1. 1.0 Pengenalan
Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu. Misalnya, interaksi antara
seorang ibu dengan anaknya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa
individu lain seperti antara seorang dengan rakan sebaya, atau seorang guru dengan
murid-muridnya.
Bagi melatih murid-murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan
menggunakan tatabahasa secara optimis, mengungkap ilmu pengetahuan daripada mata
pelajaran yang lain dan juga mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis maka Kurikulum Bahasa Melayu telah dugubal. Ia bertujuan melahirkan insane
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Bagi membantu
guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan, sukatan pelajaran
disediakan yang mengandungi objektif khusus pembelajaran. Disamping itu, ia juga
mengandungi organisasi kandungan kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem
bahasa, dan pengisian kurikulum.
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Melayu dijadikan mata
pelajaran teras yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
rakyat Malaysia. Namun begitu, banyak persoalan wujud pada hari ini yang
mempertikaikan cara pelaksanaan sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
dengan bentuk ujian yang terdapat di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Banyak pendapat menyatakan bahawa penyediaan kertas soalan peperiksaan
UPSR tidak mengambil kira pelbagai bentuk kemahiran yang ditekankan dalam
sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Sebaliknya, proses penyediaan kertas soalan Bahasa
Melayu dalam peperiksaan UPSR hanya melibatkan kemahiran menulis dan kemahiran
membaca sahaja.
Sebaliknya, kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar tidak dapat dinilai dalam
peperiksaan UPSR. Ini adalah disebabkan oleh bentuk soalan peperiksaan UPSR yang
hanya melibatkan kemahiran membaca (kertas kefahaman) dan juga kemahiran
menulis (kertas penulisan). Ini bermakna bahawa kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur yang turut menjadi objektif utama dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu
sekolah rendah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tidak dinilai dalam peperiksaan
1
2. UPSR. Menerusi pelaksanaan tugasan ini, perbincangan akan dijalankan ke atas
beberapa perkara yang berkaitan dengan sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah dan juga bentuk pelaksanaan peperiksaan UPSR sama ada mengambil kira
segala objektif yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
atau sebaliknya.
2.0 Kertas Soalan UPSR Tahun 2006
Kertas soalan UPSR tahun 2006 yang akan dianalisis melibatkan dua kertas soalan
penilaian yang utama seperti mana yang dinyatakan dibawah:-
• Kertas 1 : Aneka Pilihan
Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan yang mana memerlukan pelajar memilih
empat aneka pilihan jawapan bagi setiap soalan. Setiap soalan yang terdapat dalam
bahagian ini juga adalah berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
(SPBM) dan juga pelbagai topik yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu (HSPBM) sekolah rendah seperti topik golongan kata, topik
imbuhan kata, topik kata ganda, topik kata majmuk, topik jenis-jenis ayat dan
sebagainya.
Berdasarkan kepada 40 soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu,
berikut adalah analisis berkenaan dengan kesemua 40 soalan tersebut:-
1) “Mengapakah tuan puteri bersedih? Katakan kepada __________,” kat Mak
Inang Seri kepada Tuan Puteri Mayang Sari.
A beta
B patik
C hamba
D tuan hamba
Analisis : Soalan ini adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan kata nama
dalam sistem tatabahasa Bahasa Melayu. Namun begitu, soalan ini adalah
soalan yang mudah dan mempunyai Aras 3 dalam HSPBM. Ini disebabkan
oleh bentuk soalan yang memerlukan pelajar mengenal pasti jenis kata ganti
2
3. nama yang sesuai untuk diisi pada petak yang telah disediakan. Soalan ini
juga bersesuaian dengan objektif kelapan dalam SPBM sekolah rendah.
2) Puan Rozana memotong kaki seluar anaknya kerana __________.
A lebar
B besar
C labu
Analisis : Soalan ini berbentuk isi tempat kosong yang berkaitan dengan kata
adjektif yang menjadi salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun
begitu, soalan ini berada pada Aras 1 ekoran daripada bentuk soalan yang
sangat mudah untuk dijawab oleh pelajar. Soalan yang dibina ini juga turut
bertepatan dengan objektif kelapan yang terdapat dalam SPBM iaitu menilai
kemahiran pelajar dalam enggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa
kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis.
3) Beberapa __________ poster telah diletakkan oleh Cikgu Yeop di belakang
kelas kita.
A helai
B bidang
C keping
D lembar
Analisis : Soalan yang dibina adalah soalan penjodoh bilangan yang
merupakan salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Soalan ini adalah
soalan pada Aras 2 di mana jawapan yang diberikan adalah hampir sesuai
digunakan untuk ayat soalan. Namun begitu, ianya memerlukan kemahiran
berfikir yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan soalan ini seperti mana
objektif ketiga yang terdapat dalam HSPBM yang memerlukan kemahiran
pelajar dalam menyelesaikan soalan.
3
4. 4) __________ Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Damai itu
mengumumkan ketibaan tetamu khas.
A Jurubahasa
B Juruhebah
C Jurucakap
D Juruacara
Analisis : Soalan ini adalah sama dengan soalan 1 yang berkaitan dengan
golongan kata nama Bahasa Melayu yang juga terkandung dalam SPBM.
Namun begitu, soalan ini adalah soalan pada Aras 2 seperti mana yang
terkandung dalam HSPBM di mana perlu meneliti jawapan yang sesuai dan
tepat untuk soalan ini.
5) Ibu __________ ayam itu dengan rempah sebelum memanggangnya.
A mengadun
B menabur
C mencalit
D melumur
Analisis : Soalan ini pula adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan topik
kata kerja yang juga menjadi antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam
HSPBM. Namun begitu, pelajar perlu meneliti jenis kata kerja dalam
menjawab soalan ini sama ada kata kerja transitif ataupun kata kerja tak
transitif. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah bentuk soalan pada Aras 2
yang memerlukan sedikit kemahiran berfikir dalam menyelesaikan soalan ini.
4
5. 6) Tangan kakak berbau __________ setelah menyiang beberapa ekor ikan sungai.
A hamis
B hanyir
C hapak
D hancing
Analisis : Jawapan yang diperlukan dalam soalan ini memerlukan pelajar
memilih jawapan yang sesuai berdasarkan kepada kata adjektif yang wujud
sebelum jawapan soalan. Ini bermakna bahawa soalan ini tidak mempunyai
topik khusus dalam HSPBM dan tidak menepati sebarang objektif yang
terkandung dalam SPBM. Namun begitu, kemahiran berfikir pelajar masih
dapat dibentuk dan dinilai menerusi kemahiran pelajar dalam menjawab
kehendak soalan.
7) Kerja-kerja pembersihan tanah runtuh itu diteruskan __________ hari hujan.
A hingga
B sekiranya
C walaupun
D Sementara
Analisis : Jawapan yang diperlukan dalam soalan ini adalah jawapan dalam
kata hubung yang mana pelajar perlu memilih kata hubung yang sesuai untuk
mengisi yang sesuai. Dalam HSPBM, jenis kata hubung seperti berada pada
Aras 3 yang mana memerlukan kemahiran pelajar yang tinggi dalam
membezakan empat jenis kata hubung yang boleh digunakan dalam
menggabungkan dua ayat.
8) Kamarul dapat menyampaikan syarahannya dengan __________ semasa
menyertai pertandingan itu.
5
6. A cekap
B petah
C terang
Analisis : Soalan ini berbentuk isi tempat kosong yang berkaitan dengan kata
adjektif yang menjadi salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun
begitu, soalan ini berada pada Aras 1 ekoran daripada bentuk soalan yang
sangat mudah untuk dijawab oleh pelajar. Soalan yang dibina ini juga turut
bertepatan dengan objektif kelapan yang terdapat dalam SPBM iaitu menilai
kemahiran pelajar dalam enggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa
kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis.
