1. DRAF
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS
PENGURUSAN KEHIDUPAN
(MASALAH PEMBELAJARAN)
TAHUN SATU
2010
2.
3. KANDUNGAN MUKA SURAT
Pendahuluan 1
Matlamat 1
Objektif 2
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang 2
Kurikulum Modular Berasaskan Standard 3
Komposisi Kurikulum 5
Fokus Mata Pelajaran 6
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 8
Pentaksiran 9
Komponen Pengurusan Diri 11
Komponen Pengurusan Tingkah Laku 15
Komponen Kemahiran Manipulatif 19
4.
5. 1. Pendahuluan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kebangsaan (KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang
pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSRPK Masalah Pembelajaran
bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu program pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibentuk
secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “Guru-guru boleh
mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan
bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
KSSRPK Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum kepada murid-murid Masalah Pembelajaran supaya
mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
2. Matlamat
KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh,
seimbang dan bersepadu sesuai dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
1
6. 3. Objektif
KSSRPK Masalah Pembelajaran membolehkan murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi
warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat
majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa
4. Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan.
Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
2
7. i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Literasi Sains dan Teknologi
v. Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
5. Kurikulum Modular Berasaskan Standard
KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu
dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi
elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.
5.1 Standard Kandungan
Pernyataan tentang disiplin ilmu di mana murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
5.2 Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan yang
dinyatakan.
3
9. 6. Komposisi Kurikulum
Komposisi KSSRPK Masalah Pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah:
Jadual 1 : Mata pelajaran dalam KSSRPK Masalah Pembelajaran Tahun 1
Mata pelajaran Komponen
Pengurusan Diri
Pengurusan Kehidupan Pengurusan Tingkah Laku
Kemahiran Manipulatif
Bahasa Melayu
Mata pelajaran Asas 3M Bahasa Inggeris
Matematik
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Seni Kreatif
Pendidikan Muzik
Pendidikan Islam / Moral -
Pendidikan Jasmani -
5
10. 7. Fokus Mata Pelajaran
7.1 Mata Pelajaran: Pengurusan Kehidupan
7.1.1 Komponen: Pengurusan Diri
Bagi murid pendidikan khas, Pengurusan Diri merupakan satu keperluan asas untuk menguasai bidang-bidang kemahiran lain.
Perkara ini penting untuk menentukan penguasaan bidang-bidang lain diperoleh dengan lebih lancar dan sempurna. Latihan
dan kemahiran perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumah tangga
perlu diajar kepada murid Masalah Pembelajaran. Komponen Pengurusan Diri ini dibina dengan tujuan melatih murid
berkemahiran dan mampu hidup berdikari.
Komponen Pengurusan Diri membolehkan murid dapat:
i. berdikari dan mampu menjalankan aktiviti seharian mengikut kemampuan diri sendiri
ii. menyediakan diri menghadapi situasi sebenar
iii. mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya serta persekitaran
iv. mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar
7.1.2 Komponen: Pengurusan Tingkah Laku
Komponen ini bertujuan untuk memberi penekanan dalam mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid dan seterusnya memberi
pengukuhan kepada tingkah laku positif yang sedia ada. Ia juga bertujuan melatih murid mengurus emosi dan membina keyakinan diri
supaya dapat disesuaikan dalam kehidupan bermasyarakat. Aspek-aspek keselamatan diterapkan bagi membantu murid mengenal
pasti perkara-perkara yang membahayakan diri sendiri, orang lain, komuniti dan masyarakat. Ini akan meningkatkan tahap kesediaan
belajar murid serta memupuk sikap positif terhadap pembelajaran.
6
11. Komponen Pengurusan Tingkah Laku membolehkan murid dapat:
i. mengamal dan mengekalkan tingkah laku baik yang sedia ada dan yang baru
ii. mengurus dan mengawal emosi untuk memahami diri dan orang lain
iii. meningkatkan kemahiran bersosialisasi dengan keluarga, rakan dan masyarakat
iv. menjaga keselamatan dan kesihatan diri, keluarga, rakan dan masyarakat
v. bersikap positif terhadap pengajaran dan pembelajaran
7.1.3 Komponen: Kemahiran Manipulatif
Komponen Kemahiran Manipulatif memberi fokus kepada perkembangan kefungsian tahap kemahiran motor kasar, motor halus dan
pengamatan murid. Komponen Kemahiran Manipulatif ini amat penting untuk membantu murid dalam penguasaan 3 M (membaca,
menulis dan mengira).
