SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  17
1.0 Pengenalan
  Perkhidmatan Bimbiangan dan Kaunseling merupakan perkhidmatan yang amat
  penting di sekolah rendah mahupun institut-institut Pengajian Tinggi. Ianya bukan
  sahaja dapat menyelesaikan masalah disiplin di sekolah, malah, ia juga dapat
  menolong pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi.


  Sekolah yang dipilh untuk ditinjau oleh kumpulan kami dalam menjayakan kerja
  kursus ialah SJK ( C ) Desa Jaya, Kepong. Sekolah ini dipilh kerana dijangka Unit
  B&K di sekolah ini aktif disebabkan bilangan muridnya yang ramai.


  Seramai 4432 murid yang belajar di sekolah ini, 2247 murid dari sesi pagi dan 2185
  dari sesi petang. Terdapat 185 orang guru yang bertugas di sekolah ini termasuklah
  3 orang guru kaunseling dimana 2 orang guru ditugaskan di sesi pagi dan seorang
  lagi guru kaunseling ditempatkan di sesi petang. Ini disebabkan murid tahap 1 lebih
  jarang mengalami masalah disiplin berbanding dengan murid tahap 2.

  Dari sesi temu bual yang dijalankan, didapati bahawa guru-guru kaunseling di
  sekolah ini menggunakan buku panduan yang disediakan dengan sepenuhnya dan
  aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran.




2.1 Matlamat Unit B&K

  Menurut Puan Lim Sok Chuang, Ketua Unit B&K , matlamat unit B&K adalah seperti
  berikut:

  1. Merancang, menyelaras, mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti
      bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan
      Kebangsaan.
  2. Memberi    khidmat    penyuburan    dan    pengayaan     meliputi   semua   aspek
      perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang, kemudahan dan
      pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi murid.

                                                                                         1
3. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan murid daripada terlibat dalam
     perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah,
     merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan perbuatan
     anti sosial yang lain.
  4. Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan semula
     murid yang bermasalah supaya mereka mampu manghadapi dan mengatasi
     masalah sendiri.
  5. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukan.
  6. Memberikan perkhidmatan kea rah membangun dan memajukan sekolah dari
     segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
  7. Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan
     mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid.




2.2 Peranan Guru Kaunseling
    Menurut beliau, peranan guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa
    termasuklah :
    1. Menyediakan       rancangan   tahunan   program   dan   aktiviti   Perkhidmatan
       Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
    2. Mengenal pasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah
       melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan
       murid, guru, pentadbir, kaki tangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.
    3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid.
    4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling
       kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai.
    5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk ajar
       ( instructional ) yang merangsang perkembangan murid secara optimum.
    6. Merancang,       melaksana,   mengawalselia   Perkhidmatan     Bimbingan   dan
       Kaunseling individu secara professional dan beretika.
    7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua
       murid.

                                                                                     2
8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti
   selepas peperiksaan UPSR.
9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
   pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok, dan alkohol.
10. Merancang, menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang pendidikan
   selepas UPSR.
11. Merancang,   melaksana,    mengawalselia      dan   menilai   program     aktiviti
   perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan Kerjaya dan
   Pendidikan Pencegahan Dadah.
12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
   konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan
   dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan
   murid.
13. Membuat penilaian aktiviti, modu, instrument, pendekatan dan sebagainya
   secara     menyeluruh    bagi   meningkatkan     mutu    dan      profesionalisme
   Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos Perkhidmatan
   Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
15. Menjadi   Setiausaha    kepada   Jawatankuasa       Penyelaras    Perkhidmatan
   Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
16. Menjadi Penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan
   kefahaman dan peningkatan profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan
   Kaunseling di sekolah.
17. Mengenalpasti dan merujuk murid, guru, kakitangan dan sesiapa sahaja yang
   memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis di sekolah.
18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar
   yang berkaitan.
19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.




                                                                                    3
21. Menjadi perancang dan pelaksna dalam program PRS, Kelab Bimbingan dan
       Kaunseling, Program Kaunseling Berfokus, Program Kepimpinan Pengawas,
       Program Keibubapaan, Program Orientasi Murid dan Program Mentor-mentee
       di sekolah.
    22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan murid seperti
       kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan seumpamanya.
    23. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat/ Program
       Peningkatan Keselamatan Sekolah, Dasar Pendidikan Wajib dan Penempatan
       (kemasukan) murid di sekolah.
    24. Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal
       Murid di Pejabat Pelajaran Daerah / Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan
       Kementerian Pelajaran Malaysia.
    25. Melaksanankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke
       semasa.




2.3 Bidang Perkhidmatan B&K
   1. Inventori Individu Dan Rekod
   a. Fail bimbingan untuk setiap orang pelajar dikendali dengan teratur dan selamat
     dalam bidang perkhidmatan ini.
   b. Butiran-butiran berkait dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar juga
     dikumpul dan direkod dengan teliti.
   c. Perangkaan dan corak kehadiran pelajar diawasi untuk tujuan rujukan kaunseling.
   d. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar diselaras, dijaga dan
     dikemaskini dari masa ke semasa.
   e. Pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah diberi
     maklumat objektif untuk tujuan pemulihan.
   f. Guru kaunseling juga akan menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik
    yang difikirkan perlu atau berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.




                                                                                       4
2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat.
Dalam perkhidmatan ini, ketua dan guru kaunseling akan:
a.Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan
 pelajaran kepada pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil,
 poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah
b.Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan,
 pelajaran, sosial dan peribadi.
c.Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang
 permohonan dengan tepat.
d.Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau
 tempat pekerjaan lain.
e.Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan
 oleh guru-guru dan anggota masyarakat.
f.Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya
 merokok dan inhalen.


3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
Ketua Unit B&K dan guru-guru kaunseling bertanggungjawab untuk:
a. Memberi bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling
   tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok
   tertentu, misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-
   lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.
b.Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM, SPMV
 dan STPM.
c.Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti
 mereka.


4. Perkhidmatan Kaunseling
Guru B&K akan mengadakan sesi kaunseling dengan pelajar secara individu atau
kelompok mengenai:
(a) Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.

                                                                                 5
(b) Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
(c) Kerjaya, pelajaran dan peribadi.
(d) Tidak turut serta dalam aktiviti kokurikulum.
(e) Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, merokok, bertumbuk
   dan menggunakan dadah dan bahan inhalen.


Selain itu, kelas kaunseling tunjuk ajar juga diadakan untuk mengajar perkara-
perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran
berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan menghindar diri
dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen.


5. Perkhidmatan Penempatan
Perkhidmatan ini bertujuan membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum
berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan mereka.
Tugas Guru B&K :
a. Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman
  bekerja (jika program seumpama ini diadakan).
b. Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam
  mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan
  susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus
  untuk sekolah menengah vokasional dan teknik).
c. Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki
  institusi-institusi pekerjaan.


