SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  8
NAMA         : NORHANA BT AHMAD KAMARI

KUMPULAN : MTE 4 ( PPG AMBILAN JUN 2011)



TUGASAN 1

   1. Buat banding beza konsep perpaduan dan integrasi berikut:


      a) Segregasi
      b) Akomodasi
      c) Akulturasi
      d) Asimilasi
      e) Amalgamasi




Pendahuluan

      Malaysia   sebagai sebuah negara kecil di peta dunia , namun Malaysia
mempunyai banyak keunikan tersendiri. Kedudukan geografinya yang strategik yang
dari dahulu hingga kini menjadi jambatan penghubung antara dunia Barat dan Timur
dalam aspek pembangunan dan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dunia.

      Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar
belakang keturunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza antara satu
sama lain menambahkan keunikan yang ada.         Usaha-usaha untuk memupuk
perpaduan dan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa
dilaksanakan pada setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan pelajar
melalui sistem pendidikan yang sedia ada.

      Pengertian beberapa konsep dalam konteks hubungan etnik perlu dijelaskan
untuk meningkatkan pemahaman terhadap pertalian hubungan sosial dalam
kehidupan harian masyarakat pelbagai kaum seperti di Malaysia. Pemahaman ini
penting supaya tidak timbul kekeliruan tentang perbezaan dan kaitan antara satu
konsep dengan konsep yang lain.
Konsep Perpaduan dan Integrasi

Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh
masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Integrasi pula merupakan satu proses bagi mewujudkan satu          identiti    nasional
dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi
dalam sesebuah unit politik menurut       (Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur-unsur
integrasi boleh dikategorikan kepada :

   i)     Integrasi Wilayah – yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan
            pembangunan ekonomi dan sosial wilayah yang maju dengan yang
            mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia
            Barat dengan Malysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung dengan
            Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
   ii)    Integrasi ekonomi – yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk
            mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.
   iii)   Integrasi kebudayaan – melibatkan usaha untuk membentuk satu
            kebudayaan kebangsaan.
   iv) Integrasi sosial – merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat
            melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan
            kesihatan.
   v)     Integrasi   pendidikan   –   bertujuan   untuk   mewujudkan   satu    sistem
            pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek,
            jasmani dan rohani, dan
   vi) Integrasi politik – yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat
            melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah.
Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang amat kompleks.
Tahap-tahap   hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula
dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati
iaitu amalgasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan
integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu
mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan
perasaan harmonis antara pelbagai etnik.

Proses hubungan ras dan etnik yang berbentuk continuum (berterusan) yang dimulai
dengan segregasi hingga kepada penyatuan biologi (amalgamasi) seperti dalam
rajah :




   Integrasi Rendah                                             Integrasi Tinggi



Segregasi        Akomodasi         Akulturasi       Asimilasi       Amalgamasi

                       Rajah : Proses hubungan ras dan etnik



Konsep Segregasi

Segregasi merupakan pemisahan atau pengasinagan antara satu kumpulan etnik
dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku
dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem
persekolahan , pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada
didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika
Selatan yang dilaksnakan antara tahun 1948 -1994.

Konsep Akomodasi

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari
serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan
budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A+ B +C,
di sini A, B dan C merujuk kepada budaya ( Ting Chew Peh, 1987).
Akomodasi juga merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih
pihak yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat
yang dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut.

Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis, dan menghormati antara satu
sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai
wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.Konsep
ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas
mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni.

Meskipun bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun demikian
bahasa-bahasa yang lain masih boleh digunapakai selagi ia tidak bertentangan
dengan prinsip perlembagaan. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara
yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis
dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

Konsep Akulturasi

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan
individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi
terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu
dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga
kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

Berbeza dengan proses asimilasi , proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan
identiti asal masyarakat penerima. Penerimaan adalah dalam bentuk unsur budaya
yang positif sebagai contoh : pemakaian tali leher telah diterima oleh hampir semua
masyarakat dunia. Begitu juga dengan angpau, makanan, hiburan dan sebagainya
yang boleh dijadikan contoh dalam masyarakat Malaysia.

Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap
akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat
kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat. Unsur-unsur budaya
yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideology dan pemikiran adalah lebih sukar
diterima.

