SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  16
PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL


        Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan
etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Oleh
kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik,
maka perpaduan bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan di mana
usaha untuk menerapkan perpaduan di kalangan masyarakat sering menghadapi
masalah mendapat kerjasama masyarakatnya yang berlainan budaya. Walaupun
begitu, ia tidak bermakna perpaduan tidak dapat dicapai. Secara umum,
perpaduan adalah bermaksud satu proses atau sistem hidup yang menyatu-
padukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara
supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta semangat kebangsaan bersama di kalangan mereka. Menurut
Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), “Tanpa perpaduan,
negara itu akan terdedah kepada pelbaga-bagai kelemahan dan ancaman yang
boleh   menjejaskan   kedaulatan   negara   itu   sendiri.”   Keadaan   ini   telah
menunjukkan bertapa penting mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat
Malaysia supaya Malaysia tidak akan menghadapi masalah yang boleh
menggugat kedaulatan dan kemakmuran negara untuk menjadi Malaysia sebuah
negara yang aman dan maju.


        Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006),
“Intergrasi national adalah satu proses yang menyepadukan pelbagai kelompok
dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Intergrasi ini merupakan
harapan kebanyakan masyarakat, terutama sekali masyarakat majmuk di
Malaysia. Sepertimana yang kita ketahui, sesebuah negara yang bebas,
merdeka dan berdaulat amat mementingkan perpaduan di kalangan rakyatnya.”
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa integrasi nasional bermaksud proses
menyatupadukan masyarakat pelbagai kumpulan kaum yang mempunyai
perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi
mewujudkan identiti nasional. Integrasi nasional Malaysia adalah untuk


                                      1
mewujudkan kerjasama dan harmoni penduduk di antara Semenanjung Malaysia
dengan Sabah dan Sarawak. Ia bertujuan menyatupadukan seluruh negara
dalam satu kesatuan yang rapat dan harmoni .


      Keadaan ini telah menunjukkan bertapa pentingnya wujud perpaduan dan
intergrasi nasional di dalam konteks Malaysia. Maka kerajaan Malaysia telah
menjalankan pelbagai usaha dan strategi untuk memastikan usaha mencapai
perpaduan dan intergrasi nasional tercapai untuk membantu Malaysia menjadi
sebuah negara aman dan maju. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad
Mazlan   Zulkifly   (2006)   "masalah   perpaduan   bagi   negara-negara   yang
mempunyai satu keturunan bangsa tidaklah sebegitu serius berbanding dengan
negara-negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai suku
kaum dan etnik seperti Malaysia.” Keadaan ini telah menunjukkan bahawa
wujudnya halangan-halangan dalam usaha dan strategi kerajaan Malaysia untuk
memastikan usaha mencapai perpaduan dan intergrasi nasional tercapai.




                                        2
USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN BAGI MEMANTAPKAN
USAHA MENCAPAI PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL


       Kerajaan Malaysia tahu akan bertapa penting wujudnya perpaduan dan
intergrasi national dikalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan
budaya yang berbeza-beza. Maka kerajaan Malaysia telah melaksanakan
beberapa usaha dan strategi untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi
nasional didalam negara. Usaha dan strategi kerajaan Malaysia untuk
mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional didalam negara dibahagikan
kepada empat bahagian utama iaitu politik, ekonomi,dan sosial.


1. Politik
       Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional
melalui sudut politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong
Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), “Malaysia adalah
sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Perkara utama
mengapa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen adalah galakan British
semasa memberi kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan
sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaum
tertentu.” Dalam Kerajaan Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih
pemerintah negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan
parti politik yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi
pemerintah negara. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan
Zulkifly (2006) “satu cara untik mewujudkan perpaduan politik negara adalah
menerusi konsensus atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah
diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihan
raya”. Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana
memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku kerana
Barisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO
wakil Melayu, MCA wakil Cina dan MIC wakil India yang melambangkan


                                       3
perpaduan antara tiga parti-parti etnik di Malaysia. Parti Barisan Nasional yang
mewakili pelbagai kaum ini telah melambangkan wujudnya perpaduan dan
intergasi nasional dikalangan pemimpin kerana mereka akan mendengar suara
rakyat dari pelbagai kaum dan bukannya satu kaum. Pemimpin-pemimpin
Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum ini telah memberi peluang
kepada   semua     kaum    menjalankan     pemerintahan.   Keadaan      ini   telah
menunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum dalam konteks politik
Malaysia kerana terdapat perwakilan daripada semua kaum dalam Barisan
Nasional. Parti-parti kaum yang mewakili kaum masing-masing dalam Barisan
Nasional akan bekerjasama untuk membangunkan negara secara langsung akan
mewujudkan perpaduan politik diantara mereka. Pada masa kini, Barisan
National bukan lagi hanya diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC tetapi terdapat
banyak lagi parti politik kaum lain yang pada masa dahulu yang menjadi
pembangkang      telah   bergabung   bersama    untuk   memerintah      Malaysia.
Penggabungan parti-parti politik ini menimbulkan semangat perpaduan politik di
bawah satu ideologi yang sama walaupun terdiri daripada pelbagai kaum serta
menggalakkan kerjasama, interaksi dan saling tolak ansur sesama ahli.


   2. Ekonomi
      Proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semua
kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Menurut Yani
Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) “Proses ini telah dilaksanakan oleh
kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif untuk
membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat. DEB
mempunyai dua matlamat yang utama iaitu pengambilan pekerja-pekerja di
pelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan serta hakmilik harta-
harta produktif yang terdapat di dalam Negara ini disusun semula supaya pada
tahun1990 orang Melayu akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30%
daripada jumlah hakmilik tersebut.” Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan telah
menggunakan DEB sebagai satu dasar untuk menggerakkan rakyat untuk
bersatupadu melalui penyusunan semula masyarakat. Melalui DEB, peluang



                                       4
pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat diseimbangkan untuk
mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan kawasan bandar
dengan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikut
kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di
samping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara.


