SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  8
PENGENALAN
Wacana merupakan sebuah kesatuan lengkap melebihi batas-batas ayat. Dalam
bidang penulisan, wacana dianggap dapat memenuhi sesebuah ciri penulisan yang
lengkap. Ini kerana, wacana menyediakan kesemua ciri yang melengkapi bagi
sesebuah penulisan. Di dalam wacana, terkandung koheren dan kohesi di samping
kewujudan penanda-penanda wacana tertentu bagi menghasilkan sesebuah
penulisan yang lengkap. Tuntasnya, kewujudan wacana menentukan kelangsungan
sesebuah penulisan yang baik dan bermutu.

9.1 Definisi Wacana
KAMUS DEWAN EDISI BARU (1993), menjelaskan wacana bererti:
-Ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan -
Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa


Kesimpulan daripada takrifan-takrifan di atas terdapat lapan unsur penting wacana , iaitu:

1. Satuan bahasa
2. Terlengkap / terbesar / tertinggi kedudukannya
3. Mengatasi ayat / klausa
4. Teratur / tersusun rapi / rasa koheren (kepautan)
5. Berkesinambungan
6. Rasa kohesi (kesepaduan)
7. Dalam bentuk lisan / tulisan
8. Mempunyai permulaan dan penutup

Ciri-ciri Wacana :

1. Mempunyai koheren (pertautan: ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan lain
dan isi dengan isi yang lain.
2. mempunyai kohesi (kesepaduan): ketepatan seluruh isi-isi yang dikemukakan fokus
kepada tajuk atau isu yang diketengahkan. 3. mempunyai tujuan bagi menentukan jenis
wacana,penggunaan ayat. 4. Bermaklumat: tiap-tiap ayat mesti mempunyai maklumat
baru yang tidak terdapat dalam ayat sebelumnya. 5. Diterima khalayak/audiens:
penerimaan tinggi jika pembaca atau pendengar memahami sepenuhnya wacana itu dan
mempunyai tujuan yang sama.
6. Berlandaskan hubungan: penutur dengan pendengar, penulis dengan pembaca. 7.
Mempunyai andaian dan inferens: inferens memberikan maklumat baru kepada andaian.
8. Mempunyai gaya: bersahaja atau tidak bersahaja, rasmi atau tidak rasmi,
mempengaruhi pemilihan laras bahasa, ayat, penggunaan dialek. 9. Mesti memasukkan
maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal dan tidak bertentangan dengan
maklumat yang ada dalam ayat sebelumnya.
AKTIVITI 9.2
Buat perbincangan berikut:
1. Ciri-ciri wacana yang paling dominan dalam melakari penulisan yang baik.
9.3 Jenis-jenis Wacana
1. Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan
2. Berdasarkan pengungkapan: wacana langsung dan tidak langsung
3. Berdasarkan

Jenis-jenis Wacana

1. Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan
2. Berdasarkan pengungkapan: wacana langsung dan tidak langsung
3. Berdasarkan bentuk: wacana prosa, puisi dan dramai


Wacana adalah satuan bahasa yang lengkap sehingga dalam hirarki gramatikal
merupakan satuan gramatikal tertinggi atau terbesar. Sebagai satuan bahasa yang
lengkap, terdapat konsep, gagasan, fikiran atau idea yang utuh, yang boleh difahami oleh
pembaca dan pendengar tanpa sebarang keraguanpun. Ini bererti wacana dibentuk dari
ayat atau ayat-ayat yang memenuhi syarat gramatikal, serta syarat kewacanaannya yang
lain. Pensyaratannya akan dapat dipenuhi sekiranya wacana itu sudah terbina yang
disebut kekohesian, iaitu adanya keserasian hubungan antara unsur-unsur yang ada dalam
wacana tersebut. Apabila wacana itu kohesif, akan terciptalah kekohesian iaitu isi wacana
yang benar.
Contohnya:
Fadil dan Nizam pergi ke kedai buku. Dia ingin membeli Kamus Dewan yang terbaharu.
Wacana itu tidak kohesif kerana kata ganti nama diri dia tidak jelas untuk menunjukkan
kepada siapa, sama ada Fadil atau Nizam yang ingin membeli kamus tersebut atau
perkataan dia itu merujuk kepada kedua-duanya sekali. Jika ayat tersebut ingin ditujukan
kepada kedua-duanya seharusnyalah perkataan dia digantikan dengan perkataan mereka.
Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa wacana itu tidak koherens.


