SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
CERPEN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Oleh: Roslinah binti Raya (Mac 2008)
Universiti Brunei Darussalam

1.0 PENDAHULUAN

Menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, sastera merupakan bahasa yang
dicirikan oleh keindahan kata-kata, sama ada melalui lisan atau tulisan. Manakala
kesusasteraan pula ialah hasil seni yang diwujudkan dalam bentuk prosa bebas dan
puisi.

Bahasa dan sastera tidak seharusnya dipisahkan kerana keduanya diibaratkan seperti
irama dan lagu. Jika salah satunya tiada, maka tidaklah bermakna salah satu yang
lain itu. Di dalam karya sastera, pengarang menggunakan bahasa sebagai media
pengantar untuk menyampaikan idea, mesej dan pandangan mengenai dunianya.
Karya sastera yang dihasilkan dapat mengembangkan bahasa seseorang kerana karya
sastera biasanya menggunakan bahasa yang halus indah dan tinggi.

Bahan sastera seharusnya menjadi sebahagian daripada bahan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Pendedahan awal seharusnya bermula dari murid-murid itu
berada di peringkat rendah bawah lagi. Dalam peringkat sekolah rendah, pengajaran
bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berbeza daripada pengajaran
Kesusasteraan Melayu yang diajarkan secara khusus. Penggunaan bahan sastera di
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu hanya menjadikan bahan sastera itu sebagai
komponen yang dijadikan bahan utama bagi mengukuhkan penguasaan Bahasa
Melayu murid-murid.

Di Negara Brunei Darussalam, sesetengah guru sekolah rendah masih kurang mahir
menggunakan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru-guru juga
didapati kurang inisiatif dalam menggunakan bahan sastera dalam pengajaran,
bahkan ada yang beranggapan bahawa bahan sastera tidak sesuai diajarkan di
sekolah rendah. Perkara ini terjadi mungkin juga kerana guru tersebut kurang
berminat dalam karya-karya sastera.

Kertas kerja ini akan membincangkan beberapa perkara yang berkaitan penggunaan
bahan sastera dalam pengajaran seperti objektif, prinsip pemilihan serta kelebihan
menggunakan bahan sastera, jenis-jenis bahan sastera dan cerpen sebagai bahan
pengajaran Bahasa Melayu. Dengan adanya kertas kerja ini, diharap akan dapat
memberikan sedikit sebanyak panduan kepada guru-guru serta bakal guru.



2.0 SASTERA SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Menurut Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001: 31), melalui pembacaan
karya sastera sebagai bahan pengajaran, murid-murid akan dapat menikmati serta
menghayati kesusasteraan Melayu yang disampaikan dalam struktur bahasa yang
indah. Bahan sastera biasanya digunakan untuk mengajar kefahaman,



                                                                                1
perbendaharaan kata, tatabahasa, lisan dan sebagainya. Kaedah dan teknik yang
digunakan terpulang kepada guru, untuk menjadikan suasana pengajaran dan
pembelajaran menarik minat murid-muridnya. Fokus pengajaran guru menggunakan
bahan sastera ini ialah kepada objektif khusus bagi meningkatkan kemahiran
berbahasa seperti membaca, lisan, menulis serta mempelajari peribahasa dan
tatabahasa.

Berikut diterangkan objektif penggunaan, prinsip pemilihan dan kelebihan
menggunakan bahan sastera.


       2.1 Objektif Penggunaan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa
           Melayu

Menurut Rozaiman (2007: 10), walaupun bahan sastera (BAHTERA) digunakan
sebagai bahan pengajaran, namun dari segi penggabungjalinan, objektif dan tujuan
mengajarkan kesusasteraan Melayu itu boleh dijadikan dasar pengajaran dan
pembelajaran BAHTERA. Objektif-objektif khusus Sukatan Pelajaran Kesusasteraan
Melayu tersebut adalah seperti berikut:

   1. memberi kefahaman tentang nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan
      kebudayaan yang terdapat dalam karya sastera;
   2. menerapkan nilai-nilai moral yang dicerminkan melalui karya sastera;
   3. menganalisis bentuk dan memberi kefahaman isi kesusasteraan serta
      mengahargai nilai keindahan bahasa dalam kesusasteraan;
   4. mengekalkan, menyuburkan dan memperkembangkan minat terhadap
      kesusasteraan; dan
   5. membuat penilaian terhadap mutu sesuatu karya sastera yang sepadan dengan
      kemampuan pelajar.

Manakala objektif yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2006:3)
bagi sekolah-sekolah rendah juga mementingkan penggunaan bahan sastera dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Objektif ke empat itu antara lain menyatakan:

       ‘membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan termasuk bahan-bahan
       kesusasteraan dan ilmiah’.



Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001:32), pula menggariskan beberapa
objektif tentang penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu seperti
berikut:

   1. Menggalakkan seseorang itu membaca kerana minatnya didorong oleh
      kebolehannya membaca, memahami dan berfikiran kritis terhadap yang
      dibaca. Oleh itu semakin banyak pembacaan semakin meningkat kebolehan
      menggunakan bahasa.




                                                                               2
2. Memahami setiap hal dalam tatabahasa secara tidak langsung. Begitu juga
      dalam penggunaan bahasa daerah, ungkapan, istilah dan struktur ayat yang
      kesemuanya terjadi mengikut keadaan yang benar dalam karya sastera.
   3. Membolehkan seseorang memberikan penafsiran atau interpretasi kepada
      sesuatu kenyataan yang ditemui dalam pembacaannya.
   4. Menghayati keindahan bahasa dan mendorong melahirkan penggunaan
      bahasa yang baik serta menarik kepada perkembangan kebudayaan yang
      bernilai.
   5. Karya sastera kebanyakannya mencerminkan dan merakamkan peristiwa
      perlakuan manusia, dapat mengenali sistem sosial dan sosiobudaya sekitar
      mereka.
   6. Minat pelajar dapat dipupuk melalui pendedahan bahan-bahan sastera. Secara
      tidak langsung akan menanam atau menimbukan bakat yang terpendam
      dalam penulisan.
   7. Untuk menyemai pemikiran positif dan kreatif serta optimis dalam
      menggalakkan hasrat dan proses pendidikan seumur hidup.
   8. Untuk mendidik para pelajar mengamalkan keperibadian yang seimbang
      peranannya sebagai ahli sebuah komuniti.


       2.2 Kelebihan Menggunakan Bahan Sastera

Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa dapat meningkatkan keupayaan
pelajar dalam menggunakan bahasa yang meluas dan tinggi kerana karya-karya
sastera mengandungi bahasa-bahasa yang indah, tinggi dan perbendaharan kata yang
banyak.

