SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  80
Télécharger pour lire hors ligne
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
        MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH


IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN




                        MODUL

                       WAJ 3116


       BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II




            INSTITUT PENDIDIKAN GURU
            KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
            ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
            BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
            CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

            Berkuat kuasa pada Jun 2011
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan,       berketrampilan,     berakhlak      mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.




                     Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.




                            Cetakan Jun 2011
                       Kementerian Pelajaran Malaysia

        Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak
        ada    kepentingan     komersial,   tidak   dibenarkan   sesiapa
        mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
        ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
        dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
        mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
        daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
        Malaysia.




                                        i
MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN
 PELAJAR-PELAJAR   YANG  BERDAFTAR   DENGAN   INSTITUT
 PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI
 MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH
 SARJANA MUDA PERGURUAN.

 MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN
 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM
 TERSEBUT.




Cetakan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia




                                 ii
KANDUNGAN
                                               MUKA SURAT




  Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  Falsafah Pendidikan Guru

  Panduan Pelajar

  Pengenalan

  Tajuk Pembelajaran

  Tajuk 1 Komunikasi Bertulis
   1.0 Sipnosis
   1.1 Hasil Pembelajaran
   1.2 Kerangka Tajuk
   1.3 Kandungan Isi
       Konsep
       Bentuk
       Kesantunan dalam komunikasi bertulis


   Tajuk 2 Aktiviti Penulisan Berformat
    2.0 Sipnosis
    2.1 Hasil Pembelajaran
    2.2 Kerangka Tajuk
    2.3 Kandungan Isi
       Memo
       Minit Mesyuarat
       Surat Rasmi dan Surat Tidak Rasmi
       Teks Ucapan
       Pengumuman
       Temu Bual
       Teks Pengacaraan Majlis
       Laporan
       Rencana
       Karya Kreatif
Tajuk 3 Komunikasi Lisan
  2.2 Sipnosis
  2.3 Hasil Pembelajaran
  2.2 Kerangka Tajuk
  2.3 Kandungan Isi
     Konsep
     Bentuk
     Halangan
     Kesantunan dalam Komunikasi Lisan
     Komunikasi Interpersonal
     Komunikasi Intrapersonal
     Komunikasi dalam Urusan Rasmi dan Tidak Rasmi
     Komunikasi di Media Elektronik


Tajuk 4 Aktiviti Lisan
  2.4 Sipnosis
  2.5 Hasil Pembelajaran
  2.2 Kerangka Tajuk
  2.3 Kandungan Isi
     Ucapan
     Pengumuman
     Pengacaraan
     Perbengkelan
     Mesyuarat
     Forum
     Perbahasan
     Syarahan
     Pidato
     Ceramah
     Taklimat

Bibliografi

Panel Penulis Modul

Ikon Modul



                                 ii
PANDUAN PELAJAR


PENGENALAN

    Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan
pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin
kembali   semula   untuk   belajar   secara   formal   selepas   beberapa   tahun
meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah
kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk
menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.


PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI


    Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang
pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.


    Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda
berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan nota untuk
dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor
atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.


    Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda
agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A
menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.




                                        vi
Anda juga diperlukan untuk menyediakan tugasan berdasarkan soalan yang
akan diberikan oleh tutor anda. Hasilkanlah tugasan yang berkualiti dengan merujuk
pelbagai bahan bacaan yang sesuai.


SASARAN KURSUS

Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program
Pensiswazahan Guru (PPG).



JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah
seperti dalam Jadual 1:
                                               Agihan Jam pembelajaran
Aktiviti-aktiviti Pembelajaran                     Mengikut Kredit Kursus
                                   3 Kredit               2 Kredit                1 Kredit
                                 Tanpa       Ada       Tanpa        Ada     Tanpa        Ada
                                 Amali       Amali     Amali        Amali   Amali        Amali
                                 (3+0)       (2+1)     (2+0)        (1+1)   (1+0)        (0+1)
                                             (1+2)                  (0+2)
                                             (0+3)
Membaca modul
pembelajaran dan
menyiapkan latihan /              70          60        70           62      70           65
tugasan terarah / amali
Menghadiri kelas interaksi
                                  10          10         5           5       5               5
bersemuka (5 kali)
Latihan Amali*                     -          10         -           8        -              5
Perbincangan Atas Talian          7½          7½        5½          5½       5½          5½
Kerja Kursus                      20          20        20           20      15           15
Ulangkaji                         10          10        10           10      5               5
Amali/Peperiksaan                 2½          2½        2½          2½       2½          2½
Jumlah Jam Pembelajaran                120                     80                   40
* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.



                                             vii
SUSUNAN TAJUK MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh
berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat
masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.



PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga
perbincangan.



Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

   1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
      diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
      perpustakaan.

   2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
      pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
      modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
      dicadangkan.

   3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
      sasaran pembelajaran anda.

   4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
      pembacaan anda.

                                         viii
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
   Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
   bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.




                                  ix
PENGENALAN



1. Penerangan Ringkas Kursus

Kursus WAJ3116 iaitu Bahasa Melayu Komunikatif II (Communicative Malay
Language II) merupakan kursus wajib dan ditawarkan kepada pelajar Sarjana
Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan
Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program
Pensiswazahan Guru (PPG).

2. Tajuk Pilihan

Modul ini mengandungi empat tajuk, iaitu:
  2.1 Komunikasi Bertulis
  2.2 Aktiviti Penulisan Berformat
  2.3 Komunikasi Lisan
  2.4 Aktiviti Lisan

3. Keperluan kursus ( Nature of Subject)
  3.1 Kredit : 2(2+0)
  3.2 Jam Interaksi : 30 jam
  3.3 Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
  3.4 Prasyarat : Tiada
  3.5 Semester : Satu/Dua
  3.6 Penilaian : Kerja Kursus (100%)


4. Bahan sokongan
  4.1 Rujukan Asas
     Asmah Haji Omar.(2000). Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan
          Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

     Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang. (2003). Bahasa
            Melayu Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors
            Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
             Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


  4.2 Rujukan Tambahan

       Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa Melayu
             Komunikasi 1. Kuala Lumpur: Longman.

       Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan
             Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

       Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
            dan Pustaka.

       Awang Sariyan. (2004). Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar.
            Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

       Dewan Bahasa dan Pustaka. (1984). Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa
            Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

       Henry Guntur Tarigan. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: Dewan
             Bahasa dan Pustaka.

       Noriati A.Rashid. (2005). Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis
              Pertunangan. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan
              Idris.

5. Maklumat tentang aktiviti atau latihan.

      Anda dikehendaki membuat semua aktiviti yang disarankan dalam setiap
       bab. Tujuannya supaya pemahaman anda bertambah jelas. Lakukan
       pembelajaran sendiri atau bersama rakan-rakan.
      Catat semua isi penting yang diperoleh menerusi pencarian di internet,
       buku, jurnal dan akhbar dalam bentuk peta minda dan berbincanglah
       dengan pensyarah anda .
AGIHAN TAJUK



Kod & Nama Kursus: WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Kandungan modul ini dibahagi kepada empat (4) tajuk / topik. Jadual di bawah
menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui
modul.



                                                                    JUMLAH JAM
                                                                     MENGIKUT
 INTERAKSI                       TAJUK/TOPIK                         PRO FORMA
                                                                      KURSUS

                 Komunikasi Bertulis
                    Konsep
                    Bentuk
                    Kesantunan dalam Komunikasi Bertulis
       1
                 Aktiviti Penulisan Berformat
                      Memo
                      Minit Mesyuarat
                      Surat Rasmi dan Surat Tidak Rasmi
                      Teks Ucapan
                      Pengumuman


                 Aktiviti Penulisan Berformat
                      Temu bual
                      Teks Pengacaraan Majlis
                      Laporan
                      Rencana
       2              Karya Kreatif

                 Komunikasi Lisan
                    Konsep
                    Bentuk
                    Halangan


                 Kesantunan dalam komunikasi Lisan.
                 Komunikasi Interpersonal dan Intrapersonal
       3         Komunikasi dalam Urusan Rasmi dan Tidak Rasmi
                 Komunikasi di media elektronik.
JUMLAH JAM
                                            MENGIKUT
INTERAKSI                    TAJUK/TOPIK    PRO FORMA
                                             KURSUS

            Aktiviti Lisan

                   Ucapan
    4              Pengumuman
                   Pengacaraan
                   Perbengkelan
                   Mesyuarat


            Aktiviti Lisan

                   Forum
                   Perbahasan
    5              Syarahan
                   Pidato
                   Ceramah
                   Taklimat


                                 JUMLAH
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II



TAJUK 1 KOMUNIKASI BERTULIS

    SINOPSIS

     Tajuk 1 menjelaskan perihal komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu
     kepada pelajar, iaitu konsep, bentuk dan kesantunan komunikasi bertulis.
     Turut dijelaskan aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti.

    HASIL PEMBELAJARAN

     Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
     1.     menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi bertulis;
     2.     mengaitkan kesantunan dalam komunikasi bertulis;
     3.     menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat.


    KERANGKA TAJUK-TAJUK
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


   KANDUNGAN ISI


    Pengenalan
    Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam
    bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa
    akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau
    dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi
    lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan
    beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga
    melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras
    bahasa,   gaya     persembahan,           bentuk   penyampaian,     format   dan
    pengolahan yang menarik.
          Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis.
    Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut
    jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang
    kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan.
    Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem
    bahasa, laras dan format yang ditetapkan.
          Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan,
    kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun
    pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan
    gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman
    pembaca atau khalayak dengan lebih baik.
          Fakta      yang     sempurna         mempunyai    nilai     kesahan    dan
    kebolehpercayaan        yang    tinggi.    Pandangan    dan     pendapat     yang
    berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan
    sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah
    fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara
    mudah dan penuh bertanggungjawab.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


Definisi dan Konsep Komunikasi

      Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus
yang bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan
bahawa ada perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalam
komunikasi. Komunikasi merupakan           proses     pengiriman   maklumat,
pemikiran, sikap, atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan
simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson
(1969).
      Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif pentebaran
amat mudah dan dangkalpentebaran amat mudah dan dangkal kerana
tidak memberikan pertimbangan kepada penilaian si penerima dan lebih
bersifat sehala. Definisi yang lebih menumpu kepada komunikasi yang
berkesan memberikan penekanan kepada perkongsian makna dan
maklum    balas.     Daripada   pelbagai   definisi   yang   diberikan,   jelas
menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea,
dan emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran
dengan tujuan mencapai persamaan makna.
      Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalam
masyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalan
penguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah
lagi sedikit sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan
sentiasa tercapai.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


Tutorial
Bincangkan bentuk komunikasi




Latihan 1
Bincangkan bentuk dan konsep komunikasi
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


       Perbincangan
       Definisi komunikasi mengikut pandangan tokoh




             Definisi Komunikasi

satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan
     fikiran seseorang individu kepada individu lain




 Berasal daripada bahasa Latin “communicatus” yang
           bermaksud berkongsi sesuatu.




       Latihan 1
       Bincangkan bentuk dan konsep komunikasi
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


      Kesantunan Dalam Komunikasi

      Kesantunan     bahasa    bererti   kesopanan      dan   kehalusan   dalam
menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan
kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang
lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972).
      Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,
laporan yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya
menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya.
Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadi
atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal.



                   Latihan 2
                   Bincangkan aspek kesantunan dalam komunikasi.



                                            Komunikasi
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


Tutorial
Bincangkan ciri-ciri komunikasi




Membuat nota tentang ciri-ciri komunikasi.




Layari Internet
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II




Rehat




Tamat
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II




IKON

       Rehat


       Perbincangan


       Bahan Bacaan


       Buku Rujukan


       Latihan


       Membuat Nota


       Senarai Semakan


       Layari Internet


       Panduan Pengguna


       Mengumpul Maklumat


       Tutorial


       Memikir
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


Tamat
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II



TAJUK 2 AKTIVITI PENULISAN BERFORMAT

    SINOPSIS

     Tajuk 2 menjelaskan perihal aktiviti penulisan berformat serta contoh-
     contoh aktiviti komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu kepada pelajar.

    HASIL PEMBELAJARAN

     Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
     1.        menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat;
     2.        ;
     3.


    KERANGKA TAJUK-TAJUK

                                   AKTIVITI PENULISAN BERFORMAT



                  MEMO                                                      TEKS UCAPAN 
           Ciri‐ciri Memo                                           Jenis‐jenis Teks Ucapan 
           Format dan Contoh Memo                                   Format Teks Ucapan 
                                                                     Contoh Teks Ucapan 


           MINIT MESYUARAT 
           Jenis‐jenis Mesyuarat                                           PENGUMUMAN 
           Format Minit Mesyuarat                                    Jenis‐jenis Pengumuman 
           Contoh minit mesyuarat                                    Format Pengumuman 
                                                                      Contoh Pengumuman 


     SURAT RASMI DAN TIDAK RASMI 
           Jenis‐jenis                                                       TEMU BUAL 
           Format Surat                                              Jenis‐jenis Temu Bual 
           Contoh Surat                                              Format Temu Bual 
                                                                      Contoh Temu Bual 


               LAPORAN 
           Jenis‐jenis Laporan                                       TEKS PENGACARAAN MAJLIS 
           Format Laporan                                            Jenis‐jenis Pengacaraan Majlis 
           Contoh Laporan                                            Format Teks Pengacaraan Majlis 
                                                                      Contoh Teks Pengacaraan Majlis 
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II




   KANDUNGAN ISI


    Pengenalan
    ...............
    .......


    1. Memo


              Memo merupakan singkatan kepada memorandum, iaitu alat
    komunikasi bertulis dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara
    rasmi. Memori juga sejenis surat atau disebut sebagai surat edaran
    dalaman atau kegunaan dalaman. Justru, memo ialah catatan yang
    disampaikan dalam kalangan kakitangan disesebuah institusi atau
    organisasi. Isi kandungan memo ringkas, bentuknya tidak terlalu
    formal dan mempunyai catatan ,salinan kepada, contohnaa salinan
    kepada ketua jabatan. Memo juga tidak terikat pada sesuatu bentuk
    tertentu seperti surat rasmi, malahan ada memo yang tersedia dalam
    bentuk borang

    Tujuan memo

             Memberi maklumat dan fakta
             Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
             Menghuraikan sesuatu prosedur atau tindakan

    Ciri Memo

             Maklumat yang hendak disampaikan hendaklah jelas
             Terus kepada maksud
             Isi kandungan hendaklah ringkas, tepat dan padat
             Memo juga hendaklah lengkap dengan nombor rujukan, tarikh,
              perkara, tandatangan dan sebagainya.
             Secara umumnya, beberapa ciri tertentu yang terdapat pada
              surat rasmi boleh juga diaplikasikan untuk penulisan memo.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


    Bentuk Memo
         Dari segi kaedah penulisannya, tidak terikat dengan sesuatu bentuk
    yang tertentu seperti surat rasmi. Memo boleh ditulis dalam bentuk boring
    dan boleh juga dalam bentuk surat. Hal ini terpulanglah kepada jabatan
    masing-masing. Pada umumnya memo ini boleh dibahagikan kepada dua
    bentuk, iaitu bentuk borang dan bentuk terbuka.

    Memo Bentuk Borang
         Memo jenis ini semua tajuk dan maklumat yang diperlukan telah
    dicatat dalam borang. Penulis hanyak perlu, sarna ada mengisi atau
    menandakan sahaja pada ruang yang telah disediakan. Di samping itu,
    disediakan juga ruang kosong untuk catatan tambahan jika perlu.


    Memo Bentuk Terbuka

          Terdapat juga memo bentuk terbuka. Memo bentuk ini samalah
    seperti surat tetapi ada antara jabatan yang telah membuat reka
    bentuknya ynag tersendiri bagi tujuan memudahkan urusan.


          Bahasa Memo
          Gaya bahasa yang digunakan untuk menulis memo berbeza
    dengan gaya penulisan surat rasmi. Memo lebih memberi tumpuan
    kepada isi yang hendak disampaikan. Oleh sebab itu, bahasa yang
    digunakan seharusnya:

•   ringkas, padat dan jelas
•   Lembut dan berdiplomasi
•   Tidak menimbulkan sikap negatif kepada pembaca
•   Tidak menimbulkan prasangka.
•   Elakkan daripada membuat teguran berbentuk negatif.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


    Langkah Menulis Memo

    Merancang:

•   Tujuan penulisan memo tersebut
•   Mengenal pasti siapakah sasaran
•   Apa yang diharapkan
•   Apakah reaksi pembaca apabila membaca memo tersebut

    Menulis

    •     Menepati tujuannya
    •     Gunakan bahasa yang ringkas, jelas dan lembut
    •     Satu isi satu perenggan

    Menyemak

    •     Maklumatnya adakah tepat dan betul
    •     Tidak menuimbulkan sikap negatif pembaca
    •     Konstruktif


                 Perbincangan


                 Membuat Nota



    2. Minit Mesyuarat

         Minit mesyuarat merupakan satu rekod bertulis tentang perkara-
    perkara yang dibincangkan di dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat
    penting   kerana akan dijadikan    sumber rujukan pada masa hadapan.
    Semasa mesyuarat di adakan, segala keputusan yang diambil akan
    dicatatkan oleh setiausaha, manakala perbincangan yang meleret-leret
    tidak akan dicatat dalam minit. Tegasnya, menulis minit mesyuarat
    menjadi    tugas   setiausaha     yang   dilantik   dan   beliau   juga
    bertanggungjawab untuk mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli-ahli.
    Draf minit mesyuarat yang telah ditulis oleh setiausaha hendaklah
    diserahkan untuk semakan Pengerusi dalam masa tiga hari. Minit
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


mesyuarat sebenar pula biasanya diedarkan kepada ahli yang terlibat
selewat-lewatnya tujuh hari selepas mesyuarat.


