SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  29
Normahani Asran 1
                                                                          Cerita Tentang Hana

Aku akan tabah menghadapi semuanya

Aku akan sabar menghadapi sesiapa juga

Aku akan tabah selama mana Yang Maha Esa menginginkannya



Doaku....

Ya Rabbul Izzati....

Berikan aku kekuatan menghadapi ujianMu

Kurniakan aku kesabaran menghadapi dugaan dariMu

Anugerahkan aku ketabahan menghadapi segala yang telah Kau lakarkan buatku....

i

       Segalanya bermula di sini. Di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Aku

memulakan perjalanan hidupku sebagai bakal guru disini. Sebelum pergi ibu menghantar aku

dengan air mata sayang yang tumpah atas dasar kerisauan, lebih-lebih lagi anak perempuan

bongsunya ini akan pergi belajar di suatu tempat yang asing baginya dan bagi ibu. Namun, oleh

kerana aku pergi untuk masa depanku, ibu merelakan pemergian itu. Bapa ku pula

menyembunyikan kerisauannya dengan begitu banyak pesanan buatku. Bapa ku langsung tidak

menangis semasa menghantarku, malah kelihatan bangga dengan pencapaian dan perjalanan

hidup baru yang akan menantiku pada masa depan. Lagipun awal-awal lagi sebelum aku

berangkat, bapa begitu sibuk mencanang berita kejayaanku diterima masuk ke Universiti

Pendidikan Sultan Idris, bahawa anak perempuan bongsunya ini belajar di Kuala Lumpur, ibu

dan bapaku yang tidak berpelajaran itu sebenarnya hanya mengenali Kuala Lumpur, jadi kerana

itu apabila aku ditawarkan belajar di Semenanjung tak lain dan tak bukan dalam fikiran mereka

hanya ke Kuala Lumpur walaupun sebenarnya aku belajar di sebuah pekan kecil. Tg

Malim,Perak. Ku tatap kedua-dua wajah tua itu sekilas sambil menuju ke perut kapal terbang
                                             1
Normahani Asran 2
                                                                           Cerita Tentang Hana

yang menanti berbekalkan keazaman bahawa aku akan menjadi seorang guru bermula di sini.

Sebuah catatan perjalanan lucu dan menyedihkan, tentang cinta dan persahabatan. Kesukaran

dan ujian dari Tuhan. Namun, semuanya kumulakan dengan senyuman.

ii

       Semuanya bukan mudah. Sebagai seorang pelajar bergelar mahasiswi dari Sabah, aku

menghadapi kesukaran dalam bahasa. Lebih-lebih lagi teman sebilikku orang Melayu. Jadi,

bermulalah hari orientasi bahasa bila saja aku dengan Fizah bercakap seperti ayam dan itik.

Rasa-rasanya ayam dan itik pun juga tidak menghadapi kesukaran berbahasa seperti kami.

       Perkara pertama yang kukenal disini adalah perkataan assingment atau kertas kerja

dalam Bahasa Malaysia. Errmmm.. bila disebut tentang kertas kerja tentulah bahan-bahannya

perlu dicari. Macam biasa semua itu akan banyak didapati di perpustakaan. Assingment perlu

disiapkan. Tugasan yang bertimbun perlu disiapkan on time. Perpustakaan lagi. Ni yang lemas

ni.. Bosan duduk lama-lama dalam perpustakaan besar dan sejuk. Dah lah aku ini jenis manusia

kurus yang tidak tahan sejuk. Kalau gemuk mungkin tidak apa. Sebab lemak-lemak boleh jadi

penahan sejuk kan. Berjam-jam dalam perpustakaan pun aku tak kisah.Masuk library duduk

dekat meja menghadap pasangan bercinta pula tu, alah silap pilih tempat pula. Nak pindah

payah, lebih-lebih lagi kalau sudah duduk kerusi empuk perpustakaan. Perasaanku? Menyampah

dan meluat. Macam perpustakaan tu diaorang yang punya! Apa diaorang ingat aku ni suka

sangat ke tengok aksi tahap hantu air mandi tu? Perumpamaan je tu, hantu air mandi pun aku tak

pernah tengok. Rasa macam nak muntah hijau aku dibuatnya. Macamlah aku tak pernah

bercinta!(memang pun). Tapi, kalau ya pun bercinta, tolonglah jaga tingkah laku jangan sampai

begitu. Duduk bukan main rapat macamlah dalam perpustakaan ni kekurangan kerusi, badan

macam dilekat dengan gam Gajah. Mana bleh macam itu! Apa diaorang ingat aku yang duduk

dekat meja depan mereka ni tiang kayu, kipas elektrik ke berus gigi? Suka sangatlah mereka
                                              2
Normahani Asran 3
                                                                               Cerita Tentang Hana

ingat aku tengok perangai tak senonoh diaorang tu konon! Hek eleh, buat lah perangai elok-elok

skit kan, Dahlah masuk universiti ambil course pendidikan tapi buat perangai macam orang yang

tak berpendidikan! Baik tak payah jadi cikgu. Buat malu aku je, maklumlah aku ni kan bakal

guru pendidik bakal doktor, lawyer, jururawat,bomoh,kaki lumba haram paling koman pun

Perdana Menteri! Malulah sikit.Meluat tengok wayang free aku lari pergi tingkat tiga, lagi

seronok sebab sambil cari bahan untuk tugasan boleh baca novel. Mana lagi dia orang Fizah,

Ayu dengan Kak Su ni. Lambat sangat sampai. Tunggu bas ke buat bas mereka ni,bosan pula

baca novel tak ada kawan dekat sebelah. Nak berborak pun payah. Sebab hanya aku je yang

duduk meja yang muat 6 kerusi tu, aku pun tak faham. Langsung tiada sesiapa pun berani duduk

sebelah aku selama setengah jam aku menunggu kawan-kawan, tak kira lah perempuan ke lelaki

ke, semuanya sanggup duduk jauh terpelosok dekat meja hujung tanjung tu daripada kongsi meja

dengan aku, walaupun meja yang aku duduk tu dekat dengan rak buku yang bertimbun .

Agaknya muka aku ni menakutkan macam singa. Sebab itu tiada mana-mana orang pun berani

berkongsi meja dengan aku. Aku tahu, aku taklah secantik Shia (nasib baik Shia dah kahwin)

tapi kalau setakat boleh buat orang lelaki terhantuk kepala dekat tiang atau setakat buat orang

lelaki sakit leher curi-curi toleh tu, bolehlah sikit-sikit. Susah sangat memahami manusia ni kan.


       Tiba-tiba..“erm... ada jam? Sekarang jam berapa”?. Pehal mamat ni kan, datang-datang

tanya pukul berapa. Takkan jam besar gerabak kereta api yang terlekat dekat tepi dinding

perpustakaan ni tak nampak kan. Ah.. nak ngorat lah tu kan. Ermmm,, tau dah. Tapi tak kisah

pun. Nak tanya pukul berapa sampai 120 kali pun aku tak kisah kalau dia lah orangnya. Manis

orangnya, walaupun gelapnya 20 kali lebih gelap dari warna kulitku. Apa yang mengembirakan

adalah matanya. Tidak jemu mata memandang. „oh... mata!!!‟




                                                 3
Normahani Asran 4
                                                                           Cerita Tentang Hana

“Jam 3.34 petang”. Jawabku ringkas siap dengan senyuman yang semanis-manisnya ku beri.

“oh.. ok.. ermm.. saya duduk sini boleh kan?” hah! Sudah ku duga. Memang sah nak mengorat

mamat ni. “boleh, duduklah..lagipun ada lima lagi kerusi kosong dekat meja ni. Kalau sudi lah,

lagipun ada juga kawan berborak sambil cari bahan untuk tugasan”. Kataku. “ah..sama lah,

saya pun cari bahan untuk tugasan, dari tadi cari bahan sorang-sorang takde teman, nampak

awak buat kerja sorang-sorang, tu yang datang nak duduk sekali lagipun duduk buat kerja ada

teman ni boleh hilang rasa bosan sikit”. Katanya. Ermmm... angguk saja lah. “tak payah

berawak-awak lah. Susah-susah panggil Hana je”. Cadangku. “oh..Hana, manis nama tu

semanis orangnya, saya Luqman kawan-kawan panggil Man je. Ikut suka Hana lah nak panggil

ape. Man tak kisah”. Katanya panjang lebar.terdetik dalam hati. Apesal dia kata namaku manis.

Apa dia ingat nama aku ni coklat ke apa. “Panggil apa-apa pun boleh? Nak panggil otromen

pun boleh? Hehe.. Hana panggil Man juga lah kalau dah kawan-kawan pun panggil begitu.”

Kataku bersahaja. Untuk sejam seterusnya kami berborak macam orang yang sudah 10 tahun tak

jumpa. Sangat seronok berbual sambil buat kerja. Tanya itu, tanya ini dan kesimpulannya, Man

pelajar jurusan Matematik. Orang bandar besar Kuala Lumpur. Lahir tahun 1983 juga macam

aku. Dahlah manis, mata cantik, lembut bicara suka melawak, pandai matematik pula tu!

Akhirnya setelah satu jam setengah menunggu kedatangan kawan-kawan, mereka sampai juga.

Sambil senyum-senyum Fizah, Ayu dengan Kak Su berjalan menuju ke meja ku dengan

Luqman. Lebih kurang pukul lima petang kami pun pulang, seperti biasa mestilah bertukar-tukar

nombor telefon kan.


       Hari ni kena bentang sorang tajuk aku “Tanah Rizab Melayu”. Macam biasa lah bentang

macam nak rak orang kata tapi sebenarnya bahannya skit je. Kena plak ngan pensyarah Encik




                                              4
Normahani Asran 5
                                                                            Cerita Tentang Hana

Razeman. ah! Apa lagi, lepas bentang kena leter, dia kata apa? Dia kata camni, kira camnilah

bunyinya:


“ Antara keempat-empat pembentang hari ni, tak ada satu pun yang boleh saya banggakan! saya

tak perlu berpura-pura dan saya tak suka dan tak mau berpura-pura. Kalau tak ada bahan..

cari...(terkena dekat aku)... kalau tak ada dekat perpustakaan universiti.. cari.. keluar.. ke

perpustakaan negara, library UM,atau mana-mana saja. Jangan malas! Ni lah masalah pelajar

kita sebenarnya. Malas...” dan macam biasa. “dengar ke tidak ni Hana...Bla..bla...bla..macam ni

nak jadi cikgu?...” sampai jam 1.16 petang. Bersurai. Malu tau tak. Rasa macam muka aku ni

bukan merah lagi.. dah terbakar dah. Nak angkat muka pun malu. Rasa macam muka aku ni dah

terlekat dekat lantai kelas ,nak menjawab pun tak boleh, terasa macam tekak ni tertelan seekor

kura-kura. Pastu tak tunggu dah, keluar terus lepas habis kelas. Aku ajak terus kawan-kawan

pergi library negara tambah bahan untuk kertas kerjanya. Sebab takut mengulang subjek tu lagi.

Dahlah pensyarah tu tegas dan macam kedekut markah je. Kenalah buat yang terbaik untuk

kertas kerjanya. Apa nak buat.. lagi pun salah aku kan. Itulah, berborak dengan Luqman sampai

tak ingat tugasan. Itulah kali pertama dan terakhir aku kena marah oleh pensyarah, sebab lepas

daripada hari itu, semua tugasan yang diberi untuk aku..aku siapkan dengan sebaik-baiknya,

takut pisang berbuah dua kali kan.


iii


       Cuti seminggu pertengahan semester tahun kedua. AJK Persatuan Sekolah Rendah join

venture dengan Persatuan Matematik buat rancangan melawat sambil belajar ke Terengganu.

Seronok rasa hati bila Luqman pun ada. Aku dengan Ayu dan Fizah pergi, kami bayar RM150

dekat bendahari. Kak Su tak dapat pergi, ada hal keluarga katanya. Malam tu ada pula

perjumpaan bincang tentang lawatan ke Terengganu, tapi janji je pukul 8 malam tapi bohong.
                                              5
Normahani Asran 6
                                                                           Cerita Tentang Hana

Kalau janji jam 8 malam, jam 8lah. Ni tidak, janji jam 8 tapi mula bincang pukul 9 setengah!

Bayangkan aku yang datang seawal jam 7.47 malam tu tunggu sampai jam 9 setengah baru

budak-budak tu datang perjumpaan. Sakitnya jiwa, rasa macam nak bertukar jadi dinasour telan

mereka tu sekaligus, biar padan dengan muka mereka! Benci betul. Nasib baik Luqman ada.

Sebab tu lah tepat jam 10 malam aku keluar dari tempat tu dengan kawan-kawan serumah aku

pergi balik rumah sebab bas terakhir pukul 10! Biarlah mereka nak cakap apa. Katalah apa saja,

aku peduli apa.. siapa suruh mereka datang lambat. Menyampah betul kena menghadapi orang

macam tu seumur hidup aku ni. Keputusan perjumpaan, Diaorang dah aturkan ahli kumpulan,

dan aku jadi AJK makanan sekumpulan dengan Zaid, Zaidah dan kawan-kawan. Sebenarnya,

aku pun tak tahu apa tugas AJK makanan tu sebenarnya. Makan ke? Ermm... macam best je

dengarkan. Makan makan. Ermmmm,,, ok la tu kan.Kami bertolak pada 9.Jun.2005. Sepanjang

perjalanan aku duduk dengan Luqman, macam biasa seronok, perjalanan yang memakan masa

berjam-jam tu macam setengah jam saja singkatnya. Sekejap-kejap, Fizah curi-curi pandang

dekat kami yang duduk di kerusi belakang mereka. Takutlah tu kalau-kalau aku jadi macam

pacat melekat dekat Luqman. Itu yang seronoknya bersahabat dengan Fizah... sentiasa menjaga

aku setiap masa..


       Sekumpulan    dengan    Sharul,Zaid,Zaidah,Mia,Ayu    dengan    Fizah   juga.   Sampai

Terengganu kira-kira pukul empat pagi macam tu. Kami singgah dekat masjid Kuala Berang

sembahyang subuh. Pastu jam lapan pagi pergi Tasik Lasir naik dan tinggal dalam bot sehari

semalam. Sampai je terus buat aktiviti eksplorace 1 quiz dan cari. Mula-mula tak faham, cari?

Cari apanya? Lepas tu lari sana lari sini cari AJK yang berkenaan, bukan buat apa-apa pun

sekadar berlari sampai nak putus urat saraf 44 semata-mata nak dapatkan tandatangan mereka.

Apa mereka ingat mereka tu Mawi ke. Penat juga hinggakan ia membuatkan aku menangis

                                              6
Normahani Asran 7
                                                                               Cerita Tentang Hana

sebab sesak nafas. Tapi tak apa sebab kumpulan kami menang eksplorace tu! Pastu balik bot

makan sardin dengan telur goreng je, Encik Burn pensyarah Bahasa Malaysia kami goreng ikan

Toman punyalah masin! Ingatkan ikan yang Encik tu goreng tak masin, sebab nampak sedap je

warnanya. Lugman sua dekat aku.Aku ambillah sikit dan rasa. Tak habis makan pun sebab sakit

gigi makan ikan yang Encik Burn goreng tu. Masin! Rupa-rupanya Luqman kenakan aku. Cis!

Sepanjang petang aktiviti mandi-mandi, terjun-terjun, bergambar-gambar berlangsung. Fizah

dengan Ayu awal-awal lagi terjun berenang dekat Tasik Lasir. Aku pula duduk berborak dengan

Luqman sambil tengok kawan-kawan berenang dari atas bot. Ada satu perasaan yang wujud.

Rasa selamat, disayangi bila saja aku berada dekat dengan dia. Cintakah itu..? aku lihat Luqman

tepat ke anak matanya yang redup itu sambil tersenyum. Diam. Damainya rasa hati bila dia juga

melihat aku dengan senyum. Tiba-tiba...


“Ah.. mende korang ni? Buang tebiat? Dah takde kerja lain nak kena buat? Kalau takde, ni hah,

ikan ni nak kena siang, malam nanti nak kena masak. Hah, apa lagi...?”. Luqman tersipu-sipu

malu, pertama kali aku lihat orang yang berkulit gelap macam dia tu pun boleh merah padam

muka. Ceh! Kacau daun sungguh Kak Mila ni. Sepanjang-panjang kerja menyiang ikan tu, aku

merunggut dalam hati. Apalah... baru saja nak macam filem Bollywood sikit dah kacau daun.

Bila masa aku nak bercinta kalau selalu saja macam ini. Malam itu kami makan ikan Toman

goreng (lagi). Malam itu juga kami tidur dalam bot yang langsung tak selesa.


       Bangun pagi-pagi akulah orang yang paling awal mandi dalam bilik mandi merangkap

tandas atau sesuailah kalau digelar jamban atas bot. Nak termuntah bila mandi dengan gosok gigi

menggunakan air Tasik Lasir bila imej „bahan buangan manusia‟ tu terapung-apung atas air,

dengan gerak perlahan macam ditayang guna DVD player . Dahlah tandas dia jenis semacam tu,

buang jatuh dalam air. Allah saja yang tahu macam mana peritnya mandi dengan basuh muka

                                               7
Normahani Asran 8
                                                                          Cerita Tentang Hana

dalam keadaan macam tu. kami naik ke darat ke Pulau Kapas pula. Sebelum berangkat naik bas,

kena pula bersenamrobik, “luruskan tangan ke hadapan..1..2..3..6...8...10” bersungguh-sungguh

Kak Husna memimpin senamrobik yang langsung tak seronok tu. Selepas bersenam kami

berangkat ke Pulau Kapas naik bot lagi dan sampai 10 minit kemudian. Sampai sahaja kami

diarahkan memasang tiga khemah besar, selepas itu kami makan dan bersembahyang berjemaah.

Petang hari itu aktiviti main-main diadakan. Aku tarik tali! Ya Allah punyalah payah berlawan

pula tu dengan geng Cha yang rata-ratanya berbadan besar, dua kali lawan kalah! Memalukan.

Lebih memalukan apabila Luqman juga melihat aku. Seronok bermain dengan kawan-kawan dan

lagi seronok mentertawakan kawan-kawan yang bermain permainan budak-budak tadika. Tiup

belon sampai pecah, lumba lari dalam guni, baling belon. Kenangan ini akan tercatit dalam

memori sebagai kenangan yang paling indah.


       Esoknya sebelum pulang kami bergambar beramai-ramai. Kemudian aktiviti senamrobik

diadakan. Kami bersarapan dalam bulatan duduk diatas pasir. Apabila duduk beramai-ramai

seperti itu, ayam panggang yang hangus hitam legam yang Hafiz bagi padaku itu menjadi sedap

rasanya macam makan ayam goreng KFC. Sambil makan kami berbual-bual dan secara tiba-tiba

datanglah seorang pakcik yang terganggu dengan kebisingan kami itu datang sambil memaki

hamun kami yang berada disitu. Nasib baik tak bawa parang sekali, sebab kalau pakcik itu

membawa parang akulah antara manusia yang mati dahulu kerana aku duduk betul-betul paling

hampir dengan dia. Perkara yang membanggakan adalah bagaimana kawan-kawan sekuliahku itu

menyelesaikan masalah berkenaan dengan tenang tanpa pergaduhan, layaklah digelar bakal guru.

AJK memohon maaf dengan pakcik berkenaan walaupun sebenarnya pekerja di Pulau tersebut

mengatakan bahawa lelaki berkenaan sememangnya selalu berperangai sedemikian. Kami

mengemas khemah, menaiki bot pertama pagi itu ke jeti sebelum pulang ke Tanjong Malim.

                                             8
Normahani Asran 9
                                                                            Cerita Tentang Hana

       Sejak pulang dari Terengganu aku rindu dengan Luqman walaupun kami dekat saja. pagi

3 oktober Luqman ajak aku keluar. Aku setuju pagi itu juga Luqman jemput aku di asrama Kolej

Aminuddin Baki. Luqman bawa aku berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Seperti biasa, Fizah macam

bapa aku banyak betul pesanan dan nasihat yang kena ikut. Luqman orang Kuala Lumpur jadi

tidak ada masalah dengannya apabila masuk pusat bandar. Aku dibawanya ke Taman Orkid.