Usaha ini dapat melahirkan murid berkeperluan khas yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat dan
negara.
Komponen Kemahiran Manipulatif membolehkan murid dapat:
i. melakukan pergerakan koordinasi motor kasar, motor halus dan pengamatan
ii. menggunakan peralatan dengan teknik yang betul
iii. menggunakan pengetahuan dan kemahiran manipulatif dalam pengurusan kehidupan seharian secara berkesan
iv. meluaskan daya kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan sesuatu bahan
7
12. 7.2 Pelaksanaan Modul Pengurusan Kehidupan
7.2.1 Modul Pengajaran Pengurusan Kehidupan
Modul pengajaran mata pelajaran Pengurusan Kehidupan diperlukan untuk membantu guru menjalankan pengajaran
dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan.
Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.
7.2.2 Modul Pembelajaran Pengurusan Kehidupan
Modul pembelajaran mata pelajaran Pengurusan Kehidupan disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi
lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid bagi mencapai Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran.
8. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Pendekatan yang dicadangkan adalah:
Inkuiri
Analisis Tugasan
Belajar Melalui bermain
Pengajaran Bertema
Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)
Konstruktivisme
Multi Sensori
Pembelajaran Konstektual
8
13. Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran Koperatif
Simulasi
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)
9. Pentaksiran
Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran.
Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid,
pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah
disertakan dengan senarai semak. Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat bersama Rancangan
Pengajaran Individu (RPI). Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang baru
kepada murid.
9
17. KOMPONEN PENGURUSAN DIRI
TAJUK/TEMA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1. Urus Diri 1.1 Mengenal anggota badan 1.1.1 Menamakan bahagian kepala
1.1.2 Menamakan bahagian badan
1.1.3 Menamakan bahagian kaki
1.2 Mengamalkan cara makan dan 1.2.1 Menamakan peralatan yang digunakan untuk makan
minum yang betul 1.2.2 Menamakan peralatan yang digunakan untuk minum
1.3 Mengamalkan cara berpakaian yang 1.3.1 Menamakan pakaian dalam
betul 1.3.2 Menamakan pakaian
2. Kebersihan diri 2.1 Mengamalkan penjagaan 2.1.1 Menjaga kebersihan setiap anggota badan
kebersihan diri 2.1.2 Latihan amali menjaga kebersihan diri
2.2 Mengamalkan penjagaan 2.2.1 Menjaga kebersihan pakaian dalam
kebersihan pakaian 2.2.2 Menjaga kebersihan pakaian
11
18. TAJUK/TEMA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3. Peralatan kebersihan 3.1 Menggunakan alat kebersihan diri 3.1.1 Menamakan peralatan kebersihan diri
diri 3.1.2 Menggunakan peralatan kebersihan diri
3.1.3 Latihan amali menggunakan peralatan kebersihan diri
3.1.4 Menggunakan peralatan kebersihan diri yang telah diubahsuai
mengikut ketidakupayaan murid
4. Penggunaan tandas 4.1 Menggunakan kemudahan dalam 4.1.1 Mengecam simbol tandas
tandas 4.1.2 Menggunakan kemudahan di dalam tandas
4.1.3 Latihan amali cara menggunakan tandas duduk
4.1.4 Latihan amali cara menggunakan tandas cangkung
4.1.5 Adab penggunaan tandas
4.1.6 Menjaga keselamatan semasa penggunaan tandas
