SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  10
Tungku Abdul Rahman
              "Falsafah diri dan kehidupan"
Dahrum Bin Samsudin                      CD100382

Mohd Zulkifli Bin Osman                  CD100308

Nurul Izzati binti Kamaruddin            CD100346

Farah binti Ramlan                       CD100377

Siti Saleha bt Amirsah                   CD100317

Noormihayani binti Azmi                  CD100338
Tunku Abdul Rahman




| Copyright © 2012 |                    2
Tunku Abdul Rahman

                                         Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
                                         Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
                                         Shah.

                                         Lahir : 08 Februari 1903,

                                         Pendidikan : 1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid
                                         Alor Setar.

                                         1916 - Penang Free School, Penang.

                                         1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.

                                         1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

           Kerjaya :      1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai
                                 Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum
           lulus                        LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL
           dan Presiden                                  seksyen Selangor.

                          1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa
        untuk                           UMNO.

                          1956 - Rombongan Merdeka ke London.

                          1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.

                          1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.

                          1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.

                          1970 - Bersara dari Politik.

                          06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah.




| Copyright © 2012 |                                                                    3
Tunku Abdul Rahman
       1.0    PENGENALAN


              Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama yang asing bagi
        masyarakat di negara kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air.
        Beliau yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri
        Persekutuan Tanah Melayu pada zaman beliau, beliau juga merupakan Perdana
        Menteri Malaysia yang pertama. Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada
        dalam bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai
        seorang pemimpin negara yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir
        negara dan rakyatnya. Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha
        mencapai kemerdekaan negara amat penting. Sebagai seorang pemerintah, beliau
        bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada
        pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan peranan penting dalam
        membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.




        2.0   FALSAFAH DIRI DAN KEHIDUPAN


              "Kehidupan peribadi seseorang merupakan hak dirinya sendiri dengan syarat
        dia tidak melanggar hak-hak orang lain" demikian kata-kata beliau dalam sebuah
        artikel. Tunku adalah seorang pemimpin yang mempunyai keperibadian yang
        tersendiri. Artikel di bawah ini jelas menunjukkan bahawa Tunku adalah seorang
        pemimpin yang mempunyai jati diri tersendiri dan tidak malu untuk
        menceritakan kekurangan pada dirinya.




| Copyright © 2012 |                                                                       4
Tunku Abdul Rahman




        Antara mutiara-mutiara kata yang pernah di sampaikan oleh Tunku Abdul
        Rahman adalah

     1. “Negeri kita ini unik. Tidak ada 'isme' yang boleh diimport dari luar negeri. Kita
        kenalah tadbirkan negeri ini secara sendiri.”

     2. “Jika kita cuba hendak tiru mana-mana 'isme' dari negeri luar, maka sudah tentu
        tidak dapat diterima rakyat negeri ini.”

     3. “Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan
        yang kita capai.”

     4. "...merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapati, melainkan ialah
        dikehendaki    untuk   mendapatkannya itu        iaitu   pengorbanan   yang   sebenar
        pengorbanan.”

     5. “Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan
        usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga...”



| Copyright © 2012 |                                                                        5
Tunku Abdul Rahman
        3.0   FALSAFAH KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN



              Tunku telah banyak berkorban untuk negara. Pelbagai cabaran serta
        rintangan dihadapi namun segalanya berjaya di atasi dengan cekal dan tabah.
        Beliau adalah seorang pemimpin yang sentiasa tenang ketika menghadapi sesuatu
        situasi. Apabila beliau sudah yakin akan sesuatu perkara, biasanya beliau akan
        bertindak tegas dengan apa cara sekalipun. Sikapnya menepati pepatah ‘genggam
        bara api biar sampai menjadi arang’ dan‘alang-alang menyeluk pekasam biar
        sampai ke pangkal lengan’.

              Dalam menghadapi sesuatu isu, Tunku sentiasa bersikap mengejar masalah
        dan bukannya menanti masalah. Beliau tidak     membiarkan sesuatu masalah itu
        terselesai dengan sendirinya. Dengan keazaman, banyak perkara yang pada
        mulanya mustahil telah menjadi kenyataan. Falsafah atau sikap Tunku terhadap
        ideologi komunis sebenarnya tegas. Tidak ada tolak ansur terhadapnya.

