2. Tersebutlah kisah di
sebuah negeri zaman
dahulu kala, sezaman
dengan Cinderella dan
Snow White namun muda
sedikit je dari kedua-dua
puteri cantik jelita itu maka
lahirlah seorang puteri
yang tidak kurang cantik
dan jelitanya.
3. Malangnya puteri yang dilahirkan dalam
tahun zirafah itu telah diculik oleh
bekas girlfriend beliaunya kerana sakit
hati terluka jiwa raga apabila cintanya
ditolak oleh Raja. Bersedihlah kedua-
dua ibu bapa Rapunzel. Tidur tak
lena(sebab banyak nyamuk), mandi tak
basah(sebab orang suruhan lupa bayar
bil air), dan makan tak kenyang(sebab
masakan tukang masak baru tak sedap,
lupa bubuh serbuk Knorr Pasti Sedap).
4. Dipendekkan cerita, maka
Rapunzel pun dibesarkan oleh
perempuan sihir yang tak
berapa magic tu dengan
mengurungnya di sebuah
menara tanpa tangga(sebab
kontraktor lari bila dah dapat
duit). Tinggallah Rapunzel di
menara itu ditemani seekor
zirafah.
5. Setelah lama di menara itu, makan,
tidur,makan,tidur, dan makan lagi maka gemuklah
Rapunzel. Perempuan sihir yang merasa cuak
dengan kegemukan Rapunzel itu telah
menghasilkan satu ramuan menguruskan berat
badan yang dihasilkan dalam bentuk pil. Kini, pil
itu laris dijual dengan nama jamu mak dara plus
mengurangkan selera makan. Kenapa perempuan
sihir itu beriya-iya menguruskan badan Rapunzel?
Hal ini kerana ahli sihir itu sudah tidak tahan
melayan kerenah Rapunzel yang kuat makan
tersebut. “Memperabiskan beras je “katanya.
6. Kerana itulah Rapunzel sentiasa
ramping cantik rupawan. Disebabkan
dikurunglah, Rapunzel tidak
mempunyai masa ke kedai rambut
untuk mengunting rambut. Lagi pula,
perempuan sihir itu selalu ke luar
daerah mempromotekan Jamu Mak
Daranya. Jadi, takde sesapa nak
menguntingkan rambutnya yang
panjang itu. Hendak disuruhnya encik
Zirafah memanglah impossible. Jadi
“biarlah, ada ku kesah” katanya .
7. Panjang pulak cerita ni. Jadi, tak lama kemudian, lalulah
seorang putera raja yang datang entah dari mana, tak
ada ribut mendung tetiba je muncul macam magic.
Dengan muka hensem cam ala-ala penyanyi Indon
bernama Afghan, mulalah putera itu menunjukkan tahap
kegatalannya dengan cuba memanjat menara tempat
kurungan Rapunzel itu. Nasib baik cubaannya gagal,
kalau tak.. mahunya jawatankuasa penangkap basah
menangkap basah kedua-dua putera dan puteri itu.
Memalukan kerabat diraja je kalau betul. Low manners
tol! Perempuan sihir yang mengetahui kegiatan mereka
berdua itu mula memasang perancangan dengan
memberikan Rapunzel minyak rambut Cap kelapa laut
Antartika.
9. Hendak dijadikan cerita, Rapunzel yang sama gatalnya ini pun
melepaskan rambutnya yang panjang untuk dijadikan tali agar
si putera dapat naik ke menara itu. Si putera pun bukan main
gembira lalu memanjat menggunakan rambut Rapunzel.
Tragisnya… baru separuh panjat, genggaman tangan si putera
terlepas disebabkan rambut Rapunzel terlalu licin kerana
memakai terlalu banyak minyak rambut cap kelapa laut
Antartika itu. Maka, jatuhlah si putera ke tanah lalu mati katak.
Perempuan sihir yang melihat kejadian itu ketawa terbahak-
bahak kerana plannya menjadi. Bersedihlah Rapunzel lalu
bersumpah akan membujang sampai ke tua. (begitulah asal
usul perkataan Andartu) eh..??? silap… begitulah cerita tragis
Rapunzel. Finish already.. trimas!
11. MORAL OF THE STORY:
1. Jangan lupa bayar bil air
2. Jangan lupa pakai kelambu
mengelak nyamuk
3. kalau dah gatal sangat tu cepat-
cepatlah kawen.
Namaku tiki @ Kicauku Berlagu