SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  64
umbangan Za'ba Terhadap Perkembangan Bahasa Melayu
1.0
Pengenalan
Sebelum kita membincangkan sumbangan Za‟ba terhadap perkembangan bahasa Melayu terlebih
dahulu kita berkenalan dahulu dengan sarjana dan ahli fikir Melayu ini. Secara sepintas lalu
Za‟ba ketika hidupnya menulis berkenaan dengan berbagai-bagai tajuk iaitu bahasa,
kesusasteraan dan kebudayaan Melayu, agama, serta etika dan ekonomi orang Melayu. Namun
demikian, perhatian dan minat beliau lebih besar dalam bidang bahasa lantas mendorong
kesungguhan beliau dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu, iaitu memperluas dan
mengekalkan darjat bahasa Melayu di mata masyarakat yang diperkukuhkan oleh kesedaran serta
keyakinan mendalam. Za‟ba dikenali, disanjung dan dikenang sebagai pejuang bangsa, ilmuan
pendidikan dan bahasa, tokoh agama dan politik[1]. Za‟ba merupakan tokoh intelektual ulung
Melayu dalam pembinaan kemajuan pemikiran bangsa dan pembangunan dan pencetus
kesedaran politik Negara. Beliau diiktiraf sebagai pengasas paling dinamik dalam perkembangan
Pengajian dan Persuratan Melayu dan peningkatan keintelektualan Melayu. Beliau juga
mempunyai kesedaran betapa pentingnya strategi penyelesaian masalah kepada perkembangan
ekonomi, sosial dan budaya bangsa. Ketokohan Za‟ba terbukti apabila Dato‟ Seri Utama Dr.
Rais Yatim (2004) mengemukakan pandangan seperti berikut “Orang Melayu khususnya
terhutang budi kepada Za’ba. Pendeta Za’ba ialah seorang tokoh Pendidikan, Bahasa,
Persuratan, Sasterawan, Budayawan, dan Nasionalis. Di seluruh Malaysia dan Alam Melayu,
beliau tersohor sebagai Bapa Bahasa Melayu Moden dan penulis yang sangat disegani.
Himpunan ratusan karyanya, dari Pelita Bahasa Melayu hinggalah ke rencana-rencana dalam
pelbagai penerbitan mengenai sejarah, kesusasteraan, kebudayaan, sosial dan politik, telah dan
terus meniupkan semangat juang bangsa”[2].
2.0
Latar Belakang
Sekarang mari kita lihat pula latar belakang pemilik nama Za‟ba atau nama penuhnya Tan Sri Dr.
Zainal Abidin Bin Ahmad dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Kerdas, Jempol,
Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus. Mendapat pendidikan di Sek. Melayu Linggi dalam
tahun 1907. Kemudian ke St. Paul Institution, Seremban sehingga lulus Senior Cambridge.
Beliau pernah bekerja sebagai Guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru, sebagai
penterjemah pengarang Berita Radio, penulis Setiausaha Agung UMNO, pensyarah Bahasa
Melayu di Universiti London dan terakhir sekali sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya, Singapura. Di antara karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Pelita
Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi yang
menjadi rujukan dalam penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu[3]. Di antara rencana beliau yang
terkenal ialahModern Developments of Malay Literature dan Malay Journalism in Malaya. Di
samping buku bahasa Melayu, beliau turut bergiat menterjemahkan buku-buku asing ke Bahasa
Melayu untuk mengisi kekosongan buku-buku pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Di antara
nama pena yang digunakan oleh beliau ialah Anak Melayu Jati, Patriot; yang bermaksud, orang
yang kasihkan bangsa dan tanah airnya, Za‟ba, Z Penjelmaan, Z Penjelmaan c/o Patriot, Melayu
yang beragama Islam, Z dan Melayu, Yang Hina Patriot. Jasa-jasa beliau sangat besar dan telah
dikurniakan beberapa anugerah seperti Doktor Persuratan dari Universiti Malaya dan Universiti
Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1962, beliau telah dianugerahkan pingat PMN yang membawa
gelaran Tan Sri oleh Yang Di Pertuan Agong. Gelaran Pendeta dikurniakan ketika

1
berlangsungnya Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru tahun
1956.

3.0
Definisi Bahasa
Sebelum meneruskan perbincangan mari kita lihat definisi bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi
Empat, bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan
dalam lingkungan satu kelompok manusia, antara seorang individu dengan individu yang
lain. Bahasa adalah penggunaan kode yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk
kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki arti. Bahasa memiliki
berbagai definisi. Definisi bahasa adalah sebagai berikut iaitu satu sistem untuk mewakili benda,
tindakan, gagasan dan keadaan[4]. Dalam pada ia adalah satu peralatan yang digunakan untuk
menyampaikan konsep riil mereka ke dalam pikiran orang lainsatu kesatuan sistem maknasatu
kode yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membedakan antara bentuk dan makna.
Selain itu bahasa ialah ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan (contoh :Perkataan, kalimat, dan lain lain.) Bahasa juga dianggap sebagai sistem tuturan yang akan dapat
difahami oleh masyarakat linguistik. Bahasa erat kaitannya dengan kognisi pada manusia,
dinyatakan bahwa bahasa adalah fungsi kognisi tertinggi dan tidak dimiliki oleh haiwan. Ilmu
yang mengkaji bahasa ini disebut sebagai linguistik, atau pakar bahasa menetapkan perbezaan
utama antara bahasa manusia satu dan yang lainnya sering amat sukar. Chomsky (1986)
membuktikan bahawa sebahagian dialek Jerman hampir serupa dengan bahasa Belanda dan
tidaklah terlalu berbeza sehingga tidak mudah dikenali sebagai bahasa lain, khususnya Jerman.
4.0
Definisi Linguistik
Manakala bagi linguistik menurut Kamus Dewan Edisi Empat, linguistik pula diertikan sebagai
kajian saintifik tentang bahasa; berkaitan dengan bahasa. Kata linguistik (linguistics-Inggris)
berasal dari bahasa Latin“lingua” yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis“langage-langue”;
Italia “lingua”; Spanyol “lengua”dan Inggeris“language”. Akhiran “ics” dalam linguistics
berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana
istilah economics, physics dan lain-lain. Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa.
Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang
diperlukan seperti pengkajian sains yang lain[5]. Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah
yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar. Struktur bahasa
memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsur-unsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di
antara unsur-unsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain. Istilah struktur dan sistem
lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu
fonetik, morfologi, dan sintaksis Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu
bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis. Mengkaji struktur
dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan
subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik. Fonologi pula ia ciri bunyi bahasa,
cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik dan
morfologi ialah struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. Sintaksis pula ialah
hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran.
5.0
5.1

Sumbangan Za’ba
Sistem Ejaan Melayu
2
Salah satu sumbangan Za‟ba ialah dalam sistem ejaan Melayu. Minat beliau terhadap penulisan
bermula dalam tahun 1918 lagi semasa menjadi guru Bahasa Melayu merangkap penterjemah di
Maktab Melayu Kuala Kangsar, beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam
tulisan Jawi. Dalam tahun 1924 pula, beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu dari
kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk
membantu menubuhkan sebuah "Pan-Malayan Malay Literary Society" yang matlamat
utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping
memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden[6]. Nama Pendeta Za‟ba juga terukir
sebagai pencipta Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu yang disebut sebagai Sistem Ejaan Za’ba.
Beliau menggubal sistem ejaan dalam tahun 1933 dan menggantikan sistem ejaan oleh R.J.
Wilkinson yang telah digunakan dalam tahun 1914. Oleh sebab Sistem Ejaan Za’ba digunakan di
sekolah-sekolah sejak tarikh penggubalannya sehinggalah tahun 1972 dengan
dilaksanakan Sistem Ejaan Baharu, maka sistem berkenaan juga dikenali sebagai Sistem Ejaan
Sekolah. Walau bagaimanapun, Za‟ba menaruh harapan untuk kemudian kelak menjadikannya
sebuah kamus dengan tiap-tiap perkataan itu diberi tidak sahaja makna tetapi juga contoh ayat
memakainya dan simpulan-simpulan bahasa yang terbit daripadanya, "sebagai membanyak dan
menambah elokkan kamus-kamus kita yang sedia ada". Oleh kerana itulah, beliau digelar “Bapa
Bahasa Melayu Moden” selepas Munsyi Abdullah. Za‟ba turut berusaha memperkembang dan
meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu dan turut terlibat sebagai anggota Lembaga
Menggubal Perkataan Melayu bersama-sama Ibrahim Mahmud, Dato‟ Haji Muhammad Said,
Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam.

5.2
Daftar Ejaan Jawi
Sumbangan Za‟ba telah memperkenalkan kaedah ejaan Jawi dalam tahun 1929 dan menerbitkan
pula Rahsia Ejaan Jawi dan dalam tahun 1931, sebahagian daripada buku yang
dinamakan Rahsia Ejaan Jawi itu telah dicetak. Ertinya, pada tahun 1918 beliau memulakan
projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif
menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menyeragamkan ejaan
Jawi. Pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah
buku Rahsia Ejaan Jawi; dan pada tahun 1938 beliau menyiapkanDaftar Ejaan Melayu (JawiRumi). Menurut Za'ba, undang-undang ejaan Jawi yang diberinya dalam buku Daftar Ejaan
Melayu itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada apa-apa yang telah dipanjang-lebarkan di
sana sahaja”. Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam
tulisan Jawi[7]. Dalam tahun 1933 hingga 1935, beliau mengubah rancangan asalnya dengan
mengemukakan hanya sebuah daftar ejaan, dan bukannya kamus, yang susunannya ialah
menurut susunan abjad Jawi, dan pada setiap perkataan dalam ejaan Jawi itu diberi pula
persamaan ejaan Ruminya.

5.3

Bahasa dan Fikiran

Za‟ba jelas berpendirian bahawa bahasa adalah “alat mengeluarkan fikiran”. Perkaitan di antara
kedua-duanya itu sangat erat, dalam erti kata bahasa yang digunakan itu hendaklah dengan tepat
menggambarkan fikiran. Za‟ba mengatur pedoman penggunaan bahasa, khususnya dalam
karang-mengarang. Katanya :
3
Bahasa itu alat mengeluarkan fikiran supaya dapat diketahui orang dengan mendengar atau
membacanya. Maka jika bahasa yang dipakai itu tidak menepati betul-betul seperti maksud yang
di dalam hati, tentulah orang tersalah faham atau tiada dapat oleh mereka tujuan yang
dikehendakkan itu.
(Bab Permulaan, Ceraian 4)
Za‟ba mengajar bukan setakat bahasa sahaja, tetapi menanamkan semangat dan kedudukan
Bahasa Melayu itu sendiri. Za‟ba juga pernah mengkaji penggunaan bahasa dalam akhbar pada
tahun 1900-1941. Bahasa sekitar tahun ini menggunakan bahasa mudah, bahasa pengarang dan
tersendiri. Ada juga yang cenderung menggunakan perkataan lama dan ungkapan pinjaman dari
Bahasa Arab[8].

5.4
Nahu dan Tatabahasa
Za‟ba dengan jelas membezakan pengetahuan nahu dengan kemahiran bahasa. Pandai
menggunakan bahasa tidak semestinya pandai menjelaskan hal-hal yang berhubung dengan
nahu. Untuk belajar bahasa, orang tidak perlu terlebih dahulu belajar tentang selok belok nahu.
Za‟ba melihat penggunaan bahasa sebagai satu kemahiran, dan kemahiran memerlukan latihan.
Kemahiran dalam penggunaan bahasa setiap hari itu dilanjutkan kepada kemahiran mengarang.
Fikiran Za‟ba tentang kemahiran bahasa seperti itu tidaklah bermakna beliau tidak
menitikberatkan nahu. Beliau melihat peranan nahu pada dua peringkat pembelajaran, iaitu pada
peringkat bahasa pertama dan pada peringkat bahasa kedua. Pada peringkat bahasa pertama,
nahu berguna untuk mengukuhkan pengetahuan pengguna bahasa tentang susunan ayat dan
fungsi-fungsi perkataan, dan dengan itu nahu boleh menjadi pedoman dalam penyelidikan
mereka. Oleh itu, sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941)
dalam tiga jilid) telah membawa perubahan yang besar kepada dunia linguistik Melayu[9].
Menurut Za‟ba di dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan Rumi Baharu, dengan
adanya ilmu nahu, pengguna bahasa boleh mendalami lagi hal ehwal bahasa mereka. Pada
peringkat belajar bahasa asing, nahu perlu diutamakan supaya jangan terikut kaedah nahu bahasa
sendiri. Sebenarnya, aspek tatabahasa yang dikemukakan oleh Za‟ba dalam Pelita Bahasa
Melayu sebanyak 3 jilid itu dari segi rangka asasnya sudah lengkap dan menyeluruh sesuai
dengan saranannya agar orang selepasnya menokok-tambah mana-mana yang tidak lengkap[10].
Analisis Za‟ba tentang tatabahasa dapat dibahagi kepada dua komponen utama, iaitu morfologi
dan sintaksis, walaupun beliau tidak menggunakan istilah tersebut. Selaras dengan pengaruh
tatabahasa tradisional yang ketika itu mendominasi disiplin linguistik, analisis Za‟ba ternyata
banyak yang terikat oleh pendekatan tersebut. Oleh sebab itu, istilah-istilah tatabahasa yang
digunakannya dan cara beliau menjelaskan sesuatu konsep tatabahasa seluruhnya berdasar pada
makna, iaitu ciri utama linguistik tradisional.

5.5

Karangan Sebagai Sistem Wacana

4
Za‟ba melihat karangan sebagai satu wacana yakni wacana bertulis yang berbeza dengan wacana
lisan. Karya-karya Za‟ba dikatakan penting kerana telah meletakkan asas pengetahuan Bahasa
Melayu dari berbagai-bagai segi. Berikut merupakan antara karangan-karangan Za‟ba :i)
Pelita Bahasa Melayu II (Rumi)
Memberi latihan mengarang bagi darjah rendah.
ii)
Pelita Bahasa Melayu III (Rumi)
Bicara mengarang bagi darjah tinggi.
iii)
Ilmu mengarang Melayu (Jawi)
Bicara mengarang bagi penuntut-penuntut di kolej.
iv)
Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi)
Daftar perkataan-perkataan Melayu dengan ejaan jawi dan rumi serta undang-undang ejaannya.
v)
Kata-kata yang Tidak Tetap dalam Tulisan Melayu Rumi dan Kitab Rahsia Ejaan Jawi (1930)
vi)
Kaedah Karangan Bahasa Melayu terangkum dalam Kitab Pelita Mengarang (1931)
vii)
Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia (1958)
viii) Bahasa Melayu Kelebihan dan Kekurangan (1954)
ix)
Bahasa Melayu dengan Tulisannya (1958)
Dari situ kita dapat melihat banyak dan amat besar perjuangan serta sumbangannya kepada
bangsa dan negara kita ini. Pendeta Za‟ba serta semua karyanya adalah sebenar-benarnya
Warisan Bangsa yang amat berharga khususnya di dalam bidang bahasa dan kesusasteraan yang
harus dikenang oleh generasi masa kini dan juga yang akan datang. Dalam perspektif sejarah
penulisan tatabahasa Bahasa Melayu, Za‟ba lah satu-satunya ahli bahasa tempatan yang
menghasilkan tatabahasa Bahasa Melayu dalam bahasanya sendiri. Jika dipertalikan dengan citacita Abdullah Abdul Kadir Munshi yang ingin menghasilkan karya tatabahasa Bahasa Melayu
sejak akhir abad kesembilan belas tetapi tidak kesampaian, Za‟ba lah yang menyempurnakan
cita-cita tersebut[11].

5.6
Sumbangan dalam Linguistik
Demikian juga jika dikaitkan percubaan Raja Ali Haji menulis tatabahasa Bahasa Melayu
mengikut acuan tatabahasa Bahasa Arab termasuk istilah-istilah yang digunakan, Za‟ba lah juga
yang menyempurnakan dengan cara tersendiri sebagaimana bukti nyata kitab Pelita Bahasa
Melayu sebanyak tiga penggal itu. Selaras dengan semangat yang ditunjukkan oleh Za'ba dalam
dunia linguistik Melayu, maka semua pihak yang mendokong kepentingan Bahasa Melayu
perlulah memadu tenaga untuk tidak menggugat kedaulatan Bahasa Melayu dengan kepentingan
kecil-kecilan yang tidak dapat dipertahankan secara rasional kerana sikap kitalah yang menjadi
punca kita menolak Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu[12]. Jika, dari segi rasionalnya, sistem
yang disempurnakan itu masih belum sempurna, maka aspek-aspek yang belum sempurna itu
hendaklah dikenalpasti dan penyelesaian ke atasnya dicari secara rasional pula dan bukannya
ditolak begitu sahaja dengan tidak dicari jalan bersama-sama untuk memperbaiki lagi apa yang
telah dicuba-sempurnakan. Usaha dan sumbangan Za‟ba mesti dikaji kerana semuanya itu dapat
menyemai bibit-bibit semangat cintakan negara dan bangsa Melayu untuk bebas dari
kongkongan pemerintah tradisional dan kolonial British khusus kepada generasi muda hari ini
yang jauh dan buta daripada perjuangannya itu kerana perjuangan beliau sentiasa ditunjangi oleh
ketabahan, kecekalan dan keyakinan. Walaupun Za‟ba berpendidikan Inggeris tetapi beliau tetap
berjuang gigih untuk memartabatkan Bahasa Melayu, sama seperti pejuang bahasa pada hari ini.
5
Usaha Universiti Pendidikan Sultan Idris mewujudkan Kursi Za’ba dalam rangka
mengimarahkan dunia kesarjanaan dalam bidang pengajian Melayu merupakan usaha yang
terpuji, bukan sahaja sebagai mengenang jasa bakti beliau sebagai antara tokoh yang menjadi
tonggak Sultan Idris Training College yang merupakan institusi awal universiti tersebut, malah
sebagai penghargaan yang hak baginya sebagai perintis bahasa Melayu baharu[13]. Demikian
juga usaha kerajaan Negeri Sembilan mewujudkan Teratak Za’bayang bersifat muzium tokoh
seakan-akan Muzium Hemingway di England; dan tertubuhnya Yayasan Pendeta Za‟ba pada 7
November 1986 oleh Badan Kebajikan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur itu akan dapat mengabadikan sumbangan Za‟ba dalam melanjutkan
tradisi keilmuan di rantau berbahasa Melayu ini. Bagi Za‟ba, bahasa adalah mencerminkan
keunggulan budaya kita dan jati diri bak kata pepatah, “Hilang bahasa lenyaplah
bangsa”[14]. Sumbangan pemikiran beliau kepada bangsanya adalah banyak dan amat bererti.
Sumbangan pemikirannya dalam bidang budi pekerti dan agama, tentang ekonomi dan
kemiskinan orang Melayu adalah banyak dan telah dirakamkan serta dibicarakan dengan luas.
Walau bagaimanapun, sumbangannya yang paling besar ialah dalam bidang bahasa Melayu.
Minatnya dalam bidang ini sungguh besar dan bermula sejak awal-awal lagi. Keazamannya
untuk menulis sebuah buku nahu Melayu telah mula muncul dalam fikirannya sejak beliau
berumur dua belas tahun lagi. Dalam tahun 1918 lagi, sewaktu bertugas sebagai guru bahasa
Melayu di Malay College Kuala Kangsar, beliau telah mula mengumpul senarai perkataan
Melayu dalam tulisan Jawi[15]. Dalam tahun 1924 pula, umpamanya, beliau telah menjemput
sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke
Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah "pan-Malayan Malay Literary Society"
yang matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di
samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu moden. Tidak hairanlah kita melihat
bahawa sumbangan beliau adalah juga di dalam bidang ejaan, iaitu ejaan Jawi, di samping
sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid),
dan kaedah mengarang dalam bahasa Melayu (Kitab Ilmu Mengarang Melayu (1951)). Adalah
juga menjadi hasrat beliau untuk menyumbangkan kepada bahasa Melayu sebuah kamus Melayu
yang lengkap dalam tulisan Jawi.
Malah ke arah melahirkan kamus Jawi itulah maka, sebagai langkah awal, dilahirkannya sebuah
sistem ejaan Jawi. Ini dinyatakannya sebagai tujuan kedua penyusunan buku Daftar Ejaan
Melayunya. Menurutnya, tujuan kedua itu ialah "... hendak dibuat daripadanya sebuah kamus
Melayu yang lengkap bagi pergunaan hari-hari di antara ahli-ahli bahasa Melayu". Sehubungan
dengan kaedah ejaan Jawi, dalam tahun 1929, diterbitkannya Kitab Rahsia Ejaan Jawi (Pulau
Pinang: The Jelutong Press) dan dalam tahun 1931, telah dicetak sebahagian daripada buku yang
dinamakannya Rahsia Ejaan Jawi.) Menurut Za'ba, undang-undang ejaan Jawi yang diberinya
dalam buku Daftar Ejaan Melayu itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada apa-apa yang telah
dipanjang-lebarkan di sana sahaja". Ertinya, pada tahun 1918 beliau memulakan projek
pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif
menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menseragamkan ejaan
Jawi; pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia
Ejaan Jawi; dan pada tahun 1938 beliau menyiapkan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) [16].
Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.

