SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  27
1.0 What is Blogging

       Menurut wikipedia blog iaitu singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris ialah
sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan
dipaparkan dengan tertib terbalik.

       Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan,
politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian
peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog,
laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk
meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak
blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada
gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio(podcasting), dan
merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.

       Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog"
juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan
atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog. Menurut Mohd Zulfadli pula blog adalah
ringkasan bagi weblog. Blog adalah jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat
atau penulisan secara peribadi mengenai sesuatau perkara dan sentiasa dikemas kini. Konsep
blog adalah sama seperti diari harian.

       Blog mempunyai perbezaan dengan web biasa dari segi susunan artikelnya yang revers
chronoligi order. Ini bermaksud setiap kali ada update dari blog penulisan terkini akan berada di
atas dan yang lepas berada dibawah. Blog sangat mudah digunakan kerana tanpa kepakaran
dalam bidang teknikal orang ramai boleh menggunakan blog. Ini adalah kerana penggunaan
blog seolah-olah sama dengan kelengkapan yang ada pada Microsoft Office.

       Sejarah blog bermula dengan penggunaan perkataan web blog dimulakan Jorn Barger
pada 17 Disember 1997. Terdapat juga pendapat mengatakan terdapatnya seorang pelajar di
Kolej Swarthmore, Amerika Syarikat iaitu Justin Hall dipercayai telah menceburi dunia penulisan
blog sejak 1994 selama 8 tahun. Beliau dipercayai antara blogger terawal dan impaknya dalam
penulisan blog telah membuka lanskap dan dimensi baru dalam dunia penulisan moden.
Perkataan blog akhirnya di terima pakai masyarakat blog dan pembaca di seluruh dunia secara
meluas.
Ramai penulis percaya blog lebih kepada berbentuk jurnal dan catatan diari dengan isi
kandungannya boleh dikongsikan untuk tatapan umum di internet. Ini adalah kerana pelbagai
maklumat dan informasi dalam pelbagai bidang boleh dikongsikan secara global. Malah,
pembaca boleh berinteraksi antara satu sama lain serta memberikan komen dan ulasan yang
membina terhadap catatan yang dibuat (Noor Fazlinda Binti Othman, 2010)

       Terdapat beberapa istilah asas bagi penggunaan blog iaitu blogging merupakan aktiviti
mengemaskini atau mengurus blog. Selain itu juga blogger juga membawa maksud pemilik atau
penulis blog. Blog juga merupakan artikel dalam tulisan oleh blogger. Blog berfungsi untuk
menulis sesuatu artikel. Artikel tersebut juga boleh di berikan komen oleh pelawat dan
pembaca.Ini adalah antara ciri yang membezakan blog dengan web biasa. Pelawat boleh
menulis segala pendapat dan pandangan terhadap penulisan pemilik blog atau penulisnya.
Namun ciri ini boleh di disablekan bergantung kepada pemilik blog.

       Blog juga mudah untuk dikemas kini kerana mudah digunakan. Enjin carian mudah
meng-index laman web jenis blog kerana ciri-ciri blog yang sentiasa dikemas kini. Laman web
statik pula sangat sukar dikemaskini dan tidak mampu dilakukan tanpa pengatahuan yang baik
dalam bidang teknikal ini.

2.0 Difference between A Blog and a Website

2.1 BLOG

Pada amnya, log web atau blog (kata lahir daripada perkataan inggerisnya), Weblog merupakan
diari peribadi, ruang kolaboratif, saluran berita terkini dan koleksi pautan kepada memo-memo
pandangan peribadi anda untuk tatapan umum. Pendek kata, blog anda boleh menjadi apa-apa
sahaja yang anda inginkan. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis blog, dan tiada peraturan yang
tetap mengenainya. Ringkasnya, blog ialah satu laman web untuk anda membuat catatan
secara berterusan.Perkara baharu dipaparkan pada bahagian paling atas agar pelawat boleh
membaca catatan terkini.Kemudian mereka boleh member komen terhadap erti anda, membuat
pautan kepadanya atau menghantar e-mel kepada anda.Dalam bidang pendidikan, blog
pendidikan digunakan bagi memenuhi pelbagai bentuk keperluan komunikasi untuk membantu
amalan e-pembelajaran (Susana & Sergio 2007).

       Perbandingan di antara blog dan laman web adalah seperti berikut pertama Web adalah
berbentuk statik manakala blog adalah bersifat dinamik. Web biasanyadihasilkan dengan
kandungan yang tidak diubah dalam jangka masa yang lamaberbanding blog yang akan
sentiasa dikemaskini oleh admin blog tersebut.Kedua pula ialah Web adalah kurang interaktif
berbanding blog. Buktinya amat mudah adalah dimanajarang pengendali laman web
menyediakan ruang untuk interaksi antara admin dengan pengunjung web. Malah jika ada pun
ruangan contact yang memerlukan pengunjung menghantar email dan sebagainya untuk
berinteraksi dengan admin berbanding blogyang mana pengunjung boleh meninggalkan komen
terhadap post yang dibuat admindan pengunjung lain juga boleh menjawab komen dari
pengunjung pertama tadi.Ketiga ialah Web adalah bebentuk formal, menampilkan imej korporat
dan kadangkala bersifat seperti gedung jualan manakala blog adalah merupakan catatan
peribadi. Kebiasaannyaweb digunakan oleh jabatan kerajaan atau swasta untuk menunjukkan
imej korporatmereka selain menyampaikan maklumat mereka disitu . Terdapat juga web
yangmempromosikan       produk   atau   perkhidmatan   mereka.   Blog   juga   sebenarnya
tidakketinggalan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan tetapi ramai yangmenggunakan
blog sebagai pengganti buku catatan harian mereka dengan mencatataktiviti harian atau
berkongsi hobi secara online.

2.2 LAMAN WEB

Laman web ataupun website pula adalah sebuah cara untuk memaparkan diri anda di Internet.
Boleh diibaratkan bahawa laman web kita adalah sebuah tempat di internet yang mana sesiapa
sahaja di dunia ini boleh mengunjunginya pada bila-bila saja dan mereka boleh mengetahui
tentang diri kita, memberi soalan kepada kita, memberikan dan mengongsikan bahkan
mengetahui, membeli dan menjual produk kita.

       Pengguna Internet semakin hari semakin bertambah banyak, sehingga menyebabkan
potensi pasaran yang berkembang terus. Semua orang menggunakan laman web untuk banyak
perkara mulai dari perkara pendidikan sehinggakan kepada proses memesan makanan kerana
prosesnya yang cepat,murah, mudah dan menyeronokkan. Pada hari ini orang lebih suka
mencari maklumat tentang suatu produk dan pelbagai pekara melalui internet sebelum
mendapatkan sesuatu yang diinginkan itu.

       Di samping itu, laman web adalah merupakan sebuah kumpulan fail yang terletak pada
sebuah komputer yang disambung ke Internet. Ketika seseorang melawat laman web kita,
mereka sebenarnya hanya disambung ke sebuah komputer dan komputer (yang kemudian
disebut sebagai Server) tersebut memberikan jumlah yang ingin mereka lihat.Ini kedengaran
mudah, tetapi umumnya komputer biasa tidak mempunyai power dan software yang diperlukan
untuk bertindak balas terhadap semua permintaan yang diperlukan oleh pengunjung web anda.
Selain itu, walaupun komputer atau server anda sanggup, komputer anda akan memerlukan
sambungan atau akses Internet yang cepat untuk melayani jumlah pengunjung web kita.
Berikut adalah merupakan beberapa fungsi laman web ialah membuat pengumuman
atau notis pemberitahuan, memberikan perkhidmatan kepada pengguna atau pelanggan anda,
menerima maklumbalas dari pengunjung laman web anda, berkongsi dan pengedaran fail dan
gambar, berkomunikasi secara langsung dengan pengunjung anda yang berada di mana-mana
sahajadi dunia.

       Dengan wujudnya berbagai kekeliruan dan perdebatan mengenai perbandingan di
antara laman dan blog, ianya telah terbukti membawa kesukaran kepada ramai usahawan dan
peniaga dalam talian untuk menggunakan dua peranti online yang berbeza ini dengan betul
dalam perancangan pemasaran mereka. Adalah sangat penting untuk semua orang untuk
memahami perbezaan utama diantara laman blog dan laman web yang mana kita harus
mengenali dengan lebih mendalam mengenai kekuatan dan kelemahan keduanya dan apakah
fungsi pemasaran yang terbaik untuk dilaksanakan melalui dua medium ini.

       Perbezaan utama di antara blog dan laman web adalah di mana fungsi utama sebuah
blog ialah berfungsi sebagai log web ataupun sebagai sebuah diari online. Sebagai sebuah diari
online, seorang blogger boleh mencipta pelbagai komen peribadi yang menarik ataupun
memberikan pelbagai pandangan dan maklumat mengenai sesuatu perkara yang dibincangkan.
Blog juga adalah senang dan cepat untuk dicipta. Blog juga merupakan satu langkah yang
paling murah untuk mengiklankan perniagaan kepada komuniti online.

       Di sebalik itu pula, sebuah laman web pula merupakan sebuah halaman rasmi dan
merupakan sebuah tempat atau lokasi kepada perniagaan yang berasaskan web. Kita hanya
perlu menyediakan satu peralatan e-perniagaan di mana pelanggan boleh membuat pembelian
secara online.

       Sebagai kesimpulannya, blog dan laman web adalah tidak dapat mengatasi masing-
masing sebagai pilihan utama pengguna oleh kerana kedua-duanya mempunyai fungsi
tersendiri yang sangat penting dan sangat berguna dalam memastikan kejayaan sesuatu
pemasaran dan juga perniagaan secara online.
3.0 Free Blogging Platforms for Teachers and Students




       Edublogs adalah laman di mana pengguna boleh membuat blog sendiri seperti di
wordpress.com, blogspot dan lain-lain. Keunikan Edublogs adalah ia menjurus kepada
pendidikan serta sesuai digunakan untuk pendidikan. (http://edublogs.org) Diantara ciri-ciri
edublogs yang dipaparkan ialah :


       1. Selamat dan Dipercayai - Blogs boleh dirahsiakan (private) atau terbuka(public)
kepada orang ramai.


       2. Edublogs dibenarkan oleh kebanyakan sekolah (international) di mana platform blog
(contohnya blogspot dan wordpress) yang lain tidak.


       3. Mesra pengguna (pelajar) – memudahkan Guru untuk membuat dan mengurus blog
pelajar.


       4. Beberapa ciri-ciri yang popular termasuk forum, penambahan video, integrasi
Facebook dan Twitter, dan kalendar.


       5. Mempunyai lebih 100 tema yang berbeza yang membolehkan kawalan warna, imej,
dan susun atur.


       6. Berasaskan Penyelidikan - Melibatkan pelajar dalam pembelajaran mereka dan
meningkatkan pengajaran melalui kerjasama di dalam kelas dan paparan portfolio pelajar.


       Menurut edublogs, penggunaan blog di sekolah sebenarnya amat membantu
pembelajaran secara berterusan kerana ia membolehkan guru dan pelajar berinteraksi dan
menyediakan maklumat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui rangkaian sosial
dan interaksi, dan kemampuan untuk berkongsi pemikiran dan pencapaian dalam kelas.Salah
satu cara popular untuk menggunakan Edublogs adalah untuk mengemas kini secara teratur
segala tugasan, acara dan kegiatan di dalam kelas. Blog juga membolehkan makluman terkini
disampaikan kepada ibu bapa yang mempunyai akses ke web. Pelajar juga gemar membuat
blog tetapi melalui edu blogs mereka dapat bekerjasama dengan rakan-rakan serta guru di
dalam suasana yang terancang dan selamat. Ia sangat bersesuaian untuk projek-projek
kumpulan, ePortfolios, surat khabar sekolah, jurnal refleksi dan laman web kelas. Terdapat 3
jenis akaun iaitu akaun percuma ( sesuai untuk pelajar), akaun Pro (sesuai untuk guru ) dan
akaun       Campus       (sesuai     untuk      institusi    seperti      universiti    dan
sekolah).http://v2.career2zoom.com/index.php/en/component/content/article/140teknologi/608
-trend-september-2011.




        Seterusnya pula ialah blogs yang bertajuk Teacher Lingo. (www.teacherlingo.com). Ia
merupakan blog yang dibuat guru untuk guru sebagai tempat bertukar maklumat pengajaran
dan pembelajaran. Dalam blog ini juga, terdapat forum bagi membolehkan para guru berkongsi
pendapat.




        21Classes merupakan salah satu jenis pembelajaran Koperative dan juga sebagai
platform blog kepada guru dan pelajar. Ia boleh digunakan memuka kelas homepage dan juga
menbina blog persendiri untuk pelajar. Setiap pelajar akan menerima 1MB space dengan contoh
secara percuma dan guru akan mempunyai access kepada setiap blog pelajar tersebut. Dengan
itu, guru dapat menyemak kerja-kerja pelajarnya tanpa buka kerana pelajar akan menghantar
kerja sekolah melalui blog masing-masing.




        Bagi CLASS BLOGMEISTER pula, dibangunkan hanya untuk kelas sahaja. Ia perlu di
buka untuk guru kelas, pengetua, pepustakawan dan professional pendidikan yang lain. Akaun
ini boleh digunakan untuk assigment, penulisan pelajar, dan pelbagai lagi. Tetapi blog ini tidak
membenarkan pelajar membuka akaun sendiri kecuali menggunakan akaun guru yang sedia
ada.


4.0 How to set up a blog

Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk membina blog. Dengan mengikuti
beberapa langkah tersebut, seseorang sudah bergelar seorang blogger. Sebelum memulakan
pendaftaran untuk akaun blogspot, seseorang harus mempunyai akaun google terlebih dahulu.
Akaun google menjadi pilihan utama kerana memandangkan blogger.com merupakan produk
dari google. Namun begitu, seseorang blogger juga boleh menggunakan akaun lain, mengikut
pilihan blogger sendiri.


Bagi   yang    telah   mempunyai    akaun    google,    anda   boleh    sign   atau   pun   klik
http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=imatau http://www.blogger.com./




       Manakala, bagi yang masih belum mempunyai akaun google, anda perlu mendaftar
dahulu untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.


       Berikut merupakan langkah-langkah untuk membina blog.