   3. Sosial
      Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “pembangunan
sosial adalah penting ke arah pembangunan dan perpaduan negara.
Pembangunan sosial dijalankan dalam bentuk pendidikan dan penglibatan
aktiviti sosial.” Maka kerajaan perlulah memastikan pembangunan sosial
dijalankan dengan sempurna iaitu melalui aplikasi Rukun Negara, pendidikan
dan Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan.
      Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “Untuk
menyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negara
di mana ia dapat didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia.” Rukun Negara
penting kerana ia merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan
landasan yang menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi
satu lambang yang merupakan bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang
dikehendaki oleh rakyat. Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun
Negara akan dapat membantu melahirkan perpaduan sosial antara satu sama
lain. Melalui amalan-amalan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan
rakyat ini akan dapat menjamin kewujudan sistem kerajaan yang bersifat
demokratik dan stabil. Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan mencipta Rukun
Negara untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan
masyarakatnya yang berbagai kaum dengan memberi mereka penghayatan dan
menggunakan Rukun Negara sebagai satu cara untuk memimpin mereka ke
arah perpaduan intergrasi nasional.
      Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006)
“Pendidikan adalah alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanam
semangat perpaduan di kalangan generasi muda terutamanya bagi kanak-kanak



                                      5
dibangku sekolah.” Ini adalah penting kerana generasi muda inilah yang akan
membentuk negara Malaysia pada masa depan sama ada masyarakatnya
bersatu atau sebaliknya. Maka kerajaan telah membuat pelbagai dasar dalam
pendidikan untuk memastikan generasi muda dapat memupuk perpaduan
didalam sistem pendidikan didalam sekolah. Sehingga Penyata Razak 1956,
tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Kewujudan
sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan proses pencapaian
perpaduan. Perpaduan masyarakat melalui pendidikan hanya dapat
dicapai melalui sistem persekolahan dengan kurikulum yang
sama untuk semua kaum. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub di
dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak 1956 dan
Laporan Rahman Talib 1960. Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran
dan Kok Meng Kee (2002), “Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan
untuk menyatu padu semua kaum dan menyediakan tenaga kerja yang
mencukupi untuk pembangunan negara.” Kerajaan melalui Dasar Pendidikan
Kebangsaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan
bahasa penghantar yang         utama. Bahasa kebangsaan         merupakan    alat
perhubungan dan perpaduan yang penting bagi negara yang berbilang bangsa
seperti Malaysia. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) “Perkara
152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu dikenali
sebagai Bahasa Malaysia selepas 1969 adalah bahasa kebangsaan negara.
Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi
memaju dan memperkayakan Bahasa Melayu.               Kerajaan telah mewujudkan
Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan penggunaan
Bahasa Melayu oleh semua kaum. Cogan kata, “Bahasa Jiwa Bangsa”
dilancarkan   pada    tahun   1960.   Akta   Bahasa    Kebangsaan    1967   telah
memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.”            Keadaan ini telah
menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai
medium    untuk      mewujudkan   perpaduan     intergrasi   nasional.   Kerajaan
mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan belajar semua mata
pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam


                                        6
Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajar
berkomunikasi dengan rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan
perpaduan dikalangan pelajar-pelajar di sekolah. Kerajaan telah menyediakan
pembelajaran secara percuma kepada semua pelajar-pelajar sekolah rendah
dan menengah supaya semua orang mendapat peluang pendidikan yang sama
tanpa mengira asal-usul mereka. Ini akan membolehkan pelajar miskin boleh
mendapat peluang belajar yang sama dengan pelajar lain. Semua ini telah
menunjukkan pendidikan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk
memastikan masyarakat Malaysia mencapai perpaduan dan intergrasi nasional.
      Menurut          (http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/ )
“Kebudayaan        merupakan      keseluruhan       cara     hidup      manusia.
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi Negara-negara yang
baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah Negara
yang stabil dan bersatupadu.” Melalui kegiatan budaya, rakyat dapat
berinteraksi dan memahami antara satu kaum dengan yang lain. Hal ini
akan memudahkan lahirnya rasa persefahaman, toleransi dan perpaduan di
kalangan masyarakat. Untuk mencapai tujuan tersebut, kerajaan Malaysia
telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan
rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur penting dalam
pembentukan   Kebudayaan    Kebangsaan.     Unsur-unsur    kebudayaan   kaum   lain
yang sesuai dan wajar juga diterima menjadi unsur Dasar Kebudayaan
Kebangsaan. Kerajaan akan menerapkan pepaduan dan intergrasi nasional
kepada rakyat yang pelbagai etnik dalam aktiviti yang akan dijalankan
menerusi   Dasar     Kebudayaan   Kebangsaan   seperti    memperkenalkan   konsep

rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,

Deepavali dan Krismas untuk mengalakkan masyarakat pelbagai etnik didalam
Malaysia untuk saling kunjung-mengunjung di antara satu sama lain tanpa
mengira bangsa, kaum, agama dan budaya. Melalui Dasar Kebudayaan
Kebangsaan masyarakat dapat mengenali budaya dan agama orang lain dan
secara langsung akan mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional
dikalangan rakyat.




                                        7
USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI PERINGKAT
 SEKOLAH BAGI MENJAYAKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI
                                  NASIONAL


      Sekolah juga memainkan perana yang besar dalam menjayakan
perpaduan dan intergrasi nasional. Keadaan ini berlaku kerana sekolah
merupakan    asas    kepada    pembentukan      seseorang   insan    yang    boleh
mengamalkan nilai perpaduan dan intergrasi nasional. Terdapat pelbagai usaha
oleh pihak sekolah untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional. Berikut
adalah usaha-usaha yang di jalankan di peringkat sekolah untuk menjayakan
perpaduan dan intergrasi nasional.


      Pertama adalah menjalankan aktiviti gotong-royang di dalam sekolah.
Aktiviti gotong royong didalam sekolah akan membawa kepada perpaduan dan
intergrasi nasional kerana pelajar-pelajar dan guru-guru akan menolong
bersama-sama membersihkan kawasan sekolah. Pada masa yang sama mereka
akan berinteraksi di antara satu sama lain serta mengenali rakan yang tidak
dikenali. Keadaan ini secara tidak langsung telah mewujudkan perpaduan dan
intergrasi nasional dikalangan guru-guru dan pelajar-pelajar disekolah.


      Kedua adalah mewujudkan program pertukaran pelajar-pelajar sekolah.
Program pertukaran pelajar-pelajar di antara sekolah akan membawa perpaduan
dan intergrasi nasional kerana pelajar-pelajar dapat mengenali dan memahami
pelajar-pelajar dari sekolah yang berlainan. Misalnya, pelajar dari Sekolah Jenis
Kebangsaan     digalakkan   supaya    bergaul   dengan    pelajar   dari   Sekolah
Kebangsaan melalui suatu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk
suatu jangka masa tertentu. Keadaan ini akan membolehkan pelajar sekolah
mendapat peluang untuk berinteraksi dengan pelajar dari sekolah yang berlainan
dan sekali gus mewujudkan perpaduan diantara mereka.