5. Pengurusan dalam dan 5.1 Penjagaan dalam dan luar bilik 5.1.1 Menamakan alatan dalam bilik darjah
luar bilik darjah darjah 5.1.2 Menamakan alatan luar bilik darjah
5.1.3 Mengamalkan kebersihan dalam bilik darjah
5.1.4 Mengamalkan kebersihan luar bilik darjah
12
19. TAJUK/TEMA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
5.2 Mengamalkan peraturan dalam dan
5.2.1 Menyebut peraturan dalam bilik darjah
luar bilik darjah
5.2.2 Menyebut peraturan luar bilik darjah
6. Pengurusan tempat 6.1 Mengenal ruang atau bilik dalam 6.1.1 Menamakan ruang atau bilik dalam rumah
tinggal rumah 6.1.2 Menamakan peralatan dalam setiap ruang atau bilik
13
23. KOMPONEN PENGURUSAN TINGKAH LAKU
TAJUK/TEMA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1. Disiplin Diri 1.1 Beratur mengikut keperluan di 1.1.1 Beratur mengikut giliran
sesuatu tempat 1.1.2 Beratur dengan betul dan tertib
1.1.3 Beratur dengan senyap
1.2 Mematuhi arahan yang diterima 1.2.1 Mendengar arahan lisan yang diberi
1.2.2 Melaksanakan arahan yang diberi
1.3 Mematuhi peraturan pakaian 1.3.1 Memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap
seragam sekolah 1.3.2 Menjaga kekemasan pakaian seragam sekolah
2. Kemahiran Sosial 2.1 Memperkenalkan diri sendiri 2.1.1 Mengetahui nama sendiri
2.1.2 Mengetahui umur sendiri
2.1.3 Mengetahui tempat tinggal sendiri
2.2 Mengenal rakan-rakan sebaya dalam 2.2.1 Menyebut nama rakan sekelas
kelas 2.2.2 Mengetahui jantina rakan sekelas
2.3 Melafazkan panggilan yang sesuai 2.3.1 Melafazkan panggilan yang betul kepada setiap ahli keluarga
untuk orang lain 2.3.2 Menggunakan kata ganti nama diri yang betul
15
24. TAJUK/TEMA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3. Keselamatan Diri 3.1 Mengamalkan perbuatan yang betul 3.1.1 Berjalan mengikut laluan yang telah ditetapkan
di sekolah 3.1.2 Tidak berlari di kawasan sekolah
3.1.3 Tidak memasuki kawasan larangan
3.2 Mengamalkan langkah-langkah 3.2.1 Menyimpan peralatan di tempat yang betul
keselamatan yang perlu ketika di 3.2.2 Mematuhi peraturan keselamatan
dapur
3.3 Mematuhi peraturan keselamatan 3.3.1 Melintas jalan raya dengan cara yang betul
ketika di jalan raya 3.3.2 Berjalan kaki secara melawan arus di jalan raya
4. Tatasusila / Adab 4.1 Melafazkan ucapan bertatasusila 4.1.1 Memberikan ucapan yang sesuai
4.1.2 Meminta izin untuk pergi ke tandas
4.1.3 Meminta izin untuk meminjam barang
4.2 Menunjukkan aksi yang sopan 4.2.1 Mendengar arahan dengan penuh perhatian
semasa berinteraksi 4.2.2 Memahami arahan yang diberi
4.2.3 Melakukan arahan ringkas yang diberi
5. Emosi 5.1 Mengenal emosi asas 5.1.1 Menunjukkan aksi gembira
5.1.2 Menunjukkan aksi sedih
16
25. TAJUK/TEMA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
5.1.3 Menunjukkan aksi marah
5.1.4 Menunjukkan aksi takut
17
29. KOMPONEN KEMAHIRAN MANIPULATIF
TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1. Motor Kasar 1.1 Mengenal bahagian anggota badan 1.1.1 Melakukan pergerakan bebas yang melibatkan beberapa bahagian
anggota badan
1.1.2 Menyebut bahagian anggota badan
1.1.3 Menunjuk bahagian anggota badan
1.2 Melakukan pergerakan asas 1.2.1 Menoleh ke arah kiri dan kanan
bahagian kepala 1.2.2 Menggeleng kepala
1.2.3 Mendongak dan menundukkan kepala
1.3.1 Mengangkat dan menjatuhkan tangan
1.3 Melakukan pergerakan asas
1.3.2 Mendepa tangan ke depan dan ke sisi
bahagian tangan