      Mesyuarat dihadiri oleh individu yang mendapat jemputan sahaja.
Jemputan dbuat secara rasmi melalui surat panggilan mesyuarat.
Mesyuarat yang diadakan oleh sesuatu jabatan mempunyai tujuan
tertentu, antaranya:
            Bertukar-tukar fikiran antara ahli
            Mendapatkan idea-idea baharu
            Memberikan dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai
             pihak
            Mencari penyelesaian kepada masalah bersama dan
             mendapatkan       persetujuan        untuk   bertindak   atau
             melaksanakan sesuatu perkara
      Dalam hal ini minit mesyuarat merupak dokuman yang melaporkan
perkara yang berlaku dalam mesyuarat itu, iaitu agenda mesyuarat,
catatan keputusan perbincangan, dan tindakan susulan yang perlu diambil
oleh pihak tertentu berdasarkan persetujuan ahli-ahli yang menyertai
mesyuarat.

      Jenis Minit Mesyuarat


      Berdasarkan kepada keperluan minit mesyuarat dapat dibahagikan
kepada kepada beberapa jenis:


      Mesyuarat Jawatankuasa


      Biasanya diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat,
idea dan membuat keputusan tentang sesuatau perkara. Mesyuarat ini
dihadiri oleh individu yang menjadi ahli kepada jawatankuasa tersebut.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


      Mesyuarat Agong


      Biasanya diadakan setahun sekali. Dalam mesyuarat ini akan
berlaku perlantikan ahli jawatankuasa yang baharu bagi menggantikan
jawatankuasa yang lama. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun
dan kewangan yang telah dibelanjakan sepanjang tahun tersebut akan
dibentangkan untuk makluman ahli. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua ahli
yang berdaftar. Sesuatu mesyuarat agung dikira sah jika kehadiran ahli
dua pertiga daripada keseluruhan ahli yang berdaftar. Dalam mesyuarat
agung, setiap ahli yang berdaftar mempunyai hak untuk bersuara,
membuat pengundian atau tidak menyatakan sokongan terhadap sesuatu
isu. Melalui mesyuarat agung, perlembagaan atau peraturan yang telah
ditetapkan dalam organisasi boleh dipinda dengan syarat mendapat
persetujuan majoriti ahli.

      Mesyuarat Khas
      Diadakan khas untuk sesuatu isu, bertujuan untuk mendapatkan
kata putus daripada ahli-ahli dalam satu-satu perkara tertentu sahaja.


      Mesyuarat Tergempar
      Diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu
perjara atau isu yang meruncing. Mesyuarat ini memerlukan keputusan
diperoleh dalam masa yang terhad supaya masalah yang meruncing itu
tidak merebak atau tersebar menjadi lebih teruk.


      Mesyuarat Agung Luar Biasa
      Diadakan untuk satu-satu tujuan yang khusus sahaja. Mesyuarat ini
biasanya diadakan atas desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentang
sesuatu perkara. Mesyuarat ini dikira sah sekiranya kehadiran ahli ialah
dua pertiga dan keputusan yang dibuat mendapat sokongan majoriti ahli.
Mesyuarat ini dinamakan mesyuarat agung luar biasa kerana diadakan
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


di luar tempoh yang sepatutnya bagi sesuatu mesyuarat agung, dan
hanya bertujuan untuk mendapatkan keputusan majority bagi satu isu
sahaja.

     Ciri Minit Mesyuarat

     Tulen:
           Ringkas dan padat.
           Tidak direka-reka.
           Bukan bentuk laporan.
           Kandungannya benar-benar rekod hasil perbincangan dan
            keputusan bersama ahli mesyuarat

     Lengkap:
          Semua maklumat yang penting dan berkaitan disertakan
          Boleh memahamkan seseorang yang tidak hadir dalam
           mesyuarat tersebut.

     Tepat
          Butir-butir yang dicatatkan adalah tepat dan sama seperti
           perkara yang di bincangkan dalam mesyuarat.
          Fakta yang dicatat juga perlu menepati hal-hal yang
           diperkatakan dan bukanlah pandangan pencatat.

     Sahih
          Bebas daripada keraguan dari segi isi kandungan dan
           maklumat-maklumat yang berkaitan.
          Tandatangan pencatat merupakan satu cara menandakan
           kesahihan minit mesyuarat.
          Boleh dirujuk semula kerana mempunyai catatan tarikh,
           bilangan, nama dan fakta-fakta lain.

     Berstruktur
           Penulisan minit mesyuarat disusun       mengikut agenda
            mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur.
           Setiap perenggan mempunyai tajuk atau subtajuk yang
            bernombor dan mengikut urutan.


           Perbincangan
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


3.       Rencana


         Pendahuluan
•         Pada kebiasaannya, isu-isu yang disentuh di dalam sebuah
rencana ialah persoalan semasa yang menjadi perhatian umum. Rencana
ditulis berdasarkan pemikiran penulis,rujukan ,kajian, peristiwa semasa
dan sebagainya.
•         Rencana biasanya lebih panjang daripada berita. Setiap fakta yang
dikemukakan akan dihuraikan dengan contoh-contoh yang konkrit.
Disamping itu, penulis rencana akan memberikan perhatian yang lebih
terhadap pendahuluan rencana.

Definisi


         Rencana ialah karangan yang mengandungi maklumat, ulasan,
          huraian    atau   penceritaan   sesuatu   perkara   yang    biasanya
          berdasarkan fakta-fakta sebenar.
         Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan,
         tinjauan dan rujukan yang dilakukan oleh penulis rencana.
         Fakta–fakta yang berkaitan juga perlu berdasarkan berbagai-bagai
          sumber yang mempunyai pertalian atau hubungan dengan topik
          rencana.
         Buah fikiran daripada wawancara juga merupakan sumber bagi
          mendapatkan fakta sebenar untuk penulisan rencana
         Rencana bukanlah bersifat cereka tetapi memberikan tumpuan
          kepada sesuatu tajuk yang khusus.



Ciri-ciri Penulisan Rencana


Penulisan rencana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antaranya
adalah seperti yang berikut:
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


1.     Rencana digolongkan dalam bentuk esei formal.
      Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa baku yang
lebih konvensional berbanding dengan esei yang tidak formal dan
mempunyai struktur yang lebih terancang.
      Rencana mempunyai perenggan-perenggan pendahuluan dan
penutup yang rapi.
      Setiap perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan yang lojik.
      Ciri-ciri personal termasuk humor kurang diadakan dalam penulisan
rencana.


2.     Tujuan penulisan rencana adalah serius.
      Melalui rencana terdapat maklumat yang merangsang minda
pembaca untuk turut berfikir dan menginterpretasikannya.
      Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh orang yang mahir dalam
sesuatu bidang dan pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan
kepada penyelidikan oleh penulis sendiri atau orang lain.
      Setiap fakta,ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya. Oleh itu,
nota kaki,bibliografi serta lampiran perlu disertakan sebagai sokongan
bagi sesuatu fakta.
3.     Ada digniti.
      Penulisan rencana mempunyai martabatnya kerana mempunyai
nilai intelektual.
      Ciri ini penting kerana penulisan rencana mementingkan ketepatan
dan kejituan maklumat serta hujahan yang berdasarkan
penyelidikan ,rujukan dan tinjauan oleh penulisnya.
      Rencana yang berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnya
mempunyai digniti yang tinggi kerana tetap kekal dan dijadikan bahan
rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu.
      Bagi rencana-rencana yang berunsur sejarah pula dibuat koleksi
dan disimpan di Arkib Negara, Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan
Pustaka, Perpustakaan Negara dan sebagainya.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II



    4.    Ada ukuran kepanjangan.


         Sesebuah rencana yang bermutu mempunyai ukuran kepanjangan
    yang tertentu.
         Sebaik-baiknya lebih panjang daripada nota dan lebih pendek
    daripada monograf jika dilihat dari segi ukurannya.
         Biasanya sesetengah editor majalah dan surat khabar mempunyai
    ketentuan tentang panjang rencana yang akan disiarkan.
         Rencana kewartawanan misalnya mempunyai gaya penulisnya
    yang langsung dan terus kepada isi kandungan mengikut skop yang dipilih.
         Dengan itu, sesebuah rencana tidak perlu terlalu panjang lazimnya
    menjejaskan minat pembacanya terhadap rencana yang berkenaan.

5. Penulisan yang jelas dan jitu.


   Penulisan rencana padat dengan maklumat yang berupaya menarik
    perhatian pembaca untuk terus membaca bagi mendapatkan maklumat.
   Rencana yang meleret-leret,longgar dan tidak ekonomi perkataanya akan
    menghambarkan selera pembaca. Idea yang disampaikan dalam rencana
    juga harus berturutan dan ada pertalian sambil dipertautkan dengan
    hujahan penulis.
   Pada keseluruhannya,penulisan rencana menggunakan perkataan yang
    konkrit,tepat untuk sesuatu idea,mudah difahami dan tidak menggunakan
    perkataan secara berlebihan.
   Walau bagaimanapun,terdapat juga penulisan rencana yang
    menggunakan perkataan-perkataan yang mengindahkan gaya bahasa,
    menghidupkan dan memberikan tenaga kepada rencana tersebut.

6. Menyampaikan maklumat.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


   Penulisan rencana dapat menyampaikan maklumat yang lebih banyak
    dan jelas kapada para pembaca.
   Contohnya: Kepupusan Penyu Belimbing. Penulisan rencana boleh
    melakukan wawancara dengan beberapa pihak yang terlibat dan
    berdasarkan maklumat yang dikumpul maka ditulisnya sebuah rencana
    yang memaparkan masalah tentang kepupusan haiwan tersebut.
   Dengan memberikan maklumat kepada masyarakat pembaca,mungkin
    usaha untuk menyelamatkan penyu tersebut dapat diatasi.
   Masalah-masalah sosial yang lain seperti isu pendatang asing, setinggan,
    budaya punk serta masalah para pekerja kilang merupakan tajuk rencana
    yang menarik. Kadangkala, hasil daripada penulisan rencana seperti ini
    dapat mendidik dan membantu proses perubahan dalam kalangan
    masyarakat.
   Maklumat yang dimuatkan dalam sesebuah rencana biasanya bertujuan
    untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikenali sebagai unsur 5W +
    1H, iaitu who(siapa),when(bila), what(apa),why(mengapa),where(di mana)
    dan how(bagaimana).
   Persoalan-persoalan ini dapat membantu penulis meneroka sesuatu
    peristiwa secara menyeluruh. Jawapan bagi persoalan-persoalan ini juga
    secara tidak langsung dapat membantu memberikan maklumat yang
    diperlukan oleh pembaca.

7. Rencana bersifat ulasan subjektif.


   Melalui penulisan rencana,penulis dapat melahirkan perasaan dan
    pandangan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan. Misalnya, sekiranya
    para pembaca mendengar sesuatu peristiwa penting di radio atau
    televisyen,maka keesokan harinya mereka boleh mengikuti rencana yang
    lebih mendalam mengenainya di akhbar.
   Rencana seumpama ini biasanya memuatkan ulasan-ulasan yang
    mengandungi pendapat dan perasaan penulis.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


   Perasaan dan pendapat penulis ini mempunyai tujuan yang tertentu
    seperti meminta pembaca berfikir dan membuat pertimbangan, membuat
    rayuan untuk mendapat simpati pembaca terhadap sesuatu peristiwa dan
    sebagainya.
   Ciri-ciri membezakan rencana daripada penulisan berita atau laporan
    adalah berita atau laporan hanya memaparkan perkara-perkara yang
    berlaku tetapi tidak dimuatkan pendapat penulis itu sendiri.


8. Tempoh tarikan tidak terhad.


   Ruang dan tempoh tarikan penulisan rencana tidak terhad sebagaimana
    yang berlaku pada penulisan berita. Seseorang penulis rencana boleh
    memilih sudut pandangan yang dikehendakinya untuk dibicarakan dalam
    penulisannya. Tumpuan dari satu idea kepada idea yang lain merupakan
    tugas penulis supaya isu yang ditimbulkan tetap menarik.
   Selain itu, penulis rencana tidak perlu mengejar tarikh akhir penerbitannya
    dan rencana yang dihasilkan boleh disimpan untuk beberapa hari di dalam
    fail dan akan digunakan apabila perlu.
   Sesuatu rencana itu tidak akan basi walaupun peristiwa yang berkenaan
    hanyalah berupa imbasan kembali.

9. Organisasi penulisan yang logik.


   Maklumat yang disampaikan dalam rencana adalah logik dan berdasarkan
    rujukan penyelidikan,tinjauan dan temu ramah dengan pihak-pihak yang
    berkaitan.
   Rencana yang berdasarkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara
    biasanya disokong dan dimantapkan dengan keterangan,data,jadual,peta
    dan sebagainya bagi menjelaskan maksud penulisannya dan kesahihan
    perkara tersebut.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


10. Pembatasan pembicaraan


   Rencana ditulis berdasarkan skop yang dipilih sahaja. Walaupun sesuatu
    isu itu hangat dan besar,tetapi penulisan rencana biasanya cuba
    menjuruskan sudut penulisannya kepada sesuatu aspek sahaja.

Bentuk-Bentuk Rencana
Bentuk rencana boleh dibahagikan kepada tiga jenis,iaitu:
   Rencana bentuk ilmiah
   Rencana bentuk separa ilmiah
   Rencana bentuk popular


1. Rencana bentuk ilmiah
   Rencana bentuk ilmiah biasanya ditulis oleh penulis yang pakar dalam
    sesuatu bidang.
   Pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan sendiri
    atau orang lain.
   Setiap fakta,huraian,ulasan serta pendapat mestilah ada dasarnya
    sekiranya rencana itu tidak berdasarkan penyelidikan sendiri.
2. Rencana bentuk separa ilmiah
   Bentuk rencana separa ilmiah tidak memerlukan kajian dan rujukan yang
    mendalam.
   Walau bagaimanapun, penulisan rencana bentuk ini juga mengandungi
    data,jadual,rajah,peta dan sebagainya yang memerlukan maklumat tepat
    untuk pembaca.
   Rencana separa ilmiah ini sering ditulis oleh wartawan akhbar harian dan
    majalah-majalah. Penulisan bentuk ini tidak perlu disertakan bibliografi.
3. Rencana bentuk popular
   Isi yang diketengahkan oleh rencana bentuk popular biasanya tidaklah
    berat.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


   Rencana bentuk ini berkaitan dengan isu-isu semasa dan menjadi bahan
    santapan rohani pembaca.
   Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa akan mendapat
    maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya
    bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu.
   Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar
    harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan
    sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar.
   Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa akan mendapat
    maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya
    bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu.
   Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar
    harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan
    sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar.


1. Rencana jenis penerangan


   Kebanyakan rencana dalam akhbar dan majalah mengetengahkan fakta
    dengan lebih jelas dan menyeluruh.
   Segala aspek tentang topik tersebut diberi penerangan yang berupa
    kumpulan fakta dari berita harian.
   Rencana jenis ini sering kali ditulis oleh sidang editor majalah semasa
    timbulnya sesuatu isu atau perkara yang susah difahami umum.


2. Rencana jenis berita.
   Rencana jenis berita berasaskan kenyataan atau isu semasa dengan
    memberi keutamaan terhadap sesuatu kejadian yang baru, luar biasa dan
    bernilai beritanya.
   Biasanya, rencana berita mengandungi huraian lanjut tentang berita yang
    hangat diperkatakan. Dalam penulisan berita,penulis dikehendaki
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


    melaporkan apa yang benar-benar berlaku di samping memberikan
    pendapatnya.


3. Rencana jenis profil.
   Rencana jenis profil menceritakan hal-hal tentang pencapaian dan
    kejayaan seseorang tokoh.
   Biasanya rencana ini memuatkan gambaran tentang diri,individu yang
    menunjukkan keperibadian,keistimewaan dan ketokohan.
   Orang yang diprofilkan merupakan orang yang terkenal.
   Rencana jenis ini menceritakan latar belakang seseorang tokoh itu dan
    apa yang dilakukannya serta bagaimana dia menjadi terkenal.


4. Rencana jenis penyiasatan.
   Rencana jenis penyiasatan ditulis untuk merangsang pihak-pihak tertentu
    agar bertindak untuk memperbaiki dan mengubah keadaan,cara berfikir
    serta pendapat orang ramai.
   Penulis rencana seumpama ini perlu menyediakan bukti-bukti dan contoh-
    contoh yang sebenarnya.
   Sebagai contoh, dalam rencana tentang Ponteng Sekolah dalam
    Kalangan Murid-murid Sekolah, penulis dapat memberikan sebab-sebab
    berlakunya ponteng sekolah,tempat-tempatyang selalu dikunjungi oleh
    murid-murid yang ponteng dan peratusan yang terlibat.


