SlideShare a Scribd company logo
1 of 69
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT, MENGESAN DAN
   MENULIS ULASAN NILAI MURNI DI KALANGAN MURID TAHUN
                                    ENAM




                                     Oleh
                   MOHD RUSLEE BIN MOHD SALLEH
                          011-17915430/011-9958547




     Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada


syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Bahasa Melayu Pendidikan

                               Sekolah Rendah)




      Telah dibentang dan dinilai di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan


                            pada 2-3 Disember 2012




                       INSTITUT PENDIDIKAN GURU
                          KAMPUS KOTA BHARU




                               DISEMBER 2012




                                       1
PENDAHULUAN



                                       Pengenalan



Nilai murni merupakan perkara yang penting untuk dipupuk di dalam jiwa setiap

orang. Penerapan nilai-nilai murni perlu diterapkan di peringkat awal lagi di

kalangan kanak-kanak untuk memastikan mereka memiliki budi pekerti yang luhur

dewasa nanti demi kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia.          Kementerian

Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan nilai murni sejak tahun 2005 sewaktu

perubahan format UPSR dilakukan. Perubahan format ini menyaksikan Kertas 2

Bahasa Melayu Penulisan dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu melibatkan

bahagian A (membina lima         ayat berdasarkan gambar), Bahagian B (menulis

karangan) dan bahagian C (menulis ulasan nilai murni). Menulis ulasan nilai murni

merupakan salah satu daripada tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid

bagi Pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2. Kemahiran ini yang terdapat di bahagian C

memerlukan murid membaca petikan yang diberikan, mengesan nilai murni dan

seterusnya menulis sebuah ulasan yang lengkap dalam satu perenggan. Markah yang

diperuntukkan bagi bahagian ini ialah sebanyak 20 markah. Oleh yang demikian,

murid-murid perlu dibimbing oleh guru dengan secukupnya untuk memastikan

murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis ulasan dengan baik. Melalui kajian

tindakan ini, saya telah menjalankan tiga jenis kaedah mengajar untuk memastikan

murid-murid yang kurang mahir ini dapat meningkatkan kemahiran mereka melalui

aktiviti yang akan dijalankan nanti.


                                           2
Kamaruddin Hj. Husin (1988), tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan

lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semua ia dikatakan bahasa.

Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang

tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah proses

memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun

perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut

peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang

jelas tersusun.



       Menurut Raminah Hj. Sabran (1985), penulisan ialah proses pelahiran

perasaan, fikiran, dan idea ke dalam bentuk grafik (disusun sehingga melambangkan

bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya).

       Yahya Othman(2005) berpendapat, penulis itu dapat memberikan kefahaman

kepada pembaca apabila penulis itu dapat menguasai kemahiran menulis secara

mendalam dalam bidang penulisan. Penulisan tentang sesuatu yang disampaikan itu

juga dapat menyatakan pandangan atau idea dalam bentuk penulisan supaya

memberikan kefahaman kepada pembaca.

       Juriah Long dan rakan-rakan (1990), menulis adalah suatu proses untuk

menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada

khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik. Ini bermakna, bahan-

bahan yang ditulis adalah suatu idea yang tersirat dan tersurat apabila dijelaskan

dalam bentuk penulisan.

                                        3
Keunikan dan kayanya Bahasa Melayu ialah kerana bahasanya bersifat dinamik

dan boleh dikembangkan. Bahasa Melayu juga mempunyai nilainya yang tersendiri

dan kajian yang mendalam perlu dilakukan untuk menguasainya. Rentetan daripada

itu, makan kertas dua Ujian Pencapaian sekolah rendah (UPSR) telah dipecahkan

daripada satu bahagian kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Oleh itu

kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid

untuk mengesan dan menulis nilai murni di dalam bahagian C tersebut yang menjadi

masalah terhadap sebilangan    murid. Saya sedar bahawa ada murid-murid yang

mengalami kesukaran untuk mencari dan menulis nilai murni atau pengajaran

berdasarkan petikan teks yang diberikan. Kajian tindakan dilakukan terhadap murid-

murid untuk mencari dan membuktikan kaedah yang berkesan supaya murid-murid

berasa lebih mudah untuk mencari nilai-nilai murni daripada petikan yang diberikan

kepada mereka. Melalui kajian ini, saya akan dapat membantu murid-murid

meningkatkan kemahiran mereka di dalam bahagian C yang agak sukar untuk

dijawab.



   Kajian ini merupakan satu kajian yang dijalankan ke atas murid-murid tahun

Enam Nilam di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi. Berdasarkan markah ujian-ujian

yang lepas termasuk ketika berada di tahun 4 dan tahun 5, didapati ramai murid tidak

berupaya mendapat markah yang tinggi untuk Bahasa Melayu Kertas 2. Mereka

didapati mendapat markah yang rendah apabila menjawab soalan Bahasa Melayu

Kertas 2 Bahagian C. Markah yang diperolehi oleh mereka di dalam bahagian C

penulisan hanya di dalam lingkungan 6 – 12 sahaja. Ini menunjukkan bahawa mereka

tidak dapat menguasai kemahiran membuat ulasan apabila petikan nilai murni

                                         4
diberikan kepada mereka. Perkara ini berlaku kemungkinan berpunca daripada

kurangnya pendedahan diberikan kepada mereka ketika berada di tahun empat lagi.

Memandangkan soalan yang berkaitan dengan nilai murni ini baru diperkenalkan

ketika berada di tahun empat ,maka sudah tentu ada murid yang tidak dapat benar-

benar menguasai   kemahiran ini. Perkara ini perlu diperbetulkan dengan segera

supaya murid-murid dapat mengusai semula kemahiran ini sebelum UPSR.




                                       5
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu



           Berdasarkan pemerhatian saya terhadap murid-murid di dalam kelas

Tahun 6 Nilam, didapati bahawa cara belajar mereka adalah pelbagai. Bagi yang

rajin belajar, guru yang mengajar tidak menghadapi apa-apa masalah kerana semua

tugasan yang diberi akan disiapkan oleh mereka. Namun yang menjadi masalahnya

ialah bagi murid yang bersikap pemalas dan tidak berdisiplin.

           Murid-murid yang bersikap pemalas ini didapati tidak menyiapkan

tugasan yang diberi oleh guru. Mereka malas hendak membaca berulangkali petikan

yang diberi oleh guru. Rata-rata murid-murid hanya membaca sekali sahaja petikan

dan   tidak berusaha untuk membaca sehingga benar-benar faham. Perkara ini

menyebabkan mereka kerap termenung ketika menulis semua nilai-nilai murni yang

diperlukan.



           Selain itu, terdapat juga segelintir murid yang suka ponteng sekolah tanpa

sebab-sebab yang munasabah. Setiap minggu didapati mereka tidak hadir ke sekolah

untuk satu atau dua hari. Sikap ini menyebabkan mereka kerap ketinggalan kerana

guru Bahasa Melayu akan mengajar akan mengajar tentang tajuk membuat ulasan ini

setiap hari Rabu. Jadi murid-murid yang tidak hadir akan menghadapi masalah besar

ketika mereka menjawab soalan ujian nanti.



           Terdapat juga tiga orang murid yang nakal di dalam kelas ini. Mereka ini

didapati selalu menimbulkan masalah disiplin di dalam kelas. Murid-murid ini selalu

mengganggu rakan yang hendak belajar, membuat bising ketika guru mengajar, tidak



                                         6
menyiapkan tugasan yang diberi, tidak memberikan tumpuan terhadap pengajaran

guru.



           Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat juga kumpulan murid di dalam

kelas ini yang tidak mahu menyiapkan latihan yang diberi oleh guru. Latihan yang

diberi oleh guru yang sepatutnya disiapkan di rumah didapati tidak disiapkan.

Malahan mereka hanya akan bertindak meniru sahaja jawapan yang dibuat oleh

murid-murid lain pada waktu pagi sebelum masuk kelas.



           Ada juga murid yang suka keluar kelas ketika guru lambat masuk ataupun

guru ada tugasan di pejabat. Mereka ini akan pergi ke tandas, masuk ke dalam kelas

lain yang tiada guru, berkejar-kejaran di kaki lima kelas ataupun masuk ke bilik-bilik

yang tertentu. Sikap inilah yang menyebabkan mereka kurang masa untuk

mengulangkaji pelajaran di dalam kelas ketika ketiadaan guru.



           Disebabkan murid-murid tahun enam ini akan menduduki UPSR, saya

juga menghadapi masalah untuk membuat kajian secara mendalam terhadap mereka.

Kadang-kadang latihan yang saya beri tidak disiapkan oleh mereka. Alasan mereka

ialah mereka berasa sangat letih kerana terpaksa menghadiri kelas tambahan

sehingga jam 4.00 petang disamping kelas malam yang tamat pada jam 9.45 malam.



           Saya juga cuba melihat beberapa buku latihan murid terutamanya yang

melibatkan Bahasa Melayu Penulisan. Bahasa Melayu Penulisan yang terbahagi

kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A (membina ayat berdasarkan gambar),

Bahagian B (menulis karangan) dan Bahagian C (membuat ulasan nilai-nilai murni).

                                          7
Saya dapati ramai murid yang masih rendah tahap pencapaiannya di dalam ketiga-

tiga bidang ini dan paling ketara sekali pada Bahagian C. Oleh yang demikian, saya

membuat keputusan untuk menjadikan kegagalan murid membuat ulasan nilai-nilai

sebagai pilihan kajian saya dengan tujuan untuk meningkatkan markah pencapaian

mereka khasnya di bahagian C penulisan.




                                          8
FOKUS KAJIAN


Menulis ulasan merupakan salah satu kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu yang perlu dikuasai oleh murid-murid di peringkat sekolah rendah bermula

tahap dua. Murid-murid perlu mengingati dan berkemampuan untuk menyenaraikan

40 nilai murni sebagaimana yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

melalui Pusat Perkembangan Kurikulum. Menulis ulasan memerlukan kemahiran

khusus yang perlu didedahkan oleh guru ketika mengajar Bahasa Melayu di dalam

kelas.



         Tinjauan saya mendapati bahawa terdapat ramai di antara murid tahun Enam

Nilam di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi yang masih belum menguasai

kemahiran menulis ulasan. Mereka didapati masih tidak ingat nilai-nilai murni dan

tidak boleh membina ayat-ayat dengan betul ketika menulis ulasan. Selain itu murid-

murid juga didapati tidak mahir menulis ayat. Ayat yang ditulis didapati tidak

mempunyai kaitan dengan petikan yang diberi.



         Oleh yang demikian, saya berpendapat satu kajian tindakan perlu dijalankan

untuk memastikan empat belas yang dipilih sebagai sampel dapat menguasai semula

kemahiran tersebut. Hasil kajian ini nanti akan dapat digunakan oleh guru-guru lain

untuk melihat sejauh mana tindakan yang dilakukan boleh membantu murid-murid

meningkatkan kemahiran menulis nilai murni dan seterusnya akan meningkatkan

pencapaian murid dalam ujian atau peperiksaan yang akan dijalankan nanti.


                                         9
Objektif Kajian



Kajian tindakan saya mempunyai objektif seperti berikut:



   i.     Meningkatkan kemahiran mengingat, mengesan dan menulis ulasan nilai

          murni di kalangan murid Tahun Enam.

   ii.    Mengenalpasti kaedah mengajar yang berkesan boleh digunakan untuk

          meningkatkan kemahiran murid.

   iii.   Mengesan perubahan tingkahlaku positif murid ketika menulis ulasan

          nilai murni setelah kajian selesai dilaksanakan.



Soalan kajian

   i.     Adakah murid dapat meningkatkan kemahiran mengingat, mengesan dan

          menulis ulasan nilai murni ?

   ii.    Apakah kaedah mengajar          paling berkesan boleh digunakan untuk

          meningkatkan kemahiran         murid-murid mengingat, mengesan menulis

          ulasan nilai-nilai murni ?

   iii.   Adakah terdapat perubahan tingkahlaku positif murid ketika menulis

          ulasan nilai murni setelah kajian ini selesai dijalankan?




                                          10
Isu Kajian



    Fokus kajian saya ialah membantu murid-murid Tahun 6 mengukuhkan

penguasaan mereka dalam kemahiran mengesan nilai murni yang tersirat daripada

maklumat yang tersurat daripada petikan yang diberikan. Berdasarkan pemerhatian

saya , didapati murid-murid menghadapi masalah untuk mencari dan menyatakan

nilai-nilai murni bagi kertas penulisan bahagian C. Murid juga sukar untuk

menghuraikan nilai-nilai murni tersebut supaya menjadi ayat yang ringkas, tepat dan

sesuai dengan menggunakan ayat sendiri. Keperihatinan saya ialah murid perlu

mencari dan menghuraikan nilai-nilai murni tersebut dengan ringkas, tepat dan

sesuai serta penulisan mereka tidak melanggar arahan yang telah ditetapkan iaitu

ulasan tidak melebihi 50 patah perkataan.



 Mengajar murid untuk mencari dan mengesan nilai murni seringkali memberikan

masalah kepada guru. Dalam bahagian C penulisan ini, murid perlu mencari,

mengesan dan mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan yang

diberikan. Pelbagai strategi yang digunakan oleh guru untuk memastikan murid-

murid boleh menulis ulasan tersebut dengan betul. Walaupun saya mengesan banyak

masalah yang dihadapi oleh murid tetapi saya hanya memfokuskan aspek berkenaan

sebagai bahan kajian saya. Kajian ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan

membantu murid mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran yang

terdapat di dalam petikan teks serta mengulas hasil carian nilai murni tersebut

dengan ayat yang ringkas, padat dan sesuai.


                                            11
Kertas peperiksaan Bahasa Melayu penulisan terbahagi kepada tiga bahagian

iaitu bahagian A, B dan C. Namun begitu, kajian yang ingin difokuskan ialah pada

bahagian C iaitu bahagian membuat ulasan nilai murni berdasarkan petikan teks.

Berdasarkan pemerhatian saya dalam Ujian Bersepadu Berkala (UBB) Februari

lepas, ramai murid mendapat markah yang rendah dalam bahagian ini. Analisis pada

kertas soalan UBB mendapati beberapa faktor murid tidak mendapat markah yang

tinggi pada bahagian ini . Murid didapati keliru dengan nilai murni yang terdapat

dalam petikan teks. Murid tidak dapat mengesan dan menyatakan nilai murni yang

terdapat di dalam petikan. Murid juga tidak dapat membuat ulasan dalam satu

perenggan dengan menggunakan ayat yang ringkas, padat dan bermakna.

      Berdasarkan pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran saya di dalam

kelas, saya telah mengenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan murid tidak

dapat mengesan dan menyatakan nilai-nilai murni yang diperlukan. Mereka tidak

mempunyai kesungguhan dalam menulis nilai murni. Murid-murid didapati tidak

mahu membaca berulang kali dalam usaha untuk mengesan nilai murni yang terdapat

di dalam petikan yang diberi kepada mereka. Petikan yang dianalisis terlalu mudah

dan murid kekurangan idea untuk mengembangkannya. Saya juga mendapati ada

murid yang hanya menyalin semula petikan yang diberi kepada mereka dengan

harapan guru akan memberi markah kasihan.



      Terdapat juga murid yang hanya menulis semula nilai murni yang dijumpai di

dalam petikan dalam bentuk urutan nombor. Namun begitu, apa yang pastinya ialah

kegagalan murid menulis ulasan nilai murni juga merupakan kegagalan seorang guru

yang mengajar.Jika guru Bahasa Melayu mengajar menggunakan kaedah yang betul,

                                       12
saya berpendapat murid-murid tidak akan menghadapi masalah besar untuk

menjawab soalan bahagian ini. Dengan demikian, saya berasa terpanggil untuk

mempertingkatkan kemahiran murid ketika membuat ulasan nilai-nilai murni agar

mereka tidak menghadapi kesukaran di bahagian ini di dalam UPSR nanti.



         Oleh itu, pengumpulan data lebih awal telah dilaksanakan melalui

pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran serta perbincangan bersama guru-

guru yang mengajar murid di kelas lain. Satu perbincangan telah dibuat bagi

mengetahui masalah yang dihadapi murid dalam bahagian C ini. Latar belakang

murid termasuklah maklumat diri dan pencapaian mereka sebelum ini juga disemak

melalui rekod yang disimpan oleh guru kelas. Selain itu, satu ujian diagnostik telah

dijalankan bagi mengesan kelemahan murid dalam mencari, mengesan dan mengulas

nilai murni ini. Murid-murid yang telah dikenalpasti melalui ujian diagnostik ini

telah dijadikan sampel dalam kajian saya.



         Namun begitu, saya yakin bahawa masalah ini akan dapat diselesaikan jika

saya menggunakan kaedah yang betul ketika mengajar murid menjawab bahagian C

ini. Apa yang paling penting ialah kepakaran guru yang mengajar. Ini adalah kerana

terdapat murid yang boleh menjawab dengan cemerlang , baik, sederhana dan lemah.

Guru perlulah menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu murid-

muridnya. Pendedahan perlu diberi diberi kepada murid pada tahun empat lagi untuk

membolehkan mereka benar-benar mahir menjawab soalan yang melibatkan

bahagian C ini. Pencapaian murid akan memberi kesan yang besar kepada prestasi

sekolah kerana kajian ini melibatkan kemahiran yang diuji di dalam peperiksaan.

Kajian     ini   dijalan   berdasarkan   beberapa   pendekatan   lain   atau   dengan

                                           13
menggabungkan pelbagai kaedah dan teknik supaya dapat meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.




Definisi Istilah



Nila-nilai Murni

       Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang

supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang

dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan

yang unggul demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek

Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk

membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam

kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk

memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.



        Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang

berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya,

peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di

negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak

di bangku sekolah maka mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara

pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana

kehidupan yang harmoni di Malaysia.
                                          14
Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk

membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan

kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan

setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang

terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Tambahan

pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat

yang bersatu padu.



       Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang

diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam

pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek

Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah

bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini

demikian kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan

berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.

       Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar

untuk mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini

dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik,

tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan

sikap positif boleh menjadi role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan

sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat

memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam



                                          15
diri mereka. Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi

seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka.



       Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik

dan mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang

menganggap kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta

benda merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin

berleluasa ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka.

Ibu bapa terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni

kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik kepada anak-anak.

Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu

sentiasa bersikap prihatin terhadap anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang

harmoni.



       Kesimpulannya, saya selaku penyelidik kajian tindakan ini berpendapat

bahawa pemantapan terhadap nilai-nilai murni seperti yang disenaraikan oleh KPM

perlu dihayati sepenuhnya oleh seluruh rakyat Malaysia. Penghayatan ini penting

untuk membolehkan kita hidup secara harmoni dan aman damai di negara ini dan

mengelakkan suasana tegang sesama rakyat yang berbilang kaum. Oleh itu langkah

penerapan nilai-nilai murni di tahap awal iaitu ketika murid-murid berada di sekolah

rendah adalah adalah amat sesuai dilaksanakan.




                                        16
Jadual 1 Carta 40 nilai murni




                               SOROTAN KAJIAN



Tinjauan Literatur


       Tinjauan ini adalah berdasarkan hasil dapatan sumber-sumber yang diperolehi

oleh pengkaji yang terdahulu. Kajian ini pernah dijalankan oleh Puan Fatimah

Embong(2008)     daripada    pada   tahun   2008.   Penyelidik   telah   menjalankan

penyelidikan yang bertajuk “Cara Mengulas Nilai Murni atau Pengajaran Daripada

Petikan (Bahagian C Penulisan)” di Sekolah Kebangsaan Sri Langat . Dalam

penyelidikannya , beliau telah memfokuskan untuk menghadkan ulasan murid

supaya tidak terlalu panjang. Setidak-tidaknya, bilangan perkataan tidak boleh

melebihi 80 patah perkataan. Beliau telah mengenalpasti kelemahan murid-muridnya

dalam bahagian ini iaitu murid sukar mengesan nilai murni yang tersirat. Contoh

yang diberi tidak ada kaitan dengan petikan yang diberi dalam petikan. Dalam kajian
                                          17
ini, penyelidik telah mengenal pasti kumpulan sasarannya iaitu 10 orang murid

Tahun 6.



       Berdasarkan kajian-kajian lain, antaranya yang telah dijalankan oleh Mohd

Alfaizal Che Alui (2006), mengenai kajiannya yang mengenai “Pengamalan Nilai-

nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah

Kebangsaan taman Universiti (2) yang diamalkan dalam kehidupan seharian”.

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui pengamalan nilai-nilai murni dalam

kalangan pelajar yang diamalkan dalam kehidupan harian. Penyelidek ingin melihat

adakah pelajar-pelajar mengamalkan nilai murni yang diperolehi sepanjang

pembelajaran dalam amalan harian, nilai murni dominan diamalkan serta mengetahui

adakah pengamalan nilai-nilai murni melalui pembelajaran memberi kesan positif

terhadap diri pelajar. Kajian ini dilakukan terhadap 120 responden yang terdiri

daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Taman Universiti (2).



       Sampel kajian dipilih secara rawak mudah berdasarkan kepada Jadual

Penentu Saiz oleh Krejcie dan Morgan (1970). Menggunakan soal selidik sebagai

instumen kajian yangdibahagikan kepada Bahagian A iaitu soalan berkaitan latar

belakang responden dan Bahagian B mengandungi item-item nilai-nilai murni. Hasil

kajian menunjukkan 16 aspek nilai murni yang dicadang penerapannya oleh Falsafah

Pendidikan Negara dalam kumpulan pendidikan diterap oleh pelajaruntuk diamalkan

di dalam kehidupan harian. Nilai muni “kesyukuran” adalah nilai murni yang paling

dominan dihayati oleh setiap pelajar. Implikasi kepada kajian ini akan dapat

melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek.

