SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
PENDAHULUAN
Alam Melayu sering juga disebut sebagai Kepulauan Melayu atau "Malay
Archipelago" adalah merujuk kepada wilayah yang dikenali sebagai Nusantara.
Kepulauan Melayu atau Nusantara merangkumi daerah-daerah atau
kepulauan Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia, Filipina, Vietnam dan
Taiwan hingga ke Madagascar.
Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas atau
"Golden Khersonese" kerana tarafnya sebagai jajahan kerajaan besar Funan ketika
itu. Kepulauan Melayu terkenal kerana kedudukannya yang strategik dari sudut
geografi iaitu sebagai pengawal lalulintas antara Bar at dan Timur khususnya di
antara India dan China. Dari sudut keilmuan Kepulauan Melayu turut menjadi
terkenal sebagai tempat pertapakan falsafah aliran pemikiran pelbagai agama
ketika itu termasuklah agama Islam. Alam Melayu juga dipanggil sebagai
"mutiara timur" kerana muka buminya yang subur dengan pelbagai flora dan
fauna serta menyimpan khazanah sumber ekonomi yang tidak ternilai
harganya.
ALAM MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
Kepercayaan Animisme
Masyarakat Melayu dibelenggu oleh fahaman "Animisma" iaitu suatu
kepercayaan yang mempercayai adanya kuasa roh. Mereka percaya bahawa roh
wujud dalam setiap benda hidup. Justeru itu Animisma ialah kepercayaan
adanya jiwa atau roh yang boleh mempengaruhi kehidupan manusia. Mereka
juga mempercayai "Dinamisme" iaitu kepercayaan yang tiada berperibadi atau
tidak berjisim yang lahir dalam diri manusia, haiwan, tumbuhan atau benda-
benda tertentu. Contohnya roh atau semangat yang boleh mendatangkan kesan
baik atau buruk kepada kehidupan.
Kepercayaan Hindu-Buddha
Kepercayaan Hindu-Buddha pula merupakan hasil daripada gabungan
"Senkritisme" dengan amalan tempatan dan banyak dianuti oleh golongan atasan
terutama sekali golongan raja. Pemujaan 'dewaraja" di mana raja dianggap sebagai
penitisan Dewa Siva atau Visnu dan sekaligus penitisan dewa Buddha Mahayana.
Keadaan Sosial
Masyarakat Melayu dibahagikan kepada dua kelas atau kasta iaitu kelas
pemerintah (raja dan golongan bangsawan) dan kelas yang diperintah (golongan
rakyat jelata yang menjadi hamba abdi). Wujud diskriminasi yang ketara dalam undang-
undang jenayah mahupun awam. Warna tertentu (kuning) khusus untuk golongan raja
sahaja. Raja dianggap dari keturunan dewa (bayangan Tuhan). Muncul Bahasa
Melayu kuno dan Jawa kuno hasil daripada "asimilasi" bahasa Sanskrit dan Tamil.
Ringkasnya kehidupan masyarakat di Alam Melayu sebelum kedatangan Islam masih
diselubungi kejahilan dan perkara tahyul serta khurafat yang jauh dari nilai-nilai ilmu
yang bersifat ilmiah dan pemikiran yang logik.
Ekonomi
Dalam aspek ekonomi, masyarakat Melayu tradisional memperolehi sumber
ekonomi dari kegiatan harian seperti bercucuk tanam, menangkap ikan dan
memungut hasil hutan. seperti rotan, damar dan getah jelutung. Kegiatan ekonomi sara
hidup.-jnemainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu tradisi ketika ftu. Malah
dapat dilihat kehidupan mereka amat dipengaruhi oleh persekitaran menyebabkan
mereka bergantung sepenuhnya kepada sungai, laut, hutan dan tanah pertanian.
Politik
Dalam aspek pemerintahan muncul konsep "dewaraja". Raja dianggap suci
dan mulia kerana berasal dari keturunan dewa Siva atau Visnu atau dewa Buddha
Mahayana. Raja bukan sahaja perlu ditaati tetapi juga perlu disembah. Raja adalah
berdaulat dan tidak boleh ditentang atau durhaka. Adat di istana adalah mengikut adat
Hindu seperti adat menyembah, sujud dan penggunaan bahasa istana dan juga gelaran
kepada raja seperti Maharaja, Maha Mulia dan sebagainya.
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
Tidak ada tarikh yang tepat mengenai kedatangan dan proses Islamisasi di
Alam Melayu atau Nusantara. Dari situ timbul pelbagai andaian dari mana, bila dan
bagaimana Islam datang ke Alam Melayu. Terdapat tiga teori yang telah
dikemukakan oleh tokoh-tokoh sejarawan mengenai kedatangan Islam ke Alam
Melayu iaitu sama ada dari India, China atau Arab.
a) Teori Islam Dari India
Pengkaji-pengkaji Barat seperti Pijnappel, Snouck Hugronje, B. Harisson,
,Thomas Arnold, Morguette dan R.O. Winstedt sepakat menyatakan bahawa Islam di
Nusantara datang dari India menerusi aktiviti perdagangan cuma berbeza pendapat
dari daerah mana sama ada dari Gujerat, Cambay, Benggal atau Malabar.
Pijnappel menyatakan Islam datang dari India iaitu dari kawasan Gujerat dan
Malabar tetapi dibawa oleh pedagang berbangsa Arab dan bukan pedagang bangsa
India. Teori ini disokong oleh Snouck Hugronje dan Harry Hazzard memandangkan
pedagang-pedagang Islam bergiat aktif sebagai orang tengah dalam perdagangan
di Kepulauan Melayu ketika itu.
R.O.Winstedt menyatakan Islam datang dari Gujerat, alasannya ialah batu nisan
yang ditemui di Bruas, Perak mempunyai persamaan dengan batu nisan di Gujerat.
S.Q. Fatimi pula berpendapat Islam di Nusantara datang dari Benggal dan
Coromandel India hasil dari aktiviti perdagangan oleh para saudagar yang telah
memeluk Islam. Sementara Arnold dalam bukunya "The Muslim World" pula
mengatakan Islam telah dibawa oleh pedagang muslim dari Malabar dan daerah India
Selatan berdasarkan persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafii
sedangkan di Gujerat penduduknya bermazhab Hanafi.
Walaupun demikian hujah ini dikatakan tidak tepat kerana sejarah mencatatkan
kesultanan Pasai telah menerima Islam pada tahun 1042M lagi sedangkan Sultan
Malik al-Salih bukan raja pertama Pasai sebaliknya Pasai sudah pun diperintah oleh
seorang raja iaitu Meurah Giri atau Mahmud Shah. Batu nisan Malik al-Salih juga
menunjukkan beliau telah meninggal dunia pada 1297M, maka sudah pastilah
baginda telah memeluk Islam lebih awal dari itu. Sedangkan Gujerat hanya menerima
Islam pada 1301 M apabila dikuasai oleh kerajaan Islam di bawah pemerintahan
kesultanan Delhi.
b) Teori Islam Dari China
Teori Islam datang dari China atau Champa dijelaskan S.Q. Fatimi dalam
bukunya "Islam Comes to Malaysia" iaitu di sekitar tahun 876M apabila berlakunya
perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton ke Asia Tenggara. Perpindahan
