SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  20
1
1.0 PENDAHULUAN
Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita
memikirkan secara umum pengertian konsep, kaedah dan pengajaran. Secara tidak
lansung Woodruff (dalam Amin, 1987), mendefinisikan konsep sebagai berikut:
a. suatu gagasan yang relatif sempurna dan bermakna,
b. suatu pengertian tentang suatu objek,
c. produk subjektif yang berasal dari cara seseorang membuat pengertian terhadap
objek-objek atau benda-benda.
Kaedah pula mengikut mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan
(membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada
sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah
kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah
yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau
mengukus.
Kaedah mengikut Mangantar Simanjuntak (1982 ), kaedah adalah satu rencana
(prosedur ) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara
keseluruhanya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang digunakan.
Parera ( 1986 ) pula mengatakan, kaedah ialah satu rancangan menyeluruh
untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-
bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada
pendekatan.
Ishak Ramly (2006) pula berpendapat bahawa kaedah ialah satu rancangan
tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu
objektif pengajaran.
2
Pengajaran pula ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama
oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik
dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,
membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk
belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang
diperlukan.Diantara ciri-ciri Pengajaran mesti ada pihak yang telibar iaitu guru dan
murid, guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar ianya hanya bermakna
apabila ada pembelajaran.Pengajaran ialah proses yang melibatkan interaksi dua hala
dan kebiasaanya berlaku di suatu tempat yang formal dan tidak formal.
2.0 KAEDAH PENGAJARAN MENGIKUT PANDANGAN SARJANA PENDIDIKAN
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang
mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti
seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri
seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita,
perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain
storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau dan lain-lain lagi.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang
terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-
teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu
tidak berhasil. Sebagai contoh, katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah
bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang
dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan,
kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan "facial expression", serta
kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.
Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia
memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Sang
(1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu
3
cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia
merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang
sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.
Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah
penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah
kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.
Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih
dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan
Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita
kaset, maka ini dikatakan teknik.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.
Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya
bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk
memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah
kaedah. Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff
(1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan
Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu
ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri
penemuan, Forebel dan sebagainya.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran
yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula
mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar
bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk
mencapai obektif pengajaran.
4
Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah
itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara
tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar
bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak
mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long
(1981) dan lain-lain.
Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk
semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus
berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus
pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan
pelajar.
Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum
mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:
1. Kaedah mestilah secocok dengan tujuan dan matlamat pelajaran
2. Kaedah mestilah sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai.
3. kaedah juga mestilah sesuai dengan tabiat (nature ) pelajaran yang di ajar.
4. kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
5. kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6. mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan.
7. kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh
memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar,
malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan
cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran
5
dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah
pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula
dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.
Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan
strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu,
matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah
satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu
disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai
perkara-perkara berikut, iaitu:
1. Tujuan am (learning goa
2. Objektif pelajar (specific objective)
3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk
menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar
5. Penilaian(sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar
Kata Cangelosi (1992):
Learning goal is the overall purpose of the teaching unit. It indicates what
students are expected to learn.
Specific objective, define the learning goal. That is a number of specific
skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire. (ms. 24)
6
3.0 KAEDAH YANG DILAKSANAKAN OLEH GURU j-QAF DAN GPI
Tidak dinafikan kejayaan P&P Pendidikan Islam berkait rapat dengan kemahiran dan
peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas P&P yang perlu dikuasai meliputi
penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set induksi, penerapan
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), kemahiran menyoal dan
pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan.
Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan, pemahaman,
