SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  8
KAEDAH PETAK SIFIR:
             SATU KAJIAN PERBANDINGAN MATEMATIK TAHUN 4
             DALAM PENGUASAAN FAKTA ASAS DARAB DI JOHOR


                               Zainudin Abu Bakar, Dr.
                                  Fakulti Pendidikan,
                     Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

                              Mohd Rashidi Mat Jalil
                        SK LKTP Tenggaroh 1, Mersing, Johor.

                        p-zain@hotmail.co.uk, p-zain@utm.my


                                       Abstrak:

Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas matematik.
Kemahiran operasi darab ini penting untuk pembelajaran matematik yang lebih tinggi.
Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan untuk melihat keberkesanan kaedah petak
sifir dalam proses pembelajaran fakta asas darab matematik tahun 4. Dua pendekatan
pengajaran telah digunakan sebagai perbandingan iaitu kaedah pengajaran tradisional
yang berasaskan hafalan dan kaedah petak sifir yang menggunakan petak-petak
tertentu berasaskan sifir satu hingga sembilan. Dua sekolah telah terlibat dalam kajian
ini iaitu SK LKTP Tenggaroh 1 dan SK LKTP Tenggaroh 2. Kedua-duanya berada
dalam daerah Mersing, Johor. Kelas pertama daripada kedua-dua buah sekolah telah
dipilih sebagai sampel kajian. Kumpulan pelajar seramai 25 orang SK LKTP Tenggaroh
1 diajar dengan menggunakan kaedah petak sifir manakala 25 orang lagi daripada SK
LKTP Tenggaroh 2 diajar dengan menggunakan kaedah tradisional (hafalan). Ujian pra
dan ujian ujian pos telah diberikan dan markah direkodkan. Soalan ujian pra dan pos
dibina berasaskan kepada topik kira darab tahun 4 Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan pencapaian antara kedua-dua
kumpulan pelajar. Kumpulan pelajar yang diajar menggunakan kaeadah petak sifir
telah menunjukkan peratus peningkatan yang tinggi iaitu 42.96% berbanding kaedah
tradisional iaitu 19.68%. Dapatan ini menunjukkan bahawa kaedah petak sifir lebih
berkesan dalam proses pembelajaran asas darab matematik tahun 4. Beberapa
cadangan dan penambahbaikan dalam pengajaran fakta asas darab juga dibincangkan.




                                          1
1.0 Pendahuluan

   Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan
generasi yang berketrampilan. Justeru itu pelbagai persediaan yang harus dibuat bagi
menyediakan pelajar-pelajar menghadapi pelbagai cabaran yang ada. Kemahiran
dalam semua bidang merupakan matlamat yang perlu dicapai oleh semua pelajar bagi
memastikan mereka mampu bersaing dalam lapangan kerjaya kelak.

   Salah satu mata pelajaran asas adalah matematik. Menurut Siti Ana Hamdan
(2007), penguasaan matematik boleh menjadi prasyarat kepada kejayaan negara
mencapai negara maju yang berorientasikan teknologi maklumat. Melalui ilmu
matematik pelbagai bidang ilmu lain dapat digarap dan diterjemah untuk faedah
semua.

   Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), matematik merupakan mata
pelajaran wajib yang dipelajari oleh setiap pelajar hinggalah ke peringkat tertinggi.
Dalam proses yang memakan masa enam tahun untuk pendidikan rendah, pelajar
dibimbing untuk mengembangkan kemahiran mengira melalui pemikiran kuantitatif
mengikut langkah yang logic (Nik Azis, 1992). Keadaan ini memerlukan pelajar
memahami konsep asas matematik seperti fakta asas darab di samping menghayatinya
dalam kehidupan seharian.

   Penguasaan kemahiran fakta asas darab menjadi keutamaan yang penting dalam
pembelajaran matematik. Olahan kira tambah dan kira tolak biasanya dapat dikuasai
oleh pelajar dengan mudah. Namun bagi olahan darab dan bahagi sering menjadi
masalah kepada pelajar untuk memahaminya. Antara faktor yang dikenalpasti
menjadi punca kepada ketidakseimbangan kefahaman ini adalah kaedah, persekitaran,
dan perbezaan individu.


2.0 Kaedah Mengajar Matematik


    Pembelajaran dalam topic matematik seperti fakta asas darab biasanya bermula
daripada peringkat konkrit dan ke peringkat yang abstrak. Justeru itu, kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan memainkan peranan mempengaruhi
keberkesanan pembelajaran matematik di sekolah. Baik melalui kaedah pengajaran
syarahan mahupun perbincangan, penggunaan bahan konkrit dan bahan bantu yang
maujud boleh membantu proses pemahaman pelajar dengan lebih baik.

    Sebagai guru mereka haruslah memilih kaedah yang sesuai untuk pelajar-
pelajarnya. Ini bagi memastikan bukan sahaja minat pelajar kepada topic atau subjek
meningkat tetapi memudahkan proses pemahaman mereka. Sesuai dengan kedudukan

                                         2
kemahiran fakta asas darab itu sendiri, kemahiran pelajar menguasainya dapat
memastikan pembelajaran dalam lain-lain topic seperti tajuk pecahan, perpuluhan,
ukuran jarak, timbangan, masa dan waktu menjadi lebih mudah dan berkesan.

    Namun begitu dari sehari ke sehari pembelajaran matematik sering dikaitkan
dengan isu sebagai mata pelajar sukar, tidak berminat dan seumpamanya. Mahathir
Mohammad ada menyebutkan tentang pentingnya seseorang guru untuk meminati dan
berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajarnya (Berita Harian, 1994). Melalui
elemen inilah baru kemahiran dalam pembelajaran matematik dapat dipindahkan
dengan lebih berkesan.