5. Rencana jenis pendapat.
   Rencana jenis pendapat menggunakan persembahan yang bersahaja,
    iaitu pendapat disampaikan secara tepat dan jelas dengan
    mengemukakan fakta dan data seperti peraturan yang dikenakan oleh
    pihak berkuasa atau jadual bilangan nahas jalan raya dalam satu tempoh
    tertentu.
   Rencana ini akan menjadi hambar jika pendapat penulis tidak
    berdasarkan penyelidikan dan rujukan yang mendalam.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


6. Rencana jenis perbahasan
   Dalam rencana jenis perbahasan,penulis biasanya mengetengahkan teori
    kemasyarakatan dan menyampaikan hujah-hujah dengan berasaskan
    falsafah,politik,penyelesaian masalah ekonomi ataupun strategi dalam
    permainan dan sukan.
   Melalui rencana jenis ini, penulis lebih berani memperkatakan
    pendapatnya sama ada bersetuju atau menentang pendapat-pendapat
    pihak lain.
8. Rencana jenis kritikan.
   Rencana jenis kritikan memberi peluang kepada penulis untuk
    menyatakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan sesuatu isu atau
    perkara dengan mengemukakan alasannya.
   Namun begitu, oleh sebab tidak mudah untuk menolak sesuatu secara
    bulat-bulat,penulis biasanya menyediakan fakta-fakta yang menyokong
    pendiriannya dan cara-cara bagaimana untuk menghadapi alasan-a;asan
    lain kemudiannya.
   Kritikan dan penulisan rencana seumpama ini lazimnya bersikap adil dan
    mengemukakan kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan yang
    patut diberikan pujian.
9. Rencana jenis umum.
   Rencana ini berkaitan dengan perkara yang telah menjadi pengetahuan
    umum seperti hal-hal tentang burung,peredaran bulan dan matahari.
    Walaupun begitu, sudut penulisan yang digunakan oleh penulis dapat
    menyegarkan maklumat tersebut untuk menarik minat pembaca.




Peringkat Penulisan


   Semasa menulis rencana terdapat dua aspek yang perlu diberi
    perhatian,iaitu bahasa dan isi kandungan rencana.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


Bahasa
   Bahasa rencana hendaklah ringkas,bernas dsan padat. Biasanya dalam
    penulisan rencana ayat yang digunakan ialah ayat penyata. Ayat yang
    terlalu panjang dan berbelit-belit hendaklah dielakkan kerana ayat
    sedemikian akan menyukarkan kefahaman pembaca.


    Kandungan


    Kandungan rencana terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pendahuluan,
    tubuh rencana dan penutup rencana.


    Pendahuluan
                 Pendahuluan merupakan bahagian pengenalan dalam
    sesuatu rencana. Bahagian ini penting dan seharusnya dapat menarik
    minat dan menimbulkan perasaan ingin membaca rencana itu sehingga
    akhir.
                 Untuk menarik minat pembaca,bahagian pengenalan
    rencana boleh dimulakan dengan unsur-unsur yang menarik seperti
    data,madah,peribahasa,persoalan,kecindan dan sedutan kata-kata.
                 Pemilihan gaya pendahuluan haruslah dibuat dengan
    berhati-hati supaya dapat menggambarkan tajuk rencana dan persoalan
    umum yang akan dibincang dalam rencana tersebut. Selain itu, kenyataan
    inti boleh ditulis sebagai kenyataan penutup dalam bahagian pengenalan.


    Tubuh Rencana
                 Tubuh rencana boleh dibahagikan kepada beberapa
    perenggan yang dapat merangkumi keseluruhan tema rencana.
                 Perenggan-perenggan ini merupakan perkembangan
    kepada tema rencana.
                 Perkembangan ini boleh dilakukan melalui ilustrasi seperti
    menggunakan angka,fakta,carta,rajah dan sebagainya.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


            Ilustrasi ini bertujuan menyokong idea dan pendapat penulis.
Ilustrasi ini juga menjadikan sesebuah rencana itu menarik dan mudah
difahami.
            Dengan menggunakan ilustrasi yang berkenaan, sesebuah
rencana boleh ditulis dalam bentuk gambaran,laporan,cerita atau ulasan.
            Namun begitu,tiga prinsip; iaitu kesatuan idea,urutan idea
dan penonjolan idea utama perlu diadakan pada setiap perenggan.
            Prinsip-prinsip ini perlu diberi perhatian untuk memastikan
peralihan idea berlaku secara lancar dan memudahkan pembaca
mengikuti perkembangan idea tersebut.
            Untuk mendapatkan kesatuan idea, penulis harus memilih
tema atau idea utama dan mengekalkan tema atau idea utama itu dari
awal hingga akhir penulisan.
            Bahan-bahan yang tiada hubungan dengan idea utama
haruslah diketepikan. Hubungan idea dari perenggan ke perenggan lain
hendaklah dikawal dan disusun mengikut urutan yang difikirkan logik
berdasarkan kerangka idea yang telah disediakan.
            Urutan idea pula boleh dikekalkan melalui pengulangan
perkataan dan rangkai kata yang sesuai dan berpautan atau penggunaan
penanda wacana yang tepat.
            Penonjolan idea utama dalam setiap perenggan boleh
dilakukan dengan cara memastikan huraian dalam setiap perenggan
dibicarakan dan mengukuhkan idea utama.


Penutup Rencana


            Bahagian ini memenuhi perasaan ingin tahu dan seterusnya
menimbulkan rasa puas hati dalam kalangan pembaca kerana semua
persoalan dan maklumat telah diketengahkan. Untuk mencapai tujuan ini
penulis biasanya boleh merumuskan isi-isi penting atau membuat
kesimpulan tentang penulisan yang berkenaan.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II



   Kesimpulan
              Penulisan seperti rencana radio,rencana majalah,rencana
deskriptif,rencana akhbar,rencana sukan,rencana sejarah dan sebagainya
yang turut dikategorikan sebagai penulisan rencana merupakan satu seni
penulisan yang tersendiri.
              Walaupun rencana tersebut melalui berbagai-bagai alat
media seperti surat khabar,majalah,radio,televisyen dan buku tetapi
rencana tetap merupakan penulisan yang menarik sekiranya diolah
dengan baik.



               Rehat


               Perbincangan




               Latihan
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


4. Teks Ucapan


      Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin
hanya mendengar perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap.
Ucapan biasanya terdapat dalam majlis-majlis perasmian, perhimpunan,
perpisahan, keraian, ulang tahun dan sebagainya. Oleh itu kandungan
ucapan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis majlis itu.


      Ucapan menggambarkan seseorang yang bercakap tentang
sesuatu perkara di hadapan khalayak. Ucapan merupakan pelahiran idea-
idea secara lisan di hadapan hadirin. Ucapan disampaikan dalam upacara
tertentu seperti majlis rasmi atau peristiwa tertentu. Ucapan disampaikan
berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis. Ucapan memerlukan
kemahiran dalam aspek-aspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan.


Definisi Ucapan


Ucapan ialah kata-kata yang mengandungi isi bagi melahirkan berbagai-
bagai harapan dan perasaan kepada khalayak tertentu. Ucapan juga
merupakan kegiatan melafazkan kata-kata kesejahteraan, rasa terima
kasih, tahniah, takziah, dan sebagainya.
      Ucapan juga dapat diertikan sebagai kata-kata yang dilafazkan,
sama ada berbentuk nasihat, pernyataan atau pemberitahuan secara
terbuka kepada khalayak.


Jenis Ucapan


Ucapan Rasmi
     Ucapan dalam majlis formal
     Dihadiri oleh tetamu khas atau orang-orang kenamaan
     Berbentuk komunikasi sehala
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


    Isi kandungan ucapan mestilah sesuai dengan konteks dan situasi
     majlis tersebut.
    Teks ucapan yang dirancang akan digunakan sepenuhnya tanpa
     mengubah isi yang ditetapkan


Ucapan Tidak Rasmi
    Ucapan yang disampaikan secara bebas tanpa terikat kepada
     sebarang prosedur
    Ucapan jenis ini menggunakan bahasa yang lebih mudah, ringkas
     dan terus kepada maksud.
    Ucapan jenis ini kadang kala merupakan komunikasi dua hala, iaitu
     pendengar boleh menyampuk, bertanya atau membalas apa-apa
     yang diujarkan oleh pengucap.




Contoh :
    Ucapan tahniah
    Ucapan takziah
    Ucapan alu-aluan
    Ucapan perpisahan
    Ucapan perasmian


Format Ucapan Umum
•    Pendahuluan
•    Isi Kandungan Ucapan
•    Penutup/ Kesimpulan


Pendahuluan
    Dimulakan dengan kata-kata sambutan iaitu tidak banyak berbeza
     daripada karangan jenis syarahan dan ceramah.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


    Kata-kata sambutan hendaklah mengikut protokol atau tingkat
     kedudukan masing-masing.
    Dimulakan dengan taraf kedudukan hadirin yang paling tinggi.


Isi Kandungan


•    Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan,
     pengetahuan, nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin.
•    Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan
     ucapan dan disusuli dengan isi-isi ucapan.
•    Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti
     hadirin yang dihormati sekalian.
•    Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atau
     peribahasa supaya ucapan itu menjadi lebih menarik.


Penutup/ Kesimpulan


•    Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat .
•    Penutup mengandungi kata-kata pujian dan
     penghargaan,kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima
     kasih dan salam kepada hadirin teristimewanya tokoh yang diraikan.
•    Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun,puisi dan kata-kata
     indah



             Latihan
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


      CONTOH

      Anda telah diminta untuk memberi sebuah ucapan pada hari persaraan
      salah seorang guru disekolah anda.Sediakan teks ucapan yang lengkap
      untuk disampaikan pada hari tersebut.

Pendahuluan
• Kata alu-aluan kepada hadirin yang hadir
• Contoh : Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada
   Yang saya Hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru
   Besar,Yang Berusaha Guru-Guru Penolong Kanan,Yang
   diraikan……………..guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Isi

•     Ucapan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan
      ucapan kepada guru yang akan bersara.
•     Isi-isi ucapan merangkumi :
      - Latar belakang guru yang akan bersara.
      - Pendidikan serta kursus-kursus yang pernah disertai.
      - Pengalaman
      - Pencapaian selama menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
        guru
•     Kata-kata penghadapan hendaklah disertakan ketika ingin memulakan isi
      baru.
•     Contoh :
           – Hadirin yang dihormati
           – Sudara-saudari sekalian
           – Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi

Penutup
• Akhir sekali saya mendoakan agar Puan Ramlah Bahri sentiasa berjaya
  dalam hidupnya dan mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang
  dilakukannya.Saya akhiri ucapan saya ini dengan dua rangkap pantun ;

            Pulau Pandan jauh ke tengah,
            Gunung Daik bercabang tiga,
            Hancur badan dikandung tanah,
            Budi yang baik dikenang juga.

            Kalau ada sumur diladang,
            Boleh kita menumpang mandi,
            Kalau ada umur yang panjang,
            Boleh kita berjumpa lagi.

      Sekian,terima kasih.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


Protokol Panggilan Hormat

  PANGKAT/GELARAN             Cara mengalamatkan 


  Yang di‐Pertuan Agong       Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang 
                              Dipertuan Agong 
  Yang Dipertua Negeri        Tuan Yang Terutama 


  Raja Muda/Tengku            Duli Yang Teramat Mulia 
  Mahkota 
  Perdana Menteri Malaysia    Yang Amat Berhormat 


  Timbalan Perdana Menteri    Yang Amat Berhormat 


  Menteri Besar/Ketua         Yang Amat Berhormat 
  Menteri 
  Menteri/Timbalan Menteri    Yang Berhormat 


  Wakil Rakyat/Adun           Yang Berhormat 


  Ahli Dewan                  Yang Berhormat Senator 
  Negara/Senator 




  Pangkat/Gelaran                Cara mengalamatkan 


  Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri  Yang Berhormat 
     • Setiausaha Kerajaan 
        Negeri 
     • Pegawai Kewangan 
        Negeri 
     • Penasihat Undang‐
        undang Negeri 
  Ketua Hakim Negara             Yang Amat Arif Tun/Tan Sri/Datuk 
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


Hakim Besar/Hakim           Yang Amat Arif Tan Sri/Datuk 


Mufti                       Sahibussamahah Tan Sri /Datuk 


Kadi                        Sahibulfadilah Tuan Kadi 


Haji/Hajjah                 Yang Mulia Tuan Haji/Hajjah 


Ustaz/Ustazah               Yang Berbahagia 


Pengetua/Guru Besar         Yang Berusaha 


Profesor/Profesor Madya     Yang Berbahagia 




                 Rehat


                 Perbincangan


                 Bahan Bacaan
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


5. Surat Rasmi
Pendahuluan
       Surat Rasmi merupakan teks yang berformat kerana surat rasmi
mempunyai peraturan dan gaya persembahan yang perlu dipatuhi. Surat
rasmi menyatakan atau menggambarkan sesuatu perkara untuk diketahui
oleh orang yang menerima atau membaca surat itu. Kandungan surat rasmi
berupa aduan, pemberitahuan, isu-isu tertentu, pemakluman, permohonan
dan sebagainya. Surat rasmi ditulis oleh sesuatu pihak kepada penerima
agar pihak penerima mendapat maklumat dan pengetahuan tentang
perkara tersebut. Surat rasmi merupakan dokumen yang bercetak yang
boleh dibaca berulang kali dan dirujuk kembali pada masa akan datang.


  Definisi


  Surat kiriman merupakan sesuatu proses atau aktiviti menyalurkan
maklumat, pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran karangan
berbentuk format yang menggambarkan suasana, khabar, berita dan
sebagainya yang akan dikirimkan atau diutuskan kepada orang yang
ditujukan. Dengan maksud pemberitahuan sesuatu hal atau perkara yang
dialami, dinikmati dan sebagainya oleh si pengutus surat berkenaan supaya
si penerima surat tersebut juga turut merasa dan berkongsi suasana sama
ada suka mahupun duka.


  Apakah yang membezakan satu surat dengan surat yang lain?


  Menurut Burton (1983) perbezaan ini wujud disebabkan oleh tiga perkara:
 I.Orang yang akan menerima surat anda – penerima
II.Apa yang anda tulis – subjek
III.Mengapa anda menulis – tujuan
  •     Dengan mengambil kira tiga perkara di atas, surat-surat boleh
dikategorikan sebagai rasmi dan tidak rasmi.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


•     Surat rasmi boleh dikategorikan kepada rasmi peribadian
(formal-personal) dan rasmi tidak peribadian (formal-impersonal).


                                          (Burton, 1983 dan Asmah, 1988).


Surat Rasmi Tidak Peribadian
     Memohon maklumat daripada firma, institusi organisasi
     Meminta bantuan atau kerjasama daripada firma-firma
     Menjawab panggilan temuduga
     Memesan barang
     Membuat aduan
     Membuat tempahan


Surat Rasmi Peribadian
     Mengucap tahniah atau takziah
     Jemputan (sosial)
     Jawapan kepada jemputan
     Ucapan terima kasih


Surat Tidak Rasmi (Surat Peribadi)
     Ditulis dalam pelbagai situasi tentang pelbagai subjek
     Antara rakan sebaya, sama status
     Dapat menyatakan pendapat dan perasaan
     Cara penulisanya lebih bersahaja




Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :


•     memohon pekerjaan
•     membuat aduan / bantahan / cadangan
•     membuat rayuan
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


 •      membuat jemputan rasmi
 •      menempah barangan
 •      meminta kebenaran
 •      atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi


 Format Surat Rasmi
       Diperperkenalkan oleh Jabatan Perdana Menteri .
       Tujuannya supaya terdapat keseragaman di semua kementerian
dan agensi kerajaan.
       Arahan ini terkandung dalam surat Pekeliling Am Bil.8 tahun 1980
bertarikh 1 Oktober 1980.
       Lembaga Peperiksaan seterusnya melakukan beberapa
pengubahsuaian untuk para guru dan pelajar.
       Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran
Malaysia iaitu Pekeliling Am Bil.1 tahun 1987 bertarikh 22 Januari 1987.


 Ciri-ciri Umum Format Surat Rasmi


       bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara peribadi.
       Bahasa yang digunakan mestilah mudah, tepat, padat, baku dan
betul dari segi ejaan dan tanda baca.
       Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan
peribahasa


 Lembaga Peperiksaan Malaysia pula menyenaraikan ciri-ciri berikut :
       Alamat pengirim
       Garisan panjang melintang
       Nama dan alamat penerima
       Nombor telefon
       Nombor rujukan
       Tarikh
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


       Perkataan menghadapkan surat
       Kepala surat/perkara
       Pemerengganan
       Pecahan bagi perenggan
       Tandatangan
       Nama pengirim


 Format Surat Kiriman rasmi
       Alamat pengirim.
        - ditulis disebelah kiri di bahagian atas surat.
       Garis panjang melintang.
 Alamat penerima.
        - baris akhir alamat dibubuh garis.
       Tarikh .
 - ditulis di sebelah kanan surat, sebaris dengan baris akhir alamat
penerima.
       Panggilan hormat.
        - dibubuh koma di hujungnya.
       Perkara.
 - huruf besar digunakan pada setiap awal kata, bergaris dan tiada noktah
dihujungnya.
       Isi-isi.
 - perenggan pertama dan akhir tidak dibubuh nombor dan ditulis dari tepi
surat. Hanya perenggan kedua dan seterusnya dibubuh nombor dan ditulis
jarak sedikit dari nombor.
       Pengakuan dan tanda tangan pengirim.
        - ditulis di bahagian kiri bawah surat.
       Nama dan jawatan pengirim.
 - nama ditulis selepas tanda tangan dengan huruf besar sepenuhnya dan
dibubuh kurungan.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


Format Surat Rasmi (Lembaga Peperiksaan Malaysia)

 ________________          Alamat Penulis
 ________________
 ________________
 _____________________________( garisan panjang)__________________________
 Jawatan / penerima
 Alamat (pejabat, sekolah, dsb)                   Tarikh : (selari dengan nama negeri)
 Tuan / Puan,


 Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)
 Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)
 2.    ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba
 sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)
 3.    ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita
 kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita
 dipertimbangkan.)


