SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ASYAKIRIN
                  PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 2 2012
                              BAHASA MELAYU (910/2)
                              TINGKATAN ENAM ATAS
                                      MASA:3 JAM
___________________________________________________________________________
Arahan kepada calon:
Jawab satu soalan daripada Bahagian A, soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada
Bahagian C, dan soalan dalam Bahagian D. Gunakan lembaran kertas yang berasingan
untuk tiap-tiap jawapan. Markah bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda [ ].

                                      Bahagian A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan
berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah.                               [50]


1     Nilai-nilai murni seperti nilai kasih sayang, nilai bertanggungjawab, nilai
      kebijaksanaan, dan lain-lain amat penting dalam diri seseorang. Pada pandangan anda,
      mengapakah nilai-nilai murni penting dalam siri seseorang? Kemukakan juga usaha
      yang wajar dilakukan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam diri seseorang.(cerdik)

2     Perniagaan pinjaman wang secara haram sudah lama bertapak di Malaysia. Kini,
      fenomena tersebut berkembang pesat sehingga jumlah pinjamannya menjangkau
      ratusan jutaan ringgit. Huraikan punca berlakunya fenomena ini dan bentuk
      pengawalan yang boleh dilaksanakan dalam usaha membanterasnya.

3     Terdapat segelintir masyarakat yang menyatakan bahawa masyarakat kini tidak perlu
      membaca. Kononnya, untuk mendapat pengetahuan memadai dengan mendengar
      radio dan menonton televisyen sahaja. Sejauh manakah anda bersetuju dengan
      pandangan itu? (stpm penggal 1)

4     Sungguhpun kerajaan menggalakkan pembangunan namun masih terdapat segelintir
      pemaju yang tidak mematuhi Akta Alam Sekitar dan banyak kemusnahan hutan serta
      sumber-sumber alam semula jadi yang lain. Sebagai pengerusi jawatankuasa
      kampong, anda dikehendaki menghantar satu memorandum kepada Menteri Alam
      Sekitar dan Teknologi Hijau dan Kerajaan Tempatan bagi menyatakan kekesalan
      terhadap masalah yang berlaku. Sediakan memorandum tersebut.


                                         Bahagian B

5      Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat
dan ringkas tanpa    menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak
lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 190 hingga 200 patah perkataan.
Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan.           [20]

       Pada 1 Januari 2010, genaplah setahun penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM). Sebagai sebuah suruhanjaya, penubuhannya bukan sahaja membawa misi
untuk menghapuskan rasuah, malah agensi ini turut dipertanggungjawabkan untuk
membentuk rakyat yang berintegriti. Senario ini mewujudkan masyarakat Malaysia yang
bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai moral yang tinggi. SPRM merupakan satu-
satunya agensi pembanterasan rasuah di negara ini yang mempunyai tanggungjawab besar
untuk memerangi rasuah secara habis-habisan hingga ke akar umbi.
     Sebenarnya, rasuah telah pun wujud dan berleluasa hingga ada negara yang menjadi
kucar-kacir dan hancur, seperti yang berlaku di Mesir, Mesopotamia, Empayar Rom, dan
Dinasti Ching. Oleh itu, ungkapan “Rasuah Perosak Tamadun Bangsa dan Negara”
sememangnya diakui amat benar sekali. Kajian yang telah dijalankan oleh Transperancy
International Malaysia membuktikan bahawa golongan yang berpendapatan tinggi di
Malaysia lebih cenderung untuk memberikan rasuah kepada pihak berkuasa. Golongan yang
berpendapatan bulanan sebanyak RM5000 dan ke atas merupakan golongan yang paling
ramai terlibat dalam pemberian rasuah, iaitu kira-kira 52%.
        Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi berikrar untuk
membanteras perbuatan rasuah secara habis-habisan memandangkan gejala rasuah ini
menjadi semakin kronik di negara kita. Sekiranya masalah ini dibiarkan merebak, pelbagai
implikasi negatif akan berlaku sehingga menyebabkan negara Malaysia runtuh pada suatu
hari nanti. Kita sedia maklum bahawa kemajuan negara dalam pelbagai aspek bergantung
pada usaha semua pihak, terutamanya pihak pentadbir negara dan golongan cerdik pandai.
Hal ini bermakna, sekiranya gejala rasuah berlaku dalam kalangan mereka, kepercayaan atau
keyakinan daripada orang awam akan terhakis. Seandainya keadaan ini berlanjutan, politik
negara tidak akan stabil kerana rakyat akan mula memberontak dan mencetuskan reformasi.
Akhirnya, keadaan huru-hara akan berlaku dan kerajaan digulingkan.
        Rasuah akan menjadi lebih serius apabila terdapat pihak-pihak tertentu mengetepikan
etika dan mutu kerja mereka. Keadaan ini disebabkan kakitangan awam dan kontraktor
binaan, adakalanya sanggup mengubah suai projek yang dirancang dengan menggunakan
bahan-bahan yang kurang bermutu, seperti bancuhan simen tanpa mengikut sukatan sebenar
untuk mengaut keuntungan. Akibatnya, bangunan yang dibina tidak mengikut piawaian
keselamatan sehingga keselamatan rakyat menjadi taruhan. Contohnya, sesebuah projek yang
dirancang yang berharga kira-kira RM100 juta, berkemungkinan besar RM20 juta
daripadanya hangus begitu sahaja untuk kepentingan peribadi. Keadaan ini akan menjejaskan
sektor pembinaan kerana para pelabur asing tidak berminat untuk melabur di negara kita.
        SPRM mempunyai struktur pentadbiran dan bidang pelaksanaannya yang lebih
menyeluruh. Hal ini penting bagi merealisasikan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara maju yang sifar rasuah. Kesannya, SPRM lebih diyakini kerana telah
memperoleh kejayaan dalam mengawal gejala rasuah di negara kita berdasarkan pendekatan
yang dilaksanakan oleh pentadbir di Hong Kong. Dengan adanya generasi baharu yang
berintegriti, komitmen rakyat, dan usaha kerajaan dalam membanteras gejala rasuah, sudah
tentu Malaysia menjadi sebuah negara bebas rasuah. Ingatlah bahawa penglibatan kita dalam
gejala rasuah menyebabkan maruah atau harga diri tergadai.
                     (Dipetik dan diubahsuaikan daripada `Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
                     Malaysia SPRM’, Buletin, November / Disember 2009, halaman 21-22)
                                        Bahagian C

