SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  7
Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia dan Salam Aidilfitri
Burung merpati terbang di awan
Hinggap sebentar di pohon meranti
Kami mengucapkan selamat datang
Ke majlis penutupan Kursus Integriti
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para tetamu
jemputan, peserta-peserta kursus, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis
Penutupan Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi
Perkhidmatan Awam Integriti Anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Sembilan Tahun 2010.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,
majlis akan bermula sebentar lagi.
Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta
mengambil tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan
dan puan-puan serta hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon
bimbit.
UCAPAN PENGUMUMAN
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia ............................
Yang Berbahagia Datin serta hadirin sekalian dijemput duduk.
RADZIAH
BACAAN DOA
Kalau pergi Tanjung Keramat
Singgah sebentar rumah cik Samad
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan
limpah kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah
sempena majlis penutupan pada petang ini.
Dengan ini majlis mempersilakan En. Mohd Aris bin Yusof, Pegawai
Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri
Sembilan untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.....
Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mohd Aris di atas
bacaan doa itu tadi.
RADZIAH
1
SENARAI PROTOKOL
1. Yang Berbahagia Datin
Timbalan
2. Yang Berusaha En Abdullah bin Yussuf
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Sembilan
3. Yang Berusaha En Kamaruzzaman bin Hj Ayob
Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
4. En Mat Azalan bin Budin, En Azizi bin Zakaria
Penolong Pengarah BTPN Negeri Sembilan
5. Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan dan PKG Negeri
Sembilan
6. Para peserta kursus, hadirin dan hadirat sekalian
RADZIAH
2
UCAPAN ALU-ALUAN
Ke Pekan Kuala membeli bingka
Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah nan indah
Kuntum Melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan
limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama sekali lagi dalam Majlis
Penutup Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Perkhidmatan
Awam Integriti Anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Sembilan.
Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Datin, para
hadirin serta para peserta kursus ke majlis ini.
Untuk makluman Datin serta hadirin sekalian, kursus ini telah diadakan
selama 2 hari bermula dari 23 September 2010 dan akan berakhir pada
petang ini 24 September 2010.
Untuk makluman Datin dan para hadirin sekalian juga, para peserta
kursus terdiri daripada Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan dari
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan dan juga Pusat
Kegiatan Guru seluruh Negeri Sembilan. Manakala penceramah yang
telah dijemput untuk memberi ceramah adalah daripada Institut Integriti
Malaysia dan juga daripada SPRM Negeri Sembilan.
Dalam kursus ini para peserta telah didedahkan dengan beberapa
perkara yang berkaitan dengan Intergriti dalam perkhidmatan awam,
antaranya ialah :
i. Prinsip dan Falsafah Integriti serta Pelaksanaan
ii. Peranan akujanji dalam Mewujudkan Perkhidmatan Awam
berintegriti
iii. Integriti Pengurusan Kewangan
iv. Pengenalan Rasuah, Penyelewengan dan Salah Guna Kuasa
Dalam Perkhidmatan Awam
v. Langkah-langkah Pencegahan Rasuah, Penyelewengan dan
Salah Guna Kuasa dalam Perkhidmatan Awam.
Pameran berkaitan dengan Anti Rasuah juga telah diadakan oleh pihak
SPRM di ruang legar BTPN.
RADZIAH
3
Hadirin dan hadirat sekalian,
Saya tertarik dengan sebuah iklan yang diterbitkan oleh DRB-HICOM
beberapa tahun dulu sempana meraikan 50 tahun kemerdekaan. Si anak di
dalam iklan tersebut bertanya kepada bapanya, seorang pemandu : “
Bagaimana untuk menjadi drebar yang baik? Si bapa menjawab :
“sekerat...kerja kuat”. Si anak bertanya lagi...” yang sekerat lagi apa dia? Si
bapa menjawab :” Yang sekerat lagi amanah”...
Hadirin sekalian, amanah berkait rapat dengan dua perkara penting iaitu
intergriti dan akauntibiliti. Apalah gunanya kita sebagai penjawat awam jika
hanya melaung-laungkan cinta dan kasih terhadap negara dan organisasi
tetapi dalam masa yang sama kita tidak mempunyai nilai-nilai amanah, boleh
dipercayai, jujur, taat dan mempunyai sifat peribadi yang luhur...ingatlah “ we
hold the people trust, therefore we must be trusted”.
UCAPAN ALU-ALUAN OLEH – KPP / TIMBALAN KPP BAH TEK PEND
NEGERI SEMBILAN
Hadirin yang dihormati,
Bagi meneruskan majlis pada petangi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan
oleh En Abdullah bin Yussuf, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri Sembilan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah di
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi....
RADZIAH
UCAPAN PENUTUP – Yang Berbahagia Timbalan BTP KPM
Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang
Berbahagia
Datin ....................................................................................................................
..........(Bahagian Teknologi Pelajaran Malaysia) untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya menutup secara rasmi Kursus Pembangunan Individu
dan Organisasi Perkhidmatan Awam Integriti Anjuran Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri Sembilan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan Yang
Berbahagia Datin sebentar tadi.
RADZIAH
4
Mohon Yang Berbahagia Datin untuk terus berada di atas pentas bagi majlis
penyampaian sijil kepada para peserta kursus.
PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA
Untuk menyempurnakan acara, dijemput En Abdullah bin Yussuf naik ke
pentas bagi mengiringi Yang Berbahagia Datin untuk menyampaikan sijil
kepada para peserta.
Penyampaian sijil dimulakan dengan :
RADZIAH
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datin atas
kesudian itu tadi.
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia En Abdullah bin Yussuf,
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Negeri
Sembilan menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datin.......
Majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan KPP.
5
LAWATAN KE PAMERAN
Hadirin dan hadirat sekalian,
Sempurnalah sudah Majlis Penutup Kursus Pembangunan Individu dan
Organisasi Perkhidmatan Awam Integriti Anjuran Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri Sembilan bagi tahun 2010 pada petang ini. Semoga
kursus yang dijalankan dapat memberi fokus kepada pemantapan dan
membudayakan Etika dan Integriti dalam kalangan penjawata
awamkhususnya serta anggota masyarakat secara amnya. Majlis seterusnya
menjemput Yang Berbahagia Datin diiringi Tuan KPP, para jemputan serta
hadirin sekalian ke Majlis Jamuan yang disediakan di Cafe BTPNNS. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Dengan berakhirnya majlis itu tadi, maka majlis pada petang ini menutup
tirainya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan
dan menghadiri kursus ini dan majlis ini diakhiri dengan dua pantun.
Diatas dahan burung tempua
Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi
Bunga seroja di atas cemara
Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta
RADZIAH
RADZIAH
6