    Menyentuh tentang isu kaedah pengajaran yang digunakan di sekolah, Herlinda
(2008) ada menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu dapat meningkatkan
kefahaman pelajar selain dapat merangsang minat dan sikapnya yang lebih positif.
Namun begitu masih terdapat ramai guru matematik yang mengajar menggunakan
pendekatan ‘chalk and talk’ (lihat Nooriza, 2001). Keadaan ini mengakibatkan pelajar
menjadi bosan dan pengajaran kurang memuaskan.

    Dua kaedah yang utama yang menjadi fokus kajian ini adalah kaedah tradisional
dan kaedah petak sifir. Ini bertujuan membuat perbandingan antara kedua-dua kaedah
dalam proses pengajaran pembelajaran matematik.

    Kaedah tradisional yang dimaksudkan adalah kaedah pengajaran yang diamalkan
oleh guru semasa mengajar matematik dengan menggunakan beberapa pendekatan
seperti kaedah:


    a. Hafalan – pelajar diminta menghafal sifir satu hingga sembilan lima minit
       sebelum pengajaran dan pembelajaran matematik bermula.
    b. Penyoalan – guru membuat penyoalan secara rawak kepada murid untuk
       membaca sifir-sifir tertentu. Murid yang tidak dapat menghafal akan didenda
       dan sebagainya.
    c. Menggunakan jari – guru menunjukkan kaedah menggunakan jari untuk sifir
       enam hingga sembilan.
    d. Hukum tukat ganti – kaedah tukar ganti supaya pelajar melihat sifir yang
       dipelajari dalam pelbagai konteks.


    Kaedah petak sifir pula adalah pendekatan pembelajaran sifir satu hingga Sembilan
berdasarkan jadual petak sifir yang terdiri daripada 9 x 9 kotak yang dibuat sedemikian
rupa oleh pelajar sendiri seperti berikut:



                                           3
Namun begitu untuk memudahkan pengajaran, guru akan menyediakan ‘template’
petak sifir terlebih dahulu. Pelajar kemudian dikehendakki mengisi nombor 1 hingga 9
secara mendatar dan menegak di dalam petak yang disediakan:


                        1   2   3    4   5   6   7   8   9
                        2                                8
                        3                                7
                        4                                6
                        5                                5
                        6                                4
                        7                                3
                        8                                2
                        9                                1

Kesemua petak perlu diisi oleh pelajar dengan melakukan pendaraban 1 hingga 9
sehinggalah kesemua petak dipenuhkan. Petak yang telah lengkap akan menjadi seperti
di bawah:

                        1   2   3   4    5   6   7   8   9
                        2   4   6   8    1   1   1   1   18
                                         0   2   4   6
                        3   6   9   1    1   1   2   2   27
                                    2    5   8   1   4
                        4   8   1   1    2   2   2   3   36
                                2   6    0   4   8   2
                        5   1   1   2    2   3   3   4   45
                            0   5   0    5   0   5   0
                        6   1   1   2    3   3   4   4   54
                            2   8   4    0   6   2   8
                        7   1   2   2    3   4   4   5   63

                                         4
4   1   8   5   2   9   6
                        8    1   2   3   4   4   5   6    72
                             6   4   2   0   8   6   4
                        9    1   2   3   4   5   6   7    81
                             8   7   6   5   4   3   2


Pendekatan dua kaedah ini akan dijadikan sebagai bahan perbandingan untuk melihat
keberkesanan pendekatan dua pengajaran yang berbeza. Ini sesuai dengan kajian-
kajian lepas yang menyatakan bahawa kepelbagaian pendekatan dan kaedah
mempengaruhi prestasi pembelajaran matematik pelajar (lihat Noor Akmalwati, 2000).


3.0 Metodologi Kajian


    Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan deskriptif perbandingan yang
bertujuan melihat perbezaan pencapaian dua kaedah pengajaran yang berbeza. Dua
kaedah yang dipilih adalah kaedah pengajaran tradisional dan kaedah pengajaran
petak sifir dalam mempelajari fakta asas darab. Dua buah sekolah telah dipilih secara
rawak bertujuan iaitu berasaskan peluang yang ada untuk menjalankan kajian. Sekolah-
sekolah tersebut adalah SK LKTP Tenggaroh 1 dan 2. Kelas pertama tahun 4 daripada
kedua-dua buah sekolah telah dipilih menyertai kajian ini. Mereka terdiri daripada 50
orang pelajar lelaki dan perempuan (25 orang setiap buah sekolah).

     Kaedah eksperimen kuasi digunakan kerana ianya lebih sesuai untuk kajian
pendidikan yang dijalankan. Kelas SK LKTP Tenggaroh 1 telah dijadikan sebagai
kumpulan eksperimen manakala kelas SK LKTP Tenggaroh 2 sebagai kumpulan
kawalan. Kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra yang dibina berasaskan kepada
silibus kira darab tahun 4 Kementerian Pelajaran Malaysia dan markah direkodkan.
Kedua-dua kumpulan pelajar kemudiannya diajar menggunakan dua pendekatan
berbeza iaitu kaedah tradisional dan kaedah petak sifir selama sebulan. Setelah itu
mereka diberikan ujian pos dan markah direkodkan.