9) Juara beregu badminton wanita dari Malaysia __________ piala yang
dimenangi oleh mereka.
A menjulang
B menatang
C merangkul
D menjunjung
Analisis : Soalan ini adalah soalan kata kerja yang juga menjadi antara salah
satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini
mempunyai aras kemahiran berfikir yang tinggi dengan bentuk jawapan yang
boleh digunakan untuk mengisi tempat kosong yang terdapat dalam soalan.
Ini bermakna bahawa soalan ini berada pada Aras 3 dan menepati kehendak
kandungan SPBM.
6
7. 10) __________ orang mudah hilang sabar jika selalu menghadapi __________
situasi yang memalukan mereka.
A Sesetengah ... setiap
B Sebahagian ... satu
C Sesetengah ... sesuatu
D Sekalian ... beberapa
Analisis : Soalan ini berkaitan dengan topik penjodoh bilangan yang terdapat
dalam HSPBM dan menjadi antara soalan penting yang mampu menilai
kemahiran pelajar dalam berfikir. Soalan ini juga merupakan antara soalan
yang turut terdapat dijalankan oleh pelajar dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas bagi meningkatkan kemampuan pelajar untuk
menguasai topik penjodoh bilangan.
11) Encik Chin sedang __________ buluh untuk membuat sangkar burung.
A meraut
B melentur
C merincih
D menghiris
Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berkaitan dengan kata kerja yang
terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini dibina berdasarkan kepada
gambar rajah di mana seseorang sedang melakukan sesuatu kepada ‘buluh’.
Dalam menjawab soalan ini, pelajar perlu meneliti aktiviti yang terdapat
dalam gambar rajah tersebut dan perlu memilih jawapan yang betul. Ini
bermakna bahawa soalan ini memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi dan
berada pada Aras 3 yang juga sesuai dengan HSPBM.
7
8. 12) “__________ ambil makanan yang terhidang di meja itu,” kata Puan Kamariah
kepada tetamunya.
A Tolong
B Minta
C Harap
D Sila
Analisis : Soalan ini berbentuk ayat perintah di mana pelajar perlu memilih
jawapan yang sesuai bagi menyempurnakan jawapan ini. Dalam HSPBM,
ayat perintah adalah antara jenis ayat yang dipelajari oleh pelajar agar pelajar
dalam menjawab soalan ayat perintah. Soalan ini dilihat berada pada Aras 3 di
mana setiap jawapan yang diberikan boleh digunakan untuk mengisi tempat
kosong soalan. Namun begitu, pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang
paling tepat dan sesuai dengan konteks ayat yang dibina. Ini juga menjelaskan
bahawa soalan yang dibina adalah sangat sesuai dengan SPBM sekolah
rendah.
13) Sementara menunggu pintu pagar dibuka, penonton __________ di luar
stadium.
A lalu-lalang
B bolak-balik
C simpang-siur
D mundar-mandir
Analisis : Soalan ini berkaitan dengan topik kata ganda yang terdapat dalam
HSPBM. Namun begitu, terdapat lebih daripada satu jawapan yang betul yang
boleh dipilih oleh pelajar untuk menjawab soalan ini. Walau bagaimanapun,
pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang paling tepat dan ini
memerlukan kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dalam menilai
konteks ayat. Ini bermakna bahawa soalan ini berada pada Aras 3 kerana
memerlukan kemahiran analitikal yang tinggi pelajar dalam menjawab soalan
ini.
8
9. 14) Pihak sekolah akan mengadakan sesi __________ bagi meraihkan kehadiran
murid-murid baru.
A tegur sapa
B soal jawab
C ramah mesra
Analisis : Soalan ini pula adalah soalan dalam bentuk kata majmuk yang
terdapat dalam HSPBM di mana hanya satu jawapan yang paling tepat yang
boleh digunakan dalam menjawab soalan ini. Namun begitu, pelajar perlu
mempunyai pengetahuan yang baik dalam proses pembentukan kata majmuk
sebelum menjawab soalan ini agar memudahkan pelajar untuk memilih
jawapan yang paling tepat. Ini bermakna bahawa soalan ini memerlukan
sedikit kemahiran berfisir dan dinilai sebagai soalan pada Aras 1.
15) Encik Dalang sedang __________ kain di bengkel untuk memenuhi pesanan
pelanggannya.
A menekan
B menekap
C mengecop
D mengecap
Analisis : Soalan ini pula adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan topik
kata kerja yang juga menjadi antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam
HSPBM. Namun begitu, pelajar perlu meneliti jenis kata kerja dalam
menjawab soalan ini sama ada kata kerja transitif ataupun kata kerja tak
transitif. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah bentuk soalan pada Aras 2
yang memerlukan sedikit kemahiran berfikir dalam menyelesaikan soalan ini.
9
10. 16) Encik Muthu akan terus menabur bakti kepada masyarakat __________
terdaya.
A jika
B selagi
C apabila
D sehingga
Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik kata hubung yang
terkandung dalam HSPBM memerlukan kemahiran pelajar untuk memilih
jawapan yang paling. Sekiranya pelajar tidak mempunyai pengetahuan yang
baik terhadap keempat-empat kata hubungan ini, maka pelajar akan memilih
jawapan yang salah. Oleh itu, ianya memerlukan kemahiran pelajar dalam
memilih jawapan yang paling tepat untuk diisi pada petak kosong yang
terdapat dalam soalan dan dinilai sebagai soalan para Aras 2 dalam HSPBM.
17) “Saya tidak nampak Salina pun. __________ dia sudah pergi,” kata Normah.
A Bila-bila
B Awal-awal
C Rasa-rasa
Analisis : Soalan ini adalah soalan berbentuk kata ganda yang merupakan
antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam HSPBM di mana pelajar perlu
memilih kata ganda yang sesuai. Soalan ini dilihat berada pada Aras 3 kerana
menuntut kemampuan pelajar dalam memilih jawapan yang paling tepat
kerana soalan ini mempunyai lebih daripada satu jawapan yang hampir tepat.
Oleh itu, pengetahuan pelajar terhadap topik dan konsep kata ganda dalam
sistem tatabahasa Bahasa Melayu akan dapat membantu pelajar untuk
menjawab soalan ini dengan betul dan tepat.
10
11. 18) “Kamu pergilah dahulu. Sebentar lagi saya akan __________,” kata Asri
kepada Shahrul.
A mengekori
B mengikuti
C mengejar
D menyusul
Analisis : Soalan ini adalah ayat penyata yang digabungkan bersama dengan
kata kerta transitif. Ini bermakna bahawa pengetahuan pelajar terhadap kedua-
dua topik yang terkandung dalam HSPBM ini perlu berada pada tahap yang
terbaik agar dapat membantu pelajar menjawab soalan ini. Ini juga
menunjukkan bahawa soalan yang dibina berada pada Aras 3 ekoran daripada
bentuk soalan yang memerlukan kemahiran analitikal pelajar yang lebih
tinggi seperti mana objektif yang ingin dicapai dalam SPBM.
19) Dua __________ lanun telah ditumpaskan oleh pasukan polis marin dalam
tempoh sebulan.
A pasukan
B angkatan
C kelompok
D gerombolan
Analisis : Soalan ini berkaitan dengan kata bilangan dalam HSPBM yang
mana memerlukan pelajar memilih kata bilangan yang tepat dan sesuai
digunakan untuk konteks soalan yang dibina. Ini bermakna bahawa soalan ini
adalah soalan yang mudah dan merupakan soalan pada Aras 1 berdasarkan
kepada bentuk pelaksanaan topik yang terdapat dalam HSPBM.
20) Sikap Amir yang selalu __________ menyebabkan ramai sahabatnya kurang
senang.