 (Penutup)


 Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)
 _________________
 Nama Penuh ( HURUF BESAR)
 Jawatan ( Huruf Kecil )




                 Latihan


                 Membuat Nota
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


6. Laporan


Pendahuluan
Laporan ialah kertas kerja yang mengandungi maklumat atau khabar.
Laporan ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah
berlaku. Laporan merupakan maklumat tentang sesuatu perkara yang
hendak     dilaporkan.   Laporan   ialah   dokuman   untuk   menyampaikan
maklumat yang khusus kepada pembaca yang tertentu. Maklumat tersebut
disampaikan secara sistematik dan objektif dengan menitikberatkan
kejelasan dan ketepatan kandungannya.


Definisi
        Kamus Dewan (1996) – maklumat berkenaan sesuatu kedudukan.
        Ellis dan Hopkins (1985) – dokumen yang digunakan bagi
menyampaikan maklumat khusus kepada pembaca tertentu. Maklumat
yang dipaparkan harus mengambil kira aspek ketepatan dan kepadatan
disamping disusun dengan sistematik serta mencapai objektif yang
ditetapkan.


Tujuan
        Melaporkan atau merekodkan sesuatu peristiwa yang dilihat atau
         didengar.
        Jenis-jenis laporan:
              Laporan umum
              Laporan kajian
              Laporan syarikat.
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


Jenis-jenis Laporan


Laporan Umum


      Laporan untuk bacaan atau pengetahuan umum sahaja
      Tentang sesuatu kejadian, perkara, isu


Laporan Kajian
      Juga disebut laporan ilmiah/penyelidikan
      Untuk memerihalkan sesuatu keadaan.
      Tidak dipengaruhi sebarang unsur emosi penulis.
      Memerlukan fakta yang tepat dan penyusunan rapi dan tersusun.


Laporan Syarikat
      Laporan tahunan untuk melaporkan aktiviti syarikat dalam tempoh
satu tahun.
      Kandungan – aspek kewangan, pemegang syer, senarai harta
syarikat, tanggungan dan lain-lain.
      Gaya bahasa – berbentuk huraian dan penjelasan, disusun secara
kronologi.


Format Laporan Umum
      Halaman judul muka surat – mengandungi nama penulis,
organisasi, tajuk laporan, tahun.
      Abstark – sinopsis keseluruhan kandungan.
      Kandungan – tajuk, subtajuk dan lampiran.
      Pengenalan – latar belakang, kaedah penyelidikan dan
penghargaan.
      Huraian data – disusun mengikut topik dan subtajuk khusus.
      Kesimpulan – rumusan & cadangan
      Rujukan & bibliografi
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


     Lampiran.


Format Laporan Kajian
     Halaman kulit
     Halaman tajuk (sebelah dalam)
     Abstrak
     Penghargaan
     Daftar kandungan
     Pengenalan iaitu penyataan masalah
     Tinjauan kajian berkaitan
     Kaedah penyelidikan
     Dapatan kajian
Rumusan dan cadangan


Format laporan Syarikat
     Halaman Kulit
     Misi Syarikat
     Notis Mesyuarat Agung Tahunan
     Jawatankuasa Audit
     Struktur Korporat
     Maklumat Korporat
     Lembaga Pengarah
     Ucapan Pengerusi
     Laporan Kewangan
     Analisis Pemegang Syer
     Senarai Harta
     Borang Proksi


            Perbincangan
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II



7. Pengumuman


Definisi
Kertas pengumuman yang mengandungi khabar atau maklumat yang
disebarkan untuk bacaan atau perhatian kepada individu atau pihak
tertentu.


Ciri-ciri Pengumuman
•         Mengandungi maklumat yang benar dan tepat.
•         Keterangan daripada sumber yang dipercayai dan diperoleh
daripada pihak yang berkenaan dan bertanggungjawab.
•         Penggunaan bahasa yang ringkas, tepat dan padat. (ayat aktif)
•         Tajuk ditulis di sebelah atas dengan jelas dan
dapat menarik perhatian pembaca.
•         Mesej yang ingin disampaikan tidak berbelit-belit.
•         Pengumuman ditulis dengan jelas dan terang.
•         Pengumuman yg tidak lancar , meleret-leret akan mengelirukan
pendengar.


Format Pengumuman
i. Tajuk
•         Bahagian tajuk paling jelas dipaparkan.
•         Ditulis dengan huruf besar dan berbentuk frasa.
•         Diletakkan di atas atau di papan tanda.
•         Dicatatkan perkara yang hendak diumumkan.
.
    ii. Penjelasan
•         Terdapat mesej yang hendak disampaikan.
•         Mempunyai maklumat yang lengkap (tarikh,masa,tempat dan
sebagainya)
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


•      Terdapat pelbagai jenis ayat yang diterapkan seperti ayat berita,
ayat suruhan, ayat larangan dan sebagainya.
iii. Kesimpulan
      Terdapat pesanan dan pemberitahuan penting.



             Perbincangan




8. Pengacara Majlis


Definisi
Pengendalian perjalanan sesuatu majlis sama ada rasmi atau tidak rasmi
mengikut sesunan atur cara yang telah ditetapkan.


Tujuan
Untuk mengurus perjalanan majlis tanpa sebarang gangguan dan catatan.


Prosedur
meneliti dan memeriksa program.
    *mengetahui tujuan majlis diadakan.
    * meneliti senerai kehadiran.
    * mengetahui dan peruntukan masa akan diadakan


Pengacara Majlis
•      Sebagai ‘ nadi’ sesebuah majlis.
•      Seorang pengacara majlis harus melengkapkan diri dengan
pelbagai kemahiran agar majlis yang dikendalikan berjalan dengan lancar
dan meninggalkan kesan yang baik dihati para tamu dan penonton.


Ciri-ciri Pengacara majlis
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


•     Mempunyai personaliti yang menarik.
•     Suara yang sedap didengar.
•     Mempunyai keyakinan diri.
•     Pandai bermain bahasa dan emosi.
•     Mempunyai daya inteleksual yang tinggi.


Format Pengacaraan Majlis
•     Memulakan majlis dengan salam.
•     Kata-kata aluan.
•     Menyatakan tujuan majlis diadakan.
•     Mengendalikan atur cara yang ditetapkan.
•     Menentukan kesinambungan aturcara.


Teknik Menulis Teks Pengacara majlis


penyediaan teks
     * mengetahui nama majlis tersebut.
     * mengetahui tujuan majlis dan atur cara.
     * mendapatkan senerai nama jemputan terkini, terutamanya tetamu
       kehormat.
     * merancang teks yang bersesuian dengan majlis.


            Perbincangan
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


IKON

       Rehat


       Perbincangan


       Bahan Bacaan


       Buku Rujukan


       Latihan


       Membuat Nota


       Senarai Semakan


       Layari Internet


       Panduan Pengguna


       Mengumpul Maklumat


       Tutorial


       Memikir


       Tamat
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II



TAJUK 3 KOMUNIKASI LISAN

    SINOPSIS

     Tajuk 3 menjelaskan perihal komunikasi lisan dalam Bahasa Melayu
     kepada pelajar, iaitu

    HASIL PEMBELAJARAN

     Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
     1.     menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi lisan;
     2.     ;
     3.     .


    KERANGKA TAJUK-TAJUK




    KANDUNGAN ISI


     Pengenalan
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II



KOMUNIKASI LISAN


1.Pidato


Pendahuluan
Pidato adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui
sktiviti ini seseorang akan dilatih untuk berfikiran secara logik, menaakul,
menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu pidato/syarahan juga dapat
melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa
yang tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.


Definisi pidato
Pengucapan yang dilakukan oleh individu tentang satu tajuk dan berusaha
menjelaskan idea atau pokok persoalan yang dibicarakan untuk mendapat
sokongan serta mempengaruhi pendengar.


Tujuan
1) Memberi penerangan:
  menjelaskan tentang sesuatu tajuk dan menghuraikan perkara penting.


2) Memberitahu:
  perkara yang baru


3) Memberi keyakinan:
  meyakinkan dengan pendiriannya mengenai sesuatu topik


4) Mempengaruhi:
  Memberi penekanan dan perhatian
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


Ciri-ciri penggunaan Bahasa Yang Baik
      Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang
       gramatis.
      Aras bahasa bersesuaian dengan audien.
      Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan
       seperti pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.
      Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik
       simpati.
      Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien
      Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab


Gaya Penyampaian
      Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk
       menekankan fakta.
      Jangan kaku dan beraksi berlebihan
      Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum
       apabila gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi
       tinggi.
      Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang
       sesuai.
      Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan
       menunjukkan wajah yang terlalu serius.
      Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.


Gaya dan Intonasi
      Menggunakan nada dan intonasi suara yang pelbagai.
      Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian
      Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati.
      Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk
      Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


      Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi




2. Syarahan


Pendahuluan
Satu bentuk komunikasi sehala
- Disampaikan secara individu
- Menjelaskan perkara-perkara tentan sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan


Definisi
Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak untuk
menjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik.
-Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang
disampaikan


Tujuan
Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek
penting tentang tajuk tersebut.
Memberi tahu audiens tentang sesuatu perkara baharu seperti perisriwa atau hal
ehwal semasa yang menarik.


Format Syarahan
   Pembuka Kata
       Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-
       pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan
       syarahan yang berkenaan.


   Isi atau amanat
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


      Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi
      syarahan. Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan
      dalam bahagian ini.


   Penutup Isi/ amanat
      Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat   berdasarkan isi yang terdapat
      dalam syarahan tadi.


   Penutup syarahan
      Bahagian ini merupakan bahagian yang terakhir. Dalam bahagian ini
      pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak
      penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan
      harapan agar syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin.




3. Ceramah


  Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu yang disampaikan
oleh orang yang pakar dalam bidang tersebut. Menerusi ceramah atau syarahan,
penerangan atau penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum
atau topik baharu, dapat disampaikan oleh penceramah kepada pendengar atau
penonton. Biasanya ceramah yang bakal disampaikan di adakan dalam majlis
atau perhimpunan yang dirancang dengan tujuan tertentu.             Majlis atau
perhimpunan ini melibatkan banyak hadirin daripada pelbagai kaum dan
kedudukan. Jika di sekolah, ceramah kerap diadakan bersempena peristiwa
tertentu atau kempen untuk memupuk sikap terpuji sebagai mendidik pelajar
agar hidup berakhlak, berhemah dan berbudi bahasa.
      Biasanya ceramah disampaikan oleh penutur kepada khalayak dengan
beberapa cara misalnya dengan bantuan gambar, slaid, alat projector, filem dan
nota. Cara ini semua untuk menarik perhatian pendengar atau hadirin. Oleh itu,
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


bakal penceramah perlu membuat persediaan yang rapi sebelum menyampaikan
topik atau persoalan yang hendak diperkatakan kerana ia melibatkan tanggapan
dan kefahaman di pihak khalayak yang hadir.


Definisi ceramah


      Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, ceramah ditakrifkan sebagai
       ucapan membicarakan sesuatu perkara, pengemukaan fikiran atau idea -
       idea melalui perucapan dan di sampaikan secara 2 hala.


      Ceramah dalam kamus Bahasa Indonesia adalah pidato yang bertujuan
       yang bertujuan memberikan nasihat dan petunjuk sementara itu wujudnya
       hadirin yang bertindak sebagai pendengar. Dengan demikian ceramah
       dapat di ertikan sebagai bentuk dari dakwah iaitu dakwah bil-kalam yang
       bererti menyampaikan ajaran-ajaran, nasihat, mengajak seseorang
       dengan menggunakan lisan.


      Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan
       oleh orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing – masing.
      Ceramah merupakan penerangan dan penjelasan tentang perkara yang
       menjadi perbincangan umum iaitu topik di sampaikan penceramah kepada
       penonton.


Tujuan ceramah
       Ceramah juga boleh di kelaskan berdasarkan beberapa tujuan. Biasanya
ceramah di lakukan untuk:
          a. Memujuk
             Melalui cara ini, penceramah akan cuba mempengaruhi pendengar
             untuk menghasilkan perubahan dari sikap, kepercayaan dan
             tindakan.
          b. Menghibur
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


         Penceramah kerap kali membawa hadirin ke situasi kenyataan
         yang lucu dan menjauhkan dari perbincangan isu-isu atau
         kontroversi.
      c. Memberi maklumat
         Penceramah bertujuan untuk memberitahu atau menerangkan
         kepada pendengar tentang sesuatu konsep, perkara, proses,
         fenomena, idea, dan sebagainya. Pendengar akan memperoleh
         maklumat pengetahuan baru atau peningkatan taraf pengetahuan
         tentang perkara yang disampaikan.


Jenis-jenis Ceramah
   a) Ceramah umum
         Ceramah adalah suatu pesanan yang bertujuan memberikan
   nasihat dan petunjuk, sementara itu, hadirin yang bertindak sebagai
   pendengar. Maksud umum adalah keseluruhan untuk siapa sahaja sama
   ada khalayak ramai, masyarakat luas, atau lazim. Jadi, ceramah umum
   adalah pidato yang bertujuan untuk memberikan nasihat kepada khalayak
   umum atau masyarakat luas. Di dalam ceramah umum ini keseluruhannya
   bersifat menyeluruh tidak ada batasan-batasan apapun baik dari hadirin
   yang tua mahu pun muda.


   b) Ceramah khusus
         Ceramah        khusus    bererti   ceramah   yang   bertujuan   untuk
   memberikan nasihat-nasihat kepada khalayak tertentu. Topik yang
   dibincangkan adalah sesuai dengan hadirin dan keadaan.
   Contoh: Peringatan hari besar Islam seperti Isra’ miraj, maulid nabi dan
   bulan puasa.



                  Perbincangan
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


Membuat Nota
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II




IKON

       Rehat


       Perbincangan
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


Bahan Bacaan


Buku Rujukan


Latihan


Membuat Nota


Senarai Semakan


Layari Internet


Panduan Pengguna


Mengumpul Maklumat


Tutorial


Memikir


Tamat
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II



TAJUK 1 KOMUNIKASI BERTULIS

    SINOPSIS

     Tajuk 1 menjelaskan perihal komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu
     kepada pelajar, iaitu konsep, bentuk dan kesantunan komunikasi bertulis.
     Turut dijelaskan aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti.

    HASIL PEMBELAJARAN

     Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
     1.     menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi bertulis;
     2.     mengaitkan kesantunan dalam komunikasi bertulis;
     3.     menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat.


    KERANGKA TAJUK-TAJUK




    KANDUNGAN ISI


     Pengenalan
     Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam
     bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau
dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi
lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan
beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga
melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras
bahasa,   gaya     persembahan,           bentuk   penyampaian,     format   dan
pengolahan yang menarik.
      Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis.
Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut
jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang
kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan.
Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem
bahasa, laras dan format yang ditetapkan.
      Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan,
kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun
pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan
gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman
pembaca atau khalayak dengan lebih baik.
      Fakta      yang     sempurna         mempunyai    nilai     kesahan    dan
kebolehpercayaan        yang    tinggi.    Pandangan    dan     pendapat     yang
berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan
sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah
fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara
mudah dan penuh bertanggungjawab.
      Gaya dan laras turut terlibat dalam organisasi sesebuah teks.
Penulis teks



               Perbincangan
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


                Membuat Nota



Definisi dan Konsep




                          Definisi Komunikasi


      satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan
           fikiran seseorang individu kepada individu lain




        Berasal daripada bahasa Latin “communicatus” yang
                  bermaksud berkongsi sesuatu.



