SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  7
5.0 Isu yang dibincangkan dalam kurikulum.

Dalam dunia pendidikan, kurikulum yang diselaraskan di semua sekolah menengah
mahupun sekolah rendah amat penting bagi perkembangan individu yang menyeluruh dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selama proses persekolahan sebelas tahun, penerapan
dan perkembangan nilai-nilai murni dalam setiap individu amat dititikberatkan. Bukan shaja
menyebarkan ilmu malah tugas mereka sebagai ibu bapa kedua perlu diambil kira dalam
memupuk nilai, sikap dan sahsiah yang baik terhadap pelajar. Namun, terdapat juga isu yang
diterbitkan tentang penerapan kurikulum ini dalam pendidkan.

Salah satu isu yang diketengahkan ialah, kurangnya konsep kendiri dan kepercayaan
dalam diri guru. Konsep kendiri ini berkait rapat dengan diri guru itu sendiri. Sifat yakin dan
bersemangat untuk menyebarkan ilmu dan memberi harapan kepada pelajar amat diperlukan.
Begitu juga dengan sikap kepercayaan, ia menjadi tunggak utama dalam melakukan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Faktor yang mempengaruhi isu ini terbahagi
kepada dua golongan iaitu:

i.

Guru lama

ii.

Guru baru

Faktor yang berkait rapat dengan guru lama ialah sebahagian mereka lemah dalam konsep
matematik. Kajian oleh Macghee (1990) mendapati bahawa guru-guru Matematik sekolah
menengah memiliki pengetahuan prosedur yang berasaskan kefahaman relasional yang kukuh
ketika menerangkan konsep fungsi. Walaupun mereka dapat menunjukkan kebolehan yang
tinggi dalam penguasaan kemahiran tajuk terseut tetapi masih sukar untuk membuat perkaitan
dan hubungan antara elemen yang terlibat. Namun, bagi guru baru juga mereka mengalami
masalah dalam menerangkan sesuatu topik kepada pelajar. Hal ini kerana bakal guru atau
guru baru (guru dilatih) kurang membuat rujukan untuk mengetahui atau memahami sesuatu
tajuk dan kurang memberi respon pada pelajar. Besar kemungkinan guru baru mengambil
masa untuk menyesuaikan diri dalam suasana kelas dan sekolah tersebut dan menimba
pengalaman.

Faktor

kedua yang diketengahkan dalam kurikulum ini ialah ketidaksepadan

matlamat kurikulum dengan kepercayaan yang ada pada guru. Secara rumusnya, pelaksanaan
kurikulum tidak dapat dilakukan secara holistik. Dasar kurikulum yang berubah perlu
mendapat kata sepakat daripada pelaksana itu sendiri iaitu tenaga pengajar kerana mereka
yang akan menyampaikan ilmu dan menyebarkan isi kandungan yang terdapat dalam
matlamat kurikulum. Jika guru tidak dapat melaksanakan kurikulum tersebut dengan baik,
maka matlamat kurikulum yang ingin diketengahkan tidak akan tercapai. Mengikut Pusat
Perkembangan Kurikulum, kurikulum sekolah menengah berintegrasi bagi sukatan pelajaran
Matematik telah dilaksanakan bertujuan untuk mengembangkan individu yang berfikiran
matematikal, dan mengaplikasikan kemahiran matematik secara efektif, dan boleh
memnyelesaikan masalah serta membuat kesimpulan, dan dapat menghadapi cabaran yang
kehidupan seharian melalui penguasaan dalam sains dan teknologi. Terdapat sepuluh objektif
yang ingin dicapai dalam pelaksanaan kurikulum matematik. Pertama pelajar haruslah
memahami definisi, konsep, peraturan, prinsip dan theorem berkaitan Number, Space and
Shape, dan Relationship. Kedua, pelajar boleh mengembangkan asas operasi penambahan,
penolakan, pendaraban serta pembahagian mengenai Number, Space and Shape dan
Relationship. Seterusnya, pelajar memerlukan kemahiran asas seperti membuat pembundaran
dan penganggapan, mengukur dan membina, mengumpul dan mengendalikan data, mewakili
dan mentafsir data, mengiktiraf dan mewakili hubungan matematik, menggunakan algoritma
dan hubungan, menyelesaikan masalah, membuat kesimpulan dan sebagainya. Di sini, guru
haruslah memahami setiap objektif yang ingin dicapai supaya konsep kendiri dan
kepercayaan guru itu dapat ditingkatkan apabila berhadapan dengan pelajar kerana guru
sudah mengetahui apa yang akan diajar kelak.

