SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  41
MENGGALURKAN
 PROSES PEMBENTUKAN
MASYARAKAT PLURALISTIK
   DI ALAM MELAYU
PENGENALAN
• Mengikut Kamus Dewan, konsep ‘masyarakat’
  membawa maksud kumpulan manusia yang menetap
  bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut
  aturan dan cara tertentu. Masyarakat ini pula
  terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.


• ‘Pluralistik (Majmuk)’   terbentuk    daripada
  beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau
  dalam konteks masyarakat, ia terdiri dari
  beberapa kumpulan etnik.
• Oleh itu, masyarakat pluralistik membawa maksud
  ‘satu kumpulan manusia yang terdiri daripada
  pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu
  kesatuan khususnya dalam aspek politik, sosial dan
  ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu
  kumpulan yang bersatu padu’.
CIRI-CIRI MASYARAKAT
          PLURALISTIK
• Tidak adanya penyesuaian nilai (value consensus) di
  antara satu kelompok dengan kelompok yang lain.


• Tidak wujudnya keseragaman dari segi kebudayaan.


• Selalu berlaku konflik    dan   pertentangan   antara
  kelompok yang ada.


• Tiap-tiap kelompok itu mengekalkan kuasa autonomi
  mengikut bahagian sistem sosial mereka.
• Unsur paksaan serta saling bergantungan dalam bidang
  ekonomi antara satu kelompok dengan kelompok yang
  lain sebagai faktor asas untuk berlakunya interaksi.


• Dominasi dari segi kuasa politik oleh satu kelompok
  dengan kelompok yang lain.


• Pemecahan    pucuk   pimpinan   berdasarkan     kepada
  kepentingan kelompok tertentu. Tiap-tiap kelompok
  mempunyai fungsi serta kepentingan mereka sendiri.
KESULTANAN                     PENJAJAHAN
MELAYU MELAKA                     PORTUGIS




            PROSES PEMBENTUKAN
           MASYARAKAT PLURALISTIK




  PENJAJAHAN                   PENJAJAHAN
    BELANDA                      BRITISH
KESULTANAN
         MELAYU MELAKA
• Pembentukan masyarakat plural yang lebih luas
  berlaku apabila negeri-negeri persisir Selat
  Melaka     terdedah    kepada    perdagangan
  antarabangsa.


• Kedudukan    Selat   Melaka   yang   strategik
  memudahkan para pedagang singgah sama ada
  untuk berdagang, mendapat bekalan makanan atau
  membaiki kapal.
• Kemudahan     yang     disediakan   dan    dasar
  menggalakkan para pedagang datang dan tinggal di
  Melaka yang dirancang oleh Sultan dan pembesar
  telah menjadi daya tarikan pedagang untuk datang
  ke situ.


• Bangsa-bangsa yang datang berdagang di Melaka
  telah mewujudkan interaksi dan menggalakkan
  asimilasi di antara bangsa melalui perkahwinan
  campur.
• Antara kelompok yang membentuk masyarakat di
  Melaka adalah Melayu, India, Cina, Benggali, Arab
  dan Cina-Melayu yang membentuk masyarakat Cina
  Peranakan di Melaka.


• Pembentukan masyarakat plural yang digalakkan
  oleh pemerintah Melaka meninggalkan banyak
  kesan positif terutama dari segi penyebaran
  Islam, perkembangan ekonomi, politik dan sosial
  sehinggalah Melaka diserang Portugis pada tahun
  1511.
PENJAJAHAN PORTUGIS
• Kemakmuran Melaka telah menarik minat Portugis.


• Tujuannya bolehlah diringkaskan kepada 3
  perkataan iaitu ‘agama, kekayaan dan kemegahan’
  (Gospel, Gold and Glory).


• Kedatangan Portugis ke Melaka telah membawa
  kepada berakhirnya zaman keagungan Kesultanan
  Melayu Melaka yang terbina sejak lebih satu
  kurun.
• Setelah berjaya menawan Melaka, orang Portugis
  menduduki Melaka selama lebih kurang 130 tahun.


• Kesannya wujudlah masyarakat Serani yang
  beragama Kristian hasil dari perkahwinan bangsa
  Portugis dengan penduduk tempatan.
PENJAJAHAN BELANDA
• Belanda menjadi sebahagian jajahan takluk King
  Philip (raja negara Sepanyol).


• Akibat daripada pertikaian agama, Belanda bangun
  melawan kekuasaan Sepanyol dan mencapai
  kemerdekaan pada tahun 1548.


• Portugal dan Belanda mempunyai hubungan
  perniagaan. Apabila Portugal ditawan oleh King
  Philip (1580) menyebabkan hubungan mereka
  terputus.
• Keadaan ini mendorong Belanda mencari jalan
  terus ke kawasan yang mengeluarkan hasil rempah
  di Asia.

• Pada tahun 1639 Belanda dapat menawan Melaka
  melalui perjanjian dengan negeri Johor.