Alat Wacana
Sesuatu wacana akan disebut baik sekiranya wacana itu kohesif dan koherens.
Untuk mendapatkan wacana yang kohesif dan koherens,ia dapat digunakan dengan
pelbagai alat wacana, baik yang berupa aspek gramatikal maupun yang berupa
aspek semantik atau gabungan kedua-dua itu sekali. Alat-alat gramatikal yang dapat
digunakan untuk membuat sebuah wacana menjadi kohesif antaranya ialah:
Pertama penghubung ialah alat untuk menghubungkan bahagian-bahagian ayat
atau menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain. Dengan itu
penggunaan kata hubung ini menjadi ayat lebih eksplisit dan menjadi jelas jika
dibandingkan dengan ayat tanpa kata hubung seperti ayat:
Suami sakit. Isteri meninggal dunia.
Pada wacana ini, hubungan antara ayat pertama dan yang kedua tidak jelas.
Adakah ia satu hubungan penambahan, sebab dan akibat atau hubungan
kewaktuan. Hubungan akan menjadi jelas sekiranya diberi kata penghubung dan
menjadi wacana seperti berikut.
Contohnya:
i) Suami sakit dan isteri meninggal dunia.

ii) Suami sakit kerana isteri meninggal dunia.


Suami sakit. Oleh sebab itu isteri meninggal dunia.

iv) Suami sakit, sedangkan isteri meninggal dunia.
Kedua, kata yang menggunakan kata ganti diri dia, nya, mereka,ini, itu sebagai
rujukan anafora. Dengan menggunakan kata ganti diri sebagai rujukan anafora,
kalimat yang sama tidak perlu diulang. Melainkan digantikan dengan kata ganti diri
itu. Dengan itu ayat-ayat itu saling berhubungan.
Contohnya
i) Pelajar-pelajar tingkatan lima mula memasuki dewan peperiksaan.

ii) Mereka tenang untuk menjawab soalan peperiksaan.

iii) Fadil lemas di sungai. Beberapa orang cuba untuk menyelamatkannya.

iv) Awan tebal menutupi langit. Itu tanda hari nak hujan.

Ketiga, menggunakan ellipsis, iaitu menghilangkan beberapa bahagian tertentu yang
sama yang terdapat ayat yang lain. Dengan ellipsis, kerana tidak diulang bahagian
yang sama. Dengan itu, wacana itu kelihatan lebih efektif, dan penghilangan itu
sendiri menjadi alat penghubung dalam wacana tersebut.


Contohnya:
Kawan saya berbaju biru itu namanya Fadil, dia berasal dari Perak. Yang di hujung
sana namanya Nizam berasal dari Kuala Lumpur. Dan yang gadis itu bernama Nora
berasal dari Pulau Pinang.


Tanpa ellipsis wacana tersebut kelihatan tidak efektif, kerana terlalu banyak
menggunakan kata, dan kelihatan tidak ada perhubungan antara ayat yang satu
dengan yang lain. Setiap ayat tersebut berdiri dengan sendirinya.




PENANDA PENGHUBUNG

Selain dari keupayaan gramatikal, sesebuah wacana yang kohesif dan koheren
dapat juga dibuat dengan bantuan pelbagai aspek semantik. Antaranya:
Pertama, menggunakan kata hubung pertentangan pada ayat yang kedua yang
terdapat di dalam wacana itu. Contohnya
Semalam hari hujan dengan lebat sekali. Hari ini cerah pula.


Wacana dan Laras Bahasa|
Kedua, menggunakan hubungan generik-spesifik atau spesifik generik contohnya
Kerajaan telah cuba untuk menambah bilangan kenderaan awam dan sedaya upaya
mengurangkan jumlah bilangan kenderaan peribadi.
Ketiga, menggunakan hubungan antara ayat antara kedua-dua ayat tersebut.
Contohnya
Lapar sungguh lagaknya, seperti seminggu tidak makan.
Keempat, menggunakan hubungan sebab-akibat, contohnya
Dia malas. Seringkali dia ponteng kelas. Wajarlah jika ia gagal dalam peperiksaan.
Kelima, menggunakan hubungan tujuan di dalam isi sesebuah wacana, contohnya
Kelima-lima orang anaknya telah bersekolah. Dia tidak mahu terjadi seperti dirinya.
Keenam, menggunakan hubungan rujukan yang sama pada ayat atau pada dua ayat
dalam satu wacana. Contohnya
Kebakaran sering terjadi di Kuala Lumpur.Ia tidak mengira waktu sama ada siang
atau malam.
HIERARKI SATUAN WACANA
                                        WACANA
                                          AYAT
                                        KLAUSA
                                         FRASA
                                          KATA
                                        MORFEM
                                         FONEM
Berdasarkan rajah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa satu tahap yang lebih kecil
akan membentuk satuan yang lebih besar. Dengan itu fonem akan membentuk
morfem lalu morfem akan membentuk kata kemudian kata akan membentuk frasa
selanjutnya frasa membentuk klausa. Klausa seterusnya membentuk ayat. Dan
akhirnya ayat akan membentuk wacana.
Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi
komponen yang penting bagi wacana. Fonologi merupakan kajian mengenai
fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa,
binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang
ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan
tatabahasa sahaja. Tingkat-Wacana dan Laras Bahasa|tingkat fonem, morfem,
kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana
merupakan peringkat fungsi.