     Analisis peratus perbezaan antara ujian pra dan pos kedua-dua kumpulan
dilakukan untuk melihat perubahan dan perbezaan. Oleh kerana kesuntukan masa,
ujian T tidak dilakukan dan kajian hanya melihat kepada perubahan peratus
pencapaian yang dicatatkan oleh kedua-dua kumpulan kajian. Berdasarkan peratusan
tersebut persoalan kajian dijawab.


4.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan


                                         5
Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam markah yang dicatatkan
kepada kedua-dua kumpulan kajian. Berdasarkan jadual-jadual di bawah didapati
peningkatan pencapaian dalam ujian pra dan pos bagi kedua-dua kumpulan adalah
signifikan.


            Tahap Pencapaian             Ujian Pra             Ujian Pos
                                    Bilangan       %      Bilangan      %
         Sangat Baik (80 – 100)         0          0          0          0
         Baik (60 – 79)                 1          4         10         40
         Sederhana (40 – 59)            8         32          7         28
         Lemah (20 – 39)                8         32          7         28
         Sangat Lemah (0 – 19)          8         32          1          4

            Jadual 1: Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Kaedah Tradisional


     Jadual 1 menunjukkan peningkatan peratusan markah bagi kumpulan pelajar yang
diajar dengan menggunakan kaedah tradisional. Di dapati pencapaian pelajar dalam
ujian yang diberikan meningkat dengan signifikan. Di dalam ujian pra didapati
sejumlah 24 orang pelajar (96%) mencatat pencapaian sederhana dan ke bawah. Setelah
diberikan pendekatan pengajaran tradisional selama sebulan terdapat peningkatan
yang signifikan. Dalam ujian pos dicatatkan pengurangan ketara pelajar mendapat
markah sangat lemah (0 – 19) daripada 8 orang menurun kepada hanya 1 orang.
Peningkatan tersebut diikuti oleh peningkatan jumlah pelajar yang mendapat baik (60 –
79) iaitu seramai 4 orang. Nilai min bagi kedua-dua ujian juga menunjukkan
peningkatan daripada hanya 32.4 kepada 52.0 markah (sila lihat Jadual 2 di bawah)


                         Analisis     Ujian Pra     Ujian Pos
                          Min            32.4          52.0

      Jadual 2: Analisis Min Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos Kaedah Tradisional


     Bagi kumpulan pelajar yang diajar menggunakan kaedah petak sifir peningkatan
yang signifikan juga telah dicatatkan antara ujian pra dan ujian pos. Jadual 3 di bawah
merupakan catatan markah yang diperolehi oleh kumpulan tersebut. Berlaku
perubahan peningkatan yang signifikan dari segi markah yang diperolehi oleh pelajar-
pelajar. Pada ujian pra dicatatkan seramai 23 orang pelajar mendapat markah lemah
dan sangat lemah (20 markah ke bawah). Namun begitu setelah melalui proses
pengajaran asas darab dengan menggunakan kaedah petak sifir perubahan yang

                                          6
signifikan telah dicatatkan. Terdapat peningkatan yang ketara di mana tiada lagi pelajar
yang mendapat nilai markah lemah dan kebawah, di mana pengurangan tersebut telah
dicatatkan oleh peningkatan kumpulan pencapaian sederhana dan ke atas. Paling
ketara ialah peningkatan kumpulan pelajar dalam kelompok baik (60 -79) di mana
seramai 18 orang tergolong dalam kumpulan ini (72 %). Begitu juga dengan kelompok
sangat baik, di mana terdapat 2 orang mendapat markah sangat baik. Analisis min juga
menunjukkan peningkatan yang signifikan. Walaupun nilai min keseluruhan markah
untuk ujian pra kumpulan ini adalah lebih rendah berbanding kumpulan kaedah
tradisional, mereka menunjukkan peningkatan yang signifikan iaitu kepada 64.4%.
Nilai min ini lebih tinggi jika di bandingkan dengan nilai min keseluruhan ujian pos
kumpulan kaedah tradisional (lihat Jadual 3 dan Jadual 4).


            Tahap Pencapaian             Ujian Pra             Ujian Pos
                                    Bilangan       %      Bilangan      %
         Sangat Baik (80 – 100)         0          0          2          8
         Baik (60 – 79)                 1          4         18         72
         Sederhana (40 – 59)            1          4          5         20
         Lemah (20 – 39)               10         40          0          0
         Sangat Lemah (0 – 19)         13         52          0          0

            Jadual 3: Analisis Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Kaedah Petak Sifir



                         Analisis     Ujian Pra     Ujian Pos
                          Min            21.4          64.4

          Jadual 4: Analisis Min Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos Kaedah Petak Sifir


     Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah petak sifir telah dapat
meningkatkan kefahaman dan prestasi pelajar dalam mempelajari fakta asas darab.
Justeru itu pendekatan yang pelbagai, terutamanya yang bersifat ‘hands-on’ lebih
berkesan membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam mempelajari sesuatu topic
pembelajaran.