• Disebabkan faktor-faktor tertentu akhirnya
  Melaka diserahkan kepada British melalui
  Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).
ORANG
          MELAYU




        PENJAJAHAN
          BRITISH



ORANG                ORANG
 CINA                INDIA
ORANG MELAYU
• Orang Melayu merupakan penduduk peribumi dan
  telah menetap berabad-abad lamanya di Tanah
  Melayu. Orang Melayu telah berhijrah ke Tanah
  Melayu dari Yunan kira-kira 3 500 tahun dahulu.


• Bilangan orang Melayu semakin bertambah pada
  pertengahan    abad    ke-19   apabila berlaku
  penghijrahan beramai-ramai orang Indonesia ke
  Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang
  Minangkabau, Bugis, Jawa dan Banjar.
FAKTOR KEDATANGAN
1)   Berlaku pertambahan penduduk dengan pesat
     tetapi kawasan untuk pertanian adalah terhad.
     Oleh itu, wujud masalah kebuluran di Indonesia
     dan kerajaan Belanda gagal mengatasi masalah
     tersebut.


2)   Kerajaan Belanda telah mengenakan pelbagai
     cukai seperti cukai buruh, cukai kepala, cukai
     garam dan cukai tol sehingga membebankan
     rakyat. Akibatnya, banyak yang kehilangan tanah
     apabila gagal membayar pinjaman kerana bunga
     yang dikenakan adalah tinggi.
3)   Kerajaan Belanda telah melaksanakan Sistem
     Tanaman     Paksa   untuk    mencari    sumber
     pendapatan selepas Perang Napoleon. Mengikut
     sistem ini, petani-petani Indonesia diwajibkan
     menanam 1/10 daripada tanah pertanian mereka
     dengan tanaman yang ditetapkan oleh kerajaan
     Belanda.    Ini   menyebabkan     petani-petani
     mengabaikan tanaman sendiri kerana terpaksa
     memberi tumpuan kepada tanaman kerajaan. Hal
     ini menyebabkan hasil pertanian petani-petani
     Indonesia rendah dan akibatnya kehidupan
     petani bertambah miskin dan menderita.
4)   Wujud ketidakstabilan politik di Indonesia
     kerana berlaku beberapa penentangan rakyat
     Indonesia yang tidak tahan dengan penindasan
     Belanda.


5)   Kepesatan ekonomi Tanah Melayu hasil
     perkembangan perusahaan bijih timah dan getah
     telah menawarkan banyak peluang pekerjaan.
ORANG CINA
• Kemasukan penghijrahan Cina bermula sejak
  zaman kerajaan Melayu Melaka apabila terdapat
  hubungan perdagangan antara Kerajaan Melaka
  dengan negara China.


• Pada awal abad ke-19, orang Cina yang berhijrah
  tertumpu di Negeri-Negeri Selat (NNS)
  terutama Singapura dan Pulau Pinang untuk
  menjadi buruh di ladang-ladang tebu dan kopi.
• Pada pertengahan abad ke-19, jumlah orang Cina yang
  berhijrah ke Tanah Melayu bertambah ramai.
  Kebanyakannya bertumpu di Perak, Selangor dan
  Negeri Sembilan selaras dengan perkembangan
  perusahaan melombong bijih timah di Larut (1850) dan
  Selangor (1860). Pembesar-pembesar Melayu telah
  membawa masuk orang Cina untuk menjadi buruh di
  lombong bijih timah mereka.


• Kemasukan orang Cina bertambah ramai apabila sektor
  bijih timah diambil alih oleh pedagang Eropah.
  Kerajaan British telah menggalakkan kemasukan
  imigran Cina dengan melonggarkan syarat kemasukan
  ke negeri-negeri Melayu.
• Di Sabah, Syarikat Berpiagam Borneo Utara
  British telah menggalakkan penghijrahan masuk
  orang Cina untuk bekerja di ladang-ladang getah
  dan tembakau. Bilangan penduduk Cina di Sabah
  telah meningkat daripada 27 801 orang pada tahun
  1911 kepada 50 056 orang pada tahun 1931.


• Di Sarawak, di bawah pemerintahan keluarga
  Brooke telah menggalakkan kemasukan orang Cina
  untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan
  pelombong. Bilangan penduduk Cina di Sarawak
  telah meningkat daripada kira-kira 5000 orang
  pada tahun 1871 kepada 123 626 orang pada tahun
  1939.
FAKTOR KEDATANGAN
1)   Kesukaran hidup di negara China. Di zaman
     tersebut kebanyakan penduduk Cina mengalami
     hidup sengsara di mana berlaku pertambahan
     penduduk yang pesat, bencana alam yang kerap
     (banjir dan kemarau) dan sumber-sumber alam
     yang terhad.