Bentuk




           MEMO                                       TEKS UCAPAN 
    Ciri‐ciri Memo                            Jenis‐jenis Teks Ucapan 
    Format dan Contoh Memo                    Format Teks Ucapan 
                                               Contoh Teks Ucapan 
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


      MINIT MESYUARAT 
      Jenis‐jenis Mesyuarat                             PENGUMUMAN 
      Format Minit Mesyuarat                      Jenis‐jenis Pengumuman 
      Contoh minit mesyuarat                      Format Pengumuman 
                                                   Contoh Pengumuman 




SURAT RASMI DAN TIDAK RASMI 
      Jenis‐jenis  
      Format Surat                                        TEMU BUAL 
      Contoh Surat                                Jenis‐jenis Temu Bual 
                                                   Format Temu Bual 
                                                   Contoh Temu Bual 


          LAPORAN 
      Jenis‐jenis Laporan 
      Format Laporan                              TEKS PENGACARAAN MAJLIS 
      Contoh Laporan                              Jenis‐jenis Pengacaraan Majlis 
                                                   Format Teks Pengacaraan Majlis 
                                                   Contoh Teks Pengacaraan Majlis 
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II




IKON

       Rehat


       Perbincangan


       Bahan Bacaan


       Buku Rujukan


       Latihan


       Membuat Nota


       Senarai Semakan
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II


Layari Internet


Panduan Pengguna


Mengumpul Maklumat


Tutorial


Memikir


Tamat
BIBLIOGRAFI


( IKUT FORMAT APA)
PANEL PENULIS MODUL
                      PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
                         (XXX PENDIDIKAN RENDAH)

               NAMA                             KELAYAKAN


(NAMA) ENCIK ABU ZAKI BIN ROMLI   (KELULUSAN)

(JAWATAN) PENSYARAH               PHD/SARJANA/SARJANA
                                  MUDA/DIPLOMA/SIJIL
(EMEL) abu_z66@yahoo.com

                                  (PENGALAMAN KERJA)


(NAMA) UMAR BIN AHMAD             (KELULUSAN)

(JAWATAN) PENSYARAH               PHD/SARJANA/SARJANA
                                  MUDA/DIPLOMA/SIJIL
(EMEL) umar115_ahmad@yahoo.com

                                  (PENGALAMAN KERJA)




(NAMA)                            (KELULUSAN)

(JAWATAN)                         PHD/SARJANA/SARJANA
                                  MUDA/DIPLOMA/SIJIL
(EMEL)

                                  (PENGALAMAN KERJA)
IKON

       Rehat


       Perbincangan


       Bahan Bacaan


       Buku Rujukan


       Latihan


       Membuat Nota


       Senarai Semakan


       Layari Internet


       Panduan Pengguna


       Mengumpul Maklumat


       Tutorial


       Memikir


       Tamat

Contenu connexe

Tendances (20)

Penyediaan Teks Ucapan dan Pengucapan Awam
Penyediaan Teks Ucapan dan Pengucapan AwamPenyediaan Teks Ucapan dan Pengucapan Awam
Penyediaan Teks Ucapan dan Pengucapan Awam
 
Pengucapan awam new
Pengucapan awam newPengucapan awam new
Pengucapan awam new
 
Kemahiran berucap
Kemahiran berucapKemahiran berucap
Kemahiran berucap
 
Makalah pidato
Makalah pidatoMakalah pidato
Makalah pidato
 
TUGAS BAHASA INDONESIA PIDATO
TUGAS BAHASA INDONESIA PIDATOTUGAS BAHASA INDONESIA PIDATO
TUGAS BAHASA INDONESIA PIDATO
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Penyampaian Ceramah
Penyampaian CeramahPenyampaian Ceramah
Penyampaian Ceramah
 
Pidato Persuasif
Pidato PersuasifPidato Persuasif
Pidato Persuasif
 
Pidato Informatif
Pidato InformatifPidato Informatif
Pidato Informatif
 
pidato
pidatopidato
pidato
 
Komunikasi lisan (Komunikasi Bisnis)
Komunikasi lisan (Komunikasi Bisnis)Komunikasi lisan (Komunikasi Bisnis)
Komunikasi lisan (Komunikasi Bisnis)
 
Teks pidato
Teks pidatoTeks pidato
Teks pidato
 
Tahap persiapan pidato
Tahap persiapan pidatoTahap persiapan pidato
Tahap persiapan pidato
 
Teras bahasa melayu
Teras bahasa melayuTeras bahasa melayu
Teras bahasa melayu
 
Teks ceramah
Teks ceramahTeks ceramah
Teks ceramah
 
pidato
pidatopidato
pidato
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Bahasa indonesia - PIDATO
Bahasa indonesia - PIDATOBahasa indonesia - PIDATO
Bahasa indonesia - PIDATO
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Power poin tugas bahasa indonesia | PIDATO
Power poin tugas bahasa indonesia | PIDATOPower poin tugas bahasa indonesia | PIDATO
Power poin tugas bahasa indonesia | PIDATO
 

En vedette

Bahasa melayu komunikasi tugasan
Bahasa melayu komunikasi tugasanBahasa melayu komunikasi tugasan
Bahasa melayu komunikasi tugasanHasriza Mat Jusoh
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tasamranaziz67
 
Teks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahanTeks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahanjungle1982
 
Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malam
Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malamTeks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malam
Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malamNorhakimah Norhman
 
Buku skrap GBM 1103
Buku skrap GBM 1103Buku skrap GBM 1103
Buku skrap GBM 1103Inbmy
 
Bahasa dalam komunikasi bertulis
Bahasa dalam komunikasi bertulisBahasa dalam komunikasi bertulis
Bahasa dalam komunikasi bertulisTEACHER EDUCATION
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahNorhayati Ismail
 
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu KOD / TAJUK KURSUS HBML3203 TATABAHASA...
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu KOD / TAJUK  KURSUS HBML3203 TATABAHASA...Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu KOD / TAJUK  KURSUS HBML3203 TATABAHASA...
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu KOD / TAJUK KURSUS HBML3203 TATABAHASA...muhammad
 
Laporan taklimat jemaah nazir jaminan kualiti 2013 bil 1
Laporan taklimat jemaah nazir jaminan kualiti 2013 bil 1Laporan taklimat jemaah nazir jaminan kualiti 2013 bil 1
Laporan taklimat jemaah nazir jaminan kualiti 2013 bil 1aishahsukar2777
 
Pengalaman Berharga Untuk Menjadi Warga Dunia
Pengalaman Berharga Untuk Menjadi Warga DuniaPengalaman Berharga Untuk Menjadi Warga Dunia
Pengalaman Berharga Untuk Menjadi Warga DuniaGuru Online
 
Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Chon Seong Hoo
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015Chon Seong Hoo
 
Laras bahasa (slideshare 1)
Laras bahasa (slideshare 1)Laras bahasa (slideshare 1)
Laras bahasa (slideshare 1)alongsyue
 
Teks Ucapan Bajet 2013
Teks Ucapan Bajet 2013Teks Ucapan Bajet 2013
Teks Ucapan Bajet 2013tulipbiru64
 

En vedette (20)

Bahasa melayu komunikasi tugasan
Bahasa melayu komunikasi tugasanBahasa melayu komunikasi tugasan
Bahasa melayu komunikasi tugasan
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
 
Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulisKomunikasi bertulis
Komunikasi bertulis
 
Teks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahanTeks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahan
 
Memo
MemoMemo
Memo
 
Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malam
Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malamTeks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malam
Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malam
 
Buku skrap GBM 1103
Buku skrap GBM 1103Buku skrap GBM 1103
Buku skrap GBM 1103
 
Bahasa dalam komunikasi bertulis
Bahasa dalam komunikasi bertulisBahasa dalam komunikasi bertulis
Bahasa dalam komunikasi bertulis
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu KOD / TAJUK KURSUS HBML3203 TATABAHASA...
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu KOD / TAJUK  KURSUS HBML3203 TATABAHASA...Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu KOD / TAJUK  KURSUS HBML3203 TATABAHASA...
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu KOD / TAJUK KURSUS HBML3203 TATABAHASA...
 
13958102 komunikasi-bertulis
13958102 komunikasi-bertulis13958102 komunikasi-bertulis
13958102 komunikasi-bertulis
 
Taklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbppp
Taklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbpppTaklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbppp
Taklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbppp
 
Laporan taklimat jemaah nazir jaminan kualiti 2013 bil 1
Laporan taklimat jemaah nazir jaminan kualiti 2013 bil 1Laporan taklimat jemaah nazir jaminan kualiti 2013 bil 1
Laporan taklimat jemaah nazir jaminan kualiti 2013 bil 1
 
Latihan 9
Latihan 9Latihan 9
Latihan 9
 
Pengalaman Berharga Untuk Menjadi Warga Dunia
Pengalaman Berharga Untuk Menjadi Warga DuniaPengalaman Berharga Untuk Menjadi Warga Dunia
Pengalaman Berharga Untuk Menjadi Warga Dunia
 
Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
 
Laras bahasa (slideshare 1)
Laras bahasa (slideshare 1)Laras bahasa (slideshare 1)
Laras bahasa (slideshare 1)
 
Teks Ucapan Bajet 2013
Teks Ucapan Bajet 2013Teks Ucapan Bajet 2013
Teks Ucapan Bajet 2013
 
Suaikan KV KV
Suaikan KV KVSuaikan KV KV
Suaikan KV KV
 

Similaire à Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasanajib6766
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srAMira LIzza
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srmoiprincessa
 
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motorPjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motorSMK Damansara Damai 1
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranhaslinda041770
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuGman Radziman
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_syikin Mawaddah
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Nurzila Ibrahim
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_syikin Mawaddah
 
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjahPejal Ragbi Terengganu
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaerine2312
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Ong Ngi Song
 
Asas pend muzik pengenalan
Asas pend muzik  pengenalanAsas pend muzik  pengenalan
Asas pend muzik pengenalanMimi Liau
 
Produk Bahan refleksi siklus 1 dan 2.docx
Produk Bahan refleksi siklus 1 dan 2.docxProduk Bahan refleksi siklus 1 dan 2.docx
Produk Bahan refleksi siklus 1 dan 2.docxdiahprameswari1986
 
05 panduan pelajar edu 3083
05 panduan pelajar edu 308305 panduan pelajar edu 3083
05 panduan pelajar edu 3083Hendon Ramlan
 
05 panduan pelajar edu 3083
05 panduan pelajar edu 308305 panduan pelajar edu 3083
05 panduan pelajar edu 3083Noor Dollah
 

Similaire à Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii (20)

Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasa
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
Bmm3104
Bmm3104Bmm3104
Bmm3104
 
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motorPjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahraga
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]
 
Psv3105
Psv3105Psv3105
Psv3105
 
Asas pend muzik pengenalan
Asas pend muzik  pengenalanAsas pend muzik  pengenalan
Asas pend muzik pengenalan
 
Produk Bahan refleksi siklus 1 dan 2.docx
Produk Bahan refleksi siklus 1 dan 2.docxProduk Bahan refleksi siklus 1 dan 2.docx
Produk Bahan refleksi siklus 1 dan 2.docx
 
05 panduan pelajar edu 3083
05 panduan pelajar edu 308305 panduan pelajar edu 3083
05 panduan pelajar edu 3083
 
05 panduan pelajar edu 3083
05 panduan pelajar edu 308305 panduan pelajar edu 3083
05 panduan pelajar edu 3083
 