Selanjutnya Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001) menyatakan bahawa
penggunaan bahan sastera mempunyai banyak kelebihan seperti memberikan
keseronokan kepada pelajar kerana karya sastera itu mengandungi pelbagai
keindahan serta huaraian tentang hal-hal yang aneh dan ajaib yang diselaraskan
mengikut peringkat umur pelajar.

Terdapat pelbagai jenis karya sastera yang mengikut kesesuaian peringkat umur
pelajar. Oleh itu, terpulanglah kepada guru untuk memilih, menilai dan
menyesuaikan bahan sastera tersebut dengan pengajarannya.

Menurut Ismail Ahmad (dalam Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud, 2001),
penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu akan membuka ruang
kepada pelajar untuk melihat dunia yang lebih luas yang bermula dari pengalaman
sendiri untuk meneroka pengalaman luar hidupnya melalui hubungan masyarakat
dan budayanya.

Manakala menurut Subadrah Nair (dalam Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud,
2001), pula, penggunaan bahan-bahan sastera dalam pengajaran bacaan dan
kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat membaca di jiwa pelajar.
Sebagai contoh penggunaan cerpen atau cerita rakyat akan dapat membantu pelajar




                                                                              3
mengenali watak-watak, memahamkan isi cerita dan meningkatkan perbendaharaan
kata serta memupuk minat pelajar dalam bidang pembacaan.

Penggunaan bahan sastera seperti pantun, sajak, cerpen atau cerita rakyat juga akan
membantu pelajar bukan Melayu mengenali kebudayaan orang-orang Melayu.

Sebagai kesimpulan, terdapat banyak kelebihan yang dapat diambil manfaat dalam
penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru-guru hendaklah
mengambil inisiatif dalam memilih bahan-bahan yang sesuai bagi menjadikan
suasana pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menyeronokkan bagi semua
pelajar. Pemilihan bahan yang baik serta bersesuian akan menjadikan pelajar faham
dan minat terhadap isi kandungan yang disampaikan oleh guru.


       2.3 Prinsip Pemilihan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Guru bahasa perlu bijak dalam memilih bahan sastera untuk digunkan dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Guru perlu mengambil kira tentang objektif pengajaran,
pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan serta latar belakang pelajar yang
akan diajar. Guru boleh saja memilih bahan daripada buku teks, tetapi tidak
seharusnya bersandarkan kepada buku teks semata-mata. Guru perlu berusaha
mencari atau memilih dari sumber-sumber lain yang bersesuaian seperti buku cerita
rakyat, koleksi-koleksi sajak, pantun, cerpen dan sebagainya. Seterusnya akan
disenaraikan beberapa prinsip pemilihan bahan sastera yang dianjurkan oleh ahli-ahli
bahasa. Antaranya,

Menurut Asmah Hj Omar (1984), terdapat tiga aspek dalam pemilihan bahan berupa
petikan seperti berikut:
    i.     Pandangan guru Bahasa Melayu. ‘Apakah tujuan ia memilih sesuatu
           petikan itu?’
    ii.    Kemampuan pelajar yang bergantung kepada umur, tingkat kesedaran,
           pengalaman, pencapaian bahasa, jantina dan sebagainya.
    iii.   Linguistik dan pedagogi. ‘Adakah teks yang dipilih sesuai dengan laras
           bahasa yang akan diajarkan?’

Selain itu, guru juga perlu menitikberatkan aspek lain seperti gaya bahasa yang baik,
mempunyai unsur-unsur moral, nilai-nilai murni yang boleh diterapkan kepada
pelajar, teknik penceritaan yang baik dan sebagainya. Pergerakan proses
pembelajaran iaitu, daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada perkara
yang diketahui kepada yang tidak diketahui juga menjadi sukat-sukat bagi prinsip
pemilihan bahan sastera dalam pengajaran bahasa.

Manakala menurut B.Rahmanto (dalam EL Moody, dalam Abdul Rasid Jamian dan
Arba’ie Sujud, 2001) selain prinsip-prinsip yang dikemukan, aspek psikologi juga
perlu diambil kira kerana ia berkait rapat dengan dengan minat dan sikap pelajar
dalam kesusasteraan. Peringkat tahap perkembangan psikologi kanak-kanak
terbahagi kepada empat peringkat iaitu tahap khayal (umur 8-9 tahun), tahap




                                                                                   4
romantik (umur 10-12 tahun), tahap realistik (umur 13-16 tahun) dan tahap
generalisasi (umur 16 tahun).

Pemilihan bahan yang bersandarkan kepada tahap psikologi pelajar akan
memudahkan pelajar memahami isi karya sastera yang guru sampaikan. Sebaliknya,
jika guru menggunakan bahan seperti yang di luar dari latar belakang dan budaya
pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi kurang berkesan atau
tidak berkesan sama sekali.
Dalam pada itu EL Moody seterusnya menyatakan, terdapat empat prinsip penting
dalam pemilihan bahan iaitu:
            i.    Bahan-bahan hendaklah disusun daripada yang senang kepada
                  yang sukar.
            ii.   Bermula daripada konkrit kepada yang abstrak.
            iii.  Adanya urutan kronologi.
            iv.   Disusun berdasarkan kepada strategi yang telah dirancangkan.

Daripada saranan mengenai prinsip pemilihan bahan sastera yang dianjurkan oleh
ahli-ahli bahasa dan sastera, dapat dirumuskan bahawa prinsip-prinsip pemilihan
bahan tersebut haruslah dilakukan dengan teliti serta mempertimbangkan perkara
seperti latar belakang pelajar, bahan yang digunakan, objektif pengajaran dan
sebagainya. Pemilihan bahan yang kurang teliti akan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran tidak akan membuahkan hasil yang membanggakan dan tidak
berkesan.



3.0 JENIS-JENIS BAHAN SASTERA TEMPATAN

Di Negara Brunei Darussalam terdapat banyak jenis bahan sastera sebagai khazanah
yang tidak ternilai harganya. Guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan sastera
tempatan bagi memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar. Berikut disenaraikan
beberapa jenis sastera tempatan yang dijelaskan oleh Rozaiman (2007:17-21)

   i.     Pantun
   Buku seperti Lanang Berladu Lanang merupakan kumpulan pantun bangsa
   Melayu Brunei yang diungkayahkan oleh Prof. Madya Dr. Hj Hashim. Terdapat
   pelbagai jenis pantun yang mengandungi persoalan dan pengajaran terutama
   untuk mengajarkan kemahiran berfikir analogi melalui pembayang maksud yang
   mengandungi banyak perlambangan.

   ii.     Syair
   Dewan Bahasa Dan Pustaka telah banyak menerbitkan banyak buku syair,
   antaranya Adun Nan Alun Sebahtera, Rampaian Laila Syair, Syair Perlembagaan
   Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat dan sebagainya. Masih
   ramai pelajar tidak mengetahui tentang kewujudan syair-syair ini melainkan
   guru-guru mengenalkannya kepada mereka melalui bahan pengajaran di bilik
   darjah.