6
Pengenalan Haron Daud dalam awal pembicaraanya terhadap "Pemikiran dan sikap Za'ba
terhadap bangsa Melayu" mengakui Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali ZA'BA adalah
seorang pemikir Melayu dan tokoh reformis yang mempunyai sumbangan yang besar dalam
perkembangan dan pembangunan orang melayu. Pendapatnya berasas merujuk dari usaha Za'ba
menangani keadaan orang Melayu dari aspek kemiskinan, pendidikan dan politik amat jelas dan
mengemukakan beberapa panduan untuk mengatasinya antaranya orang Melayu mesti
mempunyai kesedaran mengubah sikap dan mengutamakan ilmu. Segala telahan Za'ba terhadap
kemunduran dan kemiskinan orang Melayu adalah berdasarkan kepada pemerhatian semasanya
akibat dari pencerobohan British[17]. Namun suasana ini tidak di fahami oleh seluruh
masyarakat dan segala sindirannya disalahertikan menghina bangsanya sendiri sebaliknya beliau
telah berusaha sedaya mungkin untuk kemajuan bangsanya sama seperti tokoh lain yang
sezaman dengannya seperti Syed Syeikh Al Hadi, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji
Muhammad. Namun membandingkan Za'ba dengan kelebihan tokoh lain seperti Ishak Haji
Muhammmad dan Ahmad Boestamam dalam memperjuangkan keadaan bangsa Melayu ketika
itu adalah tidak adil apatah lagi jika tidak mengkaji secara teliti dan meluas kehidupan Zaba itu
sendiri. Walaupun mereka hidup sezaman masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk
meluahkan idealisme mereka. Za'ba misalnya memilih cara penulisan dan kegiatan sosial. Yang
pentingnya, dalam hati sanubari Za'ba mengakui dirinya seorang Melayu, beragama Islam dan
perjuangannya ialah untuk memajukan bangsanya didalam setiap lapangan kehidupan mereka.
Keinginannya ini membawa kepada sikapnya yang lebih cenderung bersikap anti raja dan
pembesar Melayu , anti kolonialisme British dan perjuangan pembebasan untuk bangsa Melayu.
Telahan penulis bahawa pendidikan inggeris dan jawatan yang diperolehi Za'ba menjadi
"untaian mutiara" yang membawanya pro kepada British dan memandang rendah bangsa
Melayunya boleh dipertikaikan. Contohnya telahan Za'ba tidak sesuai mengkritik Inggeris pada
ketika itu adalah relevan iaitu:"....pada masa ini belum sekali-kali layak kita memajukan
perasaan demikian dan tiada faedahnya...". Pertamanya dilihat negeri Melayu ketika itu kurang
pemimpin Melayu benar-benar memahami keadaan orang Melayu ketika itu. Beberapa tokoh lain
juga memperkatakan hal ini antaranya Ishak Haji Muhammmad, seorang pemimpin Kesatuan
Melayu Muda ada menyatakan bahawa: "kegagalan pergerakan orang melayu sebelum perang
adalah disebabkan oleh ketiadaan pemimpin yang berkaliber" Segelintir sahaja yang
berpendidikan seperti Syed Syeikh Al Hadi memandang masa depan orang Melayu penting
manakala yang ramainya adalah dari golongan atasan atau elit walaupun berpendidikan Inggeris
tetapi secara sedar tidak pernah memahami kesengsaraan dan kekurangan orang Melayu di
luarbandar yang tercicir dari pelbagai aspek ini. Bagi Za'ba golongan raja-raja dan pembesar
adalah kolaborator kolonialisme British di sepanjang zaman penjajahannya. Peranan sosial dan
politik mereka bukannya melindungi rakyat malah jadi penghalang utama kepada pembangunan
pemikiran dan fizikal orang Melayu sepertimana dalam bidang pendidikan yang menjadi aset
penting untuk kemajuan dan perkembangan sesuatu bangsa terabai. Tanpa ilmu, tidak mungkin
seorang itu boleh berlaku adil walaupun dia cuba berbuat demikian kerana kalaupun dia mahu
melaksanakan keadilan tetapi dia tidak tahu caranya disebabkan ilmunya terbatas[18]. dia boleh
terdedah pada kesilapan secara tidak sedar. Tiada penyediaan mantap untuk memimpin orang
Melayu dan daifnya pemikiran golongan elit jelas dilihat pada cemuhan Yamtuan Negeri
Sembilan terhadap orang melayu "....i do not like the idea of the the children of rajas and chiefs
sitting side by side with the children of people who were once our slaves." Sikap golongan elit ini
menyebabkan pendidikan terabai, bahasa Melayu mundur, ekonomi Melayu tercicir di belakang
ekonomi orang asing dan politik Melayu terhina oleh penjajahan. Kesedaran tentang keprihalan
7
ini telah benar-benar mengesani jiwanya dan sikapnya ini jelas diperlihatkan pada awal 1920an.
Oleh itu tidak salah beliau meletakkan segala kemunduran dan kekurangan orang Melayu
disebabkan kebodohan dan kesombomgan golongan raja dan pembesar Melayu itu sendiri.
Keduanya, berdasarkan pengalamanya sendiri samada dari pengalaman pembacaannya dari
luarnegeri seperti Encyclopaedia Of Islam (1927) serta usahanya menyedarkan orang Melayu
dalam bentuk sindiran melalui penulisan telah mendapat tekanan dari golongan pemerintah
tradisional dan kolonial British contohnya pada tahun 1921 Za'ba dapat amaran lisan dari Raja
Sir Chulan, dituduh cuba menghasut para pembaca akhbar dan majalah melalui tulisan yang
bersifat anti kerajaan, disekat kenaikan gaji tahunannya, ditukar atau terbuang ke jabatan karang
mengarang SITC di Tanjung Malim 1924[19]. Sebegitu juga tokoh yang lain menerima nasib
yang sama dalam suasana yang berbeza seperti Ahmad Boestamam di tahan beberapa tahun.
Sebelum ini timbul persoalan bahawa"setiap orang melayu yang berfikir dan mempunyai
semangat kebangsaan tentu mengetahui dasar dan sikap penjajah inggeris, tinggal lagi
sejauhmanakah kesedaran dan kesanggupan mereka serta langkah yang diambil untuk
berhadapan denagan ranjau inggeris". Dalam hal ini Za'ba memilih cara dalam bentuk
penulisan dan kegiatan sosial berbanding tokoh lain seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Haji
Muhammad. Segala penulisannya adalah dari segala pemerhatian dan penelitian yang mendalam
dan bentuk sindiran terhadap bangsanya yang mundur dan kekurangan semasa kuasa kolonial
amat dahsyat adalah alternatif untuk menyedarkan bangsanya kerana bergerak bertentangan
dengan arus yang deras meyebabkan diri kita dan orang lain hanyut dan lemas. Segala
sindirannya itu boleh jadi panduan pada generasi sekarang sepertimana penyataan Datuk
Senu "jika ciri-ciri negatif ini benar, maka hal itu harus di tinggalkan dan di singkirkan. Tidak
guna kita menafikan atau menunjukkan kemarahan kita terhadap pendapat dan tuduhan
demikian[20]. Sebaliknya biarkan pendapat demikian mendorong kita mencari apakah sifat yang
akan membolehkan kita bertanding dengan orang lain." Dengan itu perjuangan Za'ba pada tahun
1920an hingga 1930an adalah lebih kepada banyak bekerja contohnya menulis seberapa banyak
buku yang terdaya olehnya berkaitan dengan orang melayu untuk panduan pada generasinya
yang akan datang daripada banyak bercakap sahaja. Manakala pujian Za'ba sepertimana juga
Syed Al Hadi bahawa Inggeris adalah penyelamat bangsa Melayu adalah telahan terawal mereka
, merasakan British dapat menahan akan gerak menggelunsur orang Melayu dari terus
ketinggalan namun perkembangan seterusnya tiada siapa dapat menentukan[21]. Za'ba sendiri
ada menjelaskan kemudiannya kekejaman pemerintahan raja dan pembesar Melayu tidaklah
berakhir dengan perubahan pemerintahan kepada pihak British itu. Ini kerana institusi
pemerintahan tradisi dieksploitasi untuk kepentingan British. Oleh kerana itulah Sikap anti
kolonialisme British timbul sejak ia melibatkan dirinya secara serius dalam penulisan rencana
untuk akhbar tempatan pada 1917 dan merasakan orang British atau orang Barat atau orang
Nasrani atau kaum kafir musuh Islam. Penilaian mata kasar penulis bahawa Za'ba bersekongkol
dengan kolonial British berdasarkan jawatannya sebagai seorang kakitangan di dalam
pentadbiran kolonial adalah telahan mengelirukan kerana sikap Za'ba telah jelas dan tegas iaitu
membantu masyarakatnya untuk mencapai kemajuan hidup di dalam berbagai lapangan sesuai
dengan perkembangan di kurun ke 20 ini. Iaitu berusaha dalam bentuk apa cara asalkan ianya
tidak bertentangan dengan ajaran Islam[22]. Adanya beliau dalam pentadbiran kerajaan dapat
menyuarakan pendapatnya mengenai orang Melayu khususnya dalam menyediakan pendidikan.
Semuanya dilakukan supaya orang Melayu dan muslim mempunyai ilmu dan pengetahuan yang
sesuai dengan kehendak Islam dan sesuai dengan tuntutan perkembangan zaman. Dan ianya
senjata penting didalam perjuangan untuk membebaskan orang Islam dari cengkaman penjajahan
8
Barat. Ingin saya nyatakan di sini bahawa Zaba, Abdullah Munshi, Syed Sheik Al Hadi dan
Ahmad Rashid Talu disifatkan sebagai golongan yang "selamat" tidak mengusik atau memijak
ranjau Inggeris. Gambaran saya mengenai hal ini semata-mata melihat pengorbanan perjuangan
seseorang tokoh berdasarkan tekanan fizikal sahaja seperti dipenjarakan. Sebenarnya Walaupun
Za'ba tidak dipenjarakan berbanding tokoh yang lain tetapi beliau juga mengalami tekanan
peribadi sepanjang perjuangannya seperti penulisannya sentiasa diawasi oleh pihak kolonial, gaji
dan jawatannya di tahan dan ditukar kerja. Namun peluang ini diguna sebaik mungkin oleh Za'ba
menyumbangkan ideanya dalam bidang penulisan dari aspek bahasa Melayu khususnya. Dalam
hal ini tidak dinafikan sama sekali peranan tokoh seperti Ahmad Boestamam Dan Ishak Haji
Muhammad dalam perkembangan perubahan orang Melayu contohnya Ahmad Boestamam telah
terlibat secara langsung dalam banyak kegiatan politik tanah Melayu pada tahun 1946-1948
seperti dalam PKMM, API, PUTERA dan AMCJA. Manakala Za'ba tidak bergiat aktif dalam
poltik pada tahun 1947 dan menjelaskan bahawa:"Saya tidak percaya politik cara yang
dijalankan dalam dunia sekarang akan boleh atau pernah jadi lurus, bersih dan jujur, kebolehan
istimewanya adalah cenderung menulis dan mengarang keadaan fikiran dan ilmu pengetahuan.
Namun begitu beliau berjaya tubuhkan The Malay Literary Association Kuala Lumpur (1923).
Ianya gagal bergerak cergas tetapi ia merupakan satu proses penyatuan di kalangan anak muda
Melayu berpendidikan Inggeris sudah dimulakan oleh Za'ba iaitu melahirkan Persatuan GuruGuru Melayu. Adanya Sahabat Pena sehingga 1942 merupakan pertubuhan yang bukan saja
tersusun rapi dari segi organisasi malah tercapai hasratnya untuk melihat orang Melayu dan
muslim bersatu berasaskan konsep setanah Melayu di Semenanjung Melayu. Sukar
membandingkan sejauhmana tokoh ini berperanan kerana mereka bergerak dalam cara yang
berbeza. Sekiranya Za'ba dikatakan bersekongkol dengan kolonial British bagaimana pula
hubungan Ahmad Boestamam dengan Jepun. Beliau telah bekerja dengan Jepun dan dalam masa
yang sama cuba mendapat restu untuk bergiat dalam politik . keadaan ini digunakan pula untuk
menentang Jepun . Dilihat kedua-duanya melakukan yang terbaik untuk kebaikan orang Melayu
ketika itu. Za'ba berjaya meneruskan kegiatan beliau dengan cara menyesuaikan diri dengan
kehendak masa dan keadaan ketika itu[23]. Antara di SITC mengasaskan pejabat penterjemah.
Walaupun Kerja yang dibuatnya sangat berat tetapi beliau berjaya menerbitkan buku siri buku
teks (The Malay Scholl Series ) terjemah dokumen penting dan sediakan enakmen untuk
pelbagai jabatan. Pada tahun 1929 beliau memulakan kelas bahasa Inggeris secara sukarela untuk
guru-guru muda di SITC dan terbit Buku Ilmu Bahasa ( 1927 ) dan Rahsia Ejaan Jawi ( 1929 ).
Usahanya tidak kenal putus asa walaupun kesihatan terganggu dan atas nasihat doktor beliau
berehat ke Indonesia. Peluang ini digunakan untuk meneliti keadaan perkembangan orang
Melayu misalnya mahukan perubahan SITC sama seperti Balai Pustaka di Indonesia tetapi
pendapatnya di tolak oleh Winstedt[24]. Begitu juga pemergiannya ke Universiti London pada
tahun 1947 dalam usia 52 tahun bukan bertujuan makan angin sepertimana telahan penulis
sebaliknya dengan ketepikan kesihatan diri semata-mata untuk menambahkan ilmu dalam bidang
bahasa dan khidmatnya kelak amat diperlukan untuk kemajuan pengajian bahasa Melayu.
terbukti kembalinya ke tanahair beliau menjadi satu-satunya tenaga pengajar di Jabatan
Pengajian Melayu dan membentuk Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya 29 Januari
1955. Jelas disini Za'ba berjaya meneruskan kegiatan beliau dengan cara menyesuaikan diri
dengan kehendak masa dan keadaan ketika itu[25]. Ramai mengakui Za'ba adalah pendeta
melayu yang tinggi semangat patriotismenya. Namun gelaran pendita bukanlah kemahuan nya
tetapi penilaian dan pengiktirafan di atas segala usahanya kepada orang Melayu secara
keseluruhannya. Bagi Za'ba : "To me a man's value is only estimated by grandeur of his ideas
9
and his achievement as influencing the thought and destinies of mankind for good, not by the
gradeur of his 'title' or by his own estimate of himself....." Pada peringkat awal (1916-1923),
Za'ba merupakan idealis yang berani mengkritik kelemahan pemerintah, golongan pembnesar
serta orang melayu secara terbuka melalui media umum. Manakala Peringkat (1924 -1950),
pengawasan yang rapi daripada pihak pemerintah meyebabkan corak perjuangannya lebih
sederhana dan pragmatis. Walaubagaimanapun bentuk beliau menyemarakkan idea
pemikirannya terhadap bangsa melayu ketika itu tidaklah menjadi persoalan besar, pokoknya
usahanya dan sumbangannya mesti dikaji kerana semuanya itu dapat menyemaikan bibit-bibit
semangat cintakan negara dan bangsa Melayu untuk bebas dari kongkongan pemerintah
tradisional dan kolonial British khusus kepada generasi muda hari ini yang jauh dan buta
daripada perjuangannya itu. Buku mengenai Za‟ba. Untuk menghargai sumbangan pendita
Za‟ba dalam namanya (Perpustakaan Peringatan Za‟ba) untuk mengenang jasa beliau kepada
perkembangan Bahasa Melayu.Za'ba sehingga ada di antara mereka menggelengkan kepala dan
terlopong apabila diajukan soalan berkaitan biodata pejuang bahasa Melayu ini. Sumbangan
pemikiran beliau kepada18.Dengan peningkatan program pengajaran bahasa Melayu kepada
program beliau dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu[26].

6.0

Kesimpulan
Sumbangan Za‟ba begitu besar kepada orang Melayu sehinggakan beliau sumbangan
yang besar nilainya kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan, sosial, ekonomi, bahasabagi
bahasa Melayu, Za‟ba jasa dan sumbangan Za‟ba dalam bidang bahasa Bahasa, Kesusasteraan
dan Kebudayaan Melayu. Sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa
Melayu (1941) dalam tiga jilid) telah membawa perubahan yang besar kepada dunia linguistik
Melayu. Menurut Za‟ba diPeranan Za'ba Dalam Mengasaskan Teknik Tulisan Jawi Diri, Faktor
Waktu Dan Faktor Tempat Bertugas Dalam Kerjaya Za'ba. Oleh yang demikian bangsa Melayu
amat terhutang budi kepada Pendeta Za‟ba atas segala jasa dan ketokohannya. Beliau nyata telah
memberi sumbangan yang cukup besar lagi bermakna terhadap Bahasa Melayu. Buku mengenai
Za'ba yang wujud sekarang adalah untuk menghargai sumbangan pendita Za‟ba untuk
mengenang jasa beliau kepada perkembangan Bahasa Melayu. Ilmu Mengarang Melayu, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1965. dan Perbelanjaan Petani dan Pekerja E Sumbangan
Pekerja dan Petani Kepada terbesar Pendeta Za‟ba yang menggabungkan tiga jilid “Pelita Bahasa
Melayu” yang sebagai bapa tatabahasa Melayu moden patut didedahkan kepada murid.
Sumbangan besar Za‟bapula dengan pertukaran nama kepada Pakatan Bahasa Melayu.

10
PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu
1.0 Pendahuluan
1.1

Pengenalan

Menurut Abdullah Hassan ( 2005:14 ), keperluan manusia untuk berkomunikasi
menyebabkan terbitnya bahasa yang banyak dalam dunia ini malah setiap bangsa mempuanyi
satu atau lebih bahasa yang mempuanyi sejarahnya yang tersendiri dan berdasarkan kajian beliau
terdapat empat belas golongan besar bahasa ( Indo-Eropah, Semit-Hemit, Ural, Altaik, SinoTibet, Austronesia, Irian, Bantu, Dravidia, Khoisan, Niger-Kongo, Makro-Sudan, Amerika Utara
dan Amerika Latin ) yang digunakan dalam dunia ini. walaupun begitu, penulisan ini tidak
mengkaji kesemua golongan bahasa tersebut tetapi hanya mengfokuskan kepada pembinaan dan
perkembangan Bahasa Melayu yang diklasifikasikan oleh beliau sebagai golongan bahasa
keenam dalam dunia iaitu dalam kelompok bahasa Austronesia yang secara terperinci akan
dibincangakan dalam penulisan ini.

1.2

Objektif

Adalah agak sukar untuk memperjelaskan secara terperinci keseluruhan sejarah dalam
pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu kerana keterbatasan dalam mendapatkan sumber,
walaupun begitu penulisan ini akan cuba mengupas kembali segala perancangan yang digariskan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka amnya dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu
dalam aspek pembinaan dan perkembangan. Aspek pembinaan yang akan ditekankan dalam
penulisan ini membicarakan pembinaan atau perancangan korpus bahasa dari segi istilah, kosa
kata, laras bahasa, ejaan, sebutan dan tatabahasa tanpa menafikan akan wujudkan pinjaman
bahasa asing mengikut keperluan dalam Bahasa Melayu yang sangat diperlukan dalam semua
bidang. Bagi aspek perkembangan, adalah menjadi suatu yang sinonim dalam penulisan untuk
membicarakan kronologi perkembangan mengikut zaman peralihan status bahasa, tetapi
penulisan ini akan membicarakan perkembangan Bahasa Melayu mengikut tahun, iaitu tahun
1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 11990 hingga 2000 atas rasional, adalah menjadi
keperluan untuk mengupas isu-isu yang berkaitan dengan perkembangan Bahasa Melayu bagi
menilai sejauhmana usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menjadikan Bahasa
Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia yang mampu menjadi pengerak kepada
pembangunan negara dalam semua bidang.

1.3

Kaedah

Kaedah yang digunakan dalam kajian penulisan ini adalah menggunakan kaedah kajian
perpustakaan berdasarkan sumber buku yang didapati secara langsung mahupun tidak langsung
dengan menggunakan laman web.

11
1.4

Batasan

Segala sesuatu kajian memiliki batasnya tersendiri, maka dalam kajian penulisan ini
adalah tidak dinafikan wujudnya batasan dalam mendapatkan sumber yang tepat dalam kuantiti
yang banyak dalam tempoh masa yang terhad. Dalam aspek penelitian kajian penulisan pula,
kajian adalah terbatas kepada aspek pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu semata-mata,
ini bermakna kajian penulisan ini tidak akan membincangkan perkara-perkara yang tidak
berkaitan dengan pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kajian
mengenai Bahasa Melayu ini turut menyentuh perkaitan perkembangannya berdasarkan
perubahan dunia semasa yang sukar sekali mengetepikan akan isu-isu yang menyumbang kepada
perkembangannya yang dimaninkan oleh pihak-pihak yang berkaitan. Batasan kajian penulisan
juga berhadapan dengan kesukaran mendapatkan data terbaru kerana tidak dapat menjalankan
kajian lapangan bagi meneliti kebenaran isu-isu tersebut.

1.5

Definisi Konsep

Konsep yang harus difahami dalam kajian penulisan ini adalah berkisar kepada kehendak
tajuk kajian, iaitu pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu. Menurut Awang Sariyan (
2002 ), pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa daripada sudut korpus
bahasanya atau dikenali juga sebagai perancangan korpus bahasa yang menyentuh aspek kosa
kata, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa yang telah berjaya dilakukan secara
terancang selepas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956 yang pada awalnya
menjalankan fungsi sebagai jabatan kerajaan yang telah bertukar taraf kemudiannya menjadi
badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Pembinaan bahasa selepas lulusnya Akta
DBP 1959.
Perkembangan bahasa Melayu pula menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat
( 2009: 39 ), dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu Purba ( 2500 masihi ),
Bahasa Melayu kuno ( abad ke-7 masihi ), Bahasa Melayu Klasik ( abad ke-12 masihi ), Bahasa
Melayu Peralihan dan Bahasa Melayu Baharu ( abad ke-19 ). Manakala menurut Abdul Rashid
Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 26 ), perkembangan Bahasa Melayu dapat dirungkai
berdasarkan perkembanagan zaman, iaitu purba, kuno dan klasik tetapi adalah lebih mudah
difahami sekiranya berfokuskan tahun perkembangannya bagi meneliti isu-isu yang dibangkitkan
sepanjang perkembangan bahasa tersebut, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan
1990 hingga 2000 bersesuaian dengan perkembagan ilmu semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran
Razak ( 1956 ) menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem
pendidikan negara ini yang turut disokong oleh Awang Sariyan ( 2002 ).

12
2.0 Sejarah ringkas Bahasa Melayu
Sehingga ke hari ini banyak sejarawan yang merumuskan akan hal asal usul Bahasa
Melayu sebagai suatu yang masih kabur yang masih memerlukan kajian lanjut dan mendalam,
maka penulisan ini secara tidak langsung akan membincangkan secara ringkas berkaitan sejarah
Bahasa Melayu dari aspek konsep etimologi ( perkataan ) dan bangsa, salasilah dan hipotesis
tempat asal Bahasa Melayu.

2.1

Konsep etimologi dan bangsa

Dari aspek etimologi atau perkataan, „Melayu‟ menurut Zuber Usman dalam Abdul Rashid
Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: ), berasal daripada perkataan „Himalaya‟ yang telah
disingkatkan kepada „Malaya‟ yang kemudiannya menjadi „Melayu‟. Selain itu, terdapat juga
pengkaji yang mengutarakan bahawa „Melayu‟ berasal daripada perkataan „Malaiyur-pura‟ yang
terpahat pada prasasti Bukit Gombak 1 di Sumatera Barat yang akhirnya menimbulkan perkataan
malaiyur = malaiyu = malayu = melayu. Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari
Moain ( 2006: ), perkataan „Melayu‟ berasal daripada perkataan Jawa Kuno dan Baru, iaitu
„Mlaya‟ dan „Mlayu‟ yang membawa maksud lari. Tambahan beliau lagi, perkataan „ Melayu‟
turut merujuk kepada kerajaan, iaitu berasal daripada perkataan „Malayu‟ yang merujuk kepada
sebuah kerajaan yang berpusat di Muara Jambi pada abad ke-7 ( 644 M ) yang mendapat nama
sempena nama sebatang sungai, iaitu „Sungai Malayu‟ yang sangat deras arusnya selaju orang
berlari yang disifatkan mempuanyi pengertian yang sama dalam Bahasa Jawa.
Dari aspek konsep perkataan „Melayu‟ berdasarkan bangsa adalah merujuk kepada teori
awal perpindahan golongan manusia yang diberi nama Austronesia dari daerah Yunan ke
wilayah Asia Tenggara, iaitu Melayu Proto ( 2500 M ) dan Melayu Deutro ( 1500 M ) menurut
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 3 ).
Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 11 ) pula, penggunaan
perkataan „Melayu‟ pada abad ke-17 merujuk kepada istilah yang lebih luas yang merangkumi
suku bangsa serumpun di Nusantara merujuk kepada istilah UNESCO ( 1972 ).
“......Melayu itu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa
yang sama, bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama,berkulit sawo matang, rambut lurus
dan tinggi yang sederhana dan penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu suku
bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar yang
merupakan satu stock bangsa yang sejak beberapa lama dahulu dikenali sebagai MalayoPolynesia ( Melayu-Polinesia ) atau Austronesia....”

Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia sendiri menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat
Juhari Moain ( 2006: 8 ), Perkara 160 seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957 mengariskan „Melayu‟ sebagai seseorang yang berbahasa melayu,
berkebudayaan melayu dan beragama Islam.

2.2

Salasilah Bahasa Melayu
13
Kajian salasilah Bahasa Melayu akan merujuk kepada asal usul atau keturunan Bahasa
Melayu itu sendiri yang mana menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan
Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 3-4 ), berasal dari rumpun bahasa Austronesia yang tergolong
dalam satu keluarga bahasa besar bahasa Austris ( Austroasia, Tibet-Cina dan Austronesia –
Nusantara, Polinesia, Melanesia dan Mikronesia ) dalam cabang Nusantara, iaitu jumlah bahasa
yang paling banyak merangkumi 16 golongan kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Hal ini turut
diutarakan oleh Kamal Shukri Abdullah Sani ( 2007: 2 ), bahawa Bahasa Melayu merupakan
bahasa yang berasal dari rumpun bahasa Austronesia ( Nusantara Barat dan Timur, Melanesia
dan Polinesia ) dalam kelompok Nusantara Barat ( Malagasi, Acheh, Melayu, Jawa,Sunda,
Dayak, Tagalog, Sibu, Bisaya dan lain-lain ) yang digunakan di sebelah timur gugusan pulaupulau Melayu dan Nusantara sejak abad pertama masihi menurut Abdullah Hassan ( 2005:23).
Hal ini turut diutarakan oleh James T.Collins ( 2005 ), iaitu kewujudan akan Bahasa Melayu
sebagai salah satu komponen daripada 1000 bahasa yang terpenting dalam rumpun bahasa
Austronesia yang terbentuk di Taiwan yang kemudiannya tersebar dibahagian selatan, timur dan
barat melalui Filipina yang turut mempunyai perhubungan dengan bahasa-bahasa Polinesia
menurut William Marsden ( 1754-1836 M ) dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari
Moain ( 2006: 1 ) yang banyak mengkaji bahasa di Asia Tenggara dalam karya penulisannya,
seperti A Dictionary of the Malayan Language dan A Grammar of the Malayan Language ( 1812
) dan sehingga sekarang dikenali sebagai Bahasa Melayu-Polinesia oleh Wilhelm Von Humboldt
( 1767-1835 ) dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 2 ) berdasarkan
perincian hubungan antara bahasa-bahasa di Asia Tenggara yang serumpun dalam
karyanya Uber die Kawisprache auf der Insel Java ( 1836 ) yang turut disokong oleh Abdullah
Hassan ( 2005: 23 ) berdasarkan jadual yang telah diambil dari Crowely ( 1987 ) dalam James
T.Collins ( 2005: 3 ). Walaupun begitu, terdapat juga pengkaji barat, seperti John Crawfurd
dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 2 ) yang tidak mempersetujui
perkaitan yang wujud antara Bahasa Melayu dengan Polinesia kerana tidak sekeluarga.
2.3

Hipotesis tempat asal Bahasa Melayu

Menurut Northefer ( 1996 ) dalam James T.Collins ( 2005 ), kesepekatan ahli-ahli
arkeologi menyatakan bahawa Bahasa Melayu di kepulauan gugusan Melayu bermula di
Kalimantan sebelum tersebar di bahagian barat menyeberangi Laut China Selatan pada 100
masihi dahulu melalui Pulau Tambela dan Riau sebelum ke Sumatera dan ke selatan Benua Asia
atau kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama juga tidak dinafikan
berlaku penyebaran Bahasa Melayu di bahagian utara, selatan dan timur sehingga ke barat Pulau
Luzon yang kini dikenali sebagai Teluk Manila dan seterusnya di bahagian timur kepulauan
Maluku ( Indonesia ).
Kewujudan penggunaan Bahasa Melayu turut dibuktikan oleh Bede dalam James
T.Collins ( 2005 ), pada abad ke-8 dalam Caedmon’s Hymn to the Creator yang menyatakan
akan wujudkan tulisan teks tertua Bahasa Melayu bertarikh 682 masihi di atas batu di Sumatera
yang mengadaptasi ortografi india berdasarkan palawa yang dikenali sebagai teks Bahasa
Melayu Kuno.

3.0 Pembinaan Bahasa Melayu
14
Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan
bahasa daripada sudut korpus bahasanya atau dikenali juga sebagai perancangan korpus bahasa
yang menyentuh aspek kosa kata, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa yang telah
berjaya dilakukan secara terancang selepas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun
1956 yang pada awalnya menjalankan fungsi sebagai jabatan kerajaan yang telah bertukar taraf
kemudiannya menjadi badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Pembinaan bahasa
selepas lulusnya Akta DBP 1959.