Panduan edu3103
Panduan edu3103Panduan edu3103
Panduan edu3103
 

Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii

  • 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN MODUL WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011
  • 2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. i
  • 3. MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT. Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia ii
  • 4. KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Komunikasi Bertulis 1.0 Sipnosis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk 1.3 Kandungan Isi  Konsep  Bentuk  Kesantunan dalam komunikasi bertulis Tajuk 2 Aktiviti Penulisan Berformat 2.0 Sipnosis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Kandungan Isi  Memo  Minit Mesyuarat  Surat Rasmi dan Surat Tidak Rasmi  Teks Ucapan  Pengumuman  Temu Bual  Teks Pengacaraan Majlis  Laporan  Rencana  Karya Kreatif
  • 5. Tajuk 3 Komunikasi Lisan 2.2 Sipnosis 2.3 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Kandungan Isi  Konsep  Bentuk  Halangan  Kesantunan dalam Komunikasi Lisan  Komunikasi Interpersonal  Komunikasi Intrapersonal  Komunikasi dalam Urusan Rasmi dan Tidak Rasmi  Komunikasi di Media Elektronik Tajuk 4 Aktiviti Lisan 2.4 Sipnosis 2.5 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Kandungan Isi  Ucapan  Pengumuman  Pengacaraan  Perbengkelan  Mesyuarat  Forum  Perbahasan  Syarahan  Pidato  Ceramah  Taklimat Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul ii
  • 6. PANDUAN PELAJAR PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. vi
  • 7. Anda juga diperlukan untuk menyediakan tugasan berdasarkan soalan yang akan diberikan oleh tutor anda. Hasilkanlah tugasan yang berkualiti dengan merujuk pelbagai bahan bacaan yang sesuai. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1: Agihan Jam pembelajaran Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Mengikut Kredit Kursus 3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit Tanpa Ada Tanpa Ada Tanpa Ada Amali Amali Amali Amali Amali Amali (3+0) (2+1) (2+0) (1+1) (1+0) (0+1) (1+2) (0+2) (0+3) Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / 70 60 70 62 70 65 tugasan terarah / amali Menghadiri kelas interaksi 10 10 5 5 5 5 bersemuka (5 kali) Latihan Amali* - 10 - 8 - 5 Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½ Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15 Ulangkaji 10 10 10 10 5 5 Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40 * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. vii
  • 8. SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. viii
  • 9. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. ix
  • 10. PENGENALAN 1. Penerangan Ringkas Kursus Kursus WAJ3116 iaitu Bahasa Melayu Komunikatif II (Communicative Malay Language II) merupakan kursus wajib dan ditawarkan kepada pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). 2. Tajuk Pilihan Modul ini mengandungi empat tajuk, iaitu: 2.1 Komunikasi Bertulis 2.2 Aktiviti Penulisan Berformat 2.3 Komunikasi Lisan 2.4 Aktiviti Lisan 3. Keperluan kursus ( Nature of Subject) 3.1 Kredit : 2(2+0) 3.2 Jam Interaksi : 30 jam 3.3 Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu 3.4 Prasyarat : Tiada 3.5 Semester : Satu/Dua 3.6 Penilaian : Kerja Kursus (100%) 4. Bahan sokongan 4.1 Rujukan Asas Asmah Haji Omar.(2000). Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
  • 11. Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4.2 Rujukan Tambahan Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Kuala Lumpur: Longman. Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2004). Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka. (1984). Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Henry Guntur Tarigan. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A.Rashid. (2005). Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. 5. Maklumat tentang aktiviti atau latihan.  Anda dikehendaki membuat semua aktiviti yang disarankan dalam setiap bab. Tujuannya supaya pemahaman anda bertambah jelas. Lakukan pembelajaran sendiri atau bersama rakan-rakan.  Catat semua isi penting yang diperoleh menerusi pencarian di internet, buku, jurnal dan akhbar dalam bentuk peta minda dan berbincanglah dengan pensyarah anda .
  • 12. AGIHAN TAJUK Kod & Nama Kursus: WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Kandungan modul ini dibahagi kepada empat (4) tajuk / topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. JUMLAH JAM MENGIKUT INTERAKSI TAJUK/TOPIK PRO FORMA KURSUS Komunikasi Bertulis  Konsep  Bentuk  Kesantunan dalam Komunikasi Bertulis 1 Aktiviti Penulisan Berformat  Memo  Minit Mesyuarat  Surat Rasmi dan Surat Tidak Rasmi  Teks Ucapan  Pengumuman Aktiviti Penulisan Berformat  Temu bual  Teks Pengacaraan Majlis  Laporan  Rencana 2  Karya Kreatif Komunikasi Lisan  Konsep  Bentuk  Halangan Kesantunan dalam komunikasi Lisan. Komunikasi Interpersonal dan Intrapersonal 3 Komunikasi dalam Urusan Rasmi dan Tidak Rasmi Komunikasi di media elektronik.
  • 13. JUMLAH JAM MENGIKUT INTERAKSI TAJUK/TOPIK PRO FORMA KURSUS Aktiviti Lisan  Ucapan 4  Pengumuman  Pengacaraan  Perbengkelan  Mesyuarat Aktiviti Lisan  Forum  Perbahasan 5  Syarahan  Pidato  Ceramah  Taklimat JUMLAH
  • 14. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II TAJUK 1 KOMUNIKASI BERTULIS  SINOPSIS Tajuk 1 menjelaskan perihal komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu konsep, bentuk dan kesantunan komunikasi bertulis. Turut dijelaskan aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti.  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi bertulis; 2. mengaitkan kesantunan dalam komunikasi bertulis; 3. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat.  KERANGKA TAJUK-TAJUK
  • 15. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II  KANDUNGAN ISI Pengenalan Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan pengolahan yang menarik. Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan. Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan. Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik. Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara mudah dan penuh bertanggungjawab.
  • 16. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Definisi dan Konsep Komunikasi Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus yang bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan bahawa ada perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalam komunikasi. Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap, atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson (1969). Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif pentebaran amat mudah dan dangkalpentebaran amat mudah dan dangkal kerana tidak memberikan pertimbangan kepada penilaian si penerima dan lebih bersifat sehala. Definisi yang lebih menumpu kepada komunikasi yang berkesan memberikan penekanan kepada perkongsian makna dan maklum balas. Daripada pelbagai definisi yang diberikan, jelas menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea, dan emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran dengan tujuan mencapai persamaan makna. Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalam masyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalan penguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah lagi sedikit sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan sentiasa tercapai.
  • 17. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Tutorial Bincangkan bentuk komunikasi Latihan 1 Bincangkan bentuk dan konsep komunikasi
  • 18. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Perbincangan Definisi komunikasi mengikut pandangan tokoh Definisi Komunikasi satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu lain Berasal daripada bahasa Latin “communicatus” yang bermaksud berkongsi sesuatu. Latihan 1 Bincangkan bentuk dan konsep komunikasi
  • 19. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Kesantunan Dalam Komunikasi Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972). Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan, laporan yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya. Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadi atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal. Latihan 2 Bincangkan aspek kesantunan dalam komunikasi. Komunikasi
  • 20. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Tutorial Bincangkan ciri-ciri komunikasi Membuat nota tentang ciri-ciri komunikasi. Layari Internet
  • 21. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Rehat Tamat
  • 22. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir
  • 23. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Tamat
  • 24. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II TAJUK 2 AKTIVITI PENULISAN BERFORMAT  SINOPSIS Tajuk 2 menjelaskan perihal aktiviti penulisan berformat serta contoh- contoh aktiviti komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu kepada pelajar.  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat; 2. ; 3.  KERANGKA TAJUK-TAJUK AKTIVITI PENULISAN BERFORMAT MEMO  TEKS UCAPAN   Ciri‐ciri Memo   Jenis‐jenis Teks Ucapan   Format dan Contoh Memo   Format Teks Ucapan   Contoh Teks Ucapan  MINIT MESYUARAT   Jenis‐jenis Mesyuarat  PENGUMUMAN   Format Minit Mesyuarat   Jenis‐jenis Pengumuman   Contoh minit mesyuarat   Format Pengumuman   Contoh Pengumuman  SURAT RASMI DAN TIDAK RASMI   Jenis‐jenis   TEMU BUAL   Format Surat   Jenis‐jenis Temu Bual   Contoh Surat   Format Temu Bual   Contoh Temu Bual  LAPORAN   Jenis‐jenis Laporan  TEKS PENGACARAAN MAJLIS   Format Laporan   Jenis‐jenis Pengacaraan Majlis   Contoh Laporan   Format Teks Pengacaraan Majlis   Contoh Teks Pengacaraan Majlis 
  • 25. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II  KANDUNGAN ISI Pengenalan ............... ....... 1. Memo Memo merupakan singkatan kepada memorandum, iaitu alat komunikasi bertulis dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi. Memori juga sejenis surat atau disebut sebagai surat edaran dalaman atau kegunaan dalaman. Justru, memo ialah catatan yang disampaikan dalam kalangan kakitangan disesebuah institusi atau organisasi. Isi kandungan memo ringkas, bentuknya tidak terlalu formal dan mempunyai catatan ,salinan kepada, contohnaa salinan kepada ketua jabatan. Memo juga tidak terikat pada sesuatu bentuk tertentu seperti surat rasmi, malahan ada memo yang tersedia dalam bentuk borang Tujuan memo  Memberi maklumat dan fakta  Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan  Menghuraikan sesuatu prosedur atau tindakan Ciri Memo  Maklumat yang hendak disampaikan hendaklah jelas  Terus kepada maksud  Isi kandungan hendaklah ringkas, tepat dan padat  Memo juga hendaklah lengkap dengan nombor rujukan, tarikh, perkara, tandatangan dan sebagainya.  Secara umumnya, beberapa ciri tertentu yang terdapat pada surat rasmi boleh juga diaplikasikan untuk penulisan memo.
  • 26. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Bentuk Memo Dari segi kaedah penulisannya, tidak terikat dengan sesuatu bentuk yang tertentu seperti surat rasmi. Memo boleh ditulis dalam bentuk boring dan boleh juga dalam bentuk surat. Hal ini terpulanglah kepada jabatan masing-masing. Pada umumnya memo ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu bentuk borang dan bentuk terbuka. Memo Bentuk Borang Memo jenis ini semua tajuk dan maklumat yang diperlukan telah dicatat dalam borang. Penulis hanyak perlu, sarna ada mengisi atau menandakan sahaja pada ruang yang telah disediakan. Di samping itu, disediakan juga ruang kosong untuk catatan tambahan jika perlu. Memo Bentuk Terbuka Terdapat juga memo bentuk terbuka. Memo bentuk ini samalah seperti surat tetapi ada antara jabatan yang telah membuat reka bentuknya ynag tersendiri bagi tujuan memudahkan urusan. Bahasa Memo Gaya bahasa yang digunakan untuk menulis memo berbeza dengan gaya penulisan surat rasmi. Memo lebih memberi tumpuan kepada isi yang hendak disampaikan. Oleh sebab itu, bahasa yang digunakan seharusnya: • ringkas, padat dan jelas • Lembut dan berdiplomasi • Tidak menimbulkan sikap negatif kepada pembaca • Tidak menimbulkan prasangka. • Elakkan daripada membuat teguran berbentuk negatif.
  • 27. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Langkah Menulis Memo Merancang: • Tujuan penulisan memo tersebut • Mengenal pasti siapakah sasaran • Apa yang diharapkan • Apakah reaksi pembaca apabila membaca memo tersebut Menulis • Menepati tujuannya • Gunakan bahasa yang ringkas, jelas dan lembut • Satu isi satu perenggan Menyemak • Maklumatnya adakah tepat dan betul • Tidak menuimbulkan sikap negatif pembaca • Konstruktif Perbincangan Membuat Nota 2. Minit Mesyuarat Minit mesyuarat merupakan satu rekod bertulis tentang perkara- perkara yang dibincangkan di dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat penting kerana akan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan. Semasa mesyuarat di adakan, segala keputusan yang diambil akan dicatatkan oleh setiausaha, manakala perbincangan yang meleret-leret tidak akan dicatat dalam minit. Tegasnya, menulis minit mesyuarat menjadi tugas setiausaha yang dilantik dan beliau juga bertanggungjawab untuk mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli-ahli. Draf minit mesyuarat yang telah ditulis oleh setiausaha hendaklah diserahkan untuk semakan Pengerusi dalam masa tiga hari. Minit
  • 28. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II mesyuarat sebenar pula biasanya diedarkan kepada ahli yang terlibat selewat-lewatnya tujuh hari selepas mesyuarat. Mesyuarat dihadiri oleh individu yang mendapat jemputan sahaja. Jemputan dbuat secara rasmi melalui surat panggilan mesyuarat. Mesyuarat yang diadakan oleh sesuatu jabatan mempunyai tujuan tertentu, antaranya:  Bertukar-tukar fikiran antara ahli  Mendapatkan idea-idea baharu  Memberikan dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak  Mencari penyelesaian kepada masalah bersama dan mendapatkan persetujuan untuk bertindak atau melaksanakan sesuatu perkara Dalam hal ini minit mesyuarat merupak dokuman yang melaporkan perkara yang berlaku dalam mesyuarat itu, iaitu agenda mesyuarat, catatan keputusan perbincangan, dan tindakan susulan yang perlu diambil oleh pihak tertentu berdasarkan persetujuan ahli-ahli yang menyertai mesyuarat. Jenis Minit Mesyuarat Berdasarkan kepada keperluan minit mesyuarat dapat dibahagikan kepada kepada beberapa jenis: Mesyuarat Jawatankuasa Biasanya diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat, idea dan membuat keputusan tentang sesuatau perkara. Mesyuarat ini dihadiri oleh individu yang menjadi ahli kepada jawatankuasa tersebut.
  • 29. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Mesyuarat Agong Biasanya diadakan setahun sekali. Dalam mesyuarat ini akan berlaku perlantikan ahli jawatankuasa yang baharu bagi menggantikan jawatankuasa yang lama. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun dan kewangan yang telah dibelanjakan sepanjang tahun tersebut akan dibentangkan untuk makluman ahli. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua ahli yang berdaftar. Sesuatu mesyuarat agung dikira sah jika kehadiran ahli dua pertiga daripada keseluruhan ahli yang berdaftar. Dalam mesyuarat agung, setiap ahli yang berdaftar mempunyai hak untuk bersuara, membuat pengundian atau tidak menyatakan sokongan terhadap sesuatu isu. Melalui mesyuarat agung, perlembagaan atau peraturan yang telah ditetapkan dalam organisasi boleh dipinda dengan syarat mendapat persetujuan majoriti ahli. Mesyuarat Khas Diadakan khas untuk sesuatu isu, bertujuan untuk mendapatkan kata putus daripada ahli-ahli dalam satu-satu perkara tertentu sahaja. Mesyuarat Tergempar Diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu perjara atau isu yang meruncing. Mesyuarat ini memerlukan keputusan diperoleh dalam masa yang terhad supaya masalah yang meruncing itu tidak merebak atau tersebar menjadi lebih teruk. Mesyuarat Agung Luar Biasa Diadakan untuk satu-satu tujuan yang khusus sahaja. Mesyuarat ini biasanya diadakan atas desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara. Mesyuarat ini dikira sah sekiranya kehadiran ahli ialah dua pertiga dan keputusan yang dibuat mendapat sokongan majoriti ahli. Mesyuarat ini dinamakan mesyuarat agung luar biasa kerana diadakan
  • 30. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II di luar tempoh yang sepatutnya bagi sesuatu mesyuarat agung, dan hanya bertujuan untuk mendapatkan keputusan majority bagi satu isu sahaja. Ciri Minit Mesyuarat Tulen:  Ringkas dan padat.  Tidak direka-reka.  Bukan bentuk laporan.  Kandungannya benar-benar rekod hasil perbincangan dan keputusan bersama ahli mesyuarat Lengkap:  Semua maklumat yang penting dan berkaitan disertakan  Boleh memahamkan seseorang yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut. Tepat  Butir-butir yang dicatatkan adalah tepat dan sama seperti perkara yang di bincangkan dalam mesyuarat.  Fakta yang dicatat juga perlu menepati hal-hal yang diperkatakan dan bukanlah pandangan pencatat. Sahih  Bebas daripada keraguan dari segi isi kandungan dan maklumat-maklumat yang berkaitan.  Tandatangan pencatat merupakan satu cara menandakan kesahihan minit mesyuarat.  Boleh dirujuk semula kerana mempunyai catatan tarikh, bilangan, nama dan fakta-fakta lain. Berstruktur  Penulisan minit mesyuarat disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur.  Setiap perenggan mempunyai tajuk atau subtajuk yang bernombor dan mengikut urutan. Perbincangan
  • 31. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II 3. Rencana Pendahuluan • Pada kebiasaannya, isu-isu yang disentuh di dalam sebuah rencana ialah persoalan semasa yang menjadi perhatian umum. Rencana ditulis berdasarkan pemikiran penulis,rujukan ,kajian, peristiwa semasa dan sebagainya. • Rencana biasanya lebih panjang daripada berita. Setiap fakta yang dikemukakan akan dihuraikan dengan contoh-contoh yang konkrit. Disamping itu, penulis rencana akan memberikan perhatian yang lebih terhadap pendahuluan rencana. Definisi  Rencana ialah karangan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang biasanya berdasarkan fakta-fakta sebenar.  Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan,  tinjauan dan rujukan yang dilakukan oleh penulis rencana.  Fakta–fakta yang berkaitan juga perlu berdasarkan berbagai-bagai sumber yang mempunyai pertalian atau hubungan dengan topik rencana.  Buah fikiran daripada wawancara juga merupakan sumber bagi mendapatkan fakta sebenar untuk penulisan rencana  Rencana bukanlah bersifat cereka tetapi memberikan tumpuan kepada sesuatu tajuk yang khusus. Ciri-ciri Penulisan Rencana Penulisan rencana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antaranya adalah seperti yang berikut:
  • 32. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II 1. Rencana digolongkan dalam bentuk esei formal.  Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa baku yang lebih konvensional berbanding dengan esei yang tidak formal dan mempunyai struktur yang lebih terancang.  Rencana mempunyai perenggan-perenggan pendahuluan dan penutup yang rapi.  Setiap perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan yang lojik.  Ciri-ciri personal termasuk humor kurang diadakan dalam penulisan rencana. 2. Tujuan penulisan rencana adalah serius.  Melalui rencana terdapat maklumat yang merangsang minda pembaca untuk turut berfikir dan menginterpretasikannya.  Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan kepada penyelidikan oleh penulis sendiri atau orang lain.  Setiap fakta,ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya. Oleh itu, nota kaki,bibliografi serta lampiran perlu disertakan sebagai sokongan bagi sesuatu fakta. 3. Ada digniti.  Penulisan rencana mempunyai martabatnya kerana mempunyai nilai intelektual.  Ciri ini penting kerana penulisan rencana mementingkan ketepatan dan kejituan maklumat serta hujahan yang berdasarkan penyelidikan ,rujukan dan tinjauan oleh penulisnya.  Rencana yang berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnya mempunyai digniti yang tinggi kerana tetap kekal dan dijadikan bahan rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu.  Bagi rencana-rencana yang berunsur sejarah pula dibuat koleksi dan disimpan di Arkib Negara, Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara dan sebagainya.