ini berlaku akibat tercetusnya pemberontakan yang mengorbankan seramai 100,000
hingga 150,000 Orang asing yang sebahagian besarnya adalah orang Arab (Islam).
Mereka telah melarikan diri dan mencari penempatan baru yang lebih selamat di
Asia Tenggara. Menurut Syed Naquib al-Attas, tumpuan mereka adalah ke Kedah
dan Palembang. Selain daripada Kedah dan Palembang sebahagian mereka
menetap di Champa, Brunei, persisir pantai timur Tanah Melayu (Pattani, Kelantan,
Terengganu dan Pahang) dan Jawa timur. Mereka telah menyebarkan agama Islam
kepada penduduk tempatan yang pada masa itu beragama Hindu-Buddha.
Bukti awal yang mengaitkan Islam datang dari China atau Champa ialah
penemuan batu nisan seorang wali Allah keturunan Arab di Pekan, Pahang pada
1028M. Penemuan batu nisan yang berunsur keislaman di Leran berdekatan dengan
Surabaya di Jawa Timur yang bertarikh 1082M. Batu nisan yang tertulis nama Ahmad
bin Abu brahim bin Abu Arradah al-Rahdar di Phan-Rang, Kemboja bertarikh 039M.
Penemuan batu bersurat di Phan-Rang di Kemboja yang bertarikh 1025M. Batu
bersurat dijumpai di Kuala Berang Terengganu bertarikh 1303M. Penemuan batu nisan di
Langgar, Kedah yang diukir ama Syeikh Abd. al-Qadir Ibn Husain Syah Alam yang
bertarikh 903M.
c) Teori Islam Dari Arab
Selain dari India dan China teori kedatangan Islam ke Nusantara dalah terus
dari Arab-Parsi. Antara tokoh yang menyokong teori ini ialah John Crawford dan Cesar
Ajib Majul. Mereka mengatakan pengaruh yang paling kuat dalam perkembangan Islam
di Nusantara ialah datang dari orang-orang Arab sendiri berdasarkan fakta
bahawa pedagang-pedagang Arab memang sudah lama menguasai Ian perdagangan
laut dan darat dari Barat ke Timur seawal tahun 300M lagi. Teori ini mendapat
sokongan kuat sarjana tempatan seperti Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas
dan Prof. Dr. Hamka.
Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat;
 Hasil kesusasteraan keagamaan merujuk kepada tulisan jawi.
 Nama para mubaligh adalah nama orang Arab/Parsi.
 Cara bacaan dan sebutan al-Quran di Nusantara adalah sama dengan
bacaan dan sebutan di Asia Barat dan bukannya cara sebutan atau
bacaan India dan China.
 Fahaman keagamaan yang dibawa oleh mereka adalah bersifat Timur
Tengah.
 Cacatan sejarah jelas menunjukkan bahawa pengislaman raja-raja Melayu
dari Melaka hingga ke Brunei dilakukan oleh pendakwah dari Arab.
 Pengaruh Arab ke atas perbendaharaan bahasa Melayu seperti
perkataan "fakir", "syukur", "sahabat", "khalifah", "soleh" dan banyak lagi
yang sudah sinonim dengan bahasa Melayu.
FAKTOR- FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU
Terdapat beberapa faktor yang mendorong penyebaran Islam secara
positif di rantau ini. Ada di antara faktor-faktor tersebut mempunyai perkaitan di
antara satu sama lain. Antara faktor-faktor tersebut seperti berikut :
Ajaran Islam
Kepercayaan Hindu yang menguasai kepulauan Melayu ketika itu telah
menjadikan mereka berada dalam keadaan yang tidak tenteram kerana konsep
ajaran yang tidak jelas bagi melaksanakan tuntutan agama tersebut. Islam
telah dapat diterima dengan mudah oleh masyarakat di rantau ini kerana
kelebihan yang ada pada agama tersebut serta ajarannya bersesuaian
dengan fitrah manusia. Umpamanya sistem masyarakat Hindu yang serba
kompleks dan rumit terutama mengenai amalan kasta sesama manusia
seperti Brahma, Ksyatria, Vaisya dan Paria. Islam mengetengahkan konsep
persamaan di kalangan manusia tanpa membezakan di antara golongan
atasan dan bawahan dan menyebabkan ia mudah diterima penduduk di rantau
ini. Segala persoalan yang dibincangkan dalam ajaran Islam adalah mudah
difahami serta jelas sepertimana konsep ketuhanan, kenabian, alam ghaib dan
Iain-lain.
Perdagangan.
Kegiatan perdagangan di antara Arab, Parsi dan India dengan Nusantara
telah berlaku sejak beberapa kurun sebelum masihi hinggalah ke zaman kedatangan
Islam pada abad ke 7M dan ke 8M. Tugas menyampaikan Islam tidak terhad kepada
golongan tertentu sahaja. Sebaliknya merupakan tugas yang wajib dipikul oleh seluruh
umat Islam. Atas rasa tanggungjawab dan amanah yang dipikul telah menyebabkan
pedagang-pedagang yang datang berniaga di Alam Melayu telah bertindak
menyampaikan dakwah Islamiyah kepada masyarakat sekeliling walau di mana
mereka berada.
Sifat mulia dan keperibadian yang tinggi serta amalan-amalan agama yang
dilakukan oleh mereka mempengaruhi raja-raja dan pembesar-pembesar negeri bagi
menyakini kebenaran agama Islam yang dianuti oleh mereka. Hubungan baik di antara
mereka dengan pembeli di samping barang dagangan yang berkualiti serta layanan
yang baik berlandaskan Islam telah berjaya menarik minat ramai pembeli di kalangan
masyarakat tempatan untuk mendalami ajaran Islam. Tanpa perlakuan dan budi bahasa
yang berasaskan Islam adalah sukar untuk menembusi pasaran di rantau ini.
Perkahwinan
Perkahwinan merupakan salah satu faktor pemangkin Islam di Nusantara
kerana kebanyakan golongan sufi, pedagang dan pendakwah telah berkahwin
dengan anak-anak gadis tempatan, termasuklah puteri-puteri di kalangan istana dan
pembesar negeri ketika itu. Hasil dari pergaulan dalam keluarga tersebut telah menarik
tninat ahli keluarga yang lain untuk menerima Islam.
Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, baginda telah
mengahwinkan puteri-puteri dari negeri Melaka dengan raja-raja di Kepuluan Melayu
serta Sumatera, Indragiri dan lain-lainnya. Begitu juga Syeikh Abu Bakar salah seorang
pendakwah yang masyhur dari Makkah telah berkahwin dengan anak Raja Sulu,
kemudian telah bersama-sama membantu kerajaan tersebut dalam menyusun sistem
pemerintahan mengikut Islam. Selain itu juga perkahwinan di antara raja Melaka iaitu
Parameswara dengan puteri Pasai pada tahun 414M. Dengan berlakunya
perkahwinan tersebut telah mendorong raja Melaka memeluk Islam dan bertukar
nama kepada Sultan Muhammad Syah serta tindakannya ini diikuti oleh para
pembesar istana dan rakyat jelata.
Situasi yang sama berlaku di daerah Sumatera pada zaman kerajaan Islam
Acheh dan juga di daerah-daerah Pulau Jawa pada zaman kerajaan Islam Demak.