                                        18
Kajian lain yang boleh dilihat ialah “Penerapan Nilai-nilai Murni KBSM

Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan guru-guru Sains Di

Lapan Buah Sekolah Buah Sekolah Menengah Di Jitra sekolah” yang dijalankan oleh

Munirah Ahmad Marzuki (2004). Penyelidik telah mengambil seramai 70 orang

guru Sains yang merupakan responden dalam kajian ini. Penerapan nilai-nilai murni

KBSM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru Sains itu

dikaji dari aspek kognitif, tingkah laku dan emosi. Hasil kajian ini dapat membantu

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, guru-guru, pihak

sekolah, ibu bapa dan masyrakat bagi meningkatkan penerapan nilai-nilai murni

dalam kehidupan seharian.



   Tinjauan    berikutnya   ialah   “Amalan    Nilai   Murni    Dalam    Kalangan

pelajar”merupakan satu kajian di Terengganu oleh Abdul Rahman Mahmud bersama

Amidin Zin (1998) dari Jabatan Pendidikan Maktab Perguruan Kuala Terengganu.

Penyelidik mengkaji kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar yang sering

menjadi topik perbualan dan disiarkan di akhbar-akhbar. Pelajar-pelajar kini,

khasnya di peringkat sekolah menengah kurang mengamalkan nilai-nilai murni

dalam kehidupan seharian. Jika masalah ini gagal diatasi, ia akan menjadi satu

sindrom yang serius dan menjejaskan kehidupan bermasyarakat di negara kita. Sejak

kebelakangan ini, muncul beberapa kumpulan seperti “Black Metal”, “Punk”, “Mat

Rempit”, “Bohsia” dan sebagainya lagi yang boleh meruntuhnya akhlak pelajar. Oleh

itu, penyelidik cuba melihat setakat manakah amalan nilai-nilai murni di kalangan

pelajar-pelajar tigkatan 4 dari 12 buah sekolah menengah di Negeri Terengganu

sebagai mewakili kumpulan pelajar di sekolah menengah.

                                        19
Sorotan yang terakhir ialah „Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Guru Matematik

Sekolah Menengah‟ oleh Mohd Uzi Dolah (2007). Penyelidik menjalankan kajian

kualtitatif ini bertujuan untuk menjelajahi nilai pengajaran matematik di bilik darjah

oleh tiga orang guru matematik sekolah menengah. Terdapat tiga kategori utama

nilai, iaitu nilai pendidikan umum, nilai matematik dan nilai pendidikan matematik.

Guru Matematik tingkatan empat daripada dua buah sekolah menengah dari Daerah

Kuala Kubu Baru terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

ketiga-tiga peserta tidak menjadikan penerapan nilai sebagai suatu perkara yang

perlu dinyatakan secara tersurat dalam rancangan pengajaran. Kesemua peserta

menyatakan nilai yang diterapkan dalam pengajaran dalam bilik darjah hanya setelah

ditanya oleh saya sebelum atau selepas pemerhatian. Penerapan nilai terlaksana

dalam pengajaran samada secara tersirat atau tersurat. Kebanyakan nilai yang

disedari penerapan oleh peserta ialah nilai pendidikan umum, khususnya nilai yang

berkait dengan pembangunan diri seperti nilai berterima kasih, hormat dan yakin.

Semua peserta tidak menyedari berlaku penerapan nilai matematik dalam pengajaran,

walaupun terdapat dua nilai matematik, iaitu bersifat objektif dan keterbukaan,

terlaksana secara tersirat dalam pengajaran matematik. Penerapan nilai pendidikan

matematik secara tersirat tanpa disedari oleh peserta kajian membabitkan nilai

formalistik, instrumental, relevan, teoretikal , kebolehcapaian dan penilaian.




                                          20
METODOLOGI KAJIAN


Pengenalan


Kajian yang saya jalankan adalah diadaptasikan daripada Model Kajian Kemmis &

Mc Taggard (1988). Berpandukan model ini yang mempunyai empat kitaran, saya

telah membuat       perancangan awal dengan menjalankan ujian diagnostik untuk

mengesan daerah kelemahan murid, melaksana tindakan melalui beberapa kaedah

pengajaran, membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku dan pencapaian murid ketika

tindakan dijalankan. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, saya membuat analisis

untuk menilai keberkesanan terhadap tindakan yang telah dijalankan.



        Melalui pendekatan kajian tindakan ini, bahan kajian dikumpulkan melalui

beberapa cara antaranya ialah ujian, pemerhatian, soal selidik dan senarai semak.

Secara umumnya kajian tindakan ini menggunakan pendekatan analisis deskriptif

kuantitatif dan kualitatif.




Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan satu strategi atau rancangan bagaimana untuk

menjalankan sesuatu kajian yang melibatkan pemilihan dan pembahagian sampel.

Kaedah kualitatif digunakan untuk mendapat maklumat peribadi murid-murid Tahun

6 Nilam dan kaedah kuantitatif digunakan untuk mendapatkan maklumat pencapaian

dan permasalahan murid-murid dalam kemahiran mencari dan menulis ulasan nilai

murni untuk kertas dua Pelajaran Bahasa Melayu . Reka bentuk kajian ini juga

                                        21
menerangkan apakah data dan bagaimana data dikutip. Kajian ini berfokuskan

kaedah “Mari Hafal Nilai Murni” (MAHANIMU) menggunakaan teknik latih tubi.

       Jenis kajian yang akan saya jalankan ialah untuk meningkatkan kemahiran

mencari dan menulis ulasan nilai murni yang terdapat di dalam petikan.Kajian ini

berbentuk kualitatif dengan menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti yang

dilihat, didengar dan dibaca. Data berbentuk kuantitatif juga digunakan dalam kajian

ini. Satu kerangka teoris harus dipilih dan ditetapkan. Saya telah memilih model

Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah

merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang

dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa

kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat

tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk

merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 2.




                                        22
REFLEKSI
                                    Kenalpasti isu
                                     Analisis isu
                                     Refleksi isu




                                                             PERANCANGAN
           PENILAIAN                                         Merancang kaedah
                                                                  tindakan
     Membuat analisis dapatan
   Mencadangkan penambahbaikan                              Prosedur pelaksanaan
          Kajian lanjutan                                           Masa
                                                                   Sumber



                           PELAKSANAAN TINDAKAN
                           Menjalankan plan tindakan yang
                                      dirancang
                             Ujian diagnostik ujian pra &
                                        pasca
                                    Pemerhatian




               Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggard



        Model ini telah dijadikan panduan dalam menjalankan kajian. Kerangka

konsep model     ini mengandungi empat peringkat iaitu peringkat tinjauan,

merancang tindakan, melaksana tindakan dan memerhati dan langkah terakhir

merupakan mereflek. Pada peringkat tinjauan ,pengumpulan data dijalankan untuk

mengenal pasti masalah yang wujud. Saya telah menjalankan pemerhatian di bilik

darjah, menyemak buku latihan murid , melihat markah pencapaian murid di

dalam rekod ujian bulanan dan temu bual dengan guru bahasa Melayu. Pada

peringkat ini juga, saya telah menjalankan ujian diagnostik untuk mendapatkan



                                       23
data-data awal bagi mendapatkan gambaran awal tentang masalah yang dihadapi

oleh murid-murid tahun Enam Nilam..




       Pada peringkat kedua ialah merancang tindakan. Saya telah merancang pelan

tindakan untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Oleh itu, teknik

menghafal semua nilai murni menggunakan kad nilai murni, peneguhan terhadap

konsep nilai-nilai murni dan latihan terancang menulis ulasan telah disediakan oleh

saya untuk meningkatkan kemahiran para sampel kajian. Pada peringkat ketiga ialah

pelaksanaan di mana saya akan melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang.

Di dalam pelan tindakan ini saya telah menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang

mudah dan menarik untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis

ulasan nilai murni. Di dalam setiap perlaksanaan tindakan ini,             saya    akan

menjalankan ujian pra dan ujian pos untuk memerhati kesan tindakan yang

dilaksanakan. Ujian ini bertujuan melihat perbezaan prestasi yang berlaku kepada

sampel. Pengumpulan data dilakukan bagi melihat pencapaian murid melalui

perbandingan ujian pra dan pos.

       Pada peringkat keempat iaitu peringkat mereflek. Di peringkat akhir ini , saya

akan menilai keberkesanan tindakan yang dijalankan. Mereflek akan melibatkan

analisis data-data yang diperolehi melalui ujian pra dan pos. Melalui analisis data ini,

saya akan dapat mengetahui adakah tindakan yang saya jalankan itu berjaya atau

sebaliknya.Gelungan kedua perlu dilaksanakan jika tindakan yang pertama tidak

berhasil. Kerangka konsep ini akan dijadikan panduan untuk membolehkan saya

menjalankan kajian tindakan ini sehingga selesai.



                                  Kumpulan Sasaran
                                          24
Sampel yang dipilih merupakan murid Tahun Enam Nilam di Sekolah

Kebangsaan Tebing Tinggi. Kelas 6 Nilam merupakan kelas pertama daripada dua

kelas tahun enam. Mereka kebanyakannya terdiri daripada masyarakat kelas biasa

yang terdiri daripada penduduk kampung. Murid-murid di dalam kelas ini

mempunyai kemahiran membaca dan menulis dengan baik. Mereka kelihatan aktif,

minat belajar dan mempunyai peluang untuk meningkat maju di dalam pelajaran.

Kesungguhan seorang guru yang mengajar akan dapat membantu murid-murid ini

berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan. Kelas ini mempunyai 13 orang

murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Tahap kebolehan mereka adalah

berbeza. Terdapat murid yang mempunyai pencapaian cemerlang, baik, sederhana

dan lemah. Jadi, guru yang mengajar mereka terpaksa menggunakan teknik yang

bersesuai dan boleh menarik minat mereka. Berikut ini merupakan maklumat murid

kelas 6 Nilam yang berjaya direkodkan oleh saya ketika menjalankan kajian tindakan

di sekolah ini.



           Jadual 2: Senarai nama murid Tahun 6 Nilam
  Bil                  Nama Murid                            Jantina
  1.      AMIR SYAFIQ BIN AHMAD                                 L
   2      MUHAMMAD ADHA BIN FAUZI                               L
   3      MUHD AFIQ AIMAN BIN RAMLI                             L
   4      MUHD AMIR BIN AZALI                                   L
   5      MUHD DZULKAMARI BIN MOKHTAR                           L
   6      MUHD FAKRURAZI BIN MOHAMAD                            L
   7      MUHD FAZRI IKHMAL BIN ARIFFIN                         L
   8      MUHD HAFIZUL HARISS BIN AZMI                          L
   9      MUHD SUFIAN BIN AZMI                                  L
  10      MUHD YUSHAIRIL BIN ABAS                               L
  11      MUHD ZAIM BIN RAHIM                                   L
  12      MUHD NABIL MUZAKKIR BIN PADLI                         L
  13      SHAIKH IKMAL BIN ANUAR                                L
  14      ANIS NULYANA BT MOHD ZAMRI                            P
  15      FITRI SHAHIRAH BT KAMALUDDIN                          P
                                       25
16      NIK NURAINI BT NIK KOB                                P
  17      NIK SITI NADIRAH BT NIK ISKANDAR                      P
  18      NIK ZAHITIL AZIRA BT NIK ZAMRI                        P
  19      NOORASMA BT MOHD YUSOFF                               P
  20      NORSIKIN BT ZAKARIA                                   P
  21      NURATIKAH BT MOHD TARMIZI                             P
  22      NUR ELIANA BT AZMIN                                   P
  23      NUR FARMIZA BT RAZALI                                 P
  24      NUR FATIHAH EZATI BT HANUZI                           P
  25      NUR SHARIRA BT SHAARI                                 P
  26      NUR ZAITUL ADHA BT MOHD IBRA                          P
  27      NURHUSNA MAISARAH BT ZAMRI                            P
  28      NURUL ILYANA NATASHA BT MOHD ZAID                     P
  29      NURUL SYAMIRAH BT ABD MANAS                           P
  30      SITI SYAHIRAH BT ABD RAHMAN                           P
  31      SUMAYYAH BT ABU SAMAH                                 P




Ujian Diagnostik


       Satu sesi pengesanan atau dengan lebih mudah dikenali dengan ujian

diagnostik dijalankan bagi mengesah daerah kelemahaan murid setelah masalah

mereka dikenalpasti melalui pemerhatian yang telah dilakukan sebelum ini. Saya

telah menjalankan satu sesi ujian diagnostik di dalam Kelas         6 Nilam yang

mempunyai murid seramai 31 orang murid. Kelas ini terdiri daripada 13 orang murid

lelaki dan 18 orang murid perempuan. Dalam ujian diagnostik ini terdapat tiga

bahagian soalan iaitu Bahagian A (membina ayat), Bahagian B (menulis karangan)

dan Bahagian C (menulis nilai murni). Murid diminta menjawab semua soalan yang

disediakan seperti yang dilampirkan.


       Selepas ujian diagnostik dijalankan di dalam kelas itu, saya telah menyemak

kertas jawapan murid. Setelah semakan dilakukan terhadap jawapan murid di ujian

pra, saya dapati kebanyakan murid gagal mendapat markah yang tinggi di bahagian

C iaitu bahagian yang melibatkan menyenarai dan menulis ulasan nilai-nilai murni.

                                       26
Saya dapati mereka tidak angat nilai murni, tidak pandai membina ayat dan tidak

dapat mengaitkan ayat yang dibaca dengan nilai murni.




                      Jadual 3: Keputusan ujian diagnostik


                                                        BAHAGIAN
BIL             NAMA MURID                      A        B  C Peratus
  1    AMIR SYAFIQ BIN AHMAD                     8      20 16    73
  2    MUHAMMAD ADHA BIN FAUZI                   7      20  7    47
  3    MUHD AFIQ AIMAN BIN RAMLI                 7      20  8    53
  4    MUHD AMIR BIN AZALI                       8      22  5    58
  5    MUHD KAMARI BIN MOKHTAR                   7      18  6    52
  6    MUHD FAKRU BIN MOHAMAD                    9      18  9    60
  7    MUHD FAZRI BIN ARIFFIN                    8      18 12    63
  8    MUHD HAFIZUL BIN AZMI                     7      18  6    52
  9    MUHD SUFIAN BIN AZMI                      8      20 13    68
 10    MUHD YUSHAIRIL BIN ABAS                   6      18 12    60
 11    MUHD ZAIM BIN RAHIM                       8      22 15    75
 12    MUHD NABIL BIN PADLI                      8      22 14    73
 13    SHAIKH IKMAL BIN ANUAR                    6      14  6    43
 14    ANIS NULYANA BT MOHD ZAMRI                8      24 14    77
 15    FITRI SHAHIRAH BT KAMAL                   8      24 15    77
 16    NIK NURAINI BT NIK KOB                    8      26 14    80
 17    NIK NADIRAH BT NIK ISKANDAR              10      26 16    87
 18    NIK ZAHITIL AZIRA BT ZAMRI                7      18  6    52
 19    NOORASMA BT MOHD YUSOFF                   8      22  7    62
 20    NORSIKIN BT ZAKARIA                       7      16  6    48
 21    NURATIKAH BT MOHD TARMIZI                 7      22  7    60
 22    NUR ELIANA BT AZMIN                       8      20 12    62
 23    NUR FARMIZA BT RAZALI                     8      22 12    70
 24    NUR FATIHAH EZATI BT HANUZI               5      13  7    42
 25    NUR SHARIRA BT SHAARI                     8      24 12    73
 26    NUR ZAITUL BT MOHD IBRA                   8      26 12    77
 27    NURHUSNA MAISARAH BT ZAMRI                8      24 12    73
 28    NURUL ILYANA BT ZAID                      8      22 12    72
 29    NURUL SYAMIRAH BT MANAS                   8      24 12    73
 30    SITI SYAHIRAH BT ABD RAHMAN               7      18  4    43
 31    SUMAYYAH BT ABU SAMAH                     8      22 10    67




    Pencapaian             Tahap            Bilangan Murid        Peratus

                                       27
0-20            Sangat Lemah               -                    -
        21-39               Lemah                   -                    -
        40-59              Sederhana               10                  32.3
        60-79                Baik                  19                  61.3
       80-100             Cemerlang                 2                   6.4



        Rajah 3 di atas menunjukkan tahap pencapaian murid setelah ujian diagnostik

dijalankan. Didapati hanya dua orang murid berada di tahap pencapaian cemerlang,

19 orang di tahap baik, 11 orang di tahap sederhana manakala 2 orang lagi masih di

tahap lemah. Pencapaian ini menunjukkan murid-murid menghadapi masalah untuk

menjawap soalan yang dikemukakan di bahagian C kertas penulisan Bahasa Melayu.


        Saya juga telah membuat penelitian terhadap markah yang didapati melalui

ujian diagnostik ini. Berdasarkan penelitian, saya dapati seramai 14 orang murid

Tahun Enam Nilam menghadapi masalah untuk menjawab soalan di bahagian C yang

memerlukan mereka mengesan dan menulis ulasan dalam satu perenggan.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui ujian diagnostik ini, maka saya telah

memilih seramai 14 orang murid untuk dijadikan sampel kajian saya. Mereka selepas

ini akan disebut    sebagai sampel kajian yang akan digunakan oleh saya untuk

mengikuti beberapa tindakan lanjutan yang akan dilaksanakan nanti.




      Jadual 4: Senarai murid yang dipilih untuk sampel kajian

BIL                      NAMA                         MARKAH
                                                     BAHAGIAN C

1       MUHAMMAD ADHA BIN FAUZI                             7
2       MUHD AFIQ AIMAN BIN RAMLI                           8
3       MUHD AMIR BIN AZALI                                 5
4       MUHD DZULKAMARI                                     6
                                         28
5         MUHD FAKRURAZI BIN MOHAMAD                          9
6         MUHD HAFIZUL HARISS BIN AZMI                        6
7         SHAIKH IKMAL BIN ANUAR                              6
8         NIK ZAHITIL AZIRA BT NIK ZAMRI                      6
9         NOORASMA BT MOHD YUSOFF                             7
10        NORSIKIN BT ZAKARIA                                 6
11        NURATIKAH BT MOHD TARMIZI                           7
12        NUR FATIHAH EZATI BT HANUZI                         7
13        SITI SYAHIRAH BT ABD RAHMAN                         4
14        SUMAYYAH BT ABU SAMAH                              10



                                                                            20
     20
     18
     16
     14
     12                                                                10
     10                     9
               8
      8    7                                   7         7    7
                       6         6    6    6        6
      6            5
                                                                   4
      4
      2
      0




Latar Belakang Sekolah


     Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi merupakan sekolah gred A. Sekolah ini

adalah sekolah kategori luar bandar. Sekolah ini terletak 8 kilometer daripada Bandar

Tanah Merah. Sekolah ini terletak di tepi Sungai Kelantan. Jumlah guru di sekolah



                                          29
ini adalah seramai 32 orang manakala jumlah murid 291 orang yang terdiri daripada

260 orang murid lelaki dan 131 orang murid perempuan.



   Sekolah ini terdiri daripada 2 blok bangunan baharu dan 1 blok bangunan lama 3

tingkat. Semua bilik khas terdapat di sekolah ini seperti pusat sumber,makmal sains,

bilik kemahiran hidup, bilik sukan, bilik komputer, bilik kesihatan, bilik muzik dan

sebagainya lagi. Oleh yang demikian, kemudahan di sekolah ini didapati setaraf

dengan sekolah-sekolah yang terdapat di bandar.




           Gambar 1: Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Tanah Merah.




Latar Belakang Murid



Murid-murid yang belajar di sekolah ini kebanyakannya adalah berasal daripada

keluarga berpendapatan rendah dan tinggal di kampung di sekitar sekolah ini. Hanya

sedikit sahaja murid-murid di sekolah ini yang berlatar belakang dari keluarga

pertengahan iaitu yang terdiri daripada anak-anak guru yang mengajar di sini dan

                                        30
anak kakitangan kerajaan.Oleh yang demikian, saya dapati pencapaian mereka di

bidang pelajaran adalah agak rendah. Buktinya ialah berdasarkan rekod pencapaian

di dalam UPSR pada tahun-tahun lepas. Pada tahun lepas hanya 2 orang murid yang

berjaya mendapat 5A di dalam UPSR. Pencapaian yang rendah ini adalah disebabkan

latar belakang murid yang berada di kampung. Namun begitu, berdasarkan

pemerhatian saya, didapati ramai juga murid di sekolah ini yang mempunyai potensi

untuk meningkat maju. Mereka boleh dilatih dengan lebih giat lagi untuk

meningkatkan pencapaian pada masa-masa yang akan datang. Apa yang penting

sekali ialah guru perlulah lebih bersikap dedikasi ketika menjalankan tugas mengajar

di sekolah ini. Jika guru bijak mengajar, murid pun akan turut menjadi bijak di dalam

pelajaran.




Pelaksanaan Tindakan


Ujian Pra


Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan. Tujuannya adalah untuk
melihat tahap penguasaan sedia ada sampel yang diuji di bahagian C kertas 2 Bahasa
Melayu. Berikut merupakan data yang diperolehi oleh saya setelah ujian ini
dijalankan. Soalan yang digunakan oleh saya untuk menjalankan ujian pra ini adalah
seperti ditujukkan di LAMPIRAN B.