Faktor ketiga yang menggagalkan konsep kepercayaan guru ialah pengalaman
mengajar Mengajar sebenarnya bukan sesuatu yang mudah. Proses mencurahkan ilmu kepada
pelajar memerlukan banyak kesabaran, komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugasan
serta displin yang mantap dalam memupuk sahsiah, nilai dan sikap pelajar itu sendiri.
Pengalaman mengajar merupakan suatu pengalaman yang boleh dijadikan sebagai rujukan
untuk guru terutama guru pelatih baru yang bakal menerajui pentadbiran sekolah kelak dan
menggantikan guru-guru yang bakal pencen. Menurut Tschannen- Moran dan Hoy (2002)
menegaskan bahawa guru yang berpengalaman berefikasi (berkeyakinan) tinggi kerana
mereka telah melalui peluang demi peluang menerusi tugas pengajian harian untuk tempoh
yang lama berbanding guru baru yang perlu mengembangkan kemahiran dan pengurusan
kelas dan strategi. Begitu juga menurut Tsui (1995) faktor pengalaman mengajar merupakan
unsur utama dalam meningkatkan efikasi kendiri guru.
Guru pelatih ini yang akan mencorak sahsiah pelajar serta mempelbagaikan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Seperti yang kita tahu, pengalaman
mengajar yang kurang boleh menyebabkan sifat efikasi guru itu berkurang. Hal ini kerana,
mereka tidak didedahkan dengan suasana bilik darjah serta kawasan sekolah jika
dibandingkan dengan guru yang sudah bertahun-tahun mengajar. Mereka lebih berkeyakinan
dan sudah biasa mengawal suasana bilik darjah dan kerenah pelajar.

Isu yang kedua yang ingin dibincangkan dalam topik ini ialah, kelemahan guru dalam
kaedah pengajaran. Konsep proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang berkesan
ialah setiap kandungan kurikulum yang disampaikan dan cara penyampaian guru tersebut
dalam memahamkan pemikiran pelajar. Mengikut J.M Cooper dalam bukunya Classroom
Teaching Skills, beliau menyatakan bahawa “the effective teacher is one who able to bring
about intended learning outcomes”. Oleh itu, pengajaran yang efektif ialah hasil
pembelajaran

terakhir

yang

berjaya

dicapai

mengikut

objekifnya.

Guru

perlu

mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam kelas. Ia bukan sahaja tertumpu kepada kaedah
pengajaran itu sendiri tetapi penyampaian kandungan yang difahami oleh pelajar. Sebagai
contohnya, alat bantu mengajar merupakan satu bahan yang menjadi penguat kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Kerajaan kini ingin mendidik semua golongan masyarakat
mahir dan maju dalam bidang ICT (Information & Communication in Technology) terutama
dalam bidang pendidikan. Bakal guru yang akan menggantikan guru lama perlu
berpengalaman dalam menggunakan teknologi canggih supaya pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah tidak lagi berpusatkan pada guru semata-mata. Namun, masalah yang
timbul apabila matlamat kurikulum yang digubal tidak selaras dengan apa yang ingin
dilaksanakan.

