2. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
ISI KANDUNGAN
Prakata iv
Kata Alu-Aluan: Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia vi
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia vii
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan viii
Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah
“Pentadbir Bestari, Guru Bestari, Murid Bestari, Sekolah Bestari” 1
Bab 1: Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah 2
Konsep Sekolah Bestari
Komponen Sekolah Bestari
Ciri- Ciri Sekolah Bestari
Pembestarian Sekolah
Tahap Bestari Sekolah
Bab 2: Sokongan Pedagogi dan Teknologi 10
Infrastruktur ICT
Sokongan Teknikal
Bab 3: Dasar Pelaksanaan Pembestarian 16
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar ICT dalam Pendidikan
Pelaksana Dasar: Sekolah dan KPM
Bab 4: Pengajaran dan Pembelajaran 21
Bahan Sumber Pendidikan
Amalan Terbaik: Pembelajaran Abad Ke-21
Amalan Terbaik: Pendidikan ICT di Republik Korea
Amalan Terbaik: Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
Amalan Terbaik: Penggunaan Portal Pendidikan
Bab 5: Keberhasilan Pembestarian Sekolah 36
Bab 6: Pembestarian Sekolah: Pacu Ke Hadapan 43
Lampiran: Logo Sekolah Bestari ix
Lagu Sekolah Bestari:
“Mendidik Jiwa dan Minda” & “Educating Hearts and Mind” x
Rujukan xi
Pasukan Petugas Penerbitan“Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian
Sekolah” xiii
Kementerian Pelajaran Malaysia | iii
3. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
PRAKATA
Malaysia, seperti negara yang lain turut mengalami globalisasi hasil daripada
perkembangan pesat teknologi sedunia menyedari keperluan transformasi sistem
pendidikan bagi menjamin kualiti serta keberhasilan modal insan yang
berpengetahuan dan berdaya saing agar setanding pada peringkat global.
Pembestarian Sekolah merupakan satu agenda nasional dan mekanisme bagi
merealisasi transformasi ini adalah melalui:
Pembelajaran sepanjang hayat
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk meningkatkan
kualiti pengurusan, penyampaian pengajaran dan pembelajaran (P&P)
serta mengayakan hasil pembelajaran murid
Penghasilan modal insan yang berpengetahuan, kompeten, kreatif dan
inovatif
Pembentukan jati diri insan abad ke-21
Penerbitan “Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah” ialah satu
langkah pragmatik Kementerian Pelajaran Malaysia membantu sekolah
memantapkan proses pembestarian di sekolah. Dengan itu, buku ini mengupas
tajuk-tajuk berikut:
1. Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah memperincikan pengertian
konsep, ciri, fasa pelaksanaan dan tahap bestari sekolah.
2. Sokongan Pedagogi dan Teknologi menghuraikan infrastruktur ICT dan
perkhidmatan sokongan ICT dalam pengurusan dan P&P.
3. Dasar Pelaksanaan Pembestarian menyatakan Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
Pendidikan serta peranan dan tanggungjawab Kementerian Pelajaran
Malaysia.
4. Pengajaran dan Pembelajaran menghuraikan contoh amalan P&P terbaik
secara reflektif, holistik, kreatif dan inovatif.
5. Keberhasilan Pembestarian Sekolah menyatakan kualiti yang perlu oleh
pentadbir, guru, staf sokongan, ibu bapa dan komuniti.
Kementerian Pelajaran Malaysia | iv
4. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
6. Pembestarian Sekolah: Pacu ke Hadapan menggambarkan hala tuju ke arah
konsolidasi dan kelestarian pembestarian.
Buku Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah diharap dapat
merangsang dan meningkat keupayaan sekolah untuk melonjak kecemerlangan
sekolah ke persada pendidikan bertaraf dunia melalui proses pembestarian, dan
seterusnya menggandakan pencapaian aspirasi pembangunan modal insan.
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia |v
5. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
KATA ALU-ALUAN
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Bismillahir rahmanir rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera.
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurniaNya, Jiwa dan Minda
Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah dapat
dihasilkan sebagai panduan bagi menjayakan
pelaksanaan pembestarian sekolah. Ini adalah selaras
dengan hala tuju negara untuk mencapai
pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial melalui
pendidikan khususnya pengembangan sektor
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjelang
tahun 2020.
Pembestarian sekolah memerlukan perancangan strategik bersepadu yang
mengambil kira keperluan infrastruktur ICT, pembangunan sumber manusia dan
kelestarian demi pembangunan tenaga kerja berteraskan pengetahuan (k-
economy). Ini selaras dengan keperluan Pelan Transformasi Kerajaan terutamanya
Model Baru Ekonomi yang bertujuan melonjakkan ekonomi negara sebagai negara
maju menjelang tahun 2020.
KPM telah menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur ICT dan rangkaian di
sekolah untuk menjayakan program pembestarian sekolah. Penglibatan dan
kerjasama kelompok pakar melalui perkongsian pintar dengan sektor awam juga
merupakan satu aspek yang perlu dipertimbangkan oleh pihak sekolah supaya
teknologi semasa dapat dimanfaatkan dalam pembestarian sekolah. Harapan
saya, penggunaan optimum ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan oleh pelbagai pihak dapat merealisasikan hasrat negara untuk
menghasilkan individu yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran, dan
berkemampuan sebagai global player yang berteraskan sains dan teknologi
khususnya dalam bidang ICT.
Dalam konteks ini, usaha penerbitan buku ini, bagi memastikan jiwa dan minda
bersatu ke arah pembestarian sekolah, harus diberi penghargaan. Saya berharap
buku ini dapat dijadikan rujukan pembestarian sekolah oleh semua pihak dalam
usaha membangunkan potensi individu secara menyeluruh dan menjadi pemangkin
kepada kehidupan yang lestari.
Kementerian Pelajaran Malaysia | vi
6. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Bahagian
Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
kerana berjaya menerbitkan Jiwa dan Minda Bersatu Ke
Arah Pembestarian Sekolah.
Pembestarian sekolah merupakan strategi bersepadu
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merealisasikan
sekolah sebagai institusi pembelajaran yang direka-
semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran-
pembelajaran dan pengurusan sekolah demi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan
serta mampu mendepani cabaran kepesatan
kemajuan ICT. Ini selaras dengan tuntutan bidang
keberhasilan utama negara (NKRA) yang menekankan kepentingan pendidikan
untuk keberhasilan murid yang berkualiti dan akses pendidikan kepada semua
lapisan masyarakat.
Usaha berterusan ke arah pembestarian sekolah amat memerlukan penglibatan
semua pihak baik warga pendidik, ibu bapa dan komuniti pada amnya. Sekolah
sebagai penggerak pembestarian perlu seiringan mengorak langkah tangkas agar
anjakan paradigma dan penghayatan pembestarian sekolah di pelbagai peringkat
direalisasikan. Murid-murid era digital pula perlu dilengkapi dengan Kemahiran
Abad Ke-21 yang menuntut penguasaan kemahiran maklumat, kreatif dan inovatif
serta komunikasi berkesan untuk menangani kehidupan abad ke-21. Minda murid
perlu terus dicorak selaras dengan fitrah manusia yang sentiasa inginkan
keamanan, perpaduan dan kecemerlangan sejagat. Justeru, sinergi antara
pentadbir, guru dan murid serta sokongan ibu bapa serta komuniti berpotensi
memacu pencapaian pembestarian sekolah, sesuai dengan hasrat Jiwa dan Minda
Bersatu ke Arah Pembestarian Sekolah.
Saya menghargai inisiatif Bahagian Teknologi Pendidikan menerbitkan buku ini, dan
mengharapkan semua agensi pelaksana dan pihak yang terlibat mendapat
manfaat agar pembestarian sekolah menjadi satu lagi tonggak kegemilangan
dalam sistem pendidikan negara.
Kementerian Pelajaran Malaysia | vii
7. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Jiwa
dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah
dapat diterbitkan. Penerbitan ini merupakan satu
langkah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk
membantu semua sekolah di Malaysia
membestarikan sekolah masing-masing melalui
pembestarian sekolah, di mana penekanan diberi
kepada peningkatan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran (P&P) serta pengurusan sekolah
melalui penggunaan teknologi sebagai
pengupaya.
Penerbitan ini diharap dapat membantu sekolah
melengkapkan lagi amalan pengintegrasian
teknologi dalam P&P dan pengurusan demi menjana budaya penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran sepanjang hayat.
Saya yakin, trend pembelajaran abad ke-21 yang diterjemahkan dalam pelbagai
strategi yang realistik dan futuristik dapat membantu pentadbir sekolah
meningkatkan keupayaan dan kemahiran untuk memacu sekolah ke arah
pencapaian optimum tahap bestari.
