Rangkuman Rancangan Pengajaran Harian mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kelas 4:
Murid-murid akan belajar membuat corak terancang menggunakan teknik cetakan, dimana mereka akan mempelajari proses dan teknik cetakan serta membuat corak pada kertas pembalut secara kreatif menggunakan alat dan bahan yang sesuai. Mereka juga akan menilai dan menghargai hasil karya masing-masing.
Kisetoto Daftar Situs Slot Gacor Anti Nawala RTP Mudah Menang Terbaru
Rph (cetakan)
1. Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual.
Tahun : 4 Tekun
Hari/Tarikh : Khamis / 9 Oktober 2014
Masa : 12.15pm – 1.15pm
Bilangan Murid : 25 Orang .
Bidang : Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti : Corak Terancang – Cetakan.
Tema : Objek Buatan Manusia
Tajuk : Kertas Pembalut
Media : Alat : Pembaris, polistrean, berus lukisan, palet dan
alatan yang sesuai untuk membuat motif
: Bahan : Kertas lukisan, bahan yang sesuai untuk
membuat motif dan cat air atau cat poster atau
cat tempera
Bahan Bantu Mengajar : Video Interaktif, polistrean
EMK : Kreativiti dan inovasi, nilai murni.
Standard Kandungan :
Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada karya corak
teknik cetakan.
Aplikasi Seni
Mengaplikasikan bahasa seni visual dan media dalam penghasilan karya corak teknik
cetakan.
2. Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan
karya corak teknik cetakan.
Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni dan budaya.
Standard Pembelajaran :
2.1 Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada
pada corak teknik cetakan..
2.1.1 Unsur Seni
2.1.1.1 Rupa– geometri atau organik
2.1.1.2 Warna –sekunder atau tertier
2.1.2 Prinsip Rekaan
2.1.2.1 Kontra – warna
2.1.2.2 Irama dan pergerakan – susunan cerminan.
2.2 Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta proses
dan teknik dalam penghasilan corak teknik cetakan.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media seperti
2.2.1.1 Alat - pembaris, kentang, berus lukisan, palet dan alat lain yang
sesuai.
2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, warna air atau cat air atau tempera atau
bahan yang sesuai.
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan
karya
2.2.2.1 Teknik – Cetakan blok.
3. 2.3 Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media
serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik cetakan secara kreatif.
2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya corak teknik
cetakan.
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya corak
teknik cetakan.
2.4 Apresiasi Seni :
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada
aspek bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.
2.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya.
2.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sndiri dan rakan secara lisan.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran,murid dapat :
1. Implisit
Menguasai kemahiran menggunakan teknik cetakan dengan menekankan bahasa
seni visual.
2. Eksplisit
Menghasilkan corak terancang dengan mengaplikasikan media serta proses dan
teknik secara kreatif.
3. Estetika
Menerapkan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan corak
terancang dengan menggunakan teknik cetakan.
4. Pengetahuan Sedia Ada
Murid pernah melihat pelbagai corak di rumah, di kantin sekolah dan pakaian.
Kemahiran Berfikir
Menjana idea, menghubung kait, memanipulasi alatan.
Penerapan Nilai (PN)
Tekun, rajin, bekerjasama, menumpukan perhatian.
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Video interaktif, warna air, kertas lukisan dan polistrean.
Kecerdasan Pelbagai (KP)
Interpersonal, visual ruang, naturalistik
Kosa Kata
Rupa geometri, susunan cerminan
Pendekatan /Konsep
Kolaboratif, konstruktivisme.
Teknik
Tunjuk cara – teknik cetakan.
Perkembangan
Langkah/ Masa
(Standart
Pembelajaran)
Isi Pelajaran
(Ilustrasi Visual Aktiviti)
Aktiviti Catatan
Set Induksi
Persepsi Estetik
(5 minit)
Aktiviti:
1. Guru menayangkan
video penghasilan
cetakan.
1. Murid menonton dengan
teliti video yang
ditayangkan oleh guru.
2. Murid memberi tindak
BBM :
Video interaktif
KB :
Menghubungkait
5. 2. Guru bersoal jawab
dengan murid tentang
hasil cetakan dalam
video yang
ditayangkan.
3. Guru memperkenalkan
tajuk pelajaran hari ini
iaitu cetakan corak
terancang dalam
bidang membuat corak
dan rekaan.
balas selepas menonton
video.
3. Murid bersoal jawab
dengan guru tentang
teknik cetakan.
Langkah 2
Aplikasi Seni
(10 minit)
Isi Pelajaran
Aktiviti 1 :
1. Guru memperkenalkan
teknik-teknik cetakan
dalam bidang membuat
corak dan rekaan,
serta bahan-bahan
yang boleh digunakan
dalam penghasilan
cetakan.
2. Guru menunjukkan
contoh gambar hasil
cetakan corak
terancang bagi
meransang kreativiti
murid.
3. Guru menunjukkan
gambar-gambar
pembalut buku, kertas
dinding dan pembalut
1. Murid berinteraksi
dengan guru tentang
teknik-teknik cetakan
dalam bidang membuat
corak dan rekaan, serta
bahan yang boleh
digunakan.
2. Murid mengenali bahan-
bahan yang diperlukan
dalam menghasilkan
cetakan corak
terancang.
3. Murid melihat hasil karya
cetakan pada contoh-
contoh gambar.
4. Murid melihat dengan
teliti demonstrasi
menghasilkan cetakan
corak terancang kertas
pembalut.
BBM :
LCD, laptop,
contoh gambar
cetakan corak
terancang.
Teknik :
Demonstrasi
Pendekatan :
Kontekstual
6. hadiah.
4. Guru membuat
demonstrasi langkah
menghasilkan cetakan
corak terancang pada
kertas pembalut.
Langkah 2
Ekspresi Kreatif
(40 minit)
Aktiviti 2 : Individu Guru mengedarkan
polistrean kepada
setiap murid.
Guru membimbing
murid memotong
polistrean.
Langkah 1
Murid menyediakan media
yang diperlukan iaitu
pembaris, berus lukisan,
palet, pisau, dan warna air.
Langkah 2
Murid melakarkan motif
pada blok cetakan.
Langkah 3
Murid memotong lebihan
polistrean yang tidak
digunakan untuk
menghasilkan motif pada
blok cetakan.
BBM :
Kertas lukisan,
polistrean.
Pendekatan :
Kolaboratif
PN :
Tekun
KP :
Visual Ruang
7. Langkah 4
Murid menyapu warna pada
blok cetakan
Langkah 5
Murid mencetak pada
permukaan kertas lukisan.
Langkah 6
Ulangi langkah lima
sehingga memenuhi
permukaan kertas lukisan
Penutup
Apresiasi Seni
(5 minit)
1. Guru memberikan
coklat kit-kat kepada
murid-murid yang telah
menceritakan
pengalaman sendiri
semasa menghasilkan
cetakan corak
terancang.
2. Guru membuat
peneguhan, nasihat
dan kata-kata
semangat serta
mengucapkan tahniah
sebagai tanda
penghargaan atas
1. Murid mempamerkan
hasil cetakan corak
terancang masing-
masing.
2. Murid menghargai dan
tampil ke hadapan
untuk menceritakan
pengalaman masing-
masing.
3. Murid yang cemerlang
diberikan hadiah.
PN :
Menghargai
KP :
Interpersonal
Berani