6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen
Perkhidmatannya termasuklah:
(a) Bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar
  dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan
  inhalen.
(b) Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan
   pemulihan dan rawatan.

                                                                                  6
(c) Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada
   kementerianatau Jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan
   dadah diperingkat sekolah.


7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan
 Tujuan perkhidmatan ini adalah untuk:
(a) Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal
  peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.
(b)Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan
  mendalam mengenai program bimbingan di sekolah.
(c)Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.
(d)Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk
   meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.
(e) Merancang tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi
   kemajuan pelajar.
(f) Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti
   penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar
   kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.


8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos
(a) Penyelarasan aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara
  sekolah dengan agensi lain dijalankan dalam bidang perkhidmatan ini.
(b) Ia juga menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
(c) Penyelaraan penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang
   kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah juga diadakan.
(d) Guru B&K juga merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk
   memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan
   komuniti setempat.




                                                                                  7
9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa
     Guru B&K bertanggungjawab:
     (a) Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi
        kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran dalam bidang perkhidmatan ini..
     (b) Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.
     (c) Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru.
     (d) Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di
        kalangan pelajar.
     (e) Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang
        dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga.


     10. Perkhidmatan Penilaian
     Dalam bidang perkhidmatan ini pula, guru B&K akan:
     (a) Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk
        membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing Rakan Dinamik,
        Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.
     (b) Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat
        sekolah.


2.4 Teknik Pengumpulan Inventori Rekod
    1) Mengumpul Data Murid
 Perkhidmatan mengumpul data pelajar dipanggil sebagai perkhidmatan inventori
 individu. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah biodata kesihatan, pencapaian
 akademik, bakat penyesuaian peribadi, minat rancangan masa depan dan latar
 belakang keluarga pelajar itu.


 Kaedah Perkhidmatan:
    a) Rekod Himpunan Sulit 001/M/77 Mengandungi butir-butir keluarga pelajar, rekod
       kedatangan sekolah, gerak kerja kokurikulum, keputusan ujian dan peperiksaan.
       Himpunan sulit pelajar termasuklah sifat diri pelajar, minat dan kecenderungan
       pelajar mengikut pandangan guru dan diri pelajar.

                                                                                         8
b) Temu     duga   ibubapa   diadakan    untuk   mendapatkan       maklumat    tentang
      pelajar.Mengendalikan     temuduga     dengan    berkesan      dapat   mewujudkan
      hubungan (tidak terlalu formal dan stereotaip), ingatan yang kuat (tidak
      digalakkan mencatat semasa sesi berlangsung), sabar dan ramah, rancang
      masa temu duga, merekod data.
   c) Borang soal selidik dijawab responden (ibu bapa & pelajar). Aquino&Alviar (1980)
      kebolehpercayaan borang ini boleh ditingkatkan dengan pengawasan teliti oleh
      kaunselor. Lebih paktikal dan responden bebas menjawab menurut nilai-nilai
      kepercayaan dan budaya masing-masing.
   d) Kaedah perkhimatan sebaran secara tidak langsung. Contohnya : poster, risalah,
      pameran, majalah sekolah dan radio sekolah.


   2) Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya
Kaunselor perlu mempunyai pengetahuan asas tentang keperluan murid dan
memahami tingkah laku murid dan sahsiah mereka. Mempunyai kemahiran mendengar,
komunikasi, mengenal pasti masalah dan kemahiran membuat keputusan juga adalah
cirri-ciri yang perlu ada pada seorang kaunselor yang professional.


   3) Perkhidmatan Mencari Klien.
Menurut Mohd Fadzil Jamaluddin (1992), perkhidmatan mencari klien ialah
perkhidmatan sebaran iaitu tindakan mengiklankan kaunseling di sekolah.          Kaedah
Perkhidmatannya termasuklah kaedah perkhidmatan secara langsung contohnya,
memberi ceramah kepada pelajar, Persatuan Ibu Bapa & Guru(PIBG), kelab bimbingan
dan kaunseling sekolah dan mengadakan aktiviti kelab.




                                                                                        9
2.5   Program Perkhidmatan B&K

      Terdapat 8 bidang tugas dalam Perkhidmatan B&K. Bidang Bimbingan dan
      Kaunseling merupakan bidang yang paling umum.        Antara perkhidmatan yang
      terdapat dalam bidang ini termasuklah:
      (i)     Kaunseling individu
      (ii)    Kaunseling kelompok
      (iii)   Bimbingan individu
      (iv)    Bimbingan kelompok
      (v)     Konsultasi
      Di SJK ( C ) Desa Jaya, kaunseling individu adalah cara yang biasa digunakan.
      Menurut Encik Kho, guru kaunseling sekolah tersebut, masalah yang biasanya
      dihadapi oleh murid yang memerlukan kaunseling ialah masalah disiplin dan
      masalah keluarga.


      Dalam bidang akademik pula, perkhidmatan yang dibekal adalah seperti berikut:
      (i)     Bimbingan kelompok
      (ii)    Bimbingan individu
      (iii)   Bengkel
      (iv)    Seminar
      (v)     Mentor Mentee dan lain-lain lagi

      Kaedah yang dipilih oleh guru B&K di sekolah ini termasuklah seminar, ceramah,
      bengkel dan lawatan. Menurut Encik Kho, kaedah-kaedah tersebut dapat
      meningkatkan minat dan keyakinan diri murid terhadap pelajaran. Program Mentor
      Mentee juga dijalankan pada murid tahun 6 dan murid dari kelas tegak Tahun 1 di
      sekolah ini. Murid yang terlibat dalam program ini perlu mendapatkan bimbingan
      dari guru pembimbing mereka 30minit seminggu. Guru pembimbing perlu memberi
      dan menyemak tugasan murid mereka.

      Selain itu, bagi murid sesi petang, guru-guru akan menyediakan tayangan video,
      lagu, lagu sifir, pantun, puisi untuk murid-murid sebelum waktu persekolahan


                                                                                      10
bermulai iaitu dari pukul 12.30 hingga pukull 1.00 petang. Aktiviti ini bertujuan
     untuk memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa
     Cina, Bahasa Inggeris dan Matematik.

     Dalam bidang Pendidikan Pencegahan Dadah/ Rokok/ Inhalan dan HIV/AIDS pula,
     Unit B&K pernah mengadakan ceramah dan pertandingan melukis poster. Ini
     dapat memupuk sikap benci kepada dadah di samping mendidik murid kita
     kemahiran menghindar jangkitan HIV/AIDS.




3.0 Langkah-langkah Perkhidmatan B&K Memperkembangkan
    Prestasi dan Diri Murid
       Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah perkhidmatan yang disediakan
 khususnya untuk membimbing dan menolong para pelajar dan warga sekolah yang
 mengalami kekeliruan dalam proses pertumbuhan dan perkembangan diri untuk
 mencapai matlamat hidup. Dari segi perkembangan diri dan prestasi pelajar,
 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah memainkan pelbagai peranan seperti
 seorang kawan,ibu bapa, cikgu dan sebagainya.

       Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah menolong pelajar dengan
 membantu perubahan tingkah laku sesetengah pelajar akibat tempoh pertumbuhan.
 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling juga membantu pelajar semasa membuat
 pelbagai keputusan seperti seseorang pelajar telah diajak oleh kawan untuk berjudi
 tetapi dia tidak megetahui bahawa sama ada perlu mengikuti kawan tersebut atau tidak
 mengikutinya tetapi akan kehilangan seorang kawan. Maka, kaunselor Perkhidmatan
 Bimbingan dan Kaunseling akan menjelaskan pelbagai akibat yang akan dialami
 olehnya seperti ditangkap oleh pihak polis jika mengikuti kawan tersebut untuk berjudi
 dan mempercepatkan pelajar tersebut menjadi rasional semasa mengalami masalah.

       Selain itu, Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan pelbagai
 aktiviti seperti kem motivasi untuk membantu pelajar berkembang dari pelbagai bidang
 yang berkaitan dengan ko-kurikulum semasa belajar di sekolah. Perkhidmatan


                                                                                     11
Bimbingan dan Kaunseling akan membantu pelajar untuk memahami diri dan
kebolehan sendiri. Dengan itu,pelajar akan memilih pekerjaan yang sesuai dengan
kebolehan mereka dan diminati oleh mereka. Maka, pelajar akan lebih maju selepas
mendapat pekerjaan. Selepas itu,pelajar akan membuat penyesuaian yang paling baik
dalam tempoh yang paling singkat.

      Kaunselor Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu sentiasa berhubung
dengan guru kelas untuk mengenalpasti pelajar yang memerlukan pertolongan khas
seperti didera oleh ibu bapa atau dibudi oleh pihak luar menyebabkan pelajar tersebut
ponteng sekolah atau enggan balik ke rumah. Kemerosotan disiplin yang semakin teruk
baru-baru ini perlu dikenalpasti dan mendapat penyelesaian paling berkesan dan cepat
oleh pihak sekolah dan pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Jika pihak
sekolah dan pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tidak mengambil perhatian,
maka masalah disiplin di sekolah tidak akan selesai dan menjejaskan masyarakat
selepas pelajar bekerja di masyarakat.

      Dengan ini, pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu menekankan
kepentingan peraturan-peraturan sekolah , sentiasa mengadakan ceramah-ceramah
yang memberi pengertian akan falsafah hidup. Untuk mengatasi masalah disiplin, pihak
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu memahami sesetengah pelajar tidak
boleh didenda, sebaliknya pelajar tersebut bersedia berubah apabila kaunselor
menjalankan proses rundingan mengenai masalah yang mereka hadapi. Kaedah ini
lebih sesuai kerana kaunselor Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dilihat sebagai
orang yang lebih rapat dengan pelajar tersebut . Selain berunding dengan pelajar, pihak
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu menyerabkan pembinaan nilai-
nilai ,tingkahlaku dan tatasusila secara beransur-ansur dan bukannya secara paksaan.
Ini boleh membawa kepada keupayaan pelajar-pelajar mendisiplinkan diri mereka tanpa
tekanan dari mana-mana pihak.

       Program bimbingan yang dicadangkan oleh Unit Bahagian Sekolah-sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia yang bersifat menyeluruh dan pelbagai mobiliti iaitu
khidmat bimbingan untuk semua kelompok di sekolah tanpa mengira latar belakang
kaum, agama atau kepercayaan dalam aspek perkembangan individu seperti kognitif,

                                                                                    12
psikomoto, afektif, jasmani, moral atau agama, kejantinaan , vokasional atau kerjaya.
Bersepadu dengan cadangan Unit Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia, pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah telah menyediakan
perkhidmatan yang mengandungi 10 aspek.

      Pertama sekali, Perkhidmatan Inventori Individu dan Rekod. Pihak Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling perlu mengendalikan fail bimbingan bagi setiap pelajar.
Mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran
minat pelajar. Pihak pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling juga perlu
mengawasi corak kehadiran        dan memberi maklumat        tentang pencapaian dan
kemajuan pelajar tertentu untuk bimbingan atau pendidikan pemulihan. Tugasan
menyelaras, menjaga dan mengemas kini rekod adalah untuk menjalankan kaji selidik
dan membuat tafsiran tentang pelajar yang tertentu.

      Perkhidmatan     Memberi    maklumat    disediakan   oleh   pihak   Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling untuk mengumpul dan menyebar maklumat pelajaran,
vokasional , latihan dan kerjaya kepada pelajar. Pihak pihak Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling akan merancang,melaksanakan , mengawal aktiviti kemahiran belajar
untuk semua pelajar melalui penerbitan risalah-risalah, buku-buku kecil,poster, bulletin
dan pengendalian hari kerjaya dan pameran kerjaya. Selain itu, pihak pihak
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sesetengah sekolah juga mewujudkan laman
web untuk memberi maklumat tentang kaedah pembelajaran yang lebih berkesan.
Dalam tajuk tersebut, ia akan mengajar pelajar tentang langkah persediaan, teknik
pembelajaran, kesungguhan belajar,punca lupaan dan cara menguatkan ingatan.

      Ketiga, Perkhidmatan Bimbingan Secara Kelompok. Aktiviti yang dijalankan oleh
pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah tunjuk ajar yang boleh
menggalakkan perkembangan konsep kendiri yang positif, aspek kognitif, afektif,
psikososial, jasmani,kejantinaan, vokasional moral atau agama. Bimbingan ini bertujuan
untuk perkembangan diri. Bimbingan yang bersifat penyesuaian akan mengadakan
bimbingan kelompok tentang masalah disiplin, pelajaran, sosial dan lain-lain topik.
Seterusnya, Perkhidmatan Kaunseling yang dilakukan secara individu atau kelompok
untuk menyelesaikan rujukan yang dibuat oleh guru dan ibu bapa, ketidakhadiran

                                                                                     13
kegiatan kokurikulum, masalah disiplin dan sebagainya. Kaunseling keluarga mungkin
akan diadakan untuk memahami masalah pelajar jika masalah pelajar serius.