                 LANGKAH 1


       Pergi ke :ttp://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im atau http://www.blogger.com
Apabila keluar laman Gmail, klik blog yang berada di bahagian bawah.




          LANGKAH 2



Seterusnya, klik pada „create a blog‟.
Kemudian isi maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan di dalam talian.
Untuk pengesahan
           akaun, anda perlu
           memilih sama asa
           untuk mendapatkan
           kod pengesahan
           melalui mesej teks
           atau panggilan suara.




                    Pilih negara anda



                                                                     Masukkan nombor
                                                                     telefon anda
             Klik ‘Send verification
             code to my mobile                                       bermula dengan
             phone’. Nombor kod                                      kod negara
             tersebut akan dihantar
             terus ke telefon anda.




          Setelah anda
          menerima kod
          pengesahan,
          masukkan nombor                     Klik ;Verify’
          kod tersebut di sini.




   Setelah selesai, klik „continue‟.


            LANGKAH 3
   Menamakan blog


1. Selepas itu, masukkan blog name dan juga blog address.
           Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog.
           Blog Address yang ditunjukkan biasanya akan digunakan oleh pengunjung untuk
           membuka blog anda. Ia amat penting bagi sesebuah blog yang telah dibina.
           Walau bagaimanapun, blogger boleh merujuk kepada Tip Pemilihan URL untuk
           blog untuk mempelajari dengan lebih teliti tentang blog yang telah dibina.
Masukkan nama
          blog anda. Anda
          boleh mengubah
          nama tersebut
          kemudian



               Klik di sini untuk
               menyemak
               ketersediaan
               nama blog anda

                                                            klik
                                                            ‘CONTINUE’



   Memilih Templet
       LANGKAH 4



2. Pada ruangan ini, pilih template mengikut citarasa sendiri, kemudian klik „continue‟




   Setelah selesai langkah tersebut, secara automatik,akaun anda telah siap dibina dan
   boleh mula menaip untuk entri pertama anda.
Mencatat ( Posting) 5
         LANGKAH




                                                          Pada paparan blog
                                                          anda, klik ‘New Post’
                                                          yang berad di
                                                          bahagian atas sebelah
                                                          kanan




      Masukkan
       judul




      Taip teks di
         sini.




                        Kemudian, anda boleh memilih
                           untuk ‘SAVE NOW’ atau
                         ‘PREVIEW. Jika anda sudah
                        bersedia untuk menerbit catatan
                         tersebut anda boleh klik pada
                              ‘PUBLISH POST’
Semasa mengedit teks,
            anda boleh
      memasukkan pautan
     (link), imej atau video.




                                                                     Anda juga boleh
                                                                  memuatkan naik video
                                                                   dari folder anda atau
                                                                    daripada Youtube.




Mengulas Catatan 6
       LANGKAH




                                                        Muka ini akan dipaparkan dan
                                                        boleh mula menulis komen
                                                        anda.




             Untuk mengulas, buka
             catatan yang hendak anda
             ulaskan dan
                                            Klik pada ‘Post
             klik‘Comment’
                                            Comment’.Anda boleh
                                            ‘Preview’ ulasan tersebut
                                            sebelum diterbitkan.




Mengubahsuai blog
                                LANGKAH 7
Halaman ini akan
 dipaparkan dan anda
    boleh klik dan
mengheret muka elemen             Untuk mengubahsuai
 blog anda mengikut              blog, klik ‘Design’ yang
   lokasi kesukaan              berada pada bahagian atas
                                   sebelah kanan anda.



                                  Kemudian, anda
                                  boleh ‘Preview’
                                  dan Save’




             Anda juga boleh
            menambah gajet ke
              blog anda serta
             memilih pelbagai
                gajet yang
                disediakan.
5.0 Things to Pay Heed to when Setting up a Classroom Blog

Dalam mengejar sebuah negara yang terus berkembang dan maju, sistem pendidikan Malaysia
telah melakukan perubahan dengan penggunaan ICT dalam pendidikan negara. Ini sejajar
dengan perkembangan pesat ICT di negara-negara maju yang lain dalam penggunaan ICT bagi
tujuan itu nanti. Maka ramai guru-guru yang terdapat disekolah telah mula membangunkan
Website mereka untuk memastikan setiap pelajar tidak ketingalan dalam arus perubahan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga, pihak pentadbiran sekolah seperti Pengetua
dan Guru Besar harus sentiasa memberikan galakan serta sokongan dalam pembangunan ICT
di sekolah masing-masing supaya sekolah mereka nanti menjadi sekolah yang sentiasa
menggunakan ICT sama ada guru serta pelajar.

       Terdapat banyak cara yang boleh digunakan oleh guru dalam membangunkan ICT di
sekolah mereka. Antaranya ialah menggunakan Facebook, Wiki, Skype, Social Networking dan
juga Blog.Blog adalah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut
urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. (www.wikipedia.org/wiki/Blog)

       Semasa membina blog, guru haruslah memberikan beberapa kategori bagi menjadikan
sesebuah blog nampak menarik. Sesebuah Blog yang menari akan mengalakan seseorang itu
untuk terus melayari blog dan mencari maklumat dengan berterusan apabila rekaan blog
menarik. Hal ini juga akan berlaku kepada pelajar kita khususnya. Contohnya guru sejarah telah
membanggunkan blog nya bagi menyalin semua nota-nota dan soalan-soalan dalam blog untuk
dilayari oleh pelajar nya nanti. Andai kata blog yang di layari oleh pelajar itu menarik,
seseorang itu akan berminat dan teruja untuk membuka blog untuk kali kedua dan mereka
akan memaklumkan kepada pelajar lain mungkin kawan-kawan di sekolah lain.

       Untuk menghasilkan blog yang menaik, guru harus merancang untuk memikirkan
mengenai apakah perkara para pelajar perlu tahu dalam mendapatkan maklumat yang
dikumpulkan. Proses ini boleh juga dikatakan merancang semasa mengumpul maklumat dapat
dijalankan di mana beberapa maklumat yang diperoleh boleh membawa kepada maklumat yang
lain atau membawa kepada punca maklumat baru semasa pelajar meneroka blog kita nanti.
Selain itu juga, guru harus mempunyai carta aliran yang mudah sebagai panduan daripada
tujuan sehingga merancang, mengumpul makluamat, mengarang, mencuba dan menilai kerana
projek ini melibatkan proses yang berulang-ulang dan sukar dibuat secara terus-menerus
(Sharon E. Smaldino et al., 2012).
Seseorang guru juga harus memikirkan tentang imej ketika mencipta blog.Imej
memainkan peranan yang berkesan dalam menarik minat seseorang. Imej menggambarkan apa
yang ingin disampaikan oleh penulis dan menekankan sesuatu perkara tampa perlu
menjelaskannya dengan terperinci. Imej juga boleh mempunyai lebih daripada suatu maksud
dan lebih terdedah kepada pelbagai tafsiran berbanding teks yang khusus. Hamipir setiap masa,
gambar dan imej adalah perkara pertama yang disedari oleh pengguna setiap kali mereka
berpindah dari satu skrin ke skrin yang lain. Oleh sebab itu, gambar dan imej mempunyai
peranan yang penting dalam komunikasi.Selain itu juga, guru harus menyediakan imej
mempunyai ilustrasi idea, menceritakan kisah, menunjukan maklumat, memberi pertunjuk dan
warna yang sesuai bagi meransang pengguna nanti.

       Perkara yang seterusnya yang perlu difikirkan oleh guru ialah animasi. Animasi adalah
cara menunjukkan apa yang sedang berlaku dan lebih tepat daripada penjelasan. Animasi
secara khususnya berguna bagi menunjukkan proses dan konsep yang dinamik yang berlaku
perlahan atau lambat seperti perkembangan sesuatu perkara yang terjadi. Contohnya animasi
pembentukan benua, putaran bumi, gelombang dan sebagainya. Animasi adalah cara yang baik
bagi menjelaskan kefahaman pelajar supaya mereka boleh menentapkan peringkat-peringkat
mengikut susunan yang betul.

       Seterusnya perkara yang perlu diberikan perhatian ialah penggunaan teks.Apabila seatu
gambar boleh memberitahu banyak perkara, pelajar mungkin tidak perlu kepada teks yang
panjang lebar. Had masa tumpuan pelajar bagi membaca teks pada skrin dan ruang yang ada
boleh digunakan untuk kebaikan. Apabila pelajar tahu mereka perlu menjelaskan suatu konsep
dalam hanya lima baris ayat, mereka perlu meringkaskan serta menetapkan maklumat penting
sahaja. Di samping itu guru perlu memastikan persembahan menghiburkan dan difahami oleh
pelajar nanti. Teks haruslah ditulis dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki oleh pelajar sama
ada berbentuk cerita, laporan, kajian semula, surat atau beberapa bentuk transkip temu ramah.
Teks juga mempunyai beberapa fungsi antaranya tajuk-tajuk bagi seluruh persembahan,
panduan atau langkah-langkah panduan, memberikan penjelasan, tanda-tanda label, nasihat,
pertunjuk dan pelbagai lagi fungsi mengikut idea seseorang guru dalam membuat blog.Hal ini
penting supaya blog yang kita bina lebih mesra pengguna dan pelajar mempunyai banyak
kehendak yang mereka perlukan nanti.

       Selain itu juga, guru juga mengambil kira tentang kesan bunyi dalam penhasilan
blog.Bunyi dalam bentuk kata-kata berfungsi seperti teks.Walaubagaimanapun, terdapat dua
perbezaan yang penting. Pertama ialah walaupun suatu penjelasan dapat dibaca tetapi dengan
cara mendengar, penjelasan itu lebih mudah difahami dan diingati. Cara seseorang bercakap
tidak serupa dengan cara menulis. Semasa bercakap seseorang mungkin lebih banyak
menggunakan bahasa harian dan keadaan ini boleh memberi kesan hamper kepada pendengar
iaitu pelajar kita. Kedua pula guru harus memikirkan bagaimana pelajar memasukkan suara
mereka ke dalam program computer dengan cara yang membuatkan suara mereka jelas supaya
audiens boleh mendergar suara mereka dan mungkin dapat mengecam suara siapa. Pelajar
mungkin merasa seronok dengan memasukkan bunyi ke dalam persembahan mereka nanti.
Kesan bunyi ini sedikit sebamyak dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran nanti.

       Di dalam blog juga, guru juga boleh menyediakan rakaman video yang sesuai. Video
adalah cara yang terbaik bagi pelajar meletakkan diri mereka dalam pelbagai situasi nanti.
Sebagai contoh seorang guru ingin menjelaskan tentang keganasan Parti Komunis Malaya pada
masa dahulu.Untuk memastikan pelajar lebih memahami topik ini, guru boleh mengambil
beberapa vedio seperti Bukit Kepung. Seseorang yang mempunyai pehayatan cerita yang tinggi
akan mudah faham dalam mempelajari apa yang mereka telah pelajari. Bagi guru yang
mementingkan kefahaman yang tinggi untuk pelajar, guru pastinya akan memikirkan langkah
ini bagi pemehaman pelajar (Vivi lanchs. 2006).

6.0 Blogging Tips for Teachers

Dengan kepesatan teknologi pada masa kini, maka terhasilnya teknologi penyampaian yang
begitu berkesan kepada masyarakat terutamanya di dalam bidang pendidikan. Blog adalah
salah satu pendekatan yang telah digunakan untuk menyebarkan maklumat di dalam bidang
pendidikan.Oleh itu, blog banyak berguna dalam membantu perkembangan dalam pemikiran
manusia dalam perspektif pendidikan secara global.


       Ia amat berbeza dengan pengajaran secara tradisional yang hanya melibatkan
komunikasi satu hala, iaitu hanya guru yang bercakap di hadapan kelas. Manakala, pelajar
hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting sesebuah subjek. Proses
pengajaran dan pembelajaran cara ini sememangnya menyebabkan hilang minat pelajar
terhadap subjek tersebut dan menganggap ia adalah subjek yang sukar untuk difahami. Selain
itu, interaksi pelajar turut terbatas kerana guru hanya mengajar tanpa melihat sejauh mana
tahap keupayaan pembelajaran pelajar.
Blog amat berguna kepada golongan guru kerana blog yang dibina oleh guru
kebanyakkanya sebagai satu saluran komunikasi tambahan untuk berkongsi maklumat sama
ada berkaitan dengan kursus, pengurusan kursus, serta komen tentang hasil kerja pelajarnya.
Penggunaan teknologi menerusi blog iaitu secara atas talian ( online) dapat dijadikan sebagai
platform untuk guru serta pelajar belajar dengan berkongsi maklumat dengan pengguna blog
yang lain. Menurut Kennedy (2003), blog kini telah menjadi dimensi baru untuk pengajar-
pengajar dan pelajar-pelajar bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan cepat.
Pelajar boleh membaca apa sahaja maklumat yang telah pun dimuat turun, juga boleh
berinteraksi dengan guru iaitu pengendali blog yang telah memberi maklumat tersebut melalui
teknik perakam suara atau klip video.


       Melalui pengkongsian maklumat ini juga, blog dapat dijadikan sebagai tempat
perbincangan pada ruangan komentar atau ruangan chat box dari pelbagai lokasi di seluruh
dunia. Dengan interaksi antara guru-pelajar melalui penggunaan blog, secara tidak langsung
dapat melatih kemahiran menaip walaupun menggunakan pelbagai bahasa.Penggunaan blog
juga dapat memudahkan guru untuk melatih pelajar dalam kemahiran seni reka digital,
terutama dalam design blog, kod CSS ataupun „blog skin‟.Ini disebabkan penggunaan blog
memerlukan sedikit kemahiran yang memerlukan pengguna blog untuk mempelajarinya dan
dapat memperkembangkan lagi kemahiran pengguna dalam dunia digital.


       Golongan guru boleh menggunakan blog untuk mengutip kerja pelajar, disunting,
ditaksir dan diterbitkan untuk dikongsi bersama blogger yang lain. Melalui kaedah ini, ada
kalanya hasil kerja pelajar boleh dijadikan panduan kepada pelajar yang lain sama ada untuk
memperbaiki kelemahan mahupun mengambil contoh untuk hasil kerja yang seterusnya. Pelajar
tidak perlu lagi berasa sukar untuk menghantar tugasan yang diberikan. Kadangkala, sekiranya
pelajar tidak begitu memahami kehendak tugasan yang diberikan oleh guru, maka pelajar boleh
mengutarakan soalan mereka kepada rakan blogger yang lain dan juga guru untuk mencari
jalan penyelesaiannya.