              Kegigihan, keberanian dan ketegasan beliau telah membebaskan negara kita
        daripada belenggu penjajah. Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat
        hidupnya yang begitu mulia dan menghargai kesanggupannya mengorbankan
        masa-masanya yang berharga bagi membentuk negara          yang merdeka. Sikap
        pandangan jauh Tunku ini terkadang-kadang payah untuk difahami oleh rakyat.
        Hanya setelah beberapa lama barulah mereka akan mengetahui dan memahami
        akan tindakan dan tujuan sebenar Tunku. Memang inilah yang selalu dihadapi
        oleh Tunku semasa beliau memimpin negara. Fikirannya atau pandangannya
        terlalu jauh ke hadapan sehinggakan sukar untuk difahami oleh orang lain.
        Pendeknya memanglah banyak buah fikiran atau idea yang Tunku selalu
        utarakan yang boleh menimbulkan salah faham. Kebenaran dan manfaatnya
        selalunya hanya dapat dinikmati dan diketahui dalam beberapa tahun selepas itu.
        Inilah antara keseronokan Tunku apabila mengenangkan telatah manusia tentang
        sumbangannya terhadap negara, nusa dan agama. Memang dalam banyak hal,
        Tunku telah memandang jauh ke depan lebih dulu sebelum orang lain dapat

| Copyright © 2012 |                                                                  6
Tunku Abdul Rahman
        mengetahui manfaat atau ertinya beberapa tahun kemudiannya



        4.0   DASAR BERKAITAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN NEGARA



              Dasar yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman Al-Haj telah
        memberikan kesan yang amat panjang sehingga hari ini. Pelbagai dasar yang
        diperkenalkan oleh Tunku Abdul Rahman iaitu Dasar Luar Negara, Dasar
        Pelajaran Kebangsaan, Dasar Pembentukan Malaysia (Usul). Dasar atau usul
        pembentukan Malaysia ketika itu telah disuarakan oleh Tunku sendiri selepas
        Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
        Usul ini telah dikemukakan dalam satu ucapan penting pada 27 Mei 1961 di
        Singapura. Walaupun usul ini mendapat tentangan yang hebat daripada negara-
        negara luar iaitu Filipina dan Indonesia, namun gagasan Malaysia akhirnya dapat
        dibentuk dengan sempurna.

              Pada mulanya, dasar pembentukan Malaysia telah dikemukakan untuk
        membentuk satu gagasan di mana Sabah, Sarawak, dan Brunei digabungkan
        bersama Persekutuan Tanah Melayu. Namun cadangan tersebut telah ditolak tepi
        oleh pihak British dengan alasan bahawa Singapura diketepikan daripada gagasan
        tersebut. Setelah itu, Lee Kuan Yew Presiden Singapura ketika itu, telah
        menyarankan penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan
        Singapura, tetapi telah ditolak oleh Tunku Abdul Rahman.

              Akhirnya pada 27 Mei 1961, Tunku mengumumkan pengusulan gabungan
        Persekutuan Tanah Melayu, Brunei, Sarawak, Sabah dan Singapura untuk
        membentuk      Malaysia.   Satu   jawatankuasa   khas   telah   ditubuhkan   iaitu
        Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia yang telah dipengerusikan oleh
        Donald Stephen. Jawatankuasa ini telah memberi peluang kepada para pemimpin
        Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan. Akhirnya, Sabah dan Sarawak
        menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandum untuk dihantar ke
        Suruhanjaya Cobbold dan suruhanjaya ini akan bertanggungjawab untuk

| Copyright © 2012 |                                                                    7
Tunku Abdul Rahman
        meninjau       pandangan   rakyat   Sabah   dan   Sarawak   dan   membuat   syor
        perlembagaan yang baru.

              Pada Ogos 1962, suatu jawatankuasa telah dibentuk iaitu Jawatankuasa
        Antara Kerajaan (JAK) yang dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan
        timbalannya iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Tujuan JAK ditubuhkan untuk
        merangka perlembagaan Malaysia mengikut kesesuaian Sabah, Sarawak,
        Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya pada 27 Februari 1963, satu laporan telah
        dikeluarkan yakni terkandung 20 perkara yang telah diterima dan diluluskan oleh
        Parlimen Tanah Melayu. Ia telah menjadi Akta Malaysia 1963 secara rasminya.
        Perjanjian Malaysia pula ditandatangani pada 9 Julai 1963 dan pada masa yang
        sama, Brunei Darussalam telah menarik diri secara rasminya. Akhirnya pada 16
        September 1963, penubuhan Malaysia telah diisytiharkan secara rasmi walau
        sebelumnya mendapat tentangan yang hebat dari negara jiran iaitu Filipina dan
        Indonesia.