Jawab satu soalan sahaja.
6 Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan memindahkan
bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah.                                       [15]


       “Tuk Ngah Sudin, Sipah kena sengat tebuan tanah.”

       “Hah… teruk ke dia?”

      Ngah Sudin cepat-cepat menyarung selipar dan bergegas menuruti Jibam             yang
memecut seperti anak kijang.

       “Macam mana Sup?” Ngah Sudin cemas sebaik sahaja sampai ke serambi rumah
Usup. Sipah dilihatnya terbaring di atas tilam kekabu.

       “Entahlah Ngah, aku pun tak tau nak buat apa.”

       “Hantar hospitallah,” saran Ngah Sudin sambil duduk bersila di sebelah Usup.

       “Bukan ada kenderaan nak keluar ke pekan tu. Klinik paling dekat pun dekat dua
puluh batu dari sini,” kata Usup.

      “ Iya... Si Fakir pun baru je balik ke Serdang, kalau tak, boleh juga guna motor dia.”
Ngah Sudin menggaru-garu kepala yang tak gatal.

       “Kau tau siapa lagi yang ada kenderaan dalam kampung ni, Ngah?”

       “Siapa ada Sup...? Orang kampung ni semua pakai basikal.”

        Usup memicit-micit kepalanya. Dia sungguh kesal membiarkan Sipah bermain-main
di tepi kebun tadi.

                                    (Dipetik dan diubahsuaikan daripada „Jibam', oleh
                                    Ujang, 1995, Creative Enterprise, halaman 63-64)
7      Alih bahasa petikan di bawah ini kepada prosa bahasa Melayu Moden.              [15]
       Fasal yang kesebelas, adalah perkara hukum mencuri.
       Masuk ia ke dalam kampung orang itu, maka tahu empunya kampung itu, maka
       ditikamnya mati atau diturutnya hingga dua kampung, maka bertemu, dibunuhnya
       mati, tiadalah salah lagi yang membunuh itu.
       Adapun jikalau kemudian dari hari ke hari itu maka bertemu dengan orang yang
       mencuri itu, tiadalah boleh dibunuhnya atau ditikamnya, melainkan hukum juga ke
       atasnya.
       Sebagai lagi, jikalau yang mencuri itu banyak, maka seorang juga yang naik ke rumah
       itu, maka seorang itu juga dipotong tangannya dan yang banyak itu kena takzir,
       ertinya dinaikkan ke atas kerbau dicoreng mukanya dengan arang dan kunyit, maka
       dicanangkan berkeliling negeri itu. Jikalau dapat hak orang itu, maka digantungkan
       pada lehernya. Jikalau habis hak orang yang dicurinya itu, memberilah ia akan
       gantinya.
Adapun jikalau ia menderhaka, yang mencuri itu masuk ulur ( menjadi hamba )
       kepada yang empunya harta.