dan hafazan ayat al–Quran, akidah, ibadat, akhlak Islamiyyah, sirah, tokoh dan
tamadun Islam. Penguasaan dan penghayatan keseluruhan aspek ini mampu
membentuk pelajar menjadi insan soleh.Guru perlu mengaplikasikan kaedah
pengajaran yang berbeza dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang
berbeza.Gaya pembelajaran yang berbeza wujud daripada sifat perbezaan antara
individu dan nilai-nilai keunikan yang terdapat dalam diri setiap pelajar dalam usaha
mendapatkan ilmu. Guru perlu terlebih dahulu memahami gaya pembelajaran pelajar
sebelum menentukan jenis kaedah pengajaran yang akan digunakan. Melalui gaya
pembelajaran, guru berpeluang mengenal pasti segala kekuatan dan kelemahan setiap
pelajar.
Gaya pembelajaran adalah gambaran kepada ciri-ciri kognitif, efektif dan tingkah
laku fisiologikal seseorang pelajar dalam bertindak balas dengan apa yang ada di
persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran mempunyai perkaitan rapat dengan
persekitaran fizikal dan emosi pelajar. Penentuan kaedah pengajaran berdasarkan
gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar adalah penting dan perlu kerana
setiap pelajar mempunyai perbezaan dari sudut kekuatan, kelemahan, kebolehan,
minat dan kecenderungan. Kaedah yang berbeza memberi peluang kepada pelajar
bagi membuat aktiviti di dalam kelas secara bebas dan aktif, sama ada dengan aktiviti
perbincangan, pertukaran idea, pemindahan buah fikiran, keupayaan berhujah dan
mengeluarkan pendapat.
7
Di Sek. Keb. Temenggong Datuk Muip ini, diantara kaedah yang sering di
gunakan oleh GPI dan j-QAF adalah seperti kaedah Talaqqi dan Musyafahah, Tasmik
dan latih tubi bagi matapelajaran Tilawah Al-quran.Manakala bagi bidang Ulum Syariah
pula, kaedah seperti perbincangan, soal jawab, tunjuk cara, simulasi, bercerita,
lakonan dan latih tubi di gunakan dalam usaha menjayakan pencapaian objektif
pembelajaran pada tahap yang terbaik.Sedikit penerangan ringkas tentang kaedah
yang digunakan adalah sperti berikut :
3.1 Kaedah Talaqqi dan Mushafah
Kaedah ini melibatkan pembelajaran dua hala.Pelajar mesti berhadapan dengan
gurunya.Faktor ini sangat ditekankan supaya pelajar betul bagaimana makhraj dan sifat
– sifat huruf yang sebenarnya.Boleh diaplikasikan di dalam kelas dengan cara memberi
contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru
secara beramai-ramai atau guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid dan
murid mengikut contoh bacaan guru secara individu.Untuk menjadikan suasana
pembelajaran lebih menarik, boleh memperdengarkan bacaan ayat – ayat al-Quran dari
kaset atau bahan media yang lain. Carta ayat – ayat al-Quran pula boleh ditulis sama
ada di papan gulung atau kad manila dan sebagainya.
3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran
Kaedah Talaqqi adalah satu method yang seiring dengan pengajaran Al-Quran yang
mana Rasulullah juga secara terus menerus melaksanakan kaedah ini samada
bersama malaikat Jibril atau bersama sahabat.
Pengajaran di jalankan semasa dalam kelas dengan guru menggunakan
pelbagai cara samada menggunakan Bahan Bantu Belajar ( BBM ) seperti kad
imbasan, carta ayat, slaid tayangan, audio( kaset/CD), visual ( televisyen) dan
sebagainya.Keadaan akan lebih terkawal apabila terdapatnya guru j-Qaf yang bersama-
sama guru GPI melaksanakan P&P pada satu kelas yang sama.
8
3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Kaedah Talaqqi dan Mushafahah
Namun begitu, masih terdapat beberapa kelemahan yang dapat di pantau dari
pelaksanaan kaedah ini.Diantaranya ialah :
Pertama : Masa yang singkat iaitu 60 minit atau 1 jam tidak mencukupi bagi murid -
murid menguasai keseluruhan isi pelajaran pada satu masa.Berwuduk sebelum bacaan
ikut guru (BIG) juga mengambil masa yang agak lama.
Kedua : Bilangan murid yang agak ramai juga merupakan kelemahan yang patut di beri
perhatian kerana sebahagian sahaja dari kalangan murid yang pandai mengambil
kesempatan.Murid yang lemah akan ketinggalan dalam pelajaran kerana guru tidak
berkesempatan untuk memberi perhatian kepada semua murid.
Ketiga: Sukatan pelajaran atau program bacaan ikut guru dan masa mengambil wuduk
terlalu lama sehingga mencuri masa untuk belajar.Ketidaktepatan masa boleh
menyebabkan sesi pembelajaran terganggu.
Diantara cadangan yang dapat dikongsilkan adalah seperti :
Pertama : Menggunakan tafsir Al-quran adalah lebih fleksibel.Wuduk itu penting tetapi
untuk pembelajaran adalah lebih senang jika menggunakan tafsir.
Kedua : Bilangan murid kurang menjadi masalah sekarang kerana ia dapat di
bahagikan kepada kumpulan kecil diantara GPI dan j-Qaf.
Ketiga :Sukatan seharusnya menekankan kepada pembelajaran asas seperti hukum
tajwid dan cara bacaan yang betul seperti yang telah di laksanakan suatu masa dahulu.
9
3.2 Kaedah Tasmik
Semua murid hendaklah menggunakan buku Iqra’ yang dibekalkan oleh Kementerian
dan al-Quran Rasm Uthmani.Setiap murid perlu mempunyai guru tasmik yang dilantik
oleh pihak sekolah. Guru tasmik terdiri daripada guru j-QAF. Pihak sekolah boleh
melantik guru Pendidikan Islam dan guru akademik yang berkebolehan membaca Al-
Quran untuk terlibat dalam program ini. Murid yang telah khatam al-Quran boleh
menjadi pembantu kepada guru tasmik. Guru tasmik hendaklah membimbing bacaan
dan merekod bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan setiap kali ditasmik. Murid yang
masih tidak dapat menguasai Iqra’ dan bacaan al-Quran perlu dibimbing secara
berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuai seperti Kem Literasi al-
Quran, kelas tambahan dan sebagainya oleh guru j-QAF dan Guru Pendidikan Islam.
Setiap murid mesti memiliki Buku Rekod Bacaan al-Quran yang disediakan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia.Guru j-QAF hendaklah menilai dan mengesahkan
pencapaian murid sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam Buku Rekod Bacaan.
Guru j-QAF hendaklah memastikan murid-murid mendapat bimbingan dari guru tasmik
sebelum penilaian dilaksanakan. Murid dikehendaki membaca Al-Quran berdasarkan
agihan muka surat yang dicadangkan dalam agihan rancangan tahunan bacaan
individu di Lampiran A. Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa
terikat dengan agihan juzuk yang dicadangkan. Bagi melaksanakan agihan yang
dicadangkan, murid digalakkan membaca al-Quran setiap hari supaya mereka dapat
memberi tumpuan kepada kualiti bacaan. Ini penting terutama bagi murid yang belum
menguasai bacaan. Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada
masamasa yang sesuai (luar jadual waktu) seperti Waktu petang bagi sesi pagi, Waktu
pagi bagi sesi petang dan Waktu Kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah membuat
penilaian dan menyediakan laporan kepada JPN.
3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran
Pembelajaran dilaksanakan pada waktu petang iaitu pada hari isnin dan selasa bermula
jam 2 hingga 4 petang. Ianya melibatkan guru j-Qaf seramai 4 orang yang terlatih dan 2
orang yang masih dalam latihan.
10
3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi
Diantara kelemahan yang dapat diperhatikan ialah :
Pertama : Kehadiran murid pada waktu lepas sekolah adalah kurang menggalakkan.
Kedua : Bilangan murid yang agak ramai menyebabkan tempoh bacaan bagi setiap
seorang murid agak singkat.