                                         31
60
                                                                                 50
                              45
  50                     40                                          40
         40   45                                    40
                    35                                                     30
                                              35         35    30
  40                                35
                                         20
  30

  20

  10

   0
         S1   S2    S3   S4    S5   S6   S7    S8   S9   S10   S11   S12   S13   S14




Berdasarkan keputusan yang diperolehi ini, saya dapati ramai di antara sampel kajian

saya tidak dapat mengingati nilai-nilai murni. Perkara inilah yang menyebabkan

mereka tidak berjaya mengesan dan menulis ulasan nilai murni dengan baik di dalam

bahagian C. Oleh yang demikian, maka saya telah merancang tiga plan tindakan

untuk membantu sampel kajian saya meningkatkan kemahiran mereka.




Tindakan Yang Dijalankan

Tindakan 1

Kaedah “MAHANIMU”



       Melalui aktiviti ini, saya telah menyediakan sekeping carta nilai murni kepada

setiap responden. Di dalam carta tersebut telah disenaraikan 40 nilai murni yang

perlu dihafal oleh sampel. Sampel telah diberi masa selama dua minggu untuk

menghafal kesemua nilai murni yang terdapat di dalam carta berkenaan. Carta ini
                                         32
mesti dibawa setiap hari ke sekolah untuk dibaca oleh sampel . Dalam tempoh ini ,

sampel kajian seramai 14 orang ini juga dikehendaki menjalani aktiviti menghafal ,

menyalin dan menyebut nilai murni secara berterusan untuk mengukuhkan daya

ingatan mereka terhadap 40 nilai murni.



 Aktiviti Yang Dijalankan:

 (i)     Menghafal dan mengingat 40 nilai murni di dalam carta.
 (ii)    Menyalin semula nilai murni.
 (iii)   Menyebut dan menulis semula nilai murni yang berjaya dihafal.
 (iv)    Ujian bertulis.




Contoh Bahan




                                          33
Soalan Ujian Tindakan 1




       Tindakan 1 ini dijalankan selama dua minggu untuk memastikan semua

sampel dapat menghafal semua nilai murni. Untuk menggalakkan mereka menghafal,

saya turut menyediakan hadiah kepada sampel yang yang paling banyak mengingati

nilai-nilai murni. Di akhir tindakan 1, para sampel menjalani satu sesi ujian bertulis

untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengingati nilai-nilai murni. Berikut adalah

keputusan ujian yang dijalankan.




 Keputusan Ujian Tindakan 1:



                                         34
Bil          Sampel                Ingat Nilai                   Peratus
                                        Murni
   1                 1                    30                         75.0
   2                 2                    31                         77.5
   3                 3                    28                          70
   4                 4                    30                          75
   5                 5                    33                         82.5
   6                 6                    28                          70
   7                 7                    26                          65
   8                 8                    32                          80
   9                 9                    34                          85
   10                10                   25                         62.5
   11                11                   28                          70
   12                12                   29                         72.5
   13                13                   28                          70
   14                14                   32                          80
         Markah/Purata                 405/560                       72.3



  90
  80
  70
  60
  50
  40                           82.5                 80   85                              80
         75   77.5        75                                                72.5
                     70                 70     65                     70           70
  30                                                          62.5
  20
  10
   0
         S1   S2     S3   S4   S5       S6     S7   S8   S9   S10     S11   S12    S13   S14



               Rajah 5 : Graf pencapaian sampel dalam Ujian Tindakan 1




 Dapatan dalam ujian tindakan 1 menunjukkan bahawa terdapat empat sampel telah

berjaya mencapai tahap cemerlang dengan pencapaian markah 80 peratus ke atas.
                                               35
Mereka didapati telah berjaya mengingati 32 daripada 40 nilai murni yang terdapat di

dalam carta. Sampel 5 mendapat 82.5 peratus, Sampel 8 mendapat 80 peratus,

Sampel 9 mendapat 85 peratus dan Sampel 14 mendapat 80 peratus. Ini

menunjukkan bahawa ke empat-empat sampel ini telah berjaya mengingati nilai-nilai

murni yang mereka hafal.




       Seterusnya dapatan dalam ujian ini juga menunjukkan sepuluh sampel telah

mencapai tahap baik. Mereka didapati telah berjaya menghafal di antara 26 hingga

31 nilai murni yang terdapat di dalam carta. Pencapaian sampel yang

memberangsangkan ini membuktikan bahawa tindakan 1 saya yang menggunakan

kaedah hafal dan ingat telah berjaya dilaksanakan untuk memastikan sampel boleh

menyenaraikan nilai murni apabila diminta. Oleh yang demikian, objektif kajian saya

yang pertama iaitu meningkatkan kemahiran mengingat, mengesan dan menulis

ulasan nilai murni di kalangan murid telah berjaya dicapai.




Tindakan 2


“Faham Konsep Anda Selamat”


Melaui tindakan ini, sampel diberi pendedahan lengkap huraian tentang nilai-nilai

murni yang telah dipelajari dalam dalam langkah pertama. Untuk terus menarik

minat murid, saya telah menggunakan TMK (perisian power points). Penggunaan

perisian power points didapati dapat merangsang minat dan motivasi sampel untuk

terus belajar. Sampel berpeluang melihat, menyebut, membaca dan memberikan

pendapat ketika aktiviti pengajaran ini berlangsung di dalam bilik ICT. Selain itu,
                                         36
sampel juga turut disediakan nota lengkap tentang huraian setiap nilai murni yang

telah dihafal. Untuk tujuan pengukuhan, sampel juga dikehendaki melakukan aktiviti

bertulis yang telah disediakan oleh saya.Tindakan 2 ini telah dilaksanakan pada 10

Julai 2012 hingga 24 Julai 2012. Teknik ini dilaksanakan selama lima sesi .




Aktiviti 1 : Penjelasan konsep nilai murni dan huraiannya.



Untuk melaksanakan aktiviti ini, saya telah menyediakan senarai lengkap nilai murni

dan huraiannya kepada setiap sampel. Sampel diberi penjelasan tentang konsep ini

melalui penggunaan ICT (“powerpoint”). Selain itu sampel juga disediakan senarai

lengkap yang ditampal di dalam buku log mereka. Senarai itu perlu dibaca setiap hari

untuk membolehkan mereka mentafsir maklumat yang terdapat di dalam petikan

nanti. Melalui cara ini, sampel akan dapat memahami sepenuhnya konsep nilai murni

yang perlu difahami sebelum dapat menulis ulasan yang berkualiti. Berikut adalah

senarai nilai murni dan huraian lengkap yang telah disediakan oleh saya di dalam

aktiviti 1 ini.


              NILAI              PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN /
                                 FRASA

              RAJIN              Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat
                                 kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan
                                 kerja sekolah/buat latihan

   TOLONG-MENOLONG               Membantu ibu pergi ke kedai/membasuh
                                 pinggan/mengajar rakan/memberi derma/ tolong
                                 guru di sekolah/


                                         37
BEKERJASAMA     bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-
                  sungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding
                  bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-sama/bergilir-
                  gilir/bersepakat

    BAIK HATI     Memaafkan kesalahan/menolong
                  orang/menghulurkan derma/belanja kawan
                  makan/tidak berdendam

    PEMURAH/      Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja
                  kawan makan/menolong/membantu/berkongsi…
   MURAH HATI

                  bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak
                  mengambil harta benda
      JUJUR       orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan

                  melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu
                  bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan.
    AMANAH

                  Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu
                  perkara/ secara sukarela
  RELA/SANGGUP
   BERKORBAN

MENGHARGAI MASA   Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji
                  pelajaran /mengemas rumah/buat kerja rumah/buat
                  jadual waktu belajar/menyiapkan kerja
                  sekolah/buat latihan

  MENGHARGAI /    Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/
 MEMBALAS JASA
                  memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit

    PRIHATIN      Menolong orang/menghulurkan
                  bantuan/menderma
                  /menyumbang/mengutipsampah di atas
                  lantai/menegur

BERDISIPLIN       Mengenal diri dengan cara menerima dan
                  mematuhi peraturan dan undang-undang.




MENJAGA KEBERSIHAN     Menjaga kebersihan
                       diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas
                       rumput/membakar sampah


                         38
MENJAGA KESIHATAN      Makan makanan berkhasiat/ makanan
                        seimbang/bersukan/berjoging/bermain
                        badminton

MENJAGA KESELAMATAN     Berhati-hati/memeriksa
                        kenderaan/memandang ke kiri dan
                        kanan/memakai topi keledar

 SEMANGAT PATRIOTIK     Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/
                        melawat Tugu Negara/tempat bersejarah

    TABAH/SABAR/        Tidak kecewa dengan
                        kematian/kesusahan/dugaan/diejek/dihina/di
       CEKAL            buli

PERAMAH/MUDAH MESRA     Bertanya khabar/menyapa kawan

       IKHLAS           Menolak ganjaran/pemberian/melakukan
                        sesuatu tanpa mengharapkan balasan

KASIH SAYANG/ SIMPATI   Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/
                        menghulurkan derma kepada orang miskin

      RASIONAL          Melakukan sesuatu setelah memikirkan
                        kebaikannya

    TAAT / PATUH        Mengikut arahan/nasihat ibu
                        bapa/guruMengikut peraturan

     SEMANGAT           Gotong-royong kenduri / ziarah jiran
  BERMASYARAKAT/        sakitZiarah kematian – ucap takziahBeri
     KEJIRANAN          makanan kepada jiran / tolong jiran

BERTANGGUNGJAWAB        Memulangkan harta benda orang /
                        melaksanakan tugas / menegur perbuatan
                        negatif

    BERDIKARI           Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa
                        mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh
                        kasut




     KEBEBASAN          Mengeluarkan pendapat dalam
                        perbincangan, mencadangkan sesuatu…

                        Merendah diri/tidak sombong/tidak
                        bermegah-megah/berkongsi kejayaan
 BERSIKAP SEDERHANA

                         39
dengan ibu bapa/guru

  BIJAKSANA /BIJAK BERFIKIR           Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu
       /BIJAK MEMBUAT                 setelah berfikir.
          KEPUTUSAN

   BERWAWASAN / BERCITA-              Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah
    CITA TINGGI / BERJIWA             nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke
            BESAR                     menara gading/ ingin menjadi doctor

                                      Berminat dan rela mengorbankan masa dan
                                      tenaga dalam melakukan sesuatu yang
             DEDIKASI                 berfaedah / bekerja dengan bersunggguh-
                                      sungguh

                                      Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa
                                      mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh
             BERDIKARI                kasut

  BERTOLERANSI / BERTOLAK             Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam
          ANSUR                       pensel kepada kawan/ tidak berasa marah
                                      atas tindakan rakan / tidak mengambil hati

     MEMPUNYAI JATI DIRI              Tahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi
                                      cubaan/rintangan/kesusahan

              BERANI                  Menyatakan kebenaran / tolong orang lemas
                                      / berlawan dengan penjahat / penjenayah

                                      / mempertahankan diri

   HORMAT / MENGHORMATI               Memberi salam / ucapan selamat/ menyapa
                                      seseorang dengan baik / bangun apabila guru
                                      masuk ke dalam kelas.




Aktiviti 2

Di dalam aktiviti ini, saya telah membimbing sampel tentang cara-cara hendak

menulis ulasan berdasarkan nilai-nilai murni yang disenaraikan. Sampel dibimbing

cara-cara menulis ayat yang betul. Penggunaan “kita mesti”, “kita hendaklah”, “kita

seharusnya” dan    “kita perlu” didedahkan kepada sampel untuk membolehkan

mereka menulis ayat-ayat yang betul ketika membuat ulasan lengkap. Selain diberi

pendedahan, saya juga menyuruh sampel membina ayat-ayat berdasarkan nilai murni
                                        40
yang saya berikan kepada mereka. Berikut adalah contoh-contoh ayat yang perlu

ditulis oleh sampel ketika membuat ulasan nilai murni. Saya telah membimbing

sampel menulis ayat-ayat yang sesuai berdasarkan petikan yang dibaca untuk

mengelakkan ulasan yang terpesong. Saya telah memberikan banyak latihan

membina ayat berdasarkan nilai murni yang didapati di dalam petikan.



  Bil          Nilai Murni                       Cara menulis Ayat

  1.      Hormat-menghormati        Kita mesti hormat dan taat kepada ibu bapa /
                                    guru / orang yang lebih tua.
  2.    Tolong-menolong / bantu-    Kita perlu membantu ibu bapa meringankan
               membantu             beban rnereka.
                                    Kita perlu membantu murid-murid / adik yang
                                    lemah dalam pelajaran.
                                    Kita perlu membantu orang yang menghadapi
                                    kesusahan/ bermasalah
  3.        Bertanggungjawab        Kita mesti bertanggungjawab menjaga
                                    kebersihan kelas/ rumah / alam sekitar kita.
                                    Kita mesti bertanggungjawab menyiapkan
                                    kerja rumah yang diberikan.
                                    Kita mesti menjadi seorang anak / murid yang
                                    bertanggungjawab.

  4.       Menjaga kebersihan       Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan rumah
                                    / sekolah / tempat tinggal / diri sendiri
  5         Menjaga kesihatan       Kita mesti sentiasa menjaga kesihatan diri
                                    dengan makan makanan berkhasiat
  6         Mendengar nasihat       Kita mesti mendengar nasihat guru / ibu bapa /
                                    orang lain.
  7           Hemah tinggi          Kita mesti bergaul mesra dengan semua orang.
                                    Kita mesti berbudi bahasa dalam pergaulan.
                                    Kita mesti mengakui kesalahan diri serta
                                    sanggup berubah.
  8           Kasih sayang          Kita mesti bersikap sayangkan diri sendiri /
                                    orang lain.
                                    Kita mesti bangga dan taat setia kepada negara.
  9             Baik hati           Kita mesti bersikap belas kasihan terhadap
                                    kesusahan orang lain.
                                    Kita mesti bertimbang rasa terhadap kesusahan
                                    orang lain.
                                    Kita mesti bermurah hati memberi bantuan
                                    kepada orang lain.
                                        41
Kita sanggup meminta dan memberi maaf
                                  kepada orang lain.
  10.                             Kita mesti bersikap adil membuat sesuatu
                   Keadilan       perkara.
  11.         Bersopan santun     Kita perlu bersopan santun kepada guru / ibu
                                  bapa / rakan/ orang yang lebih tua.
  12.         Menghargai masa     Kita mesti menghargai masa dengan
                                  melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
  13.         Berjimat-cermat     Kita perlu berjimat-cermat dengan wang /
                                  bekalan air / bekalan elektrik.
  14                rajin         Kita perlu rajin membaca untuk lulus dengan
                                  cemerlang.
  15                Jujur         Kita perlu bersikap jujur melakukan sesuatu
                                  dengan tidak bercakap bohong.
  16            Berhati-hati      Kita merti berhati-hati pada setiap masa / di
                                  jalan raya / semasa bekerja.
  17            Kesyukuran        Kita perlu bersyukur dapat hidup dengan aman.
                                  Kita perlu mengenang jasa ibu bapa / guru kita.

  18           Bertolak ansur     Kita perlu bertolak ansur antara satu dengan
                                  yang lain.

  19          Berterima kasih     Kita perlu mengucapkan terima kasih atas
                                  bantuan yang diberikan.
  20             Kejiranan        Kita perlu bersikap kejiranan terhadap jiran
                                  tetangga.
  21           Kesederhanaan      Kita perlu bersikap kesederhanaan pada setiap
                                  masa.
  22             Berdisiplin       Kita mesti berdisiplin pada setiap masa.

  23         Semangat patriotik   Kita perlu cinta akan negara dan bersyukur
                                  kerana negara kita aman damai.
                                  Kita hendaklah berdiri tegak ketika
                                  menyanyikan lagu “Negaraku”.
  24               Berani         Kita perlu bersikap berani menghadapi
                                  cabaran/ masalah.
  25         Mematuhi peraturan   Kita mesti mematuhi peraturan pada setiap
                                  masa.
  26            Bekerjasama       Kita perlu sentiasa bekerjasama melakukan
                                  sesuatu kerja.




Aktiviti 3


                                     42
Di dalam aktiviti 3, saya telah menyediakan latihan bertulis yang perlu dijawab oleh

sampel. Sampel dikehendaki menyatakan nilai murni berdasarkan ayat yaang telah

disediakan oleh saya. Didapati kebanyakan sampel kajian saya telah berjaya

menyenaraikan nilai-nilai murni berdasarkan ayat-ayat yang saya sediakan di dalam

lembaran kerja. Saya telah menggunakan pencapaian sampel di dalam aktiviti 3 ini

untuk melihat hasil dapatan tindakan 2.


Contoh latihan 1

  Bil                      Penyataan               Nilai murni
   1 Setiap hari Ali membasuh sendiri pakaian
      sekolahnya.
   2 Setelah tiada kereta yang lalu barulah Abu
      melintas jalan raya.
   3 Mamat mengucapkan terima kasih kepada
      pemuda yang menolongnya.
   4 Samad menyerahkan dompet yang dijumpai di
      tepi jalan kepada gurunya.
   5 Azaha bangun tidur setelah jam locengnya
      berbunyi.
   6 Kasim menolong jirannya yang baru berpindah
      rumah.
   7 Setiap malam Ramli mengulangkaji pelajarannya
      sehingga jam 11.00 malam.
   8 Zuki berdiri tegak ketika menyanyikan lagu
      “Negaraku”.
   9 Asmara tidak memarahi adik lelakinya yang
      selaku bersikap nakal itu.
  10 Shamsudin berkongsi bekalan dengan rakannya
      yang terlupa membawa wang ke sekolah.




Contoh Soalan Ujian




                                          43
Keputusan Ujian Tindakan 2

Berikut merupakan keputusan pencapaian sampel kajian berdasarkan ujian yang

diadakan di akhir tindakan 2.



    Bil             Sampel         Jawapan            Peratus
                                     Betul
    1                  1                 16              80
    2                  2                 14              70
    3                  3                 16              80
    4                  4                 20             100
    5                  5                 20             100
    6                  6                 16              80
    7                  7                 18              90
    8                  8                 20             100
    9                  9                 16              80
    10                10                 20             100
    11                11                 14              70
    12                12                 20             100
    13                13                 16              80

                                    44
14                  14                       20                         100
             Markah/Purata                 246/280                         87.8


                                          GRED
                                           0

                                      2




                                                     12




  120

  100

   80

   60
                       100 100             100            100        100          100
   40                                 90
        80        80             80              80                         80
             70                                                 70
   20

    0
        S1   S2   S3   S4   S5   S6   S7   S8    S9       S10 S11 S12 S13 S14


         Rajah 6: Analisa Pencapaian Sampel Dalam Ujian Tindakan 2




Keputusan ujian tindakan 2 menunjukkan bahawa terdapat seramai dua belas

(85.7%) sampel telah berjaya mencapai tahap pencapaian cemerlang manakala dua

(14.3%) sampel lagi mencapai tahap baik. Seramai enam sampel kajian saya iaitu

sampel 4, sampel 5, sampel 8, sampel 10, sampel 12 dan sampel 14 telah berjaya

                                           45
mendapat markah 100%. Ini menunjukkan tahap pemahaman mereka terhadap nilai

murni telah berada di tahap yang terbaik hasil tindakan yang telah dilakukan oleh

saya. Sampel berkenaan didapati telah memahami huraian tentang tentang konsep

nilai-nilai murni. Sampel 2 dan sampel 11 pula hanya berjaya mendapat masing-

masing 70%. Sampel ini didapati masih belum dapat memahami sepenuhnya konsep

nilai murni apabila disoal oleh saya. Saya akan terus menjalankan usaha-usaha

seterusnya untuk memastikan dua sampel ini dapat menguasai kemahiran ini.


       Purata keseluruhan markah yang berjaya dicapai bagi ujian tindakan 2 adalah

87.8%. Purata ini merupakan peningkatan sebanyak 13.9% berbanding ujian

tindakan 1 yang diadakan sebelum ini. Peningkatan ini membuktikan bahawa

penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran saya telah berjaya. Sampel

kelihatan berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dilaksanakaan. Dapatan ujian

tindakan 2 ini membuktikan bahawa kaedah pengajaran menggunakan TMK adalah

kaedah yang paling berkesan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid-

murid untuk mengesan dan menulis ulasan nilai-nilai murni.




Tindakan 3


“Kerap Jangan Tak Kerap”


Aktiviti ini melibatkan latih tubi menulis nilai murni dan telah dilaksanakan pada 29

Julai 2012 hingga 13 Ogos 2012. Teknik ini telah dijalankan selama 7 sesi sepanjang

tempoh dua minggu dan dilaksanakan selepas waktu sekolah.Melalui tindakan ketiga

ini, saya telah menyediakan beberapa set soalan yang berkaitan dengan latihan

menulis ulasan. Terdapat tiga langkah dalam tindakan 3 ini.

                                         46
Dalam langkah pertama, sampel diminta membaca beberapa contoh ulasan

yang telah siap. Sebanyak lima set contoh jawapan telah disediakan untuk dibaca

oleh sampel. Dalam langkah kedua pula, sampel didedahkan dengan teknik

menggaris ayat-ayat yang mempunyai nilai murni, mengenalpasti nilai murni dan

seterusnya mencatat lima nilai murni di tepi petikan. Saya menggunakan tiga sesi

pengajaran untuk melatih sampel supaya menjadi mahir mengesan nilai murni yang

terdapat di dalam petikan yang dibaca.Akhir sekali, dalam langkah ketiga barulah

sampel dibimbing untuk menulis ulasan berdasarkan nilai-nilai murni yang telah

mereka senaraikan di dalam langkah kedua tadi. Sampel dibimbing langkah demi

langkah menulis ulasan sehinggalah selesai. Selain itu sampel juga dilatih menulis

ulasan berpandukan ayat yang tidak lengkap. Untuk tujuan pengukuhan, saya elah

menyediakan tujuh set petikan yang berbeza untuk membolehkan sampel membuat

latihan lanjutan bagi tujuan peneguhan kemahiran menulis ulasan.