Kami bersiar-siar dan Luqman memimpin tanganku berjalan. Pegang tangan saja tidak apa kan.

Aku gembira dan malu-malu juga senyum 24 jam. Di sana Luqman akhirnya meluahkan rasa hati

yang juga sama seperti aku. Kami saling menyayangi dan saling memerlukan. Sejak hari itu,

kami adalah pasangan kekasih yang sentiasa bersama berdua sehinggakan kawan-kawan merasa

terpinggir kerana aku selalu bersama dia.


iv


       11.2.2006 sabtu. Encik Nasir, pensyarah ekonomi kami bawa kami berjalan-jalan ke

FRIM dekat Kepong. Lebih kurang jam 8 lebih kami bertolak dari UPSI. Sampai di sana kami

kena mendaki bukit dengan ketinggian 500 meter “I tell you!!” Dengan seluar jeans yang berat

tu mendaki, Ya Allah.. tuhan saja yang tahu rasa hati. Dahlah lepas hujan tentulah banyak pacat.

Bayangkan aku yang takut kena gigit pacat ni lari dan berjalan laju dari orang lelaki dengan

jeans yang berat tu. Encik Nasir ni memanglah nak kena. kenapa suruh pakai jeans!       Apalagi

pelik siswa siswi UITM yang juga turut ada disana melihat kami mendaki pakai jeans! Hebat tak

hebat tu. Akhirnya sampai juga kami di jambatan gantung. Hilang rasa marah dan penat.

Nampak KL “I tell you!!” seronok juga. Macam biasa aktiviti bergambar-gambar dan menyakat

kawan-kawan yang sedang menyeberang jambatan gantung itu pun bermula. Jeritan dan maki

hamun kawan-kawan menjadi halwa telinga sehinggakan pengawal pos jambatan gantung

tersebut naik angin dengan perangai kami yang mengalahkan budak-budak sekolah rendah darjah

                                               9
Normahani Asran 10
                                                                            Cerita Tentang Hana

satu. Lepas itu kami turun pergi tengok pokok pula. Pemandu kami pada hari itu kami panggil

kakak saja. Perkara yang menghairankan super hebat berlaku apabila kakak tu kenalkan kami

dengan nama-nama pokok macam aku kenalkan kawan-kawan aku dengan bapa aku! Nasib baik

tak suruh salam.banyak betul ilmu pokok yang kakak itu tahu. Hebat kakak tu, tapi masa tu aku

langsung tidak memberi tumpuan sebab pacat menguasai fikiran! selepas itu, entah macam mana

boleh pula kami sampai ke tempat kami memulakan perjalanan tadi. Lega rasa hati apabila aku

nampak kereta setelah hampir sejam dalam hutan!          Aku dapat merasakan seolah-olah satu

sensasi apabila nampak kereta. Ermm..tamadun. Kemudian kami dibawa masuk ke muzium

dengan pesanan “jangan usik,sentuh,ambil barang-barang yang ada dalam muzium ini”. Cantik

dan banyak benda tapi semuanya kayu. Ada alat mengisar padi tradisional dari kayu, tempat raja

beradu dan macam-macam lagi. Hari itu memang seronok bukan saja pelajar ekonomi datang.

Budak-budak yang      bukan    ambil subjek ekonomi pun pergi. Macam biasa, perkara yang

pastinya akan menjadi bualan hebat selama sebulan di UPSI pastinya cerita kelakar cikgu Alias

yang begitu hebat mendaki bukit dengan memakai baju, seluar,kasut macam nak pergi main golf!

Memang seronok mengikut Encik Nasir „berjalan-jalan‟ dengan seluar jeans dalam hutan.


       Pulang dari FRIM Kepong, Luqman mengajak aku keluar makan malam bersamanya.

Oleh kerana keletihan aku menolak. Orang lelaki memang tak suka ditolak akibatnya; merajuk.

Buruknya muka kaum adam bila merajuk.


       “Man marah...? Hana minta maaf.... Hana penat sangat ni, letih tau daki bukit tinggi 500

meter pakai jeans pula tu. Esok kita keluar makan sama-sama ya.. janganlah merajuk” pujukku.


       “Taklah.. tak marah pun. Hana ni aktif sangat berjalan. Man boring tau asyik-asyik kena

tinggal. Ok, esok kita keluar makan sama-sama ya, Man belanja.” Aku mengiyakan sahaja

permintaannya itu seringkasnya lalu aku tidur kerana terlalu letih.
                                                10
Normahani Asran 11
                                                                          Cerita Tentang Hana

       Seperti yang dijanji, petang esoknya Luqman menjemputku keluar makan. Sambil makan

kami berbual seperti biasa. Sehinggalah Luqman akhirnya menyuarakan keinginannya untuk

membawaku kerumah keluarganya di Kuala Lumpur untuk diperkenalkan dengan ibu dan

bapanya. Aku terkejut dan takut. Bagaimana penerimaan mereka terhadap aku nanti. Setelah

didesak akhirnya aku bersetuju. Cuti hujung minggu nanti Luqman akan membawaku kerumah

keluarganya bermalam disana dua hari. Nasi goreng Pattaya yang ku pesan itu tidak habis ku

makan gara-gara terlalu takut memikirkan penerimaan keluarga Luqman.


       18.2.2006 sabtu. Seperti yang dipersetujui awal-awal pagi lagi Luqman terpacak dibawah

asrama Kolej Aminuddin Baki menunggu aku. Kemudian kami bertolak ke Kuala Lumpur.

Masuk sahaja tol pertama ke pusat bandar Kuala Lumpur hatiku bertambah-tambah gelisah.

Luqman pula hanya seperti biasa asyik berbual dan berbual. Kami sampai ke Taman Mawar.

Rumah banglo besar milik keluarga Luqman menjadikan aku kerdil. Rumahnya 3 kali ganda

lebih besar dari rumah keluargaku di Sabah. Ruang dalamannya besar dan dihias indah. Sofanya

empuk dan selesa, tidur atas sofa pun tak apa kalau empuk semacam itu. Sedang aku duduk dan

merasa canggung di sofa mewah itu, ibu dan bapa Luqman ke ruang tamu. Luqman

memperkenalkan aku dengan kedua ibu bapanya. Ibu Luqman melihat aku dari atas ke bawah

dan langsung tidak senyum. Ayah Luqman pula mengangguk-angguk senyum apabila Luqman

memperkenalkan aku dengannya sebelum berlalu pergi untuk bermain golf katanya. Agaknya

orang kaya memang wajib main golf kan getus hati kecilku. Tidak lama kemudian, Ibu Luqman

pula meminta diri ke spa selepas mengarahkan pembantu rumahnya menunjukkan aku bilik tidur.

Luqman hanya memandang aku sejurus kedua ibu bapanya pergi. “Man minta maaf... mama

dengan papa sibuk dengan hal masing-masing, tapi mama dengan papa baik” katanya padaku

seolah-olah memahami apa yang terlintas di fikiranku tentang mereka. Bahawa mereka tidak

                                             11
Normahani Asran 12
                                                                          Cerita Tentang Hana

menyenangi kehadiranku dan tidak setuju dengan perhubungan kami. Aku hanya tersenyum

memandang dia dan memegang lembut tangannya.


       “Manis orangnya..mana jumpa ni Long..? hai.. si cantik” sapa seseorang tiba-tiba yang

tak tahu muncul dari mana. “ Hana, kenalkan Adi adik bongsu Man” adik bongsu Luqman rupa-

rupanya. Tampan juga orangnya, matanya secantik mata Luqman. Agaknya mereka ini semua

keturunan mata cantik kata hatiku. Adi merenungku tajam, dalam ketampanannya itu ada sesuatu

yang membimbangkan tentangnya. Namun, kusembunyikan rasa itu dari ruang fikirku dengan

senyuman.


       Luqman meninggalkan aku seorang di taman banglo mewah ini. Aku duduk

menunggunya habis mandi di gazebo yang cantik dengan bunga-bungaan dan tumbuhan

menjalar. Sambil menunggu aku sempat menghantar SMS kepada Fizah di Tanjong Malim,

memberitahunya agar jangan risau akan aku. Bahawa aku akan menjaga diriku sepanjang dua

hari dirumah keluarga Luqman. Adi menghampiri aku dan duduk menghadap aku. Seperti biasa

senyum dan merenungku. Aku menjadi tidak keruan, takut melihat dia. Ada sesuatu tentang

pandangannya itu. “belajar di UPSI ya? Cikgu lah ni kan.. kalau cikgu manis macam ni Adi

sanggup masuk belajar dalam darjah satu semula” katanya bergurau. “ah..ya.. dah 2 tahun

setengah belajar dekat UPSI. 2007 nanti InsyaAllah posting. Buat masa sekarang ni belum layak

lagi digelar cikgu” sambil tersenyum aku menjawab. Setengah jam seterusnya kami berbual

santai tentang diri masing-masing. Adi merupakan seorang siswa di Universiti Middlesex Utara

London dalam bidang business. Pulang ke Kuala Lumpur bercuti selama 4 minggu. Aku merasa

lega apabila melihat Luqman menuju ke gazebo. “berbual apa ni? Tanya Luqman. “Berbual

kosong je abang Long” jawab Adi. “Esok mama dengan papa adakan jamuan makan malam di

Hotel Nikko sambil-sambil nak memperkenalkan Hana dengan keluarga Man. Atuk, opah,

                                             12
Normahani Asran 13
                                                                           Cerita Tentang Hana

makcik, pakcik dengan sepupu Man, Sara pun ada. Hana kena pakai cantik-cantik ya esok”

pesan Luqman. Aku sedikit terkejut kerana Luqman hanya memberitahuku untuk diperkenalkan

dengan keluarganya di rumah mereka. Hotel? Itulah pertama kalinya dalam hidup aku makan

malam di sebuah hotel mewah. Malam itu aku tidak nyenyak tidur. Gelisah memikirkan tentang

rencana makan malam di hotel malam esok.


       Restoran hotel Nikko Jalan Ampang Kuala Lumpur itu begitu cantik dan mewah. Satu-

satu keluarga Luqman memasuki ruang makan. Datuk dan nenek, pakcik,makcik dan Sara akhir

sekali Adi. Semua ahli keluarga Luqman sudah duduk mengelilingi meja makan sambil

memesan makanan. Aku hanya mengikut sahaja apa yang dipesan oleh Luqman. Ahli keluarga

Luqman rancak berbual tanpa menghiraukan aku. Hanya Luqman dan Adi sahaja yang

nampaknya melihat aku. Aku merasa seolah-olah aku ini ulat gonggok kecil yang langsung tidak

dipeduli. Sara cantik. Kulitnya putih dan halus gebu. Seputih warna kulit ibunya. Kelihatannya

ibu bapa serta datuk dan nenek Luqman menyukai Sara. Sekali sekala Luqman melihat aku dan

menggengam tanganku erat seolah-olah menyuruh aku agar tenang sahaja. Adi pula sedari awal

tadi merenungku. Sara juga sekali sekala melihat-lihat aku. Seolah-olah mengimbas aku dengan

mesin pengimbas dari kaki ke kepala.




       Makanan yang dipesan sampai. Chicken Casserole yang dipesan Luqman nampak sedap,

inilah buat pertama kalinya dalam hidup, aku makan menggunakan garfu dan pisau. Aku biasa

juga memegang pisau tetapi bukan pisau yang digunakan untuk memotong daging dipinggan.

Mukaku pucat aku berpeluh walaupun ruang makan itu tersangat dingin oleh alat pendingin.

Tanganku terketar-ketar memegang pisau dan memotong daging ayam. Hasilnya; pingganku

berdencing bising apabila pisau berlaga dengan pinggan batu. Aku tidak mampu mengawal rasa
                                             13
Normahani Asran 14
                                                                           Cerita Tentang Hana

gemuruhku. Luqman dan yang lain berhenti makan terganggu ulahku. Aku diperhatikan, ku lihat

Sara tersenyum-senyum mentertawakan aku dalam hati. Luqman hanya diam. Adi secara tiba-

tiba mengambil lembut pisau ditanganku lalu membantu aku memotong daging dalam pinggan

kecil-kecil agar mudahku makan. Namun, aku sangat malu. Mukaku merah hinggakan aku tidak

mampu mengangkat muka. Aku lalu meminta izin ke tandas,Luqman sekali lagi diam tak

bersuara seolah-olah malu dengan kejadian itu. Aku bangkit dan pergi. Aku meninggalkan

mereka melalui pintu belakang hotel. Aku menangis sedih. Seperti yang kuduga Luqman

menelefonku hampir 8 kali sebelum aku menutup telefon bimbitku. Panggilan itu kubiar tidak

dijawab kerana aku terlalu malu. Manakan mungkin orang kampung seperti aku hidup dengan

orang berada sepertinya. Aku terus berjalan, air mata yang bertakung dimataku menghadkan

pandanganku dijalan yang agak gelap itu. Tanpa disedari yang kutahu sebuah Camry hitam

melanggarku dari belakang. Aku terjatuh dan mujurlah kereta berkenaan tidak dipandu laju. Aku

hanya mengalami cedera ringan. Lutut serta tanganku mengelupas berdarah semasa aku menahan

badan yang jatuh diatas aspal. Seorang lelaki awal 30-an meluru keluar dari kereta mendapatkan

aku. Sebelum aku dimarah aku terus saja memaki hamun lelaki itu terlebih dahulu sehinggakan

dia terpingga-pingga. “Butakah apa! Tak nampak ke. Aku besar pokok kelapa pun tak nampak.

Mata tu simpan dimana? Dalam poket, bawah kasut ke atas kipas!” jerkahku marah. Hasilnya;

dia tersenyum dan tersengih-sengih macam kerang busuk. “sorry..sorry..i tak nampak you

tadi,lagipun kawasan ni gelap sikit. You okey ke..? nak i hantar ke hospital?” katanya “tak

payah! Orang tak mati lagi buat apa nak hantar ke hospital. Sorry..sorry.. senang-senang je

mintak sorry. Ingat aku ni apa..kambing? senang-senang je ikut suka hati awak nak

langgar!”jawabku mempertahankan diri walaupun sebenarnya itu memang salahku, tetapi oleh

kerana terlalu tertekan dengan kejadian direstoran tadi rasanya inilah satu-satunya peluang

untukku melepas geram. “okey..then again i’m sorry..takpe..kalau macam tu mari i hantarkan
                                             14
Normahani Asran 15
                                                                            Cerita Tentang Hana

you balik rumah” pelawanya. “tak payah! Aku boleh jalan kaki keluar ke depan tu tunggu teksi

mesti ada tu. Lain kali tengok-tengoklah bila memandu tu. Mata jangan letak dekat dashboard!

Lagi satu, cikgu mana yang ajar awak i..i...you..you.. ni? Bodoh ke apa. Tak bersyukur langsung

jadi orang Melayu. Apa salahnya saya,awak.kau,aku?” sindirku. “ok...suka hati awaklah. Oh

ya, jalanlah terus ke depan tu. Lupa nak bagi tahu dekat pondok teksi tu ada lebih kurang 8 buah

motor sekali dengan mat rempit ada dekat sana. Kalau berani pergilah..kalau tak berani, silakan

naik kereta saya..saya hantar pulang. Tak nak takpe saya tak rugi apa-apa pun”


       errmmm,... daripada aku ditelan oleh ramai harimau baik lagi aku naik kereta buaya. “ok..

tapi jangan fikir nak buat jahat. Nampak ni pisau ni!” ugutku sambil mengacah-acah pisau lipat.

Macamlah dia takut, setakat pisau lipat harga 30 sen tu. “jangan risaulah cik adik, setakat muka

macam awak ni saya tak berkenan pun!” Akhirnya, aku naik juga kereta tu. Tetapi.. kemana

harusku tuju..nak balik rumah Luqman aku malu, lebih-lebih lagi aku tinggalkan dia dan

keluarganya di sana. Kemana? Nak pergi mana...?


       “hah, nak kena hantar awak ke mana ni?” Tanyanya. Aku senyap.. akhirnya setelah 15

minit aku bersuara juga. “hantarlah kemana-mana pun. Turunkan saya ditepi kedai. Nak cari

rumah tumpangan murah..nak balik Tg Malim malam ni dah tak boleh, bas dah takde...” kataku

berterus-terang.


       “Awak tak tinggal di KL ni ke..? awak buat apa dekat dengan kawasan Hotel Nikko

tadi?” Tanyanya mengesyaki yang aku ini kupu-kupu malam. Aku menerangkan ceritaku satu-

satu dengannya. “oh..begitu, takpelah...bukan tak nak hantar awak ke rumah tumpangan tapi

awak ni perempuan, budak UPSI lagi, Saya risau ada apa-apa berlaku.macam ni lah, awak

bermalam je di rumah saya malam ni”. Pelawanya serius. “eh..hello, tolong sikit.awak tu lelaki

saya ni perempuan, nanti kena tangkap basah macam mana!” Marahku. “cakap tu baik-baik
                                              15
Normahani Asran 16
                                                                             Cerita Tentang Hana

sikit. Orang nak tolong dia marah-marah kita pula. Lagipun, bukan saya sajalah yang ada dekat

rumah tu. Mak dengan ayah saya ada. Nak buat maksiat dengan awak? Heeee..takde selera

aku!” Lasernya mulut, dasar mulut tak ada insuran memang macam tu. Malu pula aku jahat betul

mulut lelaki ni. Aku berfikir.. tentang kewanganku yang tidak cukup lagipun aku perlu berjimat

dengan duit pinjaman PTPTN yang aku peroleh itu sepanjang pengajianku di UPSI. Aku cuma

perlu bermalam malam ini sahaja dirumahnya dan keluar pulang ke Tg Malim keesokkan

paginya lagipun ibu bapanya juga ada disana. Selamat sedikit fikirku dalam hati.


       “ermm..takpe ke..?ibu ayah awak tak kisah ke..? Tanyaku kerisauan takut-takut ibu

bapanya sama macam ibu bapa Luqman yang dingin itu. “alah..buat-buat biasa je lah. Lagi pun

ibu dengan abah baik dan tak kisah, bila nak balik Tg Malim?”. Tanyanya “Jangan risau awak..

esok pagi-pagi saya balik Tg Malim naik bas ekspress lagi pun isnin petang dah kuliah”.

Jawabku sungguh-sungguh. “oh..ok, esok pagi-pagi saya hantar ke stesen bas Pudu. Lagi satu,

panggil saya Aris saja, awak?” Tanyanya “Hana.. takpelah Encik Aris, esok saya naik teksi je

ke stesen bas Pudu tak payah susah-susah hantar” kataku menolak. “banyak sangat ke duit tu

sampai nak naik teksi ke stesen bas Pudu? Dan tak payah berencik-encik lah, panggil Aris je nak

panggil abang Aris pun boleh juga”. Katanya berseloroh. Aku senyum kambing saja dalam hati

berkata gatal juga orang ni nampaknya, mengalahkan ulat bulu.


       Kami sampai ke rumah Aris. Besarnya rumah. Taman buatan di halaman rumahnya

cantik. Kolam renang di tepi banglo itu berkilau apabila terkena cahaya lampu         sehingga

memancarkan cahaya kebiruan. Aku berdebar-debar bila saja Aris membuka pintu rumah besar

itu. Bagaimana kalau keluarganya tidak suka akan kedatanganku? Akhirnya, semua kerisauan itu

hilang bila saja melihat senyuman ibunya. Ayah Aris pula agak terkejut melihat aku. Mungkin

kerana risau apabila memikirkan anak lelakinya itu membawa pulang anak perempuan orang

                                               16
Normahani Asran 17
                                                                         Cerita Tentang Hana

malam-malam buta ke rumah mereka. “siapa ni Along..?” tanya ayahnya “Hana abah, along

terlanggar masa pulang dari jamuan makan malam di hotel Nikko tadi, Hana ni belajar di UPSI.

