SlideShare a Scribd company logo
1 of 30
Soalan 1

      Perangkaan ialah satu proses yang melibatkan langkah-langkah memungut,
menyusun, membuat analisis dan menginteprisi data. Dalam konteks sistem
pendidikan, data yang paling penting ialh pengumpulan markah murid pelbagai mata
pelajaran. Data yang dipungut oleh guru sekolah ialah dalam bentuk skor mentah
dalam susunan rawak dan tidak boleh digunakan oleh guru untu membuat tafsiran
atau analisis terhadap prestasi para muridnya.Justeru itu, markah yang diperoleh
oleh murid dalam satu peperiksaan perlulah disusun oleh guru daripada markah
yang paling rendah kepada markah yang paling tinggi atau sebaliknya supaya beliau
dapat mengira kekerapan untuk skor-skor mentah ini.




      Berdasarkan skor mentah yang diberi,skor mentah di atas perlu disusun
(markah tertinggi kepada markah satu terendah) oleh Ustaz Omar ke dalam satu
susunan mendatar atau menengak. Berikut ialah susunan skor tersebut :

i- Jadual 1.1 : Skor yang disusun secara mendatar

            95 90 89 87 85 78 77 76 73 71
            71 70 64 64 64 62 61 60 59 56
            55 54 53 48 47 47 44 38 26 26

Jadual 1.2 : Skor yang disusun secara menegak

            95     71    55
            90     70    54
            89     64    53
            87     64    47
            85     64    47
            78     62    47
            77     61    44
            76     60    38
            73     59    26
            71     56    26
ii.a. Penentuan Mod

      Mod ialah angka skor yang mempunyai kekerapan yang paling tertinggi dalam
satu set skor markah. Simbol statistik mod ialah M.

      Jadual 1.3 Jadual taburan kekerapan Mata Pelajaran Pendidikan Islam

                 Skor (x)           Kekerapan ( f )
                    95                    1
                    90                    1
                    89                    1
                    87                    1
                    85                    1
                    78                    1
                    77                    1
                    76                    1
                    73                    1
                    71                    2
                    70                    1
                    64                    3
                    62                    1
                    61                    1
                    60                    1
                    59                    1
                    56                    1
                    55                    1
                    54                    1
                    53                    1
                    48                    1
                    47                    2
                    44                    1
                    38                    1
                    26                    2
                                        N=30
Berdasarkan kepada jadual di atas :

- M = Skor 64 kerana mempunyai kekerapan yang paling tinggi ( 3 )

-Mod = 64

ii.b Penentuan Median

       Median ialah nilai yang terletak di tempat paling tengah bagi set skor yang
disusun secara menaik atau secara menurun. Median boleh ditentukan dengan
membahagi satu set skor yang telah disusun itu kepada dua bahagian yang sama.
Berdasarkah markah pelajar Ustaz Omar berikut ialah nilai median :




             95       90    89    87     85       78   77    76       73   71
             71       70   64     64     64       62   61    60       59   56
             55       54   53     48     47       47   44    38       26   26


       Median =             ( Set genap bagi data tidak terkumpul )

               = 63

ii.c Penentuan Min

       Min adalah merujuk kepada markah purata yang diperolehi oleh murid dalam
sesuatu ujian. Min dapat menghuraikan prestasi murid dalam satu ujian yang sama.

Min digunakan juga untuk mengira sisihan lazim dan skor piawai.       merupakan

simbol bagi min. Nilai min bagi markah pelajar Ustaz Omar boleh dicari seperti
berikut :

   -   (i) Bagi data atau skor terkumpul :
             95       90    89    87     85       78   77    76       73   71
             71       70   64     64         64   62   61    60       59   56
             55       54   53     48     47       47   44    38       26   26
- (ii)Skor dimasukkan dalam Jadual Taburan Kekerapan

      Skor murid (x)         Kekerapan ( f )          fx
           95                      1                  95
           90                      1                  90
           89                      1                  89
           87                      1                  87
           85                      1                  85
           78                      1                  78
           77                      1                  77
           76                      1                  76
           73                      1                  73
           71                      2                  142
           70                      1                  70
           64                      3                  192
           62                      1                  62
           61                      1                  61
           60                      1                  60
           59                      1                  59
           56                      1                  56
           55                      1                  55
           54                      1                  54
           53                      1                  53
           48                      1                  48
           47                      2                  94
           44                      1                  44
           38                      1                  38
           26                      2                  52


                                 N=30             ∑fX = 1890

                       Jadual 4 : Skor markah murid
Rumus yang diguna ialah untuk Min ialah   =


                                          =

                                          = 63

_____________________________________________

JAWAPAN : Mod ialah 64

                Median ialah 63

                Min ialah 63
iii. Jadual Taburan Kekerapan Skor Terkumpul


          Skor murid (x)     Kekerapan ( f )       fx
               95                  1              95
               90                  1              90
               89                  1              89
               87                  1              87
               85                  1              85
               78                  1              78
               77                  1              77
               76                  1              76
               73                  1              73
               71                  2              142
               70                  1              70
               64                  3              192
               62                  1              62
               61                  1              61
               60                  1              60
               59                  1              59
               56                  1              56
               55                  1              55
               54                  1              54
               53                  1              53
               48                  1              48
               47                  2              94
               44                  1              44
               38                  1              38
               26                  2              52


                                 N=30          ∑fX = 1890
Iv- Berikut ialah untuk mencari nilai min dan sisihan piawai bagi mata pelajaran
Pemdidikan Islam Ustaz Omar.

Jeda Kelas.

1.Jeda kelas ialah skor-skor yang dikumpulkan mengikut lebar atau saiz jeda yang
ditetapkan.