       Seperti mana yang disebut sebelum ini, pihak Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling akan memberi Perkhidmatan Penempatan untuk membantu pelajar memilih
kegiatan bidang kokurikulum semasa di sekolah atau pekerjaan selepas lepasan
sekolah. Pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling        akan membantu pelajar
memilih bidang yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuan pelajar.
Perkhidmatan yang keenam adalah Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah.
Perkhidmatan ini diadakan untuk menanam dan memupuk sikap benci akan dadah.
Pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan bekerjasama dengan Jabatan
Pendidikan Negeri untuk merancang, melaksanakan tentang aktiviti pencegahan dadah,
inhalan, rokok dan alkohol. Jika terdapat pelajar yang terambil dadah,pihak
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan memberi bantuan pemulihan atau
rawatan dan memberi maklum balas kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

       Dalam Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan, pihak Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling akan menolong pelajar lepasan sekolah dalam hal-hal peribadi, kerjaya,
pelajaran dan sebagainya.Perkhidmatan ini juga akan merancang bersama guru
tentang cara yang paling berkesan untuk mengawasi kemajuan pelajar. Perkhidmatan
Penyelaras Sumber yang disediakan adalah untuk menjadi penyelaras bagi aktiviti yang
berkaitan dengan kebajikan pelajar dan menjadi pakar rujuk dalam kegiatan
kokurikulum. Perkhidmatan Perbincangan dengan ibu bapa adalah disediakan untuk
berhubung dengan ibu bapa pelajar untuk mengawasi kemajuan pelajar terutamanya
pelajaran dan disiplin.




Pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling juga akan menghubungi ibu bapa
pelajar jika kemajuan disiplin pelajar tidak memuaskan. Perkhidmatan yang kesepuluh
adalah Perkhidmatan Penilaian. Penilaian yang dibuat adalah untuk meningkat mutu
program bimbingan, menilai model bimbingan sebelum pelaksanaan.



                                                                                  14
Semua perkhidmatan ini adalah disediakan demi kebaikan pelajar dari pelbagai
aspek.     Tidak   dapat   dinafikan,Perkhidmatan   Bimbingan   dan   Kaunseling   telah
memainkan peranan yang penting untuk menolong pelajar dalam perkembangan diri
dan prestasi.




4.0 Penghargaan

         Ketiga-tiga ahli kumpulan kami berasa amat gembira kerana dapat bekerjasama
dalam menjayakan tugasan ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
tiga orang guru kaunseling dari SJK (c) Desa Jaya kerana sudi membantu member
maklumat kepada kami walaupun sebahagian daripada maklumat yang diberi adalah
sulit. Selain memberi maklumat, mereka juga memperkenalkan beberapa buah buku
yang dapat membantu kami dalam tugasan ini.

         Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah kami, Ms. Teh Chiew Lan keranan memberi kami tugasan ini. Beliau
memberi banyak bimbingan dan cadangan supaya kami dapat menyelaesaikan tugasan
ini dengan lebih senang.

         Sebelum membuat tugasan ini, kami cuma tahu adanya Unit B&K di sekolah
tetapi tidak sedar tentang tugasnya, peranannya dan bidang perkhidmatan yang diberi
oleh unit tersebut. Selepas membuat tugasan ini, barulah kami sedar bahawa
kepentingan Unit B&K. Tugas dan peranan guru B&K amat sukar dan beban mereka
juga amtat berat. Akan tetapi, jasa mereka sangat besar kerana dengan adanya guru-
guru kaunseling, barulah organisasi sekolah dapat berfungsi dengan baik.

         Kami berharap semua Unit B&K di sekolah ataupun di institut di Negara kita
dapat berfungsi dengan sempurna dan guru-guru kaunseling dapat menjalankan tugas
mereka tanpa halangan kerana ianya amat penting dalam memastikan kebaikan semua
pihak.


                                                                                     15
Akhir kata, kami juga berharap agar tugasan ini mematuhi garis panduan
 tugasan yang diberi pensyarah dan kami mengucapkan ribuan maafan sekiranya
 terdapat kesilapan dalam tugasan ataupun pengguanaan istilah kami kurang
 memuaskan.

       Sekian terima kasih.

 JADUAL PELAKSANAAN TUGAS

    TARIKH                                    AKTIVITI
   6 Julai 2011       Temu bual dengan ketua unit B&K tentang matlamat Unit
                      B&K dan peranan guru kaunseling
  20 Julai 2011       Temubual kali dengan guru kaunseling, Kho Pu Soon
                      tentang Bidang Perkhidamatan B&K
  21 Julai 2011       Perbincangan antara ahli kumpulan
  23 Julai 2011       Temubual dengan Joo Choon Heong, guru B&K sesi
                      petang mengenai teknik pengumpulan inventori rekod
  5 Ogos 2011         Pengumpulan maklumat tentang program yang dijalankan
                      dalam tahun 2010 dan 2011
  8 Ogos 2011         Mengambil gambar bilik kaunseling dan sesi kaunseling
7 September 2011      Cari maklumat tentang langkah-langkah B & K
                      memperkembangkan diri dan prestasi pelajar
24 September 2011 Perbincangan ahli kumpulan untuk menjayakan laporan
                      dan esei.
17 September 2011 Membuat bibliografi, penghargaan dan menaip jadual
                      pelaksanaan tugas




                                                                           16
17

Contenu connexe

Tendances

Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
Contoh fail meja gbksm
Contoh fail meja gbksmContoh fail meja gbksm
Contoh fail meja gbksmMalek Hassan
 
Mengenal pasti masalah kanak kanak
Mengenal pasti masalah kanak kanakMengenal pasti masalah kanak kanak
Mengenal pasti masalah kanak kanakAh Pu
 
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling Rasikha Hansi
 
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)Mgkk Kluang Johor
 
Visi misi dan falsafah ubk
Visi misi dan falsafah ubkVisi misi dan falsafah ubk
Visi misi dan falsafah ubkRohana Saarani
 
Tutorial 1 Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak.
Tutorial 1   Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak.Tutorial 1   Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak.
Tutorial 1 Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak.Amer Najmi
 
Fail mejakaunselingsk seriutama
Fail mejakaunselingsk seriutamaFail mejakaunselingsk seriutama
Fail mejakaunselingsk seriutamaAffyz Ibnu Ibrahim
 
Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107baskin robbin
 
Kaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolahKaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolahzakwan azhar
 
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahIzz Khalil
 
Bab 2-kod-etika-dan-akauntabiliti-guru-ppt
Bab 2-kod-etika-dan-akauntabiliti-guru-pptBab 2-kod-etika-dan-akauntabiliti-guru-ppt
Bab 2-kod-etika-dan-akauntabiliti-guru-pptCikgu Hafizzudin
 
3. Guru Sebagai Satu Profesion
3. Guru Sebagai  Satu Profesion3. Guru Sebagai  Satu Profesion
3. Guru Sebagai Satu ProfesionArthur Jupong
 
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Ts25 modul 2 pintas cly kertas program
Ts25 modul 2 pintas cly kertas programTs25 modul 2 pintas cly kertas program
Ts25 modul 2 pintas cly kertas programMongingiaCly
 
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Tajuk 1  kualiti guru prasekolahTajuk 1  kualiti guru prasekolah
Tajuk 1 kualiti guru prasekolahIzz Khalil
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALWan Nor Faezah
 

Tendances (19)

Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 
Contoh fail meja gbksm
Contoh fail meja gbksmContoh fail meja gbksm
Contoh fail meja gbksm
 
Mengenal pasti masalah kanak kanak
Mengenal pasti masalah kanak kanakMengenal pasti masalah kanak kanak
Mengenal pasti masalah kanak kanak
 
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling
 
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
 
Visi misi dan falsafah ubk
Visi misi dan falsafah ubkVisi misi dan falsafah ubk
Visi misi dan falsafah ubk
 
Tutorial 1 Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak.
Tutorial 1   Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak.Tutorial 1   Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak.
Tutorial 1 Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak.
 