Konsep Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan
etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan
dan identity yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi
ialah proses dalam mana kelompok –kelompok yang berfikir , berperasaan dan
bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang
sama (disebut dalam Chew Hock Thye, 1975).

Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula

A + B + C = A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan
C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya , orang Melayu di Thailand telah
mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua
aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara
hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina
Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi.
Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam
konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan
etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya
bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan
menerima identiti kumpulan etnik majoriti: terdapat banyak persamaan budaya
antara kumpulan etnik; dan kesanggupan etnik majority menerima kumpulan etnik
minoriti.

Konsep Amalgamasi

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apbila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
Teori amalgamasi yang dinyatakan dalam bentuk formula A + B + C = D, di sini
A,B,C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan
baru terhasil daripada penyatuan A, B, dan C. Sebagai contoh, kumpulan -
kumpulan etnik yang sedia        wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu
membentuk satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal
mereka. Contohnya, di Brazil dan Hawaii.




SOALAN 2

Jelaskan TIGA faktor pembentukan pluraliti di Malaysia.

Pengenalan

Pluraliti atau kemajmukan masyarakat di rantau Alam Melayu wujud dan berlaku
secara berterusan kerana wilayah Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan
pelbagai tamadun dan budaya utama dunia.

Pluraliti pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak
keagungan kerajaan Melayu.Melaka di perintah oleh para sultan dan pembesar yang
berpandangan jauh. Berdasarkan kepada fakta sejarah, Melaka adalah sebuah
pelabuhan yang penting dan empayar yang besar di Nusantara pada abad ke-15 di
bawah kekuasaan Parameswara. Hubungan diplomatik yang dijalin dengan negara
China dan perlindungan yang diberikan China kepada Melaka pada waktu        itu
menguntungkan Melaka kerana ancaman daripada Siam dan Majapahit dapat
dielakkan. Apabila Parameswara memeluk Islam sekitar tahun 1414 dan menukar
namanya kepada Iskandar Syah, menyebabkan lebih ramai lagi pedagang Islam
dari Arab dan India datang berniaga ke Melaka.

Perkahwinan Sultan Iskandar Syah dengan Puteri Pasai pula telah meningkatkan
hubungan Melaka dengan Pasai dan pada masa yang sama Pasai terkenal dengan
pelabuhan yang maju, menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan
penyebaran agama Islam. Dengan terjalinnya hubungan melalui perkahwinan ini,
kecemerlangan Pasai juga memberikan impak positif kepada perkembangan
Melaka.

Perdagangan di Melaka berjalan dengan begitu lancar. Semua ini ialah hasil
daripada sistem pemerintahan terbuka (menerima sesiapa sahaja yang ingin
berdagang) di samping pelabuhan ditadbir dengan cekap. Keselamatan laut
daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh laksamana Melaka yang
proaktif. Situasi ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang
datang berdagang di pelabuhan Melaka. Keadaan ini disokong kuat oleh Undang-
undang Laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam.

Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana
proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa ada pemaksaan daripada
mana-mana pihak. Zaman ini bukanlah zaman negara bangsa sebagaimana yang
diperkenalkan oleh British dan seterusnya mewujudkan masyarakat pluralistik yang
nyata.

Para pedagang tidak memerlukan passport atau visa sebagai pengenalan diri untuk
memasuki sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab,
India, China dan negara-negara lain datang berdagang secara sukarela. Mereka
telah berakomodasi dengan penduduk temapatan dan sistemnya dengan baik.
Akomodasi antara pedagang dari China dan India dengan masyarakat tempatan
telah mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya seperti
masyarakat Baba. Mereka terus menetap di Melaka.

Pluraliti Zaman Penjajahan British di Tanah Melayu sehingga Kewujudan
Masyarakat Majmuk.

Persaingan kuasa-kuasa Barat untuk memperolehi dan menguasai tanah-tanah
jajahan Afrika dan Asia dikatakan bermula sejak tahun 1870-an. Tujuan perlumbaan
kuasa Barat iaitu antara negara-negara seperti Britain, Perancis, Sepanyol, Belgium
dan Amerika Syarikat adalah bagi memenuhi keperluan ekonomi dan menguasai
kawasan strategic sama ada untuk kepentingan laluan perdagangan mahupun
pertahanan. Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah dan Asia yang akhirnya
berjaya menguasai politik, ekonomi dan sosial negara-negara yang dijajah.