2)   Ketidakstabilan politik yang mengancam nyawa
     dan harta benda telah memaksa sebilangan
     besar orang Cina untuk berhijrah. Gerakan
     menentang pemerintahan Manchu sentiasa
     meletus, antaranya ialah Pemberontakan Taiping
     dan Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina.
3)   Perusahaan bijih timah dan getah yang berkembang
     menyebabkan keperluan terhadap tenaga buruh. Ini
     dikatakan faktor penarik yang kuat lebih-lebih lagi
     apabila harga bijih timah dan getah melambung
     tinggi.


4)   Kestabilan politik di Tanah Melayu menyebabkan
     kedudukan ekonomi bertambah baik (melalui
     perusahaan bijih timah dan getah) dan bagi
     memperoleh tenaga buruh, maka buruh-buruh
     daripada negara China digalakkan untuk berhijrah
     ke Tanah Melayu.
5)   Kemudahan sistem pengangkutan seperti adanya
     kapal stim dan juga ejen-ejen yang membawa
     penghijrah telah memudahkan mereka berhijrah.


6)   Penduduk di kawasan selatan China (seperti
     Kwangtung dan Fukien) merupakan mereka yang
     dikatakan mempunyai ciri-ciri daya usaha yang
     tinggi dan bersifat suka mengembara. Faktor ini
     menggalakkan lagi mereka berhijrah.
ORANG INDIA
• Perhubungan awal India dengan Semenanjung
  Tanah Melayu bermula di sekitar abad pertama
  masihi. Ini berkait rapat dengan pengaruh Hindu
  dan Buddha.


• Pada zaman kerajaan Melayu Melaka, ramai
  saudagar India tinggal di negeri Melaka dan
  menjalankan perniagan.


• Penghijrahan orang India secara beramai-ramai
  berlaku mulai tahun 1840-an untuk bekerja di
  ladang tebu dan kopi di Seberang Perai.
• Pada awal abad ke-20, berlaku kemasukan paling ramai
  buruh India ke Tanah Melayu selaras dengan
  perkembangan pesat perusahaan getah. Contohnya, pada
  tahun 1819, terdapat seramai 75 000 orang India di
  Tanah Melayu. Jumlah ini meningkat kepada 471 536
  orang pada tahun 1921.


• Negeri Sarawak dan Sabah tidak mengalami arus
  kedatangan imigran India tetapi banyak buruh Jawa
  dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang.
FAKTOR PENGHIJRAHAN
1)   Kesukaran hidup di India. Kawasan pertanian dan
     seterusnya pekerjaan di India adalah terhad.
     Penyebab utama ialah pertambahan penduduk
     India yang begitu pesat. Keadaan bertambah
     buruk dengan kejadian bencana alam. Ramai
     petani kehilangan tanah dan berhutang. Bagi
     yang    berpendidikan     pula,   sukar    untuk
     mendapatkan pekerjaan. Sistem kasta pula
     dikatakan   menyekat     mobiliti   sosial   dan
     menyebabkan yang berkasta rendah cenderung
     untuk berhijrah.
2)   Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Tanah
     Melayu. Tanaman pertanian dagang yang
     diperkenalkan di Tanah Melayu, khususnya getah
     seterusnya kelapa sawit adalah memerlukan
     kepada tenaga buruh.


3)   Galakan daripada kerajaan Inggeris kepada
     orang-orang India untuk bekerja di ladang-
     ladang, perkhidmatan awam (kerani dan
     teknikal), dan pembinaan (bangunan dan
     jalanraya).
POLITIK                 EKONOMI




             KESAN




          SOSIOBUDAYA
POLITIK
• Dari segi politik, masyarakat pluralistik telah
  menyebabkan timbulnya fahaman politik dan parti
  politik yang berbeza.


• Perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu
  terbahagi kepada 3 corak berdasarkan 3 kaum
  yang terbesar mendiami negara ini.


• Orang Melayu menunjukkan taat setia mereka
  kepada Tanah Melayu, bangsa Cina kepada negara
  China dan bangsa India pula ialah kepada negara
  India.
• Menjelang pertengahan abad ke-20, sikap dan taat
  setia bangsa Cina dan India secara beransur-ansur
  mula bertumpu kepada Tanah Melayu, iaitu bumi
  tempat mereka mencari rezeki dan perlindungan.


• Malayan Union telah membangkitkan semangat
  kebangsaan orang Melayu dengan amat luas sekali.


• Kejayaan memansuhkan Malayan Union, UMNO telah
  muncul sebagai parti politik Melayu. UMNO menjadi
  tempat pergantungan orang Melayu bagi kemajuan
  dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.
• Bagi orang India pula, Parti Kongres India Malaysia
  (MIC) pula ditubuhkan untuk:


  1) Memupuk dan memelihara kepentingan politik,
  ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu.


  2) Memperjuangkan kemajuan politik di Tanah Melayu
  bersama-sama kaum lain.


  3) Mewakili dan menyampaikan pendapat kaum India
  kepada kerajaan.
• Bagi masyarakat Cina pula, Persatuan Cina Malaya
  (MCA) ditubuhkan yang mempunya 2 tujuan utama
  iaitu:


  1) Melindungi hak kepentingan orang Cina


  2) Menggalakkan dan memelihara keharmonian kaum
  dan membentuk negara Tanah Melayu yang bersatu.