                                 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Emeis, M.G., 1973.
                                 “Undang-undang Melaka” dalam Bunga Rampai Melayu Kuno.
                                 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 202-203)


                    BAHAGIAN D : ANALISIS KESALAHAN BAHASA

8              Peningkatan masalah berat badan berlebihan sejak akhir-akhir ini amat
membimbangkan sehingga menjadi bualan. Berdasarkan kajian, peratusan rakyat Malaysia
yang mengalami obesiti semakin meningkat saban tahun. Obesiti ialah pengumpulan lemak
berlebihan dalam badan seseorang individu. Pada masa ini, obesiti dianggap sebagai satu
penyakit . Obesiti boleh menyebabkan organ badan terganggu, dan seterusnya menimbulkan
masalah kesihatan yang serius. Obesiti bukan sahaja menghadkan kegiatan fizikal dan sosial,
serta memendekkan jangka hayat penghidapnya. Berbagai produk makanan kesihatan
dihasilkan bagi membantu golongan ini mengurangkan berat badan mereka. Perkara yang
paling penting sekali bagi golongan obesiti ini ialah sikap ingin berubah dan cekal mengawal
nafsu makan.




                                         SKEMA JAWAPAN
SOALAN 1


SOALAN 2
Pendahuluan
                 Yang dikatakan sebagai ceti haram ialah pihak yang menawarkan pinjaman kewangan secara
                 haram dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi.
                 Keuntungan berlipat ganda yang diperoleh mereka membolehkan perniagaan mereka terus
                 beroperasi walaupun ekonomi dunia mengalami kemelesetan.
                 Terdapat pelbagai faktor perkhidmatan ceti haram ini mendapat sambutan di negara ini.
                 Oleh itu, perkhidmatan yang berunsur lintah darat ini perlu dibanteras.
       Isi isi

                     Punca –punca perkhidmatan ini mendapat sambutan.

                         Ceti haram mudah meluluskan pinjaman -- mereka dapat meluluskan pinjaman
                         dalam tempoh beberapa jam sahaja berbanding dengan bank.
                         Ceti haram menyediakan pinjaman kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar
                         belakang.
                         Ceti haram tidak menetapkan jumlah wang yang boleh dipinjam – daripada RM 1,
                         000 hingga ratusan ribu.
Sebaliknya, pihak perbankan di negara ini sukar untuk meluluskan pinjaman –
                        produsernya ketat serta banyak kerenah birokrasi sekali gus melambatkan proses
                        kelulusan. Pihak bank juga memilih latar belakang peminjam.
                        Keperluan mendesak/kesempitan wang yang dialami oleh peminjam unutk menyara
                        kehidupan kerana tidak berpendapatan tetap – dibuang kerja, menganggur, dsb.
                        Keperluan peminjam untuk memulakan/membesarkan perniagaan, membiayai
                        pelajaran anak-anak, dsb.
                        Sikap sebilangan masyarakat yang suka berjudi dan berbelanja beroleh keuntungan
                        daripada perjudian atau untuk melunaskan hutang kad kredit, hutang peribadi, dsb.

                Langkah-langkah kawalan

                        Undang-undang yang lebih keras perlu diperkenalkan kepada ceti haram supaya
                        tiada yang teraniaya.
                        Kempen kesedaran perlu diperkenalkan di semua peringkat, sama ada oleh pihak
                        berkuasa mahupun oleh pihak media.
                        Pihak bank perlu melonggarkan produser – syarat pinjaman wajar dinilai semula.
                        Pusat-pusat aduan/pengaduan awam perlu ditubuhkan di setiap DUN bagi
                        memudahkan masyarakat melaporkan kegiatan ceti haram.
                        Pihak berkuasa, khususnya, perlu komited untuk membanteras kegiatan ceti haram.

        Kesimpulan

                       Masyarakat perlu mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti meminjam
                       daripada ceti haram supaya dapat hidup dengan tenteram.
                       Perkhidmatan ceti haram perlu dibanteras kerana mereka menganiaya rakyat melalui
                       kadar faedah yang tinggi.
                       Kegiatan itu juga perlu dibanteras kerana mereka mengupah samseng yang sanggup
                       untuk melakukan apa-apa sahaja bagi mendapatkan pinjaman balik.
                        (Pilih mana-mana dua/tiga punca dan dua/tiga langkah-langkah kawalan.)
SOALAN 4
(1)    Kehendak Soalan
       Soalan ini merupakan soalan berbentuk format memorandum dan calon perlu menggunakan
       format yang sesuai untuk karangan ini. Calon perlu menyatakan kekesalan terhadap projek
       pembangunan yang tidak mengikut Akta Alam Sekitar.

