APAKAH LOGISTIK SIAP UNTUK PERTUMBUHAN? Michael Rada
AELB mengumumkan kelulusan lesen operasi sementara untuk Loji Bahan-Bahan Maju Lynas
1. 2 Februari 2012
AELB mengumumkan kelulusan lesen operasi sementara untuk Loji
Bahan-Bahan Maju Lynas
Lynas Corporation Limited (“Lynas”) (ASX:LYC, OTC:LYSDY) mengesahkan bahawa Lembaga Perlesenan
Tenaga Atom Malaysia (AELB) telah mengumumkan kelulusan bagi lesen operasi sementara (TOL) untuk
Loji Bahan-bahan Maju Lynas (LAMP) di Gebeng, Malaysia.
TOL tersebut telah dirujuk sebagai “lesen praoperasi” dalam surat-menyurat baru-baru ini. TOL tersebut
adalah sah selama dua tahun. Sekiranya Lynas memenuhi keperluan TOL tersebut, lesen operasi tetap
akan dikeluarkan dalam masa dua tahun.
Dalam pengumuman mengenai kelulusan TOL tersebut, AELB telah menyatakan beberapa syarat:
Lynas mesti mengemukakan kesemua butiran bagi Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF)
Lynas mesti mengemukakan pelan dan butiran lokasi untuk PDF tersebut, tanpa mengambil kira
hasil kajian dan pembangunan terhadap pengkomersilan, kitar semula dan penggunaan semula
bahan-bahan sisa pepejal
Pelan Lynas dan lokasi PDF tersebut mesti dikemuka dan diluluskan dalam masa 10 bulan dari
tarikh pengeluaran TOL
Lynas mesti membayar US$50juta secara ansuran kepada Kerajaan Malaysia sebagai jaminan
kewangan
AELB berhak untuk melantik seorang perunding bebas untuk menilai komplians terhadap
standard serta peraturan yang telah ditetapkan, dan kosnya akan ditanggung oleh Lynas.
Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis, berkata “Keputusan AELB dibuat selepas kajian yang teliti dan
ekstensif telah dilaksanakan oleh jawatankuasa pengawalseliaan Kerajaan Malaysia. Lynas menghormati
proses Kerajaan dan keputusan pengawal selia. Lynas mengesahkan tanggungjawabnya terhadap
komuniti untuk mengendalikan loji tersebut dengan cara yang selamat dan mampan”.