SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
PENGENALAN 
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN 1
SYARAT-SYARAT
KEMASUKAN KE
UNIVERSITI AWAM
2-3
SYARAT-SYARAT
KEMASUKAN KE
UNIVERSITI SWASTA
4-5
BIDANG KERJAYA YANG
DIKAJI
6
SENARAI IPT YANG
MENAWARKAN KURSUS
PERUBATAN
7
SKOP BIDANG KERJAYA 8
KESIMPULAN 9
LAMPIRAN 10
PENGENALAN 
Doktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan
kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan
menyembuhkan penyakit. Walau bagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara
yang berkaitan doktor dan doktor bedah.
Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat
pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama
seperti jawatan perubatan (profesi medis). Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem
badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan
manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat
penyakit.
Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat). Sistem
rawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina
Tradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat).
Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagai-bagai
sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam
konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik,
penyelidikan perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan.
Untuk mengikuti pengajian perubatan tempatan terdapat satu persaingan yang hebat di mana
terlalu ramai calon yang layak untuk merebut tempat-tempat pengajian yang terhad. Hanya mereka
yang mempunyai kelayakan terbaik iaitu lulus dengan cemerlang di peringkat dalam Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya atau lulus cemerlang di peringkat
matrikulasi/asasi sains sahaja yang mempunyai kemungkinan untuk mendapat tempat di universiti-
universiti tempatan.
1
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM
Syarat-syarat Penerimaan Masuk
o Keperluan Pelajaran Asas
o Sijil Pelajaran Malaysia
Calon-calon mestilah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan yang
setaraf dengannya serta lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa
Malaysia atau Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan;
o Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau yang setaraf
o Calon-calon mestilah lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya
PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya :
Gred C (NGMP 2.00) dalam matapelajaran Pengajian Am ; dan
Gred C (NGMP 2.00) dalam dua matapelajaran lain dan mendapat sekurang
kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Peperiksaan Malaysian University English
Test (MUET)
o Calon-calon yang memohon masuk ke Fakulti Perubatan mestilah lulus sekurang-
kurangnya Gred B (NGMP 3.00) matapelajaran berikut :
• Matematik T/Matematik Lanjutan T
• Kimia
• Biologi
Calon-calon mestilah juga telah lulus Malaysian University English Test (MUET) dengan
mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3).
2
ATAU :
Sijil Matrikulasi
Bagi kemasukan ke mana-mana program IPTA di Malaysia, umumnya calon-calon mestilah
lulus kursus Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/Asasi Sains UM/ Asasi Sains UiTM
dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3
(Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Calon-calon yang memohon masuk ke Fakulti Perubatan mestilah lulus semua matapelajaran
peng-khususan dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.50) dalam setiap
matapelajaran berikut;
• Biologi
• Kimia
• Matematik
3
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI SWASTA
Sarjana Muda Farmasi (Kepujian)
Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam tiga
(3) mata pelajaran berikut: • Biology • Chemistry • Physics/Mathematics T/Further
Mathematics T
dan
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam tiga (3) mata
pelajaran berikut: • Biologi • Fizik • Kimia dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET.
(Kelulusan Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berkenaan
boleh diterima sebagai gant i kepada Kepujian dalam mata pelajaran yang sama pada
peringkat SPM)
Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan
Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A- (NGMP 3.67) pada peringkat STPM dalam tiga
(3) mata pelajaran berikut: • Biology • Chemistry • Physics/Mathematics T/Further
Mathematics T
dan
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam tiga (3) mata
pelajaran berikut: • Biologi • Fizik; dan • Kimia dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET.