Tak sampai hati nak hantar ke rumah tumpangan sebab tu along bawa pulang, esok pagi-pagi

along hantar ke stesen bas Pudu”. Jelas Aris panjang lebar. Aku hanya mampu senyum dalam

rasa segan yang melampau. “oh...begitu, ni..kain kurung dekat lutut ni berdarah, mari makcik

bersihkan, sapu ubat”. Ibu Aris lantas membawaku duduk di sofa. Aris dan ayahnya ke tingkat

atas sambil   bercakap-cakap tentang sesuatu tetapi kurang jelas didengar. Ibu Aris baik.

Keluarganya juga baik. Selepas lukaku dirawat aku dibawa ke dapur makan malam. Aku

menolak namun ibunya tetap juga berkeras agar aku makan sebelum tidur. Aku akhirnya

bersetuju kerana perutku juga sudah mula berkeroncong lapar. Lagi pun chicken casserole yang

dipesan Luqman di hotel tadi tidak sempat kujamah. Rendang daging, sayur campur,udang

goreng, nasi putih dan air sirap bandung cukup membangkitkan selera. Aku makan sambil

berbual-bual dan menjawab macam-macam soalan dari ibunya. Sejurus selepas itu Aris dan

ayahnya duduk di meja makan berbual bersama-sama kami. Selepas makan aku membantu ibu

Aris membasuh pinggan dan kemudiannya aku dibawa ke tingkat atas ke bilik tidurku malam itu.

Ibu Aris meminjamkan aku baju tidur milik anak perempuan bongsunya Tia yang sekarang ini

belajar di luar negeri. Malam itu aku tidur dengan nyenyak sekali.


       Awal pagi keesokkannya, kami bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi, ibu Aris

menyua RM100.00 untukku buat tambang bas katanya. Aku menolak, tambahan pula aku sudah

cukup menyusahkan keluarga itu. Lagi pun, tambang ke Tg Malim tidak sampai pun RM100.

Namun, ibunya berkeras juga mahu aku menerima wang tersebut. Aris pula sudah berada di

dalam kereta. Akhirnya aku terima juga pemberian itu dan berterima kasih . Sebelum pergi ibu

Aris mencium pipi dan memelukku. Aku terharu.

                                               17
Normahani Asran 18
                                                                               Cerita Tentang Hana

       Sepanjang perjalanan ke stesen bas Pudu kami diam. Rasa serba salah timbul dihati

apabila teringat kembali akan layananku yang agak kasar dengan Aris. “Hana minta maaf pasal

semalam..marah-marah,maki hamun segala..” Luahku. “Takpe..sekali sekala gaduh dengan

orang ni bagus juga”. Katanya, dalam hati terdetik rasa hairan. Agaknya dia ni tak pernah

bergaduh dengan orang sebab tu dia tak kisah. Mungkin hanya kambing dengan lembu saja yang

selalu bergaduh dengan dia kan. Sampai sahaja ke stesen bas Pudu aku terus membeli tiket. Bas

sememangnya sudah menunggu dan aku terus menaiki bas. Aris sempat menghulur plastik berisi

air kotak dan kuih. Mungkin dibelinya semasa aku membeli tiket tadi. Selepas mengucapkan

terima kasih kepadanya aku melambai tangan dan naik bas tanpa menoleh lagi. Tidak lama

selepas itu bas bergerak keluar. Aku melambai Aris di luar sekali lagi dan tersenyum. Perjalanan

ke Tg Malim hanya mengambil masa satu jam sahaja rasanya tak perlu aku dibekalkan dengan

air dan kuih ini kataku dalam hati. Semasa sedang melihat-lihat air kotak dan kuih itu aku terlihat

kad nama seseorang di situ. Kad nama berwarna hitam itu milik Aris tercatat sekali dengan

nombor telefonnya. Pengarah Syarikat Bumi Jaya rupanya. Aku tersenyum lalu membuka telefon

bimbitku yang kumatikan sejak semalam untuk menghantar pesanan ringkas buat Aris

menyatakan rasa berterima kasihku atas pertolongannya dan keluarganya padaku. 23 mesej dan

38 panggilan tidak dijawab aku terima daripada Luqman sejurus selepas telefon kuhidupkan.

Mesej-mesej itu kebanyakkannya menyatakan rasa marahnya padaku kerana pergi begitu sahaja.

Aku menangis sedih kerana kata-kata yang digunakannya itu sangat melukakan hati. Mesej itu

tidak kujawab.


       Fizah,Kak Su dan Ayu kerisauan apabila melihat aku pulang sendirian menaiki teksi ke

asrama Kolej Aminuddin Baki ketika mereka berada dihadapan lif asrama. Aku hanya

mendiamkan diri apabila mereka bertanya apa yang berlaku, dimana Luqman dan macam-macam

                                                18
Normahani Asran 19
                                                                         Cerita Tentang Hana

lagi. Selama dua hari aku hanya mendiamkan diri, dan selama itu jugalah aku dan Luqman tidak

bertegur sapa apalagi berSMS dan berbual di telefon. Mereka kehairanan dan dapat mengagak

bahawa aku dan Luqman sedang mengisytiharkan perang. Tanpa dapat lagi menahan perasaan,

aku menceritakan semuanya pada Fizah dari awal hingga akhir. Fizah hanya mampu merasa

kasihan dan menasihati aku. Namun, hanya aku yang dapat menyelesaikan masalah ini dengan

mencadangkan aku berjumpa Luqman berbincang tentang perhubungan kami dan menyatakan

sebab dan alasan aku lari meninggalkan Luqman dan keluarganya semasa makan malam di hotel

Nikko tempoh hari.


       Akhirnya, aku membuang jauh-jauh rasa ego dalam hati dengan menelefon Luqman

mengajaknya keluar berbincang namun tidak berjawab. Aku menghantarnya pesanan ringkas

juga tidak dibalas. Marah benar nampaknya dia.


       Selepas menghadiri kelas Kaunseling kami ke kelas ekonomi encik Nasir di DKD.

Semasa melalui Koperasi UPSI (KOUPSI) ke DKD aku terserempak dengan Luqman dengan

kawan-kawannya. Seperti selalunya aku senyum padanya namun yang sedihnya bila dia buat-

buat tak nampak.Ketika itu juga dia senyum dengan perempuan lain dan tidak langsung

membalas senyumku. Rasa sakit hati mula menjalar dalam jiwa. Rasa macam nak sepak saja

Luqman masa tu juga bila dia melayan aku seperti itu. Aku malu dengan kawan-kawanku apabila

tidak diperdulikan. Luqman pula terus berjalan tanpa melihat aku. Aku terdiam dan dengan

perasaan sedih dan tension, aku hadir juga kelas ekonomi Encik Nasir dengan otak yang

berserabut. Perhubungan kami sekarang ini sudah macam telur dihujung tanduk. Bila-bila masa

sahaja akan jatuh dan pecah. Rasanya tak boleh diselamatkan lagi, tambahan pula kalau sudah

telur berada betul-betul diatas tanduk apa lagi yang akan mampu menyelamatkannya daripada

jatuh dan pecah? Fikirku.

                                             19
Normahani Asran 20
                                                                            Cerita Tentang Hana

       Perang dingin antara aku dan Luqman tidak selesai lagi. Tiap-tiap kali terserempak mesti

Luqman menarik muka dua ribu tidak mahu melihat aku. Macamlah muka aku ini ada tumbuh

ketuat beribu-ribu lemon. Aku tahulah semua itu salah aku, aku tidak patut pergi

meninggalkannya begitu sahaja dari Hotel Nikko hari itu. Walaupun begitu, masih jelas dalam

ingatan bagaimana rupa Luqman apabila tindakanku itu memalukannya dengan sikapku yang

berkelakuan macam orang gasar yang tak pernah pegang garfu dan pisau untuk potong chicken

casserole hari itu, atau lebih mudah kalau aku katakan bahawa Luqman ini seolah-olah

berperangai macam tuan punya itik yang memaksa itiknya berjalan gaya model daripada jalan

berlenggang macam janda muda berhias yang baru kena talak tiga!. Ermm...Apa kena mengena

itik dengan aku dan Luqman kan. Tak ada kena mengena pun, saja bercerita. Seingat aku hanya

Adi yang membantuku agar rasa maluku berkurangan dengan membantuku memotong daging

ayam itu kecil-kecil agar mudah kumakan. Namun, sia-sia sahaja kerana itu lagi membuat aku

semakin malu. Luqman? Dia malu.. malu kerana mempunyai teman wanita seperti aku. Tentu

keluarga Luqman berfikir apabila aku berkelakuan seperti itu, berkelakuan macam lembu yang

diajak makan di hotel mewah. Memalukan. Agaknya tentu dalam hati mereka itu terdetik

persoalan. Dari kandang manalah Luqman ini menjumpai aku. Lebih menyedihkan apabila

Luqman langsung tidak membantuku. Hanya berdiam diri kaku macam ais batu! Apabila semua

ini berlaku aku pula dipersalahkan oleh Luqman 100 peratus tanpa kompromi, sedangkan hari itu

seingat aku Luqman hanya memberitahuku untuk diperkenalkan dengan ibu bapanya dirumah

mereka dan bukannya di restoran hotel mewah.


       Peperangan kami berlanjutan tanpa kata putus, berpisah atau tidak sehinggalah cuti

semester tiga bulan bermula. Seminggu sebelum cuti semester, sebuah sampul surat besar

kuterima. Ku genggam sampul surat yang tidak mempunyai nama pengirim itu erat. Sampul itu

                                               20
Normahani Asran 21
                                                                            Cerita Tentang Hana

ku buka kemas,jantungku terasa luruh umpama durian masak yang luruh dari pokok bila saja

mata ku terpandang gambar besar bersaiz A4 yang berkeping-keping itu. Mata ku berpinar-pinar,

tubuhku terhuyung-hayang macam layang-layang yang ditiup angin petang. Gambar-gambar

panas antara Luqman dan sepupunya Sara yang jelas dan terang lagi bersuluh itu membuatku

loya. Loya seperti ibu hamil tiga minggu. Air mata bukan setakat bergenang dikelopak

mata,tetapi sudah seperti air yang menyembur keluar macam pili air bomba yang dibuka untuk

memadam api kebakaran. Sakitnya hati macam sakit tangan yang tercucuk duri ikan pari, bila-

bila masa saja boleh mati sebab bisa. Sumpah-seranah buat dia tak terucap di mulut tetapi di

dalam hati hanya Allah yang tahu. Aku benci! Ingatkan Luqman bukan orang seperti itu tetapi

aku silap. Gambar tak berbaju. Apa hal kan, kalau nak sangat kahwin saja, habis cerita. Mengapa

perlu menjatuhkan maruah diri seperti itu. Dalam ramai perempuan. Kenapa mesti Sara. Kenapa

mesti sepupu sendiri. Bodoh! Kalau orang cakap monyet itu bodoh. Luqman ini bagi ku lebih

bodoh daripada monyet. Bodoh yang amat. Sebodoh-bodoh manusia yang paling bodoh! Dasar

lelaki tak guna!


       Dengan adanya gambar itu, secara rasminya hubungan kami sampai di situ juga. Berakhir

dengan pasti walaupun perit untuk diterima. Berbaloi meninggalkan lelaki seperti itu. Kadang-

kadang terfikir juga, layakkah lelaki seperti itu digelar guru? Dipanggil cikgu? Memalukan.

Tiada perbincangan dan tanpa penjelasan. Lagi pun, gambar-gambar aksi panas seperti itu tidak

mungkin di tokok-tambah,diubah suai dengan teknologi terkini. Lagipun, Luqman itu siapa kalau

pun mahu diubah suai gambar-gambar yang mengalahkan aksi beruk itu. Sesiapa pun juga yang

menghantar gambar tersebut telah berjaya membuat aku percaya. Berjaya membuat aku benci

pada dia. Namun, sehingga kini pengirim itu masih tidak diketahui. Tambahan pula, aku malas

untuk menyiasat identiti pengirim itu.

                                              21
Normahani Asran 22
                                                                           Cerita Tentang Hana

       Selepas segala macam cerita yang aku alami di sini, akhirnya aku berjaya juga

menghabiskan pelajaran di UPSI dengan gred yang bolehlah dibanggakan walaupun taklah

sebagus mana.


       Masa untuk mengemas-ngemas harta untuk di bawa pulang sabtu nanti. Agak-agaknya

dengan 10 kotak besar saiz badak ni Air Asia tu larat ke nak angkat? Masuk dalam kargo?

Berapalah kena caj agaknya kan. Tentu mahal kan,kan,kan. Tapi tak apa. Apa ku peduli kan?

Janji dapat pulang kampung tercinta jumpa dengan family tersayang. Alangkah!!!


       Sabtu pagi.


       Depan lif lepas semua barang-barang dimasukkan dalam bas yang sudah ku sewa khas,

ku lihat Fizah,Ayu dengan Kak Su lain semacam. Rasa sedihlah pulak. Bilalah lagi dapat tengok

mereka kan... kawan baikku dunia akhirat. Fizah memelukku lebih dulu daripada Ayu dan Kak

Su. Dan tiba-tiba.. macam Jejak Kasih TV3 lah pulak air mata ni tak tertahan. Mengalir laju

macam air terjun Niagara. Tak perlulah diceritakan dengan panjang lebar.. akhirnya kami

sepakat akan selalu bertanya-tanya khabar dan bertukar-tukar cerita di Friendster, dululah.

Sekarang Facebook dah. Bas jalan dan aku tertidur sampai LCCT.


       Macam biasa seperti yang sudah selalu aku lakukan 4 tahun sejak 2003 sebelum pulang

ke Sabah. Daftar lah apa lagikan. Scan beg nampak plak segala harta benda. Tiba giliran beg

galas di scan. Apa yang nampak? Nampaklah sebotol budu dalam bakul kertas yang sangat

cantik di hias. Pakcik scanner pun senyum-senyum kambing dekat aku, aku pun senyum-

senyumlah juga. Nasib baik dia tak rampas budu itu.


       Selesai sahaja daftar aku terus melangkah kaki dalam ruang menunggu. Tak sabar masuk

perut kapal. Tengah menunggu..tiba-tiba, aku ditegur oleh seseorang. Ku amati suara itu..macam
                                              22
Normahani Asran 23
                                                                           Cerita Tentang Hana

pernah ku dengar tapi anak siapa ya.. ku donggakkan kepala dan ku lihat dihadapanku berdiri

seorang lelaki lingkungan 30-an senyum padaku. Ah..... Aris rupanya. Patutlah macam

kenal..memang kenal pun. Aku pun senyumlah juga. Lagipun aku kan suka senyum.


       “Nak ke mana ni?” tanyanya macam serius. Dah tau orang tengah tunggu flight tanya

lagi. Sepak kang baru tau. “Nak balik Sabah” jawabku ringkas. “Oh... bolehlah duduk sebelah

menyebelah kan.. Aris pun nak ke Sabah ni. Cuti-cuti Malaysia. Tak sangkakan boleh jumpa

dekat sini..ada jodoh kot” katanya panjang lebar. Aku? Senyum sajalah. “Boleh ba kalau kau”

kataku selamba badak.. rasa-rasanya badak pun tak selamba macam aku kan. Ermmmm.. apa

boleh buat dah macam inilah kejadian aku. Naik flight dua jam setengah rasa macam 10 jam.

Sakit kepala bukan sebab dah lama tak naik kapal terbang, sakit kepala sebab melayan cerita

Encik Aris yang macam pop corn tu tak berhenti-henti.. pop,pop,pop. Rasa macam nak sumbat

saja mulut dia dengan stoking aku ni.


       Alhamdulillah..syukur.. sampai akhirnya aku ke tanah tumpahnya darahku..Sabah yang

tercinta..dekat di hati... huahuahua aku senyum lebar sampai lupa nak ambil kotak-kotak berisi

barang-barang aku.. dan bolehnya aku terlupa pasal Aris yang dari tadi rupa-rupanya dah jadi

macam ekor.. mengekor saja kerjanya. “Hana..Hana.. pinjam telefon jap.. henponku habis

baterilah.. nak call kawan ni minta ambil.. bolehlah..” Rayunya manja macam kucing..

eya..Kucing Garong!! “ yalah..yalah.. nah.. jap je tau.jangan cakap lama-lama. Abis kreditku

nanti” sambil menghulur telefon bimbitku yang harganya 200 lebih tu dekat dia. Selesai

saja..kami pun berpisah..di lapangan terbang saja.


       Isnin, 8.30 malam.


Tettet..Tet..tet.. mesej masuk.

                                               23
Normahani Asran 24
                                                                               Cerita Tentang Hana

Salam.. buat apa tu? Dah makan lum? Kat mana dah? Dah sampai umah? :)


Arrrrrr...aku tension.. sapa ni? Memandai-mandai je nak ambil tahu hal orang. Suka hati aku lah

kan, nak makan ke tak nak ke.. sibuk.


Wslam... sapa ni? Jawabku ringkas.. macam marah tapi tak pun sebenarnya.


Hehehe..ni Aris la.. pekabar? Ok? Jawabnya.


Owh.........Aris.. dari mana dapat nombor ku ni? Tanyaku ambil tahu.


Hari sabtu tu kan..Aris ada pinjam telefon.. dapat masa tu..Hana sibuk tak? Jom jumpa..boleh

bawa Aris jalan-jalan.. 


Ala... jalanlah sendiri. Ada kaki ada tangan jalan sajalah. Jawabku selamba.


Alah.. penat pula kan kalau nak menaip mesej. Dipendekkan cerita akhirnya aku setuju juga

berjumpa dan membawanya jalan-jalan ronda-ronda KK. Cerita itu cerita ini.. dan... entah

kenapa.. rasa selesa..macam pernah ku rasa perasaan ini.. ya.. masa tengah dilamun cinta dengan

Luqman bedebah tu dulu... rupa-rupanya..rasa ini ku rasai lagi... Cinta..Alangkah!!!!


         Rabu..9.30 malam


Tak boleh tidur.. ternanti-nanti telefon berbunyi.. tak bunyi pun... kenapa ni..? rasa tak

selesa..golek sini..golek sana...guling sini.. guling sana... dah habis 360 darjah berguling-guling

atas katil telefon tetap tak bunyi... 10.45 pm... Tettet..tet..tet... Bunyi mesej huduh tu jugalah

yang menceriakan rasa hati... gembiranya dengar bunyi mesej macam dengar lagu Siti Nur

Haliza... laju saja tangan ni mencapai telefon tekan punat buka dan terpampanglah...ayat-ayat

cinta.


                                                24
Normahani Asran 25
                                                                            Cerita Tentang Hana

“There are times when I fall in love with someone new, but I always seem to find myself

back in love with you” -Aris


Wah....terbuai sekejap.. walaupun tak seberapa faham mulanya tetapi selepas di baca dan

difahami 5 kali barulah diterima maknanya.. ermmmmm..Cinta..jangan jeles ya..


Dipendekkan cerita lagi...


Ku harap gelombang rasa ini tidak akan sering datang dan pergi….. selepas jatuh cinta buat kali

kedua..dan gagal kali pertama kerana…adalah….. akan dapatkah aku menemukan cinta yang

terakhir pada akhirnya…?


Ah, kata pujangga, kita akan temui semula sesuatu di tempat yang kita kehilangannya. Dan

sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik.


Mudah-mudahan. Ini permulaan yang baik. Amin ya, Allah!


CERITA TENTANG HANA II

        Seperti biasa dah namanya bercinta mestilah main mesej saja kan. Ayat-ayat cintan-
cintun pun ke udara. Bahagianya hidup rasa macam 1Borneo tu aku yang punya. Alangkah!!!

