2. 1. Laman Utama Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum.
2. Klik pada menu Manual Pengguna. Sila muat turun manual untuk pengguna Sekolah.
Halakan tetikus atau ‘mouse’ ke , klik kanan dan pilih “Save Target
As…”.
3. 3. Simpan fail manual ini di dalam folder yang senang dicari.
4. Sila rujuk kepada menu Hubungi Kami sekiranya pengguna mempunyai sebarang
masalah semasa menggunakan sistem ini.
5. Klik pada menu Sekolah untuk akses sebagai pengguna sekolah atau Guru.
6. Masukkan Id Pengguna dan Kata laluan yang telah diberikan oleh Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN), KPM. Pastikan ID Pengguna dan Kata laluan adalah betul. Sekiranya
pengguna lupa kata laluan, sila hubungi pegawai JPN di negeri masing-masing.
4. 7. Format kata laluan bagi pengguna sekolah adalah seperti berikut :-
Contoh Kod Sekolah : ABC9876
Id Pengguna : ABC9876
Kata laluan : ABC9876$
* pastikan id pengguna dan kata laluan ditaip menggunakan HURUF BESAR
i. ABC9876 merujuk kepada kod sekolah.
ii. $ adalah tanda “dolar sign”.
8. Klik butang Masuk untuk log masuk ke sistem.
9. Bagi pengguna yang pertama kali masuk ke sistem ini, pengguna perlu menukarkan
kata laluan kepada yang baru dan memasukkan maklumat seperti nama, soalan
keselamatan dan jawapan soalan keselamatan. Maklumat ini perlu diingat bagi tujuan
sekiranya pengguna lupa pada kata laluan. Semua maklumat yang bertanda * adalah
wajib diisi. Klik butang Simpan.
10. Klik butang Cetak untuk mencetak maklumat yang telah dimasukkan untuk simpanan
pengguna sekiranya mengalami masalah lupa id pengguna dan katalaluan.
5. 11. Maklumat yang telah dicetak hendaklah disimpan ditempat yang selamat bagi
mengelakkan akaun pengguna dapat diketahui dan diakses oleh individu yang tidak
bertanggungjawab.
12. Klik butang Kembali untuk log masuk semula ke sistem menggunakan katalaluan baru.
13. Sekiranya pengguna lupa kata laluan, sila klik pada link . Masukkan
maklumat Kod Sekolah, Soalan Rahsia dan Jawapan Soalan Rahsia dengan betul dan
klik butang Cari.
6. 14. Apabila proses penukaran kata laluan baru berjaya, pengguna perlu log masuk ke
sistem menggunakan kata laluan yang baru tadi. Isikan maklumat guru dengan betul.
15. Klik butang Seterusnya.
16. Terdapat lima (5) menu utama untuk pengguna sekolah/guru.
i.
a. Pengguna/guru memasukkan markah pelajar satu persatu berdasarkan nama dan
nombor ic pelajar.
b. Sila pilih Jenis Peperiksaan.
7. c. Pastikan bilangan dan senarai nama pelajar adalah betul. Pengguna juga boleh
susun (sort) senarai pelajar mengikut turutan Nama, Angka Giliran atau
Jumlah (CGPA). Lihat contoh di bawah.
d. Masukkan markah koko di dalam petak Jumlah(CGPA). Julat markah CGPA
yang perlu dimasukkan adalah antara 0.00 hingga 10.00 sahaja.
e. Contoh format markah adalah seperti berikut :
i. 5.8
ii. 3.01
iii. 0.6
iv. 8.59
v. 10
vi. 0.99
vii. 0
f. Tanda hijau disebelah kanan CGPA menunjukkan format markah yang
dimasukkan adalah betul dan tanda merah menunjukkan markah yang
dimasukkan adalah tidak mengikut format. Sila masukkan markah mengikut
format yang betul. Markah yang bertanda merah TIDAK akan disimpan oleh
sistem.
g. Setelah selesai markah dimasukkan, klik butang Simpan yang terdapat di
bahagian bawah.
8. h. Markah berjaya disimpan.
i. Pengguna/guru boleh menyemak semula markah yang telah disimpan dengan
mengulangi langkah sebelum ini.
ii.
a. Muatnaik fail *.csv ke dalam sistem.
b. Ikuti langkah-langkah seperti contoh di bawah untuk muatnaik fail ke
sistem.
c. Buka fail baru dalam Microsoft Excel. Masukkan nombor ic pelajar dan
markah kokurikulum sahaja. (Sekiranya maklumat telah pun disimpan
dalam format excel *.xls, pengguna hanya ‘save as’ fail ke *.csv sahaja)
9. d. Simpan (save as) fail dalam format *.csv
e. Klik butang Browse.
f. Cari fail yang telah disimpan .*csv tadi dan klik Open.
10. g. Sila pilih (tick) jenis peperiksaan pelajar dan klik butang Muatnaik.
h. Fail telah berjaya dimuatnaik ke dalam sistem.
i. Sila buat semakan di menu . Markah juga boleh
dikemaskini secara manual disini.
iii.
a. Sekiranya nama murid tiada di dalam senarai Jenis Peperiksaan yang di
pilih, pengguna boleh menggunakan butang Carian Calon untuk
membuat carian.
b. Pengguna boleh membuat carian calon berdasarkan nombor ic atau nama
pelajar.
11. c. Carian pelajar melalui nombor IC. Masukkan nombor IC tanpa tanda ‘-’
dan klik Cari.
d. Hasil carian yang berjaya dijumpai akan dipaparkan.
e. Carian pelajar melalui nama. Masukkan nama pelajar dan klik Cari.
f. Pengguna juga boleh menggunakan tanda % untuk membuat carian
berdasarkan nama murid yang sukar dicari.
12. Contoh :
1. %IDHAM%AHMAD%
2. AHMAD%TAJU%DIN
3. MOHD HISHAM%ABDULLAH
iv.
a. Pengguna boleh mencetak senarai nama pelajar dan markah
kokurikulum.
b. Pilih jenis peperiksaan SPM, STPM atau STAM.
c. Senarai nama pelajar akan dipaparkan seperti contoh di bawah. Klik
pada gambarajah untuk cetak senarai tersebut.
v. - Untuk keluar daripada sistem