Terdapat tiga faktor penguasaan penjajah Barat ke atas negara-negara di Afrika dan
Asia ialah faktor ekonomi (Gold Oriented), faktor politik (Glory Oriented) dan Faktor
budaya ( Gospel Oriented).
Faktor Pembentuk Pluraliti

Contenu connexe

Tendances

Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianINSTAQLIM
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikMahyuddin Khalid
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratCabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratFatin Ain Nabila
 
Apa itu kajian pascakolonial..
Apa itu kajian pascakolonial..Apa itu kajian pascakolonial..
Apa itu kajian pascakolonial..Cikgu Naza Zaza
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme Ct Muna
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnikINSTAQLIM
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaMickgun
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik Amin Upsi
 
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan PeradabanStacksApp
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Kesan globalisasi
Kesan globalisasiKesan globalisasi
Kesan globalisasiSITI HAJAR
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabmayanggsari
 
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptxStacksApp
 

Tendances (20)

Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
Cadangan etnik
Cadangan etnikCadangan etnik
Cadangan etnik
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratCabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
 
Apa itu kajian pascakolonial..
Apa itu kajian pascakolonial..Apa itu kajian pascakolonial..
Apa itu kajian pascakolonial..
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
 
Konsep Integrasi Etnik
Konsep Integrasi EtnikKonsep Integrasi Etnik
Konsep Integrasi Etnik
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
 
Bab 2 pd
Bab 2 pdBab 2 pd
Bab 2 pd
 
Kesan globalisasi
Kesan globalisasiKesan globalisasi
Kesan globalisasi
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
 
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx
06 Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA .pptx
 

Similaire à Faktor Pembentuk Pluraliti

Topik integrasi
Topik integrasiTopik integrasi
Topik integrasiDatoknye
 
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaZailani Baharuddin
 
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikBab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikFarid Hasan
 
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptx
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptxKelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptx
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptxrifasabila
 
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunanFidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunanFidelia Museh
 
Materi 3. Integrasi Nasional.pdf
Materi 3. Integrasi Nasional.pdfMateri 3. Integrasi Nasional.pdf
Materi 3. Integrasi Nasional.pdfMira Veranita
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
M2 pendekatan dalam hubungan etnik
M2   pendekatan dalam hubungan etnikM2   pendekatan dalam hubungan etnik
M2 pendekatan dalam hubungan etnikAnonymous
 
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnikDhani Ahmad
 
Bab1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Bab1 Konsep Asas Hubungan EtnikBab1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Bab1 Konsep Asas Hubungan Etnikkita1malaysia
 
M2 konsep asa hub.etnik
M2    konsep asa hub.etnikM2    konsep asa hub.etnik
M2 konsep asa hub.etnikaishah solehah
 
Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadunBudaya dan tamadun
Budaya dan tamadunRohana Badri
 
1 & 2 KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
1 & 2  KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx1 & 2  KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
1 & 2 KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptxAhmadKamalSaidin1
 
Urgensi Intregasi Nasional persatuan bangsa.pptx
Urgensi Intregasi Nasional persatuan bangsa.pptxUrgensi Intregasi Nasional persatuan bangsa.pptx
Urgensi Intregasi Nasional persatuan bangsa.pptxsyiffnaaa
 
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan EtnikWanBK Leo
 
Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadun Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadun Suriey Zack
 
Topik 2 potret he baharu
Topik 2 potret he baharuTopik 2 potret he baharu
Topik 2 potret he baharuDatoknye
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasionalLazimatul A
 

Similaire à Faktor Pembentuk Pluraliti (20)

Topik integrasi
Topik integrasiTopik integrasi
Topik integrasi
 
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
 
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikBab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
 
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptx
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptxKelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptx
Kelompok 6 PPT PPKN_ Integrasi Nasional. (asli).pptx
 
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunanFidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan
 