Struktur penerimaan agama bermula dari istana atau golongan bagsawan
kemudian diikuti oleh rakyat merupakan budaya masyarakat yang terdapat di
mana-mana di Kepulauan Melayu.
Penaklukan
Penaklukan merupakan antara faktor yang tidak kurang pentingnya dalam
penyebaran Islam di Nusantara. Sebagai contohnya kerajaan Pasai pada abad ke 14M
seperti dilaporkan oleh Ibn Batutah telah menakluki negeri-negeri di sekitarnya dan
berjaya menyebarkan Islam ke kawasan-kawasan tersebut,
Kehebatan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15 terutamanya di zaman
Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah di bawah
bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah misalnya telah meluaskan
empayarnya merangkumi Johor, Pahang, Terengganu, Pattani, Kampar, Indragiri, Aru,
Rokan, Siak dan Bengkalis. Kerajaan Melaka juga bertindak menghantar ulama ke
kawasan tersebut untuk mengajar agama Islam. Kerajaan Johor-Riau yang muncul
kemudiannya pula berusaha menawan semula Melaka dari tangan Portugis untuk
mengelakkan daripada menjadi pusat penyebaran agama Kristian.
Selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka, Acheh memainkan peranan
penting sebagai pusat penyebaran agama Islam pada abad ke 16 dan ke 17M. Acheh
mengambil langkah menaungi beberapa negeri Di Sumatera Utara. Akhirnya Acheh
menjadi sebuah kerajaan Islam yang kukuh serta pusat perdagangan yang penting di
bahagian utara Selat Melaka.
Keperibadian Golongan Pendakwah dan Ahli-Ahli Sufi.
Pendakwah merupakan golongan ulama yang berwibawa dalam penyebaran
agama Islam. Mereka bukan sahaja memiliki berbagai ilmu Islam secara mendalam
bahkan amat bertakwa kepada Allah di samping mempunyai keperibadian muslim
yang sempurna. Keperibadian yang tinggi seperti ikhlas, jujur, bertanggungjawab,
tidak mencari apa-apa kepentingan diri dalam berdakwah menyebabkan
masyarakat terpengaruh dengan mereka.
Golongan Sufi atau ahli-ahli tasawuf merupakan orang yang sangat bertakwa
kepada Allah dan berakhlak mulia. Menerusi keperibadian, ketokohan dan
pengorbanan mereka dalam menyebarkan agama Islam menjadikan golongan raja,
pembesar serta rakyat jelata amat terpengaruh dengan Islam. Dikatakan mereka
bergitu berpengaruh di zaman kekuasaan Melaka, Acheh dan kerajaan Islam
Demak. Mereka diberi kedudukan yang istimewa dalam masyarakat dan ada
sesetengah dari mereka diberi keutamaan dalam bidang politik dan pentadbiran
kerajaan.
Peranan Pusat Kebudayaan di Alam Melayu.
Sebelum kedatangan Islam bahasa Melayu Kuno yang menggunakan tulisan
Pallava merupakan bahasa komunikasi. Ekoran dari kedatangan Islam, tulisan
Arab diperkenalkan untuk memudahkan memahami al-Quran dan al-Hadith serta
kitab-kitab agama yang ditulis dalam bahasa Arab. Tulisan Arab telah diubahsuai
mengikut iidah pertuturan orang-orang Melayu yang dikenali dengan tulisan iawi.
Terdapat beberapa buah pusat kebudayaan Islam yang pen ting di Alam Melayu ketika
itu yang memainkan peranan sebagai pusat intelektual dan keilmuan seperti
Samudera-Pasai, Perlak, Melaka, Acheh dan Johor-Riau. Sebagai contohnya Kerajaan
Samudera-Pasai pada zaman kegemilangannya merupakan pusat penterjemahan di
Kepulauan Melayu. Banyak kitab-kitab agama diterjemahkan ke bahasa Melayu.
Menurut cerita sejarah Melayu Klasik, Kitab"al-Durr al-Manzum" pernah dihantar oleh
Sultan Mansur Syah dari Melaka untuk diterjemahkan oleh ulama Pasai. Sultan
Mansur Syah pula dikatakan pernah merujuk ke Samudera-Pasai mengenai kemusykilan
agama. Golongan ulama dan cerdik pandai dari Samudera-Pasai menjadi pakar
rujuk kepada raja dan alim ulama dari luar seperti Syeikh Ismail al-Siddiq.
Pada zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, buku-buku
kesusasteraan yang dipengaruhi gaya tulisan Arab seperti Hikayat Muhammad All
Hanafiah, Hikayat Amir hamzah dan Hikayat Nabi lercukur dijadikan bacaan umum
sebagai cerita rakyat. Manakala -asil karya Acheh yang terkenal ialah Tajul-Salatin
(Mahkota Raja- raja) dan Bustanul-Salatin (Taman Raja-raja) yang
menceritakan keindahan sebuah kerajaan dengan istana, kota dan
taman-tamannya. Di antara tokoh ulama dan penulis Acheh yang banyak
menghasilkan karya bercorak Islam ialah ;
• Hamzah Fansuri dengan karyanya berbentuk prosa dan puisi
seperti Syair Burning Pingai, Syair Perahu dan sebagainya.
• Syeikh Nurudin al-Raniri banyak menghasilkan cerita berunsur
keagamaan seperti Siratul Mustakim, Akhbar al-Akhirah Fi Ahwal
al-Kiamah dan sebagainya.
• Syeikh Syamsudin al-Sumatrani menghasilkan karya Islam yang
menyentuh soal ketuhanan dan kemanusiaan sejagat seperti
Syarah Rubai' Hamzah Fansuri, Miratul Mukminin dan Mirat al-
Mustaqqiqin.
• Syeikh Abdul Rauf al-Singkili menghasilkan karya kitab agama
seperti Mirat al-Tulab, Tafsir Badawi dan sebagainya.
• Syeikh Abdullah Arif dengan kitabnya Kitab Bahr al-Lahut sebuah
kitab tasawuf yang ditulis dalam bahasa Arab dan kemudiannya
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas menjelaskan bahawa Islam
mempunyai pengaruh yang amat besar, mendalam dan meluas di Alam Melayu
sehingga berjaya mencabut akar umbi pengaruh Hindu dan Buddha. Kedatangan
Islam menandakan bermulanya satu zaman baru dan berakhirnya satu zaman
lama di rantau ini. Ini bererti perubahan yang dibawa oleh Islam terhadap
tamadun Alam Melayu bukan saja dari segi rupa (fizikal) malahan meresap ke
jiwa.(spritual). Zaman sebelum Islam dianggap oleh beliau sebagai zaman lama
atau purba, kedatangan Islam sebagai titik perubahan zaman baru di rantau
ini. Zaman baru berasaskan kepada rasionalisme dan kebebasan berfikir,
sedangkan zaman lama dianggap tidak bertamadun kerana tidak berasaskan
rasionalisme dan akal fikiran yang luas. Alam Melayu dibelenggu oleh
kepercayaan yang salah atau tahyul. Islam membawa zaman ilmiah kerana ia
mengasaskan satu sistem ilmu yang berasaskan kepada penghayatan alam
dengan menggunakan tatatertib akal.
Kedatangan Islam di rantau ini telah merubah segala-galanya iaitu dari segi
ideologi yang tidak benar dan fenomena kehidupan yang kuno kepada akidah yang
tulen dan perkembangan kehidupan yang baik. Di antara pengaruh yang dibawa oleh
Islam ialah :