                                                                              5
iii.   Perambahan
   Perambahan merupakan versi Brunei yang sama istilahnya dengan peribahasa.
   Namun ia mempamerkan kehidupan masyarakat Brunei. Guru-guru boleh
   mendaptakan buku mengenainya yang bertajuk Perambahan Brunei dan
   menjadikannya sebagai bahan pengajaran terutama bagi mengajarkan maksud
   perbandingan dan kosa kata Melayu Brunei.

   iv.     Diangdangan / Hikayat
   Diangdangan merupakan hikayat penglipur lara. Antara contoh diangdangan
   ialah, Hikayat Awang Kamaruddin, Diangdangan Bujang Sigandam, Awang Si
   Linong, Hikayat Awang Si Ambok, Hikayat Awang Si Ambok dan banyak lagi
   diangdangan lainnya yang dapat dijadikan sebagai bahan pengajaran Bahasa
   Melayu.

   v.      Cerpen
   Cerpen merupakan salah satu bahan kesusasteraan Melayu (Brunei) Moden.
   Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei juga telah banyak menerbitkan cerpen yang
   juga boleh digunakan dalam pengajaran bahasa. Antara cerpen yang pernah
   diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah, Apabila Sungai Mengalir,
   Basikal Idaman, Bumi Warisan, Di Hujung Pertemuan dan sebagainya.

   Selain daripada senarai-senarai di atas, terdapat juga bahan saster tempatan lain
   seperti, cerita rakyat, sastera sejarah atau historiografi, sastera epik, sajak atau
   puisi, novel dan drama. Sekali lagi dinyatakan di sini, terpulanglah kepada guru
   untuk menyesuaikannya dengan isi pengajaran yang ingin disampaikan kepada
   pelajar.

4.0 CERPEN SEBAGAI            BAHAN        PENGAJARAN          DALAM        BAHASA
    MELAYU

       4.1 Cerpen Bertajuk ‘Satu Ringgit’ Sebagai Bahan Pengajaran Imbuhan
           {meN..} Bagi Darjah 6.

Sinopsis:
Kisah seorang wanita yang mengenang kisah silamnya semasa berpuasa di bulan
Ramadan. Dia dilatih berpuasa oleh kedua ibu bapanya secara berperingkat-
peringkat iaitu, bermula dari setengah hari dan jika sudah berupaya, dia dilatih
berpuasa sehari suntuk. Bapa saudaranya pula mendorongnya berpuasa dengan cara
memberikan upah satu ringgit setiap hari dia berpuasa. Di samping bercerita tentang
kisah satu ringgit, dia juga mengenang tentang suasana bulan Ramadan di zaman
kanak-kanaknya dan dibandingkannya dengan suasana berpuasa pada masa kini.
(Sila rujuk lampiran)

Kisah yang terkandung di dalam cerpen ini boleh digunakan bagi mendidik pelajar
terutamanya pelajar di sekolah rendah, tentang nilai-nilai murni iaitu seperti, tidak
mengerjakan ibadah terutamanya puasa kerana untuk mendapatkan wang.




                                                                                     6
Selain itu, banyak aspek tatabahasa dan kemahiran asas Bahasa Melayu yang dapat
diajarkan menggunakan cerpen yang dipilih. Sebagai contoh aspek tatabahasa
tersebut ialah seperti, imbuhan, cakap ajuk dan cakap pindah, kata nama dan
sebagainya. Manakala aspek kemahiran asas Bahasa Melayu juga boleh diajarkan
seperti aspek kemahiran menulis, mendengar, bertutur dan membaca.

Berikut akan di huraikan tentang aspek tatabahasa dan kemahiran asas Bahasa
Melayu yang penulis fikirkan sesuai dalam pengajaran Bahasa Melayu menggunakan
cerpen Satu Ringgit ini.


       4.2 Aspek Tatabahasa Dan Kemahiran Asas Bahasa Melayu

Berdasarkan bahan cerpen Satu Ringgit ini, aspek tatabahasa yang difikirkan sesuai
ialah, imbuhan me{N}. Pengajaran ini ditujukan untuk murid-murid darjah 6 sekolah
rendah. Manakala aspek kemahiran asas yang diberi penekanan termasuklah
kemahiran lisan, membaca dan menulis.

   a. Kemahiran lisan
   Kemahiran lisan ialah gabungan di antara kemahiran mendengar dan kemahiran
   bertutur. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti bercerita setelah guru
   membacakan cerpen tersebut. Murid-murid juga menyenaraikan imbuhan me{N}
   yang terdapat di dalam cerpen tersebut. Selain itu guru juga boleh menyuruh
   murid menyenaraikan kata dasar daripada perkataan berimbuhan yang telah
   dinyatakan sebelumnya.

   b. Kemahiran membaca
   Murid membaca petikan cerpen yang diberikan oleh guru. Namun ada baiknya
   jika penggabungjalinan bahan dibuat oleh guru iaitu dengan menggunakan
   tayangan slaid mengenai cerpen tersebut, supaya murid dapat membaca dengan
   jelas dan guru dapat menjimatkan masa serta wang dalam menyediakan banyak
   bahan bercetak. Penggabungjalinan ini juga bertujuan untuk menjadikan guru
   supaya lebih berkreativiti dan sekali gus akan dapat meningkatkan minat dan
   memotivasi murid supaya mengikuti pengajaran guru dengan lebih berkesan.

   c. Kemahiran menulis
   Kemahiran menulis boleh dipupuk melalui aktiviti membina ayat baharu
   berpandukan perkataan berimbuhan yang disenaraikan semasa aktiviti lisan.
   Guru juga boleh mengarahkan murid untuk menulis sinopsis cerpen yang mereka
   baca. Selain itu banyak lagi aktiviti yang dapat dijalankan seperti menuliskan
   nilai-nilai murni yang terdapat daripada cerpen tersebut, menuliskan sebuah
   karangan berpandukan perkataan imbuhan yang disenaraikan sebelumnya dan
   menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat di dalam cerpen tersebut.