3.1

Pembinaan Istilah Bahasa Melayu

Umumnya istilah merupakan perkataan yang mempunyai makna khas mengikut bidang
ilmu pengetahan tertentu yang menerangkan makna, konsep proses, keadaan atau sifat khusus
bagi sesuatu ilmu menurut Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad ( 2009: 2 ). Menurut Awang
Sariyan ( 2002 ) pula, pembinaan istilah Bahasa Melayu merupakan suatu usaha dalam
menggubal istilah bagi mengisi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rasmi dan
ilmu di negara ini yang telah bermula sejak 1957 yang melibatkan dua bidang terawal iaitu
Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan teknik yang sehingga kini mencatatkan jumlah
hampir mencecah 1 juta istilah yang terhasil meliputi ratusan bidang ilmu dan profesional yang
telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebanyak 199 judul melibatkan semua
peringkat. Kenyataan ini turut disokong oleh Abdullah Hassan ( 1987: 85 ), iaitu perancangan
korpus bahasa dalam aspek istilah telah bermula sejak 1957 melalui penubuhan Jawatankuasa
Istilah yang pertama berdasarkan dua peringkat iaitu sebelum 1975 ( dengan
penerbitan Pedoman Pembentukan istilah bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ) dan
selepas 1975 ( kerjasama Majlis bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) yang
menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan istilah ( PUPI )yang telah diisytiharkan
penggunaannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan
Repblik Indonesia pada 30 Ogos 1975).
Walaupun begitu, beliau tidak menafikan akan ketidaksempurnaan yang berlaku semasa
pembinaan awal istilah dalam bahasa Melayu iaitu melibatkan tempoh masa antara tahun 1957
hingga 1960 yang merupakan titik zaman awal pembentukan istilah namun tidak kukuh kerana
tiada sebarang pedoman yang boleh dijadikan rujukan sehinggalah Dewan Bahasa dan Pustaka
menubuhkan dua Jawatankuasa Istilah bagi menyokong pembinaan istilah iaitu, Jawatankuasa
Istilah Kerajaan dan Perjawatan dan Jawatankuasa Istilah Sains Am yang secara tidak langsung
mengubah panduan dan falsafah pembinaan istilah tahap awal yang mengongkong proses
pembinaan istilah, walapun terdapat juga istilah yang bertahan sehingga sekarang
misalnya stesen, kimia dan sains. Manakala istilah yang tidak dapat mendukng konsep asal telah
dipinda seperti ilmu jiwa, kajirumpun bangsa, ilmu hisab dankajibentuk bumi kepada psikologi,
ethnologi, matematik dangeomorfologi.
Zaman selepas 1975 pula memperlihatkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
pembentukan istilah yang melibatkan bidang-bidang profesional sebanyak 71,887 istilah
sehingga 1975 berikutan kejayaan membentuk Pedoman Membentuk Istilah-istilah Baru DBP (
mula digunakan sejak 1959 ), Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk istilah Baharu Bahasa
Melayu DBP ( selepas 1970 ) dan Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya ( 1971 )
serta dengan tertubuhnya Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu ( JKTBM ) sejak Disember 1972
15
yang pada awalnya hanyalah mewakili Malaysia dalam usaha kerjasama dengan Indonesia bagi
menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi kemudiannya telah diperluaskan lagi fungsinya yang
mencakupi aspek peristilahan dan dianggap oleh kerajaan sebagai badan tertinggi dalam
pembentukan istilah Bahasa Melayu yang menjadi dasar pembentukan istilah oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Walaupun begitu, pembinaan istilah dalam Bahasa Melayu tidak menafikan akan
wujudnya pinjaman daripada bahasa asing melalui dua cara penggubalan, iaitu pinjaman dan
pinjam terjemah menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 255 ). Hal ini turut
disokong oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (
2004: 301-304 ), iaitu pembinaan istilah pinjaman yang dilakukan dalam dua bentuk, iaitu
pengambilan dengan penyesuaian ejaan, misalnya geography-geografi, biology-biologi,
mathematics-matematik, isogamy-isogami dan sebagainya. Manakala, pengambilan tanpa
perubahan ejaan pula, seperti magnet-magnet, linear-linear, hilum-hilum, import-import, auditaudit dan sebagainya.Manakala pembinaan istilah pinjam terjemah pula dilakukan melalui lima
cara, iaitu terjemah langsung ( resistance = rintangan, dose = sukatan, soluble = lart ),
penciptaan kata baharu ( subsidence = antamman, allot = umpuk, arrears = tunggakan ),
perluasan makna ( salur = salir, hakis = kikis, gelap = legap ), penggabungan dua kata umum
( missile = peluru berpandu, indicator lamp = lampu penunjuk, right angle = sudut tepat ) dan
pembentukan kata ganda separa (radius = jejari, liquid = cecair, capillary = rerambut ), tetapi
kesemua proses ini terikat kepada had peminjaman, iaitu pinjaman istilah dilakukan sekiranya
bahasa asing mempunyai istilah tersebut dan haruslah sesuai dengan sistem bunyi Bahasa
Melayu menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 265 ).
Menurut Rogayah Osman dalam artikelnya mengenai Perancangan Bahan Ejaan dan
Sebutan, Peristilahan dan Perkamusan dalam Bahasa Melayu di Malaysia, kewujudan banyak
Jawatankuasa Istilah ( JKI ) yang mencakupi banyak bidang dengan konsep dan pemahaman
ilmu yang tersendiri menghasilkan bermacam-macam istilah sehingga satu istilah mendukung
pelbagai konsep dan pengertian, menyedari permasalahan ini dua jawatankuasa penyelarasan
dibentuk iaitu, Jawatankuasa Istilah Sains Tulen dan Jawatankuasa Istilah Sains Sosial dan
Kemanusiaan. Disamping itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan kembali kerja-kerja
dalam menyemak istilah sebelum 1975 terutamanya sebelum 1960 untuk diserahkan kepada
Jawatankuasa Penyemak Istilah sebagai tambahan kerja-kerja dalam penciptaan istilah,
pengklasifikasian bidang yang sebelumnya tidak begitu tepat dan kurang menyeluruh agar dapat
membincangkan aspek-aspek pemasyarakatan istilah dalam disiplin bidang masing-masing agar
dapat diutarakan kepada sidang MBIM sekitar akhir 80-an dan awal 90-an.
Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat
Juhari Moain ( 2006: 36 ), sangat berperanan dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang
mendokong tiga fungsi utama, iaitu bertindak sebagai badan bersama yang mengadakan
pertemuan demi pertemuan untuk memikirkan, menalaah dan membincangkan hal-hal bersama
berhubungan dengan soalan bahasa kedua-dua negara, menampung dan menyalurkan bahanbahan tentang bahasa dari kedua-dua belah pihak untuk kegunaan dan kajian bersama serta
menyerahkan bahan-bahan bahasa yang menyentuh kepentingan kebangsaan negara masingmasing kepada Menteri Pendidikan untuk dipertimbangkan dan diputuskan. Atas ketelusan
dalam memainkan perana ini, MBIM berjaya menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan
Istilah ( PUPI ), Pedoman Penyusnan Kamus Istilah dan Pedoman Tranliterasi Huruf Arab
16
kepada Huruf Rumi disamping membincangkan pedoman khusus pembentukan istilah kimia,
biologi, fizik, matematik dan perubatan. Malah sepanjang hasil persidangan MBIM ke-7 hingga
ke-23 MBIM turut berjaya menghasilkan Daftar Istilah MBIM ( A-J )dan ( K-Z ) yang
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1976.

3.2

Pembinaan Kosa Kata Bahasa Melayu

Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), usaha dalam pembinaan kosa kata atau perbendaharaan
kata dalam Bahasa Melayu sebenarnya telah dilakukan oleh para sarjana asing sejak beberapa
abad silam dalam bentuk daftar kata dan kamus, misalnya Daftar Kata Melayu-Cina ( abad ke15 ), Kamus Melayu-Itali oleh Antonio Pigafetta pada suku pertama abad ke-16, kamus MelayuInggeris oleh Thomas Bowry pada awal abad ke-18, A Dictonary of The Malay Language oleh
Marsden pada tahun 1821 dan beberapa buah kamus lain oleh R.J.Wilkinson ( 1901,1908 dan
1932 ), W.G.Shellabear ( 1902, dan 1916 ) dan R.O.Winstedt ( 1913 ). Usaha ini kemudiannya
telah diteruskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara terancang yang bermula pada 1964 yang
akhirnya telah berjaya menerbitkan Kamus Dewan pada 1970, iaitu sebuah kamus ekabahasa
yang berwibawa sebagai rujukan kamus yang entrinya berjumlah kira-kira 30,000 patah yang
kemudiannya telah diterbitkan dalam edisi baharu pada tahn 1984 dan 1989 ( masing-masing
dengan tambahan 900 entri dan 2,000 entri ), edisi ketiganya pula pada tahun 1994 ( dengan
tambahan 6,000 entri ) dan edisi keempat pada tahn 2003 ( dengan tambahan 5,000 entri ).
Bagi tujuan keperluan pelajar sekolah pula, Dewan Bahasa dan Pustaka turut memainkan
peranannya dengan menyusun dan menerbitkan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pada
tahun 1975 bagi pelajar sekolah menengah danKamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun
1989 bagi keperluan pelajar sekolah rendah disamping turut menerbitkan edisi baharu pada tahun
2002 iaitu, Kamus KBSR Dewan danKamus Umum Bahasa Melayu Dewan ( memuatkan 67,000
entri ) pada tahun 2007. Malah bagi memastikan pembinaan kosa kata dalam bahasa Melayu
lebih berkesan, Dewan Bahasa dan Pustaka turut mengadakan kerjasa dengan pihak swasta
dengan menerbitkan kamus elektronik, Kamus Telapak BESTA DBP-1 ( 1998 ) dan Kamus Pena
Quicktionary ( 2000).
Seperti dalam pembinaan istilah Bahasa Melayu, pembinaan kosa kata Bahasa Melayu
turut meminjam kosa kata asing, dan menurut Yahya Othman ( 2005: ), Bahasa Melayu
meminjam 677 kosa kata Bahasa Sanskrit merangkumi 11 bidang.
Malah menurut James T.Collins ( 2005: 18 ), sejak kerajaan kesultanan Melayu Melaka
lagi, Bahasa Melayu telah menggunakan kosa kata pinjaman seperti yang direkodkan oleh Yang
Lin pada tahun 1560 yang diklasifikasikan sebagai kosakata Bahasa Melayu-Cina sebanyak 500
kata untuk keperluan perdagangan disamping kosakata pinjaman dari Bahasa Sanskrit, Tamil,
Arab dan Persia.
( Rajah 6: Daftar beberapa kosakata Bahasa Melayu-Cina dari Dinasti Ming yang dipetik
dari Edwards dan Blagden ( 1930-1932 ) dalam James T.Collins, 2005: 19 )

3.3

Pembinaan Laras Bahasa Melayu
17
Menurut Nik Safiah Karim ( 2003: 155-156 ), laras bahasa dalam Bahasa Melayu
merupakan perbezaan cara yang digunakan dalam penulisan walaupun menggunakan bahasa
yang sama dalam situasi yang berbeza atau lebih ringkasnya dikenali sebagai kelainan berbahasa
yang dipengaruhi oleh suasana yang hanya dikenali melalui perkataan-perkataan yang digunakan
berdasarkan cara pengungkapan mengikut situasi tertentu yang wujud berdasarkan perkara yang
ingin diperkatakan serta kolokasi, iaitu kehadiran penggunaan perkataan dan ungkapan tertentu
yang jelas meletakkannya dalam sesuatu laras.
Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan laras bahasa ini dilaksanakan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka melalui penerbitan karya ilmu dalam pelbagai bidang untuk pelbagai
peringkat yang telah menghasikan hampir 10,000 judul buku dan berdasarkan koleksi
Perpustakaan Negara Malaysia ( 1966 hingga 2001 ), sejumlah 105,898 judul direkodkan sebagai
buku yang berdaftar di bawah Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1964 dan Akta Penyerahan Bahan
Perpustakaan 1966 yang turut merangkumi buku dalam bahasa lain dan hanya 60,474 judul
dalam Bahasa Melayu.
kewujudan perbezaan laras bahasa menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj.
Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 36 - 40 ), disebabkan oleh ciri-ciri keperihalan (
situasi luaran dan persekitaran – cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan yang
diperkatakan dan fungsi sosial perlakuan bahasa ) sesuatu peristiwa bahasa dan linguistik (
bunyi, perkataan – khusus, kolokasi dan pinjaman – dan ayat ) yang terbahagi kepada sebelas
laras berdasarkan bidang ilmu, iaitu biasa, perniagaan atau iklan, sains, media, rencana, undangundang, agama, sukan, sastera, ekonomi dan akademik.
Laras bahasa biasa adalah laras yang tiak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks
yang khusus kerana ianya digunakan dalam perbualan harian yang tidak melibatkan istilah
khusus tetapi menggunakan struktur ayat yang mudah, ringkas dan padat. tambahan lagi, ianya
tidak banyak menggunakan kata pinjaman serta menggunakan kosa kata dan tatabahasa yang
mudah difahami yang boleh wujud dalam keadaan formal dan tidak formal ( menggunakan
bahasa basahan ).
Laras bahasa perniagaan atau iklan pula adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat
dengan berkesan yang berbentuk pemberitahuan fakta yang ringkas dan terperinci yang bersifat
imaginatif dan kreatif menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan untuk memujuk dan
mempengaruhi pengguna dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa.
Laras bahasa sains pula dihubngkan dengan laras bahasa ilmiah yang bersifat formal dan
tidak menggunakan bahasa basahan kerana bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif
dalam mempersembahkan maklumat yang berdasarkan kajian dan fakta yang banyak
menggunkan kata nama dan ragam ayat pasif serta istilah pinjaman daripada Bahasa Inggeris.
Laras bahasa media massa menggunakan bahasa yang mudah, gaya tulisan yang jelas dan
ketepatan isi tulisan dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa dalam melaporkan sesuatu
peristiwa yang berlaku tanpa istilah teknikal dan khusus dalam mempersembahkan judul dan
teks.

18
Laras bahasa rencana pula adalah bersifat umum, hal ini kerana adalah untuk keperluan
menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu dengan gaya bahasa yang mudah difahami
kerana terus menjurus kepada tajuk rencana yang bersifat laporan.
Laras bahasa undang-undang biasanya mengandungi prinsip undang-undang berbentuk
akta yang terbahagi kepada bahagian dan seksyen serta banyak menggunakan istilah pinjaman
daripada Bahasa Inggeris. Interpretasi menentukan makna kosa kata yang digunakan tanpa
mengambil kira struktur ayat dalam penyampaian tetapi menekankan kepersisan dan kejelasan
yang bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat dalam binaan ayat yang panjang.
Laras bahasa agama tidak lari dari membincangkan isu agama yang banyak
menggunakan kata pinjaman Bahasa Arab dalam pembentukan struktur ayat yang menekankan
petikan al-quran dan hadis.
Laras bahasa sukan pula bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan dengan kegiatan
sukan dalam bentuk bahasa yang ringkas dan bersahaja tetapi jelas berikutan pemilihan kosa kata
yang senang difahami.
Laras bahasa saster atau kreatif adalah bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan
imaginasi dan pengalaman penulis yang bersifat imaginatif dan figuratif ( penyimpangan makna
aripada bahasa biasa ) serta mementingkan pemilihan diksi yang berkesan dengan menggunakan
bahasa tersirat, istilah-istilah khusus berkaitan sastera, perlambangan, kiasan, imejan,
personafikasi, metafora dan sebagainya yang mementingkan penyusunan dan pengulangan kata
atau ayat, bernada puitis dan komunikatif.
Laras bahasa ekonomi pula merupakan laras berbentuk ilmiah yang menggunakan istilahistilah terknikal, tidak mementingkan struktur ayat, bersifat formal serta mementingkan susunan
maklumat yang jelas dan eksplisit dalam bentuk data dan statistik.
Laras bahasa akademik adalah bersifat formal dan objektif yang menunjukkan
kematangan dan keintelektual, iaitu berkeupayaan menyamapaikan buah fikiran dan hujah
dengan tepat dan berkesan menggunakan istilah yang bersifat khusus dan sukar difahami kerana
menekankan kesempurnaan bahasa dalam pemaparan, perbincangan dan penghuraian yang turut
melibatkan sudut pandang orang ketiga, penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk serta turut
memuatkan nota kaki, bibliografi, indeks dan sebagainya dalam penulisan.

3.4

Pembinaan Ejaan Bahasa Melayu

Tradisi tulisan seperti tulisan Kawi, Batak, Lampung, dan Rencong telah menjadi sistem
tulisan orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang telah membawa bersama tulisan Jawi
daripada Tanah Arab. Sistem tulisan yang digunakan oleh orang Melayu sebelum Jawi banyak
menggunakan lambing suku kata dan ambang baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan
bunyi. Namun penggunaan tulisan Jawi tidak bertahan lama setelah pihak Barat memperkenalkan
sistem tulisan Rumi di Tanah Melayu pada zaman penjajahan. Tulisan Jawi adalah berdasarkan
huruf Arab alif-ba-ta manakala tulisan Rumi adalah berdasarkan huruf Roman a-b-c. sistem
ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak Barat di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19.
19
Sistem ejaan tersebut telah digunakan dalam urusan rasmi dalam kerajaan Barat di Tanah
Melayu pada masa tersebut. Antara sistem ejaan yang telah digunakan oleh Barat ialah Ejaan
Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Maxweel (1882), dan Ejaan Rumi Sweettenham
(1881).
Perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu pada masa penjajahan sangat penting kerana
sistemejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sisitem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi
mereka yang tidak dapat memehaminya terutamanya pihak Barat yang kurang pengetahuan
dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi lebih penting apabila dijadikan bahasa pengantar
di sekolah-sekolah rendah. Oleh yang demikian, satu sistem Rumi yang seragam diperlukan
untuk menggantikan sistem ejaan Jawi. Satu pertubuhan iaitu Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa
yang telah ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor memainkan peranan yang sangat panting dalam
menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam kalangan masyarakat setempat.
Pembinaan sistem tulisan Rumi untuk bahasa Melayu telah melalui beberapa peringkat
oleh banyak pihak. Contohnya, pihak Barat banyak melakukan kajian dalam membentuk sistem
tulisan tersebut. Antara tokoh yang berasal dari Barat yang pernah melakukan kajian dalam
mengembangkan sistem tulisan bahasa Melayu ialah William Marsden yang telah menulis buku
yang berjudul A Grammar Of The Malayan Language pada tahun 1912. Dalam bukunya terdapat
pendapat yang mengatakan bahawa bunyi ch, d, ng, p, g, dan ny merupakan huruf-huruf yang
telah ditambah oleh orang Melayu daripada huruf bahasa Arab ( Rogayah Binti Osman, hlm 3).
Selepas William Marsden, R.J Wilkinson yang merupakan nazir sekolah–sekolah bagi Jabatan
Pelajaran Negeri-negeri Bersekutu telah menjadi pengerusi bagi Jawatankuasa Ejaan untuk
mengkaji dan membentuk sebuah sistem ejaan Rumi yang baru. Sistem ejaan yang telah berjaya
dihasilkan telah dipanggil Ejaan Wilkinson.
Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, satu sistem ejaan telah
diperkenalkan iaitu “Ejaan Fajar Asia” yang selaras bagi tiga buah negara iaitu Tanah Melayu,
Singapura dan Indonesia yang pada masa itu berada dalam pentadbiran tentera Jepun. Majalah
Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura telah menggunakan sistem ejaan tersebut dalam
penerbitan majalah mereka. Huruf yang digunakan dalam sistem ini hampir sama dengan Sistem
Ejaan Wilikinson dan sistem Ejaan Rumi Za‟Ba. Menurut Asmah Haji Omar (1993), sistem
ejaan ini menggunakan enam huruf vokal iaitu a, e taling, e pepet, i, o dan u. Manakala bagi
huruf konsonan pula adalah sama dengan Sistem Ejaan Rumi Za‟Ba.
Rajah 7: Huruf-huruf konsonan yang digunakan dalam Sistem Ejaan Fajar Asia.
Za‟Ba telah memulakan satu lagi sistem ejaan baru yang mana merupakan satu perubahan
yang telah beliau lakukan. Ejaan tersebut dihasilkan berdasarkan daripada Sistem Tulisan
Wilkinsin dan gabungan beberapa adjad bahasa Arab. Za‟Ba pada masa itu bertugas di Maktab
Perguruan Sultan Idris selepas Perang Dunia Ke-2. Sistem baru tersebut telah dikenali sebagai
Sistem Ejaan Sekolah yang telah diggunakan sebelum digantikan oleh ejaan baru yang telah
diistiharkan pada tahun 1972. Sistem baru ini dihasilkan daripada pengamatan sahaja dan
mempunyai banyak kelemahan. Apabila terdapat kelemahan tersebt, maka penggunaan bahasa
Melayu pada masa tersebut telah terganggu.
Menurut Rogayah Binti Osman (hlm 4), satu persidangan antara kerajaan Malaysia
dengan kerajaan Indonesia telah dijalankan untuk membincangkan satu sistem ejaan yang sama
20
untuk kedua-dua negara. Persidangan tersebut telah dimulakan sejak tahun 1959 hasil daripada
desakan Kongres Bahasa dan Persatuan Melayu. Namun usaha untuk menjalankan persidangan
dengan kerajaan Indonesia telah tergendala kerana tercetusnya konfrantasi. Persidangan keduadua negara tersebut telah menghasilkan satu sistem tulisan baru iaitu sistem Malindo. Asmah
Haji Omar (1993, hlm 154) mengatakan bahawa tulisan Malindo tidak pernah diterbitkan oleh
kedua-dua negara. Oleh yang demikian, bentuk dan sistem ejaannya tidak diketahui. Pada tahun
1966, satu persidangan ttelah dijalankan oleh negara Malaysia dan Indonesia untuk menyambung
semula perbincangan yang telah tergendala semasa konfrantasi. Dalam persidangan ttersebut
beberapa perkera telah dibincangkan seperti;
a) Soal bahasa dan jangka masa panjangb) Pertukaran antara bahan-bahan yang berkenaan
dangan bahasa dan sastera.
c) Soal pemakaian istilah.
Pada September 1966, satu rombongan daripada Indonesia yang diketuai oleh Kolonel Wahju
Sukatjo telah membuat lawatan ke Dewan Bahasa Dan Pustaka dan telah membangkitkan
beberapa isu dan mereka juga telah membenangkan satu kertas kerja untuk membaiki sistem
tulisan Malindo yang mempunyai banyak kelemahan. Setelah kata sepakat dicapai, maka
kerajaan Malaysia dan Indonesia telah menggunakan satu lagi sistem tulisan baru iaitu Ejaan
Bersama Malaysia-Indonesia juga dikenali sebagai Ejaan Baharu. Walaupun persefahaman teah
dicapai pada tahun 1966, namun hanya pada tahun 1972 sahaja barulah perjanjian antara keduadua kerajaan telah ditandatangan yang mana perjajian tersebut telah ditandatagani oleh Menteri
Pelajaran masing-masing pada masa itu iaitu Y.B Encik Hussien Onn dan Bapak Mashuri.
Perjanjian tersebut telah ditandatagani pada 23 Mei 1972. Perbincangan tersebut telah memakan
masa yang lama untuk menghasilkan satu sistem tulisan sama bagi kedua-dua negara ini. Hanya
pada 16 Ogos 1972 barulah sistem baru ini diistiharkan secara serentak oleh kedua-dua negara
tersebut.
Ejaan Rumi Baharu ini adalah hasil daripada pemikiran yang matang dan berlandaskan
perancangan bahasa yang baik. Perancangan ini merupakan satu usaha kerajaan untuk
memperkenalkan bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa. Ejaan ini memperlihatkan prinsip
linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan, dan fleksibiliti dan taraf standard yang tinggi jka
dibandingkan dengan sistem yang lama.
Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf yang berikut.
Sebutan masing-masing huruf disertakan di sebelahnya. Abjad dan sebutan tersebut adalah hasil
daripada perbincangan yang telah dilaksanakan oleh negara Malaysia dan Indonesia yang telah
diistiharkan bersama.
Rajah 8: abjad yang digunakan dalam bahasa Melayu dan sebutannya.
Huruf Vokal
Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada: a, e, i, o dan u. Huruf e
melambangkan dua bunyi, iaitu e pepet dan e taling.
Antara perubahan yang telah berlaku dalam sistem ejaan tersebut ialah perubahan
konsanan contohya gabungan dua perkataan digugurkan salah satu yang membawa maksud sama
seperti ch menjadi c dalam
perkataan chuba menjadi cuba.
Contoh
lain
21
adalah dh menjadi d dalam
perkataan mudharatmenjadi mudarat dan sh menjadi sy dalam
perkataan sharatmanjadi syarat. Pengunaan („) dan (‟) yang melambangkan hamzah dan ain
digugurkan dan digantikan dengan huruf konsonan k contohnya:
a)

Ma‟ana menjadi makna.

b)

Enche‟ menjadi encik.

Terdapat juga perkataan yang dikekalkan seperti kh, ny,hg, dan ng dan masih diguna
pakai sehingga sekarang. Dewan Bahasa Dan Pustaka pula telah menerbitkan buku Pedoman
Umum Bahasa Malaysia pada tahun 1975 sebagai rujukan. Setiap negara telah menerbitkan
pedoman umum mengikut versi masing-masing sebagai panduan untuk rakyat di setiap negara.