2. Julat = skor tertinggi - skor terendah

3. Saiz jeda kelas dikira menggunakan rumus berikut :


-Saiz jeda kelas =



                  =

                  = 9.85

Saiz selang kelas ialah 10 ( 9.85 dibulatkan )

 Jeda kelas     Kekerapan Titik Tengah
                      (f)         (x)          fx         x2             fx
                                                                           2


    26-35             2           30.5        61        930.25          1860.5
    36-45             2           40.5        81        1640.25         3280.5
    46-55             6           50.5        303       2550.25      15301.5
    56-65             8           60.5        484       3660.25         29282
    66-75             4           70.5        282       4970.25         19881
    76-85             4           80.5        322       6480.25         25921
    86-95             4           90.5        362       8190.25         32761

                  ∑f = 30                   ∑fx=1895                2
                                                                  ∑fx =128287.5



                 Jadual 5 : Taburan Kekerapan bagi Skor Terkumpul
iv-a Min ,     =


               =

               = 63.15




iv-b Sisihan piawai


                   =



                   =



                   =


                   =

                   = 16.98

_________________________________________________

Jawapan :- min ialah 63.15

             - sisihan piawai ialah 16.98
v. Jawapan Histogram berdasarkan kertas graf yang
dilampirkan.
Tugasan 2

   Ujian boleh digunakan sebagai penggerak, iaitu merangsang pelajar belajar
dengan lebih tekun; digunakan untuk mengesan punca kelemahan ( ujian pinca
kelemahan );ujian ramalan bakal digunakan untuk meramalkan kejayaan dalam
aktiviti pembelajaran masa hadapan dan ujian pencapaian untuk pemilihan,
penempatan atau persijilan. Setiap ujian atau alat penilaian, tidak kira tujuan atau
penggunaannya, seharusnya mempunyai ciri-ciri ujian yang baik di antaranya :

                 1.Kesahan

                 2.Kebolehpercayaan

                 3.Keobjektifan

                 4.Kebolehtadbiran

                 5.kebolehtafsiran



       1. KESAHAN



   Soalan ujian mestilah relevan dan menguji apa yang hendak diuji. Soalan juga
   mestilah seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan sub-tajuk
   kandungan yang diajar. Justeru, soalan yang dibina mestilah menepati objektif
   dan kandungan sesuatu kursus.Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian
   mengukur apa yang hendak diukur. Sebagai contoh, jika guru memberi satu
   ujian   kepada   pelajar   bagi   menentukan    tahap    kefahaman    membaca
   berasaskan petikan novel, ujian tersebut mestilah dengan sebenarnya
   mengukur kefahaman membaca. Isu kesahan boleh dilihat daripada enam
   aspek iaitu kesahan kandungan, kesahan gagasan, kesahan muka, kesahan
   ramalan, kesahan semasa dan kesahan berkaitan kriteria.
1.1 Jenis-jenis kesahan



                                 Gagasan/konstruk

Muka                                                      Semasa / Serentak




                                  JENIS- JENIS
                                    KESAHAN
                                                              Ramalan/Telahan
 Berkaitan kritreria




                                     Kandungan




  Kesahan Kandungan ialah menentukan setakat mana sesebuah ujian
  meliputi bidang ujian yang hendak diuji.

  Kesahan Semasa/Serentak ialah merujuk kepada pencapaian seseorang
  dalam ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian yang lain.

  Kesahan Ramalan/Telahan ialah ketepatan sesuatu ujian untuk meramal
  kebolehan sebenar seseorang murid untuk untuk menjalankan sesuatu ujian
  pada masa hadapan di dalam situasi yang lain.

  Kesahan Konstruk / Gagasan ialah ciri yang terkandung dalam sesuatu ujian
  yang digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku atau mental manusia.
1.2 Kepentingan Kesahan



1.2.1 Kesahan Kandungan

1. Dapat digunakan dalam ujian pencapaian.
2. Dapat mengukur tahap pengetahuan atau kemahiran murid dalam
   matapelajaran tertentu.

1.2.2 Kesahan Semasa / Serentak

1. Dapat membuat perbandingan pencapaian murid dalam sesuatu ujian itu
sama ada selaras dengan pencapaian kemudian dalam suatu ujian yang
serupanya atau tidak.

12.3 Kesahan Ramalan

1. Dapat meramalkan tahap pencapaian murid-pencapaian perubahan atau
perlakuan akan datang.

2. Guru membuat jangkaan awal tentang pencapaian murid.

1.2.4 Kesahan Konstruk / Gagasan

1. Dapat mengukut sejauh mana seseprang itu menunjukkan trait personaliti,
tingkah laku atau trait mental.

2. Mengenal pasti proses-proses atau ciri-ciri yang dikaitkan dengan sesuatu
trait agar item-item ujian yang khusus dan tepat dapat disediakan.


    2. KEBOLEHPERCAYAAN



      Kebolehpercayaan ialah “ tahap ketekalan antara skor-skor ujian yang
senantias tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran ” (Test Style
Manual,EST, New Jersey, USA). Kebolehpercayaan               merujuk kepada
ketekalan ujian. Sekiranya seseorang calon mendapat markah sebanyak 70
peratus dalam sesuatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang
   sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka
   ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.


       2.1 Kepentingan Kebolehpercayaan




1. Untuk memastikan bahawa jawapan yang dikemukan murid mencerminkan
   keupayaannya dan bukanlah disebabkan oleh nasib.

2. Untuk mengurangkan punca perubahan markah pelajar. Beberapa faktor
   seperti keadaan emosi calon, keadaan intelek dan tenaga yang berbeza dari
   semasa ke semasa. Di samping itu, keobjektifan dan ketekalan pemeriksa
   juga berbeza serta akan mempengaruhi markah calon sekiranya ujian              itu
   mengandungi soalan esei.

3. Memastikan ketepatan, keserataan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang
   dihasilkan setiap tahun oleh guru.



     3. Keobjektifan



   Keobjektifan ujian merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa
yang mahir memberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama.
Keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif ( seperti ujian aneka pilihan )
dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa.
Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah
3.1 Kepentingan keobjektifan


1. Dapat memberikan markah yang sama mengikut skema pemarkahan.Merujuk
   kepada takat yang mana pemeriksa –pemeriksa yang mahir memberikan
   markah yang sama kepada skrip jawapan.
2. Sebagai satu panduan guru untuk memberi markah yang setara dalam ujian
   subjektif melalui skema jawapan soalan setiap mata pelajaran yang diuji.
   Tidak timbul masalah dalam soalan objektif.
3. Pemeriksa harus membuat moderasi atau proses penyelarasan markah untuk
   mengurangkan jurang perselisihan pemarkahan yang terdapat di antara
   pemeriksaan guru yang berlainan.
4. Menyelesaikan isu pemarkahan melalui mesyuarat penyelarasan markah
   secara analitik.Contohnya setiap pemeriksa diwajibkan menghadirkan diri
   dalam mesyuarat penyelarasan sebelum skrip jawapan diperiksa.


       4. Kebolehtadbiran


            Kebolehtadbiran merujuk kepada kelicinan pelaksaan sesebuah ujian di
   dalam bilik darjah atau dewan peperiksaan. Pelaksanaan setiap ujian harus
   dapat memenuhi memenuhi syarat-syarat keperluan menguji. Dalam hal ini,
   pentadbiran ujian tidak harus menimubulkan sebarang kesukaran pada murid-
   murid.