                                        8
Ketiga adalah menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara ke atas pelajar-
pelajar di sekolah. Buku latihan sekolah perlu mempunyai Rukun Negara supaya
pelajar dapat membacanya dengan senang. Pihak sekolah perlu memastikan
pelajar-pelajar dapat menghafal prinsip-prinsip Rukun Negara. Contohnya,
pelajar   dikehendaki   melafazkan   prinsip-prinsip   Rukun   Negara    dalam
perhimpunan mingguan sekolah. Dengan ini, mereka akan mengetahui prinsip-
prinsip yang terkandung didalam Rukun Negara. Ini akan menjadikan pelajar-
pelajar saling hormat-menghormati serta memahami kebudayaan kaum lain dan
hidup secara yang muhibah. Keadaan ini secara langsung telah menanam unsur
perpaduan dan intergrasi nasional didalam diri pelajar melalui Rukun Negara
yang dihafal dan diamalkan oleh mereka.


      Keempat adalah pihak sekolah dapat menggalakkan perpaduan di
kalangan pelajar dengan melancarkan kempen, ceramah, seminar dan kem-kem
motivasi yang berfokuskan perpaduan dan intergrasi national. Melalui pelancaran
ini, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kepentingan perpaduan di negara
kita yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Contohnya,
pelajar digalakkan menyertai kem-kem motivasi yang dianjurkan supaya dapat
mempelajari dan memahami konsep perpaduan yang cuba diterapkan oleh pihak
sekolah. Melalui kem-kem motivasi ini, pelajar akan tahu akan kepentingan
perpaduan dan intergrasi nasional kepada negara dan sekali gus akan
mengamalkannya.


      Kelima adalah memberi pelajar-pelajar menggunakan kemudahan-
kemudahan di sekolah tanpa mengira kedudukan dan kaum pelajar yang
berbeza. Kemudahan seperti pusat sumber perlulah diberikan kepada pelajar
tanpa mengambil kira latar belakang kaum mereka. Semua pelajar patut diberi
kebenaran untuk menggunakan pusat sumber. Keadaan ini akan menunjukkan
bahawa perpaduan dan intergrasi nasional telah dipupuk dengan tidak
mendiskriminasikan pelajar mengikut kaum untuk menggunakan pusat sumber.




                                       9
Keenam adalah pihak sekolah boleh mengadakan sambutan perayaan
pelbagai kaum seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-
lain di sekolah. Melalui cara ini, setiap pelajar dapat mempelajari adat resam
serta kepercayaan kaum-kaum didalam Malaysia. Ini akan menimbulkan rasa
hormat di kalangan pelajar terhadap kaum yang lain selain dapat mengeratkan
persefahaman diantara pelajar-pelajar yang berlainan kaum. Salah faham dan
perbezaan pendapat antara kaum akan dapat dielakkan kerana pelajar-pelajar
telah memahami budaya kaum lain. Keadaan ini telah menunjukkan wujudnya
perpaduan dan intergrasi national didalam diri pelajar dimana mereka telah
mengetahui budaya kaum-kaum di Malaysia.




                                      10
BENTUK HALANGAN YANG WUJUD DAN CARA
                              MENGATASINYA


      Terdapat pelbagai bentuk halangan yang wujud dalam usaha kerajaan
Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional di kalangan
rakyatnya yang berbilang kaum. Pada masa yang sama kerajaan Malaysia telah
mengambil inisiatif untuk mengatasinya dengan cara yang tersendiri. Berikut
adalah halangan-halangan yang wujud dan cara-cara untuk mengatasi halangan
kepada perpaduan dan intergrasi nasional.


      Halangan pertama kerajaan dalam mewujudkan perpaduan dan intergrasi
nasional adalah pergaulan antara kaum-kaum yang berlainan adalah terhad.
Masyarakat Malaysia lebih suka bergaul dengan kaum mereka sendiri dan jarang
bergaul dengan kaum lain. Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah lebih suka
berkawan dengan kawan yang sama kaum dengannya. Mereka telah
mewujudkan rasa perkauman yang secara langsung menghalang perpaduan dan
intergrasi national. Mereka hanya bergaul apabila difikirkan perlu sahaja.
Keadaan ini telah menunjukkan satu jurang yang jauh wujud dalam interaksi
kaum-kaum di Malaysia.


             Untuk mengatasi masalah pergaulan antara kaum-kaum yang
terhad, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan untuk memupuk konsep
perpaduan di kalangan pelajar. Sekolah Wawasan merupakan gabungan tiga
jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) di bawah suatu kawasan yang sama di mana
ketiga-tiga jenis sekolah ini berkongsi segala kemudahan yang disediakan.
Sekolah   Wawasan     ini   diadakan   untuk   menggalakkan   pergaulan   serta
persefahaman di antara tiga kaum ini. Dengan wujudnya ketiga-tiga kaum dalam
satu sekolah sudah tentu masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad
dapat diatasi kerana pelajar-pelajar yang berlainan kaum akan berkongsi
menggunakan kemudahan yang disediakan dan secara tidak langsung akan


                                       11
bergaul dan memahami diantara satu sama lain. Wujudnya suasana seperti ini,
maka perpaduan akan dapat diwujudkan.


       Seterusnya adalah halangan dari segi perbezaan agama, budaya dan
adat    resam     masyarakat      Malaysia    yang     pelbagai.    Menurut
(http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/Socialdev
elopment/Report26.htm) setiap kaum di Malaysia mempunyai agama, budaya,
adat resam serta kepercayaan yang tersendiri. Maka, ini telah mewujudkan
perbezaan pendapat di antara kaum-kaum. Keadaan ini berlaku kerana terdapat
percanggahan pendapat di antara kaum-kaum tertentu seperti penganut agama
Hindu tidak memakan lembu kerana di anggap sebagai haiwan suci tetapi
penganut agama Kristian dan Islam memakan lembu. Begitu juga dengan
penganut agama Islam yang tidak memakan babi tetapi penganut agama Hindu
dan Kristian boleh memakan babi. Maka timbullah perbezaan pendapat di antara
mereka yang mungkin akan membawa kepada perbalahan antara kaum.
Keadaan ini sememangnya telah menghalang perpaduan dan intergrasi national.