       Penggunaan blog oleh guru merupakan tindakan yang bijak kerana pelajar dapat
menghantar penulisan secara atas talian. Secara tidak langsung, guru dapat mengasah bakat
pelajar dalam bidang penulisan dan dapat berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang
lain. Guru juga dapat menyelesaikan masalah bagi pelajar yang tidak begitu selesa dengan
penggunaan komputer dengan penggunaan blog.Hal ini dapat dibuktikan apabila pembinaan
blog tidak memerlukan pengetahuan yang luas tentang kod kod aturcara seperti HTML, PHP
dan sebagainya. Sebaliknya, blog lebih senang untuk di selenggara kerana ia telah tersedia ada
serta rekabnetuknya boleh diubah suai melalui kaedah „ drag and drop‟. Layout yang terdapat
dalam blog juga dikatakan lebih bersifat mesra pengguna.


       Selain itu, blog amat penting untuk guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Guru
dapat memberi perkembangan terbaru kepada pelajar dan pelajar dapat memberi respon
tentang perkara yang hendak disampaikan oleh guru. Blog dapat dijadikan platform untuk guru
memasukkan tip-tips menjawab soalan dan sebagainya. Guru juga dapat mempamerkan kerja-
kerja pelajar untuk dijadikan contoh kepada pelajar lain. Kebiasaanya hasil kerja pelajar akan
sentiasa dikemaskini dan ini dapat menjadikan pelajar akan sentiasa memperolehi maklumat
terkini daripada guru mereka.


       Guru dapat mempersembahkan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan teknik
powerpoint, teknik video dan audio dan dimasukkan ke dalam blog untuk dijadikan sumber
maklumat pelajar. Sebagai contoh, apabila guru mengajar sesuatu topik, guru akan mengambil
langkah dengan mencari video-video pendek di internet melalui youtube.com dan memuat
turunkannya dengan menggunakan perisian Internet Download Manager (IDM) bagi membantu
kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran. Penggunaan unsur gerak bunyi, warna
dan cahaya pada video secara langsung akan dapat menarik minat perhatian pelajar. Unsur ini
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat mempertingkatkan
kefahaman pelajar dan dan menghindar salah tanggapan dan pentafsiran pelajar.


       Untuk menjadikan pengajaran guru lebih berkesan maka guru telah memasukkan nota-
nota penting ke dalam blog sebagai rujukan pelajar. Penggunaan media dalam proses
pengajaran sememangnya memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran sekaligus menyumbang kepada kelancaran kedinamikan dalam lapangan
pendidikan.


       Guru juga perlu membiasakan pelajar dengan suasana pembelajaran yang menarik bagi
meningkatkan penglibatan mereka. Oleh itu, guru perlu mempunyai kemahiran untuk
merangsang motivasi dan minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
sama ada semasa di dalam kelas mahupun di luar kelas. Cara yang paling berkesan adalah
dengan penggunaan blog.
7.0 Advantages of Blogging in Education

       Corak pendidikan pada masa kini semestinya sudah banyak berubah jika dibandingkan
dengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi maklumat membawa implikasi
yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Konsep Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang
semakin popular dalam kalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinisikan PBK sebagai
perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan
(programminglanguage), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring
andprogramming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek (Scribd, 2009).


       Pengajaran secara tradisional banyak melibatkan komunikasi satu hala, iaitu guru sahaja
yang bercakap di hadapan sesebuah kelas. Pelajar hanya perlu duduk, mendengar dan
mencatatkan isi penting sesebuah matapelajaran. Persembahan sebegini sememangnya boleh
mengurangkan      minat   pelajar   terhadap    matapelajaran     tersebut   dan   seterusnya
mengkategorikannya sebagai matapelajaran yang sukar difahami. Ini kerana, interaksi yang
kurang di antara pelajar dan guru mengarahkan pelajar menjadi pelajar yang pasif. Di samping
itu, interaksi pelajar dengan matapelajaran itu sendiri turut terbatas kerana guru mengajar
tanpa mementingkan tahap keupayaan pembelajaran mereka. Pelajar juga sukar untuk
menentukan sejauh mana mereka boleh memahami pengajaran guru mereka (Baharuddin et
al., 2000).
       Penggunaan Internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan
juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan.
Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan
murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman
yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen
sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal
pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam
portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku
teks yang diperbaharui lima tahun sekali (Zalina Yahaya, 2001).
       Penggunaan blog sebagai media untuk menyampaikan maklumat oleh organisasi atau
individu semakin popular. Blog merupakan salah satu platform terbaik untuk digunakan dalam
pendidikan kerana blog merupakan saluran info yang mudah diselenggara, malah boleh didapati
dengan percuma. Guru dan pensyarah tidak perlu menguasai kemahiran pengaturcaraan
(programming) untuk menghasilkan laman blog mereka sendiri. Blog menyediakan peluang
kepada para blogger untuk mengumpulkan kumpulan komu iti daripada masyarakat luar yang
boleh terdiri daripada pelbagai pihak yang berbeza latar belakang sebagai komuniti di dalam
blog. Blog dapat memberi kuasa kepada kanak-kanak atau pelajar mudasatu suara yang akan
didengari oleh komuniti umum. Terdapat beberapa organisasi blog yang menyediakan tapak
blog     secara    percuma.      Contohnya      http://blogspot.com/      http://wordpress.com
danhttp://edublogs.org/.
        Guru atau pensyarah tidak harus ketinggalan mempelajari cara membangunkan blog,
mengaplikasi prinsip pedagogi dalam menggunakan blog apabila mengendalikan sesuatu
kursus, dan mengeksploitasi kemudahan yang ada dalam blog. Berbanding dengan format html
untuk sesuatu laman web yang menggunakan teknologi Web 1.0, format blog menggunakan
teknologi Web 2.0 adalah lebih mudah digunakan dan memenuhi ciri-ciri teknologi masakini. .
Kesemua menu, paparan tema, wijet dan tools untuk menyelenggara blog telah tersedia.
Kepentingan web blog kepada pelajar ialah pelajar boleh berkomunikasi tentang isu semasa
atau maklumat yang terbaru secara terus, menyediakan portal untuk kegunaan pelajar,
memudahkan pelajar untuk menghantar tugasan, dan juga memudahkan pelajar melihat ulasan
terhadap tugasan atau subjek yang dibincangkan.
        Selain itu, ruangan post forum yang disediakan juga bertujuan untuk memberikan
peluang kepada pelajar membuat refleksi setiap topik yang diajar di dalam kelas, memberi
komen    kepada   setiap   maklumat    terbaru,mengadakan     aktiviti   perbincangan   tentang
pembelajaran, bengkel, atau kerja kursus. Web blog ini juga adalah salah satu cara untuk
membenarkan pelajar berinteraksi dengan pelajar lain tentang apa jua aktiviti pembelajaran
dan juga salah satu cara untuk memberi pelajar ruang melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang
dijalankan.
        Forum secara maya adalah salah satu teknologi yang sangat berpotensi sebagai ruang
perbincangan dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun banyak kajian yang telah
dijalankan terhadap ruang perbincangan secara online yang dibangunkan untuk komuniti
pendidik umumnya menunjukkan penyertaan yang sangat rendah. Kajian juga menunjukkan
sebahagian besar warga pendidik yang terlibat di dalam perbincangan secara maya telah
menggunakan ruangan tersebut untuk membincangkan perkara-perkara yang remeh dan
mengandungi maklumat yang kurang tepat. Selain itu juga,perbincangan yang di adakan dalam
laman forum adalah perbincangan bagi pelajar yang mempunyai kata laluan sahaja. Ia tidak
melibatkan perbincangan secara global. Malah topik yang dibincangkan tidak dapat dipaparkan
secara terbuka. (Dr. Sajap Maswan, 2009).
Kebaikan blog yang paling ketara dan sangat popular sekali pula adalah digunakan
untuk berkongsi maklumat terkini. Pengguna atau pembaca boleh membaca apa saja maklumat
yang dimuat turun, pengguna juga dapat berinteraksi dengan pengendali blog yang
memberikan maklumat tersebut melalui teks, imej,rakaman suara atau klip video. Ini
merupakan salah satu kebaikan utama dan paling polular digunakan oleh pengguna.
       Selain itu juga, kelebihan blog adalah mudah untuk digunakan dalam menghantar
penulisan secara atas talian. Jesteru itu, pelajar dapat mengasah bakat dalam bidang penulisan
disamping dapat berkongsi maklumat dengan pengguna yang lain. Ia juga digunakan sebagai
laluan teknologi bagi pelajar-pelajar yang tidak selesa menggunakan komputer. Semakin lama
para pelajar didedahkan dengan penggunaan blog maka mereka mudah untuk menggunakan
teknologi yang sedia ada. Pembinaan blog juga tidak memerlukan pengetahuan yang luas
tentang kod-kod aturcara seperti HTML, CSS, PHP dan sebagainya. Blog lebih senang
diselenggara kerana telah tersedia fungsi kiriman mudah serta rekabentuk yang boleh di
ubahsuai melalui kaedah “drag and drop”. Layout dalam blog juga adalah bersifat mesra
pengguna.
       Selain daripada perkongsian maklumat ia juga digunakan sebagai tempat perbincangan
di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia. Ini adalah sangat jauh
berbeza, berkesan dan sangat cepat daripada menggunakan ruangan forum di halaman surat
khabar.     Tidak   mustahilah    penggunaan       blog    ini    sangat   cepat        berkembang.
Dengan hubungan dan interaksi dari penggunaan blog, ia seterusnya dapat melatih kemahiran
menaip, walau dalam pelbagai bahasa. Ini kerana ia bukan hanya dapat dilihat dan dikongsikan
dari      dalam       Negara       sendiri        tetapi         seluruh       pelusuk         dunia.
Penggunaa blog juga dapat melatih kemahiran seni reka digital, terutama design blog, kod CSS
atau „blog skin‟. Ini kerana penggunaan blog memerlukan sedikit kemahiran minimum yang
memerlukan     pengguna    blog   untuk      mempelajarinya,      penggunaan     blog    ini   dapat
memperkembangkan lagi kemahiran pengguna dalam dunia digital. Blog merupakan tempat
yang sangat sesuai untuk menyampaikan idea, gagasan atau tugasan, bagi seorang pensyarah,
atau guru. Penggunaan blog dapat memudahkan penyampaian idea, gagasan ataupun tugasan
dikongsikan atau di sampaikan kepada pengguna,pelajar ataupun rakan-rakan sekerja.
(http://kidut.blogspot.com/2010/08/blogging.html)
       Penggunaan teknologi menerusi blog dapat membantu pelajar berhubung secara atas
talian (on-line) dengan guru atau rakan-rakan. Pelajar boleh menggunakan blog sebagai
medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat ataupun berkongsi maklumat dengan
pengguna blog yang lain. Menurut Kennedy (2003) blog kini telah menjadi dimensi baru untuk
pengajar-pengajar dan pelajarpelajar bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan
segera. Blog boleh menjadi medium di mana kerja pelajar dikutip, disunting dan ditaksir dan
seterusnya diterbitkan untuk penonton atau pembaca maya.
       Pembinaan atau pembangunan laman blog merupakan salah satu bahan yang
membantu tugas guru dalam usaha menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid.
Namun, harus diingat bahawa penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran bukan untuk menggantikan tugas guru, tetapi untuk memenimbulkan suasana
pengajaran yang lebih menyoronokkan, berkesan dan lebih bermakna (Isham & M.Arif 2008).
Kelebihan dan keistimewaan aplikasi multimedia berbanding pengajaran tradisional harus
diambil kesempatan oleh Guru juga kerana ia mampu untuk meningkatkan keberkesanan
proses P & P itu sendiri.Oleh itu, inovasi dalam bidang ICT ini perlu dimanfaatkan oleh semua
warga pendidik supaya budaya pembelajaran berasaskan teknologi ini dapat diterapkan dalam
pengajaran mereka supaya P & P menjadi lebih menarik dan berkesan (Kamarul Azmi & Ab.
Halim 2007).
       Penggunaan blog juga mempunyai keburukannya tersendiri. Jika seseorang yang
mengendalikan blog tu menggunakan blog tersebut dengan baik maka baiklah hasilnya, Jika
pengendali blog tersebut menyalah gunakan blog tersebut dan menggunakannya dengan tidak
baik atau buruk maka buruk lah juga hasil atau pengaruhnya. Jika baik, maka baiklah blog tu,
jadi bermanfaat. Jika buruk orangnya, maka akan menjadi buruklah blog tersebut di mata
masyarakat. Antara keburukan blog yang utama adalah ia digunakan untuk menyampaikan
maklumat palsu, fakta salah, juga yang berunsur fitnah. Pada zaman IT ini, penyampaian
maklumat palsu, fakta salah, dan fitnah menjadi sangat mudah disebarkan dan disalahgunakan.
Ia tidak terkecuali dari melibatkan politik, individu, syarikat, Negara dan banyak lagi.
Penyalahgunaan seperti ini bukan sahaja merosakkan hubungan, tetapi juga dapat mengkucar-
kacirkan suasana. http://kidut.blogspot.com/2010/08/blogging.html
       Blog juga digunakan untuk memburukkan seseorang, misalnya tokoh politik dan
selebriti. Penggunaan blog seperti ini adalah sepatutnya tidak bermoral dan boleh mengaibkan
seseorang. Penggunaan blog seperti ini biasanya terjadi apabila timbul rasa tidak puas hati,
cemburu,       dan    ingin    menjatuhkan       status,    ataupun      nama      seseorang.
Kemudahan seperti ini tidak lari daripada terdedah kepada penyebaran SPAM, iaitu maklumat
tidak berguna semata-mata mendapat untung besar dari iklan di blog. Ramai pengguna lain
yang ingin mengambil kesempatan daripada perkhidmatan blog ini dengan menyebarkan SPAM
yang mungkin disertakan dengan VIRUS computer yang akan merosakkan system ataupun
perisian dalam komputer pengguna. Keburukan lainnya adalah sesiapa saja boleh menyamar
ketika menjadi pengendali blog, walaupun tanpa memaparkan nama dan wajah sebenar. Oleh
itu kita tidak tahu sama ada pengendalinya itu jujur ataupun sebaliknya. Biasanya kejadian ini
berlaku     atas   tujuan   tertentu,   bagi   mendapatkan   keuntungan   ataupun   penipuan.
http://kidut.blogspot.com/2010/08/blogging.html