Pelbagai kaedah pengintegrasian ICT dalam P&P yang telah disarankan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), dan program perkongsian pintar dengan
agensi swasta perlu dipertimbang, disepadu, dan digunakan secara optimum oleh
pihak sekolah. Bersama gandingan pembangunan dan penggunaan bahan
sumber pendidikan yang bersesuaian, usaha pembestarian sekolah berdaya maju
akan menjadi satu kepastian.
Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas atas usaha gigih
dan komitmen pasukan petugas penerbitan dan juga kepada pelbagai pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan ini. Harapan saya,
agar buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua warga pendidik dan
juga masyarakat umum amnya, sesuai dengan ungkapan, SEKOLAH BESTARI
MALAYSIA: “MENDIDIK JIWA DAN MINDA”.
Kementerian Pelajaran Malaysia | viii
8. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH:
“PENTADBIR BESTARI, GURU BESTARI, MURID BESTARI, SEKOLAH BESTARI”
S ekolah Bestari merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) untuk mengupaya sekolah dalam pengurusan
pentadbiran (PP) serta pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui
dan
penggunaan teknologi bagi merealisasi perkembangan murid yang holistik,
yakni kreatif, inovatif, berkebolehan berfikir secara kritis dan menyelesaikan
masalah, kompeten serta cekal menghadapi cabaran alam persekolahan
dan kehidupan abad ke-21. “Pentadbir Bestari, Guru Bestari, Murid Bestari,
Sekolah Bestari” akan menjadi realiti apabila warga pendidik, murid, ibu
bapa dan komuniti bersatu jiwa dan minda ke arah pembestarian sekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia |1
9. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
BAB 1: SEKOLAH BESTARI DAN PEMBESTARIAN SEKOLAH
Sekolah Bestari merupakan salah satu Aplikasi Perdana
Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor
Malaysia (MSC Malaysia) untuk mengupaya penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah. MSC
Malaysia Smart School Flagship Application yang
dilancarkan oleh Y.A.B. Datuk Seri Dr. Mahathir bin
Mohamad pada Julai 1997 merangkumi dua (2) fasa
pelaksanaan: fasa projek rintis dan fasa peluasan.
Dengan itu, Projek Rintis Sekolah Bestari telah dilaksanakan
dari 1999 sehingga Disember 2002. Berdasarkan kejayaan
projek ini, KPM telah mengusahakan pemantapan
infrastruktur dan aplikasi teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) untuk peluasan sekolah bestari, dan
seterusnya pembestarian sekolah. Empat (4) fasa
pelaksanaan Sekolah Bestari adalah seperti tertera.
Fasa 1 Projek Rintis Sekolah Bestari (88
(1999- 2002) Sekolah Bestari)
Fasa 2 Pemantapan 88 Sekolah Bestari
(2003 - 2005) sebagai Penanda Aras
Fasa 3 Pembestarian Sekolah
(2006 -2010)
Fasa 4 Konsolidasi dan Kelestarian
(2011- 2020)
Rajah 1.1: Fasa Pelaksanaan Sekolah Bestari
Kementerian Pelajaran Malaysia |2
10. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Konsep Sekolah Bestari
Berlandaskan konsep kreativiti dan pemikiran kritikal dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P), Sekolah Bestari
ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara
sistemik dari segi amalan P&P dan pengurusan sekolah
untuk menghadapi cabaran zaman maklumat. Objektif
Sekolah Bestari berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah untuk:
Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan
celik teknologi
Mendemokrasikan pendidikan
Meningkatkan penyertaan pihak berkepentingan
Membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani
murid
Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan
keupayaan individu
Perubahan sistemik sekolah ke arah
pembestarian sekolah ini selain menumpu
kepada penambahbaikan berterusan
pelaksanaan dasar, pengurusan dan
pentadbiran, serta P&P yang berpaksikan
pembelajaran inkuiri dan kolaboratif,
penilaian autentik berpusat murid juga
tidak kurang pentingnya.
Kementerian Pelajaran Malaysia |3
11. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Komponen Sekolah Bestari
Pengajaran dan Pembelajaran
P&P Sekolah Bestari, “jantung”
atau “nadi” sekolah adalah
berkaitan dengan kurikulum,
pedagogi, bahan P&P dan
pentaksiran untuk membantu
murid belajar dengan cekap dan
berkesan.
Pengurusan dan Pentadbiran
Pengurusan dan pentadbiran
Rajah 1.2: Komponen Sekolah Bestari
sekolah berbantukan teknologi
sebagai “pemandu” atau “pemacu pengoperasian”
Sekolah Bestari memastikan pengurusan yang cekap dan
berkesan di sekolah.
Modal Insan, Kemahiran dan Tanggungjawab
Modal insan yakni guru, pentadbir dan staf sokongan, ibu
bapa, komuniti serta agensi swasta memainkan peranan
secara aktif untuk membangun profesionalisme dan
pengetahuan warga sekolah demi peningkatan prestasi
sekolah.
Proses
Sekolah Bestari dibekalkan dengan pelbagai sumber
(input) untuk menjana keberhasilan (outcomes) yang
dikehendaki.
Kementerian Pelajaran Malaysia |4
12. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Teknologi
Teknologi digunakan sebagai pengupaya dalam P&P,
pengurusan dan pentadbiran serta komunikasi dengan
pihak luar.
Dasar
Dasar diwujudkan untuk keperluan Sekolah Bestari dan
Pembestarian Sekolah.
Ciri-ciri Sekolah Bestari
Guru berperanan sebagai pemudah cara atau
fasilitator
Murid belajar secara akses kendiri, terarah kendiri,
dan kadar kendiri menjurus kepada pembelajaran
sepanjang hayat
P&P menarik, berkesan dan berpusatkan murid
Sekolah membudayakan penggunaan ICT dalam
pengurusan dan P&P
Sekolah mewujudkan rangkaian atau perkongsian
pintar dengan pelbagai pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia |5
13. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Pembestarian Sekolah
Pembestarian Sekolah ialah
proses mempeluaskan konsep
Sekolah Bestari ke semua
sekolah dengan mengambil
kira manfaat (leveraging)
semua inisiatif ICT yang
sedang dilaksanakan oleh
KPM. Proses ini dijalankan
secara berterusan untuk
meningkatkan keberkesanan
Inisiatif ICT KPM
pengurusan sekolah serta P&P
Rajah1.3: Manfaat Inisiatif ICT dalam secara interaktif berasaskan
Pembestarian Sekolah
ICT.
Matlamat Pembestarian Sekolah adalah untuk:
Meningkatkan kadar pembelajaran berpusatkan
murid
Membangunkan modal insan yang berkemahiran
ICT untuk keperluan masa hadapan
Menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan
Untuk mencapai matlamat Pembestarian Sekolah, Pelan
Strategik Pembestarian 2011- 2015 disediakan oleh
Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM selaku peneraju
teknologi pendidikan untuk pendidikan bestari. Lima (5)
bidang utama yang menjadi tumpuan pelan ini seperti
Rajah 1.4.
Kementerian Pelajaran Malaysia |6
14. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Rajah 1.4: Bidang Utama Pelan Strategik Pembestarian 2011- 2015
Tahap Bestari Sekolah
Smart School Qualification Standards (SSQS) merupakan
indikator KPM untuk mengukur tahap bestari sekolah.
Setiap sekolah bertanggungjawab menilai secara kendiri
tahap bestari sekolah masing-masing mengikut jadual
ketetapan KPM. SSQS secara dalam talian boleh dicapai
melalui http://ssqs.moe.edu.my.
Rajah 1.5: Laman
Web Smart School
Qualification
Standards (SSQS)
Kementerian Pelajaran Malaysia |7
15. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Empat (4) bidang utama SSQS ialah modal insan
(pembangunan kompetensi ICT pentadbir, guru dan
murid), penggunaan ICT (integrasi ICT dalam pengurusan
serta P&P), aplikasi (sistem yang digunakan di sekolah)
dan infrastruktur (teknologi sedia ada di sekolah).
