Tulisan khat Nasakh untuk logo Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Tulisan khat untuk plak perasmian Kompleks Pejabat Agama Daerah Alor Gajah, Melaka Tulisan khat Thuluth untuk bangunan Kompleks Majlis Agama Islam Melaka Tulisan khat Nasakh untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • 29. Tulisan khat Thuluth 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'
  • 30. Tulisan khat Thuluth untuk logo Semarak Jawi, Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia Tulisan khat Thuluth untuk web Digital Mukmin Tulisan khat Thuluth untuk thesis
  • 31. Tulisan khat Thuluth untuk logo Fakulti Pengajian Qur'an dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Tulisan khat Kufi untuk logo Fakulti Pengajian Qur'an dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • 32. Tulisan khat Thuluth nama 'Mohammad Mohyeddin & Mariani Omar' untuk kad jemputan kahwin Tulisan khat Thuluth nama 'Moed Latif'
  • 33. Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com PENGENALAN KHAT KUFI Khat Kufi merupakan sejenis khat yang popular selain khat Nasakh. Nama Kufi diambil bersempena dengan nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya. Khat Kufi merupakan asas kepada khat Arab. Ia telah mengalami perubahan daripada bentuk asalnya yang lurus dan tegak kepada bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun bersumberkan daripada bentuk tumbuhan-tumbuhan yang menjalar. Dengan dihiasi pelbagai variasi khat, telah terbentuk sejenis khat yang tidak lagi ditulis dengan menggunakan pen khat, tetapi dilukis dengan pensil, menggunakan kertas graf, pembaris dan juga alat jangka lukis. Khat Kufi dijadikan sebagai tulisan al-Qur'an di peringkat awal. Khat Kufi mempunyai identitinya tersendiri kerana hanya ditulis oleh sesetengah khattat yang berjiwa seni. Huruf-huruf tunggal Kufi daripada alif hingga ya mempunyai ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk yang pelbagai. Ketinggian dan panjang huruf ditulis oleh khattat mengikut kedudukan yang sesuai dalam teks. Khat Kufi telah melalui empat peringkat perkembangan zaman sehingga sampai ke puncaknya. Pertama, Kufi Andalusi yang lahir di sepanjang zaman pemerintahan orang Arab di Andalusia pada tahun 752 Masihi. Kedua, Kufi Fatimi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Fatimiyah yang memerintah Mesir dari tahun 909 sehingga 1171 Masihi. Ketiga, Kufi Ayyubi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Ayyubi yang memerintah Mesir, Syria, dan Yaman dari tahun 1169 sehingga 1360 Masihi. Keempat, Kufi Mamluki yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Mamalik yang memerintah Mesir dari tahun 1250 sehingga 1517 Masihi. Diantara jenis-jenis khat Kufi yang lain adalah khat Kufi Basit, khat Kufi Murabba', khat Kufi Musattar, khat Kufi Mutalasiq, khat Kufi Muwarraq, khat Kufi Muzakhraf, khat Kufi Madhfur, khat Kufi Muzayyin Nafsah, khat Kufi Muta’assir bil Rasm, dan khat Kufi Musyakkal. Kesimpulannya, dalam penulisan khat Kufi terdapat kepelbagaian dan pelbagai bentuk reka cipta. Penggunaan elemen hias dan kreativiti penulis semakin meningkat, tahap demi tahap sebagaimana yang dizahirkan melalui karya-karya agung mereka. Antara khattat yang terkenal dalam penulisan khat Kufi adalah Mahmud al-Hawari, Badawi, dan Muhammad 'Abdul Kadir. Di Malaysia, Ustaz Muhammad Asrak Hj
  • 34. Mohd Osman terkenal dengan penulisan khat Kufi melalui karya-karyanya yang tersergam indah di bangunanbangunan sepertimana yang ada didalam Masjid Putra, Putrajaya ketika ini. Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
  • 35. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia terutamanya kepada mereka-mereka yang banyak membantu saya dalam kerjaya Seni Khat, kepada pengunjung-pengunjung blog saya yang tak seberapa ini, terima kasih kerana memberikan sokongan yang berterusan kepada saya, insyaAllah semoga lebaran kali ini kita dapat merayakannya dengan penuh bermakna di samping keluarga tersayang. Terima kasih semua. Di keheningan malam..... Saat nur qadar menjenguk sanubari insan, Bersemi kerinduan pada Ilahi, Membawa mengisi ruang cakerawala, Rintihan keinsafan memamah kesyahduan malam, Menghiasi tabir munajat kelebihan seribu bulan, Ramadhan..... Kepergianmu menyimpan seribu satu kepiluan, Deraian airmata keimanan, Hanyut dalam harapan cahaya Ilahi, Seketika..... Kesyahduan berganti biasan sinar kemenangan, Syawal memancarkan sinar kegembiraan, Aidilfitri membina prasasti kemaafan, Menghiasi taman-taman silaturrahim. Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
  • 36. Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com Salam Mauludur Rasul
  • 37.