            Kebolehtadbiran boleh juga merangkumi aspek pemarkahan. Ujian
   yang mudah diperiksa biasanya diutamakan kerana menjimatkan masa dan
   tenaga guru. Ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian esei.


      4.1 Kepentingan kebolehtadbiran


1. Pengurusan kelencaran sesuatu ujian atau peperiksaan yang sistemetik dan
   teratur yang menjayakan ketelusan sesuatu ujian di dalam kelas atau dewan
   peperiksaan. Aspeknya seperti penyediaan dewan peperiksaan,penghantaran
kertas soalan, pengawasan peperiksaan dan pengumpulan skrip jawapan dan
  juga proses pemarkahan.
2. Penentuan masa bagi satu-satu ujian. Masa yang diperuntukkan untuk
  sesuatu   ujian   mestilah   mencukupi.sekiranya   masa    tidakuntuk   calon
  menghuraikan jawapan dengan baik, maka kesahan dan keboleh percayaan
  ujian mungkin terjejas
3. Menjimatkan masa dan tenaga guru dalam soal pemarkahan dengan
  memeriksa kertas jawapan objektif berbanding subjektif atau esei.
Soalan 2

Tugasan 1


 1. Konsep pemulihan



      Pemulihan bermaksud sejenis pengajaran yang membetulkan kecacatan
murid-murid atau membetulkan masalah pembelajaran. Konsep pemulihan digubal
dan direka khas untuk membetulkan masalah murid-murid yang lemah dalam
pencapaian akademik khasnya dalam aspek-aspek membaca, menulis dan mengira.

    Objektif pendidikan pemulihan adalah bertujuan:

            menguasai kemahiran-kemahiran tertentu

            Mendapat     layanan   yang   bersesuaian    dengan    kebolehan   dan
               perkembangan kognitif mereka

            Mengurangkan masalah-masalah pembelajaran

            Mengembangkan potensi minat

            Memberi peluang yang sama dalam aktiviti- aktiviti sosial

      Guru perlu peka dan mengesan murid yang memerlukan pemulihan.Berikut
      ialah cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran

   1. Pentafsiran Rekod Prestasi

   2. Profil

   3. Ujian kertas dan pensel

   4. Soal jawab/ kuiz

   5. Senaraikan semua masalah pembelajaran

   6. Mengesan punca masalah dengan ujian diagnostik

   7. tanda-tanda bermasalah dalam kemahiran membaca
8. tanda-tanda bermasalah dalam kemahiran menulis

   9. tanda-tanda bermasalah dalam kemahiran mengira.



   2. Aktiviti pemulihan


   Antara beberapa aktiviti pemulihan yang saya boleh aplikasikan dalam membantu
pelajar-pelajar berpencapaian rendah dalam mata pelajaran yang saya ajar adalah
seperti berikut :

       2.1 Bacaan Tambahan

       Saya perlu menjalani pelbagai program pembacaan untuk meningkatkan ilmu
dan kemahiran murid-murid lembap dalam kelas pemulihan. Saya juga perlu
menggalakkan murid-murid untuk membaca dengan lebih luas sambil membuat
pelbagai rujukan daripada buku dan internet.

       Sebagai contoh murid yang tidak dapat membaca Al-quran saya akan
bekalkan dengan bahan bacaan ayat-ayat yang pendek dan mudah untuk disebut
dengan betul mengikut hukum tajwid. Selain itu penggunaan bahan audio seperti
radio dan pita rakaman yang sama dengan bahan bacaan diadaptasikan supaya
mereka lebih seronok dan berkeyakinan untuk terus belajar membaca dengan baik
yang akhirnya mereka dapat membaca ayat Al-quran dengan lancar.

       Saya juga akan memastikan bahawa murid-murid mempunyai tingkah laku
positif terhadap buku-buku dan projek-projek bacaan.

       2.2 Kerja projek

       Dalam aktiviti pemulihan, saya juga mesti menggalakkan murid-murid untuk
untuk membuat kerja projek. Ia boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan.
Dalam kerja projek, murid-murid perlu melibatkan diri dalam tugasan penyelesaian
masalah bersama.

       Contoh kerja projek dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang saya ajar
adalah seperti menyediakan buku skrap berkaitan makanan yang halal dan makanan
yang haram. Mereka perlu bekerjasama untuk menghasilkan buku tersebut dan
pembahagian tugas perlu diagihkan jika dilaksanakan supaya setiap ahli kumpulan
berperanan.

      Tujuan kerja projek ini ialah untuk membolehkan murid-murid pemalu untuk
hilang rasa takut dan bimbang serta untuk memperolehi keyakinan kendiri dan
konsep kendiri yang lebih tinggi. Ciri-ciri perwatakan ini dapat membantu mereka
dalam kejayaan akademik dan sahsiah.

      2.3 Permainan dan Rekreasi




      Guru    juga   perlu   mengintegrasikan    elemen-elemen   keseronokan   dan
permainan dalam persekitaran pembelajaran pemulihan. Ini akan menggalakkan
murid-murid untuk     melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti-aktiviti dan tugasan
penyelesaian masalah. Saya mengaplikasikan aktiviti pemulihan sebegini untuk
pelajar yang keciciran dalam Penilaian Asas Fardu Ain. Aktiviti dilaksanakan ditepi
pantai dan pelajar cuba mempraktikkan mengambil air wuduk menggunakan air
laut.Keberkesanan jelas untuk pelajar pemulihan dan memudahkan mereka untuk
menerima pelajaran secara santai dan rekreasi.

      Guru-guru perlu memikirkan mengenai cara-cara untuk menyelitkan pelbagai
jenis permainan dan juga aktiviti-aktiviti rekreasi dalam proses pemulihan. Contoh
lain, terdapat banyak aktiviti pemulihan yang menyeronokkan ( permainan, aktiviti
matematik dan teka teki yang boleh dimuat turun secara percuma di laman web (
http://www.funbrain.com.Marcy Cook Math Tiles )

      2.4 Pembelajaran Akses Kendiri

      Dalam aktiviti pemulihan, fokus utama guru-guru ialah untuk membenarkan
murid-murid untuk memenuhi keperluan kognitif kendiri mereka. Justeru itu, guru-
guru perlu membenarkan murid untuk memilih bahan pembelajaran yang sesuai
dengan minat dan kemahiran mereka.