11
12. A memberi muka
B bermuka-muka
C sangat muka
D tebal muka
Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan dua topik yang terdapat
dalam HSPBM iaitu topik kata majmuk atau kata ganda dan juga simpulan
bahasa. Setiap jawapan yang diberikan boleh digunakan untuk menjawab
soalan yang diberikan. Namun pelajar perlu memilih jawapan yang paling
tepat dan sesuai digunakan untuk menjawab soalan ini. Ini bermakna bahawa
soalan ini adalah soalan yang berada pada Aras 3 kerana memerlukan
kemahiran analitikal yang lebih tinggi.
21) Istana lama itu unik kerana dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebarang
batu pun.
Perkataan seerti bagi unik ialah
A istimewa
B canggih
C ganjil
D pelik
Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berbentuk kat seerti yang juga
menjadi antara topik pengajaran yang terdapat dalam HSPBM. Dalam topik
ini soalan yang berikut agak mudah dan hanya berada pada Aras 1 di mana
pelajar hanya perlu memilih perkataan seperti bagi perkataan unik. Namun
begitu, pelajar perlu mempunyai pengetahuan dan penguasaan yang baik
terhadap topik ‘Sinonim’ atau ‘seerti’ sebelum menjawab soalan ini.
12
13. 22) Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah itu telah ditubuhkan pada bulan lepas.
Perkataan seerti bagi ditubuhkan ialah
A ditutupkan
B dibatalkan
C dibubarkan
D dimansuhkan
Analisis : Soalan ini adalah sama dengan soalan 21 di mana pelajar perlu
mencari perkataan seerti bagi perkataan ditubuhkan dan berada pada Aras 1
dalam HSPBM.
23) Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berbaris dengan betul.
I) Semalam suntuk ayah tidak tidur kerana sakit perut.
II) Tali itu sangat suntuk untuk mengikat kotak itu.
III) Jangan mengkori kereta di hadapan terlalu suntuk.
IV) Tempoh yang diberikan oleh jawatankuasa pertandingan itu begitu
suntuk.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Analisis : Dalam soalan ini, terdapat empat ayat yang perlu dibina oleh
pelajar yang mana pelajar perlu meneliti ayat yang betul dan tepat dalam
menggunakan perkataan suntuk. Soalan ini hanya mempunyai perkaitan
dengan jenis-jenis ayat yang terdapat dalam HSPBM seperti ayat majmuk dan
ayat aktif. Dalam pada itu, soalan yang ini juga berada pada Aras 3 kerana
memerlukan pelajar untuk memilih lebih daripada satu ayat yang
menggunakan perkataan suntuk dengan tepat.
13
14. 24) Mengapakah ramai pesalah trafik menyerbu kaunter pembayaran di balai polis?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
A Mereka berminat menyertai pasukan polis trafik.
B Mereka hendak membayar saman kesalahan trafik.
C Pesalah trafik telah membayar denda secara beramai-ramai.
Analisis : Soalan ini tidak mempunyai perkaitan dengan sebarang topik dalam
HSPBM. Sebaliknya, soalan ini hanya memerlukan kemahiran pelajar dalam
memilih jawapan yang paling tepat dan sangat sesuai dengan objektif keenam
yang terdapat dalam SPBM. Jawapan yang diberikan juga boleh digunakan
untuk menjawab soalan. Namun begitu, pelajar hanya perlu memilih satu
jawapan yang paling tepat dan soalan ini dinilai berada pada Aras 3 kerana
memerlukan kemahiran analitikal pelajar yang sangat tinggi.
25) Doktor menasihati pesakitnya supaya mengamalkan gaya hidup sihat.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
A Mengapakah doktor menasihati pesakitnya?
B Apakah nasihat doktor kepada pesakitnya?
C Bagaimanakah cara mengamalkan gaya hidup sihat?
D Siapakah yang perlu mengamalkan gaya hidup sihat?
Analisis : Soalan ini adalah soalan ayat tanya yang juga merupakan salah satu
topik yang diajarkan dalam HSPBM. Soalan ini adalah sangat mudah dan
mempunyai Aras pelajaran pada tahaun 1 kerana hanya memerlukan pelajar
memilih satu ayat tanya yang paling sesuai.
26) “Kami menerima pujian dari Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan
koir,” kata Asmah.
14
15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di atas.
A Asmah memberitahu bahawa mereka mendapat pujian daripada Guru
Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir.
B Asmah menerangkan bahawa kami memberikan pujian kepada Guru
Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir.
C Asmah mendapat tahu bahawa mereka mendapat pujian dariapda Guru
Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir.
D Asmah menyatakan bahawa kami memberikan pujian kepada Guru
Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir.
Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berada dalam topik ‘ayat banyak
makna’ dalam HSPBM di mana setiap jawapan yang dibina mempunyai
persamaan dengan ayat dalam soalan. Soalan ini juga dilihat berada pada Aras
3 seperti mana yang dinyatakan dalam HSPBM kerana pelajar perlu membuat
analisis setiap ayat pada jawapan soalan dan memilih satu ayat yang
mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang terdapat pada soalan.
27) Nenek sedang menganyam tikar mengkuang di ruang tamu rumahnya.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di atas.
A Tikar mengkuang sedang dianyam oleh nenek di ruang tamu
rumahnya.
B Tidak mengkuangnya sedang nenek anyam di ruang tamu rumahnya.
C Tikar mengkuang nenek sedang dianyam olehnya di ruang tamu.
D Tikar mengkuang diruang tamunya sedang dianyam nenek.
Analisis : Soalan ini juga adalah sama dengan soalan 26 yang mana
memerlukan kemahiran pelajar dalam memilih ayat yang hampir sama dengan
dengan ayat yang terdapat dalam soalan. Ini menunjukkan bahawa soalan ini
berada pada Aras pelakaran pada tahaun 3.
28) Pilih ayat yang betul.
15
16. A Kasut bertumit tinggi itu bukan sesuai dipakai oleh wanita yang
mengandung.
B Telefon antik di kedai itu tidak untuk dijual tetapi untuk pameran
sahaja.
C Daerah Besut bukan di negeri Kelantan tetapi di negeri Terengganu.
D Budak lelaki yang bertahi lalat itu tidak adik Sulaiman.
Analisis : Soalan ini merupakan tajuk ke-20 dalam HSPBM di mana pelajar
perlu memilih ayat yang betul dalam pelbagai jenis ayat sma ada ayat
majmuk, ayat tunggal dan sebagainya. Dalam HSPBM, soalan seperti ini
hanya berada pada Aras 2 kerana bentuk soalan yang dibina hanya sederhana
sukar untuk dijawab oleh pelajar.
29) Pilih ayat yang betul.
I) Para tetamu yang hadir dijemput masuk di dalam dewan itu.
II) Suhaila ialah sepupu saya kerana ibu saya dan ibunya adik-beradik.
III) Antara Suzi ataupun Nani, masing-masing tidak dapat melompat
parit itu.
IV) Saya tidak memahami percakapannya kerana dia menggunakan
bahasa pasar.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Analisis : Soalan yang dibina mempunyai persamaan dengan soalan 28.
Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 3 dalam HSPBM di mana pelajar
perlu memilih beberapa ayat yang betul dan tepat sistem tatabahasanya
sebelum membuat pilihan. Soalan ini juga adalah sesuai dan selari dengan
objektif SPBM dalam memastikan pelajar mampu membuat pilihan ayat yang
betul dan tepat.
30) Pilih ayat yang betul.
I) Buku cenderama yang berwarna keemasan itu untuk tetamu khas.
16
17. II) Di antara acara yang akan dipertandingkan ialah catur dan congkak.
III) Puan Azian yang mengajar di sekolah itu berasal dari Sandakan.
