Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Katasendinama tahun 6
1. Mari Belajar Kata Sendi
Nama bersama Simpsons
Darjah 5- Penggal 3 Minggu 4
2. Pertama sekali, Kata Sendi Nama
adalah perkataan yang hadir di
hadapan kata nama atau frasa
nama.
Hari ini, kami akan belajar
mengenai Kata Sendi Nama:
1. Kepada
2. Daripada
3. Ke
4. Dari
3. Kata sendi nama ‘kepada’
digunakan di hadapan kata
nama yang menerangkan
haiwan atau manusia.
Contohnya:
Haziq memberikan bukunya
kepada cikgunya.
Atau
Pak Atan memberi pisang itu
kepada monyet yang di dalam
sangkar itu.
4. Kata sendi nama ‘kepada’ juga
boleh digunakan di hadapan
kata nama yang menerangkan
perubahan
Contohnya:
Keadaan ekonomi negara
berubah kepada tahap yang
lebih baik.
5. Kata sendi nama ‘daripada’
digunakan di hadapan kata
nama atau frasa nama yang
menerangkan sumber atau asal
kejadian sesuatu.
Contohnya:
Almari itu diperbuat daripada
kayu jati.
6. Kata sendi nama ‘daripada’ juga
boleh digunakan di hadapan
kata nama atau frasa nama yang
menunjukkan perbezaan atau
perbandingan.
Contohnya:
Cara Rizwan berfikir lain
daripada yang lain.
7. Kata sendi nama ‘di’ digunakan
khusus untuk menunjukkan
tempat atau arah.
Contohnya:
Saya tinggal di Jurong East.
Atau
Ada sebatang pokok manggis di
belakang rumah saya.
8. Kata sendi nama ‘ke’ digunakan
khusus untuk menunjukkan
masa, tempat arah dan benda
yang boleh dilihat tetapi tidak
bernyawa seperti kerusi.
Contohnya:
Encik Mazlan berkereta ke
pajabat.
Atau
Dia masih tidak boleh
melupakan peristiwa itu hingga
ke hari ini.
9. Baik, sekarang giliran awak
mencuba.
Buat latihan yang terdapat di
dalam Buku Teks halaman 15
Awak diberikan 10 minit sahaja.
Selamat Mencuba!
10. Baik, sekarang giliran awak
mencuba.
Buat latihan yang terdapat di
dalam Buku Teks halaman 15
Awak diberikan 10 minit sahaja.
Selamat Mencuba!