3.5

Pembinaan Sebutan Bahasa Melayu

Perancangan sebutan telah melalui banyak peringkat dalam memastikan tidak terdapat
kesalahan dalam penyebutannya. Antara langkah-langkah yang telah dijalankan ialah:
(i) Mengadakan penyelidikan melalui beberapa bengkel dan seminar sejak awal
Rancangan Malaysia keempat (1981)
(ii) Kegiatan kajian tentang sistem fonologi bahasa Melayu dan dialek diadakan
sejak awal 1980-an. Beberapa bengkel diadakan sehingga tahun 1987.
(iii) Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan
pakar-pakar bahasa.
(iv) Perumusan tentang pedoman sebutan baku dibuat oleh sebuah Jawatankuasa
Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan PLM serta pakar-pakar bahasa pada tahun 1987.
Menurut Mohd Rasdi Bin Saamah (hlm 8), aspek sebutan tidaklah menjadi satu perkara
yang semestinya ada transkripsi fonetiknya memandangkan sebutan kata Melayu adalah onemik
berbanding dengan bahasa Inggeris. Maksudnya ialah terdapat sesetengah ejaan dalam bahasa
Melayu yang sama dengan bahasa Inggeris namun membawa erti yang berbeza. Contohnya
ialah airdalam bahasa Inggeris membawa maksud udara namun dalam bahasa Melayu pula
merupakan sejenis cecair yang dalam bahasa Inggeris disebut sebagai water.
Perancangan sebutan banyak ditulis dalam perkamusan yang menyusun sebutan-sebuta
yang tepat. Contohnya Kamus Dewan menurunkan transkripsi fonetiknya kepada kata masukan
yang ejaannya mengandungi huruf e taling sahaja. Sebutan yang mengandungi e pepet tidak
diberi transkripsi fonetik. Contohnya ialah:
a)

enak (enak) = sedap,nyaman (rasa dll)

b)

enteng (enteng) = ringan, mudah

c)

empat = bilangan tiga yang dicampur dengan satu

22
Manakala dalam Kamus Besar pula tidak memasukkan sebarang tanda transkripsi fonetiknya
bagi membezakan kedua-dua bentuk e seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan. Contohnya
ialah :
a)
b)
3.6

emak = ibu, mami, embok. Mak, indung, indu…
elok = ranggi, gagah, tampan, anggun, gombang

Pembinaan Tatabahasa Melayu

Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada lima bahagian besar yang mana setiap bahagian
mempunyai tugas masing-masing. Tatabahasa bahasa Melayu dapat dipelajari melalui lima
bahagian ini iaitu golongan kata, pengimbuhan, penggandaan, ayat, dan rampaian bahasa.
Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis perkataan yang terbahagi kepada lima bahagian yang
besar iaitu:
a) Nama
b) Perbuatan
c) Sifat
d) Sendi
e) Seruan
Kesemua ayat tersebut membawa erti yang berbeza dan penggunaan yang berbeza.
Kata Nama
Kata nama terbahagi lagi kepada dua bahagian besar iaitu Nama Betul dan Ganti Nama dan
Nama Terbitan. Kata Nama pula dibahagi lagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Kata Nama Am digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan
dan yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan lain-lain lagi. Dapat
disimpulkan bahawa Kata Nama Am digunakan untuk menyebut sesuatu secara am atau umum.
Contohnya:
a) Benda ; rumah, pencil, bunga, dan lain-lain.
b) Orang ; guru, murid, polis dan lain-lain.
c) Haiwan ; kucing, harimau, kerbau dan lain-lain.
d) Tempat ; bandar, desa, kampung dan lain-lain.
Kata Nama Am boleh ditulis dengan huruf besar jika berada pada awal ayat manakala boleh
ditulis dengan huruf kecil pada akhir ayat. Contohnya ;
a) Harimau itu mengaum dengan kuat.
b) Dia sedang member harimau itu makan.
23
Nama Khas pula digunakan untuk menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas dan huruf
pertamanya mestilah ditulis dengan huruf besar. Contohnya ;
a) Benda ; Proton Saga, Bangunan Berkembar Petronas,dan lain-lain.
b) Orang ; Tuan Ahmad, Mejar Hamzah, dan lain-lain.
c) Binatang ; Si Comel, Pak Belang, dan lain-lain.
d) Tempat ; Kota Kinabalu, Sepanggar, dan lain-lain.
Kata Nama Terbitan.
Kata Nama Terbitan terbentuk apabila kata nama am diberikan imbuhan awalan, akhiran ataupun
apitan.
a) Imbuhan awalan ; pe-, pem-, pen-, peng-,meng-, ke, dan lain-lain.
b) Imbuhan akhiran ; -ita, -man, -wati, -wan, dan lain-lain.
c) Imbuhan apitan ; per-…..-an, peng-….-an, ke-…-an, dan lain-lain.
Kata Ganti Nama.
Kata Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA iaitu merujuk kepada
seseorang. Seterusnya yang telah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu ganti nama diri, ganti
nama umum, ganti nama pertanyaan, ganti nama petunjuk, ganti nama sendi.
a) Ganti Nama Diri pertama. Contohny ialah beta, patik, saya, kami, kita, dan lain-lain.
b) Ganti Nama Diri Kedua. Contohnya ialah kamu, anda, engkau, tuanku, dan lai-lain.
c) Ganti Nama Diri Ketiga. Contohnya ialah ia, dia, beliau,mereka dan lain-lain.
Kata Ganti Tanya
Kata Ganti Tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa,
bilangan dan hal dengan maksub bertanya. Biasanya kata ganti ini ditambah “kah” dan tanda soal
di setiap akhir ayatnya. Ianya juga digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. Contohnya kata
tanya ialah apakah, siapakah, manakah, bilakah, bagaimanakah, kenapakah, mengapakah, dan
berapakah. Contoh ayatnya ialah:
a) Sudahkah awak menyiapkan kerja tadi?
b) Berapakah harga baju yang berwarna merah ini?
c) Siapakah pemilik rumah yang bercat merah itu?
d) Mengapakah awak tidak menghabiskan makanan itu?
e) Bila awak hendak menghantar surat ini ke pejabat pos?
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
24
Kata ganti jenis ini terbentuk hasil daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa dan
mana. Kata ganti ini hanya digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja. Contoh
penggunaan ayat ini ialah ;
a) Jangan sesiapa yang berganjak daripada tempat duduk masing-masing.
b) Siapa-siapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mengambil boring
pendaftaran di sini.
c) Ambilah mana-mana benda yang awak suka di sini.
Kata Ganti Nama Tunjuk.
Penggunaan kata ganti ini ialah untuk menunjukkan sesuatu tempat, orang, benda dan cara.
Contohnya ialah situ, sana, sini, begini, begitu dan banyak lagi. Contoh ayatnya ialah ;
a) Itu bagus.
b) Begini caranya.
c) Rupanya begitu.
d) Tingginya bangunan itu.
e) Cantiknya baju yang awak pakai ini.
Kata Hubung.
Kata hubung digunakan untuk menggabungkan ayat dengan ayat, perkataan dengan perkataan
dan rangkai kata dengan rangkai kata. Maksudnya disini ialah daripada dua ayat yang telah
dibina boleh menjadi satu setelah digabungkan dengan kata hubung. Kata hubung mempunyai
dua jenis iaitu bentuk akar dan terbitan.
Contoh kata hubung akar :
a) Dan
b) Hingga
c) Dengan
d) Jika
e) Kerana
f)

Serta

g) Supaya
h) Demi
i)

Kemudian
25
j)

Agar

k) Ketika
l)

Walhal
Contoh kata hubung terbitan ialah :

a) Semasa
b) Sementara
c) Sebaliknya
d) Itupun
e) Mudah-mudahan
f)

Meskipun

g) Setelah
h) Semoga
i)

Seketika

j)

Seandainya

k) padahal
Contoh ayat ialah :
a) Mimi dan Suzie menaiki bas pergi ke sekolah.
b) Restoran itu menghidangkan pelbagai jenis makanan yang lazat namun harganya sangat mahal.

Kata Kerja.
Kata kerja menunjukkan satu perbuatan yang sedang melakukan sesuatu perbuatan. Kata Kerja
Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif adalah bahagian yang terdapat dalam kata kerja. Kata
kerja transitif ialah satu perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda
yang terkena dengan perbuatan tersebut dipanggil penyambut ataupun objek. Kata kerja transitif
juga dikenali sebagai perbuatan melampau. Biasanya kata kkerja jenis ini menggunakan inbuhan
„me-„ seperti mendermakan, mengambil, menduduki dan sebagainya. Contoh ayat ialah :
a) Anjing itu mengongong sesuatu dalam mulutnya.
b) Abang sedang menaip sesuatu.
c) Lelaki itu sedang mencuci kereta kesayangannya.

26
d) Ayah saya telah mendermakan meja kepada jiran sebelah.
e) Emak akan membacakan saya cerita sebelum saya tidur setiap malam.
Kata kerja tak transitif pula berbeza dengan kata kerja transitif kerana ianya hanya mempunyai
pembuat dan tidak mempunyai penyambut. Perbuatan yang dilakukan adalah dilakukan ke atas
diri sendiri atau keatas pembuat itu sendiri. Contoh ayat ialah :
a) Kucing itu sedang tidur.
b) Angin bertiup dengan kuat sekali.
c) Saya telah menyiapkan kerja itu semalam.
d) Bapa sedang memandu kereta itu.
Kata Adjektif.
Perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama seperti hitam, banyak, kuat dan
banyak lagi. Kata Adjektif dapat dibahagikan kepada adjektif jati, adjektif bilangan atau
pecahan, adjektif tunjuk, dan adjektif pencerai.
1. Adjektif jati : menerangkan sifat atau rupa yang jati.
a) Bunga itu berwarna merah.
b) Pen itu sangat cantik.
c) Kereta yang cantik itu milik ayah saya.
d) Penyanyi itu sangat merdu suaranya.
2. Adjektif bilangan atau pecahan menunjukkan bilangan dan juga pecahan.
a) Saya memiliki dua batang pencil.
b) Ayah membelikan saya dua biji limau.
c) Satu per tiga biji guli itu ialah milik kawan saya.
d) Malik perlu mendapatkan lima lagi mata untuk menang.
3. Adjektif tunjuk menggunakan perkataan seperti bagaimana dan yang mana. Contohnya,
a) Jangan ulangi lagi perkara tersebut.
b) Yang mana satu yang betul caranya.
c) Begini caranya hendak mengendalikan alat ini.
d) Baju ini mahal harganya.
Kata Tanya.
27
Setiap Kata Tanya mempunyai kata atau perkataan yang membentuk ayat tanya dan selalnya
diikuti oleh partikel „kah‟ apabila digunakan pada awal ayat tanya. Kata Tanya juga boleh wujud
di awal, akhir atau tengah sesuatu ayat. Kata tanya juga mesti siikiti oleh tanda tanya di
setiap akhir ayat tersebut. Contoh kata tanya ialah :
a) Siapakah pemilik kereta itu?
b) Berapakah harga kuih ini?
c) Lama sudahkah awal menunggu saya?
d) Pelajar itu berasal daripada mana?
Kata Seru.
Kata seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, terkejut, hairan,
sindiran, hiba, dan sebagainya. Kata seru mesti diikuti tanda seru (!) di setiap akhir ayat. Setiap
kata seru membawa maksud yang berbeza seperti wahai menyatakan perasaan sayang, amboi
menyatakan perasaan kagum, aduh perasaan sakit, dan wah menyatakan perasaan terkejut.
Contoh kata seru ialah :
a) Wahai adinda ku sayang!
b) Amboi, cantiknya baju ini!
c) Bedebah, berani sungguh dia melawan perintah saya.
Tanda Baca.
Satu lagi komponen yang penting dalam tatabahasa Melayu ialah tanda baca. Tanda baca ialah
simbol atau tanda yang digunakan untuk member isyarat kepada pembaca supaya melakukan
sesuatu dalam pembacaan. Tanda baca diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat
berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya. Contoh tanda baca ialah :
a) Tanda nokhta atau titik (.).
b) Tanda koma (,).
c) Tanda tanya (?)
d) Tanda seruan (!)
e) Tanda sempang atau sempang (-)
f)

Tanda nokhta bertindih (:)

g) Tanda pengikat kata (“…”)
Contoh penggunaan tanda tanya ialah :
a) Di mana dia membeli baju itu?

28
b) Wah, tingginya bangunan itu!
c) Ali berasal daripada Perak.
d) Ahmad, orang kampung yang telah merantau ke bandar telah berjaya mencari pekerjaan yang
sangat baik.

4.0 Perkembangan Bahasa Melayu
Perkembangan bahasa Melayu menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat (
2009: 39 ), dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu Purba ( 2500 masihi ),
Bahasa Melayu kuno ( abad ke-7 masihi ), Bahasa Melayu Klasik ( abad ke-12 masihi ), Bahasa
Melayu Peralihan dan Bahasa Melayu Baharu ( abad ke-19 ). Manakala menurut Abdul Rashid
Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 26 ), perkembangan Bahasa Melayu dapat dirungkai
berdasarkan perkembanagan zaman, iaitu purba, kuno dan klasik tetapi adalah lebih mudah
difahami sekiranya berfokuskan tahun perkembangannya bagi meneliti isu-isu yang dibangkitkan
sepanjang perkembangan bahasa tersebut, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan
1990 hingga 2000 bersesuaian dengan perkembagan ilmu semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran
Razak ( 1956 ) menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem
pendidikan negara ini yang turut disokong oleh Awang Sariyan ( 2002 ).
4.1

Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1950 hingga 1960
4.1.1 Penstandardan Bahasa Melayu
Konsep bahasa Melayu standard merujuk kepada bahasa yang dianggap baik dan
dijadikan norma penggunaan dan pengajian di sekolah-sekolah. Proses penstandardan bahasa
Melayu mengalami proses yang hebat apabila bertembung dengan bahasa asing seperti bahasa
Arab. Sistem Kongres telah disiapkan oleh ASAS 50 dan diserahkan kepada Kerajaan pada tahun
1956. Pada tahun 1959, persetujuan persahabatan antara Malaysia dengan Indonesia telah
ditandatangani. Hasil daripada perjanjian ini, suatu sistem ejaan baru iaitu Sistem Ejaan Malindo
telah dilahirkan. Sistem Malindo tidak dilaksanakan. Malah, sistem ini telah dikaji semula dan
tercipta suatu ejaan iaitu Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia.
Pada tahun 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I telah diadakan dan
merupakan titik permulaan ke arah perancangan Bahasa Melayu. Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu III mengusahakan penstandardan untuk memperkembang Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan. Namun, timbul permasalahan
apabila sukar untuk mengesan konsep standard bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu standard,
yang paling penting ialah dalam menentukan bentuk sebutannya, tatabahasa, dan perbendaharaan
kata. Dari aspek pembakuan bahasa Melayu, konsep-konsep seperti “Bahasa Melayu Tinggi”
atau “bahasa Surat” atau bahasa Sekolah telah digunakan.
Pada tahun lima puluhan, perkara bahasa Melayu standard telah dihuraikan secara
khusus oleh golongan yang berusaha secara langsung mengembangkan Bahasa Melayu. Selepas
mencapai kemerdekaan, ejaan Rumi telah diterima rasmi oleh Kerajaan Semenanjung Tanah
Melayu. Dalam aspek penulisan Bahasa Melayu, usaha-usaha untuk merubahnya adalah dari
29
aspek penyempurnaan dan penyatuan Bahasa Malayu dengan Bahasa Indonesia dan
mempengaruhi aspek perkembangan bunyi-bunyi bahasa. Walaupun dalam ejaan yang bersifat
fonemik dibuat abstraksi dari bunyi, namun, pembacaan berlaku lagi pernyuaraan.

4.1.1.1 Konsep bahasa Melayu standard
Sebelum merdeka
Konsep bahasa Melayu standard dapat diselaraskan untuk mewujudkan satu norma yang
melampaui batas-batas dialek kedaerahan berdasarkan pertuturan orang-orang Melayu di Tanah
Melayu sahaja. Dalam pada itu, usaha untuk mewujudkan satu norma yang boleh menyelaraskan
bahasa Melayu Malaysia dengan bahasa Melayu Indonesia. (Raja Mukhtaruddin & Raja Mohd.
Dain, 1992)
Seorang ahli bahasa yang terkenal iaitu Za‟ba telah membezakan bahasa Melayu yang dituturkan
oleh orang Melayu dengan bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu. Sebagai
contohnya, orang Jawa, Boyan, Minangkabau dan Rawa. Za‟ba telah membandingkan bahasa
Melayu orang Melayu kepada dua iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Gaya bahasa mulut
merujuk kepada penggunaan bahasa dalam aspek perbualan yang melibatkan susunan ayat-ayat
ringkas dan menggunakan pelbagai singkatan dalam pertuturan. Gaya bahasa surat pula ialah
pemakaian bahasa dalam karangan bersurat sahaja. Susunan adalah lebih lanjut dan lebih
lengkap berbanding bahasa mulut.

Selepas Merdeka
Selepas kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
III telah memupuk usaha yang beterusan dalam penstandardan bahasa Melayu. Dalam hal ini,
kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Sistem Pelajaran
Kebangsaan, menubuhkan Maktab Perguruan Bahasa, dan menubuhkan Dewan Bahasa dan
Pustaka. Perjanjian Persahabatan antara Semenanjung Malaysia dan Indonesia telah termenterai.
Perjanjian ini bertujuan untuk menyatukan kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Ahli
linguistik juga telah memberikan pelbagai sumbangan dalam penulisan tentang bahasa Melayu.

4.1.1.2 Kesan Konsep Bahasa Melayu Standard terhadap perkembangan bahasa
Melayu
Radio dan Televisyen Malaysia dari segi sebutan standard Melayu menentukan bentuknya
dengan mengadankan rundingan dari semasa ke semasa dengan ahli bahasa dari Universiti di
Semenanjung Malaysia. Sebagai contohnya, pihak Radio dan Televisyen Malaysia mengadakan
perjumpaan untuk menentukan sebutan beberapa bunyi [r] di hujung perkataan. Dari segi
perkembangan, adalah sukar untuk menentukan keseragaman bahasa Melayu. Sebagai
contohnya, Radio Republik Indonesia dan Televisyen Malaysia masing-masing mempunyai
bentuk sebutan mereka tersendiri yang dituturkan hanya oleh juruhebah mereka. Masyarakat di
luar pada umumnya menuturkan sebutan mereka sendiri.
30
Kesan konsep bahasa Melayu standard dalam rangka penyatuan bahasa Malaysia dengan
bahasa Indonesia dilaksanakan melalui sistem ejaan dan peristilahan. Perkara-perkara yang
berkaitan dengan tatabahasa dan sebutan tidak disentuh. Tatabahasa Asmah dan Za‟ba masih
digunakan kerana bahasa Melayu tidak banyak berubah dari segi tatabahasanya dalam tempoh
lima puluh tahun belakangan ini. Yang jelas perubahan yang berlaku hanya dari perbendaharaan
kata. Tatabahasa Za‟ba menjadi panduan utama apabila penulisan tatabahasa baru dilakukan.

4.1.1.3 Tatabahasa Bahasa Melayu Standard
Dalam usaha mengembangkan bahasa Melayu. Pelbagai tatabahasa baru telah
diperkenalkan. Tatabahasa dan perbendaharaan kata baru telah dibentuk agar masyarakat dapat
mengaplikasikannya dalam petuturan seharian mereka. Namun, hal ini telah menimbulkan
masalah konsep seperti tatabahasa tradisional dan tatabahasa moden. Masalah kekacauan dalam
penggunaan bahasa Melayu telah berlaku. Pengkaji atau pengajar bahasa mudah terpengaruh
bahawa apa yang ada pada masa sebelum timbulnya konsep itu adalah tradisional dan apa yang
timbul selepas wujudnya konsep itu ialah harus baru dan dianggap moden.
Dalam hal ini, kita melihat kepada aspek perbandingan antara dua pihak iaitu antara
tatabahasa Za‟ba dan Asmah Haji Omar. Za‟ba telah menulis tatabahasa lebih awal tanpa
melibatkan penggunaan teori, teknik atau prinsip linguistik. Tatabahasa Za‟ba ini dianggap
bersifat tradisional. Manakala, Asmah Haji Omar telah menggunakan pendekatan baru dalam
penulisannya. Pendekatan Asmah Haji Omar yang baru ini dianggap moden. Rakyat belum
bersedia menggunakan pendekatan baru ini. Akibatnya, Pedekatan ini tidak dapat dilaksanakan.
Hal ini bermakna bahasa Melayu harus selaras dengan norma masyarakat agar bentuk dan
struktur tatabahasa dapat diterima oleh masyarakat.
Seiring dengan peredaran zaman, bahasa Melayu juga berkembang dari satu tahap ke satu
tahap sehingga berlaku pemodenan dalam bahasa Melayu. Pertambahan leksis melalui proses
peristilahan telah meninggalkan kesan pada perkembangan bahasa Melayu. Konsep tersebut
dikaji dari aspek bunyi dan morfologi bahasa Melayu. Kemasukan kata bahasa asing telah
membawa bersama-sama unsur bunyi bahasa asing. Sebagai contohnya, kemasukan perkataan
Arab telah membawa masuk bunyi bahasa Arab. Dalam hal ini, kita melihat kepada aspek ejaan.
Pengejaan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dieja dengan ejaan Rumi dengan
menyesuaikan bunyi Arab itu atau menggantikannya dengan bunyi bahasa Melayu yang terdekat
sekali.
Dari aspek morfologi, kemasukan kata Arab telah membawa masuk akhiran [ah].
Akhiran [ah] ini menunjukkan jenis kelamin dan perkataan-perkataan seperti [muslimin] dan
[mslimah]. Kata tersebut telah dibawa masuk dalam bahasa Melayu sebagai kata yang tersendiri.
Istilah yang baru dicipta perlu ada unsur morfologi Melayu. Huraian serta komen daripada ahli
bahasa perlu diteliti tentang unsure baru morfologi bahasa Melayu. Perubahan telah berlaku
melalui pertambahan leksisnya. Perubahan ini ditinjau dari aspek pertambahan perkataa baru,
masuknya morfem-morfem terikat asing, dan penggunaaan morfem terikat bahasa Melayu dalam
menerbitkan perkataan-perkataan baru.

31
Dari aspek fonologi Melayu, pengaruh Islam telah meninggalkan kesan pada fonologi
Melayu iaitu bertambahnya bunyi konsonan. Tiada penambahan dalam vokal akibat pertambahan
leksis kepada perbendaharaan kata bahasa Melayu. Konsonan-konsonan yang masuk ke dalam
bahasa Melayu itu yakni selain daripada yang datang daripada bahasa Arab yang datang dari
bahasa Arab adalah jenis konsonan biasa iaitu [v].

4.1.2 Peranan Bahasa Melayu di Malaysia
Bahasa Melayu mempunyai status dan fungsi yang pelbagai di Malaysia. Masyarakat memang
sentiasa memberi taraf tertentu kepada sesuatu bahasa (Abdullah Hassan, 1996). Bagi orang
Melayu, bahasa Melayu ialah bahasa pertama atau bahasa ibunda mereka. Bagi orang bukan
Melayu, bahasa Melayu menjadi berperanan sebagai bahasa kedua. Bahasa Melayu
wajib dikuasai oleh rakyat Malaysia kerana ia merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan
dan pentadbiran di Negara kita. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa formal. Semua
lapisan masyarakat kita menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi atau formal. Bahasa
Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa utama dalam bidang pendidikan dan
pentadbiran.

4.1.2.1 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Semua kaum mempunyai budaya yang
tersendiri. Kepelbagaian ini kalau tidak ditangani dengan berhati-hati akan menimbulkan
pelbagai permasalahan. Kita tidak ingin peristiwa hitam 13 Mei 1969 berulang kembali. Oleh
sebab itu, kita memerlukan satu mekanisme untuk penyatuan untuk mengeratkan hubungan
kekitaan seluruh rakyat Malaysia. Bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan
telah menjadi bahasa penyatu rakyat Malaysia. (Zulkifley. Ramli Md. Salleh & Rahim Aman,
2007)
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang menyebut bahawa “Bahasa
Kebangsaan Negara ini ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen. Manakala pada tahun 1967,
bahasa Malaysia telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi Negara Malaysia. Bagi meningkatkan
kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk
memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu. Perancang korpus ini
telah diterajui oleh Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan
perancangan korpus bahasa dengan menyusun panduan ejaan, kamus, tatabahasa, tanda-tanda
bacaan, surat kiriman, dan peristilahan.

4.1.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang Pendidikan
32
Selepas merdeka, pihak Kerajaan telah merancangkan pembinaannya dengan tujuan
supaya bahasa Melayu berkembang dan maju perananya yang utama sebagai asas kebudayaan
masyarakat. Bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam sistem pelajaran Negara. Pelbagai
usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi meluaskan penggunaan dan penguasaan
Bahasa Melayu oleh masyarakat yang masih belum tahu berbahasa Melayu.
Dalam Laporan Razak telah memberikan penegasan dalam mengutamakan bahasa
Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan. Namun demikian, pada keseluruhannya bahasa
Melayu gagal dalam melaksanakan pengajaran bahasa Melayu. Kegagalan ini dilihat dari semua
aspek penguasaan bahasa seperti sebutan, ejaan, imbuhan, ayat, kata, intonasi dan peribahasa
(Abdullah Hassan, 1996). Dalam pada itu, usaha giat dijalankan untuk mengembangkan bahasa
Melayu sebagai bahasa Melayu moden. Sistem persekolahan aliran kebangsaan menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah dalam aliran jenis Kebangsaan wajib dalam
pengajaran bahasa Melayu. Dasar Pelajaran Kebangsaan, mencadangkan agar tulisan Rumi
digunakan dengan syarat persediaan dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan muridmurid. Menurut Laporan Razak, bahasa Melayu harus diajar disemua sekolah dan menjadi syarat
utama bagi sesebuah sekolah memperoleh bantuan Kerajaan.
Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan mencadangkan penubuhan Maktab Perguruan
Bahasa yang mempunyai dua peranan iaitu melatih guru mengajarkan Bahasa Melayu dan
menjalankan penyelidikan terhadap bahasa Melayu. Laporan Razak telah menyokong penubuhan
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah mencadangkan
perkara-perkara seperti berikut:
(i)

Kelulusan bahasa Melayu diperlukan untuk memasuki perkhidmatan awam.

(ii)

Bahasa Melayu patut menjadi faktor yang dipertimbangkan dalam pemilihan kanak-kanak ke
sekolah menengah dan diwajibkan dalam semua peperiksaan yang diawasi kerajaan.

(iii)

Bahasa Melayu boleh dijadikan syarat kelulusan yang penting bagi calon yang memohon
biasiswa kerajaan.

(iv)

Bonus akan diberi kepada pegawai Kerajaan yang lulus peperiksaan Bahasa Melayu.

(v)

Bantuan kerajaan dalam mempelajari Bahasa Melayu akan diberi apabila cukup alatan mengajar
di sekolah itu.