Jadual 1.1: Contoh Indikator Smart School Qualification Standard (SSQS)
Bidang Pemberat Keterangan Contoh Indikator
Penggunaan 40% Tahap sekolah Jumlah waktu pengintegrasian
mengintegrasikan ICT oleh:
ICT dalam (i) Pentadbir dalam
pengurusan dan pengurusan
pentadbiran serta (ii) Guru dan murid dalam P&P
P&P
Modal Insan 40% Tahap kompetensi Kekerapan penyebaran
ICT pentadbir, guru maklumat ICT oleh pentadbir
dan murid dan guru penyelaras ICT
Bilangan kursus dalaman yang
dilaksanakan di sekolah
Bilangan program inovasi yang
dilaksanakan di sekolah
Aplikasi 10% Bilangan aplikasi Bilangan sistem:
yang digunakan di (i) Pengurusan sekolah
sekolah. (ii) Pengurusan pembelajaran
Infrastruktur 10% Infrastruktur ICT di Nisbah komputer dengan murid
sekolah Nisbah komputer dengan guru
Rangkaian LAN dan WAN di
sekolah
Bilangan lokasi capaian
internet
Peralatan ICT yang berfungsi
Kementerian Pelajaran Malaysia |8
16. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Dokumen Smart School Qualification Standards (SSQS)
Pencapaian Tahap Bestari
Tahap bestari SSQS dikategorikan dalam lingkungan satu (1)
hingga lima (5) bintang. Sekolah yang mencapai satu (1) dan
dua (2) bintang ternyata belum mencapai tahap bestari
yang diunjurkan. Sekolah yang mencapai tahap 3 bintang ke
atas dikategorikan sebagai sekolah yang mencapai tahap
bestari.
Rajah 1.6: Tahap Bestari Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia |9
17. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
BAB 2: SOKONGAN PEDAGOGI & TEKNOLOGI
Persekitaran Sekolah Bestari yang tersedia dari segi
infrastruktur ICT dengan sokongan pedagogi dan
teknologi berupaya meningkatkan keberkesanan P&P dan
produktiviti pengurusan sekolah. KPM peka dengan
keperluan ini, justeru telah memastikan kemudahan dan
perkhidmatan sokongan pedagogi dan teknologi yang
merangkumi infrastruktur ICT dan sokongan teknikal
disalurkan ke sekolah dengan efisien dan efektif.
Komponen sokongan teknikal dan infrastruktur ICT adalah
seperti rajah 2.1.
Rajah 2.1: Komponen Sokongan Pedagogi dan Teknologi
Kementerian Pelajaran Malaysia | 10
18. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Infrastruktur ICT
Rangkaian Komputer
Rangkaian Internet
Satu sistem rangkaian luas (Wide Area Network) telah
disediakan oleh KPM untuk memudahkan capaian
internet di sekolah dan institusi pendidikan. Rangkaian
internet ini membolehkan suasana pembelajaran interaktif
dan pengurusan secara dalam talian merentas sempadan
dan masa. Contohnya, kemudahan berkomunikasi melalui
social network seperti emel, blog, Twitter dan Facebook
serta perkongsian maklumat pembelajaran dengan rakan
dari dalam dan luar negara. Jurang digital antara sekolah
bandar dan luar bandar juga dapat dirapatkan dengan
adanya kemudahan ini.
Rangkaian Dalaman Setempat Sekolah
KPM juga menyediakan rangkaian dalaman setempat
(Local Area Network) bagi memudahkan pengurusan,
perkongsian dan keselamatan data di sekolah. Satu
contoh ialah perkongsian bahan sumber P&P oleh guru
dan hasil pembelajaran murid.
Peralatan ICT
Makmal Komputer
Makmal komputer Projek Makmal Pengkomputeran dibina
berdasarkan pendekatan tiga model makmal untuk
menggalak guna ICT dalam P&P.
Kementerian Pelajaran Malaysia | 11
19. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Jadual 2.1: Model Bilangan Murid Bilangan PC Bilangan
Pendekatan Berdaftar dibekalkan Makmal
Model Makmal 1 Kurang daripada 10 PC untuk murid 1
Pengkomputeran 400 1 PC untuk guru
2 400 – 799 20 PC untuk murid 1
1 PC untuk guru
3 800 dan ke atas 40 PC untuk murid 2
1 PC untuk guru
Pusat Akses Sekolah
Pusat Akses Sekolah merupakan ruang pembelajaran
berkonsep ala cyber-café bagi pembelajaran berlaku
pada bila-bila masa. Pembekalan peralatan ICT oleh KPM
membolehkan:
i. pembelajaran dibuat semasa dan di luar waktu
persekolahan
ii. pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan
akses kendiri
iii. peningkatan masa penggunaan komputer oleh
murid
Peralatan seperti pelayan (server), komputer, komputer
riba, projektor LCD, pencetak, pengimbas, kamera digital,
interactive whiteboard, TV, TV LCD dan DVD player juga
dibekalkan oleh KPM untuk projek ICT lain.
Perisian dan Aplikasi Sistem Pendidikan
KPM telah membangunkan beberapa aplikasi pendidikan
P&P dan pengurusan atas talian yang boleh dicapai
melalui rangkaian internet untuk menyokong penggunaan
ICT dalam P&P serta pengurusan.
Kementerian Pelajaran Malaysia | 12
20. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Jadual 2.2: Perisian dan Aplikasi P&P
APLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BIL. APLIKASI SKOP PENGGUNA MEDIUM
CAPAIAN
1. EduwebTV Aplikasi P&P dengan kaedah „video Guru dan Rangkaian
streaming‟ melalui internet murid Internet
2. LMS Aplikasi Pengurusan Pembelajaran Guru Rangkaian
dengan kerjasama MAMPU Internet
3. MyGfL Aplikasi pengurusan pembelajaran Guru dan Rangkaian
dalam talian murid Internet
Jadual 2.3: Perisian dan Aplikasi Pengurusan dan Pentadbiran
APLIKASI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
BIL. APLIKASI SKOP PENGGUNA MEDIUM
CAPAIAN
1. E-GTUKAR Pengurusan permohonan Guru Rangkaian
pertukaran guru antara Internet
bahagian/Negeri, antara
daerah dan dalam daerah
2. E-DISIPLIN Sistem kawalan disiplin murid JPN, PPD dan Rangkaian
Guru Internet
3. ADU DISIPLIN Pengurusan aduan disiplin Guru Rangkaian
Internet
4. E-PERLU Pengurusan pengumpulan data Guru Rangkaian
operasi keperluan sekolah Internet
5. Sistem Pendaftaran calon SPM dan Guru Rangkaian
Pengurusan kemasukan markah berasaskan (Setiausaha Internet
Peperiksaan sekolah (kerja kursus, lisan dan peperiksaan)
Atas Talian markah percubaan)
6. SSQS Penarafan sekolah mengikut Guru Rangkaian
tahap pembestarian. Internet
7. SPS Pengurusan maklumat guru, Guru Rangkaian
murid dan sekolah. Internet
8. STS Pengurusan masalah ICT di Guru Rangkaian
sekolah Internet
9. SPPICTS Pengurusan penggunaan ICT di Guru Rangkaian
sekolah Internet
10. IQ-PSS Penarafan pusat sumber Guru Rangkaian
sekolah Internet
Kementerian Pelajaran Malaysia | 13
21. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Sokongan Teknikal
Perkhidmatan sokongan teknikal disediakan untuk
membantu sekolah menangani permasalahan dan isu
penggunaan ICT secara terus, dalam talian atau melalui
pusat panggilan.
Sistem Pengurusan Aduan Masalah ICT
Sistem Pengurusan Aduan Masalah ICT digunakan oleh
KPM untuk mengumpul dan merekod isu dan masalah ICT
di sekolah. Maklumat terkumpul dijadikan asas kepada
keperluan penyenggaraan ICT sekolah. Perkhidmatan
sokongan teknikal dibahagikan kepada tiga (3) aras dan
dilaksanakan agensi yang bertanggungjawab.