IV) Pasukan bahas itu mendapat tempat pertama kerana pembahas-
pembahasnya mendapat tempat pertama.
A I dan II
B II dan IV
C III dan IV
D I dan IV
Analisis : Soalan yang dibina mempunyai persamaan dengan soalan 28 dan
soalan 29. Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 3 dalam HSPBM di
mana pelajar perlu memilih beberapa ayat yang betul dan tepat sistem
tatabahasanya sebelum membuat pilihan. Soalan ini juga adalah sesuai dan
selari dengan objektif SPBM dalam memastikan pelajar mampu membuat
pilihan ayat yang betul dan tepat.
Ayat 31-35 adalah berdasarkan kepada petikan yang diberikan (Rujuk Lampiran)
31) Pihak yang membuang kenderaan buruk itu tidak dapat dikenal pasti kerana
A kenderaan itu telah reput.
B kenderaan itu dibuang di jalan raya.
C kenderaan itu tiada nombor pendaftaran.
D kenderaan itu diletakkan di tapak pelupusan.
Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar memahami petikan yang diberikan
dan kemudiannya melengkap soalan yang terdapat dalam soalan ini. Soalan
ini dilihat berada pada Aras pelakaran pada tahap 3 kerana ayat yang terdapat
dalam setiap jawapan pada soalan ini adalah tidak sama dengan ayat yang
terdapat dalam petikan. Namun begitu, kemampuan pelajar dalam memilih
ayat yang mempunyai makna yang sama dengan ayat yang terdapat pada
petikan akan membantu pelajar memilih jawapan yang betul dan tepat.
17
18. 32) Penulis berpendapat gambara baik Kampung Seri Mersing terjejas disebabkan
oleh
A lori diletakkan di hadapan sekolah.
B ketiadaan tempat untuk berekreasi.
C bau busuk daripada tong sampah besar.
D pembuangan kereta buruk di kampung itu.
Analisis : Soalan ini juga berapa pada Aras 3 di mana pelajar perlu
memahami setiap ayat yang terdapat pada petikan yang diberikan sebelum
menjawab soalan ini. Ayat yang terdapat pada petikan juga adalah berbeza
dengan ayat yang terdapat pada jawapan soalan tetapi mempunyai maksud
yang hampir sama atau sama. Oleh itu, pelajar perlu memilih jawapan yang
paling tepat dalam menjawab soalan ini.
33) Di manakah penunggang-penunggan basikal mempamerkan keberanian
mereka?
A Gelanggang basikal lasak.
B Tapak pelupusan samlah.
C Kawasan lapang dan jalan raya.
D Persimpangan jalan dan di hadapan sekolah.
Analisis : Soalan ini juga berada pada Aras 3 yang mana memerlukan
kemahiran pelajar dalam menyelesaikan soalan. Ini juga adalah selari dengan
objektif yang dinyatakan dalam SPBM yang mana ingin meningkatkan
kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan kritis.
34) Yang berikut adalah pernyataan tentang petikan kecuali
A Penduduk membuang sampah di simpang-simpang jalan.
18
19. B Penduduk berharap masalah mereka dapat diatasi.
C Terdapat lori yang menghalang laluan ke sekolah.
Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar menilai setiap jawapan sama ada
berkaitan dengan dengan petikan yang telah dibaca atau sebaliknya. Secara
tidak langsung, soalan ini memerlukan kefahaman pelajar terhadap petikan
yang dibaca bagi memudahkan pelajar untuk menjawab soalan ini. Dengan
demikian, maka soalan ini dinilai memunyai aras pelakaran pada tahap 3.
35) Rangkai kata menyakitkan mata dalam petikan bermaksud
A Penglihatan tidak jelas
B Tidak enak dipandang
C Memedihkan mata
D Mata terasa sakit
Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik simbulan bahawa
yang terdapat dalam HSPBM dan pelajar perlu memberikan maksud bagi
rangkai kata menyakitkan mata yang dinyatakan pada petikan soalan. Untuk
itu, pelajar perlu menggantikan setiap jawapan ini pada ayat dalam petikan
dan mencari jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan simpulan bahawa
yang digunakan. Secara tidak langsung, soalan ini dilihat mempunyai aras
pelakaran pada tahap 3 seperti mana empat soalan lain yang dinyatakan di
atas.
Soalan 36-40 adalah berdasarkan petikan. (Rujuk Lampiran)
36) Kemanakah penulis perlu pada malam itu?
19
20. A Pondik buruk
B Kelas tambahan
C Berlatih bola sepak
D Menziarahi kawan-kawannya
Analisis : Soalan ini lebih bersifat penyelesaian masalah di mana pelajar perlu
menjawab soalan berdasarkan kepada petikan yang telah dibaca. Kemahiran
analitikal pelajar yang tinggi akan dapat membantu pelajar untuk menjawab
soalan ini. Ini juga menunjukkan bahawa soalan ini berada pada aras
pelajaran pada tahap 3 kerana pelajar perlu membuat analisis terhadap petikan
dan semasa menjawab soalan ini.
37) Untuk menyelamatkan diri daripada cakaran harimau itu, penulis
A menjerit untuk meminta tolong
B memeluk badan harimau erat-erat.
C meronta-ronta untuk melepaskan diri.
D memukul kepada harimau bertubi-tubi.
Analisis : Soalan ini adalah sama dengan bentuk soalan 36 di mana pelajar
perlu memahami kandungan petikan dan menyempurnakan jawapan bagi
soalan ini. Namun begitu, ayat jawapan yang diberikan adalah berbeza
dengan ayat yang terdapat pada petikan dan ini memerlukan kemahiran
pelajar dalam menyelesaikan masalah dan memilih jawapan yang paling
tepat. Secara tidak langsung, soalan ini akan dapat membantu pelajar
menyelesaikan masalah dan mencapai objektif ketiga yang dinyatakan dalam
SPBM sekolah rendah.
38) Siapakah sebenarnya yang dipukul oleh penulis?
A Bantal peluk
20
21. B Badannya
C Harimau
D Adiknya
Analisis : Soalan ini lebih bercirikan penyelesaian masalah di mana pelajar
perlu mengenal pasti ayat yang mempunyai perkaitan dengan soalan ini dan
soalan ini dinilai hanya berada pada aras pelakaran pada tahap 2.
39) Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
A Penulis tiduk sekatil dengan adiknya.
B Ranting kayu berbunyi kerana dipijak orang.
C Penulis menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.
D Ayah dan ibu penulis mengambil berat terhadap anak-anak mereka.
Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar menilai setiap jawapan sama ada
berkaitan dengan dengan petikan yang telah dibaca atau sebaliknya. Secara
tidak langsung, soalan ini memerlukan kefahaman pelajar terhadap petikan
yang dibaca bagi memudahkan pelajar untuk menjawab soalan ini. Dengan
demikian, maka soalan ini dinilai memunyai aras pelakaran pada tahap 3.
40) Frasa peluh dingin dalam petikan membawa maksud penulis
A ketakutan
B kesejukan
C kepenatan
D kekeliruan
Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik simbulan bahawa
yang terdapat dalam HSPBM dan pelajar perlu memberikan maksud bagi
rangkai kata peluh dingin yang dinyatakan pada petikan soalan. Untuk itu,
pelajar perlu menggantikan setiap jawapan ini pada ayat dalam petikan dan
mencari jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan simpulan bahawa yang
digunakan. Secara tidak langsung, soalan ini dilihat mempunyai aras
pelakaran pada tahap 3 seperti mana empat soalan lain yang dinyatakan di
atas.