Sesuatu wacana merangkumi:

i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan,
percakapan'
ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah)
atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen).
Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.
Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:
a. pendahuluan
b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda
bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)
c. penutup
d. graf, jadual, peta dan statistik.


KOHESI DAN KOHEREN
Kohesi merupakan hubungan perkaitan antara proposisi yang dinyatakan secara
eksplisit oleh unsur gramatikal dan semantik dalam ayat yang membentuk wacana.
Contoh:
(a) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad?
(b) Dia memukul anaknya.
(c) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad?
(d) Jahanam itu memukul anaknya.
Proposisi dalam ayat (a) berkait dengan proposisi dalam ayat (b), dan perkaitan itu
diwujudkan dalam bentuk penggunaan kata ganti nama dia yang merujuk Ahmad.
Pada ayat (d), perkaitan itu dinyatakan
Wacana dan Laras Bahasa| 9
dengan frasa jahanam itu yang dalam konteks normal mempunyai rujukan yang
sama, iaitu Ahmad. Perkaitan itu juga dapat dilihat pada kata kerja dilakukan dan
memukul yang mempunyai kesinambungan makna.
Kohesi biasanya diwujudkan melalui penggunaan kata yang maknanya berbeda
dengan makna kata yang ditujukkannya. Yang penting, kata yang digantikan dan
kata pengganti menuju pada rujukan yang sama. Contoh:
(a) Anak penyair terkenal itu semakin besar. Gadis itu kini belajar di sekolah asrama
penuh.
(b) Pak Abu telah turun ke laut pada waktu subuh lagi. Nelayan yang rajin dan gigih
itu bekerja dengan tidak mengenal jemu.
Anak penyair terkenal itu dan gadis itu mempunyai rujukan yang sama. Hubungan ini
dikatakan kohesi, dan kerananya juga mewujudkan koherensi. Demikian juga Pak
Abu dan nelayan memiliki acuan yang sama. Sehingga dapat dirumaskan bahawa
Pak Abu dan nelayan ialah orang yang sama. Ini dibantu pula oleh kehadiran kata
lain seperti laut yang membawa implikasi bahawa orang yang turun ke laut pada
waktu subuh untuk menangkap ikan ialah nelayan.
Koheren juga merupakan perkaitan antara proposisi, tetapi perkaitan itu tidak secara
eksplisit (nyata) dapat dilihat daripada ayat yang mengungkapkannya. Contoh:
(a) Angkat telefon itu, Jef!
(b) Aku sedang mandi, Mat!
(c) OK!
Dalam wawancara di atas (a), (b) dan (c), perkaitan antara proposisi tetap wujud,
tetapi tidak secara nyata memperlihatkan perkaitan gramatikal atau semantik.
Ayat (b) dapat ditafsirkan sebagai bentuk pendek daripada ayat Aku sedang mandi,
Mat!. Oleh itu, aku tidak dapat menjawab telefon itu. Sementara ayat (c) dapat
ditafsirkan sebagai OK! Kalau begitu, biar aku sahaja yang menjawabnya.