  • 38. "Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikan atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya." (Surah At-Taubah : 33 / Surah As-Sof : 9) Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com
  • 39. Salam Ma’al Hijrah 1435 "May Allah's light always fills the pages of your life. Kullu 'am wa antum bikhair" Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434 Hijriah
  • 40. Salam Ma’al Hijrah 1435 "May Allah's light always fills the pages of your life. Kullu 'am wa antum bikhair" Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434 Hijriah
  • 41. Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma ini saya ingin mengucapkan "‫"تقَبل اَلل منو ا ومنمكم‬ ْ‫مَ مَو اّ مَ و اّ ْنِ و اّ مَ ْنِ مك‬ ُ ‫َنِم‬ "Taqabbalallahu minna waminkum" "Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu" Moga Ramadhan ini kita mendapat keampunan Allah dan diterima amal taqwa kita hingga bertemu Ramadhan akan datang. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabatku sama ada yang dikenali mahupun tidak, semoga Aidilfitri kali ini memberi sebuah kemenangan yang bermakna pada diri dan dapat merapatkan ukhwah antara kita, InsyaAllah. Mohon maaf atas segala kekhilafan. Selamat Berbahagia di Aidilfitri "Kullu 'am wa antum bikhair" Dengan ingatan tulus ikhlas, Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com Ramadhan Al-Mubarak
  • 42. Khat Dewani Jali PENGENALAN KHAT DIWANI JALI Khat ini dicipta oleh khattat Shahla Basya pada zaman pemerintahan Kerajaan 'Utmaniyyah. Khat ini dianggap sebagai kesinambungan daripada khat Diwani biasa. Khat ini dinamakan Jali yang bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Tujuan penggunaannya ialah untuk tulisan rasmi diraja dan surat-menyurat kepada kerajaan asing. Bentuk hurufnya memenuhi ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan berupa geometri yang tersusun indah. Daripada jenis khat ini terciptalah bermacam-macam rupa bentuk hasil karya penulis-penulis khat yang mahir. Khat Diwani Jali ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu khat Diwani Jali Mahbuk, Diwani Jali Hamayuni, dan Diwani Jali Zauraq (bentuk Perahu). Khat Diwani Jali Mahbuk ditulis dengan menyusun huruf dan ragam hias dengan teratur dan dapat melahirkan bentuk tulisan yang indah, sepertimana pada contoh utnuk terbitan kali ini. Khat Diwani Jali Hamayuni pula biasanya ditulis oleh penulis-penulis khat Turki yang ditugaskan untuk menulis titah Sultan. Khat Diwani Jali Zauraq adalah jenis khat yang dipengaruhi oleh seni lukis. Kebanyakan penulis khat menghasilkan khat ini dengan menulis ayat-ayat sehingga membentuk seakan perahu atau kapal laut. Khat Diwani Jali Zauraq ini dikatakan agak mencabar dan sukar untuk menulisnya, ianya memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan sesebuah karya.