              Setelah terbentuknya Malaysia, pelbagai dasar yang diperkenalkan untuk
        memantapkan pembangunan Malaysia. Antaranya Rancangan Malaya Pertama
        dan Kedua serta Rancangan Malaysia Pertama hingga kini. Garapan Rancangan
        Malaysia ini akan dilakukan selama 5 kali setahun. Dasar yang diperkenalkan
        untuk menstabilkan ekonomi Malaysia buat pertama kalinya iaitu Dasar Ekonomi
        Baru. Dasar Ekonomi Baru diusulkan untuk mengekang kemiskinan yang pada
        ketika itu lebih ramai pada orang Melayu dan India.

              Tambahan pula, Dasar Pelajaran Kebangsaan juga turut ditubuhkan untuk
        menaikkan taraf pendidikan terutamanya anak-anak Melayu agar mereka
        mendapat pendidikan yang sempurna. Dalam pembentukan dasar ini telah
        memperlihatkan Penyata Razak, Laporan Abdul Rahman Talib menjadi tunjang
        dalam menjadikan dunia pendidikan adalah dunia berkaliber untuk rakyat
        Malaysia. Tidak dinafikan juga, pentingnya Dasar Luar Negara. Tunku Abdul
        Rahman telah diperlihatkan dari sisi kepimpinan untuk hubungan dasar luar
        Malaysia lebih ke arah kebaratan, yakni lebih suka memilih menjalinkan

| Copyright © 2012 |                                                                   8
Tunku Abdul Rahman
        hubungan dengan dunia barat berbanding asia yang ketika itu aliran komunis
        masih menular di setiap negara Asia.

              Pada hakikatnya, Dasar Pembentukan Malaysia ini telah menjadi tunjang
        atau akar utama dalam penubuhan setiap dasar di Malaysia. Hal ini kerana,
        Malaysia adalah negara yang majmuk dan berbilang bangsa serta agama. Kesan
        positif daripada Dasar Pembentukan Negara ini dapat dilihat sehingga kini yakni
        kestabilan ekonomi, keharmonian dan keamanan dapat dicapai, kejayaan dan
        kegemilangan Malaysia di mata dunia, mengekang isu penularan komunis dan
        yang penting dapat mengimbangkan setiap bangsa di Malaysia.



        5.0   KESIMPULAN



              Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990 ketika usianya
        meningkat kira-kira 87 tahun. Beliau sempat menyaksikan tiga orang tokoh
        penggantinya sebagai Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri, iaitu
        Allahyarham Tun Abdul Razak (1970-1976), Allahyarham Tun Hussein Onn
        (1976-1981) dan selama hampir 10 tahun di bawah kepimpinan pengkritik
        politiknya sendiri iaitu yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad.

              Tunku sesungguhnya boleh dibanggakan kerana beliaulah yang berjaya
        “menebus” kemerdekaan dari belenggu penjajahan Inggeris yang telah dimulakan
        oleh tindakan tertentu pihak Raja-raja Melayu sendiri. Bukan itu sahaja, Tunku
        juga sebenarnya perintis penting terhadap hubungan kaum dan etnik di negara ini
        dengan segala pendekatan kesederhanaannya sehingga apakalanya beliau
        kelihatan mengabaikan kepentingan Melayu dan disalah tafsirkan pula komitmen
        nasionalisme melayunya itu.

              Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia mengambil contoh kebaikan dan
        kesungguhan Tunku dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan yang dilakukan.
        Malah kita seharusnya menjaga kemerdekaan negara yang kita miliki agar tidak


| Copyright © 2012 |                                                                  9
Tunku Abdul Rahman
        jatuh ke tangan-tangan anasir luar yakni kita perlulah menjada kemerdekaan kita
        setelah orang terdahulu dari kita telah bersusah payah bergadai harta benda dan
        nyawa untuk membebaskan kita dari penjajahan fizikal.




| Copyright © 2012 |                                                                 10

Contenu connexe

Tendances

Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Aswa Nina
 
Langkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunisLangkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunis
Miz Karstz
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
shafikah zakaria
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
education university sultan idris
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
Nur Fareha
 
Pengajian Am- Penggal 3
Pengajian Am-  Penggal 3Pengajian Am-  Penggal 3
Pengajian Am- Penggal 3
Mei Lerthchai
 

Tendances (20)

Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda Wacana
 
Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~
 
Cerita tentang tunku abdul rahman
Cerita tentang tunku abdul rahmanCerita tentang tunku abdul rahman
Cerita tentang tunku abdul rahman
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
 
Langkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunisLangkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunis
 
Tok janggut (presentation)
Tok  janggut (presentation)Tok  janggut (presentation)
Tok janggut (presentation)
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
 
Pengajian Am- Penggal 3
Pengajian Am-  Penggal 3Pengajian Am-  Penggal 3
Pengajian Am- Penggal 3
 
Konsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja BeperlembagaanKonsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja Beperlembagaan
 
Sejarah bab 1
Sejarah bab 1Sejarah bab 1
Sejarah bab 1
 
Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Beraja
 
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
Mahatma gandhi
Mahatma gandhiMahatma gandhi
Mahatma gandhi
 

En vedette

Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysiaJasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Ck Chan
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
Yuvarani Subramaniam
 
Biography of tunku abdul rahman
Biography of tunku abdul rahmanBiography of tunku abdul rahman
Biography of tunku abdul rahman
naziraa
 
Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran yang Unggul dalam Malaysia (PBS Se...
Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran yang Unggul dalam Malaysia (PBS Se...Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran yang Unggul dalam Malaysia (PBS Se...
Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran yang Unggul dalam Malaysia (PBS Se...
Ashraf Azim
 
Tokoh kemerdekaan negara
Tokoh kemerdekaan negaraTokoh kemerdekaan negara
Tokoh kemerdekaan negara
Qishin Norham
 
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di MalaysiaEmpat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
Miz Arien
 
5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu
Nur Az
 
Website review
Website reviewWebsite review
Website review
Dirz M
 
The government of the state of kelantan v the government of the federation of...
The government of the state of kelantan v the government of the federation of...The government of the state of kelantan v the government of the federation of...
The government of the state of kelantan v the government of the federation of...
FAROUQ
 
Perdana menteri
Perdana menteriPerdana menteri
Perdana menteri
tauras81
 

En vedette (20)

Presentation tunku abdul rahman
Presentation tunku abdul rahmanPresentation tunku abdul rahman
Presentation tunku abdul rahman
 
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysiaJasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
Jasa dan sumbangan 6 perdana menteri malaysia
 
Sejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteriSejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteri
 
Perdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysiaPerdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysia
 
Biodata Tokoh
Biodata TokohBiodata Tokoh
Biodata Tokoh
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
 
Biography of tunku abdul rahman
Biography of tunku abdul rahmanBiography of tunku abdul rahman
Biography of tunku abdul rahman
 
Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran yang Unggul dalam Malaysia (PBS Se...
Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran yang Unggul dalam Malaysia (PBS Se...Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran yang Unggul dalam Malaysia (PBS Se...
Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran yang Unggul dalam Malaysia (PBS Se...
 
Folio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysiaFolio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysia
 
1st prime minister of malaya
1st prime minister of malaya1st prime minister of malaya
1st prime minister of malaya
 
Tokoh kemerdekaan negara
Tokoh kemerdekaan negaraTokoh kemerdekaan negara
Tokoh kemerdekaan negara
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di MalaysiaEmpat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
 
5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu
 
Website review
Website reviewWebsite review
Website review
 
Tun hussein bin dato’ onn
Tun hussein bin dato’ onnTun hussein bin dato’ onn
Tun hussein bin dato’ onn
 
Era pemerintahan tun hussein onn
Era pemerintahan tun hussein onnEra pemerintahan tun hussein onn
Era pemerintahan tun hussein onn
 
The government of the state of kelantan v the government of the federation of...
The government of the state of kelantan v the government of the federation of...The government of the state of kelantan v the government of the federation of...
The government of the state of kelantan v the government of the federation of...
 