       Untuk mengatasi masalah halangan dari segi perbezaan agama, budaya
dan adat resam, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan perkongsian budaya
di kalangan masyarakatnya. Melalui perkongsian budaya, setiap golongan
masyarakat akan lebih memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaum
lain. Mereka juga akan lebih menghormati serta bertoleransi antara satu sama
lain agar tidak menyinggung perasaan individu yang lain. Contohnya,
perkongsian budaya yang telah dilaksanakan adalah melalui Rumah Terbuka
semasa musim perayaan bagi setiap kaum. Contohnya, rumah terbuka semasa
Tahun Baru Cina dimana kaum-kaum lain seperti India dan Melayu akan di
jemput untuk meraikan bersama kaum Cina dengan mengziarahi rumah orang
Cina. Keadaan ini akan memperkenalkan budaya kaum Cina kepada kaum-kaum
lain dan mereka akan lebih memahami budaya kaum Cina. Perkara ini akan
menyebabkan kaum-kaum mencapai perpaduan dan intergrasi national.




                                     12
Halangan seterusnya adalah perbezaan status ekonomi masyarakat
Malaysia berdasarkan kaum. Perkembangan penjajahan di abad ke-19 telah
membawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk. Orang Cina dan
orang India telah dibawa masuk untuk mengusahakan sektor perlombongan
serta perladangan. Masalah ini jelas kelihatan kerana British telah mengasingkan
kaum-kaum di tempat-tempat tertentu iaitu orang Melayu tinggal di kawasan
desa atau pinggir bandar, orang Cina di kawasan Bandar dan orang India di
kawasan ladang. Keadaan pola pendudukan yang berbeza ini secara tidak
langsung mewujudkan perbezaan status ekonomi bagi setiap kaum dimana
orang Cina adalah peniaga, orang India ialah penoreh getah dan orang Melayu
adalah pesawah. Ini akan menghalang proses perpaduan dan intergrasi national
kerana status ekonomi dan tempat tinggal mereka adalah berbeza,
      Untuk mengatasi masalah perbezaan status ekonomi masyarakat
Malaysia   berdasarkan     kaum,    kerajaan     Malaysia   menyusun    semula
masyarakatnya dalam Dasar Ekonomi Baru. Melalui Dasar Ekonomi Baru ini,
jurang ekonomi diantara kaum telah dikurangkan dan pengagihan pendapatan
berlaku dengan lebih baik. Keadaan ini telah mengatasi masalah perbezaan
status ekonomi berdasarkan kaum dan membawa kepada perpaduan dan
intergrasi nasional kerana masalah status ekonomi dan tempat tinggal tidak
wujud lagi dikalangan kaum-kaum. Maka mereka boleh berinteraksi di antara
satu sama lain tanpa mengira perbezaan status.


      Halangan yang seterusnya adalah kewujudan surat khabar pelbagai
bahasa boleh menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia. Terdapat surat khabar yang diterbitkan dalam
Bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Tamil. Surat khabar pelbagai bahasa ini telah
menjarakkan jurang pemisahan antara kaum-kaum di Malaysia kerana setiap
kaum ingin menonjolkan berita, budaya dan perkembangan yang berlaku di
sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara asal mereka. Ini
menguatkan lagi semangat kecintaan terhadap tanah air dan kaum mereka
sahaja. Perkembangan dan semangat yang negatif ini tidak dapat membantu



                                      13
mereka memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum lain. Keadaan ini akan
membawa unsur-unsur perkauman dikalangan mereka yang akan menghalang
usaha perpaduan dan intergrasi national kerajaan.


      Kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan kewujudan surat
khabar pelbagai bahasa tidak menghasilkan penerbitan yang boleh membawa
kepada masalah perkauman seperti melarang penerbitan yang mencaci agama
dan kepercayaan      kaum lain. Pada masa yang           sama kerajaan      tidak
menggalakkan mereka menerbitkan penulisan yang hanya bercorakkan negara
luar tetapi digalakkan untuk menulis artikel yang bercorak Malaysia dan
mempunyai nilai perpaduan dan intergrasi national. Penerbitan surat khabar
yang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai perpaduan dan intergrasi national
ini akan membantu usaha kerajaan untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi
nasional kerana surat khabar adalah media perantaran yang terbaik kepada
masyarakat.


      Halangan seterusnya adalah kebanyakan anak-anak muda pada masa
kini tidak mempunyai kesedaran tentang bertapa pentingnya perpaduan dan
intergrasi nasional. Mereka tidak lagi mahu mengamalkan perpaduan dan lebih
suka kepada membuat kerja mereka sendiri tanpa mempedulikan orang lain.
Sikap negatif ini akan menghalang usaha kerajaan untuk mewujudkan
perpaduan dan intergrasi national.


      Cara    mengatasi masalah sikap negatif anak-anak muda ini adalah
mengajar mata pelajaran sivik di sekolah. Mata pelajaran sivik seperti Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral diajarkan di sekolah bagi menerapkan nilai-nilai
murni seperti hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama kepada pelajar-
pelajar. Melalui mata pelajaran ini, pelajar akan lebih memahami konsep dan
kepentingan perpaduan di dalam negara serta akan mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian. Keadaan ini secara langsung akan mengatasi masalah




                                       14
sikap negatif anak-anak muda di sekolah dan menjayakan usaha perpaduan dan
intergrasi national kerajaan.




                                    15
RUJUKAN




1. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303
   Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
2. Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004). SPM SEJARAH. Selangor :
   Sasbadi Sdn. Bhd.
3. Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002).
   PENGAJIAN AM KERTAS 1 DAN 2 STPM. Malaysia : Penerbit Fajar Bakti
   Sdn. Bhd.
4. http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/
5. http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/Soc
   ialdevelopment/Report26.htm




                                  16

Contenu connexe

Tendances

Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Mahyuddin Khalid
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Damia Noraini
 
Cabaran hubungan etnik di malaysia
Cabaran hubungan etnik di malaysiaCabaran hubungan etnik di malaysia
Cabaran hubungan etnik di malaysia
Mahyuddin Khalid
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Mahyuddin Khalid
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Mahyuddin Khalid
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Aswa Nina
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosial
aishahwan
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Nor Hayati Fatmi Talib
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
asyikin hashim
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
ANIS IBRAHIM
 

Tendances (20)

Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Cabaran hubungan etnik di malaysia
Cabaran hubungan etnik di malaysiaCabaran hubungan etnik di malaysia
Cabaran hubungan etnik di malaysia
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Sisihan piawai
Sisihan piawaiSisihan piawai
Sisihan piawai
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosial
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiCTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuCTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
 

En vedette

(1) Negara Bangsa
(1) Negara Bangsa(1) Negara Bangsa
(1) Negara Bangsa
rohani1162
 
Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiHubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Mahyuddin Khalid
 
Bab 8 hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 8  hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiBab 8  hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 8 hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Nur Az
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Nur Az
 
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysiaBab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Are Matt
 
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
Mahyuddin Khalid
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Mahyuddin Khalid
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Athirah Amalina
 
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Nur Az
 

En vedette (15)

Hubungan etnik bab 5 politik_he
Hubungan etnik bab 5 politik_heHubungan etnik bab 5 politik_he
Hubungan etnik bab 5 politik_he
 
(1) Negara Bangsa
(1) Negara Bangsa(1) Negara Bangsa
(1) Negara Bangsa
 
Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiHubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
 
Cadangan etnik
Cadangan etnikCadangan etnik
Cadangan etnik
 
WAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan EtnikWAJ3062 Hubungan Etnik
WAJ3062 Hubungan Etnik
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
Bab 8 hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 8  hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiBab 8  hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 8 hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
 
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysiaBab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
 
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
 
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politik
 
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
 
Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4
 

Similaire à Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Umizah Khamis
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Hadif Syahmi
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
Ana Azuan
 
Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduan
ismakie
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Zarina Zam
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
Kevin Vin
 

Similaire à Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter (20)

Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.
Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.
Langkah kerajaan memastikan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAPEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Usaha
UsahaUsaha
Usaha
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Waj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysiaWaj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysia
 
Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduan
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Esei 1
Esei 1Esei 1
Esei 1
 
skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
 

Plus de UNIVERSITY FOR TEACHERS XD

Plus de UNIVERSITY FOR TEACHERS XD (20)

Ujian bulan 3 sejarah tahun 4 sk methodist
Ujian bulan 3 sejarah tahun 4 sk methodistUjian bulan 3 sejarah tahun 4 sk methodist
Ujian bulan 3 sejarah tahun 4 sk methodist
 
Pksr1 sivik tahun 5 (2013) by mr chin
Pksr1 sivik tahun 5 (2013) by mr chinPksr1 sivik tahun 5 (2013) by mr chin
Pksr1 sivik tahun 5 (2013) by mr chin
 
Rpt sejarah kssr thn4 sk
Rpt sejarah kssr thn4  skRpt sejarah kssr thn4  sk
Rpt sejarah kssr thn4 sk
 
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2
 
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1
 
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomi
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomiHBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomi
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomi
 
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusiaHBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia
 
HBSS4303 Antropologi Topik 9 (han wei)
HBSS4303 Antropologi Topik 9 (han wei)HBSS4303 Antropologi Topik 9 (han wei)
HBSS4303 Antropologi Topik 9 (han wei)
 
HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)
HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)
HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)
 
HBSS4303 Antropologi Topik 7 (han wei)
HBSS4303 Antropologi Topik 7 (han wei)HBSS4303 Antropologi Topik 7 (han wei)
HBSS4303 Antropologi Topik 7 (han wei)
 
HBSS4303 Antropologi Bab 6 (han wei)
HBSS4303 Antropologi Bab 6 (han wei)HBSS4303 Antropologi Bab 6 (han wei)
HBSS4303 Antropologi Bab 6 (han wei)
 
HBSS4303 Antropologi Bab 5 (han wei)
HBSS4303 Antropologi Bab 5 (han wei)HBSS4303 Antropologi Bab 5 (han wei)
HBSS4303 Antropologi Bab 5 (han wei)
 
HBSS4303 Antropologi Bab 2.1 & 2.2 (han wei)
HBSS4303 Antropologi Bab 2.1 & 2.2 (han wei)HBSS4303 Antropologi Bab 2.1 & 2.2 (han wei)
HBSS4303 Antropologi Bab 2.1 & 2.2 (han wei)
 
HBSS4303 Antropologi Bab 2.1 & 2.2 (han wei)
HBSS4303 Antropologi Bab 2.1 & 2.2 (han wei)HBSS4303 Antropologi Bab 2.1 & 2.2 (han wei)
HBSS4303 Antropologi Bab 2.1 & 2.2 (han wei)
 
Sifat sifat murni kepimpinan
Sifat sifat murni kepimpinanSifat sifat murni kepimpinan
Sifat sifat murni kepimpinan
 
Dasar dasar awam di malaysia
Dasar dasar awam di malaysiaDasar dasar awam di malaysia
Dasar dasar awam di malaysia
 
Bab f&g
Bab f&gBab f&g
Bab f&g
 
Bab d terbaru
Bab d terbaruBab d terbaru
Bab d terbaru
 
Cuti ahsan
Cuti   ahsanCuti   ahsan
Cuti ahsan
 
Pengurusan harta awam
Pengurusan harta awamPengurusan harta awam
Pengurusan harta awam
 

Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

  • 1. PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Oleh kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik, maka perpaduan bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan di mana usaha untuk menerapkan perpaduan di kalangan masyarakat sering menghadapi masalah mendapat kerjasama masyarakatnya yang berlainan budaya. Walaupun begitu, ia tidak bermakna perpaduan tidak dapat dicapai. Secara umum, perpaduan adalah bermaksud satu proses atau sistem hidup yang menyatu- padukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan bersama di kalangan mereka. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), “Tanpa perpaduan, negara itu akan terdedah kepada pelbaga-bagai kelemahan dan ancaman yang boleh menjejaskan kedaulatan negara itu sendiri.” Keadaan ini telah menunjukkan bertapa penting mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia supaya Malaysia tidak akan menghadapi masalah yang boleh menggugat kedaulatan dan kemakmuran negara untuk menjadi Malaysia sebuah negara yang aman dan maju. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), “Intergrasi national adalah satu proses yang menyepadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Intergrasi ini merupakan harapan kebanyakan masyarakat, terutama sekali masyarakat majmuk di Malaysia. Sepertimana yang kita ketahui, sesebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat amat mementingkan perpaduan di kalangan rakyatnya.” Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa integrasi nasional bermaksud proses menyatupadukan masyarakat pelbagai kumpulan kaum yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional. Integrasi nasional Malaysia adalah untuk 1
  • 2. mewujudkan kerjasama dan harmoni penduduk di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Ia bertujuan menyatupadukan seluruh negara dalam satu kesatuan yang rapat dan harmoni . Keadaan ini telah menunjukkan bertapa pentingnya wujud perpaduan dan intergrasi nasional di dalam konteks Malaysia. Maka kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha dan strategi untuk memastikan usaha mencapai perpaduan dan intergrasi nasional tercapai untuk membantu Malaysia menjadi sebuah negara aman dan maju. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) "masalah perpaduan bagi negara-negara yang mempunyai satu keturunan bangsa tidaklah sebegitu serius berbanding dengan negara-negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik seperti Malaysia.” Keadaan ini telah menunjukkan bahawa wujudnya halangan-halangan dalam usaha dan strategi kerajaan Malaysia untuk memastikan usaha mencapai perpaduan dan intergrasi nasional tercapai. 2
  • 3. USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN BAGI MEMANTAPKAN USAHA MENCAPAI PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL Kerajaan Malaysia tahu akan bertapa penting wujudnya perpaduan dan intergrasi national dikalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Maka kerajaan Malaysia telah melaksanakan beberapa usaha dan strategi untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional didalam negara. Usaha dan strategi kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional didalam negara dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu politik, ekonomi,dan sosial. 1. Politik Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional melalui sudut politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), “Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Perkara utama mengapa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen adalah galakan British semasa memberi kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaum tertentu.” Dalam Kerajaan Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) “satu cara untik mewujudkan perpaduan politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihan raya”. Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku kerana Barisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO wakil Melayu, MCA wakil Cina dan MIC wakil India yang melambangkan 3
  • 4. perpaduan antara tiga parti-parti etnik di Malaysia. Parti Barisan Nasional yang mewakili pelbagai kaum ini telah melambangkan wujudnya perpaduan dan intergasi nasional dikalangan pemimpin kerana mereka akan mendengar suara rakyat dari pelbagai kaum dan bukannya satu kaum. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum ini telah memberi peluang kepada semua kaum menjalankan pemerintahan. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum dalam konteks politik Malaysia kerana terdapat perwakilan daripada semua kaum dalam Barisan Nasional. Parti-parti kaum yang mewakili kaum masing-masing dalam Barisan Nasional akan bekerjasama untuk membangunkan negara secara langsung akan mewujudkan perpaduan politik diantara mereka. Pada masa kini, Barisan National bukan lagi hanya diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC tetapi terdapat banyak lagi parti politik kaum lain yang pada masa dahulu yang menjadi pembangkang telah bergabung bersama untuk memerintah Malaysia. Penggabungan parti-parti politik ini menimbulkan semangat perpaduan politik di bawah satu ideologi yang sama walaupun terdiri daripada pelbagai kaum serta menggalakkan kerjasama, interaksi dan saling tolak ansur sesama ahli. 2. Ekonomi Proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) “Proses ini telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat. DEB mempunyai dua matlamat yang utama iaitu pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan serta hakmilik harta- harta produktif yang terdapat di dalam Negara ini disusun semula supaya pada tahun1990 orang Melayu akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hakmilik tersebut.” Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan telah menggunakan DEB sebagai satu dasar untuk menggerakkan rakyat untuk bersatupadu melalui penyusunan semula masyarakat. Melalui DEB, peluang 4
  • 5. pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan kawasan bandar dengan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di samping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara. 3. Sosial Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “pembangunan sosial adalah penting ke arah pembangunan dan perpaduan negara. Pembangunan sosial dijalankan dalam bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial.” Maka kerajaan perlulah memastikan pembangunan sosial dijalankan dengan sempurna iaitu melalui aplikasi Rukun Negara, pendidikan dan Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “Untuk menyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negara di mana ia dapat didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia.” Rukun Negara penting kerana ia merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan landasan yang menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat. Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan dapat membantu melahirkan perpaduan sosial antara satu sama lain. Melalui amalan-amalan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan rakyat ini akan dapat menjamin kewujudan sistem kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil. Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan mencipta Rukun Negara untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan masyarakatnya yang berbagai kaum dengan memberi mereka penghayatan dan menggunakan Rukun Negara sebagai satu cara untuk memimpin mereka ke arah perpaduan intergrasi nasional. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) “Pendidikan adalah alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanam semangat perpaduan di kalangan generasi muda terutamanya bagi kanak-kanak 5