  • 43. Kesimpulannya, khat Diwani Jali ini dapat dilihat pada seninya bentuk tulisan, penyusunan huruf yang indah dan keserasian kalimah-kalimah yang diadun dengan begitu sempurna. Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com Khat Thuluth Daripada Anas bin Malik .a., sabda Rasulullah S.A.W.: ُ ‫مَ مكْ مَ مَ ْنِ مَ مكْ مَ مَ مَ مَ مَ مَ َنِم ُ مَ مَ ْنِ مكْ مَ ْنِ مَ مكْ مَ مكْ مَ مَ َنِم‬ ‫ال إيمو ان لمن ال أمو انة له ، وال دين لمن ال عهد له‬ Maksudnya : “Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Hibban dan al-Baihaqi PENGENALAN KHAT THULUTH Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi pelbagai khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi. Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu tulisan)
  • 44. dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai banyak kaedah, menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Biasanya khat ini ditulis dengan pena yang lebar matanya diantara 2 hingga 3 mm. Jika ia lebih lebar daripada itu maka orang-orang Turki memanggilnya tuqechah thuluth yakni thuluth yang dibesarkan. Kemudian ia dikenali dengan nama thuluth jali (sumber-sumber arab silam mensifatkan dengan panggilan jalil al-thuluth). Apabila mata pena lebih besar daripada saiz yang tetap pada pena yang biasa maka dibuat untuknya pena daripada kayu. Saiz-saiz tulisan jali berada pada kadar yang tangan manusia mampu memegang penanya (Qadi al-Askar Mustafa ’Izat Afandi dalam menulis loh-loh di masjid Aya Sufia menggunakan mata pena yang luasnya mencapai 35sm). Jika keadaan memerlukan tulisan-tulisan itu melebihi saiz tersebut atau bersaiz besar, maka ia ditulis mengikut saiz thuluth jali yang biasa kemudian dilakukan pembesaran (enlargement) mengikut kaedah empat segi atau menggunakan pelbagai peralatan teknologi yang terdapat pada hari ini seperti photocopy, komputer dan sebagainya. Bentuk thuluth yang lebar mata penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali, manakala yang melebihi 2mm ialah Thuluth Aadi. Ia diperkenalkan oleh Ibrahim al- Sajzi dan banyak digunakan sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama surah dan hiasan kulit buku. Seseorang penulis khat tidak dianggap penulis yang mahir dalam seni ini sekiranya tidak benar – benar berkemahiran dalam bentuk Khat Thuluth. Perhatian berat para ahli khat terhadap khat thuluth, khususnya khat thuluth jali sepanjang sejarah khat bukanlah merupakan satu perkara yang lahir secara mendadak. Khat ini dikenali dengan tulisan yang agak cantik. memandangkan ia tidak dapat ditulis secepat khat nasakh maka ia biasanya digunakan untuk tujuan-tujuan seni yang khusus, bukan untuk tujuan penulisan biasa. Oleh itu kita sering dapati khat ini dalam kepingan-kepingan seni, muraqqa’at dan loh-loh serta hasil kerja seni yang lain. Khat ini menyebabkan orang yang memandangnya akan membiasakan diri mereka dengan unsur keindahan dan gerakan yang tersusun. Keistimewaan thuluth (khususnya thuluth jali) daripada segala jenis khat yang lain ialah ia boleh di letakkan dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi empat, bujur dan sebaginya. Para jurukhat yang menitikberatkan khat ini sering melakukan pembaharuan struktur (olahan) dengan khat ini yang merangkumi dua lapisan huruf atau lebih yang sebahagiannya diletakkan di atas sebahagian yang lain mengikut susunan bacaan. Ini merupakan kerja yang sangat sukar, hanya mampu dilakukan oleh jurukhat yang mahir dan berkaliber. kadangkala satu ungkapan ditulis dalam beberapa struktur yang mengandungi pelbagai bentuk dan tulisan. Peniruan sesetengah jurukhat terhadap struktur-struktur para jurukhat silam dan digunakan secara komersial tanpa menerangkan sumber yang beliau dapati sebenarnya merupakan pancabulan terhadap hak-hak mereka dan satu amalan yang tidak wajar. ©arabiccalligraphy Mohammad Firdaus bin Mahadi
  • 45. http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com Khat Farsi Sabda Rasulullah S.A.W: ِ‫مَ مَ مكْ مَ مَ مَ َنِم ُ مكْْنِ اً مَ مَ مَ َنِم ُ َنِم ُ ْنِ ْنّ مكْ مَ مَ ْنِ مَ ْن‬ ‫ومن ستر مسلمو ا ستره ا و اّ ف ى الدنيو ا والخرة‬ ‫َلل‬ Hadis diriwayatkan oleh Muslim Makna hadith: “Sesiapa yang melindungi maruah saudaranya yang Muslim, Allah akan melindungi maruahnya di dunia dan akhirat”. PENGENALAN KHAT FARSI Masyarakat Iran terutamanya dari golongan Samaniyah, sejak dahulu lagi amat berminat dengan kesenian yang merupakan warisan turun-temurun datuk nenek mereka. Mereka menulis menggunakan sejenis khat yang dinamakan khat Bahlawi sebelum kedatangan Islam ke Parsi. Nama khat ini diambil daripada perkataan Bahla sebuah tempat antara Asfahan dan Azerbaijan. Setelah kedatangan Islam dari Semenanjung Arab ke Parsi dan pemerintahan Islam telah kukuh, masyarakat Iran pada masa itu telah menukar tulisan Bahlawi kepada tulisan Arab dan dinamakan dengan khat Ta’liq. Hakikatnya, orang Iran telah mengambil khat al-Qirmuz, iaitu khat yang digunakan untuk penulisan al-Qur’an pada masa itu dan kemudian menamakannya