5.0 Penutup


   Dapatan kajian ini memberikan gambaran bahawa kaedah yang bersifat ‘hands-on’
memberikan kesan yang positif kepada prestasi pelajar. Kaedah petak sifir sebagai

                                           7
contoh menjelaskan tentang prinsip ‘hands-on’ tersebut. Dalam hal ini pelajar
mengalami sendiri dan merasai proses menghasilkan sifir-sifir tersebut sehingga dapat
meningkatkan penguasaan mereka kepada prinsip asas darab dan bahagi. Dengan
sendirinya dapat membantu daya ingatan dan kefahaman mereka ke tahap yang lebih
tinggi. Ianya juga memberikan input bahawa kaedah ‘chalk and talk’ bukan bermakna
tidak sesuai tetapi perlu dilakukan pengubahsuaian supaya kelebihan dan faedah
pengajaran berasaskan ‘chalk and talk’ dapat diperolehi dan dimanfaatkan. Dengan
kata lain kepelbagaian dalam kaedah pengajaran, khususnya dalam pengajaran
matematik dapat meningkatkan minat dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran
tersebut. Justeru itu para guru seharusnya dapat meningkatkan kemahiran pengajaran
mereka terutamanya yang meliputi kaedah-kaedah dan strategi pengajaran yang terkini
yang terbukti di lain-lain tempat konteks pengajaran dan pembelajaran.


6.0 Bibliografi

Herlinda Abdul Rahim. (2008). Penerapan unsur sejarah matematik dalam menentukan
    nilai pi dan kebarangkalian. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan.
Nik Azis Nik Pa. (1992). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur:
    Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rashidi Mat Jalil. (2008). Keberkesanan kaedah petak sifir dalam penguasaan
    fakta asas darab dan mencari hasil darab dan bahagi dalam matematik tahun 4: Satu
    kajian di SK Felda Tenggaroh 1, Mersing, Johor. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai:
    Fakulti Pendidikan.
Noor Akmalwati Abd Rahman. (2000). Kajian berkaitan dengan faktor-faktor yang
    mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar Melayu tingkatan 4 dalam mata pelajaran
    matematik tambahan di SMT Kemaman, Terengganu. Tesis Sarjana Muda. UTM
    Skudai: Fakulti Pendidikan.
Nooriza Kassim. (2001). Proses metakognitif dalam penyelesaian masalah matematik.
    Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan.
Siti Ana Hamdan. (2007). Penggunaan bahan bantu mengajar guru pelatih matematik.
    Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan.




                                          8

Contenu connexe

Tendances

rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1Azima Rahim
 
Rancangan pengajaran harian tahun 3
Rancangan pengajaran harian tahun 3Rancangan pengajaran harian tahun 3
Rancangan pengajaran harian tahun 3Shark 8888
 
Elemen-KBAT-dalam-PENTAKSIRAN.pdf
Elemen-KBAT-dalam-PENTAKSIRAN.pdfElemen-KBAT-dalam-PENTAKSIRAN.pdf
Elemen-KBAT-dalam-PENTAKSIRAN.pdfMokhzani Fadir
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik Jerry Jessy
 
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANGCONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANGAinun Bariah Jaafar
 
Rancangan pengajaran harian matematik tahun 1
Rancangan pengajaran harian matematik tahun 1Rancangan pengajaran harian matematik tahun 1
Rancangan pengajaran harian matematik tahun 1Oleen Hussin
 
Rancangan pengajaran harian matematik ct hapsyah
Rancangan pengajaran harian matematik   ct hapsyahRancangan pengajaran harian matematik   ct hapsyah
Rancangan pengajaran harian matematik ct hapsyahakumpun83
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdIzudin Hasan
 
Contoh kajian tindakan sains
Contoh kajian tindakan  sains Contoh kajian tindakan  sains
Contoh kajian tindakan sains Siva Sundrarajoo
 
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1Haniza Abdul Rahim
 
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIKModul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIKfadhielahya
 
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Pensil Dan Pemadam
 
Program intervensi panitia matematik sk kuala matu
Program intervensi panitia matematik sk kuala matuProgram intervensi panitia matematik sk kuala matu
Program intervensi panitia matematik sk kuala matuEja Jaafar
 

Tendances (20)

rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
 
Unit 7 koperatif
Unit 7 koperatifUnit 7 koperatif
Unit 7 koperatif
 
Rancangan pengajaran harian tahun 3
Rancangan pengajaran harian tahun 3Rancangan pengajaran harian tahun 3
Rancangan pengajaran harian tahun 3
 
Elemen-KBAT-dalam-PENTAKSIRAN.pdf
Elemen-KBAT-dalam-PENTAKSIRAN.pdfElemen-KBAT-dalam-PENTAKSIRAN.pdf
Elemen-KBAT-dalam-PENTAKSIRAN.pdf
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANGCONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
 
Bahagi Tahun 2-RPH 6
Bahagi Tahun 2-RPH 6Bahagi Tahun 2-RPH 6
Bahagi Tahun 2-RPH 6
 
Rancangan pengajaran harian matematik tahun 1
Rancangan pengajaran harian matematik tahun 1Rancangan pengajaran harian matematik tahun 1
Rancangan pengajaran harian matematik tahun 1
 
Rancangan pengajaran harian matematik ct hapsyah
Rancangan pengajaran harian matematik   ct hapsyahRancangan pengajaran harian matematik   ct hapsyah
Rancangan pengajaran harian matematik ct hapsyah
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 
Contoh kajian tindakan sains
Contoh kajian tindakan  sains Contoh kajian tindakan  sains
Contoh kajian tindakan sains
 
Rph masa dan waktu thn 4
Rph masa dan waktu thn 4Rph masa dan waktu thn 4
Rph masa dan waktu thn 4
 
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
 
Lembaran kerja
Lembaran kerjaLembaran kerja
Lembaran kerja
 
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIKModul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
 
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
 
Rph english special education
Rph english special educationRph english special education
Rph english special education
 
Program intervensi panitia matematik sk kuala matu
Program intervensi panitia matematik sk kuala matuProgram intervensi panitia matematik sk kuala matu
Program intervensi panitia matematik sk kuala matu
 