Jadual 2.4: Aras Perkhidmatan Sokongan ICT
Aras Perkhidmatan Skop Perkhidmatan Agensi
PERKHIDMATAN ARAS 1 Kenal pasti punca masalah PKG
Troubleshooting Asas (on-line)
Troubleshooting on-site
PERKHIDMATAN ARAS 2 Penyenggaraan/penggantian BTPN
peralatan
Troubleshooting on-site
Troubleshooting server
Penyelesaian masalah yang tidak
dapat diselesaikan Aras 1
PERKHIDMATAN ARAS 3 Pembekalan/pemasangan BTP
peralatan/perisian dari KPM
Penyelesaian masalah yang tidak
dapat diselesaikan Aras 1 dan 2
Pemantauan pencapaian prestasi
perkhidmatan setiap aras dan vendor
Kementerian Pelajaran Malaysia | 14
22. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Aras Perkhidmatan Skop Perkhidmatan Agensi
PERKHIDMATAN ARAS 3 Pembekalan/pemasangan Vendor
peralatan/perisian untuk KPM
Perkhidmatan sokongan teknikal
peralatan dalam waranti
Pemantauan pencapaian
perkhidmatan setiap aras dan vendor
Tiga (3) kategori permasalahan ICT yang dikenal pasti di
sekolah adalah berkaitan dengan peralatan, perisian dan
rangkaian. Perincian seperti berikut:
Peralatan: Komputer riba, komputer peribadi,
Central Processing Unit (CPU), Random Access
Memory (RAM), tetikus, papan kekunci dan
sebagainya
Perisian: Perisian aplikasi , perisian Operating System
(OS), perisian antivirus dan cara penggunaan serta
lain-lain yang berkaitan
Rangkaian: Talian internet, peralatan rangkaian
seperti hub, switch, modem dan lain-lain
Untuk tujuan penyelesaian, pihak sekolah
boleh melapor permasalahan melalui
talian telefon, 1800 884774 atau melayari
laman web, sts@moe.edu.my
Kementerian Pelajaran Malaysia | 15
23. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
BAB 3: DASAR PELAKSANAAN PEMBESTARIAN
Pembestarian Sekolah, satu strategi KPM untuk
merealisasikan visi sekolah sebagai tempat menjana
generasi terbilang, dilaksanakan berteraskan Dasar
Pendidikan Kebangsaan untuk mencapai matlamat
Wawasan 2020 iaitu Malaysia sebagai sebuah negara
maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) digubal untuk
memastikan kecemerlangan sistem pendidikan bagi
melahirkan generasi berilmu yang berupaya
menyumbang ke arah pembangunan negara.
Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang
terkandung dalam DPK menyatakan ICT sebagai faktor
penting untuk membantu pencapaian pembangunan
pendidikan dan seharusnya diintegrasikan dalam P&P
serta pengurusan pendidikan. Pernyataan dasar ini
meliputi perkara berikut:
ICT untuk semua murid
ICT sebagai alat P&P, sebagai komponen mata
pelajaran dan sebagai mata pelajaran
ICT digunakan untuk meningkatkan produktiviti,
kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan
Kementerian Pelajaran Malaysia | 16
24. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
Pendidikan
Dasar ICT dalam Pendidikan yang dilancarkan oleh
Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri Dato‟ Haji
Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada 12 Oktober 2010
menyarankan kerangka untuk menyusun transformasi
sistem pendidikan negara melalui penggunaan ICT di
sekolah, penglibatan dan kerjasama kelompok pakar,
perkongsian dengan sektor awam dan swasta serta
penglibatan komuniti.
Matlamat Dasar ICT dalam Pendidikan adalah untuk
melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk
berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru bagi
menjana kekayaan negara.
Asas-asas Dasar ICT dalam Pendidikan melibatlkan
perkara berikut:
Pembangunan modal insan secara
berterusan selaras dengan
keperluan kemahiran abad ke-21,
Penggunaan teknologi yang
bersesuaian untuk mengintegrasikan
inisiatif ICT sedia ada dalam
pendidikan, dan
Transformasi proses P&P dan
pengurusan pendidikan di sekolah
melalui penggunaan teknologi
sebagai pengupaya.
Kementerian Pelajaran Malaysia | 17
25. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Pelaksana Dasar: Sekolah
dan KPM
Kata Singkatan
Bahagian KPM Pelaksana dasar KPM di semua
BPG - Bahagian peringkat bahagian, negeri,
Pendidikan Guru
daerah dan sekolah
IAB- Insititut
bertanggungjawab memastikan pegawai,
Aminddin Baki
pentadbir dan guru berpengetahuan dan
BTP - Bahagian
Teknologi kompeten dalam menjayakan inisiatif
Pendidikan pembestarian sekolah. Program kesedaran
BPTV - Bahagian untuk golongan ibu bapa dan komuniti juga
Pendidikan Teknikal
perlu diadakan supaya mereka turut
dan Vokasional
menyumbang ke arah ini. Tiga (3) bidang
BPKhas - Bahagian
Pendidikan Khas tanggungjawab KPM merangkumi:
BPSPSK - Bahagian
Pengurusan Sekolah Pembangunan Modal Insan
Berasrama Penuh
dan Sekolah Warga pendidik dan murid perlu
Kecemerlangan
diberi pengetahuan dan
BPSH - Bahagian
kemahiran yang selaras dengan
Pengurusan Sekolah
Harian keperluan sekolah abad ke-21
BPM - Bahagian bagi menyokong program pembestarian
Pengurusan sekolah melalui penggunaan teknologi secara
Maklumat
kreatif dan inovatif.
JNJK - Jemaah Nazir
dan Jaminan Kualiti
Pembangunan Infrastruktur ICT
LPM - Lembaga
dan Aplikasi
Peperiksaan Malayia
BPPDP - Bahagian Infrastruktur ICT dan aplikasi
Perancangan dan
Penyelidikan Dasar yang mantap di sekolah
Pendidikan berupaya mewujudkan sistem
pengurusan berkesan dalam kalangan
Kementerian Pelajaran Malaysia | 18
26. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
pentadbir, serta meningkatkan kemahiran
guru menyampaikan ilmu dan murid
meneroka maklumat.
Sokongan Pedagogi dan
Teknikal
Sokongan pedagogi dan
teknikal dengan tersedianya
jaringan komunikasi yang
mantap dapat membantu pengurusan
pentadbir, P&P guru dan pembelajaran murid
secara berkesan.
Rajah 3.1: Bidang Tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Kementerian Pelajaran Malaysia | 19
27. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Seperti Rajah 3.1, semua Bahagian KPM terlibat sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung dalam
Pembestarian Sekolah berdasarkan struktur Jawatankuasa
Pembestarian KPM dalam Rajah 3.2 di bawah. Kerjasama
daripada semua bahagian KPM dalam melaksanakan
peranan dan tanggungjawab masing-masing melalui
pengurusan yang cekap mampu menjadikan
pembestarian sekolah satu realiti.
Kata Singkatan:
FCC- Flagship
Coordination
Committee
KSN- Ketua
Setiausaha Negara
KSU- Ketua
Setiausaha
JPN-Jabatan
Pelajaran Negeri
PPD- Pejabat
Pelajaran Daerah
Rajah 3.2:
Hierarki
Pelaporan
Jawatankuasa
Pembestarian:
Peringkat
Sekolah,
Daerah, Jabatan
Pelajaran
Negeri, KPM dan
Aplikasi Perdana
Kementerian Pelajaran Malaysia | 20
28. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
BAB 4: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Teknologi Pendidikan didefinisikan sebagai
aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik
ke arah pencapaian P&P berkesan.
Penggunaan teknologi secara teratur dan
sistematik dalam kalangan guru,
digabungkan dengan kepelbagaian strategi
pengajaran dapat meningkatkan potensi
pembelajaran murid. Untuk melahirkan insan
yang menyeluruh selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), guru juga perlu
mengambil kira kepelbagaian gaya
pembelajaran murid yang visual, auditori atau
kinestetik serta kepelbagaian tahap
Rajah 4.1: Teori Pelbagai
Kecerdasan Howard Gardner kecerdasan murid seperti terkandung dalam
Teori Pelbagai Kecerdasan oleh Howard
Gardner - logik, linguistik, muzik, kinestetik,
interpersonal, intrapersonal, ruang, dan
naturalistik.
Cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid
abad ke-21 ialah pemerolehan dan aplikasi
pengetahuan secara kreatif dan inovatif
dalam kehidupan seharian dan persekitaran
teknologi. Justeru, topik teknologi pendidikan
dan aplikasinya dalam bentuk amalan terbaik
P&P dihuraikan dalam bab ini.
Kementerian Pelajaran Malaysia | 21
29. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Bahan Sumber Pendidikan
Bahan sumber pendidikan perlu diurus dengan baik,
efisien dan sistematik bagi memudahkan akses dan
penggunaan oleh guru dan murid. Pemilihan dan
penggunaan bahan sumber pendidikan yang
People trained in
bersesuaian akan menghasilkan suasana P&P yang
the application of
information menarik dan justeru mempertingkatkan hasil
resources to their pembelajaran murid. Bahan sumber pendidikan
work… They have
learned dikategorikan dalam bentuk media bercetak,
techniques and eletronik dan media sosial kini mudah diperoleh di
skills for utilizing
the wide range of
semua sekolah.
information tools
as well as primary
sources in
molding
information –
solutions to their
problems”
- Paul Zurkowski
National
Commission of
Libraries and
Information
Sciences 1974
Rajah 4.2: Bahan Sumber Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia | 22
30. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Guru boleh memudah cara aktiviti P&P dengan
mengguna pelbagai bahan sumber secara terancang
dan teratur. Tiga (3) peringkat perancangan penggunaan
bahan sumber pendidikan seperti dalam Rajah 4.3.