(vi)

Bahasa Melayu boleh diwajibkan dalam sebahagian daripada kursus latihan guru dan
peperiksaan.
4.1.2.3 Pembinaan Sekolah Menengah Melayu
Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu, pembinaan sekolah Menengah Melayu
dipergiatkan. Sekolah-sekolah ini telah dibina pada awal abad ke-60an. Sekolah Menengah
Melayu yang mula-mula sekali siap dibina pada tahun 1963. Pertambahan sekolah Melayu
bertambah agak pesat. Sekolah Menengah Melayu berjumlah 363 buah pada akhir tahun 1974.
Antaranya ialah Sekolah Sultan Abdul Halim Jitra, Sekolah Tun Fatimah Melaka, dan lain-lain.

33
Berdasarkan jadual ini, perkembangan sekolah tidak berkadar terus dengan tahun. Kemerosotan
bilangan sekolah ini jelas terdapat pada tahun 1966, 1967, 1968, 1969, dan 1970. Antara sebab
kemerosotan bilangan sekolah ini adalah disebabkan Sekolah Menengah Melayu pada mulanya
menumpang di sekolah Inggeris. Apabila bangunan barunya dibina, sekolah yang menumpang
ini akan ditutup. Bukan itu sahaja, malah Sekolah Menengah Melayu yang kecil-kecil telah
disatukan.

4.1.2.4 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar
Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai pengantar dalam
sistem pendidikan Negara dan menjadi alat utama perpaduan kaum. Jawatankuasa Penyemak
Dasar Pelajaran 1960 mencadangkan semua sekolah rendah aliran jenis kebangsaan yang
berbahasa pengantar Inggeris dijadikan sekolah Kebangsaan, namun pelaksanaan bermula pada
tahun 1968.

1 ASAL USUL BAHASA MELAYU
Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur
utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya
dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa
Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa
Melayu.
Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli
belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa
bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu
memang
sudah
sedia
ada
di
Kepulauan
Melayu
atau
Nusantara
ini.
Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.
1.1.1 Berasal dari Asia Tengah
R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies
telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat
kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu
Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui
juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh
orang
Asia
Tengah
ke
Kepulauan
Melayu
ini
(lihat
peta
pada
Lampiran
1).
J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia
yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuhtumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini
terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik (lihat peta pada Lampiran
1). Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai
perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di
Asia.
W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan
di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A.

34
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2

Contenu connexe

Tendances

Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
fitri norlida
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
AnibintiMisran
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
princess Sakura
 

Tendances (20)

GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaGPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Asal usul bm
Asal usul bmAsal usul bm
Asal usul bm
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Perbezaan Ejaan Lama dan Baru
Perbezaan Ejaan Lama dan BaruPerbezaan Ejaan Lama dan Baru
Perbezaan Ejaan Lama dan Baru
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bm
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 

Similaire à Sumbangan za ba 2

08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
Hendon Ramlan
 
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
Wan Noryatini Mahmood
 
Pemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeePemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jee
Watak Bulat
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
Norhayati Muhamad
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistik
taylor
 
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
Khairul Amin Ishak
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasa
USM
 
Tajuk 2 sifat bahasa
Tajuk 2  sifat bahasaTajuk 2  sifat bahasa
Tajuk 2 sifat bahasa
Nurulita Amat
 
Ferdinand de sausure
Ferdinand de sausureFerdinand de sausure
Ferdinand de sausure
Xeri Ee
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
Oh Jenny
 

Similaire à Sumbangan za ba 2 (20)

08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
 
semantik
semantiksemantik
semantik
 
Konsep
KonsepKonsep
Konsep
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
 
Pemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeePemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jee
 
Notabm
NotabmNotabm
Notabm
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 
Bmm3112 terkini modul sem 6
Bmm3112 terkini modul sem 6Bmm3112 terkini modul sem 6
Bmm3112 terkini modul sem 6
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistik
 
Teori huraian bahasa
Teori huraian bahasaTeori huraian bahasa
Teori huraian bahasa
 
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
 
Nota tatabahasa
Nota tatabahasaNota tatabahasa
Nota tatabahasa
 
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuMPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasa
 
Tajuk 2 sifat bahasa
Tajuk 2  sifat bahasaTajuk 2  sifat bahasa
Tajuk 2 sifat bahasa
 
BMM3107 2
BMM3107 2BMM3107 2
BMM3107 2
 
Ferdinand de sausure
Ferdinand de sausureFerdinand de sausure
Ferdinand de sausure
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 