      Program PAK adalah satu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid
dan pembelajaran berlaku atas daya usaha murid sendiri. Murid mempunyai akses
kepada    sumber     pembelajaran    dan   mereka     mempunyai    autonomi    dan
bertanggungjawab ke atas pemerolehan pengetahuan dan kemahiran sendiri.
•   CIRI-CIRI PAK

•   Persekitaran pembelajaran fleksibel, selesa, tanpa

      tekanan

•    Mudah akses kepada bahan pembelajaran dan

     bantuan fasilitator

•    Pilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas

•    Belajar secara bersendirian / kumpulan

•    Belajar mengikut kadar dan kemampuan individu

•    Kemudahan mentaksir pencapaian sendiri

          Dalam aktiviti pemulihan, saya cuba memilih bahan akses kendiri
    seperti bahan cetakan yang diperolehi daripada pelbagai media seperti
    komputer dan internet, rakaman audio, radio dan televisyen. Guru juga boleh
    memperoleh bahan-bahan pemulihan akses kendiri yang boleh didapati
    dengan senang dalam perpustakaan dan pusat-pusat pembelajaran resos
    tempatan. Contohnya dalam mata pelajaran yang ajar dalam bab               samak
    murid yang sukar menguasai diberi peluang untuk mengakses atau
    menggunakan komputer di makmal komputer. Mereka diberikan masa
    tertentu dan boleh melihat bahan sumber yang tersedia hingga mereka
    berjaya menjelaskan bab tersebut seperti pelajar cerdas.

          2.5 Pembelajaran Pusat

          Aktiviti-aktiviti pemulihan juga boleh dijalankan dalam bentuk aktiviti
    pusat. Aktivti-aktiviti ini boleh dijalankan dalam satu lokasi pusat yang khas.
    Guru-guru boleh menggalak kerja kumpulan untuk meningkatkan interaksi
    sosial dan kemahiran interpersonal di antara murid-murid.

          Antara    contoh-contoh   aktiviti-aktiviti   pembelajaran   pusat   dalam
    pengajran Bahasa Arab saya termasuk :
1. Membuat perkataan dengan ayat magnetik
2. Mencipta cerita/pantun dengan abjad-abjad magnetik.
3. Membuat ayat berlainan dari satu perkataan panjang.
   ( contoh : Berapa perkataan yang anda boleh cipta daripada perkataan
    “    ” yang bermaksud membersihkan.
4. Menulis surat
5. Mendengar pelbagai bahan pembelajaran menarik
   ( mendengar pita rakaman )




   Rumusannya. Guru perlu bersemangat dan mempunyai kreativiti tang tinggi
   untuk terus membantu pelajar yang menghadapi masalah kelembapan dalam
   pelajar. Kita perlu yakin bahawa setiap pelajar ada potensi untuk maju
   walaupun mereka mempunayi tahap kecerdasan yang berbeza.
Tugasan 2




        Konsep Pendidikan Inklusif




            Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif amat bergantung kepada
      pemahaman, penerimaan dan kolaborasi dari semua pihak termasuk
      pentadbir, guru-guru, murid-murid normal dan ibu bapa.Perancangan yang
      teliti adalah kunci utama kerana program ini tidak akan berjaya jika tidak
      dirancang dan dibuat persediaan teliti termasuk menyelesaikan masalah yang
      timbul sebelum memulakan program. (Weishaar & Borsa,2001). Berikut ialah
      antara faktor-faktor kepada kejayaan Pendidikan Inklusif di Malaysia :


              1.Peranan Kementetian Pelajaran Malaysia



      Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak boleh dinafikan dalam
menjayakan pendidikan inklusif di Malaysia. Kementerian tidak mengabaikan
pendidikan untuk murid yang mengalami sebarang kecacatan yang dikategorikan
sebagai bermasalah untuk mendapat peluang pendidikan. Oleh yang demikian pihak
kementerian telah mengadakan Kursus dan latihan khas bagi guru yang berminat
dengan pendidikan inklusif ini. Melalui kursus atau latihan perguruan ini guru-guru
dapat didedahkan dengan pelbagai kaedah atau cara pengajaran yang bersesuaian
mengikut tahap keupayaan murid.

      Selain itu, kementerian juga memainkan peranan penting dalam penyediaan
prasarana untuk murid yang memerlukan pendidikan inklusif ini. Sebagai contoh
penyediaan bahan bertulis brail bagi yang mengalami kecacatan penglihatan.

      Melalui dasar pendidikan pula    Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan
peringkat sekolah rendah untuk semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak
berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anak
dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa. Dasar ini diperkukuhkan
lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai „Disabled Person Act 2002‟
serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu deklerasi
Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Ini bermakna
kerajaan   bertanggungjawab     menyediakan   pendidikan   bersesuaian      mengikut
keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai
kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM,
memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak
berkeperluan khas.


           Peranan Sekolah

    Sekolah adalah sebuah pusat di mana pelajar akan mendapatkan ilmu
pengetahuan tidak mengira bangsa, agama, warna kulit dan juga tahap keupayaan.
Oleh yang demikian sekolah bertanggungjawab dalam merealisasikan kejayaan
pendidikan inklusif ini. Pihak sekolah sewajarnya tidak meminggirkan kelas
pendidikan inklusif. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang boleh dijalankan
dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sesebuah sekolah ;
 1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas
    normal yang akan terlibat dengan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif.
 2. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid Khas yang akan
    mengikuti Program Pendidikan Inklusif.
 3. Mengadakan sesi suai kenal di antara Kanak-kanak khas dan kanak-kanak
    normal.
 4. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas
    dalam bilik darjah biasa.
 5. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
 6. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang
    bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini.
 7. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.
 8. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal
    semasa mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal.
 9. Menjalani P&P mengikut jadual yang telah ditetapkan.
 10. Penilaian keberkesanan Program Pendidikan Inklusif dijalankan secara
    berperingkat-peringkat.
3. Peranan Guru



    Ketika pelaksanaan pendidikan inklusif guru mesti menggunakan prinsip
peringkatan isi iaitu mengajar daripada isi yang mudah kepada isi yang lebih susah.
Ini kerana gaya pembelajaran murid-murid dalam kelas inklusif ialah aspek masa
yang fleksibel di mana pembelajaran boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Aspek ini juga menyebabkan murid-murid lebih senang untuk berkomunikasi. Strategi
pengajaran dan pembelajaran yang dipilih oleh guru mestilah dapat meningkatkan
penglibatan murid melalui kaedah-kaedah dan teknik-teknik bercerita, main peranan,
lawatan dan projek.