Perbezaan Kohesi dan Koheren


Perbedaan antara kohesi dengan koheren itu menunjukkan bahawa terdapat
wacana yang sekali gus hadir kohesi dan koherensi. Dan terdapat juga wacana yang
hadir koherensi, tetapi tidak kohesi. Sesuatu wacana tidak mungkin kohesi tanpa
koherensi. Untaian ayat yang kohesi tetapi tidak koherensi tidak mungkin
membentuk suatu wacana. Contoh:
(a) Siapakah yang dipukul oleh Ali?
(b) Ali memukul budak kecil itu.
Wacana dan Laras Bahasa| 10
Ayat (a) dan ayat (b) menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara gramatis
dengan semantik. Tetapi tidak koherensi kerana fokus pertanyaan ayat (a) ialah
siapa. Oleh itu, jawapan yang diharapkan ialah orang yang dipukul Ali. Dalam
keadaan biasa, ayat (b) seharusnya berbunyi budak kecil itu (yang dipukul oleh Ali),
dan bukannya Ali memukul budak kecil itu.


Anafora dan Catáfora
Anafora dan katafora ialah sejenis hubungan atau pertautan dalam wacana.
Anafora ialah hubungan antara kata ganti nama yang mengaju kepada kata sebenar.
Contoh:
(a) Apakah yang dipandang oleh emak?
(b) Dia memandang bulan di langit.
Dalam ayat di atas, dia mengaju kepada kata emak.
Katafora ialah hubungan antara kata ganti nama dengan nama sebenar yang
mengikutinya. Contoh:
(a) Dengan keretanya itu, Halimah menjelajah Malaysia.
(b) Halim membeli motosikal baharu, dan dengan motosikalnya itu,
Busro diajak mengelilingi bandar Kajang.
Dalam ayat (a), kata ganti nya mengacu kepada kata berikutnya, iaitu Halimah.
Dalam ayat (b), kata ganti nya tidak mengacu kepada Busro, tetapi Halim. Ini
dinamakan hubungan anafora.
    Laras Bahasa
Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau
konteks pengucapan.
Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa
mengikut bidang sesuatu wacana digunakan.
.


Wacana dan Laras Bahasa|


Contoh dalam bidang agama, politik, sains, sukan dan sebagainya.
Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.
Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.
Contoh: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek
ayat akan menghasilkan laras yang berbeza.
Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.
Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara
penyampaian, dan gaya penyampaian. Tiga Dimensi

Contenu connexe

Tendances

BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKAEddy Terinisip
 
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa MelayuAnalisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa MelayuIPGK Bahasa Melayu
 
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Nas Hafizah Nasrullah
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonanbunikshah
 
Ayat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iiAyat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iifiro HAR
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namafitri norlida
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologifitri norlida
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Ranjene Ramaya
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanAINNIEQ
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologinurul amyeza
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.HanaFitrah
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUcikguniza2012
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturSYIZIDAM BNK
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmMuhammad Syahir
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)PISMPBM20622AinNajwa
 

Tendances (20)

BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
 
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa MelayuAnalisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
 
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonan
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
Ayat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iiAyat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan ii
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa nama
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bm
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Teori psikolinguistik
Teori psikolinguistikTeori psikolinguistik
Teori psikolinguistik
 

Similaire à Nota wacana

Wacana dalam Bahasa Indonesia
Wacana dalam Bahasa IndonesiaWacana dalam Bahasa Indonesia
Wacana dalam Bahasa IndonesiaSiti Hardiyanti
 
BAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIABAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIAZURYATI1
 
Pengertian wacana
Pengertian wacanaPengertian wacana
Pengertian wacanafebrino
 
Bahasa melayu komunikatif (wacana)
Bahasa melayu komunikatif (wacana)Bahasa melayu komunikatif (wacana)
Bahasa melayu komunikatif (wacana)Tiv Sam
 
sandang kata
sandang katasandang kata
sandang kataMakarina
 
Wacana penulisan (tajuk 1)
Wacana penulisan (tajuk 1)Wacana penulisan (tajuk 1)
Wacana penulisan (tajuk 1)aisy27
 
Unsur unsur wacana
Unsur unsur wacanaUnsur unsur wacana
Unsur unsur wacanaAhyaniyani
 
Unsur unsur wacana
Unsur unsur wacanaUnsur unsur wacana
Unsur unsur wacanaAhyaniyani
 
Makalah Semantik dan Sintaksis dalam Bahasa Indonesia
Makalah Semantik dan Sintaksis dalam Bahasa IndonesiaMakalah Semantik dan Sintaksis dalam Bahasa Indonesia
Makalah Semantik dan Sintaksis dalam Bahasa IndonesiaRizzty Mennelz
 
Kumpulan 9 krb 3033
Kumpulan 9 krb 3033Kumpulan 9 krb 3033
Kumpulan 9 krb 3033absahharon
 
