SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  3
Télécharger pour lire hors ligne
Analisis FPK & FPG
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Konsep dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Malaysia.

Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan
dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya pendidikan
boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang
mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya
menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.

Masyarakat Malaysia yang berbentuk majmuk telah membawa kepada wujudnya Rukun Negara pada
tahun 1970 yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan
masyarakat. Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip yang utama dan bertujuan untuk mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat Malaysia.




Maka, berteraskan kepada Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diwujudkan
pada tahun 1988. Secara amnya, konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada FPK.
Sebenarnya, FPK ini bertujuan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua
usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah
tradisional dan falsafah progresif. Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran
epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme,
perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme. Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang telah dinyatakan di atas. Maka, matlamat FPK ialah melahirkan insan yang baik
dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan
lain, ia juga bermatlamat melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati
ciri-ciri berikut:
Selain daripada yang disebutkan di atas, adalah juga diharapan bahawa melalui proses pendidikan,
Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu melahirkan rakyat yang:




Faktor dalam perkembangan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Seperti yang diketahui umum, fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan atau haluan
kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan
idea, konsep dan matlamat pendidikan negara. Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira
aspek-aspek yang berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat dan negara.

Maka, dalam usaha menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), faktor-faktor yang berkaitan
hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi
pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah:




      Jika dirujuk semula terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), kita dapat
mengkajinya dengan lebih lanjut. Definisinya adalah seperti:

   “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
 potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
   dan harmonis dnn segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
     pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
       mencapai kesejahteraan diri serrta memberi sumbangan terhadap keharmonian
                          dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Dari segi faktor agama, Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia tetapi agama lain juga
bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Dalam agama-agama ini, khasnya agama Islam
merupakan faktor- faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya,
laitu: “menwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”

Manakala dalam faktor sosial pula, masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Seperti
yang diketahui, keharmonian dan kemakmuran negara adalah bergantung kepada amalan sikap
toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah
amat penting dalam usaha mencapai perpaduan yang merupakan kriteria yang paling penting untuk
mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu
matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu: “.....melahirkan
rakyat Malaysia..... memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.”

Dari segi politik pula, sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah
berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti
Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi
negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara.
Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam
penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada
pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh
faktor sosial tersebut di atas.

Dalam aspek ekonomi, rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu
negara memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat
dicapai   dengan    melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu   pengetahuan,    berketrampilan,
bertanggungjawab dan berupayaan memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita
memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidika negara yang
dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seterusnya, faktor individu seperti potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan.
Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis.
Insan yang seimbang           dan      harmonis sentiasa mengamalkan          sikap     bersyukur,
sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia mengnadapi cabaran hidup dengan tenang.
Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam
kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Akhir sekali, dalam faktor sejagat, penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah
daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang
dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan
pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah
dimanifestikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai “Pendidikan di
Malaysia adalah satu usaha berterusan…” Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur
hidup.

Contenu connexe

Tendances

Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Fatimah Al-Dayana
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
shahrul93
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Noor Hidayah Ghazali
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
Nana Samat
 
Falsafah Pendidikan Barat
Falsafah Pendidikan Barat Falsafah Pendidikan Barat
Falsafah Pendidikan Barat
Caeser Rio
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
sha_macc
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Dhashink
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
syikin Mawaddah
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
ibnussomad
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
Ep Loh
 

Tendances (20)

Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan Perenialisme
 
Jenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulumJenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulum
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Tajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru srTajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru sr
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Falsafah Pendidikan Barat
Falsafah Pendidikan Barat Falsafah Pendidikan Barat
Falsafah Pendidikan Barat
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Soalan 3
Soalan 3Soalan 3
Soalan 3
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan KebangsaanCiri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 

En vedette (6)

KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)
KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)
KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)
 
Persidangan dunia pendidikan islam 1977
Persidangan dunia pendidikan islam 1977Persidangan dunia pendidikan islam 1977
Persidangan dunia pendidikan islam 1977
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Sekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negara
Sekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negaraSekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negara
Sekularisme dan Kesannya terhadap masyarakat dan negara
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 

