SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
1.0 Pengenalan PBS
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semester ini telah saya laksanakan
dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Mela, Jerantut Pahang. Tugasan yang
dibekalkan adalah dari Jabatan Pengajian Melayu bagi subjek BMM3117 Kaedah
Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sepanjang di sekolah saya
dikehendaki menjalani pemerhatian berkaitan dengan kaedah dan teknik pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu yang kerap dan kurang dilaksanakan oleh guru
dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, saya juga
dikehendaki untuk berinteraksi dengan komuniti sekolah khususunya guru bahasa
Melayu bagi mendapatkan dapatan kajian berkenaan dengan soalan tugasan.

2.0 Tujuan Penyataan Profesional
Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), guru pelatih dapat
(i)

Memperoleh pendedahan awal tentang pembelajaran murid;

(ii)

Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan
sekolah;

(iii)

Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kreatif
dan analitikal;

(iv)

Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa
sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

3.0 Penyataan Profesional
3.1 Sebelum PBS
Sebelum menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Mela, saya telah meneliti
dan merancang perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa menjalankan PBS
supaya saya dapat mencapai objektif PBS dengan jayanya.

Saya turut merangka

strategi-strategi pengumpulan maklumat yang berkesan dengan membuat perancangan
yang rapi dan teliti mengikut hari bagi memastikan masa yang ada tidak disia-siakan.
Berikut adalah perancangan saya :
1) FOKUS UTAMA
Berdasarkan tugasan yang diberi, saya dikehendaki untuk menjalankan
PBS selama seminggu di sekolah. Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan
Mela untuk PBS yang terakhir ini. Tugasan PBS yang saya terima bagi semester
ini adalah dari Jabatan Pengajian Bahasa Melayu untuk subjek BMM3117
Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Oleh itu, saya perlu membuat pemerhatian sesi pengajaran bahasa
Melayu bagi mendapatkan data berkenaan dengan tajuk tugasan yang diberi
iaitu merekodkan dapatan tentang kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu yang kerap dan kurang dilaksanakana di
sekolah.Di samping itu juga, saya perlu menemu bual guru-guru bahasa Melayu
untuk mendapatkan dapatan yang lebih terperinci. Justeru itu, saya perlu
memohon kebenaran daripada guru besar untuk masuk ke kelas semasa sesi
pembelajaran dan pengajaran (P&P) bagi melihat situasi P&P semasa guru
bahasa mengajar bagi melihat kaedah dan teknik yang digunakan semasa
mengajar.
Selain itu, saya turut menyiapkan transkripsi soalan temu bual bagi
menemu bual guru-guru mengenai kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang
kerap dan jarang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Saya juga menyediakan
senarai semak tugasan bagi memastikan segala item dan maklumat yang ingin
dikumpulkan tidak tercicir.
2) STRATEGI PERLAKSANAAN
Saya juga telah membuat satu takwim aktiviti untuk setiap hari selama
seminggu menjalankan PBS. Tujuan takwin ini dibuat adalah semata-mata untuk
memastikan segala maklumat dapat dikumpulkan dengan berkesan mengikut
takwim aktiviti. Tambahan pula, takwim aktiviti ini juga dapat mengelakkan
daripada masa terbuang dengan sia-sia tanpa diisi dengan aktiviti yang
berfaedah.
Hari pertama (Isnin: 13 Ogos 2012)
 Berjumpa dengan guru besar;
 Berjumpa dengan guru-guru penolong kanan;
 Berkenalan dan beramah mesra dengan guru;
 Membuat janji temu dengan guru bahasa Melayu;
 Menyertai perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap hari Isnin;
 Meninjau persekitaran sekolah dengan mengambil gambar;
 Mengumpul maklumat mengenai sekolah (sejarah sekolah, pengurusan
sekolah, pencapaian akademik dan sebagainya);
 Melengkapkan lampiran 1 – 7A.
Hari kedua (Selasa: 14 Ogos 2012)
 Menemu bual guru bahasa Melayu berkenaan dengan tugasan;
 Membuat pemerhatian sesi P&P bahasa Melayu;
 Menemu bual murid berkenaan dengan P&P guru bahasa Melayu.
Hari ketiga (Rabu: 7 Mac 2012)
 Menjalankan P&P untuk tugasan PKD 3108 Pengajaran Bahasa untuk
Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran;
 Mencari maklumat tambahan berkenaan dengan tugasan BMM 3117;
 Menemu bual murid Sekolah Kebangsaan Mela.
Hari keempat (Khamis: 8 Mac 2012)
 Mengemaskini maklumat berkenaan dengan tugasan BMM3117;
 Mengemaskini maklumat berkenaan dengan tugasan PKD 3108.
Hari kelima (Jumaat: 9 Mac 2012)
 Berjumpa dengan Guru Besar dan guru – guru.
 Berterima kasih dengan seluruh kakitangan sekolah.
3.2 Semasa PBS
Semasa menjalankan PBS, saya telah melihat semula perancangan awal seperti
yang saya rancang di dalam takwim aktiviti sebelum PBS. Walau bagaimanapun,
terdapat

banyak perubahan

kerja

yang

perlu

saya

lakukan

memandangkan

persekolahan hanya tiga hari sahaja. Hal ini demikian kerana seluruh sekolah di
Malaysia cuti selama dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri. Pada hari pertama PBS,
seperti biasa saya berjumpa dengan Guru Besar bagi tujuan melaporkan diri untuk
menjalani PBS selama seminggu di sekolah. Saya juga memberitahu kepada Guru
Besar berkenaan dengan skop tugasan yang perlu dilaksanakan di sekolah.
Selepas selesai berjumpa dengan Guru Besar, saya pergi berjumpa dengan
guru-guru untuk berkenal-kenalan supaya guru-guru mengetahui tujuan kehadiran saya
ke sekolah. Sesudah itu, saya berjumpa dengan guru bahasa Melayu tahun dua iaitu
Puan Siti Salbani bt Jusoh untuk membuat janji temu bagi menyiapkan tugasan
BMM3117.
Namun, saya juga sempat berbual dengan Puan Salbani bt Jusoh berkenaan
dengan prestasi akademik murid tahun dua dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Ini
kerana, saya memerlukan maklumat tersebut untuk kegunaan tugasan PKD 3108.
Selepas mendapatkan maklumat daripada beliau saya bergerak ke bilik darjah tahun
dua untuk menjalankan ujian diagnostik terhadap seorang murid yang sederhana
pencapaiannya dalam bahasa Melayu dengan meminta kebenaran daripada guru yang
ada di dalam bilik darjah.
Pada hari kedua PBS, saya menemu bual Puan Siti Salbani Jusoh berkenaan
dengan kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang biasa digunakan olehnya semasa
mengajar. Selepas itu, saya mengikutinya ke bilik darjah bagi menjalankan pemerhatian
terhadap sesi P&P beliau. Sesi pemerhatian berlangsung selama satu jam. Saya
membuat pemerhatian terhadap tiga aspek penting iaitu berkenaan dengan kaedah,
teknik dan implikasinya kepada murid-murid sekiranya guru kerap atau kurang
menggunakan kaedah dan teknik pengajaran bahasa.
Selain itu, saya juga menemu bual empat orang guru lain iaitu Encik Zuki bin
Abdullah, Puan Hazimah bt Mohd Salleh, Puan Azila bt Mustafa dan Encik Zakaria bin
Ahmad bagi mendapatkan dapatan berkenaan tuhasan dengan lebih tepat dan
terperinci. Walau bagaimanapun, hanya sesi P&P Encik Zuki b. Abdullah, Puan
Hazimah bt Mohd Salleh dan Encik Zakaria b. Ahmad yang sempat saya sertai bagi
mengumpulkan dapatan dengan menggunakan kaedah pemerhatian.
Seterusnya, saya juga meneruskan pencarian maklumat dengan menemu bual
murid. Antara murid yang sempat saya temu bual iaitu murid tahun dua dan tahun
empat. Murid tahun dua yang sempat saya temu bual iaitu Ahmad Nazreen bin Fauzi
dan Annisa bt Mohammad. Manakala, murid tahun empat yang sempat saya temu bual
iaitu Muhammad Haziq Ifwat bin Mohamed Noor. Temu bual yang dijalankan adalah
berkisar tentang soalan tugasan berkenaan dengan kaedah dan teknik pengajaran
bahasa yang sering guru mereka aplikasikan di dalam bilik darjah.
Saya juga mengumpul maklumat-maklumat lain untuk dijadikan bukti pencarian
maklumat bagi tugasan BMM3117. Antara maklumat yang dikumpul iaitu transkrip temu
bual bersama-sama dengan guru, gambar guru dan murid yang ditemu bual dan
gambar semasa sesi P&P berlangsung.
Pada hari terakhir PBS, saya menjalankan sesi P&P selama sejam dengan murid
tahun dua yang telah saya jalankan ujian diagnostik ke atasnya. Hal ini demikian
kerana, saya telah diamanahkan untuk berbuat demikian mengikut tugasan PKD 3108.
Seterusnya, saya mencari maklumat tambahan berkaitan dengan tugasan BMM 3117.
Setelah selesai, saya menyusun segala maklumat yang ada dengan baik supaya tiada
maklumat yang tertinggal
Seterusnya saya berjumpa dengan warga Sekolah Kebangsaaan Mela bagi
mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Guru Besar kerana menerima saya
dan membenarkan saya untuk menjalankan PBS di sekolah ini. Saya juga berterima
kasih kepada guru-guru dan staf-staf sekolah atas kerjasama yang telah diberikan
sepanjang tempoh pencarian dapatan untuk kegunaan tugasan.
3.3 Selepas PBS
(Laporan aktiviti PBS: Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu yang kerap dan kurang dilaksanakan oleh guru dan
implikasinya)

Setelah selesai menjalani PBS selama tiga hari di sekolah saya
menyusun segala maklumat dan menganalisis satu per satu dapatan yang ada
untuk mengetahui hasil dapatan akhir maklumat berkenaan dengan kaedah
dan teknik yang biasa digunakan oleh guru dalam pengajaran bahasa dan
implikasinya kepada murid-murid.Berdasarkan analisis yang dibuat, saya
mendapati bahawa

majoriti guru-guru

di Sekolah Kebangsaan Mela

menggunakan kaedah dan teknik yang sama di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) mereka.
Kaedah yang biasa digunakan oleh guru dalam P&P iaitu kaedah
perbincangan, tunjuk cara (demonstrasi) dan penyelesaian masalah dengan
dapatan soal selidik menunjukkan kelima-lima orang guru yang ditemu bual
mengaplikasikan kaedah tersebut di dalam P&P mereka. Manakala, hanya
seorang

guru

yang

ditemu

bual

mengatakan

bahawa

beliau

turut

mengaplikasikan kaedah pengajaran berpasukan di dalam P&P beliau. Hal ini
demikian kerana, guru tersebut merupakan guru tahun enam.
Dapatan pemerhatian sesi P&P juga menunjukkan dapatan yang sama.
Semasa saya memerhatikan sesi P&P bahasa Melayu tahun dua, guru mata
pelajaran iaitu Pn. Siti Salbani bt Jusoh berbincang dengan murid-murid
berkenaan dengan kepentingan memberikan cenderahati dan contoh-contoh
cenderahati yang boleh diberikan. Menurut Siri risalah panduan guru bahasa
Malaysia

I

(1994),

kaedah

perbincangan

merupakan

satu

aktiviti

mengeluarkan dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Maka,
berdasarkan definisi tersebut jelas menunjukkan bahawa Pn. Siti Salbani telah
menjalankan P&P dengan mengaplikasikan kaedah perbincangan.
Implikasi daripada penggunaan kaedah perbincangan oleh Pn. Siti
Salbani saya dapati bahawa murid sangat aktif di dalam perbincangan.Setiap
murid ingin memberi pandangan mereka berkenaan dengan tajuk yang
dibincangkan.Selain itu, interaksi dua hala di antara guru dan murid juga dapat
dilihat dengan jelas. Ini bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh Rahil
Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (2009), bahawa kaedah
perbincangan merupakan kaedah yang mampu menggalakkan interaksi dua
hala untuk berlaku.Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan dalam
kaedah ini. Ini keranamasih terdapat murid yang pasif terutamanya murid yang
lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Hasil daripada pemerhatian lain iaitusesi P&P tahun tiga saya mendapati
bahawa guru Bahasa Melayu iaitu Encik Zakaria bin Ahmad menunjukkan
cara penggunaan kamus dewan bagi mencari makna perkataan yang sukar
dan diikuti oleh murid. Ini bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh Mok
Soon Sang (2003), bahawa kaedah tunjuk cara memerlukan guru membuat
demonstrasi di hadapan murid. Selain itu, Encik Zakaria juga ada
mengaplikasikan kaedah penyelesaian masalah dengan memberikan murid
situasi untuk diselesaikan iaitu membina ayat baru dengan menggunakan
perkataan seerti yang mereka jumpai di dalam kamus bersama-sama rakanrakan kumpulan.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya dapati bahawa murid lebih
memahami sesuatu yang dibincangkan. Ini bertepatan dengan pepatah
bahasa Inggeris yang mengatakan bahawa“Saya dengar saya lupa, saya lihat
saya

ingat

dan

apabila

saya

buat

(http://www.quotedb.com/quotes/1492).Abdul

saya
Rahim

lebih
Abdul

memahami”
Rashid

et.al.

(2000), turut menyokong pepatah ini dengan merujuk kaedah tunjuk cara
dalam P&P berdasarkan pepatah ini. Kaedah tunjuk cara yang digunakan oleh
guru benar-benar memudahkan murid dalam memahami cara penggunaan
kamus dewan dan seterusnya memudahkan mereka memahami makna setiap
perkataan yang sukar.
Selain itu, berdasarkan temu bual dengan Pn. Azila bt Mustafa iaitu guru
tahun enam berkenaan dengan kaedah pengajaran berpasukan yang
diaplikasikan olehnya saya dapati bahawa kaedah ini hanya sesuai
diaplikasikan untuk murid-murid tahap dua. Ini kerana, menurutMok Soon
Sang (2003), kaedah pengajaran berpasukan ini melibatkan guru-guru lain
dan guru-guru yang pakar untuk mengajar bersama-sama. Pengaplikasian
kaedah ini bagi murid tahap satu mungkin akan mendatangkan kekeliruan.
Implikasi kaedah pengajaran berpasukan ini saya lihat dari dua perspektif.
Pertama kaedah ini dilihat mendatangkan kebaikan kepada murid tahap dua
terutamanya murid tahun enam. Mankala, kaedah ini dilihat kurang berkesan
untuk diaplikasikan kepada murid tahap satu. Kaedah ini bersesuaian dengan
murid tahun enam adalah kerana murid-murid tahun enam memerlukan
bimbingan yang intensif terutamanya dari pada guru-guru pakar supaya
mereka dapat menjawab peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) dengan lebih berkesan. Maka kolaborasi daripada semua guru
bahasa sangat dituntut bagi mamberikan bimbingan kepada murid-murid
tahun enam.
Teknik yang biasa guru gunakan di dalam P&P pula iaitu teknik permainan
bahasa, latih tubi, bercerita, sumbangsaran, simulasi dan main peranan. Hasil
daripada soal selidik yang dibuat, kelima-lima orang guru yang ditemu bual
mengaplikasikan teknik
sumbangsaran

di

permainan bahasa,

dalam

P&P.

Manakala,

latih

tubi, bercerita,

hanya

dua

orang

dan
guru

mengaplikasikan teknik simulasi dan tiga orang guru mengaplikasikan teknik
main peranan dalam P&P bahasa Melayu mereka.
Semasa sesi pemerhatian saya sempat melihat guru iaitu Pn. Hazimah bt
Mohd Salleh mengaplikasikan teknik permainan bahasa melalui permaianan
“Radio Rosak”. Hal ini demikian kerana, hasil pembelajaran yang diajar oleh
guru pada hari tersebut iaitu menyampaikan pesanan berkenaan sesuatu
perkara. Hasil daripada pemerhatian, murid sangat seronok mempelajari
pembelajaran pada hari tersebut dengan pengaplikasian teknik permainan
bahasa. Murid juga lebih memberikan tumpuan dan melibatkan diri secara
aktif di dalam P&P.

Ini juga disokong oleh Adenan Ayob dan Khairuddin

Mohamad (2012), bahawa permainan bahasa mampu merangsang interaksi
verbal murid, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks
pembelajaran yang terbuka dan luas, bertindak sebagai alat yang mampu
menghilangkan kebosanan dan dapat bertindak sebagai alat pemulihan,
pengukuhan dan pengayaan.

Saya juga sempat memerhatikan sesi P&P bahasa Melayu tahun empat.
Encik Zuki bin Abdullah mengaplikasikan teknik bercerita dan simulasi semasa
sesi P&Pberkenaan pencemaran sungai. Murid diminta oleh guru untuk
bercerita pengalaman mereka berkelah di sungai. Murid juga diarahkan untuk
main peranan watak seorang warga yang prihatin iaitu membersihkan sungai
dengan mengutip sampah-sarap yang ada di sekitar sungai.
Implikasi daripada sesi P&P ini saya lihat murid lebih menghayati tajuk
perbincangan mengenai pencemaran sungai. Murid juga dapat membuat
generalisasi perkara yang boleh dilakukan dan tidak semasa berkelah di
sungai. Kesan lain iaitu murid dapat mempertingkatkan kecekapan berbahasa
mereka melalui aktiviti bercerita. Malah, menurut Adenan Ayob dan Khairudin
Mohamad (2012), melalui bercerita aspek kognitif, afektif dan psikomotor
murid dapat diperkembangkan.
Selain itu, guru juga mengaplikasikan teknik latih tubi dalam P&P mereka.
berdasarkan hasil temu bual dengan guru-guru. Setiap daripada mereka
memberitahu bahawa mereka kerap memberikan latih tubi kepada muridmurid pada akhir sesi P&P. Tambahan pula, ada di antara mereka yang
membekalkan murid dengan kerja tambahan untuk disiapkan di rumah.
Guru-guru menyatakan bahawa teknik latih tubi merupakan salah satu
teknik yang berkesan dalam pengajaran bahasa.Perkara ini disokong oleh
Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) bahawa teknik latih tubi
sememangnya sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Teknik ini
membolehkan mereka untuk mengesan tahap kefahaman murid terhadap sesi
pengajaran mereka. Tambahan pula, rata-rata guru yang ditemu bual
mengatakan bahawa melalui teknik ini murid lebih memahami sesi P&P pada
hari tersebut melalui latih tubi yang diberi.
Guru-guru juga kebanyakkannya mengaplikasikan teknik sumbangsaran
dalam P&P bahasa. Teknik sumbangsaran ini merupakan teknik perbincangan
kreatif untuk mendapatkan beberapa idea dari sesuatu kumpulan dalam masa
yang singkat dan terkawal (Institut bahasa, 1994). Semasa pemerhatian sesi
P&P Pn. Salbani beliau ada mengaplikasikan teknik sumbangsaran iaitu
dengan bertanyakan kepada murid berkenaan dengan makanan yang sihat
yang boleh diamalkan dalam pemakanan seharian.
Implikasi daripada teknik ini, sesi P&P lebih menarik dan produktif. Hal ini
demikian kerana murid berpeluang menyatakan idea mereka dengan bebas
tanpa dikritik oleh mana-mana pihak. Selain itu, murid yang lemah lebih
berkeyakinan untuk menjawab soalan daripada guru kerana mereka tidak
akan dikritik oleh rakan-rakan yang pandai.
Kesimpulannya, guru-guru Bahasa Melayu perlu mempelbagaikan kaedah
dan

teknik

pengajaran

bahasa

agar

sesi

P&P

lebih

menarik

dan

memberangsangkan memandangkan jiwa murid-murid sekolah rendah masih
keanak-anakkan dan memerlukan sesi P&P yang lebih santai berbanding
murid sekolah menengah dan pelajar peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) mahupun Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
4.0 Penilaian kendiri terhadap penyataan professional
Berdasarkan tugasan ini, saya merasakan bahawa objektif tugasan secara
keseluruhan adalah tercapai. Hal ini demikian kerana, saya berjaya mendapatkan
dapatan yang diperlukan oleh tugasan secara terperinci melalui tiga kaedah
pengumpulan maklumat yang utama. Kaedah pengumpulan maklumat yang saya
gunakan iaitu kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik dan kaedah temu bual.
Proses pencarian dapatan tugasan adalah sangat sukar dan merumitkan. Bagi
mendapatkan dapatan kajian yang benar-benar sahih dan terperinci saya perlu
membuat pemerhatian sesi P&P Bahasa Melayu untuk tiap-tiap tahun persekolahan
bagi melihat kepelbagaian kaedah yang digunakan oleh guru. Selain itu,
pemerhatian sesi P&P ini sangat penting untuk dilakukan kerana kebanyakkan guru
mengakui bahawa mereka kurang mengingati istilah-istilah yang terkandung di
dalam kaedah dan teknik pengajaran bahasa. Oleh hal yang demikian, mereka
meminta saya untuk turut serta dalam sesi P&P mereka dan menilai sendiri teknik
dan kaedah yang digunakan oleh mereka mengikut perspektif dan pemahaman saya
berkenaan dengan kedua-dua item tersebut. Berdasarkan pemerhatian tersebut,
saya memperoleh pendedahan awal tentang pembelajaran murid.
Namun, saya turut menhadapi masalah dalam

pencapaian objektif tugasan

kerana saya kesuntukkan masa. Ini kerana, persekolahan hanya berlangsung
selama tiga hari. Maka saya memerlukan usaha yang lebih dengan merapatkan diri
dengan guru bahasa bagi mendapatkan dapatan mengenai tugasan. Lantaran
daripada masalah ini saya dapat melatih diri saya untuk menjadi seorang guru yang
lebih menghargai masa. Masalah ini turut dapat mengajar saya untuk menjadi guru
yang kreatif dalam memikirkan jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul.
Selain itu, tugasan ini banyak memberikan impak yang positif kepada diri saya
sebagai bakal guru. Ini kerana, melalui pemerhatian sesi P&P guru saya lebih yakin
untuk melaksanakan prktikum bagi semester hadapan. Selain itu, saya juga mula
sedar kepentingan teknik dan kaedah pengajaran bahasa dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Tugasan ini juga mampu meningkatkan pemahaman saya
berkenaan teknik dan dan kaedah pengajaran bahasa. Ini kerana, saya sangat
lemah berkenaan dengan kedua-dua item ini. Berdasarkan kerja lapangan amali ini
saya lebih memahami apa yang dikatakan sebagai teknik dan kaedah dalam
pengajaran bahasa. Saya juga dapat mempertingkatkan kemahiran berinteraksi
saya melalui proses pencarian maklumat yang menuntut saya berinteraksi dengan
pelbagai pihak.
Penambahbaikkan boleh dibuat iaitu saya perlulah merancang jadual kerja
dengan lebih tersusun dan rapi dengan membuat pelbagai perancangan untuk satusatu masa. Oleh itu, tidak akan berlaku gangguan pencarian maklumat. Selain itu,
saya juga boleh membuat

janji temu dengan semua guru bahasa yang ada di

sekolah tersebut supaya saya tidak terlepas untuk mendapatkan maklumat daripada
mereka. Melalui temu janji tersebut, saya tidak akan berhadapan dengan masalah
untuk mendapatkan kerjasama dari guru bagi menjalankan soal selidik dan temu
bual dengan mereka.
Penambahbaikkan lain iaitu saya perlu membuat pembacaan yang meluas
berkenaan dengan kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru semasa
pengajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, saya lebih mudah untuk mengkategorikan
kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru semasa sesi P&P berlangsung. Saya
juga perlu berlatih untuk berkomunikasi dengan lebih baik supaya maklumat dapat
dicari dengan mudah. Ini kerana, seseorang akan lebih selesa untuk berkerja
dengan orang yang mesra dan peramah. Maka saya perlu menjadi lebih peramah
untuk diterima dan disayangi oleh orang disekeliling saya.
Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberikan faedah kepada diri saya untuk
menjadikan saya seorang pendidik yang berketrampilan dan berwibawa. Tugasan ini
juga dapat meningkatkan profesionalisme keguruan saya dengan lebih baik.

Contenu connexe

Tendances

2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulumali ahmad
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masterizabidah awang
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifHanim Hanisha
 
Rph bunyi haiwan
Rph bunyi haiwanRph bunyi haiwan
Rph bunyi haiwanIry Said
 
5.4.3 demonstrasi
5.4.3 demonstrasi5.4.3 demonstrasi
5.4.3 demonstrasiFarah Husna
 
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanakKAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanakanis_hairizan
 
Permohonan penubuhan kelab persatuan 2018
Permohonan penubuhan  kelab persatuan  2018Permohonan penubuhan  kelab persatuan  2018
Permohonan penubuhan kelab persatuan 2018Akademi Kota Raja Utama
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuumagul
 
Pengurusan PDK
Pengurusan PDKPengurusan PDK
Pengurusan PDKAdila Dila
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulumNurul Husna
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 
Boneka prasekolah
Boneka prasekolahBoneka prasekolah
Boneka prasekolaheela5346
 

Tendances (20)

2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
 
Contoh senarai semak
Contoh senarai semakContoh senarai semak
Contoh senarai semak
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masteri
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 
Rph bunyi haiwan
Rph bunyi haiwanRph bunyi haiwan
Rph bunyi haiwan
 
Lari Berpagar
Lari BerpagarLari Berpagar
Lari Berpagar
 
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi PendidikanPemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
 
5.4.3 demonstrasi
5.4.3 demonstrasi5.4.3 demonstrasi
5.4.3 demonstrasi
 
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanakKAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
 
Permohonan penubuhan kelab persatuan 2018
Permohonan penubuhan  kelab persatuan  2018Permohonan penubuhan  kelab persatuan  2018
Permohonan penubuhan kelab persatuan 2018
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAHCONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
Pengurusan PDK
Pengurusan PDKPengurusan PDK
Pengurusan PDK
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
Boneka prasekolah
Boneka prasekolahBoneka prasekolah
Boneka prasekolah
 

En vedette

Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguSyafiqah Mohamed Noor
 
Senarai semak portfolio
Senarai semak portfolioSenarai semak portfolio
Senarai semak portfolioLee Mei
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Rosdi Ramli
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)En Asyraf
 
Garis panduan pbs_pismp[1]
Garis panduan pbs_pismp[1]Garis panduan pbs_pismp[1]
Garis panduan pbs_pismp[1]AiMida Fadz
 
makalah Blog Pembelajaran
makalah Blog Pembelajaranmakalah Blog Pembelajaran
makalah Blog Pembelajaranfinafidiana
 
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarahApa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarahnanisaaid
 
Kertas kerja bola baling
Kertas kerja bola balingKertas kerja bola baling
Kertas kerja bola balingAnuar Ibrahim
 
Mbmmbi - SKTKJ
Mbmmbi - SKTKJMbmmbi - SKTKJ
Mbmmbi - SKTKJAZUAD ozil
 
Assingment full sains
Assingment full sainsAssingment full sains
Assingment full sainsMummy Rayyan
 
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-142129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1Zhu Miqael
 
Contoh soalan soalan ptk fungsi
Contoh  soalan soalan  ptk fungsiContoh  soalan soalan  ptk fungsi
Contoh soalan soalan ptk fungsizabidah awang
 
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siapCmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siapMohd Sohaimi Ismail
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam KaunselingFathmalyn Abdullah
 

En vedette (20)

Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
 
Pbs ikhwan
Pbs ikhwanPbs ikhwan
Pbs ikhwan
 
Senarai semak portfolio
Senarai semak portfolioSenarai semak portfolio
Senarai semak portfolio
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
 
Garis panduan pbs_pismp[1]
Garis panduan pbs_pismp[1]Garis panduan pbs_pismp[1]
Garis panduan pbs_pismp[1]
 
makalah Blog Pembelajaran
makalah Blog Pembelajaranmakalah Blog Pembelajaran
makalah Blog Pembelajaran
 
Laporan pbs
Laporan pbsLaporan pbs
Laporan pbs
 
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarahApa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
 
Assingment pbs
Assingment pbsAssingment pbs
Assingment pbs
 
Kertas kerja bola baling
Kertas kerja bola balingKertas kerja bola baling
Kertas kerja bola baling
 
Pengenalan Kepada PBS
Pengenalan Kepada PBSPengenalan Kepada PBS
Pengenalan Kepada PBS
 
Mbmmbi - SKTKJ
Mbmmbi - SKTKJMbmmbi - SKTKJ
Mbmmbi - SKTKJ
 
Assingment full sains
Assingment full sainsAssingment full sains
Assingment full sains
 
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-142129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
 
Tugasan 4
Tugasan 4 Tugasan 4
Tugasan 4
 
Contoh soalan soalan ptk fungsi
Contoh  soalan soalan  ptk fungsiContoh  soalan soalan  ptk fungsi
Contoh soalan soalan ptk fungsi
 
Senarai semak
Senarai semakSenarai semak
Senarai semak
 
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siapCmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
 

Similaire à Pengenalan Berasaskan Sekolah

Similaire à Pengenalan Berasaskan Sekolah (20)

Penyataan profesional
Penyataan profesionalPenyataan profesional
Penyataan profesional
 
Refleksi bmm
Refleksi bmmRefleksi bmm
Refleksi bmm
 
Profesional
ProfesionalProfesional
Profesional
 
Kertas kerja 1
Kertas kerja 1Kertas kerja 1
Kertas kerja 1
 
Slide pelaksanaan pbs pend.islam 2014
Slide pelaksanaan pbs pend.islam 2014Slide pelaksanaan pbs pend.islam 2014
Slide pelaksanaan pbs pend.islam 2014
 
Minitt kuri 1 14 otw
Minitt kuri 1 14 otwMinitt kuri 1 14 otw
Minitt kuri 1 14 otw
 
Plan strategik linus sk ulu sungai merah
Plan strategik linus sk ulu sungai merahPlan strategik linus sk ulu sungai merah
Plan strategik linus sk ulu sungai merah
 
Mesyuarat bm 1 2014
Mesyuarat bm 1 2014Mesyuarat bm 1 2014
Mesyuarat bm 1 2014
 
Minit mesyuarat bil. 1 (2015)
Minit mesyuarat bil. 1 (2015)Minit mesyuarat bil. 1 (2015)
Minit mesyuarat bil. 1 (2015)
 
Contoh minit curai kursus
Contoh minit curai kursusContoh minit curai kursus
Contoh minit curai kursus
 
67048400 refleksi-bmm-3107
67048400 refleksi-bmm-310767048400 refleksi-bmm-3107
67048400 refleksi-bmm-3107
 
Rph 3 hb3 isnin
Rph 3 hb3 isninRph 3 hb3 isnin
Rph 3 hb3 isnin
 
Jurnal bm
Jurnal bmJurnal bm
Jurnal bm
 
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
 
Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106
 
Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013
Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013
Minit mesyuarat-mbmmbi-2-2013
 
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanContoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
 
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian TtindakanContoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
 
Proposal emilia
Proposal emiliaProposal emilia
Proposal emilia
 
Proposal emilia
Proposal emiliaProposal emilia
Proposal emilia
 

Plus de Syafiqah Mohamed Noor

CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARAN
CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARANCONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARAN
CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARANSyafiqah Mohamed Noor
 
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJSyafiqah Mohamed Noor
 
Penulisan akademik proses pencernaan
Penulisan akademik proses pencernaanPenulisan akademik proses pencernaan
Penulisan akademik proses pencernaanSyafiqah Mohamed Noor
 
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah PerkuburanContoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah PerkuburanSyafiqah Mohamed Noor
 
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasEsemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasSyafiqah Mohamed Noor
 
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asasPelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asasSyafiqah Mohamed Noor
 
Literasi nombor pengajaran menggunakan ict
Literasi nombor pengajaran menggunakan ictLiterasi nombor pengajaran menggunakan ict
Literasi nombor pengajaran menggunakan ictSyafiqah Mohamed Noor
 
Esemen Matematik Penyelesaian Masalah
Esemen Matematik Penyelesaian MasalahEsemen Matematik Penyelesaian Masalah
Esemen Matematik Penyelesaian MasalahSyafiqah Mohamed Noor
 

Plus de Syafiqah Mohamed Noor (20)

NOTA RINGKAS EDU3107
NOTA RINGKAS EDU3107NOTA RINGKAS EDU3107
NOTA RINGKAS EDU3107
 
CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARAN
CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARANCONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARAN
CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARAN
 
Dapatan kajian proses fonologi
Dapatan kajian proses fonologi Dapatan kajian proses fonologi
Dapatan kajian proses fonologi
 
Modul pgsr budaya dlm pembelajaran
Modul pgsr budaya dlm pembelajaranModul pgsr budaya dlm pembelajaran
Modul pgsr budaya dlm pembelajaran
 
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
 
Senarai peralatan tangan
Senarai peralatan tanganSenarai peralatan tangan
Senarai peralatan tangan
 
Senarai peralatan berat
Senarai peralatan beratSenarai peralatan berat
Senarai peralatan berat
 
Nota ringkas budaya
Nota ringkas budayaNota ringkas budaya
Nota ringkas budaya
 
Penulisan akademik proses pencernaan
Penulisan akademik proses pencernaanPenulisan akademik proses pencernaan
Penulisan akademik proses pencernaan
 
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah PerkuburanContoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
 
Pengajian Sukatan Bahasa Melayu
Pengajian Sukatan Bahasa MelayuPengajian Sukatan Bahasa Melayu
Pengajian Sukatan Bahasa Melayu
 
Pengajian sukatan Bahasa Melayu
Pengajian sukatan Bahasa Melayu Pengajian sukatan Bahasa Melayu
Pengajian sukatan Bahasa Melayu
 
Masalah kecacatan fizikal
Masalah kecacatan fizikalMasalah kecacatan fizikal
Masalah kecacatan fizikal
 
Budaya Pekak
Budaya PekakBudaya Pekak
Budaya Pekak
 
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasEsemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
 
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asasPelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
 
Literasi nombor pengajaran menggunakan ict
Literasi nombor pengajaran menggunakan ictLiterasi nombor pengajaran menggunakan ict
Literasi nombor pengajaran menggunakan ict
 
Esemen Matematik Penyelesaian Masalah
Esemen Matematik Penyelesaian MasalahEsemen Matematik Penyelesaian Masalah
Esemen Matematik Penyelesaian Masalah
 
Laporan kesalahan ejaan
Laporan kesalahan ejaanLaporan kesalahan ejaan
Laporan kesalahan ejaan
 
Contoh rumusan jurnal
Contoh rumusan jurnalContoh rumusan jurnal
Contoh rumusan jurnal
 

Pengenalan Berasaskan Sekolah

  • 1. 1.0 Pengenalan PBS Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semester ini telah saya laksanakan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Mela, Jerantut Pahang. Tugasan yang dibekalkan adalah dari Jabatan Pengajian Melayu bagi subjek BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sepanjang di sekolah saya dikehendaki menjalani pemerhatian berkaitan dengan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang kerap dan kurang dilaksanakan oleh guru dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, saya juga dikehendaki untuk berinteraksi dengan komuniti sekolah khususunya guru bahasa Melayu bagi mendapatkan dapatan kajian berkenaan dengan soalan tugasan. 2.0 Tujuan Penyataan Profesional Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), guru pelatih dapat (i) Memperoleh pendedahan awal tentang pembelajaran murid; (ii) Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah; (iii) Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kreatif dan analitikal; (iv) Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan. 3.0 Penyataan Profesional 3.1 Sebelum PBS Sebelum menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Mela, saya telah meneliti dan merancang perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa menjalankan PBS supaya saya dapat mencapai objektif PBS dengan jayanya. Saya turut merangka strategi-strategi pengumpulan maklumat yang berkesan dengan membuat perancangan yang rapi dan teliti mengikut hari bagi memastikan masa yang ada tidak disia-siakan.
  • 2. Berikut adalah perancangan saya : 1) FOKUS UTAMA Berdasarkan tugasan yang diberi, saya dikehendaki untuk menjalankan PBS selama seminggu di sekolah. Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Mela untuk PBS yang terakhir ini. Tugasan PBS yang saya terima bagi semester ini adalah dari Jabatan Pengajian Bahasa Melayu untuk subjek BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Oleh itu, saya perlu membuat pemerhatian sesi pengajaran bahasa Melayu bagi mendapatkan data berkenaan dengan tajuk tugasan yang diberi iaitu merekodkan dapatan tentang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang kerap dan kurang dilaksanakana di sekolah.Di samping itu juga, saya perlu menemu bual guru-guru bahasa Melayu untuk mendapatkan dapatan yang lebih terperinci. Justeru itu, saya perlu memohon kebenaran daripada guru besar untuk masuk ke kelas semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) bagi melihat situasi P&P semasa guru bahasa mengajar bagi melihat kaedah dan teknik yang digunakan semasa mengajar. Selain itu, saya turut menyiapkan transkripsi soalan temu bual bagi menemu bual guru-guru mengenai kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang kerap dan jarang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Saya juga menyediakan senarai semak tugasan bagi memastikan segala item dan maklumat yang ingin dikumpulkan tidak tercicir. 2) STRATEGI PERLAKSANAAN Saya juga telah membuat satu takwim aktiviti untuk setiap hari selama seminggu menjalankan PBS. Tujuan takwin ini dibuat adalah semata-mata untuk memastikan segala maklumat dapat dikumpulkan dengan berkesan mengikut takwim aktiviti. Tambahan pula, takwim aktiviti ini juga dapat mengelakkan daripada masa terbuang dengan sia-sia tanpa diisi dengan aktiviti yang berfaedah.
  • 3. Hari pertama (Isnin: 13 Ogos 2012)  Berjumpa dengan guru besar;  Berjumpa dengan guru-guru penolong kanan;  Berkenalan dan beramah mesra dengan guru;  Membuat janji temu dengan guru bahasa Melayu;  Menyertai perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap hari Isnin;  Meninjau persekitaran sekolah dengan mengambil gambar;  Mengumpul maklumat mengenai sekolah (sejarah sekolah, pengurusan sekolah, pencapaian akademik dan sebagainya);  Melengkapkan lampiran 1 – 7A. Hari kedua (Selasa: 14 Ogos 2012)  Menemu bual guru bahasa Melayu berkenaan dengan tugasan;  Membuat pemerhatian sesi P&P bahasa Melayu;  Menemu bual murid berkenaan dengan P&P guru bahasa Melayu. Hari ketiga (Rabu: 7 Mac 2012)  Menjalankan P&P untuk tugasan PKD 3108 Pengajaran Bahasa untuk Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran;  Mencari maklumat tambahan berkenaan dengan tugasan BMM 3117;  Menemu bual murid Sekolah Kebangsaan Mela. Hari keempat (Khamis: 8 Mac 2012)  Mengemaskini maklumat berkenaan dengan tugasan BMM3117;  Mengemaskini maklumat berkenaan dengan tugasan PKD 3108. Hari kelima (Jumaat: 9 Mac 2012)  Berjumpa dengan Guru Besar dan guru – guru.  Berterima kasih dengan seluruh kakitangan sekolah.
  • 4. 3.2 Semasa PBS Semasa menjalankan PBS, saya telah melihat semula perancangan awal seperti yang saya rancang di dalam takwim aktiviti sebelum PBS. Walau bagaimanapun, terdapat banyak perubahan kerja yang perlu saya lakukan memandangkan persekolahan hanya tiga hari sahaja. Hal ini demikian kerana seluruh sekolah di Malaysia cuti selama dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri. Pada hari pertama PBS, seperti biasa saya berjumpa dengan Guru Besar bagi tujuan melaporkan diri untuk menjalani PBS selama seminggu di sekolah. Saya juga memberitahu kepada Guru Besar berkenaan dengan skop tugasan yang perlu dilaksanakan di sekolah. Selepas selesai berjumpa dengan Guru Besar, saya pergi berjumpa dengan guru-guru untuk berkenal-kenalan supaya guru-guru mengetahui tujuan kehadiran saya ke sekolah. Sesudah itu, saya berjumpa dengan guru bahasa Melayu tahun dua iaitu Puan Siti Salbani bt Jusoh untuk membuat janji temu bagi menyiapkan tugasan BMM3117. Namun, saya juga sempat berbual dengan Puan Salbani bt Jusoh berkenaan dengan prestasi akademik murid tahun dua dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Ini kerana, saya memerlukan maklumat tersebut untuk kegunaan tugasan PKD 3108. Selepas mendapatkan maklumat daripada beliau saya bergerak ke bilik darjah tahun dua untuk menjalankan ujian diagnostik terhadap seorang murid yang sederhana pencapaiannya dalam bahasa Melayu dengan meminta kebenaran daripada guru yang ada di dalam bilik darjah. Pada hari kedua PBS, saya menemu bual Puan Siti Salbani Jusoh berkenaan dengan kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang biasa digunakan olehnya semasa mengajar. Selepas itu, saya mengikutinya ke bilik darjah bagi menjalankan pemerhatian terhadap sesi P&P beliau. Sesi pemerhatian berlangsung selama satu jam. Saya membuat pemerhatian terhadap tiga aspek penting iaitu berkenaan dengan kaedah, teknik dan implikasinya kepada murid-murid sekiranya guru kerap atau kurang menggunakan kaedah dan teknik pengajaran bahasa.
  • 5. Selain itu, saya juga menemu bual empat orang guru lain iaitu Encik Zuki bin Abdullah, Puan Hazimah bt Mohd Salleh, Puan Azila bt Mustafa dan Encik Zakaria bin Ahmad bagi mendapatkan dapatan berkenaan tuhasan dengan lebih tepat dan terperinci. Walau bagaimanapun, hanya sesi P&P Encik Zuki b. Abdullah, Puan Hazimah bt Mohd Salleh dan Encik Zakaria b. Ahmad yang sempat saya sertai bagi mengumpulkan dapatan dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Seterusnya, saya juga meneruskan pencarian maklumat dengan menemu bual murid. Antara murid yang sempat saya temu bual iaitu murid tahun dua dan tahun empat. Murid tahun dua yang sempat saya temu bual iaitu Ahmad Nazreen bin Fauzi dan Annisa bt Mohammad. Manakala, murid tahun empat yang sempat saya temu bual iaitu Muhammad Haziq Ifwat bin Mohamed Noor. Temu bual yang dijalankan adalah berkisar tentang soalan tugasan berkenaan dengan kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang sering guru mereka aplikasikan di dalam bilik darjah. Saya juga mengumpul maklumat-maklumat lain untuk dijadikan bukti pencarian maklumat bagi tugasan BMM3117. Antara maklumat yang dikumpul iaitu transkrip temu bual bersama-sama dengan guru, gambar guru dan murid yang ditemu bual dan gambar semasa sesi P&P berlangsung. Pada hari terakhir PBS, saya menjalankan sesi P&P selama sejam dengan murid tahun dua yang telah saya jalankan ujian diagnostik ke atasnya. Hal ini demikian kerana, saya telah diamanahkan untuk berbuat demikian mengikut tugasan PKD 3108. Seterusnya, saya mencari maklumat tambahan berkaitan dengan tugasan BMM 3117. Setelah selesai, saya menyusun segala maklumat yang ada dengan baik supaya tiada maklumat yang tertinggal Seterusnya saya berjumpa dengan warga Sekolah Kebangsaaan Mela bagi mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Guru Besar kerana menerima saya dan membenarkan saya untuk menjalankan PBS di sekolah ini. Saya juga berterima kasih kepada guru-guru dan staf-staf sekolah atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh pencarian dapatan untuk kegunaan tugasan.
  • 6. 3.3 Selepas PBS (Laporan aktiviti PBS: Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang kerap dan kurang dilaksanakan oleh guru dan implikasinya) Setelah selesai menjalani PBS selama tiga hari di sekolah saya menyusun segala maklumat dan menganalisis satu per satu dapatan yang ada untuk mengetahui hasil dapatan akhir maklumat berkenaan dengan kaedah dan teknik yang biasa digunakan oleh guru dalam pengajaran bahasa dan implikasinya kepada murid-murid.Berdasarkan analisis yang dibuat, saya mendapati bahawa majoriti guru-guru di Sekolah Kebangsaan Mela menggunakan kaedah dan teknik yang sama di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Kaedah yang biasa digunakan oleh guru dalam P&P iaitu kaedah perbincangan, tunjuk cara (demonstrasi) dan penyelesaian masalah dengan dapatan soal selidik menunjukkan kelima-lima orang guru yang ditemu bual mengaplikasikan kaedah tersebut di dalam P&P mereka. Manakala, hanya seorang guru yang ditemu bual mengatakan bahawa beliau turut mengaplikasikan kaedah pengajaran berpasukan di dalam P&P beliau. Hal ini demikian kerana, guru tersebut merupakan guru tahun enam. Dapatan pemerhatian sesi P&P juga menunjukkan dapatan yang sama. Semasa saya memerhatikan sesi P&P bahasa Melayu tahun dua, guru mata pelajaran iaitu Pn. Siti Salbani bt Jusoh berbincang dengan murid-murid berkenaan dengan kepentingan memberikan cenderahati dan contoh-contoh cenderahati yang boleh diberikan. Menurut Siri risalah panduan guru bahasa Malaysia I (1994), kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti mengeluarkan dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Maka, berdasarkan definisi tersebut jelas menunjukkan bahawa Pn. Siti Salbani telah menjalankan P&P dengan mengaplikasikan kaedah perbincangan. Implikasi daripada penggunaan kaedah perbincangan oleh Pn. Siti Salbani saya dapati bahawa murid sangat aktif di dalam perbincangan.Setiap
  • 7. murid ingin memberi pandangan mereka berkenaan dengan tajuk yang dibincangkan.Selain itu, interaksi dua hala di antara guru dan murid juga dapat dilihat dengan jelas. Ini bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (2009), bahawa kaedah perbincangan merupakan kaedah yang mampu menggalakkan interaksi dua hala untuk berlaku.Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan dalam kaedah ini. Ini keranamasih terdapat murid yang pasif terutamanya murid yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hasil daripada pemerhatian lain iaitusesi P&P tahun tiga saya mendapati bahawa guru Bahasa Melayu iaitu Encik Zakaria bin Ahmad menunjukkan cara penggunaan kamus dewan bagi mencari makna perkataan yang sukar dan diikuti oleh murid. Ini bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh Mok Soon Sang (2003), bahawa kaedah tunjuk cara memerlukan guru membuat demonstrasi di hadapan murid. Selain itu, Encik Zakaria juga ada mengaplikasikan kaedah penyelesaian masalah dengan memberikan murid situasi untuk diselesaikan iaitu membina ayat baru dengan menggunakan perkataan seerti yang mereka jumpai di dalam kamus bersama-sama rakanrakan kumpulan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya dapati bahawa murid lebih memahami sesuatu yang dibincangkan. Ini bertepatan dengan pepatah bahasa Inggeris yang mengatakan bahawa“Saya dengar saya lupa, saya lihat saya ingat dan apabila saya buat (http://www.quotedb.com/quotes/1492).Abdul saya Rahim lebih Abdul memahami” Rashid et.al. (2000), turut menyokong pepatah ini dengan merujuk kaedah tunjuk cara dalam P&P berdasarkan pepatah ini. Kaedah tunjuk cara yang digunakan oleh guru benar-benar memudahkan murid dalam memahami cara penggunaan kamus dewan dan seterusnya memudahkan mereka memahami makna setiap perkataan yang sukar. Selain itu, berdasarkan temu bual dengan Pn. Azila bt Mustafa iaitu guru tahun enam berkenaan dengan kaedah pengajaran berpasukan yang diaplikasikan olehnya saya dapati bahawa kaedah ini hanya sesuai
  • 8. diaplikasikan untuk murid-murid tahap dua. Ini kerana, menurutMok Soon Sang (2003), kaedah pengajaran berpasukan ini melibatkan guru-guru lain dan guru-guru yang pakar untuk mengajar bersama-sama. Pengaplikasian kaedah ini bagi murid tahap satu mungkin akan mendatangkan kekeliruan. Implikasi kaedah pengajaran berpasukan ini saya lihat dari dua perspektif. Pertama kaedah ini dilihat mendatangkan kebaikan kepada murid tahap dua terutamanya murid tahun enam. Mankala, kaedah ini dilihat kurang berkesan untuk diaplikasikan kepada murid tahap satu. Kaedah ini bersesuaian dengan murid tahun enam adalah kerana murid-murid tahun enam memerlukan bimbingan yang intensif terutamanya dari pada guru-guru pakar supaya mereka dapat menjawab peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan lebih berkesan. Maka kolaborasi daripada semua guru bahasa sangat dituntut bagi mamberikan bimbingan kepada murid-murid tahun enam. Teknik yang biasa guru gunakan di dalam P&P pula iaitu teknik permainan bahasa, latih tubi, bercerita, sumbangsaran, simulasi dan main peranan. Hasil daripada soal selidik yang dibuat, kelima-lima orang guru yang ditemu bual mengaplikasikan teknik sumbangsaran di permainan bahasa, dalam P&P. Manakala, latih tubi, bercerita, hanya dua orang dan guru mengaplikasikan teknik simulasi dan tiga orang guru mengaplikasikan teknik main peranan dalam P&P bahasa Melayu mereka. Semasa sesi pemerhatian saya sempat melihat guru iaitu Pn. Hazimah bt Mohd Salleh mengaplikasikan teknik permainan bahasa melalui permaianan “Radio Rosak”. Hal ini demikian kerana, hasil pembelajaran yang diajar oleh guru pada hari tersebut iaitu menyampaikan pesanan berkenaan sesuatu perkara. Hasil daripada pemerhatian, murid sangat seronok mempelajari pembelajaran pada hari tersebut dengan pengaplikasian teknik permainan bahasa. Murid juga lebih memberikan tumpuan dan melibatkan diri secara aktif di dalam P&P. Ini juga disokong oleh Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012), bahawa permainan bahasa mampu merangsang interaksi verbal murid, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks
  • 9. pembelajaran yang terbuka dan luas, bertindak sebagai alat yang mampu menghilangkan kebosanan dan dapat bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Saya juga sempat memerhatikan sesi P&P bahasa Melayu tahun empat. Encik Zuki bin Abdullah mengaplikasikan teknik bercerita dan simulasi semasa sesi P&Pberkenaan pencemaran sungai. Murid diminta oleh guru untuk bercerita pengalaman mereka berkelah di sungai. Murid juga diarahkan untuk main peranan watak seorang warga yang prihatin iaitu membersihkan sungai dengan mengutip sampah-sarap yang ada di sekitar sungai. Implikasi daripada sesi P&P ini saya lihat murid lebih menghayati tajuk perbincangan mengenai pencemaran sungai. Murid juga dapat membuat generalisasi perkara yang boleh dilakukan dan tidak semasa berkelah di sungai. Kesan lain iaitu murid dapat mempertingkatkan kecekapan berbahasa mereka melalui aktiviti bercerita. Malah, menurut Adenan Ayob dan Khairudin Mohamad (2012), melalui bercerita aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid dapat diperkembangkan. Selain itu, guru juga mengaplikasikan teknik latih tubi dalam P&P mereka. berdasarkan hasil temu bual dengan guru-guru. Setiap daripada mereka memberitahu bahawa mereka kerap memberikan latih tubi kepada muridmurid pada akhir sesi P&P. Tambahan pula, ada di antara mereka yang membekalkan murid dengan kerja tambahan untuk disiapkan di rumah. Guru-guru menyatakan bahawa teknik latih tubi merupakan salah satu teknik yang berkesan dalam pengajaran bahasa.Perkara ini disokong oleh Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) bahawa teknik latih tubi sememangnya sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Teknik ini membolehkan mereka untuk mengesan tahap kefahaman murid terhadap sesi pengajaran mereka. Tambahan pula, rata-rata guru yang ditemu bual mengatakan bahawa melalui teknik ini murid lebih memahami sesi P&P pada hari tersebut melalui latih tubi yang diberi.
  • 10. Guru-guru juga kebanyakkannya mengaplikasikan teknik sumbangsaran dalam P&P bahasa. Teknik sumbangsaran ini merupakan teknik perbincangan kreatif untuk mendapatkan beberapa idea dari sesuatu kumpulan dalam masa yang singkat dan terkawal (Institut bahasa, 1994). Semasa pemerhatian sesi P&P Pn. Salbani beliau ada mengaplikasikan teknik sumbangsaran iaitu dengan bertanyakan kepada murid berkenaan dengan makanan yang sihat yang boleh diamalkan dalam pemakanan seharian. Implikasi daripada teknik ini, sesi P&P lebih menarik dan produktif. Hal ini demikian kerana murid berpeluang menyatakan idea mereka dengan bebas tanpa dikritik oleh mana-mana pihak. Selain itu, murid yang lemah lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan daripada guru kerana mereka tidak akan dikritik oleh rakan-rakan yang pandai. Kesimpulannya, guru-guru Bahasa Melayu perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran bahasa agar sesi P&P lebih menarik dan memberangsangkan memandangkan jiwa murid-murid sekolah rendah masih keanak-anakkan dan memerlukan sesi P&P yang lebih santai berbanding murid sekolah menengah dan pelajar peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
  • 11. 4.0 Penilaian kendiri terhadap penyataan professional Berdasarkan tugasan ini, saya merasakan bahawa objektif tugasan secara keseluruhan adalah tercapai. Hal ini demikian kerana, saya berjaya mendapatkan dapatan yang diperlukan oleh tugasan secara terperinci melalui tiga kaedah pengumpulan maklumat yang utama. Kaedah pengumpulan maklumat yang saya gunakan iaitu kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik dan kaedah temu bual. Proses pencarian dapatan tugasan adalah sangat sukar dan merumitkan. Bagi mendapatkan dapatan kajian yang benar-benar sahih dan terperinci saya perlu membuat pemerhatian sesi P&P Bahasa Melayu untuk tiap-tiap tahun persekolahan bagi melihat kepelbagaian kaedah yang digunakan oleh guru. Selain itu, pemerhatian sesi P&P ini sangat penting untuk dilakukan kerana kebanyakkan guru mengakui bahawa mereka kurang mengingati istilah-istilah yang terkandung di dalam kaedah dan teknik pengajaran bahasa. Oleh hal yang demikian, mereka meminta saya untuk turut serta dalam sesi P&P mereka dan menilai sendiri teknik dan kaedah yang digunakan oleh mereka mengikut perspektif dan pemahaman saya berkenaan dengan kedua-dua item tersebut. Berdasarkan pemerhatian tersebut, saya memperoleh pendedahan awal tentang pembelajaran murid. Namun, saya turut menhadapi masalah dalam pencapaian objektif tugasan kerana saya kesuntukkan masa. Ini kerana, persekolahan hanya berlangsung selama tiga hari. Maka saya memerlukan usaha yang lebih dengan merapatkan diri dengan guru bahasa bagi mendapatkan dapatan mengenai tugasan. Lantaran daripada masalah ini saya dapat melatih diri saya untuk menjadi seorang guru yang lebih menghargai masa. Masalah ini turut dapat mengajar saya untuk menjadi guru yang kreatif dalam memikirkan jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul. Selain itu, tugasan ini banyak memberikan impak yang positif kepada diri saya sebagai bakal guru. Ini kerana, melalui pemerhatian sesi P&P guru saya lebih yakin untuk melaksanakan prktikum bagi semester hadapan. Selain itu, saya juga mula sedar kepentingan teknik dan kaedah pengajaran bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tugasan ini juga mampu meningkatkan pemahaman saya
  • 12. berkenaan teknik dan dan kaedah pengajaran bahasa. Ini kerana, saya sangat lemah berkenaan dengan kedua-dua item ini. Berdasarkan kerja lapangan amali ini saya lebih memahami apa yang dikatakan sebagai teknik dan kaedah dalam pengajaran bahasa. Saya juga dapat mempertingkatkan kemahiran berinteraksi saya melalui proses pencarian maklumat yang menuntut saya berinteraksi dengan pelbagai pihak. Penambahbaikkan boleh dibuat iaitu saya perlulah merancang jadual kerja dengan lebih tersusun dan rapi dengan membuat pelbagai perancangan untuk satusatu masa. Oleh itu, tidak akan berlaku gangguan pencarian maklumat. Selain itu, saya juga boleh membuat janji temu dengan semua guru bahasa yang ada di sekolah tersebut supaya saya tidak terlepas untuk mendapatkan maklumat daripada mereka. Melalui temu janji tersebut, saya tidak akan berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan kerjasama dari guru bagi menjalankan soal selidik dan temu bual dengan mereka. Penambahbaikkan lain iaitu saya perlu membuat pembacaan yang meluas berkenaan dengan kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru semasa pengajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, saya lebih mudah untuk mengkategorikan kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru semasa sesi P&P berlangsung. Saya juga perlu berlatih untuk berkomunikasi dengan lebih baik supaya maklumat dapat dicari dengan mudah. Ini kerana, seseorang akan lebih selesa untuk berkerja dengan orang yang mesra dan peramah. Maka saya perlu menjadi lebih peramah untuk diterima dan disayangi oleh orang disekeliling saya. Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberikan faedah kepada diri saya untuk menjadikan saya seorang pendidik yang berketrampilan dan berwibawa. Tugasan ini juga dapat meningkatkan profesionalisme keguruan saya dengan lebih baik.