En vedette

KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...Jenry Saiparudin
 
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGIKAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGIUmmu Faqihah
 
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifirJURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifirAinun Bariah Jaafar
 
KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012marshiza
 
4. kgunaan kotak sifir 81
4. kgunaan kotak sifir 814. kgunaan kotak sifir 81
4. kgunaan kotak sifir 81yasmiranina
 
3. sifir petak 9
3. sifir petak 93. sifir petak 9
3. sifir petak 9yasmiranina
 
Lattice method MTE3101
Lattice method MTE3101Lattice method MTE3101
Lattice method MTE3101Ei Reen
 
Modul guru tahun 3 num
Modul guru tahun 3 numModul guru tahun 3 num
Modul guru tahun 3 numym rajho
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagisobri4587
 
Miskonsepsi Masa dan Waktu Tahun 1
Miskonsepsi Masa dan Waktu Tahun 1Miskonsepsi Masa dan Waktu Tahun 1
Miskonsepsi Masa dan Waktu Tahun 1Norazlin Mohd Rusdin
 

En vedette (20)

KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
 
PETAK SIFIR
PETAK SIFIR PETAK SIFIR
PETAK SIFIR
 
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGIKAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
 
JURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIKJURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIK
 
4. kgunaan kotak sifir cikgu ct
4. kgunaan kotak sifir cikgu ct4. kgunaan kotak sifir cikgu ct
4. kgunaan kotak sifir cikgu ct
 
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifirJURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir
 
Petak 100
Petak 100Petak 100
Petak 100
 
KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012
 
4. kgunaan kotak sifir 81
4. kgunaan kotak sifir 814. kgunaan kotak sifir 81
4. kgunaan kotak sifir 81
 
Petak sifir
Petak sifirPetak sifir
Petak sifir
 
3. sifir petak 9
3. sifir petak 93. sifir petak 9
3. sifir petak 9
 
Sifir tirus
Sifir tirusSifir tirus
Sifir tirus
 
Lattice method MTE3101
Lattice method MTE3101Lattice method MTE3101
Lattice method MTE3101
 
enriquez oribio
enriquez oribioenriquez oribio
enriquez oribio
 
Bahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digitBahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digit
 
Pemulihan Sifir 1 hingga 4
Pemulihan Sifir 1 hingga 4Pemulihan Sifir 1 hingga 4
Pemulihan Sifir 1 hingga 4
 
Kaedah lattice
Kaedah latticeKaedah lattice
Kaedah lattice
 
Modul guru tahun 3 num
Modul guru tahun 3 numModul guru tahun 3 num
Modul guru tahun 3 num
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagi
 
Miskonsepsi Masa dan Waktu Tahun 1
Miskonsepsi Masa dan Waktu Tahun 1Miskonsepsi Masa dan Waktu Tahun 1
Miskonsepsi Masa dan Waktu Tahun 1
 

Similaire à Kaedah petak sifir

Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Arifah Nur Zul
 
Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikTeacher Nasrah
 
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabMeningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabHamidah Samsiah
 
Jurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian TindakanJurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian Tindakankoperasi
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmSitiHafidah1
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanMahesh Hesh
 
Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Mahesh Hesh
 
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )Mohd Norrazli Md Rasdi
 
Rancangan strategik sc 2014 3
Rancangan strategik sc 2014 3Rancangan strategik sc 2014 3
Rancangan strategik sc 2014 3Gonshiro Rayyan
 
Matematikkspkfull 130915214336-phpapp02
Matematikkspkfull 130915214336-phpapp02Matematikkspkfull 130915214336-phpapp02
Matematikkspkfull 130915214336-phpapp02Hapizah Hasan
 
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...combi07
 

Similaire à Kaedah petak sifir (20)

Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 
Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematik
 
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabMeningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
 
Jurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian TindakanJurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian Tindakan
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpm
 
Buku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpmBuku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpm
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)
 
Kajian 2017
Kajian 2017Kajian 2017
Kajian 2017
 
Kajian
KajianKajian
Kajian
 
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
 
Powerpoint proposal
Powerpoint proposalPowerpoint proposal
Powerpoint proposal
 
Keberkesanan Tiga Teknik Darab
Keberkesanan Tiga Teknik DarabKeberkesanan Tiga Teknik Darab
Keberkesanan Tiga Teknik Darab
 
Rancangan strategik sc 2014 3
Rancangan strategik sc 2014 3Rancangan strategik sc 2014 3
Rancangan strategik sc 2014 3
 
Kajian tindakan03
Kajian tindakan03Kajian tindakan03
Kajian tindakan03
 
Matematik kspk full
Matematik kspk fullMatematik kspk full
Matematik kspk full
 
Matematikkspkfull 130915214336-phpapp02
Matematikkspkfull 130915214336-phpapp02Matematikkspkfull 130915214336-phpapp02
Matematikkspkfull 130915214336-phpapp02
 