Januari 2008

         Dapat surat panggilan hadir taklimat untuk posting sekolah pertama. Berdebar-debar rasa
hati.. risau semacam.. macam manalah agaknya kalau aku dihantar ke tempat yang jauh dari
bandar? Macam mana nak shopping?...arrrr..tapi tak apa..dah namanya cikgu, mana boleh
merungut kan? Duduk tak sampai sejam dalam bilik mesyuarat tu terasa macam dipaksa duduk
atas badan landak. Goyang sini..goyang sana..tisu ditangan dah hancur dicabut-cabut..akhirnya..
orang penting Pejabat Pendidikan mengumumkan nama-nama sekolah untuk guru-guru baru.

        Aku terkejut beruk..rasanya beruk pun tak akan terkejut macam aku kan. Hana Nur binti
Ahmad, Sk Payang. Lama juga aku ternganga sehingga nama dipanggil tiga kali barulah aku
berdiri mengambil surat itu ditangan Encik Pegawai PPD. Dalam hati tercari-cari..macam pernah
dengar nama sekolah ini tapi di mana? Selepas bertanya barulah ditemui jawapannya..
Alhamdulillah..dekat sahaja.. Syukur…

                                              25
Normahani Asran 26
                                                                           Cerita Tentang Hana

Minggu pertama bekerja:

        Masuk kelas pertama muka serius..nampak muka-muka suci budak-budak rasa tak jadi
nak formal, dari formal bertukar jadi santai..mulai senyum..dan apa terjadi..? semua murid
menjadi tidak terkawal… berdiri sini, berdiri sana, gaduh sini..gaduh sana.. mengadu ini
mengadu itu.. siap ada yang berdiri macam security guard sebelah aku sambil sengih-sengih
semacam. Aduh…… tiada lagi teori Konstruktif, tiada lagi teori Gesell, melayang sudah teori
Behavioris, teori Sigmund Freud, teori Gestalt, teori Kognitif dan macam-macam lagi teori yang
dipelajari selama empat tahun di universiti tidak dapat langsung dipraktikkan di kelas yang
murid-muridnya semua berperangai macam Nobita, Ultraman, Gaban, Sateria Baja Hitam dan
sebagainya. Ermmmm..nasib baik pensyarah tak nampak..kawalan kelas? Gagal. Akhirnya..
unsur-unsur kesingaan itu mulai keluar dari dalam diri. Nampak ayu di bilik guru sekali dalam
kelas pijak semut pun mati (memanglah matikan).

       Sibuk berbakti sampai lupa abang sayang..

Kringggg.Kringgg…

“Asamekom” ah..? asamekom? “Errrr..maaflah bang saya tak jual asam la..” jawabku dengan
lawak yang sangatlah lawak dengan tahap 478647844677 xp..tapi hairannya abang sayangku itu
tak ketawa pun. Ermmmm..selalu macam ni..bila masa buat lawak saja mesti orang tak ketawa
tapi bila masa aku tak melawak ketawalah pula. Hairan..hairan..

“Assalamualaikum.. dah habis melawak dah?” Amboi..serius semacam nampaknya Encik Aris
ni. Sumbat mulut tu dengan penyapu baru tau! Rasa menyampahlah pula.

“Abang marah-marah ni pesal? Tak baik tau..orang melawak je.. ketawalah sikit..ketawa
kambing ke..ketawa lembu ke… kan bagus..jagalah hati orang sikit”. Jawabku memandai-
mandai. Akhirnya…

“suruh jaga hati dia pandai..jaga hati orang tak pandai pun!”

Aik?? Macam nak gaduh saja ni…

“Abang ni kan… kenapa ni? Tak baik tau cakap macam tu… sedih tau…” jawabku pura-pura
sedih (Dasar Hana anak pakcik Ahmad..pandai sangat berlakon).

“entah..cikgu baru sorang tu entah.. dah sombong dah sekarang ni kan..maklumlah…”

Aris mula memasang ayat-ayat perang.

“Yelah..yelah…Hana minta maaf ya.. janganlah marah..kasihan Hana…dahlah lama tak
jumpa..cinta jarak jauh pula tu..pastu..orang dekat sana marah-marah pula..sedihnya…”

“ ok..ok..abang pun minta maaf..saja je nak minta disayang skit… ;)” Jawabnya mengalah.

                                              26
Normahani Asran 27
                                                                            Cerita Tentang Hana

“Oklah abang sayang yang sangat-sangat disayang yang dirindu yang diingat-ingat
selalu..sayang yang sayang sangat-sangat… cukup tak?” Kataku memujuk..biasalah perempuan
huahuahua

“ok..ok..cukup..cukup…pening-pening sayang dah abang ni.. oklah..minggu depankan cuti
sekolah jadi, minggu depan abang cuti kita jumpa ya ;)”

“ok. Jumpa nanti..tata titi tutu ;)”

Dipendekkan cerita yang memanglah pendek ini..lepas saja bertelefon terus letak kepala di bantal
terus ZZzzzz tidur yang amat-amat.

Lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA):

        Masa tengah tunggu flight abang sayangku itu sampai sempat-sempat lagi aku membeli
snek untuk dimakan. Burger Mc Donald tu bolehlah dikategorikan sebagai snek kan, bukan satu
ya tapi dua… semua habis ku ratah. Lambat pula Aris ni..eh.. silap, lambat pula kapal terbang ni
sampai..rasa macam nak telefon saja pilot tu suruh bawa kapal terbang tu laju sikit pakai gear
empat ke lima ke elok juga kan. Macamlah kapal terbang MAS tu ada gear macam gear kereta
kan. Itulah, nama saja belajar tinggi-tinggi tapi pasal kapal terbang satu apa pun tak tahu.
Memalukan (kasihan dekat diri aku sendiri).

        “Aik..? sempat lagi makan burger? Sedap tak makan burger?” Abang sayang rupa-
rupanya sudah sampai. Tak perasan pula, macam mana nak perasan kalau fokus sangat tengok
kartun dekat TV di lapangan terbang tu. “mestilah sedap.. abang ni…” jawabku manja-manja
katak dekat Aris. Dalam hati rasa macam nak melompat-lompat gembira tengok dia.. bahagianya
hidup.. “Orang cakap… Kalaulah Hana ni burger baru dekat McDonalds, Abang akan panggil
Hana, McGorgeous!” Dasar lelaki pandai sangat berkata-kata. Mulut manis.. tapi senyumku
lepas dengar ayat-ayat mengayat tu lebar-lebar selebarnya macam senyum plastik Mickey
Mouse.

        Lepas Aris daftar masuk di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu di Jalan Tun Fuad
Stephen,Sinsuran , kami ke restoran hotel   itu   untuk   makan    sebab    Aris     bising
“lapar..lapar..lapar” katanya. Macam sudah tidak makan nasi seminggu. Tetapi oleh sebab
kecintaanku terhadap makanan..aku pun makanlah juga. Lagipun pepatah berkata rezeki jangan
ditolak, musuh jangan dicari! Tambahan pula bukan aku yang bayar. Oleh itu, wajarlah kalau
aku menghabiskan duit Aris yang banyak tu kerana makanan kan.

       Lepas makan kami berjalan-jalan ke Pantai Tanjung Aru.. aku pun tak faham, kenapa nak
pergi pantai? Suka sangat abang sayang aku ni ke pantai Tanjung Aru tu.

“erm… kenapa kita ke sini lagi ni?..abang tak bosan kah..?” tanyaku kurang ajar. “saja. Kita
kira ada berapa banyak kapal dengan bot lalu depan mata hari ni”. Jawabnya selamba.. rasa
macam nak marah pun ada. Geram tak payah cakaplah. Tapi sebenarnya seronok juga.. sebab tak
                                              27
Normahani Asran 28
                                                                             Cerita Tentang Hana

banyak orang di pantai hari ini. Bercakap itu, cakap ini sampai tak sedar hari dah petang. Aris
ajak balik katanya esok boleh jalan lagi. Dia nak berehat..penat katanya. Kami pun pulang.

Keesokan hari, Tengah hari.. Pulau Manukan:

        Masa atas bot nak ke Pulau Manukan tadi aku pening. Mabuk laut. Sampai sana lama aku
duduk tepi jeti gara-gara pening. Aris sengih-sengih saja, rasa macam nak bagi tendangan gaban
saja dekat dia. Tak berhati dan berperut langsung. Lepas berehat sekejap barulah kepala rasa
ringan sikit. Kami berjalan keliling pantai, duduk atas batu melihat-lihat ombak. Romantik lah tu
konon. Setakat duduk atas batu orang lain pun boleh buat. Tetapi, entah kenapa..hari ini Aris
serius semacam.. ada sesuatu yang nak diluah tetapi tak terluah. Macam ada saja telur dinosaur
melekat dekat anak tekak dia tu sampai susah sangat untuk dia bercakap. Gelisah semacam..
macam ada ulat saja dalam perut dia tu menari-nari. “Abang kenapa?..semacam je..?” tanyaku
selepas lama berdiam diri cuba untuk memahami keseriusannya hari ini. “arrrr…
tak….sebenarnya…..bolehkah kalau Hana ajak abang kahwin?...eh…silap..abang ajak Hana
kahwin..! boleh tak? Boleh lah..boleh..” Rayunya… aku..? macam biasa ternganga dan terkejut.
Betulkah apa yang kudengar ini..? “errr…abang main-main kah? Serius?” tanyaku minta puji.
Sudah orang ajak kahwin bolehnya ku tanya lagi. Dipendekkan cerita aku senyum-senyum
setuju. Tak perlulah diceritakan dengan panjang lebar saat itu, nanti bosan pula.

       Hari bahagia bakal tiba… ibu bapa Aris menerima aku dengan hati terbuka.
Buktinya.sebentuk cincin titanium ringkas bertulis namaku dan namanya menghiasi jari manis
kiriku dan jari manis kirinya. Aku kini tunangan Aris Afwan bin Iskandar. Oh..Tuhan..
bahagianya hidup!

        Hari bahagia akan berlangsung dua bulan lagi. Ibu bapa Aris sibuk mengurus itu dan ini.
Sedangkan sebenarnya pihak perempuan yang sepatutnya sibuk kan? Terbaliklah pula. Ibu
bapaku selamba saja. Lagipun ibu bapa Aris yang beriya-iya mahu menguruskan segala-galanya
tentang hari bahagia itu. Tema hari bahagia itu nanti pastinya Gold. Keemas-emasan gitu. Apa-
apalah..janji ku kahwin akhirnya..

        Lagi seminggu..seminggu!! tak sabar rasa hati nak duduk atas pelamin bergelar raja
sehari. Duduk sambil kena kipas macam cik puan besar. Makan suap-suap. Jeling sana jeling
sini. Bahagia rasa hati menunggu saat itu.. seminggu sebelum hari kebesaran ku itu
tiba..Arisa..lupa pula kenalkan, Arisa salah seorang antara dua teman rapat ku di sekolah.
Seorang lagi namanya Dalili. Tetapi Dalili tak ikut ke spa hari itu, sibuk katanya. Arisa dan aku
ke spa buat rawatan penuh dari hujung rambut sampai hujung kaki. Seronok rasanya dilayan
macam bos.




                                               28
Normahani Asran 29
                                                                        Cerita Tentang Hana

09.09.2009

        Hari bahagia itu tiba akhirnya, setelah beberapa minggu tak dibenarkan berjumpa
akhirnya hari ini berjumpa juga. Rasa macam lambat sangat masa berlalu, menunggu jarum jam
menunjuk arah ke pukul dua terasa macam menunggu setahun lamanya. Tidak sabar bergelar
isteri En.Aris Afwan. Detik berlalu… jarum menunjukkan ke angka dua lima belas minit pada
jam dinding bilik kami. Tetapi kelibat pengantin lelaki dan rombongannya belum tiba.
Menunggu lagi sehinggalah jam menunjukkan angka tiga petang. Aku mulai risau, Arisa dan
Dalili menenteramkan aku.. keluargaku berusaha menghubungi Aris dan rombongannya tetapi
tidak dapat dihubungi. Mukaku berubah… ke mana Aris?



      BERSAMBUNG hehehehehe 




                                           29

Contenu connexe

Tendances

Benih Papa Mertua
Benih Papa MertuaBenih Papa Mertua
Benih Papa Mertuabeesingle41
 
Cerita seks bokep ngetot tante hot
Cerita seks bokep ngetot tante hotCerita seks bokep ngetot tante hot
Cerita seks bokep ngetot tante hotdesiDesiAmalia
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawanbeesingle41
 
Cerita ibu tunggal
Cerita ibu tunggalCerita ibu tunggal
Cerita ibu tunggalBigboy Zam
 
Cerita cinta suami isteri
Cerita cinta suami  isteriCerita cinta suami  isteri
Cerita cinta suami isteriHafiz Pk
 
PELARIAN KASIH MEDIK
PELARIAN KASIH MEDIKPELARIAN KASIH MEDIK
PELARIAN KASIH MEDIKmanluqmancool
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawanbeesingle41
 
Cerita Dewasa Gairah Tyas Yang Binal Di Ranjang
Cerita Dewasa Gairah Tyas Yang Binal Di RanjangCerita Dewasa Gairah Tyas Yang Binal Di Ranjang
Cerita Dewasa Gairah Tyas Yang Binal Di Ranjangchristineong2212
 
Cerita Dewasa ML Dengan Ibu Ibu Tetangga Rumahku Yang Binal
Cerita Dewasa ML Dengan Ibu Ibu Tetangga Rumahku Yang BinalCerita Dewasa ML Dengan Ibu Ibu Tetangga Rumahku Yang Binal
Cerita Dewasa ML Dengan Ibu Ibu Tetangga Rumahku Yang Binalchristineong2212
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawanbeesingle41
 
Hujan di bulan desember
Hujan di bulan desemberHujan di bulan desember
Hujan di bulan desemberZahrotin Niza
 
Cerita seks bokep tante nila hot
Cerita seks bokep tante nila hotCerita seks bokep tante nila hot
Cerita seks bokep tante nila hotdesiDesiAmalia
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawanbeesingle41
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawanbeesingle41
 
Kumpulan Cerpen oleh Fajar Sany edisi Juni 2016
Kumpulan Cerpen oleh Fajar Sany edisi Juni 2016Kumpulan Cerpen oleh Fajar Sany edisi Juni 2016
Kumpulan Cerpen oleh Fajar Sany edisi Juni 2016Fajar Sany
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawanbeesingle41
 

Tendances (20)

Benih Papa Mertua
Benih Papa MertuaBenih Papa Mertua
Benih Papa Mertua
 
Cerita seks bokep ngetot tante hot
Cerita seks bokep ngetot tante hotCerita seks bokep ngetot tante hot
Cerita seks bokep ngetot tante hot
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Cerita ibu tunggal
Cerita ibu tunggalCerita ibu tunggal
Cerita ibu tunggal
 
Cerita cinta suami isteri
Cerita cinta suami  isteriCerita cinta suami  isteri
Cerita cinta suami isteri
 
PELARIAN KASIH MEDIK
PELARIAN KASIH MEDIKPELARIAN KASIH MEDIK
PELARIAN KASIH MEDIK
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Dgt
DgtDgt
Dgt
 
Cerita Dewasa Gairah Tyas Yang Binal Di Ranjang
Cerita Dewasa Gairah Tyas Yang Binal Di RanjangCerita Dewasa Gairah Tyas Yang Binal Di Ranjang
Cerita Dewasa Gairah Tyas Yang Binal Di Ranjang
 
Cerita Dewasa ML Dengan Ibu Ibu Tetangga Rumahku Yang Binal
Cerita Dewasa ML Dengan Ibu Ibu Tetangga Rumahku Yang BinalCerita Dewasa ML Dengan Ibu Ibu Tetangga Rumahku Yang Binal
Cerita Dewasa ML Dengan Ibu Ibu Tetangga Rumahku Yang Binal
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Hujan di bulan desember
Hujan di bulan desemberHujan di bulan desember
Hujan di bulan desember
 
Cerita seks bokep tante nila hot
Cerita seks bokep tante nila hotCerita seks bokep tante nila hot
Cerita seks bokep tante nila hot
 
Cerita
CeritaCerita
Cerita
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Post 1
Post 1Post 1
Post 1
 
Kumpulan Cerpen oleh Fajar Sany edisi Juni 2016
Kumpulan Cerpen oleh Fajar Sany edisi Juni 2016Kumpulan Cerpen oleh Fajar Sany edisi Juni 2016
Kumpulan Cerpen oleh Fajar Sany edisi Juni 2016
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 

En vedette

Presentation Demo Metal 2013
Presentation Demo Metal 2013Presentation Demo Metal 2013
Presentation Demo Metal 2013ttehnologie
 
Just Friends
Just FriendsJust Friends
Just Friendsclh22
 
Super-Max World
Super-Max WorldSuper-Max World
Super-Max Worlddsnigel5
 
Financial Foreclosure Workshop
Financial Foreclosure WorkshopFinancial Foreclosure Workshop
Financial Foreclosure WorkshopVulcanLegal
 
Developers, developers, developers, developers...
Developers, developers, developers, developers...Developers, developers, developers, developers...
Developers, developers, developers, developers...Yaroslav Bunyak
 
2010 Q2 md&a & interim financial statements
2010 Q2 md&a & interim financial statements2010 Q2 md&a & interim financial statements
2010 Q2 md&a & interim financial statementsProphecy Corp
 
Nature based solutions to inspire and shape transformative change 2014
Nature based solutions to inspire and shape transformative change 2014Nature based solutions to inspire and shape transformative change 2014
Nature based solutions to inspire and shape transformative change 2014Leen Gorissen
 
Havinq september 2013
Havinq   september 2013Havinq   september 2013
Havinq september 2013havinq
 
Pcy jan06 2011_website_chinese
Pcy jan06 2011_website_chinesePcy jan06 2011_website_chinese
Pcy jan06 2011_website_chineseProphecy Corp
 
გიორგი კორნაპელი
გიორგი კორნაპელიგიორგი კორნაპელი
გიორგი კორნაპელიNino Chipashvili
 
Pcy coal presentation
Pcy coal presentationPcy coal presentation
Pcy coal presentationProphecy Corp
 
Presentation Demo Metal 2012 (english)
Presentation Demo Metal 2012 (english)Presentation Demo Metal 2012 (english)
Presentation Demo Metal 2012 (english)ttehnologie
 
Iq' rum buku tulis
Iq' rum buku tulisIq' rum buku tulis
Iq' rum buku tulisShika Nara
 
Permaculture dissertation 'A garden for the future'
Permaculture dissertation 'A garden for the future'Permaculture dissertation 'A garden for the future'
Permaculture dissertation 'A garden for the future'Leen Gorissen
 
Margaret mead presentation
Margaret mead presentationMargaret mead presentation
Margaret mead presentation500sam
 
2007 Q3 interim financial statements
2007 Q3 interim financial statements2007 Q3 interim financial statements
2007 Q3 interim financial statementsProphecy Corp
 

En vedette (20)

Presentation Demo Metal 2013
Presentation Demo Metal 2013Presentation Demo Metal 2013
Presentation Demo Metal 2013
 
Success
SuccessSuccess
Success
 
Just Friends
Just FriendsJust Friends
Just Friends
 
Super-Max World
Super-Max WorldSuper-Max World
Super-Max World
 
Financial Foreclosure Workshop
Financial Foreclosure WorkshopFinancial Foreclosure Workshop
Financial Foreclosure Workshop
 
Developers, developers, developers, developers...
Developers, developers, developers, developers...Developers, developers, developers, developers...
Developers, developers, developers, developers...
 