• Selain daripada parti ini, terdapat pelbagai parti
  politik yang mewakili kepentingan kaum masing-masing.
EKONOMI
• Kemasukan imigran luar telah membentuk
  penempatan berdasarkan corak kegiatan ekonomi
  mengikut bangsa.


• Kaum Cina bertumpu di bandar-bandar, kawasan
  lombong serta menceburi bidang kewangan.


• Kaum Melayu menceburi bidang pertanian di
  kawasan pedalaman bahagian barat Timur dan
  Utara.
• Orang India bertumpu di kawasan perladangan
  getah sepanjang bahagian tengah Pantai Barat.


• Kemasukan buruh-buruh asing telah memberi
  sumbangan terhadap pembangunan ekonomi Tanah
  Melayu. Perkembangan pesat ekonomi membolehkan
  sistem pengangkutan, hospital, pelabuhan, telegraf
  dan sekolah-sekolah dibina.


• Penduduk Bumiputra di luar bandar kurang mendapat
  perhatian terhadap masalah ini. Ini disebabkan
  anggapan bahawa orang Melayu bukan merupakan
  tenaga kerja yang penting.
SOSIOBUDAYA
• Budaya yang dibawa dari negara China, India dan
  Tanah Arab ini sedikit sebanyak diubahsuai dan
  wujudlah budaya Malaysia.


• Dari segi bidang kesenian, kedatangan berbagai
  bangsa telah mewujudkan pelbagai variasi budaya
  antaranya dari segi muzik dan cara berpakaian.


• Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan terhadap
  perkara atau benda ghaib didatangkan dari negara
  luar khususnya India.
• Pada Ogos 1971, kerajaan telah menggubal Dasar
  Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan
  rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur
  penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsan.


• Dari segi pendidikan, corak pendidikan orang Cina dan
  India di Tanah Melayu dahulu tetap berorientasikan
  corak pendidikan di negara China dan India sehingga
  tertubuhnya Akta Pendidikan 1957.
KESIMPULAN
• Masyarakat plural Malaysia yang wujud kini
  merupakan hasil interaksi beberapa faktor
  sejarah.


• Perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada
  abad ke-19 dan ke-20 telah mengakibatkan
  penghijrahan masuk orang Cina dan India secara
  besar-besaran ke Tanah Melayu.
• Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada
  umumnya secara berasingan dan mengekalkan
  kebudayaan masing-masing, terdapat semangat
  persefahaman dan keharmonian kaum yang erat.
  Persefahaman   dan   kerjasama   inilah   yang
  membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan
  pada tahun 1957 dan seterusnya mempergiatkan
  usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan
  keharmonian kaum.
RUJUKAN:
• Hj. Ahmad b. Hj. Salleh (1980), Sejarah Tanah Melayu, Kuala
  Lumpur: DBP.

• Mahdi Shuid, Suzani Osman, Sazlina Othman (2006), Sejarah
  Malaysia, Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

• Fauziah Shaffie, Ruslan Zainuddin (2000), Sejarah Malaysia,
  Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

• Adnan b. Muhammed, Hjh. Norzita bt. Hj. Mansur, Osman b.
  Soh (1996), Sejarah Tingkatan 1, Kuala Lumpur: DBP.

• Mohamad Idris Soleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie
  (1994), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala
  Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

• Shamsul Amri Baharuddin (2007), Modul Hubungan Etnik, Shah
  Alam: UTM.
DISEDIAKAN OLEH:
NOOR HIDAYAH BINTI ABDULLAH HALIM

               UNIT:
           PPPRP4T PAI 2

Contenu connexe

Tendances

Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaNor Hayati Fatmi Talib
 
Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia
Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia
Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia WengTattCheh1
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Mohd Suhaimin Isnen
 
Cabaran hubungan etnik di malaysia
Cabaran hubungan etnik di malaysiaCabaran hubungan etnik di malaysia
Cabaran hubungan etnik di malaysiaMahyuddin Khalid
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKAasyikin hashim
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 
Kesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan Masyarakat MalaysiaKesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan Masyarakat Malaysiavelter jailih
 
Modul bmm 3142 kebudayaan melayu
Modul bmm 3142 kebudayaan melayuModul bmm 3142 kebudayaan melayu
Modul bmm 3142 kebudayaan melayuOh Jenny
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiCTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiMahyuddin Khalid
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makronanisaaid
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarah
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarahPluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarah
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarahMahyuddin Khalid
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 

Tendances (20)

Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 
MPU 3122 : hubungan etnik
MPU 3122 : hubungan etnik MPU 3122 : hubungan etnik
MPU 3122 : hubungan etnik
 
Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia
Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia
Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
 
Cabaran hubungan etnik di malaysia
Cabaran hubungan etnik di malaysiaCabaran hubungan etnik di malaysia
Cabaran hubungan etnik di malaysia
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
Kesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan Masyarakat MalaysiaKesantunan Masyarakat Malaysia
Kesantunan Masyarakat Malaysia
 