21
22. Daripada analisis yang telah dijalankan di atas, dapat dilihat bahawa kesemua
soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada
tahun 2006 adalah soalan yang menepati pelbagai topik yang terdapat dalam
HSPBM. Dalam pada itu, soalan yang dibina juga mempunyai pelbagari aras
pelakaran sama ada aras pelakaran pada tahaun 1, tahap 2 ataupun tahap 3 yang
juga selari dan bertetapan dengan HSPBM. Namun begitu, soalan yang dibina
dilihat kurang bertepatan dengan 10 objektif yang terdapat dalam SPBM sekolah
rendah. Daripada perbincangan yang telah dinyatakan, semua soalan yang dibina
hanya menepati 4 objektif utama iaitu objektif ketiga, objektif, keenam, objektif
ketujuh dan juga objektif kelapan. Sebaliknya, enam objektif lain yang terdapat
dalam SPBM tidak mampu dinilai daripada 40 soalan yang terdapat dalam Kertas 1
Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006 ini.
• Kertas 2 : Penulisan
22
23. Dalam kertas soalan ini pula, terdapat tiga bahagian utama. Bahagian A
memerlukan pelajar membina ayat daripada gambar yang disediakan dalam
bahagian ini, Bahagian B memerlukan pelajar menghasilkan karangan daripada satu
tajuk yang dipilih dan Bahagian C pula memerlukan pelajar menyenaraikan
pengajaran daripada teks atau petikan yang terdapat dalam bahagian soalan ini. Ini
bermakna bahawa kesemua soalan yang terdapat dalam kertas 2 ini lebih menjurus
kepada aspek penulisan Bahasa Melayu.
Berdasarkan kepada tiga bahagian soalan yang terdapat dalam Kertas 2 Bahasa
Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006, maka berikut adalah analisis aras
kesukaran setiap soalan dan perkaitannya dengan HSPBM dan SPBM sekolah
rendah:-
1) Soalan Bahagian A
Soalan ini memerlukan pelajar membuat penilaian terhadap satu gambar yang
disediakan dan kemudiannya perlu membina lima ayat berdasarkan kepada
gambar yang disediakan. Namun begitu, ayat yang dibina perlu mempuyai
kesinambungan di antara satu ayat dengan ayat yang lain. Ini bermakna bahawa
soalan ini memerlukan kemahiran berfikir pelajar yang tinggi dan memerlukan
kemampuan pelajar dalam membina ayat yang menarik dan gramatis seperti
mana yang telah dipelajari dalam HSPBM. Keperluan terhadap kemahiran
berfikir yang tinggi dan pengetahuan pelajar yang baik dan memuaskan
terhadap pelbagai jenis ayat Bahasa Melayu, maka soalan ini dilihat
mempunyai aras pelakaran pada tahap 3. Ini juga turut dinyatakan dalam
HSPBM di mana kemahiran pelajar dalam membina ayat yang gramatis
melibatkan aras pelakaran pada tahap 3.
2) Soalan Bahagian B
Seperti mana kehendak soalan yang terdapat dalam Bahagian A, soalan yang
terdapat dalam Bahagian B ini pula memerlukan pelajar untuk membina
23
24. karangan daripada salah satu soalan karangan yang disediakan dalam soalan ini.
Aras pelakaran bagi soalan dalam Bahagian ini berada pada tahap 3 di mana
pelajar perlu membina ayat yang gramatis dan menarik dan menepati pelbagai
jenis ayat yang telah dipelajari dalam HSPBM. Ini juga adalah selari dengan
objektif SPBM yang ingin menilai kemahiran pelajar dalam menghasilkan
karangan yang menarik, kreatif dan menggambarkan pemikiran pelajar kritis.
Dengan demikian, maka soalan yang disediakan akan dapat menilai pelbagai
aspek yang berkaitan dengan perkembangan kemahiran dan pengetahuan
pelajar terhadap sistem tatabahasa dalam Bahasa Melayu sekolah rendah.
3) Soalan Bahagian C
Dalam Bahagian C ini pula, pelajar perlu membaca petikan yang disediakan dan
kemudiannya mengenal pasti lima pengajaran yang boleh diperolehi menerusi
petikan yang disediakan. Soalan ini juga memerlukan kemahiran analitikal
pelajar yang tinggi dan soalan ini dilihat berada pada aras pelajaran pada tahap
3 kerana pelajar perlu meneliti lima pengajaran yang diperolehi daripada
petikan dan kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk ayat. Secara tidak
langsung, ianya juga turut mencapai objektif yang terkandung dalam SPBM
sekolah rendah.
Kedua-dua kertas peperiksaan Bahasa Melayu yang digunakan dalam peperksaan
UPSR mempunyai matlamat yang berbeza dan khusus seperti mana huraian yang telah
dinyatakan di atas. Ini juga menggambarkan akan proses membina soalan-soalan ini
yang mampu mencapai setiap objektif yang terdapat dalam SPBM dan HSPBM
sekolah rendah.
3.0 Analisis Soalan UPSR
24
25. Di peringkat sekolah rendah, penilaian terhadap kemahiran pelajar dilakukan menerusi
pelaksanaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mencakupi kepada pelbagai
aspek seperti kemahiran lisan, kemahiran penulisan dan juga penelitian terhadap
perkembangan pengetahuan pelajar terhadap sistem bahasa dalam Bahasa Melayu.
Untuk melihat kepada tiga perkara ini, maka kertas soalan Bahasa Melayu bagi UPSR
pada tahun 2006 akan dianalisis terhadap iga aspek berikut seperti mana yang
dinyatakan di bawah:-
1) Kemahiran Lisan
Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan
terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran
Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan
dialaminya. Murid akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.
Kemahiran asas dalam kemahiran lisan terdiri daripada dua kemahiran yang utama
iaitu kemahira mendengar dan kemahiran bertutur seperti mana yang dijelaskan di
bawah:-
a) Kemahiran Mendengar
Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal
dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa
yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi
ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran
setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara
ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar
jika ia boleh:-
Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.
Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.
Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar
perkataan.
Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
Mendengar secara kritikal.
Mengudit.
25
26. Mengikut arahan.
Memahami urutan atau sekuan.
Mengingat kembali.
Menentukan idea utama / terpenting.
Membuat inferens dan penyeluruhan atau kesimpulan
b) Kemahiran Bertutur
Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran
bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa
dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara),
jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang inamakan
‘suprapenggalan’ ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan.
Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan
melibatkan perbezaan maksud atau makna.
Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi
mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini
juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Namun begitu, penilaian terhadap perkembangan kemahiran mendengar mahupun
kemahiran bertutur pelajar dalam peperiksaan UPSR adalah suatu bentuk tidak
yang tidak berlaku secara formal. Dalm erti kata lain, kemahiran mendengar
mahupun kemahiran bertutur pelajar bukanlah suatu bentuk penilaian yang
diutamakan dalam peperiksaan UPSR. Ini dapat dilihat menerusi proses
pembentukan soalan peperiksaan UPSR yang mana tidak menjurus kepada
kemahiran lisan. Sebaliknya, soalan UPSR yang dibina lebih menjurus kepada
kemahiran membaca dan kemahirna menulis.
Dalam soalan UPSR Bahasa Melayu Kertas 1 bagi Tahun 2006 misalnya, terdapat
40 soalan objektif yang mana memerlukan pelajar membaca setiap soalan dan
memilih jawapan yang tepat. Contohnya soalan 1 yang merupakan soalan dalam
26
27. bentuk golongan kata Bahasa Melayu dan soalan 2 yang merpakan soalan dalam
bentuk kata adjektif. Kesemua soalan yang terdapat dalam kertas 1 bagi UPSR
tahun 2006 ini menunjukkan bahawa tidak terdapat satu soalan yang menekankan
kepada kemahiran mendengar. Sebaliknya, kebanyakan soalan yang terdapat dalam
kertas soalan UPSR ini lebih menjurus kepada kemahiran membaca. Kegagalan
murid dalam membaca dan memahami setiap soalan akan menyebabkan pelajar
menghadapi masalah dalam menjawab setiap soalan yang terdapat dalam kertas
UPSR tersebut.