Fail meja ubk
Fail meja ubkFail meja ubk
Fail meja ubk
 
Fail mejakaunselingsk seriutama
Fail mejakaunselingsk seriutamaFail mejakaunselingsk seriutama
Fail mejakaunselingsk seriutama
 
Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107
 
Kaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolahKaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolah
 
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
 
Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolah
 
Bab 2-kod-etika-dan-akauntabiliti-guru-ppt
Bab 2-kod-etika-dan-akauntabiliti-guru-pptBab 2-kod-etika-dan-akauntabiliti-guru-ppt
Bab 2-kod-etika-dan-akauntabiliti-guru-ppt
 
3. Guru Sebagai Satu Profesion
3. Guru Sebagai  Satu Profesion3. Guru Sebagai  Satu Profesion
3. Guru Sebagai Satu Profesion
 
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
 
Ts25 modul 2 pintas cly kertas program
Ts25 modul 2 pintas cly kertas programTs25 modul 2 pintas cly kertas program
Ts25 modul 2 pintas cly kertas program
 
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Tajuk 1  kualiti guru prasekolahTajuk 1  kualiti guru prasekolah
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
 

En vedette

Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...murugan muruga
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARFazHani Faz
 
Konsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunselingKonsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunseling廷武 邹
 
Nota ringkas bimbingan dan kaunseling
Nota ringkas bimbingan dan kaunselingNota ringkas bimbingan dan kaunseling
Nota ringkas bimbingan dan kaunselingHazel Bug
 
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingHumyra Amer
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”Salwa Samsudin
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunselingHerney Aqilah Kay
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Rosdi Ramli
 
Takwim tahunan unit bimbingan dan kaunseling 2015
Takwim tahunan unit bimbingan dan kaunseling 2015Takwim tahunan unit bimbingan dan kaunseling 2015
Takwim tahunan unit bimbingan dan kaunseling 2015cikgu_akma
 
Definisi kaunseling
Definisi kaunselingDefinisi kaunseling
Definisi kaunselingguestd56616
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 

En vedette (20)

Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
 
Bimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunselingBimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunseling
 
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBINGPERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Konsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunselingKonsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunseling
 
Nota ringkas bimbingan dan kaunseling
Nota ringkas bimbingan dan kaunselingNota ringkas bimbingan dan kaunseling
Nota ringkas bimbingan dan kaunseling
 
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
 
Etika kaunselor
Etika kaunselorEtika kaunselor
Etika kaunselor
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
Pengenalan kaunseling
Pengenalan kaunselingPengenalan kaunseling
Pengenalan kaunseling
 
Takwim tahunan unit bimbingan dan kaunseling 2015
Takwim tahunan unit bimbingan dan kaunseling 2015Takwim tahunan unit bimbingan dan kaunseling 2015
Takwim tahunan unit bimbingan dan kaunseling 2015
 
82042645 edu3107-nota-padat
82042645 edu3107-nota-padat82042645 edu3107-nota-padat
82042645 edu3107-nota-padat
 
Definisi kaunseling
Definisi kaunselingDefinisi kaunseling
Definisi kaunseling
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Kajian
KajianKajian
Kajian
 
Info kaunseling
Info kaunselingInfo kaunseling
Info kaunseling
 

Similaire à B&k

Senarai tugas gbk
Senarai tugas gbkSenarai tugas gbk
Senarai tugas gbkWei WSW
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARAker Derashid
 
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docx
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docxBuku pengurusan hem dan perancangan 2021.docx
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docxANANTHIAPMANOGARANMo
 
Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid Nonie Mislan
 
Kaunselor dan halatuju
Kaunselor dan halatujuKaunselor dan halatuju
Kaunselor dan halatujuAhmad Lili
 
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldDsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldArmi AbuBakar
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Prs kertas kerja
Prs kertas kerjaPrs kertas kerja
Prs kertas kerjaawathif
 
Bimbingan dalam pendidikan
Bimbingan dalam pendidikanBimbingan dalam pendidikan
Bimbingan dalam pendidikanwmm9656
 
Hmef5063
Hmef5063Hmef5063
Hmef5063latiba
 
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp013 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01student malaysia
 
Lecturer kaunseling kerjaya
Lecturer kaunseling kerjayaLecturer kaunseling kerjaya
Lecturer kaunseling kerjayaCik Gee
 
82558538 perancang-strategik-kelab-koperasi-2012
82558538 perancang-strategik-kelab-koperasi-201282558538 perancang-strategik-kelab-koperasi-2012
82558538 perancang-strategik-kelab-koperasi-2012amie81
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6Rainne Lee
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfssuserd0ceaf
 

Similaire à B&k (20)

Senarai tugas gbk
Senarai tugas gbkSenarai tugas gbk
Senarai tugas gbk
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESAR
 
Fail mejagb
Fail mejagbFail mejagb
Fail mejagb
 
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docx
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docxBuku pengurusan hem dan perancangan 2021.docx
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docx
 
Pelan strategik hem
Pelan strategik hemPelan strategik hem
Pelan strategik hem
 
Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid
 
Hal ehwal murid
Hal ehwal muridHal ehwal murid
Hal ehwal murid
 
Kaunselor dan halatuju
Kaunselor dan halatujuKaunselor dan halatuju
Kaunselor dan halatuju
 
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldDsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
 
Big kami 2014
Big kami 2014Big kami 2014
Big kami 2014
 
Prs kertas kerja
Prs kertas kerjaPrs kertas kerja
Prs kertas kerja
 
Bimbingan dalam pendidikan
Bimbingan dalam pendidikanBimbingan dalam pendidikan
Bimbingan dalam pendidikan
 
Hmef5063
Hmef5063Hmef5063
Hmef5063
 
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp013 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01
 
Garis panduan pbd
Garis panduan pbdGaris panduan pbd
Garis panduan pbd
 
Lecturer kaunseling kerjaya
Lecturer kaunseling kerjayaLecturer kaunseling kerjaya
Lecturer kaunseling kerjaya
 
82558538 perancang-strategik-kelab-koperasi-2012
82558538 perancang-strategik-kelab-koperasi-201282558538 perancang-strategik-kelab-koperasi-2012
82558538 perancang-strategik-kelab-koperasi-2012
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 