  • 46. khat Ta’liq. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kaedah tulisannya yang asal diambil daripada khat al-Tahrir, khat Riq’ah dan khat Thuluth. Keindahan khat Farsi terletak pada bentuk lengkungan hurufnya yang menarik, kurangnya penggunaan garis menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan serta memanjang. Sesetengah hurufnya begitu mantap dan boleh disusun dengan begitu menarik serta mempesonakan. Khat Farsi ini setelah ditulis sepenuhnya dapat menyerlahkan kelembutan kaedah penulisannya dan dapat menunjukkan bagaimana telitinya seseorang penulis khat dalam menghasilkan sesebuah karya. Khat Farsi terbahagi kepada 5 jenis iaitu khat Nasta’liq, khat Syekestah, khat Farsi Mutanazir, khat Farsi Mukhtazil, dan khat Farsi Mi’rat. Antara penulis khat yang terkenal dalam penguasaan khat Farsi ialah Imaduddin al- Syirazi, Muhammad As’ad al-Yasari, dan penulis buku kaedah khat Qawa’idul Khat ‘Arabi, Hasyim Mohammad al-Baghdadi. Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com Khat Dewani Daripada Abu Zar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: ٍ ‫مَ مَ مَ ت مكْحهمَ وخمَْنِ ْنِ و اّ مَ خَنِم ُ ح‬ ‫إتق ا مَ حي َنِم ُ و ا كنت ، وأ مكَْبع السيئة الحسنة مَم َنِم ُ و ا ، مَ و الق النو اس ب َنِم ُلق‬ َ‫ْنِو اّ ْنِ َلل مَ مكْثممَ َنِم ُ مكْ مَ مَتْنِ ْنِ مَةَئّ مَ م‬ ٍ ‫مَ مَ ح‬ ‫حسن‬ Maksudnya: “Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya (kejahatan tadi). Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang baik”
  • 47. PENGENALAN KHAT DIWANI Khat Diwani merupakan salah satu jenis khat yang dicipta oleh penulis khat pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah. Ibrahim Munif adalah orang yang mencipta kaedah dan menentukan ukuran tulisan khat Diwani. Khat Diwani dikenali secara rasmi selepas negeri Qostantinopal ditawan oleh Sultan ‘Uthmaniyah, Muhammad al-Fatih pada tahun 857 Hijrah. Khat Diwani digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan-jabatan kerajaan. Seterusnya, tulisan ini mula berkembang ke segenap lapisan masyarakat. Kebiasannya tulisan khat Diwani ini digunakan untuk menulis semua pekeliling pentadbiran, keputusan kerajaan serta surat menyurat rasmi dan pada masa sekarang ianya digunakan untuk menulis watikah, sijil dan untuk hiasan. Khat Diwani terbahagi kepada 2 jenis iaitu Diwani biasa dan Diwani Mutarabit (bercantum). Akan tetapi, khat Diwani biasa yang banyak digunakan dan diamalkan oleh penulis-penulis khat terkenal berbanding khat Diwani Mutarabit. Asas bentuk bagi kedua-dua jenis khat Diwani ini adalah berbentuk bulat dan melengkung. Ianya ditulis dengan cara yang lembut dan mudah dibentuk mengikut kehendak penulis. Keistimewaan khat Diwani dapat dilihat pada kesenian bentuk hurufnya yang melengkung dan memerlukan kemahiran penulis khat itu menulisnya dengan lembut dan menepati kaedah. Hashim Muhammad al-Baghdadi dan Syed Ibrahim merupakan antara penulis khat yang terkenal dengan khat Diwani. Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my http://www.firdausmahadi.com Khat Req’ah PENGENALAN KHAT RIQ'AH
  • 48. Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh. Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar. Justeru, beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat Riq’ah dipelajari oleh muridmurid di sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian, seperti urusan surat-menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam akhbar. Mohammad Firdaus bin Mahadi http://www.callidesign.com.my Khat Nasakh Seni Khat mempunyai kedudukannya yang tersendiri bagi masyarakat Islam dan tamadunnya. Bermula dari turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W, masyarakat Islam mula memberi perhatian yang khusus kepada bacaan dan tulisan. Tulisan kemudiannya berkembang dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik; bukan sahaja boleh dibaca tetapi lebih jelas dan kemas, bersistematik bahkan mampu menarik perhatian manusia lantaran keindahan gaya serta lengkokan bentuk huruf-hurufnya. Seni Khat telah memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun Islam secara keseluruhannya. Ia menjadi mangkin perkembangan ilmu naqli dan akli, ilmu keduniaan dan keakhiratan. Peranan Seni Khat yang teragung ialah apabila ia digunakan untuk menulis wahyu Allah bagi tatapan seluruh umat Islam, yang menjadikannya sebagai satu cabang seni dan ilmu yang tidak dapat dipisahkan dari al-Qur'an itu sendiri.