Modul bmm 3142 kebudayaan melayu
Modul bmm 3142 kebudayaan melayuModul bmm 3142 kebudayaan melayu
Modul bmm 3142 kebudayaan melayu
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiCTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarah
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarahPluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarah
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarah
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 

En vedette

Makanan tradisional malaysia
Makanan tradisional malaysiaMakanan tradisional malaysia
Makanan tradisional malaysiaIvy Wong
 
adat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaadat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaSang Kidal
 
Hubungan Etnik Bab 2 Masyarakat Malaysia Dalam Sejarah
Hubungan Etnik Bab 2   Masyarakat Malaysia Dalam SejarahHubungan Etnik Bab 2   Masyarakat Malaysia Dalam Sejarah
Hubungan Etnik Bab 2 Masyarakat Malaysia Dalam SejarahWanBK Leo
 
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu TradisionalStrata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisionalgeehamid
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia Farah Hilmi
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikMahyuddin Khalid
 
Masyarakat Pelbagai Kaum Malaysia
Masyarakat Pelbagai Kaum MalaysiaMasyarakat Pelbagai Kaum Malaysia
Masyarakat Pelbagai Kaum MalaysiaMyong Dae Lee
 

En vedette (9)

Makanan tradisional malaysia
Makanan tradisional malaysiaMakanan tradisional malaysia
Makanan tradisional malaysia
 
PLURALITI
PLURALITIPLURALITI
PLURALITI
 
adat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaadat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cina
 
Hubungan Etnik Bab 2 Masyarakat Malaysia Dalam Sejarah
Hubungan Etnik Bab 2   Masyarakat Malaysia Dalam SejarahHubungan Etnik Bab 2   Masyarakat Malaysia Dalam Sejarah
Hubungan Etnik Bab 2 Masyarakat Malaysia Dalam Sejarah
 
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu TradisionalStrata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
 
Masyarakat Pelbagai Kaum Malaysia
Masyarakat Pelbagai Kaum MalaysiaMasyarakat Pelbagai Kaum Malaysia
Masyarakat Pelbagai Kaum Malaysia
 

Similaire à 35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu

Tutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikTutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikNoredatul Gabo
 
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)Stylist Girl
 
Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1Yen Way Way
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALsyuherna nandu
 
Asement kum sosio
Asement kum sosioAsement kum sosio
Asement kum sosioAFIQAH
 
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kiniHubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kinimurni mohamat
 
Topik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanTopik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanSharifahNurAbu
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuMisiah Bayani
 
WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik Stephanie Unsil
 
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohFolio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohGinny Gouri
 
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANHUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANFatnin Izni
 
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalBab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalNur Az
 
2.4 jelaskan sebab sebab kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
2.4  jelaskan sebab sebab  kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...2.4  jelaskan sebab sebab  kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
2.4 jelaskan sebab sebab kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...Nurul Atikah
 

Similaire à 35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu (20)

Tutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikTutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnik
 
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
 
Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1
 
Ctu
CtuCtu
Ctu
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
 
Asement kum sosio
Asement kum sosioAsement kum sosio
Asement kum sosio
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kiniHubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
 
Topik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanTopik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradaban
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
 
WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik
 
Zaman pluralistik dan zaman penjajahan
Zaman pluralistik dan zaman penjajahanZaman pluralistik dan zaman penjajahan
Zaman pluralistik dan zaman penjajahan
 
Masyarakatmajmuk
MasyarakatmajmukMasyarakatmajmuk
Masyarakatmajmuk
 
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohFolio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
 
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptxBAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
 
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANHUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
 
Imigren presentation 1
Imigren presentation 1Imigren presentation 1
Imigren presentation 1
 
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalBab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
 
Etnk bab 3
Etnk bab 3Etnk bab 3
Etnk bab 3
 
2.4 jelaskan sebab sebab kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
2.4  jelaskan sebab sebab  kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...2.4  jelaskan sebab sebab  kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
2.4 jelaskan sebab sebab kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
 