                                        47
Gambar 4 : Latih tubi terancang sedang dijalankan




Keputusan Ujian Tindakan 3

                   Jadual 44: Markah pencapaian ujian tindakan 3

        Bil         Sampel            Skor Markah              Peratus
         1             1                     17                      65
         2             2                     15                      60
         3             3                     17                      65
         4             4                     18                      75
         5             5                     16                      80
         6             6                     17                      55
         7             7                     18                      60
         8             8                     17                      65
         9             9                     16                      70
         10           10                     18                      60
         11           11                     15                      65
         12           12                     18                      75
         13           13                     17                      70
         14           14                     20                      80
             Markah/Purata               186/280                   67.5



                                        48
90
          80
          70
          60
          50
          40                  75   80                                  75        80
               65        65                        65   70        65        70
          30        60                  55    60             60
          20
          10
           0
               S1   S2   S3   S4   S5   S6    S7   S8   S9 S10 S11 S12 S13 S14


          Rajah 6: Analisa Pencapaian Sampel Dalam Ujian Tindakan 3




Berdasarkan data di dalam jadual dan rajah di atas, didapati markah purata yang

berjaya dicapai oleh sampel kajian hanya 67.5 peratus sahaja. Pencapaian sampel

dalam ujian tindakan 3 didapati merosot. Ini adalah kerana sampel dikehendaki

menulis sendiri ulasan berdasarkan petikan yang disediakan. Seramai dua belas

sampel didapati tidak dapat menyenaraikan lima nilai murni yang terdapat di dalam

petikan. Namun begitu, sampel 5 dan sampel 14 yang masing-masing mendapat

markah 80 peratus didapati boleh menulis ulasan dengan baik.

       Hasil dapatan daripada ujian tindakan 3 ini menunjukkan bahawa kebanyakan

sampel masih belum dapat menguasai sepenuhnya kemahiran mengesan dan menulis

ulasan nilai-nilai murni. Sebagai contohnya sampel 6 hanya berjaya menyenaraikan

tiga nilai murni sahaja ketika ujian tindakan 3 ini dijalankan. Lain-lain nilai murni

yang dinyatakan oleh sampel 6 didapati tidak betul. Sampel 6 perlu dibimbing

dengan lebih giat lagi untuk membolehkannya mengesan nilai murni yang tepat

selepas ini. Di samping itu juga saya dapati sampel 6 kerap tidak masuk ke kelas

kajian saya. Selain itu, sampel 6 juga ada beberapa kali tidak menyiapkan latihan

yang diberikan oleh saya. Situasi ini berbeza jika dibandingkan dengan semangat
                                             49
yang ditunjukkan oleh sampel 4, sampel 5, sampel 9, sampel 12 ,sampel 13 dan

sampel 14. Keenam-enam sampel ini telah menunjukkan minat yang tinggi ketika

disuruh membuat latihan yang saya berikan. Sebab itulah enam sampel ini telah

berjaya mencapai markah yang tinggi dan hampir tinggi ketika sesi Tindakan 3 ini

dujalanka. Oleh yang demikian, saya akan terus menjalankan usaha-usaha untuk

memastikan sampel kajian yang lemah ini dapat terus dibimbing untuk meningkatkan

pencapaian mereka.




Kaedah Pengumpulan Data


Kaedah Pemerhatian




      Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan

untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan

alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal

selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, saya dapat mengamati sesuatu tingkah

laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.

Saqya berperanan sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,

mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.


    Dengan menggunakan kaedah ini, saya perlu memerhati sampel-sampel dalam

tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya

apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial,

misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan

terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku

                                         50
agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah

pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan

latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih.


      Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang

baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan

secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul.

Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai. Menurut Kerlinger

(1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit

tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta

pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri

tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan. Tingkah laku saling berkaitan

antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu

dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan kata lain, semua

kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak

bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh

Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah

ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat.

Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin

senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku

yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain

itu, paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai

tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras

tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang

diperoleh.


                                        51
Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah

laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu

sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai

penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan

tingkah laku. Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan

agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.


       Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama

ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah

laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara

pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa

berlakunya tingkah laku yang diperhati.




Temu bual


       Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam

penyelidikan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan. Bagaimana pun, perlu

ditegaskan bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam pengutipan data dalam

penyelidikan kuantitatif. Contohnya, guru menemu bual murid-murid yang didapati

kerap tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi.Teknik temu bual boleh dijalankan

di dalam bilik darjah. Temu bual melibatkan perbualan antara penyelidik dengan

guru atau murid bagi tujuan mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian.

Dalam penyelidikan tindakan guru selaku penyelidik, akan menemu bual murid

tentang sikap, minat, perasaan, konsepsi, pengetahuan, pendapat atau pemahaman

mereka tentang pengajaran yang dilalui. Guru mungkin menemu bual mereka


                                          52
sebelum, semasa atau di akhir pengajaran atau mana-mana kombinasi yang didapati

sesuai.


           Melalui temu bual, data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat

diperkukuh dan diperlengkapkan. Ini dimaksudkan sebagai “triangulasi” yang

bertujuan untuk mengesah data atau maklumat yang diperoleh.




              Data-data yang dikumpulkan di dalam kajian tindakan ini adalah

berdasarkan markah-markah yang didapati di dalam beberapa siri ujian yang

dijalankan oleh saya melalui ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pos. Data-data

yang didapati ini dianalisis dari setiap aspek untuk mengesan sebarang peningkatan

pencapaian sampel yang dijadikan bahan kajian ini. Data-data yang didapati di

dalam ujian berkenaan akan dibuat perbandingan berdasarkan angka-angka dengan

prestasi sebenar sampel.

              Data yang berjaya saya kumpulkan itu dipersembahkan dalam bentuk

jadual dan rajah. Berdasarkan data-data yang berjaya dikumpulkan itu saya membuat

analisis secara terperinci bagi setiap sampel yang menjadi bahan kajian saya. Data-

data yang dianalisis itu boleh dijadikan ukuran adakah tindakan yang saya lakukan

terhadap sampel itu berjaya atau sebaliknya.




                           DAPATAN DAN REFLEKSI



                                         53
ANALISIS DATA



Perbandingan Pencapaian Dalam Ujian Tindakan 1, Tindakan 2 dan Tindakan 3.



            Jadual 7: Rekod pencapaian ujian tindakan 1,2 dan 3.
BIL        SAMPLE               T1         T2        T3     PURATA
  1          S1                  75         80        65      73.3
  2          S2                 77.5        70        60      69.2
  3          S3                  70         80        65      71.6
  4          S4                  75        100        75      83.3
  5          S5                 82.5       100        80      83.3
  6          S6                  70         80        55      68.3
  7          S7                  65         90        60      71.6
  8          S8                  80        100        65      81.6
  9          S9                  85         80        70      78.3
 10          S10                62.5       100        60      74.2
 11          S11                 70         70        65      71.6
 12          S12                72.5       100        75      85.8
 13          S13                 70         80        70      78.3
 14          S14                 80        100        80      86.6
        PERATUS                73.9%      87.8%     67.5%    76.4%
      KESELURUHAN


      120
      100
       80
       60
       40
       20
        0



                                       Tindakan 1
                                       Tindakan 2
                                       Tindakan 3




                                        54
100                     87.8
             73.9                                             76.4
       80                                     67.5
       60

       40

       20

        0
              TINDAKAN 1      TINDAKAN 2      TINDAKAN 3        PURATA




       Rajah 5: Purata markah dalam ujian Tindakan 1, Tindakan 2 dan Tindakan 3.


   Jadual 7 menunjukkan data-data yang dikumpul daripada keputusan Ujian

Tindakan 1, Ujian Tindakan 2 dan Ujian Tindakan 3. Didapati semua sampel telah

mengalami peningkatan di dalam ujian yang saya jalankan itu. Dalam Ujian

Tindakan 1, saya dapati semua sampel telah mengalami peningkatan pencapaian di

mana tiada lagi sampel yang berada di tahap pencapaian lemah sebagaimana ketika

menduduki ujian diagnostik dahulu. Ketika Ujian Tindakan 1 diadakan, markah

purata yang berjaya dicapai oleh sampel kajian saya ialah 73.9 peratus.Semua sampel

telah berada pencapaian memuaskan. Markah-markah yang diperolehi oleh mereka

adalah di antara 6 hingga 10 . Peningkatan ini sungguh membanggakan saya kerana

saya dapati para sampel telah mula mengingati nilai-nilai murni yang sepatutnya

dihafal oleh setiap murid sekolah rendah. Berdasarkan pemeriksaan kertas jawapan

ujian tindakan 1, saya dapati kebanyakan sampel boleh menyenaraikan di antara 10

hingga 15 nilai murni yang perlu dituliskan      pada kertas jawapan. Oleh yang

demikian, saya akan meneruskan strategi untuk memastikan sampel menghafal nilai-

nilai murni sepenuhnya.

   Peratus pencapaian markah keseluruhan sampel bagi ketiga-tiga ujian ialah 76.4

peratus. Pencapaian ini menunjukkan bahawa objektif pertama saya iaitu
                                        55
meningkatkan kemahiran murid mengingat , mengesan dan menulis ulasan nilai-nilai

murni di kalangan murid tahun enam telah berjaya dicapai. Namun begitu saya masih

perlu menggiatkan usaha-usaha lain untuk memastikan sampel kajian saya benar-

benar menguasai kemahiran mengingat, mengesan dan menulis ulasan nilai murni.

Saya perlu meminta sampel menghafal semula senarai nilai murni yang perlu diingat

oleh setiap murid di sekolah rendah khasnya untuk murid tahap dua. Saya

berpendapat selagi senarai nilai murni gagal diingat sepenuhnya, selagi itulah murid-

murid gagal menjawab dengan cemerlang soalan bahagian C ini.




UJIAN POS


                Ujian pos telah dijalankan oleh saya pada 18 Oktober 2012. Ujian pos

merupakan ujian akhir      untuk menilai pencapaian akhir     sampel    kajian saya.

Keputusan ujian pos ini akan digunakan oleh saya untuk menilai keberkesanan

kaedah pengajaran yang digunakan oleh saya ketika menjalankan penyelidikan

tindakan ini.    Kesemua sampel     telah diuji menggunakan soalan yang diambil

daripada ujian akhir tahun. Para sampel telah diasingkan daripada murid-murid lain

untuk mengelakkan sebarang gangguan ketika mereka menjawab soalan ujian pos

ini. Saya meminta para sampel           menjawab soalan sebaik mungkin untuk


                                         56
membolehkan mereka mendapat markah yang setinggi mungkin. Di dalam ujian ini

didapati sampel telah berusaha menjawab soalan yang diberikan dengan penuh teliti.

Saya sungguh berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh para sampel.




                 Gambar 4: Sampel sedang menjalani ujian pos.




                Jadual 8: Markah dan peratus pencapaian ujian pos
BIL              NAMA                       MARKAH PERATUS              GRED
 1                 S1                         12      60                 B
 2                 S2                         14      70                 B
 3                 S3                         14      70                 B
 4                 S4                         16      80                 A
 5                 S5                         16      80                 A
 6                 S6                         12      60                 B
 7                 S7                         11      55                 C
 8                 S8                         13      65                 B
 9                 S9                         13      65                 B
10                S10                         13      65                 B
11                S11                         14      70                 B
12                S12                         16      80                 A
13                S13                         13      65                 B
14                S14                         16      80                 A
           PURATA PENCAPAIAN                        68.9%
             KESELURUHAN




                                       57
90                    80    80                                     80          80
  80
             70    70                              65          70          65
  70    60                                    65         65
                                   60   55
  60
  50
  40
  30
  20
  10
   0
        S1   S2    S3   S4    S5   S6    S7   S8    S9   S10   S11   S12   S13   S14


              Rajah 7 : Peratus Pencapaian sampel dalam ujian pos


Rajah 7 di atas menunjukkan markah pencapaian sampel dalam ujian pos yang
dijalankan dijalankan oleh saya untuk melihat pencapaian akhir sampel setelah tiga
jenis tindakan selesai dijalankan. Berdasarkan keputusan ujian pos didapati peratusan
keseluruhan markah pencapaian sampel adalah 68.9 peratus. Purata markah bagi
ujian pos didapati telah meningkat berbanding Ujian Tindakan 3 tetapi lebih rendah
berbanding Ujian Tindakan 2. Ketika ujian pos dijalankan, saya menggunakan soalan
percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2012.


       Seramai empat sampel iaitu sampel 4, sampel 5, sampel 12 dan sampel 14
telah berjaya mendapat markah 80 peratus. Keempat-empat sampel ini didapati telah
berjaya menyenaraikan lima nilai murni yang terdapat di dalam petikan. Mereka
juga boleh menulis ulasan dengan cemerlang.


       Sampel 2, sampel 3 dan sampel 11 pula berjaya mendapat markah 70 peratus.
Ketiga-tiga sampel ini hanya berjaya menyenaraikan empat nilai murni yang didapati
di dalam petikan. Ayat-ayat yang dibina pula dalam tahap pencapaian baik.


       Terdapat juga sampel yang mendapat markah di antara 60 hingga 65 peratus.
Sampel-sampel berkenaan ialah sampel 1, sampel 6, sampel 8, sampel 9, sampel 10
dan sampel 13. Saya dapati sampel-sampel berkenaan berjaya menyenaraikan nilai
murni tetapi ulasan yang ditulis kurang tepat dengan perkara yang terdapat di dalam
                                         58
petikan. Oleh yang demikian mereka gagal mendapat markah yang tinggi. Manakala
sampel 7 pula mempunyai masalah tidak dapat mengesan nilai murni. Dia hanya
dapat menyenarai 2 nilai murni sahaja ketika menulis ulasan. Nilai-nilai murni lain
yang diberi didapati kurang tepat. Sampel ini juga didapati masih tidak dapat ingat
sepenuhnya 40 nilai murni yang terdapat didalam carta nilai murni.



Analisa Perbandingan Pencapaian Ujian Pos dan Ujian Pra



   Jadual 9: Perbandingan markah ujian pra dan ujian pos
BIL       NAMA          PRA 3                 UJIAN POS        PENINGKATAN
                        MARKAH         %     MARKAH     %       PENCAPAIAN
                                                                  MARKAH
 1  S1                       14        70       17        85        15
 2  S2                       13        65       17        85        20
 3  S3                       14        70       16        80        10
 4  S4                       14        70       16        80        10
 5  S5                       14        70       15        75         5
 6  S6                       13        65       17        85        20
 7  S7                       13        65       15        75        10
 8  S8                       13        65       17        85        20
 9  S9                       12        60       13        65         5
10 S10                       14        70       16        75         5
11 S11                       12        60       14        70        10
12 S12                       13        65       15        75        10
13 S13                       14        70       17        85        15
14 S14                       15        75       16        80         5
JUMLAH MARKAH               188                  221                33




                                        59
230
                                      221
        220

        210
                     188
        200

        190

        180

        170
                 UJIAN PRA        UJIAN POS


               Rajah 9 :Perbezaan jumlah markah di antara dua ujian




           Jadual 9 dan Rajah 10 menunjukkan perbezaan markah pencapaian

sample dalam ujian pra dan ujian pos. Markah keseluruhan sampel yang berjaya

dikumpul di dalam ujian pra ialah 188. Ketika ujian pos dijalankan, telah berlaku

peningkatan markah keseluruhan kepada 221. Peningkatan markah yang berlaku

adalah sebanyak 33 markah. Peningkatan ini merupakan satu keputusan positif di

dalam kajian tindakan yang saya jalankan ini. Saya dapati sampel telah benar-benar

faham tentang cara-cara menulis nilai murni.




                                        60
90     85      85                        85          85                            85
                       80    80                                   80                      80
 80                                75           75                            75         75
       70             70    70    70                             70     70         70
 70            65                        65    65    65     65               65
                                                           60          60
 60

 50

 40

 30

 20

 10

  0                                                                                       Ujian pra
        S1      S2     S3    S4     S5    S6    S7    S8    S9   S10 S11 S12 S13 S14

                       Rajah 10: Perbandingan markah ujian pra dan ujian pos



      Kajian         yang    saya        jalankan    ini    menunjukkan            peningkatan        yang
memberangsangkan. Hasil dari segi pelaksanaan yang telah saya jalankan didapati
sample telah menguasai kemahiran mengesan nilai murni di dalam teks yang dibaca
dengan baik. Buktinya, pencapaian sampel dalam ujian pos juga menunjukkan
peningkatan yang amat ketara.


      Berdasarkan ketiga-tiga strategi yang dujalankan, strategi “Mari Hafal Nilai
Murni” telah dikuasai oleh sampel . Hal ini kerana, aktiviti kumpulan yang
dijalankan      dapat menarik minat sampel                 untuk melaksanakan aktiviti dengan
bersungguh-sungguh. Tambahan pula aktiviti ini dilakukan dengan pelaksanaan
ganjaran di mana saya memberikan hadiah kepada sample yang paling banyak dapat
menyenaraikan nilai-nilai murni dalam tempoh yang ditetapkan.




                                                     61
Perbandingan Kesesuaian Kaedah Pengajaran


  100
                                87.8
   90
   80         73.9
                                                 67.5
   70
   60
   50
   40
   30
   20
   10
    0
         TINDAKAN 1        TINDAKAN 2        TINDAKAN 3

         Rajah 7: Purata markah pencapaian mengikut kaedah pengajaran


Rajah 7 di atas merupakan purata markah pencapaian sampel di dalam tiga ujian
yang dijalankan dalam tindakan 1, tindakan 2 dan tindakan 3. Saya telah
menjalankan kaedah yang berbeza di setiap tindakan. Saya menggunakan kaedah
menghafal di dalam tindakan 1. Didapati pencapaian keseluruhan dalam ujian
tindakan 1 ialah 73.9 peratus. Ketika melaksanakan tindakan 2, saya telah
menggunakan kaedah pengajaran berasaskan TMK. Purata markah pencapaian
sampel telah meningkat kepada 87.8 peratus. Pencapaian ini menunjukkan kaedah
yang sesuai digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mengingat,
mengesan dan menulis nilai murni ialah kaedah pengajaran berasaskan TMK. Ini
adalah kerana murid didapati lebih aktif, seronok dan bermotivasi ketika belajar.
Oleh yang demikian, maka kaedah ini wajar selalu digunakan oleh semua guru untuk
meningkatkan pencapaian murid masing-masing.




                                       62
KESIMPULAN



Implikasi Kajian



Kajian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa telah berlaku peningkatan

pencapaian yang memberangsangkan.Peningkatan pencapaian tersebut dapat dilihat

melalui dapatan kajian yang dilakukan. Peningkatan pencapaian yang berlaku adalah

hasil kreativiti yang saya lakukan dala setiap tindakan.



       Berdasarkan kepada ketiga-tiga tindakan yang dijalankan, tindakan kedua

iaitu “MAHANIMU” didapati berkesan kerana kaedah ini telah membantu sampel

kajian saya lebih mengingati nilai-nilai murni. Setelah senarai nilai murni dihafal

barulah murid boleh mengesan dan menyenaraikannya berdasarkan petikan yang

dibaca. Oleh yang demikian, para guru perlulah menyuruh murid-murid di dalam

kelasnya menghafal 40 nilai murni ini ketika murid berada di tahun empat lagi untuk

memastikan mereka boleh menjawab soalan di bahagian C dengan cemerlang.

       Pelaksanaan tindakan yang kedua iaitu “Faham Konsep Anda OK” telah

memberi kefahaman yang lebih kepada             sampel kerana sampel telah boleh

mengaitkan ayat dengan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam ayat. Kaedah yang

dijalankan oleh saya menggunakan TMK didapati telah menyebabkab sampel kajian

mudah faham tentang konsep nilai murni berbanding cara biasa yang digunakan oleh

guru. Oleh itu para pendidik perlu menggunakan ICT untuk membantu mereka

mengajar dengan lebih berkesan dan disukai oleh murid.



                                          63
“Kerap Jangan Tak Kerap” yang merupakan tindakan ketiga saya berbentuk

latih tubi terancang pula didapati telah memberi peluang kepada sampel tentang

teknik yang betul menulis ulasan lengkap. Melalui kaedah ini, sampel telah dilatih

membaca dahulu petikan sehingga faham, menggaris ayat yang mempunyai kaitan

dengan nilai murni, menyenarai lima nilai murni dan seterusnya barulah mula

menulis ulasan lengkap dalam satu perenggan. Sampel yang dilatih menggunakan

beberapa set contoh petikan berkaitan nilai-nilai murni didapati semakin mahir

menulis ulasan apabila latihan diberi kepada mereka. Oleh itu para guru perlu

menggunakan kaedah latih tubi untuk memahirkan murid-murid melakukan sesuatu.




Cadangan Penambahbaikan



Cadangan yang saya jalankan telah berjaya dilaksanakan dan setiap tindakan yang

digunakan telah membantu sampel untuk menangani masalah mengesan nilai murni

di dalam petikan dan menulis ulasan.Namun demikian, terdapat cadangan

penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pengkaji seterusnya berkaitan dengan

masalah pembinaan ayat berdasarkan gambar ini.