(2)     Rangka Jawapan
        2.1     Pendahuluan:
                         Kebelakangan ini pembangunan projek perumahan di kawasan berbukit
                         Semakin giat dilakukan walaupun telah ada akta yang mengawalnya namun
                masih giat dilakukan oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab.
                         Memorandum dihantar untuk menyatakan bantahan terhadap projek
                         tersebut.


        2.2     Isi-isi Sokongan:
                           (a)     Projek pembangunan telah menyebabkan banjir kilat berlaku dan
                           ramai yang dipindahkan.
                           (b)     Banyak tanaman penduduk musnah dan mereka kerugian besar
                                   kerana masalah itu.
                           (c)     Hidupan liar banyak yang terancam dan sesetengahnya merayau-
                                   Rayau di kampung kerana habitat haiwan tersebut telah musnah.
                           (d)     Pencemaran sungai menyebabkan bekalan air kotor dan tercemar
                                   dengan pelbagai bahan kimia.
                           (e)     Tanah runtuh sering berlaku dan seringkali memutuskan jalan
                                   Hubungan darat antara kampung dengan bandar.
2.3     Kesimpulan
                                Langkah tegas mesti diambil untuk mengelakkan lebih banyak nyawa
                                terkorban.
                                Peristiwa di Bukit Antarabangsa perlu menjadi iktibar kepada semua.

7      Perkara yang kesebelas menyentuh tentang hukuman terhadap perbuatan mencuri.

         Seseorang penduduk kampung yang bertindak membunuh pencuri yang memasuki
kampungnya ataupun membunuh pencuri setelah memburunya sehingga melewati dua buah
kampung adalah tidak bersalah.
         Akan tetapi, jika pencuri itu ditemui selepas hari dia melakukan perbuatan itu, pencuri itu
tidak boleh dibunuh ataupun ditikam sebaliknya hendaklah dibawa ke muka pengadilan.
         Seterusnya, jika pencurian ittu dilakukan secara berkumpulan tetapi yang melakukan
pencurian itu hanya seseorang, maka yang melakukan pencurian itu akan dikenakan hukuman
potong tangan. Ahli kumpulan yang lain akan dinaikkan di atas kerbau. Muka mereka diconteng
dengan kapur, arang dan kunyit lalu diarak ke seluruh negeri. Seandainya harta curian itu habis
dibelanjakan, mereka perlu menggantinya.
         Jika pencuri itu ingkar akan hukuman yang dikenakan, dia akan dijadikan hamba oleh pemilik
harta itu.

Contenu connexe

Similaire à 2 perniagaan pinjaman wang secara haram sudah lama bertapak di malaysia

Penculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanakPenculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanakYfook Ng
 
Jenayah dan isu pemerdagangan orang di kalangan warga asing by mohd bakri m...
Jenayah dan isu pemerdagangan orang di kalangan warga asing   by mohd bakri m...Jenayah dan isu pemerdagangan orang di kalangan warga asing   by mohd bakri m...
Jenayah dan isu pemerdagangan orang di kalangan warga asing by mohd bakri m...Alip Pg
 
PENGAJIAN AM PENGGAL 2 900 - RAMALAN.docx
PENGAJIAN AM PENGGAL 2 900 - RAMALAN.docxPENGAJIAN AM PENGGAL 2 900 - RAMALAN.docx
PENGAJIAN AM PENGGAL 2 900 - RAMALAN.docxEppAndyy70
 
buku "doktor umum", Dr. Mahathir
buku "doktor umum", Dr. Mahathirbuku "doktor umum", Dr. Mahathir
buku "doktor umum", Dr. MahathirSyco De-syed
 
penipuan dan penyelewengan di pasaran
penipuan dan penyelewengan di pasaranpenipuan dan penyelewengan di pasaran
penipuan dan penyelewengan di pasaranmandalina landy
 
Jenayah / jenayah rasuah boleh merntuhkan sesebuah negara
Jenayah / jenayah rasuah boleh merntuhkan sesebuah negaraJenayah / jenayah rasuah boleh merntuhkan sesebuah negara
Jenayah / jenayah rasuah boleh merntuhkan sesebuah negaraHilmi Ahmad
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING NurZahidah22
 
Jaw pep percub tg 5 (2013)
Jaw pep percub tg 5 (2013)Jaw pep percub tg 5 (2013)
Jaw pep percub tg 5 (2013)Sobbah Ahmad
 