Sumbangan za ba 2

  • 1. umbangan Za'ba Terhadap Perkembangan Bahasa Melayu 1.0 Pengenalan Sebelum kita membincangkan sumbangan Za‟ba terhadap perkembangan bahasa Melayu terlebih dahulu kita berkenalan dahulu dengan sarjana dan ahli fikir Melayu ini. Secara sepintas lalu Za‟ba ketika hidupnya menulis berkenaan dengan berbagai-bagai tajuk iaitu bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu, agama, serta etika dan ekonomi orang Melayu. Namun demikian, perhatian dan minat beliau lebih besar dalam bidang bahasa lantas mendorong kesungguhan beliau dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu, iaitu memperluas dan mengekalkan darjat bahasa Melayu di mata masyarakat yang diperkukuhkan oleh kesedaran serta keyakinan mendalam. Za‟ba dikenali, disanjung dan dikenang sebagai pejuang bangsa, ilmuan pendidikan dan bahasa, tokoh agama dan politik[1]. Za‟ba merupakan tokoh intelektual ulung Melayu dalam pembinaan kemajuan pemikiran bangsa dan pembangunan dan pencetus kesedaran politik Negara. Beliau diiktiraf sebagai pengasas paling dinamik dalam perkembangan Pengajian dan Persuratan Melayu dan peningkatan keintelektualan Melayu. Beliau juga mempunyai kesedaran betapa pentingnya strategi penyelesaian masalah kepada perkembangan ekonomi, sosial dan budaya bangsa. Ketokohan Za‟ba terbukti apabila Dato‟ Seri Utama Dr. Rais Yatim (2004) mengemukakan pandangan seperti berikut “Orang Melayu khususnya terhutang budi kepada Za’ba. Pendeta Za’ba ialah seorang tokoh Pendidikan, Bahasa, Persuratan, Sasterawan, Budayawan, dan Nasionalis. Di seluruh Malaysia dan Alam Melayu, beliau tersohor sebagai Bapa Bahasa Melayu Moden dan penulis yang sangat disegani. Himpunan ratusan karyanya, dari Pelita Bahasa Melayu hinggalah ke rencana-rencana dalam pelbagai penerbitan mengenai sejarah, kesusasteraan, kebudayaan, sosial dan politik, telah dan terus meniupkan semangat juang bangsa”[2]. 2.0 Latar Belakang Sekarang mari kita lihat pula latar belakang pemilik nama Za‟ba atau nama penuhnya Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus. Mendapat pendidikan di Sek. Melayu Linggi dalam tahun 1907. Kemudian ke St. Paul Institution, Seremban sehingga lulus Senior Cambridge. Beliau pernah bekerja sebagai Guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru, sebagai penterjemah pengarang Berita Radio, penulis Setiausaha Agung UMNO, pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London dan terakhir sekali sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura. Di antara karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi yang menjadi rujukan dalam penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu[3]. Di antara rencana beliau yang terkenal ialahModern Developments of Malay Literature dan Malay Journalism in Malaya. Di samping buku bahasa Melayu, beliau turut bergiat menterjemahkan buku-buku asing ke Bahasa Melayu untuk mengisi kekosongan buku-buku pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Di antara nama pena yang digunakan oleh beliau ialah Anak Melayu Jati, Patriot; yang bermaksud, orang yang kasihkan bangsa dan tanah airnya, Za‟ba, Z Penjelmaan, Z Penjelmaan c/o Patriot, Melayu yang beragama Islam, Z dan Melayu, Yang Hina Patriot. Jasa-jasa beliau sangat besar dan telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Doktor Persuratan dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1962, beliau telah dianugerahkan pingat PMN yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang Di Pertuan Agong. Gelaran Pendeta dikurniakan ketika 1
  • 2. berlangsungnya Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru tahun 1956. 3.0 Definisi Bahasa Sebelum meneruskan perbincangan mari kita lihat definisi bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, antara seorang individu dengan individu yang lain. Bahasa adalah penggunaan kode yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki arti. Bahasa memiliki berbagai definisi. Definisi bahasa adalah sebagai berikut iaitu satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan[4]. Dalam pada ia adalah satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep riil mereka ke dalam pikiran orang lainsatu kesatuan sistem maknasatu kode yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membedakan antara bentuk dan makna. Selain itu bahasa ialah ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan (contoh :Perkataan, kalimat, dan lain lain.) Bahasa juga dianggap sebagai sistem tuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik. Bahasa erat kaitannya dengan kognisi pada manusia, dinyatakan bahwa bahasa adalah fungsi kognisi tertinggi dan tidak dimiliki oleh haiwan. Ilmu yang mengkaji bahasa ini disebut sebagai linguistik, atau pakar bahasa menetapkan perbezaan utama antara bahasa manusia satu dan yang lainnya sering amat sukar. Chomsky (1986) membuktikan bahawa sebahagian dialek Jerman hampir serupa dengan bahasa Belanda dan tidaklah terlalu berbeza sehingga tidak mudah dikenali sebagai bahasa lain, khususnya Jerman. 4.0 Definisi Linguistik Manakala bagi linguistik menurut Kamus Dewan Edisi Empat, linguistik pula diertikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa; berkaitan dengan bahasa. Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latin“lingua” yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis“langage-langue”; Italia “lingua”; Spanyol “lengua”dan Inggeris“language”. Akhiran “ics” dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain. Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa. Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain[5]. Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar. Struktur bahasa memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsur-unsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara unsur-unsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain. Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis. Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik. Fonologi pula ia ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik dan morfologi ialah struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. Sintaksis pula ialah hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran. 5.0 5.1 Sumbangan Za’ba Sistem Ejaan Melayu 2
  • 3. Salah satu sumbangan Za‟ba ialah dalam sistem ejaan Melayu. Minat beliau terhadap penulisan bermula dalam tahun 1918 lagi semasa menjadi guru Bahasa Melayu merangkap penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi. Dalam tahun 1924 pula, beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah "Pan-Malayan Malay Literary Society" yang matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden[6]. Nama Pendeta Za‟ba juga terukir sebagai pencipta Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu yang disebut sebagai Sistem Ejaan Za’ba. Beliau menggubal sistem ejaan dalam tahun 1933 dan menggantikan sistem ejaan oleh R.J. Wilkinson yang telah digunakan dalam tahun 1914. Oleh sebab Sistem Ejaan Za’ba digunakan di sekolah-sekolah sejak tarikh penggubalannya sehinggalah tahun 1972 dengan dilaksanakan Sistem Ejaan Baharu, maka sistem berkenaan juga dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah. Walau bagaimanapun, Za‟ba menaruh harapan untuk kemudian kelak menjadikannya sebuah kamus dengan tiap-tiap perkataan itu diberi tidak sahaja makna tetapi juga contoh ayat memakainya dan simpulan-simpulan bahasa yang terbit daripadanya, "sebagai membanyak dan menambah elokkan kamus-kamus kita yang sedia ada". Oleh kerana itulah, beliau digelar “Bapa Bahasa Melayu Moden” selepas Munsyi Abdullah. Za‟ba turut berusaha memperkembang dan meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu dan turut terlibat sebagai anggota Lembaga Menggubal Perkataan Melayu bersama-sama Ibrahim Mahmud, Dato‟ Haji Muhammad Said, Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam. 5.2 Daftar Ejaan Jawi Sumbangan Za‟ba telah memperkenalkan kaedah ejaan Jawi dalam tahun 1929 dan menerbitkan pula Rahsia Ejaan Jawi dan dalam tahun 1931, sebahagian daripada buku yang dinamakan Rahsia Ejaan Jawi itu telah dicetak. Ertinya, pada tahun 1918 beliau memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menyeragamkan ejaan Jawi. Pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi; dan pada tahun 1938 beliau menyiapkanDaftar Ejaan Melayu (JawiRumi). Menurut Za'ba, undang-undang ejaan Jawi yang diberinya dalam buku Daftar Ejaan Melayu itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada apa-apa yang telah dipanjang-lebarkan di sana sahaja”. Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi[7]. Dalam tahun 1933 hingga 1935, beliau mengubah rancangan asalnya dengan mengemukakan hanya sebuah daftar ejaan, dan bukannya kamus, yang susunannya ialah menurut susunan abjad Jawi, dan pada setiap perkataan dalam ejaan Jawi itu diberi pula persamaan ejaan Ruminya. 5.3 Bahasa dan Fikiran Za‟ba jelas berpendirian bahawa bahasa adalah “alat mengeluarkan fikiran”. Perkaitan di antara kedua-duanya itu sangat erat, dalam erti kata bahasa yang digunakan itu hendaklah dengan tepat menggambarkan fikiran. Za‟ba mengatur pedoman penggunaan bahasa, khususnya dalam karang-mengarang. Katanya : 3
  • 4. Bahasa itu alat mengeluarkan fikiran supaya dapat diketahui orang dengan mendengar atau membacanya. Maka jika bahasa yang dipakai itu tidak menepati betul-betul seperti maksud yang di dalam hati, tentulah orang tersalah faham atau tiada dapat oleh mereka tujuan yang dikehendakkan itu. (Bab Permulaan, Ceraian 4) Za‟ba mengajar bukan setakat bahasa sahaja, tetapi menanamkan semangat dan kedudukan Bahasa Melayu itu sendiri. Za‟ba juga pernah mengkaji penggunaan bahasa dalam akhbar pada tahun 1900-1941. Bahasa sekitar tahun ini menggunakan bahasa mudah, bahasa pengarang dan tersendiri. Ada juga yang cenderung menggunakan perkataan lama dan ungkapan pinjaman dari Bahasa Arab[8]. 5.4 Nahu dan Tatabahasa Za‟ba dengan jelas membezakan pengetahuan nahu dengan kemahiran bahasa. Pandai menggunakan bahasa tidak semestinya pandai menjelaskan hal-hal yang berhubung dengan nahu. Untuk belajar bahasa, orang tidak perlu terlebih dahulu belajar tentang selok belok nahu. Za‟ba melihat penggunaan bahasa sebagai satu kemahiran, dan kemahiran memerlukan latihan. Kemahiran dalam penggunaan bahasa setiap hari itu dilanjutkan kepada kemahiran mengarang. Fikiran Za‟ba tentang kemahiran bahasa seperti itu tidaklah bermakna beliau tidak menitikberatkan nahu. Beliau melihat peranan nahu pada dua peringkat pembelajaran, iaitu pada peringkat bahasa pertama dan pada peringkat bahasa kedua. Pada peringkat bahasa pertama, nahu berguna untuk mengukuhkan pengetahuan pengguna bahasa tentang susunan ayat dan fungsi-fungsi perkataan, dan dengan itu nahu boleh menjadi pedoman dalam penyelidikan mereka. Oleh itu, sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid) telah membawa perubahan yang besar kepada dunia linguistik Melayu[9]. Menurut Za‟ba di dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan Rumi Baharu, dengan adanya ilmu nahu, pengguna bahasa boleh mendalami lagi hal ehwal bahasa mereka. Pada peringkat belajar bahasa asing, nahu perlu diutamakan supaya jangan terikut kaedah nahu bahasa sendiri. Sebenarnya, aspek tatabahasa yang dikemukakan oleh Za‟ba dalam Pelita Bahasa Melayu sebanyak 3 jilid itu dari segi rangka asasnya sudah lengkap dan menyeluruh sesuai dengan saranannya agar orang selepasnya menokok-tambah mana-mana yang tidak lengkap[10]. Analisis Za‟ba tentang tatabahasa dapat dibahagi kepada dua komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis, walaupun beliau tidak menggunakan istilah tersebut. Selaras dengan pengaruh tatabahasa tradisional yang ketika itu mendominasi disiplin linguistik, analisis Za‟ba ternyata banyak yang terikat oleh pendekatan tersebut. Oleh sebab itu, istilah-istilah tatabahasa yang digunakannya dan cara beliau menjelaskan sesuatu konsep tatabahasa seluruhnya berdasar pada makna, iaitu ciri utama linguistik tradisional. 5.5 Karangan Sebagai Sistem Wacana 4
  • 5. Za‟ba melihat karangan sebagai satu wacana yakni wacana bertulis yang berbeza dengan wacana lisan. Karya-karya Za‟ba dikatakan penting kerana telah meletakkan asas pengetahuan Bahasa Melayu dari berbagai-bagai segi. Berikut merupakan antara karangan-karangan Za‟ba :i) Pelita Bahasa Melayu II (Rumi) Memberi latihan mengarang bagi darjah rendah. ii) Pelita Bahasa Melayu III (Rumi) Bicara mengarang bagi darjah tinggi. iii) Ilmu mengarang Melayu (Jawi) Bicara mengarang bagi penuntut-penuntut di kolej. iv) Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) Daftar perkataan-perkataan Melayu dengan ejaan jawi dan rumi serta undang-undang ejaannya. v) Kata-kata yang Tidak Tetap dalam Tulisan Melayu Rumi dan Kitab Rahsia Ejaan Jawi (1930) vi) Kaedah Karangan Bahasa Melayu terangkum dalam Kitab Pelita Mengarang (1931) vii) Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia (1958) viii) Bahasa Melayu Kelebihan dan Kekurangan (1954) ix) Bahasa Melayu dengan Tulisannya (1958) Dari situ kita dapat melihat banyak dan amat besar perjuangan serta sumbangannya kepada bangsa dan negara kita ini. Pendeta Za‟ba serta semua karyanya adalah sebenar-benarnya Warisan Bangsa yang amat berharga khususnya di dalam bidang bahasa dan kesusasteraan yang harus dikenang oleh generasi masa kini dan juga yang akan datang. Dalam perspektif sejarah penulisan tatabahasa Bahasa Melayu, Za‟ba lah satu-satunya ahli bahasa tempatan yang menghasilkan tatabahasa Bahasa Melayu dalam bahasanya sendiri. Jika dipertalikan dengan citacita Abdullah Abdul Kadir Munshi yang ingin menghasilkan karya tatabahasa Bahasa Melayu sejak akhir abad kesembilan belas tetapi tidak kesampaian, Za‟ba lah yang menyempurnakan cita-cita tersebut[11]. 5.6 Sumbangan dalam Linguistik Demikian juga jika dikaitkan percubaan Raja Ali Haji menulis tatabahasa Bahasa Melayu mengikut acuan tatabahasa Bahasa Arab termasuk istilah-istilah yang digunakan, Za‟ba lah juga yang menyempurnakan dengan cara tersendiri sebagaimana bukti nyata kitab Pelita Bahasa Melayu sebanyak tiga penggal itu. Selaras dengan semangat yang ditunjukkan oleh Za'ba dalam dunia linguistik Melayu, maka semua pihak yang mendokong kepentingan Bahasa Melayu perlulah memadu tenaga untuk tidak menggugat kedaulatan Bahasa Melayu dengan kepentingan kecil-kecilan yang tidak dapat dipertahankan secara rasional kerana sikap kitalah yang menjadi punca kita menolak Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu[12]. Jika, dari segi rasionalnya, sistem yang disempurnakan itu masih belum sempurna, maka aspek-aspek yang belum sempurna itu hendaklah dikenalpasti dan penyelesaian ke atasnya dicari secara rasional pula dan bukannya ditolak begitu sahaja dengan tidak dicari jalan bersama-sama untuk memperbaiki lagi apa yang telah dicuba-sempurnakan. Usaha dan sumbangan Za‟ba mesti dikaji kerana semuanya itu dapat menyemai bibit-bibit semangat cintakan negara dan bangsa Melayu untuk bebas dari kongkongan pemerintah tradisional dan kolonial British khusus kepada generasi muda hari ini yang jauh dan buta daripada perjuangannya itu kerana perjuangan beliau sentiasa ditunjangi oleh ketabahan, kecekalan dan keyakinan. Walaupun Za‟ba berpendidikan Inggeris tetapi beliau tetap berjuang gigih untuk memartabatkan Bahasa Melayu, sama seperti pejuang bahasa pada hari ini. 5
  • 6. Usaha Universiti Pendidikan Sultan Idris mewujudkan Kursi Za’ba dalam rangka mengimarahkan dunia kesarjanaan dalam bidang pengajian Melayu merupakan usaha yang terpuji, bukan sahaja sebagai mengenang jasa bakti beliau sebagai antara tokoh yang menjadi tonggak Sultan Idris Training College yang merupakan institusi awal universiti tersebut, malah sebagai penghargaan yang hak baginya sebagai perintis bahasa Melayu baharu[13]. Demikian juga usaha kerajaan Negeri Sembilan mewujudkan Teratak Za’bayang bersifat muzium tokoh seakan-akan Muzium Hemingway di England; dan tertubuhnya Yayasan Pendeta Za‟ba pada 7 November 1986 oleh Badan Kebajikan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu akan dapat mengabadikan sumbangan Za‟ba dalam melanjutkan tradisi keilmuan di rantau berbahasa Melayu ini. Bagi Za‟ba, bahasa adalah mencerminkan keunggulan budaya kita dan jati diri bak kata pepatah, “Hilang bahasa lenyaplah bangsa”[14]. Sumbangan pemikiran beliau kepada bangsanya adalah banyak dan amat bererti. Sumbangan pemikirannya dalam bidang budi pekerti dan agama, tentang ekonomi dan kemiskinan orang Melayu adalah banyak dan telah dirakamkan serta dibicarakan dengan luas. Walau bagaimanapun, sumbangannya yang paling besar ialah dalam bidang bahasa Melayu. Minatnya dalam bidang ini sungguh besar dan bermula sejak awal-awal lagi. Keazamannya untuk menulis sebuah buku nahu Melayu telah mula muncul dalam fikirannya sejak beliau berumur dua belas tahun lagi. Dalam tahun 1918 lagi, sewaktu bertugas sebagai guru bahasa Melayu di Malay College Kuala Kangsar, beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi[15]. Dalam tahun 1924 pula, umpamanya, beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah "pan-Malayan Malay Literary Society" yang matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu moden. Tidak hairanlah kita melihat bahawa sumbangan beliau adalah juga di dalam bidang ejaan, iaitu ejaan Jawi, di samping sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid), dan kaedah mengarang dalam bahasa Melayu (Kitab Ilmu Mengarang Melayu (1951)). Adalah juga menjadi hasrat beliau untuk menyumbangkan kepada bahasa Melayu sebuah kamus Melayu yang lengkap dalam tulisan Jawi. Malah ke arah melahirkan kamus Jawi itulah maka, sebagai langkah awal, dilahirkannya sebuah sistem ejaan Jawi. Ini dinyatakannya sebagai tujuan kedua penyusunan buku Daftar Ejaan Melayunya. Menurutnya, tujuan kedua itu ialah "... hendak dibuat daripadanya sebuah kamus Melayu yang lengkap bagi pergunaan hari-hari di antara ahli-ahli bahasa Melayu". Sehubungan dengan kaedah ejaan Jawi, dalam tahun 1929, diterbitkannya Kitab Rahsia Ejaan Jawi (Pulau Pinang: The Jelutong Press) dan dalam tahun 1931, telah dicetak sebahagian daripada buku yang dinamakannya Rahsia Ejaan Jawi.) Menurut Za'ba, undang-undang ejaan Jawi yang diberinya dalam buku Daftar Ejaan Melayu itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada apa-apa yang telah dipanjang-lebarkan di sana sahaja". Ertinya, pada tahun 1918 beliau memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menseragamkan ejaan Jawi; pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi; dan pada tahun 1938 beliau menyiapkan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) [16]. Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. 6
  • 7. Pengenalan Haron Daud dalam awal pembicaraanya terhadap "Pemikiran dan sikap Za'ba terhadap bangsa Melayu" mengakui Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali ZA'BA adalah seorang pemikir Melayu dan tokoh reformis yang mempunyai sumbangan yang besar dalam perkembangan dan pembangunan orang melayu. Pendapatnya berasas merujuk dari usaha Za'ba menangani keadaan orang Melayu dari aspek kemiskinan, pendidikan dan politik amat jelas dan mengemukakan beberapa panduan untuk mengatasinya antaranya orang Melayu mesti mempunyai kesedaran mengubah sikap dan mengutamakan ilmu. Segala telahan Za'ba terhadap kemunduran dan kemiskinan orang Melayu adalah berdasarkan kepada pemerhatian semasanya akibat dari pencerobohan British[17]. Namun suasana ini tidak di fahami oleh seluruh masyarakat dan segala sindirannya disalahertikan menghina bangsanya sendiri sebaliknya beliau telah berusaha sedaya mungkin untuk kemajuan bangsanya sama seperti tokoh lain yang sezaman dengannya seperti Syed Syeikh Al Hadi, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad. Namun membandingkan Za'ba dengan kelebihan tokoh lain seperti Ishak Haji Muhammmad dan Ahmad Boestamam dalam memperjuangkan keadaan bangsa Melayu ketika itu adalah tidak adil apatah lagi jika tidak mengkaji secara teliti dan meluas kehidupan Zaba itu sendiri. Walaupun mereka hidup sezaman masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan idealisme mereka. Za'ba misalnya memilih cara penulisan dan kegiatan sosial. Yang pentingnya, dalam hati sanubari Za'ba mengakui dirinya seorang Melayu, beragama Islam dan perjuangannya ialah untuk memajukan bangsanya didalam setiap lapangan kehidupan mereka. Keinginannya ini membawa kepada sikapnya yang lebih cenderung bersikap anti raja dan pembesar Melayu , anti kolonialisme British dan perjuangan pembebasan untuk bangsa Melayu. Telahan penulis bahawa pendidikan inggeris dan jawatan yang diperolehi Za'ba menjadi "untaian mutiara" yang membawanya pro kepada British dan memandang rendah bangsa Melayunya boleh dipertikaikan. Contohnya telahan Za'ba tidak sesuai mengkritik Inggeris pada ketika itu adalah relevan iaitu:"....pada masa ini belum sekali-kali layak kita memajukan perasaan demikian dan tiada faedahnya...". Pertamanya dilihat negeri Melayu ketika itu kurang pemimpin Melayu benar-benar memahami keadaan orang Melayu ketika itu. Beberapa tokoh lain juga memperkatakan hal ini antaranya Ishak Haji Muhammmad, seorang pemimpin Kesatuan Melayu Muda ada menyatakan bahawa: "kegagalan pergerakan orang melayu sebelum perang adalah disebabkan oleh ketiadaan pemimpin yang berkaliber" Segelintir sahaja yang berpendidikan seperti Syed Syeikh Al Hadi memandang masa depan orang Melayu penting manakala yang ramainya adalah dari golongan atasan atau elit walaupun berpendidikan Inggeris tetapi secara sedar tidak pernah memahami kesengsaraan dan kekurangan orang Melayu di luarbandar yang tercicir dari pelbagai aspek ini. Bagi Za'ba golongan raja-raja dan pembesar adalah kolaborator kolonialisme British di sepanjang zaman penjajahannya. Peranan sosial dan politik mereka bukannya melindungi rakyat malah jadi penghalang utama kepada pembangunan pemikiran dan fizikal orang Melayu sepertimana dalam bidang pendidikan yang menjadi aset penting untuk kemajuan dan perkembangan sesuatu bangsa terabai. Tanpa ilmu, tidak mungkin seorang itu boleh berlaku adil walaupun dia cuba berbuat demikian kerana kalaupun dia mahu melaksanakan keadilan tetapi dia tidak tahu caranya disebabkan ilmunya terbatas[18]. dia boleh terdedah pada kesilapan secara tidak sedar. Tiada penyediaan mantap untuk memimpin orang Melayu dan daifnya pemikiran golongan elit jelas dilihat pada cemuhan Yamtuan Negeri Sembilan terhadap orang melayu "....i do not like the idea of the the children of rajas and chiefs sitting side by side with the children of people who were once our slaves." Sikap golongan elit ini menyebabkan pendidikan terabai, bahasa Melayu mundur, ekonomi Melayu tercicir di belakang ekonomi orang asing dan politik Melayu terhina oleh penjajahan. Kesedaran tentang keprihalan 7
  • 8. ini telah benar-benar mengesani jiwanya dan sikapnya ini jelas diperlihatkan pada awal 1920an. Oleh itu tidak salah beliau meletakkan segala kemunduran dan kekurangan orang Melayu disebabkan kebodohan dan kesombomgan golongan raja dan pembesar Melayu itu sendiri. Keduanya, berdasarkan pengalamanya sendiri samada dari pengalaman pembacaannya dari luarnegeri seperti Encyclopaedia Of Islam (1927) serta usahanya menyedarkan orang Melayu dalam bentuk sindiran melalui penulisan telah mendapat tekanan dari golongan pemerintah tradisional dan kolonial British contohnya pada tahun 1921 Za'ba dapat amaran lisan dari Raja Sir Chulan, dituduh cuba menghasut para pembaca akhbar dan majalah melalui tulisan yang bersifat anti kerajaan, disekat kenaikan gaji tahunannya, ditukar atau terbuang ke jabatan karang mengarang SITC di Tanjung Malim 1924[19]. Sebegitu juga tokoh yang lain menerima nasib yang sama dalam suasana yang berbeza seperti Ahmad Boestamam di tahan beberapa tahun. Sebelum ini timbul persoalan bahawa"setiap orang melayu yang berfikir dan mempunyai semangat kebangsaan tentu mengetahui dasar dan sikap penjajah inggeris, tinggal lagi sejauhmanakah kesedaran dan kesanggupan mereka serta langkah yang diambil untuk berhadapan denagan ranjau inggeris". Dalam hal ini Za'ba memilih cara dalam bentuk penulisan dan kegiatan sosial berbanding tokoh lain seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad. Segala penulisannya adalah dari segala pemerhatian dan penelitian yang mendalam dan bentuk sindiran terhadap bangsanya yang mundur dan kekurangan semasa kuasa kolonial amat dahsyat adalah alternatif untuk menyedarkan bangsanya kerana bergerak bertentangan dengan arus yang deras meyebabkan diri kita dan orang lain hanyut dan lemas. Segala sindirannya itu boleh jadi panduan pada generasi sekarang sepertimana penyataan Datuk Senu "jika ciri-ciri negatif ini benar, maka hal itu harus di tinggalkan dan di singkirkan. Tidak guna kita menafikan atau menunjukkan kemarahan kita terhadap pendapat dan tuduhan demikian[20]. Sebaliknya biarkan pendapat demikian mendorong kita mencari apakah sifat yang akan membolehkan kita bertanding dengan orang lain." Dengan itu perjuangan Za'ba pada tahun 1920an hingga 1930an adalah lebih kepada banyak bekerja contohnya menulis seberapa banyak buku yang terdaya olehnya berkaitan dengan orang melayu untuk panduan pada generasinya yang akan datang daripada banyak bercakap sahaja. Manakala pujian Za'ba sepertimana juga Syed Al Hadi bahawa Inggeris adalah penyelamat bangsa Melayu adalah telahan terawal mereka , merasakan British dapat menahan akan gerak menggelunsur orang Melayu dari terus ketinggalan namun perkembangan seterusnya tiada siapa dapat menentukan[21]. Za'ba sendiri ada menjelaskan kemudiannya kekejaman pemerintahan raja dan pembesar Melayu tidaklah berakhir dengan perubahan pemerintahan kepada pihak British itu. Ini kerana institusi pemerintahan tradisi dieksploitasi untuk kepentingan British. Oleh kerana itulah Sikap anti kolonialisme British timbul sejak ia melibatkan dirinya secara serius dalam penulisan rencana untuk akhbar tempatan pada 1917 dan merasakan orang British atau orang Barat atau orang Nasrani atau kaum kafir musuh Islam. Penilaian mata kasar penulis bahawa Za'ba bersekongkol dengan kolonial British berdasarkan jawatannya sebagai seorang kakitangan di dalam pentadbiran kolonial adalah telahan mengelirukan kerana sikap Za'ba telah jelas dan tegas iaitu membantu masyarakatnya untuk mencapai kemajuan hidup di dalam berbagai lapangan sesuai dengan perkembangan di kurun ke 20 ini. Iaitu berusaha dalam bentuk apa cara asalkan ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam[22]. Adanya beliau dalam pentadbiran kerajaan dapat menyuarakan pendapatnya mengenai orang Melayu khususnya dalam menyediakan pendidikan. Semuanya dilakukan supaya orang Melayu dan muslim mempunyai ilmu dan pengetahuan yang sesuai dengan kehendak Islam dan sesuai dengan tuntutan perkembangan zaman. Dan ianya senjata penting didalam perjuangan untuk membebaskan orang Islam dari cengkaman penjajahan 8
  • 9. Barat. Ingin saya nyatakan di sini bahawa Zaba, Abdullah Munshi, Syed Sheik Al Hadi dan Ahmad Rashid Talu disifatkan sebagai golongan yang "selamat" tidak mengusik atau memijak ranjau Inggeris. Gambaran saya mengenai hal ini semata-mata melihat pengorbanan perjuangan seseorang tokoh berdasarkan tekanan fizikal sahaja seperti dipenjarakan. Sebenarnya Walaupun Za'ba tidak dipenjarakan berbanding tokoh yang lain tetapi beliau juga mengalami tekanan peribadi sepanjang perjuangannya seperti penulisannya sentiasa diawasi oleh pihak kolonial, gaji dan jawatannya di tahan dan ditukar kerja. Namun peluang ini diguna sebaik mungkin oleh Za'ba menyumbangkan ideanya dalam bidang penulisan dari aspek bahasa Melayu khususnya. Dalam hal ini tidak dinafikan sama sekali peranan tokoh seperti Ahmad Boestamam Dan Ishak Haji Muhammad dalam perkembangan perubahan orang Melayu contohnya Ahmad Boestamam telah terlibat secara langsung dalam banyak kegiatan politik tanah Melayu pada tahun 1946-1948 seperti dalam PKMM, API, PUTERA dan AMCJA. Manakala Za'ba tidak bergiat aktif dalam poltik pada tahun 1947 dan menjelaskan bahawa:"Saya tidak percaya politik cara yang dijalankan dalam dunia sekarang akan boleh atau pernah jadi lurus, bersih dan jujur, kebolehan istimewanya adalah cenderung menulis dan mengarang keadaan fikiran dan ilmu pengetahuan. Namun begitu beliau berjaya tubuhkan The Malay Literary Association Kuala Lumpur (1923). Ianya gagal bergerak cergas tetapi ia merupakan satu proses penyatuan di kalangan anak muda Melayu berpendidikan Inggeris sudah dimulakan oleh Za'ba iaitu melahirkan Persatuan GuruGuru Melayu. Adanya Sahabat Pena sehingga 1942 merupakan pertubuhan yang bukan saja tersusun rapi dari segi organisasi malah tercapai hasratnya untuk melihat orang Melayu dan muslim bersatu berasaskan konsep setanah Melayu di Semenanjung Melayu. Sukar membandingkan sejauhmana tokoh ini berperanan kerana mereka bergerak dalam cara yang berbeza. Sekiranya Za'ba dikatakan bersekongkol dengan kolonial British bagaimana pula hubungan Ahmad Boestamam dengan Jepun. Beliau telah bekerja dengan Jepun dan dalam masa yang sama cuba mendapat restu untuk bergiat dalam politik . keadaan ini digunakan pula untuk menentang Jepun . Dilihat kedua-duanya melakukan yang terbaik untuk kebaikan orang Melayu ketika itu. Za'ba berjaya meneruskan kegiatan beliau dengan cara menyesuaikan diri dengan kehendak masa dan keadaan ketika itu[23]. Antara di SITC mengasaskan pejabat penterjemah. Walaupun Kerja yang dibuatnya sangat berat tetapi beliau berjaya menerbitkan buku siri buku teks (The Malay Scholl Series ) terjemah dokumen penting dan sediakan enakmen untuk pelbagai jabatan. Pada tahun 1929 beliau memulakan kelas bahasa Inggeris secara sukarela untuk guru-guru muda di SITC dan terbit Buku Ilmu Bahasa ( 1927 ) dan Rahsia Ejaan Jawi ( 1929 ). Usahanya tidak kenal putus asa walaupun kesihatan terganggu dan atas nasihat doktor beliau berehat ke Indonesia. Peluang ini digunakan untuk meneliti keadaan perkembangan orang Melayu misalnya mahukan perubahan SITC sama seperti Balai Pustaka di Indonesia tetapi pendapatnya di tolak oleh Winstedt[24]. Begitu juga pemergiannya ke Universiti London pada tahun 1947 dalam usia 52 tahun bukan bertujuan makan angin sepertimana telahan penulis sebaliknya dengan ketepikan kesihatan diri semata-mata untuk menambahkan ilmu dalam bidang bahasa dan khidmatnya kelak amat diperlukan untuk kemajuan pengajian bahasa Melayu. terbukti kembalinya ke tanahair beliau menjadi satu-satunya tenaga pengajar di Jabatan Pengajian Melayu dan membentuk Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya 29 Januari 1955. Jelas disini Za'ba berjaya meneruskan kegiatan beliau dengan cara menyesuaikan diri dengan kehendak masa dan keadaan ketika itu[25]. Ramai mengakui Za'ba adalah pendeta melayu yang tinggi semangat patriotismenya. Namun gelaran pendita bukanlah kemahuan nya tetapi penilaian dan pengiktirafan di atas segala usahanya kepada orang Melayu secara keseluruhannya. Bagi Za'ba : "To me a man's value is only estimated by grandeur of his ideas 9