Dalam Kertas 2 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006 pula,
soalan yang terdapat dalam Kertas 2 Bahasa Melayu ini lebih menjurs kepada
kemahiran menulis dan tidak mempunyai sebarang unsur kemahiran lisan. Namun
begitu, kemahiran membaca juga adalah antara kemahiran bahasa yang perlu
dikuasai oleh pelajar agar pelajar dapat menjawab setiap soalan yang terdapat
dalam Kertas 2 Bahasa Melayu ini.
Daripada penjelasan dan penerangan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa
soalan yang dibina dalam peperiksaan pada tahun 2006 sama ada dalam kertas 1
mahupun kertas 2 tidak menekankan sebarang bentuk kemahiran lisan sama ada
kemahiran mendengar mahupun kemahiran bertutur. Ini juga tidak selari dengan
objektif dan falsafah yang terkandung dalam SPBM sekolah rendah yang mana
ingin meningkatkan kemahiran lisan pelajar. Contohnya dua objektif utama yang
terdapat dalam SPBM sekolah rendah seperti mana yang dinyatakan di bawah:-
Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta
menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal
Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul
dalam pelbagai situasi
Dalam dua objektif yang dinyatakan di atas yang juga merpakan objektif utama
yang terdapat dalam SPBM sekolah rendah, kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur adalah antara kemahiran yang ingin dibentuk dan ditingkatkan dalam
kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, setiap kemahiran ini tidak dinilai dalam
27
28. peperksaan UPSR sama ada dalam kertas 1 mahupun dalam kertas 2 seperti mana
yang telah dijelaskan. Ini seterusnya memberikan gambaran bahawa kertas soalan
UPSR yang dibina tidak menjurus dan tidak mengambil kira aspek dua objektif
utama yang terkandung dalam SPBM. Secara tidak langsung, penilaian yang
dilakukan dalam peperiksaan UPSR akan menyukarkan untuk mencapai falsafah
pendidikan kebangsaan dan juga matlamat pengenalan mata pelajaran Bahasa
Melayu di peringkat sekolah rendah. Ini adalah disebabkan oleh proses penilaian
surmatif yang dilakukan tidak menekankan aspek perkembangan kemahiran lisan
pelajar. Sebaliknya, hanya menekankan kepada beberapa kemahiran lain seperti
kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis.
2) Kemahiran Penulisan
Menulis ialah pembentukan symbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan
bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau
idea kepada pembaca. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik
semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang
berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Kemahiran
menulis merujuk kepada keupayaan pelajar menulis perkataan dan ayat, dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran
menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang
betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Dalam pada itu, kemahiran menulis juga melibatkan pelajar-pelajar supaya berfikir,
menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahrikan dalam bentuk wacana
yang lengkap. Pelajar-pelajar juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu
menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan. Dalam memastikan
kemahiran menulis di kalangan pelajar akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih
baik, terdapat beberapa elemen pengajaran kemahiran menulis yang perlu difahami
dan diketahui oleh setiap guru. Salah satu daripada adalah proses atau peringkat
dalam meningkatkan kemahiran menulis di kalangan pelajar. Kemahiran menulis
merupakan keupayaan pelajar menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea
28
29. melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis,
tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Pelajar
juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan
imaginatif.
Aspek perkembangan kemahiran penulisan pelajar ini juga dapat dilihat menerusi
soalan UPSR yang dibina yang mana mampu menilai tahap perkembangan
kemahiran penulisan pelajar. Di peringkat sekolah rendah, setiap soalan UPSR
yang ingin dibina seharusnya mengambil kira aspek kemahiran penulisan pelajar
agar penilaian dapat dibuat sama ada kemahiran penulisan pelajar telah
berkembang ke tahap yang memuaskan atau sebaliknya. Ini juga adalah selari dan
selaras dengan objektif keenam dan ketujuh yang terkandung dalam SPBM seperti
mana yang dinyatakan di bawah:-
Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis,
dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis
Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan
berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses
penulisan yang sesuai dan betul
Dalam dua objektif yang dinyatakan di atas, kemahiran pelajar dalam penulisan
adalah suatu perkara yang sangat diutamakan agar pelajar dapat mengeluarkan
segala idea dan pandangan mereka dalam bentuk penulisan. Dalam penilaian yang
dijalankan menerusi peperiksaan UPSR, kertas soalan yang dibina dilihat
mengambil kira kedua-dua objektif ini. Ini dapat dilihat menerusi bentuk soalan
yang terdapat dalam kertas 2 Bahasa Melayu dalam peperiksaan UPSR yang mana
menekankan kepada aspek perkembangan kemahiran penulisan pelajar. Dalam
Kertas 2 Bahasa Melayu bagi kertas peperiksaan pada tahun 2006, terdapat tiga
bahagian soalan yang utama seperti mana yang dijelaskan di bawah:-
29
30. Bahagian A : Soalan yang terdapat dalam bahagian ini
memerlukan pelajar membina lima ayat daripada satu gambar yang
disediakan dalam bahagian soalan ini.
Bahagian B : Bahagian ini memerlukan pelajar memilih satu
daripada tiga soalan yang sediakan untuk membina karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Bahagian C : Bahagian ini pula memerlukan pelajar membaca
satu petikan teks yang disediakan dan kemudiannya mengeluarkan atau
menulis lima pengajaran yang diperolehi daripada teks tersebut.
Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, ketiga-tiga
bahagian soalan yang terdapat dalam kertas 2 Bahasa Melayu dalam peperiksaan
UPSR tahun 2006 menilai kemahiran penulisan pelajar. Keputusan yang
direkodkan oleh pelajar dalam ujian ini akan menentukan sama ada kemahiran
penulisan pelajar telah berkembang pada tahap yang terbaik atau sebaliknya.
Sekiranya pelajar tidak dapat menjawab setiap soalan yang terdapat dalam ketiga-
tiga bahagian ujian ini, maka pelajar dilihat masih tidak menunjukkan
perkembangan kemahiran penulisan yang baik. Sebaliknya, pelajar hanya
mempunyai kemahiran penulisan yang sederhana dan mungkin juga berada pada
tahap yang lemah.
Dalam Bahagian A misalnya, sekiranya pelajar tidak dapat membina ayat daripada
gambar yang disediakan dalam bahagian ini, maka kemahiran pelajar masih berada
pada tahap yang kurang memuaskan. Sebaliknya, kemampuan pelajar dalam
membina ayat dengan baik memperlihatkan perkembangan kemahiran penulisan
pelajar. Begitu juga dengan kemampuan pelajar menjawab setiap soalan yang
terdapat dalam Bahagian B dan Bahagian C yang mana akan menilai tahap
perkembangan kemahiran penulisan pelajar yang sebenar.
30
31. Menerusi bentuk soalan ujian seperti ini juga, penilaian yang dibuat akan dapat
dilakukan secara terus menerusi keputusan yang diperolehi oleh setiap pelajar.
Secara tidak langsung, ianya juga akan membantu menentukan capaian setiap
objektif yang terdapat dalam SPBM sama ada telah dapat dicapai dengan sebaik
mungkin atau sebaliknya. Namun begitu, aspek penilaian kemahiran penulisan
pelajar hanya dapat dinilai daripada pencapaian pelajar dalam Kertas 2 Bahasa
Melayu UPSR. Sebaliknya, kemahiran penulisan pelajar tidak dapat dinilai
daripada Kertas 1 Bahasa Melayu UPSR kerana kertas soalan ini tidak mempunyai
sebarang bentuk soalan penulisan. Kesemua soalan yang terdapat dalam kertas 1
adalah soalan berbentuk aneka pilihan yang mana memerlukan kemahiran
membaca, kemahiran menaakul dan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan
masalah dengan membuat pilihan jawapan yang tepat. Walau bagaimanapun,
soalan ujian yang dibina dalam peperiksaan UPSR khususnya dalam Kertas 2
Bahasa Melayu dapat dijadikan sebagai medium dalam menilai perkembangan
kemahiran penulisan pelajar.