Contenu connexe

Tendances

Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuEst
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...MOHD ZAHID ABDUL TALIB
 
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaianTopik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaianSharifahNurAbu
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaNor Hayati Fatmi Talib
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKAasyikin hashim
 
Bab 5 Tamadun Cina
Bab 5 Tamadun CinaBab 5 Tamadun Cina
Bab 5 Tamadun Cinawanarizwan
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   Pengenalan Bab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan wanarizwan
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUZakira Hafizah
 
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahKhalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahSharifah Nadia
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaMickgun
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiafiro HAR
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuPengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuMohammad Yaqin
 

Tendances (20)

Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaianTopik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
 
asal usul bangsa melayu
asal usul bangsa melayuasal usul bangsa melayu
asal usul bangsa melayu
 
Bab 5 Tamadun Cina
Bab 5 Tamadun CinaBab 5 Tamadun Cina
Bab 5 Tamadun Cina
 
Konsep ilmu
Konsep ilmuKonsep ilmu
Konsep ilmu
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   Pengenalan Bab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan
 
05 tamadun cina
05 tamadun cina05 tamadun cina
05 tamadun cina
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahKhalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuPengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 

En vedette

Teori kedatangan islam ke tanah melayu
Teori kedatangan islam ke tanah melayuTeori kedatangan islam ke tanah melayu
Teori kedatangan islam ke tanah melayuMelisa Amirullah
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuNormurni Mohamad
 
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuTITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuPuteri Pak Abu
 

En vedette (6)

Functional MRI
Functional MRI Functional MRI
Functional MRI
 
Teori kedatangan islam ke tanah melayu
Teori kedatangan islam ke tanah melayuTeori kedatangan islam ke tanah melayu
Teori kedatangan islam ke tanah melayu
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
 
03 tamadun melayu
03 tamadun melayu03 tamadun melayu
03 tamadun melayu
 
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuTITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
 
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah MelayuTeori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
 

Similaire à Islam Alam Melayu

Sejarah keberadaan islam di tanah jawa
Sejarah keberadaan islam di tanah jawaSejarah keberadaan islam di tanah jawa
Sejarah keberadaan islam di tanah jawaMuhamadRahul
 
Proses Masuk & Berkembangnya Agama & Kebudayaan Islam Di Indonesia
Proses Masuk & Berkembangnya Agama & Kebudayaan Islam Di IndonesiaProses Masuk & Berkembangnya Agama & Kebudayaan Islam Di Indonesia
Proses Masuk & Berkembangnya Agama & Kebudayaan Islam Di Indonesiairdadarmaputri
 
Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)faizah12
 
Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)faizah12
 
RAHMAD ISLAM BAGI NUSANTARA
RAHMAD ISLAM BAGI NUSANTARARAHMAD ISLAM BAGI NUSANTARA
RAHMAD ISLAM BAGI NUSANTARANamaku Merah
 
Penyebaran Islam di Indonesia
Penyebaran Islam di IndonesiaPenyebaran Islam di Indonesia
Penyebaran Islam di IndonesiaHIA Class.
 
Perkembangan islam di indonesia
Perkembangan islam di indonesiaPerkembangan islam di indonesia
Perkembangan islam di indonesiaMuhammad Firdaus
 
SEJARAH T4 KBSM Bab 7 - Islam di Asia Tenggara
SEJARAH T4 KBSM Bab 7 - Islam di Asia TenggaraSEJARAH T4 KBSM Bab 7 - Islam di Asia Tenggara
SEJARAH T4 KBSM Bab 7 - Islam di Asia TenggaraFasyah Tutor
 
Perkembangan islam di indonesia
Perkembangan islam di indonesiaPerkembangan islam di indonesia
Perkembangan islam di indonesiaEvi Yuniar
 
Sejarah islam di indonesia
Sejarah islam di indonesiaSejarah islam di indonesia
Sejarah islam di indonesiaHandhika YP
 
Perkembangan Islam di Indonesia
Perkembangan Islam di IndonesiaPerkembangan Islam di Indonesia
Perkembangan Islam di IndonesiaFernalia Halim
 