    Pada peringkat sekolah rendah, Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah
Rendah (PKSR) dijalankan manakala di sekolah menengah Penilaian Kemajuan
Berasaskan       Sekolah     Menengah   (PKSM)   dijalankan.   Kedua-dua   penilaian
berasaskan kebolehan murid dan bukan terhad kepada satu kurikulum yang
berstruktur. Penilaian yang bersifat formatif boleh dijalankan pada bila-bila masa
sahaja dalam kedua-dua bentuk penilaian ini. Sebarang penilaian yang dibuat dalam
kelas pendidikan inklusif mesti disediakan berdasarkan minat murid. Penilaian ini
juga mesti mencabar minda dan pada masa yang sama tidak menyekat kebolehan
pelajar.

       3.1 Peranan Guru Resos dan Guru Biasa dalam Pengimplementasikan
             Pendidikan Inklusif.

       Dalam satu kajian yang telah dijalankan, kebanyakan guru-guru kelas biasa
mempercayai bahawa pendidikan inklusif amat membebankan ( Bunch,1992) dan
kerja-kerja akademik yang berkaitan dengan pendidikan inklusif sangat susah
(Walron,1995).

       Guru-guru kelas juga merasai bahawa mereka tidak disediakan dengan begitu
baik dalam program-program latihan guru untuk mengendalikan kelas pendidikan
inklusif yang terdiri daripada murid-murid yang menghadapi cabaran dalam
pembelajaran mereka. Justeru itu, guru kelas biasa memerlukan sokongan dalam
bilik darjah. Salah satu daripada sokongan ini ialah melalui bantuan guru resos.

      Fungsi guru resos ialah untuk mencari program-program di mana mereka
dapat menolong kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas dan untuk berurusan
dengan agensi-agensi luaran. Peranan guru resos yang paling penting ialah untuk
bekerja dengan murid-murid tersebut dan membantu mereka serta memberikan
bimbingan secara individu.

      Guru-guru resos juga boleh memainkan peranan sebagai konsultan dan rakan
sekerja profesional kepada guru-guru biasa. Guru-guru resos dan guru-guru biasa
perlu bekerja bersama sebagai satu pasukan dan harus berprofesional dalam
menjalani semua tanggungjawab mereka. Akan tetapi peranan guru-guru kelas
adalah lebih signifikan kerana mereka yang menetapkan semua aspek-aspek
akademik yang penting di dalam sebuah kelas inklusif.




       4. Peranan Ibu Bapa Murid Inklusif



Menurut Coots (1998), penglibatan ibu bapa dalam persekolahan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran adalah perlu kerana golongan ibu bapa adalah golongan
yang memiliki banyak kelebihan berbanding guru khas dalam menjalankan fungsi
ataupun tanggungjawab pada persekolahan. Guru khas bertugas secara formal dan
dibatasi oleh faktor-faktor seperti masa, tempat dan peraturan. Manakala ibu bapa
berhubung secara tidak formal dan mempunyai peluang lebih luas melibatkan diri
dalam persekolahan.
      Penglibatan ibu bapa dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu
penglibatan di rumah, penglibatan di sekolah dan kedua-duanya.
i. sebagai pemerhati sejak kecil yang menjadi maklumat penting untuk para
profesional.
ii. mengambil peranan yang aktif dalam proses pendidikan terutamanya semasa
peringkat prasekolah dimana ibu bapa boleh mendapatkan maklumat mengenai
kemahiran pengurusan diri, pra-akademik, mobiliti dan komunikasi. Ibu bapa juga
membuat temu janji dengan guru khas bagi membincangkan pelajaran si anak,
menghadiri mesyuarat, membuat keputusan, meneliti rancangan dan memeriksa
rekod anaknya yang disimpan di sekolah.
iii. dengan latihan, ibu bapa dapat mengukuhkan pembelajaran yang pernah
dipelajari oleh anak supaya diaplikasi di rumah.



        5. Peranan Murid Normal/Rakan Sebaya



       Murid inklusif kita mungkin sukar untuk belajar dengan bimbingan guru
ataupun daripada ibubapa. Mungkin mereka lebih mudah memahami dan dapat
mengikut pelajaran sekiranya rakan sebaya membantunya. Ramai kanak-kanak
mudah faham dan seronok apabila rakan sebaya membantu mereka dan mereka
pasti lebih bermotivasi dan menunjukkan minat. Mungkin mereka tidak ada sifat
malu, takut ataupun khuatir sekiranya mereka bersama rakan sebaya . Tunjuk ajar
rakan sebaya adalah satu usaha yang dapat membina keyakinan dalam diri anak-
anak. Adalah baik sekiranya anak kita mempunyai sahabat yang aktif supaya mereka
boleh bersosial dengan mudah. Namun begitu, tingkah laku mereka perlu
diperhatikan supaya tidak terpesong. Ada kalanya rakan sebaya boleh membawa
anak ke jalan yang salah. Lebih-lebih lagi sekiranya anak anda tidak terlalu cergas.
Dia lebih mudah terpengaruh dan mengikut sahaja tingkah laku rakan sebayanya
tanpa dapat membezakan antara baik dan buruk. Mereka memerlukan sokongan
bagi membentuk identiti diri mereka. Ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan
dalam hal ini.
       Seandainya kelima faktor di atas diamati dan diaplikasikan dalam pendidikan
inklusif untuk murid-murid inklusif maka tercapailah seperti mana yang diharapkan
untuk melihat bahawa murid yang mengalami kekurangan atau kecacatan fizikal
boleh berjaya seperti murid normal.
Soalan 3

Tugasan 1

1.1 Definisi Pengajaran Mikro
Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran
dalam masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu
kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima
hingga sepuluh orang sahaja.


       Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik
pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek
tertentu seperti set induksi atau motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan
papan kapur, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain.


        Kesimpulannya, pengajaran mikro digunakan untuk memerihalkan teknik
pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau
memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi
kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro, bilangan pelajar dan
peruntukan masa dikurangkan.


1.2 Faedah Pengajaran Mikro.

      1.2.1 Guru-guru pelatih mendapat peluang mempraktikkan kemahiran
      mengajar satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan
      dipermudahkan. Pelatih berpeluang mempraktikkan segala kemahiran yang
      ada dalam pengajaran mikro ini dan jika dapat dilaksanakan dengan baik
      begitu membantu dalam menghadapi situasi sebenar sesi pengajaran.