8.0 Ways Teachers Can Use Blogs in their Classrooms

          Pada hari ini, hampir semua orang mempunyai blog sendiri ataupun blog peribadi.Malah
ada yang memiliki sehingga 5 buah blog. Oleh itu, ramai juga para pendidik yang menggunakan
kesempatan ini untuk menggunakan outlet ini sebagai sebuah alat bantu mengajar di dalam
kelas.
          Akan tetapi, kegunaan blog di dalam bilik darjah kini tidak terhad kepada menjadi
tempat untuk meninggalkan kerjarumah ataupun mengongsikan pengumuman. Berikut adalah
beberapa tips untuk guru melaksanakan P&P menggunakan blog di dalam bilik darjah:
Kolaborasi:
Salah satu kaedah terbaik untuk mengintegrasikan blog di dalam bilik darjah adalah dengan
menggunakannya untuk tujuan melaksanakan perbincangan dan projek kolaboratif.Murid-murid
boleh mengutarakan idea mereka, memberi komen tentang perbincangan, refleksi mereka
terhadap tugasan dan pensyarah dan banyak lagi. Blog boleh menjadi tempat kepada para
pelajar untuk bekerja bersama-sama untuk mengongsikan idea dan boleh juga digunakan oleh
guru untuk membimbing perbincangan yang turut melibatkan pemikiran kritis dan kreatif.
Refleksi:
Murid-murid boleh menggunakan blog sebagai satu ruang untuk mengongsikan refleksi mereka
terhadap tugasan yang sukar. Guru perlu memberi suatu persoalan yang membangkitkan
keinginan pelajar untuk mencari penyelesaian. Dengan menulis respon mereka dan menjawab
tugasan tersebut di dalam blog, maka respon mereka itu boleh dilihat oleh rakan-rakan sekelas
mereka yang lain.
Penulisan:
          Dengan adanya blog, ia telah menggalakkan pelajar untuk mencari bahan rujukan
secara online. Maka dengan itu, penulisan boleh bertingkat daripada akademik kepada
berbentuk peribadi seterusnya memajukan kemahiran penulisan dan luahan peribadi.
Kelas Bimbingan:
          Murid-murid biasanya memerlukan bantuan lebih untuk memahami konsep.Oleh itu,
guru bolehlah mencipta blog dengan pelbagai bahan rujukan tambahan daripada bahan bacaan
kepada bahan latihan untuk memberikan murid bantuan yang mereka perlukan. Guru perlu
lebih banyak meninggalkan video, bahan bacaan dan bahan audio di dalam blog untuk tujuan
rujukan dan membantu pelajar yang memerlukan bimbingan.
Pengurusan bilik darjah:
Blog adalah merupakan satu cara mudah untuk menyelaraskan pengumuman dengan tugasan
di bilik darjah. Guru boleh menggunakan blog untuk meninggalkan kerja rumah, maklumbalas
dan juga memerikan makluman mengenai keperluan dan aktiviti kelas pada masa akan dating.
Ia juga merupakan satu tempat untuk berkongsikan tentang beberpa anugerah ataupun
beberapa gambar yang diperoleh daripada acara-acara tertentu.
Portfolio Dalam Talian:
          Murid-murid boleh menghasilkan suatu portfolio dalam talian yang boleh digunakan
untuk mengukur kemajuan di dalam matapelajaran sepanjang semester persekolahan dalam
setahun, dan juga boleh digunakan untuk suatu projek jangka panjang yang memerlukan
rujukan. Ianya juga sangat berguna untuk membolehkan murid-murid melihat apa yang telah
mereka hasilkan dan bagaimana kemajuan mereka.
          Selain itu, blog turut menawarkan satu perantara yang membantu pelajar dengan
kemahiran membaca dan menulis.Ia memberikan pelbagai bahan dalam satu forum online dan
dalam masa yang sama mereka boleh mendapat beberapa permainan, berinteraksi dengan
rakan-rakan mahupun membaca tentang pekara-pekara yang disukai oleh mereka.
          Di samping itu, dalam dunia media sosial seperti pada hari ini, kebanyakkan kita
berkongsi sebahagian mengenai kehidupan kita dengan rakan-rakan menggunakan laman sosial
seperti    Facebook, blog dan SMS.      Sebagai seorang guru, anda mempunyai peluang yang
banyak untuk memodelkan blogging sebagai tempat meluahkan fikiran, menggunakan blog
refleksi guru atau meletakkan ruangan anda dalam blog kelas anda.
          Di sini, kongsikanlah prinsip pengajaran anda dengan ibu bapa dan rakan guru yang lain
dan tunjukkanlah sifat terbuka anda terhadap komen dan bertindak balas sebagai seorang
blogger. Tunjukkanlah bahawa anda sangat meminati aktiviti pengajaran pada setiap hari
dengan kerap menghantar pesanan ataupun „post‟. Dalam mengaplikasi blog dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas, beberapa           idea yang boleh digunakan
adalah seperti berikut:
•         Kongsikan pengalaman anda tentang permulaan persekolahan
•         Kongsikan mengenai apa yang menarik dalam sebuah buku yang baru anda baca
ataupun tentang sebuah filem
•         Ceritakan apa sahaja yang menarik perhatian anda tentang kelas anda
•         kongsikan pengalaman menarik anda semasa musim cuti yang lepas
•         Berkongsi dengan pelajar mengenai beberapa laman web menarik yang anda jumpa.
•         galakkan pelajar untuk menulis dalam blog kelas tentang pasukan sebuah kelab di
sekolah dalam bentuk paparan surat khabar. Galakkan mereka untuk memberi komen
terhadap komen rakan lain dan galakkan mereka untuk menjemput ibu bapa untuk turut
memberi komen
•      Apabila kembali ke sekolah selepas tamatnya tempoh cuti sekolah, guru boleh meminta
pelajar untuk menceritakan tentang pengalaman cuti mereka secara terperinci dari satu
peringkat ke satu peringkat di dalam blog kelas. Galakkan mereka untuk saling memberi
komen terhadap cerita masing-masing
•      Guru juga harus memastikan muridnya menulis satu entri blog dari sudut yang berbeza.
•      Murid-murid biasanya inginkan sesuatu yang memberikan keadilan kepada mereka. Oleh
itu, guru harus menggalakkan guru untuk menyatakan pendapat yang mereka rasa logik
dalam blog kelas anda. Berikan mereka satu topik hangat dan biarkan mereka untuk
membangunkan pemikiran logik dan menulis sokongan kepada hujah mereka itu.
•      Galakkan murid-murid untuk menyumbangkan idea mereka untuk menjadikan kelas
sebagai ataupun subjek yang sedang dipelajari itu menarik
•      Jemput murid-murid untuk bertanyakan beberapa soalan mengenai kandungan
matapelajaran ataupun mana-mana sahaja idea yang berkaitan.
•      Berikan beberapa tips di dalam blog kelas sebelum memulakan ujian ataupun kuiz



9.0 Examples of Successful Student, Class, and Teacher Blogs

Contoh Blog pendidikan.

Di Malaysia terdapat banyak blog-blog yang sangat popular. Antara blog yang berkaitan
pendidikan adalah seperti berikut:

http://www.iluvislam.com/

http://norainiamran.blogspot.com/

http://psksksd.blogspot.com/

http://buletinkpm.blogspot.com/

http://bloganakkhas.blogspot.com/

http://bioperubatan.blogspot.com/

http://kembarabahasa.blogspot.com/
Di peringkat dunia pula kita boleh meliha banyak lagi blog yang popular. Di web Online
education Database telah menyenaraikan 100 blog pendidikan terbaik. Antaranya adalah :

1. http://www.honestcollege.com/

2. http://blogs.makingitcount.com/yearone/

3. http://clive-shepherd.blogspot.com/

4. http://davidwarlick.com/2cents/

5. http://coolcatteacher.blogspot.com/

Lain-lain senarai boleh melawati pautan laman web berikut :

http://oedb.org/library/features/top-100-education-blogs

Contenu connexe

Tendances

TUGAS SIM, MARINI KHALISHAH KHANSA, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M.Si, BLOG DAN ...
TUGAS SIM, MARINI KHALISHAH KHANSA, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M.Si, BLOG DAN ...TUGAS SIM, MARINI KHALISHAH KHANSA, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M.Si, BLOG DAN ...
TUGAS SIM, MARINI KHALISHAH KHANSA, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M.Si, BLOG DAN ...Marini Khalishah Khansa
 
Presentasi pembuatan blog
Presentasi pembuatan blogPresentasi pembuatan blog
Presentasi pembuatan blogDhamy Manesi
 
CARA MEMBUAT BLOG
CARA MEMBUAT BLOGCARA MEMBUAT BLOG
CARA MEMBUAT BLOG12345farif
 
Cara Membuat Blog Gratis by Boby Candra - www.carapemula.wordpress.com
Cara Membuat Blog Gratis by  Boby Candra - www.carapemula.wordpress.comCara Membuat Blog Gratis by  Boby Candra - www.carapemula.wordpress.com
Cara Membuat Blog Gratis by Boby Candra - www.carapemula.wordpress.comBoby Candra
 
TUGAS SIM, LISANIAH AMINI LISA'ILINA, YANANTO MIHADI PUTRA, BLOG DAN SISTEM D...
TUGAS SIM, LISANIAH AMINI LISA'ILINA, YANANTO MIHADI PUTRA, BLOG DAN SISTEM D...TUGAS SIM, LISANIAH AMINI LISA'ILINA, YANANTO MIHADI PUTRA, BLOG DAN SISTEM D...
TUGAS SIM, LISANIAH AMINI LISA'ILINA, YANANTO MIHADI PUTRA, BLOG DAN SISTEM D...LisaniahAmini
 
Modul tentang Blog
Modul tentang BlogModul tentang Blog
Modul tentang BlogRianto
 
Power point materi blog
Power point materi blogPower point materi blog
Power point materi blogRecky Al-Haddi
 
Materi internet
Materi internetMateri internet
Materi internetmutia123
 
Java desktop ifnu bima
Java desktop   ifnu bimaJava desktop   ifnu bima
Java desktop ifnu bimaJogal
 
Mengelola isihalamanweb5 (ind)
Mengelola isihalamanweb5 (ind)Mengelola isihalamanweb5 (ind)
Mengelola isihalamanweb5 (ind)Sayugo
 
Tugas Rekayasa Web 0316
Tugas Rekayasa Web 0316Tugas Rekayasa Web 0316
Tugas Rekayasa Web 0316art david
 

Tendances (20)

TUGAS SIM, MARINI KHALISHAH KHANSA, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M.Si, BLOG DAN ...
TUGAS SIM, MARINI KHALISHAH KHANSA, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M.Si, BLOG DAN ...TUGAS SIM, MARINI KHALISHAH KHANSA, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M.Si, BLOG DAN ...
TUGAS SIM, MARINI KHALISHAH KHANSA, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M.Si, BLOG DAN ...
 
Presentasi pembuatan blog
Presentasi pembuatan blogPresentasi pembuatan blog
Presentasi pembuatan blog
 
Nge – Blog !
Nge –  Blog !Nge –  Blog !
Nge – Blog !
 
CARA MEMBUAT BLOG
CARA MEMBUAT BLOGCARA MEMBUAT BLOG
CARA MEMBUAT BLOG
 
Cara Membuat Blog Gratis by Boby Candra - www.carapemula.wordpress.com
Cara Membuat Blog Gratis by  Boby Candra - www.carapemula.wordpress.comCara Membuat Blog Gratis by  Boby Candra - www.carapemula.wordpress.com
Cara Membuat Blog Gratis by Boby Candra - www.carapemula.wordpress.com
 
TUGAS SIM, LISANIAH AMINI LISA'ILINA, YANANTO MIHADI PUTRA, BLOG DAN SISTEM D...
TUGAS SIM, LISANIAH AMINI LISA'ILINA, YANANTO MIHADI PUTRA, BLOG DAN SISTEM D...TUGAS SIM, LISANIAH AMINI LISA'ILINA, YANANTO MIHADI PUTRA, BLOG DAN SISTEM D...
TUGAS SIM, LISANIAH AMINI LISA'ILINA, YANANTO MIHADI PUTRA, BLOG DAN SISTEM D...
 