   Melalui aktiviti yang telah disenaraikan di atas, adalah diharapkan murid-murid
   akan dapat mengembangkan dan meningkatkan pemikiran intelek mereka dengan
   bantuan guru yang juga seharusnya mempunyai kreativiti yang tinggi. Guru perlu




                                                                                7
menggunakan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang bersesuaian bagi
   mencapai objektif pengajaran dengan berkesan.



5.0 KESIMPULAN

Kunci kejayaan pengajaran Bahasa Melayu bukan hanya terletak pada kecanggihan
kurikulum atau kelengkapan kemudahan di sekolah. Namun ia terletak kepada
kredibiliti guru dalam mengatur dan memanfaatkan bahan pengajaran di bilik darjah.
Begitu halnya dalam penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa
memerlukan kekreatifan guru dalam mengolah bahan-bahan tersebut mengikut
kesesuaian dan keperluan murid-murid di bilik darjah.

Selain tujuan kita ingin memupuk minat murid terhadap karya-karya sastera
terutamanya karya sastera tempatan, guru perlu juga memotivasi dirinya sendiri agar
lebih kerap menggunakan dan mengenal karya-karya sastera yang pelbagai ini. Guru
perlu rajin dalam mencari sumber lain selain daripada hanya bergantung kepada
penggunaan buku teks sahaja.

Akhirnya, untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera aktiviti berterusan
juga perlu diusahakan bukan sahaja di bilik darjah, malahan aktiviti susulan di luar
darjah seperti, pihak sekolah mengadakan pertandingan mendeklamasikan sajak,
berbalas pantun, berpidato dan peraduan berbahas. Dengan yang demikian khazanah
kesusasteraan kita akan sentiasa disanjung dan menjadi kebanggaan oleh generasi
masa kini.


Rujukan:

Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajaran Bahasa
dan Sastera. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Asmah Hj Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Arbak Othman (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu.
Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Rozaiman Makmun. (2007). BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa.
Bandar Seri Begawan. Universiti Brunei Darussalam.

Sidang Penyusun. (2006). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Negara Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan. Kementerian Pendidikan




                                                                                  8

More Related Content

What's hot

BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmMuhammad Syahir
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUcikguniza2012
 
41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolikDinesh Dinesh
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Pembelajaran berpusatkan bahan
Pembelajaran berpusatkan bahanPembelajaran berpusatkan bahan
Pembelajaran berpusatkan bahanArifahAzlanShah2
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Analisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-KanakAnalisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-KanakArifahAzlanShah1
 
Deklamasi Puisi
Deklamasi PuisiDeklamasi Puisi
Deklamasi PuisiNur Aini
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Penterjemahan bahan autentik
Penterjemahan bahan autentikPenterjemahan bahan autentik
Penterjemahan bahan autentikSiti Nur Raidah
 
Pendekatan Cerakinan (BMM3104)
Pendekatan Cerakinan (BMM3104)Pendekatan Cerakinan (BMM3104)
Pendekatan Cerakinan (BMM3104)Izzati Zamburi
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayuAhmad NazRi
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Najwa Ahmad
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPensil Dan Pemadam
 
Kata Berimbuhan Awalan
Kata Berimbuhan AwalanKata Berimbuhan Awalan
Kata Berimbuhan Awalanaina_athirah
 

What's hot (20)

Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bm
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Pembelajaran berpusatkan bahan
Pembelajaran berpusatkan bahanPembelajaran berpusatkan bahan
Pembelajaran berpusatkan bahan
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Rujukan
RujukanRujukan
Rujukan
 
Analisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-KanakAnalisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-Kanak
 
Deklamasi Puisi
Deklamasi PuisiDeklamasi Puisi
Deklamasi Puisi
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Penterjemahan bahan autentik
Penterjemahan bahan autentikPenterjemahan bahan autentik
Penterjemahan bahan autentik
 
Makna leksikal
Makna leksikalMakna leksikal
Makna leksikal
 
Pendekatan Cerakinan (BMM3104)
Pendekatan Cerakinan (BMM3104)Pendekatan Cerakinan (BMM3104)
Pendekatan Cerakinan (BMM3104)
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
 
Kata Berimbuhan Awalan
Kata Berimbuhan AwalanKata Berimbuhan Awalan
Kata Berimbuhan Awalan
 

Viewers also liked

Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanHazel Bug
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
Strategi penyoalan dalam kefahaman membaca
Strategi penyoalan dalam kefahaman membacaStrategi penyoalan dalam kefahaman membaca
Strategi penyoalan dalam kefahaman membacaCikgu Isnani Ali
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pensil Dan Pemadam
 
Kemahiran menulis sek.rendah
Kemahiran menulis sek.rendahKemahiran menulis sek.rendah
Kemahiran menulis sek.rendahJospher Joanes
 

Viewers also liked (7)

Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Kgbk
KgbkKgbk
Kgbk
 
Strategi penyoalan dalam kefahaman membaca
Strategi penyoalan dalam kefahaman membacaStrategi penyoalan dalam kefahaman membaca
Strategi penyoalan dalam kefahaman membaca
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
Kemahiran menulis sek.rendah
Kemahiran menulis sek.rendahKemahiran menulis sek.rendah
Kemahiran menulis sek.rendah
 

Similar to CERPEN SEBAGAI BAHAN

Document1 fanny tik
Document1 fanny tikDocument1 fanny tik
Document1 fanny tikfannydwio
 
Bahasa Indonesia smp 7 guru
Bahasa Indonesia  smp 7  guruBahasa Indonesia  smp 7  guru
Bahasa Indonesia smp 7 guruBudhi Emha
 
7 bahasa indonesia buku guru
7 bahasa indonesia buku guru7 bahasa indonesia buku guru
7 bahasa indonesia buku gururoisah453
 
3. KERANGKA KONSEPTUAL DAN TUJUAN MKWU BAHASA INDONESIA.pptx
3. KERANGKA KONSEPTUAL DAN TUJUAN MKWU BAHASA INDONESIA.pptx3. KERANGKA KONSEPTUAL DAN TUJUAN MKWU BAHASA INDONESIA.pptx
3. KERANGKA KONSEPTUAL DAN TUJUAN MKWU BAHASA INDONESIA.pptxSusriInarti1
 
3. KERANGKA KONSEPTUAL DAN TUJUAN MKWU BAHASA INDONESIA.pptx
3. KERANGKA KONSEPTUAL DAN TUJUAN MKWU BAHASA INDONESIA.pptx3. KERANGKA KONSEPTUAL DAN TUJUAN MKWU BAHASA INDONESIA.pptx
3. KERANGKA KONSEPTUAL DAN TUJUAN MKWU BAHASA INDONESIA.pptxSusriInarti1
 