      1.2.2 Guru-guru pelatih boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan
      yang tenang. Mudah dan kurang kompleks. Guru hanya diberi masa antara 5
      hingga 15 minit sahaja untuk mempraktikkan satu kemahiran dalam
      pengajaran mikro ini. Teknik berfokus ini memberikan kefahaman mendalam
      pada guru pelatih.
1.2.3 Para pelatih dapat memperbaiki aspek pengajarannya hasil komen yang
      diberi oleh pensyarah dan rakan sebaya ke arah menjadi guru yang lebih
      efektif. Contohnya dalam penggunaan bahan bantu mengajar yang mungkin
      kurang bersesuaian, tahap variasi rangsangan          yang menarik dan teknik
      menerang serta pengayaan yang bersesuaian mengikut tahap kebolehan
      pelajar.



      1.2.4 Pengajaran mikro juga dapat membantu guru pelatih mengurangkan
      pelbagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah pada masa depan.
      Dalam aktiviti pengukuhan contohnya guru didedahkan dengan bagaimana
      ingin memberikan penghargaan kepada pelajar yang menjawab dengan baik
      begitu juga dengan teknik peneguhan untuk pelajar yang kurang tepat
      memberikan jawapan.




      1.2.5      Melalui   rakaman   video,   selepas   aktiviti   pengajaran   selesai,
      perbincangan tentang kelemahan dan kekuatan dilakukan merujuk rakaman
      video bersama-sama guru dan rakan sebaya. Dengan ini pelatih dapat
      memperbaiki segala kelemahan pengajarannya dan memperkukuhkan lagi
      setiap aspek kekuatan dan pengajaran.

      Rumusannya melalui penagajaran mikro para pelatih akan dapt mepraktikkan
segala teori yang dipelajarinya daripada pensyarah di dalam kelas. Teori-teoti ini
dapt dipraktikkan secara menyeluruh. Ini membantu pelatih menangani masalah
yang mungkin timbul dalam pengajaran sebenarnya apabila mengikuti latihan di
sekolah.
Tugasan 2

Difinisi Variasi Rangsangan

      Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh guru pelatih untuk
mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini
dapat menolong guru pelatih mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid
kepada   pelajaran   yang   diajarnya.   Kemahiran   ini   juga   merupakan   teknik
mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik
perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya.Dalam proses p & p masa
tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidak
dipelbagaikan. Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah
tingkahlaku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar,
menukarcorak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan
teknik mengajar




Kesan penggunaan variasi rangsangan

1. Aktiviti P & P akan menjadi lebih seronok & menarik. Murid-murid lebih ceria dan
seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan
kesan yang mendalam. Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada
murid untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan
dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid.


2. Minat & perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti
pengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran guru
dengan lebih baik lagi. Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di
sepenjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong
murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran.        Elakkan
pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan
murid kepada pelajaran.


3. Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan & mereka berusaha melibatkan diri
secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan sebagainya. Guru
hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu
mengajar dan alat bantu mengajar.Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk
memberi rangsangan kepada tindak balas murid.


4. Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajari
sesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan dan ini akan meneguhkan P&P.
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti
penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada
pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya.


5. Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Guru mengggunakan
pelbagai rangsangan melalui mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan
dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran.   Suara yang mendadak, sentiasa
tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar,
kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.


6. Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh perhatian
terhadap aktiviti pengajaran guru. Murid yang sering menimbulkan masalah disiplin
seperti bising atau mengganggu rakan boleh diberi rangsangan seperti mengarahkan
murid membaca atau menjawab. Guru haruslah mengambil khusus tentang
mengenali fikiran pelajar masa kini supaya dapat mengetahui banyak cara yang baik
dan sesuai menangani pelbagai masalah berdasarkan keadaan yang berlainan
melalui khusus yang memanfaat itu.Oleh itu pelajar berasa sedar diri dengan
keadaan yang selesa.Selain itu,guru juga harus menunjukkan kemesraan dan
kesabaran terhadap pelajar yang lemah atau kurang sopan supaya dapat
memotivasikan mereka berusaha dan belajar dengan seronok.
Soalan obt

More Related Content

More from Noor Aini Samsusah

http://ainsamadi.blogspot.com/2013/03/panduan-pelaksanaan-dan-modul-program m...
http://ainsamadi.blogspot.com/2013/03/panduan-pelaksanaan-dan-modul-program m...http://ainsamadi.blogspot.com/2013/03/panduan-pelaksanaan-dan-modul-program m...
http://ainsamadi.blogspot.com/2013/03/panduan-pelaksanaan-dan-modul-program m...Noor Aini Samsusah
 
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasaJadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasaNoor Aini Samsusah
 
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)Noor Aini Samsusah
 
Dsp p islam tingkatan 1 tambahbaik
Dsp p islam tingkatan 1  tambahbaikDsp p islam tingkatan 1  tambahbaik
Dsp p islam tingkatan 1 tambahbaikNoor Aini Samsusah
 
Evedens PBS Pen.Islam Ting 1 Sirah Nabawiah
Evedens PBS Pen.Islam Ting 1  Sirah NabawiahEvedens PBS Pen.Islam Ting 1  Sirah Nabawiah
Evedens PBS Pen.Islam Ting 1 Sirah NabawiahNoor Aini Samsusah
 
Evedens PBS Pen.Islam ting 1 Hafazan Al quran
Evedens PBS Pen.Islam ting 1 Hafazan Al quranEvedens PBS Pen.Islam ting 1 Hafazan Al quran
Evedens PBS Pen.Islam ting 1 Hafazan Al quranNoor Aini Samsusah
 
Evedens PBS Ting 1 TilawahAl-Quran
Evedens  PBS Ting 1 TilawahAl-QuranEvedens  PBS Ting 1 TilawahAl-Quran
Evedens PBS Ting 1 TilawahAl-QuranNoor Aini Samsusah
 
Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1Noor Aini Samsusah
 
Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1Noor Aini Samsusah
 
Dsp pendidikan islam ting 1 pdf
Dsp pendidikan islam ting 1 pdfDsp pendidikan islam ting 1 pdf
Dsp pendidikan islam ting 1 pdfNoor Aini Samsusah
 
Borang senarai semak standard prestasi pbs pai tingkatan 2 2013
Borang senarai semak standard prestasi pbs pai tingkatan 2 2013Borang senarai semak standard prestasi pbs pai tingkatan 2 2013
Borang senarai semak standard prestasi pbs pai tingkatan 2 2013Noor Aini Samsusah
 

More from Noor Aini Samsusah (20)

http://ainsamadi.blogspot.com/2013/03/panduan-pelaksanaan-dan-modul-program m...
http://ainsamadi.blogspot.com/2013/03/panduan-pelaksanaan-dan-modul-program m...http://ainsamadi.blogspot.com/2013/03/panduan-pelaksanaan-dan-modul-program m...
http://ainsamadi.blogspot.com/2013/03/panduan-pelaksanaan-dan-modul-program m...
 