       Model yang saya gunakan sewaktu menjalankan kajian ini ialah Model

Kajian Kemmis & Mc Taggard (1988). Saya dapati penggunaan satu gelung kajian

sahaja telah memadai untuk meningkatkan keupayaan sampel dalam mengesan dan

menulis ulasan nilai murni.Namun demikian, pengkaji boleh meneruskan kajian

mereka dengan mengambil tindakan susulan iaitu gelungan kedua jika dapatan yang

diperolehi tidak memuaskan atau tidak berjaya.

                                        64
Sementara itu, para pengkaji boleh menggunakan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK) seperti video, audio,internet, laman sesawang dan pelbagai lagi

pelaksanaan tindakan yang dirancang. Melalui kajian yang dijalankan, hanya

bahanbahan maujud dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar(BBM). Penggunaan

BBM yang maujud ini bukan bermaksud tidak berkesan dalam pengajaran, namun

dengan penggunaan medium TMK dalam kajian, satu inovasi dalam pendidikan akan

berjaya dilaksanakan.



       Saya telah menggunakan kaedah pengajaran beramai-ramai. Kaedah

pengajaran ini sememangnya memudahkan guru. Namun begitu, faktor tahap

kognitif sampel yang berbeza-beza menyebabkan isi pengajaran dan pembelajaran

agak terganggu. Sampel yang lemah telah mengganggu konstrentasi sampel lain

untuk belajar. Pada masa akan datang, para pengkaji boleh menggunakan kaedah

pembelajaran secara berpasangan. Sampel yang lemah akan dibimbing oleh guru dan

seorang lagi sampel yang agak cemerlang.




Cadangan Kajian Lanjutan



Kajian lanjut yang dicadangkan ialah agar pengkaji seterusnya dapat menggunakan

responden dalam jumlah yang lebih besar serta datang dari pelbagai jenis kelas yang

memilki kognitif yang berbeza. Hal ini akan memberikan hasil dapatan yang lebih

menyeluruh serta dapat mewakili pelbagai latar belakang sampel sama ada dari segi

kelas sosial atau tahap pencapaian murid.

                                            65
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalangan Murid
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalangan Murid
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalangan Murid
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalangan Murid

More Related Content

What's hot

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi DigitalSCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digitalrosedainty
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025mbkppdhl
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran nasuha792
 
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...Rasit Masrii
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabMohamad Yusof
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 

What's hot (20)

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi DigitalSCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiriPembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiri
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Metakognisi
MetakognisiMetakognisi
Metakognisi
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Pp pend islam penataran
Pp pend islam  penataran Pp pend islam  penataran
Pp pend islam penataran
 
Kurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSRKurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSR
 
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
 
Kajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bmKajian tinjauan bm
Kajian tinjauan bm
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 

Viewers also liked

Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai MurniMeningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai MurniIPGM Kampus Kota Bharu
 
Nilai murni - BM Tahun 4
Nilai murni - BM Tahun 4Nilai murni - BM Tahun 4
Nilai murni - BM Tahun 4PAKLONG CIKGU
 
Bahagian c membina ulasan
Bahagian  c membina ulasanBahagian  c membina ulasan
Bahagian c membina ulasanaserimangsor
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikanJalalludin Ibrahim
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utamaMARTIN JANTAI
 
Azizi penataran format baharu bm2 2016
Azizi   penataran format baharu bm2 2016Azizi   penataran format baharu bm2 2016
Azizi penataran format baharu bm2 2016sahamin prahman
 
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 UpsrBahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 UpsrPAKLONG CIKGU
 
Cara menulis nilai murni
Cara menulis nilai murniCara menulis nilai murni
Cara menulis nilai murniAwang Selampit
 
Nilai murni std 5
Nilai murni std 5Nilai murni std 5
Nilai murni std 5Tan Choon
 
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamPersepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamAs Nuurien Najma
 
Laporan ar (repaired)2
Laporan ar (repaired)2Laporan ar (repaired)2
Laporan ar (repaired)2amir hebat
 
Makalan kenaikan harga kebutuhan pokok
Makalan kenaikan harga kebutuhan pokokMakalan kenaikan harga kebutuhan pokok
Makalan kenaikan harga kebutuhan pokokKinza_com
 
Nilai murni dan huraian
Nilai murni dan huraianNilai murni dan huraian
Nilai murni dan huraianKuan Lian Pong
 
Nilai-nilai Murni
Nilai-nilai MurniNilai-nilai Murni
Nilai-nilai Murnisayangpew
 
Gambar Nilai Murni
Gambar Nilai MurniGambar Nilai Murni
Gambar Nilai MurniMahani Mahat
 
Contoh Rekod anekdot
Contoh Rekod anekdotContoh Rekod anekdot
Contoh Rekod anekdotJanet Jouti
 

Viewers also liked (20)

Senarai nilai murni
Senarai nilai murniSenarai nilai murni
Senarai nilai murni
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai MurniMeningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni
 
Nilai murni - BM Tahun 4
Nilai murni - BM Tahun 4Nilai murni - BM Tahun 4
Nilai murni - BM Tahun 4
 
Bahagian c membina ulasan
Bahagian  c membina ulasanBahagian  c membina ulasan
Bahagian c membina ulasan
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama
 
Azizi penataran format baharu bm2 2016
Azizi   penataran format baharu bm2 2016Azizi   penataran format baharu bm2 2016
Azizi penataran format baharu bm2 2016
 
Nilai murni
Nilai murniNilai murni
Nilai murni
 
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 UpsrBahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
 
Cara menulis nilai murni
Cara menulis nilai murniCara menulis nilai murni
Cara menulis nilai murni
 
Nilai murni std 5
Nilai murni std 5Nilai murni std 5
Nilai murni std 5
 
Bm penulisan upsr
Bm penulisan upsrBm penulisan upsr
Bm penulisan upsr
 
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamPersepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
 
Laporan ar (repaired)2
Laporan ar (repaired)2Laporan ar (repaired)2
Laporan ar (repaired)2
 
Makalan kenaikan harga kebutuhan pokok
Makalan kenaikan harga kebutuhan pokokMakalan kenaikan harga kebutuhan pokok
Makalan kenaikan harga kebutuhan pokok
 
NILAI - NILAI MURNI
NILAI - NILAI MURNINILAI - NILAI MURNI
NILAI - NILAI MURNI
 
Nilai murni dan huraian
Nilai murni dan huraianNilai murni dan huraian
Nilai murni dan huraian
 
Nilai-nilai Murni
Nilai-nilai MurniNilai-nilai Murni
Nilai-nilai Murni
 
Gambar Nilai Murni
Gambar Nilai MurniGambar Nilai Murni
Gambar Nilai Murni
 
Contoh Rekod anekdot
Contoh Rekod anekdotContoh Rekod anekdot
Contoh Rekod anekdot
 

Similar to Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalangan Murid

Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiAhmad NazRi
 
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1Proposal kt new 1
Proposal kt new 1Amiatunaim
 
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1Proposal kt new 1
Proposal kt new 1Amiatunaim
 
Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asalKPM
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanzulyanei
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Pensil Dan Pemadam
 
16. sharifah noorhaliza wan madehi
16. sharifah noorhaliza wan madehi16. sharifah noorhaliza wan madehi
16. sharifah noorhaliza wan madehiNurul Sharianti
 
Taklimat media 2
Taklimat media 2Taklimat media 2
Taklimat media 2yies72
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...Ahmad NazRi
 

Similar to Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalangan Murid (20)

Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Jurnal bm
Jurnal bm Jurnal bm
Jurnal bm
 
Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106
 
Kertas cadanga
Kertas cadangaKertas cadanga
Kertas cadanga
 
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
 
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
 
Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asal
 
Laporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakanLaporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakan
 
Journal article kualitative
Journal article kualitativeJournal article kualitative
Journal article kualitative
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakan
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 
Laporan t1 a3
Laporan t1 a3Laporan t1 a3
Laporan t1 a3
 
16. sharifah noorhaliza wan madehi
16. sharifah noorhaliza wan madehi16. sharifah noorhaliza wan madehi
16. sharifah noorhaliza wan madehi
 
Group proposal kpr
Group proposal kprGroup proposal kpr
Group proposal kpr
 
Laporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakanLaporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakan
 
Jurnal bm
Jurnal bmJurnal bm
Jurnal bm
 
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa MelayuKajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
 
Taklimat media 2
Taklimat media 2Taklimat media 2
Taklimat media 2
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
Kaedah pengajaran koperatif
Kaedah pengajaran koperatifKaedah pengajaran koperatif
Kaedah pengajaran koperatif
 

Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalangan Murid

  • 1. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT, MENGESAN DAN MENULIS ULASAN NILAI MURNI DI KALANGAN MURID TAHUN ENAM Oleh MOHD RUSLEE BIN MOHD SALLEH 011-17915430/011-9958547 Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Bahasa Melayu Pendidikan Sekolah Rendah) Telah dibentang dan dinilai di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan pada 2-3 Disember 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU DISEMBER 2012 1
  • 2. PENDAHULUAN Pengenalan Nilai murni merupakan perkara yang penting untuk dipupuk di dalam jiwa setiap orang. Penerapan nilai-nilai murni perlu diterapkan di peringkat awal lagi di kalangan kanak-kanak untuk memastikan mereka memiliki budi pekerti yang luhur dewasa nanti demi kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan nilai murni sejak tahun 2005 sewaktu perubahan format UPSR dilakukan. Perubahan format ini menyaksikan Kertas 2 Bahasa Melayu Penulisan dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu melibatkan bahagian A (membina lima ayat berdasarkan gambar), Bahagian B (menulis karangan) dan bahagian C (menulis ulasan nilai murni). Menulis ulasan nilai murni merupakan salah satu daripada tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid bagi Pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2. Kemahiran ini yang terdapat di bahagian C memerlukan murid membaca petikan yang diberikan, mengesan nilai murni dan seterusnya menulis sebuah ulasan yang lengkap dalam satu perenggan. Markah yang diperuntukkan bagi bahagian ini ialah sebanyak 20 markah. Oleh yang demikian, murid-murid perlu dibimbing oleh guru dengan secukupnya untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis ulasan dengan baik. Melalui kajian tindakan ini, saya telah menjalankan tiga jenis kaedah mengajar untuk memastikan murid-murid yang kurang mahir ini dapat meningkatkan kemahiran mereka melalui aktiviti yang akan dijalankan nanti. 2
  • 3. Kamaruddin Hj. Husin (1988), tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semua ia dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas tersusun. Menurut Raminah Hj. Sabran (1985), penulisan ialah proses pelahiran perasaan, fikiran, dan idea ke dalam bentuk grafik (disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya). Yahya Othman(2005) berpendapat, penulis itu dapat memberikan kefahaman kepada pembaca apabila penulis itu dapat menguasai kemahiran menulis secara mendalam dalam bidang penulisan. Penulisan tentang sesuatu yang disampaikan itu juga dapat menyatakan pandangan atau idea dalam bentuk penulisan supaya memberikan kefahaman kepada pembaca. Juriah Long dan rakan-rakan (1990), menulis adalah suatu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik. Ini bermakna, bahan- bahan yang ditulis adalah suatu idea yang tersirat dan tersurat apabila dijelaskan dalam bentuk penulisan. 3
  • 4. Keunikan dan kayanya Bahasa Melayu ialah kerana bahasanya bersifat dinamik dan boleh dikembangkan. Bahasa Melayu juga mempunyai nilainya yang tersendiri dan kajian yang mendalam perlu dilakukan untuk menguasainya. Rentetan daripada itu, makan kertas dua Ujian Pencapaian sekolah rendah (UPSR) telah dipecahkan daripada satu bahagian kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Oleh itu kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid untuk mengesan dan menulis nilai murni di dalam bahagian C tersebut yang menjadi masalah terhadap sebilangan murid. Saya sedar bahawa ada murid-murid yang mengalami kesukaran untuk mencari dan menulis nilai murni atau pengajaran berdasarkan petikan teks yang diberikan. Kajian tindakan dilakukan terhadap murid- murid untuk mencari dan membuktikan kaedah yang berkesan supaya murid-murid berasa lebih mudah untuk mencari nilai-nilai murni daripada petikan yang diberikan kepada mereka. Melalui kajian ini, saya akan dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mereka di dalam bahagian C yang agak sukar untuk dijawab. Kajian ini merupakan satu kajian yang dijalankan ke atas murid-murid tahun Enam Nilam di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi. Berdasarkan markah ujian-ujian yang lepas termasuk ketika berada di tahun 4 dan tahun 5, didapati ramai murid tidak berupaya mendapat markah yang tinggi untuk Bahasa Melayu Kertas 2. Mereka didapati mendapat markah yang rendah apabila menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 2 Bahagian C. Markah yang diperolehi oleh mereka di dalam bahagian C penulisan hanya di dalam lingkungan 6 – 12 sahaja. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak dapat menguasai kemahiran membuat ulasan apabila petikan nilai murni 4
  • 5. diberikan kepada mereka. Perkara ini berlaku kemungkinan berpunca daripada kurangnya pendedahan diberikan kepada mereka ketika berada di tahun empat lagi. Memandangkan soalan yang berkaitan dengan nilai murni ini baru diperkenalkan ketika berada di tahun empat ,maka sudah tentu ada murid yang tidak dapat benar- benar menguasai kemahiran ini. Perkara ini perlu diperbetulkan dengan segera supaya murid-murid dapat mengusai semula kemahiran ini sebelum UPSR. 5
  • 6. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu Berdasarkan pemerhatian saya terhadap murid-murid di dalam kelas Tahun 6 Nilam, didapati bahawa cara belajar mereka adalah pelbagai. Bagi yang rajin belajar, guru yang mengajar tidak menghadapi apa-apa masalah kerana semua tugasan yang diberi akan disiapkan oleh mereka. Namun yang menjadi masalahnya ialah bagi murid yang bersikap pemalas dan tidak berdisiplin. Murid-murid yang bersikap pemalas ini didapati tidak menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Mereka malas hendak membaca berulangkali petikan yang diberi oleh guru. Rata-rata murid-murid hanya membaca sekali sahaja petikan dan tidak berusaha untuk membaca sehingga benar-benar faham. Perkara ini menyebabkan mereka kerap termenung ketika menulis semua nilai-nilai murni yang diperlukan. Selain itu, terdapat juga segelintir murid yang suka ponteng sekolah tanpa sebab-sebab yang munasabah. Setiap minggu didapati mereka tidak hadir ke sekolah untuk satu atau dua hari. Sikap ini menyebabkan mereka kerap ketinggalan kerana guru Bahasa Melayu akan mengajar akan mengajar tentang tajuk membuat ulasan ini setiap hari Rabu. Jadi murid-murid yang tidak hadir akan menghadapi masalah besar ketika mereka menjawab soalan ujian nanti. Terdapat juga tiga orang murid yang nakal di dalam kelas ini. Mereka ini didapati selalu menimbulkan masalah disiplin di dalam kelas. Murid-murid ini selalu mengganggu rakan yang hendak belajar, membuat bising ketika guru mengajar, tidak 6
  • 7. menyiapkan tugasan yang diberi, tidak memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat juga kumpulan murid di dalam kelas ini yang tidak mahu menyiapkan latihan yang diberi oleh guru. Latihan yang diberi oleh guru yang sepatutnya disiapkan di rumah didapati tidak disiapkan. Malahan mereka hanya akan bertindak meniru sahaja jawapan yang dibuat oleh murid-murid lain pada waktu pagi sebelum masuk kelas. Ada juga murid yang suka keluar kelas ketika guru lambat masuk ataupun guru ada tugasan di pejabat. Mereka ini akan pergi ke tandas, masuk ke dalam kelas lain yang tiada guru, berkejar-kejaran di kaki lima kelas ataupun masuk ke bilik-bilik yang tertentu. Sikap inilah yang menyebabkan mereka kurang masa untuk mengulangkaji pelajaran di dalam kelas ketika ketiadaan guru. Disebabkan murid-murid tahun enam ini akan menduduki UPSR, saya juga menghadapi masalah untuk membuat kajian secara mendalam terhadap mereka. Kadang-kadang latihan yang saya beri tidak disiapkan oleh mereka. Alasan mereka ialah mereka berasa sangat letih kerana terpaksa menghadiri kelas tambahan sehingga jam 4.00 petang disamping kelas malam yang tamat pada jam 9.45 malam. Saya juga cuba melihat beberapa buku latihan murid terutamanya yang melibatkan Bahasa Melayu Penulisan. Bahasa Melayu Penulisan yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A (membina ayat berdasarkan gambar), Bahagian B (menulis karangan) dan Bahagian C (membuat ulasan nilai-nilai murni). 7
  • 8. Saya dapati ramai murid yang masih rendah tahap pencapaiannya di dalam ketiga- tiga bidang ini dan paling ketara sekali pada Bahagian C. Oleh yang demikian, saya membuat keputusan untuk menjadikan kegagalan murid membuat ulasan nilai-nilai sebagai pilihan kajian saya dengan tujuan untuk meningkatkan markah pencapaian mereka khasnya di bahagian C penulisan. 8
  • 9. FOKUS KAJIAN Menulis ulasan merupakan salah satu kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh murid-murid di peringkat sekolah rendah bermula tahap dua. Murid-murid perlu mengingati dan berkemampuan untuk menyenaraikan 40 nilai murni sebagaimana yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum. Menulis ulasan memerlukan kemahiran khusus yang perlu didedahkan oleh guru ketika mengajar Bahasa Melayu di dalam kelas. Tinjauan saya mendapati bahawa terdapat ramai di antara murid tahun Enam Nilam di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi yang masih belum menguasai kemahiran menulis ulasan. Mereka didapati masih tidak ingat nilai-nilai murni dan tidak boleh membina ayat-ayat dengan betul ketika menulis ulasan. Selain itu murid- murid juga didapati tidak mahir menulis ayat. Ayat yang ditulis didapati tidak mempunyai kaitan dengan petikan yang diberi. Oleh yang demikian, saya berpendapat satu kajian tindakan perlu dijalankan untuk memastikan empat belas yang dipilih sebagai sampel dapat menguasai semula kemahiran tersebut. Hasil kajian ini nanti akan dapat digunakan oleh guru-guru lain untuk melihat sejauh mana tindakan yang dilakukan boleh membantu murid-murid meningkatkan kemahiran menulis nilai murni dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian murid dalam ujian atau peperiksaan yang akan dijalankan nanti. 9
  • 10. Objektif Kajian Kajian tindakan saya mempunyai objektif seperti berikut: i. Meningkatkan kemahiran mengingat, mengesan dan menulis ulasan nilai murni di kalangan murid Tahun Enam. ii. Mengenalpasti kaedah mengajar yang berkesan boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid. iii. Mengesan perubahan tingkahlaku positif murid ketika menulis ulasan nilai murni setelah kajian selesai dilaksanakan. Soalan kajian i. Adakah murid dapat meningkatkan kemahiran mengingat, mengesan dan menulis ulasan nilai murni ? ii. Apakah kaedah mengajar paling berkesan boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid-murid mengingat, mengesan menulis ulasan nilai-nilai murni ? iii. Adakah terdapat perubahan tingkahlaku positif murid ketika menulis ulasan nilai murni setelah kajian ini selesai dijalankan? 10
  • 11. Isu Kajian Fokus kajian saya ialah membantu murid-murid Tahun 6 mengukuhkan penguasaan mereka dalam kemahiran mengesan nilai murni yang tersirat daripada maklumat yang tersurat daripada petikan yang diberikan. Berdasarkan pemerhatian saya , didapati murid-murid menghadapi masalah untuk mencari dan menyatakan nilai-nilai murni bagi kertas penulisan bahagian C. Murid juga sukar untuk menghuraikan nilai-nilai murni tersebut supaya menjadi ayat yang ringkas, tepat dan sesuai dengan menggunakan ayat sendiri. Keperihatinan saya ialah murid perlu mencari dan menghuraikan nilai-nilai murni tersebut dengan ringkas, tepat dan sesuai serta penulisan mereka tidak melanggar arahan yang telah ditetapkan iaitu ulasan tidak melebihi 50 patah perkataan. Mengajar murid untuk mencari dan mengesan nilai murni seringkali memberikan masalah kepada guru. Dalam bahagian C penulisan ini, murid perlu mencari, mengesan dan mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan yang diberikan. Pelbagai strategi yang digunakan oleh guru untuk memastikan murid- murid boleh menulis ulasan tersebut dengan betul. Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid tetapi saya hanya memfokuskan aspek berkenaan sebagai bahan kajian saya. Kajian ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan membantu murid mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat di dalam petikan teks serta mengulas hasil carian nilai murni tersebut dengan ayat yang ringkas, padat dan sesuai. 11
  • 12. Kertas peperiksaan Bahasa Melayu penulisan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Namun begitu, kajian yang ingin difokuskan ialah pada bahagian C iaitu bahagian membuat ulasan nilai murni berdasarkan petikan teks. Berdasarkan pemerhatian saya dalam Ujian Bersepadu Berkala (UBB) Februari lepas, ramai murid mendapat markah yang rendah dalam bahagian ini. Analisis pada kertas soalan UBB mendapati beberapa faktor murid tidak mendapat markah yang tinggi pada bahagian ini . Murid didapati keliru dengan nilai murni yang terdapat dalam petikan teks. Murid tidak dapat mengesan dan menyatakan nilai murni yang terdapat di dalam petikan. Murid juga tidak dapat membuat ulasan dalam satu perenggan dengan menggunakan ayat yang ringkas, padat dan bermakna. Berdasarkan pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas, saya telah mengenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan murid tidak dapat mengesan dan menyatakan nilai-nilai murni yang diperlukan. Mereka tidak mempunyai kesungguhan dalam menulis nilai murni. Murid-murid didapati tidak mahu membaca berulang kali dalam usaha untuk mengesan nilai murni yang terdapat di dalam petikan yang diberi kepada mereka. Petikan yang dianalisis terlalu mudah dan murid kekurangan idea untuk mengembangkannya. Saya juga mendapati ada murid yang hanya menyalin semula petikan yang diberi kepada mereka dengan harapan guru akan memberi markah kasihan. Terdapat juga murid yang hanya menulis semula nilai murni yang dijumpai di dalam petikan dalam bentuk urutan nombor. Namun begitu, apa yang pastinya ialah kegagalan murid menulis ulasan nilai murni juga merupakan kegagalan seorang guru yang mengajar.Jika guru Bahasa Melayu mengajar menggunakan kaedah yang betul, 12
  • 13. saya berpendapat murid-murid tidak akan menghadapi masalah besar untuk menjawab soalan bahagian ini. Dengan demikian, saya berasa terpanggil untuk mempertingkatkan kemahiran murid ketika membuat ulasan nilai-nilai murni agar mereka tidak menghadapi kesukaran di bahagian ini di dalam UPSR nanti. Oleh itu, pengumpulan data lebih awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran serta perbincangan bersama guru- guru yang mengajar murid di kelas lain. Satu perbincangan telah dibuat bagi mengetahui masalah yang dihadapi murid dalam bahagian C ini. Latar belakang murid termasuklah maklumat diri dan pencapaian mereka sebelum ini juga disemak melalui rekod yang disimpan oleh guru kelas. Selain itu, satu ujian diagnostik telah dijalankan bagi mengesan kelemahan murid dalam mencari, mengesan dan mengulas nilai murni ini. Murid-murid yang telah dikenalpasti melalui ujian diagnostik ini telah dijadikan sampel dalam kajian saya. Namun begitu, saya yakin bahawa masalah ini akan dapat diselesaikan jika saya menggunakan kaedah yang betul ketika mengajar murid menjawab bahagian C ini. Apa yang paling penting ialah kepakaran guru yang mengajar. Ini adalah kerana terdapat murid yang boleh menjawab dengan cemerlang , baik, sederhana dan lemah. Guru perlulah menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu murid- muridnya. Pendedahan perlu diberi diberi kepada murid pada tahun empat lagi untuk membolehkan mereka benar-benar mahir menjawab soalan yang melibatkan bahagian C ini. Pencapaian murid akan memberi kesan yang besar kepada prestasi sekolah kerana kajian ini melibatkan kemahiran yang diuji di dalam peperiksaan. Kajian ini dijalan berdasarkan beberapa pendekatan lain atau dengan 13
  • 14. menggabungkan pelbagai kaedah dan teknik supaya dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Definisi Istilah Nila-nilai Murni Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka. Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia. 14
  • 15. Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu. Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif. Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam 15
  • 16. diri mereka. Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik dan mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang menganggap kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta benda merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin berleluasa ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik kepada anak-anak. Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin terhadap anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang harmoni. Kesimpulannya, saya selaku penyelidik kajian tindakan ini berpendapat bahawa pemantapan terhadap nilai-nilai murni seperti yang disenaraikan oleh KPM perlu dihayati sepenuhnya oleh seluruh rakyat Malaysia. Penghayatan ini penting untuk membolehkan kita hidup secara harmoni dan aman damai di negara ini dan mengelakkan suasana tegang sesama rakyat yang berbilang kaum. Oleh itu langkah penerapan nilai-nilai murni di tahap awal iaitu ketika murid-murid berada di sekolah rendah adalah adalah amat sesuai dilaksanakan. 16
  • 17. Jadual 1 Carta 40 nilai murni SOROTAN KAJIAN Tinjauan Literatur Tinjauan ini adalah berdasarkan hasil dapatan sumber-sumber yang diperolehi oleh pengkaji yang terdahulu. Kajian ini pernah dijalankan oleh Puan Fatimah Embong(2008) daripada pada tahun 2008. Penyelidik telah menjalankan penyelidikan yang bertajuk “Cara Mengulas Nilai Murni atau Pengajaran Daripada Petikan (Bahagian C Penulisan)” di Sekolah Kebangsaan Sri Langat . Dalam penyelidikannya , beliau telah memfokuskan untuk menghadkan ulasan murid supaya tidak terlalu panjang. Setidak-tidaknya, bilangan perkataan tidak boleh melebihi 80 patah perkataan. Beliau telah mengenalpasti kelemahan murid-muridnya dalam bahagian ini iaitu murid sukar mengesan nilai murni yang tersirat. Contoh yang diberi tidak ada kaitan dengan petikan yang diberi dalam petikan. Dalam kajian 17
  • 18. ini, penyelidik telah mengenal pasti kumpulan sasarannya iaitu 10 orang murid Tahun 6. Berdasarkan kajian-kajian lain, antaranya yang telah dijalankan oleh Mohd Alfaizal Che Alui (2006), mengenai kajiannya yang mengenai “Pengamalan Nilai- nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan taman Universiti (2) yang diamalkan dalam kehidupan seharian”. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui pengamalan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar yang diamalkan dalam kehidupan harian. Penyelidek ingin melihat adakah pelajar-pelajar mengamalkan nilai murni yang diperolehi sepanjang pembelajaran dalam amalan harian, nilai murni dominan diamalkan serta mengetahui adakah pengamalan nilai-nilai murni melalui pembelajaran memberi kesan positif terhadap diri pelajar. Kajian ini dilakukan terhadap 120 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Taman Universiti (2). Sampel kajian dipilih secara rawak mudah berdasarkan kepada Jadual Penentu Saiz oleh Krejcie dan Morgan (1970). Menggunakan soal selidik sebagai instumen kajian yangdibahagikan kepada Bahagian A iaitu soalan berkaitan latar belakang responden dan Bahagian B mengandungi item-item nilai-nilai murni. Hasil kajian menunjukkan 16 aspek nilai murni yang dicadang penerapannya oleh Falsafah Pendidikan Negara dalam kumpulan pendidikan diterap oleh pelajaruntuk diamalkan di dalam kehidupan harian. Nilai muni “kesyukuran” adalah nilai murni yang paling dominan dihayati oleh setiap pelajar. Implikasi kepada kajian ini akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 18
  • 19. Kajian lain yang boleh dilihat ialah “Penerapan Nilai-nilai Murni KBSM Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan guru-guru Sains Di Lapan Buah Sekolah Buah Sekolah Menengah Di Jitra sekolah” yang dijalankan oleh Munirah Ahmad Marzuki (2004). Penyelidik telah mengambil seramai 70 orang guru Sains yang merupakan responden dalam kajian ini. Penerapan nilai-nilai murni KBSM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru Sains itu dikaji dari aspek kognitif, tingkah laku dan emosi. Hasil kajian ini dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, guru-guru, pihak sekolah, ibu bapa dan masyrakat bagi meningkatkan penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Tinjauan berikutnya ialah “Amalan Nilai Murni Dalam Kalangan pelajar”merupakan satu kajian di Terengganu oleh Abdul Rahman Mahmud bersama Amidin Zin (1998) dari Jabatan Pendidikan Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Penyelidik mengkaji kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar yang sering menjadi topik perbualan dan disiarkan di akhbar-akhbar. Pelajar-pelajar kini, khasnya di peringkat sekolah menengah kurang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Jika masalah ini gagal diatasi, ia akan menjadi satu sindrom yang serius dan menjejaskan kehidupan bermasyarakat di negara kita. Sejak kebelakangan ini, muncul beberapa kumpulan seperti “Black Metal”, “Punk”, “Mat Rempit”, “Bohsia” dan sebagainya lagi yang boleh meruntuhnya akhlak pelajar. Oleh itu, penyelidik cuba melihat setakat manakah amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar tigkatan 4 dari 12 buah sekolah menengah di Negeri Terengganu sebagai mewakili kumpulan pelajar di sekolah menengah. 19
  • 20. Sorotan yang terakhir ialah „Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Guru Matematik Sekolah Menengah‟ oleh Mohd Uzi Dolah (2007). Penyelidik menjalankan kajian kualtitatif ini bertujuan untuk menjelajahi nilai pengajaran matematik di bilik darjah oleh tiga orang guru matematik sekolah menengah. Terdapat tiga kategori utama nilai, iaitu nilai pendidikan umum, nilai matematik dan nilai pendidikan matematik. Guru Matematik tingkatan empat daripada dua buah sekolah menengah dari Daerah Kuala Kubu Baru terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta tidak menjadikan penerapan nilai sebagai suatu perkara yang perlu dinyatakan secara tersurat dalam rancangan pengajaran. Kesemua peserta menyatakan nilai yang diterapkan dalam pengajaran dalam bilik darjah hanya setelah ditanya oleh saya sebelum atau selepas pemerhatian. Penerapan nilai terlaksana dalam pengajaran samada secara tersirat atau tersurat. Kebanyakan nilai yang disedari penerapan oleh peserta ialah nilai pendidikan umum, khususnya nilai yang berkait dengan pembangunan diri seperti nilai berterima kasih, hormat dan yakin. Semua peserta tidak menyedari berlaku penerapan nilai matematik dalam pengajaran, walaupun terdapat dua nilai matematik, iaitu bersifat objektif dan keterbukaan, terlaksana secara tersirat dalam pengajaran matematik. Penerapan nilai pendidikan matematik secara tersirat tanpa disedari oleh peserta kajian membabitkan nilai formalistik, instrumental, relevan, teoretikal , kebolehcapaian dan penilaian. 20
  • 21. METODOLOGI KAJIAN Pengenalan Kajian yang saya jalankan adalah diadaptasikan daripada Model Kajian Kemmis & Mc Taggard (1988). Berpandukan model ini yang mempunyai empat kitaran, saya telah membuat perancangan awal dengan menjalankan ujian diagnostik untuk mengesan daerah kelemahan murid, melaksana tindakan melalui beberapa kaedah pengajaran, membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku dan pencapaian murid ketika tindakan dijalankan. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, saya membuat analisis untuk menilai keberkesanan terhadap tindakan yang telah dijalankan. Melalui pendekatan kajian tindakan ini, bahan kajian dikumpulkan melalui beberapa cara antaranya ialah ujian, pemerhatian, soal selidik dan senarai semak. Secara umumnya kajian tindakan ini menggunakan pendekatan analisis deskriptif kuantitatif dan kualitatif. Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian merupakan satu strategi atau rancangan bagaimana untuk menjalankan sesuatu kajian yang melibatkan pemilihan dan pembahagian sampel. Kaedah kualitatif digunakan untuk mendapat maklumat peribadi murid-murid Tahun 6 Nilam dan kaedah kuantitatif digunakan untuk mendapatkan maklumat pencapaian dan permasalahan murid-murid dalam kemahiran mencari dan menulis ulasan nilai murni untuk kertas dua Pelajaran Bahasa Melayu . Reka bentuk kajian ini juga 21