Rajah 4.3: Peringkat Perancangan Penggunaan Bahan Sumber
Pendidikan
Kepentingan penggunaan bahan sumber pendidikan
secara berkesan
Memenuhi keperluan kurikulum untuk mencapai
objektif dan peringkat perkembangan P&P
Penjimatan kos dan masa dengan penggunaan
teknologi yang sesuai
Bersesuaian dari segi topik dan objektif P&P,
latarbelakang dan strategi pembelajaran murid, saiz
kelas dan keadaan fizikal bilik darjah
Menarik minat serta mengayakan pengetahuan
dan pengalaman murid
Kementerian Pelajaran Malaysia | 23
31. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Amalan Terbaik: Pembelajaran Abad ke-21
Pembelajaran abad ke-21 memberi peluang
pembelajaran yang lebih meluas di mana murid bukan
sekadar belajar tentang isi kandungan dalam bilik darjah
tetapi berfokus kepada penjanaan ilmu pengetahuan
dan cara penyelesaian masalah secara inkuiri dalam
konteks pembelajaran semasa dalam keadaan dunia
sebenar. Kemahiran spesifik perlu dikuasai melalui P&P
berteraskan pengetahuan kandungan, kepakaran dan
literasi ICT dengan sokongan sistem inovatif. Bidang
pembelajaran abad ke-21 melibatkan:
1. Tema abad ke-21
2. Kemahiran Belajar dan Inovasi
3. Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi
4. Kemahiran Hidup dan Kerjaya
1. Tema Abad ke-21
Tema abad ke-21 yang digabungjalin dalam
kandungan mata pelajaran yang perlu
dikuasai murid adalah seperti berikut:
a. Kesedaran Global
Murid abad ke-21 mempunyai sikap hormat
menghormati dan kefahaman antara
budaya. Kesedaran global ini membantu
murid menangani isu-isu global dengan lebih
Rajah 4.4: Tema Abad ke- 21
berkesan.
Kementerian Pelajaran Malaysia | 24
32. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
b. Literasi Keusahawanan
Murid abad ke-21 mengetahui bagaimana membuat
pilihan ekonomik bersesuaian untuk peningkatan
produktiviti. Literasi ini membantu perkembangan kerjaya
murid.
c. Literasi Sivik
Murid abad ke-21 menyedari hak dan kewajipan sebagai
warganegara dan memahami implikasi keputusan pada
peringkat setempat, negara dan global.
d. Literasi Kesihatan
Murid abad ke-21 mempunyai pengetahuan untuk
mengamal gaya hidup sihat dan selamat.
e. Literasi Persekitaran
Murid abad ke-21 mempunyai pengetahuan dan
kesedaran tentang pengaruh masyarakat ke atas alam
sekitar serta berupaya membuat keputusan dan menjana
cara penyelesaian.
2. Kemahiran Belajar
dan Inovasi
Kemahiran belajar dan
inovasi bagi menjamin
kesejahteraan hidup dan
penentuan kerjaya murid
Rajah 4.5:
Kemahiran dalam era maklumat ialah:
Belajar dan
Inovasi
Kementerian Pelajaran Malaysia | 25
33. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
a. Kreatif dan Inovatif
Murid berupaya menggunakan pelbagai teknik menjana
idea serta menilai dan menambah baik idea secara
kreatif dan inovatif.
b. Berfikir secara kreatif dan penyelesaian masalah
Murid berupaya menggunakan kaedah penaakulan
bersesuaian dengan situasi bagi membuat keputusan
untuk menyelesai masalah.
c. Komunikasi dan kolaborasi sesuai untuk pelbagai
persekitaran
Murid berupaya berkomunikasi dengan efektif, secara
lisan dan bukan lisan dalam pelbagai konteks. Kolaborasi
dengan individu yang lain dalam kumpulan penting untuk
memupuk kesedaran tanggungjawab demi mencapai
matlamat bersama.
3. Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi
Pelbagai kemahiran literasi diperlukan warga dunia/global
citizens abad ke-21 dalam era ledakan teknologi dan
media.
a. Literasi Maklumat
Murid mempunyai kebolehan
untuk mengakses, menilai,
mengguna, dan mengurus
Rajah 4.6:
Kemahiran maklumat.
Maklumat,
Media dan
Teknologi
Kementerian Pelajaran Malaysia | 26
34. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
b. Literasi Media
Murid berkebolehan menganalisis tujuan dan
kesesuaian media serta isu-isu yang berkaitan
dengan mengakses, mengguna dan
membangunkan bahan media.
c. Literasi ICT
Murid berkebolehan mengaplikasi teknologi
dengan berkesan dalam pembelajaran dan
urusan kehidupan seharian.
4. Kemahiran Hidup dan Kerjaya
Individu dalam menempuh kehidupan abad
ke-21 perlu berkebolehan berdaya saing
dalam hidup dan kerjaya.
a. Kelenturan dan Kebolehsuaian
Murid fleksibel dan berupaya mengadaptasi
diri kepada perubahan persekitaran dan
urusan kehidupan seharian.
b. Berinisiatif dan Terarah Kendiri
Murid mempunyai jati diri dan mampu
mengurus masa, dan membuat perancangan
mengikut keperluan kendiri dan juga
organisasi.
c. Kemahiran Sosial dan Antara Budaya
Murid peka dan prihatin tentang budaya
yang berbeza serta hormat dan bersikap
toleransi dalam perhubungan sosial antara
budaya.
Kementerian Pelajaran Malaysia | 27
35. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
d. Produktiviti dan Akauntabiliti
Murid mempunyai kadar produktiviti yang
tinggi dan berintegriti dalam melaksanakan
tugasan.
e. Kepimpinan dan Tanggungjawab
Murid mempamerkan ciri seorang pemimpin
yang mampu berfungsi sebagai seorang ahli
pasukan yang berwibawa dan mampu
menyumbang kepada kebaikan kendiri dan
pasukan.
“Imagination
is more
important
than
knowledge.
While
knowledge
defines all
we currently
know and
understand.
Imagination
points to all
we might yet
discover and
create”
- Albert
Einstein
Rajah 4.7: Bidang Pembelajaran Kemahiran Abad ke -21
Kementerian Pelajaran Malaysia | 28
36. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Amalan Terbaik: Pendidikan ICT di
Republik Korea
Amalan terbaik ICT in Education Program
di Korea ialah pembelajaran ubiquitous (u)
berpaksikan kemahiran abad ke-21.
Pendekatan pembelajaran ubiquitous
membolehkan murid belajar pada bila-
bila masa, dan dari pelbagai lokasi, baik di
rumah, sekolah atau di mana murid
berada. Infrastruktur ICT yang mantap di
negara ini telah mengupayakan
pendidikan ICT berganjak dari pendidikan
berbantukan komputer ke pembelajaran
jarak jauh secara dalam talian, dan kini,
pendidikan berasaskan internet.
Pendidikan ICT di Korea juga menekankan
pembangunan kandungan pembelajaran
oleh guru dan pembelajaran berpusatkan
murid. Penilaian rakan sebaya sesama
guru dan murid di samping penggunaan
alat penilaian alternatif diperhatikan.
Jadual 4.1: Amalan Terbaik Pendidikan ICT di Republik Korea
Pendekatan Pembelajaran Murid Pendekatan Pengajaran Guru
U-Discussion Pemilihan Topik
U-Tutorial Definisi Permasalah/Isu
U-Problem Solving Perancangan Aktiviti P&P
U-Study Guide Perancangan Sokongan Pembelajaran
Simulasi Murid
Main Peranan (Role Play) Penilaian
Pendekatan Penilaian Murid Pendekatan Penilaian Pengajaran Guru
Penilaian kendiri dan rakan sebaya Penilaian kendiri dan rakan sekerja dalam
Contoh alat penilaian alternatif: Pelan P&P
Persembahan, portfolio, temuduga, Penilaian aktivti P&P
jurnal (log pembelajaran) dan lain-lain Etika penggunaan maklumat
(information ethics)
Kementerian Pelajaran Malaysia | 29
37. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Amalan Terbaik: Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBL)
Pembelajaran berasaskan projek atau
Project Based Learning (PBL) ialah satu model
pelaksanaan aktiviti berpusatkan murid
merentas kurikulum. Penggunaan
pendekatan PBL sejajar dengan kurikulum
kebangsaan iaitu pembelajaran pelbagai
budaya, reflektif, holistik, global dan
berbantu teknologi. Penguasaan kemahiran
abad ke-21 melalui penerokaan topik
pembelajaran dalam situasi kehidupan
sebenar menjadi fokus. Bidang kemahiran
pendekatan PBL seperti berikut:
Perancangan Kreatif dan inovatif
Berfikiran Kritis Membuat keputusan
Mempertimbangkan
Penaakulan kesesuaian sesuatu teknologi
Mengenal pasti teknologi
Komunikasi yang sesuai untuk tugasan
Kelebihan pendekatan PBL ialah berikut:
Wujud komunikasi positif dan
perhubungan kolaboratif dalam
kalangan murid
Menarik minat murid yang kurang
penumpuan dalam proses P&P
Murid mudah memahami topik dan
mengaplikasi pengetahuan
Murid berupaya menguasai kemahiran
menyelesaikan masalah dan
pengurusan kendiri
Menggalakkan akauntabiliti dan
penentuan matlamat pembelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia | 30
38. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Memenuhi keperluan murid yang
berbeza tahap dan gaya
pembelajaran
Enam (6) langkah pendekatan PBL
untuk amalan adalah seperti berikut:
Rajah 4.8: Aliran Pendekatan PBL
Kementerian Pelajaran Malaysia | 31
39. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Amalan Terbaik: Penggunaan Portal Pendidikan
Penggunaan portal pendidikan berupaya memupuk
kreativiti dan kemahiran berfikir serta membudayakan
penggunaan ICT dalam P&P. Perkongsian sumber
pendidikan secara online yang disarankan mampu
mempertingkatkan kualiti pembelajaran.