35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu

  • 1. MENGGALURKAN PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU
  • 2. PENGENALAN • Mengikut Kamus Dewan, konsep ‘masyarakat’ membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu. Masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. • ‘Pluralistik (Majmuk)’ terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks masyarakat, ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik.
  • 3. • Oleh itu, masyarakat pluralistik membawa maksud ‘satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’.
  • 4. CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALISTIK • Tidak adanya penyesuaian nilai (value consensus) di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. • Tidak wujudnya keseragaman dari segi kebudayaan. • Selalu berlaku konflik dan pertentangan antara kelompok yang ada. • Tiap-tiap kelompok itu mengekalkan kuasa autonomi mengikut bahagian sistem sosial mereka.
  • 5. • Unsur paksaan serta saling bergantungan dalam bidang ekonomi antara satu kelompok dengan kelompok yang lain sebagai faktor asas untuk berlakunya interaksi. • Dominasi dari segi kuasa politik oleh satu kelompok dengan kelompok yang lain. • Pemecahan pucuk pimpinan berdasarkan kepada kepentingan kelompok tertentu. Tiap-tiap kelompok mempunyai fungsi serta kepentingan mereka sendiri.
  • 6. KESULTANAN PENJAJAHAN MELAYU MELAKA PORTUGIS PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK PENJAJAHAN PENJAJAHAN BELANDA BRITISH
  • 7. KESULTANAN MELAYU MELAKA • Pembentukan masyarakat plural yang lebih luas berlaku apabila negeri-negeri persisir Selat Melaka terdedah kepada perdagangan antarabangsa. • Kedudukan Selat Melaka yang strategik memudahkan para pedagang singgah sama ada untuk berdagang, mendapat bekalan makanan atau membaiki kapal.
  • 8. • Kemudahan yang disediakan dan dasar menggalakkan para pedagang datang dan tinggal di Melaka yang dirancang oleh Sultan dan pembesar telah menjadi daya tarikan pedagang untuk datang ke situ. • Bangsa-bangsa yang datang berdagang di Melaka telah mewujudkan interaksi dan menggalakkan asimilasi di antara bangsa melalui perkahwinan campur.
  • 9. • Antara kelompok yang membentuk masyarakat di Melaka adalah Melayu, India, Cina, Benggali, Arab dan Cina-Melayu yang membentuk masyarakat Cina Peranakan di Melaka. • Pembentukan masyarakat plural yang digalakkan oleh pemerintah Melaka meninggalkan banyak kesan positif terutama dari segi penyebaran Islam, perkembangan ekonomi, politik dan sosial sehinggalah Melaka diserang Portugis pada tahun 1511.
  • 10. PENJAJAHAN PORTUGIS • Kemakmuran Melaka telah menarik minat Portugis. • Tujuannya bolehlah diringkaskan kepada 3 perkataan iaitu ‘agama, kekayaan dan kemegahan’ (Gospel, Gold and Glory). • Kedatangan Portugis ke Melaka telah membawa kepada berakhirnya zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka yang terbina sejak lebih satu kurun.
  • 11. • Setelah berjaya menawan Melaka, orang Portugis menduduki Melaka selama lebih kurang 130 tahun. • Kesannya wujudlah masyarakat Serani yang beragama Kristian hasil dari perkahwinan bangsa Portugis dengan penduduk tempatan.
  • 12. PENJAJAHAN BELANDA • Belanda menjadi sebahagian jajahan takluk King Philip (raja negara Sepanyol). • Akibat daripada pertikaian agama, Belanda bangun melawan kekuasaan Sepanyol dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1548. • Portugal dan Belanda mempunyai hubungan perniagaan. Apabila Portugal ditawan oleh King Philip (1580) menyebabkan hubungan mereka terputus.
  • 13. • Keadaan ini mendorong Belanda mencari jalan terus ke kawasan yang mengeluarkan hasil rempah di Asia. • Pada tahun 1639 Belanda dapat menawan Melaka melalui perjanjian dengan negeri Johor. • Disebabkan faktor-faktor tertentu akhirnya Melaka diserahkan kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).
  • 14. ORANG MELAYU PENJAJAHAN BRITISH ORANG ORANG CINA INDIA
  • 15. ORANG MELAYU • Orang Melayu merupakan penduduk peribumi dan telah menetap berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Orang Melayu telah berhijrah ke Tanah Melayu dari Yunan kira-kira 3 500 tahun dahulu. • Bilangan orang Melayu semakin bertambah pada pertengahan abad ke-19 apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai orang Indonesia ke Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang Minangkabau, Bugis, Jawa dan Banjar.
  • 16. FAKTOR KEDATANGAN 1) Berlaku pertambahan penduduk dengan pesat tetapi kawasan untuk pertanian adalah terhad. Oleh itu, wujud masalah kebuluran di Indonesia dan kerajaan Belanda gagal mengatasi masalah tersebut. 2) Kerajaan Belanda telah mengenakan pelbagai cukai seperti cukai buruh, cukai kepala, cukai garam dan cukai tol sehingga membebankan rakyat. Akibatnya, banyak yang kehilangan tanah apabila gagal membayar pinjaman kerana bunga yang dikenakan adalah tinggi.