Kemudahan infrastruktur di sekolah menjadi faktor mengapa guru tidak dapat
meneruskan kurikulum tersebut. Kekurangan bahan bantu mengajar seperti projektor,
komputer, mahupun gambarajah, foto, model, objek sebenar juga video terutama di sekolah
kawasan luar bandar menjadi batu penghalang bagi pelajar ingin belajar dan guru yang ingin
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, guru yang tidak memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar juga boleh
menyebabkan kaedah pengajaran tidak bersesuaian di dalam bilik darjah. Masalah yang
sering kali dihadapi oleh pelajar dalam mata pelajaran Matematik ialaah lemah dalam asas
Matematik. Seperti yang sedia maklum, mata pelajaran Matematik merupakan pelajaran yang
mengembang dan membangun (developmental) yang memerlukan banyak latihan dan
kemahiran berfikir. Oleh itu, pelajar yang sudah ketinggalan di peringkat bawah, akan
menghadapi masalah kesukaran mengikuti dan memahami pelajaran di peringkat lanjut.
Kesannya, sikap pelajar terhadap pelajaran Matematik akan berkurangan dan mengubah
persepsi mereka mengatakan Matematik mata pelajaran yang paling susah difahami. Guru
pula akan membuat tanggapan yang tidak tepat dan merasakan pelajar mereka tidak memberi
perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, kaedah pengajaran dalam bilik darjah dikatakan lemah apabila guru
menitikberatkan ingin menghabiskan sukatan pelajaran (syllabus). Kaedah pengajaran
sepatutnya perlu dikurangkan kerana dengan cara penyampaian begini, tiada unsur
penghayatan dan penerapan berlaku dalam kelas. Kesannya terhadap pelajar, mereka
merasakan ketinggalan terutama bagi pelajar yang sememangnya lemah dalam asas
Matematik. Tambahan pula, guru yang ingin menghabiskan sukatan ini akan menghalang
kemahiran berfikiran mereka seterusnya berkemungkinan besar soalan yang ingin ditanya
juga terbantut gara-gara guru ingin menjimatkan masa dengan menghabiskan sukatan lebih
awal. Sebenarnya, sukatan Matematik tidak memerlukan pemahaman konsep Matemtik yang
baik tetapi penekanan juga perlu dibuat pada kemahiran berfikir.
Seterusnya, isu guru mengajar bukan opsyen juga sudah biasa kita dengar.
Kebanyakan graduan-graduan Ijazah Sarjana Muda (ISMP) sekarang tidak mendapat opsyen
masing-masing. Malah mereka mendapat opsyen yang bertentangan dengan opsyen mereka.
Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah mengeluarkan statistik bilangan guru di Malaysia pada 31 Januari
2011. Jumlah guru lelaki adalah seramai 127 421 orang dan 285 299 orang adalah guru
perempuan. Jumlah ini menunjukkan satu jumlah yang besar. KPM menghadapi masalah
menempatkan guru-guru di sekolah luar Bandar. Biasanya situasi ini dihadapi oleh guru
perempuan. Hal ini menyebabkan berlakunya ketidaksepadanan (mismatch) dalam
pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang
mengajar di sekolah menjadi “bidang terjun”. Guru bukan opsyen terpaksa mengajar mata
pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan
pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka
kewibawaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.
Kesan guru bukan opsyen mengajar matematik
Antara kesan apabila guru mengajar subjek bukan opsyen, mereka akan kurang yakin dan
tiada semangat untuk mengajar. Mereka juga akan bersikap sambil lewa dan kurang membuat
persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) bermula. Guru juga tidak
bersikap positif dalam ketidaksepadanan pengagihan guru mengikut opsyen kerana
menganggap diri mereka dipaksa untuk mengajar subjek bukan opsyen. Oleh itu, hal ini akan
menyebabkan konsep matematik dalam kalangan guru bukan opsyen sangat rendah.
Tidak dapat dinafikan bahawa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat penting
dalam proses pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran matematik pada
masa kini telah memberi keutamaan kepada pembentukan konsep matematik yang dikaitkan
dengan pengalaman pelajar di dalam kelas mahupun di luar kelas. Para pendidik juga sedia
maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari
seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu
sendiri melalui proses interaksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh
dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan
pengalaman harian. Ia juga dapat memberi pengertian baru kepada konsep pembelajaran.
Pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam matematik amatlah sukar untuk dicapai.
Kesukaran ini disebabkan oleh ciri-ciri matematik yang kebanyakan konsepnya saling berkait
di mana pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep
sokongan yang lain. Penekanan diberikan kepada pembelajaran matematik bercorak
pengembangan pemikiran pelajar iaitu kemahiran menyelesaikan masalah yang merangkumi
proses penyelesaian masalah. Contohnya seperti memahami masalah, merancang strategi,
melaksanakan rancangan dan menyemak kesudahannya. Kesilapan kepada tafsiran dalam
konsep akan memberi gambaran yang berlainan terhadap makna sebenar. Jika guru kurang
semangat dan tidak membuat persediaan sebelum proses P & P bermula, mungkin akan
berlaku kesilapan tafsiran kepada konsep matematik.
Antara punca kepada kelemahan ini adalah kerana kurangnya penguasaan konsep asas
matematik dan akan menyebabkan kurangnya minat terhadap pembelajaran matematik. Oleh
yang demikian, perhatian yang serius perlu diberi penekanan kepada pembentukan
kefahaman yang betul di peringkat awal lagi.
Isu seterusnya yang memberi cabaran terhadap kurikulum ialah dalam penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Maksud “Penggunaan ICT dalam P & P” ialah
menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P & P
memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah
pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan
komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P &
P. Elemen yang penting dalam menintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi
pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Manakala menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P & P bermaksud penggunaan
teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran.
Penggunaan teknologi mesti ada hubungkait tentang kaedah pengajaran. Guru perlu
menintegrasi ICT untuk memberi penambahan kepada aktiviti P & P. Ringkasnya peranan
ICT dalam P & P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam
pembelajaran dan penilaian.
Mengapa penggunaan ICT diperlukan?
1) Meningkatkan