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
 

Kaedah petak sifir

  • 1. KAEDAH PETAK SIFIR: SATU KAJIAN PERBANDINGAN MATEMATIK TAHUN 4 DALAM PENGUASAAN FAKTA ASAS DARAB DI JOHOR Zainudin Abu Bakar, Dr. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Mohd Rashidi Mat Jalil SK LKTP Tenggaroh 1, Mersing, Johor. p-zain@hotmail.co.uk, p-zain@utm.my Abstrak: Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas matematik. Kemahiran operasi darab ini penting untuk pembelajaran matematik yang lebih tinggi. Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan untuk melihat keberkesanan kaedah petak sifir dalam proses pembelajaran fakta asas darab matematik tahun 4. Dua pendekatan pengajaran telah digunakan sebagai perbandingan iaitu kaedah pengajaran tradisional yang berasaskan hafalan dan kaedah petak sifir yang menggunakan petak-petak tertentu berasaskan sifir satu hingga sembilan. Dua sekolah telah terlibat dalam kajian ini iaitu SK LKTP Tenggaroh 1 dan SK LKTP Tenggaroh 2. Kedua-duanya berada dalam daerah Mersing, Johor. Kelas pertama daripada kedua-dua buah sekolah telah dipilih sebagai sampel kajian. Kumpulan pelajar seramai 25 orang SK LKTP Tenggaroh 1 diajar dengan menggunakan kaedah petak sifir manakala 25 orang lagi daripada SK LKTP Tenggaroh 2 diajar dengan menggunakan kaedah tradisional (hafalan). Ujian pra dan ujian ujian pos telah diberikan dan markah direkodkan. Soalan ujian pra dan pos dibina berasaskan kepada topik kira darab tahun 4 Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan pencapaian antara kedua-dua kumpulan pelajar. Kumpulan pelajar yang diajar menggunakan kaeadah petak sifir telah menunjukkan peratus peningkatan yang tinggi iaitu 42.96% berbanding kaedah tradisional iaitu 19.68%. Dapatan ini menunjukkan bahawa kaedah petak sifir lebih berkesan dalam proses pembelajaran asas darab matematik tahun 4. Beberapa cadangan dan penambahbaikan dalam pengajaran fakta asas darab juga dibincangkan. 1
  • 2. 1.0 Pendahuluan Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan generasi yang berketrampilan. Justeru itu pelbagai persediaan yang harus dibuat bagi menyediakan pelajar-pelajar menghadapi pelbagai cabaran yang ada. Kemahiran dalam semua bidang merupakan matlamat yang perlu dicapai oleh semua pelajar bagi memastikan mereka mampu bersaing dalam lapangan kerjaya kelak. Salah satu mata pelajaran asas adalah matematik. Menurut Siti Ana Hamdan (2007), penguasaan matematik boleh menjadi prasyarat kepada kejayaan negara mencapai negara maju yang berorientasikan teknologi maklumat. Melalui ilmu matematik pelbagai bidang ilmu lain dapat digarap dan diterjemah untuk faedah semua. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), matematik merupakan mata pelajaran wajib yang dipelajari oleh setiap pelajar hinggalah ke peringkat tertinggi. Dalam proses yang memakan masa enam tahun untuk pendidikan rendah, pelajar dibimbing untuk mengembangkan kemahiran mengira melalui pemikiran kuantitatif mengikut langkah yang logic (Nik Azis, 1992). Keadaan ini memerlukan pelajar memahami konsep asas matematik seperti fakta asas darab di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Penguasaan kemahiran fakta asas darab menjadi keutamaan yang penting dalam pembelajaran matematik. Olahan kira tambah dan kira tolak biasanya dapat dikuasai oleh pelajar dengan mudah. Namun bagi olahan darab dan bahagi sering menjadi masalah kepada pelajar untuk memahaminya. Antara faktor yang dikenalpasti menjadi punca kepada ketidakseimbangan kefahaman ini adalah kaedah, persekitaran, dan perbezaan individu. 2.0 Kaedah Mengajar Matematik Pembelajaran dalam topic matematik seperti fakta asas darab biasanya bermula daripada peringkat konkrit dan ke peringkat yang abstrak. Justeru itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan memainkan peranan mempengaruhi keberkesanan pembelajaran matematik di sekolah. Baik melalui kaedah pengajaran syarahan mahupun perbincangan, penggunaan bahan konkrit dan bahan bantu yang maujud boleh membantu proses pemahaman pelajar dengan lebih baik. Sebagai guru mereka haruslah memilih kaedah yang sesuai untuk pelajar- pelajarnya. Ini bagi memastikan bukan sahaja minat pelajar kepada topic atau subjek meningkat tetapi memudahkan proses pemahaman mereka. Sesuai dengan kedudukan 2