Materi blog
Materi blogMateri blog
Materi blog
 
Modul tentang Blog
Modul tentang BlogModul tentang Blog
Modul tentang Blog
 
Panduan Blogging
Panduan BloggingPanduan Blogging
Panduan Blogging
 
Makalah html5
Makalah html5Makalah html5
Makalah html5
 
Power point materi blog
Power point materi blogPower point materi blog
Power point materi blog
 
Materi internet
Materi internetMateri internet
Materi internet
 
Tugas 1
Tugas 1Tugas 1
Tugas 1
 
Java desktop ifnu bima
Java desktop   ifnu bimaJava desktop   ifnu bima
Java desktop ifnu bima
 
ulasan blog
ulasan blogulasan blog
ulasan blog
 
Mengelola isihalamanweb5 (ind)
Mengelola isihalamanweb5 (ind)Mengelola isihalamanweb5 (ind)
Mengelola isihalamanweb5 (ind)
 
Tugas Rekayasa Web 0316
Tugas Rekayasa Web 0316Tugas Rekayasa Web 0316
Tugas Rekayasa Web 0316
 
Ulasan Blog
Ulasan BlogUlasan Blog
Ulasan Blog
 
Ulasan Blog
Ulasan BlogUlasan Blog
Ulasan Blog
 
Modul blogspot
Modul blogspotModul blogspot
Modul blogspot
 

Similaire à What is blogging

Materi pengenalan blog
Materi pengenalan blog Materi pengenalan blog
Materi pengenalan blog Drs. HM. Yunus
 
Power point blog juanda wisno 1104114070 psp
Power point blog juanda wisno 1104114070 pspPower point blog juanda wisno 1104114070 psp
Power point blog juanda wisno 1104114070 pspjuandawisno
 
Sim nur putriana prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma blogger
Sim nur putriana prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma bloggerSim nur putriana prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma blogger
Sim nur putriana prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma bloggerNur Putriana
 
Makalah blog dalam pendidikan
Makalah blog dalam pendidikanMakalah blog dalam pendidikan
Makalah blog dalam pendidikanasriyanti25
 
Makalah kel 3 Blog Pembelajaran
Makalah kel 3 Blog PembelajaranMakalah kel 3 Blog Pembelajaran
Makalah kel 3 Blog Pembelajaranfinafidiana
 
88 cara inspiratif berburu ide untuk blog
88 cara inspiratif berburu ide untuk blog88 cara inspiratif berburu ide untuk blog
88 cara inspiratif berburu ide untuk blogRicky Vb
 
Cara membuat blogger
Cara membuat bloggerCara membuat blogger
Cara membuat bloggerM AR
 
Tutorial wordpress terbaru 2013
Tutorial wordpress terbaru 2013Tutorial wordpress terbaru 2013
Tutorial wordpress terbaru 2013Hendri Destiwanto
 
Tugas sim, anis haerunisa, yananto mihadi putra, se,m.si, konsep blog dan dat...
Tugas sim, anis haerunisa, yananto mihadi putra, se,m.si, konsep blog dan dat...Tugas sim, anis haerunisa, yananto mihadi putra, se,m.si, konsep blog dan dat...
Tugas sim, anis haerunisa, yananto mihadi putra, se,m.si, konsep blog dan dat...AnisHaerunisa2
 
Nonvita Pratiwi, 43116010090, Hapzi Ali - blog dan database sederhana, Univer...
Nonvita Pratiwi, 43116010090, Hapzi Ali - blog dan database sederhana, Univer...Nonvita Pratiwi, 43116010090, Hapzi Ali - blog dan database sederhana, Univer...
Nonvita Pratiwi, 43116010090, Hapzi Ali - blog dan database sederhana, Univer...nonvitaapratiwi
 
Mengenal blogger
Mengenal bloggerMengenal blogger
Mengenal bloggernikmah05
 
PJJ DMI Evaluasi Produk Web.pptx
PJJ DMI Evaluasi Produk Web.pptxPJJ DMI Evaluasi Produk Web.pptx
PJJ DMI Evaluasi Produk Web.pptxhudriyah1
 
Tugas akhir semester 1 presentasi blog
Tugas akhir semester 1 presentasi blogTugas akhir semester 1 presentasi blog
Tugas akhir semester 1 presentasi blogiskakiswadi
 

Similaire à What is blogging (20)

Materi pengenalan blog
Materi pengenalan blog Materi pengenalan blog
Materi pengenalan blog
 
Internet
InternetInternet
Internet
 
Power point blog juanda wisno 1104114070 psp
Power point blog juanda wisno 1104114070 pspPower point blog juanda wisno 1104114070 psp
Power point blog juanda wisno 1104114070 psp
 
Web blog article
Web blog articleWeb blog article
Web blog article
 
Web blog article
Web blog articleWeb blog article
Web blog article
 
Web blog article
Web blog articleWeb blog article
Web blog article
 
Sim nur putriana prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma blogger
Sim nur putriana prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma bloggerSim nur putriana prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma blogger
Sim nur putriana prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma blogger
 
Makalah blog dalam pendidikan
Makalah blog dalam pendidikanMakalah blog dalam pendidikan
Makalah blog dalam pendidikan
 
Makalah kel 3 Blog Pembelajaran
Makalah kel 3 Blog PembelajaranMakalah kel 3 Blog Pembelajaran
Makalah kel 3 Blog Pembelajaran
 
Tugas sim blog dan database
Tugas sim   blog dan databaseTugas sim   blog dan database
Tugas sim blog dan database
 
Materi
MateriMateri
Materi
 
88 cara inspiratif berburu ide untuk blog
88 cara inspiratif berburu ide untuk blog88 cara inspiratif berburu ide untuk blog
88 cara inspiratif berburu ide untuk blog
 
Cara membuat blogger
Cara membuat bloggerCara membuat blogger
Cara membuat blogger
 
Tutorial wordpress terbaru 2013
Tutorial wordpress terbaru 2013Tutorial wordpress terbaru 2013
Tutorial wordpress terbaru 2013
 
Tugas sim, anis haerunisa, yananto mihadi putra, se,m.si, konsep blog dan dat...
Tugas sim, anis haerunisa, yananto mihadi putra, se,m.si, konsep blog dan dat...Tugas sim, anis haerunisa, yananto mihadi putra, se,m.si, konsep blog dan dat...
Tugas sim, anis haerunisa, yananto mihadi putra, se,m.si, konsep blog dan dat...
 
Nonvita Pratiwi, 43116010090, Hapzi Ali - blog dan database sederhana, Univer...
Nonvita Pratiwi, 43116010090, Hapzi Ali - blog dan database sederhana, Univer...Nonvita Pratiwi, 43116010090, Hapzi Ali - blog dan database sederhana, Univer...
Nonvita Pratiwi, 43116010090, Hapzi Ali - blog dan database sederhana, Univer...
 
Apa itu Blog ?
Apa itu Blog ?Apa itu Blog ?
Apa itu Blog ?
 
Mengenal blogger
Mengenal bloggerMengenal blogger
Mengenal blogger
 
PJJ DMI Evaluasi Produk Web.pptx
PJJ DMI Evaluasi Produk Web.pptxPJJ DMI Evaluasi Produk Web.pptx
PJJ DMI Evaluasi Produk Web.pptx
 
Tugas akhir semester 1 presentasi blog
Tugas akhir semester 1 presentasi blogTugas akhir semester 1 presentasi blog
Tugas akhir semester 1 presentasi blog
 

Plus de Mohd Kasman

Sila respon untuk isu ini pula
Sila respon untuk isu ini pulaSila respon untuk isu ini pula
Sila respon untuk isu ini pulaMohd Kasman
 
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja yaJawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja yaMohd Kasman
 
Bagaimana mengguna video dalam kelas
Bagaimana mengguna video dalam kelasBagaimana mengguna video dalam kelas
Bagaimana mengguna video dalam kelasMohd Kasman
 
Apakah definisi teori multi modality
Apakah definisi teori multi modalityApakah definisi teori multi modality
Apakah definisi teori multi modalityMohd Kasman
 
Sila refleks tentang proses dan ciri
Sila refleks tentang proses dan ciriSila refleks tentang proses dan ciri
Sila refleks tentang proses dan ciriMohd Kasman
 
Sejarah tingkatan 1
Sejarah tingkatan 1Sejarah tingkatan 1
Sejarah tingkatan 1Mohd Kasman
 
Tayangan Slide : Tips kesihatan ketika musim banjir
Tayangan Slide : Tips kesihatan ketika musim banjirTayangan Slide : Tips kesihatan ketika musim banjir
Tayangan Slide : Tips kesihatan ketika musim banjirMohd Kasman
 
Jawapan soalan-soalan EDMODO
Jawapan soalan-soalan EDMODOJawapan soalan-soalan EDMODO
Jawapan soalan-soalan EDMODOMohd Kasman
 
Perkembangan negara luar memberi inspirasi perjuangan
Perkembangan negara luar memberi inspirasi perjuanganPerkembangan negara luar memberi inspirasi perjuangan
Perkembangan negara luar memberi inspirasi perjuanganMohd Kasman
 
Assgment individu tekno evonne
Assgment individu tekno evonneAssgment individu tekno evonne
Assgment individu tekno evonneMohd Kasman
 
Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Mohd Kasman
 

Plus de Mohd Kasman (17)

Sila respon untuk isu ini pula
Sila respon untuk isu ini pulaSila respon untuk isu ini pula
Sila respon untuk isu ini pula
 
Modal rm1 juta
Modal rm1 jutaModal rm1 juta
Modal rm1 juta
 
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja yaJawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya
 
Bagaimana mengguna video dalam kelas
Bagaimana mengguna video dalam kelasBagaimana mengguna video dalam kelas
Bagaimana mengguna video dalam kelas
 
Apakah definisi teori multi modality
Apakah definisi teori multi modalityApakah definisi teori multi modality
Apakah definisi teori multi modality
 
Sila refleks tentang proses dan ciri
Sila refleks tentang proses dan ciriSila refleks tentang proses dan ciri
Sila refleks tentang proses dan ciri
 
Sejarah tingkatan 1
Sejarah tingkatan 1Sejarah tingkatan 1
Sejarah tingkatan 1
 
Infografik
InfografikInfografik
Infografik
 
Kenali sarawak
Kenali sarawakKenali sarawak
Kenali sarawak
 
Infografik
InfografikInfografik
Infografik
 
Tayangan Slide : Tips kesihatan ketika musim banjir
Tayangan Slide : Tips kesihatan ketika musim banjirTayangan Slide : Tips kesihatan ketika musim banjir
Tayangan Slide : Tips kesihatan ketika musim banjir
 
Jawapan soalan-soalan EDMODO
Jawapan soalan-soalan EDMODOJawapan soalan-soalan EDMODO
Jawapan soalan-soalan EDMODO
 
Perkembangan negara luar memberi inspirasi perjuangan
Perkembangan negara luar memberi inspirasi perjuanganPerkembangan negara luar memberi inspirasi perjuangan
Perkembangan negara luar memberi inspirasi perjuangan
 
Assgment individu tekno evonne
Assgment individu tekno evonneAssgment individu tekno evonne
Assgment individu tekno evonne
 