Untuk mengatasi kelemahan yang telah di sebutkan, maka pihak guru telah
mengambil beberapa tindakan seperti :
Pertama : Kelas KAFA telah diadakan pada hari yang sama supaya murid tidak perlu
untuk datang pada hari yang berbeza.Tasmik kepada pelajar dijalankan secara
serentak dengan kelas KAFA dan murid dipanggil secara bergilir-gilir.
Kedua : Buku rekod bacaan dipantau agar murid yang masih di tahap rendah dapat
ditasmik pada waktu pagi atau pada waktu luang dalam kelas Pendidikan Islam.
3.3 Kaedah Perbincangan
Perbincangan memberi maksud memberi ulasan, pandangan, pendapat tentang
sesuatu perkara/tajuk; bertukar fikiran/idea; berkongsi maklumat. Perbincangan dapat
mengembangkan daya kognitif/mental dengan berfikir secara analitis, kritis dan logik;
mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi sosial, memupuk semangat
kerjasama dan toleransi. Walau bagaimanapun perbincangan jika tidak di kawal oleh
pemudahcara/pengerusi,ianya akan didominasi oleh segelintir mereka yang ”suka dan
berani” bercakap dan mengakibatkan pertelingkahan. Perbincangan boleh dilakukan
dalam mesyuarat, forum, seminar. Tujuan, perkara dan skop perbincangan diadakan
perlu dijelaskan oleh pengerusi kepada ahli-ahli terlibat. Perbincangan perlu diadakan
dalam suasana yang selesa (ruang, posisi tempat duduk, kemesraan dsbnya)
Perbincangan memerlukan bilangan ahli yang optima, mereka yang berpengetahuan
11
dan boleh menyumbang dalam perkara yang dibincangkan. Tajuk perbincangan harus
bersesuaian dengan pemikiran, pengalaman dan minat ahli; berfaedah kepada ahli-ahli;
tidak menimbulkan kontroversi dan sensitiviti; skop yang jelas dan khusus. Dalam P & P
Pendidikan Islam, perbincangan boleh digunakan dalam tajuk seperti diet seimbang,
pengguna dan konsumerisma dan pemilihan haiwan kesayangan.
3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran
Pembelajaran yang menggunakan kaedah ini biasanya dari bidang akhlak atau ulum
syariah.Kebiasanya tajuk yang melibatkan kehidupan seharian lebih diutamakan
menggunakan kaedah ini kerana guru ingin mengenalpasti pengetahuan sedia ada
murid tentang masalah atau isi pembelajaran yang akan dijalankan.
3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Kaedah Talaqqi dan Mushafahah
Diantara kelemahan pelaksanaan kaedah ini ialah :
Pertama : Murid yang lemah tidak terlibat secara aktif ketika sesi perbincangan yang di
pengerusikan oleh guru.
Kedua : Kurang minat atau sifat malu dalam diri menghalang murid untuk mengeluarkan
pendapat semasa sesi pembelajaran di jalankan.
Untuk mengatasi masalah ini guru telah mempraktikan perkara berikut :
Pertama : Murid yang lemah atau setiap orang pelajar mesti memberi satu idea tentang
tajuk yang dibincangkan.Secara tidak langsung murid yang juga berpeluang memberi
pendapat dan ianya mesti dihargai guru walaupun kurang tepat.
Kedua : Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan di jadikan pertandingan diantara
kumpulan kecil supaya murid lebih bersemangat.Murid yang memberi pendapat atau
melibatkan diri dengan baik dalam perbincangan akan diberi ganjaran.Penglibatan
setiap orang adalah wajib.
12
3.4 Kaedah Soal Jawab
Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah
bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping
dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk
mengesan pengetahuan berbahasa murid, menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif,
inovatif, logik dan kritis, untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan
yang diajar.Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan
pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
dinamik dan berkesan.
3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran
Pembelajaran dengan kaedah soal jawab sentiasa dilaksanakan dalam semua
matapelajaran dan tajuk di dalam kelas.Kaedah ini telah di gunakan oleh guru dengan
bersoal jawab mengenai pengetahuan yang sedia ada pada murid untuk dihubungkan
dengan isi pelajaran.Soal jawab juga dijalankan ketika ingin menguji tahap kefahaman
murid tentang isi pelajaran yang telah disampaikan oleh guru samada semasa atau
pada akhir pembelajaran.JAwapan murid secara tidak langsung akan dapat guru untuk
memperbaiki atau merangcang penambahabaikan dalam pembelajaran.
3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Kaedah Talaqqi dan Mushafahah
Walaupun soal jawab adalah kaedah yang biasa digunakan oleh guru didalam
kelas.Masih terdapat beberapa kelemahan yang dapat di kenalpasti dan di antaranya
ialah :
Pertama : Terdapat murid yang tidak bersedia atau
13
3.5 Kaedah Tunjuk Cara
Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu
aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di
hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.Cara ini
sesuai untuk Pendidikan Islam untuk menjalankan sesuatu aktiviti seperti berwuduk,
solat dan amalan fardhu Ain yang lain.Diantara ciri kaedah ini adalah seperti memberi
peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai
setelah melalui prosedur yang ditunjukkan. Membuat pelajar menguasai konsep dan
prinsip dengan mudah. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah
pelaksanaan sesuatu eksperimen meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan
sesuatu aktiviti. Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih
mudah dan kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran
baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran.Tiga jenis tunjukcara ialah
model hidup, model simbolik dan model persepsi.
3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran
Guru sebagai pemudahcara dalam sesi pembelajaran.Permulaan pelajaran guru
menunjukkan setiap langkah dengan berhati-hati dan dalam keadaan yang agak
tenang.Kemudian guru meminta murid yang telah dikenalpasti menunjukkan cara
seperti berwuduk atau bersolat kepada kawan-kawan.Selepas itu murid yang telah
menguasai menjadi pembantu guru dalam kumpulan kecil.Penilaian terakhir akan dinilai
oleh guru kepada murid secara rawak.
3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Kaedah Talaqqi dan Mushafahah
Diantara kelemahan yang di kenalpasti adalah :
Pertama : Tempat pembelajaran adakalanya tidak sesuai untuk amali seperti solat.
Kedua : Masa yang agak lama untuk menilai semua murid oleh seorang guru.
Dalam usaha menanggani masalah ini,beberapa cadangan telah di kenalpasti, iaitu:
14
Pertama : Pembelajaran di jalankan di bilik agama apabila amali solat diajar dan murid di bawa
ketempat wuduk apabila amali wuduk
Kedua : Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil yang diketuai oleh seorang pelajar
yang telah menguasai amali tersebut dan diminta menunjuk cara kepada rakan-rakan lain.
3.6 KaedahBercerita
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi
perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian
perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara
memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar
dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita
ialah seperti pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita
itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan
kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek
bahasa yang hendak disampaikan.
3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran
Kaedah ini adalah satu kaedah yang seringkali diminati oleh murid-murid.Kebiasaanya