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.docx
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.docxPengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.docx
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.docxZukét Printing
 
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.pdf
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.pdfPengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.pdf
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.pdfZukét Printing
 
KOHESI DAN KOHERENSI DALAM WACANA.docx
KOHESI DAN KOHERENSI DALAM WACANA.docxKOHESI DAN KOHERENSI DALAM WACANA.docx
KOHESI DAN KOHERENSI DALAM WACANA.docxDevigraRestuanandaAn
 

Similaire à Nota wacana (20)

Wacana dalam Bahasa Indonesia
Wacana dalam Bahasa IndonesiaWacana dalam Bahasa Indonesia
Wacana dalam Bahasa Indonesia
 
ppt indo.pptx
ppt indo.pptxppt indo.pptx
ppt indo.pptx
 
Makalah Sintaksis Bahasa Indonesia
Makalah Sintaksis Bahasa IndonesiaMakalah Sintaksis Bahasa Indonesia
Makalah Sintaksis Bahasa Indonesia
 
BAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIABAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIA
 
Tugas bindo
Tugas bindoTugas bindo
Tugas bindo
 
Pengertian wacana
Pengertian wacanaPengertian wacana
Pengertian wacana
 
Relasi
RelasiRelasi
Relasi
 
Bahasa melayu komunikatif (wacana)
Bahasa melayu komunikatif (wacana)Bahasa melayu komunikatif (wacana)
Bahasa melayu komunikatif (wacana)
 
sandang kata
sandang katasandang kata
sandang kata
 
Makalah wacana
Makalah wacanaMakalah wacana
Makalah wacana
 
Wacana penulisan (tajuk 1)
Wacana penulisan (tajuk 1)Wacana penulisan (tajuk 1)
Wacana penulisan (tajuk 1)
 
Unsur unsur wacana
Unsur unsur wacanaUnsur unsur wacana
Unsur unsur wacana
 
Unsur unsur wacana
Unsur unsur wacanaUnsur unsur wacana
Unsur unsur wacana
 
Makalah Semantik dan Sintaksis dalam Bahasa Indonesia
Makalah Semantik dan Sintaksis dalam Bahasa IndonesiaMakalah Semantik dan Sintaksis dalam Bahasa Indonesia
Makalah Semantik dan Sintaksis dalam Bahasa Indonesia
 
Materi wacana
Materi wacanaMateri wacana
Materi wacana
 
Kumpulan 9 krb 3033
Kumpulan 9 krb 3033Kumpulan 9 krb 3033
Kumpulan 9 krb 3033
 
Kalimat Efektif
Kalimat EfektifKalimat Efektif
Kalimat Efektif
 
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.docx
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.docxPengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.docx
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.docx
 
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.pdf
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.pdfPengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.pdf
Pengertian Kalimat dan Klasifikasi Kalimat.pdf
 
KOHESI DAN KOHERENSI DALAM WACANA.docx
KOHESI DAN KOHERENSI DALAM WACANA.docxKOHESI DAN KOHERENSI DALAM WACANA.docx
KOHESI DAN KOHERENSI DALAM WACANA.docx
 

Dernier

1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DAbdiera
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............SenLord
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfEmeldaSpd
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptAfifFikri11
 
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptxTina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptxTINAFITRIYAH
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 

Dernier (20)

1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
 
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptxTina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 