Slide blog
Slide blogSlide blog
Slide blog
 
Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 

What is blogging

  • 1. 1.0 What is Blogging Menurut wikipedia blog iaitu singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio(podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas. Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog. Menurut Mohd Zulfadli pula blog adalah ringkasan bagi weblog. Blog adalah jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat atau penulisan secara peribadi mengenai sesuatau perkara dan sentiasa dikemas kini. Konsep blog adalah sama seperti diari harian. Blog mempunyai perbezaan dengan web biasa dari segi susunan artikelnya yang revers chronoligi order. Ini bermaksud setiap kali ada update dari blog penulisan terkini akan berada di atas dan yang lepas berada dibawah. Blog sangat mudah digunakan kerana tanpa kepakaran dalam bidang teknikal orang ramai boleh menggunakan blog. Ini adalah kerana penggunaan blog seolah-olah sama dengan kelengkapan yang ada pada Microsoft Office. Sejarah blog bermula dengan penggunaan perkataan web blog dimulakan Jorn Barger pada 17 Disember 1997. Terdapat juga pendapat mengatakan terdapatnya seorang pelajar di Kolej Swarthmore, Amerika Syarikat iaitu Justin Hall dipercayai telah menceburi dunia penulisan blog sejak 1994 selama 8 tahun. Beliau dipercayai antara blogger terawal dan impaknya dalam penulisan blog telah membuka lanskap dan dimensi baru dalam dunia penulisan moden. Perkataan blog akhirnya di terima pakai masyarakat blog dan pembaca di seluruh dunia secara meluas.
  • 2. Ramai penulis percaya blog lebih kepada berbentuk jurnal dan catatan diari dengan isi kandungannya boleh dikongsikan untuk tatapan umum di internet. Ini adalah kerana pelbagai maklumat dan informasi dalam pelbagai bidang boleh dikongsikan secara global. Malah, pembaca boleh berinteraksi antara satu sama lain serta memberikan komen dan ulasan yang membina terhadap catatan yang dibuat (Noor Fazlinda Binti Othman, 2010) Terdapat beberapa istilah asas bagi penggunaan blog iaitu blogging merupakan aktiviti mengemaskini atau mengurus blog. Selain itu juga blogger juga membawa maksud pemilik atau penulis blog. Blog juga merupakan artikel dalam tulisan oleh blogger. Blog berfungsi untuk menulis sesuatu artikel. Artikel tersebut juga boleh di berikan komen oleh pelawat dan pembaca.Ini adalah antara ciri yang membezakan blog dengan web biasa. Pelawat boleh menulis segala pendapat dan pandangan terhadap penulisan pemilik blog atau penulisnya. Namun ciri ini boleh di disablekan bergantung kepada pemilik blog. Blog juga mudah untuk dikemas kini kerana mudah digunakan. Enjin carian mudah meng-index laman web jenis blog kerana ciri-ciri blog yang sentiasa dikemas kini. Laman web statik pula sangat sukar dikemaskini dan tidak mampu dilakukan tanpa pengatahuan yang baik dalam bidang teknikal ini. 2.0 Difference between A Blog and a Website 2.1 BLOG Pada amnya, log web atau blog (kata lahir daripada perkataan inggerisnya), Weblog merupakan diari peribadi, ruang kolaboratif, saluran berita terkini dan koleksi pautan kepada memo-memo pandangan peribadi anda untuk tatapan umum. Pendek kata, blog anda boleh menjadi apa-apa sahaja yang anda inginkan. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis blog, dan tiada peraturan yang tetap mengenainya. Ringkasnya, blog ialah satu laman web untuk anda membuat catatan secara berterusan.Perkara baharu dipaparkan pada bahagian paling atas agar pelawat boleh membaca catatan terkini.Kemudian mereka boleh member komen terhadap erti anda, membuat pautan kepadanya atau menghantar e-mel kepada anda.Dalam bidang pendidikan, blog pendidikan digunakan bagi memenuhi pelbagai bentuk keperluan komunikasi untuk membantu amalan e-pembelajaran (Susana & Sergio 2007). Perbandingan di antara blog dan laman web adalah seperti berikut pertama Web adalah berbentuk statik manakala blog adalah bersifat dinamik. Web biasanyadihasilkan dengan kandungan yang tidak diubah dalam jangka masa yang lamaberbanding blog yang akan sentiasa dikemaskini oleh admin blog tersebut.Kedua pula ialah Web adalah kurang interaktif
  • 3. berbanding blog. Buktinya amat mudah adalah dimanajarang pengendali laman web menyediakan ruang untuk interaksi antara admin dengan pengunjung web. Malah jika ada pun ruangan contact yang memerlukan pengunjung menghantar email dan sebagainya untuk berinteraksi dengan admin berbanding blogyang mana pengunjung boleh meninggalkan komen terhadap post yang dibuat admindan pengunjung lain juga boleh menjawab komen dari pengunjung pertama tadi.Ketiga ialah Web adalah bebentuk formal, menampilkan imej korporat dan kadangkala bersifat seperti gedung jualan manakala blog adalah merupakan catatan peribadi. Kebiasaannyaweb digunakan oleh jabatan kerajaan atau swasta untuk menunjukkan imej korporatmereka selain menyampaikan maklumat mereka disitu . Terdapat juga web yangmempromosikan produk atau perkhidmatan mereka. Blog juga sebenarnya tidakketinggalan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan tetapi ramai yangmenggunakan blog sebagai pengganti buku catatan harian mereka dengan mencatataktiviti harian atau berkongsi hobi secara online. 2.2 LAMAN WEB Laman web ataupun website pula adalah sebuah cara untuk memaparkan diri anda di Internet. Boleh diibaratkan bahawa laman web kita adalah sebuah tempat di internet yang mana sesiapa sahaja di dunia ini boleh mengunjunginya pada bila-bila saja dan mereka boleh mengetahui tentang diri kita, memberi soalan kepada kita, memberikan dan mengongsikan bahkan mengetahui, membeli dan menjual produk kita. Pengguna Internet semakin hari semakin bertambah banyak, sehingga menyebabkan potensi pasaran yang berkembang terus. Semua orang menggunakan laman web untuk banyak perkara mulai dari perkara pendidikan sehinggakan kepada proses memesan makanan kerana prosesnya yang cepat,murah, mudah dan menyeronokkan. Pada hari ini orang lebih suka mencari maklumat tentang suatu produk dan pelbagai pekara melalui internet sebelum mendapatkan sesuatu yang diinginkan itu. Di samping itu, laman web adalah merupakan sebuah kumpulan fail yang terletak pada sebuah komputer yang disambung ke Internet. Ketika seseorang melawat laman web kita, mereka sebenarnya hanya disambung ke sebuah komputer dan komputer (yang kemudian disebut sebagai Server) tersebut memberikan jumlah yang ingin mereka lihat.Ini kedengaran mudah, tetapi umumnya komputer biasa tidak mempunyai power dan software yang diperlukan untuk bertindak balas terhadap semua permintaan yang diperlukan oleh pengunjung web anda. Selain itu, walaupun komputer atau server anda sanggup, komputer anda akan memerlukan sambungan atau akses Internet yang cepat untuk melayani jumlah pengunjung web kita.
  • 4. Berikut adalah merupakan beberapa fungsi laman web ialah membuat pengumuman atau notis pemberitahuan, memberikan perkhidmatan kepada pengguna atau pelanggan anda, menerima maklumbalas dari pengunjung laman web anda, berkongsi dan pengedaran fail dan gambar, berkomunikasi secara langsung dengan pengunjung anda yang berada di mana-mana sahajadi dunia. Dengan wujudnya berbagai kekeliruan dan perdebatan mengenai perbandingan di antara laman dan blog, ianya telah terbukti membawa kesukaran kepada ramai usahawan dan peniaga dalam talian untuk menggunakan dua peranti online yang berbeza ini dengan betul dalam perancangan pemasaran mereka. Adalah sangat penting untuk semua orang untuk memahami perbezaan utama diantara laman blog dan laman web yang mana kita harus mengenali dengan lebih mendalam mengenai kekuatan dan kelemahan keduanya dan apakah fungsi pemasaran yang terbaik untuk dilaksanakan melalui dua medium ini. Perbezaan utama di antara blog dan laman web adalah di mana fungsi utama sebuah blog ialah berfungsi sebagai log web ataupun sebagai sebuah diari online. Sebagai sebuah diari online, seorang blogger boleh mencipta pelbagai komen peribadi yang menarik ataupun memberikan pelbagai pandangan dan maklumat mengenai sesuatu perkara yang dibincangkan. Blog juga adalah senang dan cepat untuk dicipta. Blog juga merupakan satu langkah yang paling murah untuk mengiklankan perniagaan kepada komuniti online. Di sebalik itu pula, sebuah laman web pula merupakan sebuah halaman rasmi dan merupakan sebuah tempat atau lokasi kepada perniagaan yang berasaskan web. Kita hanya perlu menyediakan satu peralatan e-perniagaan di mana pelanggan boleh membuat pembelian secara online. Sebagai kesimpulannya, blog dan laman web adalah tidak dapat mengatasi masing- masing sebagai pilihan utama pengguna oleh kerana kedua-duanya mempunyai fungsi tersendiri yang sangat penting dan sangat berguna dalam memastikan kejayaan sesuatu pemasaran dan juga perniagaan secara online.
  • 5. 3.0 Free Blogging Platforms for Teachers and Students Edublogs adalah laman di mana pengguna boleh membuat blog sendiri seperti di wordpress.com, blogspot dan lain-lain. Keunikan Edublogs adalah ia menjurus kepada pendidikan serta sesuai digunakan untuk pendidikan. (http://edublogs.org) Diantara ciri-ciri edublogs yang dipaparkan ialah : 1. Selamat dan Dipercayai - Blogs boleh dirahsiakan (private) atau terbuka(public) kepada orang ramai. 2. Edublogs dibenarkan oleh kebanyakan sekolah (international) di mana platform blog (contohnya blogspot dan wordpress) yang lain tidak. 3. Mesra pengguna (pelajar) – memudahkan Guru untuk membuat dan mengurus blog pelajar. 4. Beberapa ciri-ciri yang popular termasuk forum, penambahan video, integrasi Facebook dan Twitter, dan kalendar. 5. Mempunyai lebih 100 tema yang berbeza yang membolehkan kawalan warna, imej, dan susun atur. 6. Berasaskan Penyelidikan - Melibatkan pelajar dalam pembelajaran mereka dan meningkatkan pengajaran melalui kerjasama di dalam kelas dan paparan portfolio pelajar. Menurut edublogs, penggunaan blog di sekolah sebenarnya amat membantu pembelajaran secara berterusan kerana ia membolehkan guru dan pelajar berinteraksi dan menyediakan maklumat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui rangkaian sosial dan interaksi, dan kemampuan untuk berkongsi pemikiran dan pencapaian dalam kelas.Salah satu cara popular untuk menggunakan Edublogs adalah untuk mengemas kini secara teratur segala tugasan, acara dan kegiatan di dalam kelas. Blog juga membolehkan makluman terkini
  • 6. disampaikan kepada ibu bapa yang mempunyai akses ke web. Pelajar juga gemar membuat blog tetapi melalui edu blogs mereka dapat bekerjasama dengan rakan-rakan serta guru di dalam suasana yang terancang dan selamat. Ia sangat bersesuaian untuk projek-projek kumpulan, ePortfolios, surat khabar sekolah, jurnal refleksi dan laman web kelas. Terdapat 3 jenis akaun iaitu akaun percuma ( sesuai untuk pelajar), akaun Pro (sesuai untuk guru ) dan akaun Campus (sesuai untuk institusi seperti universiti dan sekolah).http://v2.career2zoom.com/index.php/en/component/content/article/140teknologi/608 -trend-september-2011. Seterusnya pula ialah blogs yang bertajuk Teacher Lingo. (www.teacherlingo.com). Ia merupakan blog yang dibuat guru untuk guru sebagai tempat bertukar maklumat pengajaran dan pembelajaran. Dalam blog ini juga, terdapat forum bagi membolehkan para guru berkongsi pendapat. 21Classes merupakan salah satu jenis pembelajaran Koperative dan juga sebagai platform blog kepada guru dan pelajar. Ia boleh digunakan memuka kelas homepage dan juga menbina blog persendiri untuk pelajar. Setiap pelajar akan menerima 1MB space dengan contoh secara percuma dan guru akan mempunyai access kepada setiap blog pelajar tersebut. Dengan itu, guru dapat menyemak kerja-kerja pelajarnya tanpa buka kerana pelajar akan menghantar kerja sekolah melalui blog masing-masing. Bagi CLASS BLOGMEISTER pula, dibangunkan hanya untuk kelas sahaja. Ia perlu di buka untuk guru kelas, pengetua, pepustakawan dan professional pendidikan yang lain. Akaun
  • 7. ini boleh digunakan untuk assigment, penulisan pelajar, dan pelbagai lagi. Tetapi blog ini tidak membenarkan pelajar membuka akaun sendiri kecuali menggunakan akaun guru yang sedia ada. 4.0 How to set up a blog Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk membina blog. Dengan mengikuti beberapa langkah tersebut, seseorang sudah bergelar seorang blogger. Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, seseorang harus mempunyai akaun google terlebih dahulu. Akaun google menjadi pilihan utama kerana memandangkan blogger.com merupakan produk dari google. Namun begitu, seseorang blogger juga boleh menggunakan akaun lain, mengikut pilihan blogger sendiri. Bagi yang telah mempunyai akaun google, anda boleh sign atau pun klik http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=imatau http://www.blogger.com./ Manakala, bagi yang masih belum mempunyai akaun google, anda perlu mendaftar dahulu untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot. Berikut merupakan langkah-langkah untuk membina blog. LANGKAH 1 Pergi ke :ttp://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im atau http://www.blogger.com
  • 8. Apabila keluar laman Gmail, klik blog yang berada di bahagian bawah. LANGKAH 2 Seterusnya, klik pada „create a blog‟.
  • 9. Kemudian isi maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan di dalam talian.
  • 10. Untuk pengesahan akaun, anda perlu memilih sama asa untuk mendapatkan kod pengesahan melalui mesej teks atau panggilan suara. Pilih negara anda Masukkan nombor telefon anda Klik ‘Send verification code to my mobile bermula dengan phone’. Nombor kod kod negara tersebut akan dihantar terus ke telefon anda. Setelah anda menerima kod pengesahan, masukkan nombor Klik ;Verify’ kod tersebut di sini. Setelah selesai, klik „continue‟. LANGKAH 3 Menamakan blog 1. Selepas itu, masukkan blog name dan juga blog address. Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog. Blog Address yang ditunjukkan biasanya akan digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Ia amat penting bagi sesebuah blog yang telah dibina. Walau bagaimanapun, blogger boleh merujuk kepada Tip Pemilihan URL untuk blog untuk mempelajari dengan lebih teliti tentang blog yang telah dibina.
  • 11. Masukkan nama blog anda. Anda boleh mengubah nama tersebut kemudian Klik di sini untuk menyemak ketersediaan nama blog anda klik ‘CONTINUE’ Memilih Templet LANGKAH 4 2. Pada ruangan ini, pilih template mengikut citarasa sendiri, kemudian klik „continue‟ Setelah selesai langkah tersebut, secara automatik,akaun anda telah siap dibina dan boleh mula menaip untuk entri pertama anda.
  • 12. Mencatat ( Posting) 5 LANGKAH Pada paparan blog anda, klik ‘New Post’ yang berad di bahagian atas sebelah kanan Masukkan judul Taip teks di sini. Kemudian, anda boleh memilih untuk ‘SAVE NOW’ atau ‘PREVIEW. Jika anda sudah bersedia untuk menerbit catatan tersebut anda boleh klik pada ‘PUBLISH POST’
  • 13. Semasa mengedit teks, anda boleh memasukkan pautan (link), imej atau video. Anda juga boleh memuatkan naik video dari folder anda atau daripada Youtube. Mengulas Catatan 6 LANGKAH Muka ini akan dipaparkan dan boleh mula menulis komen anda. Untuk mengulas, buka catatan yang hendak anda ulaskan dan Klik pada ‘Post klik‘Comment’ Comment’.Anda boleh ‘Preview’ ulasan tersebut sebelum diterbitkan. Mengubahsuai blog LANGKAH 7