Articlefile file 002858
Articlefile file 002858Articlefile file 002858
Articlefile file 002858
 
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasaJadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
 
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)
 
Dsp p islam tingkatan 1 tambahbaik
Dsp p islam tingkatan 1  tambahbaikDsp p islam tingkatan 1  tambahbaik
Dsp p islam tingkatan 1 tambahbaik
 
Dsp sejarah ting 2
Dsp sejarah ting 2Dsp sejarah ting 2
Dsp sejarah ting 2
 
Evedens PBS Pen.Islam Ting 1 Sirah Nabawiah
Evedens PBS Pen.Islam Ting 1  Sirah NabawiahEvedens PBS Pen.Islam Ting 1  Sirah Nabawiah
Evedens PBS Pen.Islam Ting 1 Sirah Nabawiah
 
Evedens PBS Pen.Islam ting 1 Hafazan Al quran
Evedens PBS Pen.Islam ting 1 Hafazan Al quranEvedens PBS Pen.Islam ting 1 Hafazan Al quran
Evedens PBS Pen.Islam ting 1 Hafazan Al quran
 
Kumpulan 2 hafazan al quran
Kumpulan 2   hafazan al quranKumpulan 2   hafazan al quran
Kumpulan 2 hafazan al quran
 
Evedens PBS Ting 1 TilawahAl-Quran
Evedens  PBS Ting 1 TilawahAl-QuranEvedens  PBS Ting 1 TilawahAl-Quran
Evedens PBS Ting 1 TilawahAl-Quran
 
Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1
 
Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1
 
Dsp pendidikan islam ting 1 pdf
Dsp pendidikan islam ting 1 pdfDsp pendidikan islam ting 1 pdf
Dsp pendidikan islam ting 1 pdf
 
1314 tarikh penting
1314 tarikh penting1314 tarikh penting
1314 tarikh penting
 
Borang senarai semak standard prestasi pbs pai tingkatan 2 2013
Borang senarai semak standard prestasi pbs pai tingkatan 2 2013Borang senarai semak standard prestasi pbs pai tingkatan 2 2013
Borang senarai semak standard prestasi pbs pai tingkatan 2 2013
 