1. http://www.mygfl.gov.my
Portal Malaysian Grid For Learning (MyGfL), KPM
merupakan platform untuk muat naik dan askes
bahan sumber P&P.
2. http://www.eduwebtv.com
EduwebTV menyediakan lapan (8) saluran
maklumat pendidikan untuk P&P. Sehingga
November 2010, 3696
video boleh dimuat
turun dari saluran berita
akademik, panduan,
rencana, wawancara,
kurikulum, interaktif dan
siaran langsung.
3. http://www.spp.moe.edu.my
Portal Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)
menawarkan e-Bahan berciri interaktif bagi
memenuhi keperluan tahap pembelajaran dan
gaya pembelajaran yang berbeza. e-Bahan yang
berasaskan kurikulum ini menggalakkan
pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri dan
terarah kendiri.
Kementerian Pelajaran Malaysia | 32
40. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
4. http://www.thinkquest.org
Portal rakan kongsi KPM memberi
peluang murid berkolaborasi dengan
komuniti global dalam suasana yang
selamat dan terkawal.
5. http://www.intel.com/education/eleme
nts/
Portal rakan kongsi KPM ini menawarkan
kursus Intel Teach Elements untuk
pembangunan profesional guru dalam
pengintegrasian ICT dalam P&P.
6. http://www.petrosainslearning.com
Portal ini menggalakkan pembelajaran
kolaboratif melalui perkongsian hasil
kajian saintifik murid dengan komuniti
global.
7. http://myideas.my
Portal MyIdeas, usaha sama KPM
bersama Kementerian Sains, Teknologi
dan Inovasi (MOSTI) merupakan satu
platform untuk berbagai lapisan
masyarakat berkongsi idea. Hasil idea
yang bernas kemudian diterjemahkan
kepada amalan terbaik untuk
menambah baik secara keseluruhan
hidup masyarakat Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia | 33
41. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
8. http://www.cybersafe.my
CyberSAFE iaitu Cyber Security
Awareness for Everyone, merupakan
inisiatif pihak swasta untuk mewujudkan
kesedaran dan mendidik masyarakat
tentang isu teknologi dan sosial agar
golongan pengguna internet berupaya
membuat pilihan bijak dalam mengurus
isu yang timbul semasa penggunaan.
9. http://bibliografi.moe.edu.my
Portal Pengurusan Sumber Pendidikan
merupakan katalog sumber pendidikan
berbentuk digital yang dapat
memudahkan murid dan guru
mengenal pasti, mencari dan
mengguna maklumat secara efisien
dan berkesan.
10. http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/
Portal ini mempunyai koleksi aktiviti
pembelajaran bagi pelbagai mata
pelajaran. Aktiviti P&P yang berciri
interaktif menggalak pembelajaran
kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri
dalam kalangan murid. Guru juga boleh
muat naik bahan P&P untuk
perkongsian secara atas talian.
Kementerian Pelajaran Malaysia | 34
42. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Secara keseluruhan untuk menyokong P&P berkesan, KPM
turut menyediakan kemudahan bagi menempatkan
pelbagai format bahan sumber pendidikan. Antaranya:
Pusat Sumber Sekolah (Bilik Perpustakaan, Bilik
Media, Bilik Bahan Bantu Mengajar)
Pusat Akses Sekolah
Makmal Komputer
Sekolah yang proaktif mewujudkan kemudahan dan
seperti Bilik Sumber Mata Pelajaran, Bilik/Ruang Akses
Kendiri, Laluan Ilmu dan Taman Ilmu akan menghasilkan
suasana pembelajaran lebih kondusif, menarik dan
bermakna kepada murid.
Ruang Pembelajaran Ubiquitous
BIlik Media
Makmal Komputer
Pusat Sumber Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia | 35
43. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
BAB 5: KEBERHASILAN PEMBESTARIAN SEKOLAH
Sekolah, empunya dan penggerak Pembestarian
Sekolah memerlukan pentadbir, guru dan murid
serta pihak berkepentingan iaitu ibu bapa, komuniti
dan agensi luar untuk menyumbang kepakaran
secara kreatif dan inovatif dalam perancangan
program baru dan pemantapan program sedia.
Keberhasilan (outcomes) Pembestarian Sekolah
dalam kalangan Pentadbir, Guru, Guru Penyelaras
Bestari (GPB), Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
serta staf sokongan telah digariskan oleh KPM dalam
Standard Guru Malaysia, Standard Kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia, Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM) dan Smart School
Qualification Standards (SSQS).
Keberhasilan modal insan sekolah bestari
berpaksikan kemahiran abad ke-21 mensasarkan
kemahiran belajar sepanjang hayat dalam
persekitaran P&P berasaskan ICT. Murid seharusnya
kreatif dan inovatif, berfikir secara kritis dan kritikal
untuk menyelesaikan masalah, berkomunikasi
secara berkesan, dan berfungsi dalam kumpulan.
Penglibatan komuniti pula diterjemahkan dalam
bentuk sokongan ibu bapa, komuniti setempat dan
agensi luar dalam aktiviti sekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia | 36
44. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Kualiti keberhasilan modal insan berlandaskan
Dibaca dan standard-standard KPM merangkumi tiga (3) aspek
dirujuk
utama iaitu amalan nilai, pengetahuan dan
bersama
standard kemahiran, serta kemahiran profesional. Cadangan
KPM:
kualiti ini diperjelaskan dalam Rajah 5.1 dan Jadual
Standard
5.1 hingga 5.5.
Kualiti
Pendidikan
Malaysia
BIDANG KEBERHASILAN PIHAK BERKEPENTINGAN
(SKPM)
PEMBESTARIAN SEKOLAH
Standard
Guru
Malaysia
Smart School
Qualification
Standards
(SSQS)
The Smart
School
Conceptual
Blueprint
Surat
Pekeliling
Ikhtisas Bil.
3/2005-
Penyelarasa
n Waktu
Mengajar
bagi Guru
Penyelaras
Bestari Serta
Guru
Perpustakaa
n dan Media
Sekolah
Rajah 5.1: Cadangan Kualiti Keberhasilan Pembestarian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia | 37
45. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Jadual 5.1: Cadangan Perincian Amalan Nilai (Profesion)
AMALAN NILAI (PROFESION)
Bil Perincian P G GPB SS K
& (PIBG)
GPM
1. Berpegang teguh dan mengamalkan prinsip √ √ √ √
etika kerja perkhidmatan awam.
2. Komited terhadap tugas dan tanggungjawab. √ √ √ √ √
3. Bertanggungjawab terhadap keselamatan √ √ √ √
infrastruktur, aplikasi dan data berkaitan ICT.
4. Berkomunikasi secara beretika menggunakan √ √ √ √ √
pelbagai mod dan media dalam penyebaran
maklumat.
5. Berupaya berkongsi pengalaman penggunaan √ √ √ √ √
ICT dalam pengurusan dan P&P.
6. Menyokong program perkongsian pintar dengan √ √ √ √ √
pelbagai pihak dalam dan luar negara.
7. Memupuk dan mengamalkan semangat kerja √ √ √ √ √
berpasukan.
8. Berwibawa sebagai agen perubahan bagi √ √ √ √ √
membudayakan integrasi ICT dalam
pengurusan, P&P dan komunikasi.
[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);
Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]
Jadual 5.2: Cadangan Perincian Amalan Nilai (Sahsiah)
AMALAN NILAI (SAHSIAH)
Bil Perincian P G, GPM S M K
& GPB
1. Bersopan dan berakhlak mulia dalam setiap √ √ √ √ √
urusan harian.