  • 22. menerangkan apakah data dan bagaimana data dikutip. Kajian ini berfokuskan kaedah “Mari Hafal Nilai Murni” (MAHANIMU) menggunakaan teknik latih tubi. Jenis kajian yang akan saya jalankan ialah untuk meningkatkan kemahiran mencari dan menulis ulasan nilai murni yang terdapat di dalam petikan.Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti yang dilihat, didengar dan dibaca. Data berbentuk kuantitatif juga digunakan dalam kajian ini. Satu kerangka teoris harus dipilih dan ditetapkan. Saya telah memilih model Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 2. 22
  • 23. REFLEKSI Kenalpasti isu Analisis isu Refleksi isu PERANCANGAN PENILAIAN Merancang kaedah tindakan Membuat analisis dapatan Mencadangkan penambahbaikan Prosedur pelaksanaan Kajian lanjutan Masa Sumber PELAKSANAAN TINDAKAN Menjalankan plan tindakan yang dirancang Ujian diagnostik ujian pra & pasca Pemerhatian Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggard Model ini telah dijadikan panduan dalam menjalankan kajian. Kerangka konsep model ini mengandungi empat peringkat iaitu peringkat tinjauan, merancang tindakan, melaksana tindakan dan memerhati dan langkah terakhir merupakan mereflek. Pada peringkat tinjauan ,pengumpulan data dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang wujud. Saya telah menjalankan pemerhatian di bilik darjah, menyemak buku latihan murid , melihat markah pencapaian murid di dalam rekod ujian bulanan dan temu bual dengan guru bahasa Melayu. Pada peringkat ini juga, saya telah menjalankan ujian diagnostik untuk mendapatkan 23
  • 24. data-data awal bagi mendapatkan gambaran awal tentang masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun Enam Nilam.. Pada peringkat kedua ialah merancang tindakan. Saya telah merancang pelan tindakan untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Oleh itu, teknik menghafal semua nilai murni menggunakan kad nilai murni, peneguhan terhadap konsep nilai-nilai murni dan latihan terancang menulis ulasan telah disediakan oleh saya untuk meningkatkan kemahiran para sampel kajian. Pada peringkat ketiga ialah pelaksanaan di mana saya akan melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang. Di dalam pelan tindakan ini saya telah menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang mudah dan menarik untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis ulasan nilai murni. Di dalam setiap perlaksanaan tindakan ini, saya akan menjalankan ujian pra dan ujian pos untuk memerhati kesan tindakan yang dilaksanakan. Ujian ini bertujuan melihat perbezaan prestasi yang berlaku kepada sampel. Pengumpulan data dilakukan bagi melihat pencapaian murid melalui perbandingan ujian pra dan pos. Pada peringkat keempat iaitu peringkat mereflek. Di peringkat akhir ini , saya akan menilai keberkesanan tindakan yang dijalankan. Mereflek akan melibatkan analisis data-data yang diperolehi melalui ujian pra dan pos. Melalui analisis data ini, saya akan dapat mengetahui adakah tindakan yang saya jalankan itu berjaya atau sebaliknya.Gelungan kedua perlu dilaksanakan jika tindakan yang pertama tidak berhasil. Kerangka konsep ini akan dijadikan panduan untuk membolehkan saya menjalankan kajian tindakan ini sehingga selesai. Kumpulan Sasaran 24
  • 25. Sampel yang dipilih merupakan murid Tahun Enam Nilam di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi. Kelas 6 Nilam merupakan kelas pertama daripada dua kelas tahun enam. Mereka kebanyakannya terdiri daripada masyarakat kelas biasa yang terdiri daripada penduduk kampung. Murid-murid di dalam kelas ini mempunyai kemahiran membaca dan menulis dengan baik. Mereka kelihatan aktif, minat belajar dan mempunyai peluang untuk meningkat maju di dalam pelajaran. Kesungguhan seorang guru yang mengajar akan dapat membantu murid-murid ini berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan. Kelas ini mempunyai 13 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Tahap kebolehan mereka adalah berbeza. Terdapat murid yang mempunyai pencapaian cemerlang, baik, sederhana dan lemah. Jadi, guru yang mengajar mereka terpaksa menggunakan teknik yang bersesuai dan boleh menarik minat mereka. Berikut ini merupakan maklumat murid kelas 6 Nilam yang berjaya direkodkan oleh saya ketika menjalankan kajian tindakan di sekolah ini. Jadual 2: Senarai nama murid Tahun 6 Nilam Bil Nama Murid Jantina 1. AMIR SYAFIQ BIN AHMAD L 2 MUHAMMAD ADHA BIN FAUZI L 3 MUHD AFIQ AIMAN BIN RAMLI L 4 MUHD AMIR BIN AZALI L 5 MUHD DZULKAMARI BIN MOKHTAR L 6 MUHD FAKRURAZI BIN MOHAMAD L 7 MUHD FAZRI IKHMAL BIN ARIFFIN L 8 MUHD HAFIZUL HARISS BIN AZMI L 9 MUHD SUFIAN BIN AZMI L 10 MUHD YUSHAIRIL BIN ABAS L 11 MUHD ZAIM BIN RAHIM L 12 MUHD NABIL MUZAKKIR BIN PADLI L 13 SHAIKH IKMAL BIN ANUAR L 14 ANIS NULYANA BT MOHD ZAMRI P 15 FITRI SHAHIRAH BT KAMALUDDIN P 25
  • 26. 16 NIK NURAINI BT NIK KOB P 17 NIK SITI NADIRAH BT NIK ISKANDAR P 18 NIK ZAHITIL AZIRA BT NIK ZAMRI P 19 NOORASMA BT MOHD YUSOFF P 20 NORSIKIN BT ZAKARIA P 21 NURATIKAH BT MOHD TARMIZI P 22 NUR ELIANA BT AZMIN P 23 NUR FARMIZA BT RAZALI P 24 NUR FATIHAH EZATI BT HANUZI P 25 NUR SHARIRA BT SHAARI P 26 NUR ZAITUL ADHA BT MOHD IBRA P 27 NURHUSNA MAISARAH BT ZAMRI P 28 NURUL ILYANA NATASHA BT MOHD ZAID P 29 NURUL SYAMIRAH BT ABD MANAS P 30 SITI SYAHIRAH BT ABD RAHMAN P 31 SUMAYYAH BT ABU SAMAH P Ujian Diagnostik Satu sesi pengesanan atau dengan lebih mudah dikenali dengan ujian diagnostik dijalankan bagi mengesah daerah kelemahaan murid setelah masalah mereka dikenalpasti melalui pemerhatian yang telah dilakukan sebelum ini. Saya telah menjalankan satu sesi ujian diagnostik di dalam Kelas 6 Nilam yang mempunyai murid seramai 31 orang murid. Kelas ini terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Dalam ujian diagnostik ini terdapat tiga bahagian soalan iaitu Bahagian A (membina ayat), Bahagian B (menulis karangan) dan Bahagian C (menulis nilai murni). Murid diminta menjawab semua soalan yang disediakan seperti yang dilampirkan. Selepas ujian diagnostik dijalankan di dalam kelas itu, saya telah menyemak kertas jawapan murid. Setelah semakan dilakukan terhadap jawapan murid di ujian pra, saya dapati kebanyakan murid gagal mendapat markah yang tinggi di bahagian C iaitu bahagian yang melibatkan menyenarai dan menulis ulasan nilai-nilai murni. 26
  • 27. Saya dapati mereka tidak angat nilai murni, tidak pandai membina ayat dan tidak dapat mengaitkan ayat yang dibaca dengan nilai murni. Jadual 3: Keputusan ujian diagnostik BAHAGIAN BIL NAMA MURID A B C Peratus 1 AMIR SYAFIQ BIN AHMAD 8 20 16 73 2 MUHAMMAD ADHA BIN FAUZI 7 20 7 47 3 MUHD AFIQ AIMAN BIN RAMLI 7 20 8 53 4 MUHD AMIR BIN AZALI 8 22 5 58 5 MUHD KAMARI BIN MOKHTAR 7 18 6 52 6 MUHD FAKRU BIN MOHAMAD 9 18 9 60 7 MUHD FAZRI BIN ARIFFIN 8 18 12 63 8 MUHD HAFIZUL BIN AZMI 7 18 6 52 9 MUHD SUFIAN BIN AZMI 8 20 13 68 10 MUHD YUSHAIRIL BIN ABAS 6 18 12 60 11 MUHD ZAIM BIN RAHIM 8 22 15 75 12 MUHD NABIL BIN PADLI 8 22 14 73 13 SHAIKH IKMAL BIN ANUAR 6 14 6 43 14 ANIS NULYANA BT MOHD ZAMRI 8 24 14 77 15 FITRI SHAHIRAH BT KAMAL 8 24 15 77 16 NIK NURAINI BT NIK KOB 8 26 14 80 17 NIK NADIRAH BT NIK ISKANDAR 10 26 16 87 18 NIK ZAHITIL AZIRA BT ZAMRI 7 18 6 52 19 NOORASMA BT MOHD YUSOFF 8 22 7 62 20 NORSIKIN BT ZAKARIA 7 16 6 48 21 NURATIKAH BT MOHD TARMIZI 7 22 7 60 22 NUR ELIANA BT AZMIN 8 20 12 62 23 NUR FARMIZA BT RAZALI 8 22 12 70 24 NUR FATIHAH EZATI BT HANUZI 5 13 7 42 25 NUR SHARIRA BT SHAARI 8 24 12 73 26 NUR ZAITUL BT MOHD IBRA 8 26 12 77 27 NURHUSNA MAISARAH BT ZAMRI 8 24 12 73 28 NURUL ILYANA BT ZAID 8 22 12 72 29 NURUL SYAMIRAH BT MANAS 8 24 12 73 30 SITI SYAHIRAH BT ABD RAHMAN 7 18 4 43 31 SUMAYYAH BT ABU SAMAH 8 22 10 67 Pencapaian Tahap Bilangan Murid Peratus 27
  • 28. 0-20 Sangat Lemah - - 21-39 Lemah - - 40-59 Sederhana 10 32.3 60-79 Baik 19 61.3 80-100 Cemerlang 2 6.4 Rajah 3 di atas menunjukkan tahap pencapaian murid setelah ujian diagnostik dijalankan. Didapati hanya dua orang murid berada di tahap pencapaian cemerlang, 19 orang di tahap baik, 11 orang di tahap sederhana manakala 2 orang lagi masih di tahap lemah. Pencapaian ini menunjukkan murid-murid menghadapi masalah untuk menjawap soalan yang dikemukakan di bahagian C kertas penulisan Bahasa Melayu. Saya juga telah membuat penelitian terhadap markah yang didapati melalui ujian diagnostik ini. Berdasarkan penelitian, saya dapati seramai 14 orang murid Tahun Enam Nilam menghadapi masalah untuk menjawab soalan di bahagian C yang memerlukan mereka mengesan dan menulis ulasan dalam satu perenggan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui ujian diagnostik ini, maka saya telah memilih seramai 14 orang murid untuk dijadikan sampel kajian saya. Mereka selepas ini akan disebut sebagai sampel kajian yang akan digunakan oleh saya untuk mengikuti beberapa tindakan lanjutan yang akan dilaksanakan nanti. Jadual 4: Senarai murid yang dipilih untuk sampel kajian BIL NAMA MARKAH BAHAGIAN C 1 MUHAMMAD ADHA BIN FAUZI 7 2 MUHD AFIQ AIMAN BIN RAMLI 8 3 MUHD AMIR BIN AZALI 5 4 MUHD DZULKAMARI 6 28
  • 29. 5 MUHD FAKRURAZI BIN MOHAMAD 9 6 MUHD HAFIZUL HARISS BIN AZMI 6 7 SHAIKH IKMAL BIN ANUAR 6 8 NIK ZAHITIL AZIRA BT NIK ZAMRI 6 9 NOORASMA BT MOHD YUSOFF 7 10 NORSIKIN BT ZAKARIA 6 11 NURATIKAH BT MOHD TARMIZI 7 12 NUR FATIHAH EZATI BT HANUZI 7 13 SITI SYAHIRAH BT ABD RAHMAN 4 14 SUMAYYAH BT ABU SAMAH 10 20 20 18 16 14 12 10 10 9 8 8 7 7 7 7 6 6 6 6 6 6 5 4 4 2 0 Latar Belakang Sekolah Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi merupakan sekolah gred A. Sekolah ini adalah sekolah kategori luar bandar. Sekolah ini terletak 8 kilometer daripada Bandar Tanah Merah. Sekolah ini terletak di tepi Sungai Kelantan. Jumlah guru di sekolah 29
  • 30. ini adalah seramai 32 orang manakala jumlah murid 291 orang yang terdiri daripada 260 orang murid lelaki dan 131 orang murid perempuan. Sekolah ini terdiri daripada 2 blok bangunan baharu dan 1 blok bangunan lama 3 tingkat. Semua bilik khas terdapat di sekolah ini seperti pusat sumber,makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik sukan, bilik komputer, bilik kesihatan, bilik muzik dan sebagainya lagi. Oleh yang demikian, kemudahan di sekolah ini didapati setaraf dengan sekolah-sekolah yang terdapat di bandar. Gambar 1: Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Tanah Merah. Latar Belakang Murid Murid-murid yang belajar di sekolah ini kebanyakannya adalah berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan tinggal di kampung di sekitar sekolah ini. Hanya sedikit sahaja murid-murid di sekolah ini yang berlatar belakang dari keluarga pertengahan iaitu yang terdiri daripada anak-anak guru yang mengajar di sini dan 30
  • 31. anak kakitangan kerajaan.Oleh yang demikian, saya dapati pencapaian mereka di bidang pelajaran adalah agak rendah. Buktinya ialah berdasarkan rekod pencapaian di dalam UPSR pada tahun-tahun lepas. Pada tahun lepas hanya 2 orang murid yang berjaya mendapat 5A di dalam UPSR. Pencapaian yang rendah ini adalah disebabkan latar belakang murid yang berada di kampung. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian saya, didapati ramai juga murid di sekolah ini yang mempunyai potensi untuk meningkat maju. Mereka boleh dilatih dengan lebih giat lagi untuk meningkatkan pencapaian pada masa-masa yang akan datang. Apa yang penting sekali ialah guru perlulah lebih bersikap dedikasi ketika menjalankan tugas mengajar di sekolah ini. Jika guru bijak mengajar, murid pun akan turut menjadi bijak di dalam pelajaran. Pelaksanaan Tindakan Ujian Pra Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan. Tujuannya adalah untuk melihat tahap penguasaan sedia ada sampel yang diuji di bahagian C kertas 2 Bahasa Melayu. Berikut merupakan data yang diperolehi oleh saya setelah ujian ini dijalankan. Soalan yang digunakan oleh saya untuk menjalankan ujian pra ini adalah seperti ditujukkan di LAMPIRAN B. 31
  • 32. 60 50 45 50 40 40 40 45 40 35 30 35 35 30 40 35 20 30 20 10 0 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14 Berdasarkan keputusan yang diperolehi ini, saya dapati ramai di antara sampel kajian saya tidak dapat mengingati nilai-nilai murni. Perkara inilah yang menyebabkan mereka tidak berjaya mengesan dan menulis ulasan nilai murni dengan baik di dalam bahagian C. Oleh yang demikian, maka saya telah merancang tiga plan tindakan untuk membantu sampel kajian saya meningkatkan kemahiran mereka. Tindakan Yang Dijalankan Tindakan 1 Kaedah “MAHANIMU” Melalui aktiviti ini, saya telah menyediakan sekeping carta nilai murni kepada setiap responden. Di dalam carta tersebut telah disenaraikan 40 nilai murni yang perlu dihafal oleh sampel. Sampel telah diberi masa selama dua minggu untuk menghafal kesemua nilai murni yang terdapat di dalam carta berkenaan. Carta ini 32
  • 33. mesti dibawa setiap hari ke sekolah untuk dibaca oleh sampel . Dalam tempoh ini , sampel kajian seramai 14 orang ini juga dikehendaki menjalani aktiviti menghafal , menyalin dan menyebut nilai murni secara berterusan untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap 40 nilai murni. Aktiviti Yang Dijalankan: (i) Menghafal dan mengingat 40 nilai murni di dalam carta. (ii) Menyalin semula nilai murni. (iii) Menyebut dan menulis semula nilai murni yang berjaya dihafal. (iv) Ujian bertulis. Contoh Bahan 33
  • 34. Soalan Ujian Tindakan 1 Tindakan 1 ini dijalankan selama dua minggu untuk memastikan semua sampel dapat menghafal semua nilai murni. Untuk menggalakkan mereka menghafal, saya turut menyediakan hadiah kepada sampel yang yang paling banyak mengingati nilai-nilai murni. Di akhir tindakan 1, para sampel menjalani satu sesi ujian bertulis untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengingati nilai-nilai murni. Berikut adalah keputusan ujian yang dijalankan. Keputusan Ujian Tindakan 1: 34
  • 35. Bil Sampel Ingat Nilai Peratus Murni 1 1 30 75.0 2 2 31 77.5 3 3 28 70 4 4 30 75 5 5 33 82.5 6 6 28 70 7 7 26 65 8 8 32 80 9 9 34 85 10 10 25 62.5 11 11 28 70 12 12 29 72.5 13 13 28 70 14 14 32 80 Markah/Purata 405/560 72.3 90 80 70 60 50 40 82.5 80 85 80 75 77.5 75 72.5 70 70 65 70 70 30 62.5 20 10 0 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14 Rajah 5 : Graf pencapaian sampel dalam Ujian Tindakan 1 Dapatan dalam ujian tindakan 1 menunjukkan bahawa terdapat empat sampel telah berjaya mencapai tahap cemerlang dengan pencapaian markah 80 peratus ke atas. 35
  • 36. Mereka didapati telah berjaya mengingati 32 daripada 40 nilai murni yang terdapat di dalam carta. Sampel 5 mendapat 82.5 peratus, Sampel 8 mendapat 80 peratus, Sampel 9 mendapat 85 peratus dan Sampel 14 mendapat 80 peratus. Ini menunjukkan bahawa ke empat-empat sampel ini telah berjaya mengingati nilai-nilai murni yang mereka hafal. Seterusnya dapatan dalam ujian ini juga menunjukkan sepuluh sampel telah mencapai tahap baik. Mereka didapati telah berjaya menghafal di antara 26 hingga 31 nilai murni yang terdapat di dalam carta. Pencapaian sampel yang memberangsangkan ini membuktikan bahawa tindakan 1 saya yang menggunakan kaedah hafal dan ingat telah berjaya dilaksanakan untuk memastikan sampel boleh menyenaraikan nilai murni apabila diminta. Oleh yang demikian, objektif kajian saya yang pertama iaitu meningkatkan kemahiran mengingat, mengesan dan menulis ulasan nilai murni di kalangan murid telah berjaya dicapai. Tindakan 2 “Faham Konsep Anda Selamat” Melaui tindakan ini, sampel diberi pendedahan lengkap huraian tentang nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam dalam langkah pertama. Untuk terus menarik minat murid, saya telah menggunakan TMK (perisian power points). Penggunaan perisian power points didapati dapat merangsang minat dan motivasi sampel untuk terus belajar. Sampel berpeluang melihat, menyebut, membaca dan memberikan pendapat ketika aktiviti pengajaran ini berlangsung di dalam bilik ICT. Selain itu, 36
  • 37. sampel juga turut disediakan nota lengkap tentang huraian setiap nilai murni yang telah dihafal. Untuk tujuan pengukuhan, sampel juga dikehendaki melakukan aktiviti bertulis yang telah disediakan oleh saya.Tindakan 2 ini telah dilaksanakan pada 10 Julai 2012 hingga 24 Julai 2012. Teknik ini dilaksanakan selama lima sesi . Aktiviti 1 : Penjelasan konsep nilai murni dan huraiannya. Untuk melaksanakan aktiviti ini, saya telah menyediakan senarai lengkap nilai murni dan huraiannya kepada setiap sampel. Sampel diberi penjelasan tentang konsep ini melalui penggunaan ICT (“powerpoint”). Selain itu sampel juga disediakan senarai lengkap yang ditampal di dalam buku log mereka. Senarai itu perlu dibaca setiap hari untuk membolehkan mereka mentafsir maklumat yang terdapat di dalam petikan nanti. Melalui cara ini, sampel akan dapat memahami sepenuhnya konsep nilai murni yang perlu difahami sebelum dapat menulis ulasan yang berkualiti. Berikut adalah senarai nilai murni dan huraian lengkap yang telah disediakan oleh saya di dalam aktiviti 1 ini. NILAI PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA RAJIN Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan TOLONG-MENOLONG Membantu ibu pergi ke kedai/membasuh pinggan/mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru di sekolah/ 37
  • 38. BEKERJASAMA bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh- sungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-sama/bergilir- gilir/bersepakat BAIK HATI Memaafkan kesalahan/menolong orang/menghulurkan derma/belanja kawan makan/tidak berdendam PEMURAH/ Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan makan/menolong/membantu/berkongsi… MURAH HATI bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta benda JUJUR orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan. AMANAH Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/ secara sukarela RELA/SANGGUP BERKORBAN MENGHARGAI MASA Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan MENGHARGAI / Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/ MEMBALAS JASA memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit PRIHATIN Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma /menyumbang/mengutipsampah di atas lantai/menegur BERDISIPLIN Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang. MENJAGA KEBERSIHAN Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas rumput/membakar sampah 38
  • 39. MENJAGA KESIHATAN Makan makanan berkhasiat/ makanan seimbang/bersukan/berjoging/bermain badminton MENJAGA KESELAMATAN Berhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang ke kiri dan kanan/memakai topi keledar SEMANGAT PATRIOTIK Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/ melawat Tugu Negara/tempat bersejarah TABAH/SABAR/ Tidak kecewa dengan kematian/kesusahan/dugaan/diejek/dihina/di CEKAL buli PERAMAH/MUDAH MESRA Bertanya khabar/menyapa kawan IKHLAS Menolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan KASIH SAYANG/ SIMPATI Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin RASIONAL Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya TAAT / PATUH Mengikut arahan/nasihat ibu bapa/guruMengikut peraturan SEMANGAT Gotong-royong kenduri / ziarah jiran BERMASYARAKAT/ sakitZiarah kematian – ucap takziahBeri KEJIRANAN makanan kepada jiran / tolong jiran BERTANGGUNGJAWAB Memulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas / menegur perbuatan negatif BERDIKARI Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut KEBEBASAN Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan, mencadangkan sesuatu… Merendah diri/tidak sombong/tidak bermegah-megah/berkongsi kejayaan BERSIKAP SEDERHANA 39
  • 40. dengan ibu bapa/guru BIJAKSANA /BIJAK BERFIKIR Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu /BIJAK MEMBUAT setelah berfikir. KEPUTUSAN BERWAWASAN / BERCITA- Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah CITA TINGGI / BERJIWA nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke BESAR menara gading/ ingin menjadi doctor Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu yang DEDIKASI berfaedah / bekerja dengan bersunggguh- sungguh Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh BERDIKARI kasut BERTOLERANSI / BERTOLAK Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam ANSUR pensel kepada kawan/ tidak berasa marah atas tindakan rakan / tidak mengambil hati MEMPUNYAI JATI DIRI Tahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi cubaan/rintangan/kesusahan BERANI Menyatakan kebenaran / tolong orang lemas / berlawan dengan penjahat / penjenayah / mempertahankan diri HORMAT / MENGHORMATI Memberi salam / ucapan selamat/ menyapa seseorang dengan baik / bangun apabila guru masuk ke dalam kelas. Aktiviti 2 Di dalam aktiviti ini, saya telah membimbing sampel tentang cara-cara hendak menulis ulasan berdasarkan nilai-nilai murni yang disenaraikan. Sampel dibimbing cara-cara menulis ayat yang betul. Penggunaan “kita mesti”, “kita hendaklah”, “kita seharusnya” dan “kita perlu” didedahkan kepada sampel untuk membolehkan mereka menulis ayat-ayat yang betul ketika membuat ulasan lengkap. Selain diberi pendedahan, saya juga menyuruh sampel membina ayat-ayat berdasarkan nilai murni 40
  • 41. yang saya berikan kepada mereka. Berikut adalah contoh-contoh ayat yang perlu ditulis oleh sampel ketika membuat ulasan nilai murni. Saya telah membimbing sampel menulis ayat-ayat yang sesuai berdasarkan petikan yang dibaca untuk mengelakkan ulasan yang terpesong. Saya telah memberikan banyak latihan membina ayat berdasarkan nilai murni yang didapati di dalam petikan. Bil Nilai Murni Cara menulis Ayat 1. Hormat-menghormati Kita mesti hormat dan taat kepada ibu bapa / guru / orang yang lebih tua. 2. Tolong-menolong / bantu- Kita perlu membantu ibu bapa meringankan membantu beban rnereka. Kita perlu membantu murid-murid / adik yang lemah dalam pelajaran. Kita perlu membantu orang yang menghadapi kesusahan/ bermasalah 3. Bertanggungjawab Kita mesti bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas/ rumah / alam sekitar kita. Kita mesti bertanggungjawab menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Kita mesti menjadi seorang anak / murid yang bertanggungjawab. 4. Menjaga kebersihan Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan rumah / sekolah / tempat tinggal / diri sendiri 5 Menjaga kesihatan Kita mesti sentiasa menjaga kesihatan diri dengan makan makanan berkhasiat 6 Mendengar nasihat Kita mesti mendengar nasihat guru / ibu bapa / orang lain. 7 Hemah tinggi Kita mesti bergaul mesra dengan semua orang. Kita mesti berbudi bahasa dalam pergaulan. Kita mesti mengakui kesalahan diri serta sanggup berubah. 8 Kasih sayang Kita mesti bersikap sayangkan diri sendiri / orang lain. Kita mesti bangga dan taat setia kepada negara. 9 Baik hati Kita mesti bersikap belas kasihan terhadap kesusahan orang lain. Kita mesti bertimbang rasa terhadap kesusahan orang lain. Kita mesti bermurah hati memberi bantuan kepada orang lain. 41