kefahaman

sesuatu

konsep,

member

gambaran

visual

dan

memudahkan pengiraan kompleks.
2) Meransang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
3) Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih
cepat dan tepat.
4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai
pelbagai kebolehan dan kecerdasan.
5) Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh
dalam keadaan biasa.
6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk
penerokaan.
7) Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba dalam kalangan murid.
8) Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.
9) Menggalakkan murid merealisasikan:
Pembelajaran terarah kendiri
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran kadar kendiri
Menurut Kulanz 2009, pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan
luar bandar. Seperti yang kita sedia maklum, peruntukan komputer di setiap sekolah berbeza.
Perbezaan ketara dapat kita lihat di sekolah bandar dan luar bandar. Di sekolah bandar, semua
kemudahan disediakan dan pelajar dapat menikmati prasarana yang disediakan. Berbeza
dengan luar bandar, pelajar tidak dapat menikmati kemudahan yang sepatunya disediakan di
semua sekolah. Hal ini akan menimbulkan masalah kepada guru dalam pengaplikasian ICT
dalam P&P. Penyelenggaraan komputer juga kurang memuaskan kerana kurangnya
juruteknik di sekolah.
Seterusnya adalah sikap guru yang fobia atau takut komputer. Mereka mempunyai tanggapan
negatif terhadap penggunaan ICT dalam P & P. Menurut Md. Nor Bakar & Rashita A. Hadi
(2011) guru sudah terbiasa menggunakan teknik pengajaran tradisional. Hal ini juga
menyebabkan timbulnya isu penggunaan ICT dalam P & P.
Latihan juga menjadi isu dalam

ICT. Menurut Zoraini (2000), dalam proses

mengimplementasi program berasaskan komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih
tetapi bilangannya terhad. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT dalam
kalangan guru rendah disebabkan bilangan guru yang dilatih terhad.
Seterusnya masa menjadi halangan kepada guru untuk menggunakan ICT dalam P & P. Jika
P & P berlaku di dalam makmal komputer, pelajar akan mengambil masa lebih kurang 10
minit untuk bergerak dari kelas ke makmal komputer. Hal ini akan menyebabkan masa P & P
berkurang dari masa yang telah ditetapkan. Jadi para guru tidak dapat melaksanakan apa yang
dirancang dalam rancangan pengajaran harian mereka. Begitu juga jika P & P berjalan di
dalam kelas. Guru perlu mengambil masa untuk menyediakan peralatan dan perkakasan
komputer. Guru perlu membawa alat-alat ini dari bilik persediaan ke kelas.

Contenu connexe

Tendances

Kepercayaan guru terhadap matematik
Kepercayaan guru terhadap matematikKepercayaan guru terhadap matematik
Kepercayaan guru terhadap matematikfae_eyzah
 
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbatKumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbatIrma Gurlz
 
Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assureAlfa Lyna
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahFarah Waheeda
 
Unit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariUnit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariAminah Rahmat
 
Akses ekuiti
Akses ekuiti Akses ekuiti
Akses ekuiti yatt87
 
Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guruzahjannanti
 
Tugasan ind soalan 1 & 3 baru
Tugasan ind soalan 1 & 3 baruTugasan ind soalan 1 & 3 baru
Tugasan ind soalan 1 & 3 barusmugilah
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...ikhwankmk92
 
Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guruAmeer Chann
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesionalkrys73
 

Tendances (16)

Kepercayaan guru terhadap matematik
Kepercayaan guru terhadap matematikKepercayaan guru terhadap matematik
Kepercayaan guru terhadap matematik
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Math anxiety 3
Math anxiety 3Math anxiety 3
Math anxiety 3
 
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbatKumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
 
kurikulum
kurikulumkurikulum
kurikulum
 
Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assure
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
 
Unit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariUnit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporari
 
Akses ekuiti
Akses ekuiti Akses ekuiti
Akses ekuiti
 
Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guru
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Tugasan ind soalan 1 & 3 baru
Tugasan ind soalan 1 & 3 baruTugasan ind soalan 1 & 3 baru
Tugasan ind soalan 1 & 3 baru
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
 
Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guru
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional
 

Similaire à Isu isu-120520002036-phpapp01

AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanAssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanfiznina86
 
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar MatematikaProblem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematikaguestf6b63af
 
Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibHabibah Abdullah
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044hazwaniAM
 
Matematika sekolah dengan pbl4c
Matematika sekolah dengan pbl4cMatematika sekolah dengan pbl4c
Matematika sekolah dengan pbl4cEnung Sumarni
 
Lesson study artikel
Lesson study artikelLesson study artikel
Lesson study artikelike ikram
 
Sme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approachSme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approachLing Leh
 
Contoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatif
Contoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatifContoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatif
Contoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatifAndy Saiful Musthofa
 
Peran kepemimpinan guru dalam berkomunikasi efektif untuk mengatasi masalah b...
Peran kepemimpinan guru dalam berkomunikasi efektif untuk mengatasi masalah b...Peran kepemimpinan guru dalam berkomunikasi efektif untuk mengatasi masalah b...
Peran kepemimpinan guru dalam berkomunikasi efektif untuk mengatasi masalah b...Linda Rosita
 
Best Practice_Andrian.pdf
Best Practice_Andrian.pdfBest Practice_Andrian.pdf
Best Practice_Andrian.pdfandriansuhaimi
 
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiUnimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiCha Aisyah
 