B&k

  • 1. 1.0 Pengenalan Perkhidmatan Bimbiangan dan Kaunseling merupakan perkhidmatan yang amat penting di sekolah rendah mahupun institut-institut Pengajian Tinggi. Ianya bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah disiplin di sekolah, malah, ia juga dapat menolong pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sekolah yang dipilh untuk ditinjau oleh kumpulan kami dalam menjayakan kerja kursus ialah SJK ( C ) Desa Jaya, Kepong. Sekolah ini dipilh kerana dijangka Unit B&K di sekolah ini aktif disebabkan bilangan muridnya yang ramai. Seramai 4432 murid yang belajar di sekolah ini, 2247 murid dari sesi pagi dan 2185 dari sesi petang. Terdapat 185 orang guru yang bertugas di sekolah ini termasuklah 3 orang guru kaunseling dimana 2 orang guru ditugaskan di sesi pagi dan seorang lagi guru kaunseling ditempatkan di sesi petang. Ini disebabkan murid tahap 1 lebih jarang mengalami masalah disiplin berbanding dengan murid tahap 2. Dari sesi temu bual yang dijalankan, didapati bahawa guru-guru kaunseling di sekolah ini menggunakan buku panduan yang disediakan dengan sepenuhnya dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran. 2.1 Matlamat Unit B&K Menurut Puan Lim Sok Chuang, Ketua Unit B&K , matlamat unit B&K adalah seperti berikut: 1. Merancang, menyelaras, mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi murid. 1
  • 2. 3. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan murid daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan perbuatan anti sosial yang lain. 4. Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan semula murid yang bermasalah supaya mereka mampu manghadapi dan mengatasi masalah sendiri. 5. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukan. 6. Memberikan perkhidmatan kea rah membangun dan memajukan sekolah dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum. 7. Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid. 2.2 Peranan Guru Kaunseling Menurut beliau, peranan guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa termasuklah : 1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 2. Mengenal pasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kaki tangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid. 3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid. 4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai. 5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk ajar ( instructional ) yang merangsang perkembangan murid secara optimum. 6. Merancang, melaksana, mengawalselia Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling individu secara professional dan beretika. 7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid. 2
  • 3. 8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti selepas peperiksaan UPSR. 9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok, dan alkohol. 10. Merancang, menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang pendidikan selepas UPSR. 11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah. 12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid. 13. Membuat penilaian aktiviti, modu, instrument, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 15. Menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 16. Menjadi Penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 17. Mengenalpasti dan merujuk murid, guru, kakitangan dan sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis di sekolah. 18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan. 19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah. 20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah. 3
  • 4. 21. Menjadi perancang dan pelaksna dalam program PRS, Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Program Kaunseling Berfokus, Program Kepimpinan Pengawas, Program Keibubapaan, Program Orientasi Murid dan Program Mentor-mentee di sekolah. 22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan murid seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan seumpamanya. 23. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat/ Program Peningkatan Keselamatan Sekolah, Dasar Pendidikan Wajib dan Penempatan (kemasukan) murid di sekolah. 24. Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid di Pejabat Pelajaran Daerah / Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. 25. Melaksanankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa. 2.3 Bidang Perkhidmatan B&K 1. Inventori Individu Dan Rekod a. Fail bimbingan untuk setiap orang pelajar dikendali dengan teratur dan selamat dalam bidang perkhidmatan ini. b. Butiran-butiran berkait dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar juga dikumpul dan direkod dengan teliti. c. Perangkaan dan corak kehadiran pelajar diawasi untuk tujuan rujukan kaunseling. d. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar diselaras, dijaga dan dikemaskini dari masa ke semasa. e. Pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah diberi maklumat objektif untuk tujuan pemulihan. f. Guru kaunseling juga akan menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar. 4
  • 5. 2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat. Dalam perkhidmatan ini, ketua dan guru kaunseling akan: a.Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah b.Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi. c.Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat. d.Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan lain. e.Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat. f.Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya merokok dan inhalen. 3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok Ketua Unit B&K dan guru-guru kaunseling bertanggungjawab untuk: a. Memberi bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu, misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain- lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa. b.Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM, SPMV dan STPM. c.Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka. 4. Perkhidmatan Kaunseling Guru B&K akan mengadakan sesi kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok mengenai: (a) Pencapaian akademik yang tidak memuaskan. 5
  • 6. (b) Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain. (c) Kerjaya, pelajaran dan peribadi. (d) Tidak turut serta dalam aktiviti kokurikulum. (e) Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, merokok, bertumbuk dan menggunakan dadah dan bahan inhalen. Selain itu, kelas kaunseling tunjuk ajar juga diadakan untuk mengajar perkara- perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen. 5. Perkhidmatan Penempatan Perkhidmatan ini bertujuan membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan mereka. Tugas Guru B&K : a. Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program seumpama ini diadakan). b. Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik). c. Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi pekerjaan. 6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen Perkhidmatannya termasuklah: (a) Bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen. (b) Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan. 6
  • 7. (c) Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerianatau Jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat sekolah. 7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan Tujuan perkhidmatan ini adalah untuk: (a) Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta. (b)Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah. (c)Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar. (d)Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah. (e) Merancang tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar. (f) Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya. 8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos (a) Penyelarasan aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain dijalankan dalam bidang perkhidmatan ini. (b) Ia juga menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. (c) Penyelaraan penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah juga diadakan. (d) Guru B&K juga merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat. 7