Contenu connexe

Tendances

TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxssuser83ab23
 
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)Nad0209
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisHazrin Imam Kardi
 
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docxNawalNordin
 
Teks Pengacaraan Majlis Perpisahan perpindahan.doc
Teks Pengacaraan Majlis Perpisahan perpindahan.docTeks Pengacaraan Majlis Perpisahan perpindahan.doc
Teks Pengacaraan Majlis Perpisahan perpindahan.docjuwairiah3
 
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASITEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASINazira M
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgrozitabtzain
 
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013Nur Auni Syafiah
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Nurulhuda Sharif
 
Skrip pengacara-majlis
Skrip pengacara-majlis Skrip pengacara-majlis
Skrip pengacara-majlis Aeda Ec
 
Teks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquranTeks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquranNor Azlina
 
Koleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlisKoleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlisFairus Mohd Long
 
SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011
SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011
SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011Yusrina Mustama
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanUstZulZul
 
ucapan-perpisahan
 ucapan-perpisahan ucapan-perpisahan
ucapan-perpisahanMiz Jieha
 
Teks mc jamuan akhir tahun & perpisahan
Teks mc jamuan akhir tahun & perpisahanTeks mc jamuan akhir tahun & perpisahan
Teks mc jamuan akhir tahun & perpisahanEryna Seth
 
Teks pengacaraan
Teks pengacaraanTeks pengacaraan
Teks pengacaraanikin5474
 
Tendances (20)

TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
 
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
Teks ucapan mc malam sua mesra (MAKAN MALAM)
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlis
 
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
 
Teks Pengacaraan Majlis Perpisahan perpindahan.doc
Teks Pengacaraan Majlis Perpisahan perpindahan.docTeks Pengacaraan Majlis Perpisahan perpindahan.doc
Teks Pengacaraan Majlis Perpisahan perpindahan.doc
 
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASITEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI
 
Ucapan perpisahan
Ucapan perpisahanUcapan perpisahan
Ucapan perpisahan
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
 
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
 
Skrip pengacara-majlis
Skrip pengacara-majlis Skrip pengacara-majlis
Skrip pengacara-majlis
 
Teks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquranTeks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquran
 
Koleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlisKoleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlis
 
SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011
SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011
SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
 
ucapan-perpisahan
 ucapan-perpisahan ucapan-perpisahan
ucapan-perpisahan
 
Teks mc jamuan akhir tahun & perpisahan
Teks mc jamuan akhir tahun & perpisahanTeks mc jamuan akhir tahun & perpisahan
Teks mc jamuan akhir tahun & perpisahan
 
Salutasi
SalutasiSalutasi
Salutasi
 
Teks pengacara majlis
Teks pengacara majlisTeks pengacara majlis
Teks pengacara majlis
 
Teks pengacaraan
Teks pengacaraanTeks pengacaraan
Teks pengacaraan
 
Similaire à Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmatan awam integriti

Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...
Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...
Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...Erni Shah
 
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahTeks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahSuryadi Lagga
 
Teks MC : Sambutan Mauliduurasul
Teks MC : Sambutan MauliduurasulTeks MC : Sambutan Mauliduurasul
Teks MC : Sambutan MauliduurasulNurfatimahz Puteri
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014muhammad
 
Teks emcee maulid rasul SMKDD
Teks emcee maulid rasul SMKDDTeks emcee maulid rasul SMKDD
Teks emcee maulid rasul SMKDDReformist
 
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014melcassie
 
30 ogos skrip pengacara perhimpunan
30 ogos skrip pengacara perhimpunan30 ogos skrip pengacara perhimpunan
30 ogos skrip pengacara perhimpunanNormah Ramli
 
Similaire à Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmatan awam integriti (20)

Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...
Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...
Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...
 
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahTeks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
 
Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa
Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasaSkrip majlis perasmian ketrampilan bahasa
Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa
 
EMCEE
EMCEEEMCEE
EMCEE
 
Teks MC : Sambutan Mauliduurasul
Teks MC : Sambutan MauliduurasulTeks MC : Sambutan Mauliduurasul
Teks MC : Sambutan Mauliduurasul
 
Teks Pengacara Majlis Mesyuarat Agung MGC Selangor
Teks Pengacara Majlis Mesyuarat Agung MGC SelangorTeks Pengacara Majlis Mesyuarat Agung MGC Selangor
Teks Pengacara Majlis Mesyuarat Agung MGC Selangor
 
Teks pengacara mesyuarat agung mgns
Teks pengacara mesyuarat agung mgnsTeks pengacara mesyuarat agung mgns
Teks pengacara mesyuarat agung mgns
 
mc open house 2023.pdf
mc open house 2023.pdfmc open house 2023.pdf
mc open house 2023.pdf
 
Laporan projek(mimi)
Laporan projek(mimi)Laporan projek(mimi)
Laporan projek(mimi)
 
Laporan projek(mimi)
Laporan projek(mimi)Laporan projek(mimi)
Laporan projek(mimi)
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Teks ucapan Pengerusi PPSKTM
Teks ucapan Pengerusi PPSKTMTeks ucapan Pengerusi PPSKTM
Teks ucapan Pengerusi PPSKTM
 
Ucapan.Konvo8 Terkini.
Ucapan.Konvo8 Terkini.Ucapan.Konvo8 Terkini.
Ucapan.Konvo8 Terkini.
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014
 
Teks emcee maulid rasul SMKDD
Teks emcee maulid rasul SMKDDTeks emcee maulid rasul SMKDD
Teks emcee maulid rasul SMKDD
 