  • 6. dibangku sekolah.” Ini adalah penting kerana generasi muda inilah yang akan membentuk negara Malaysia pada masa depan sama ada masyarakatnya bersatu atau sebaliknya. Maka kerajaan telah membuat pelbagai dasar dalam pendidikan untuk memastikan generasi muda dapat memupuk perpaduan didalam sistem pendidikan didalam sekolah. Sehingga Penyata Razak 1956, tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan. Perpaduan masyarakat melalui pendidikan hanya dapat dicapai melalui sistem persekolahan dengan kurikulum yang sama untuk semua kaum. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), “Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk menyatu padu semua kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara.” Kerajaan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa penghantar yang utama. Bahasa kebangsaan merupakan alat perhubungan dan perpaduan yang penting bagi negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) “Perkara 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia selepas 1969 adalah bahasa kebangsaan negara. Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi memaju dan memperkayakan Bahasa Melayu. Kerajaan telah mewujudkan Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu oleh semua kaum. Cogan kata, “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada tahun 1960. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.” Keadaan ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium untuk mewujudkan perpaduan intergrasi nasional. Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan belajar semua mata pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam 6
  • 7. Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan dikalangan pelajar-pelajar di sekolah. Kerajaan telah menyediakan pembelajaran secara percuma kepada semua pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah supaya semua orang mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira asal-usul mereka. Ini akan membolehkan pelajar miskin boleh mendapat peluang belajar yang sama dengan pelajar lain. Semua ini telah menunjukkan pendidikan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memastikan masyarakat Malaysia mencapai perpaduan dan intergrasi nasional. Menurut (http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/ ) “Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi Negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan bersatupadu.” Melalui kegiatan budaya, rakyat dapat berinteraksi dan memahami antara satu kaum dengan yang lain. Hal ini akan memudahkan lahirnya rasa persefahaman, toleransi dan perpaduan di kalangan masyarakat. Untuk mencapai tujuan tersebut, kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar juga diterima menjadi unsur Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Kerajaan akan menerapkan pepaduan dan intergrasi nasional kepada rakyat yang pelbagai etnik dalam aktiviti yang akan dijalankan menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk mengalakkan masyarakat pelbagai etnik didalam Malaysia untuk saling kunjung-mengunjung di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan budaya. Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan masyarakat dapat mengenali budaya dan agama orang lain dan secara langsung akan mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan rakyat. 7
  • 8. USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI PERINGKAT SEKOLAH BAGI MENJAYAKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL Sekolah juga memainkan perana yang besar dalam menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional. Keadaan ini berlaku kerana sekolah merupakan asas kepada pembentukan seseorang insan yang boleh mengamalkan nilai perpaduan dan intergrasi nasional. Terdapat pelbagai usaha oleh pihak sekolah untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional. Berikut adalah usaha-usaha yang di jalankan di peringkat sekolah untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional. Pertama adalah menjalankan aktiviti gotong-royang di dalam sekolah. Aktiviti gotong royong didalam sekolah akan membawa kepada perpaduan dan intergrasi nasional kerana pelajar-pelajar dan guru-guru akan menolong bersama-sama membersihkan kawasan sekolah. Pada masa yang sama mereka akan berinteraksi di antara satu sama lain serta mengenali rakan yang tidak dikenali. Keadaan ini secara tidak langsung telah mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan guru-guru dan pelajar-pelajar disekolah. Kedua adalah mewujudkan program pertukaran pelajar-pelajar sekolah. Program pertukaran pelajar-pelajar di antara sekolah akan membawa perpaduan dan intergrasi nasional kerana pelajar-pelajar dapat mengenali dan memahami pelajar-pelajar dari sekolah yang berlainan. Misalnya, pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan digalakkan supaya bergaul dengan pelajar dari Sekolah Kebangsaan melalui suatu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk suatu jangka masa tertentu. Keadaan ini akan membolehkan pelajar sekolah mendapat peluang untuk berinteraksi dengan pelajar dari sekolah yang berlainan dan sekali gus mewujudkan perpaduan diantara mereka. 8
  • 9. Ketiga adalah menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara ke atas pelajar- pelajar di sekolah. Buku latihan sekolah perlu mempunyai Rukun Negara supaya pelajar dapat membacanya dengan senang. Pihak sekolah perlu memastikan pelajar-pelajar dapat menghafal prinsip-prinsip Rukun Negara. Contohnya, pelajar dikehendaki melafazkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam perhimpunan mingguan sekolah. Dengan ini, mereka akan mengetahui prinsip- prinsip yang terkandung didalam Rukun Negara. Ini akan menjadikan pelajar- pelajar saling hormat-menghormati serta memahami kebudayaan kaum lain dan hidup secara yang muhibah. Keadaan ini secara langsung telah menanam unsur perpaduan dan intergrasi nasional didalam diri pelajar melalui Rukun Negara yang dihafal dan diamalkan oleh mereka. Keempat adalah pihak sekolah dapat menggalakkan perpaduan di kalangan pelajar dengan melancarkan kempen, ceramah, seminar dan kem-kem motivasi yang berfokuskan perpaduan dan intergrasi national. Melalui pelancaran ini, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kepentingan perpaduan di negara kita yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Contohnya, pelajar digalakkan menyertai kem-kem motivasi yang dianjurkan supaya dapat mempelajari dan memahami konsep perpaduan yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah. Melalui kem-kem motivasi ini, pelajar akan tahu akan kepentingan perpaduan dan intergrasi nasional kepada negara dan sekali gus akan mengamalkannya. Kelima adalah memberi pelajar-pelajar menggunakan kemudahan- kemudahan di sekolah tanpa mengira kedudukan dan kaum pelajar yang berbeza. Kemudahan seperti pusat sumber perlulah diberikan kepada pelajar tanpa mengambil kira latar belakang kaum mereka. Semua pelajar patut diberi kebenaran untuk menggunakan pusat sumber. Keadaan ini akan menunjukkan bahawa perpaduan dan intergrasi nasional telah dipupuk dengan tidak mendiskriminasikan pelajar mengikut kaum untuk menggunakan pusat sumber. 9
  • 10. Keenam adalah pihak sekolah boleh mengadakan sambutan perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain- lain di sekolah. Melalui cara ini, setiap pelajar dapat mempelajari adat resam serta kepercayaan kaum-kaum didalam Malaysia. Ini akan menimbulkan rasa hormat di kalangan pelajar terhadap kaum yang lain selain dapat mengeratkan persefahaman diantara pelajar-pelajar yang berlainan kaum. Salah faham dan perbezaan pendapat antara kaum akan dapat dielakkan kerana pelajar-pelajar telah memahami budaya kaum lain. Keadaan ini telah menunjukkan wujudnya perpaduan dan intergrasi national didalam diri pelajar dimana mereka telah mengetahui budaya kaum-kaum di Malaysia. 10