3) Sistem Bahasa
Bahasa adalah penggunaan kode yang merupakan gabungan fonem sehingga
membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki
arti. Bahasa memiliki berbagai definisi. Definisi bahasa adalah sebagai berikut:-
Satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan.
Satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep riil
mereka ke dalam pikiran orang lain.
Satu kesatuan sistem makna.
Satu kode yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk
membedakan antara bentuk dan makna.
Satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan.
31
32. Satu sistem tuturan yang akan dapat dipahami oleh masyarakat
linguistik.
Bahasa erat kaitannya dengan kognisi pada manusia, dinyatakan bahwa bahasa
adalah fungsi kognisi tertinggi dan tidak dimiliki oleh haiwan. Ilmu yang mengkaji
bahasa ini disebut sebagai linguistik, atau pakar bahasa.Menetapkan perbezaan
utama antara bahasa manusia satu dan yang lainnya sering amat sukar. Chomsky
(1986) membuktikan bahawa sebahagian dialekJerman hampir serupa dengan
bahasa Belanda dan tidaklah terlalu berbeza sehingga tidak mudah dikenali sebagai
bahasa lain, khususnya Jerman.
Dalam sistem Bahasa Melayu, terdapat beberapa perkara, bidang, tema atau topik
yang akan dipelajari oleh pelajar seperti tajuk golongan kata Bahasa Melayu, jenis
kata, jenis ayat dan sebagainya. Kesemua topik dan komponen dalam sistem
Bahasa Melayu ini akan dinilai dalam peperiksaan Bahasa Melayu. Soalan-soalan
yang dibentuk dalam kertas soalan UPSR juga banyak menjurus kepada kepelbagai
topik yang terdapat dalam HSPBM seperti mana yang dijelaskan di bawah:-
Golongan Kata Bahasa Melayu
Golongan kata Bahasa Melayu adalah antara sistem bahasa yang dinilai dalam
peperiksaan UPSR khususnya yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu.
Berdasarkan kepada kertas soalan peperiksaan UPSR bagi Bahasa Melayu
Kertas 1 pada tahun 2006, jenis kata nama, kata kerta dan kata adjektif adalah
antara golongan kata Bahasa Melayu yang dinilai. Soalan 1 misalnya
merupakan bentuk soalan Kata Nama, soalan 2 merupakan bentuk soalan
Kata Adjektif, soalan 4 merupakan bentuk soalan Kata Nama dan soalan 9
32
33. merupakan bentuk soalan Kata Kerja. Kesemua aspek golongan kata Bahasa
Melayu turut dinilai dalam kertas 1 Bahasa Melayu ini yang juga mampu
menilai tahap perkembangan pelajar terhadap sistem bahasa dalam Bahasa
Melayu.
Kata Terbitan
Dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu yang dibina, penilaian juga turut
dijalankan ke atas kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap kata terbitan
seperti kata berimbuhan, kata majmuk dan juga kata ganda. Ini juga dapat
dilihat dalam beberapa soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu
yang menyentuh soalan yang berkaitan dengan kata terbitan. Contohnya
seperti soalan 4 dan soalan 13 yang juga merupakan antara soalan kata
majmuk, soalan 17 yang merupakan soalan kata majmuk dan pelbagai soalan
yang berkaitan dengan kata berimbuhan seperti soalan 5, soalan 9, soalan 11,
soalan 15 dan sebagainya. Kesemua soalan kata tertbitan ini juga adalah
antara topik yang turut terkandung dalam HSPBM menerusi pelaksanaan
pelbagai tema pengajaran.
Jenis Ayat
Soalan peperiksaan UPSR yang dibina juga turut menguji dan menilai
penguasaan pelajar terhadap pelbagai jenis ayat yang juga menjadi antara
komponen dalam sistem Bahasa Melayu. Contohnya seperti ayat tunggal, ayat
majmuk, ayat pasif, ayat aktif dan sebagainya. Kefahaman pelajar terhadap
pelbagai jenis ayat dalam sistem Bahasa Melayu akan membantu pelajar
menjawab setiap soalan dengan baik dan cemerlang. Sebaliknya, kelemahan
pelajar dalam sistem Bahasa Melayu akan mempengaruhi pencapaian pelajar.
Dalam Kertas 1 Bahasa Melayu bagi peperksaan UPSR pada tahun 2006,
terdapat beberapa bentuk soalan yang berkaitan dengan jenis-jenis ayat dalam
33
34. sistem Bahasa Melayu. Soalan 21 hingga soalan 40 adalah adalah antara
soalan yang menjurus kepada topik jenis-jenis ayat dalam sistem Bahasa
Melayu. Ini seterusnya mampu menilai kefahaman dan penguasaan pelajar
terhadap pelbagai jenis ayat yang terdapat dalam sistem Bahasa Melayu.
Selain daripada tiga topik yang dinyatakan di atas yang dinilai dalam peperiksaan
UPSR khususnya dalam Kertas 1 Bahasa Melayu, terdapat beberapa topik lain yang
turut diuji dan dinilai dalam peperiksaan Bahasa Melayu seperti penjodoh bilangan,
kata hubung, kata pemeri dan pelbagai jenis sistem tatabahasa yang terdapat dalam
Bahasa Melayu dan yang terkandung dalam HSPBM. Ini juga menjelaskan bahawa
setiap soalan yang dibina dalam Kertas 1 Bahasa Melayu adalah selari dengan topik
yang diajarkan menerusi HSPBM. Ini seterusnya membantu dalam mencapai
beberapa objektif yang terdapat dalam SPBM.
Dalam Kertas 2 Bahasa Melayu untuk peperiksaan UPSR pada tahun 2006 pula,
penilaian yang dijalankan hanya tertumpuh kepada jenis-jenis ayat yang mana pelru
dihasilkan oleh pelajar menerusi tiga bahagian soalan. Setiap soalan memerlukan
pelajar membina ayat sama ada ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif ataupun ayat
pasif berdasarkan kepada pengetahuan pelajar. Ini seterusnya mampu menilai
perkembangan kemahiran pelajar terhadap penguasaan sistem bahasa pelajar
khususnyayang berkaitan dengan jenis-jenis ayat Bahasa Melayu.
Berdasarkan kepada penilaian dan analisis yang dinyatakan di atas, dapat dilihat
bahawa bentuk soalan yang terdapat dalam kertas peperiksaan UPSR bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu sama ada dalam Kertas 1 ataupun Kertas 2, turut mengambil
kira pelbagai aspek yang terkandung dalam SPBM dan HSPBM. Ini juga menjelaskan
akan proses pembentukan soalan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa
34
35. Melayu ini adalah selari dengan objektif yang terkandung dalam SPBM dan pelbagai
topik yang terkandung dalam HSPBM.
4.0 Falsafah, Objektif dan Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah
Setiap proses penilaian yang ingin dilakukan ke atas pelajar sekolah rendah perlu
menjurus kepada matlamat dan objektif yang terkandung dalam SPBM. Dalam pada
itu, setiap soalan ujian Bahasa Melayu juga perlu berasaskan kepada tema dan topik
yang terkandung dalam HSPBM. Ini adalah untuk memastikan agar setiap penilaian
yang dilakukan khususnya dalam peperiksaan Bahasa Melayu akan dapat dilakukan
dengan sebaik mungkin dan seterusnya mampu menilai kejayaan pelaksanaan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai setiap objektif yang terkandung dalam
SPBM sekolah rendah.