Makalah Peradaban Islam di Asia Tenggara.docx
Makalah Peradaban Islam di Asia Tenggara.docxMakalah Peradaban Islam di Asia Tenggara.docx
Makalah Peradaban Islam di Asia Tenggara.docxZuketCreationOfficia
 
Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
Kedatangan Islam ke Asia TenggaraKedatangan Islam ke Asia Tenggara
Kedatangan Islam ke Asia TenggaraSyirah Malek
 
Tugas Kelompok
Tugas KelompokTugas Kelompok
Tugas KelompokJeremia23
 
PPT Agama Kelompok 4.pptx
PPT Agama Kelompok 4.pptxPPT Agama Kelompok 4.pptx
PPT Agama Kelompok 4.pptxCFAMBIS
 
Sejarah masuknya islam ke indonesia
Sejarah masuknya islam ke indonesiaSejarah masuknya islam ke indonesia
Sejarah masuknya islam ke indonesiaWarnet Raha
 
Strategi_Dakwah_dan_Perkembangan_Islam_d.pptx
Strategi_Dakwah_dan_Perkembangan_Islam_d.pptxStrategi_Dakwah_dan_Perkembangan_Islam_d.pptx
Strategi_Dakwah_dan_Perkembangan_Islam_d.pptxMTsNWPancor
 

Similaire à Islam Alam Melayu (20)

Sejarah keberadaan islam di tanah jawa
Sejarah keberadaan islam di tanah jawaSejarah keberadaan islam di tanah jawa
Sejarah keberadaan islam di tanah jawa
 
Proses Masuk & Berkembangnya Agama & Kebudayaan Islam Di Indonesia
Proses Masuk & Berkembangnya Agama & Kebudayaan Islam Di IndonesiaProses Masuk & Berkembangnya Agama & Kebudayaan Islam Di Indonesia
Proses Masuk & Berkembangnya Agama & Kebudayaan Islam Di Indonesia
 
Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)
 
Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)Tamadun melayu (1)
Tamadun melayu (1)
 
RAHMAD ISLAM BAGI NUSANTARA
RAHMAD ISLAM BAGI NUSANTARARAHMAD ISLAM BAGI NUSANTARA
RAHMAD ISLAM BAGI NUSANTARA
 
(TM) BAB 3.pptx
(TM) BAB 3.pptx(TM) BAB 3.pptx
(TM) BAB 3.pptx
 
Penyebaran Islam di Indonesia
Penyebaran Islam di IndonesiaPenyebaran Islam di Indonesia
Penyebaran Islam di Indonesia
 
Ppt sejarah bab 4 sma x wajib
Ppt sejarah bab 4 sma x wajibPpt sejarah bab 4 sma x wajib
Ppt sejarah bab 4 sma x wajib
 
Perkembangan islam di indonesia
Perkembangan islam di indonesiaPerkembangan islam di indonesia
Perkembangan islam di indonesia
 
SEJARAH T4 KBSM Bab 7 - Islam di Asia Tenggara
SEJARAH T4 KBSM Bab 7 - Islam di Asia TenggaraSEJARAH T4 KBSM Bab 7 - Islam di Asia Tenggara
SEJARAH T4 KBSM Bab 7 - Islam di Asia Tenggara
 
Perkembangan islam di indonesia
Perkembangan islam di indonesiaPerkembangan islam di indonesia
Perkembangan islam di indonesia
 
Sejarah islam di indonesia
Sejarah islam di indonesiaSejarah islam di indonesia
Sejarah islam di indonesia
 
Perkembangan Islam di Indonesia
Perkembangan Islam di IndonesiaPerkembangan Islam di Indonesia
Perkembangan Islam di Indonesia
 
Makalah Peradaban Islam di Asia Tenggara.docx
Makalah Peradaban Islam di Asia Tenggara.docxMakalah Peradaban Islam di Asia Tenggara.docx
Makalah Peradaban Islam di Asia Tenggara.docx
 
Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
Kedatangan Islam ke Asia TenggaraKedatangan Islam ke Asia Tenggara
Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
 
Perkembanganislamdiindonesia 121224210937-phpapp02
Perkembanganislamdiindonesia 121224210937-phpapp02Perkembanganislamdiindonesia 121224210937-phpapp02
Perkembanganislamdiindonesia 121224210937-phpapp02
 
Tugas Kelompok
Tugas KelompokTugas Kelompok
Tugas Kelompok
 
PPT Agama Kelompok 4.pptx
PPT Agama Kelompok 4.pptxPPT Agama Kelompok 4.pptx
PPT Agama Kelompok 4.pptx
 
Sejarah masuknya islam ke indonesia
Sejarah masuknya islam ke indonesiaSejarah masuknya islam ke indonesia
Sejarah masuknya islam ke indonesia
 
Strategi_Dakwah_dan_Perkembangan_Islam_d.pptx
Strategi_Dakwah_dan_Perkembangan_Islam_d.pptxStrategi_Dakwah_dan_Perkembangan_Islam_d.pptx
Strategi_Dakwah_dan_Perkembangan_Islam_d.pptx
 