  • 3. kemahiran fakta asas darab itu sendiri, kemahiran pelajar menguasainya dapat memastikan pembelajaran dalam lain-lain topic seperti tajuk pecahan, perpuluhan, ukuran jarak, timbangan, masa dan waktu menjadi lebih mudah dan berkesan. Namun begitu dari sehari ke sehari pembelajaran matematik sering dikaitkan dengan isu sebagai mata pelajar sukar, tidak berminat dan seumpamanya. Mahathir Mohammad ada menyebutkan tentang pentingnya seseorang guru untuk meminati dan berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajarnya (Berita Harian, 1994). Melalui elemen inilah baru kemahiran dalam pembelajaran matematik dapat dipindahkan dengan lebih berkesan. Menyentuh tentang isu kaedah pengajaran yang digunakan di sekolah, Herlinda (2008) ada menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu dapat meningkatkan kefahaman pelajar selain dapat merangsang minat dan sikapnya yang lebih positif. Namun begitu masih terdapat ramai guru matematik yang mengajar menggunakan pendekatan ‘chalk and talk’ (lihat Nooriza, 2001). Keadaan ini mengakibatkan pelajar menjadi bosan dan pengajaran kurang memuaskan. Dua kaedah yang utama yang menjadi fokus kajian ini adalah kaedah tradisional dan kaedah petak sifir. Ini bertujuan membuat perbandingan antara kedua-dua kaedah dalam proses pengajaran pembelajaran matematik. Kaedah tradisional yang dimaksudkan adalah kaedah pengajaran yang diamalkan oleh guru semasa mengajar matematik dengan menggunakan beberapa pendekatan seperti kaedah: a. Hafalan – pelajar diminta menghafal sifir satu hingga sembilan lima minit sebelum pengajaran dan pembelajaran matematik bermula. b. Penyoalan – guru membuat penyoalan secara rawak kepada murid untuk membaca sifir-sifir tertentu. Murid yang tidak dapat menghafal akan didenda dan sebagainya. c. Menggunakan jari – guru menunjukkan kaedah menggunakan jari untuk sifir enam hingga sembilan. d. Hukum tukat ganti – kaedah tukar ganti supaya pelajar melihat sifir yang dipelajari dalam pelbagai konteks. Kaedah petak sifir pula adalah pendekatan pembelajaran sifir satu hingga Sembilan berdasarkan jadual petak sifir yang terdiri daripada 9 x 9 kotak yang dibuat sedemikian rupa oleh pelajar sendiri seperti berikut: 3
  • 4. Namun begitu untuk memudahkan pengajaran, guru akan menyediakan ‘template’ petak sifir terlebih dahulu. Pelajar kemudian dikehendakki mengisi nombor 1 hingga 9 secara mendatar dan menegak di dalam petak yang disediakan: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 2 8 3 7 4 6 5 5 6 4 7 3 8 2 9 1 Kesemua petak perlu diisi oleh pelajar dengan melakukan pendaraban 1 hingga 9 sehinggalah kesemua petak dipenuhkan. Petak yang telah lengkap akan menjadi seperti di bawah: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 2 4 6 8 1 1 1 1 18 0 2 4 6 3 6 9 1 1 1 2 2 27 2 5 8 1 4 4 8 1 1 2 2 2 3 36 2 6 0 4 8 2 5 1 1 2 2 3 3 4 45 0 5 0 5 0 5 0 6 1 1 2 3 3 4 4 54 2 8 4 0 6 2 8 7 1 2 2 3 4 4 5 63 4
  • 5. 4 1 8 5 2 9 6 8 1 2 3 4 4 5 6 72 6 4 2 0 8 6 4 9 1 2 3 4 5 6 7 81 8 7 6 5 4 3 2 Pendekatan dua kaedah ini akan dijadikan sebagai bahan perbandingan untuk melihat keberkesanan pendekatan dua pengajaran yang berbeza. Ini sesuai dengan kajian- kajian lepas yang menyatakan bahawa kepelbagaian pendekatan dan kaedah mempengaruhi prestasi pembelajaran matematik pelajar (lihat Noor Akmalwati, 2000). 3.0 Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan deskriptif perbandingan yang bertujuan melihat perbezaan pencapaian dua kaedah pengajaran yang berbeza. Dua kaedah yang dipilih adalah kaedah pengajaran tradisional dan kaedah pengajaran petak sifir dalam mempelajari fakta asas darab. Dua buah sekolah telah dipilih secara rawak bertujuan iaitu berasaskan peluang yang ada untuk menjalankan kajian. Sekolah- sekolah tersebut adalah SK LKTP Tenggaroh 1 dan 2. Kelas pertama tahun 4 daripada kedua-dua buah sekolah telah dipilih menyertai kajian ini. Mereka terdiri daripada 50 orang pelajar lelaki dan perempuan (25 orang setiap buah sekolah). Kaedah eksperimen kuasi digunakan kerana ianya lebih sesuai untuk kajian pendidikan yang dijalankan. Kelas SK LKTP Tenggaroh 1 telah dijadikan sebagai kumpulan eksperimen manakala kelas SK LKTP Tenggaroh 2 sebagai kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra yang dibina berasaskan kepada silibus kira darab tahun 4 Kementerian Pelajaran Malaysia dan markah direkodkan. Kedua-dua kumpulan pelajar kemudiannya diajar menggunakan dua pendekatan berbeza iaitu kaedah tradisional dan kaedah petak sifir selama sebulan. Setelah itu mereka diberikan ujian pos dan markah direkodkan. Analisis peratus perbezaan antara ujian pra dan pos kedua-dua kumpulan dilakukan untuk melihat perubahan dan perbezaan. Oleh kerana kesuntukan masa, ujian T tidak dilakukan dan kajian hanya melihat kepada perubahan peratus pencapaian yang dicatatkan oleh kedua-dua kumpulan kajian. Berdasarkan peratusan tersebut persoalan kajian dijawab. 4.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 5
  • 6. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam markah yang dicatatkan kepada kedua-dua kumpulan kajian. Berdasarkan jadual-jadual di bawah didapati peningkatan pencapaian dalam ujian pra dan pos bagi kedua-dua kumpulan adalah signifikan. Tahap Pencapaian Ujian Pra Ujian Pos Bilangan % Bilangan % Sangat Baik (80 – 100) 0 0 0 0 Baik (60 – 79) 1 4 10 40 Sederhana (40 – 59) 8 32 7 28 Lemah (20 – 39) 8 32 7 28 Sangat Lemah (0 – 19) 8 32 1 4 Jadual 1: Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Kaedah Tradisional Jadual 1 menunjukkan peningkatan peratusan markah bagi kumpulan pelajar yang diajar dengan menggunakan kaedah tradisional. Di dapati pencapaian pelajar dalam ujian yang diberikan meningkat dengan signifikan. Di dalam ujian pra didapati sejumlah 24 orang pelajar (96%) mencatat