  • 42. Kita sanggup meminta dan memberi maaf kepada orang lain. 10. Kita mesti bersikap adil membuat sesuatu Keadilan perkara. 11. Bersopan santun Kita perlu bersopan santun kepada guru / ibu bapa / rakan/ orang yang lebih tua. 12. Menghargai masa Kita mesti menghargai masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 13. Berjimat-cermat Kita perlu berjimat-cermat dengan wang / bekalan air / bekalan elektrik. 14 rajin Kita perlu rajin membaca untuk lulus dengan cemerlang. 15 Jujur Kita perlu bersikap jujur melakukan sesuatu dengan tidak bercakap bohong. 16 Berhati-hati Kita merti berhati-hati pada setiap masa / di jalan raya / semasa bekerja. 17 Kesyukuran Kita perlu bersyukur dapat hidup dengan aman. Kita perlu mengenang jasa ibu bapa / guru kita. 18 Bertolak ansur Kita perlu bertolak ansur antara satu dengan yang lain. 19 Berterima kasih Kita perlu mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan. 20 Kejiranan Kita perlu bersikap kejiranan terhadap jiran tetangga. 21 Kesederhanaan Kita perlu bersikap kesederhanaan pada setiap masa. 22 Berdisiplin Kita mesti berdisiplin pada setiap masa. 23 Semangat patriotik Kita perlu cinta akan negara dan bersyukur kerana negara kita aman damai. Kita hendaklah berdiri tegak ketika menyanyikan lagu “Negaraku”. 24 Berani Kita perlu bersikap berani menghadapi cabaran/ masalah. 25 Mematuhi peraturan Kita mesti mematuhi peraturan pada setiap masa. 26 Bekerjasama Kita perlu sentiasa bekerjasama melakukan sesuatu kerja. Aktiviti 3 42
  • 43. Di dalam aktiviti 3, saya telah menyediakan latihan bertulis yang perlu dijawab oleh sampel. Sampel dikehendaki menyatakan nilai murni berdasarkan ayat yaang telah disediakan oleh saya. Didapati kebanyakan sampel kajian saya telah berjaya menyenaraikan nilai-nilai murni berdasarkan ayat-ayat yang saya sediakan di dalam lembaran kerja. Saya telah menggunakan pencapaian sampel di dalam aktiviti 3 ini untuk melihat hasil dapatan tindakan 2. Contoh latihan 1 Bil Penyataan Nilai murni 1 Setiap hari Ali membasuh sendiri pakaian sekolahnya. 2 Setelah tiada kereta yang lalu barulah Abu melintas jalan raya. 3 Mamat mengucapkan terima kasih kepada pemuda yang menolongnya. 4 Samad menyerahkan dompet yang dijumpai di tepi jalan kepada gurunya. 5 Azaha bangun tidur setelah jam locengnya berbunyi. 6 Kasim menolong jirannya yang baru berpindah rumah. 7 Setiap malam Ramli mengulangkaji pelajarannya sehingga jam 11.00 malam. 8 Zuki berdiri tegak ketika menyanyikan lagu “Negaraku”. 9 Asmara tidak memarahi adik lelakinya yang selaku bersikap nakal itu. 10 Shamsudin berkongsi bekalan dengan rakannya yang terlupa membawa wang ke sekolah. Contoh Soalan Ujian 43
  • 44. Keputusan Ujian Tindakan 2 Berikut merupakan keputusan pencapaian sampel kajian berdasarkan ujian yang diadakan di akhir tindakan 2. Bil Sampel Jawapan Peratus Betul 1 1 16 80 2 2 14 70 3 3 16 80 4 4 20 100 5 5 20 100 6 6 16 80 7 7 18 90 8 8 20 100 9 9 16 80 10 10 20 100 11 11 14 70 12 12 20 100 13 13 16 80 44
  • 45. 14 14 20 100 Markah/Purata 246/280 87.8 GRED 0 2 12 120 100 80 60 100 100 100 100 100 100 40 90 80 80 80 80 80 70 70 20 0 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14 Rajah 6: Analisa Pencapaian Sampel Dalam Ujian Tindakan 2 Keputusan ujian tindakan 2 menunjukkan bahawa terdapat seramai dua belas (85.7%) sampel telah berjaya mencapai tahap pencapaian cemerlang manakala dua (14.3%) sampel lagi mencapai tahap baik. Seramai enam sampel kajian saya iaitu sampel 4, sampel 5, sampel 8, sampel 10, sampel 12 dan sampel 14 telah berjaya 45
  • 46. mendapat markah 100%. Ini menunjukkan tahap pemahaman mereka terhadap nilai murni telah berada di tahap yang terbaik hasil tindakan yang telah dilakukan oleh saya. Sampel berkenaan didapati telah memahami huraian tentang tentang konsep nilai-nilai murni. Sampel 2 dan sampel 11 pula hanya berjaya mendapat masing- masing 70%. Sampel ini didapati masih belum dapat memahami sepenuhnya konsep nilai murni apabila disoal oleh saya. Saya akan terus menjalankan usaha-usaha seterusnya untuk memastikan dua sampel ini dapat menguasai kemahiran ini. Purata keseluruhan markah yang berjaya dicapai bagi ujian tindakan 2 adalah 87.8%. Purata ini merupakan peningkatan sebanyak 13.9% berbanding ujian tindakan 1 yang diadakan sebelum ini. Peningkatan ini membuktikan bahawa penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran saya telah berjaya. Sampel kelihatan berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dilaksanakaan. Dapatan ujian tindakan 2 ini membuktikan bahawa kaedah pengajaran menggunakan TMK adalah kaedah yang paling berkesan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid- murid untuk mengesan dan menulis ulasan nilai-nilai murni. Tindakan 3 “Kerap Jangan Tak Kerap” Aktiviti ini melibatkan latih tubi menulis nilai murni dan telah dilaksanakan pada 29 Julai 2012 hingga 13 Ogos 2012. Teknik ini telah dijalankan selama 7 sesi sepanjang tempoh dua minggu dan dilaksanakan selepas waktu sekolah.Melalui tindakan ketiga ini, saya telah menyediakan beberapa set soalan yang berkaitan dengan latihan menulis ulasan. Terdapat tiga langkah dalam tindakan 3 ini. 46
  • 47. Dalam langkah pertama, sampel diminta membaca beberapa contoh ulasan yang telah siap. Sebanyak lima set contoh jawapan telah disediakan untuk dibaca oleh sampel. Dalam langkah kedua pula, sampel didedahkan dengan teknik menggaris ayat-ayat yang mempunyai nilai murni, mengenalpasti nilai murni dan seterusnya mencatat lima nilai murni di tepi petikan. Saya menggunakan tiga sesi pengajaran untuk melatih sampel supaya menjadi mahir mengesan nilai murni yang terdapat di dalam petikan yang dibaca.Akhir sekali, dalam langkah ketiga barulah sampel dibimbing untuk menulis ulasan berdasarkan nilai-nilai murni yang telah mereka senaraikan di dalam langkah kedua tadi. Sampel dibimbing langkah demi langkah menulis ulasan sehinggalah selesai. Selain itu sampel juga dilatih menulis ulasan berpandukan ayat yang tidak lengkap. Untuk tujuan pengukuhan, saya elah menyediakan tujuh set petikan yang berbeza untuk membolehkan sampel membuat latihan lanjutan bagi tujuan peneguhan kemahiran menulis ulasan. 47
  • 48. Gambar 4 : Latih tubi terancang sedang dijalankan Keputusan Ujian Tindakan 3 Jadual 44: Markah pencapaian ujian tindakan 3 Bil Sampel Skor Markah Peratus 1 1 17 65 2 2 15 60 3 3 17 65 4 4 18 75 5 5 16 80 6 6 17 55 7 7 18 60 8 8 17 65 9 9 16 70 10 10 18 60 11 11 15 65 12 12 18 75 13 13 17 70 14 14 20 80 Markah/Purata 186/280 67.5 48
  • 49. 90 80 70 60 50 40 75 80 75 80 65 65 65 70 65 70 30 60 55 60 60 20 10 0 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14 Rajah 6: Analisa Pencapaian Sampel Dalam Ujian Tindakan 3 Berdasarkan data di dalam jadual dan rajah di atas, didapati markah purata yang berjaya dicapai oleh sampel kajian hanya 67.5 peratus sahaja. Pencapaian sampel dalam ujian tindakan 3 didapati merosot. Ini adalah kerana sampel dikehendaki menulis sendiri ulasan berdasarkan petikan yang disediakan. Seramai dua belas sampel didapati tidak dapat menyenaraikan lima nilai murni yang terdapat di dalam petikan. Namun begitu, sampel 5 dan sampel 14 yang masing-masing mendapat markah 80 peratus didapati boleh menulis ulasan dengan baik. Hasil dapatan daripada ujian tindakan 3 ini menunjukkan bahawa kebanyakan sampel masih belum dapat menguasai sepenuhnya kemahiran mengesan dan menulis ulasan nilai-nilai murni. Sebagai contohnya sampel 6 hanya berjaya menyenaraikan tiga nilai murni sahaja ketika ujian tindakan 3 ini dijalankan. Lain-lain nilai murni yang dinyatakan oleh sampel 6 didapati tidak betul. Sampel 6 perlu dibimbing dengan lebih giat lagi untuk membolehkannya mengesan nilai murni yang tepat selepas ini. Di samping itu juga saya dapati sampel 6 kerap tidak masuk ke kelas kajian saya. Selain itu, sampel 6 juga ada beberapa kali tidak menyiapkan latihan yang diberikan oleh saya. Situasi ini berbeza jika dibandingkan dengan semangat 49
  • 50. yang ditunjukkan oleh sampel 4, sampel 5, sampel 9, sampel 12 ,sampel 13 dan sampel 14. Keenam-enam sampel ini telah menunjukkan minat yang tinggi ketika disuruh membuat latihan yang saya berikan. Sebab itulah enam sampel ini telah berjaya mencapai markah yang tinggi dan hampir tinggi ketika sesi Tindakan 3 ini dujalanka. Oleh yang demikian, saya akan terus menjalankan usaha-usaha untuk memastikan sampel kajian yang lemah ini dapat terus dibimbing untuk meningkatkan pencapaian mereka. Kaedah Pengumpulan Data Kaedah Pemerhatian Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, saya dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Saqya berperanan sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Dengan menggunakan kaedah ini, saya perlu memerhati sampel-sampel dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku 50
  • 51. agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih. Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai. Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan. Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat. Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh. 51
  • 52. Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku. Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan. Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati. Temu bual Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan. Bagaimana pun, perlu ditegaskan bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam pengutipan data dalam penyelidikan kuantitatif. Contohnya, guru menemu bual murid-murid yang didapati kerap tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi.Teknik temu bual boleh dijalankan di dalam bilik darjah. Temu bual melibatkan perbualan antara penyelidik dengan guru atau murid bagi tujuan mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam penyelidikan tindakan guru selaku penyelidik, akan menemu bual murid tentang sikap, minat, perasaan, konsepsi, pengetahuan, pendapat atau pemahaman mereka tentang pengajaran yang dilalui. Guru mungkin menemu bual mereka 52
  • 53. sebelum, semasa atau di akhir pengajaran atau mana-mana kombinasi yang didapati sesuai. Melalui temu bual, data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat diperkukuh dan diperlengkapkan. Ini dimaksudkan sebagai “triangulasi” yang bertujuan untuk mengesah data atau maklumat yang diperoleh. Data-data yang dikumpulkan di dalam kajian tindakan ini adalah berdasarkan markah-markah yang didapati di dalam beberapa siri ujian yang dijalankan oleh saya melalui ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pos. Data-data yang didapati ini dianalisis dari setiap aspek untuk mengesan sebarang peningkatan pencapaian sampel yang dijadikan bahan kajian ini. Data-data yang didapati di dalam ujian berkenaan akan dibuat perbandingan berdasarkan angka-angka dengan prestasi sebenar sampel. Data yang berjaya saya kumpulkan itu dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah. Berdasarkan data-data yang berjaya dikumpulkan itu saya membuat analisis secara terperinci bagi setiap sampel yang menjadi bahan kajian saya. Data- data yang dianalisis itu boleh dijadikan ukuran adakah tindakan yang saya lakukan terhadap sampel itu berjaya atau sebaliknya. DAPATAN DAN REFLEKSI 53
  • 54. ANALISIS DATA Perbandingan Pencapaian Dalam Ujian Tindakan 1, Tindakan 2 dan Tindakan 3. Jadual 7: Rekod pencapaian ujian tindakan 1,2 dan 3. BIL SAMPLE T1 T2 T3 PURATA 1 S1 75 80 65 73.3 2 S2 77.5 70 60 69.2 3 S3 70 80 65 71.6 4 S4 75 100 75 83.3 5 S5 82.5 100 80 83.3 6 S6 70 80 55 68.3 7 S7 65 90 60 71.6 8 S8 80 100 65 81.6 9 S9 85 80 70 78.3 10 S10 62.5 100 60 74.2 11 S11 70 70 65 71.6 12 S12 72.5 100 75 85.8 13 S13 70 80 70 78.3 14 S14 80 100 80 86.6 PERATUS 73.9% 87.8% 67.5% 76.4% KESELURUHAN 120 100 80 60 40 20 0 Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3 54
  • 55. 100 87.8 73.9 76.4 80 67.5 60 40 20 0 TINDAKAN 1 TINDAKAN 2 TINDAKAN 3 PURATA Rajah 5: Purata markah dalam ujian Tindakan 1, Tindakan 2 dan Tindakan 3. Jadual 7 menunjukkan data-data yang dikumpul daripada keputusan Ujian Tindakan 1, Ujian Tindakan 2 dan Ujian Tindakan 3. Didapati semua sampel telah mengalami peningkatan di dalam ujian yang saya jalankan itu. Dalam Ujian Tindakan 1, saya dapati semua sampel telah mengalami peningkatan pencapaian di mana tiada lagi sampel yang berada di tahap pencapaian lemah sebagaimana ketika menduduki ujian diagnostik dahulu. Ketika Ujian Tindakan 1 diadakan, markah purata yang berjaya dicapai oleh sampel kajian saya ialah 73.9 peratus.Semua sampel telah berada pencapaian memuaskan. Markah-markah yang diperolehi oleh mereka adalah di antara 6 hingga 10 . Peningkatan ini sungguh membanggakan saya kerana saya dapati para sampel telah mula mengingati nilai-nilai murni yang sepatutnya dihafal oleh setiap murid sekolah rendah. Berdasarkan pemeriksaan kertas jawapan ujian tindakan 1, saya dapati kebanyakan sampel boleh menyenaraikan di antara 10 hingga 15 nilai murni yang perlu dituliskan pada kertas jawapan. Oleh yang demikian, saya akan meneruskan strategi untuk memastikan sampel menghafal nilai- nilai murni sepenuhnya. Peratus pencapaian markah keseluruhan sampel bagi ketiga-tiga ujian ialah 76.4 peratus. Pencapaian ini menunjukkan bahawa objektif pertama saya iaitu 55
  • 56. meningkatkan kemahiran murid mengingat , mengesan dan menulis ulasan nilai-nilai murni di kalangan murid tahun enam telah berjaya dicapai. Namun begitu saya masih perlu menggiatkan usaha-usaha lain untuk memastikan sampel kajian saya benar- benar menguasai kemahiran mengingat, mengesan dan menulis ulasan nilai murni. Saya perlu meminta sampel menghafal semula senarai nilai murni yang perlu diingat oleh setiap murid di sekolah rendah khasnya untuk murid tahap dua. Saya berpendapat selagi senarai nilai murni gagal diingat sepenuhnya, selagi itulah murid- murid gagal menjawab dengan cemerlang soalan bahagian C ini. UJIAN POS Ujian pos telah dijalankan oleh saya pada 18 Oktober 2012. Ujian pos merupakan ujian akhir untuk menilai pencapaian akhir sampel kajian saya. Keputusan ujian pos ini akan digunakan oleh saya untuk menilai keberkesanan kaedah pengajaran yang digunakan oleh saya ketika menjalankan penyelidikan tindakan ini. Kesemua sampel telah diuji menggunakan soalan yang diambil daripada ujian akhir tahun. Para sampel telah diasingkan daripada murid-murid lain untuk mengelakkan sebarang gangguan ketika mereka menjawab soalan ujian pos ini. Saya meminta para sampel menjawab soalan sebaik mungkin untuk 56
  • 57. membolehkan mereka mendapat markah yang setinggi mungkin. Di dalam ujian ini didapati sampel telah berusaha menjawab soalan yang diberikan dengan penuh teliti. Saya sungguh berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh para sampel. Gambar 4: Sampel sedang menjalani ujian pos. Jadual 8: Markah dan peratus pencapaian ujian pos BIL NAMA MARKAH PERATUS GRED 1 S1 12 60 B 2 S2 14 70 B 3 S3 14 70 B 4 S4 16 80 A 5 S5 16 80 A 6 S6 12 60 B 7 S7 11 55 C 8 S8 13 65 B 9 S9 13 65 B 10 S10 13 65 B 11 S11 14 70 B 12 S12 16 80 A 13 S13 13 65 B 14 S14 16 80 A PURATA PENCAPAIAN 68.9% KESELURUHAN 57
  • 58. 90 80 80 80 80 80 70 70 65 70 65 70 60 65 65 60 55 60 50 40 30 20 10 0 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14 Rajah 7 : Peratus Pencapaian sampel dalam ujian pos Rajah 7 di atas menunjukkan markah pencapaian sampel dalam ujian pos yang dijalankan dijalankan oleh saya untuk melihat pencapaian akhir sampel setelah tiga jenis tindakan selesai dijalankan. Berdasarkan keputusan ujian pos didapati peratusan keseluruhan markah pencapaian sampel adalah 68.9 peratus. Purata markah bagi ujian pos didapati telah meningkat berbanding Ujian Tindakan 3 tetapi lebih rendah berbanding Ujian Tindakan 2. Ketika ujian pos dijalankan, saya menggunakan soalan percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2012. Seramai empat sampel iaitu sampel 4, sampel 5, sampel 12 dan sampel 14 telah berjaya mendapat markah 80 peratus. Keempat-empat sampel ini didapati telah berjaya menyenaraikan lima nilai murni yang terdapat di dalam petikan. Mereka juga boleh menulis ulasan dengan cemerlang. Sampel 2, sampel 3 dan sampel 11 pula berjaya mendapat markah 70 peratus. Ketiga-tiga sampel ini hanya berjaya menyenaraikan empat nilai murni yang didapati di dalam petikan. Ayat-ayat yang dibina pula dalam tahap pencapaian baik. Terdapat juga sampel yang mendapat markah di antara 60 hingga 65 peratus. Sampel-sampel berkenaan ialah sampel 1, sampel 6, sampel 8, sampel 9, sampel 10 dan sampel 13. Saya dapati sampel-sampel berkenaan berjaya menyenaraikan nilai murni tetapi ulasan yang ditulis kurang tepat dengan perkara yang terdapat di dalam 58
  • 59. petikan. Oleh yang demikian mereka gagal mendapat markah yang tinggi. Manakala sampel 7 pula mempunyai masalah tidak dapat mengesan nilai murni. Dia hanya dapat menyenarai 2 nilai murni sahaja ketika menulis ulasan. Nilai-nilai murni lain yang diberi didapati kurang tepat. Sampel ini juga didapati masih tidak dapat ingat sepenuhnya 40 nilai murni yang terdapat didalam carta nilai murni. Analisa Perbandingan Pencapaian Ujian Pos dan Ujian Pra Jadual 9: Perbandingan markah ujian pra dan ujian pos BIL NAMA PRA 3 UJIAN POS PENINGKATAN MARKAH % MARKAH % PENCAPAIAN MARKAH 1 S1 14 70 17 85 15 2 S2 13 65 17 85 20 3 S3 14 70 16 80 10 4 S4 14 70 16 80 10 5 S5 14 70 15 75 5 6 S6 13 65 17 85 20 7 S7 13 65 15 75 10 8 S8 13 65 17 85 20 9 S9 12 60 13 65 5 10 S10 14 70 16 75 5 11 S11 12 60 14 70 10 12 S12 13 65 15 75 10 13 S13 14 70 17 85 15 14 S14 15 75 16 80 5 JUMLAH MARKAH 188 221 33 59
  • 60. 230 221 220 210 188 200 190 180 170 UJIAN PRA UJIAN POS Rajah 9 :Perbezaan jumlah markah di antara dua ujian Jadual 9 dan Rajah 10 menunjukkan perbezaan markah pencapaian sample dalam ujian pra dan ujian pos. Markah keseluruhan sampel yang berjaya dikumpul di dalam ujian pra ialah 188. Ketika ujian pos dijalankan, telah berlaku peningkatan markah keseluruhan kepada 221. Peningkatan markah yang berlaku adalah sebanyak 33 markah. Peningkatan ini merupakan satu keputusan positif di dalam kajian tindakan yang saya jalankan ini. Saya dapati sampel telah benar-benar faham tentang cara-cara menulis nilai murni. 60
  • 61. 90 85 85 85 85 85 80 80 80 80 80 75 75 75 75 70 70 70 70 70 70 70 70 65 65 65 65 65 65 60 60 60 50 40 30 20 10 0 Ujian pra S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14 Rajah 10: Perbandingan markah ujian pra dan ujian pos Kajian yang saya jalankan ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Hasil dari segi pelaksanaan yang telah saya jalankan didapati sample telah menguasai kemahiran mengesan nilai murni di dalam teks yang dibaca dengan baik. Buktinya, pencapaian sampel dalam ujian pos juga menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Berdasarkan ketiga-tiga strategi yang dujalankan, strategi “Mari Hafal Nilai Murni” telah dikuasai oleh sampel . Hal ini kerana, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat menarik minat sampel untuk melaksanakan aktiviti dengan bersungguh-sungguh. Tambahan pula aktiviti ini dilakukan dengan pelaksanaan ganjaran di mana saya memberikan hadiah kepada sample yang paling banyak dapat menyenaraikan nilai-nilai murni dalam tempoh yang ditetapkan. 61
  • 62. Perbandingan Kesesuaian Kaedah Pengajaran 100 87.8 90 80 73.9 67.5 70 60 50 40 30 20 10 0 TINDAKAN 1 TINDAKAN 2 TINDAKAN 3 Rajah 7: Purata markah pencapaian mengikut kaedah pengajaran Rajah 7 di atas merupakan purata markah pencapaian sampel di dalam tiga ujian yang dijalankan dalam tindakan 1, tindakan 2 dan tindakan 3. Saya telah menjalankan kaedah yang berbeza di setiap tindakan. Saya menggunakan kaedah menghafal di dalam tindakan 1. Didapati pencapaian keseluruhan dalam ujian tindakan 1 ialah 73.9 peratus. Ketika melaksanakan tindakan 2, saya telah menggunakan kaedah pengajaran berasaskan TMK. Purata markah pencapaian sampel telah meningkat kepada 87.8 peratus. Pencapaian ini menunjukkan kaedah yang sesuai digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mengingat, mengesan dan menulis nilai murni ialah kaedah pengajaran berasaskan TMK. Ini adalah kerana murid didapati lebih aktif, seronok dan bermotivasi ketika belajar. Oleh yang demikian, maka kaedah ini wajar selalu digunakan oleh semua guru untuk meningkatkan pencapaian murid masing-masing. 62
  • 63. KESIMPULAN Implikasi Kajian Kajian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa telah berlaku peningkatan pencapaian yang memberangsangkan.Peningkatan pencapaian tersebut dapat dilihat melalui dapatan kajian yang dilakukan. Peningkatan pencapaian yang berlaku adalah hasil kreativiti yang saya lakukan dala setiap tindakan. Berdasarkan kepada ketiga-tiga tindakan yang dijalankan, tindakan kedua iaitu “MAHANIMU” didapati berkesan kerana kaedah ini telah membantu sampel kajian saya lebih mengingati nilai-nilai murni. Setelah senarai nilai murni dihafal barulah murid boleh mengesan dan menyenaraikannya berdasarkan petikan yang dibaca. Oleh yang demikian, para guru perlulah menyuruh murid-murid di dalam kelasnya menghafal 40 nilai murni ini ketika murid berada di tahun empat lagi untuk memastikan mereka boleh menjawab soalan di bahagian C dengan cemerlang. Pelaksanaan tindakan yang kedua iaitu “Faham Konsep Anda OK” telah memberi kefahaman yang lebih kepada sampel kerana sampel telah boleh mengaitkan ayat dengan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam ayat. Kaedah yang dijalankan oleh saya menggunakan TMK didapati telah menyebabkab sampel kajian mudah faham tentang konsep nilai murni berbanding cara biasa yang digunakan oleh guru. Oleh itu para pendidik perlu menggunakan ICT untuk membantu mereka mengajar dengan lebih berkesan dan disukai oleh murid. 63
  • 64. “Kerap Jangan Tak Kerap” yang merupakan tindakan ketiga saya berbentuk latih tubi terancang pula didapati telah memberi peluang kepada sampel tentang teknik yang betul menulis ulasan lengkap. Melalui kaedah ini, sampel telah dilatih membaca dahulu petikan sehingga faham, menggaris ayat yang mempunyai kaitan dengan nilai murni, menyenarai lima nilai murni dan seterusnya barulah mula menulis ulasan lengkap dalam satu perenggan. Sampel yang dilatih menggunakan beberapa set contoh petikan berkaitan nilai-nilai murni didapati semakin mahir menulis ulasan apabila latihan diberi kepada mereka. Oleh itu para guru perlu menggunakan kaedah latih tubi untuk memahirkan murid-murid melakukan sesuatu. Cadangan Penambahbaikan Cadangan yang saya jalankan telah berjaya dilaksanakan dan setiap tindakan yang digunakan telah membantu sampel untuk menangani masalah mengesan nilai murni di dalam petikan dan menulis ulasan.Namun demikian, terdapat cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pengkaji seterusnya berkaitan dengan masalah pembinaan ayat berdasarkan gambar ini. Model yang saya gunakan sewaktu menjalankan kajian ini ialah Model Kajian Kemmis & Mc Taggard (1988). Saya dapati penggunaan satu gelung kajian sahaja telah memadai untuk meningkatkan keupayaan sampel dalam mengesan dan menulis ulasan nilai murni.Namun demikian, pengkaji boleh meneruskan kajian mereka dengan mengambil tindakan susulan iaitu gelungan kedua jika dapatan yang diperolehi tidak memuaskan atau tidak berjaya. 64
  • 65. Sementara itu, para pengkaji boleh menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seperti video, audio,internet, laman sesawang dan pelbagai lagi pelaksanaan tindakan yang dirancang. Melalui kajian yang dijalankan, hanya bahanbahan maujud dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar(BBM). Penggunaan BBM yang maujud ini bukan bermaksud tidak berkesan dalam pengajaran, namun dengan penggunaan medium TMK dalam kajian, satu inovasi dalam pendidikan akan berjaya dilaksanakan. Saya telah menggunakan kaedah pengajaran beramai-ramai. Kaedah pengajaran ini sememangnya memudahkan guru. Namun begitu, faktor tahap kognitif sampel yang berbeza-beza menyebabkan isi pengajaran dan pembelajaran agak terganggu. Sampel yang lemah telah mengganggu konstrentasi sampel lain untuk belajar. Pada masa akan datang, para pengkaji boleh menggunakan kaedah pembelajaran secara berpasangan. Sampel yang lemah akan dibimbing oleh guru dan seorang lagi sampel yang agak cemerlang. Cadangan Kajian Lanjutan Kajian lanjut yang dicadangkan ialah agar pengkaji seterusnya dapat menggunakan responden dalam jumlah yang lebih besar serta datang dari pelbagai jenis kelas yang memilki kognitif yang berbeza. Hal ini akan memberikan hasil dapatan yang lebih menyeluruh serta dapat mewakili pelbagai latar belakang sampel sama ada dari segi kelas sosial atau tahap pencapaian murid. 65