Islam Alam Melayu

  • 1. PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU PENDAHULUAN Alam Melayu sering juga disebut sebagai Kepulauan Melayu atau "Malay Archipelago" adalah merujuk kepada wilayah yang dikenali sebagai Nusantara. Kepulauan Melayu atau Nusantara merangkumi daerah-daerah atau kepulauan Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Taiwan hingga ke Madagascar. Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas atau "Golden Khersonese" kerana tarafnya sebagai jajahan kerajaan besar Funan ketika itu. Kepulauan Melayu terkenal kerana kedudukannya yang strategik dari sudut geografi iaitu sebagai pengawal lalulintas antara Bar at dan Timur khususnya di antara India dan China. Dari sudut keilmuan Kepulauan Melayu turut menjadi terkenal sebagai tempat pertapakan falsafah aliran pemikiran pelbagai agama ketika itu termasuklah agama Islam. Alam Melayu juga dipanggil sebagai "mutiara timur" kerana muka buminya yang subur dengan pelbagai flora dan fauna serta menyimpan khazanah sumber ekonomi yang tidak ternilai harganya. ALAM MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM Kepercayaan Animisme Masyarakat Melayu dibelenggu oleh fahaman "Animisma" iaitu suatu kepercayaan yang mempercayai adanya kuasa roh. Mereka percaya bahawa roh wujud dalam setiap benda hidup. Justeru itu Animisma ialah kepercayaan adanya jiwa atau roh yang boleh mempengaruhi kehidupan manusia. Mereka juga mempercayai "Dinamisme" iaitu kepercayaan yang tiada berperibadi atau tidak berjisim yang lahir dalam diri manusia, haiwan, tumbuhan atau benda- benda tertentu. Contohnya roh atau semangat yang boleh mendatangkan kesan baik atau buruk kepada kehidupan.
  • 2. Kepercayaan Hindu-Buddha Kepercayaan Hindu-Buddha pula merupakan hasil daripada gabungan "Senkritisme" dengan amalan tempatan dan banyak dianuti oleh golongan atasan terutama sekali golongan raja. Pemujaan 'dewaraja" di mana raja dianggap sebagai penitisan Dewa Siva atau Visnu dan sekaligus penitisan dewa Buddha Mahayana. Keadaan Sosial Masyarakat Melayu dibahagikan kepada dua kelas atau kasta iaitu kelas pemerintah (raja dan golongan bangsawan) dan kelas yang diperintah (golongan rakyat jelata yang menjadi hamba abdi). Wujud diskriminasi yang ketara dalam undang- undang jenayah mahupun awam. Warna tertentu (kuning) khusus untuk golongan raja sahaja. Raja dianggap dari keturunan dewa (bayangan Tuhan). Muncul Bahasa Melayu kuno dan Jawa kuno hasil daripada "asimilasi" bahasa Sanskrit dan Tamil. Ringkasnya kehidupan masyarakat di Alam Melayu sebelum kedatangan Islam masih diselubungi kejahilan dan perkara tahyul serta khurafat yang jauh dari nilai-nilai ilmu yang bersifat ilmiah dan pemikiran yang logik. Ekonomi Dalam aspek ekonomi, masyarakat Melayu tradisional memperolehi sumber ekonomi dari kegiatan harian seperti bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. seperti rotan, damar dan getah jelutung. Kegiatan ekonomi sara hidup.-jnemainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu tradisi ketika ftu. Malah dapat dilihat kehidupan mereka amat dipengaruhi oleh persekitaran menyebabkan mereka bergantung sepenuhnya kepada sungai, laut, hutan dan tanah pertanian. Politik Dalam aspek pemerintahan muncul konsep "dewaraja". Raja dianggap suci dan mulia kerana berasal dari keturunan dewa Siva atau Visnu atau dewa Buddha Mahayana. Raja bukan sahaja perlu ditaati tetapi juga perlu disembah. Raja adalah berdaulat dan tidak boleh ditentang atau durhaka. Adat di istana adalah mengikut adat
  • 3. Hindu seperti adat menyembah, sujud dan penggunaan bahasa istana dan juga gelaran kepada raja seperti Maharaja, Maha Mulia dan sebagainya. TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU Tidak ada tarikh yang tepat mengenai kedatangan dan proses Islamisasi di Alam Melayu atau Nusantara. Dari situ timbul pelbagai andaian dari mana, bila dan bagaimana Islam datang ke Alam Melayu. Terdapat tiga teori yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh sejarawan mengenai kedatangan Islam ke Alam Melayu iaitu sama ada dari India, China atau Arab. a) Teori Islam Dari India Pengkaji-pengkaji Barat seperti Pijnappel, Snouck Hugronje, B. Harisson, ,Thomas Arnold, Morguette dan R.O. Winstedt sepakat menyatakan bahawa Islam di Nusantara datang dari India menerusi aktiviti perdagangan cuma berbeza pendapat dari daerah mana sama ada dari Gujerat, Cambay, Benggal atau Malabar. Pijnappel menyatakan Islam datang dari India iaitu dari kawasan Gujerat dan Malabar tetapi dibawa oleh pedagang berbangsa Arab dan bukan pedagang bangsa India. Teori ini disokong oleh Snouck Hugronje dan Harry Hazzard memandangkan pedagang-pedagang Islam bergiat aktif sebagai orang tengah dalam perdagangan di Kepulauan Melayu ketika itu. R.O.Winstedt menyatakan Islam datang dari Gujerat, alasannya ialah batu nisan yang ditemui di Bruas, Perak mempunyai persamaan dengan batu nisan di Gujerat. S.Q. Fatimi pula berpendapat Islam di Nusantara datang dari Benggal dan Coromandel India hasil dari aktiviti perdagangan oleh para saudagar yang telah memeluk Islam. Sementara Arnold dalam bukunya "The Muslim World" pula mengatakan Islam telah dibawa oleh pedagang muslim dari Malabar dan daerah India Selatan berdasarkan persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafii sedangkan di Gujerat penduduknya bermazhab Hanafi.