2. Beretika dan mematuhi peraturan sejagat √ √ √ √ √
penggunaan ICT.
3. Berfikiran terbuka dan rasional terhadap √ √ √ √ √
pandangan dan idea baru berkaitan ICT dalam
pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia | 38
46. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
AMALAN NILAI (SAHSIAH)
Bil Perincian P G, GPM S M K
& GPB
4. Berfikiran kreatif dan kritis bagi menghasilkan √ √ √ √ √
pandangan dan idea baru berkaitan ICT dalam
pendidikan.
5. Proaktif, sukarela dan berinovatif. √ √ √ √ √
6. Bermotivasi tinggi dalam usaha mencapai √ √ √ √ √
kecemerlangan diri dan organisas.i
7. Menambah ilmu dan meningkatkan kompetensi √ √ √ √ √
diri secara berterusan mengikut perkembangan
ICT terkini.
8. Berupaya menilai dan membuat refleksi kendiri. √ √ √ √ √
9. Bertanggungjawab terhadap pengajaran dan √ √ √
pembelajaran.
[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);
Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]
Jadual 5.3: Cadangan Perincian Amalan Nilai (Sosial)
AMALAN NILAI (SOSIAL)
Bil. Perincian P G,GPM SS M K
& GPB
1. Mesra, mudah didekati dan dibawa √ √ √ √ √
berbincang.
2. Mengamalkan komunikasi interpersonal dan √ √ √ √ √
intrapersonal yang berkesan.
3. Melibatkan diri secara aktif dalam program √ √ √ √ √
sekolah.
4. Mewujudkan jalinan rangkaian yang kukuh √ √ √ √ √
dalam kalangan staf.
5. Mewujudkan jalinan rangkaian yang kukuh √ √ √ √ √
dengan komuniti.
6. Bersedia untuk bekerja secara kolaboratif. √ √ √ √ √
[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);
Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]
Kementerian Pelajaran Malaysia | 39
47. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Jadual 5.4: Cadangan Perincian Pengetahuan dan Kemahiran
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
Bil. Perincian P G, GPM SS M K
&GPB (PIBG)
1. Berupaya menterjemah dan melaksanakan √ √ √ √
dasar KPM.
2. Mempunyai kompetensi ICT untuk pelaksanaan √ √ √ √ √
tugasan .
3. Mahir mencari dan memproses maklumat yang √ √ √ √ √
relevan dari pelbagai sumber .
4. Mahir mengintegrasi kemahiran abad ke-21 √ √ √ √ √
dalam pengajaran dan pembelajaran.
5. Mahir mengintegrasi kemahiran abad ke-21 √ √ √
dalam pengurusan.
6. Berupaya membangun bahan multimedia. √ √ √ √ √
7. Mahir menyebar maklumat melalui internet. √ √ √ √ √
8. Mengaplikasikan ciri-ciri kepimpinan mengikut √ √ √ √ √
kesesuaian tahap, peringkat dan situasi.
9. Mengamal prosedur pengurusan sumber
mengikut Arahan Perbendaharaan/surat
pekeliling/peraturan/prosedur:
Sumber kewangan √ √ √
Sumber P&P √ √ √
Sumber manusia/murid √ √ √ √
[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);
Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]
Jadual 5.5: Cadangan Perincian Kemahiran Profesional
KEMAHIRAN PROFESIONAL
Bil Perincian P G GPM/ SS K
GPB
1. Memahami, menghayati dan melaksanakan √ √ √ √
dasar pendidikan di peringkat sekolah.
2. Menggerakkan warga sekolah ke arah √ √ √ √ √
mencapai visi dan misi pembestarian.
3. Berupaya membuat perancangan strategik, √ √ √ √
taktikal dan operasi bagi program sekolah.
4. Memantau dan menilai pelaksanaan program √ √ √
sekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia | 40
48. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
KEMAHIRAN PROFESIONAL
Bil Perincian P G GPM/ SS K
GPB
5. Membentuk budaya ilmu dan berfikir dalam √ √ √
kalangan warga sekolah.
6. Membudayakan penggunaan ICT dalam √ √ √ √ √
pendidikan dalam kalangan warga sekolah
dan komuniti.
7. Berupaya merangsang daya intelektual staf √ √ √
dan murid.
8. Mewujudkan sistem dokumentasi yang √ √ √ √
sistematik untuk memudahkan capaian
maklumat.
9. Menggerakkan sekolah ke arah pembentukan √ √ √ √ √
“Learning Organization”.
10. Cekap membentuk pasukan. √ √ √ √ √
11. Membuat keputusan secara rasional dan √ √ √ √ √
bermusyawarah.
12. Bertindak sebagai penggerak utama program √ √ √
sekolah.
13. Memimpin sekolah ke arah penambahbaikan √ √ √
berterusan.
14. Menyedia iklim sekolah yang kondusif bagi √ √ √ √
pengajaran dan pembelajaran.
15. Menjamin keselamatan staf dan murid di √ √ √ √
sekolah.
16. Menjamin keselamatan peralatan dan √ √ √ √
infrastruktur ICT di sekolah.
17. Menjalankan latihan bagi staf mengikut √ √ √ √
keperluan individu dan organisasi.
[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);
Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]
Laman web yang wajar dirujuk bersama bidang keberhasilan modal insan
pembestarian sekolah adalah seperti berikut:
ISTE National Educational Technology Standards (NETS): www.iste.org;
http://cnets.iste.org
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) - Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualit, KPM: www.jnjk.gov.my
Kementerian Pelajaran Malaysia | 41
49. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Standard Guru Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru, KPM:
www.ipik.edu.my/sgmdoc/index.html
Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, Institut
Aminuddin Baki, KPM: www.iab.edu.my
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 - Penyelarasan Waktu Mengajar
bagi Guru Penyelaras Bestari Serta Guru Perpustakaan dan Media
Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah: www.moe.edu.my
Smart School Qualification Standards: www.moe.edu.my
The Smart School Conceptual Blueprint: www.moe.edu.my
Kementerian Pelajaran Malaysia | 42
50. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
BAB 6: PEMBESTARIAN SEKOLAH: PACU KE HADAPAN
Mulai tahun 2011, Sekolah Bestari berganjak ke fasa
implementasi Gelombang ke-4 Pembestarian Sekolah iaitu
consolidate and stabilise (konsolidasi dan kelestarian).
Unsur-unsur Sekolah Bestari telah tersedia di sekolah
semasa Gelombang ke-3, iaitu Pembestarian Semua
Sekolah yang memanfaatkan inisiatif ICT KPM. Semua
sekolah juga telah ditarafkan untuk penentuan tahap
bestari pada tahun 2010 seperti Rajah 6.1. Pelbagai
strategi yang telah dilaksanakan ini menjurus kepada
pencapaian matlamat Sekolah Bestari demi Wawasan
2020.
Tahap Bestari Sekolah Bil Sekolah Peratus (%)
5 Bintang 271 3.0
4 Bintang 3440 38.4
3 Bintang 4436 49.5
Jumlah 8147 91.0
Rajah 6.1: Sekolah Yang Mencapai Tahap Bestari Tahun 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia | 43
51. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Konsolidasi Dan Kelestarian Sekolah Bestari
Mengikut Y.A.B. Tan Sri Dato‟ Haji Muhyiddin bin Haji
Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dalam
pelancaran Dasar Pendidikan ICT, Bidang
Keberhasilan Utama Negara atau National Key
Results Area (NKRA) bagi pendidikan menekankan
keberhasilan murid yang berkualiti dan keperluan
akses pendidikan yang berkualiti kepada semua.
Faktor kejayaan kritikal Pembestarian Sekolah
selaras dengan beberapa program KPM sedia ada
- Y.A.B. Tan Sri Dato‟
Haji Muhyiddin Bin yang menyumbang kepada pencapaian agenda
Haji Mohd Yassin. ini seperti di Jadual 6.1.
Timbalan Perdana
Menteri Malaysia
Pembestarian Sekolah dan Pendidikan Sebagai
Faktor Kejayaan Kritikal
Jadual 6.1: Faktor Kejayaan Kritikal Pembestarian Sekolah
Perkara Matlamat Faktor Kejayaan Kritikal
NKRA Sekolah Pembestarian menyumbang kepada
Berprestasi pemantapan dan pencapaian 100
Tinggi (SBT) SBT yang disasarkan.