1.3.3 Memusingkan tangan mengikut arah dan lawan jam
1.3.4 Memusingkan pergelangan tangan mengikut arah dan lawan jam
1.4 Melakukan pergerakan asas 1.4.1 Mengangkat kaki kanan dan kiri secara bergilir
bahagian kaki 1.4.2 Membengkok dan meluruskan lutut
1.4.3 Menghentak kaki kanan dan kiri secara bergilir
1.4.4 Memusingkan pergelangan kaki mengikut arah jam dan lawan jam
1.4.5 Melakukan pergerakan menendang
19
30. TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.5 Melakukan pergerakan lokomotor 1.5.1 Berdiri tegak dengan tangan disisi
1.5.2 Duduk dengan pelbagai gaya
1.5.3 Berjalan secara bebas
1.5.4 Membetulkan postur badan semasa berdiri
1.5.5 Merangkak ke hadapan dan mengundur ke belakang
1.5.6 Berjalan dengan langkah pendek dan panjang
1.5.7 Membetulkan postur badan semasa duduk
1.5.8 Melompat setempat ke hadapan, belakang dan ke sisi
1.6 Mengenal pergerakan bukan
1.6.1 Menolak objek ke hadapan
lokomotor
1.6.2 Menarik objek ke belakang
1.6.3 Mengangkat objek ke atas
1.6.4 Meletak objek ke bawah
1.6.5 Menyusun objek
20
31. TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2. Motor halus 2.1 Melakukan pergerakan asas 2.1.1 Melakukan pergerakan jari jemari
motor halus
2.2 Melakukan pergerakan merenyuk 2.2.1 Merenyuk menggunakan kedua-dua tangan
2.2.2 Merenyuk menggunakan sebelah tangan
2.3 Melakukan pergerakan mengoyak 2.3.1 Mengoyak dalam cebisan yang besar
2.3.2 Mengoyak dalam cebisan yang kecil
2.3.3 Mengoyak mengikut garisan dan bentuk
2.4 Melakukan pergerakan meramas 2.4.1 Menggengam dan membuka jari
2.4.2 Meramas menggunakan kedua-dua belah tangan
2.4.3 Meramas menggunakan sebelah tangan
2.4.4 Meramas objek-objek yang berstruktur
i. kasar
ii. halus
iii. lembut
iv. licin
v. keras
vi. kesat
21
32. TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.5 Melakukan pergerakan mencubit 2.5.1 Mencubit
i. diri sendiri
ii. benda-benda lembut
2.6 Melakukan pergerakan memicit 2.6.1 Memicit
i. benda-benda lembut
ii. benda-benda liat
iii. benda-benda keras
2.7 Membezakan struktur permukaan 2.7.1 Menyentuh pemukaan
dan objek i. saiz
ii. kesat
iii. lembut
iv. licin
2.8 Melakukan pergerakan koordinasi 2.8.1 Menyusun objek mengikut
motor mata-tangan i. warna
ii. bentuk
2.8.2 Mencantum objek mengikut bilangan
i. bongkah
ii. kepingan
22
33. TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.8.3 Mencucuk objek mengikut
i. saiz
ii. bentuk
iiii. warna
3. Pengamatan 3.1 Meniru bunyi-bunyi melalui 3.1.1 Mengajuk kembali bunyi haiwan
pengamatan pendengaran 3.1.2 Mengajuk kembali bunyi yang dihasilkan oleh manusia
3.1.3 Mengajuk kembali bunyi kenderaan
3.1.4 Mengajuk kembali bunyi alam sekitar
3.2 Membezakan bunyi-bunyi melalui 3.2.1 Membezakan bunyi mengikut kategori
pengamatan pendengaran i. haiwan
ii. pelakuan manusia
iii. alam sekitar
iv. kenderaan
v. alat muzik
3.3 Mendiskriminasikan objek melalui 3.3.1 Membezakan objek melalui
pengamatan penglihatan i. saiz
ii. warna
iii. bentuk
23
34. TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
iv. jenis
3.3.2 Mengasingkan objek melalui
i. saiz
ii. warna
iii. bentuk
iv. jenis
3.3.3 Mengkelaskan objek melalui
i. saiz
ii. warna
iii. bentuk
iv. jenis
3.4 Memadankan objek melalui 3.4.1 Memadankan objek melalui
pengamatan penglihatan i. saiz
ii. warna
iii. bentuk
iv. jenis
24
35.
36. Terbitan:
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03- 8888 9917