Perdana menteri
Perdana menteriPerdana menteri
Perdana menteri
 
Tutorial solution (chapter 11)[1]
Tutorial solution (chapter 11)[1]Tutorial solution (chapter 11)[1]
Tutorial solution (chapter 11)[1]
 

Similaire à Tunku abdul rahman

Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Nur Bazilah Amna
 
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kini
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga KiniPerdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kini
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kini
d092184
 
Perdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysiaPerdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysia
dausjalil
 
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraanKerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Juni Izyan
 
Tokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaanTokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaan
Umi Jauhar
 
Tapak pembelajaran az
Tapak pembelajaran azTapak pembelajaran az
Tapak pembelajaran az
Xeri Ee
 

Similaire à Tunku abdul rahman (20)

Bapa kemerdekaan
Bapa kemerdekaanBapa kemerdekaan
Bapa kemerdekaan
 
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
 
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kini
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga KiniPerdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kini
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kini
 
Perdana menteri pertama
Perdana menteri pertamaPerdana menteri pertama
Perdana menteri pertama
 
Dato najib
Dato najibDato najib
Dato najib
 
Perdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysiaPerdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysia
 
Sejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan MalaysiaSejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan Malaysia
 
Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah CintaSemarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
 
Perdana menteri
Perdana menteriPerdana menteri
Perdana menteri
 
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraanKerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan
 
malaysian malaysia
malaysian malaysiamalaysian malaysia
malaysian malaysia
 
dato jaffar.pdf
dato jaffar.pdfdato jaffar.pdf
dato jaffar.pdf
 
Tokoh tempatan
Tokoh tempatan Tokoh tempatan
Tokoh tempatan
 
Tokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaanTokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaan
 
Folio sivik
Folio sivik Folio sivik
Folio sivik
 
Tokoh dato' onn
Tokoh dato' onnTokoh dato' onn
Tokoh dato' onn
 
Tapak pembelajaran az
Tapak pembelajaran azTapak pembelajaran az
Tapak pembelajaran az
 
Perdana menteri
Perdana menteriPerdana menteri
Perdana menteri
 
Perdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysiaPerdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysia
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
SEJARAH T5 KBSM BAB 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa yang MerdekaSEJARAH T5 KBSM BAB 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
SEJARAH T5 KBSM BAB 5 - Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
 