guru akan menggunakan kaedah ini untuk menceritakan tentang keadaan seperti sirah
nabi dan juga perkaitan dengan akhlak muslim.Murid mendengar dan memberi
15
perhatian sebelum guru mengutarakan soalan yang berkaitan dengan cerita
tersebut.Adakalanya guru meminta murid menceritakan semula secara ringkas apa
yang telah di pelajari kepada kelas.
3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Kaedah Talaqqi dan Mushafahah
Kaedah ini menarik tetapi masih ada kelemahan yang agak ketara.Diantaranya ialah :
Pertama : Guru kurang mahir untuk bercerita dengan baik sehingga murid terpikat
sepenuhnya dengan pembelajaran.
Kedua : Guru lebih banyak bercerita dan murid tidak di beri peluang.
Bagi menanggani masalah ini, berikut adalah cadangannya:
Pertama : Guru mesti berlatih sebelum memulakan sesi pembelajaran supaya cerita
tersebut mempunyai isi pembelajaran dan dapat menarik perhatian pelajar.
Kedua :Guru membuat cerita ringkas dan diberikan kepada semua murid .Murid akan
dipanggil secara rawak untuk bercerita dihadapan dengan menggunakan intonasi dan
gaya yang terbaik.
3.7 Kaedah Latih Tubi
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin
kekekalannya.Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Pendidikan Islam. Boleh
digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,
ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami
proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya
dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Teknik ini dikenali juga
dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan
16
berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna
dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.
3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran
Sudah menjadi kebiasaanya kepada guru memberi latihan dan juga latih tubi soalan
kepada pelajar supaya murid akan dapat menguasai pemblajaran.Latihan akan
diberikan kepada pelajar setiap kali proses pembelajaran dan selepas selesai
pembelajaran. Latih tubi ini selalunya digunakan semasa kemahiran menghafaz dimana
murid diminta mengulangi ayat secara berulang-ulang dengan tujuan senang untuk
diingati.Fakta penting seperti rukun solat dan sebagainya juga menekankan latih tubi
dikalangan murid.
3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi
Kelemahan yang dapat dikenalpasti adalah seperti :
Pertama : Murid yang lemah membaca sukar untuk melatih tubi sendiri tugasan.
Kedua : Penglibatan murid sukar di kenalpasti.Ada murid yang bersahaja dan tidak
bersungguh untuk membuat latih tubi tersebut.
Cara mengatasi masalah ini adalah :
Pertama : Membuat latih tubi dalam kumpulan kecil dan setiap ahli kumpulan
mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang markah kepada kumpulan
mereka.Oleh yang demikian, Mereka terpaksa berusaha untuk markah kumpulan.
Kedua : Penilaian oleh ahli kumpulan dapat membantu untuk mengenalpasti pelajar
yang smbil lewa untuk melatih tubi tugasan yang diberikan.Markah individu akan dimerit
atau ditolak sekiranya telah dipersetujui oleh ahli kumpulan.
17
Setiap langkah, kaedah, teknik pengajaran memang tidak dapat lari dari
kelemahan.Namun sebagai seorang guru, mereka seharusnya memikirkan cara atau
kunci kepada pencapaian anak murid mereka di tahap yang terbaik.
4.0 CARA PELAKSANAAN PENGAJARAN AL-QURAN DI SEKOLAH DAN
MASALAH PELAKSANAANYA
Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah ketika nabi
berada di Gua Hirak di bukit Thur.Surah Al-Alaq ayat 1-5 telah diajar oleh malaikat Jiril
kepada baginda.Proses pengajaran ini adalah menggunakan kaedah Talaqqi dan
Mushafahah yang mana nabi berdepan secara terus dengan Malaikat Jibril.
Di sekolah ini juga,Kaedah Talaqqi dan Mushafahah telah menjadi method yang
utama.Adakalanya guru memggunakan carta ayat untuk di tunjukkan kepada murid
supaya lebih senang difahami.Namun begitu, pembelajaran semestinya bermula dari
mudah kepada yang lebih susah.Oleh yang demikian, bagi tilawah al-quran guru
mengajar kalimah sbelum mengajar ayat.Kelemahan bagi kaedah ini telah dibincangkan
pada bab yang lepas iaitu pada kaedah Talaqqi dan musyafahah.
Guru juga telah diarahkan untuk mengajar secara bacaan ikut guru (BIG)
mengikut arahan kementerian di bawah program j-Qaf.Pada pendapat saya,program ini
amat baik untuk pendedahan kepada murid.Namun masa yang diperuntukkan dan juga
penggunaan mashaf al-quran adalah kurang sesuai.Masa yang agak lama untuk
mengambil wuduk telah memendekkan masa pembelajaran.
Jika mengikut sukatan pelajaran, kandungan ayat yang mesti di habiskan setiap
kali pembelajaran juga agak banyak.Oleh yang demikian, ini akan membuatkan guru
kesuntukkan masa untuk aktiviti kumpulan seperti bacaan dalam kumpulan.
Kaedah yang ketiga ialah tasmik.Tasmik juga merupakan satu lagi agenda ang
selari dengan adanya j-Qaf.Kebiasaanya di sekolah ini, guru akan melaksanakan
18
tasmik pada waktu petang.Adakalanya kehadiran murid menjadi masalah kepada
penguasaanya dalam al-Quran.Kesemua guru j-Qaf akan terlibat dan pada hari yang
sama ada kelas Fardhu ain.Ini tidak menjadi masalah kerana murid akan dipanggil
secara bergilir-gilir untuk aktiviti tasmik dengan guru j-Qaf yang terbabit.
Penggunaan teknologi pandang dengar juga ada diaplikasikan dalam
pembelajaran al-Quran.Guru adakalanya menggunakan LCD atau persembahan power
point semasa mengajar.Ada juga guru yang menggunakan radio atau televisyen untuk
mengajar.Perkongsian tempat seperti surau boleh menjejaskan pembelajaran yang
melibatkan alatan seperti ini.Jika guru A mengajar dan Guru B bersama muridnya pada
tempat yang sama, sudah semestinya akan menganggu perhatian murid guru tersebut.
Pengajaran pendidikan islam seharusnya mendapat perhatian semua guru
terutamanya insan yang digelar Ustaz.Jadikan Proses ini sebagai satu wadah yang
mana kepentingannya bukan sahaja didunia, malah iannya akan memberi kesan
sehingga ke akhirat.Sentiasa mengenalpasti masalah dan sentiasa berfikir untuk
mencari jalan penyelesaian.Itu adalah satu tujuan yang baik yang mana seharusnya
mesti ada dalam diri setiap guru.Segala kelemahan harus diatasi dan segala kekuranga
mestilah diberi perhatian.
19
6.0 KESIMPULAN
Setelah selesai tugasan ini, maka didapati bahawa segala proses pengajaran dan
pembelajaran ada mempunyai perkaitan yang tidak dapat dipisahkan.Untuk mencapai
keputusan atau hasil pembelajaran yang baik, mestilah bermula dengan pengajaran
yang baik.
Pemilihan kaedah hendaklah dinilai sebelum P&P dijalankan agar ianya sesuai
dengan aras pelajar dan juga isi pelajaran.Pemilihan kaedah yang baik akan dapat
mempengaruhi proses P&P yang mana akan membawa satu keputusan yang amat
memuaskan.
Setiap kali selepas P&P, guru hendaklah muhasabah diri atau membuat refleksi
kerana ianya akan dapat membantu guru untuk membuat penambahbaikan atau
pemurnian kepada P&P yang telah dijalankan.Setiap pemurnian sudah pastinya akan
mengubah kesan kepada P&P yang mana diharapkan ianya membawa kesan yang
positif kepada semua pihak.
20
http://id.shvoong.com/writing-and-speaking/2035426-pengertian-
konsep/#ixzz1rKBcnEXU
http://www.slideshare.net/army_gulz87/pendekatan-kaedah-teknik-dan-strategi
http://www.teachersrock.net/pdkt.htm
http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-
kump-syafiq-presentation