Cue Card
Cue CardCue Card
Cue Card
 
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
 
30 ogos skrip pengacara perhimpunan
30 ogos skrip pengacara perhimpunan30 ogos skrip pengacara perhimpunan
30 ogos skrip pengacara perhimpunan
 
Kertas kerja pt35
Kertas kerja pt35Kertas kerja pt35
Kertas kerja pt35
 
Teks Pengacara Mesyuarat Agung PIBG
Teks Pengacara Mesyuarat Agung PIBGTeks Pengacara Mesyuarat Agung PIBG
Teks Pengacara Mesyuarat Agung PIBG
 
Dernier

PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptimamshadiqin2
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Dernier (20)

PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmatan awam integriti

  • 1. Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia dan Salam Aidilfitri Burung merpati terbang di awan Hinggap sebentar di pohon meranti Kami mengucapkan selamat datang Ke majlis penutupan Kursus Integriti Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan, peserta-peserta kursus, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutupan Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Perkhidmatan Awam Integriti Anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan Tahun 2010. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit. UCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia ............................ Yang Berbahagia Datin serta hadirin sekalian dijemput duduk. RADZIAH BACAAN DOA Kalau pergi Tanjung Keramat Singgah sebentar rumah cik Samad Bersama kita memohon rahmat Moga majlis mendapat berkat Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena majlis penutupan pada petang ini. Dengan ini majlis mempersilakan En. Mohd Aris bin Yusof, Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan..... Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mohd Aris di atas bacaan doa itu tadi. RADZIAH 1
  • 2. SENARAI PROTOKOL 1. Yang Berbahagia Datin Timbalan 2. Yang Berusaha En Abdullah bin Yussuf Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan 3. Yang Berusaha En Kamaruzzaman bin Hj Ayob Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan 4. En Mat Azalan bin Budin, En Azizi bin Zakaria Penolong Pengarah BTPN Negeri Sembilan 5. Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan dan PKG Negeri Sembilan 6. Para peserta kursus, hadirin dan hadirat sekalian RADZIAH 2
  • 3. UCAPAN ALU-ALUAN Ke Pekan Kuala membeli bingka Sayang pesanan terlupa sudah Majlis bermula tirai dibuka Dengan alunan madah nan indah Kuntum Melati tumbuh melata Burung merbah di pohon cemara Assalamualaikum pembuka bicara Selamat datang untuk semua Hadirin dan hadirat yang dihormati, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama sekali lagi dalam Majlis Penutup Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Perkhidmatan Awam Integriti Anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Datin, para hadirin serta para peserta kursus ke majlis ini. Untuk makluman Datin serta hadirin sekalian, kursus ini telah diadakan selama 2 hari bermula dari 23 September 2010 dan akan berakhir pada petang ini 24 September 2010. Untuk makluman Datin dan para hadirin sekalian juga, para peserta kursus terdiri daripada Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan dan juga Pusat Kegiatan Guru seluruh Negeri Sembilan. Manakala penceramah yang telah dijemput untuk memberi ceramah adalah daripada Institut Integriti Malaysia dan juga daripada SPRM Negeri Sembilan. Dalam kursus ini para peserta telah didedahkan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan Intergriti dalam perkhidmatan awam, antaranya ialah : i. Prinsip dan Falsafah Integriti serta Pelaksanaan ii. Peranan akujanji dalam Mewujudkan Perkhidmatan Awam berintegriti iii. Integriti Pengurusan Kewangan iv. Pengenalan Rasuah, Penyelewengan dan Salah Guna Kuasa Dalam Perkhidmatan Awam v. Langkah-langkah Pencegahan Rasuah, Penyelewengan dan Salah Guna Kuasa dalam Perkhidmatan Awam. Pameran berkaitan dengan Anti Rasuah juga telah diadakan oleh pihak SPRM di ruang legar BTPN. RADZIAH 3