Tunku abdul rahman

  • 1. Tungku Abdul Rahman "Falsafah diri dan kehidupan" Dahrum Bin Samsudin CD100382 Mohd Zulkifli Bin Osman CD100308 Nurul Izzati binti Kamaruddin CD100346 Farah binti Ramlan CD100377 Siti Saleha bt Amirsah CD100317 Noormihayani binti Azmi CD100338
  • 2. Tunku Abdul Rahman | Copyright © 2012 | 2
  • 3. Tunku Abdul Rahman Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Lahir : 08 Februari 1903, Pendidikan : 1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar. 1916 - Penang Free School, Penang. 1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge. 1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London. Kerjaya : 1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden seksyen Selangor. 1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO. 1956 - Rombongan Merdeka ke London. 1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama. 1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia. 1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963. 1970 - Bersara dari Politik. 06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. | Copyright © 2012 | 3
  • 4. Tunku Abdul Rahman 1.0 PENGENALAN Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama yang asing bagi masyarakat di negara kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Beliau yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada zaman beliau, beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin negara yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya. Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting. Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan peranan penting dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. 2.0 FALSAFAH DIRI DAN KEHIDUPAN "Kehidupan peribadi seseorang merupakan hak dirinya sendiri dengan syarat dia tidak melanggar hak-hak orang lain" demikian kata-kata beliau dalam sebuah artikel. Tunku adalah seorang pemimpin yang mempunyai keperibadian yang tersendiri. Artikel di bawah ini jelas menunjukkan bahawa Tunku adalah seorang pemimpin yang mempunyai jati diri tersendiri dan tidak malu untuk menceritakan kekurangan pada dirinya. | Copyright © 2012 | 4
  • 5. Tunku Abdul Rahman Antara mutiara-mutiara kata yang pernah di sampaikan oleh Tunku Abdul Rahman adalah 1. “Negeri kita ini unik. Tidak ada 'isme' yang boleh diimport dari luar negeri. Kita kenalah tadbirkan negeri ini secara sendiri.” 2. “Jika kita cuba hendak tiru mana-mana 'isme' dari negeri luar, maka sudah tentu tidak dapat diterima rakyat negeri ini.” 3. “Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan yang kita capai.” 4. "...merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan.” 5. “Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga...” | Copyright © 2012 | 5
  • 6. Tunku Abdul Rahman 3.0 FALSAFAH KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN Tunku telah banyak berkorban untuk negara. Pelbagai cabaran serta rintangan dihadapi namun segalanya berjaya di atasi dengan cekal dan tabah. Beliau adalah seorang pemimpin yang sentiasa tenang ketika menghadapi sesuatu situasi. Apabila beliau sudah yakin akan sesuatu perkara, biasanya beliau akan bertindak tegas dengan apa cara sekalipun. Sikapnya menepati pepatah ‘genggam bara api biar sampai menjadi arang’ dan‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’. Dalam menghadapi sesuatu isu, Tunku sentiasa bersikap mengejar masalah dan bukannya menanti masalah. Beliau tidak membiarkan sesuatu masalah itu terselesai dengan sendirinya. Dengan keazaman, banyak perkara yang pada mulanya mustahil telah menjadi kenyataan. Falsafah atau sikap Tunku terhadap ideologi komunis sebenarnya tegas. Tidak ada tolak ansur terhadapnya. Kegigihan, keberanian dan ketegasan beliau telah membebaskan negara kita daripada belenggu penjajah. Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat hidupnya yang begitu mulia dan menghargai kesanggupannya mengorbankan masa-masanya yang berharga bagi membentuk negara yang merdeka. Sikap pandangan jauh Tunku ini terkadang-kadang payah untuk difahami oleh rakyat. Hanya setelah beberapa lama barulah mereka akan mengetahui dan memahami akan tindakan dan tujuan sebenar Tunku. Memang inilah yang selalu dihadapi oleh Tunku semasa beliau memimpin negara. Fikirannya atau pandangannya terlalu jauh ke hadapan sehinggakan sukar untuk difahami oleh orang lain. Pendeknya memanglah banyak buah fikiran atau idea yang Tunku selalu utarakan yang boleh menimbulkan salah faham. Kebenaran dan manfaatnya selalunya hanya dapat dinikmati dan diketahui dalam beberapa tahun selepas itu. Inilah antara keseronokan Tunku apabila mengenangkan telatah manusia tentang sumbangannya terhadap negara, nusa dan agama. Memang dalam banyak hal, Tunku telah memandang jauh ke depan lebih dulu sebelum orang lain dapat | Copyright © 2012 | 6