Contenu connexe

Tendances

Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Kanageswary Karunamoothei
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Gulit Rukag
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
AFIFAH ABIDIN
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
firo HAR
 
Bengkel Pengukuhan Kefahaman KPPB.pptx
Bengkel Pengukuhan Kefahaman KPPB.pptxBengkel Pengukuhan Kefahaman KPPB.pptx
Bengkel Pengukuhan Kefahaman KPPB.pptx
IPG
 
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDINPsv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Norhaniza Taharuddin
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
Penny Chuah
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
zabidah awang
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
Ieta Sa'ad
 

Tendances (20)

Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Konsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjahKonsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjah
 
Komunikasi guru
Komunikasi guruKomunikasi guru
Komunikasi guru
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaran
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
 
WARNA MEMPENGARUHI MURID
WARNA MEMPENGARUHI MURIDWARNA MEMPENGARUHI MURID
WARNA MEMPENGARUHI MURID
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Bengkel Pengukuhan Kefahaman KPPB.pptx
Bengkel Pengukuhan Kefahaman KPPB.pptxBengkel Pengukuhan Kefahaman KPPB.pptx
Bengkel Pengukuhan Kefahaman KPPB.pptx
 
Topik 5 audio untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 5  audio untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 5  audio untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 5 audio untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDINPsv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
 

Similaire à Pedagogi

Nota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranNota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaran
share with me
 
55632188 isi-isi-sivik-good
55632188 isi-isi-sivik-good55632188 isi-isi-sivik-good
55632188 isi-isi-sivik-good
Rulz Zaman
 
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
OwesomePure Collection
 
25406882 strategi-p-p
25406882 strategi-p-p25406882 strategi-p-p
25406882 strategi-p-p
Hashim Omar
 
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pptx
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pptxpowerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pptx
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pptx
UpiHambuku
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Permata_An-Nur
 
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematikatugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
dea nindria imansari
 

Similaire à Pedagogi (20)

Nota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranNota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaran
 
55632188 isi-isi-sivik-good
55632188 isi-isi-sivik-good55632188 isi-isi-sivik-good
55632188 isi-isi-sivik-good
 
M 15
M 15M 15
M 15
 
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
A
AA
A
 
Ilmu pendidikan
Ilmu pendidikanIlmu pendidikan
Ilmu pendidikan
 
25406882 strategi-p-p
25406882 strategi-p-p25406882 strategi-p-p
25406882 strategi-p-p
 
Powerpoint strategi pembelajaran
Powerpoint strategi pembelajaranPowerpoint strategi pembelajaran
Powerpoint strategi pembelajaran
 
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pptx
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pptxpowerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pptx
powerpointstrategipembelajaran-131120022506-phpapp02.pptx
 
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
 
Definisi model, metode, pendekatan dan strategi pembelajaran
Definisi model, metode, pendekatan dan strategi pembelajaranDefinisi model, metode, pendekatan dan strategi pembelajaran
Definisi model, metode, pendekatan dan strategi pembelajaran
 
Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1
 
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematikatugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
 

Plus de Azmi Mohd Zain

Plus de Azmi Mohd Zain (10)

T1 pelaksanaan kurikulum pendidikan islam tahun 1
T1 pelaksanaan kurikulum pendidikan islam tahun 1T1 pelaksanaan kurikulum pendidikan islam tahun 1
T1 pelaksanaan kurikulum pendidikan islam tahun 1
 
Isi pelajaran
Isi pelajaranIsi pelajaran
Isi pelajaran
 
Bibliografi
BibliografiBibliografi
Bibliografi
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Rph isi ngajar
Rph isi ngajarRph isi ngajar
Rph isi ngajar
 
Skrap kakak
Skrap kakakSkrap kakak
Skrap kakak
 
Teks muhasabah 2
Teks muhasabah 2Teks muhasabah 2
Teks muhasabah 2
 
Jihad zaman rasulullah s.a.w
Jihad zaman rasulullah s.a.wJihad zaman rasulullah s.a.w
Jihad zaman rasulullah s.a.w
 
Sirah nabawiyah mustafa as-sibaie
Sirah nabawiyah  mustafa as-sibaieSirah nabawiyah  mustafa as-sibaie
Sirah nabawiyah mustafa as-sibaie
 
14 alasan-merindukan-ramadhan
14 alasan-merindukan-ramadhan14 alasan-merindukan-ramadhan
14 alasan-merindukan-ramadhan
 

Dernier

Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 

Dernier (20)

Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 

Pedagogi

  • 1. 1 1.0 PENDAHULUAN Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian konsep, kaedah dan pengajaran. Secara tidak lansung Woodruff (dalam Amin, 1987), mendefinisikan konsep sebagai berikut: a. suatu gagasan yang relatif sempurna dan bermakna, b. suatu pengertian tentang suatu objek, c. produk subjektif yang berasal dari cara seseorang membuat pengertian terhadap objek-objek atau benda-benda. Kaedah pula mengikut mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Kaedah mengikut Mangantar Simanjuntak (1982 ), kaedah adalah satu rencana (prosedur ) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhanya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang digunakan. Parera ( 1986 ) pula mengatakan, kaedah ialah satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian- bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan. Ishak Ramly (2006) pula berpendapat bahawa kaedah ialah satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.
  • 2. 2 Pengajaran pula ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.Diantara ciri-ciri Pengajaran mesti ada pihak yang telibar iaitu guru dan murid, guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar ianya hanya bermakna apabila ada pembelajaran.Pengajaran ialah proses yang melibatkan interaksi dua hala dan kebiasaanya berlaku di suatu tempat yang formal dan tidak formal. 2.0 KAEDAH PENGAJARAN MENGIKUT PANDANGAN SARJANA PENDIDIKAN Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau dan lain-lain lagi. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik- teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak berhasil. Sebagai contoh, katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Sang (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu
  • 3. 3 cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
  • 4. 4 Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: 1. Kaedah mestilah secocok dengan tujuan dan matlamat pelajaran 2. Kaedah mestilah sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai. 3. kaedah juga mestilah sesuai dengan tabiat (nature ) pelajaran yang di ajar. 4. kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar 5. kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru 6. mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan. 7. kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada. An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran
  • 5. 5 dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu: 1. Tujuan am (learning goa 2. Objektif pelajar (specific objective) 3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran 4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar 5. Penilaian(sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar Kata Cangelosi (1992): Learning goal is the overall purpose of the teaching unit. It indicates what students are expected to learn. Specific objective, define the learning goal. That is a number of specific skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire. (ms. 24)
  • 6. 6 3.0 KAEDAH YANG DILAKSANAKAN OLEH GURU j-QAF DAN GPI Tidak dinafikan kejayaan P&P Pendidikan Islam berkait rapat dengan kemahiran dan peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas P&P yang perlu dikuasai meliputi penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set induksi, penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), kemahiran menyoal dan pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan. Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan, pemahaman, dan hafazan ayat al–Quran, akidah, ibadat, akhlak Islamiyyah, sirah, tokoh dan tamadun Islam. Penguasaan dan penghayatan keseluruhan aspek ini mampu membentuk pelajar menjadi insan soleh.Guru perlu mengaplikasikan kaedah pengajaran yang berbeza dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.Gaya pembelajaran yang berbeza wujud daripada sifat perbezaan antara individu dan nilai-nilai keunikan yang terdapat dalam diri setiap pelajar dalam usaha mendapatkan ilmu. Guru perlu terlebih dahulu memahami gaya pembelajaran pelajar sebelum menentukan jenis kaedah pengajaran yang akan digunakan. Melalui gaya pembelajaran, guru berpeluang mengenal pasti segala kekuatan dan kelemahan setiap pelajar. Gaya pembelajaran adalah gambaran kepada ciri-ciri kognitif, efektif dan tingkah laku fisiologikal seseorang pelajar dalam bertindak balas dengan apa yang ada di persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran mempunyai perkaitan rapat dengan persekitaran fizikal dan emosi pelajar. Penentuan kaedah pengajaran berdasarkan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar adalah penting dan perlu kerana setiap pelajar mempunyai perbezaan dari sudut kekuatan, kelemahan, kebolehan, minat dan kecenderungan. Kaedah yang berbeza memberi peluang kepada pelajar bagi membuat aktiviti di dalam kelas secara bebas dan aktif, sama ada dengan aktiviti perbincangan, pertukaran idea, pemindahan buah fikiran, keupayaan berhujah dan mengeluarkan pendapat.
  • 7. 7 Di Sek. Keb. Temenggong Datuk Muip ini, diantara kaedah yang sering di gunakan oleh GPI dan j-QAF adalah seperti kaedah Talaqqi dan Musyafahah, Tasmik dan latih tubi bagi matapelajaran Tilawah Al-quran.Manakala bagi bidang Ulum Syariah pula, kaedah seperti perbincangan, soal jawab, tunjuk cara, simulasi, bercerita, lakonan dan latih tubi di gunakan dalam usaha menjayakan pencapaian objektif pembelajaran pada tahap yang terbaik.Sedikit penerangan ringkas tentang kaedah yang digunakan adalah sperti berikut : 3.1 Kaedah Talaqqi dan Mushafah Kaedah ini melibatkan pembelajaran dua hala.Pelajar mesti berhadapan dengan gurunya.Faktor ini sangat ditekankan supaya pelajar betul bagaimana makhraj dan sifat – sifat huruf yang sebenarnya.Boleh diaplikasikan di dalam kelas dengan cara memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai atau guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid dan murid mengikut contoh bacaan guru secara individu.Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, boleh memperdengarkan bacaan ayat – ayat al-Quran dari kaset atau bahan media yang lain. Carta ayat – ayat al-Quran pula boleh ditulis sama ada di papan gulung atau kad manila dan sebagainya. 3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Talaqqi adalah satu method yang seiring dengan pengajaran Al-Quran yang mana Rasulullah juga secara terus menerus melaksanakan kaedah ini samada bersama malaikat Jibril atau bersama sahabat. Pengajaran di jalankan semasa dalam kelas dengan guru menggunakan pelbagai cara samada menggunakan Bahan Bantu Belajar ( BBM ) seperti kad imbasan, carta ayat, slaid tayangan, audio( kaset/CD), visual ( televisyen) dan sebagainya.Keadaan akan lebih terkawal apabila terdapatnya guru j-Qaf yang bersama- sama guru GPI melaksanakan P&P pada satu kelas yang sama.
  • 8. 8 3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Kaedah Talaqqi dan Mushafahah Namun begitu, masih terdapat beberapa kelemahan yang dapat di pantau dari pelaksanaan kaedah ini.Diantaranya ialah : Pertama : Masa yang singkat iaitu 60 minit atau 1 jam tidak mencukupi bagi murid - murid menguasai keseluruhan isi pelajaran pada satu masa.Berwuduk sebelum bacaan ikut guru (BIG) juga mengambil masa yang agak lama. Kedua : Bilangan murid yang agak ramai juga merupakan kelemahan yang patut di beri perhatian kerana sebahagian sahaja dari kalangan murid yang pandai mengambil kesempatan.Murid yang lemah akan ketinggalan dalam pelajaran kerana guru tidak berkesempatan untuk memberi perhatian kepada semua murid. Ketiga: Sukatan pelajaran atau program bacaan ikut guru dan masa mengambil wuduk terlalu lama sehingga mencuri masa untuk belajar.Ketidaktepatan masa boleh menyebabkan sesi pembelajaran terganggu. Diantara cadangan yang dapat dikongsilkan adalah seperti : Pertama : Menggunakan tafsir Al-quran adalah lebih fleksibel.Wuduk itu penting tetapi untuk pembelajaran adalah lebih senang jika menggunakan tafsir. Kedua : Bilangan murid kurang menjadi masalah sekarang kerana ia dapat di bahagikan kepada kumpulan kecil diantara GPI dan j-Qaf. Ketiga :Sukatan seharusnya menekankan kepada pembelajaran asas seperti hukum tajwid dan cara bacaan yang betul seperti yang telah di laksanakan suatu masa dahulu.