  • 11. BENTUK HALANGAN YANG WUJUD DAN CARA MENGATASINYA Terdapat pelbagai bentuk halangan yang wujud dalam usaha kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional di kalangan rakyatnya yang berbilang kaum. Pada masa yang sama kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengatasinya dengan cara yang tersendiri. Berikut adalah halangan-halangan yang wujud dan cara-cara untuk mengatasi halangan kepada perpaduan dan intergrasi nasional. Halangan pertama kerajaan dalam mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional adalah pergaulan antara kaum-kaum yang berlainan adalah terhad. Masyarakat Malaysia lebih suka bergaul dengan kaum mereka sendiri dan jarang bergaul dengan kaum lain. Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah lebih suka berkawan dengan kawan yang sama kaum dengannya. Mereka telah mewujudkan rasa perkauman yang secara langsung menghalang perpaduan dan intergrasi national. Mereka hanya bergaul apabila difikirkan perlu sahaja. Keadaan ini telah menunjukkan satu jurang yang jauh wujud dalam interaksi kaum-kaum di Malaysia. Untuk mengatasi masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan untuk memupuk konsep perpaduan di kalangan pelajar. Sekolah Wawasan merupakan gabungan tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) di bawah suatu kawasan yang sama di mana ketiga-tiga jenis sekolah ini berkongsi segala kemudahan yang disediakan. Sekolah Wawasan ini diadakan untuk menggalakkan pergaulan serta persefahaman di antara tiga kaum ini. Dengan wujudnya ketiga-tiga kaum dalam satu sekolah sudah tentu masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad dapat diatasi kerana pelajar-pelajar yang berlainan kaum akan berkongsi menggunakan kemudahan yang disediakan dan secara tidak langsung akan 11
  • 12. bergaul dan memahami diantara satu sama lain. Wujudnya suasana seperti ini, maka perpaduan akan dapat diwujudkan. Seterusnya adalah halangan dari segi perbezaan agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia yang pelbagai. Menurut (http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/Socialdev elopment/Report26.htm) setiap kaum di Malaysia mempunyai agama, budaya, adat resam serta kepercayaan yang tersendiri. Maka, ini telah mewujudkan perbezaan pendapat di antara kaum-kaum. Keadaan ini berlaku kerana terdapat percanggahan pendapat di antara kaum-kaum tertentu seperti penganut agama Hindu tidak memakan lembu kerana di anggap sebagai haiwan suci tetapi penganut agama Kristian dan Islam memakan lembu. Begitu juga dengan penganut agama Islam yang tidak memakan babi tetapi penganut agama Hindu dan Kristian boleh memakan babi. Maka timbullah perbezaan pendapat di antara mereka yang mungkin akan membawa kepada perbalahan antara kaum. Keadaan ini sememangnya telah menghalang perpaduan dan intergrasi national. Untuk mengatasi masalah halangan dari segi perbezaan agama, budaya dan adat resam, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan perkongsian budaya di kalangan masyarakatnya. Melalui perkongsian budaya, setiap golongan masyarakat akan lebih memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaum lain. Mereka juga akan lebih menghormati serta bertoleransi antara satu sama lain agar tidak menyinggung perasaan individu yang lain. Contohnya, perkongsian budaya yang telah dilaksanakan adalah melalui Rumah Terbuka semasa musim perayaan bagi setiap kaum. Contohnya, rumah terbuka semasa Tahun Baru Cina dimana kaum-kaum lain seperti India dan Melayu akan di jemput untuk meraikan bersama kaum Cina dengan mengziarahi rumah orang Cina. Keadaan ini akan memperkenalkan budaya kaum Cina kepada kaum-kaum lain dan mereka akan lebih memahami budaya kaum Cina. Perkara ini akan menyebabkan kaum-kaum mencapai perpaduan dan intergrasi national. 12
  • 13. Halangan seterusnya adalah perbezaan status ekonomi masyarakat Malaysia berdasarkan kaum. Perkembangan penjajahan di abad ke-19 telah membawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk. Orang Cina dan orang India telah dibawa masuk untuk mengusahakan sektor perlombongan serta perladangan. Masalah ini jelas kelihatan kerana British telah mengasingkan kaum-kaum di tempat-tempat tertentu iaitu orang Melayu tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar, orang Cina di kawasan Bandar dan orang India di kawasan ladang. Keadaan pola pendudukan yang berbeza ini secara tidak langsung mewujudkan perbezaan status ekonomi bagi setiap kaum dimana orang Cina adalah peniaga, orang India ialah penoreh getah dan orang Melayu adalah pesawah. Ini akan menghalang proses perpaduan dan intergrasi national kerana status ekonomi dan tempat tinggal mereka adalah berbeza, Untuk mengatasi masalah perbezaan status ekonomi masyarakat Malaysia berdasarkan kaum, kerajaan Malaysia menyusun semula masyarakatnya dalam Dasar Ekonomi Baru. Melalui Dasar Ekonomi Baru ini, jurang ekonomi diantara kaum telah dikurangkan dan pengagihan pendapatan berlaku dengan lebih baik. Keadaan ini telah mengatasi masalah perbezaan status ekonomi berdasarkan kaum dan membawa kepada perpaduan dan intergrasi nasional kerana masalah status ekonomi dan tempat tinggal tidak wujud lagi dikalangan kaum-kaum. Maka mereka boleh berinteraksi di antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan status. Halangan yang seterusnya adalah kewujudan surat khabar pelbagai bahasa boleh menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Terdapat surat khabar yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Tamil. Surat khabar pelbagai bahasa ini telah menjarakkan jurang pemisahan antara kaum-kaum di Malaysia kerana setiap kaum ingin menonjolkan berita, budaya dan perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara asal mereka. Ini menguatkan lagi semangat kecintaan terhadap tanah air dan kaum mereka sahaja. Perkembangan dan semangat yang negatif ini tidak dapat membantu 13
  • 14. mereka memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum lain. Keadaan ini akan membawa unsur-unsur perkauman dikalangan mereka yang akan menghalang usaha perpaduan dan intergrasi national kerajaan. Kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan kewujudan surat khabar pelbagai bahasa tidak menghasilkan penerbitan yang boleh membawa kepada masalah perkauman seperti melarang penerbitan yang mencaci agama dan kepercayaan kaum lain. Pada masa yang sama kerajaan tidak menggalakkan mereka menerbitkan penulisan yang hanya bercorakkan negara luar tetapi digalakkan untuk menulis artikel yang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai perpaduan dan intergrasi national. Penerbitan surat khabar yang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai perpaduan dan intergrasi national ini akan membantu usaha kerajaan untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional kerana surat khabar adalah media perantaran yang terbaik kepada masyarakat. Halangan seterusnya adalah kebanyakan anak-anak muda pada masa kini tidak mempunyai kesedaran tentang bertapa pentingnya perpaduan dan intergrasi nasional. Mereka tidak lagi mahu mengamalkan perpaduan dan lebih suka kepada membuat kerja mereka sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Sikap negatif ini akan menghalang usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi national. Cara mengatasi masalah sikap negatif anak-anak muda ini adalah mengajar mata pelajaran sivik di sekolah. Mata pelajaran sivik seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral diajarkan di sekolah bagi menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama kepada pelajar- pelajar. Melalui mata pelajaran ini, pelajar akan lebih memahami konsep dan kepentingan perpaduan di dalam negara serta akan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Keadaan ini secara langsung akan mengatasi masalah 14
  • 15. sikap negatif anak-anak muda di sekolah dan menjayakan usaha perpaduan dan intergrasi national kerajaan. 15
  • 16. RUJUKAN 1. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303 Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Open University Malaysia. 2. Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004). SPM SEJARAH. Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd. 3. Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002). PENGAJIAN AM KERTAS 1 DAN 2 STPM. Malaysia : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 4. http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/ 5. http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/Soc ialdevelopment/Report26.htm 16