Integrasi nasional
Integrasi nasional Integrasi nasional
Integrasi nasional
 
Materi 3. Integrasi Nasional.pdf
Materi 3. Integrasi Nasional.pdfMateri 3. Integrasi Nasional.pdf
Materi 3. Integrasi Nasional.pdf
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
M2 pendekatan dalam hubungan etnik
M2   pendekatan dalam hubungan etnikM2   pendekatan dalam hubungan etnik
M2 pendekatan dalam hubungan etnik
 
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
 
Bab1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Bab1 Konsep Asas Hubungan EtnikBab1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Bab1 Konsep Asas Hubungan Etnik
 
M2 konsep asa hub.etnik
M2    konsep asa hub.etnikM2    konsep asa hub.etnik
M2 konsep asa hub.etnik
 
Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadunBudaya dan tamadun
Budaya dan tamadun
 
1 & 2 KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
1 & 2  KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx1 & 2  KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
1 & 2 KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
 
BAB 3.pptx
BAB 3.pptxBAB 3.pptx
BAB 3.pptx
 
Urgensi Intregasi Nasional persatuan bangsa.pptx
Urgensi Intregasi Nasional persatuan bangsa.pptxUrgensi Intregasi Nasional persatuan bangsa.pptx
Urgensi Intregasi Nasional persatuan bangsa.pptx
 
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan Etnik
 
Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadun Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadun
 
Topik 2 potret he baharu
Topik 2 potret he baharuTopik 2 potret he baharu
Topik 2 potret he baharu
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 