Buku Guru Bhs Indonesia Kelas 7 SMP
Buku Guru Bhs Indonesia Kelas 7 SMPBuku Guru Bhs Indonesia Kelas 7 SMP
Buku Guru Bhs Indonesia Kelas 7 SMPMuhammad Idris
 
7 bahasa indonesia buku guru
7 bahasa indonesia buku guru7 bahasa indonesia buku guru
7 bahasa indonesia buku gurusmbbgb
 
B.indo bg kelas 10
B.indo bg kelas 10B.indo bg kelas 10
B.indo bg kelas 10Siti Halimah
 
B.indo bg kelas_10_sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
B.indo bg kelas_10_sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]B.indo bg kelas_10_sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
B.indo bg kelas_10_sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]Randy Ikas
 
Buku pegangan-siswa-bahasa-indonesia-smp-kelas-8-kurikulum-2013
Buku pegangan-siswa-bahasa-indonesia-smp-kelas-8-kurikulum-2013Buku pegangan-siswa-bahasa-indonesia-smp-kelas-8-kurikulum-2013
Buku pegangan-siswa-bahasa-indonesia-smp-kelas-8-kurikulum-2013Triyono Untung
 
BUKU GURU KURIKULUM 2013 KELAS10 BAHASA INDONESIA
BUKU GURU KURIKULUM 2013 KELAS10 BAHASA INDONESIABUKU GURU KURIKULUM 2013 KELAS10 BAHASA INDONESIA
BUKU GURU KURIKULUM 2013 KELAS10 BAHASA INDONESIAEndang Pristiawaty
 
Buku pegangan guru bahasa indonesia sma kelas 10 kurikulum 2013 edisi revisi ...
Buku pegangan guru bahasa indonesia sma kelas 10 kurikulum 2013 edisi revisi ...Buku pegangan guru bahasa indonesia sma kelas 10 kurikulum 2013 edisi revisi ...
Buku pegangan guru bahasa indonesia sma kelas 10 kurikulum 2013 edisi revisi ...purwantaka
 
B.indo bs kelas_10_sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
B.indo bs kelas_10_sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]B.indo bs kelas_10_sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
B.indo bs kelas_10_sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]Randy Ikas
 

Similar to CERPEN SEBAGAI BAHAN (20)

Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Test, wait.
Test, wait.Test, wait.
Test, wait.
 
Document1 fanny tik
Document1 fanny tikDocument1 fanny tik
Document1 fanny tik
 
Bahasa Indonesia smp 7 guru
Bahasa Indonesia  smp 7  guruBahasa Indonesia  smp 7  guru
Bahasa Indonesia smp 7 guru
 
Document1
Document1Document1
Document1
 
Document2
Document2Document2
Document2
 
7 bahasa indonesia buku guru
7 bahasa indonesia buku guru7 bahasa indonesia buku guru
7 bahasa indonesia buku guru
 
Rony husniah fak.sastra um
Rony husniah fak.sastra umRony husniah fak.sastra um
Rony husniah fak.sastra um
 
3. KERANGKA KONSEPTUAL DAN TUJUAN MKWU BAHASA INDONESIA.pptx
3. KERANGKA KONSEPTUAL DAN TUJUAN MKWU BAHASA INDONESIA.pptx3. KERANGKA KONSEPTUAL DAN TUJUAN MKWU BAHASA INDONESIA.pptx
3. KERANGKA KONSEPTUAL DAN TUJUAN MKWU BAHASA INDONESIA.pptx
 
3. KERANGKA KONSEPTUAL DAN TUJUAN MKWU BAHASA INDONESIA.pptx
3. KERANGKA KONSEPTUAL DAN TUJUAN MKWU BAHASA INDONESIA.pptx3. KERANGKA KONSEPTUAL DAN TUJUAN MKWU BAHASA INDONESIA.pptx
3. KERANGKA KONSEPTUAL DAN TUJUAN MKWU BAHASA INDONESIA.pptx
 
Buku Guru Bhs Indonesia Kelas 7 SMP
Buku Guru Bhs Indonesia Kelas 7 SMPBuku Guru Bhs Indonesia Kelas 7 SMP
Buku Guru Bhs Indonesia Kelas 7 SMP
 
7 bahasa indonesia buku guru
7 bahasa indonesia buku guru7 bahasa indonesia buku guru
7 bahasa indonesia buku guru
 
B.indo bg kelas 10
B.indo bg kelas 10B.indo bg kelas 10
B.indo bg kelas 10
 
B.indo bg kelas_10_sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
B.indo bg kelas_10_sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]B.indo bg kelas_10_sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
B.indo bg kelas_10_sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
 
Buku pegangan-siswa-bahasa-indonesia-smp-kelas-8-kurikulum-2013
Buku pegangan-siswa-bahasa-indonesia-smp-kelas-8-kurikulum-2013Buku pegangan-siswa-bahasa-indonesia-smp-kelas-8-kurikulum-2013
Buku pegangan-siswa-bahasa-indonesia-smp-kelas-8-kurikulum-2013
 
BUKU GURU KURIKULUM 2013 KELAS10 BAHASA INDONESIA
BUKU GURU KURIKULUM 2013 KELAS10 BAHASA INDONESIABUKU GURU KURIKULUM 2013 KELAS10 BAHASA INDONESIA
BUKU GURU KURIKULUM 2013 KELAS10 BAHASA INDONESIA
 
Buku pegangan guru bahasa indonesia sma kelas 10 kurikulum 2013 edisi revisi ...
Buku pegangan guru bahasa indonesia sma kelas 10 kurikulum 2013 edisi revisi ...Buku pegangan guru bahasa indonesia sma kelas 10 kurikulum 2013 edisi revisi ...
Buku pegangan guru bahasa indonesia sma kelas 10 kurikulum 2013 edisi revisi ...
 