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan
1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan
menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa
bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga
berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi
bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di
peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan.
Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid
untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan
35
36. tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu
pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada
kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca,
dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan
bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk
pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi
tujuan rekreasi.
Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya
pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti
kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting
sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid.
Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa
Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi
kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil
Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Terdapat enam dokumen
sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap
tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang menjadi
panduan guru bagi melaksanakan pengajarannya. Dalamnya terdapat beberapa aspek
yang berkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak
dicapai. Aspek itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu,
pengisian kurikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa dan Kemahiran Bernilai
Tambah. Aspek-aspek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya.
36
37. Tujuannya agar pengajaran bahasa Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawal
dan bersistem.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) pula memperincikan Sukatan
Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. HSPBM memperjelaskan hasil pembelajaran yang perlu
dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap
kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembelajaran dibahagikan
kepada tiga aras, iaitu aras asas, aras sederhana, dan aras cemerlang.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan
penggunaan sumber mestilah berdasarkan HSPBM. Kreativiti memilih, menyusun, dan
mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid adalah perkara utama di dalam
pengajaran dan pembelajaran. HSPBM diharapkan dapat membantu para guru
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar
cara belajar, dan pelbagai lagi adalah aktiviti yang memberi penekanan kepada unsur
nilai tambah. Di samping nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan
tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada
murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
Ini bermakna bahawa pengenalan SPBM dan HSPBM di peringkat sekolah rendah
adalah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar. Untuk itu,
terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai dalam SPBM dan HSPBM seperti mana
yang dijelaskan di bawah:-
37
38. a) Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati
pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal
b) Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai
situasi
c) Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai
persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara
d) Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan
teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan
memproses maklumat secara kritis
e) Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya
pembelajaran berterusan
f) Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan
nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis
g) Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur
pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai
dan betul
h) Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan
sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis
i) Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya
berunsur ilmu
j) Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme,
dan perasaan cinta akan negara.
Ini bermakna bahawa terdapat 10 objektif utama yang ingin dicapai dalam SPBM
seperti mana yang dinyatakan di atas. Dalam mencapai kesemua objektif ini, maka
HSPBM dibentuk dengan beberapa tema dan tajuk untuk dipelajari oleh murid dan
dinilai dalam peperiksaan UPSR. Antara tema dan tajuk yang pengajaran dan
pembelajaran yang terdapat dalam HSPBM yang turut dinilai dalam peperiksaan UPSR
adalah seperti tema patritiosme, tema sukan, tema perpaduan, tema penginapan, tema
38
39. perikanan, tema teknologi maklumat, tema semangat patriotik, tema pendidikan, tema
makanan, tema pengalaman, tema sains dan teknologi, tema cerita rakyat, tema
persekitara kita dan pelbagai bentuk tema lain.
Menerusi setiap tema yang terdapat dalam HSPBM ini, proses pelaksanaan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah akan mengambil
kira aspek kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan juga
kemahiran bertutur. Kesemua empat kemahiran ini adalah jenis kemahiran bahasa yang
akan dijalankan oleh setiap murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.
Namun begitu, proses penilaian dalam peperiksaan UPSR hanya melibatkan dua
kemahiran yang utama iaitu kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis.
Kemahiran membaca dinilai dalam kertas kefahaman di mana murid perlu menjawab
pelbagai bentuk soalan bagi pelbagai tema seperti mana yang terkandung dalam
HSPBM sekolah rendah. Bagi kemahiran menulis pula yang terdapat dalam kertas
penulisan, murid perlu menghasilkan suatu penulisan ilmiah berdasarkan kepada
beberapa tajuk yang juga selari dengan tema yang terkandung dalam HSPBM. Walau
bagaimanapun, hanya dua jenis kemahiran ini sahaja yang dinilai dalam peperiksaan
UPSR. Sebaliknya, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur tidak dinilai secara
terperinci dalam peperiksaan UPSR. Sebaliknya, kedua-dua kemahiran ini hanya
dinilai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Ini
bermakna bahawa penilaian secara formal terhadap kemahiran bertutur dan kemahiran
mendengar murid tidak dapat dilaksanakan. Perkara ini mungkin disebabkan oleh
beberapa faktor seperti cara penilaian yang masih tidak dapat ditentukan piawaiannya,
kemahiran penilai dalam membuat penilaian dan pelbagai faktor lain.
Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa HSPBM sekolah rendah khususnya pada Tahap
Dua sangat menekankan kepada empat kemahiran bahasa yang utama seperti mana
39
40. yang dinyatakan dalam organisasi kurikulum Bahasa Melayu iaitu kemahiran
membaca, kemahiran menulis, kemahiran bertutur dan juga kemahiran mendengar.
Namun begitu, proses penilaian yang dilaksanakan dalam peperiksaan UPSR hanya
melibatkan dua kemahiran yang utama iaitu kemahiran membaca dan kemahiran
menulis. Sebaliknya, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur tidak dinilai secara
sistematik dalam peperiksaan UPSR. Sebaliknya, kedua-dua jenis kemahiran ini hanya
dijalankan secara tidak formal dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan di dalam kelas.
5.0 Kesimpulan
Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan ke atas Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa
Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006, dapat dilihat bahawa setiap soalan
yang dibina bertepatan dengan HSPBM. Ini adalah disebabkan oleh bentuk soalan yang
terdapat dalam Kertas 1 mempunyai perkaitan dengan pelbagai tajuk atau topik yang
terdapat dalam HSPBM. Begitu juga dengan soalan yang terdapat dalam Kertas 2 yang
turut menilai kemahiran pelajar terhadap pelbagai jenis ayat yang telah dipelajari dalam
HSPBM. Namun begitu, objektif yang dinyatakan dalam SPBM hanya capat dicapai
sebahagiannya kerana soalan yang dibina tidak mengambil kira beberapa perkara yang
terdapat dalam SPBM. Contohnya seperti objektif pertama dalam SPBM iaitu
‘mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan
dalam konteks perbualan harian dan situasi formal’ yang mana tidak dapat dinilai
menerusi ujian bertulis. Sebaliknya, hanya mampu dinilai menerusi aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, setiap
soalan yang dibina dalam Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Melayu bagi peperiksaan
UPSR masih tertumpuh kepada kandungan SPBM dan HSPBM sekolah rendah.
40
41. Rujukan
Abdullah Hassan, (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur
Aspalaila Ramli Dan Maslinda Mahmud, (2006). Sk. Sawah Dato, Mersing, Johor. :
Meningkatkan kemahiran Murid membaca Ayat-Ayat Yang Mengandungi Perkataan
Gabungan Dua Suku Kata Terbuka Dan Tertutup Kv+KVK. Jurnal Kajian Tindakan,
Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR, Siri
Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur
Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994). Membaca sebagai statu keterampilan berbahasa.
Indonesia: Penerbit ANGKASA Bandung
Roziah Binti Abd Hamid, (2005). Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan : Meningkatkan
Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku
Kata Dan Gambar, Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA,Pahang
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi, Heinemann Asia, Kuala
Lumpur
Sofiah Hamid. (1983). Bacaan Bahasa Malaysia di Peringkat Sekolah Rendah, Utusan
Publication, Kuala Lumpur
Susanna Clare Philips. (1999). Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Murid-Murid
Bermasalah Pembelajaran dalam Program Inklusif, Jurnal Pendidikan, Bilangan 17,
Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur
41
42. Zainora Binti Mohd @ Man. (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5
Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata, Prosiding Seminar
Penyelidikan Pendidikan, Jurnal IPBA, Kuala Lumpur
42