  • 14. Halaman ini akan dipaparkan dan anda boleh klik dan mengheret muka elemen Untuk mengubahsuai blog anda mengikut blog, klik ‘Design’ yang lokasi kesukaan berada pada bahagian atas sebelah kanan anda. Kemudian, anda boleh ‘Preview’ dan Save’ Anda juga boleh menambah gajet ke blog anda serta memilih pelbagai gajet yang disediakan.
  • 15. 5.0 Things to Pay Heed to when Setting up a Classroom Blog Dalam mengejar sebuah negara yang terus berkembang dan maju, sistem pendidikan Malaysia telah melakukan perubahan dengan penggunaan ICT dalam pendidikan negara. Ini sejajar dengan perkembangan pesat ICT di negara-negara maju yang lain dalam penggunaan ICT bagi tujuan itu nanti. Maka ramai guru-guru yang terdapat disekolah telah mula membangunkan Website mereka untuk memastikan setiap pelajar tidak ketingalan dalam arus perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga, pihak pentadbiran sekolah seperti Pengetua dan Guru Besar harus sentiasa memberikan galakan serta sokongan dalam pembangunan ICT di sekolah masing-masing supaya sekolah mereka nanti menjadi sekolah yang sentiasa menggunakan ICT sama ada guru serta pelajar. Terdapat banyak cara yang boleh digunakan oleh guru dalam membangunkan ICT di sekolah mereka. Antaranya ialah menggunakan Facebook, Wiki, Skype, Social Networking dan juga Blog.Blog adalah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. (www.wikipedia.org/wiki/Blog) Semasa membina blog, guru haruslah memberikan beberapa kategori bagi menjadikan sesebuah blog nampak menarik. Sesebuah Blog yang menari akan mengalakan seseorang itu untuk terus melayari blog dan mencari maklumat dengan berterusan apabila rekaan blog menarik. Hal ini juga akan berlaku kepada pelajar kita khususnya. Contohnya guru sejarah telah membanggunkan blog nya bagi menyalin semua nota-nota dan soalan-soalan dalam blog untuk dilayari oleh pelajar nya nanti. Andai kata blog yang di layari oleh pelajar itu menarik, seseorang itu akan berminat dan teruja untuk membuka blog untuk kali kedua dan mereka akan memaklumkan kepada pelajar lain mungkin kawan-kawan di sekolah lain. Untuk menghasilkan blog yang menaik, guru harus merancang untuk memikirkan mengenai apakah perkara para pelajar perlu tahu dalam mendapatkan maklumat yang dikumpulkan. Proses ini boleh juga dikatakan merancang semasa mengumpul maklumat dapat dijalankan di mana beberapa maklumat yang diperoleh boleh membawa kepada maklumat yang lain atau membawa kepada punca maklumat baru semasa pelajar meneroka blog kita nanti. Selain itu juga, guru harus mempunyai carta aliran yang mudah sebagai panduan daripada tujuan sehingga merancang, mengumpul makluamat, mengarang, mencuba dan menilai kerana projek ini melibatkan proses yang berulang-ulang dan sukar dibuat secara terus-menerus (Sharon E. Smaldino et al., 2012).
  • 16. Seseorang guru juga harus memikirkan tentang imej ketika mencipta blog.Imej memainkan peranan yang berkesan dalam menarik minat seseorang. Imej menggambarkan apa yang ingin disampaikan oleh penulis dan menekankan sesuatu perkara tampa perlu menjelaskannya dengan terperinci. Imej juga boleh mempunyai lebih daripada suatu maksud dan lebih terdedah kepada pelbagai tafsiran berbanding teks yang khusus. Hamipir setiap masa, gambar dan imej adalah perkara pertama yang disedari oleh pengguna setiap kali mereka berpindah dari satu skrin ke skrin yang lain. Oleh sebab itu, gambar dan imej mempunyai peranan yang penting dalam komunikasi.Selain itu juga, guru harus menyediakan imej mempunyai ilustrasi idea, menceritakan kisah, menunjukan maklumat, memberi pertunjuk dan warna yang sesuai bagi meransang pengguna nanti. Perkara yang seterusnya yang perlu difikirkan oleh guru ialah animasi. Animasi adalah cara menunjukkan apa yang sedang berlaku dan lebih tepat daripada penjelasan. Animasi secara khususnya berguna bagi menunjukkan proses dan konsep yang dinamik yang berlaku perlahan atau lambat seperti perkembangan sesuatu perkara yang terjadi. Contohnya animasi pembentukan benua, putaran bumi, gelombang dan sebagainya. Animasi adalah cara yang baik bagi menjelaskan kefahaman pelajar supaya mereka boleh menentapkan peringkat-peringkat mengikut susunan yang betul. Seterusnya perkara yang perlu diberikan perhatian ialah penggunaan teks.Apabila seatu gambar boleh memberitahu banyak perkara, pelajar mungkin tidak perlu kepada teks yang panjang lebar. Had masa tumpuan pelajar bagi membaca teks pada skrin dan ruang yang ada boleh digunakan untuk kebaikan. Apabila pelajar tahu mereka perlu menjelaskan suatu konsep dalam hanya lima baris ayat, mereka perlu meringkaskan serta menetapkan maklumat penting sahaja. Di samping itu guru perlu memastikan persembahan menghiburkan dan difahami oleh pelajar nanti. Teks haruslah ditulis dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki oleh pelajar sama ada berbentuk cerita, laporan, kajian semula, surat atau beberapa bentuk transkip temu ramah. Teks juga mempunyai beberapa fungsi antaranya tajuk-tajuk bagi seluruh persembahan, panduan atau langkah-langkah panduan, memberikan penjelasan, tanda-tanda label, nasihat, pertunjuk dan pelbagai lagi fungsi mengikut idea seseorang guru dalam membuat blog.Hal ini penting supaya blog yang kita bina lebih mesra pengguna dan pelajar mempunyai banyak kehendak yang mereka perlukan nanti. Selain itu juga, guru juga mengambil kira tentang kesan bunyi dalam penhasilan blog.Bunyi dalam bentuk kata-kata berfungsi seperti teks.Walaubagaimanapun, terdapat dua perbezaan yang penting. Pertama ialah walaupun suatu penjelasan dapat dibaca tetapi dengan
  • 17. cara mendengar, penjelasan itu lebih mudah difahami dan diingati. Cara seseorang bercakap tidak serupa dengan cara menulis. Semasa bercakap seseorang mungkin lebih banyak menggunakan bahasa harian dan keadaan ini boleh memberi kesan hamper kepada pendengar iaitu pelajar kita. Kedua pula guru harus memikirkan bagaimana pelajar memasukkan suara mereka ke dalam program computer dengan cara yang membuatkan suara mereka jelas supaya audiens boleh mendergar suara mereka dan mungkin dapat mengecam suara siapa. Pelajar mungkin merasa seronok dengan memasukkan bunyi ke dalam persembahan mereka nanti. Kesan bunyi ini sedikit sebamyak dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran nanti. Di dalam blog juga, guru juga boleh menyediakan rakaman video yang sesuai. Video adalah cara yang terbaik bagi pelajar meletakkan diri mereka dalam pelbagai situasi nanti. Sebagai contoh seorang guru ingin menjelaskan tentang keganasan Parti Komunis Malaya pada masa dahulu.Untuk memastikan pelajar lebih memahami topik ini, guru boleh mengambil beberapa vedio seperti Bukit Kepung. Seseorang yang mempunyai pehayatan cerita yang tinggi akan mudah faham dalam mempelajari apa yang mereka telah pelajari. Bagi guru yang mementingkan kefahaman yang tinggi untuk pelajar, guru pastinya akan memikirkan langkah ini bagi pemehaman pelajar (Vivi lanchs. 2006). 6.0 Blogging Tips for Teachers Dengan kepesatan teknologi pada masa kini, maka terhasilnya teknologi penyampaian yang begitu berkesan kepada masyarakat terutamanya di dalam bidang pendidikan. Blog adalah salah satu pendekatan yang telah digunakan untuk menyebarkan maklumat di dalam bidang pendidikan.Oleh itu, blog banyak berguna dalam membantu perkembangan dalam pemikiran manusia dalam perspektif pendidikan secara global. Ia amat berbeza dengan pengajaran secara tradisional yang hanya melibatkan komunikasi satu hala, iaitu hanya guru yang bercakap di hadapan kelas. Manakala, pelajar hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting sesebuah subjek. Proses pengajaran dan pembelajaran cara ini sememangnya menyebabkan hilang minat pelajar terhadap subjek tersebut dan menganggap ia adalah subjek yang sukar untuk difahami. Selain itu, interaksi pelajar turut terbatas kerana guru hanya mengajar tanpa melihat sejauh mana tahap keupayaan pembelajaran pelajar.
  • 18. Blog amat berguna kepada golongan guru kerana blog yang dibina oleh guru kebanyakkanya sebagai satu saluran komunikasi tambahan untuk berkongsi maklumat sama ada berkaitan dengan kursus, pengurusan kursus, serta komen tentang hasil kerja pelajarnya. Penggunaan teknologi menerusi blog iaitu secara atas talian ( online) dapat dijadikan sebagai platform untuk guru serta pelajar belajar dengan berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain. Menurut Kennedy (2003), blog kini telah menjadi dimensi baru untuk pengajar- pengajar dan pelajar-pelajar bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan cepat. Pelajar boleh membaca apa sahaja maklumat yang telah pun dimuat turun, juga boleh berinteraksi dengan guru iaitu pengendali blog yang telah memberi maklumat tersebut melalui teknik perakam suara atau klip video. Melalui pengkongsian maklumat ini juga, blog dapat dijadikan sebagai tempat perbincangan pada ruangan komentar atau ruangan chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia. Dengan interaksi antara guru-pelajar melalui penggunaan blog, secara tidak langsung dapat melatih kemahiran menaip walaupun menggunakan pelbagai bahasa.Penggunaan blog juga dapat memudahkan guru untuk melatih pelajar dalam kemahiran seni reka digital, terutama dalam design blog, kod CSS ataupun „blog skin‟.Ini disebabkan penggunaan blog memerlukan sedikit kemahiran yang memerlukan pengguna blog untuk mempelajarinya dan dapat memperkembangkan lagi kemahiran pengguna dalam dunia digital. Golongan guru boleh menggunakan blog untuk mengutip kerja pelajar, disunting, ditaksir dan diterbitkan untuk dikongsi bersama blogger yang lain. Melalui kaedah ini, ada kalanya hasil kerja pelajar boleh dijadikan panduan kepada pelajar yang lain sama ada untuk memperbaiki kelemahan mahupun mengambil contoh untuk hasil kerja yang seterusnya. Pelajar tidak perlu lagi berasa sukar untuk menghantar tugasan yang diberikan. Kadangkala, sekiranya pelajar tidak begitu memahami kehendak tugasan yang diberikan oleh guru, maka pelajar boleh mengutarakan soalan mereka kepada rakan blogger yang lain dan juga guru untuk mencari jalan penyelesaiannya. Penggunaan blog oleh guru merupakan tindakan yang bijak kerana pelajar dapat menghantar penulisan secara atas talian. Secara tidak langsung, guru dapat mengasah bakat pelajar dalam bidang penulisan dan dapat berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain. Guru juga dapat menyelesaikan masalah bagi pelajar yang tidak begitu selesa dengan penggunaan komputer dengan penggunaan blog.Hal ini dapat dibuktikan apabila pembinaan blog tidak memerlukan pengetahuan yang luas tentang kod kod aturcara seperti HTML, PHP
  • 19. dan sebagainya. Sebaliknya, blog lebih senang untuk di selenggara kerana ia telah tersedia ada serta rekabnetuknya boleh diubah suai melalui kaedah „ drag and drop‟. Layout yang terdapat dalam blog juga dikatakan lebih bersifat mesra pengguna. Selain itu, blog amat penting untuk guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Guru dapat memberi perkembangan terbaru kepada pelajar dan pelajar dapat memberi respon tentang perkara yang hendak disampaikan oleh guru. Blog dapat dijadikan platform untuk guru memasukkan tip-tips menjawab soalan dan sebagainya. Guru juga dapat mempamerkan kerja- kerja pelajar untuk dijadikan contoh kepada pelajar lain. Kebiasaanya hasil kerja pelajar akan sentiasa dikemaskini dan ini dapat menjadikan pelajar akan sentiasa memperolehi maklumat terkini daripada guru mereka. Guru dapat mempersembahkan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan teknik powerpoint, teknik video dan audio dan dimasukkan ke dalam blog untuk dijadikan sumber maklumat pelajar. Sebagai contoh, apabila guru mengajar sesuatu topik, guru akan mengambil langkah dengan mencari video-video pendek di internet melalui youtube.com dan memuat turunkannya dengan menggunakan perisian Internet Download Manager (IDM) bagi membantu kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran. Penggunaan unsur gerak bunyi, warna dan cahaya pada video secara langsung akan dapat menarik minat perhatian pelajar. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman pelajar dan dan menghindar salah tanggapan dan pentafsiran pelajar. Untuk menjadikan pengajaran guru lebih berkesan maka guru telah memasukkan nota- nota penting ke dalam blog sebagai rujukan pelajar. Penggunaan media dalam proses pengajaran sememangnya memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus menyumbang kepada kelancaran kedinamikan dalam lapangan pendidikan. Guru juga perlu membiasakan pelajar dengan suasana pembelajaran yang menarik bagi meningkatkan penglibatan mereka. Oleh itu, guru perlu mempunyai kemahiran untuk merangsang motivasi dan minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa di dalam kelas mahupun di luar kelas. Cara yang paling berkesan adalah dengan penggunaan blog.
  • 20. 7.0 Advantages of Blogging in Education Corak pendidikan pada masa kini semestinya sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dalam kalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinisikan PBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programminglanguage), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring andprogramming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek (Scribd, 2009). Pengajaran secara tradisional banyak melibatkan komunikasi satu hala, iaitu guru sahaja yang bercakap di hadapan sesebuah kelas. Pelajar hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting sesebuah matapelajaran. Persembahan sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap matapelajaran tersebut dan seterusnya mengkategorikannya sebagai matapelajaran yang sukar difahami. Ini kerana, interaksi yang kurang di antara pelajar dan guru mengarahkan pelajar menjadi pelajar yang pasif. Di samping itu, interaksi pelajar dengan matapelajaran itu sendiri turut terbatas kerana guru mengajar tanpa mementingkan tahap keupayaan pembelajaran mereka. Pelajar juga sukar untuk menentukan sejauh mana mereka boleh memahami pengajaran guru mereka (Baharuddin et al., 2000). Penggunaan Internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali (Zalina Yahaya, 2001). Penggunaan blog sebagai media untuk menyampaikan maklumat oleh organisasi atau individu semakin popular. Blog merupakan salah satu platform terbaik untuk digunakan dalam pendidikan kerana blog merupakan saluran info yang mudah diselenggara, malah boleh didapati dengan percuma. Guru dan pensyarah tidak perlu menguasai kemahiran pengaturcaraan (programming) untuk menghasilkan laman blog mereka sendiri. Blog menyediakan peluang