2010 Q2 md&a & interim financial statements
2010 Q2 md&a & interim financial statements2010 Q2 md&a & interim financial statements
2010 Q2 md&a & interim financial statements
 
Nature based solutions to inspire and shape transformative change 2014
Nature based solutions to inspire and shape transformative change 2014Nature based solutions to inspire and shape transformative change 2014
Nature based solutions to inspire and shape transformative change 2014
 
Havinq september 2013
Havinq   september 2013Havinq   september 2013
Havinq september 2013
 
Pcy jan06 2011_website_chinese
Pcy jan06 2011_website_chinesePcy jan06 2011_website_chinese
Pcy jan06 2011_website_chinese
 
გიორგი კორნაპელი
გიორგი კორნაპელიგიორგი კორნაპელი
გიორგი კორნაპელი
 
Pcy coal presentation
Pcy coal presentationPcy coal presentation
Pcy coal presentation
 
Talk About Performance
Talk About PerformanceTalk About Performance
Talk About Performance
 
Presentation Demo Metal 2012 (english)
Presentation Demo Metal 2012 (english)Presentation Demo Metal 2012 (english)
Presentation Demo Metal 2012 (english)
 
Ancient greece
Ancient greeceAncient greece
Ancient greece
 
Iq' rum buku tulis
Iq' rum buku tulisIq' rum buku tulis
Iq' rum buku tulis
 
Permaculture dissertation 'A garden for the future'
Permaculture dissertation 'A garden for the future'Permaculture dissertation 'A garden for the future'
Permaculture dissertation 'A garden for the future'
 
Margaret mead presentation
Margaret mead presentationMargaret mead presentation
Margaret mead presentation
 
2007 Q3 interim financial statements
2007 Q3 interim financial statements2007 Q3 interim financial statements
2007 Q3 interim financial statements
 
Sarangi 2
Sarangi 2Sarangi 2
Sarangi 2
 

Similaire à KESUKARAN_PERTAMA

Cinta datang tepat waktu
Cinta datang tepat waktuCinta datang tepat waktu
Cinta datang tepat waktuHeni Handayani
 
Untukmu_aku_ada
  Untukmu_aku_ada  Untukmu_aku_ada
Untukmu_aku_adaAmir Haruna
 
Novel seindah-mawarberduri
Novel seindah-mawarberduriNovel seindah-mawarberduri
Novel seindah-mawarberdurishinju90
 
Kecil kecil keren
Kecil kecil kerenKecil kecil keren
Kecil kecil kerenLifia Marza
 
cerita tentang aku (Penghianatan cinta dan persahabatan)
cerita tentang aku (Penghianatan cinta dan persahabatan)cerita tentang aku (Penghianatan cinta dan persahabatan)
cerita tentang aku (Penghianatan cinta dan persahabatan)Mohammad Al-hamzawiyyah
 
SASTRA INDONESIA: Beberapa contoh karya sastra Indonesia
SASTRA INDONESIA: Beberapa contoh karya sastra IndonesiaSASTRA INDONESIA: Beberapa contoh karya sastra Indonesia
SASTRA INDONESIA: Beberapa contoh karya sastra IndonesiaGhina Siti Ramadhanty
 
Cinta dan tahajud terakhirku satu
Cinta dan tahajud terakhirku satuCinta dan tahajud terakhirku satu
Cinta dan tahajud terakhirku satuRio Soeqer
 
Cinta dan tahajud terakhir
Cinta dan tahajud terakhirCinta dan tahajud terakhir
Cinta dan tahajud terakhirRio Soeqer
 
Terjalnya jalan hidupku
Terjalnya  jalan hidupkuTerjalnya  jalan hidupku
Terjalnya jalan hidupkuHeni Handayani
 
Kelembutan hatinya menghangatkan dinginnya hatiku
Kelembutan hatinya menghangatkan dinginnya hatikuKelembutan hatinya menghangatkan dinginnya hatiku
Kelembutan hatinya menghangatkan dinginnya hatikuAgnes Ervinda Ginting
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpenfita23
 
Cerpen:Takdir Cintaku
Cerpen:Takdir CintakuCerpen:Takdir Cintaku
Cerpen:Takdir CintakuIli Ily
 
Banyuwangi jenggirat tangi
Banyuwangi jenggirat tangiBanyuwangi jenggirat tangi
Banyuwangi jenggirat tangiTito Aloysius
 

Similaire à KESUKARAN_PERTAMA (20)

Cinta datang tepat waktu
Cinta datang tepat waktuCinta datang tepat waktu
Cinta datang tepat waktu
 
Ccccc
CccccCcccc
Ccccc
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Sekolah ku
Sekolah kuSekolah ku
Sekolah ku
 
Untukmu_aku_ada
  Untukmu_aku_ada  Untukmu_aku_ada
Untukmu_aku_ada
 
Novel seindah-mawarberduri
Novel seindah-mawarberduriNovel seindah-mawarberduri
Novel seindah-mawarberduri
 
Semanis yoghurt
Semanis yoghurtSemanis yoghurt
Semanis yoghurt
 
Kecil kecil keren
Kecil kecil kerenKecil kecil keren
Kecil kecil keren
 
cerita tentang aku (Penghianatan cinta dan persahabatan)
cerita tentang aku (Penghianatan cinta dan persahabatan)cerita tentang aku (Penghianatan cinta dan persahabatan)
cerita tentang aku (Penghianatan cinta dan persahabatan)
 
SASTRA INDONESIA: Beberapa contoh karya sastra Indonesia
SASTRA INDONESIA: Beberapa contoh karya sastra IndonesiaSASTRA INDONESIA: Beberapa contoh karya sastra Indonesia
SASTRA INDONESIA: Beberapa contoh karya sastra Indonesia
 
Cinta dan tahajud terakhirku satu
Cinta dan tahajud terakhirku satuCinta dan tahajud terakhirku satu
Cinta dan tahajud terakhirku satu
 
Cinta dan tahajud terakhir
Cinta dan tahajud terakhirCinta dan tahajud terakhir
Cinta dan tahajud terakhir
 
Terjalnya jalan hidupku
Terjalnya  jalan hidupkuTerjalnya  jalan hidupku
Terjalnya jalan hidupku
 
A. guardian angel
A. guardian angelA. guardian angel
A. guardian angel
 
A. guardian angel
A. guardian angelA. guardian angel
A. guardian angel
 
Kelembutan hatinya menghangatkan dinginnya hatiku
Kelembutan hatinya menghangatkan dinginnya hatikuKelembutan hatinya menghangatkan dinginnya hatiku
Kelembutan hatinya menghangatkan dinginnya hatiku
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Cerpen:Takdir Cintaku
Cerpen:Takdir CintakuCerpen:Takdir Cintaku
Cerpen:Takdir Cintaku
 
Banyuwangi jenggirat tangi
Banyuwangi jenggirat tangiBanyuwangi jenggirat tangi
Banyuwangi jenggirat tangi
 
Bhg c
Bhg cBhg c
Bhg c
 

Plus de Shika Nara

Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Shika Nara
 
Omr bm 20 soalan
Omr bm 20 soalanOmr bm 20 soalan
Omr bm 20 soalanShika Nara
 
Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020Shika Nara
 
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasaShika Nara
 
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasaShika Nara
 
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulisShika Nara
 
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membacaShika Nara
 
1 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran mendengar dan bertutur
1 borang transit pbd bm tahun 5  kemahiran mendengar dan bertutur1 borang transit pbd bm tahun 5  kemahiran mendengar dan bertutur
1 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran mendengar dan bertuturShika Nara
 
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022Shika Nara
 
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...Shika Nara
 
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendah
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendahAktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendah
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendahShika Nara
 
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah by mr.mu
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah  by mr.muFail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah  by mr.mu
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah by mr.muShika Nara
 
Divider mingguan RPH 2019
Divider mingguan RPH 2019Divider mingguan RPH 2019
Divider mingguan RPH 2019Shika Nara
 
Fail ppim permohonan_penubuhan
Fail ppim permohonan_penubuhanFail ppim permohonan_penubuhan
Fail ppim permohonan_penubuhanShika Nara
 
soalan Tmk tahun 6k
soalan Tmk tahun 6k soalan Tmk tahun 6k
soalan Tmk tahun 6k Shika Nara
 
soalan Rbt tahun 5
soalan Rbt tahun 5soalan Rbt tahun 5
soalan Rbt tahun 5Shika Nara
 
soalan Pk tahun 3
soalan Pk tahun 3soalan Pk tahun 3
soalan Pk tahun 3Shika Nara
 
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4Shika Nara
 
Program nilam yang ditambahbaik taklimat(sarawak sabah)
Program nilam yang ditambahbaik  taklimat(sarawak sabah)Program nilam yang ditambahbaik  taklimat(sarawak sabah)
Program nilam yang ditambahbaik taklimat(sarawak sabah)Shika Nara
 
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum Shika Nara
 

Plus de Shika Nara (20)

Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2
 
Omr bm 20 soalan
Omr bm 20 soalanOmr bm 20 soalan
Omr bm 20 soalan
 
Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020Bm tahun 5 kertas 1 2020
Bm tahun 5 kertas 1 2020
 
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa
5 borang transit pbd bm tahun 5 aspek tatabahasa
 
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa
4 borang transit pbd bm tahun 5 aspek seni bahasa
 
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis
3 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran menulis
 
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca
2 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran membaca
 
1 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran mendengar dan bertutur
1 borang transit pbd bm tahun 5  kemahiran mendengar dan bertutur1 borang transit pbd bm tahun 5  kemahiran mendengar dan bertutur
1 borang transit pbd bm tahun 5 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
 
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...
Pelan strategik,operasi dan taktikal persatuan sains dan matematik sekolah re...
 
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendah
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendahAktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendah
Aktiviti PAK21 dalam kelas sekolah rendah
 
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah by mr.mu
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah  by mr.muFail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah  by mr.mu
Fail rekod persediaan mengajar 2019 edisi sabah by mr.mu
 
Divider mingguan RPH 2019
Divider mingguan RPH 2019Divider mingguan RPH 2019
Divider mingguan RPH 2019
 
Fail ppim permohonan_penubuhan
Fail ppim permohonan_penubuhanFail ppim permohonan_penubuhan
Fail ppim permohonan_penubuhan
 
soalan Tmk tahun 6k
soalan Tmk tahun 6k soalan Tmk tahun 6k
soalan Tmk tahun 6k
 
soalan Rbt tahun 5
soalan Rbt tahun 5soalan Rbt tahun 5
soalan Rbt tahun 5
 
soalan Pk tahun 3
soalan Pk tahun 3soalan Pk tahun 3
soalan Pk tahun 3
 
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4
Soalan peperiksaan Akhir tahun Tmk tahun 4
 
Program nilam yang ditambahbaik taklimat(sarawak sabah)
Program nilam yang ditambahbaik  taklimat(sarawak sabah)Program nilam yang ditambahbaik  taklimat(sarawak sabah)
Program nilam yang ditambahbaik taklimat(sarawak sabah)
 
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
contoh penulisan Minit mesyuarat kurikulum
 

Dernier

Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DAbdiera
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxintansidauruk2
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxnataliadwiasty
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaEzraCalva
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 

Dernier (20)

Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 

KESUKARAN_PERTAMA

  • 1. Normahani Asran 1 Cerita Tentang Hana Aku akan tabah menghadapi semuanya Aku akan sabar menghadapi sesiapa juga Aku akan tabah selama mana Yang Maha Esa menginginkannya Doaku.... Ya Rabbul Izzati.... Berikan aku kekuatan menghadapi ujianMu Kurniakan aku kesabaran menghadapi dugaan dariMu Anugerahkan aku ketabahan menghadapi segala yang telah Kau lakarkan buatku.... i Segalanya bermula di sini. Di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Aku memulakan perjalanan hidupku sebagai bakal guru disini. Sebelum pergi ibu menghantar aku dengan air mata sayang yang tumpah atas dasar kerisauan, lebih-lebih lagi anak perempuan bongsunya ini akan pergi belajar di suatu tempat yang asing baginya dan bagi ibu. Namun, oleh kerana aku pergi untuk masa depanku, ibu merelakan pemergian itu. Bapa ku pula menyembunyikan kerisauannya dengan begitu banyak pesanan buatku. Bapa ku langsung tidak menangis semasa menghantarku, malah kelihatan bangga dengan pencapaian dan perjalanan hidup baru yang akan menantiku pada masa depan. Lagipun awal-awal lagi sebelum aku berangkat, bapa begitu sibuk mencanang berita kejayaanku diterima masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, bahawa anak perempuan bongsunya ini belajar di Kuala Lumpur, ibu dan bapaku yang tidak berpelajaran itu sebenarnya hanya mengenali Kuala Lumpur, jadi kerana itu apabila aku ditawarkan belajar di Semenanjung tak lain dan tak bukan dalam fikiran mereka hanya ke Kuala Lumpur walaupun sebenarnya aku belajar di sebuah pekan kecil. Tg Malim,Perak. Ku tatap kedua-dua wajah tua itu sekilas sambil menuju ke perut kapal terbang 1
  • 2. Normahani Asran 2 Cerita Tentang Hana yang menanti berbekalkan keazaman bahawa aku akan menjadi seorang guru bermula di sini. Sebuah catatan perjalanan lucu dan menyedihkan, tentang cinta dan persahabatan. Kesukaran dan ujian dari Tuhan. Namun, semuanya kumulakan dengan senyuman. ii Semuanya bukan mudah. Sebagai seorang pelajar bergelar mahasiswi dari Sabah, aku menghadapi kesukaran dalam bahasa. Lebih-lebih lagi teman sebilikku orang Melayu. Jadi, bermulalah hari orientasi bahasa bila saja aku dengan Fizah bercakap seperti ayam dan itik. Rasa-rasanya ayam dan itik pun juga tidak menghadapi kesukaran berbahasa seperti kami. Perkara pertama yang kukenal disini adalah perkataan assingment atau kertas kerja dalam Bahasa Malaysia. Errmmm.. bila disebut tentang kertas kerja tentulah bahan-bahannya perlu dicari. Macam biasa semua itu akan banyak didapati di perpustakaan. Assingment perlu disiapkan. Tugasan yang bertimbun perlu disiapkan on time. Perpustakaan lagi. Ni yang lemas ni.. Bosan duduk lama-lama dalam perpustakaan besar dan sejuk. Dah lah aku ini jenis manusia kurus yang tidak tahan sejuk. Kalau gemuk mungkin tidak apa. Sebab lemak-lemak boleh jadi penahan sejuk kan. Berjam-jam dalam perpustakaan pun aku tak kisah.Masuk library duduk dekat meja menghadap pasangan bercinta pula tu, alah silap pilih tempat pula. Nak pindah payah, lebih-lebih lagi kalau sudah duduk kerusi empuk perpustakaan. Perasaanku? Menyampah dan meluat. Macam perpustakaan tu diaorang yang punya! Apa diaorang ingat aku ni suka sangat ke tengok aksi tahap hantu air mandi tu? Perumpamaan je tu, hantu air mandi pun aku tak pernah tengok. Rasa macam nak muntah hijau aku dibuatnya. Macamlah aku tak pernah bercinta!(memang pun). Tapi, kalau ya pun bercinta, tolonglah jaga tingkah laku jangan sampai begitu. Duduk bukan main rapat macamlah dalam perpustakaan ni kekurangan kerusi, badan macam dilekat dengan gam Gajah. Mana bleh macam itu! Apa diaorang ingat aku yang duduk dekat meja depan mereka ni tiang kayu, kipas elektrik ke berus gigi? Suka sangatlah mereka 2
  • 3. Normahani Asran 3 Cerita Tentang Hana ingat aku tengok perangai tak senonoh diaorang tu konon! Hek eleh, buat lah perangai elok-elok skit kan, Dahlah masuk universiti ambil course pendidikan tapi buat perangai macam orang yang tak berpendidikan! Baik tak payah jadi cikgu. Buat malu aku je, maklumlah aku ni kan bakal guru pendidik bakal doktor, lawyer, jururawat,bomoh,kaki lumba haram paling koman pun Perdana Menteri! Malulah sikit.Meluat tengok wayang free aku lari pergi tingkat tiga, lagi seronok sebab sambil cari bahan untuk tugasan boleh baca novel. Mana lagi dia orang Fizah, Ayu dengan Kak Su ni. Lambat sangat sampai. Tunggu bas ke buat bas mereka ni,bosan pula baca novel tak ada kawan dekat sebelah. Nak berborak pun payah. Sebab hanya aku je yang duduk meja yang muat 6 kerusi tu, aku pun tak faham. Langsung tiada sesiapa pun berani duduk sebelah aku selama setengah jam aku menunggu kawan-kawan, tak kira lah perempuan ke lelaki ke, semuanya sanggup duduk jauh terpelosok dekat meja hujung tanjung tu daripada kongsi meja dengan aku, walaupun meja yang aku duduk tu dekat dengan rak buku yang bertimbun . Agaknya muka aku ni menakutkan macam singa. Sebab itu tiada mana-mana orang pun berani berkongsi meja dengan aku. Aku tahu, aku taklah secantik Shia (nasib baik Shia dah kahwin) tapi kalau setakat boleh buat orang lelaki terhantuk kepala dekat tiang atau setakat buat orang lelaki sakit leher curi-curi toleh tu, bolehlah sikit-sikit. Susah sangat memahami manusia ni kan. Tiba-tiba..“erm... ada jam? Sekarang jam berapa”?. Pehal mamat ni kan, datang-datang tanya pukul berapa. Takkan jam besar gerabak kereta api yang terlekat dekat tepi dinding perpustakaan ni tak nampak kan. Ah.. nak ngorat lah tu kan. Ermmm,, tau dah. Tapi tak kisah pun. Nak tanya pukul berapa sampai 120 kali pun aku tak kisah kalau dia lah orangnya. Manis orangnya, walaupun gelapnya 20 kali lebih gelap dari warna kulitku. Apa yang mengembirakan adalah matanya. Tidak jemu mata memandang. „oh... mata!!!‟ 3
  • 4. Normahani Asran 4 Cerita Tentang Hana “Jam 3.34 petang”. Jawabku ringkas siap dengan senyuman yang semanis-manisnya ku beri. “oh.. ok.. ermm.. saya duduk sini boleh kan?” hah! Sudah ku duga. Memang sah nak mengorat mamat ni. “boleh, duduklah..lagipun ada lima lagi kerusi kosong dekat meja ni. Kalau sudi lah, lagipun ada juga kawan berborak sambil cari bahan untuk tugasan”. Kataku. “ah..sama lah, saya pun cari bahan untuk tugasan, dari tadi cari bahan sorang-sorang takde teman, nampak awak buat kerja sorang-sorang, tu yang datang nak duduk sekali lagipun duduk buat kerja ada teman ni boleh hilang rasa bosan sikit”. Katanya. Ermmm... angguk saja lah. “tak payah berawak-awak lah. Susah-susah panggil Hana je”. Cadangku. “oh..Hana, manis nama tu semanis orangnya, saya Luqman kawan-kawan panggil Man je. Ikut suka Hana lah nak panggil ape. Man tak kisah”. Katanya panjang lebar.terdetik dalam hati. Apesal dia kata namaku manis. Apa dia ingat nama aku ni coklat ke apa. “Panggil apa-apa pun boleh? Nak panggil otromen pun boleh? Hehe.. Hana panggil Man juga lah kalau dah kawan-kawan pun panggil begitu.” Kataku bersahaja. Untuk sejam seterusnya kami berborak macam orang yang sudah 10 tahun tak jumpa. Sangat seronok berbual sambil buat kerja. Tanya itu, tanya ini dan kesimpulannya, Man pelajar jurusan Matematik. Orang bandar besar Kuala Lumpur. Lahir tahun 1983 juga macam aku. Dahlah manis, mata cantik, lembut bicara suka melawak, pandai matematik pula tu! Akhirnya setelah satu jam setengah menunggu kedatangan kawan-kawan, mereka sampai juga. Sambil senyum-senyum Fizah, Ayu dengan Kak Su berjalan menuju ke meja ku dengan Luqman. Lebih kurang pukul lima petang kami pun pulang, seperti biasa mestilah bertukar-tukar nombor telefon kan. Hari ni kena bentang sorang tajuk aku “Tanah Rizab Melayu”. Macam biasa lah bentang macam nak rak orang kata tapi sebenarnya bahannya skit je. Kena plak ngan pensyarah Encik 4
  • 5. Normahani Asran 5 Cerita Tentang Hana Razeman. ah! Apa lagi, lepas bentang kena leter, dia kata apa? Dia kata camni, kira camnilah bunyinya: “ Antara keempat-empat pembentang hari ni, tak ada satu pun yang boleh saya banggakan! saya tak perlu berpura-pura dan saya tak suka dan tak mau berpura-pura. Kalau tak ada bahan.. cari...(terkena dekat aku)... kalau tak ada dekat perpustakaan universiti.. cari.. keluar.. ke perpustakaan negara, library UM,atau mana-mana saja. Jangan malas! Ni lah masalah pelajar kita sebenarnya. Malas...” dan macam biasa. “dengar ke tidak ni Hana...Bla..bla...bla..macam ni nak jadi cikgu?...” sampai jam 1.16 petang. Bersurai. Malu tau tak. Rasa macam muka aku ni bukan merah lagi.. dah terbakar dah. Nak angkat muka pun malu. Rasa macam muka aku ni dah terlekat dekat lantai kelas ,nak menjawab pun tak boleh, terasa macam tekak ni tertelan seekor kura-kura. Pastu tak tunggu dah, keluar terus lepas habis kelas. Aku ajak terus kawan-kawan pergi library negara tambah bahan untuk kertas kerjanya. Sebab takut mengulang subjek tu lagi. Dahlah pensyarah tu tegas dan macam kedekut markah je. Kenalah buat yang terbaik untuk kertas kerjanya. Apa nak buat.. lagi pun salah aku kan. Itulah, berborak dengan Luqman sampai tak ingat tugasan. Itulah kali pertama dan terakhir aku kena marah oleh pensyarah, sebab lepas daripada hari itu, semua tugasan yang diberi untuk aku..aku siapkan dengan sebaik-baiknya, takut pisang berbuah dua kali kan. iii Cuti seminggu pertengahan semester tahun kedua. AJK Persatuan Sekolah Rendah join venture dengan Persatuan Matematik buat rancangan melawat sambil belajar ke Terengganu. Seronok rasa hati bila Luqman pun ada. Aku dengan Ayu dan Fizah pergi, kami bayar RM150 dekat bendahari. Kak Su tak dapat pergi, ada hal keluarga katanya. Malam tu ada pula perjumpaan bincang tentang lawatan ke Terengganu, tapi janji je pukul 8 malam tapi bohong. 5
  • 6. Normahani Asran 6 Cerita Tentang Hana Kalau janji jam 8 malam, jam 8lah. Ni tidak, janji jam 8 tapi mula bincang pukul 9 setengah! Bayangkan aku yang datang seawal jam 7.47 malam tu tunggu sampai jam 9 setengah baru budak-budak tu datang perjumpaan. Sakitnya jiwa, rasa macam nak bertukar jadi dinasour telan mereka tu sekaligus, biar padan dengan muka mereka! Benci betul. Nasib baik Luqman ada. Sebab tu lah tepat jam 10 malam aku keluar dari tempat tu dengan kawan-kawan serumah aku pergi balik rumah sebab bas terakhir pukul 10! Biarlah mereka nak cakap apa. Katalah apa saja, aku peduli apa.. siapa suruh mereka datang lambat. Menyampah betul kena menghadapi orang macam tu seumur hidup aku ni. Keputusan perjumpaan, Diaorang dah aturkan ahli kumpulan, dan aku jadi AJK makanan sekumpulan dengan Zaid, Zaidah dan kawan-kawan. Sebenarnya, aku pun tak tahu apa tugas AJK makanan tu sebenarnya. Makan ke? Ermm... macam best je dengarkan. Makan makan. Ermmmm,,, ok la tu kan.Kami bertolak pada 9.Jun.2005. Sepanjang perjalanan aku duduk dengan Luqman, macam biasa seronok, perjalanan yang memakan masa berjam-jam tu macam setengah jam saja singkatnya. Sekejap-kejap, Fizah curi-curi pandang dekat kami yang duduk di kerusi belakang mereka. Takutlah tu kalau-kalau aku jadi macam pacat melekat dekat Luqman. Itu yang seronoknya bersahabat dengan Fizah... sentiasa menjaga aku setiap masa.. Sekumpulan dengan Sharul,Zaid,Zaidah,Mia,Ayu dengan Fizah juga. Sampai Terengganu kira-kira pukul empat pagi macam tu. Kami singgah dekat masjid Kuala Berang sembahyang subuh. Pastu jam lapan pagi pergi Tasik Lasir naik dan tinggal dalam bot sehari semalam. Sampai je terus buat aktiviti eksplorace 1 quiz dan cari. Mula-mula tak faham, cari? Cari apanya? Lepas tu lari sana lari sini cari AJK yang berkenaan, bukan buat apa-apa pun sekadar berlari sampai nak putus urat saraf 44 semata-mata nak dapatkan tandatangan mereka. Apa mereka ingat mereka tu Mawi ke. Penat juga hinggakan ia membuatkan aku menangis 6
  • 7. Normahani Asran 7 Cerita Tentang Hana sebab sesak nafas. Tapi tak apa sebab kumpulan kami menang eksplorace tu! Pastu balik bot makan sardin dengan telur goreng je, Encik Burn pensyarah Bahasa Malaysia kami goreng ikan Toman punyalah masin! Ingatkan ikan yang Encik tu goreng tak masin, sebab nampak sedap je warnanya. Lugman sua dekat aku.Aku ambillah sikit dan rasa. Tak habis makan pun sebab sakit gigi makan ikan yang Encik Burn goreng tu. Masin! Rupa-rupanya Luqman kenakan aku. Cis! Sepanjang petang aktiviti mandi-mandi, terjun-terjun, bergambar-gambar berlangsung. Fizah dengan Ayu awal-awal lagi terjun berenang dekat Tasik Lasir. Aku pula duduk berborak dengan Luqman sambil tengok kawan-kawan berenang dari atas bot. Ada satu perasaan yang wujud. Rasa selamat, disayangi bila saja aku berada dekat dengan dia. Cintakah itu..? aku lihat Luqman tepat ke anak matanya yang redup itu sambil tersenyum. Diam. Damainya rasa hati bila dia juga melihat aku dengan senyum. Tiba-tiba... “Ah.. mende korang ni? Buang tebiat? Dah takde kerja lain nak kena buat? Kalau takde, ni hah, ikan ni nak kena siang, malam nanti nak kena masak. Hah, apa lagi...?”. Luqman tersipu-sipu malu, pertama kali aku lihat orang yang berkulit gelap macam dia tu pun boleh merah padam muka. Ceh! Kacau daun sungguh Kak Mila ni. Sepanjang-panjang kerja menyiang ikan tu, aku merunggut dalam hati. Apalah... baru saja nak macam filem Bollywood sikit dah kacau daun. Bila masa aku nak bercinta kalau selalu saja macam ini. Malam itu kami makan ikan Toman goreng (lagi). Malam itu juga kami tidur dalam bot yang langsung tak selesa. Bangun pagi-pagi akulah orang yang paling awal mandi dalam bilik mandi merangkap tandas atau sesuailah kalau digelar jamban atas bot. Nak termuntah bila mandi dengan gosok gigi menggunakan air Tasik Lasir bila imej „bahan buangan manusia‟ tu terapung-apung atas air, dengan gerak perlahan macam ditayang guna DVD player . Dahlah tandas dia jenis semacam tu, buang jatuh dalam air. Allah saja yang tahu macam mana peritnya mandi dengan basuh muka 7
  • 8. Normahani Asran 8 Cerita Tentang Hana dalam keadaan macam tu. kami naik ke darat ke Pulau Kapas pula. Sebelum berangkat naik bas, kena pula bersenamrobik, “luruskan tangan ke hadapan..1..2..3..6...8...10” bersungguh-sungguh Kak Husna memimpin senamrobik yang langsung tak seronok tu. Selepas bersenam kami berangkat ke Pulau Kapas naik bot lagi dan sampai 10 minit kemudian. Sampai sahaja kami diarahkan memasang tiga khemah besar, selepas itu kami makan dan bersembahyang berjemaah. Petang hari itu aktiviti main-main diadakan. Aku tarik tali! Ya Allah punyalah payah berlawan pula tu dengan geng Cha yang rata-ratanya berbadan besar, dua kali lawan kalah! Memalukan. Lebih memalukan apabila Luqman juga melihat aku. Seronok bermain dengan kawan-kawan dan lagi seronok mentertawakan kawan-kawan yang bermain permainan budak-budak tadika. Tiup belon sampai pecah, lumba lari dalam guni, baling belon. Kenangan ini akan tercatit dalam memori sebagai kenangan yang paling indah. Esoknya sebelum pulang kami bergambar beramai-ramai. Kemudian aktiviti senamrobik diadakan. Kami bersarapan dalam bulatan duduk diatas pasir. Apabila duduk beramai-ramai seperti itu, ayam panggang yang hangus hitam legam yang Hafiz bagi padaku itu menjadi sedap rasanya macam makan ayam goreng KFC. Sambil makan kami berbual-bual dan secara tiba-tiba datanglah seorang pakcik yang terganggu dengan kebisingan kami itu datang sambil memaki hamun kami yang berada disitu. Nasib baik tak bawa parang sekali, sebab kalau pakcik itu membawa parang akulah antara manusia yang mati dahulu kerana aku duduk betul-betul paling hampir dengan dia. Perkara yang membanggakan adalah bagaimana kawan-kawan sekuliahku itu menyelesaikan masalah berkenaan dengan tenang tanpa pergaduhan, layaklah digelar bakal guru. AJK memohon maaf dengan pakcik berkenaan walaupun sebenarnya pekerja di Pulau tersebut mengatakan bahawa lelaki berkenaan sememangnya selalu berperangai sedemikian. Kami mengemas khemah, menaiki bot pertama pagi itu ke jeti sebelum pulang ke Tanjong Malim. 8
  • 9. Normahani Asran 9 Cerita Tentang Hana Sejak pulang dari Terengganu aku rindu dengan Luqman walaupun kami dekat saja. pagi 3 oktober Luqman ajak aku keluar. Aku setuju pagi itu juga Luqman jemput aku di asrama Kolej Aminuddin Baki. Luqman bawa aku berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Seperti biasa, Fizah macam bapa aku banyak betul pesanan dan nasihat yang kena ikut. Luqman orang Kuala Lumpur jadi tidak ada masalah dengannya apabila masuk pusat bandar. Aku dibawanya ke Taman Orkid. Kami bersiar-siar dan Luqman memimpin tanganku berjalan. Pegang tangan saja tidak apa kan. Aku gembira dan malu-malu juga senyum 24 jam. Di sana Luqman akhirnya meluahkan rasa hati yang juga sama seperti aku. Kami saling menyayangi dan saling memerlukan. Sejak hari itu, kami adalah pasangan kekasih yang sentiasa bersama berdua sehinggakan kawan-kawan merasa terpinggir kerana aku selalu bersama dia. iv 11.2.2006 sabtu. Encik Nasir, pensyarah ekonomi kami bawa kami berjalan-jalan ke FRIM dekat Kepong. Lebih kurang jam 8 lebih kami bertolak dari UPSI. Sampai di sana kami kena mendaki bukit dengan ketinggian 500 meter “I tell you!!” Dengan seluar jeans yang berat tu mendaki, Ya Allah.. tuhan saja yang tahu rasa hati. Dahlah lepas hujan tentulah banyak pacat. Bayangkan aku yang takut kena gigit pacat ni lari dan berjalan laju dari orang lelaki dengan jeans yang berat tu. Encik Nasir ni memanglah nak kena. kenapa suruh pakai jeans! Apalagi pelik siswa siswi UITM yang juga turut ada disana melihat kami mendaki pakai jeans! Hebat tak hebat tu. Akhirnya sampai juga kami di jambatan gantung. Hilang rasa marah dan penat. Nampak KL “I tell you!!” seronok juga. Macam biasa aktiviti bergambar-gambar dan menyakat kawan-kawan yang sedang menyeberang jambatan gantung itu pun bermula. Jeritan dan maki hamun kawan-kawan menjadi halwa telinga sehinggakan pengawal pos jambatan gantung tersebut naik angin dengan perangai kami yang mengalahkan budak-budak sekolah rendah darjah 9
  • 10. Normahani Asran 10 Cerita Tentang Hana satu. Lepas itu kami turun pergi tengok pokok pula. Pemandu kami pada hari itu kami panggil kakak saja. Perkara yang menghairankan super hebat berlaku apabila kakak tu kenalkan kami dengan nama-nama pokok macam aku kenalkan kawan-kawan aku dengan bapa aku! Nasib baik tak suruh salam.banyak betul ilmu pokok yang kakak itu tahu. Hebat kakak tu, tapi masa tu aku langsung tidak memberi tumpuan sebab pacat menguasai fikiran! selepas itu, entah macam mana boleh pula kami sampai ke tempat kami memulakan perjalanan tadi. Lega rasa hati apabila aku nampak kereta setelah hampir sejam dalam hutan! Aku dapat merasakan seolah-olah satu sensasi apabila nampak kereta. Ermm..tamadun. Kemudian kami dibawa masuk ke muzium dengan pesanan “jangan usik,sentuh,ambil barang-barang yang ada dalam muzium ini”. Cantik dan banyak benda tapi semuanya kayu. Ada alat mengisar padi tradisional dari kayu, tempat raja beradu dan macam-macam lagi. Hari itu memang seronok bukan saja pelajar ekonomi datang. Budak-budak yang bukan ambil subjek ekonomi pun pergi. Macam biasa, perkara yang pastinya akan menjadi bualan hebat selama sebulan di UPSI pastinya cerita kelakar cikgu Alias yang begitu hebat mendaki bukit dengan memakai baju, seluar,kasut macam nak pergi main golf! Memang seronok mengikut Encik Nasir „berjalan-jalan‟ dengan seluar jeans dalam hutan. Pulang dari FRIM Kepong, Luqman mengajak aku keluar makan malam bersamanya. Oleh kerana keletihan aku menolak. Orang lelaki memang tak suka ditolak akibatnya; merajuk. Buruknya muka kaum adam bila merajuk. “Man marah...? Hana minta maaf.... Hana penat sangat ni, letih tau daki bukit tinggi 500 meter pakai jeans pula tu. Esok kita keluar makan sama-sama ya.. janganlah merajuk” pujukku. “Taklah.. tak marah pun. Hana ni aktif sangat berjalan. Man boring tau asyik-asyik kena tinggal. Ok, esok kita keluar makan sama-sama ya, Man belanja.” Aku mengiyakan sahaja permintaannya itu seringkasnya lalu aku tidur kerana terlalu letih. 10