  • 9. 9 3.2 Kaedah Tasmik Semua murid hendaklah menggunakan buku Iqra’ yang dibekalkan oleh Kementerian dan al-Quran Rasm Uthmani.Setiap murid perlu mempunyai guru tasmik yang dilantik oleh pihak sekolah. Guru tasmik terdiri daripada guru j-QAF. Pihak sekolah boleh melantik guru Pendidikan Islam dan guru akademik yang berkebolehan membaca Al- Quran untuk terlibat dalam program ini. Murid yang telah khatam al-Quran boleh menjadi pembantu kepada guru tasmik. Guru tasmik hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan setiap kali ditasmik. Murid yang masih tidak dapat menguasai Iqra’ dan bacaan al-Quran perlu dibimbing secara berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuai seperti Kem Literasi al- Quran, kelas tambahan dan sebagainya oleh guru j-QAF dan Guru Pendidikan Islam. Setiap murid mesti memiliki Buku Rekod Bacaan al-Quran yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.Guru j-QAF hendaklah menilai dan mengesahkan pencapaian murid sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam Buku Rekod Bacaan. Guru j-QAF hendaklah memastikan murid-murid mendapat bimbingan dari guru tasmik sebelum penilaian dilaksanakan. Murid dikehendaki membaca Al-Quran berdasarkan agihan muka surat yang dicadangkan dalam agihan rancangan tahunan bacaan individu di Lampiran A. Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat dengan agihan juzuk yang dicadangkan. Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan, murid digalakkan membaca al-Quran setiap hari supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada kualiti bacaan. Ini penting terutama bagi murid yang belum menguasai bacaan. Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada masamasa yang sesuai (luar jadual waktu) seperti Waktu petang bagi sesi pagi, Waktu pagi bagi sesi petang dan Waktu Kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah membuat penilaian dan menyediakan laporan kepada JPN. 3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Pembelajaran dilaksanakan pada waktu petang iaitu pada hari isnin dan selasa bermula jam 2 hingga 4 petang. Ianya melibatkan guru j-Qaf seramai 4 orang yang terlatih dan 2 orang yang masih dalam latihan.
  • 10. 10 3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Diantara kelemahan yang dapat diperhatikan ialah : Pertama : Kehadiran murid pada waktu lepas sekolah adalah kurang menggalakkan. Kedua : Bilangan murid yang agak ramai menyebabkan tempoh bacaan bagi setiap seorang murid agak singkat. Untuk mengatasi kelemahan yang telah di sebutkan, maka pihak guru telah mengambil beberapa tindakan seperti : Pertama : Kelas KAFA telah diadakan pada hari yang sama supaya murid tidak perlu untuk datang pada hari yang berbeza.Tasmik kepada pelajar dijalankan secara serentak dengan kelas KAFA dan murid dipanggil secara bergilir-gilir. Kedua : Buku rekod bacaan dipantau agar murid yang masih di tahap rendah dapat ditasmik pada waktu pagi atau pada waktu luang dalam kelas Pendidikan Islam. 3.3 Kaedah Perbincangan Perbincangan memberi maksud memberi ulasan, pandangan, pendapat tentang sesuatu perkara/tajuk; bertukar fikiran/idea; berkongsi maklumat. Perbincangan dapat mengembangkan daya kognitif/mental dengan berfikir secara analitis, kritis dan logik; mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi sosial, memupuk semangat kerjasama dan toleransi. Walau bagaimanapun perbincangan jika tidak di kawal oleh pemudahcara/pengerusi,ianya akan didominasi oleh segelintir mereka yang ”suka dan berani” bercakap dan mengakibatkan pertelingkahan. Perbincangan boleh dilakukan dalam mesyuarat, forum, seminar. Tujuan, perkara dan skop perbincangan diadakan perlu dijelaskan oleh pengerusi kepada ahli-ahli terlibat. Perbincangan perlu diadakan dalam suasana yang selesa (ruang, posisi tempat duduk, kemesraan dsbnya) Perbincangan memerlukan bilangan ahli yang optima, mereka yang berpengetahuan
  • 11. 11 dan boleh menyumbang dalam perkara yang dibincangkan. Tajuk perbincangan harus bersesuaian dengan pemikiran, pengalaman dan minat ahli; berfaedah kepada ahli-ahli; tidak menimbulkan kontroversi dan sensitiviti; skop yang jelas dan khusus. Dalam P & P Pendidikan Islam, perbincangan boleh digunakan dalam tajuk seperti diet seimbang, pengguna dan konsumerisma dan pemilihan haiwan kesayangan. 3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Pembelajaran yang menggunakan kaedah ini biasanya dari bidang akhlak atau ulum syariah.Kebiasanya tajuk yang melibatkan kehidupan seharian lebih diutamakan menggunakan kaedah ini kerana guru ingin mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid tentang masalah atau isi pembelajaran yang akan dijalankan. 3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Kaedah Talaqqi dan Mushafahah Diantara kelemahan pelaksanaan kaedah ini ialah : Pertama : Murid yang lemah tidak terlibat secara aktif ketika sesi perbincangan yang di pengerusikan oleh guru. Kedua : Kurang minat atau sifat malu dalam diri menghalang murid untuk mengeluarkan pendapat semasa sesi pembelajaran di jalankan. Untuk mengatasi masalah ini guru telah mempraktikan perkara berikut : Pertama : Murid yang lemah atau setiap orang pelajar mesti memberi satu idea tentang tajuk yang dibincangkan.Secara tidak langsung murid yang juga berpeluang memberi pendapat dan ianya mesti dihargai guru walaupun kurang tepat. Kedua : Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan di jadikan pertandingan diantara kumpulan kecil supaya murid lebih bersemangat.Murid yang memberi pendapat atau melibatkan diri dengan baik dalam perbincangan akan diberi ganjaran.Penglibatan setiap orang adalah wajib.
  • 12. 12 3.4 Kaedah Soal Jawab Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid, menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis, untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. 3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Pembelajaran dengan kaedah soal jawab sentiasa dilaksanakan dalam semua matapelajaran dan tajuk di dalam kelas.Kaedah ini telah di gunakan oleh guru dengan bersoal jawab mengenai pengetahuan yang sedia ada pada murid untuk dihubungkan dengan isi pelajaran.Soal jawab juga dijalankan ketika ingin menguji tahap kefahaman murid tentang isi pelajaran yang telah disampaikan oleh guru samada semasa atau pada akhir pembelajaran.JAwapan murid secara tidak langsung akan dapat guru untuk memperbaiki atau merangcang penambahabaikan dalam pembelajaran. 3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Kaedah Talaqqi dan Mushafahah Walaupun soal jawab adalah kaedah yang biasa digunakan oleh guru didalam kelas.Masih terdapat beberapa kelemahan yang dapat di kenalpasti dan di antaranya ialah : Pertama : Terdapat murid yang tidak bersedia atau
  • 13. 13 3.5 Kaedah Tunjuk Cara Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.Cara ini sesuai untuk Pendidikan Islam untuk menjalankan sesuatu aktiviti seperti berwuduk, solat dan amalan fardhu Ain yang lain.Diantara ciri kaedah ini adalah seperti memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah dan kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran.Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi. 3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Guru sebagai pemudahcara dalam sesi pembelajaran.Permulaan pelajaran guru menunjukkan setiap langkah dengan berhati-hati dan dalam keadaan yang agak tenang.Kemudian guru meminta murid yang telah dikenalpasti menunjukkan cara seperti berwuduk atau bersolat kepada kawan-kawan.Selepas itu murid yang telah menguasai menjadi pembantu guru dalam kumpulan kecil.Penilaian terakhir akan dinilai oleh guru kepada murid secara rawak. 3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Kaedah Talaqqi dan Mushafahah Diantara kelemahan yang di kenalpasti adalah : Pertama : Tempat pembelajaran adakalanya tidak sesuai untuk amali seperti solat. Kedua : Masa yang agak lama untuk menilai semua murid oleh seorang guru. Dalam usaha menanggani masalah ini,beberapa cadangan telah di kenalpasti, iaitu:
  • 14. 14 Pertama : Pembelajaran di jalankan di bilik agama apabila amali solat diajar dan murid di bawa ketempat wuduk apabila amali wuduk Kedua : Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil yang diketuai oleh seorang pelajar yang telah menguasai amali tersebut dan diminta menunjuk cara kepada rakan-rakan lain. 3.6 KaedahBercerita Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah seperti pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan. 3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah ini adalah satu kaedah yang seringkali diminati oleh murid-murid.Kebiasaanya guru akan menggunakan kaedah ini untuk menceritakan tentang keadaan seperti sirah nabi dan juga perkaitan dengan akhlak muslim.Murid mendengar dan memberi
  • 15. 15 perhatian sebelum guru mengutarakan soalan yang berkaitan dengan cerita tersebut.Adakalanya guru meminta murid menceritakan semula secara ringkas apa yang telah di pelajari kepada kelas. 3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Kaedah Talaqqi dan Mushafahah Kaedah ini menarik tetapi masih ada kelemahan yang agak ketara.Diantaranya ialah : Pertama : Guru kurang mahir untuk bercerita dengan baik sehingga murid terpikat sepenuhnya dengan pembelajaran. Kedua : Guru lebih banyak bercerita dan murid tidak di beri peluang. Bagi menanggani masalah ini, berikut adalah cadangannya: Pertama : Guru mesti berlatih sebelum memulakan sesi pembelajaran supaya cerita tersebut mempunyai isi pembelajaran dan dapat menarik perhatian pelajar. Kedua :Guru membuat cerita ringkas dan diberikan kepada semua murid .Murid akan dipanggil secara rawak untuk bercerita dihadapan dengan menggunakan intonasi dan gaya yang terbaik. 3.7 Kaedah Latih Tubi Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya.Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Pendidikan Islam. Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan
  • 16. 16 berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan. 3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Sudah menjadi kebiasaanya kepada guru memberi latihan dan juga latih tubi soalan kepada pelajar supaya murid akan dapat menguasai pemblajaran.Latihan akan diberikan kepada pelajar setiap kali proses pembelajaran dan selepas selesai pembelajaran. Latih tubi ini selalunya digunakan semasa kemahiran menghafaz dimana murid diminta mengulangi ayat secara berulang-ulang dengan tujuan senang untuk diingati.Fakta penting seperti rukun solat dan sebagainya juga menekankan latih tubi dikalangan murid. 3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Kelemahan yang dapat dikenalpasti adalah seperti : Pertama : Murid yang lemah membaca sukar untuk melatih tubi sendiri tugasan. Kedua : Penglibatan murid sukar di kenalpasti.Ada murid yang bersahaja dan tidak bersungguh untuk membuat latih tubi tersebut. Cara mengatasi masalah ini adalah : Pertama : Membuat latih tubi dalam kumpulan kecil dan setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang markah kepada kumpulan mereka.Oleh yang demikian, Mereka terpaksa berusaha untuk markah kumpulan. Kedua : Penilaian oleh ahli kumpulan dapat membantu untuk mengenalpasti pelajar yang smbil lewa untuk melatih tubi tugasan yang diberikan.Markah individu akan dimerit atau ditolak sekiranya telah dipersetujui oleh ahli kumpulan.
  • 17. 17 Setiap langkah, kaedah, teknik pengajaran memang tidak dapat lari dari kelemahan.Namun sebagai seorang guru, mereka seharusnya memikirkan cara atau kunci kepada pencapaian anak murid mereka di tahap yang terbaik. 4.0 CARA PELAKSANAAN PENGAJARAN AL-QURAN DI SEKOLAH DAN MASALAH PELAKSANAANYA Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah ketika nabi berada di Gua Hirak di bukit Thur.Surah Al-Alaq ayat 1-5 telah diajar oleh malaikat Jiril kepada baginda.Proses pengajaran ini adalah menggunakan kaedah Talaqqi dan Mushafahah yang mana nabi berdepan secara terus dengan Malaikat Jibril. Di sekolah ini juga,Kaedah Talaqqi dan Mushafahah telah menjadi method yang utama.Adakalanya guru memggunakan carta ayat untuk di tunjukkan kepada murid supaya lebih senang difahami.Namun begitu, pembelajaran semestinya bermula dari mudah kepada yang lebih susah.Oleh yang demikian, bagi tilawah al-quran guru mengajar kalimah sbelum mengajar ayat.Kelemahan bagi kaedah ini telah dibincangkan pada bab yang lepas iaitu pada kaedah Talaqqi dan musyafahah. Guru juga telah diarahkan untuk mengajar secara bacaan ikut guru (BIG) mengikut arahan kementerian di bawah program j-Qaf.Pada pendapat saya,program ini amat baik untuk pendedahan kepada murid.Namun masa yang diperuntukkan dan juga penggunaan mashaf al-quran adalah kurang sesuai.Masa yang agak lama untuk mengambil wuduk telah memendekkan masa pembelajaran. Jika mengikut sukatan pelajaran, kandungan ayat yang mesti di habiskan setiap kali pembelajaran juga agak banyak.Oleh yang demikian, ini akan membuatkan guru kesuntukkan masa untuk aktiviti kumpulan seperti bacaan dalam kumpulan. Kaedah yang ketiga ialah tasmik.Tasmik juga merupakan satu lagi agenda ang selari dengan adanya j-Qaf.Kebiasaanya di sekolah ini, guru akan melaksanakan
  • 18. 18 tasmik pada waktu petang.Adakalanya kehadiran murid menjadi masalah kepada penguasaanya dalam al-Quran.Kesemua guru j-Qaf akan terlibat dan pada hari yang sama ada kelas Fardhu ain.Ini tidak menjadi masalah kerana murid akan dipanggil secara bergilir-gilir untuk aktiviti tasmik dengan guru j-Qaf yang terbabit. Penggunaan teknologi pandang dengar juga ada diaplikasikan dalam pembelajaran al-Quran.Guru adakalanya menggunakan LCD atau persembahan power point semasa mengajar.Ada juga guru yang menggunakan radio atau televisyen untuk mengajar.Perkongsian tempat seperti surau boleh menjejaskan pembelajaran yang melibatkan alatan seperti ini.Jika guru A mengajar dan Guru B bersama muridnya pada tempat yang sama, sudah semestinya akan menganggu perhatian murid guru tersebut. Pengajaran pendidikan islam seharusnya mendapat perhatian semua guru terutamanya insan yang digelar Ustaz.Jadikan Proses ini sebagai satu wadah yang mana kepentingannya bukan sahaja didunia, malah iannya akan memberi kesan sehingga ke akhirat.Sentiasa mengenalpasti masalah dan sentiasa berfikir untuk mencari jalan penyelesaian.Itu adalah satu tujuan yang baik yang mana seharusnya mesti ada dalam diri setiap guru.Segala kelemahan harus diatasi dan segala kekuranga mestilah diberi perhatian.
  • 19. 19 6.0 KESIMPULAN Setelah selesai tugasan ini, maka didapati bahawa segala proses pengajaran dan pembelajaran ada mempunyai perkaitan yang tidak dapat dipisahkan.Untuk mencapai keputusan atau hasil pembelajaran yang baik, mestilah bermula dengan pengajaran yang baik. Pemilihan kaedah hendaklah dinilai sebelum P&P dijalankan agar ianya sesuai dengan aras pelajar dan juga isi pelajaran.Pemilihan kaedah yang baik akan dapat mempengaruhi proses P&P yang mana akan membawa satu keputusan yang amat memuaskan. Setiap kali selepas P&P, guru hendaklah muhasabah diri atau membuat refleksi kerana ianya akan dapat membantu guru untuk membuat penambahbaikan atau pemurnian kepada P&P yang telah dijalankan.Setiap pemurnian sudah pastinya akan mengubah kesan kepada P&P yang mana diharapkan ianya membawa kesan yang positif kepada semua pihak.