  • 49. Khat Nasakh telah menjadi pilihan utama dalam penulisan naskhah al-Qur'an di dalam dunia Islam, walaupun di sana terdapat pelbagai jenis gaya Khat sebelum dan selepas kewujudannya. Kelembutan, kejelasan serta keindahan khat ini telah mampu menarik perhatian masyarakat Islam lantas mengambil alih peranan penulisan al-Qur'an yang selama ini dipelopori oleh gaya Kufi. Sejarah Khat Nasakh Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum kebangkitan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. (Ibrahim Damrah, 1987) Tulisan ini melalui proses pengindahannya secara berperingkat-peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah - Ali bin Muqlah (272-328H) bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ibnu Muqlah sendiri pada asalnya menamakan khatnya ini sebagai al-Badi' tetapi dikenali oleh ramai sebagai Nasakh, mungkin lantaran peranan yang dimainkan oleh khat ini. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima.(Maarof Zuraiq, 1985). Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah (545 H) khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran sumbangan Atabik tersebut, ada yang menggelar khat ini sebagai 'Khat Nasakh Atabik'. Atabikah telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Khat Nasakh Di zaman ini selain melengkapkan keindahannya, mereka dikatakan sebagai yang bertanggungjawab menggantikan Khat Kufi kepada Khat Nasakh dalam penulisan al-Qur'an. Lebih dari itu, ia bukan sahaja digunakan dalam penulisan al-Qur'an, bahkan telah tersebar di timur dan barat dunia Islam, digunakan untuk pelbagai peranan dan di atas pelabagi media, menjadikan Khat Kufi mula dilupai atau kurang diminati. Mengapa Dipanggil Nasakh Ada beberapa pandangan mengenai nama Khat Nasakh. Ada yang mengatakan ia dinamakan Nasakh kerana tulisan ini digunakan untuk menaskhahkan - atau dalam kata lain- membukukan al-Qur'an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur'an. Bagi tujuan penulisan bahan-bahan ilmiah ini, terdapat dua aliran yang jelas iaitu Nasakh Klasik dan Nasakh Akhbar • Nasakh Klasik Nasakh jenis ini merupakan gaya yang sampai kepada kita hasil tinggalan penulis-penulis khat terdahulu termasuklah tokoh yang terkenal iaitu Thnu Muqlah. Mereka telah membekalkan kaedah-kaedah penulisan khat jenis ini dengan begitu jelas dan terpeinci. Mungkin di sana terdapat beberapa perbezaan kecil antara penulis-penulis khat namun mereka tetap menjaga
  • 50. kaedah yang telah ditetapkan. Perbezaan kecil itu adalah dianggap sebagai lumrah manusia yang cenderong kepada bawaan atau kemahirannya. (AI-Bahi Ahmad Muhammad, 1993) • Nasakh Akhbar Nasakh Akhbar merupakan gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal dan diperjelaskan sesuai dengan tujuan pembacaan umum. Tulisan ini diriamakan tulisan Nasakh Akhbar kerana penggunaannya yang meluas dalam lapangan persurat khabaran (Haji lainal Sakiban, 1998). la juga digunakan dalam pelbagai media cetak yang lain termasuk majalah, juga di dalam media elektronik sebagaimana ia digunakan dalam mesin taip atau komputer.. Selain dan pendapat pertama, ada pengkaji yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya. 1a telah me'nasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur'an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur'an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh. Khat Nasakh Dalam Pertandingan Sebagai satu jenis khat yang terlibat secara meluas dalam pendidikan, Khat Nasakh sering menjadi pilihan untuk dipertandingkan terutama di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat lebih dewasa. Ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan apabila menulis gaya ini apatah lagi jika dipertandingkan. Perkara yang perlu diberikan perhatian tennasuklah: 1. Memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur. Adalah perlu bagi peserta memahami peraturan yang ditetapkan, termasuklah dari penggunaan rasam Uthmani jika menulis ayat al-Qur'an dan pelbagai peraturan lain. Biasanya Khat Nasakh disempumakan dengan baris bacaan kecuali dalam menulis Jawi. Kaedah tulisan merupakan perkara yang paling penting untuk dijaga. Jangan sesekali mencampur adukkan dengan khat yang lain. 2. Bentuk yang dipilih dan ruang yang disesuaikan Penulis sebaiknya merancang bentuk tulisan. Perlu tulisan itu disusun dengan keseimbangan dari segi bentuk, ruang dan keserasian perhiasan agar menjadi lebih menarik. 3. Ragam hias hendaklah tidak terlalu besar hingga mengganggu tulisan asal. Begitu juga dengan tulisan Basmalah dan Sodaqallah, hendaklah ditulis dengan saiz yang kecil atau sederhana sahaja kerana fokus adalah kepada ayat yang ditentukan (Jainal Sakiban, 2000) Penutup Sesungguhnya Khat adalah tinggalan khazanah yang berkait secara langsung dengan al-Qur'an. Minat yang dipupuk terhadap seni Khat adalah diharapkan menjadi satu langkah dalam mendekatkan seseorang dengan khazanah al-Qur'an. Seharusnya Umat Islam tidak mencari keindahan di luar Islam kerana ia adalah agama yang lengkap bahkan juga melengkapkan keperluan kehidupan umatnya. Umat Islam juga seharusnya sentiasa merujuk kepada panduan alQur'an dan pimpinan Nabi agar membuat pertimbangan yang tepat dalam segala jurusan hidup
  • 51. mereka termasuk dalam bidang seni. Dengan menghalusi seni ini diharapkan akan menanamkan rasa cintakan Islam dan jangan pula berIaku sebaliknya, mengkaji Islam hanya kerana minatkan seni. Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan sukakan keindahan. Rujukan • Ibrahim Damrah, 1987, ai-Khat al-Arabiy, Jordan: Maktabah al-Manar • Ismail & Lois Lamya al-Faruqi, 1986, The Cultural Atlas of Islam, New York: Macmillan Publishing Company. • Maarof Zuraiq, 1985, Kaifa Nu'allimu ai-Khat al-Arabiy, Damsyiq: Dar aI-Fila • Kertas kerja al-Bahi Ahmad Muhammad, 1993, AI-Khat al-Arabiy, Madrasah Tahsin alKhutut, Bab al-Sya'riyyah, Kaherah. • Kertas kerja Haji Jainal Sakiban AI-Jauhari, 1998-2000, Seni Khat: Sejarah dan Perkembangannya, Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor. • Ahmad Sabri,1999, Tarikh ai-Khat al-Arabiy, Kaherah: Dar al-Fadilah Berikut Arabic Calligraphy sumber @ Malaysia - dari Ustaz Abdul : Baki "Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur’an. Ada juga pendapat yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya menasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur’an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur’an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh. Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi. Tulisan ini melalui proses pembaikannya dalam beberapa peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah iaitu Ali bin Muqlah atau lebih dikenali dengan Ibnu Muqlah bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima. Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh.
  • 52. Lantaran itu ada yang menggelar khat ini sebagai ‘Khat Nasakh Atabik’. Khat ini pada dasarnya lebih mudah daripada khat thuluth dan senang diajarkan kepada orang ramai, pelajar sekolah dan kanak – kanak sebagai asas untuk menulis khat atau jawi. Penggunaannya amat meluas sekali sehingga mesin menaip, komputer dan mesin cetak kebanyakannya menggunakan fon jenis Khat Nasakh. Ia sering digunakan dalam penulisan disebabkan sifatnya yang cantik dan mudah dibaca. Maka oleh sebab itulah Khat Nasakh amat praktikal digunakan untuk penyalinan mushaf al Quran, kitab-kitab, hadith, majalah, akhbar dan lain - lain lagi . Pada kebiasaannya Khat Nasakh ditulis dengan saiz yang kecil dan tidak terlalu besar dengan kadar 1mm saiz pena." Mohammad Firdaus http://www.callidesign.blogspot.com http://www.callidesign.com.my/forum http://www.firdausmahadi.com http://www.flickr.com/firdausmahadi bin Mahadi