  • 4. Hadirin dan hadirat sekalian, Saya tertarik dengan sebuah iklan yang diterbitkan oleh DRB-HICOM beberapa tahun dulu sempana meraikan 50 tahun kemerdekaan. Si anak di dalam iklan tersebut bertanya kepada bapanya, seorang pemandu : “ Bagaimana untuk menjadi drebar yang baik? Si bapa menjawab : “sekerat...kerja kuat”. Si anak bertanya lagi...” yang sekerat lagi apa dia? Si bapa menjawab :” Yang sekerat lagi amanah”... Hadirin sekalian, amanah berkait rapat dengan dua perkara penting iaitu intergriti dan akauntibiliti. Apalah gunanya kita sebagai penjawat awam jika hanya melaung-laungkan cinta dan kasih terhadap negara dan organisasi tetapi dalam masa yang sama kita tidak mempunyai nilai-nilai amanah, boleh dipercayai, jujur, taat dan mempunyai sifat peribadi yang luhur...ingatlah “ we hold the people trust, therefore we must be trusted”. UCAPAN ALU-ALUAN OLEH – KPP / TIMBALAN KPP BAH TEK PEND NEGERI SEMBILAN Hadirin yang dihormati, Bagi meneruskan majlis pada petangi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En Abdullah bin Yussuf, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.... RADZIAH UCAPAN PENUTUP – Yang Berbahagia Timbalan BTP KPM Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berbahagia Datin .................................................................................................................... ..........(Bahagian Teknologi Pelajaran Malaysia) untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup secara rasmi Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Perkhidmatan Awam Integriti Anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan Yang Berbahagia Datin sebentar tadi. RADZIAH 4
  • 5. Mohon Yang Berbahagia Datin untuk terus berada di atas pentas bagi majlis penyampaian sijil kepada para peserta kursus. PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA Untuk menyempurnakan acara, dijemput En Abdullah bin Yussuf naik ke pentas bagi mengiringi Yang Berbahagia Datin untuk menyampaikan sijil kepada para peserta. Penyampaian sijil dimulakan dengan : RADZIAH Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datin atas kesudian itu tadi. Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia En Abdullah bin Yussuf, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Negeri Sembilan menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datin....... Majlis mempersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan KPP. 5
  • 6. LAWATAN KE PAMERAN Hadirin dan hadirat sekalian, Sempurnalah sudah Majlis Penutup Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Perkhidmatan Awam Integriti Anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan bagi tahun 2010 pada petang ini. Semoga kursus yang dijalankan dapat memberi fokus kepada pemantapan dan membudayakan Etika dan Integriti dalam kalangan penjawata awamkhususnya serta anggota masyarakat secara amnya. Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia Datin diiringi Tuan KPP, para jemputan serta hadirin sekalian ke Majlis Jamuan yang disediakan di Cafe BTPNNS. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Dengan berakhirnya majlis itu tadi, maka majlis pada petang ini menutup tirainya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri kursus ini dan majlis ini diakhiri dengan dua pantun. Diatas dahan burung tempua Melihat rusa tepi perigi Salam perpisahan untuk semua Di lain masa bersua lagi Bunga seroja di atas cemara Jatuh sekuntum di atas para Andai kata tersilap bicara Kemaafan jua yang kami pinta RADZIAH RADZIAH 6
  • 7. LAWATAN KE PAMERAN Hadirin dan hadirat sekalian, Sempurnalah sudah Majlis Penutup Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Perkhidmatan Awam Integriti Anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan bagi tahun 2010 pada petang ini. Semoga kursus yang dijalankan dapat memberi fokus kepada pemantapan dan membudayakan Etika dan Integriti dalam kalangan penjawata awamkhususnya serta anggota masyarakat secara amnya. Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia Datin diiringi Tuan KPP, para jemputan serta hadirin sekalian ke Majlis Jamuan yang disediakan di Cafe BTPNNS. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Dengan berakhirnya majlis itu tadi, maka majlis pada petang ini menutup tirainya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri kursus ini dan majlis ini diakhiri dengan dua pantun. Diatas dahan burung tempua Melihat rusa tepi perigi Salam perpisahan untuk semua Di lain masa bersua lagi Bunga seroja di atas cemara Jatuh sekuntum di atas para Andai kata tersilap bicara Kemaafan jua yang kami pinta RADZIAH RADZIAH 6