  • 4. Walaupun demikian hujah ini dikatakan tidak tepat kerana sejarah mencatatkan kesultanan Pasai telah menerima Islam pada tahun 1042M lagi sedangkan Sultan Malik al-Salih bukan raja pertama Pasai sebaliknya Pasai sudah pun diperintah oleh seorang raja iaitu Meurah Giri atau Mahmud Shah. Batu nisan Malik al-Salih juga menunjukkan beliau telah meninggal dunia pada 1297M, maka sudah pastilah baginda telah memeluk Islam lebih awal dari itu. Sedangkan Gujerat hanya menerima Islam pada 1301 M apabila dikuasai oleh kerajaan Islam di bawah pemerintahan kesultanan Delhi. b) Teori Islam Dari China Teori Islam datang dari China atau Champa dijelaskan S.Q. Fatimi dalam bukunya "Islam Comes to Malaysia" iaitu di sekitar tahun 876M apabila berlakunya perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton ke Asia Tenggara. Perpindahan ini berlaku akibat tercetusnya pemberontakan yang mengorbankan seramai 100,000 hingga 150,000 Orang asing yang sebahagian besarnya adalah orang Arab (Islam). Mereka telah melarikan diri dan mencari penempatan baru yang lebih selamat di Asia Tenggara. Menurut Syed Naquib al-Attas, tumpuan mereka adalah ke Kedah dan Palembang. Selain daripada Kedah dan Palembang sebahagian mereka menetap di Champa, Brunei, persisir pantai timur Tanah Melayu (Pattani, Kelantan, Terengganu dan Pahang) dan Jawa timur. Mereka telah menyebarkan agama Islam kepada penduduk tempatan yang pada masa itu beragama Hindu-Buddha. Bukti awal yang mengaitkan Islam datang dari China atau Champa ialah penemuan batu nisan seorang wali Allah keturunan Arab di Pekan, Pahang pada 1028M. Penemuan batu nisan yang berunsur keislaman di Leran berdekatan dengan Surabaya di Jawa Timur yang bertarikh 1082M. Batu nisan yang tertulis nama Ahmad bin Abu brahim bin Abu Arradah al-Rahdar di Phan-Rang, Kemboja bertarikh 039M. Penemuan batu bersurat di Phan-Rang di Kemboja yang bertarikh 1025M. Batu bersurat dijumpai di Kuala Berang Terengganu bertarikh 1303M. Penemuan batu nisan di Langgar, Kedah yang diukir ama Syeikh Abd. al-Qadir Ibn Husain Syah Alam yang bertarikh 903M.
  • 5. c) Teori Islam Dari Arab Selain dari India dan China teori kedatangan Islam ke Nusantara dalah terus dari Arab-Parsi. Antara tokoh yang menyokong teori ini ialah John Crawford dan Cesar Ajib Majul. Mereka mengatakan pengaruh yang paling kuat dalam perkembangan Islam di Nusantara ialah datang dari orang-orang Arab sendiri berdasarkan fakta bahawa pedagang-pedagang Arab memang sudah lama menguasai Ian perdagangan laut dan darat dari Barat ke Timur seawal tahun 300M lagi. Teori ini mendapat sokongan kuat sarjana tempatan seperti Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Prof. Dr. Hamka. Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat;  Hasil kesusasteraan keagamaan merujuk kepada tulisan jawi.  Nama para mubaligh adalah nama orang Arab/Parsi.  Cara bacaan dan sebutan al-Quran di Nusantara adalah sama dengan bacaan dan sebutan di Asia Barat dan bukannya cara sebutan atau bacaan India dan China.  Fahaman keagamaan yang dibawa oleh mereka adalah bersifat Timur Tengah.  Cacatan sejarah jelas menunjukkan bahawa pengislaman raja-raja Melayu dari Melaka hingga ke Brunei dilakukan oleh pendakwah dari Arab.  Pengaruh Arab ke atas perbendaharaan bahasa Melayu seperti perkataan "fakir", "syukur", "sahabat", "khalifah", "soleh" dan banyak lagi yang sudah sinonim dengan bahasa Melayu.
  • 6. FAKTOR- FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU Terdapat beberapa faktor yang mendorong penyebaran Islam secara positif di rantau ini. Ada di antara faktor-faktor tersebut mempunyai perkaitan di antara satu sama lain. Antara faktor-faktor tersebut seperti berikut : Ajaran Islam Kepercayaan Hindu yang menguasai kepulauan Melayu ketika itu telah menjadikan mereka berada dalam keadaan yang tidak tenteram kerana konsep ajaran yang tidak jelas bagi melaksanakan tuntutan agama tersebut. Islam telah dapat diterima dengan mudah oleh masyarakat di rantau ini kerana kelebihan yang ada pada agama tersebut serta ajarannya bersesuaian dengan fitrah manusia. Umpamanya sistem masyarakat Hindu yang serba kompleks dan rumit terutama mengenai amalan kasta sesama manusia seperti Brahma, Ksyatria, Vaisya dan Paria. Islam mengetengahkan konsep persamaan di kalangan manusia tanpa membezakan di antara golongan atasan dan bawahan dan menyebabkan ia mudah diterima penduduk di rantau ini. Segala persoalan yang dibincangkan dalam ajaran Islam adalah mudah difahami serta jelas sepertimana konsep ketuhanan, kenabian, alam ghaib dan Iain-lain. Perdagangan. Kegiatan perdagangan di antara Arab, Parsi dan India dengan Nusantara telah berlaku sejak beberapa kurun sebelum masihi hinggalah ke zaman kedatangan Islam pada abad ke 7M dan ke 8M. Tugas menyampaikan Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja. Sebaliknya merupakan tugas yang wajib dipikul oleh seluruh umat Islam. Atas rasa tanggungjawab dan amanah yang dipikul telah menyebabkan pedagang-pedagang yang datang berniaga di Alam Melayu telah bertindak
  • 7. menyampaikan dakwah Islamiyah kepada masyarakat sekeliling walau di mana mereka berada. Sifat mulia dan keperibadian yang tinggi serta amalan-amalan agama yang dilakukan oleh mereka mempengaruhi raja-raja dan pembesar-pembesar negeri bagi menyakini kebenaran agama Islam yang dianuti oleh mereka. Hubungan baik di antara mereka dengan pembeli di samping barang dagangan yang berkualiti serta layanan yang baik berlandaskan Islam telah berjaya menarik minat ramai pembeli di kalangan masyarakat tempatan untuk mendalami ajaran Islam. Tanpa perlakuan dan budi bahasa yang berasaskan Islam adalah sukar untuk menembusi pasaran di rantau ini. Perkahwinan Perkahwinan merupakan salah satu faktor pemangkin Islam di Nusantara kerana kebanyakan golongan sufi, pedagang dan pendakwah telah berkahwin dengan anak-anak gadis tempatan, termasuklah puteri-puteri di kalangan istana dan pembesar negeri ketika itu. Hasil dari pergaulan dalam keluarga tersebut telah menarik tninat ahli keluarga yang lain untuk menerima Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, baginda telah mengahwinkan puteri-puteri dari negeri Melaka dengan raja-raja di Kepuluan Melayu serta Sumatera, Indragiri dan lain-lainnya. Begitu juga Syeikh Abu Bakar salah seorang pendakwah yang masyhur dari Makkah telah berkahwin dengan anak Raja Sulu, kemudian telah bersama-sama membantu kerajaan tersebut dalam menyusun sistem pemerintahan mengikut Islam. Selain itu juga perkahwinan di antara raja Melaka iaitu Parameswara dengan puteri Pasai pada tahun 414M. Dengan berlakunya perkahwinan tersebut telah mendorong raja Melaka memeluk Islam dan bertukar nama kepada Sultan Muhammad Syah serta tindakannya ini diikuti oleh para pembesar istana dan rakyat jelata. Situasi yang sama berlaku di daerah Sumatera pada zaman kerajaan Islam Acheh dan juga di daerah-daerah Pulau Jawa pada zaman kerajaan Islam Demak. Struktur penerimaan agama bermula dari istana atau golongan bagsawan