  • 11. Normahani Asran 11 Cerita Tentang Hana Seperti yang dijanji, petang esoknya Luqman menjemputku keluar makan. Sambil makan kami berbual seperti biasa. Sehinggalah Luqman akhirnya menyuarakan keinginannya untuk membawaku kerumah keluarganya di Kuala Lumpur untuk diperkenalkan dengan ibu dan bapanya. Aku terkejut dan takut. Bagaimana penerimaan mereka terhadap aku nanti. Setelah didesak akhirnya aku bersetuju. Cuti hujung minggu nanti Luqman akan membawaku kerumah keluarganya bermalam disana dua hari. Nasi goreng Pattaya yang ku pesan itu tidak habis ku makan gara-gara terlalu takut memikirkan penerimaan keluarga Luqman. 18.2.2006 sabtu. Seperti yang dipersetujui awal-awal pagi lagi Luqman terpacak dibawah asrama Kolej Aminuddin Baki menunggu aku. Kemudian kami bertolak ke Kuala Lumpur. Masuk sahaja tol pertama ke pusat bandar Kuala Lumpur hatiku bertambah-tambah gelisah. Luqman pula hanya seperti biasa asyik berbual dan berbual. Kami sampai ke Taman Mawar. Rumah banglo besar milik keluarga Luqman menjadikan aku kerdil. Rumahnya 3 kali ganda lebih besar dari rumah keluargaku di Sabah. Ruang dalamannya besar dan dihias indah. Sofanya empuk dan selesa, tidur atas sofa pun tak apa kalau empuk semacam itu. Sedang aku duduk dan merasa canggung di sofa mewah itu, ibu dan bapa Luqman ke ruang tamu. Luqman memperkenalkan aku dengan kedua ibu bapanya. Ibu Luqman melihat aku dari atas ke bawah dan langsung tidak senyum. Ayah Luqman pula mengangguk-angguk senyum apabila Luqman memperkenalkan aku dengannya sebelum berlalu pergi untuk bermain golf katanya. Agaknya orang kaya memang wajib main golf kan getus hati kecilku. Tidak lama kemudian, Ibu Luqman pula meminta diri ke spa selepas mengarahkan pembantu rumahnya menunjukkan aku bilik tidur. Luqman hanya memandang aku sejurus kedua ibu bapanya pergi. “Man minta maaf... mama dengan papa sibuk dengan hal masing-masing, tapi mama dengan papa baik” katanya padaku seolah-olah memahami apa yang terlintas di fikiranku tentang mereka. Bahawa mereka tidak 11
  • 12. Normahani Asran 12 Cerita Tentang Hana menyenangi kehadiranku dan tidak setuju dengan perhubungan kami. Aku hanya tersenyum memandang dia dan memegang lembut tangannya. “Manis orangnya..mana jumpa ni Long..? hai.. si cantik” sapa seseorang tiba-tiba yang tak tahu muncul dari mana. “ Hana, kenalkan Adi adik bongsu Man” adik bongsu Luqman rupa- rupanya. Tampan juga orangnya, matanya secantik mata Luqman. Agaknya mereka ini semua keturunan mata cantik kata hatiku. Adi merenungku tajam, dalam ketampanannya itu ada sesuatu yang membimbangkan tentangnya. Namun, kusembunyikan rasa itu dari ruang fikirku dengan senyuman. Luqman meninggalkan aku seorang di taman banglo mewah ini. Aku duduk menunggunya habis mandi di gazebo yang cantik dengan bunga-bungaan dan tumbuhan menjalar. Sambil menunggu aku sempat menghantar SMS kepada Fizah di Tanjong Malim, memberitahunya agar jangan risau akan aku. Bahawa aku akan menjaga diriku sepanjang dua hari dirumah keluarga Luqman. Adi menghampiri aku dan duduk menghadap aku. Seperti biasa senyum dan merenungku. Aku menjadi tidak keruan, takut melihat dia. Ada sesuatu tentang pandangannya itu. “belajar di UPSI ya? Cikgu lah ni kan.. kalau cikgu manis macam ni Adi sanggup masuk belajar dalam darjah satu semula” katanya bergurau. “ah..ya.. dah 2 tahun setengah belajar dekat UPSI. 2007 nanti InsyaAllah posting. Buat masa sekarang ni belum layak lagi digelar cikgu” sambil tersenyum aku menjawab. Setengah jam seterusnya kami berbual santai tentang diri masing-masing. Adi merupakan seorang siswa di Universiti Middlesex Utara London dalam bidang business. Pulang ke Kuala Lumpur bercuti selama 4 minggu. Aku merasa lega apabila melihat Luqman menuju ke gazebo. “berbual apa ni? Tanya Luqman. “Berbual kosong je abang Long” jawab Adi. “Esok mama dengan papa adakan jamuan makan malam di Hotel Nikko sambil-sambil nak memperkenalkan Hana dengan keluarga Man. Atuk, opah, 12
  • 13. Normahani Asran 13 Cerita Tentang Hana makcik, pakcik dengan sepupu Man, Sara pun ada. Hana kena pakai cantik-cantik ya esok” pesan Luqman. Aku sedikit terkejut kerana Luqman hanya memberitahuku untuk diperkenalkan dengan keluarganya di rumah mereka. Hotel? Itulah pertama kalinya dalam hidup aku makan malam di sebuah hotel mewah. Malam itu aku tidak nyenyak tidur. Gelisah memikirkan tentang rencana makan malam di hotel malam esok. Restoran hotel Nikko Jalan Ampang Kuala Lumpur itu begitu cantik dan mewah. Satu- satu keluarga Luqman memasuki ruang makan. Datuk dan nenek, pakcik,makcik dan Sara akhir sekali Adi. Semua ahli keluarga Luqman sudah duduk mengelilingi meja makan sambil memesan makanan. Aku hanya mengikut sahaja apa yang dipesan oleh Luqman. Ahli keluarga Luqman rancak berbual tanpa menghiraukan aku. Hanya Luqman dan Adi sahaja yang nampaknya melihat aku. Aku merasa seolah-olah aku ini ulat gonggok kecil yang langsung tidak dipeduli. Sara cantik. Kulitnya putih dan halus gebu. Seputih warna kulit ibunya. Kelihatannya ibu bapa serta datuk dan nenek Luqman menyukai Sara. Sekali sekala Luqman melihat aku dan menggengam tanganku erat seolah-olah menyuruh aku agar tenang sahaja. Adi pula sedari awal tadi merenungku. Sara juga sekali sekala melihat-lihat aku. Seolah-olah mengimbas aku dengan mesin pengimbas dari kaki ke kepala. Makanan yang dipesan sampai. Chicken Casserole yang dipesan Luqman nampak sedap, inilah buat pertama kalinya dalam hidup, aku makan menggunakan garfu dan pisau. Aku biasa juga memegang pisau tetapi bukan pisau yang digunakan untuk memotong daging dipinggan. Mukaku pucat aku berpeluh walaupun ruang makan itu tersangat dingin oleh alat pendingin. Tanganku terketar-ketar memegang pisau dan memotong daging ayam. Hasilnya; pingganku berdencing bising apabila pisau berlaga dengan pinggan batu. Aku tidak mampu mengawal rasa 13
  • 14. Normahani Asran 14 Cerita Tentang Hana gemuruhku. Luqman dan yang lain berhenti makan terganggu ulahku. Aku diperhatikan, ku lihat Sara tersenyum-senyum mentertawakan aku dalam hati. Luqman hanya diam. Adi secara tiba- tiba mengambil lembut pisau ditanganku lalu membantu aku memotong daging dalam pinggan kecil-kecil agar mudahku makan. Namun, aku sangat malu. Mukaku merah hinggakan aku tidak mampu mengangkat muka. Aku lalu meminta izin ke tandas,Luqman sekali lagi diam tak bersuara seolah-olah malu dengan kejadian itu. Aku bangkit dan pergi. Aku meninggalkan mereka melalui pintu belakang hotel. Aku menangis sedih. Seperti yang kuduga Luqman menelefonku hampir 8 kali sebelum aku menutup telefon bimbitku. Panggilan itu kubiar tidak dijawab kerana aku terlalu malu. Manakan mungkin orang kampung seperti aku hidup dengan orang berada sepertinya. Aku terus berjalan, air mata yang bertakung dimataku menghadkan pandanganku dijalan yang agak gelap itu. Tanpa disedari yang kutahu sebuah Camry hitam melanggarku dari belakang. Aku terjatuh dan mujurlah kereta berkenaan tidak dipandu laju. Aku hanya mengalami cedera ringan. Lutut serta tanganku mengelupas berdarah semasa aku menahan badan yang jatuh diatas aspal. Seorang lelaki awal 30-an meluru keluar dari kereta mendapatkan aku. Sebelum aku dimarah aku terus saja memaki hamun lelaki itu terlebih dahulu sehinggakan dia terpingga-pingga. “Butakah apa! Tak nampak ke. Aku besar pokok kelapa pun tak nampak. Mata tu simpan dimana? Dalam poket, bawah kasut ke atas kipas!” jerkahku marah. Hasilnya; dia tersenyum dan tersengih-sengih macam kerang busuk. “sorry..sorry..i tak nampak you tadi,lagipun kawasan ni gelap sikit. You okey ke..? nak i hantar ke hospital?” katanya “tak payah! Orang tak mati lagi buat apa nak hantar ke hospital. Sorry..sorry.. senang-senang je mintak sorry. Ingat aku ni apa..kambing? senang-senang je ikut suka hati awak nak langgar!”jawabku mempertahankan diri walaupun sebenarnya itu memang salahku, tetapi oleh kerana terlalu tertekan dengan kejadian direstoran tadi rasanya inilah satu-satunya peluang untukku melepas geram. “okey..then again i’m sorry..takpe..kalau macam tu mari i hantarkan 14
  • 15. Normahani Asran 15 Cerita Tentang Hana you balik rumah” pelawanya. “tak payah! Aku boleh jalan kaki keluar ke depan tu tunggu teksi mesti ada tu. Lain kali tengok-tengoklah bila memandu tu. Mata jangan letak dekat dashboard! Lagi satu, cikgu mana yang ajar awak i..i...you..you.. ni? Bodoh ke apa. Tak bersyukur langsung jadi orang Melayu. Apa salahnya saya,awak.kau,aku?” sindirku. “ok...suka hati awaklah. Oh ya, jalanlah terus ke depan tu. Lupa nak bagi tahu dekat pondok teksi tu ada lebih kurang 8 buah motor sekali dengan mat rempit ada dekat sana. Kalau berani pergilah..kalau tak berani, silakan naik kereta saya..saya hantar pulang. Tak nak takpe saya tak rugi apa-apa pun” errmmm,... daripada aku ditelan oleh ramai harimau baik lagi aku naik kereta buaya. “ok.. tapi jangan fikir nak buat jahat. Nampak ni pisau ni!” ugutku sambil mengacah-acah pisau lipat. Macamlah dia takut, setakat pisau lipat harga 30 sen tu. “jangan risaulah cik adik, setakat muka macam awak ni saya tak berkenan pun!” Akhirnya, aku naik juga kereta tu. Tetapi.. kemana harusku tuju..nak balik rumah Luqman aku malu, lebih-lebih lagi aku tinggalkan dia dan keluarganya di sana. Kemana? Nak pergi mana...? “hah, nak kena hantar awak ke mana ni?” Tanyanya. Aku senyap.. akhirnya setelah 15 minit aku bersuara juga. “hantarlah kemana-mana pun. Turunkan saya ditepi kedai. Nak cari rumah tumpangan murah..nak balik Tg Malim malam ni dah tak boleh, bas dah takde...” kataku berterus-terang. “Awak tak tinggal di KL ni ke..? awak buat apa dekat dengan kawasan Hotel Nikko tadi?” Tanyanya mengesyaki yang aku ini kupu-kupu malam. Aku menerangkan ceritaku satu- satu dengannya. “oh..begitu, takpelah...bukan tak nak hantar awak ke rumah tumpangan tapi awak ni perempuan, budak UPSI lagi, Saya risau ada apa-apa berlaku.macam ni lah, awak bermalam je di rumah saya malam ni”. Pelawanya serius. “eh..hello, tolong sikit.awak tu lelaki saya ni perempuan, nanti kena tangkap basah macam mana!” Marahku. “cakap tu baik-baik 15
  • 16. Normahani Asran 16 Cerita Tentang Hana sikit. Orang nak tolong dia marah-marah kita pula. Lagipun, bukan saya sajalah yang ada dekat rumah tu. Mak dengan ayah saya ada. Nak buat maksiat dengan awak? Heeee..takde selera aku!” Lasernya mulut, dasar mulut tak ada insuran memang macam tu. Malu pula aku jahat betul mulut lelaki ni. Aku berfikir.. tentang kewanganku yang tidak cukup lagipun aku perlu berjimat dengan duit pinjaman PTPTN yang aku peroleh itu sepanjang pengajianku di UPSI. Aku cuma perlu bermalam malam ini sahaja dirumahnya dan keluar pulang ke Tg Malim keesokkan paginya lagipun ibu bapanya juga ada disana. Selamat sedikit fikirku dalam hati. “ermm..takpe ke..?ibu ayah awak tak kisah ke..? Tanyaku kerisauan takut-takut ibu bapanya sama macam ibu bapa Luqman yang dingin itu. “alah..buat-buat biasa je lah. Lagi pun ibu dengan abah baik dan tak kisah, bila nak balik Tg Malim?”. Tanyanya “Jangan risau awak.. esok pagi-pagi saya balik Tg Malim naik bas ekspress lagi pun isnin petang dah kuliah”. Jawabku sungguh-sungguh. “oh..ok, esok pagi-pagi saya hantar ke stesen bas Pudu. Lagi satu, panggil saya Aris saja, awak?” Tanyanya “Hana.. takpelah Encik Aris, esok saya naik teksi je ke stesen bas Pudu tak payah susah-susah hantar” kataku menolak. “banyak sangat ke duit tu sampai nak naik teksi ke stesen bas Pudu? Dan tak payah berencik-encik lah, panggil Aris je nak panggil abang Aris pun boleh juga”. Katanya berseloroh. Aku senyum kambing saja dalam hati berkata gatal juga orang ni nampaknya, mengalahkan ulat bulu. Kami sampai ke rumah Aris. Besarnya rumah. Taman buatan di halaman rumahnya cantik. Kolam renang di tepi banglo itu berkilau apabila terkena cahaya lampu sehingga memancarkan cahaya kebiruan. Aku berdebar-debar bila saja Aris membuka pintu rumah besar itu. Bagaimana kalau keluarganya tidak suka akan kedatanganku? Akhirnya, semua kerisauan itu hilang bila saja melihat senyuman ibunya. Ayah Aris pula agak terkejut melihat aku. Mungkin kerana risau apabila memikirkan anak lelakinya itu membawa pulang anak perempuan orang 16
  • 17. Normahani Asran 17 Cerita Tentang Hana malam-malam buta ke rumah mereka. “siapa ni Along..?” tanya ayahnya “Hana abah, along terlanggar masa pulang dari jamuan makan malam di hotel Nikko tadi, Hana ni belajar di UPSI. Tak sampai hati nak hantar ke rumah tumpangan sebab tu along bawa pulang, esok pagi-pagi along hantar ke stesen bas Pudu”. Jelas Aris panjang lebar. Aku hanya mampu senyum dalam rasa segan yang melampau. “oh...begitu, ni..kain kurung dekat lutut ni berdarah, mari makcik bersihkan, sapu ubat”. Ibu Aris lantas membawaku duduk di sofa. Aris dan ayahnya ke tingkat atas sambil bercakap-cakap tentang sesuatu tetapi kurang jelas didengar. Ibu Aris baik. Keluarganya juga baik. Selepas lukaku dirawat aku dibawa ke dapur makan malam. Aku menolak namun ibunya tetap juga berkeras agar aku makan sebelum tidur. Aku akhirnya bersetuju kerana perutku juga sudah mula berkeroncong lapar. Lagi pun chicken casserole yang dipesan Luqman di hotel tadi tidak sempat kujamah. Rendang daging, sayur campur,udang goreng, nasi putih dan air sirap bandung cukup membangkitkan selera. Aku makan sambil berbual-bual dan menjawab macam-macam soalan dari ibunya. Sejurus selepas itu Aris dan ayahnya duduk di meja makan berbual bersama-sama kami. Selepas makan aku membantu ibu Aris membasuh pinggan dan kemudiannya aku dibawa ke tingkat atas ke bilik tidurku malam itu. Ibu Aris meminjamkan aku baju tidur milik anak perempuan bongsunya Tia yang sekarang ini belajar di luar negeri. Malam itu aku tidur dengan nyenyak sekali. Awal pagi keesokkannya, kami bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi, ibu Aris menyua RM100.00 untukku buat tambang bas katanya. Aku menolak, tambahan pula aku sudah cukup menyusahkan keluarga itu. Lagi pun, tambang ke Tg Malim tidak sampai pun RM100. Namun, ibunya berkeras juga mahu aku menerima wang tersebut. Aris pula sudah berada di dalam kereta. Akhirnya aku terima juga pemberian itu dan berterima kasih . Sebelum pergi ibu Aris mencium pipi dan memelukku. Aku terharu. 17
  • 18. Normahani Asran 18 Cerita Tentang Hana Sepanjang perjalanan ke stesen bas Pudu kami diam. Rasa serba salah timbul dihati apabila teringat kembali akan layananku yang agak kasar dengan Aris. “Hana minta maaf pasal semalam..marah-marah,maki hamun segala..” Luahku. “Takpe..sekali sekala gaduh dengan orang ni bagus juga”. Katanya, dalam hati terdetik rasa hairan. Agaknya dia ni tak pernah bergaduh dengan orang sebab tu dia tak kisah. Mungkin hanya kambing dengan lembu saja yang selalu bergaduh dengan dia kan. Sampai sahaja ke stesen bas Pudu aku terus membeli tiket. Bas sememangnya sudah menunggu dan aku terus menaiki bas. Aris sempat menghulur plastik berisi air kotak dan kuih. Mungkin dibelinya semasa aku membeli tiket tadi. Selepas mengucapkan terima kasih kepadanya aku melambai tangan dan naik bas tanpa menoleh lagi. Tidak lama selepas itu bas bergerak keluar. Aku melambai Aris di luar sekali lagi dan tersenyum. Perjalanan ke Tg Malim hanya mengambil masa satu jam sahaja rasanya tak perlu aku dibekalkan dengan air dan kuih ini kataku dalam hati. Semasa sedang melihat-lihat air kotak dan kuih itu aku terlihat kad nama seseorang di situ. Kad nama berwarna hitam itu milik Aris tercatat sekali dengan nombor telefonnya. Pengarah Syarikat Bumi Jaya rupanya. Aku tersenyum lalu membuka telefon bimbitku yang kumatikan sejak semalam untuk menghantar pesanan ringkas buat Aris menyatakan rasa berterima kasihku atas pertolongannya dan keluarganya padaku. 23 mesej dan 38 panggilan tidak dijawab aku terima daripada Luqman sejurus selepas telefon kuhidupkan. Mesej-mesej itu kebanyakkannya menyatakan rasa marahnya padaku kerana pergi begitu sahaja. Aku menangis sedih kerana kata-kata yang digunakannya itu sangat melukakan hati. Mesej itu tidak kujawab. Fizah,Kak Su dan Ayu kerisauan apabila melihat aku pulang sendirian menaiki teksi ke asrama Kolej Aminuddin Baki ketika mereka berada dihadapan lif asrama. Aku hanya mendiamkan diri apabila mereka bertanya apa yang berlaku, dimana Luqman dan macam-macam 18
  • 19. Normahani Asran 19 Cerita Tentang Hana lagi. Selama dua hari aku hanya mendiamkan diri, dan selama itu jugalah aku dan Luqman tidak bertegur sapa apalagi berSMS dan berbual di telefon. Mereka kehairanan dan dapat mengagak bahawa aku dan Luqman sedang mengisytiharkan perang. Tanpa dapat lagi menahan perasaan, aku menceritakan semuanya pada Fizah dari awal hingga akhir. Fizah hanya mampu merasa kasihan dan menasihati aku. Namun, hanya aku yang dapat menyelesaikan masalah ini dengan mencadangkan aku berjumpa Luqman berbincang tentang perhubungan kami dan menyatakan sebab dan alasan aku lari meninggalkan Luqman dan keluarganya semasa makan malam di hotel Nikko tempoh hari. Akhirnya, aku membuang jauh-jauh rasa ego dalam hati dengan menelefon Luqman mengajaknya keluar berbincang namun tidak berjawab. Aku menghantarnya pesanan ringkas juga tidak dibalas. Marah benar nampaknya dia. Selepas menghadiri kelas Kaunseling kami ke kelas ekonomi encik Nasir di DKD. Semasa melalui Koperasi UPSI (KOUPSI) ke DKD aku terserempak dengan Luqman dengan kawan-kawannya. Seperti selalunya aku senyum padanya namun yang sedihnya bila dia buat- buat tak nampak.Ketika itu juga dia senyum dengan perempuan lain dan tidak langsung membalas senyumku. Rasa sakit hati mula menjalar dalam jiwa. Rasa macam nak sepak saja Luqman masa tu juga bila dia melayan aku seperti itu. Aku malu dengan kawan-kawanku apabila tidak diperdulikan. Luqman pula terus berjalan tanpa melihat aku. Aku terdiam dan dengan perasaan sedih dan tension, aku hadir juga kelas ekonomi Encik Nasir dengan otak yang berserabut. Perhubungan kami sekarang ini sudah macam telur dihujung tanduk. Bila-bila masa sahaja akan jatuh dan pecah. Rasanya tak boleh diselamatkan lagi, tambahan pula kalau sudah telur berada betul-betul diatas tanduk apa lagi yang akan mampu menyelamatkannya daripada jatuh dan pecah? Fikirku. 19