15 buah sekolah yang disenaraikan
sebagai SBT adalah Sekolah Bestari
yang mencapai 5 Bintang. Menjelang
tahun 2015 100 SBT mencapai 5
Bintang
Jurang Merapatkan Kesemua 10,000 buah sekolah
Digital Jurang Digital mencapai tahap sekolah bestari
Wawasan Meningkatkan Melahirkan modal Insan yang
2020 penyampaian berpengetahuan untuk memacu
sistem transformasi negara ke arah
pendidikan pembangunan k-ekonomi
negara (knowledge-economy)
melalui e-Gov
Kementerian Pelajaran Malaysia | 44
52. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Strategi Pelaksanaan
Untuk memacu pembestarian sekolah supaya
berdaya maju, KPM memberi tumpuan
kepada aspek berikut:
Peningkatan infrastruktur ICT yang sesuai
untuk kegunaan semua sekolah,
Mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang membolehkan murid belajar di
Perkongsian pengalaman dan
amalan terbaik oleh Pengetua mana-mana dan pada bila-bila masa
dan Guru Besar dengan sekolah
kelompok: Zon Sarawak melalui penggunaan media komunikasi
yang berbagai,
Menggalakkan sekolah mengintegrasi
teknologi dalam pendidikan melalui
program perkongsian pintar bersama
industri, akademia, badan-badan
kerajaan dan bukan kerajaan,
Memastikan teknologi dan pedagogi
yang terkini disampaikan kepada
pengguna, dan
Menyediakan khidmat nasihat
kepakaran dan kemahiran kepada
warga pendidikan setempat melalui
Pusat Bimbingan Profesional Teknologi
Pendidikan
Program Pemantapan
Pemangkin Dalam Kelompok-
Zon Selatan (Melaka, Negeri
Sembilan dan Johor)
Kementerian Pelajaran Malaysia | 45
53. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Strategi Pelaksanaan: Sekolah Pemangkin dalam
Kelompok
Satu strategi KPM untuk membantu sekolah mencapai
sasaran Pembestarian Sekolah ialah program “Sekolah
Pemangkin dalam Kelompok”. Strategi ini dijangka
menjana „Kesan Berganda‟ atau “Multiplier Effect” dan
mempercepatkan proses pencapaian tahap 5 bintang
sekolah melalui bimbingan dan sesi hands-holding oleh
sekolah pemangkin dengan sekolah dalam kelompok.
Rajah 6.2: Contoh Strategi Pemangkin dalam Kelompok
Kementerian Pelajaran Malaysia | 46
54. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Cadangan mekanisme pelaksanaan melibatkan sekolah
lima (5) bintang sebagai pemangkin untuk membimbing
500 sekolah dalam kelompok masing-masing untuk
mencapai tahap bestari iaitu tiga (3) bintang ke atas.
Sekolah yang telah dibimbing yakni sekolah kelompok
akan menjadi rujukan kepada sekolah yang berhampiran.
Contoh strategi ini ditunjukkan dalam Rajah 6.2.
Rajah 6.3: Contoh Mekanisme Sekolah Pemangkin dalam Kelompok, Daerah
Kota Tinggi, Johor
Pengisian Program “Sekolah Pemangkin dalam Kelompok”
Pengisian program sekolah pemangkin dalam kelompok
memberi tumpuan kepada keberhasilan murid dan guru
yang menyeluruh. Aspek dan huraian setiap item seperti
ditunjuk dalam rajah di bawah.
Kementerian Pelajaran Malaysia | 47
55. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
British Council Connecting Classroom
Mindset &
Culture
Change
Perkongsian
Pemantauan
Amalan
On-Site
Terbaik
Sekolah
5-Bintang
Kelab Program
Bestari Bersama
(Briged Komuniti/
Bestari) Perkongsian
Pintar
ICT Buddy
Support
Aktiviti Kelab Bestari…
Rajah 6.4: Pengisian Program Sekolah
Pemangkin Dalam Kelompok
Mindset & Culture Change
Semua pihak berkepentingan melalui
proses anjakan paradigma dan minda
untuk mewujudkan budaya pengurusan
serta P&P yang menggunakan teknologi
sebagai pengupaya.
Kementerian Pelajaran Malaysia | 48
56. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Pelancaran MyIdeas
Perkongsian Amalan Terbaik
Pelaksanaan dan perkongsian amalan-
amalan terbaik pengintegrasian ICT dalam
pengurusan dan P&P.
Program Bersama Komuniti/Perkongsian Pintar
Sekolah melaksanakan program dengan
pelbagai agensi untuk memanfaatkan
teknologi dan kepakaran ICT daripada industri
dalam usaha membudayakan penggunaan
teknologi semasa.
ICT Buddy Support
Program ini merupakan program pembimbing
rakan sebaya oleh Guru Penyelaras Bestari
(GPB) dan Guru Perpustakaan dan Media
Digital Story Telling
(GPM) untuk guru bagi menyokong
penggunaan ICT dalam pengurusan dan P&P.
Kelab Bestari (Briged Bestari)
Kelab Bestari membantu sekolah
meningkatkan kelancaran pelaksanaan
pelbagai program ICT KPM dengan
melibatkan murid yang berkemahiran dan
berpengetahuan ICT dalam urusan ICT
sekolah. Antara aktiviti Kelab Bestari yang
dikendalikan ialah latihan dan bimbingan ICT
kepada rakan sebaya, menyenggara
kemudahan ICT sekolah, mendokumentasi
aktiviti multimedia sekolah, membangunkan
laman web sekolah serta menyebarkan
Kementerian Pelajaran Malaysia | 49
57. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
maklumat berkaitan Pembestarian Sekolah
dan ICT kepada warga sekolah dan komuniti
melalui pameran, minggu ICT, kem ICT atau
buletin.
Pemantauan On-Site
Pemantauan On-Site oleh pelbagai agensi
kerajaan bertujuan untuk memastikan segala
program Pembestarian Sekolah yang
“The Government will
continue to work hard dirancang oleh sekolah dijalankan mengikut
to transform the
Malaysia economy
ketetapan dan mencapai matlamat yang
into an innovation- dihasratkan.
based knowledge-
economy with higher
value add and having Penutup
knowledge,
technology and
innovation as a key Pembestarian Sekolah ialah satu usaha
drivers of growth.” berterusan KPM untuk menyediakan generasi
- His Excellency, muda dengan kemahiran abad ke-21 supaya
Dato’ Sri Najib Tun
Razak, Prime Minister mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa
of Malaysia sempadan dan seterusnya menyediakan k-
workers bagi menjana ekonomi berasaskan
pengetahuan. Kelestarian (sustainability)
Pembestarian Sekolah amat bergantung
kepada sokongan, sumbangan serta
komitmen semua pihak.
Kementerian Pelajaran Malaysia | 50
58. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Lampiran 1
THE MALAYSIAN SMART SCHOOL LOGO
Kementerian Pelajaran Malaysia | ix
59. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
Lampiran 2
LAGU SEKOLAH BESTARI: VERSI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS
Kementerian Pelajaran Malaysia |x
60. JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
RUJUKAN
1. Cyber Security. Cybersafe: Cyber Security Awareness for Everyone.
Diperoleh Oktober 11, 2010 daripada http://www.cybersafe.my.
2. Bahagian Teknologi Pendidikan. (2010). Pelan Strategik Pembestarian
Bahagian Teknologi Pendidikan 2011-2015. Kuala Lumpur: Bahagian
Teknologi Pendidikan, KPM.
3. Bahagian Teknologi Pendidikan. KPM. Portal EduwebTV. Diperoleh
September 23, 2010 daripada http://www.eduwebtv.com.
4. Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. Diperoleh September 23, 2010
daripada http://www.spp.moe.edu.my.
5. Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. Portal Pengurusan Sumber
Pendidikan. Diperoleh September 24, 2010 daripada
http://bibliografi.moe.edu.my.
6. Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. Support Ticketing System. Diperoleh
September 24, 2010 daripada sts@moe.edu.my.
7. Bahagian Teknologi Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Portal
Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh Oktober 14, 2010 daripada
http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/.
8. Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pendidikan. (2010).
Majlis Pelancaran Dasar Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam Pendidikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri
Dato‟ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin. Oktober 12, 2010.
9. Intel Electronics Sdn Bhd. (M). Intel Teach Elements. Diperoleh Oktober 4,
2010 daripada http://www.intel.com/education/elements/.
10. International Society for Technology in Education (ISTE) National
Educational Technology Standards (NETS). Diperoleh September 13,
2010 daripada www.iste.org; http://cnets.iste.org.
11. Jeollanamdo Office of Education, Republic of Korea. (2010). 2010 Global
Partnership of ICT in Education Project, Educational ICT Training.
Jeollanamdo Office of Education, Republic of Korea.
12. Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-
Sekolah. Pernyataan Standard. SKPM 1 Edisi Disember. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia | xi