(Kelulusan Gred B+ (NGMP 3.33) dalam mata pelajaran berkenaan di peringkat STPM
boleh diterima sebagai ganti kepada kepujian dalam mata pelajaran yang sama pada
peringkat SPM)
4
PROGRAM PENGAJIAN KELAYAKAN MINIMUM STPM
Sarjana Muda Sains Bioperubatan
Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) dalam dua (2) mata pelajaran dan
Gred C (NGMP 2.00) dalam satu (1) mata pelajaran pada peringkat STPM dalam
kombinasi mata pelajaran berikut: • Biology • Chemistry • Physics • Mathematics T •
Further Mathematics T dan
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam tiga (3) mata
pelajaran berikut: • Biologi • Fizik • Kimia
(Kelulusan Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pe lajaran berkenaan
boleh diterima sebagai ganti kepada kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran
yang sama)
Sarjana Muda Pengimejan Perubatan
Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam
kombinasi dua (2) mata pelajaran berikut: • Biology/Physics • Chemistry/Mathematics
T/Further Mathematics T
dan
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (4B) pada peringkat SPM/Setaraf dalam tiga (3)
mata pelajaran berikut: • Biologi • Fizik • Kimia/Matematik/Matematik Tambahan
dan
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM/Setaraf dalam mata
pelajaran berikut: • Bahasa Inggeris
5
BIDANG KERJAYA YANG DIKAJI
Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan
perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat
pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda
yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikal
untuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat
berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika
perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang
cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod
pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.
Keterangan Tugas
1. Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit;
2.Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis;
3.Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah
didiagnosis;
4.Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau
kecederaan yang tertentu;
5.Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan;
6.Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan
kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum;
7.Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan
profesional kesihatan yang lain;
8.Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;
6
Senarai IPT yang menawarkan kursus perubatan
 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
 Universiti Malaya (UM),
 Universiti Sains Malaysia (USM),
 Universiti Putra Malaysia (UPM),
 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
7
Skop Bidang Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara.Di sektor
swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagi mereka yang
telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri.Seorang Doktor
Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang
tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain
 Doktor (am, bedah, gigi, mata, pakar)
 Doktor Haiwan
 Jururawat
 Pembantu Makmal/Pembantu Perubatan
 Juru Radiologi
 Saintis
 Ahli Biologi/ Kimia
 Pakar Nuklear
 Ahli Geologi/ Giofizik
8
KESIMPULAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya, dapat juga saya
menyiapkan folio kerjaya ini.
Secara keseluruhannya, Folio Kerjaya ini telah banyak membantu saya dalam memilih
bidang kerjaya dan kursus yang bersesuaian dan bertepatan dengan personaliti saya. Selain itu,
tugasan ini juga turut memberi rangsangan kepada saya untuk meneruskan cita-cita yang saya
idam-idamkan sejak kecil lagi sehingga saya berjaya mendapatkannya.
Oleh yang demikian, saya akan memastikan saya berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapai tahap terbaik dalam peperiksaan SPM bagi membuka peluang kepada saya untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Selain itu, tugasan ini juga telah membuka mata
saya menyiapkan diri saya untuk memenuhi syarat-syarat kelayakan ke universiti bagi meneruskan
cita-cita saya dalam bidang perubatan dan seterusnya mengecapi matlamat hidup saya.
9
LAMPIRAN
.
https://bualbicarailmu.wordpress.com/2014/01/01/peluang-pengajian-perubatan-farmasi-
pergigian-ulum-islamiah-di-mesir-untuk-pelajar-lepasan-spm/
.
http://www.saljuhumairah.com/2012/02/syarat-syarat-am-permohonan-ke.html
.
http://kaunselingkmph.blogspot.my/p/bidang-kerjaya.html
.
http://documents.tips/documents/57508442-folio-kerjaya.html
.
http://www.slideshare.net/adlihakimi6/folio-kerjaya-38516725
10
.
Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting

Contenu connexe

Tendances

Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutan
Ninie Aziz
 
Profil peribadi
Profil peribadiProfil peribadi
Profil peribadi
otpeng
 
Tugas warden asrama
Tugas warden asramaTugas warden asrama
Tugas warden asrama
fakurol
 
KERJA KURSUS GEOGRAFI back up
KERJA KURSUS GEOGRAFI back upKERJA KURSUS GEOGRAFI back up
KERJA KURSUS GEOGRAFI back up
zainipr
 

Tendances (20)

pemilihan pakej stem.pdf
pemilihan pakej stem.pdfpemilihan pakej stem.pdf
pemilihan pakej stem.pdf
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutan
 
Profil peribadi
Profil peribadiProfil peribadi
Profil peribadi
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
Kecerunan Bawah Graf Math Modern SPM Contoh Jawapan
Kecerunan Bawah Graf Math Modern SPM Contoh JawapanKecerunan Bawah Graf Math Modern SPM Contoh Jawapan
Kecerunan Bawah Graf Math Modern SPM Contoh Jawapan
 
Algoritma
AlgoritmaAlgoritma
Algoritma
 
Sistem fail & surat menyurat
Sistem fail & surat menyuratSistem fail & surat menyurat
Sistem fail & surat menyurat
 
Tugas warden asrama
Tugas warden asramaTugas warden asrama
Tugas warden asrama
 
Contoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu docContoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu doc
 
Abstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian IlmiahAbstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian Ilmiah
 
Senarai sekolah dan aliran mpv
Senarai sekolah dan aliran mpvSenarai sekolah dan aliran mpv
Senarai sekolah dan aliran mpv
 
5.1 Mitosis tingkatan 4
5.1 Mitosis tingkatan 45.1 Mitosis tingkatan 4
5.1 Mitosis tingkatan 4
 
Topik 1 fungsi (2)
Topik 1 fungsi (2)Topik 1 fungsi (2)
Topik 1 fungsi (2)
 
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaanAnalisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
 
Poligon
PoligonPoligon
Poligon
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
100 soalan Matematik Ting1
100 soalan Matematik Ting1100 soalan Matematik Ting1
100 soalan Matematik Ting1
 
KERJA KURSUS GEOGRAFI back up
KERJA KURSUS GEOGRAFI back upKERJA KURSUS GEOGRAFI back up
KERJA KURSUS GEOGRAFI back up
 
Borang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajianBorang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajian
 
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
 

Similaire à Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting (6)

Pengajian siswazah -_e-panduan
Pengajian siswazah -_e-panduanPengajian siswazah -_e-panduan
Pengajian siswazah -_e-panduan
 
Iklan Jawatan Kosong Akademik Universiti Sultan Zainal Abidin 2014
Iklan Jawatan Kosong Akademik Universiti Sultan Zainal Abidin 2014Iklan Jawatan Kosong Akademik Universiti Sultan Zainal Abidin 2014
Iklan Jawatan Kosong Akademik Universiti Sultan Zainal Abidin 2014
 
Review copy separa perubatan
Review copy separa perubatanReview copy separa perubatan
Review copy separa perubatan
 
Masuk ipta
Masuk iptaMasuk ipta
Masuk ipta
 
Tips Temuduga Separa Perubatan
Tips Temuduga Separa PerubatanTips Temuduga Separa Perubatan
Tips Temuduga Separa Perubatan
 
BUKU_PERKHIDMATAN_MAKMAL_PATOLOGI_ORAL_-_edisi_5_1.pdf
BUKU_PERKHIDMATAN_MAKMAL_PATOLOGI_ORAL_-_edisi_5_1.pdfBUKU_PERKHIDMATAN_MAKMAL_PATOLOGI_ORAL_-_edisi_5_1.pdf
BUKU_PERKHIDMATAN_MAKMAL_PATOLOGI_ORAL_-_edisi_5_1.pdf
 

Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting

  • 2. ISI KANDUNGAN PENGENALAN 1 SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM 2-3 SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI SWASTA 4-5 BIDANG KERJAYA YANG DIKAJI 6 SENARAI IPT YANG MENAWARKAN KURSUS PERUBATAN 7 SKOP BIDANG KERJAYA 8 KESIMPULAN 9 LAMPIRAN 10
  • 3. PENGENALAN  Doktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walau bagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah. Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan (profesi medis). Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit. Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat). Sistem rawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina Tradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat). Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagai-bagai sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik, penyelidikan perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan. Untuk mengikuti pengajian perubatan tempatan terdapat satu persaingan yang hebat di mana terlalu ramai calon yang layak untuk merebut tempat-tempat pengajian yang terhad. Hanya mereka yang mempunyai kelayakan terbaik iaitu lulus dengan cemerlang di peringkat dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya atau lulus cemerlang di peringkat matrikulasi/asasi sains sahaja yang mempunyai kemungkinan untuk mendapat tempat di universiti- universiti tempatan. 1
  • 4. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM Syarat-syarat Penerimaan Masuk o Keperluan Pelajaran Asas o Sijil Pelajaran Malaysia Calon-calon mestilah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan yang setaraf dengannya serta lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan; o Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau yang setaraf o Calon-calon mestilah lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya : Gred C (NGMP 2.00) dalam matapelajaran Pengajian Am ; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua matapelajaran lain dan mendapat sekurang kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) o Calon-calon yang memohon masuk ke Fakulti Perubatan mestilah lulus sekurang- kurangnya Gred B (NGMP 3.00) matapelajaran berikut : • Matematik T/Matematik Lanjutan T • Kimia • Biologi Calon-calon mestilah juga telah lulus Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3). 2
  • 5. ATAU : Sijil Matrikulasi Bagi kemasukan ke mana-mana program IPTA di Malaysia, umumnya calon-calon mestilah lulus kursus Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/Asasi Sains UM/ Asasi Sains UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET). Calon-calon yang memohon masuk ke Fakulti Perubatan mestilah lulus semua matapelajaran peng-khususan dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.50) dalam setiap matapelajaran berikut; • Biologi • Kimia • Matematik 3
  • 6. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI SWASTA Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam tiga (3) mata pelajaran berikut: • Biology • Chemistry • Physics/Mathematics T/Further Mathematics T dan Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam tiga (3) mata pelajaran berikut: • Biologi • Fizik • Kimia dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET. (Kelulusan Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berkenaan boleh diterima sebagai gant i kepada Kepujian dalam mata pelajaran yang sama pada peringkat SPM) Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM Mendapat sekurang-kurangnya Gred A- (NGMP 3.67) pada peringkat STPM dalam tiga (3) mata pelajaran berikut: • Biology • Chemistry • Physics/Mathematics T/Further Mathematics T dan Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam tiga (3) mata pelajaran berikut: • Biologi • Fizik; dan • Kimia dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET. (Kelulusan Gred B+ (NGMP 3.33) dalam mata pelajaran berkenaan di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti kepada kepujian dalam mata pelajaran yang sama pada peringkat SPM) 4 PROGRAM PENGAJIAN KELAYAKAN MINIMUM STPM Sarjana Muda Sains Bioperubatan Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM
  • 7. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) dalam dua (2) mata pelajaran dan Gred C (NGMP 2.00) dalam satu (1) mata pelajaran pada peringkat STPM dalam kombinasi mata pelajaran berikut: • Biology • Chemistry • Physics • Mathematics T • Further Mathematics T dan Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam tiga (3) mata pelajaran berikut: • Biologi • Fizik • Kimia (Kelulusan Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pe lajaran berkenaan boleh diterima sebagai ganti kepada kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran yang sama) Sarjana Muda Pengimejan Perubatan Memenuhi Syarat Am Universiti serta KEPERLUAN KHAS PROGRAM Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam kombinasi dua (2) mata pelajaran berikut: • Biology/Physics • Chemistry/Mathematics T/Further Mathematics T dan Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (4B) pada peringkat SPM/Setaraf dalam tiga (3) mata pelajaran berikut: • Biologi • Fizik • Kimia/Matematik/Matematik Tambahan dan Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM/Setaraf dalam mata pelajaran berikut: • Bahasa Inggeris 5
  • 8. BIDANG KERJAYA YANG DIKAJI Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit. Keterangan Tugas 1. Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit; 2.Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis; 3.Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis; 4.Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu; 5.Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan; 6.Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum; 7.Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain; 8.Menyediakan dokumen dan laporan saintifik; 6
  • 9. Senarai IPT yang menawarkan kursus perubatan  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  Universiti Malaya (UM),  Universiti Sains Malaysia (USM),  Universiti Putra Malaysia (UPM),  Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 7
  • 10. Skop Bidang Kerjaya Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara.Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri.Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain  Doktor (am, bedah, gigi, mata, pakar)  Doktor Haiwan  Jururawat  Pembantu Makmal/Pembantu Perubatan  Juru Radiologi  Saintis  Ahli Biologi/ Kimia  Pakar Nuklear  Ahli Geologi/ Giofizik 8
  • 11. KESIMPULAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan folio kerjaya ini. Secara keseluruhannya, Folio Kerjaya ini telah banyak membantu saya dalam memilih bidang kerjaya dan kursus yang bersesuaian dan bertepatan dengan personaliti saya. Selain itu, tugasan ini juga turut memberi rangsangan kepada saya untuk meneruskan cita-cita yang saya idam-idamkan sejak kecil lagi sehingga saya berjaya mendapatkannya. Oleh yang demikian, saya akan memastikan saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap terbaik dalam peperiksaan SPM bagi membuka peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Selain itu, tugasan ini juga telah membuka mata saya menyiapkan diri saya untuk memenuhi syarat-syarat kelayakan ke universiti bagi meneruskan cita-cita saya dalam bidang perubatan dan seterusnya mengecapi matlamat hidup saya. 9