pencapaian sederhana dan ke bawah. Setelah diberikan pendekatan pengajaran tradisional selama sebulan terdapat peningkatan yang signifikan. Dalam ujian pos dicatatkan pengurangan ketara pelajar mendapat markah sangat lemah (0 – 19) daripada 8 orang menurun kepada hanya 1 orang. Peningkatan tersebut diikuti oleh peningkatan jumlah pelajar yang mendapat baik (60 – 79) iaitu seramai 4 orang. Nilai min bagi kedua-dua ujian juga menunjukkan peningkatan daripada hanya 32.4 kepada 52.0 markah (sila lihat Jadual 2 di bawah) Analisis Ujian Pra Ujian Pos Min 32.4 52.0 Jadual 2: Analisis Min Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos Kaedah Tradisional Bagi kumpulan pelajar yang diajar menggunakan kaedah petak sifir peningkatan yang signifikan juga telah dicatatkan antara ujian pra dan ujian pos. Jadual 3 di bawah merupakan catatan markah yang diperolehi oleh kumpulan tersebut. Berlaku perubahan peningkatan yang signifikan dari segi markah yang diperolehi oleh pelajar- pelajar. Pada ujian pra dicatatkan seramai 23 orang pelajar mendapat markah lemah dan sangat lemah (20 markah ke bawah). Namun begitu setelah melalui proses pengajaran asas darab dengan menggunakan kaedah petak sifir perubahan yang 6
  • 7. signifikan telah dicatatkan. Terdapat peningkatan yang ketara di mana tiada lagi pelajar yang mendapat nilai markah lemah dan kebawah, di mana pengurangan tersebut telah dicatatkan oleh peningkatan kumpulan pencapaian sederhana dan ke atas. Paling ketara ialah peningkatan kumpulan pelajar dalam kelompok baik (60 -79) di mana seramai 18 orang tergolong dalam kumpulan ini (72 %). Begitu juga dengan kelompok sangat baik, di mana terdapat 2 orang mendapat markah sangat baik. Analisis min juga menunjukkan peningkatan yang signifikan. Walaupun nilai min keseluruhan markah untuk ujian pra kumpulan ini adalah lebih rendah berbanding kumpulan kaedah tradisional, mereka menunjukkan peningkatan yang signifikan iaitu kepada 64.4%. Nilai min ini lebih tinggi jika di bandingkan dengan nilai min keseluruhan ujian pos kumpulan kaedah tradisional (lihat Jadual 3 dan Jadual 4). Tahap Pencapaian Ujian Pra Ujian Pos Bilangan % Bilangan % Sangat Baik (80 – 100) 0 0 2 8 Baik (60 – 79) 1 4 18 72 Sederhana (40 – 59) 1 4 5 20 Lemah (20 – 39) 10 40 0 0 Sangat Lemah (0 – 19) 13 52 0 0 Jadual 3: Analisis Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Kaedah Petak Sifir Analisis Ujian Pra Ujian Pos Min 21.4 64.4 Jadual 4: Analisis Min Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos Kaedah Petak Sifir Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah petak sifir telah dapat meningkatkan kefahaman dan prestasi pelajar dalam mempelajari fakta asas darab. Justeru itu pendekatan yang pelbagai, terutamanya yang bersifat ‘hands-on’ lebih berkesan membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam mempelajari sesuatu topic pembelajaran. 5.0 Penutup Dapatan kajian ini memberikan gambaran bahawa kaedah yang bersifat ‘hands-on’ memberikan kesan yang positif kepada prestasi pelajar. Kaedah petak sifir sebagai 7
  • 8. contoh menjelaskan tentang prinsip ‘hands-on’ tersebut. Dalam hal ini pelajar mengalami sendiri dan merasai proses menghasilkan sifir-sifir tersebut sehingga dapat meningkatkan penguasaan mereka kepada prinsip asas darab dan bahagi. Dengan sendirinya dapat membantu daya ingatan dan kefahaman mereka ke tahap yang lebih tinggi. Ianya juga memberikan input bahawa kaedah ‘chalk and talk’ bukan bermakna tidak sesuai tetapi perlu dilakukan pengubahsuaian supaya kelebihan dan faedah pengajaran berasaskan ‘chalk and talk’ dapat diperolehi dan dimanfaatkan. Dengan kata lain kepelbagaian dalam kaedah pengajaran, khususnya dalam pengajaran matematik dapat meningkatkan minat dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Justeru itu para guru seharusnya dapat meningkatkan kemahiran pengajaran mereka terutamanya yang meliputi kaedah-kaedah dan strategi pengajaran yang terkini yang terbukti di lain-lain tempat konteks pengajaran dan pembelajaran. 6.0 Bibliografi Herlinda Abdul Rahim. (2008). Penerapan unsur sejarah matematik dalam menentukan nilai pi dan kebarangkalian. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Nik Azis Nik Pa. (1992). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Rashidi Mat Jalil. (2008). Keberkesanan kaedah petak sifir dalam penguasaan fakta asas darab dan mencari hasil darab dan bahagi dalam matematik tahun 4: Satu kajian di SK Felda Tenggaroh 1, Mersing, Johor. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Noor Akmalwati Abd Rahman. (2000). Kajian berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar Melayu tingkatan 4 dalam mata pelajaran matematik tambahan di SMT Kemaman, Terengganu. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Nooriza Kassim. (2001). Proses metakognitif dalam penyelesaian masalah matematik. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. Siti Ana Hamdan. (2007). Penggunaan bahan bantu mengajar guru pelatih matematik. Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan. 8