  • 10. and his achievement as influencing the thought and destinies of mankind for good, not by the gradeur of his 'title' or by his own estimate of himself....." Pada peringkat awal (1916-1923), Za'ba merupakan idealis yang berani mengkritik kelemahan pemerintah, golongan pembnesar serta orang melayu secara terbuka melalui media umum. Manakala Peringkat (1924 -1950), pengawasan yang rapi daripada pihak pemerintah meyebabkan corak perjuangannya lebih sederhana dan pragmatis. Walaubagaimanapun bentuk beliau menyemarakkan idea pemikirannya terhadap bangsa melayu ketika itu tidaklah menjadi persoalan besar, pokoknya usahanya dan sumbangannya mesti dikaji kerana semuanya itu dapat menyemaikan bibit-bibit semangat cintakan negara dan bangsa Melayu untuk bebas dari kongkongan pemerintah tradisional dan kolonial British khusus kepada generasi muda hari ini yang jauh dan buta daripada perjuangannya itu. Buku mengenai Za‟ba. Untuk menghargai sumbangan pendita Za‟ba dalam namanya (Perpustakaan Peringatan Za‟ba) untuk mengenang jasa beliau kepada perkembangan Bahasa Melayu.Za'ba sehingga ada di antara mereka menggelengkan kepala dan terlopong apabila diajukan soalan berkaitan biodata pejuang bahasa Melayu ini. Sumbangan pemikiran beliau kepada18.Dengan peningkatan program pengajaran bahasa Melayu kepada program beliau dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu[26]. 6.0 Kesimpulan Sumbangan Za‟ba begitu besar kepada orang Melayu sehinggakan beliau sumbangan yang besar nilainya kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan, sosial, ekonomi, bahasabagi bahasa Melayu, Za‟ba jasa dan sumbangan Za‟ba dalam bidang bahasa Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid) telah membawa perubahan yang besar kepada dunia linguistik Melayu. Menurut Za‟ba diPeranan Za'ba Dalam Mengasaskan Teknik Tulisan Jawi Diri, Faktor Waktu Dan Faktor Tempat Bertugas Dalam Kerjaya Za'ba. Oleh yang demikian bangsa Melayu amat terhutang budi kepada Pendeta Za‟ba atas segala jasa dan ketokohannya. Beliau nyata telah memberi sumbangan yang cukup besar lagi bermakna terhadap Bahasa Melayu. Buku mengenai Za'ba yang wujud sekarang adalah untuk menghargai sumbangan pendita Za‟ba untuk mengenang jasa beliau kepada perkembangan Bahasa Melayu. Ilmu Mengarang Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1965. dan Perbelanjaan Petani dan Pekerja E Sumbangan Pekerja dan Petani Kepada terbesar Pendeta Za‟ba yang menggabungkan tiga jilid “Pelita Bahasa Melayu” yang sebagai bapa tatabahasa Melayu moden patut didedahkan kepada murid. Sumbangan besar Za‟bapula dengan pertukaran nama kepada Pakatan Bahasa Melayu. 10
  • 11. PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu 1.0 Pendahuluan 1.1 Pengenalan Menurut Abdullah Hassan ( 2005:14 ), keperluan manusia untuk berkomunikasi menyebabkan terbitnya bahasa yang banyak dalam dunia ini malah setiap bangsa mempuanyi satu atau lebih bahasa yang mempuanyi sejarahnya yang tersendiri dan berdasarkan kajian beliau terdapat empat belas golongan besar bahasa ( Indo-Eropah, Semit-Hemit, Ural, Altaik, SinoTibet, Austronesia, Irian, Bantu, Dravidia, Khoisan, Niger-Kongo, Makro-Sudan, Amerika Utara dan Amerika Latin ) yang digunakan dalam dunia ini. walaupun begitu, penulisan ini tidak mengkaji kesemua golongan bahasa tersebut tetapi hanya mengfokuskan kepada pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu yang diklasifikasikan oleh beliau sebagai golongan bahasa keenam dalam dunia iaitu dalam kelompok bahasa Austronesia yang secara terperinci akan dibincangakan dalam penulisan ini. 1.2 Objektif Adalah agak sukar untuk memperjelaskan secara terperinci keseluruhan sejarah dalam pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu kerana keterbatasan dalam mendapatkan sumber, walaupun begitu penulisan ini akan cuba mengupas kembali segala perancangan yang digariskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka amnya dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu dalam aspek pembinaan dan perkembangan. Aspek pembinaan yang akan ditekankan dalam penulisan ini membicarakan pembinaan atau perancangan korpus bahasa dari segi istilah, kosa kata, laras bahasa, ejaan, sebutan dan tatabahasa tanpa menafikan akan wujudkan pinjaman bahasa asing mengikut keperluan dalam Bahasa Melayu yang sangat diperlukan dalam semua bidang. Bagi aspek perkembangan, adalah menjadi suatu yang sinonim dalam penulisan untuk membicarakan kronologi perkembangan mengikut zaman peralihan status bahasa, tetapi penulisan ini akan membicarakan perkembangan Bahasa Melayu mengikut tahun, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 11990 hingga 2000 atas rasional, adalah menjadi keperluan untuk mengupas isu-isu yang berkaitan dengan perkembangan Bahasa Melayu bagi menilai sejauhmana usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menjadikan Bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia yang mampu menjadi pengerak kepada pembangunan negara dalam semua bidang. 1.3 Kaedah Kaedah yang digunakan dalam kajian penulisan ini adalah menggunakan kaedah kajian perpustakaan berdasarkan sumber buku yang didapati secara langsung mahupun tidak langsung dengan menggunakan laman web. 11
  • 12. 1.4 Batasan Segala sesuatu kajian memiliki batasnya tersendiri, maka dalam kajian penulisan ini adalah tidak dinafikan wujudnya batasan dalam mendapatkan sumber yang tepat dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh masa yang terhad. Dalam aspek penelitian kajian penulisan pula, kajian adalah terbatas kepada aspek pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu semata-mata, ini bermakna kajian penulisan ini tidak akan membincangkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kajian mengenai Bahasa Melayu ini turut menyentuh perkaitan perkembangannya berdasarkan perubahan dunia semasa yang sukar sekali mengetepikan akan isu-isu yang menyumbang kepada perkembangannya yang dimaninkan oleh pihak-pihak yang berkaitan. Batasan kajian penulisan juga berhadapan dengan kesukaran mendapatkan data terbaru kerana tidak dapat menjalankan kajian lapangan bagi meneliti kebenaran isu-isu tersebut. 1.5 Definisi Konsep Konsep yang harus difahami dalam kajian penulisan ini adalah berkisar kepada kehendak tajuk kajian, iaitu pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu. Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa daripada sudut korpus bahasanya atau dikenali juga sebagai perancangan korpus bahasa yang menyentuh aspek kosa kata, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa yang telah berjaya dilakukan secara terancang selepas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956 yang pada awalnya menjalankan fungsi sebagai jabatan kerajaan yang telah bertukar taraf kemudiannya menjadi badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Pembinaan bahasa selepas lulusnya Akta DBP 1959. Perkembangan bahasa Melayu pula menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat ( 2009: 39 ), dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu Purba ( 2500 masihi ), Bahasa Melayu kuno ( abad ke-7 masihi ), Bahasa Melayu Klasik ( abad ke-12 masihi ), Bahasa Melayu Peralihan dan Bahasa Melayu Baharu ( abad ke-19 ). Manakala menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 26 ), perkembangan Bahasa Melayu dapat dirungkai berdasarkan perkembanagan zaman, iaitu purba, kuno dan klasik tetapi adalah lebih mudah difahami sekiranya berfokuskan tahun perkembangannya bagi meneliti isu-isu yang dibangkitkan sepanjang perkembangan bahasa tersebut, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 1990 hingga 2000 bersesuaian dengan perkembagan ilmu semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran Razak ( 1956 ) menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara ini yang turut disokong oleh Awang Sariyan ( 2002 ). 12
  • 13. 2.0 Sejarah ringkas Bahasa Melayu Sehingga ke hari ini banyak sejarawan yang merumuskan akan hal asal usul Bahasa Melayu sebagai suatu yang masih kabur yang masih memerlukan kajian lanjut dan mendalam, maka penulisan ini secara tidak langsung akan membincangkan secara ringkas berkaitan sejarah Bahasa Melayu dari aspek konsep etimologi ( perkataan ) dan bangsa, salasilah dan hipotesis tempat asal Bahasa Melayu. 2.1 Konsep etimologi dan bangsa Dari aspek etimologi atau perkataan, „Melayu‟ menurut Zuber Usman dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: ), berasal daripada perkataan „Himalaya‟ yang telah disingkatkan kepada „Malaya‟ yang kemudiannya menjadi „Melayu‟. Selain itu, terdapat juga pengkaji yang mengutarakan bahawa „Melayu‟ berasal daripada perkataan „Malaiyur-pura‟ yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak 1 di Sumatera Barat yang akhirnya menimbulkan perkataan malaiyur = malaiyu = malayu = melayu. Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: ), perkataan „Melayu‟ berasal daripada perkataan Jawa Kuno dan Baru, iaitu „Mlaya‟ dan „Mlayu‟ yang membawa maksud lari. Tambahan beliau lagi, perkataan „ Melayu‟ turut merujuk kepada kerajaan, iaitu berasal daripada perkataan „Malayu‟ yang merujuk kepada sebuah kerajaan yang berpusat di Muara Jambi pada abad ke-7 ( 644 M ) yang mendapat nama sempena nama sebatang sungai, iaitu „Sungai Malayu‟ yang sangat deras arusnya selaju orang berlari yang disifatkan mempuanyi pengertian yang sama dalam Bahasa Jawa. Dari aspek konsep perkataan „Melayu‟ berdasarkan bangsa adalah merujuk kepada teori awal perpindahan golongan manusia yang diberi nama Austronesia dari daerah Yunan ke wilayah Asia Tenggara, iaitu Melayu Proto ( 2500 M ) dan Melayu Deutro ( 1500 M ) menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 3 ). Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 11 ) pula, penggunaan perkataan „Melayu‟ pada abad ke-17 merujuk kepada istilah yang lebih luas yang merangkumi suku bangsa serumpun di Nusantara merujuk kepada istilah UNESCO ( 1972 ). “......Melayu itu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama, bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama,berkulit sawo matang, rambut lurus dan tinggi yang sederhana dan penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar yang merupakan satu stock bangsa yang sejak beberapa lama dahulu dikenali sebagai MalayoPolynesia ( Melayu-Polinesia ) atau Austronesia....” Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia sendiri menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 8 ), Perkara 160 seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 mengariskan „Melayu‟ sebagai seseorang yang berbahasa melayu, berkebudayaan melayu dan beragama Islam. 2.2 Salasilah Bahasa Melayu 13
  • 14. Kajian salasilah Bahasa Melayu akan merujuk kepada asal usul atau keturunan Bahasa Melayu itu sendiri yang mana menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 3-4 ), berasal dari rumpun bahasa Austronesia yang tergolong dalam satu keluarga bahasa besar bahasa Austris ( Austroasia, Tibet-Cina dan Austronesia – Nusantara, Polinesia, Melanesia dan Mikronesia ) dalam cabang Nusantara, iaitu jumlah bahasa yang paling banyak merangkumi 16 golongan kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Hal ini turut diutarakan oleh Kamal Shukri Abdullah Sani ( 2007: 2 ), bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa yang berasal dari rumpun bahasa Austronesia ( Nusantara Barat dan Timur, Melanesia dan Polinesia ) dalam kelompok Nusantara Barat ( Malagasi, Acheh, Melayu, Jawa,Sunda, Dayak, Tagalog, Sibu, Bisaya dan lain-lain ) yang digunakan di sebelah timur gugusan pulaupulau Melayu dan Nusantara sejak abad pertama masihi menurut Abdullah Hassan ( 2005:23). Hal ini turut diutarakan oleh James T.Collins ( 2005 ), iaitu kewujudan akan Bahasa Melayu sebagai salah satu komponen daripada 1000 bahasa yang terpenting dalam rumpun bahasa Austronesia yang terbentuk di Taiwan yang kemudiannya tersebar dibahagian selatan, timur dan barat melalui Filipina yang turut mempunyai perhubungan dengan bahasa-bahasa Polinesia menurut William Marsden ( 1754-1836 M ) dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 1 ) yang banyak mengkaji bahasa di Asia Tenggara dalam karya penulisannya, seperti A Dictionary of the Malayan Language dan A Grammar of the Malayan Language ( 1812 ) dan sehingga sekarang dikenali sebagai Bahasa Melayu-Polinesia oleh Wilhelm Von Humboldt ( 1767-1835 ) dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 2 ) berdasarkan perincian hubungan antara bahasa-bahasa di Asia Tenggara yang serumpun dalam karyanya Uber die Kawisprache auf der Insel Java ( 1836 ) yang turut disokong oleh Abdullah Hassan ( 2005: 23 ) berdasarkan jadual yang telah diambil dari Crowely ( 1987 ) dalam James T.Collins ( 2005: 3 ). Walaupun begitu, terdapat juga pengkaji barat, seperti John Crawfurd dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 2 ) yang tidak mempersetujui perkaitan yang wujud antara Bahasa Melayu dengan Polinesia kerana tidak sekeluarga. 2.3 Hipotesis tempat asal Bahasa Melayu Menurut Northefer ( 1996 ) dalam James T.Collins ( 2005 ), kesepekatan ahli-ahli arkeologi menyatakan bahawa Bahasa Melayu di kepulauan gugusan Melayu bermula di Kalimantan sebelum tersebar di bahagian barat menyeberangi Laut China Selatan pada 100 masihi dahulu melalui Pulau Tambela dan Riau sebelum ke Sumatera dan ke selatan Benua Asia atau kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama juga tidak dinafikan berlaku penyebaran Bahasa Melayu di bahagian utara, selatan dan timur sehingga ke barat Pulau Luzon yang kini dikenali sebagai Teluk Manila dan seterusnya di bahagian timur kepulauan Maluku ( Indonesia ). Kewujudan penggunaan Bahasa Melayu turut dibuktikan oleh Bede dalam James T.Collins ( 2005 ), pada abad ke-8 dalam Caedmon’s Hymn to the Creator yang menyatakan akan wujudkan tulisan teks tertua Bahasa Melayu bertarikh 682 masihi di atas batu di Sumatera yang mengadaptasi ortografi india berdasarkan palawa yang dikenali sebagai teks Bahasa Melayu Kuno. 3.0 Pembinaan Bahasa Melayu 14
  • 15. Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa daripada sudut korpus bahasanya atau dikenali juga sebagai perancangan korpus bahasa yang menyentuh aspek kosa kata, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa yang telah berjaya dilakukan secara terancang selepas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956 yang pada awalnya menjalankan fungsi sebagai jabatan kerajaan yang telah bertukar taraf kemudiannya menjadi badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Pembinaan bahasa selepas lulusnya Akta DBP 1959. 3.1 Pembinaan Istilah Bahasa Melayu Umumnya istilah merupakan perkataan yang mempunyai makna khas mengikut bidang ilmu pengetahan tertentu yang menerangkan makna, konsep proses, keadaan atau sifat khusus bagi sesuatu ilmu menurut Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad ( 2009: 2 ). Menurut Awang Sariyan ( 2002 ) pula, pembinaan istilah Bahasa Melayu merupakan suatu usaha dalam menggubal istilah bagi mengisi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rasmi dan ilmu di negara ini yang telah bermula sejak 1957 yang melibatkan dua bidang terawal iaitu Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan teknik yang sehingga kini mencatatkan jumlah hampir mencecah 1 juta istilah yang terhasil meliputi ratusan bidang ilmu dan profesional yang telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebanyak 199 judul melibatkan semua peringkat. Kenyataan ini turut disokong oleh Abdullah Hassan ( 1987: 85 ), iaitu perancangan korpus bahasa dalam aspek istilah telah bermula sejak 1957 melalui penubuhan Jawatankuasa Istilah yang pertama berdasarkan dua peringkat iaitu sebelum 1975 ( dengan penerbitan Pedoman Pembentukan istilah bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ) dan selepas 1975 ( kerjasama Majlis bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) yang menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan istilah ( PUPI )yang telah diisytiharkan penggunaannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Repblik Indonesia pada 30 Ogos 1975). Walaupun begitu, beliau tidak menafikan akan ketidaksempurnaan yang berlaku semasa pembinaan awal istilah dalam bahasa Melayu iaitu melibatkan tempoh masa antara tahun 1957 hingga 1960 yang merupakan titik zaman awal pembentukan istilah namun tidak kukuh kerana tiada sebarang pedoman yang boleh dijadikan rujukan sehinggalah Dewan Bahasa dan Pustaka menubuhkan dua Jawatankuasa Istilah bagi menyokong pembinaan istilah iaitu, Jawatankuasa Istilah Kerajaan dan Perjawatan dan Jawatankuasa Istilah Sains Am yang secara tidak langsung mengubah panduan dan falsafah pembinaan istilah tahap awal yang mengongkong proses pembinaan istilah, walapun terdapat juga istilah yang bertahan sehingga sekarang misalnya stesen, kimia dan sains. Manakala istilah yang tidak dapat mendukng konsep asal telah dipinda seperti ilmu jiwa, kajirumpun bangsa, ilmu hisab dankajibentuk bumi kepada psikologi, ethnologi, matematik dangeomorfologi. Zaman selepas 1975 pula memperlihatkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam pembentukan istilah yang melibatkan bidang-bidang profesional sebanyak 71,887 istilah sehingga 1975 berikutan kejayaan membentuk Pedoman Membentuk Istilah-istilah Baru DBP ( mula digunakan sejak 1959 ), Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk istilah Baharu Bahasa Melayu DBP ( selepas 1970 ) dan Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya ( 1971 ) serta dengan tertubuhnya Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu ( JKTBM ) sejak Disember 1972 15
  • 16. yang pada awalnya hanyalah mewakili Malaysia dalam usaha kerjasama dengan Indonesia bagi menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi kemudiannya telah diperluaskan lagi fungsinya yang mencakupi aspek peristilahan dan dianggap oleh kerajaan sebagai badan tertinggi dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang menjadi dasar pembentukan istilah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Walaupun begitu, pembinaan istilah dalam Bahasa Melayu tidak menafikan akan wujudnya pinjaman daripada bahasa asing melalui dua cara penggubalan, iaitu pinjaman dan pinjam terjemah menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 255 ). Hal ini turut disokong oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 301-304 ), iaitu pembinaan istilah pinjaman yang dilakukan dalam dua bentuk, iaitu pengambilan dengan penyesuaian ejaan, misalnya geography-geografi, biology-biologi, mathematics-matematik, isogamy-isogami dan sebagainya. Manakala, pengambilan tanpa perubahan ejaan pula, seperti magnet-magnet, linear-linear, hilum-hilum, import-import, auditaudit dan sebagainya.Manakala pembinaan istilah pinjam terjemah pula dilakukan melalui lima cara, iaitu terjemah langsung ( resistance = rintangan, dose = sukatan, soluble = lart ), penciptaan kata baharu ( subsidence = antamman, allot = umpuk, arrears = tunggakan ), perluasan makna ( salur = salir, hakis = kikis, gelap = legap ), penggabungan dua kata umum ( missile = peluru berpandu, indicator lamp = lampu penunjuk, right angle = sudut tepat ) dan pembentukan kata ganda separa (radius = jejari, liquid = cecair, capillary = rerambut ), tetapi kesemua proses ini terikat kepada had peminjaman, iaitu pinjaman istilah dilakukan sekiranya bahasa asing mempunyai istilah tersebut dan haruslah sesuai dengan sistem bunyi Bahasa Melayu menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 265 ). Menurut Rogayah Osman dalam artikelnya mengenai Perancangan Bahan Ejaan dan Sebutan, Peristilahan dan Perkamusan dalam Bahasa Melayu di Malaysia, kewujudan banyak Jawatankuasa Istilah ( JKI ) yang mencakupi banyak bidang dengan konsep dan pemahaman ilmu yang tersendiri menghasilkan bermacam-macam istilah sehingga satu istilah mendukung pelbagai konsep dan pengertian, menyedari permasalahan ini dua jawatankuasa penyelarasan dibentuk iaitu, Jawatankuasa Istilah Sains Tulen dan Jawatankuasa Istilah Sains Sosial dan Kemanusiaan. Disamping itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan kembali kerja-kerja dalam menyemak istilah sebelum 1975 terutamanya sebelum 1960 untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Penyemak Istilah sebagai tambahan kerja-kerja dalam penciptaan istilah, pengklasifikasian bidang yang sebelumnya tidak begitu tepat dan kurang menyeluruh agar dapat membincangkan aspek-aspek pemasyarakatan istilah dalam disiplin bidang masing-masing agar dapat diutarakan kepada sidang MBIM sekitar akhir 80-an dan awal 90-an. Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 36 ), sangat berperanan dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang mendokong tiga fungsi utama, iaitu bertindak sebagai badan bersama yang mengadakan pertemuan demi pertemuan untuk memikirkan, menalaah dan membincangkan hal-hal bersama berhubungan dengan soalan bahasa kedua-dua negara, menampung dan menyalurkan bahanbahan tentang bahasa dari kedua-dua belah pihak untuk kegunaan dan kajian bersama serta menyerahkan bahan-bahan bahasa yang menyentuh kepentingan kebangsaan negara masingmasing kepada Menteri Pendidikan untuk dipertimbangkan dan diputuskan. Atas ketelusan dalam memainkan perana ini, MBIM berjaya menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah ( PUPI ), Pedoman Penyusnan Kamus Istilah dan Pedoman Tranliterasi Huruf Arab 16
  • 17. kepada Huruf Rumi disamping membincangkan pedoman khusus pembentukan istilah kimia, biologi, fizik, matematik dan perubatan. Malah sepanjang hasil persidangan MBIM ke-7 hingga ke-23 MBIM turut berjaya menghasilkan Daftar Istilah MBIM ( A-J )dan ( K-Z ) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1976. 3.2 Pembinaan Kosa Kata Bahasa Melayu Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), usaha dalam pembinaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu sebenarnya telah dilakukan oleh para sarjana asing sejak beberapa abad silam dalam bentuk daftar kata dan kamus, misalnya Daftar Kata Melayu-Cina ( abad ke15 ), Kamus Melayu-Itali oleh Antonio Pigafetta pada suku pertama abad ke-16, kamus MelayuInggeris oleh Thomas Bowry pada awal abad ke-18, A Dictonary of The Malay Language oleh Marsden pada tahun 1821 dan beberapa buah kamus lain oleh R.J.Wilkinson ( 1901,1908 dan 1932 ), W.G.Shellabear ( 1902, dan 1916 ) dan R.O.Winstedt ( 1913 ). Usaha ini kemudiannya telah diteruskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara terancang yang bermula pada 1964 yang akhirnya telah berjaya menerbitkan Kamus Dewan pada 1970, iaitu sebuah kamus ekabahasa yang berwibawa sebagai rujukan kamus yang entrinya berjumlah kira-kira 30,000 patah yang kemudiannya telah diterbitkan dalam edisi baharu pada tahn 1984 dan 1989 ( masing-masing dengan tambahan 900 entri dan 2,000 entri ), edisi ketiganya pula pada tahun 1994 ( dengan tambahan 6,000 entri ) dan edisi keempat pada tahn 2003 ( dengan tambahan 5,000 entri ). Bagi tujuan keperluan pelajar sekolah pula, Dewan Bahasa dan Pustaka turut memainkan peranannya dengan menyusun dan menerbitkan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pada tahun 1975 bagi pelajar sekolah menengah danKamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun 1989 bagi keperluan pelajar sekolah rendah disamping turut menerbitkan edisi baharu pada tahun 2002 iaitu, Kamus KBSR Dewan danKamus Umum Bahasa Melayu Dewan ( memuatkan 67,000 entri ) pada tahun 2007. Malah bagi memastikan pembinaan kosa kata dalam bahasa Melayu lebih berkesan, Dewan Bahasa dan Pustaka turut mengadakan kerjasa dengan pihak swasta dengan menerbitkan kamus elektronik, Kamus Telapak BESTA DBP-1 ( 1998 ) dan Kamus Pena Quicktionary ( 2000). Seperti dalam pembinaan istilah Bahasa Melayu, pembinaan kosa kata Bahasa Melayu turut meminjam kosa kata asing, dan menurut Yahya Othman ( 2005: ), Bahasa Melayu meminjam 677 kosa kata Bahasa Sanskrit merangkumi 11 bidang. Malah menurut James T.Collins ( 2005: 18 ), sejak kerajaan kesultanan Melayu Melaka lagi, Bahasa Melayu telah menggunakan kosa kata pinjaman seperti yang direkodkan oleh Yang Lin pada tahun 1560 yang diklasifikasikan sebagai kosakata Bahasa Melayu-Cina sebanyak 500 kata untuk keperluan perdagangan disamping kosakata pinjaman dari Bahasa Sanskrit, Tamil, Arab dan Persia. ( Rajah 6: Daftar beberapa kosakata Bahasa Melayu-Cina dari Dinasti Ming yang dipetik dari Edwards dan Blagden ( 1930-1932 ) dalam James T.Collins, 2005: 19 ) 3.3 Pembinaan Laras Bahasa Melayu 17
  • 18. Menurut Nik Safiah Karim ( 2003: 155-156 ), laras bahasa dalam Bahasa Melayu merupakan perbezaan cara yang digunakan dalam penulisan walaupun menggunakan bahasa yang sama dalam situasi yang berbeza atau lebih ringkasnya dikenali sebagai kelainan berbahasa yang dipengaruhi oleh suasana yang hanya dikenali melalui perkataan-perkataan yang digunakan berdasarkan cara pengungkapan mengikut situasi tertentu yang wujud berdasarkan perkara yang ingin diperkatakan serta kolokasi, iaitu kehadiran penggunaan perkataan dan ungkapan tertentu yang jelas meletakkannya dalam sesuatu laras. Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan laras bahasa ini dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui penerbitan karya ilmu dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat yang telah menghasikan hampir 10,000 judul buku dan berdasarkan koleksi Perpustakaan Negara Malaysia ( 1966 hingga 2001 ), sejumlah 105,898 judul direkodkan sebagai buku yang berdaftar di bawah Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1964 dan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1966 yang turut merangkumi buku dalam bahasa lain dan hanya 60,474 judul dalam Bahasa Melayu. kewujudan perbezaan laras bahasa menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 36 - 40 ), disebabkan oleh ciri-ciri keperihalan ( situasi luaran dan persekitaran – cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan dan fungsi sosial perlakuan bahasa ) sesuatu peristiwa bahasa dan linguistik ( bunyi, perkataan – khusus, kolokasi dan pinjaman – dan ayat ) yang terbahagi kepada sebelas laras berdasarkan bidang ilmu, iaitu biasa, perniagaan atau iklan, sains, media, rencana, undangundang, agama, sukan, sastera, ekonomi dan akademik. Laras bahasa biasa adalah laras yang tiak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks yang khusus kerana ianya digunakan dalam perbualan harian yang tidak melibatkan istilah khusus tetapi menggunakan struktur ayat yang mudah, ringkas dan padat. tambahan lagi, ianya tidak banyak menggunakan kata pinjaman serta menggunakan kosa kata dan tatabahasa yang mudah difahami yang boleh wujud dalam keadaan formal dan tidak formal ( menggunakan bahasa basahan ). Laras bahasa perniagaan atau iklan pula adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan yang berbentuk pemberitahuan fakta yang ringkas dan terperinci yang bersifat imaginatif dan kreatif menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan untuk memujuk dan mempengaruhi pengguna dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa. Laras bahasa sains pula dihubngkan dengan laras bahasa ilmiah yang bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan kerana bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif dalam mempersembahkan maklumat yang berdasarkan kajian dan fakta yang banyak menggunkan kata nama dan ragam ayat pasif serta istilah pinjaman daripada Bahasa Inggeris. Laras bahasa media massa menggunakan bahasa yang mudah, gaya tulisan yang jelas dan ketepatan isi tulisan dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa dalam melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku tanpa istilah teknikal dan khusus dalam mempersembahkan judul dan teks. 18
  • 19. Laras bahasa rencana pula adalah bersifat umum, hal ini kerana adalah untuk keperluan menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu dengan gaya bahasa yang mudah difahami kerana terus menjurus kepada tajuk rencana yang bersifat laporan. Laras bahasa undang-undang biasanya mengandungi prinsip undang-undang berbentuk akta yang terbahagi kepada bahagian dan seksyen serta banyak menggunakan istilah pinjaman daripada Bahasa Inggeris. Interpretasi menentukan makna kosa kata yang digunakan tanpa mengambil kira struktur ayat dalam penyampaian tetapi menekankan kepersisan dan kejelasan yang bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat dalam binaan ayat yang panjang. Laras bahasa agama tidak lari dari membincangkan isu agama yang banyak menggunakan kata pinjaman Bahasa Arab dalam pembentukan struktur ayat yang menekankan petikan al-quran dan hadis. Laras bahasa sukan pula bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan dengan kegiatan sukan dalam bentuk bahasa yang ringkas dan bersahaja tetapi jelas berikutan pemilihan kosa kata yang senang difahami. Laras bahasa saster atau kreatif adalah bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman penulis yang bersifat imaginatif dan figuratif ( penyimpangan makna aripada bahasa biasa ) serta mementingkan pemilihan diksi yang berkesan dengan menggunakan bahasa tersirat, istilah-istilah khusus berkaitan sastera, perlambangan, kiasan, imejan, personafikasi, metafora dan sebagainya yang mementingkan penyusunan dan pengulangan kata atau ayat, bernada puitis dan komunikatif. Laras bahasa ekonomi pula merupakan laras berbentuk ilmiah yang menggunakan istilahistilah terknikal, tidak mementingkan struktur ayat, bersifat formal serta mementingkan susunan maklumat yang jelas dan eksplisit dalam bentuk data dan statistik. Laras bahasa akademik adalah bersifat formal dan objektif yang menunjukkan kematangan dan keintelektual, iaitu berkeupayaan menyamapaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan menggunakan istilah yang bersifat khusus dan sukar difahami kerana menekankan kesempurnaan bahasa dalam pemaparan, perbincangan dan penghuraian yang turut melibatkan sudut pandang orang ketiga, penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk serta turut memuatkan nota kaki, bibliografi, indeks dan sebagainya dalam penulisan. 3.4 Pembinaan Ejaan Bahasa Melayu Tradisi tulisan seperti tulisan Kawi, Batak, Lampung, dan Rencong telah menjadi sistem tulisan orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang telah membawa bersama tulisan Jawi daripada Tanah Arab. Sistem tulisan yang digunakan oleh orang Melayu sebelum Jawi banyak menggunakan lambing suku kata dan ambang baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi. Namun penggunaan tulisan Jawi tidak bertahan lama setelah pihak Barat memperkenalkan sistem tulisan Rumi di Tanah Melayu pada zaman penjajahan. Tulisan Jawi adalah berdasarkan huruf Arab alif-ba-ta manakala tulisan Rumi adalah berdasarkan huruf Roman a-b-c. sistem ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak Barat di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19. 19