  • 17. 3) Kerajaan Belanda telah melaksanakan Sistem Tanaman Paksa untuk mencari sumber pendapatan selepas Perang Napoleon. Mengikut sistem ini, petani-petani Indonesia diwajibkan menanam 1/10 daripada tanah pertanian mereka dengan tanaman yang ditetapkan oleh kerajaan Belanda. Ini menyebabkan petani-petani mengabaikan tanaman sendiri kerana terpaksa memberi tumpuan kepada tanaman kerajaan. Hal ini menyebabkan hasil pertanian petani-petani Indonesia rendah dan akibatnya kehidupan petani bertambah miskin dan menderita.
  • 18. 4) Wujud ketidakstabilan politik di Indonesia kerana berlaku beberapa penentangan rakyat Indonesia yang tidak tahan dengan penindasan Belanda. 5) Kepesatan ekonomi Tanah Melayu hasil perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menawarkan banyak peluang pekerjaan.
  • 19. ORANG CINA • Kemasukan penghijrahan Cina bermula sejak zaman kerajaan Melayu Melaka apabila terdapat hubungan perdagangan antara Kerajaan Melaka dengan negara China. • Pada awal abad ke-19, orang Cina yang berhijrah tertumpu di Negeri-Negeri Selat (NNS) terutama Singapura dan Pulau Pinang untuk menjadi buruh di ladang-ladang tebu dan kopi.
  • 20. • Pada pertengahan abad ke-19, jumlah orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu bertambah ramai. Kebanyakannya bertumpu di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan selaras dengan perkembangan perusahaan melombong bijih timah di Larut (1850) dan Selangor (1860). Pembesar-pembesar Melayu telah membawa masuk orang Cina untuk menjadi buruh di lombong bijih timah mereka. • Kemasukan orang Cina bertambah ramai apabila sektor bijih timah diambil alih oleh pedagang Eropah. Kerajaan British telah menggalakkan kemasukan imigran Cina dengan melonggarkan syarat kemasukan ke negeri-negeri Melayu.
  • 21. • Di Sabah, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah menggalakkan penghijrahan masuk orang Cina untuk bekerja di ladang-ladang getah dan tembakau. Bilangan penduduk Cina di Sabah telah meningkat daripada 27 801 orang pada tahun 1911 kepada 50 056 orang pada tahun 1931. • Di Sarawak, di bawah pemerintahan keluarga Brooke telah menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong. Bilangan penduduk Cina di Sarawak telah meningkat daripada kira-kira 5000 orang pada tahun 1871 kepada 123 626 orang pada tahun 1939.
  • 22. FAKTOR KEDATANGAN 1) Kesukaran hidup di negara China. Di zaman tersebut kebanyakan penduduk Cina mengalami hidup sengsara di mana berlaku pertambahan penduduk yang pesat, bencana alam yang kerap (banjir dan kemarau) dan sumber-sumber alam yang terhad. 2) Ketidakstabilan politik yang mengancam nyawa dan harta benda telah memaksa sebilangan besar orang Cina untuk berhijrah. Gerakan menentang pemerintahan Manchu sentiasa meletus, antaranya ialah Pemberontakan Taiping dan Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina.
  • 23. 3) Perusahaan bijih timah dan getah yang berkembang menyebabkan keperluan terhadap tenaga buruh. Ini dikatakan faktor penarik yang kuat lebih-lebih lagi apabila harga bijih timah dan getah melambung tinggi. 4) Kestabilan politik di Tanah Melayu menyebabkan kedudukan ekonomi bertambah baik (melalui perusahaan bijih timah dan getah) dan bagi memperoleh tenaga buruh, maka buruh-buruh daripada negara China digalakkan untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
  • 24. 5) Kemudahan sistem pengangkutan seperti adanya kapal stim dan juga ejen-ejen yang membawa penghijrah telah memudahkan mereka berhijrah. 6) Penduduk di kawasan selatan China (seperti Kwangtung dan Fukien) merupakan mereka yang dikatakan mempunyai ciri-ciri daya usaha yang tinggi dan bersifat suka mengembara. Faktor ini menggalakkan lagi mereka berhijrah.
  • 25. ORANG INDIA • Perhubungan awal India dengan Semenanjung Tanah Melayu bermula di sekitar abad pertama masihi. Ini berkait rapat dengan pengaruh Hindu dan Buddha. • Pada zaman kerajaan Melayu Melaka, ramai saudagar India tinggal di negeri Melaka dan menjalankan perniagan. • Penghijrahan orang India secara beramai-ramai berlaku mulai tahun 1840-an untuk bekerja di ladang tebu dan kopi di Seberang Perai.
  • 26. • Pada awal abad ke-20, berlaku kemasukan paling ramai buruh India ke Tanah Melayu selaras dengan perkembangan pesat perusahaan getah. Contohnya, pada tahun 1819, terdapat seramai 75 000 orang India di Tanah Melayu. Jumlah ini meningkat kepada 471 536 orang pada tahun 1921. • Negeri Sarawak dan Sabah tidak mengalami arus kedatangan imigran India tetapi banyak buruh Jawa dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang.