  • 33. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II 4. Ada ukuran kepanjangan.  Sesebuah rencana yang bermutu mempunyai ukuran kepanjangan yang tertentu.  Sebaik-baiknya lebih panjang daripada nota dan lebih pendek daripada monograf jika dilihat dari segi ukurannya.  Biasanya sesetengah editor majalah dan surat khabar mempunyai ketentuan tentang panjang rencana yang akan disiarkan.  Rencana kewartawanan misalnya mempunyai gaya penulisnya yang langsung dan terus kepada isi kandungan mengikut skop yang dipilih.  Dengan itu, sesebuah rencana tidak perlu terlalu panjang lazimnya menjejaskan minat pembacanya terhadap rencana yang berkenaan. 5. Penulisan yang jelas dan jitu.  Penulisan rencana padat dengan maklumat yang berupaya menarik perhatian pembaca untuk terus membaca bagi mendapatkan maklumat.  Rencana yang meleret-leret,longgar dan tidak ekonomi perkataanya akan menghambarkan selera pembaca. Idea yang disampaikan dalam rencana juga harus berturutan dan ada pertalian sambil dipertautkan dengan hujahan penulis.  Pada keseluruhannya,penulisan rencana menggunakan perkataan yang konkrit,tepat untuk sesuatu idea,mudah difahami dan tidak menggunakan perkataan secara berlebihan.  Walau bagaimanapun,terdapat juga penulisan rencana yang menggunakan perkataan-perkataan yang mengindahkan gaya bahasa, menghidupkan dan memberikan tenaga kepada rencana tersebut. 6. Menyampaikan maklumat.
  • 34. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II  Penulisan rencana dapat menyampaikan maklumat yang lebih banyak dan jelas kapada para pembaca.  Contohnya: Kepupusan Penyu Belimbing. Penulisan rencana boleh melakukan wawancara dengan beberapa pihak yang terlibat dan berdasarkan maklumat yang dikumpul maka ditulisnya sebuah rencana yang memaparkan masalah tentang kepupusan haiwan tersebut.  Dengan memberikan maklumat kepada masyarakat pembaca,mungkin usaha untuk menyelamatkan penyu tersebut dapat diatasi.  Masalah-masalah sosial yang lain seperti isu pendatang asing, setinggan, budaya punk serta masalah para pekerja kilang merupakan tajuk rencana yang menarik. Kadangkala, hasil daripada penulisan rencana seperti ini dapat mendidik dan membantu proses perubahan dalam kalangan masyarakat.  Maklumat yang dimuatkan dalam sesebuah rencana biasanya bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikenali sebagai unsur 5W + 1H, iaitu who(siapa),when(bila), what(apa),why(mengapa),where(di mana) dan how(bagaimana).  Persoalan-persoalan ini dapat membantu penulis meneroka sesuatu peristiwa secara menyeluruh. Jawapan bagi persoalan-persoalan ini juga secara tidak langsung dapat membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh pembaca. 7. Rencana bersifat ulasan subjektif.  Melalui penulisan rencana,penulis dapat melahirkan perasaan dan pandangan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan. Misalnya, sekiranya para pembaca mendengar sesuatu peristiwa penting di radio atau televisyen,maka keesokan harinya mereka boleh mengikuti rencana yang lebih mendalam mengenainya di akhbar.  Rencana seumpama ini biasanya memuatkan ulasan-ulasan yang mengandungi pendapat dan perasaan penulis.
  • 35. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II  Perasaan dan pendapat penulis ini mempunyai tujuan yang tertentu seperti meminta pembaca berfikir dan membuat pertimbangan, membuat rayuan untuk mendapat simpati pembaca terhadap sesuatu peristiwa dan sebagainya.  Ciri-ciri membezakan rencana daripada penulisan berita atau laporan adalah berita atau laporan hanya memaparkan perkara-perkara yang berlaku tetapi tidak dimuatkan pendapat penulis itu sendiri. 8. Tempoh tarikan tidak terhad.  Ruang dan tempoh tarikan penulisan rencana tidak terhad sebagaimana yang berlaku pada penulisan berita. Seseorang penulis rencana boleh memilih sudut pandangan yang dikehendakinya untuk dibicarakan dalam penulisannya. Tumpuan dari satu idea kepada idea yang lain merupakan tugas penulis supaya isu yang ditimbulkan tetap menarik.  Selain itu, penulis rencana tidak perlu mengejar tarikh akhir penerbitannya dan rencana yang dihasilkan boleh disimpan untuk beberapa hari di dalam fail dan akan digunakan apabila perlu.  Sesuatu rencana itu tidak akan basi walaupun peristiwa yang berkenaan hanyalah berupa imbasan kembali. 9. Organisasi penulisan yang logik.  Maklumat yang disampaikan dalam rencana adalah logik dan berdasarkan rujukan penyelidikan,tinjauan dan temu ramah dengan pihak-pihak yang berkaitan.  Rencana yang berdasarkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara biasanya disokong dan dimantapkan dengan keterangan,data,jadual,peta dan sebagainya bagi menjelaskan maksud penulisannya dan kesahihan perkara tersebut.
  • 36. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II 10. Pembatasan pembicaraan  Rencana ditulis berdasarkan skop yang dipilih sahaja. Walaupun sesuatu isu itu hangat dan besar,tetapi penulisan rencana biasanya cuba menjuruskan sudut penulisannya kepada sesuatu aspek sahaja. Bentuk-Bentuk Rencana Bentuk rencana boleh dibahagikan kepada tiga jenis,iaitu:  Rencana bentuk ilmiah  Rencana bentuk separa ilmiah  Rencana bentuk popular 1. Rencana bentuk ilmiah  Rencana bentuk ilmiah biasanya ditulis oleh penulis yang pakar dalam sesuatu bidang.  Pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan sendiri atau orang lain.  Setiap fakta,huraian,ulasan serta pendapat mestilah ada dasarnya sekiranya rencana itu tidak berdasarkan penyelidikan sendiri. 2. Rencana bentuk separa ilmiah  Bentuk rencana separa ilmiah tidak memerlukan kajian dan rujukan yang mendalam.  Walau bagaimanapun, penulisan rencana bentuk ini juga mengandungi data,jadual,rajah,peta dan sebagainya yang memerlukan maklumat tepat untuk pembaca.  Rencana separa ilmiah ini sering ditulis oleh wartawan akhbar harian dan majalah-majalah. Penulisan bentuk ini tidak perlu disertakan bibliografi. 3. Rencana bentuk popular  Isi yang diketengahkan oleh rencana bentuk popular biasanya tidaklah berat.
  • 37. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II  Rencana bentuk ini berkaitan dengan isu-isu semasa dan menjadi bahan santapan rohani pembaca.  Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa akan mendapat maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu.  Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar.  Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa akan mendapat maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu.  Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar. 1. Rencana jenis penerangan  Kebanyakan rencana dalam akhbar dan majalah mengetengahkan fakta dengan lebih jelas dan menyeluruh.  Segala aspek tentang topik tersebut diberi penerangan yang berupa kumpulan fakta dari berita harian.  Rencana jenis ini sering kali ditulis oleh sidang editor majalah semasa timbulnya sesuatu isu atau perkara yang susah difahami umum. 2. Rencana jenis berita.  Rencana jenis berita berasaskan kenyataan atau isu semasa dengan memberi keutamaan terhadap sesuatu kejadian yang baru, luar biasa dan bernilai beritanya.  Biasanya, rencana berita mengandungi huraian lanjut tentang berita yang hangat diperkatakan. Dalam penulisan berita,penulis dikehendaki
  • 38. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II melaporkan apa yang benar-benar berlaku di samping memberikan pendapatnya. 3. Rencana jenis profil.  Rencana jenis profil menceritakan hal-hal tentang pencapaian dan kejayaan seseorang tokoh.  Biasanya rencana ini memuatkan gambaran tentang diri,individu yang menunjukkan keperibadian,keistimewaan dan ketokohan.  Orang yang diprofilkan merupakan orang yang terkenal.  Rencana jenis ini menceritakan latar belakang seseorang tokoh itu dan apa yang dilakukannya serta bagaimana dia menjadi terkenal. 4. Rencana jenis penyiasatan.  Rencana jenis penyiasatan ditulis untuk merangsang pihak-pihak tertentu agar bertindak untuk memperbaiki dan mengubah keadaan,cara berfikir serta pendapat orang ramai.  Penulis rencana seumpama ini perlu menyediakan bukti-bukti dan contoh- contoh yang sebenarnya.  Sebagai contoh, dalam rencana tentang Ponteng Sekolah dalam Kalangan Murid-murid Sekolah, penulis dapat memberikan sebab-sebab berlakunya ponteng sekolah,tempat-tempatyang selalu dikunjungi oleh murid-murid yang ponteng dan peratusan yang terlibat. 5. Rencana jenis pendapat.  Rencana jenis pendapat menggunakan persembahan yang bersahaja, iaitu pendapat disampaikan secara tepat dan jelas dengan mengemukakan fakta dan data seperti peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau jadual bilangan nahas jalan raya dalam satu tempoh tertentu.  Rencana ini akan menjadi hambar jika pendapat penulis tidak berdasarkan penyelidikan dan rujukan yang mendalam.
  • 39. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II 6. Rencana jenis perbahasan  Dalam rencana jenis perbahasan,penulis biasanya mengetengahkan teori kemasyarakatan dan menyampaikan hujah-hujah dengan berasaskan falsafah,politik,penyelesaian masalah ekonomi ataupun strategi dalam permainan dan sukan.  Melalui rencana jenis ini, penulis lebih berani memperkatakan pendapatnya sama ada bersetuju atau menentang pendapat-pendapat pihak lain. 8. Rencana jenis kritikan.  Rencana jenis kritikan memberi peluang kepada penulis untuk menyatakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan sesuatu isu atau perkara dengan mengemukakan alasannya.  Namun begitu, oleh sebab tidak mudah untuk menolak sesuatu secara bulat-bulat,penulis biasanya menyediakan fakta-fakta yang menyokong pendiriannya dan cara-cara bagaimana untuk menghadapi alasan-a;asan lain kemudiannya.  Kritikan dan penulisan rencana seumpama ini lazimnya bersikap adil dan mengemukakan kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan yang patut diberikan pujian. 9. Rencana jenis umum.  Rencana ini berkaitan dengan perkara yang telah menjadi pengetahuan umum seperti hal-hal tentang burung,peredaran bulan dan matahari. Walaupun begitu, sudut penulisan yang digunakan oleh penulis dapat menyegarkan maklumat tersebut untuk menarik minat pembaca. Peringkat Penulisan  Semasa menulis rencana terdapat dua aspek yang perlu diberi perhatian,iaitu bahasa dan isi kandungan rencana.
  • 40. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Bahasa  Bahasa rencana hendaklah ringkas,bernas dsan padat. Biasanya dalam penulisan rencana ayat yang digunakan ialah ayat penyata. Ayat yang terlalu panjang dan berbelit-belit hendaklah dielakkan kerana ayat sedemikian akan menyukarkan kefahaman pembaca. Kandungan Kandungan rencana terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pendahuluan, tubuh rencana dan penutup rencana. Pendahuluan  Pendahuluan merupakan bahagian pengenalan dalam sesuatu rencana. Bahagian ini penting dan seharusnya dapat menarik minat dan menimbulkan perasaan ingin membaca rencana itu sehingga akhir.  Untuk menarik minat pembaca,bahagian pengenalan rencana boleh dimulakan dengan unsur-unsur yang menarik seperti data,madah,peribahasa,persoalan,kecindan dan sedutan kata-kata.  Pemilihan gaya pendahuluan haruslah dibuat dengan berhati-hati supaya dapat menggambarkan tajuk rencana dan persoalan umum yang akan dibincang dalam rencana tersebut. Selain itu, kenyataan inti boleh ditulis sebagai kenyataan penutup dalam bahagian pengenalan. Tubuh Rencana  Tubuh rencana boleh dibahagikan kepada beberapa perenggan yang dapat merangkumi keseluruhan tema rencana.  Perenggan-perenggan ini merupakan perkembangan kepada tema rencana.  Perkembangan ini boleh dilakukan melalui ilustrasi seperti menggunakan angka,fakta,carta,rajah dan sebagainya.
  • 41. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II  Ilustrasi ini bertujuan menyokong idea dan pendapat penulis. Ilustrasi ini juga menjadikan sesebuah rencana itu menarik dan mudah difahami.  Dengan menggunakan ilustrasi yang berkenaan, sesebuah rencana boleh ditulis dalam bentuk gambaran,laporan,cerita atau ulasan.  Namun begitu,tiga prinsip; iaitu kesatuan idea,urutan idea dan penonjolan idea utama perlu diadakan pada setiap perenggan.  Prinsip-prinsip ini perlu diberi perhatian untuk memastikan peralihan idea berlaku secara lancar dan memudahkan pembaca mengikuti perkembangan idea tersebut.  Untuk mendapatkan kesatuan idea, penulis harus memilih tema atau idea utama dan mengekalkan tema atau idea utama itu dari awal hingga akhir penulisan.  Bahan-bahan yang tiada hubungan dengan idea utama haruslah diketepikan. Hubungan idea dari perenggan ke perenggan lain hendaklah dikawal dan disusun mengikut urutan yang difikirkan logik berdasarkan kerangka idea yang telah disediakan.  Urutan idea pula boleh dikekalkan melalui pengulangan perkataan dan rangkai kata yang sesuai dan berpautan atau penggunaan penanda wacana yang tepat.  Penonjolan idea utama dalam setiap perenggan boleh dilakukan dengan cara memastikan huraian dalam setiap perenggan dibicarakan dan mengukuhkan idea utama. Penutup Rencana  Bahagian ini memenuhi perasaan ingin tahu dan seterusnya menimbulkan rasa puas hati dalam kalangan pembaca kerana semua persoalan dan maklumat telah diketengahkan. Untuk mencapai tujuan ini penulis biasanya boleh merumuskan isi-isi penting atau membuat kesimpulan tentang penulisan yang berkenaan.
  • 42. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Kesimpulan  Penulisan seperti rencana radio,rencana majalah,rencana deskriptif,rencana akhbar,rencana sukan,rencana sejarah dan sebagainya yang turut dikategorikan sebagai penulisan rencana merupakan satu seni penulisan yang tersendiri.  Walaupun rencana tersebut melalui berbagai-bagai alat media seperti surat khabar,majalah,radio,televisyen dan buku tetapi rencana tetap merupakan penulisan yang menarik sekiranya diolah dengan baik. Rehat Perbincangan Latihan
  • 43. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II 4. Teks Ucapan Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin hanya mendengar perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap. Ucapan biasanya terdapat dalam majlis-majlis perasmian, perhimpunan, perpisahan, keraian, ulang tahun dan sebagainya. Oleh itu kandungan ucapan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis majlis itu. Ucapan menggambarkan seseorang yang bercakap tentang sesuatu perkara di hadapan khalayak. Ucapan merupakan pelahiran idea- idea secara lisan di hadapan hadirin. Ucapan disampaikan dalam upacara tertentu seperti majlis rasmi atau peristiwa tertentu. Ucapan disampaikan berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis. Ucapan memerlukan kemahiran dalam aspek-aspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan. Definisi Ucapan Ucapan ialah kata-kata yang mengandungi isi bagi melahirkan berbagai- bagai harapan dan perasaan kepada khalayak tertentu. Ucapan juga merupakan kegiatan melafazkan kata-kata kesejahteraan, rasa terima kasih, tahniah, takziah, dan sebagainya. Ucapan juga dapat diertikan sebagai kata-kata yang dilafazkan, sama ada berbentuk nasihat, pernyataan atau pemberitahuan secara terbuka kepada khalayak. Jenis Ucapan Ucapan Rasmi  Ucapan dalam majlis formal  Dihadiri oleh tetamu khas atau orang-orang kenamaan  Berbentuk komunikasi sehala
  • 44. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II  Isi kandungan ucapan mestilah sesuai dengan konteks dan situasi majlis tersebut.  Teks ucapan yang dirancang akan digunakan sepenuhnya tanpa mengubah isi yang ditetapkan Ucapan Tidak Rasmi  Ucapan yang disampaikan secara bebas tanpa terikat kepada sebarang prosedur  Ucapan jenis ini menggunakan bahasa yang lebih mudah, ringkas dan terus kepada maksud.  Ucapan jenis ini kadang kala merupakan komunikasi dua hala, iaitu pendengar boleh menyampuk, bertanya atau membalas apa-apa yang diujarkan oleh pengucap. Contoh :  Ucapan tahniah  Ucapan takziah  Ucapan alu-aluan  Ucapan perpisahan  Ucapan perasmian Format Ucapan Umum • Pendahuluan • Isi Kandungan Ucapan • Penutup/ Kesimpulan Pendahuluan  Dimulakan dengan kata-kata sambutan iaitu tidak banyak berbeza daripada karangan jenis syarahan dan ceramah.
  • 45. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II  Kata-kata sambutan hendaklah mengikut protokol atau tingkat kedudukan masing-masing.  Dimulakan dengan taraf kedudukan hadirin yang paling tinggi. Isi Kandungan • Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin. • Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan disusuli dengan isi-isi ucapan. • Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti hadirin yang dihormati sekalian. • Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atau peribahasa supaya ucapan itu menjadi lebih menarik. Penutup/ Kesimpulan • Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat . • Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan,kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin teristimewanya tokoh yang diraikan. • Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun,puisi dan kata-kata indah Latihan
  • 46. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II CONTOH Anda telah diminta untuk memberi sebuah ucapan pada hari persaraan salah seorang guru disekolah anda.Sediakan teks ucapan yang lengkap untuk disampaikan pada hari tersebut. Pendahuluan • Kata alu-aluan kepada hadirin yang hadir • Contoh : Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang saya Hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Yang Berusaha Guru-Guru Penolong Kanan,Yang diraikan……………..guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Isi • Ucapan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan ucapan kepada guru yang akan bersara. • Isi-isi ucapan merangkumi : - Latar belakang guru yang akan bersara. - Pendidikan serta kursus-kursus yang pernah disertai. - Pengalaman - Pencapaian selama menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru • Kata-kata penghadapan hendaklah disertakan ketika ingin memulakan isi baru. • Contoh : – Hadirin yang dihormati – Sudara-saudari sekalian – Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi Penutup • Akhir sekali saya mendoakan agar Puan Ramlah Bahri sentiasa berjaya dalam hidupnya dan mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukannya.Saya akhiri ucapan saya ini dengan dua rangkap pantun ; Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Kalau ada sumur diladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. Sekian,terima kasih.
  • 47. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Protokol Panggilan Hormat PANGKAT/GELARAN  Cara mengalamatkan  Yang di‐Pertuan Agong  Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang  Dipertuan Agong  Yang Dipertua Negeri  Tuan Yang Terutama  Raja Muda/Tengku  Duli Yang Teramat Mulia  Mahkota  Perdana Menteri Malaysia  Yang Amat Berhormat  Timbalan Perdana Menteri  Yang Amat Berhormat  Menteri Besar/Ketua  Yang Amat Berhormat  Menteri  Menteri/Timbalan Menteri  Yang Berhormat  Wakil Rakyat/Adun  Yang Berhormat  Ahli Dewan  Yang Berhormat Senator  Negara/Senator  Pangkat/Gelaran  Cara mengalamatkan  Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri  Yang Berhormat  • Setiausaha Kerajaan  Negeri  • Pegawai Kewangan  Negeri  • Penasihat Undang‐ undang Negeri  Ketua Hakim Negara  Yang Amat Arif Tun/Tan Sri/Datuk 
  • 48. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Hakim Besar/Hakim  Yang Amat Arif Tan Sri/Datuk  Mufti  Sahibussamahah Tan Sri /Datuk  Kadi  Sahibulfadilah Tuan Kadi  Haji/Hajjah  Yang Mulia Tuan Haji/Hajjah  Ustaz/Ustazah  Yang Berbahagia  Pengetua/Guru Besar  Yang Berusaha  Profesor/Profesor Madya  Yang Berbahagia  Rehat Perbincangan Bahan Bacaan