  • 8. 9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa Guru B&K bertanggungjawab: (a) Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran dalam bidang perkhidmatan ini.. (b) Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan. (c) Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru. (d) Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar. (e) Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga. 10. Perkhidmatan Penilaian Dalam bidang perkhidmatan ini pula, guru B&K akan: (a) Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing Rakan Dinamik, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar. (b) Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah. 2.4 Teknik Pengumpulan Inventori Rekod 1) Mengumpul Data Murid Perkhidmatan mengumpul data pelajar dipanggil sebagai perkhidmatan inventori individu. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah biodata kesihatan, pencapaian akademik, bakat penyesuaian peribadi, minat rancangan masa depan dan latar belakang keluarga pelajar itu. Kaedah Perkhidmatan: a) Rekod Himpunan Sulit 001/M/77 Mengandungi butir-butir keluarga pelajar, rekod kedatangan sekolah, gerak kerja kokurikulum, keputusan ujian dan peperiksaan. Himpunan sulit pelajar termasuklah sifat diri pelajar, minat dan kecenderungan pelajar mengikut pandangan guru dan diri pelajar. 8
  • 9. b) Temu duga ibubapa diadakan untuk mendapatkan maklumat tentang pelajar.Mengendalikan temuduga dengan berkesan dapat mewujudkan hubungan (tidak terlalu formal dan stereotaip), ingatan yang kuat (tidak digalakkan mencatat semasa sesi berlangsung), sabar dan ramah, rancang masa temu duga, merekod data. c) Borang soal selidik dijawab responden (ibu bapa & pelajar). Aquino&Alviar (1980) kebolehpercayaan borang ini boleh ditingkatkan dengan pengawasan teliti oleh kaunselor. Lebih paktikal dan responden bebas menjawab menurut nilai-nilai kepercayaan dan budaya masing-masing. d) Kaedah perkhimatan sebaran secara tidak langsung. Contohnya : poster, risalah, pameran, majalah sekolah dan radio sekolah. 2) Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya Kaunselor perlu mempunyai pengetahuan asas tentang keperluan murid dan memahami tingkah laku murid dan sahsiah mereka. Mempunyai kemahiran mendengar, komunikasi, mengenal pasti masalah dan kemahiran membuat keputusan juga adalah cirri-ciri yang perlu ada pada seorang kaunselor yang professional. 3) Perkhidmatan Mencari Klien. Menurut Mohd Fadzil Jamaluddin (1992), perkhidmatan mencari klien ialah perkhidmatan sebaran iaitu tindakan mengiklankan kaunseling di sekolah. Kaedah Perkhidmatannya termasuklah kaedah perkhidmatan secara langsung contohnya, memberi ceramah kepada pelajar, Persatuan Ibu Bapa & Guru(PIBG), kelab bimbingan dan kaunseling sekolah dan mengadakan aktiviti kelab. 9
  • 10. 2.5 Program Perkhidmatan B&K Terdapat 8 bidang tugas dalam Perkhidmatan B&K. Bidang Bimbingan dan Kaunseling merupakan bidang yang paling umum. Antara perkhidmatan yang terdapat dalam bidang ini termasuklah: (i) Kaunseling individu (ii) Kaunseling kelompok (iii) Bimbingan individu (iv) Bimbingan kelompok (v) Konsultasi Di SJK ( C ) Desa Jaya, kaunseling individu adalah cara yang biasa digunakan. Menurut Encik Kho, guru kaunseling sekolah tersebut, masalah yang biasanya dihadapi oleh murid yang memerlukan kaunseling ialah masalah disiplin dan masalah keluarga. Dalam bidang akademik pula, perkhidmatan yang dibekal adalah seperti berikut: (i) Bimbingan kelompok (ii) Bimbingan individu (iii) Bengkel (iv) Seminar (v) Mentor Mentee dan lain-lain lagi Kaedah yang dipilih oleh guru B&K di sekolah ini termasuklah seminar, ceramah, bengkel dan lawatan. Menurut Encik Kho, kaedah-kaedah tersebut dapat meningkatkan minat dan keyakinan diri murid terhadap pelajaran. Program Mentor Mentee juga dijalankan pada murid tahun 6 dan murid dari kelas tegak Tahun 1 di sekolah ini. Murid yang terlibat dalam program ini perlu mendapatkan bimbingan dari guru pembimbing mereka 30minit seminggu. Guru pembimbing perlu memberi dan menyemak tugasan murid mereka. Selain itu, bagi murid sesi petang, guru-guru akan menyediakan tayangan video, lagu, lagu sifir, pantun, puisi untuk murid-murid sebelum waktu persekolahan 10
  • 11. bermulai iaitu dari pukul 12.30 hingga pukull 1.00 petang. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Matematik. Dalam bidang Pendidikan Pencegahan Dadah/ Rokok/ Inhalan dan HIV/AIDS pula, Unit B&K pernah mengadakan ceramah dan pertandingan melukis poster. Ini dapat memupuk sikap benci kepada dadah di samping mendidik murid kita kemahiran menghindar jangkitan HIV/AIDS. 3.0 Langkah-langkah Perkhidmatan B&K Memperkembangkan Prestasi dan Diri Murid Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah perkhidmatan yang disediakan khususnya untuk membimbing dan menolong para pelajar dan warga sekolah yang mengalami kekeliruan dalam proses pertumbuhan dan perkembangan diri untuk mencapai matlamat hidup. Dari segi perkembangan diri dan prestasi pelajar, Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah memainkan pelbagai peranan seperti seorang kawan,ibu bapa, cikgu dan sebagainya. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah menolong pelajar dengan membantu perubahan tingkah laku sesetengah pelajar akibat tempoh pertumbuhan. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling juga membantu pelajar semasa membuat pelbagai keputusan seperti seseorang pelajar telah diajak oleh kawan untuk berjudi tetapi dia tidak megetahui bahawa sama ada perlu mengikuti kawan tersebut atau tidak mengikutinya tetapi akan kehilangan seorang kawan. Maka, kaunselor Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan menjelaskan pelbagai akibat yang akan dialami olehnya seperti ditangkap oleh pihak polis jika mengikuti kawan tersebut untuk berjudi dan mempercepatkan pelajar tersebut menjadi rasional semasa mengalami masalah. Selain itu, Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti kem motivasi untuk membantu pelajar berkembang dari pelbagai bidang yang berkaitan dengan ko-kurikulum semasa belajar di sekolah. Perkhidmatan 11
  • 12. Bimbingan dan Kaunseling akan membantu pelajar untuk memahami diri dan kebolehan sendiri. Dengan itu,pelajar akan memilih pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan mereka dan diminati oleh mereka. Maka, pelajar akan lebih maju selepas mendapat pekerjaan. Selepas itu,pelajar akan membuat penyesuaian yang paling baik dalam tempoh yang paling singkat. Kaunselor Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu sentiasa berhubung dengan guru kelas untuk mengenalpasti pelajar yang memerlukan pertolongan khas seperti didera oleh ibu bapa atau dibudi oleh pihak luar menyebabkan pelajar tersebut ponteng sekolah atau enggan balik ke rumah. Kemerosotan disiplin yang semakin teruk baru-baru ini perlu dikenalpasti dan mendapat penyelesaian paling berkesan dan cepat oleh pihak sekolah dan pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Jika pihak sekolah dan pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tidak mengambil perhatian, maka masalah disiplin di sekolah tidak akan selesai dan menjejaskan masyarakat selepas pelajar bekerja di masyarakat. Dengan ini, pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu menekankan kepentingan peraturan-peraturan sekolah , sentiasa mengadakan ceramah-ceramah yang memberi pengertian akan falsafah hidup. Untuk mengatasi masalah disiplin, pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu memahami sesetengah pelajar tidak boleh didenda, sebaliknya pelajar tersebut bersedia berubah apabila kaunselor menjalankan proses rundingan mengenai masalah yang mereka hadapi. Kaedah ini lebih sesuai kerana kaunselor Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dilihat sebagai orang yang lebih rapat dengan pelajar tersebut . Selain berunding dengan pelajar, pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu menyerabkan pembinaan nilai- nilai ,tingkahlaku dan tatasusila secara beransur-ansur dan bukannya secara paksaan. Ini boleh membawa kepada keupayaan pelajar-pelajar mendisiplinkan diri mereka tanpa tekanan dari mana-mana pihak. Program bimbingan yang dicadangkan oleh Unit Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bersifat menyeluruh dan pelbagai mobiliti iaitu khidmat bimbingan untuk semua kelompok di sekolah tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau kepercayaan dalam aspek perkembangan individu seperti kognitif, 12
  • 13. psikomoto, afektif, jasmani, moral atau agama, kejantinaan , vokasional atau kerjaya. Bersepadu dengan cadangan Unit Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah telah menyediakan perkhidmatan yang mengandungi 10 aspek. Pertama sekali, Perkhidmatan Inventori Individu dan Rekod. Pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu mengendalikan fail bimbingan bagi setiap pelajar. Mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar. Pihak pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling juga perlu mengawasi corak kehadiran dan memberi maklumat tentang pencapaian dan kemajuan pelajar tertentu untuk bimbingan atau pendidikan pemulihan. Tugasan menyelaras, menjaga dan mengemas kini rekod adalah untuk menjalankan kaji selidik dan membuat tafsiran tentang pelajar yang tertentu. Perkhidmatan Memberi maklumat disediakan oleh pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk mengumpul dan menyebar maklumat pelajaran, vokasional , latihan dan kerjaya kepada pelajar. Pihak pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan merancang,melaksanakan , mengawal aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar melalui penerbitan risalah-risalah, buku-buku kecil,poster, bulletin dan pengendalian hari kerjaya dan pameran kerjaya. Selain itu, pihak pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sesetengah sekolah juga mewujudkan laman web untuk memberi maklumat tentang kaedah pembelajaran yang lebih berkesan. Dalam tajuk tersebut, ia akan mengajar pelajar tentang langkah persediaan, teknik pembelajaran, kesungguhan belajar,punca lupaan dan cara menguatkan ingatan. Ketiga, Perkhidmatan Bimbingan Secara Kelompok. Aktiviti yang dijalankan oleh pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah tunjuk ajar yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri yang positif, aspek kognitif, afektif, psikososial, jasmani,kejantinaan, vokasional moral atau agama. Bimbingan ini bertujuan untuk perkembangan diri. Bimbingan yang bersifat penyesuaian akan mengadakan bimbingan kelompok tentang masalah disiplin, pelajaran, sosial dan lain-lain topik. Seterusnya, Perkhidmatan Kaunseling yang dilakukan secara individu atau kelompok untuk menyelesaikan rujukan yang dibuat oleh guru dan ibu bapa, ketidakhadiran 13
  • 14. kegiatan kokurikulum, masalah disiplin dan sebagainya. Kaunseling keluarga mungkin akan diadakan untuk memahami masalah pelajar jika masalah pelajar serius. Seperti mana yang disebut sebelum ini, pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan memberi Perkhidmatan Penempatan untuk membantu pelajar memilih kegiatan bidang kokurikulum semasa di sekolah atau pekerjaan selepas lepasan sekolah. Pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan membantu pelajar memilih bidang yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuan pelajar. Perkhidmatan yang keenam adalah Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah. Perkhidmatan ini diadakan untuk menanam dan memupuk sikap benci akan dadah. Pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk merancang, melaksanakan tentang aktiviti pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol. Jika terdapat pelajar yang terambil dadah,pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan memberi bantuan pemulihan atau rawatan dan memberi maklum balas kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Dalam Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan, pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan menolong pelajar lepasan sekolah dalam hal-hal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya.Perkhidmatan ini juga akan merancang bersama guru tentang cara yang paling berkesan untuk mengawasi kemajuan pelajar. Perkhidmatan Penyelaras Sumber yang disediakan adalah untuk menjadi penyelaras bagi aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan pelajar dan menjadi pakar rujuk dalam kegiatan kokurikulum. Perkhidmatan Perbincangan dengan ibu bapa adalah disediakan untuk berhubung dengan ibu bapa pelajar untuk mengawasi kemajuan pelajar terutamanya pelajaran dan disiplin. Pihak Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling juga akan menghubungi ibu bapa pelajar jika kemajuan disiplin pelajar tidak memuaskan. Perkhidmatan yang kesepuluh adalah Perkhidmatan Penilaian. Penilaian yang dibuat adalah untuk meningkat mutu program bimbingan, menilai model bimbingan sebelum pelaksanaan. 14
  • 15. Semua perkhidmatan ini adalah disediakan demi kebaikan pelajar dari pelbagai aspek. Tidak dapat dinafikan,Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah memainkan peranan yang penting untuk menolong pelajar dalam perkembangan diri dan prestasi. 4.0 Penghargaan Ketiga-tiga ahli kumpulan kami berasa amat gembira kerana dapat bekerjasama dalam menjayakan tugasan ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tiga orang guru kaunseling dari SJK (c) Desa Jaya kerana sudi membantu member maklumat kepada kami walaupun sebahagian daripada maklumat yang diberi adalah sulit. Selain memberi maklumat, mereka juga memperkenalkan beberapa buah buku yang dapat membantu kami dalam tugasan ini. Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, Ms. Teh Chiew Lan keranan memberi kami tugasan ini. Beliau memberi banyak bimbingan dan cadangan supaya kami dapat menyelaesaikan tugasan ini dengan lebih senang. Sebelum membuat tugasan ini, kami cuma tahu adanya Unit B&K di sekolah tetapi tidak sedar tentang tugasnya, peranannya dan bidang perkhidmatan yang diberi oleh unit tersebut. Selepas membuat tugasan ini, barulah kami sedar bahawa kepentingan Unit B&K. Tugas dan peranan guru B&K amat sukar dan beban mereka juga amtat berat. Akan tetapi, jasa mereka sangat besar kerana dengan adanya guru- guru kaunseling, barulah organisasi sekolah dapat berfungsi dengan baik. Kami berharap semua Unit B&K di sekolah ataupun di institut di Negara kita dapat berfungsi dengan sempurna dan guru-guru kaunseling dapat menjalankan tugas mereka tanpa halangan kerana ianya amat penting dalam memastikan kebaikan semua pihak. 15
  • 16. Akhir kata, kami juga berharap agar tugasan ini mematuhi garis panduan tugasan yang diberi pensyarah dan kami mengucapkan ribuan maafan sekiranya terdapat kesilapan dalam tugasan ataupun pengguanaan istilah kami kurang memuaskan. Sekian terima kasih. JADUAL PELAKSANAAN TUGAS TARIKH AKTIVITI 6 Julai 2011 Temu bual dengan ketua unit B&K tentang matlamat Unit B&K dan peranan guru kaunseling 20 Julai 2011 Temubual kali dengan guru kaunseling, Kho Pu Soon tentang Bidang Perkhidamatan B&K 21 Julai 2011 Perbincangan antara ahli kumpulan 23 Julai 2011 Temubual dengan Joo Choon Heong, guru B&K sesi petang mengenai teknik pengumpulan inventori rekod 5 Ogos 2011 Pengumpulan maklumat tentang program yang dijalankan dalam tahun 2010 dan 2011 8 Ogos 2011 Mengambil gambar bilik kaunseling dan sesi kaunseling 7 September 2011 Cari maklumat tentang langkah-langkah B & K memperkembangkan diri dan prestasi pelajar 24 September 2011 Perbincangan ahli kumpulan untuk menjayakan laporan dan esei. 17 September 2011 Membuat bibliografi, penghargaan dan menaip jadual pelaksanaan tugas 16
  • 17. 17