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib RazakUcapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib RazakHootoh Tudia
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuRasit Masrii
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumHeather Strinden
 
Tan sri syed mokhtar shah bin syed nor al
Tan sri syed mokhtar shah bin syed nor alTan sri syed mokhtar shah bin syed nor al
Tan sri syed mokhtar shah bin syed nor almimi
 
Malaysia Pakatan Harapan Buku Harapan
Malaysia Pakatan Harapan Buku HarapanMalaysia Pakatan Harapan Buku Harapan
Malaysia Pakatan Harapan Buku HarapanRalph Yew
 

Similaire à 2 perniagaan pinjaman wang secara haram sudah lama bertapak di malaysia (20)

Penculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanakPenculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanak
 
Soalan
SoalanSoalan
Soalan
 
Jenayah dan isu pemerdagangan orang di kalangan warga asing by mohd bakri m...
Jenayah dan isu pemerdagangan orang di kalangan warga asing   by mohd bakri m...Jenayah dan isu pemerdagangan orang di kalangan warga asing   by mohd bakri m...
Jenayah dan isu pemerdagangan orang di kalangan warga asing by mohd bakri m...
 
Karangancegahjenayah
KarangancegahjenayahKarangancegahjenayah
Karangancegahjenayah
 
PENGAJIAN AM PENGGAL 2 900 - RAMALAN.docx
PENGAJIAN AM PENGGAL 2 900 - RAMALAN.docxPENGAJIAN AM PENGGAL 2 900 - RAMALAN.docx
PENGAJIAN AM PENGGAL 2 900 - RAMALAN.docx
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
buku "doktor umum", Dr. Mahathir
buku "doktor umum", Dr. Mahathirbuku "doktor umum", Dr. Mahathir
buku "doktor umum", Dr. Mahathir
 
penipuan dan penyelewengan di pasaran
penipuan dan penyelewengan di pasaranpenipuan dan penyelewengan di pasaran
penipuan dan penyelewengan di pasaran
 
Jenayah / jenayah rasuah boleh merntuhkan sesebuah negara
Jenayah / jenayah rasuah boleh merntuhkan sesebuah negaraJenayah / jenayah rasuah boleh merntuhkan sesebuah negara
Jenayah / jenayah rasuah boleh merntuhkan sesebuah negara
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
 
Jaw pep percub tg 5 (2013)
Jaw pep percub tg 5 (2013)Jaw pep percub tg 5 (2013)
Jaw pep percub tg 5 (2013)
 
Pembangunan Mapan Dalam Islam
Pembangunan Mapan Dalam IslamPembangunan Mapan Dalam Islam
Pembangunan Mapan Dalam Islam
 
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib RazakUcapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
 
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan MelayuMasyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
Masyarakat Melayu dan Kebudayaan Melayu
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
 
Tan sri syed mokhtar shah bin syed nor al
Tan sri syed mokhtar shah bin syed nor alTan sri syed mokhtar shah bin syed nor al
Tan sri syed mokhtar shah bin syed nor al
 
Malaysia Pakatan Harapan Buku Harapan
Malaysia Pakatan Harapan Buku HarapanMalaysia Pakatan Harapan Buku Harapan
Malaysia Pakatan Harapan Buku Harapan
 