Similaire à Analisis fpk

Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
enab dan kesum
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Hadif Syahmi
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Ang Xiao Yean
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Uder Ahmad
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
Ana Azuan
 

Similaire à Analisis fpk (20)

Penghargaa1
Penghargaa1Penghargaa1
Penghargaa1
 
Fpk
FpkFpk
Fpk
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
 
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahKepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
 
Unit 8 (1)
Unit 8 (1)Unit 8 (1)
Unit 8 (1)
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
Peranan dan cabaran guru pendidikan khas
Peranan dan cabaran guru pendidikan khasPeranan dan cabaran guru pendidikan khas
Peranan dan cabaran guru pendidikan khas
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 
Pembentangan pj dalam fpk
Pembentangan pj dalam fpkPembentangan pj dalam fpk
Pembentangan pj dalam fpk
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
Buku dasar
Buku dasarBuku dasar
Buku dasar
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 

Plus de Megala Silva Raju (20)

PN. MARINA BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN.pptx
PN. MARINA BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN.pptxPN. MARINA BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN.pptx
PN. MARINA BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN.pptx
 
MODUL GEO TING 1.pptx
MODUL GEO TING 1.pptxMODUL GEO TING 1.pptx
MODUL GEO TING 1.pptx
 
SLAID KAWAD KAKI PRNGKT SEKOLAH.pptx
SLAID KAWAD KAKI PRNGKT SEKOLAH.pptxSLAID KAWAD KAKI PRNGKT SEKOLAH.pptx
SLAID KAWAD KAKI PRNGKT SEKOLAH.pptx
 
Bab 10
Bab 10Bab 10
Bab 10
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Bab 7-ting-4.ppt
Bab 7-ting-4.pptBab 7-ting-4.ppt
Bab 7-ting-4.ppt
 
Bab 6-ting-4.ppt
Bab 6-ting-4.pptBab 6-ting-4.ppt
Bab 6-ting-4.ppt
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Bab 5-ting-4.ppt
Bab 5-ting-4.pptBab 5-ting-4.ppt
Bab 5-ting-4.ppt
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Bab 4-ting-4.ppt
Bab 4-ting-4.pptBab 4-ting-4.ppt
Bab 4-ting-4.ppt
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Bab3
Bab3Bab3
Bab3
 
Bab 3-ting-4.ppt
Bab 3-ting-4.pptBab 3-ting-4.ppt
Bab 3-ting-4.ppt
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Bab 1-ting-4.ppt
Bab 1-ting-4.pptBab 1-ting-4.ppt
Bab 1-ting-4.ppt
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 

Analisis fpk

  • 1. Analisis FPK & FPG FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Konsep dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Malaysia. Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan. Masyarakat Malaysia yang berbentuk majmuk telah membawa kepada wujudnya Rukun Negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat. Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip yang utama dan bertujuan untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat Malaysia. Maka, berteraskan kepada Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diwujudkan pada tahun 1988. Secara amnya, konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada FPK. Sebenarnya, FPK ini bertujuan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif. Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme. Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dinyatakan di atas. Maka, matlamat FPK ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, ia juga bermatlamat melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:
  • 2. Selain daripada yang disebutkan di atas, adalah juga diharapan bahawa melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu melahirkan rakyat yang: Faktor dalam perkembangan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seperti yang diketahui umum, fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan atau haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara. Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira aspek-aspek yang berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat dan negara. Maka, dalam usaha menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), faktor-faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah: Jika dirujuk semula terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), kita dapat mengkajinya dengan lebih lanjut. Definisinya adalah seperti: “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dnn segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serrta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Dari segi faktor agama, Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia tetapi agama lain juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Dalam agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor- faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya,
  • 3. laitu: “menwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.” Manakala dalam faktor sosial pula, masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Seperti yang diketahui, keharmonian dan kemakmuran negara adalah bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu: “.....melahirkan rakyat Malaysia..... memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Dari segi politik pula, sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas. Dalam aspek ekonomi, rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupayaan memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidika negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, faktor individu seperti potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia mengnadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Akhir sekali, dalam faktor sejagat, penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan…” Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.