Faktor Pembentuk Pluraliti

  • 1. NAMA : NORHANA BT AHMAD KAMARI KUMPULAN : MTE 4 ( PPG AMBILAN JUN 2011) TUGASAN 1 1. Buat banding beza konsep perpaduan dan integrasi berikut: a) Segregasi b) Akomodasi c) Akulturasi d) Asimilasi e) Amalgamasi Pendahuluan Malaysia sebagai sebuah negara kecil di peta dunia , namun Malaysia mempunyai banyak keunikan tersendiri. Kedudukan geografinya yang strategik yang dari dahulu hingga kini menjadi jambatan penghubung antara dunia Barat dan Timur dalam aspek pembangunan dan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dunia. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang keturunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza antara satu sama lain menambahkan keunikan yang ada. Usaha-usaha untuk memupuk perpaduan dan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa dilaksanakan pada setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan pelajar melalui sistem pendidikan yang sedia ada. Pengertian beberapa konsep dalam konteks hubungan etnik perlu dijelaskan untuk meningkatkan pemahaman terhadap pertalian hubungan sosial dalam kehidupan harian masyarakat pelbagai kaum seperti di Malaysia. Pemahaman ini penting supaya tidak timbul kekeliruan tentang perbezaan dan kaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain.
  • 2. Konsep Perpaduan dan Integrasi Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Integrasi pula merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik menurut (Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur-unsur integrasi boleh dikategorikan kepada : i) Integrasi Wilayah – yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dengan Malysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. ii) Integrasi ekonomi – yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik. iii) Integrasi kebudayaan – melibatkan usaha untuk membentuk satu kebudayaan kebangsaan. iv) Integrasi sosial – merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan. v) Integrasi pendidikan – bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani, dan vi) Integrasi politik – yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik. Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang amat kompleks.
  • 3. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik. Proses hubungan ras dan etnik yang berbentuk continuum (berterusan) yang dimulai dengan segregasi hingga kepada penyatuan biologi (amalgamasi) seperti dalam rajah : Integrasi Rendah Integrasi Tinggi Segregasi Akomodasi Akulturasi Asimilasi Amalgamasi Rajah : Proses hubungan ras dan etnik Konsep Segregasi Segregasi merupakan pemisahan atau pengasinagan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan , pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksnakan antara tahun 1948 -1994. Konsep Akomodasi Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A+ B +C, di sini A, B dan C merujuk kepada budaya ( Ting Chew Peh, 1987).
  • 4. Akomodasi juga merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih pihak yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat yang dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis, dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Meskipun bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun demikian bahasa-bahasa yang lain masih boleh digunapakai selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip perlembagaan. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka. Konsep Akulturasi Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi , proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima. Penerimaan adalah dalam bentuk unsur budaya yang positif sebagai contoh : pemakaian tali leher telah diterima oleh hampir semua masyarakat dunia. Begitu juga dengan angpau, makanan, hiburan dan sebagainya yang boleh dijadikan contoh dalam masyarakat Malaysia. Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat. Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideology dan pemikiran adalah lebih sukar diterima. Konsep Asimilasi
  • 5. Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah proses dalam mana kelompok –kelompok yang berfikir , berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama (disebut dalam Chew Hock Thye, 1975). Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula A + B + C = A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya , orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti: terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan etnik majority menerima kumpulan etnik minoriti. Konsep Amalgamasi Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apbila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi yang dinyatakan dalam bentuk formula A + B + C = D, di sini A,B,C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B, dan C. Sebagai contoh, kumpulan - kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu
  • 6. membentuk satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal mereka. Contohnya, di Brazil dan Hawaii. SOALAN 2 Jelaskan TIGA faktor pembentukan pluraliti di Malaysia. Pengenalan Pluraliti atau kemajmukan masyarakat di rantau Alam Melayu wujud dan berlaku secara berterusan kerana wilayah Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia. Pluraliti pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu.Melaka di perintah oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh. Berdasarkan kepada fakta sejarah, Melaka adalah sebuah pelabuhan yang penting dan empayar yang besar di Nusantara pada abad ke-15 di bawah kekuasaan Parameswara. Hubungan diplomatik yang dijalin dengan negara China dan perlindungan yang diberikan China kepada Melaka pada waktu itu menguntungkan Melaka kerana ancaman daripada Siam dan Majapahit dapat dielakkan. Apabila Parameswara memeluk Islam sekitar tahun 1414 dan menukar namanya kepada Iskandar Syah, menyebabkan lebih ramai lagi pedagang Islam dari Arab dan India datang berniaga ke Melaka. Perkahwinan Sultan Iskandar Syah dengan Puteri Pasai pula telah meningkatkan hubungan Melaka dengan Pasai dan pada masa yang sama Pasai terkenal dengan pelabuhan yang maju, menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan penyebaran agama Islam. Dengan terjalinnya hubungan melalui perkahwinan ini, kecemerlangan Pasai juga memberikan impak positif kepada perkembangan Melaka. Perdagangan di Melaka berjalan dengan begitu lancar. Semua ini ialah hasil daripada sistem pemerintahan terbuka (menerima sesiapa sahaja yang ingin
  • 7. berdagang) di samping pelabuhan ditadbir dengan cekap. Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh laksamana Melaka yang proaktif. Situasi ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang datang berdagang di pelabuhan Melaka. Keadaan ini disokong kuat oleh Undang- undang Laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam. Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa ada pemaksaan daripada mana-mana pihak. Zaman ini bukanlah zaman negara bangsa sebagaimana yang diperkenalkan oleh British dan seterusnya mewujudkan masyarakat pluralistik yang nyata. Para pedagang tidak memerlukan passport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab, India, China dan negara-negara lain datang berdagang secara sukarela. Mereka telah berakomodasi dengan penduduk temapatan dan sistemnya dengan baik. Akomodasi antara pedagang dari China dan India dengan masyarakat tempatan telah mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya seperti masyarakat Baba. Mereka terus menetap di Melaka. Pluraliti Zaman Penjajahan British di Tanah Melayu sehingga Kewujudan Masyarakat Majmuk. Persaingan kuasa-kuasa Barat untuk memperolehi dan menguasai tanah-tanah jajahan Afrika dan Asia dikatakan bermula sejak tahun 1870-an. Tujuan perlumbaan kuasa Barat iaitu antara negara-negara seperti Britain, Perancis, Sepanyol, Belgium dan Amerika Syarikat adalah bagi memenuhi keperluan ekonomi dan menguasai kawasan strategic sama ada untuk kepentingan laluan perdagangan mahupun pertahanan. Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah dan Asia yang akhirnya berjaya menguasai politik, ekonomi dan sosial negara-negara yang dijajah. Terdapat tiga faktor penguasaan penjajah Barat ke atas negara-negara di Afrika dan Asia ialah faktor ekonomi (Gold Oriented), faktor politik (Glory Oriented) dan Faktor budaya ( Gospel Oriented).