Nota wacana

  • 1. PENGENALAN Wacana merupakan sebuah kesatuan lengkap melebihi batas-batas ayat. Dalam bidang penulisan, wacana dianggap dapat memenuhi sesebuah ciri penulisan yang lengkap. Ini kerana, wacana menyediakan kesemua ciri yang melengkapi bagi sesebuah penulisan. Di dalam wacana, terkandung koheren dan kohesi di samping kewujudan penanda-penanda wacana tertentu bagi menghasilkan sesebuah penulisan yang lengkap. Tuntasnya, kewujudan wacana menentukan kelangsungan sesebuah penulisan yang baik dan bermutu. 9.1 Definisi Wacana KAMUS DEWAN EDISI BARU (1993), menjelaskan wacana bererti: -Ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan - Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa Kesimpulan daripada takrifan-takrifan di atas terdapat lapan unsur penting wacana , iaitu: 1. Satuan bahasa 2. Terlengkap / terbesar / tertinggi kedudukannya 3. Mengatasi ayat / klausa 4. Teratur / tersusun rapi / rasa koheren (kepautan) 5. Berkesinambungan 6. Rasa kohesi (kesepaduan) 7. Dalam bentuk lisan / tulisan 8. Mempunyai permulaan dan penutup Ciri-ciri Wacana : 1. Mempunyai koheren (pertautan: ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan lain dan isi dengan isi yang lain. 2. mempunyai kohesi (kesepaduan): ketepatan seluruh isi-isi yang dikemukakan fokus kepada tajuk atau isu yang diketengahkan. 3. mempunyai tujuan bagi menentukan jenis wacana,penggunaan ayat. 4. Bermaklumat: tiap-tiap ayat mesti mempunyai maklumat baru yang tidak terdapat dalam ayat sebelumnya. 5. Diterima khalayak/audiens: penerimaan tinggi jika pembaca atau pendengar memahami sepenuhnya wacana itu dan mempunyai tujuan yang sama. 6. Berlandaskan hubungan: penutur dengan pendengar, penulis dengan pembaca. 7. Mempunyai andaian dan inferens: inferens memberikan maklumat baru kepada andaian. 8. Mempunyai gaya: bersahaja atau tidak bersahaja, rasmi atau tidak rasmi, mempengaruhi pemilihan laras bahasa, ayat, penggunaan dialek. 9. Mesti memasukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal dan tidak bertentangan dengan maklumat yang ada dalam ayat sebelumnya. AKTIVITI 9.2 Buat perbincangan berikut: 1. Ciri-ciri wacana yang paling dominan dalam melakari penulisan yang baik. 9.3 Jenis-jenis Wacana 1. Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan
  • 2. 2. Berdasarkan pengungkapan: wacana langsung dan tidak langsung 3. Berdasarkan Jenis-jenis Wacana 1. Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan 2. Berdasarkan pengungkapan: wacana langsung dan tidak langsung 3. Berdasarkan bentuk: wacana prosa, puisi dan dramai Wacana adalah satuan bahasa yang lengkap sehingga dalam hirarki gramatikal merupakan satuan gramatikal tertinggi atau terbesar. Sebagai satuan bahasa yang lengkap, terdapat konsep, gagasan, fikiran atau idea yang utuh, yang boleh difahami oleh pembaca dan pendengar tanpa sebarang keraguanpun. Ini bererti wacana dibentuk dari ayat atau ayat-ayat yang memenuhi syarat gramatikal, serta syarat kewacanaannya yang lain. Pensyaratannya akan dapat dipenuhi sekiranya wacana itu sudah terbina yang disebut kekohesian, iaitu adanya keserasian hubungan antara unsur-unsur yang ada dalam wacana tersebut. Apabila wacana itu kohesif, akan terciptalah kekohesian iaitu isi wacana yang benar. Contohnya: Fadil dan Nizam pergi ke kedai buku. Dia ingin membeli Kamus Dewan yang terbaharu. Wacana itu tidak kohesif kerana kata ganti nama diri dia tidak jelas untuk menunjukkan kepada siapa, sama ada Fadil atau Nizam yang ingin membeli kamus tersebut atau perkataan dia itu merujuk kepada kedua-duanya sekali. Jika ayat tersebut ingin ditujukan kepada kedua-duanya seharusnyalah perkataan dia digantikan dengan perkataan mereka. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa wacana itu tidak koherens. Alat Wacana Sesuatu wacana akan disebut baik sekiranya wacana itu kohesif dan koherens. Untuk mendapatkan wacana yang kohesif dan koherens,ia dapat digunakan dengan pelbagai alat wacana, baik yang berupa aspek gramatikal maupun yang berupa aspek semantik atau gabungan kedua-dua itu sekali. Alat-alat gramatikal yang dapat digunakan untuk membuat sebuah wacana menjadi kohesif antaranya ialah: Pertama penghubung ialah alat untuk menghubungkan bahagian-bahagian ayat atau menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain. Dengan itu