  • 20. Sistem ejaan tersebut telah digunakan dalam urusan rasmi dalam kerajaan Barat di Tanah Melayu pada masa tersebut. Antara sistem ejaan yang telah digunakan oleh Barat ialah Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Maxweel (1882), dan Ejaan Rumi Sweettenham (1881). Perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu pada masa penjajahan sangat penting kerana sistemejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sisitem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memehaminya terutamanya pihak Barat yang kurang pengetahuan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi lebih penting apabila dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah. Oleh yang demikian, satu sistem Rumi yang seragam diperlukan untuk menggantikan sistem ejaan Jawi. Satu pertubuhan iaitu Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa yang telah ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor memainkan peranan yang sangat panting dalam menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam kalangan masyarakat setempat. Pembinaan sistem tulisan Rumi untuk bahasa Melayu telah melalui beberapa peringkat oleh banyak pihak. Contohnya, pihak Barat banyak melakukan kajian dalam membentuk sistem tulisan tersebut. Antara tokoh yang berasal dari Barat yang pernah melakukan kajian dalam mengembangkan sistem tulisan bahasa Melayu ialah William Marsden yang telah menulis buku yang berjudul A Grammar Of The Malayan Language pada tahun 1912. Dalam bukunya terdapat pendapat yang mengatakan bahawa bunyi ch, d, ng, p, g, dan ny merupakan huruf-huruf yang telah ditambah oleh orang Melayu daripada huruf bahasa Arab ( Rogayah Binti Osman, hlm 3). Selepas William Marsden, R.J Wilkinson yang merupakan nazir sekolah–sekolah bagi Jabatan Pelajaran Negeri-negeri Bersekutu telah menjadi pengerusi bagi Jawatankuasa Ejaan untuk mengkaji dan membentuk sebuah sistem ejaan Rumi yang baru. Sistem ejaan yang telah berjaya dihasilkan telah dipanggil Ejaan Wilkinson. Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, satu sistem ejaan telah diperkenalkan iaitu “Ejaan Fajar Asia” yang selaras bagi tiga buah negara iaitu Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia yang pada masa itu berada dalam pentadbiran tentera Jepun. Majalah Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura telah menggunakan sistem ejaan tersebut dalam penerbitan majalah mereka. Huruf yang digunakan dalam sistem ini hampir sama dengan Sistem Ejaan Wilikinson dan sistem Ejaan Rumi Za‟Ba. Menurut Asmah Haji Omar (1993), sistem ejaan ini menggunakan enam huruf vokal iaitu a, e taling, e pepet, i, o dan u. Manakala bagi huruf konsonan pula adalah sama dengan Sistem Ejaan Rumi Za‟Ba. Rajah 7: Huruf-huruf konsonan yang digunakan dalam Sistem Ejaan Fajar Asia. Za‟Ba telah memulakan satu lagi sistem ejaan baru yang mana merupakan satu perubahan yang telah beliau lakukan. Ejaan tersebut dihasilkan berdasarkan daripada Sistem Tulisan Wilkinsin dan gabungan beberapa adjad bahasa Arab. Za‟Ba pada masa itu bertugas di Maktab Perguruan Sultan Idris selepas Perang Dunia Ke-2. Sistem baru tersebut telah dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah yang telah diggunakan sebelum digantikan oleh ejaan baru yang telah diistiharkan pada tahun 1972. Sistem baru ini dihasilkan daripada pengamatan sahaja dan mempunyai banyak kelemahan. Apabila terdapat kelemahan tersebt, maka penggunaan bahasa Melayu pada masa tersebut telah terganggu. Menurut Rogayah Binti Osman (hlm 4), satu persidangan antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Indonesia telah dijalankan untuk membincangkan satu sistem ejaan yang sama 20
  • 21. untuk kedua-dua negara. Persidangan tersebut telah dimulakan sejak tahun 1959 hasil daripada desakan Kongres Bahasa dan Persatuan Melayu. Namun usaha untuk menjalankan persidangan dengan kerajaan Indonesia telah tergendala kerana tercetusnya konfrantasi. Persidangan keduadua negara tersebut telah menghasilkan satu sistem tulisan baru iaitu sistem Malindo. Asmah Haji Omar (1993, hlm 154) mengatakan bahawa tulisan Malindo tidak pernah diterbitkan oleh kedua-dua negara. Oleh yang demikian, bentuk dan sistem ejaannya tidak diketahui. Pada tahun 1966, satu persidangan ttelah dijalankan oleh negara Malaysia dan Indonesia untuk menyambung semula perbincangan yang telah tergendala semasa konfrantasi. Dalam persidangan ttersebut beberapa perkera telah dibincangkan seperti; a) Soal bahasa dan jangka masa panjangb) Pertukaran antara bahan-bahan yang berkenaan dangan bahasa dan sastera. c) Soal pemakaian istilah. Pada September 1966, satu rombongan daripada Indonesia yang diketuai oleh Kolonel Wahju Sukatjo telah membuat lawatan ke Dewan Bahasa Dan Pustaka dan telah membangkitkan beberapa isu dan mereka juga telah membenangkan satu kertas kerja untuk membaiki sistem tulisan Malindo yang mempunyai banyak kelemahan. Setelah kata sepakat dicapai, maka kerajaan Malaysia dan Indonesia telah menggunakan satu lagi sistem tulisan baru iaitu Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia juga dikenali sebagai Ejaan Baharu. Walaupun persefahaman teah dicapai pada tahun 1966, namun hanya pada tahun 1972 sahaja barulah perjanjian antara keduadua kerajaan telah ditandatangan yang mana perjajian tersebut telah ditandatagani oleh Menteri Pelajaran masing-masing pada masa itu iaitu Y.B Encik Hussien Onn dan Bapak Mashuri. Perjanjian tersebut telah ditandatagani pada 23 Mei 1972. Perbincangan tersebut telah memakan masa yang lama untuk menghasilkan satu sistem tulisan sama bagi kedua-dua negara ini. Hanya pada 16 Ogos 1972 barulah sistem baru ini diistiharkan secara serentak oleh kedua-dua negara tersebut. Ejaan Rumi Baharu ini adalah hasil daripada pemikiran yang matang dan berlandaskan perancangan bahasa yang baik. Perancangan ini merupakan satu usaha kerajaan untuk memperkenalkan bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa. Ejaan ini memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan, dan fleksibiliti dan taraf standard yang tinggi jka dibandingkan dengan sistem yang lama. Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf yang berikut. Sebutan masing-masing huruf disertakan di sebelahnya. Abjad dan sebutan tersebut adalah hasil daripada perbincangan yang telah dilaksanakan oleh negara Malaysia dan Indonesia yang telah diistiharkan bersama. Rajah 8: abjad yang digunakan dalam bahasa Melayu dan sebutannya. Huruf Vokal Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada: a, e, i, o dan u. Huruf e melambangkan dua bunyi, iaitu e pepet dan e taling. Antara perubahan yang telah berlaku dalam sistem ejaan tersebut ialah perubahan konsanan contohya gabungan dua perkataan digugurkan salah satu yang membawa maksud sama seperti ch menjadi c dalam perkataan chuba menjadi cuba. Contoh lain 21
  • 22. adalah dh menjadi d dalam perkataan mudharatmenjadi mudarat dan sh menjadi sy dalam perkataan sharatmanjadi syarat. Pengunaan („) dan (‟) yang melambangkan hamzah dan ain digugurkan dan digantikan dengan huruf konsonan k contohnya: a) Ma‟ana menjadi makna. b) Enche‟ menjadi encik. Terdapat juga perkataan yang dikekalkan seperti kh, ny,hg, dan ng dan masih diguna pakai sehingga sekarang. Dewan Bahasa Dan Pustaka pula telah menerbitkan buku Pedoman Umum Bahasa Malaysia pada tahun 1975 sebagai rujukan. Setiap negara telah menerbitkan pedoman umum mengikut versi masing-masing sebagai panduan untuk rakyat di setiap negara. 3.5 Pembinaan Sebutan Bahasa Melayu Perancangan sebutan telah melalui banyak peringkat dalam memastikan tidak terdapat kesalahan dalam penyebutannya. Antara langkah-langkah yang telah dijalankan ialah: (i) Mengadakan penyelidikan melalui beberapa bengkel dan seminar sejak awal Rancangan Malaysia keempat (1981) (ii) Kegiatan kajian tentang sistem fonologi bahasa Melayu dan dialek diadakan sejak awal 1980-an. Beberapa bengkel diadakan sehingga tahun 1987. (iii) Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pakar-pakar bahasa. (iv) Perumusan tentang pedoman sebutan baku dibuat oleh sebuah Jawatankuasa Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia dan PLM serta pakar-pakar bahasa pada tahun 1987. Menurut Mohd Rasdi Bin Saamah (hlm 8), aspek sebutan tidaklah menjadi satu perkara yang semestinya ada transkripsi fonetiknya memandangkan sebutan kata Melayu adalah onemik berbanding dengan bahasa Inggeris. Maksudnya ialah terdapat sesetengah ejaan dalam bahasa Melayu yang sama dengan bahasa Inggeris namun membawa erti yang berbeza. Contohnya ialah airdalam bahasa Inggeris membawa maksud udara namun dalam bahasa Melayu pula merupakan sejenis cecair yang dalam bahasa Inggeris disebut sebagai water. Perancangan sebutan banyak ditulis dalam perkamusan yang menyusun sebutan-sebuta yang tepat. Contohnya Kamus Dewan menurunkan transkripsi fonetiknya kepada kata masukan yang ejaannya mengandungi huruf e taling sahaja. Sebutan yang mengandungi e pepet tidak diberi transkripsi fonetik. Contohnya ialah: a) enak (enak) = sedap,nyaman (rasa dll) b) enteng (enteng) = ringan, mudah c) empat = bilangan tiga yang dicampur dengan satu 22
  • 23. Manakala dalam Kamus Besar pula tidak memasukkan sebarang tanda transkripsi fonetiknya bagi membezakan kedua-dua bentuk e seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan. Contohnya ialah : a) b) 3.6 emak = ibu, mami, embok. Mak, indung, indu… elok = ranggi, gagah, tampan, anggun, gombang Pembinaan Tatabahasa Melayu Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada lima bahagian besar yang mana setiap bahagian mempunyai tugas masing-masing. Tatabahasa bahasa Melayu dapat dipelajari melalui lima bahagian ini iaitu golongan kata, pengimbuhan, penggandaan, ayat, dan rampaian bahasa. Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis perkataan yang terbahagi kepada lima bahagian yang besar iaitu: a) Nama b) Perbuatan c) Sifat d) Sendi e) Seruan Kesemua ayat tersebut membawa erti yang berbeza dan penggunaan yang berbeza. Kata Nama Kata nama terbahagi lagi kepada dua bahagian besar iaitu Nama Betul dan Ganti Nama dan Nama Terbitan. Kata Nama pula dibahagi lagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. Kata Nama Am digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan dan yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan lain-lain lagi. Dapat disimpulkan bahawa Kata Nama Am digunakan untuk menyebut sesuatu secara am atau umum. Contohnya: a) Benda ; rumah, pencil, bunga, dan lain-lain. b) Orang ; guru, murid, polis dan lain-lain. c) Haiwan ; kucing, harimau, kerbau dan lain-lain. d) Tempat ; bandar, desa, kampung dan lain-lain. Kata Nama Am boleh ditulis dengan huruf besar jika berada pada awal ayat manakala boleh ditulis dengan huruf kecil pada akhir ayat. Contohnya ; a) Harimau itu mengaum dengan kuat. b) Dia sedang member harimau itu makan. 23
  • 24. Nama Khas pula digunakan untuk menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas dan huruf pertamanya mestilah ditulis dengan huruf besar. Contohnya ; a) Benda ; Proton Saga, Bangunan Berkembar Petronas,dan lain-lain. b) Orang ; Tuan Ahmad, Mejar Hamzah, dan lain-lain. c) Binatang ; Si Comel, Pak Belang, dan lain-lain. d) Tempat ; Kota Kinabalu, Sepanggar, dan lain-lain. Kata Nama Terbitan. Kata Nama Terbitan terbentuk apabila kata nama am diberikan imbuhan awalan, akhiran ataupun apitan. a) Imbuhan awalan ; pe-, pem-, pen-, peng-,meng-, ke, dan lain-lain. b) Imbuhan akhiran ; -ita, -man, -wati, -wan, dan lain-lain. c) Imbuhan apitan ; per-…..-an, peng-….-an, ke-…-an, dan lain-lain. Kata Ganti Nama. Kata Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA iaitu merujuk kepada seseorang. Seterusnya yang telah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu ganti nama diri, ganti nama umum, ganti nama pertanyaan, ganti nama petunjuk, ganti nama sendi. a) Ganti Nama Diri pertama. Contohny ialah beta, patik, saya, kami, kita, dan lain-lain. b) Ganti Nama Diri Kedua. Contohnya ialah kamu, anda, engkau, tuanku, dan lai-lain. c) Ganti Nama Diri Ketiga. Contohnya ialah ia, dia, beliau,mereka dan lain-lain. Kata Ganti Tanya Kata Ganti Tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksub bertanya. Biasanya kata ganti ini ditambah “kah” dan tanda soal di setiap akhir ayatnya. Ianya juga digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. Contohnya kata tanya ialah apakah, siapakah, manakah, bilakah, bagaimanakah, kenapakah, mengapakah, dan berapakah. Contoh ayatnya ialah: a) Sudahkah awak menyiapkan kerja tadi? b) Berapakah harga baju yang berwarna merah ini? c) Siapakah pemilik rumah yang bercat merah itu? d) Mengapakah awak tidak menghabiskan makanan itu? e) Bila awak hendak menghantar surat ini ke pejabat pos? Kata Ganti Umum / Tak Tentu 24
  • 25. Kata ganti jenis ini terbentuk hasil daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa dan mana. Kata ganti ini hanya digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja. Contoh penggunaan ayat ini ialah ; a) Jangan sesiapa yang berganjak daripada tempat duduk masing-masing. b) Siapa-siapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mengambil boring pendaftaran di sini. c) Ambilah mana-mana benda yang awak suka di sini. Kata Ganti Nama Tunjuk. Penggunaan kata ganti ini ialah untuk menunjukkan sesuatu tempat, orang, benda dan cara. Contohnya ialah situ, sana, sini, begini, begitu dan banyak lagi. Contoh ayatnya ialah ; a) Itu bagus. b) Begini caranya. c) Rupanya begitu. d) Tingginya bangunan itu. e) Cantiknya baju yang awak pakai ini. Kata Hubung. Kata hubung digunakan untuk menggabungkan ayat dengan ayat, perkataan dengan perkataan dan rangkai kata dengan rangkai kata. Maksudnya disini ialah daripada dua ayat yang telah dibina boleh menjadi satu setelah digabungkan dengan kata hubung. Kata hubung mempunyai dua jenis iaitu bentuk akar dan terbitan. Contoh kata hubung akar : a) Dan b) Hingga c) Dengan d) Jika e) Kerana f) Serta g) Supaya h) Demi i) Kemudian 25
  • 26. j) Agar k) Ketika l) Walhal Contoh kata hubung terbitan ialah : a) Semasa b) Sementara c) Sebaliknya d) Itupun e) Mudah-mudahan f) Meskipun g) Setelah h) Semoga i) Seketika j) Seandainya k) padahal Contoh ayat ialah : a) Mimi dan Suzie menaiki bas pergi ke sekolah. b) Restoran itu menghidangkan pelbagai jenis makanan yang lazat namun harganya sangat mahal. Kata Kerja. Kata kerja menunjukkan satu perbuatan yang sedang melakukan sesuatu perbuatan. Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif adalah bahagian yang terdapat dalam kata kerja. Kata kerja transitif ialah satu perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang terkena dengan perbuatan tersebut dipanggil penyambut ataupun objek. Kata kerja transitif juga dikenali sebagai perbuatan melampau. Biasanya kata kkerja jenis ini menggunakan inbuhan „me-„ seperti mendermakan, mengambil, menduduki dan sebagainya. Contoh ayat ialah : a) Anjing itu mengongong sesuatu dalam mulutnya. b) Abang sedang menaip sesuatu. c) Lelaki itu sedang mencuci kereta kesayangannya. 26
  • 27. d) Ayah saya telah mendermakan meja kepada jiran sebelah. e) Emak akan membacakan saya cerita sebelum saya tidur setiap malam. Kata kerja tak transitif pula berbeza dengan kata kerja transitif kerana ianya hanya mempunyai pembuat dan tidak mempunyai penyambut. Perbuatan yang dilakukan adalah dilakukan ke atas diri sendiri atau keatas pembuat itu sendiri. Contoh ayat ialah : a) Kucing itu sedang tidur. b) Angin bertiup dengan kuat sekali. c) Saya telah menyiapkan kerja itu semalam. d) Bapa sedang memandu kereta itu. Kata Adjektif. Perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama seperti hitam, banyak, kuat dan banyak lagi. Kata Adjektif dapat dibahagikan kepada adjektif jati, adjektif bilangan atau pecahan, adjektif tunjuk, dan adjektif pencerai. 1. Adjektif jati : menerangkan sifat atau rupa yang jati. a) Bunga itu berwarna merah. b) Pen itu sangat cantik. c) Kereta yang cantik itu milik ayah saya. d) Penyanyi itu sangat merdu suaranya. 2. Adjektif bilangan atau pecahan menunjukkan bilangan dan juga pecahan. a) Saya memiliki dua batang pencil. b) Ayah membelikan saya dua biji limau. c) Satu per tiga biji guli itu ialah milik kawan saya. d) Malik perlu mendapatkan lima lagi mata untuk menang. 3. Adjektif tunjuk menggunakan perkataan seperti bagaimana dan yang mana. Contohnya, a) Jangan ulangi lagi perkara tersebut. b) Yang mana satu yang betul caranya. c) Begini caranya hendak mengendalikan alat ini. d) Baju ini mahal harganya. Kata Tanya. 27
  • 28. Setiap Kata Tanya mempunyai kata atau perkataan yang membentuk ayat tanya dan selalnya diikuti oleh partikel „kah‟ apabila digunakan pada awal ayat tanya. Kata Tanya juga boleh wujud di awal, akhir atau tengah sesuatu ayat. Kata tanya juga mesti siikiti oleh tanda tanya di setiap akhir ayat tersebut. Contoh kata tanya ialah : a) Siapakah pemilik kereta itu? b) Berapakah harga kuih ini? c) Lama sudahkah awal menunggu saya? d) Pelajar itu berasal daripada mana? Kata Seru. Kata seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, terkejut, hairan, sindiran, hiba, dan sebagainya. Kata seru mesti diikuti tanda seru (!) di setiap akhir ayat. Setiap kata seru membawa maksud yang berbeza seperti wahai menyatakan perasaan sayang, amboi menyatakan perasaan kagum, aduh perasaan sakit, dan wah menyatakan perasaan terkejut. Contoh kata seru ialah : a) Wahai adinda ku sayang! b) Amboi, cantiknya baju ini! c) Bedebah, berani sungguh dia melawan perintah saya. Tanda Baca. Satu lagi komponen yang penting dalam tatabahasa Melayu ialah tanda baca. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk member isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam pembacaan. Tanda baca diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya. Contoh tanda baca ialah : a) Tanda nokhta atau titik (.). b) Tanda koma (,). c) Tanda tanya (?) d) Tanda seruan (!) e) Tanda sempang atau sempang (-) f) Tanda nokhta bertindih (:) g) Tanda pengikat kata (“…”) Contoh penggunaan tanda tanya ialah : a) Di mana dia membeli baju itu? 28
  • 29. b) Wah, tingginya bangunan itu! c) Ali berasal daripada Perak. d) Ahmad, orang kampung yang telah merantau ke bandar telah berjaya mencari pekerjaan yang sangat baik. 4.0 Perkembangan Bahasa Melayu Perkembangan bahasa Melayu menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat ( 2009: 39 ), dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu Purba ( 2500 masihi ), Bahasa Melayu kuno ( abad ke-7 masihi ), Bahasa Melayu Klasik ( abad ke-12 masihi ), Bahasa Melayu Peralihan dan Bahasa Melayu Baharu ( abad ke-19 ). Manakala menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 26 ), perkembangan Bahasa Melayu dapat dirungkai berdasarkan perkembanagan zaman, iaitu purba, kuno dan klasik tetapi adalah lebih mudah difahami sekiranya berfokuskan tahun perkembangannya bagi meneliti isu-isu yang dibangkitkan sepanjang perkembangan bahasa tersebut, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 1990 hingga 2000 bersesuaian dengan perkembagan ilmu semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran Razak ( 1956 ) menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara ini yang turut disokong oleh Awang Sariyan ( 2002 ). 4.1 Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1950 hingga 1960 4.1.1 Penstandardan Bahasa Melayu Konsep bahasa Melayu standard merujuk kepada bahasa yang dianggap baik dan dijadikan norma penggunaan dan pengajian di sekolah-sekolah. Proses penstandardan bahasa Melayu mengalami proses yang hebat apabila bertembung dengan bahasa asing seperti bahasa Arab. Sistem Kongres telah disiapkan oleh ASAS 50 dan diserahkan kepada Kerajaan pada tahun 1956. Pada tahun 1959, persetujuan persahabatan antara Malaysia dengan Indonesia telah ditandatangani. Hasil daripada perjanjian ini, suatu sistem ejaan baru iaitu Sistem Ejaan Malindo telah dilahirkan. Sistem Malindo tidak dilaksanakan. Malah, sistem ini telah dikaji semula dan tercipta suatu ejaan iaitu Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Pada tahun 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I telah diadakan dan merupakan titik permulaan ke arah perancangan Bahasa Melayu. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III mengusahakan penstandardan untuk memperkembang Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan. Namun, timbul permasalahan apabila sukar untuk mengesan konsep standard bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu standard, yang paling penting ialah dalam menentukan bentuk sebutannya, tatabahasa, dan perbendaharaan kata. Dari aspek pembakuan bahasa Melayu, konsep-konsep seperti “Bahasa Melayu Tinggi” atau “bahasa Surat” atau bahasa Sekolah telah digunakan. Pada tahun lima puluhan, perkara bahasa Melayu standard telah dihuraikan secara khusus oleh golongan yang berusaha secara langsung mengembangkan Bahasa Melayu. Selepas mencapai kemerdekaan, ejaan Rumi telah diterima rasmi oleh Kerajaan Semenanjung Tanah Melayu. Dalam aspek penulisan Bahasa Melayu, usaha-usaha untuk merubahnya adalah dari 29
  • 30. aspek penyempurnaan dan penyatuan Bahasa Malayu dengan Bahasa Indonesia dan mempengaruhi aspek perkembangan bunyi-bunyi bahasa. Walaupun dalam ejaan yang bersifat fonemik dibuat abstraksi dari bunyi, namun, pembacaan berlaku lagi pernyuaraan. 4.1.1.1 Konsep bahasa Melayu standard Sebelum merdeka Konsep bahasa Melayu standard dapat diselaraskan untuk mewujudkan satu norma yang melampaui batas-batas dialek kedaerahan berdasarkan pertuturan orang-orang Melayu di Tanah Melayu sahaja. Dalam pada itu, usaha untuk mewujudkan satu norma yang boleh menyelaraskan bahasa Melayu Malaysia dengan bahasa Melayu Indonesia. (Raja Mukhtaruddin & Raja Mohd. Dain, 1992) Seorang ahli bahasa yang terkenal iaitu Za‟ba telah membezakan bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang Melayu dengan bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu. Sebagai contohnya, orang Jawa, Boyan, Minangkabau dan Rawa. Za‟ba telah membandingkan bahasa Melayu orang Melayu kepada dua iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Gaya bahasa mulut merujuk kepada penggunaan bahasa dalam aspek perbualan yang melibatkan susunan ayat-ayat ringkas dan menggunakan pelbagai singkatan dalam pertuturan. Gaya bahasa surat pula ialah pemakaian bahasa dalam karangan bersurat sahaja. Susunan adalah lebih lanjut dan lebih lengkap berbanding bahasa mulut. Selepas Merdeka Selepas kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III telah memupuk usaha yang beterusan dalam penstandardan bahasa Melayu. Dalam hal ini, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan, menubuhkan Maktab Perguruan Bahasa, dan menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Perjanjian Persahabatan antara Semenanjung Malaysia dan Indonesia telah termenterai. Perjanjian ini bertujuan untuk menyatukan kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Ahli linguistik juga telah memberikan pelbagai sumbangan dalam penulisan tentang bahasa Melayu. 4.1.1.2 Kesan Konsep Bahasa Melayu Standard terhadap perkembangan bahasa Melayu Radio dan Televisyen Malaysia dari segi sebutan standard Melayu menentukan bentuknya dengan mengadankan rundingan dari semasa ke semasa dengan ahli bahasa dari Universiti di Semenanjung Malaysia. Sebagai contohnya, pihak Radio dan Televisyen Malaysia mengadakan perjumpaan untuk menentukan sebutan beberapa bunyi [r] di hujung perkataan. Dari segi perkembangan, adalah sukar untuk menentukan keseragaman bahasa Melayu. Sebagai contohnya, Radio Republik Indonesia dan Televisyen Malaysia masing-masing mempunyai bentuk sebutan mereka tersendiri yang dituturkan hanya oleh juruhebah mereka. Masyarakat di luar pada umumnya menuturkan sebutan mereka sendiri. 30
  • 31. Kesan konsep bahasa Melayu standard dalam rangka penyatuan bahasa Malaysia dengan bahasa Indonesia dilaksanakan melalui sistem ejaan dan peristilahan. Perkara-perkara yang berkaitan dengan tatabahasa dan sebutan tidak disentuh. Tatabahasa Asmah dan Za‟ba masih digunakan kerana bahasa Melayu tidak banyak berubah dari segi tatabahasanya dalam tempoh lima puluh tahun belakangan ini. Yang jelas perubahan yang berlaku hanya dari perbendaharaan kata. Tatabahasa Za‟ba menjadi panduan utama apabila penulisan tatabahasa baru dilakukan. 4.1.1.3 Tatabahasa Bahasa Melayu Standard Dalam usaha mengembangkan bahasa Melayu. Pelbagai tatabahasa baru telah diperkenalkan. Tatabahasa dan perbendaharaan kata baru telah dibentuk agar masyarakat dapat mengaplikasikannya dalam petuturan seharian mereka. Namun, hal ini telah menimbulkan masalah konsep seperti tatabahasa tradisional dan tatabahasa moden. Masalah kekacauan dalam penggunaan bahasa Melayu telah berlaku. Pengkaji atau pengajar bahasa mudah terpengaruh bahawa apa yang ada pada masa sebelum timbulnya konsep itu adalah tradisional dan apa yang timbul selepas wujudnya konsep itu ialah harus baru dan dianggap moden. Dalam hal ini, kita melihat kepada aspek perbandingan antara dua pihak iaitu antara tatabahasa Za‟ba dan Asmah Haji Omar. Za‟ba telah menulis tatabahasa lebih awal tanpa melibatkan penggunaan teori, teknik atau prinsip linguistik. Tatabahasa Za‟ba ini dianggap bersifat tradisional. Manakala, Asmah Haji Omar telah menggunakan pendekatan baru dalam penulisannya. Pendekatan Asmah Haji Omar yang baru ini dianggap moden. Rakyat belum bersedia menggunakan pendekatan baru ini. Akibatnya, Pedekatan ini tidak dapat dilaksanakan. Hal ini bermakna bahasa Melayu harus selaras dengan norma masyarakat agar bentuk dan struktur tatabahasa dapat diterima oleh masyarakat. Seiring dengan peredaran zaman, bahasa Melayu juga berkembang dari satu tahap ke satu tahap sehingga berlaku pemodenan dalam bahasa Melayu. Pertambahan leksis melalui proses peristilahan telah meninggalkan kesan pada perkembangan bahasa Melayu. Konsep tersebut dikaji dari aspek bunyi dan morfologi bahasa Melayu. Kemasukan kata bahasa asing telah membawa bersama-sama unsur bunyi bahasa asing. Sebagai contohnya, kemasukan perkataan Arab telah membawa masuk bunyi bahasa Arab. Dalam hal ini, kita melihat kepada aspek ejaan. Pengejaan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dieja dengan ejaan Rumi dengan menyesuaikan bunyi Arab itu atau menggantikannya dengan bunyi bahasa Melayu yang terdekat sekali. Dari aspek morfologi, kemasukan kata Arab telah membawa masuk akhiran [ah]. Akhiran [ah] ini menunjukkan jenis kelamin dan perkataan-perkataan seperti [muslimin] dan [mslimah]. Kata tersebut telah dibawa masuk dalam bahasa Melayu sebagai kata yang tersendiri. Istilah yang baru dicipta perlu ada unsur morfologi Melayu. Huraian serta komen daripada ahli bahasa perlu diteliti tentang unsure baru morfologi bahasa Melayu. Perubahan telah berlaku melalui pertambahan leksisnya. Perubahan ini ditinjau dari aspek pertambahan perkataa baru, masuknya morfem-morfem terikat asing, dan penggunaaan morfem terikat bahasa Melayu dalam menerbitkan perkataan-perkataan baru. 31
  • 32. Dari aspek fonologi Melayu, pengaruh Islam telah meninggalkan kesan pada fonologi Melayu iaitu bertambahnya bunyi konsonan. Tiada penambahan dalam vokal akibat pertambahan leksis kepada perbendaharaan kata bahasa Melayu. Konsonan-konsonan yang masuk ke dalam bahasa Melayu itu yakni selain daripada yang datang daripada bahasa Arab yang datang dari bahasa Arab adalah jenis konsonan biasa iaitu [v]. 4.1.2 Peranan Bahasa Melayu di Malaysia Bahasa Melayu mempunyai status dan fungsi yang pelbagai di Malaysia. Masyarakat memang sentiasa memberi taraf tertentu kepada sesuatu bahasa (Abdullah Hassan, 1996). Bagi orang Melayu, bahasa Melayu ialah bahasa pertama atau bahasa ibunda mereka. Bagi orang bukan Melayu, bahasa Melayu menjadi berperanan sebagai bahasa kedua. Bahasa Melayu wajib dikuasai oleh rakyat Malaysia kerana ia merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan dan pentadbiran di Negara kita. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa formal. Semua lapisan masyarakat kita menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi atau formal. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa utama dalam bidang pendidikan dan pentadbiran. 4.1.2.1 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Semua kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Kepelbagaian ini kalau tidak ditangani dengan berhati-hati akan menimbulkan pelbagai permasalahan. Kita tidak ingin peristiwa hitam 13 Mei 1969 berulang kembali. Oleh sebab itu, kita memerlukan satu mekanisme untuk penyatuan untuk mengeratkan hubungan kekitaan seluruh rakyat Malaysia. Bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan telah menjadi bahasa penyatu rakyat Malaysia. (Zulkifley. Ramli Md. Salleh & Rahim Aman, 2007) Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang menyebut bahawa “Bahasa Kebangsaan Negara ini ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen. Manakala pada tahun 1967, bahasa Malaysia telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi Negara Malaysia. Bagi meningkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu. Perancang korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa dengan menyusun panduan ejaan, kamus, tatabahasa, tanda-tanda bacaan, surat kiriman, dan peristilahan. 4.1.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang Pendidikan 32
  • 33. Selepas merdeka, pihak Kerajaan telah merancangkan pembinaannya dengan tujuan supaya bahasa Melayu berkembang dan maju perananya yang utama sebagai asas kebudayaan masyarakat. Bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam sistem pelajaran Negara. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi meluaskan penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu oleh masyarakat yang masih belum tahu berbahasa Melayu. Dalam Laporan Razak telah memberikan penegasan dalam mengutamakan bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan. Namun demikian, pada keseluruhannya bahasa Melayu gagal dalam melaksanakan pengajaran bahasa Melayu. Kegagalan ini dilihat dari semua aspek penguasaan bahasa seperti sebutan, ejaan, imbuhan, ayat, kata, intonasi dan peribahasa (Abdullah Hassan, 1996). Dalam pada itu, usaha giat dijalankan untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu moden. Sistem persekolahan aliran kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah dalam aliran jenis Kebangsaan wajib dalam pengajaran bahasa Melayu. Dasar Pelajaran Kebangsaan, mencadangkan agar tulisan Rumi digunakan dengan syarat persediaan dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan muridmurid. Menurut Laporan Razak, bahasa Melayu harus diajar disemua sekolah dan menjadi syarat utama bagi sesebuah sekolah memperoleh bantuan Kerajaan. Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan mencadangkan penubuhan Maktab Perguruan Bahasa yang mempunyai dua peranan iaitu melatih guru mengajarkan Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan terhadap bahasa Melayu. Laporan Razak telah menyokong penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah mencadangkan perkara-perkara seperti berikut: (i) Kelulusan bahasa Melayu diperlukan untuk memasuki perkhidmatan awam. (ii) Bahasa Melayu patut menjadi faktor yang dipertimbangkan dalam pemilihan kanak-kanak ke sekolah menengah dan diwajibkan dalam semua peperiksaan yang diawasi kerajaan. (iii) Bahasa Melayu boleh dijadikan syarat kelulusan yang penting bagi calon yang memohon biasiswa kerajaan. (iv) Bonus akan diberi kepada pegawai Kerajaan yang lulus peperiksaan Bahasa Melayu. (v) Bantuan kerajaan dalam mempelajari Bahasa Melayu akan diberi apabila cukup alatan mengajar di sekolah itu. (vi) Bahasa Melayu boleh diwajibkan dalam sebahagian daripada kursus latihan guru dan peperiksaan. 4.1.2.3 Pembinaan Sekolah Menengah Melayu Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu, pembinaan sekolah Menengah Melayu dipergiatkan. Sekolah-sekolah ini telah dibina pada awal abad ke-60an. Sekolah Menengah Melayu yang mula-mula sekali siap dibina pada tahun 1963. Pertambahan sekolah Melayu bertambah agak pesat. Sekolah Menengah Melayu berjumlah 363 buah pada akhir tahun 1974. Antaranya ialah Sekolah Sultan Abdul Halim Jitra, Sekolah Tun Fatimah Melaka, dan lain-lain. 33
  • 34. Berdasarkan jadual ini, perkembangan sekolah tidak berkadar terus dengan tahun. Kemerosotan bilangan sekolah ini jelas terdapat pada tahun 1966, 1967, 1968, 1969, dan 1970. Antara sebab kemerosotan bilangan sekolah ini adalah disebabkan Sekolah Menengah Melayu pada mulanya menumpang di sekolah Inggeris. Apabila bangunan barunya dibina, sekolah yang menumpang ini akan ditutup. Bukan itu sahaja, malah Sekolah Menengah Melayu yang kecil-kecil telah disatukan. 4.1.2.4 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai pengantar dalam sistem pendidikan Negara dan menjadi alat utama perpaduan kaum. Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 mencadangkan semua sekolah rendah aliran jenis kebangsaan yang berbahasa pengantar Inggeris dijadikan sekolah Kebangsaan, namun pelaksanaan bermula pada tahun 1968. 1 ASAL USUL BAHASA MELAYU Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini. Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini. 1.1.1 Berasal dari Asia Tengah R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini (lihat peta pada Lampiran 1). J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuhtumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik (lihat peta pada Lampiran 1). Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia. W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. 34