  • 21. kepada para blogger untuk mengumpulkan kumpulan komu iti daripada masyarakat luar yang boleh terdiri daripada pelbagai pihak yang berbeza latar belakang sebagai komuniti di dalam blog. Blog dapat memberi kuasa kepada kanak-kanak atau pelajar mudasatu suara yang akan didengari oleh komuniti umum. Terdapat beberapa organisasi blog yang menyediakan tapak blog secara percuma. Contohnya http://blogspot.com/ http://wordpress.com danhttp://edublogs.org/. Guru atau pensyarah tidak harus ketinggalan mempelajari cara membangunkan blog, mengaplikasi prinsip pedagogi dalam menggunakan blog apabila mengendalikan sesuatu kursus, dan mengeksploitasi kemudahan yang ada dalam blog. Berbanding dengan format html untuk sesuatu laman web yang menggunakan teknologi Web 1.0, format blog menggunakan teknologi Web 2.0 adalah lebih mudah digunakan dan memenuhi ciri-ciri teknologi masakini. . Kesemua menu, paparan tema, wijet dan tools untuk menyelenggara blog telah tersedia. Kepentingan web blog kepada pelajar ialah pelajar boleh berkomunikasi tentang isu semasa atau maklumat yang terbaru secara terus, menyediakan portal untuk kegunaan pelajar, memudahkan pelajar untuk menghantar tugasan, dan juga memudahkan pelajar melihat ulasan terhadap tugasan atau subjek yang dibincangkan. Selain itu, ruangan post forum yang disediakan juga bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar membuat refleksi setiap topik yang diajar di dalam kelas, memberi komen kepada setiap maklumat terbaru,mengadakan aktiviti perbincangan tentang pembelajaran, bengkel, atau kerja kursus. Web blog ini juga adalah salah satu cara untuk membenarkan pelajar berinteraksi dengan pelajar lain tentang apa jua aktiviti pembelajaran dan juga salah satu cara untuk memberi pelajar ruang melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Forum secara maya adalah salah satu teknologi yang sangat berpotensi sebagai ruang perbincangan dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun banyak kajian yang telah dijalankan terhadap ruang perbincangan secara online yang dibangunkan untuk komuniti pendidik umumnya menunjukkan penyertaan yang sangat rendah. Kajian juga menunjukkan sebahagian besar warga pendidik yang terlibat di dalam perbincangan secara maya telah menggunakan ruangan tersebut untuk membincangkan perkara-perkara yang remeh dan mengandungi maklumat yang kurang tepat. Selain itu juga,perbincangan yang di adakan dalam laman forum adalah perbincangan bagi pelajar yang mempunyai kata laluan sahaja. Ia tidak melibatkan perbincangan secara global. Malah topik yang dibincangkan tidak dapat dipaparkan secara terbuka. (Dr. Sajap Maswan, 2009).
  • 22. Kebaikan blog yang paling ketara dan sangat popular sekali pula adalah digunakan untuk berkongsi maklumat terkini. Pengguna atau pembaca boleh membaca apa saja maklumat yang dimuat turun, pengguna juga dapat berinteraksi dengan pengendali blog yang memberikan maklumat tersebut melalui teks, imej,rakaman suara atau klip video. Ini merupakan salah satu kebaikan utama dan paling polular digunakan oleh pengguna. Selain itu juga, kelebihan blog adalah mudah untuk digunakan dalam menghantar penulisan secara atas talian. Jesteru itu, pelajar dapat mengasah bakat dalam bidang penulisan disamping dapat berkongsi maklumat dengan pengguna yang lain. Ia juga digunakan sebagai laluan teknologi bagi pelajar-pelajar yang tidak selesa menggunakan komputer. Semakin lama para pelajar didedahkan dengan penggunaan blog maka mereka mudah untuk menggunakan teknologi yang sedia ada. Pembinaan blog juga tidak memerlukan pengetahuan yang luas tentang kod-kod aturcara seperti HTML, CSS, PHP dan sebagainya. Blog lebih senang diselenggara kerana telah tersedia fungsi kiriman mudah serta rekabentuk yang boleh di ubahsuai melalui kaedah “drag and drop”. Layout dalam blog juga adalah bersifat mesra pengguna. Selain daripada perkongsian maklumat ia juga digunakan sebagai tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia. Ini adalah sangat jauh berbeza, berkesan dan sangat cepat daripada menggunakan ruangan forum di halaman surat khabar. Tidak mustahilah penggunaan blog ini sangat cepat berkembang. Dengan hubungan dan interaksi dari penggunaan blog, ia seterusnya dapat melatih kemahiran menaip, walau dalam pelbagai bahasa. Ini kerana ia bukan hanya dapat dilihat dan dikongsikan dari dalam Negara sendiri tetapi seluruh pelusuk dunia. Penggunaa blog juga dapat melatih kemahiran seni reka digital, terutama design blog, kod CSS atau „blog skin‟. Ini kerana penggunaan blog memerlukan sedikit kemahiran minimum yang memerlukan pengguna blog untuk mempelajarinya, penggunaan blog ini dapat memperkembangkan lagi kemahiran pengguna dalam dunia digital. Blog merupakan tempat yang sangat sesuai untuk menyampaikan idea, gagasan atau tugasan, bagi seorang pensyarah, atau guru. Penggunaan blog dapat memudahkan penyampaian idea, gagasan ataupun tugasan dikongsikan atau di sampaikan kepada pengguna,pelajar ataupun rakan-rakan sekerja. (http://kidut.blogspot.com/2010/08/blogging.html) Penggunaan teknologi menerusi blog dapat membantu pelajar berhubung secara atas talian (on-line) dengan guru atau rakan-rakan. Pelajar boleh menggunakan blog sebagai medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat ataupun berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain. Menurut Kennedy (2003) blog kini telah menjadi dimensi baru untuk pengajar-pengajar dan pelajarpelajar bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan
  • 23. segera. Blog boleh menjadi medium di mana kerja pelajar dikutip, disunting dan ditaksir dan seterusnya diterbitkan untuk penonton atau pembaca maya. Pembinaan atau pembangunan laman blog merupakan salah satu bahan yang membantu tugas guru dalam usaha menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Namun, harus diingat bahawa penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan untuk menggantikan tugas guru, tetapi untuk memenimbulkan suasana pengajaran yang lebih menyoronokkan, berkesan dan lebih bermakna (Isham & M.Arif 2008). Kelebihan dan keistimewaan aplikasi multimedia berbanding pengajaran tradisional harus diambil kesempatan oleh Guru juga kerana ia mampu untuk meningkatkan keberkesanan proses P & P itu sendiri.Oleh itu, inovasi dalam bidang ICT ini perlu dimanfaatkan oleh semua warga pendidik supaya budaya pembelajaran berasaskan teknologi ini dapat diterapkan dalam pengajaran mereka supaya P & P menjadi lebih menarik dan berkesan (Kamarul Azmi & Ab. Halim 2007). Penggunaan blog juga mempunyai keburukannya tersendiri. Jika seseorang yang mengendalikan blog tu menggunakan blog tersebut dengan baik maka baiklah hasilnya, Jika pengendali blog tersebut menyalah gunakan blog tersebut dan menggunakannya dengan tidak baik atau buruk maka buruk lah juga hasil atau pengaruhnya. Jika baik, maka baiklah blog tu, jadi bermanfaat. Jika buruk orangnya, maka akan menjadi buruklah blog tersebut di mata masyarakat. Antara keburukan blog yang utama adalah ia digunakan untuk menyampaikan maklumat palsu, fakta salah, juga yang berunsur fitnah. Pada zaman IT ini, penyampaian maklumat palsu, fakta salah, dan fitnah menjadi sangat mudah disebarkan dan disalahgunakan. Ia tidak terkecuali dari melibatkan politik, individu, syarikat, Negara dan banyak lagi. Penyalahgunaan seperti ini bukan sahaja merosakkan hubungan, tetapi juga dapat mengkucar- kacirkan suasana. http://kidut.blogspot.com/2010/08/blogging.html Blog juga digunakan untuk memburukkan seseorang, misalnya tokoh politik dan selebriti. Penggunaan blog seperti ini adalah sepatutnya tidak bermoral dan boleh mengaibkan seseorang. Penggunaan blog seperti ini biasanya terjadi apabila timbul rasa tidak puas hati, cemburu, dan ingin menjatuhkan status, ataupun nama seseorang. Kemudahan seperti ini tidak lari daripada terdedah kepada penyebaran SPAM, iaitu maklumat tidak berguna semata-mata mendapat untung besar dari iklan di blog. Ramai pengguna lain yang ingin mengambil kesempatan daripada perkhidmatan blog ini dengan menyebarkan SPAM yang mungkin disertakan dengan VIRUS computer yang akan merosakkan system ataupun perisian dalam komputer pengguna. Keburukan lainnya adalah sesiapa saja boleh menyamar ketika menjadi pengendali blog, walaupun tanpa memaparkan nama dan wajah sebenar. Oleh itu kita tidak tahu sama ada pengendalinya itu jujur ataupun sebaliknya. Biasanya kejadian ini
  • 24. berlaku atas tujuan tertentu, bagi mendapatkan keuntungan ataupun penipuan. http://kidut.blogspot.com/2010/08/blogging.html 8.0 Ways Teachers Can Use Blogs in their Classrooms Pada hari ini, hampir semua orang mempunyai blog sendiri ataupun blog peribadi.Malah ada yang memiliki sehingga 5 buah blog. Oleh itu, ramai juga para pendidik yang menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan outlet ini sebagai sebuah alat bantu mengajar di dalam kelas. Akan tetapi, kegunaan blog di dalam bilik darjah kini tidak terhad kepada menjadi tempat untuk meninggalkan kerjarumah ataupun mengongsikan pengumuman. Berikut adalah beberapa tips untuk guru melaksanakan P&P menggunakan blog di dalam bilik darjah: Kolaborasi: Salah satu kaedah terbaik untuk mengintegrasikan blog di dalam bilik darjah adalah dengan menggunakannya untuk tujuan melaksanakan perbincangan dan projek kolaboratif.Murid-murid boleh mengutarakan idea mereka, memberi komen tentang perbincangan, refleksi mereka terhadap tugasan dan pensyarah dan banyak lagi. Blog boleh menjadi tempat kepada para pelajar untuk bekerja bersama-sama untuk mengongsikan idea dan boleh juga digunakan oleh guru untuk membimbing perbincangan yang turut melibatkan pemikiran kritis dan kreatif. Refleksi: Murid-murid boleh menggunakan blog sebagai satu ruang untuk mengongsikan refleksi mereka terhadap tugasan yang sukar. Guru perlu memberi suatu persoalan yang membangkitkan keinginan pelajar untuk mencari penyelesaian. Dengan menulis respon mereka dan menjawab tugasan tersebut di dalam blog, maka respon mereka itu boleh dilihat oleh rakan-rakan sekelas mereka yang lain. Penulisan: Dengan adanya blog, ia telah menggalakkan pelajar untuk mencari bahan rujukan secara online. Maka dengan itu, penulisan boleh bertingkat daripada akademik kepada berbentuk peribadi seterusnya memajukan kemahiran penulisan dan luahan peribadi. Kelas Bimbingan: Murid-murid biasanya memerlukan bantuan lebih untuk memahami konsep.Oleh itu, guru bolehlah mencipta blog dengan pelbagai bahan rujukan tambahan daripada bahan bacaan kepada bahan latihan untuk memberikan murid bantuan yang mereka perlukan. Guru perlu lebih banyak meninggalkan video, bahan bacaan dan bahan audio di dalam blog untuk tujuan rujukan dan membantu pelajar yang memerlukan bimbingan.
  • 25. Pengurusan bilik darjah: Blog adalah merupakan satu cara mudah untuk menyelaraskan pengumuman dengan tugasan di bilik darjah. Guru boleh menggunakan blog untuk meninggalkan kerja rumah, maklumbalas dan juga memerikan makluman mengenai keperluan dan aktiviti kelas pada masa akan dating. Ia juga merupakan satu tempat untuk berkongsikan tentang beberpa anugerah ataupun beberapa gambar yang diperoleh daripada acara-acara tertentu. Portfolio Dalam Talian: Murid-murid boleh menghasilkan suatu portfolio dalam talian yang boleh digunakan untuk mengukur kemajuan di dalam matapelajaran sepanjang semester persekolahan dalam setahun, dan juga boleh digunakan untuk suatu projek jangka panjang yang memerlukan rujukan. Ianya juga sangat berguna untuk membolehkan murid-murid melihat apa yang telah mereka hasilkan dan bagaimana kemajuan mereka. Selain itu, blog turut menawarkan satu perantara yang membantu pelajar dengan kemahiran membaca dan menulis.Ia memberikan pelbagai bahan dalam satu forum online dan dalam masa yang sama mereka boleh mendapat beberapa permainan, berinteraksi dengan rakan-rakan mahupun membaca tentang pekara-pekara yang disukai oleh mereka. Di samping itu, dalam dunia media sosial seperti pada hari ini, kebanyakkan kita berkongsi sebahagian mengenai kehidupan kita dengan rakan-rakan menggunakan laman sosial seperti Facebook, blog dan SMS. Sebagai seorang guru, anda mempunyai peluang yang banyak untuk memodelkan blogging sebagai tempat meluahkan fikiran, menggunakan blog refleksi guru atau meletakkan ruangan anda dalam blog kelas anda. Di sini, kongsikanlah prinsip pengajaran anda dengan ibu bapa dan rakan guru yang lain dan tunjukkanlah sifat terbuka anda terhadap komen dan bertindak balas sebagai seorang blogger. Tunjukkanlah bahawa anda sangat meminati aktiviti pengajaran pada setiap hari dengan kerap menghantar pesanan ataupun „post‟. Dalam mengaplikasi blog dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas, beberapa idea yang boleh digunakan adalah seperti berikut: • Kongsikan pengalaman anda tentang permulaan persekolahan • Kongsikan mengenai apa yang menarik dalam sebuah buku yang baru anda baca ataupun tentang sebuah filem • Ceritakan apa sahaja yang menarik perhatian anda tentang kelas anda • kongsikan pengalaman menarik anda semasa musim cuti yang lepas • Berkongsi dengan pelajar mengenai beberapa laman web menarik yang anda jumpa. • galakkan pelajar untuk menulis dalam blog kelas tentang pasukan sebuah kelab di sekolah dalam bentuk paparan surat khabar. Galakkan mereka untuk memberi komen
  • 26. terhadap komen rakan lain dan galakkan mereka untuk menjemput ibu bapa untuk turut memberi komen • Apabila kembali ke sekolah selepas tamatnya tempoh cuti sekolah, guru boleh meminta pelajar untuk menceritakan tentang pengalaman cuti mereka secara terperinci dari satu peringkat ke satu peringkat di dalam blog kelas. Galakkan mereka untuk saling memberi komen terhadap cerita masing-masing • Guru juga harus memastikan muridnya menulis satu entri blog dari sudut yang berbeza. • Murid-murid biasanya inginkan sesuatu yang memberikan keadilan kepada mereka. Oleh itu, guru harus menggalakkan guru untuk menyatakan pendapat yang mereka rasa logik dalam blog kelas anda. Berikan mereka satu topik hangat dan biarkan mereka untuk membangunkan pemikiran logik dan menulis sokongan kepada hujah mereka itu. • Galakkan murid-murid untuk menyumbangkan idea mereka untuk menjadikan kelas sebagai ataupun subjek yang sedang dipelajari itu menarik • Jemput murid-murid untuk bertanyakan beberapa soalan mengenai kandungan matapelajaran ataupun mana-mana sahaja idea yang berkaitan. • Berikan beberapa tips di dalam blog kelas sebelum memulakan ujian ataupun kuiz 9.0 Examples of Successful Student, Class, and Teacher Blogs Contoh Blog pendidikan. Di Malaysia terdapat banyak blog-blog yang sangat popular. Antara blog yang berkaitan pendidikan adalah seperti berikut: http://www.iluvislam.com/ http://norainiamran.blogspot.com/ http://psksksd.blogspot.com/ http://buletinkpm.blogspot.com/ http://bloganakkhas.blogspot.com/ http://bioperubatan.blogspot.com/ http://kembarabahasa.blogspot.com/
  • 27. Di peringkat dunia pula kita boleh meliha banyak lagi blog yang popular. Di web Online education Database telah menyenaraikan 100 blog pendidikan terbaik. Antaranya adalah : 1. http://www.honestcollege.com/ 2. http://blogs.makingitcount.com/yearone/ 3. http://clive-shepherd.blogspot.com/ 4. http://davidwarlick.com/2cents/ 5. http://coolcatteacher.blogspot.com/ Lain-lain senarai boleh melawati pautan laman web berikut : http://oedb.org/library/features/top-100-education-blogs