B.indo bs kelas_10_sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
B.indo bs kelas_10_sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]B.indo bs kelas_10_sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
B.indo bs kelas_10_sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
 

CERPEN SEBAGAI BAHAN

  • 1. CERPEN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU Oleh: Roslinah binti Raya (Mac 2008) Universiti Brunei Darussalam 1.0 PENDAHULUAN Menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, sastera merupakan bahasa yang dicirikan oleh keindahan kata-kata, sama ada melalui lisan atau tulisan. Manakala kesusasteraan pula ialah hasil seni yang diwujudkan dalam bentuk prosa bebas dan puisi. Bahasa dan sastera tidak seharusnya dipisahkan kerana keduanya diibaratkan seperti irama dan lagu. Jika salah satunya tiada, maka tidaklah bermakna salah satu yang lain itu. Di dalam karya sastera, pengarang menggunakan bahasa sebagai media pengantar untuk menyampaikan idea, mesej dan pandangan mengenai dunianya. Karya sastera yang dihasilkan dapat mengembangkan bahasa seseorang kerana karya sastera biasanya menggunakan bahasa yang halus indah dan tinggi. Bahan sastera seharusnya menjadi sebahagian daripada bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pendedahan awal seharusnya bermula dari murid-murid itu berada di peringkat rendah bawah lagi. Dalam peringkat sekolah rendah, pengajaran bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berbeza daripada pengajaran Kesusasteraan Melayu yang diajarkan secara khusus. Penggunaan bahan sastera di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu hanya menjadikan bahan sastera itu sebagai komponen yang dijadikan bahan utama bagi mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid. Di Negara Brunei Darussalam, sesetengah guru sekolah rendah masih kurang mahir menggunakan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru-guru juga didapati kurang inisiatif dalam menggunakan bahan sastera dalam pengajaran, bahkan ada yang beranggapan bahawa bahan sastera tidak sesuai diajarkan di sekolah rendah. Perkara ini terjadi mungkin juga kerana guru tersebut kurang berminat dalam karya-karya sastera. Kertas kerja ini akan membincangkan beberapa perkara yang berkaitan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran seperti objektif, prinsip pemilihan serta kelebihan menggunakan bahan sastera, jenis-jenis bahan sastera dan cerpen sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu. Dengan adanya kertas kerja ini, diharap akan dapat memberikan sedikit sebanyak panduan kepada guru-guru serta bakal guru. 2.0 SASTERA SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU Menurut Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001: 31), melalui pembacaan karya sastera sebagai bahan pengajaran, murid-murid akan dapat menikmati serta menghayati kesusasteraan Melayu yang disampaikan dalam struktur bahasa yang indah. Bahan sastera biasanya digunakan untuk mengajar kefahaman, 1
  • 2. perbendaharaan kata, tatabahasa, lisan dan sebagainya. Kaedah dan teknik yang digunakan terpulang kepada guru, untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menarik minat murid-muridnya. Fokus pengajaran guru menggunakan bahan sastera ini ialah kepada objektif khusus bagi meningkatkan kemahiran berbahasa seperti membaca, lisan, menulis serta mempelajari peribahasa dan tatabahasa. Berikut diterangkan objektif penggunaan, prinsip pemilihan dan kelebihan menggunakan bahan sastera. 2.1 Objektif Penggunaan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Menurut Rozaiman (2007: 10), walaupun bahan sastera (BAHTERA) digunakan sebagai bahan pengajaran, namun dari segi penggabungjalinan, objektif dan tujuan mengajarkan kesusasteraan Melayu itu boleh dijadikan dasar pengajaran dan pembelajaran BAHTERA. Objektif-objektif khusus Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu tersebut adalah seperti berikut: 1. memberi kefahaman tentang nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan yang terdapat dalam karya sastera; 2. menerapkan nilai-nilai moral yang dicerminkan melalui karya sastera; 3. menganalisis bentuk dan memberi kefahaman isi kesusasteraan serta mengahargai nilai keindahan bahasa dalam kesusasteraan; 4. mengekalkan, menyuburkan dan memperkembangkan minat terhadap kesusasteraan; dan 5. membuat penilaian terhadap mutu sesuatu karya sastera yang sepadan dengan kemampuan pelajar. Manakala objektif yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2006:3) bagi sekolah-sekolah rendah juga mementingkan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Objektif ke empat itu antara lain menyatakan: ‘membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan termasuk bahan-bahan kesusasteraan dan ilmiah’. Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001:32), pula menggariskan beberapa objektif tentang penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu seperti berikut: 1. Menggalakkan seseorang itu membaca kerana minatnya didorong oleh kebolehannya membaca, memahami dan berfikiran kritis terhadap yang dibaca. Oleh itu semakin banyak pembacaan semakin meningkat kebolehan menggunakan bahasa. 2
  • 3. 2. Memahami setiap hal dalam tatabahasa secara tidak langsung. Begitu juga dalam penggunaan bahasa daerah, ungkapan, istilah dan struktur ayat yang kesemuanya terjadi mengikut keadaan yang benar dalam karya sastera. 3. Membolehkan seseorang memberikan penafsiran atau interpretasi kepada sesuatu kenyataan yang ditemui dalam pembacaannya. 4. Menghayati keindahan bahasa dan mendorong melahirkan penggunaan bahasa yang baik serta menarik kepada perkembangan kebudayaan yang bernilai. 5. Karya sastera kebanyakannya mencerminkan dan merakamkan peristiwa perlakuan manusia, dapat mengenali sistem sosial dan sosiobudaya sekitar mereka. 6. Minat pelajar dapat dipupuk melalui pendedahan bahan-bahan sastera. Secara tidak langsung akan menanam atau menimbukan bakat yang terpendam dalam penulisan. 7. Untuk menyemai pemikiran positif dan kreatif serta optimis dalam menggalakkan hasrat dan proses pendidikan seumur hidup. 8. Untuk mendidik para pelajar mengamalkan keperibadian yang seimbang peranannya sebagai ahli sebuah komuniti. 