tugasan 4
tugasan 4tugasan 4
tugasan 4
 
Esei 1
Esei 1Esei 1
Esei 1
 

2 perniagaan pinjaman wang secara haram sudah lama bertapak di malaysia

  • 1. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ASYAKIRIN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 2 2012 BAHASA MELAYU (910/2) TINGKATAN ENAM ATAS MASA:3 JAM ___________________________________________________________________________ Arahan kepada calon: Jawab satu soalan daripada Bahagian A, soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada Bahagian C, dan soalan dalam Bahagian D. Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan. Markah bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda [ ]. Bahagian A Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah. [50] 1 Nilai-nilai murni seperti nilai kasih sayang, nilai bertanggungjawab, nilai kebijaksanaan, dan lain-lain amat penting dalam diri seseorang. Pada pandangan anda, mengapakah nilai-nilai murni penting dalam siri seseorang? Kemukakan juga usaha yang wajar dilakukan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam diri seseorang.(cerdik) 2 Perniagaan pinjaman wang secara haram sudah lama bertapak di Malaysia. Kini, fenomena tersebut berkembang pesat sehingga jumlah pinjamannya menjangkau ratusan jutaan ringgit. Huraikan punca berlakunya fenomena ini dan bentuk pengawalan yang boleh dilaksanakan dalam usaha membanterasnya. 3 Terdapat segelintir masyarakat yang menyatakan bahawa masyarakat kini tidak perlu membaca. Kononnya, untuk mendapat pengetahuan memadai dengan mendengar radio dan menonton televisyen sahaja. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan itu? (stpm penggal 1) 4 Sungguhpun kerajaan menggalakkan pembangunan namun masih terdapat segelintir pemaju yang tidak mematuhi Akta Alam Sekitar dan banyak kemusnahan hutan serta sumber-sumber alam semula jadi yang lain. Sebagai pengerusi jawatankuasa kampong, anda dikehendaki menghantar satu memorandum kepada Menteri Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan Kerajaan Tempatan bagi menyatakan kekesalan terhadap masalah yang berlaku. Sediakan memorandum tersebut. Bahagian B 5 Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 190 hingga 200 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20] Pada 1 Januari 2010, genaplah setahun penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sebagai sebuah suruhanjaya, penubuhannya bukan sahaja membawa misi untuk menghapuskan rasuah, malah agensi ini turut dipertanggungjawabkan untuk
  • 2. membentuk rakyat yang berintegriti. Senario ini mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai moral yang tinggi. SPRM merupakan satu- satunya agensi pembanterasan rasuah di negara ini yang mempunyai tanggungjawab besar untuk memerangi rasuah secara habis-habisan hingga ke akar umbi. Sebenarnya, rasuah telah pun wujud dan berleluasa hingga ada negara yang menjadi kucar-kacir dan hancur, seperti yang berlaku di Mesir, Mesopotamia, Empayar Rom, dan Dinasti Ching. Oleh itu, ungkapan “Rasuah Perosak Tamadun Bangsa dan Negara” sememangnya diakui amat benar sekali. Kajian yang telah dijalankan oleh Transperancy International Malaysia membuktikan bahawa golongan yang berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung untuk memberikan rasuah kepada pihak berkuasa. Golongan yang berpendapatan bulanan sebanyak RM5000 dan ke atas merupakan golongan yang paling ramai terlibat dalam pemberian rasuah, iaitu kira-kira 52%. Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi berikrar untuk membanteras perbuatan rasuah secara habis-habisan memandangkan gejala rasuah ini menjadi semakin kronik di negara kita. Sekiranya masalah ini dibiarkan merebak, pelbagai implikasi negatif akan berlaku sehingga menyebabkan negara Malaysia runtuh pada suatu hari nanti. Kita sedia maklum bahawa kemajuan negara dalam pelbagai aspek bergantung pada usaha semua pihak, terutamanya pihak pentadbir negara dan golongan cerdik pandai. Hal ini bermakna, sekiranya gejala rasuah berlaku dalam kalangan mereka, kepercayaan atau keyakinan daripada orang awam akan terhakis. Seandainya keadaan ini berlanjutan, politik negara tidak akan stabil kerana rakyat akan mula memberontak dan mencetuskan reformasi. Akhirnya, keadaan huru-hara akan berlaku dan kerajaan digulingkan. Rasuah akan menjadi lebih serius apabila terdapat pihak-pihak tertentu mengetepikan etika dan mutu kerja mereka. Keadaan ini disebabkan kakitangan awam dan kontraktor binaan, adakalanya sanggup mengubah suai projek yang dirancang dengan menggunakan bahan-bahan yang kurang bermutu, seperti