  • 3. penggunaan kata hubung ini menjadi ayat lebih eksplisit dan menjadi jelas jika dibandingkan dengan ayat tanpa kata hubung seperti ayat: Suami sakit. Isteri meninggal dunia. Pada wacana ini, hubungan antara ayat pertama dan yang kedua tidak jelas. Adakah ia satu hubungan penambahan, sebab dan akibat atau hubungan kewaktuan. Hubungan akan menjadi jelas sekiranya diberi kata penghubung dan menjadi wacana seperti berikut. Contohnya: i) Suami sakit dan isteri meninggal dunia. ii) Suami sakit kerana isteri meninggal dunia. Suami sakit. Oleh sebab itu isteri meninggal dunia. iv) Suami sakit, sedangkan isteri meninggal dunia. Kedua, kata yang menggunakan kata ganti diri dia, nya, mereka,ini, itu sebagai rujukan anafora. Dengan menggunakan kata ganti diri sebagai rujukan anafora, kalimat yang sama tidak perlu diulang. Melainkan digantikan dengan kata ganti diri itu. Dengan itu ayat-ayat itu saling berhubungan. Contohnya i) Pelajar-pelajar tingkatan lima mula memasuki dewan peperiksaan. ii) Mereka tenang untuk menjawab soalan peperiksaan. iii) Fadil lemas di sungai. Beberapa orang cuba untuk menyelamatkannya. iv) Awan tebal menutupi langit. Itu tanda hari nak hujan. Ketiga, menggunakan ellipsis, iaitu menghilangkan beberapa bahagian tertentu yang sama yang terdapat ayat yang lain. Dengan ellipsis, kerana tidak diulang bahagian yang sama. Dengan itu, wacana itu kelihatan lebih efektif, dan penghilangan itu sendiri menjadi alat penghubung dalam wacana tersebut. Contohnya:
  • 4. Kawan saya berbaju biru itu namanya Fadil, dia berasal dari Perak. Yang di hujung sana namanya Nizam berasal dari Kuala Lumpur. Dan yang gadis itu bernama Nora berasal dari Pulau Pinang. Tanpa ellipsis wacana tersebut kelihatan tidak efektif, kerana terlalu banyak menggunakan kata, dan kelihatan tidak ada perhubungan antara ayat yang satu dengan yang lain. Setiap ayat tersebut berdiri dengan sendirinya. PENANDA PENGHUBUNG Selain dari keupayaan gramatikal, sesebuah wacana yang kohesif dan koheren dapat juga dibuat dengan bantuan pelbagai aspek semantik. Antaranya: Pertama, menggunakan kata hubung pertentangan pada ayat yang kedua yang terdapat di dalam wacana itu. Contohnya Semalam hari hujan dengan lebat sekali. Hari ini cerah pula. Wacana dan Laras Bahasa| Kedua, menggunakan hubungan generik-spesifik atau spesifik generik contohnya Kerajaan telah cuba untuk menambah bilangan kenderaan awam dan sedaya upaya mengurangkan jumlah bilangan kenderaan peribadi. Ketiga, menggunakan hubungan antara ayat antara kedua-dua ayat tersebut. Contohnya Lapar sungguh lagaknya, seperti seminggu tidak makan. Keempat, menggunakan hubungan sebab-akibat, contohnya Dia malas. Seringkali dia ponteng kelas. Wajarlah jika ia gagal dalam peperiksaan. Kelima, menggunakan hubungan tujuan di dalam isi sesebuah wacana, contohnya Kelima-lima orang anaknya telah bersekolah. Dia tidak mahu terjadi seperti dirinya. Keenam, menggunakan hubungan rujukan yang sama pada ayat atau pada dua ayat dalam satu wacana. Contohnya Kebakaran sering terjadi di Kuala Lumpur.Ia tidak mengira waktu sama ada siang atau malam.
  • 5. HIERARKI SATUAN WACANA WACANA AYAT KLAUSA FRASA KATA MORFEM FONEM Berdasarkan rajah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa satu tahap yang lebih kecil akan membentuk satuan yang lebih besar. Dengan itu fonem akan membentuk morfem lalu morfem akan membentuk kata kemudian kata akan membentuk frasa selanjutnya frasa membentuk klausa. Klausa seterusnya membentuk ayat. Dan akhirnya ayat akan membentuk wacana. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. Tingkat-Wacana dan Laras Bahasa|tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi. Sesuatu wacana merangkumi: i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan' ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen). Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut: a. pendahuluan b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)