  • 20. Normahani Asran 20 Cerita Tentang Hana Perang dingin antara aku dan Luqman tidak selesai lagi. Tiap-tiap kali terserempak mesti Luqman menarik muka dua ribu tidak mahu melihat aku. Macamlah muka aku ini ada tumbuh ketuat beribu-ribu lemon. Aku tahulah semua itu salah aku, aku tidak patut pergi meninggalkannya begitu sahaja dari Hotel Nikko hari itu. Walaupun begitu, masih jelas dalam ingatan bagaimana rupa Luqman apabila tindakanku itu memalukannya dengan sikapku yang berkelakuan macam orang gasar yang tak pernah pegang garfu dan pisau untuk potong chicken casserole hari itu, atau lebih mudah kalau aku katakan bahawa Luqman ini seolah-olah berperangai macam tuan punya itik yang memaksa itiknya berjalan gaya model daripada jalan berlenggang macam janda muda berhias yang baru kena talak tiga!. Ermm...Apa kena mengena itik dengan aku dan Luqman kan. Tak ada kena mengena pun, saja bercerita. Seingat aku hanya Adi yang membantuku agar rasa maluku berkurangan dengan membantuku memotong daging ayam itu kecil-kecil agar mudah kumakan. Namun, sia-sia sahaja kerana itu lagi membuat aku semakin malu. Luqman? Dia malu.. malu kerana mempunyai teman wanita seperti aku. Tentu keluarga Luqman berfikir apabila aku berkelakuan seperti itu, berkelakuan macam lembu yang diajak makan di hotel mewah. Memalukan. Agaknya tentu dalam hati mereka itu terdetik persoalan. Dari kandang manalah Luqman ini menjumpai aku. Lebih menyedihkan apabila Luqman langsung tidak membantuku. Hanya berdiam diri kaku macam ais batu! Apabila semua ini berlaku aku pula dipersalahkan oleh Luqman 100 peratus tanpa kompromi, sedangkan hari itu seingat aku Luqman hanya memberitahuku untuk diperkenalkan dengan ibu bapanya dirumah mereka dan bukannya di restoran hotel mewah. Peperangan kami berlanjutan tanpa kata putus, berpisah atau tidak sehinggalah cuti semester tiga bulan bermula. Seminggu sebelum cuti semester, sebuah sampul surat besar kuterima. Ku genggam sampul surat yang tidak mempunyai nama pengirim itu erat. Sampul itu 20
  • 21. Normahani Asran 21 Cerita Tentang Hana ku buka kemas,jantungku terasa luruh umpama durian masak yang luruh dari pokok bila saja mata ku terpandang gambar besar bersaiz A4 yang berkeping-keping itu. Mata ku berpinar-pinar, tubuhku terhuyung-hayang macam layang-layang yang ditiup angin petang. Gambar-gambar panas antara Luqman dan sepupunya Sara yang jelas dan terang lagi bersuluh itu membuatku loya. Loya seperti ibu hamil tiga minggu. Air mata bukan setakat bergenang dikelopak mata,tetapi sudah seperti air yang menyembur keluar macam pili air bomba yang dibuka untuk memadam api kebakaran. Sakitnya hati macam sakit tangan yang tercucuk duri ikan pari, bila- bila masa saja boleh mati sebab bisa. Sumpah-seranah buat dia tak terucap di mulut tetapi di dalam hati hanya Allah yang tahu. Aku benci! Ingatkan Luqman bukan orang seperti itu tetapi aku silap. Gambar tak berbaju. Apa hal kan, kalau nak sangat kahwin saja, habis cerita. Mengapa perlu menjatuhkan maruah diri seperti itu. Dalam ramai perempuan. Kenapa mesti Sara. Kenapa mesti sepupu sendiri. Bodoh! Kalau orang cakap monyet itu bodoh. Luqman ini bagi ku lebih bodoh daripada monyet. Bodoh yang amat. Sebodoh-bodoh manusia yang paling bodoh! Dasar lelaki tak guna! Dengan adanya gambar itu, secara rasminya hubungan kami sampai di situ juga. Berakhir dengan pasti walaupun perit untuk diterima. Berbaloi meninggalkan lelaki seperti itu. Kadang- kadang terfikir juga, layakkah lelaki seperti itu digelar guru? Dipanggil cikgu? Memalukan. Tiada perbincangan dan tanpa penjelasan. Lagi pun, gambar-gambar aksi panas seperti itu tidak mungkin di tokok-tambah,diubah suai dengan teknologi terkini. Lagipun, Luqman itu siapa kalau pun mahu diubah suai gambar-gambar yang mengalahkan aksi beruk itu. Sesiapa pun juga yang menghantar gambar tersebut telah berjaya membuat aku percaya. Berjaya membuat aku benci pada dia. Namun, sehingga kini pengirim itu masih tidak diketahui. Tambahan pula, aku malas untuk menyiasat identiti pengirim itu. 21
  • 22. Normahani Asran 22 Cerita Tentang Hana Selepas segala macam cerita yang aku alami di sini, akhirnya aku berjaya juga menghabiskan pelajaran di UPSI dengan gred yang bolehlah dibanggakan walaupun taklah sebagus mana. Masa untuk mengemas-ngemas harta untuk di bawa pulang sabtu nanti. Agak-agaknya dengan 10 kotak besar saiz badak ni Air Asia tu larat ke nak angkat? Masuk dalam kargo? Berapalah kena caj agaknya kan. Tentu mahal kan,kan,kan. Tapi tak apa. Apa ku peduli kan? Janji dapat pulang kampung tercinta jumpa dengan family tersayang. Alangkah!!! Sabtu pagi. Depan lif lepas semua barang-barang dimasukkan dalam bas yang sudah ku sewa khas, ku lihat Fizah,Ayu dengan Kak Su lain semacam. Rasa sedihlah pulak. Bilalah lagi dapat tengok mereka kan... kawan baikku dunia akhirat. Fizah memelukku lebih dulu daripada Ayu dan Kak Su. Dan tiba-tiba.. macam Jejak Kasih TV3 lah pulak air mata ni tak tertahan. Mengalir laju macam air terjun Niagara. Tak perlulah diceritakan dengan panjang lebar.. akhirnya kami sepakat akan selalu bertanya-tanya khabar dan bertukar-tukar cerita di Friendster, dululah. Sekarang Facebook dah. Bas jalan dan aku tertidur sampai LCCT. Macam biasa seperti yang sudah selalu aku lakukan 4 tahun sejak 2003 sebelum pulang ke Sabah. Daftar lah apa lagikan. Scan beg nampak plak segala harta benda. Tiba giliran beg galas di scan. Apa yang nampak? Nampaklah sebotol budu dalam bakul kertas yang sangat cantik di hias. Pakcik scanner pun senyum-senyum kambing dekat aku, aku pun senyum- senyumlah juga. Nasib baik dia tak rampas budu itu. Selesai sahaja daftar aku terus melangkah kaki dalam ruang menunggu. Tak sabar masuk perut kapal. Tengah menunggu..tiba-tiba, aku ditegur oleh seseorang. Ku amati suara itu..macam 22
  • 23. Normahani Asran 23 Cerita Tentang Hana pernah ku dengar tapi anak siapa ya.. ku donggakkan kepala dan ku lihat dihadapanku berdiri seorang lelaki lingkungan 30-an senyum padaku. Ah..... Aris rupanya. Patutlah macam kenal..memang kenal pun. Aku pun senyumlah juga. Lagipun aku kan suka senyum. “Nak ke mana ni?” tanyanya macam serius. Dah tau orang tengah tunggu flight tanya lagi. Sepak kang baru tau. “Nak balik Sabah” jawabku ringkas. “Oh... bolehlah duduk sebelah menyebelah kan.. Aris pun nak ke Sabah ni. Cuti-cuti Malaysia. Tak sangkakan boleh jumpa dekat sini..ada jodoh kot” katanya panjang lebar. Aku? Senyum sajalah. “Boleh ba kalau kau” kataku selamba badak.. rasa-rasanya badak pun tak selamba macam aku kan. Ermmmm.. apa boleh buat dah macam inilah kejadian aku. Naik flight dua jam setengah rasa macam 10 jam. Sakit kepala bukan sebab dah lama tak naik kapal terbang, sakit kepala sebab melayan cerita Encik Aris yang macam pop corn tu tak berhenti-henti.. pop,pop,pop. Rasa macam nak sumbat saja mulut dia dengan stoking aku ni. Alhamdulillah..syukur.. sampai akhirnya aku ke tanah tumpahnya darahku..Sabah yang tercinta..dekat di hati... huahuahua aku senyum lebar sampai lupa nak ambil kotak-kotak berisi barang-barang aku.. dan bolehnya aku terlupa pasal Aris yang dari tadi rupa-rupanya dah jadi macam ekor.. mengekor saja kerjanya. “Hana..Hana.. pinjam telefon jap.. henponku habis baterilah.. nak call kawan ni minta ambil.. bolehlah..” Rayunya manja macam kucing.. eya..Kucing Garong!! “ yalah..yalah.. nah.. jap je tau.jangan cakap lama-lama. Abis kreditku nanti” sambil menghulur telefon bimbitku yang harganya 200 lebih tu dekat dia. Selesai saja..kami pun berpisah..di lapangan terbang saja. Isnin, 8.30 malam. Tettet..Tet..tet.. mesej masuk. 23
  • 24. Normahani Asran 24 Cerita Tentang Hana Salam.. buat apa tu? Dah makan lum? Kat mana dah? Dah sampai umah? :) Arrrrrr...aku tension.. sapa ni? Memandai-mandai je nak ambil tahu hal orang. Suka hati aku lah kan, nak makan ke tak nak ke.. sibuk. Wslam... sapa ni? Jawabku ringkas.. macam marah tapi tak pun sebenarnya. Hehehe..ni Aris la.. pekabar? Ok? Jawabnya. Owh.........Aris.. dari mana dapat nombor ku ni? Tanyaku ambil tahu. Hari sabtu tu kan..Aris ada pinjam telefon.. dapat masa tu..Hana sibuk tak? Jom jumpa..boleh bawa Aris jalan-jalan..  Ala... jalanlah sendiri. Ada kaki ada tangan jalan sajalah. Jawabku selamba. Alah.. penat pula kan kalau nak menaip mesej. Dipendekkan cerita akhirnya aku setuju juga berjumpa dan membawanya jalan-jalan ronda-ronda KK. Cerita itu cerita ini.. dan... entah kenapa.. rasa selesa..macam pernah ku rasa perasaan ini.. ya.. masa tengah dilamun cinta dengan Luqman bedebah tu dulu... rupa-rupanya..rasa ini ku rasai lagi... Cinta..Alangkah!!!! Rabu..9.30 malam Tak boleh tidur.. ternanti-nanti telefon berbunyi.. tak bunyi pun... kenapa ni..? rasa tak selesa..golek sini..golek sana...guling sini.. guling sana... dah habis 360 darjah berguling-guling atas katil telefon tetap tak bunyi... 10.45 pm... Tettet..tet..tet... Bunyi mesej huduh tu jugalah yang menceriakan rasa hati... gembiranya dengar bunyi mesej macam dengar lagu Siti Nur Haliza... laju saja tangan ni mencapai telefon tekan punat buka dan terpampanglah...ayat-ayat cinta. 24
  • 25. Normahani Asran 25 Cerita Tentang Hana “There are times when I fall in love with someone new, but I always seem to find myself back in love with you” -Aris Wah....terbuai sekejap.. walaupun tak seberapa faham mulanya tetapi selepas di baca dan difahami 5 kali barulah diterima maknanya.. ermmmmm..Cinta..jangan jeles ya.. Dipendekkan cerita lagi... Ku harap gelombang rasa ini tidak akan sering datang dan pergi….. selepas jatuh cinta buat kali kedua..dan gagal kali pertama kerana…adalah….. akan dapatkah aku menemukan cinta yang terakhir pada akhirnya…? Ah, kata pujangga, kita akan temui semula sesuatu di tempat yang kita kehilangannya. Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik. Mudah-mudahan. Ini permulaan yang baik. Amin ya, Allah! CERITA TENTANG HANA II Seperti biasa dah namanya bercinta mestilah main mesej saja kan. Ayat-ayat cintan- cintun pun ke udara. Bahagianya hidup rasa macam 1Borneo tu aku yang punya. Alangkah!!! Januari 2008 Dapat surat panggilan hadir taklimat untuk posting sekolah pertama. Berdebar-debar rasa hati.. risau semacam.. macam manalah agaknya kalau aku dihantar ke tempat yang jauh dari bandar? Macam mana nak shopping?...arrrr..tapi tak apa..dah namanya cikgu, mana boleh merungut kan? Duduk tak sampai sejam dalam bilik mesyuarat tu terasa macam dipaksa duduk atas badan landak. Goyang sini..goyang sana..tisu ditangan dah hancur dicabut-cabut..akhirnya.. orang penting Pejabat Pendidikan mengumumkan nama-nama sekolah untuk guru-guru baru. Aku terkejut beruk..rasanya beruk pun tak akan terkejut macam aku kan. Hana Nur binti Ahmad, Sk Payang. Lama juga aku ternganga sehingga nama dipanggil tiga kali barulah aku berdiri mengambil surat itu ditangan Encik Pegawai PPD. Dalam hati tercari-cari..macam pernah dengar nama sekolah ini tapi di mana? Selepas bertanya barulah ditemui jawapannya.. Alhamdulillah..dekat sahaja.. Syukur… 25
  • 26. Normahani Asran 26 Cerita Tentang Hana Minggu pertama bekerja: Masuk kelas pertama muka serius..nampak muka-muka suci budak-budak rasa tak jadi nak formal, dari formal bertukar jadi santai..mulai senyum..dan apa terjadi..? semua murid menjadi tidak terkawal… berdiri sini, berdiri sana, gaduh sini..gaduh sana.. mengadu ini mengadu itu.. siap ada yang berdiri macam security guard sebelah aku sambil sengih-sengih semacam. Aduh…… tiada lagi teori Konstruktif, tiada lagi teori Gesell, melayang sudah teori Behavioris, teori Sigmund Freud, teori Gestalt, teori Kognitif dan macam-macam lagi teori yang dipelajari selama empat tahun di universiti tidak dapat langsung dipraktikkan di kelas yang murid-muridnya semua berperangai macam Nobita, Ultraman, Gaban, Sateria Baja Hitam dan sebagainya. Ermmmm..nasib baik pensyarah tak nampak..kawalan kelas? Gagal. Akhirnya.. unsur-unsur kesingaan itu mulai keluar dari dalam diri. Nampak ayu di bilik guru sekali dalam kelas pijak semut pun mati (memanglah matikan). Sibuk berbakti sampai lupa abang sayang.. Kringggg.Kringgg… “Asamekom” ah..? asamekom? “Errrr..maaflah bang saya tak jual asam la..” jawabku dengan lawak yang sangatlah lawak dengan tahap 478647844677 xp..tapi hairannya abang sayangku itu tak ketawa pun. Ermmmm..selalu macam ni..bila masa buat lawak saja mesti orang tak ketawa tapi bila masa aku tak melawak ketawalah pula. Hairan..hairan.. “Assalamualaikum.. dah habis melawak dah?” Amboi..serius semacam nampaknya Encik Aris ni. Sumbat mulut tu dengan penyapu baru tau! Rasa menyampahlah pula. “Abang marah-marah ni pesal? Tak baik tau..orang melawak je.. ketawalah sikit..ketawa kambing ke..ketawa lembu ke… kan bagus..jagalah hati orang sikit”. Jawabku memandai- mandai. Akhirnya… “suruh jaga hati dia pandai..jaga hati orang tak pandai pun!” Aik?? Macam nak gaduh saja ni… “Abang ni kan… kenapa ni? Tak baik tau cakap macam tu… sedih tau…” jawabku pura-pura sedih (Dasar Hana anak pakcik Ahmad..pandai sangat berlakon). “entah..cikgu baru sorang tu entah.. dah sombong dah sekarang ni kan..maklumlah…” Aris mula memasang ayat-ayat perang. “Yelah..yelah…Hana minta maaf ya.. janganlah marah..kasihan Hana…dahlah lama tak jumpa..cinta jarak jauh pula tu..pastu..orang dekat sana marah-marah pula..sedihnya…” “ ok..ok..abang pun minta maaf..saja je nak minta disayang skit… ;)” Jawabnya mengalah. 26
  • 27. Normahani Asran 27 Cerita Tentang Hana “Oklah abang sayang yang sangat-sangat disayang yang dirindu yang diingat-ingat selalu..sayang yang sayang sangat-sangat… cukup tak?” Kataku memujuk..biasalah perempuan huahuahua “ok..ok..cukup..cukup…pening-pening sayang dah abang ni.. oklah..minggu depankan cuti sekolah jadi, minggu depan abang cuti kita jumpa ya ;)” “ok. Jumpa nanti..tata titi tutu ;)” Dipendekkan cerita yang memanglah pendek ini..lepas saja bertelefon terus letak kepala di bantal terus ZZzzzz tidur yang amat-amat. Lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA): Masa tengah tunggu flight abang sayangku itu sampai sempat-sempat lagi aku membeli snek untuk dimakan. Burger Mc Donald tu bolehlah dikategorikan sebagai snek kan, bukan satu ya tapi dua… semua habis ku ratah. Lambat pula Aris ni..eh.. silap, lambat pula kapal terbang ni sampai..rasa macam nak telefon saja pilot tu suruh bawa kapal terbang tu laju sikit pakai gear empat ke lima ke elok juga kan. Macamlah kapal terbang MAS tu ada gear macam gear kereta kan. Itulah, nama saja belajar tinggi-tinggi tapi pasal kapal terbang satu apa pun tak tahu. Memalukan (kasihan dekat diri aku sendiri). “Aik..? sempat lagi makan burger? Sedap tak makan burger?” Abang sayang rupa- rupanya sudah sampai. Tak perasan pula, macam mana nak perasan kalau fokus sangat tengok kartun dekat TV di lapangan terbang tu. “mestilah sedap.. abang ni…” jawabku manja-manja katak dekat Aris. Dalam hati rasa macam nak melompat-lompat gembira tengok dia.. bahagianya hidup.. “Orang cakap… Kalaulah Hana ni burger baru dekat McDonalds, Abang akan panggil Hana, McGorgeous!” Dasar lelaki pandai sangat berkata-kata. Mulut manis.. tapi senyumku lepas dengar ayat-ayat mengayat tu lebar-lebar selebarnya macam senyum plastik Mickey Mouse. Lepas Aris daftar masuk di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu di Jalan Tun Fuad Stephen,Sinsuran , kami ke restoran hotel itu untuk makan sebab Aris bising “lapar..lapar..lapar” katanya. Macam sudah tidak makan nasi seminggu. Tetapi oleh sebab kecintaanku terhadap makanan..aku pun makanlah juga. Lagipun pepatah berkata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari! Tambahan pula bukan aku yang bayar. Oleh itu, wajarlah kalau aku menghabiskan duit Aris yang banyak tu kerana makanan kan. Lepas makan kami berjalan-jalan ke Pantai Tanjung Aru.. aku pun tak faham, kenapa nak pergi pantai? Suka sangat abang sayang aku ni ke pantai Tanjung Aru tu. “erm… kenapa kita ke sini lagi ni?..abang tak bosan kah..?” tanyaku kurang ajar. “saja. Kita kira ada berapa banyak kapal dengan bot lalu depan mata hari ni”. Jawabnya selamba.. rasa macam nak marah pun ada. Geram tak payah cakaplah. Tapi sebenarnya seronok juga.. sebab tak 27
  • 28. Normahani Asran 28 Cerita Tentang Hana banyak orang di pantai hari ini. Bercakap itu, cakap ini sampai tak sedar hari dah petang. Aris ajak balik katanya esok boleh jalan lagi. Dia nak berehat..penat katanya. Kami pun pulang. Keesokan hari, Tengah hari.. Pulau Manukan: Masa atas bot nak ke Pulau Manukan tadi aku pening. Mabuk laut. Sampai sana lama aku duduk tepi jeti gara-gara pening. Aris sengih-sengih saja, rasa macam nak bagi tendangan gaban saja dekat dia. Tak berhati dan berperut langsung. Lepas berehat sekejap barulah kepala rasa ringan sikit. Kami berjalan keliling pantai, duduk atas batu melihat-lihat ombak. Romantik lah tu konon. Setakat duduk atas batu orang lain pun boleh buat. Tetapi, entah kenapa..hari ini Aris serius semacam.. ada sesuatu yang nak diluah tetapi tak terluah. Macam ada saja telur dinosaur melekat dekat anak tekak dia tu sampai susah sangat untuk dia bercakap. Gelisah semacam.. macam ada ulat saja dalam perut dia tu menari-nari. “Abang kenapa?..semacam je..?” tanyaku selepas lama berdiam diri cuba untuk memahami keseriusannya hari ini. “arrrr… tak….sebenarnya…..bolehkah kalau Hana ajak abang kahwin?...eh…silap..abang ajak Hana kahwin..! boleh tak? Boleh lah..boleh..” Rayunya… aku..? macam biasa ternganga dan terkejut. Betulkah apa yang kudengar ini..? “errr…abang main-main kah? Serius?” tanyaku minta puji. Sudah orang ajak kahwin bolehnya ku tanya lagi. Dipendekkan cerita aku senyum-senyum setuju. Tak perlulah diceritakan dengan panjang lebar saat itu, nanti bosan pula. Hari bahagia bakal tiba… ibu bapa Aris menerima aku dengan hati terbuka. Buktinya.sebentuk cincin titanium ringkas bertulis namaku dan namanya menghiasi jari manis kiriku dan jari manis kirinya. Aku kini tunangan Aris Afwan bin Iskandar. Oh..Tuhan.. bahagianya hidup! Hari bahagia akan berlangsung dua bulan lagi. Ibu bapa Aris sibuk mengurus itu dan ini. Sedangkan sebenarnya pihak perempuan yang sepatutnya sibuk kan? Terbaliklah pula. Ibu bapaku selamba saja. Lagipun ibu bapa Aris yang beriya-iya mahu menguruskan segala-galanya tentang hari bahagia itu. Tema hari bahagia itu nanti pastinya Gold. Keemas-emasan gitu. Apa- apalah..janji ku kahwin akhirnya.. Lagi seminggu..seminggu!! tak sabar rasa hati nak duduk atas pelamin bergelar raja sehari. Duduk sambil kena kipas macam cik puan besar. Makan suap-suap. Jeling sana jeling sini. Bahagia rasa hati menunggu saat itu.. seminggu sebelum hari kebesaran ku itu tiba..Arisa..lupa pula kenalkan, Arisa salah seorang antara dua teman rapat ku di sekolah. Seorang lagi namanya Dalili. Tetapi Dalili tak ikut ke spa hari itu, sibuk katanya. Arisa dan aku ke spa buat rawatan penuh dari hujung rambut sampai hujung kaki. Seronok rasanya dilayan macam bos. 28
  • 29. Normahani Asran 29 Cerita Tentang Hana 09.09.2009 Hari bahagia itu tiba akhirnya, setelah beberapa minggu tak dibenarkan berjumpa akhirnya hari ini berjumpa juga. Rasa macam lambat sangat masa berlalu, menunggu jarum jam menunjuk arah ke pukul dua terasa macam menunggu setahun lamanya. Tidak sabar bergelar isteri En.Aris Afwan. Detik berlalu… jarum menunjukkan ke angka dua lima belas minit pada jam dinding bilik kami. Tetapi kelibat pengantin lelaki dan rombongannya belum tiba. Menunggu lagi sehinggalah jam menunjukkan angka tiga petang. Aku mulai risau, Arisa dan Dalili menenteramkan aku.. keluargaku berusaha menghubungi Aris dan rombongannya tetapi tidak dapat dihubungi. Mukaku berubah… ke mana Aris? BERSAMBUNG hehehehehe  29