bancuhan simen tanpa mengikut sukatan sebenar untuk mengaut keuntungan. Akibatnya, bangunan yang dibina tidak mengikut piawaian keselamatan sehingga keselamatan rakyat menjadi taruhan. Contohnya, sesebuah projek yang dirancang yang berharga kira-kira RM100 juta, berkemungkinan besar RM20 juta daripadanya hangus begitu sahaja untuk kepentingan peribadi. Keadaan ini akan menjejaskan sektor pembinaan kerana para pelabur asing tidak berminat untuk melabur di negara kita. SPRM mempunyai struktur pentadbiran dan bidang pelaksanaannya yang lebih menyeluruh. Hal ini penting bagi merealisasikan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang sifar rasuah. Kesannya, SPRM lebih diyakini kerana telah memperoleh kejayaan dalam mengawal gejala rasuah di negara kita berdasarkan pendekatan yang dilaksanakan oleh pentadbir di Hong Kong. Dengan adanya generasi baharu yang berintegriti, komitmen rakyat, dan usaha kerajaan dalam membanteras gejala rasuah, sudah tentu Malaysia menjadi sebuah negara bebas rasuah. Ingatlah bahawa penglibatan kita dalam gejala rasuah menyebabkan maruah atau harga diri tergadai. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada `Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM’, Buletin, November / Disember 2009, halaman 21-22) Bahagian C Jawab satu soalan sahaja.
  • 3. 6 Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah. [15] “Tuk Ngah Sudin, Sipah kena sengat tebuan tanah.” “Hah… teruk ke dia?” Ngah Sudin cepat-cepat menyarung selipar dan bergegas menuruti Jibam yang memecut seperti anak kijang. “Macam mana Sup?” Ngah Sudin cemas sebaik sahaja sampai ke serambi rumah Usup. Sipah dilihatnya terbaring di atas tilam kekabu. “Entahlah Ngah, aku pun tak tau nak buat apa.” “Hantar hospitallah,” saran Ngah Sudin sambil duduk bersila di sebelah Usup. “Bukan ada kenderaan nak keluar ke pekan tu. Klinik paling dekat pun dekat dua puluh batu dari sini,” kata Usup. “ Iya... Si Fakir pun baru je balik ke Serdang, kalau tak, boleh juga guna motor dia.” Ngah Sudin menggaru-garu kepala yang tak gatal. “Kau tau siapa lagi yang ada kenderaan dalam kampung ni, Ngah?” “Siapa ada Sup...? Orang kampung ni semua pakai basikal.” Usup memicit-micit kepalanya. Dia sungguh kesal membiarkan Sipah bermain-main di tepi kebun tadi. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada „Jibam', oleh Ujang, 1995, Creative Enterprise, halaman 63-64) 7 Alih bahasa petikan di bawah ini kepada prosa bahasa Melayu Moden. [15] Fasal yang kesebelas, adalah perkara hukum mencuri. Masuk ia ke dalam kampung orang itu, maka tahu empunya kampung itu, maka ditikamnya mati atau diturutnya hingga dua kampung, maka bertemu, dibunuhnya mati, tiadalah salah lagi yang membunuh itu. Adapun jikalau kemudian dari hari ke hari itu maka bertemu dengan orang yang mencuri itu, tiadalah boleh dibunuhnya atau ditikamnya, melainkan hukum juga ke atasnya. Sebagai lagi, jikalau yang mencuri itu banyak, maka seorang juga yang naik ke rumah itu, maka seorang itu juga dipotong tangannya dan yang banyak itu kena takzir, ertinya dinaikkan ke atas kerbau dicoreng mukanya dengan arang dan kunyit, maka dicanangkan berkeliling negeri itu. Jikalau dapat hak orang itu, maka digantungkan pada lehernya. Jikalau habis hak orang yang dicurinya itu, memberilah ia akan gantinya.
  • 4. Adapun jikalau ia menderhaka, yang mencuri itu masuk ulur ( menjadi hamba ) kepada yang empunya harta. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Emeis, M.G., 1973. “Undang-undang Melaka” dalam Bunga Rampai Melayu Kuno. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 202-203) BAHAGIAN D : ANALISIS KESALAHAN BAHASA 8 Peningkatan masalah berat badan berlebihan sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan sehingga menjadi bualan. Berdasarkan kajian, peratusan rakyat Malaysia yang mengalami obesiti semakin meningkat saban tahun. Obesiti ialah pengumpulan lemak berlebihan dalam badan seseorang individu. Pada masa ini, obesiti dianggap sebagai satu penyakit . Obesiti boleh menyebabkan organ badan terganggu, dan seterusnya menimbulkan masalah kesihatan yang serius. Obesiti bukan sahaja menghadkan kegiatan fizikal dan sosial, serta memendekkan jangka hayat penghidapnya. Berbagai produk makanan kesihatan dihasilkan bagi membantu golongan ini mengurangkan berat badan mereka. Perkara yang paling penting sekali bagi golongan obesiti ini ialah sikap ingin berubah dan cekal mengawal nafsu makan. SKEMA JAWAPAN SOALAN 1 SOALAN 2 Pendahuluan Yang dikatakan sebagai ceti haram ialah pihak yang menawarkan pinjaman kewangan secara haram dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi. Keuntungan berlipat ganda yang diperoleh mereka membolehkan perniagaan mereka terus beroperasi walaupun ekonomi dunia mengalami kemelesetan. Terdapat pelbagai faktor perkhidmatan ceti haram ini mendapat sambutan di negara ini. Oleh itu, perkhidmatan yang berunsur lintah darat ini perlu dibanteras. Isi isi Punca –punca perkhidmatan ini mendapat sambutan. Ceti haram mudah meluluskan pinjaman -- mereka dapat meluluskan pinjaman dalam tempoh beberapa jam sahaja berbanding dengan bank. Ceti haram menyediakan pinjaman kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang. Ceti haram tidak menetapkan jumlah wang yang boleh dipinjam – daripada RM 1, 000 hingga ratusan ribu.
  • 5. Sebaliknya, pihak perbankan di negara ini sukar untuk meluluskan pinjaman – produsernya ketat serta banyak kerenah birokrasi sekali gus melambatkan proses kelulusan. Pihak bank juga memilih latar belakang peminjam. Keperluan mendesak/kesempitan wang yang dialami oleh peminjam unutk menyara kehidupan kerana tidak berpendapatan tetap – dibuang kerja, menganggur, dsb. Keperluan peminjam untuk memulakan/membesarkan perniagaan, membiayai pelajaran anak-anak, dsb. Sikap sebilangan masyarakat yang suka berjudi dan berbelanja beroleh keuntungan daripada perjudian atau untuk melunaskan hutang kad kredit, hutang peribadi, dsb. Langkah-langkah kawalan Undang-undang yang lebih keras perlu diperkenalkan kepada ceti haram supaya tiada yang teraniaya. Kempen kesedaran perlu diperkenalkan di semua peringkat, sama ada oleh pihak berkuasa mahupun oleh pihak media. Pihak bank perlu melonggarkan produser – syarat pinjaman wajar dinilai semula. Pusat-pusat aduan/pengaduan awam perlu ditubuhkan di setiap DUN bagi memudahkan masyarakat melaporkan kegiatan ceti haram. Pihak berkuasa, khususnya, perlu komited untuk membanteras kegiatan ceti haram. Kesimpulan Masyarakat perlu mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti meminjam daripada ceti haram supaya dapat hidup dengan tenteram. Perkhidmatan ceti haram perlu dibanteras kerana mereka menganiaya rakyat melalui kadar faedah yang tinggi. Kegiatan itu juga perlu dibanteras kerana mereka mengupah samseng yang sanggup untuk melakukan apa-apa sahaja bagi mendapatkan pinjaman balik. (Pilih mana-mana dua/tiga punca dan dua/tiga langkah-langkah kawalan.) SOALAN 4 (1) Kehendak Soalan Soalan ini merupakan soalan berbentuk format memorandum dan calon perlu menggunakan format yang sesuai untuk karangan ini. Calon perlu menyatakan kekesalan terhadap projek pembangunan yang tidak mengikut Akta Alam Sekitar. (2) Rangka Jawapan 2.1 Pendahuluan: Kebelakangan ini pembangunan projek perumahan di kawasan berbukit Semakin giat dilakukan walaupun telah ada akta yang mengawalnya namun masih giat dilakukan oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab. Memorandum dihantar untuk menyatakan bantahan terhadap projek tersebut. 2.2 Isi-isi Sokongan: (a) Projek pembangunan telah menyebabkan banjir kilat berlaku dan ramai yang dipindahkan. (b) Banyak tanaman penduduk musnah dan mereka kerugian besar kerana masalah itu. (c) Hidupan liar banyak yang terancam dan sesetengahnya merayau- Rayau di kampung kerana habitat haiwan tersebut telah musnah. (d) Pencemaran sungai menyebabkan bekalan air kotor dan tercemar dengan pelbagai bahan kimia. (e) Tanah runtuh sering berlaku dan seringkali memutuskan jalan Hubungan darat antara kampung dengan bandar.
  • 6. 2.3 Kesimpulan Langkah tegas mesti diambil untuk mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban. Peristiwa di Bukit Antarabangsa perlu menjadi iktibar kepada semua. 7 Perkara yang kesebelas menyentuh tentang hukuman terhadap perbuatan mencuri. Seseorang penduduk kampung yang bertindak membunuh pencuri yang memasuki kampungnya ataupun membunuh pencuri setelah memburunya sehingga melewati dua buah kampung adalah tidak bersalah. Akan tetapi, jika pencuri itu ditemui selepas hari dia melakukan perbuatan itu, pencuri itu tidak boleh dibunuh ataupun ditikam sebaliknya hendaklah dibawa ke muka pengadilan. Seterusnya, jika pencurian ittu dilakukan secara berkumpulan tetapi yang melakukan pencurian itu hanya seseorang, maka yang melakukan pencurian itu akan dikenakan hukuman potong tangan. Ahli kumpulan yang lain akan dinaikkan di atas kerbau. Muka mereka diconteng dengan kapur, arang dan kunyit lalu diarak ke seluruh negeri. Seandainya harta curian itu habis dibelanjakan, mereka perlu menggantinya. Jika pencuri itu ingkar akan hukuman yang dikenakan, dia akan dijadikan hamba oleh pemilik harta itu.