Similaire à Isu isu-120520002036-phpapp01 (20)

Langkah langkah
Langkah   langkahLangkah   langkah
Langkah langkah
 
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanAssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar MatematikaProblem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
 
Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bib
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044
 
Matematika sekolah dengan pbl4c
Matematika sekolah dengan pbl4cMatematika sekolah dengan pbl4c
Matematika sekolah dengan pbl4c
 
Kt bib (2)
Kt bib (2)Kt bib (2)
Kt bib (2)
 
Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2
 
Lesson study artikel
Lesson study artikelLesson study artikel
Lesson study artikel
 
Desain judul ptk
Desain judul ptkDesain judul ptk
Desain judul ptk
 
Sme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approachSme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approach
 
Contoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatif
Contoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatifContoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatif
Contoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatif
 
Peran kepemimpinan guru dalam berkomunikasi efektif untuk mengatasi masalah b...
Peran kepemimpinan guru dalam berkomunikasi efektif untuk mengatasi masalah b...Peran kepemimpinan guru dalam berkomunikasi efektif untuk mengatasi masalah b...
Peran kepemimpinan guru dalam berkomunikasi efektif untuk mengatasi masalah b...
 
Best Practice_Andrian.pdf
Best Practice_Andrian.pdfBest Practice_Andrian.pdf
Best Practice_Andrian.pdf
 
Penerapan pendekatan rme
Penerapan pendekatan rmePenerapan pendekatan rme
Penerapan pendekatan rme
 
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiUnimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
 
Bab%201 08513245010
Bab%201 08513245010Bab%201 08513245010
Bab%201 08513245010
 

Plus de Habibah Abdullah

Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanHabibah Abdullah
 
Refleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-markingRefleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-markingHabibah Abdullah
 
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...Habibah Abdullah
 
1 analisis dan intepretasi data ujian pra ( kt )
1      analisis dan intepretasi data ujian pra   ( kt )1      analisis dan intepretasi data ujian pra   ( kt )
1 analisis dan intepretasi data ujian pra ( kt )Habibah Abdullah
 
Sekolah kebangsaan hashim awang
Sekolah kebangsaan hashim awangSekolah kebangsaan hashim awang
Sekolah kebangsaan hashim awangHabibah Abdullah
 
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Habibah Abdullah
 
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...Habibah Abdullah
 

Plus de Habibah Abdullah (20)

Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihan
 
Prinsip penggunaan bbm
Prinsip penggunaan bbmPrinsip penggunaan bbm
Prinsip penggunaan bbm
 
Aktiviti ujian mendengar
Aktiviti ujian mendengarAktiviti ujian mendengar
Aktiviti ujian mendengar
 
Refleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-markingRefleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-marking
 
Kerja kursus bm sem.6
Kerja kursus bm sem.6Kerja kursus bm sem.6
Kerja kursus bm sem.6
 
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
 
Draf bm dan bi
Draf bm dan biDraf bm dan bi
Draf bm dan bi
 
1 analisis dan intepretasi data ujian pra ( kt )
1      analisis dan intepretasi data ujian pra   ( kt )1      analisis dan intepretasi data ujian pra   ( kt )
1 analisis dan intepretasi data ujian pra ( kt )
 
Sekolah kebangsaan hashim awang
Sekolah kebangsaan hashim awangSekolah kebangsaan hashim awang
Sekolah kebangsaan hashim awang
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
 
Mesyuarat pss kali ke 3
Mesyuarat pss kali ke 3Mesyuarat pss kali ke 3
Mesyuarat pss kali ke 3
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
Pua kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kau...
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
Refleksi bib
Refleksi bibRefleksi bib
Refleksi bib
 
Minit pss kali 2 (2014)
Minit pss kali 2 (2014)Minit pss kali 2 (2014)
Minit pss kali 2 (2014)
 
Rescued document
Rescued documentRescued document
Rescued document
 
Pemetaan mt thn. 2 baru
Pemetaan mt thn. 2 baruPemetaan mt thn. 2 baru
Pemetaan mt thn. 2 baru
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 

Isu isu-120520002036-phpapp01

  • 1. 5.0 Isu yang dibincangkan dalam kurikulum. Dalam dunia pendidikan, kurikulum yang diselaraskan di semua sekolah menengah mahupun sekolah rendah amat penting bagi perkembangan individu yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selama proses persekolahan sebelas tahun, penerapan dan perkembangan nilai-nilai murni dalam setiap individu amat dititikberatkan. Bukan shaja menyebarkan ilmu malah tugas mereka sebagai ibu bapa kedua perlu diambil kira dalam memupuk nilai, sikap dan sahsiah yang baik terhadap pelajar. Namun, terdapat juga isu yang diterbitkan tentang penerapan kurikulum ini dalam pendidkan. Salah satu isu yang diketengahkan ialah, kurangnya konsep kendiri dan kepercayaan dalam diri guru. Konsep kendiri ini berkait rapat dengan diri guru itu sendiri. Sifat yakin dan bersemangat untuk menyebarkan ilmu dan memberi harapan kepada pelajar amat diperlukan. Begitu juga dengan sikap kepercayaan, ia menjadi tunggak utama dalam melakukan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Faktor yang mempengaruhi isu ini terbahagi kepada dua golongan iaitu: i. Guru lama ii. Guru baru Faktor yang berkait rapat dengan guru lama ialah sebahagian mereka lemah dalam konsep matematik. Kajian oleh Macghee (1990) mendapati bahawa guru-guru Matematik sekolah menengah memiliki pengetahuan prosedur yang berasaskan kefahaman relasional yang kukuh ketika menerangkan konsep fungsi. Walaupun mereka dapat menunjukkan kebolehan yang tinggi dalam penguasaan kemahiran tajuk terseut tetapi masih sukar untuk membuat perkaitan dan hubungan antara elemen yang terlibat. Namun, bagi guru baru juga mereka mengalami masalah dalam menerangkan sesuatu topik kepada pelajar. Hal ini kerana bakal guru atau guru baru (guru dilatih) kurang membuat rujukan untuk mengetahui atau memahami sesuatu tajuk dan kurang memberi respon pada pelajar. Besar kemungkinan guru baru mengambil masa untuk menyesuaikan diri dalam suasana kelas dan sekolah tersebut dan menimba pengalaman. Faktor kedua yang diketengahkan dalam kurikulum ini ialah ketidaksepadan matlamat kurikulum dengan kepercayaan yang ada pada guru. Secara rumusnya, pelaksanaan
  • 2. kurikulum tidak dapat dilakukan secara holistik. Dasar kurikulum yang berubah perlu mendapat kata sepakat daripada pelaksana itu sendiri iaitu tenaga pengajar kerana mereka yang akan menyampaikan ilmu dan menyebarkan isi kandungan yang terdapat dalam matlamat kurikulum. Jika guru tidak dapat melaksanakan kurikulum tersebut dengan baik, maka matlamat kurikulum yang ingin diketengahkan tidak akan tercapai. Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum, kurikulum sekolah menengah berintegrasi bagi sukatan pelajaran Matematik telah dilaksanakan bertujuan untuk mengembangkan individu yang berfikiran matematikal, dan mengaplikasikan kemahiran matematik secara efektif, dan boleh memnyelesaikan masalah serta membuat kesimpulan, dan dapat menghadapi cabaran yang kehidupan seharian melalui penguasaan dalam sains dan teknologi. Terdapat sepuluh objektif yang ingin dicapai dalam pelaksanaan kurikulum matematik. Pertama pelajar haruslah memahami definisi, konsep, peraturan, prinsip dan theorem berkaitan Number, Space and Shape, dan Relationship. Kedua, pelajar boleh mengembangkan asas operasi penambahan, penolakan, pendaraban serta pembahagian mengenai Number, Space and Shape dan Relationship. Seterusnya, pelajar memerlukan kemahiran asas seperti membuat pembundaran dan penganggapan, mengukur dan membina, mengumpul dan mengendalikan data, mewakili dan mentafsir data, mengiktiraf dan mewakili hubungan matematik, menggunakan algoritma dan hubungan, menyelesaikan masalah, membuat kesimpulan dan sebagainya. Di sini, guru haruslah memahami setiap objektif yang ingin dicapai supaya konsep kendiri dan kepercayaan guru itu dapat ditingkatkan apabila berhadapan dengan pelajar kerana guru sudah mengetahui apa yang akan diajar kelak. Faktor ketiga yang menggagalkan konsep kepercayaan guru ialah pengalaman mengajar Mengajar sebenarnya bukan sesuatu yang mudah. Proses mencurahkan ilmu kepada pelajar memerlukan banyak kesabaran, komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugasan serta displin yang mantap dalam memupuk sahsiah, nilai dan sikap pelajar itu sendiri. Pengalaman mengajar merupakan suatu pengalaman yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk guru terutama guru pelatih baru yang bakal menerajui pentadbiran sekolah kelak dan menggantikan guru-guru yang bakal pencen. Menurut Tschannen- Moran dan Hoy (2002) menegaskan bahawa guru yang berpengalaman berefikasi (berkeyakinan) tinggi kerana mereka telah melalui peluang demi peluang menerusi tugas pengajian harian untuk tempoh yang lama berbanding guru baru yang perlu mengembangkan kemahiran dan pengurusan kelas dan strategi. Begitu juga menurut Tsui (1995) faktor pengalaman mengajar merupakan unsur utama dalam meningkatkan efikasi kendiri guru.
  • 3. Guru pelatih ini yang akan mencorak sahsiah pelajar serta mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Seperti yang kita tahu, pengalaman mengajar yang kurang boleh menyebabkan sifat efikasi guru itu berkurang. Hal ini kerana, mereka tidak didedahkan dengan suasana bilik darjah serta kawasan sekolah jika dibandingkan dengan guru yang sudah bertahun-tahun mengajar. Mereka lebih berkeyakinan dan sudah biasa mengawal suasana bilik darjah dan kerenah pelajar. Isu yang kedua yang ingin dibincangkan dalam topik ini ialah, kelemahan guru dalam kaedah pengajaran. Konsep proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang berkesan ialah setiap kandungan kurikulum yang disampaikan dan cara penyampaian guru tersebut dalam memahamkan pemikiran pelajar. Mengikut J.M Cooper dalam bukunya Classroom Teaching Skills, beliau menyatakan bahawa “the effective teacher is one who able to bring about intended learning outcomes”. Oleh itu, pengajaran yang efektif ialah hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai mengikut objekifnya. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam kelas. Ia bukan sahaja tertumpu kepada kaedah pengajaran itu sendiri tetapi penyampaian kandungan yang difahami oleh pelajar. Sebagai contohnya, alat bantu mengajar merupakan satu bahan yang menjadi penguat kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Kerajaan kini ingin mendidik semua golongan masyarakat mahir dan maju dalam bidang ICT (Information & Communication in Technology) terutama dalam bidang pendidikan. Bakal guru yang akan menggantikan guru lama perlu berpengalaman dalam menggunakan teknologi canggih supaya pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tidak lagi berpusatkan pada guru semata-mata. Namun, masalah yang timbul apabila matlamat kurikulum yang digubal tidak selaras dengan apa yang ingin dilaksanakan. Kemudahan infrastruktur di sekolah menjadi faktor mengapa guru tidak dapat meneruskan kurikulum tersebut. Kekurangan bahan bantu mengajar seperti projektor, komputer, mahupun gambarajah, foto, model, objek sebenar juga video terutama di sekolah kawasan luar bandar menjadi batu penghalang bagi pelajar ingin belajar dan guru yang ingin mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru yang tidak memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar juga boleh menyebabkan kaedah pengajaran tidak bersesuaian di dalam bilik darjah. Masalah yang
  • 4. sering kali dihadapi oleh pelajar dalam mata pelajaran Matematik ialaah lemah dalam asas Matematik. Seperti yang sedia maklum, mata pelajaran Matematik merupakan pelajaran yang mengembang dan membangun (developmental) yang memerlukan banyak latihan dan kemahiran berfikir. Oleh itu, pelajar yang sudah ketinggalan di peringkat bawah, akan menghadapi masalah kesukaran mengikuti dan memahami pelajaran di peringkat lanjut. Kesannya, sikap pelajar terhadap pelajaran Matematik akan berkurangan dan mengubah persepsi mereka mengatakan Matematik mata pelajaran yang paling susah difahami. Guru pula akan membuat tanggapan yang tidak tepat dan merasakan pelajar mereka tidak memberi perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, kaedah pengajaran dalam bilik darjah dikatakan lemah apabila guru menitikberatkan ingin menghabiskan sukatan pelajaran (syllabus). Kaedah pengajaran sepatutnya perlu dikurangkan kerana dengan cara penyampaian begini, tiada unsur penghayatan dan penerapan berlaku dalam kelas. Kesannya terhadap pelajar, mereka merasakan ketinggalan terutama bagi pelajar yang sememangnya lemah dalam asas Matematik. Tambahan pula, guru yang ingin menghabiskan sukatan ini akan menghalang kemahiran berfikiran mereka seterusnya berkemungkinan besar soalan yang ingin ditanya juga terbantut gara-gara guru ingin menjimatkan masa dengan menghabiskan sukatan lebih awal. Sebenarnya, sukatan Matematik tidak memerlukan pemahaman konsep Matemtik yang baik tetapi penekanan juga perlu dibuat pada kemahiran berfikir. Seterusnya, isu guru mengajar bukan opsyen juga sudah biasa kita dengar. Kebanyakan graduan-graduan Ijazah Sarjana Muda (ISMP) sekarang tidak mendapat opsyen masing-masing. Malah mereka mendapat opsyen yang bertentangan dengan opsyen mereka. Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan statistik bilangan guru di Malaysia pada 31 Januari 2011. Jumlah guru lelaki adalah seramai 127 421 orang dan 285 299 orang adalah guru perempuan. Jumlah ini menunjukkan satu jumlah yang besar. KPM menghadapi masalah menempatkan guru-guru di sekolah luar Bandar. Biasanya situasi ini dihadapi oleh guru perempuan. Hal ini menyebabkan berlakunya ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidang terjun”. Guru bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan
  • 5. pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibawaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan. Kesan guru bukan opsyen mengajar matematik Antara kesan apabila guru mengajar subjek bukan opsyen, mereka akan kurang yakin dan tiada semangat untuk mengajar. Mereka juga akan bersikap sambil lewa dan kurang membuat persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) bermula. Guru juga tidak bersikap positif dalam ketidaksepadanan pengagihan guru mengikut opsyen kerana menganggap diri mereka dipaksa untuk mengajar subjek bukan opsyen. Oleh itu, hal ini akan menyebabkan konsep matematik dalam kalangan guru bukan opsyen sangat rendah. Tidak dapat dinafikan bahawa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran matematik pada masa kini telah memberi keutamaan kepada pembentukan konsep matematik yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar di dalam kelas mahupun di luar kelas. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses interaksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan pengalaman harian. Ia juga dapat memberi pengertian baru kepada konsep pembelajaran. Pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam matematik amatlah sukar untuk dicapai. Kesukaran ini disebabkan oleh ciri-ciri matematik yang kebanyakan konsepnya saling berkait di mana pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain. Penekanan diberikan kepada pembelajaran matematik bercorak pengembangan pemikiran pelajar iaitu kemahiran menyelesaikan masalah yang merangkumi proses penyelesaian masalah. Contohnya seperti memahami masalah, merancang strategi, melaksanakan rancangan dan menyemak kesudahannya. Kesilapan kepada tafsiran dalam konsep akan memberi gambaran yang berlainan terhadap makna sebenar. Jika guru kurang semangat dan tidak membuat persediaan sebelum proses P & P bermula, mungkin akan berlaku kesilapan tafsiran kepada konsep matematik. Antara punca kepada kelemahan ini adalah kerana kurangnya penguasaan konsep asas matematik dan akan menyebabkan kurangnya minat terhadap pembelajaran matematik. Oleh yang demikian, perhatian yang serius perlu diberi penekanan kepada pembentukan kefahaman yang betul di peringkat awal lagi.
  • 6. Isu seterusnya yang memberi cabaran terhadap kurikulum ialah dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Maksud “Penggunaan ICT dalam P & P” ialah menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P & P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P & P. Elemen yang penting dalam menintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Manakala menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P & P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti ada hubungkait tentang kaedah pengajaran. Guru perlu menintegrasi ICT untuk memberi penambahan kepada aktiviti P & P. Ringkasnya peranan ICT dalam P & P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Mengapa penggunaan ICT diperlukan? 1) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, member gambaran visual dan memudahkan pengiraan kompleks. 2) Meransang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. 3) Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat. 4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan. 5) Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh dalam keadaan biasa. 6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan. 7) Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba dalam kalangan murid. 8) Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid. 9) Menggalakkan murid merealisasikan: Pembelajaran terarah kendiri
  • 7. Pembelajaran akses kendiri Pembelajaran kadar kendiri Menurut Kulanz 2009, pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar. Seperti yang kita sedia maklum, peruntukan komputer di setiap sekolah berbeza. Perbezaan ketara dapat kita lihat di sekolah bandar dan luar bandar. Di sekolah bandar, semua kemudahan disediakan dan pelajar dapat menikmati prasarana yang disediakan. Berbeza dengan luar bandar, pelajar tidak dapat menikmati kemudahan yang sepatunya disediakan di semua sekolah. Hal ini akan menimbulkan masalah kepada guru dalam pengaplikasian ICT dalam P&P. Penyelenggaraan komputer juga kurang memuaskan kerana kurangnya juruteknik di sekolah. Seterusnya adalah sikap guru yang fobia atau takut komputer. Mereka mempunyai tanggapan negatif terhadap penggunaan ICT dalam P & P. Menurut Md. Nor Bakar & Rashita A. Hadi (2011) guru sudah terbiasa menggunakan teknik pengajaran tradisional. Hal ini juga menyebabkan timbulnya isu penggunaan ICT dalam P & P. Latihan juga menjadi isu dalam ICT. Menurut Zoraini (2000), dalam proses mengimplementasi program berasaskan komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih tetapi bilangannya terhad. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan guru rendah disebabkan bilangan guru yang dilatih terhad. Seterusnya masa menjadi halangan kepada guru untuk menggunakan ICT dalam P & P. Jika P & P berlaku di dalam makmal komputer, pelajar akan mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk bergerak dari kelas ke makmal komputer. Hal ini akan menyebabkan masa P & P berkurang dari masa yang telah ditetapkan. Jadi para guru tidak dapat melaksanakan apa yang dirancang dalam rancangan pengajaran harian mereka. Begitu juga jika P & P berjalan di dalam kelas. Guru perlu mengambil masa untuk menyediakan peralatan dan perkakasan komputer. Guru perlu membawa alat-alat ini dari bilik persediaan ke kelas.