2.2 Kelebihan Menggunakan Bahan Sastera Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa dapat meningkatkan keupayaan pelajar dalam menggunakan bahasa yang meluas dan tinggi kerana karya-karya sastera mengandungi bahasa-bahasa yang indah, tinggi dan perbendaharan kata yang banyak. Selanjutnya Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001) menyatakan bahawa penggunaan bahan sastera mempunyai banyak kelebihan seperti memberikan keseronokan kepada pelajar kerana karya sastera itu mengandungi pelbagai keindahan serta huaraian tentang hal-hal yang aneh dan ajaib yang diselaraskan mengikut peringkat umur pelajar. Terdapat pelbagai jenis karya sastera yang mengikut kesesuaian peringkat umur pelajar. Oleh itu, terpulanglah kepada guru untuk memilih, menilai dan menyesuaikan bahan sastera tersebut dengan pengajarannya. Menurut Ismail Ahmad (dalam Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud, 2001), penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu akan membuka ruang kepada pelajar untuk melihat dunia yang lebih luas yang bermula dari pengalaman sendiri untuk meneroka pengalaman luar hidupnya melalui hubungan masyarakat dan budayanya. Manakala menurut Subadrah Nair (dalam Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud, 2001), pula, penggunaan bahan-bahan sastera dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat membaca di jiwa pelajar. Sebagai contoh penggunaan cerpen atau cerita rakyat akan dapat membantu pelajar 3
  • 4. mengenali watak-watak, memahamkan isi cerita dan meningkatkan perbendaharaan kata serta memupuk minat pelajar dalam bidang pembacaan. Penggunaan bahan sastera seperti pantun, sajak, cerpen atau cerita rakyat juga akan membantu pelajar bukan Melayu mengenali kebudayaan orang-orang Melayu. Sebagai kesimpulan, terdapat banyak kelebihan yang dapat diambil manfaat dalam penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru-guru hendaklah mengambil inisiatif dalam memilih bahan-bahan yang sesuai bagi menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menyeronokkan bagi semua pelajar. Pemilihan bahan yang baik serta bersesuian akan menjadikan pelajar faham dan minat terhadap isi kandungan yang disampaikan oleh guru. 2.3 Prinsip Pemilihan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Guru bahasa perlu bijak dalam memilih bahan sastera untuk digunkan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru perlu mengambil kira tentang objektif pengajaran, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan serta latar belakang pelajar yang akan diajar. Guru boleh saja memilih bahan daripada buku teks, tetapi tidak seharusnya bersandarkan kepada buku teks semata-mata. Guru perlu berusaha mencari atau memilih dari sumber-sumber lain yang bersesuaian seperti buku cerita rakyat, koleksi-koleksi sajak, pantun, cerpen dan sebagainya. Seterusnya akan disenaraikan beberapa prinsip pemilihan bahan sastera yang dianjurkan oleh ahli-ahli bahasa. Antaranya, Menurut Asmah Hj Omar (1984), terdapat tiga aspek dalam pemilihan bahan berupa petikan seperti berikut: i. Pandangan guru Bahasa Melayu. ‘Apakah tujuan ia memilih sesuatu petikan itu?’ ii. Kemampuan pelajar yang bergantung kepada umur, tingkat kesedaran, pengalaman, pencapaian bahasa, jantina dan sebagainya. iii. Linguistik dan pedagogi. ‘Adakah teks yang dipilih sesuai dengan laras bahasa yang akan diajarkan?’ Selain itu, guru juga perlu menitikberatkan aspek lain seperti gaya bahasa yang baik, mempunyai unsur-unsur moral, nilai-nilai murni yang boleh diterapkan kepada pelajar, teknik penceritaan yang baik dan sebagainya. Pergerakan proses pembelajaran iaitu, daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada perkara yang diketahui kepada yang tidak diketahui juga menjadi sukat-sukat bagi prinsip pemilihan bahan sastera dalam pengajaran bahasa. Manakala menurut B.Rahmanto (dalam EL Moody, dalam Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud, 2001) selain prinsip-prinsip yang dikemukan, aspek psikologi juga perlu diambil kira kerana ia berkait rapat dengan dengan minat dan sikap pelajar dalam kesusasteraan. Peringkat tahap perkembangan psikologi kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu tahap khayal (umur 8-9 tahun), tahap 4
  • 5. romantik (umur 10-12 tahun), tahap realistik (umur 13-16 tahun) dan tahap generalisasi (umur 16 tahun). Pemilihan bahan yang bersandarkan kepada tahap psikologi pelajar akan memudahkan pelajar memahami isi karya sastera yang guru sampaikan. Sebaliknya, jika guru menggunakan bahan seperti yang di luar dari latar belakang dan budaya pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi kurang berkesan atau tidak berkesan sama sekali. Dalam pada itu EL Moody seterusnya menyatakan, terdapat empat prinsip penting dalam pemilihan bahan iaitu: i. Bahan-bahan hendaklah disusun daripada yang senang kepada yang sukar. ii. Bermula daripada konkrit kepada yang abstrak. iii. Adanya urutan kronologi. iv. Disusun berdasarkan kepada strategi yang telah dirancangkan. Daripada saranan mengenai prinsip pemilihan bahan sastera yang dianjurkan oleh ahli-ahli bahasa dan sastera, dapat dirumuskan bahawa prinsip-prinsip pemilihan bahan tersebut haruslah dilakukan dengan teliti serta mempertimbangkan perkara seperti latar belakang pelajar, bahan yang digunakan, objektif pengajaran dan sebagainya. Pemilihan bahan yang kurang teliti akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran tidak akan membuahkan hasil yang membanggakan dan tidak berkesan. 3.0 JENIS-JENIS BAHAN SASTERA TEMPATAN Di Negara Brunei Darussalam terdapat banyak jenis bahan sastera sebagai khazanah yang tidak ternilai harganya. Guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan sastera tempatan bagi memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar. Berikut disenaraikan beberapa jenis sastera tempatan yang dijelaskan oleh Rozaiman (2007:17-21) i. Pantun Buku seperti Lanang Berladu Lanang merupakan kumpulan pantun bangsa Melayu Brunei yang diungkayahkan oleh Prof. Madya Dr. Hj Hashim. Terdapat pelbagai jenis pantun yang mengandungi persoalan dan pengajaran terutama untuk mengajarkan kemahiran berfikir analogi melalui pembayang maksud yang mengandungi banyak perlambangan. ii. Syair Dewan Bahasa Dan Pustaka telah banyak menerbitkan banyak buku syair, antaranya Adun Nan Alun Sebahtera, Rampaian Laila Syair, Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat dan sebagainya. Masih ramai pelajar tidak mengetahui tentang kewujudan syair-syair ini melainkan guru-guru mengenalkannya kepada mereka melalui bahan pengajaran di bilik darjah. 5