  • 7. Tunku Abdul Rahman mengetahui manfaat atau ertinya beberapa tahun kemudiannya 4.0 DASAR BERKAITAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN NEGARA Dasar yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman Al-Haj telah memberikan kesan yang amat panjang sehingga hari ini. Pelbagai dasar yang diperkenalkan oleh Tunku Abdul Rahman iaitu Dasar Luar Negara, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Pembentukan Malaysia (Usul). Dasar atau usul pembentukan Malaysia ketika itu telah disuarakan oleh Tunku sendiri selepas Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Usul ini telah dikemukakan dalam satu ucapan penting pada 27 Mei 1961 di Singapura. Walaupun usul ini mendapat tentangan yang hebat daripada negara- negara luar iaitu Filipina dan Indonesia, namun gagasan Malaysia akhirnya dapat dibentuk dengan sempurna. Pada mulanya, dasar pembentukan Malaysia telah dikemukakan untuk membentuk satu gagasan di mana Sabah, Sarawak, dan Brunei digabungkan bersama Persekutuan Tanah Melayu. Namun cadangan tersebut telah ditolak tepi oleh pihak British dengan alasan bahawa Singapura diketepikan daripada gagasan tersebut. Setelah itu, Lee Kuan Yew Presiden Singapura ketika itu, telah menyarankan penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura, tetapi telah ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Akhirnya pada 27 Mei 1961, Tunku mengumumkan pengusulan gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Brunei, Sarawak, Sabah dan Singapura untuk membentuk Malaysia. Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia yang telah dipengerusikan oleh Donald Stephen. Jawatankuasa ini telah memberi peluang kepada para pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan. Akhirnya, Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandum untuk dihantar ke Suruhanjaya Cobbold dan suruhanjaya ini akan bertanggungjawab untuk | Copyright © 2012 | 7
  • 8. Tunku Abdul Rahman meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan yang baru. Pada Ogos 1962, suatu jawatankuasa telah dibentuk iaitu Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Tujuan JAK ditubuhkan untuk merangka perlembagaan Malaysia mengikut kesesuaian Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya pada 27 Februari 1963, satu laporan telah dikeluarkan yakni terkandung 20 perkara yang telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu. Ia telah menjadi Akta Malaysia 1963 secara rasminya. Perjanjian Malaysia pula ditandatangani pada 9 Julai 1963 dan pada masa yang sama, Brunei Darussalam telah menarik diri secara rasminya. Akhirnya pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia telah diisytiharkan secara rasmi walau sebelumnya mendapat tentangan yang hebat dari negara jiran iaitu Filipina dan Indonesia. Setelah terbentuknya Malaysia, pelbagai dasar yang diperkenalkan untuk memantapkan pembangunan Malaysia. Antaranya Rancangan Malaya Pertama dan Kedua serta Rancangan Malaysia Pertama hingga kini. Garapan Rancangan Malaysia ini akan dilakukan selama 5 kali setahun. Dasar yang diperkenalkan untuk menstabilkan ekonomi Malaysia buat pertama kalinya iaitu Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru diusulkan untuk mengekang kemiskinan yang pada ketika itu lebih ramai pada orang Melayu dan India. Tambahan pula, Dasar Pelajaran Kebangsaan juga turut ditubuhkan untuk menaikkan taraf pendidikan terutamanya anak-anak Melayu agar mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Dalam pembentukan dasar ini telah memperlihatkan Penyata Razak, Laporan Abdul Rahman Talib menjadi tunjang dalam menjadikan dunia pendidikan adalah dunia berkaliber untuk rakyat Malaysia. Tidak dinafikan juga, pentingnya Dasar Luar Negara. Tunku Abdul Rahman telah diperlihatkan dari sisi kepimpinan untuk hubungan dasar luar Malaysia lebih ke arah kebaratan, yakni lebih suka memilih menjalinkan | Copyright © 2012 | 8
  • 9. Tunku Abdul Rahman hubungan dengan dunia barat berbanding asia yang ketika itu aliran komunis masih menular di setiap negara Asia. Pada hakikatnya, Dasar Pembentukan Malaysia ini telah menjadi tunjang atau akar utama dalam penubuhan setiap dasar di Malaysia. Hal ini kerana, Malaysia adalah negara yang majmuk dan berbilang bangsa serta agama. Kesan positif daripada Dasar Pembentukan Negara ini dapat dilihat sehingga kini yakni kestabilan ekonomi, keharmonian dan keamanan dapat dicapai, kejayaan dan kegemilangan Malaysia di mata dunia, mengekang isu penularan komunis dan yang penting dapat mengimbangkan setiap bangsa di Malaysia. 5.0 KESIMPULAN Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990 ketika usianya meningkat kira-kira 87 tahun. Beliau sempat menyaksikan tiga orang tokoh penggantinya sebagai Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri, iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak (1970-1976), Allahyarham Tun Hussein Onn (1976-1981) dan selama hampir 10 tahun di bawah kepimpinan pengkritik politiknya sendiri iaitu yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad. Tunku sesungguhnya boleh dibanggakan kerana beliaulah yang berjaya “menebus” kemerdekaan dari belenggu penjajahan Inggeris yang telah dimulakan oleh tindakan tertentu pihak Raja-raja Melayu sendiri. Bukan itu sahaja, Tunku juga sebenarnya perintis penting terhadap hubungan kaum dan etnik di negara ini dengan segala pendekatan kesederhanaannya sehingga apakalanya beliau kelihatan mengabaikan kepentingan Melayu dan disalah tafsirkan pula komitmen nasionalisme melayunya itu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia mengambil contoh kebaikan dan kesungguhan Tunku dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Malah kita seharusnya menjaga kemerdekaan negara yang kita miliki agar tidak | Copyright © 2012 | 9
  • 10. Tunku Abdul Rahman jatuh ke tangan-tangan anasir luar yakni kita perlulah menjada kemerdekaan kita setelah orang terdahulu dari kita telah bersusah payah bergadai harta benda dan nyawa untuk membebaskan kita dari penjajahan fizikal. | Copyright © 2012 | 10