  • 6. c. penutup d. graf, jadual, peta dan statistik. KOHESI DAN KOHEREN Kohesi merupakan hubungan perkaitan antara proposisi yang dinyatakan secara eksplisit oleh unsur gramatikal dan semantik dalam ayat yang membentuk wacana. Contoh: (a) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad? (b) Dia memukul anaknya. (c) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad? (d) Jahanam itu memukul anaknya. Proposisi dalam ayat (a) berkait dengan proposisi dalam ayat (b), dan perkaitan itu diwujudkan dalam bentuk penggunaan kata ganti nama dia yang merujuk Ahmad. Pada ayat (d), perkaitan itu dinyatakan Wacana dan Laras Bahasa| 9 dengan frasa jahanam itu yang dalam konteks normal mempunyai rujukan yang sama, iaitu Ahmad. Perkaitan itu juga dapat dilihat pada kata kerja dilakukan dan memukul yang mempunyai kesinambungan makna. Kohesi biasanya diwujudkan melalui penggunaan kata yang maknanya berbeda dengan makna kata yang ditujukkannya. Yang penting, kata yang digantikan dan kata pengganti menuju pada rujukan yang sama. Contoh: (a) Anak penyair terkenal itu semakin besar. Gadis itu kini belajar di sekolah asrama penuh. (b) Pak Abu telah turun ke laut pada waktu subuh lagi. Nelayan yang rajin dan gigih itu bekerja dengan tidak mengenal jemu. Anak penyair terkenal itu dan gadis itu mempunyai rujukan yang sama. Hubungan ini dikatakan kohesi, dan kerananya juga mewujudkan koherensi. Demikian juga Pak Abu dan nelayan memiliki acuan yang sama. Sehingga dapat dirumaskan bahawa Pak Abu dan nelayan ialah orang yang sama. Ini dibantu pula oleh kehadiran kata lain seperti laut yang membawa implikasi bahawa orang yang turun ke laut pada waktu subuh untuk menangkap ikan ialah nelayan.
  • 7. Koheren juga merupakan perkaitan antara proposisi, tetapi perkaitan itu tidak secara eksplisit (nyata) dapat dilihat daripada ayat yang mengungkapkannya. Contoh: (a) Angkat telefon itu, Jef! (b) Aku sedang mandi, Mat! (c) OK! Dalam wawancara di atas (a), (b) dan (c), perkaitan antara proposisi tetap wujud, tetapi tidak secara nyata memperlihatkan perkaitan gramatikal atau semantik. Ayat (b) dapat ditafsirkan sebagai bentuk pendek daripada ayat Aku sedang mandi, Mat!. Oleh itu, aku tidak dapat menjawab telefon itu. Sementara ayat (c) dapat ditafsirkan sebagai OK! Kalau begitu, biar aku sahaja yang menjawabnya. Perbezaan Kohesi dan Koheren Perbedaan antara kohesi dengan koheren itu menunjukkan bahawa terdapat wacana yang sekali gus hadir kohesi dan koherensi. Dan terdapat juga wacana yang hadir koherensi, tetapi tidak kohesi. Sesuatu wacana tidak mungkin kohesi tanpa koherensi. Untaian ayat yang kohesi tetapi tidak koherensi tidak mungkin membentuk suatu wacana. Contoh: (a) Siapakah yang dipukul oleh Ali? (b) Ali memukul budak kecil itu. Wacana dan Laras Bahasa| 10 Ayat (a) dan ayat (b) menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara gramatis dengan semantik. Tetapi tidak koherensi kerana fokus pertanyaan ayat (a) ialah siapa. Oleh itu, jawapan yang diharapkan ialah orang yang dipukul Ali. Dalam keadaan biasa, ayat (b) seharusnya berbunyi budak kecil itu (yang dipukul oleh Ali), dan bukannya Ali memukul budak kecil itu. Anafora dan Catáfora
  • 8. Anafora dan katafora ialah sejenis hubungan atau pertautan dalam wacana. Anafora ialah hubungan antara kata ganti nama yang mengaju kepada kata sebenar. Contoh: (a) Apakah yang dipandang oleh emak? (b) Dia memandang bulan di langit. Dalam ayat di atas, dia mengaju kepada kata emak. Katafora ialah hubungan antara kata ganti nama dengan nama sebenar yang mengikutinya. Contoh: (a) Dengan keretanya itu, Halimah menjelajah Malaysia. (b) Halim membeli motosikal baharu, dan dengan motosikalnya itu, Busro diajak mengelilingi bandar Kajang. Dalam ayat (a), kata ganti nya mengacu kepada kata berikutnya, iaitu Halimah. Dalam ayat (b), kata ganti nya tidak mengacu kepada Busro, tetapi Halim. Ini dinamakan hubungan anafora. Laras Bahasa Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana digunakan. . Wacana dan Laras Bahasa| Contoh dalam bidang agama, politik, sains, sukan dan sebagainya. Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan. Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa. Contoh: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza. Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi. Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian. Tiga Dimensi