  • 6. iii. Perambahan Perambahan merupakan versi Brunei yang sama istilahnya dengan peribahasa. Namun ia mempamerkan kehidupan masyarakat Brunei. Guru-guru boleh mendaptakan buku mengenainya yang bertajuk Perambahan Brunei dan menjadikannya sebagai bahan pengajaran terutama bagi mengajarkan maksud perbandingan dan kosa kata Melayu Brunei. iv. Diangdangan / Hikayat Diangdangan merupakan hikayat penglipur lara. Antara contoh diangdangan ialah, Hikayat Awang Kamaruddin, Diangdangan Bujang Sigandam, Awang Si Linong, Hikayat Awang Si Ambok, Hikayat Awang Si Ambok dan banyak lagi diangdangan lainnya yang dapat dijadikan sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu. v. Cerpen Cerpen merupakan salah satu bahan kesusasteraan Melayu (Brunei) Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei juga telah banyak menerbitkan cerpen yang juga boleh digunakan dalam pengajaran bahasa. Antara cerpen yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah, Apabila Sungai Mengalir, Basikal Idaman, Bumi Warisan, Di Hujung Pertemuan dan sebagainya. Selain daripada senarai-senarai di atas, terdapat juga bahan saster tempatan lain seperti, cerita rakyat, sastera sejarah atau historiografi, sastera epik, sajak atau puisi, novel dan drama. Sekali lagi dinyatakan di sini, terpulanglah kepada guru untuk menyesuaikannya dengan isi pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar. 4.0 CERPEN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DALAM BAHASA MELAYU 4.1 Cerpen Bertajuk ‘Satu Ringgit’ Sebagai Bahan Pengajaran Imbuhan {meN..} Bagi Darjah 6. Sinopsis: Kisah seorang wanita yang mengenang kisah silamnya semasa berpuasa di bulan Ramadan. Dia dilatih berpuasa oleh kedua ibu bapanya secara berperingkat- peringkat iaitu, bermula dari setengah hari dan jika sudah berupaya, dia dilatih berpuasa sehari suntuk. Bapa saudaranya pula mendorongnya berpuasa dengan cara memberikan upah satu ringgit setiap hari dia berpuasa. Di samping bercerita tentang kisah satu ringgit, dia juga mengenang tentang suasana bulan Ramadan di zaman kanak-kanaknya dan dibandingkannya dengan suasana berpuasa pada masa kini. (Sila rujuk lampiran) Kisah yang terkandung di dalam cerpen ini boleh digunakan bagi mendidik pelajar terutamanya pelajar di sekolah rendah, tentang nilai-nilai murni iaitu seperti, tidak mengerjakan ibadah terutamanya puasa kerana untuk mendapatkan wang. 6
  • 7. Selain itu, banyak aspek tatabahasa dan kemahiran asas Bahasa Melayu yang dapat diajarkan menggunakan cerpen yang dipilih. Sebagai contoh aspek tatabahasa tersebut ialah seperti, imbuhan, cakap ajuk dan cakap pindah, kata nama dan sebagainya. Manakala aspek kemahiran asas Bahasa Melayu juga boleh diajarkan seperti aspek kemahiran menulis, mendengar, bertutur dan membaca. Berikut akan di huraikan tentang aspek tatabahasa dan kemahiran asas Bahasa Melayu yang penulis fikirkan sesuai dalam pengajaran Bahasa Melayu menggunakan cerpen Satu Ringgit ini. 4.2 Aspek Tatabahasa Dan Kemahiran Asas Bahasa Melayu Berdasarkan bahan cerpen Satu Ringgit ini, aspek tatabahasa yang difikirkan sesuai ialah, imbuhan me{N}. Pengajaran ini ditujukan untuk murid-murid darjah 6 sekolah rendah. Manakala aspek kemahiran asas yang diberi penekanan termasuklah kemahiran lisan, membaca dan menulis. a. Kemahiran lisan Kemahiran lisan ialah gabungan di antara kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti bercerita setelah guru membacakan cerpen tersebut. Murid-murid juga menyenaraikan imbuhan me{N} yang terdapat di dalam cerpen tersebut. Selain itu guru juga boleh menyuruh murid menyenaraikan kata dasar daripada perkataan berimbuhan yang telah dinyatakan sebelumnya. b. Kemahiran membaca Murid membaca petikan cerpen yang diberikan oleh guru. Namun ada baiknya jika penggabungjalinan bahan dibuat oleh guru iaitu dengan menggunakan tayangan slaid mengenai cerpen tersebut, supaya murid dapat membaca dengan jelas dan guru dapat menjimatkan masa serta wang dalam menyediakan banyak bahan bercetak. Penggabungjalinan ini juga bertujuan untuk menjadikan guru supaya lebih berkreativiti dan sekali gus akan dapat meningkatkan minat dan memotivasi murid supaya mengikuti pengajaran guru dengan lebih berkesan. c. Kemahiran menulis Kemahiran menulis boleh dipupuk melalui aktiviti membina ayat baharu berpandukan perkataan berimbuhan yang disenaraikan semasa aktiviti lisan. Guru juga boleh mengarahkan murid untuk menulis sinopsis cerpen yang mereka baca. Selain itu banyak lagi aktiviti yang dapat dijalankan seperti menuliskan nilai-nilai murni yang terdapat daripada cerpen tersebut, menuliskan sebuah karangan berpandukan perkataan imbuhan yang disenaraikan sebelumnya dan menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat di dalam cerpen tersebut. Melalui aktiviti yang telah disenaraikan di atas, adalah diharapkan murid-murid akan dapat mengembangkan dan meningkatkan pemikiran intelek mereka dengan bantuan guru yang juga seharusnya mempunyai kreativiti yang tinggi. Guru perlu 7
  • 8. menggunakan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang bersesuaian bagi mencapai objektif pengajaran dengan berkesan. 5.0 KESIMPULAN Kunci kejayaan pengajaran Bahasa Melayu bukan hanya terletak pada kecanggihan kurikulum atau kelengkapan kemudahan di sekolah. Namun ia terletak kepada kredibiliti guru dalam mengatur dan memanfaatkan bahan pengajaran di bilik darjah. Begitu halnya dalam penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa memerlukan kekreatifan guru dalam mengolah bahan-bahan tersebut mengikut kesesuaian dan keperluan murid-murid di bilik darjah. Selain tujuan kita ingin memupuk minat murid terhadap karya-karya sastera terutamanya karya sastera tempatan, guru perlu juga memotivasi dirinya sendiri agar lebih kerap menggunakan dan mengenal karya-karya sastera yang pelbagai ini. Guru perlu rajin dalam mencari sumber lain selain daripada hanya bergantung kepada penggunaan buku teks sahaja. Akhirnya, untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera aktiviti berterusan juga perlu diusahakan bukan sahaja di bilik darjah, malahan aktiviti susulan di luar darjah seperti, pihak sekolah mengadakan pertandingan mendeklamasikan sajak, berbalas pantun, berpidato dan peraduan berbahas. Dengan yang demikian khazanah kesusasteraan kita akan sentiasa disanjung dan menjadi kebanggaan oleh generasi masa kini. Rujukan: Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajaran Bahasa dan Sastera. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Asmah Hj Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Arbak Othman (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd. Rozaiman Makmun. (2007). BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa. Bandar Seri Begawan. Universiti Brunei Darussalam. Sidang Penyusun. (2006). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan. Kementerian Pendidikan 8