  • 8. kemudian diikuti oleh rakyat merupakan budaya masyarakat yang terdapat di mana-mana di Kepulauan Melayu. Penaklukan Penaklukan merupakan antara faktor yang tidak kurang pentingnya dalam penyebaran Islam di Nusantara. Sebagai contohnya kerajaan Pasai pada abad ke 14M seperti dilaporkan oleh Ibn Batutah telah menakluki negeri-negeri di sekitarnya dan berjaya menyebarkan Islam ke kawasan-kawasan tersebut, Kehebatan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15 terutamanya di zaman Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah di bawah bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah misalnya telah meluaskan empayarnya merangkumi Johor, Pahang, Terengganu, Pattani, Kampar, Indragiri, Aru, Rokan, Siak dan Bengkalis. Kerajaan Melaka juga bertindak menghantar ulama ke kawasan tersebut untuk mengajar agama Islam. Kerajaan Johor-Riau yang muncul kemudiannya pula berusaha menawan semula Melaka dari tangan Portugis untuk mengelakkan daripada menjadi pusat penyebaran agama Kristian. Selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka, Acheh memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran agama Islam pada abad ke 16 dan ke 17M. Acheh mengambil langkah menaungi beberapa negeri Di Sumatera Utara. Akhirnya Acheh menjadi sebuah kerajaan Islam yang kukuh serta pusat perdagangan yang penting di bahagian utara Selat Melaka.
  • 9. Keperibadian Golongan Pendakwah dan Ahli-Ahli Sufi. Pendakwah merupakan golongan ulama yang berwibawa dalam penyebaran agama Islam. Mereka bukan sahaja memiliki berbagai ilmu Islam secara mendalam bahkan amat bertakwa kepada Allah di samping mempunyai keperibadian muslim yang sempurna. Keperibadian yang tinggi seperti ikhlas, jujur, bertanggungjawab, tidak mencari apa-apa kepentingan diri dalam berdakwah menyebabkan masyarakat terpengaruh dengan mereka. Golongan Sufi atau ahli-ahli tasawuf merupakan orang yang sangat bertakwa kepada Allah dan berakhlak mulia. Menerusi keperibadian, ketokohan dan pengorbanan mereka dalam menyebarkan agama Islam menjadikan golongan raja, pembesar serta rakyat jelata amat terpengaruh dengan Islam. Dikatakan mereka bergitu berpengaruh di zaman kekuasaan Melaka, Acheh dan kerajaan Islam Demak. Mereka diberi kedudukan yang istimewa dalam masyarakat dan ada sesetengah dari mereka diberi keutamaan dalam bidang politik dan pentadbiran kerajaan. Peranan Pusat Kebudayaan di Alam Melayu. Sebelum kedatangan Islam bahasa Melayu Kuno yang menggunakan tulisan Pallava merupakan bahasa komunikasi. Ekoran dari kedatangan Islam, tulisan Arab diperkenalkan untuk memudahkan memahami al-Quran dan al-Hadith serta kitab-kitab agama yang ditulis dalam bahasa Arab. Tulisan Arab telah diubahsuai mengikut iidah pertuturan orang-orang Melayu yang dikenali dengan tulisan iawi. Terdapat beberapa buah pusat kebudayaan Islam yang pen ting di Alam Melayu ketika itu yang memainkan peranan sebagai pusat intelektual dan keilmuan seperti Samudera-Pasai, Perlak, Melaka, Acheh dan Johor-Riau. Sebagai contohnya Kerajaan Samudera-Pasai pada zaman kegemilangannya merupakan pusat penterjemahan di
  • 10. Kepulauan Melayu. Banyak kitab-kitab agama diterjemahkan ke bahasa Melayu. Menurut cerita sejarah Melayu Klasik, Kitab"al-Durr al-Manzum" pernah dihantar oleh Sultan Mansur Syah dari Melaka untuk diterjemahkan oleh ulama Pasai. Sultan Mansur Syah pula dikatakan pernah merujuk ke Samudera-Pasai mengenai kemusykilan agama. Golongan ulama dan cerdik pandai dari Samudera-Pasai menjadi pakar rujuk kepada raja dan alim ulama dari luar seperti Syeikh Ismail al-Siddiq. Pada zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, buku-buku kesusasteraan yang dipengaruhi gaya tulisan Arab seperti Hikayat Muhammad All Hanafiah, Hikayat Amir hamzah dan Hikayat Nabi lercukur dijadikan bacaan umum sebagai cerita rakyat. Manakala -asil karya Acheh yang terkenal ialah Tajul-Salatin (Mahkota Raja- raja) dan Bustanul-Salatin (Taman Raja-raja) yang menceritakan keindahan sebuah kerajaan dengan istana, kota dan taman-tamannya. Di antara tokoh ulama dan penulis Acheh yang banyak menghasilkan karya bercorak Islam ialah ; • Hamzah Fansuri dengan karyanya berbentuk prosa dan puisi seperti Syair Burning Pingai, Syair Perahu dan sebagainya. • Syeikh Nurudin al-Raniri banyak menghasilkan cerita berunsur keagamaan seperti Siratul Mustakim, Akhbar al-Akhirah Fi Ahwal al-Kiamah dan sebagainya. • Syeikh Syamsudin al-Sumatrani menghasilkan karya Islam yang menyentuh soal ketuhanan dan kemanusiaan sejagat seperti Syarah Rubai' Hamzah Fansuri, Miratul Mukminin dan Mirat al- Mustaqqiqin. • Syeikh Abdul Rauf al-Singkili menghasilkan karya kitab agama
  • 11. seperti Mirat al-Tulab, Tafsir Badawi dan sebagainya. • Syeikh Abdullah Arif dengan kitabnya Kitab Bahr al-Lahut sebuah kitab tasawuf yang ditulis dalam bahasa Arab dan kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas menjelaskan bahawa Islam mempunyai pengaruh yang amat besar, mendalam dan meluas di Alam Melayu sehingga berjaya mencabut akar umbi pengaruh Hindu dan Buddha. Kedatangan Islam menandakan bermulanya satu zaman baru dan berakhirnya satu zaman lama di rantau ini. Ini bererti perubahan yang dibawa oleh Islam terhadap tamadun Alam Melayu bukan saja dari segi rupa (fizikal) malahan meresap ke jiwa.(spritual). Zaman sebelum Islam dianggap oleh beliau sebagai zaman lama atau purba, kedatangan Islam sebagai titik perubahan zaman baru di rantau ini. Zaman baru berasaskan kepada rasionalisme dan kebebasan berfikir, sedangkan zaman lama dianggap tidak bertamadun kerana tidak berasaskan rasionalisme dan akal fikiran yang luas. Alam Melayu dibelenggu oleh kepercayaan yang salah atau tahyul. Islam membawa zaman ilmiah kerana ia mengasaskan satu sistem ilmu yang berasaskan kepada penghayatan alam dengan menggunakan tatatertib akal. Kedatangan Islam di rantau ini telah merubah segala-galanya iaitu dari segi ideologi yang tidak benar dan fenomena kehidupan yang kuno kepada akidah yang
  • 12. tulen dan perkembangan kehidupan yang baik. Di antara pengaruh yang dibawa oleh Islam ialah :