  • 49. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II 5. Surat Rasmi Pendahuluan Surat Rasmi merupakan teks yang berformat kerana surat rasmi mempunyai peraturan dan gaya persembahan yang perlu dipatuhi. Surat rasmi menyatakan atau menggambarkan sesuatu perkara untuk diketahui oleh orang yang menerima atau membaca surat itu. Kandungan surat rasmi berupa aduan, pemberitahuan, isu-isu tertentu, pemakluman, permohonan dan sebagainya. Surat rasmi ditulis oleh sesuatu pihak kepada penerima agar pihak penerima mendapat maklumat dan pengetahuan tentang perkara tersebut. Surat rasmi merupakan dokumen yang bercetak yang boleh dibaca berulang kali dan dirujuk kembali pada masa akan datang. Definisi Surat kiriman merupakan sesuatu proses atau aktiviti menyalurkan maklumat, pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran karangan berbentuk format yang menggambarkan suasana, khabar, berita dan sebagainya yang akan dikirimkan atau diutuskan kepada orang yang ditujukan. Dengan maksud pemberitahuan sesuatu hal atau perkara yang dialami, dinikmati dan sebagainya oleh si pengutus surat berkenaan supaya si penerima surat tersebut juga turut merasa dan berkongsi suasana sama ada suka mahupun duka. Apakah yang membezakan satu surat dengan surat yang lain? Menurut Burton (1983) perbezaan ini wujud disebabkan oleh tiga perkara: I.Orang yang akan menerima surat anda – penerima II.Apa yang anda tulis – subjek III.Mengapa anda menulis – tujuan • Dengan mengambil kira tiga perkara di atas, surat-surat boleh dikategorikan sebagai rasmi dan tidak rasmi.
  • 50. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II • Surat rasmi boleh dikategorikan kepada rasmi peribadian (formal-personal) dan rasmi tidak peribadian (formal-impersonal). (Burton, 1983 dan Asmah, 1988). Surat Rasmi Tidak Peribadian  Memohon maklumat daripada firma, institusi organisasi  Meminta bantuan atau kerjasama daripada firma-firma  Menjawab panggilan temuduga  Memesan barang  Membuat aduan  Membuat tempahan Surat Rasmi Peribadian  Mengucap tahniah atau takziah  Jemputan (sosial)  Jawapan kepada jemputan  Ucapan terima kasih Surat Tidak Rasmi (Surat Peribadi)  Ditulis dalam pelbagai situasi tentang pelbagai subjek  Antara rakan sebaya, sama status  Dapat menyatakan pendapat dan perasaan  Cara penulisanya lebih bersahaja Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya : • memohon pekerjaan • membuat aduan / bantahan / cadangan • membuat rayuan
  • 51. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II • membuat jemputan rasmi • menempah barangan • meminta kebenaran • atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi Format Surat Rasmi  Diperperkenalkan oleh Jabatan Perdana Menteri .  Tujuannya supaya terdapat keseragaman di semua kementerian dan agensi kerajaan.  Arahan ini terkandung dalam surat Pekeliling Am Bil.8 tahun 1980 bertarikh 1 Oktober 1980.  Lembaga Peperiksaan seterusnya melakukan beberapa pengubahsuaian untuk para guru dan pelajar.  Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Pekeliling Am Bil.1 tahun 1987 bertarikh 22 Januari 1987. Ciri-ciri Umum Format Surat Rasmi  bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara peribadi.  Bahasa yang digunakan mestilah mudah, tepat, padat, baku dan betul dari segi ejaan dan tanda baca.  Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan peribahasa Lembaga Peperiksaan Malaysia pula menyenaraikan ciri-ciri berikut :  Alamat pengirim  Garisan panjang melintang  Nama dan alamat penerima  Nombor telefon  Nombor rujukan  Tarikh
  • 52. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II  Perkataan menghadapkan surat  Kepala surat/perkara  Pemerengganan  Pecahan bagi perenggan  Tandatangan  Nama pengirim Format Surat Kiriman rasmi  Alamat pengirim. - ditulis disebelah kiri di bahagian atas surat.  Garis panjang melintang. Alamat penerima. - baris akhir alamat dibubuh garis.  Tarikh . - ditulis di sebelah kanan surat, sebaris dengan baris akhir alamat penerima.  Panggilan hormat. - dibubuh koma di hujungnya.  Perkara. - huruf besar digunakan pada setiap awal kata, bergaris dan tiada noktah dihujungnya.  Isi-isi. - perenggan pertama dan akhir tidak dibubuh nombor dan ditulis dari tepi surat. Hanya perenggan kedua dan seterusnya dibubuh nombor dan ditulis jarak sedikit dari nombor.  Pengakuan dan tanda tangan pengirim. - ditulis di bahagian kiri bawah surat.  Nama dan jawatan pengirim. - nama ditulis selepas tanda tangan dengan huruf besar sepenuhnya dan dibubuh kurungan.
  • 53. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Format Surat Rasmi (Lembaga Peperiksaan Malaysia) ________________ Alamat Penulis ________________ ________________ _____________________________( garisan panjang)__________________________ Jawatan / penerima Alamat (pejabat, sekolah, dsb) Tarikh : (selari dengan nama negeri) Tuan / Puan, Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan) Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri) 2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain) 3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.) (Penutup) Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan) _________________ Nama Penuh ( HURUF BESAR) Jawatan ( Huruf Kecil ) Latihan Membuat Nota
  • 54. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II 6. Laporan Pendahuluan Laporan ialah kertas kerja yang mengandungi maklumat atau khabar. Laporan ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah berlaku. Laporan merupakan maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilaporkan. Laporan ialah dokuman untuk menyampaikan maklumat yang khusus kepada pembaca yang tertentu. Maklumat tersebut disampaikan secara sistematik dan objektif dengan menitikberatkan kejelasan dan ketepatan kandungannya. Definisi  Kamus Dewan (1996) – maklumat berkenaan sesuatu kedudukan.  Ellis dan Hopkins (1985) – dokumen yang digunakan bagi menyampaikan maklumat khusus kepada pembaca tertentu. Maklumat yang dipaparkan harus mengambil kira aspek ketepatan dan kepadatan disamping disusun dengan sistematik serta mencapai objektif yang ditetapkan. Tujuan  Melaporkan atau merekodkan sesuatu peristiwa yang dilihat atau didengar.  Jenis-jenis laporan:  Laporan umum  Laporan kajian  Laporan syarikat.
  • 55. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Jenis-jenis Laporan Laporan Umum  Laporan untuk bacaan atau pengetahuan umum sahaja  Tentang sesuatu kejadian, perkara, isu Laporan Kajian  Juga disebut laporan ilmiah/penyelidikan  Untuk memerihalkan sesuatu keadaan.  Tidak dipengaruhi sebarang unsur emosi penulis.  Memerlukan fakta yang tepat dan penyusunan rapi dan tersusun. Laporan Syarikat  Laporan tahunan untuk melaporkan aktiviti syarikat dalam tempoh satu tahun.  Kandungan – aspek kewangan, pemegang syer, senarai harta syarikat, tanggungan dan lain-lain.  Gaya bahasa – berbentuk huraian dan penjelasan, disusun secara kronologi. Format Laporan Umum  Halaman judul muka surat – mengandungi nama penulis, organisasi, tajuk laporan, tahun.  Abstark – sinopsis keseluruhan kandungan.  Kandungan – tajuk, subtajuk dan lampiran.  Pengenalan – latar belakang, kaedah penyelidikan dan penghargaan.  Huraian data – disusun mengikut topik dan subtajuk khusus.  Kesimpulan – rumusan & cadangan  Rujukan & bibliografi
  • 56. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II  Lampiran. Format Laporan Kajian  Halaman kulit  Halaman tajuk (sebelah dalam)  Abstrak  Penghargaan  Daftar kandungan  Pengenalan iaitu penyataan masalah  Tinjauan kajian berkaitan  Kaedah penyelidikan  Dapatan kajian Rumusan dan cadangan Format laporan Syarikat  Halaman Kulit  Misi Syarikat  Notis Mesyuarat Agung Tahunan  Jawatankuasa Audit  Struktur Korporat  Maklumat Korporat  Lembaga Pengarah  Ucapan Pengerusi  Laporan Kewangan  Analisis Pemegang Syer  Senarai Harta  Borang Proksi Perbincangan
  • 57. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II 7. Pengumuman Definisi Kertas pengumuman yang mengandungi khabar atau maklumat yang disebarkan untuk bacaan atau perhatian kepada individu atau pihak tertentu. Ciri-ciri Pengumuman • Mengandungi maklumat yang benar dan tepat. • Keterangan daripada sumber yang dipercayai dan diperoleh daripada pihak yang berkenaan dan bertanggungjawab. • Penggunaan bahasa yang ringkas, tepat dan padat. (ayat aktif) • Tajuk ditulis di sebelah atas dengan jelas dan dapat menarik perhatian pembaca. • Mesej yang ingin disampaikan tidak berbelit-belit. • Pengumuman ditulis dengan jelas dan terang. • Pengumuman yg tidak lancar , meleret-leret akan mengelirukan pendengar. Format Pengumuman i. Tajuk • Bahagian tajuk paling jelas dipaparkan. • Ditulis dengan huruf besar dan berbentuk frasa. • Diletakkan di atas atau di papan tanda. • Dicatatkan perkara yang hendak diumumkan. . ii. Penjelasan • Terdapat mesej yang hendak disampaikan. • Mempunyai maklumat yang lengkap (tarikh,masa,tempat dan sebagainya)
  • 58. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II • Terdapat pelbagai jenis ayat yang diterapkan seperti ayat berita, ayat suruhan, ayat larangan dan sebagainya. iii. Kesimpulan  Terdapat pesanan dan pemberitahuan penting. Perbincangan 8. Pengacara Majlis Definisi Pengendalian perjalanan sesuatu majlis sama ada rasmi atau tidak rasmi mengikut sesunan atur cara yang telah ditetapkan. Tujuan Untuk mengurus perjalanan majlis tanpa sebarang gangguan dan catatan. Prosedur meneliti dan memeriksa program. *mengetahui tujuan majlis diadakan. * meneliti senerai kehadiran. * mengetahui dan peruntukan masa akan diadakan Pengacara Majlis • Sebagai ‘ nadi’ sesebuah majlis. • Seorang pengacara majlis harus melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar majlis yang dikendalikan berjalan dengan lancar dan meninggalkan kesan yang baik dihati para tamu dan penonton. Ciri-ciri Pengacara majlis
  • 59. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II • Mempunyai personaliti yang menarik. • Suara yang sedap didengar. • Mempunyai keyakinan diri. • Pandai bermain bahasa dan emosi. • Mempunyai daya inteleksual yang tinggi. Format Pengacaraan Majlis • Memulakan majlis dengan salam. • Kata-kata aluan. • Menyatakan tujuan majlis diadakan. • Mengendalikan atur cara yang ditetapkan. • Menentukan kesinambungan aturcara. Teknik Menulis Teks Pengacara majlis penyediaan teks * mengetahui nama majlis tersebut. * mengetahui tujuan majlis dan atur cara. * mendapatkan senerai nama jemputan terkini, terutamanya tetamu kehormat. * merancang teks yang bersesuian dengan majlis. Perbincangan
  • 60. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat
  • 61. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II
  • 62. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II TAJUK 3 KOMUNIKASI LISAN  SINOPSIS Tajuk 3 menjelaskan perihal komunikasi lisan dalam Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi lisan; 2. ; 3. .  KERANGKA TAJUK-TAJUK  KANDUNGAN ISI Pengenalan
  • 63. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II KOMUNIKASI LISAN 1.Pidato Pendahuluan Pidato adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui sktiviti ini seseorang akan dilatih untuk berfikiran secara logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu pidato/syarahan juga dapat melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan. Definisi pidato Pengucapan yang dilakukan oleh individu tentang satu tajuk dan berusaha menjelaskan idea atau pokok persoalan yang dibicarakan untuk mendapat sokongan serta mempengaruhi pendengar. Tujuan 1) Memberi penerangan: menjelaskan tentang sesuatu tajuk dan menghuraikan perkara penting. 2) Memberitahu: perkara yang baru 3) Memberi keyakinan: meyakinkan dengan pendiriannya mengenai sesuatu topik 4) Mempengaruhi: Memberi penekanan dan perhatian
  • 64. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Ciri-ciri penggunaan Bahasa Yang Baik  Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.  Aras bahasa bersesuaian dengan audien.  Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan seperti pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.  Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati.  Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien  Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab Gaya Penyampaian  Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan fakta.  Jangan kaku dan beraksi berlebihan  Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi.  Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai.  Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah yang terlalu serius.  Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis. Gaya dan Intonasi  Menggunakan nada dan intonasi suara yang pelbagai.  Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian  Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati.  Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk  Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi
  • 65. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II  Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi 2. Syarahan Pendahuluan Satu bentuk komunikasi sehala - Disampaikan secara individu - Menjelaskan perkara-perkara tentan sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan Definisi Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak untuk menjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik. -Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan Tujuan Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting tentang tajuk tersebut. Memberi tahu audiens tentang sesuatu perkara baharu seperti perisriwa atau hal ehwal semasa yang menarik. Format Syarahan Pembuka Kata Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak- pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan yang berkenaan. Isi atau amanat
  • 66. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan. Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini. Penutup Isi/ amanat Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam syarahan tadi. Penutup syarahan Bahagian ini merupakan bahagian yang terakhir. Dalam bahagian ini pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin. 3. Ceramah Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu yang disampaikan oleh orang yang pakar dalam bidang tersebut. Menerusi ceramah atau syarahan, penerangan atau penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum atau topik baharu, dapat disampaikan oleh penceramah kepada pendengar atau penonton. Biasanya ceramah yang bakal disampaikan di adakan dalam majlis atau perhimpunan yang dirancang dengan tujuan tertentu. Majlis atau perhimpunan ini melibatkan banyak hadirin daripada pelbagai kaum dan kedudukan. Jika di sekolah, ceramah kerap diadakan bersempena peristiwa tertentu atau kempen untuk memupuk sikap terpuji sebagai mendidik pelajar agar hidup berakhlak, berhemah dan berbudi bahasa. Biasanya ceramah disampaikan oleh penutur kepada khalayak dengan beberapa cara misalnya dengan bantuan gambar, slaid, alat projector, filem dan nota. Cara ini semua untuk menarik perhatian pendengar atau hadirin. Oleh itu,
  • 67. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II bakal penceramah perlu membuat persediaan yang rapi sebelum menyampaikan topik atau persoalan yang hendak diperkatakan kerana ia melibatkan tanggapan dan kefahaman di pihak khalayak yang hadir. Definisi ceramah  Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, ceramah ditakrifkan sebagai ucapan membicarakan sesuatu perkara, pengemukaan fikiran atau idea - idea melalui perucapan dan di sampaikan secara 2 hala.  Ceramah dalam kamus Bahasa Indonesia adalah pidato yang bertujuan yang bertujuan memberikan nasihat dan petunjuk sementara itu wujudnya hadirin yang bertindak sebagai pendengar. Dengan demikian ceramah dapat di ertikan sebagai bentuk dari dakwah iaitu dakwah bil-kalam yang bererti menyampaikan ajaran-ajaran, nasihat, mengajak seseorang dengan menggunakan lisan.  Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing – masing.  Ceramah merupakan penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum iaitu topik di sampaikan penceramah kepada penonton. Tujuan ceramah Ceramah juga boleh di kelaskan berdasarkan beberapa tujuan. Biasanya ceramah di lakukan untuk: a. Memujuk Melalui cara ini, penceramah akan cuba mempengaruhi pendengar untuk menghasilkan perubahan dari sikap, kepercayaan dan tindakan. b. Menghibur
  • 68. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Penceramah kerap kali membawa hadirin ke situasi kenyataan yang lucu dan menjauhkan dari perbincangan isu-isu atau kontroversi. c. Memberi maklumat Penceramah bertujuan untuk memberitahu atau menerangkan kepada pendengar tentang sesuatu konsep, perkara, proses, fenomena, idea, dan sebagainya. Pendengar akan memperoleh maklumat pengetahuan baru atau peningkatan taraf pengetahuan tentang perkara yang disampaikan. Jenis-jenis Ceramah a) Ceramah umum Ceramah adalah suatu pesanan yang bertujuan memberikan nasihat dan petunjuk, sementara itu, hadirin yang bertindak sebagai pendengar. Maksud umum adalah keseluruhan untuk siapa sahaja sama ada khalayak ramai, masyarakat luas, atau lazim. Jadi, ceramah umum adalah pidato yang bertujuan untuk memberikan nasihat kepada khalayak umum atau masyarakat luas. Di dalam ceramah umum ini keseluruhannya bersifat menyeluruh tidak ada batasan-batasan apapun baik dari hadirin yang tua mahu pun muda. b) Ceramah khusus Ceramah khusus bererti ceramah yang bertujuan untuk memberikan nasihat-nasihat kepada khalayak tertentu. Topik yang dibincangkan adalah sesuai dengan hadirin dan keadaan. Contoh: Peringatan hari besar Islam seperti Isra’ miraj, maulid nabi dan bulan puasa. Perbincangan
  • 69. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Membuat Nota
  • 70. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II IKON Rehat Perbincangan
  • 71. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat
  • 72. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II TAJUK 1 KOMUNIKASI BERTULIS  SINOPSIS Tajuk 1 menjelaskan perihal komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu konsep, bentuk dan kesantunan komunikasi bertulis. Turut dijelaskan aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti.  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi bertulis; 2. mengaitkan kesantunan dalam komunikasi bertulis; 3. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat.  KERANGKA TAJUK-TAJUK  KANDUNGAN ISI Pengenalan Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa
  • 73. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan pengolahan yang menarik. Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan. Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan. Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik. Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara mudah dan penuh bertanggungjawab. Gaya dan laras turut terlibat dalam organisasi sesebuah teks. Penulis teks Perbincangan
  • 74. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Membuat Nota Definisi dan Konsep Definisi Komunikasi satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu lain Berasal daripada bahasa Latin “communicatus” yang bermaksud berkongsi sesuatu. Bentuk MEMO  TEKS UCAPAN   Ciri‐ciri Memo   Jenis‐jenis Teks Ucapan   Format dan Contoh Memo   Format Teks Ucapan   Contoh Teks Ucapan 
  • 75. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II MINIT MESYUARAT   Jenis‐jenis Mesyuarat  PENGUMUMAN   Format Minit Mesyuarat   Jenis‐jenis Pengumuman   Contoh minit mesyuarat   Format Pengumuman   Contoh Pengumuman  SURAT RASMI DAN TIDAK RASMI   Jenis‐jenis    Format Surat  TEMU BUAL   Contoh Surat   Jenis‐jenis Temu Bual   Format Temu Bual   Contoh Temu Bual  LAPORAN   Jenis‐jenis Laporan   Format Laporan  TEKS PENGACARAAN MAJLIS   Contoh Laporan   Jenis‐jenis Pengacaraan Majlis   Format Teks Pengacaraan Majlis   Contoh Teks Pengacaraan Majlis 
  • 76. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan
  • 77. WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat
  • 79. PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (XXX PENDIDIKAN RENDAH) NAMA KELAYAKAN (NAMA) ENCIK ABU ZAKI BIN ROMLI (KELULUSAN) (JAWATAN) PENSYARAH PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL (EMEL) abu_z66@yahoo.com (PENGALAMAN KERJA) (NAMA) UMAR BIN AHMAD (KELULUSAN) (JAWATAN) PENSYARAH PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL (EMEL) umar115_ahmad@yahoo.com (PENGALAMAN KERJA) (NAMA) (KELULUSAN) (JAWATAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL (EMEL) (PENGALAMAN KERJA)
  • 80. IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat