Report saya bukan report "A" diharapkan boleh membantu anda semua, yang masih mencari- cari contoh report latihan industri, selalunya bagi bab permulaan, apa yang kita tulis adalah sama sahaja, yang membezakan isi dan rumusan yang dibuat!. ..
1. Contoh: Report Latihan Industri
salam sejahtera semua, hari ini saya nak berkongsi dengan para pelajar semua contoh
Report Latihan Industri (Politeknik), rasanya kalau student politeknik, diorang latihan
industri (LI) sem 3, so bagi korang semua yang tidak ada contoh @ rujukan
diharapkan report ini boleh membantu, masa saya belajar report akak abang senior
boleh dijadikan rujukan, so daripada saya delate je report ni, baik saya uplodekan dekat
sini.
Selalunya report yang kita tulis, mengenai aktiviti harian yang kita lakukan di syarikat,
tempat kita lakukan latihan, so kalau hari tu belajar pasai pemasaran, human resource
ke, itu la kita catatkan (termasuklah cara nak guna mesin photocopy :) aktiviti kita
lakukan sepanjang menjalani latihan kat tempat tu la.
Format yang digunakan oleh politeknik (sorry sekiranya dah pakai format
lain), Microsoft Words Pastikan setting dahulu jarak mengikut format yang diberi,
contoh bagi politeknik muka surat pertama atas 10cm, bawah 3 cm, kiri 4 cm dan
kanan 2.5 cm, page kedua dan seterusnya 3cm, bawah 3 cm, kiri 4 cm dan kanan
2.5cm
seterusnya bagi, objektif latihan industri, objektif report latihan industri, kepentingan
latihan industri kepada pelajar, syarikat dan politeknik dan seterusnya akan saya
lampirkan di bawah.
Pendahuluan (permulaan)
Terlebih dalulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di atas limpah kurniaNya
dan keizinanNya, saya telah menyempurnakan latihan industri ini dengan jayanya. Saya
berasa gembira kerana Latihan ini bermula dengan baik dan berakhir dengan
sempurnanya. Ia telah berjalan dengan lancar sepertimana yang diharapkan.
2. Latihan ini merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar
Politeknik sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan
Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan untuk memasuki
semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan
industri. Oleh itu pelajar perlu mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak
Politeknik dan juga syarikat pelajar ditempatkan .
Antara objektif utama latihan industri diwujudkan adalah untuk bertujuan untuk
mendedahkan pelajar dengan suasana pekerjaan yang sebenar. Ia juga tujuan untuk
menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik semasa pekerjaan.
Selain itu membolehkan pelajar melihat kaitan di antara teori yang dipelajari di kelas
dengan kerja-kerja praktikal yang dijalankan di alam pekerjaan yang sebenar. Di
samping itu pelajar dapat mengukuhkan keyakinan diri ke alam perkerjaan serta
pengalaman yang ditimba juga boleh dijadikan sebagai persedian untuk menempuh
alam pekerjaan kelak.
Dengan terbitnya buku laporan ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan untuk
pelajar mencari maklumat yang diingini bagi menambah ilmu pengetahuan.
Objektif Latihan Industri
Latihan Industri merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum
layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Setiap pelajar perlu
lulus latihan industri sebelum dibenarkan untuk memasuki semester yang berikutnya.
Pelajar yang gagal perlu mengulagi semula latihan industri
.
Objektif Latihan Industri adalah seperti berikut
Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar.
Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik semasa
pekerjaan .
Membolehkan pelajar melihat kaitan di antara teori yang dipelajari di kelas
dengan kerja-kerja praktikal.
Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
Untuk meningkatkan amalan berhemah dan bertanggungjawab.
Untuk mengukuhkan keyakinan diri ke alam perkerjaan kelak.
Untuk menyediakan satu laporan latihan industri setelah tamat latihan
Objektif Laporan Latihan Industri
Sepanjang Latihan Industri dijalankan, pelajar perlu menyiapakan laporan rasmi yang lengkap tentang
3. kerja-kerja yang telah dilaksanakan sepanjang Latihan Industri dijalankan ini dijalankan untuk
dikemukakan kepada pihak Politeknik untuk dibuat penilaian. Laporan dinilai untuk memenuhi syarat
untuk mendapatkan Sijil atau Diploma untuk sesuatu kursus.
Laporan di bahagikan kepada dua bahagian iaitu laporan harian dan laporan rasmi. Laporan harian perlu
diisi oleh para pelajar pada setiap hari dan ia ditulis secara kasar, ini untuk memudahkan pelajar untuk
membuat laporan rasmi setelah selesai latihan industri yang ditetapkan. Buku laporan harian perlu
diserahkan kepada penyelia pada setiap dua minggu untuk disemak bagi memastikan para pelajar
sentiasa mengisi dan menjalankan latihan seperti yang diarahkan. Selain itu buku laporan juga penting
untuk memudahkan pensyarah untuk meneliti proses kerja yang telah dilaksanakan dan dilakukan oleh
para pelajar semasa latihan industri apabila pensyarah hadir untuk membuat penilaian.
Laporan latihan sangat penting untuk disediakan oleh pelajar setelah selesai menjalani latihan industri
disesebuah syarikat. Laporan ini menunjukan tentang keseluruhan aktiviti dan perjalanan sebuah
syarikat. Ia juga menggambarkan keseluruhan kerja yang pernah dilakukan dan dilaksanakan semasa di
tempat kerja. Semua kerja dan latihan yang pernah dilaksanakan akan dicatatkan dan diceritakan di
dalam laporan ini. Segala dokumen yang digunakan sepanjang laporan akan dilampirkan dan disertakan
sebagai laporan dan rujukan. Laporan rasmi ini hendaklah menggunakan komputer dan disediakan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Objektif laporan industri adalah seperti berikut:
Pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani latihan Industri
dengan lebih efisen dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan gerak kerja semasa
menjalankan latihan dilakukan dengan sistematik dan berkesan melalui laporan yang
dibuat.
Melalui penulisan laporan pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang dipelajari
sebagai rujukan untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.
Laporan yang terperinci disediakan adalah sebagai bukti kepada latihan yang telah
dijalankan dengan sempurna mengikut jangkamasa lebih kurang 5 bulan bermula pada
29 November 2010 hingga 29 April 2011 seperti yang ditetapkan oleh pihak Politeknik.
Laporan ini juga sebagai bahan penilaian untuk latihan yang telah dijalani oleh pelajar
dan pemarkahan laporan ini akan diberikan setelah laporan disemak sepenuhnya oleh
pensyarah.
Untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan sikap tanggungjawap dalam
melaksanakan setiap tugas yang diberikan bagi memenuhi kehendak firma dan
politeknik. Dimana pelajar dapat belajar untuk memikul sendiri tugas yang diamanahkan
dengan baik
Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
4. Program latihan industri ini merupakan sebahagian daripada kurikulum Politeknik di
mana setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri selama 6 bulan
sebelum dianugerahkan Sijil / Diploma Politeknik. Para pelajar juga akan dapat
mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan baru dari sebuah syarikat berpandukan
pembelajaran yang diperolehi semasa menjalankan kuliah di politeknik. Pengalaman ini
serba sedikit dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan diri
pelajar ke alam pekerjaan kelak.
Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri
dalam hal-hal berkaitan pekerjaan contohnya kedatangan dan ketepatan masa,
ketekunan dan minat terhadap kerja yang dilakukan, menerima dan menjalankan
arahan dengan baik, mempunyai personaliti yang sesuai dengan pekerjaan yang
dijalankan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, dapat menyesuaikan diri
dengan tugas yang diberikan, meningkatkan kualiti kerja berpandukan pengalaman dan
sebagainya.
Selain itu, para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada praktis dan praktis kepada
teori. Dengan demikian, pelajar dapat membina keyakinan diri di alam pekerjaan yang
sebenar. Pentingnya Latihan Industi bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada setiap
pekerjaan kerana sesebuah syarikat memerlukan pekerja yang mahir untuk
meningkatkan mutu pencapaian syarikat.
komen dan cadangan
Komen dan cadangan merupakan kebebasan yang diberikan kepada setiap pelajar
untuk mengeluarkan sebarang cadangan, pendapat dan komen tentang apa-apa
masaalah dan lain-lain pekara yang berkaitan semasa menjalani latihan industri. Ini
kerana setiap cadangan dan saranan yang dikemukakan akan diambil perhatian dan
diatasi untuk membaiki program latihan pada masa akan datang. Setiap pekara yang
dicadangkan dan disarankan merupakan input yang baik untuk tindakan pihak yang
terbabit. Setiap komen dan cadangan yang diberikan adalah bertujuan untuk
memberikan idea yang baru untuk membentuk kemajuan bersama, ia sama sekali
bukan untuk bertujuan untuk mengaibkan mana- mana pihak yang terlibat sepanjang
menjalani latihan industri.
Di sini saya berbesar hati dengan pihak Politeknik kerana telah membantu pelajar
dengan menyediakan buku garis panduan yang telah menyentuh secara terperinci
mengenai penulisan Laporan Industri yang lengkap. Di sini saya ingin memberikan
cadangan dan komen kepada pihak Syarikat dan pihak Politeknik
Kepada Pihak Politeknik:-
5. i. Memberikan pendedahan yang luas dengan menyertakan Skop Latihan Industri
setiap jurusan secara terperinci semasa menghantar borang permohonan Latihan
Industri, untuk perhatian pihak syarikat samada swasta mahupun kerajaan. Ini
membolehkan pihak terbabit memahami serta mengetahui bahawa pelajar tersebut
sesuai atau tidak menjalani latihan di tempat mereka.
ii. Ada sesetengah syarikat mengambil pelajar untuk menjalani Latihan Industri yang
tidak sesuai dengan jurusan yang diambil. Oleh itu, saya memberi cadangan agar
pihak Politeknik Seberang Perai, memberi kelonggaran untuk pelajar memilih tempat
Latihan Industri mereka sendiri. Sekiranya tempat itu tidak sesuai, mereka boleh
menukar tempat yang lain dengan mengikut syarat yang ditentukan. Hal ini kerana,
terdapat beberapa kes yang melibatkan ketidaksesuaian tempat menjalani latihan.
iii. Saya juga mencadangkan agar pihak Politeknik menitik beratkan lawatan dari
pihak penyelaras ke tempat–tempat pelajar menjalani Latihan Industri seperti yang
telah dijanjikan di dalam buku dan taklimat yang diberi. Jika perlu tetapkan masa, tarikh,
dan waktu untuk membuat lawatan ke tempat latihan pelajar. Ini kerana kerana bukan
sahaja pelajar yang tertunggu-tunggu tetapi penyelaras serta kakitangan di syarikat
tersebut juga ternanti-nanti kunjungan pihak pensyarah Politeknik.
iv. Saya juga memberi cadangan supaya pihak politeknik dapat memberi
kelonggaran dan masa yang agak panjang untuk pelajar menyediakan dan meneliti
Laporan Latihan Industri. Kerjasama yang dihulurkan oleh pensyarah-pensyarah juga di
perlukan dalam menghasilkan laporan yang baik dan berkualiti.
Kepada Pihak Syarikat :-
Pihak syarikat perlulah merancang dan mengkaji tempat yang sesuai dengan tahap
pelatih sebelum menempatkan mereka di mana-mana jabatan. pihak syarikat perlulah
memperkenalkan sayrikat dan aktiviti yang dijalankan kepada orang awam ini kerana
masih ramai orang di luar kawasan ini tidak tahu mengenali aktiviti yang dilakukan oleh
syarikat.
Hendaklah menjalankan promosi di semua Institusi pengajian tinggi untuk
memperkenalkan syarikat dan membuka peluang lebih ramai kepada pelatih untuk
menjalani latihan industri di syarikat ini.
Menyediakan perancangan tugas yang lebih teratur untuk pelajar yang akan menjalani
latihan industri di syarikat ini
Menunjukan kesungguhan dan kerjasama yang baik kepada pelajar dengan jelas
supaya pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan cemerlang.