  • 27. FAKTOR PENGHIJRAHAN 1) Kesukaran hidup di India. Kawasan pertanian dan seterusnya pekerjaan di India adalah terhad. Penyebab utama ialah pertambahan penduduk India yang begitu pesat. Keadaan bertambah buruk dengan kejadian bencana alam. Ramai petani kehilangan tanah dan berhutang. Bagi yang berpendidikan pula, sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Sistem kasta pula dikatakan menyekat mobiliti sosial dan menyebabkan yang berkasta rendah cenderung untuk berhijrah.
  • 28. 2) Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu. Tanaman pertanian dagang yang diperkenalkan di Tanah Melayu, khususnya getah seterusnya kelapa sawit adalah memerlukan kepada tenaga buruh. 3) Galakan daripada kerajaan Inggeris kepada orang-orang India untuk bekerja di ladang- ladang, perkhidmatan awam (kerani dan teknikal), dan pembinaan (bangunan dan jalanraya).
  • 29. POLITIK EKONOMI KESAN SOSIOBUDAYA
  • 30. POLITIK • Dari segi politik, masyarakat pluralistik telah menyebabkan timbulnya fahaman politik dan parti politik yang berbeza. • Perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu terbahagi kepada 3 corak berdasarkan 3 kaum yang terbesar mendiami negara ini. • Orang Melayu menunjukkan taat setia mereka kepada Tanah Melayu, bangsa Cina kepada negara China dan bangsa India pula ialah kepada negara India.
  • 31. • Menjelang pertengahan abad ke-20, sikap dan taat setia bangsa Cina dan India secara beransur-ansur mula bertumpu kepada Tanah Melayu, iaitu bumi tempat mereka mencari rezeki dan perlindungan. • Malayan Union telah membangkitkan semangat kebangsaan orang Melayu dengan amat luas sekali. • Kejayaan memansuhkan Malayan Union, UMNO telah muncul sebagai parti politik Melayu. UMNO menjadi tempat pergantungan orang Melayu bagi kemajuan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.
  • 32. • Bagi orang India pula, Parti Kongres India Malaysia (MIC) pula ditubuhkan untuk: 1) Memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu. 2) Memperjuangkan kemajuan politik di Tanah Melayu bersama-sama kaum lain. 3) Mewakili dan menyampaikan pendapat kaum India kepada kerajaan.
  • 33. • Bagi masyarakat Cina pula, Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan yang mempunya 2 tujuan utama iaitu: 1) Melindungi hak kepentingan orang Cina 2) Menggalakkan dan memelihara keharmonian kaum dan membentuk negara Tanah Melayu yang bersatu. • Selain daripada parti ini, terdapat pelbagai parti politik yang mewakili kepentingan kaum masing-masing.
  • 34. EKONOMI • Kemasukan imigran luar telah membentuk penempatan berdasarkan corak kegiatan ekonomi mengikut bangsa. • Kaum Cina bertumpu di bandar-bandar, kawasan lombong serta menceburi bidang kewangan. • Kaum Melayu menceburi bidang pertanian di kawasan pedalaman bahagian barat Timur dan Utara.
  • 35. • Orang India bertumpu di kawasan perladangan getah sepanjang bahagian tengah Pantai Barat. • Kemasukan buruh-buruh asing telah memberi sumbangan terhadap pembangunan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan pesat ekonomi membolehkan sistem pengangkutan, hospital, pelabuhan, telegraf dan sekolah-sekolah dibina. • Penduduk Bumiputra di luar bandar kurang mendapat perhatian terhadap masalah ini. Ini disebabkan anggapan bahawa orang Melayu bukan merupakan tenaga kerja yang penting.
  • 36. SOSIOBUDAYA • Budaya yang dibawa dari negara China, India dan Tanah Arab ini sedikit sebanyak diubahsuai dan wujudlah budaya Malaysia. • Dari segi bidang kesenian, kedatangan berbagai bangsa telah mewujudkan pelbagai variasi budaya antaranya dari segi muzik dan cara berpakaian. • Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan terhadap perkara atau benda ghaib didatangkan dari negara luar khususnya India.
  • 37. • Pada Ogos 1971, kerajaan telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsan. • Dari segi pendidikan, corak pendidikan orang Cina dan India di Tanah Melayu dahulu tetap berorientasikan corak pendidikan di negara China dan India sehingga tertubuhnya Akta Pendidikan 1957.
  • 38. KESIMPULAN • Masyarakat plural Malaysia yang wujud kini merupakan hasil interaksi beberapa faktor sejarah. • Perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan ke-20 telah mengakibatkan penghijrahan masuk orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu.
  • 39. • Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan seterusnya mempergiatkan usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian kaum.
  • 40. RUJUKAN: • Hj. Ahmad b. Hj. Salleh (1980), Sejarah Tanah Melayu, Kuala Lumpur: DBP. • Mahdi Shuid, Suzani Osman, Sazlina Othman (2006), Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. • Fauziah Shaffie, Ruslan Zainuddin (2000), Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. • Adnan b. Muhammed, Hjh. Norzita bt. Hj. Mansur, Osman b. Soh (1996), Sejarah Tingkatan 1, Kuala Lumpur: DBP. • Mohamad Idris Soleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. • Shamsul Amri Baharuddin (2007), Modul Hubungan Etnik, Shah Alam: UTM.
  • 41. DISEDIAKAN OLEH: NOOR HIDAYAH BINTI ABDULLAH HALIM UNIT: PPPRP4T PAI 2