Dsp ting 2
Dsp ting 2Dsp ting 2
Dsp ting 2
 
Yuran koop 2012
Yuran koop 2012Yuran koop 2012
Yuran koop 2012
 
Yuran koop 2012
Yuran koop 2012Yuran koop 2012
Yuran koop 2012
 
Koko
KokoKoko
Koko
 
Kwsp
KwspKwsp
Kwsp
 

Soalan obt

  • 1. Soalan 1 Perangkaan ialah satu proses yang melibatkan langkah-langkah memungut, menyusun, membuat analisis dan menginteprisi data. Dalam konteks sistem pendidikan, data yang paling penting ialh pengumpulan markah murid pelbagai mata pelajaran. Data yang dipungut oleh guru sekolah ialah dalam bentuk skor mentah dalam susunan rawak dan tidak boleh digunakan oleh guru untu membuat tafsiran atau analisis terhadap prestasi para muridnya.Justeru itu, markah yang diperoleh oleh murid dalam satu peperiksaan perlulah disusun oleh guru daripada markah yang paling rendah kepada markah yang paling tinggi atau sebaliknya supaya beliau dapat mengira kekerapan untuk skor-skor mentah ini. Berdasarkan skor mentah yang diberi,skor mentah di atas perlu disusun (markah tertinggi kepada markah satu terendah) oleh Ustaz Omar ke dalam satu susunan mendatar atau menengak. Berikut ialah susunan skor tersebut : i- Jadual 1.1 : Skor yang disusun secara mendatar 95 90 89 87 85 78 77 76 73 71 71 70 64 64 64 62 61 60 59 56 55 54 53 48 47 47 44 38 26 26 Jadual 1.2 : Skor yang disusun secara menegak 95 71 55 90 70 54 89 64 53 87 64 47 85 64 47 78 62 47 77 61 44 76 60 38 73 59 26 71 56 26
  • 2. ii.a. Penentuan Mod Mod ialah angka skor yang mempunyai kekerapan yang paling tertinggi dalam satu set skor markah. Simbol statistik mod ialah M. Jadual 1.3 Jadual taburan kekerapan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Skor (x) Kekerapan ( f ) 95 1 90 1 89 1 87 1 85 1 78 1 77 1 76 1 73 1 71 2 70 1 64 3 62 1 61 1 60 1 59 1 56 1 55 1 54 1 53 1 48 1 47 2 44 1 38 1 26 2 N=30
  • 3. Berdasarkan kepada jadual di atas : - M = Skor 64 kerana mempunyai kekerapan yang paling tinggi ( 3 ) -Mod = 64 ii.b Penentuan Median Median ialah nilai yang terletak di tempat paling tengah bagi set skor yang disusun secara menaik atau secara menurun. Median boleh ditentukan dengan membahagi satu set skor yang telah disusun itu kepada dua bahagian yang sama. Berdasarkah markah pelajar Ustaz Omar berikut ialah nilai median : 95 90 89 87 85 78 77 76 73 71 71 70 64 64 64 62 61 60 59 56 55 54 53 48 47 47 44 38 26 26 Median = ( Set genap bagi data tidak terkumpul ) = 63 ii.c Penentuan Min Min adalah merujuk kepada markah purata yang diperolehi oleh murid dalam sesuatu ujian. Min dapat menghuraikan prestasi murid dalam satu ujian yang sama. Min digunakan juga untuk mengira sisihan lazim dan skor piawai. merupakan simbol bagi min. Nilai min bagi markah pelajar Ustaz Omar boleh dicari seperti berikut : - (i) Bagi data atau skor terkumpul : 95 90 89 87 85 78 77 76 73 71 71 70 64 64 64 62 61 60 59 56 55 54 53 48 47 47 44 38 26 26
  • 4. - (ii)Skor dimasukkan dalam Jadual Taburan Kekerapan Skor murid (x) Kekerapan ( f ) fx 95 1 95 90 1 90 89 1 89 87 1 87 85 1 85 78 1 78 77 1 77 76 1 76 73 1 73 71 2 142 70 1 70 64 3 192 62 1 62 61 1 61 60 1 60 59 1 59 56 1 56 55 1 55 54 1 54 53 1 53 48 1 48 47 2 94 44 1 44 38 1 38 26 2 52 N=30 ∑fX = 1890 Jadual 4 : Skor markah murid
  • 5. Rumus yang diguna ialah untuk Min ialah = = = 63 _____________________________________________ JAWAPAN : Mod ialah 64 Median ialah 63 Min ialah 63
  • 6. iii. Jadual Taburan Kekerapan Skor Terkumpul Skor murid (x) Kekerapan ( f ) fx 95 1 95 90 1 90 89 1 89 87 1 87 85 1 85 78 1 78 77 1 77 76 1 76 73 1 73 71 2 142 70 1 70 64 3 192 62 1 62 61 1 61 60 1 60 59 1 59 56 1 56 55 1 55 54 1 54 53 1 53 48 1 48 47 2 94 44 1 44 38 1 38 26 2 52 N=30 ∑fX = 1890
  • 7. Iv- Berikut ialah untuk mencari nilai min dan sisihan piawai bagi mata pelajaran Pemdidikan Islam Ustaz Omar. Jeda Kelas. 1.Jeda kelas ialah skor-skor yang dikumpulkan mengikut lebar atau saiz jeda yang ditetapkan. 2. Julat = skor tertinggi - skor terendah 3. Saiz jeda kelas dikira menggunakan rumus berikut : -Saiz jeda kelas = = = 9.85 Saiz selang kelas ialah 10 ( 9.85 dibulatkan ) Jeda kelas Kekerapan Titik Tengah (f) (x) fx x2 fx 2 26-35 2 30.5 61 930.25 1860.5 36-45 2 40.5 81 1640.25 3280.5 46-55 6 50.5 303 2550.25 15301.5 56-65 8 60.5 484 3660.25 29282 66-75 4 70.5 282 4970.25 19881 76-85 4 80.5 322 6480.25 25921 86-95 4 90.5 362 8190.25 32761 ∑f = 30 ∑fx=1895 2 ∑fx =128287.5 Jadual 5 : Taburan Kekerapan bagi Skor Terkumpul
  • 8. iv-a Min , = = = 63.15 iv-b Sisihan piawai = = = = = 16.98 _________________________________________________ Jawapan :- min ialah 63.15 - sisihan piawai ialah 16.98
  • 9. v. Jawapan Histogram berdasarkan kertas graf yang dilampirkan.
  • 10. Tugasan 2 Ujian boleh digunakan sebagai penggerak, iaitu merangsang pelajar belajar dengan lebih tekun; digunakan untuk mengesan punca kelemahan ( ujian pinca kelemahan );ujian ramalan bakal digunakan untuk meramalkan kejayaan dalam aktiviti pembelajaran masa hadapan dan ujian pencapaian untuk pemilihan, penempatan atau persijilan. Setiap ujian atau alat penilaian, tidak kira tujuan atau penggunaannya, seharusnya mempunyai ciri-ciri ujian yang baik di antaranya : 1.Kesahan 2.Kebolehpercayaan 3.Keobjektifan 4.Kebolehtadbiran 5.kebolehtafsiran 1. KESAHAN Soalan ujian mestilah relevan dan menguji apa yang hendak diuji. Soalan juga mestilah seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan sub-tajuk kandungan yang diajar. Justeru, soalan yang dibina mestilah menepati objektif dan kandungan sesuatu kursus.Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur. Sebagai contoh, jika guru memberi satu ujian kepada pelajar bagi menentukan tahap kefahaman membaca berasaskan petikan novel, ujian tersebut mestilah dengan sebenarnya mengukur kefahaman membaca. Isu kesahan boleh dilihat daripada enam aspek iaitu kesahan kandungan, kesahan gagasan, kesahan muka, kesahan ramalan, kesahan semasa dan kesahan berkaitan kriteria.
  • 11. 1.1 Jenis-jenis kesahan Gagasan/konstruk Muka Semasa / Serentak JENIS- JENIS KESAHAN Ramalan/Telahan Berkaitan kritreria Kandungan Kesahan Kandungan ialah menentukan setakat mana sesebuah ujian meliputi bidang ujian yang hendak diuji. Kesahan Semasa/Serentak ialah merujuk kepada pencapaian seseorang dalam ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian yang lain. Kesahan Ramalan/Telahan ialah ketepatan sesuatu ujian untuk meramal kebolehan sebenar seseorang murid untuk untuk menjalankan sesuatu ujian pada masa hadapan di dalam situasi yang lain. Kesahan Konstruk / Gagasan ialah ciri yang terkandung dalam sesuatu ujian yang digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku atau mental manusia.
  • 12. 1.2 Kepentingan Kesahan 1.2.1 Kesahan Kandungan 1. Dapat digunakan dalam ujian pencapaian. 2. Dapat mengukur tahap pengetahuan atau kemahiran murid dalam matapelajaran tertentu. 1.2.2 Kesahan Semasa / Serentak 1. Dapat membuat perbandingan pencapaian murid dalam sesuatu ujian itu sama ada selaras dengan pencapaian kemudian dalam suatu ujian yang serupanya atau tidak. 12.3 Kesahan Ramalan 1. Dapat meramalkan tahap pencapaian murid-pencapaian perubahan atau perlakuan akan datang. 2. Guru membuat jangkaan awal tentang pencapaian murid. 1.2.4 Kesahan Konstruk / Gagasan 1. Dapat mengukut sejauh mana seseprang itu menunjukkan trait personaliti, tingkah laku atau trait mental. 2. Mengenal pasti proses-proses atau ciri-ciri yang dikaitkan dengan sesuatu trait agar item-item ujian yang khusus dan tepat dapat disediakan. 2. KEBOLEHPERCAYAAN Kebolehpercayaan ialah “ tahap ketekalan antara skor-skor ujian yang senantias tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran ” (Test Style Manual,EST, New Jersey, USA). Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian. Sekiranya seseorang calon mendapat markah sebanyak 70
  • 13. peratus dalam sesuatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan. 2.1 Kepentingan Kebolehpercayaan 1. Untuk memastikan bahawa jawapan yang dikemukan murid mencerminkan keupayaannya dan bukanlah disebabkan oleh nasib. 2. Untuk mengurangkan punca perubahan markah pelajar. Beberapa faktor seperti keadaan emosi calon, keadaan intelek dan tenaga yang berbeza dari semasa ke semasa. Di samping itu, keobjektifan dan ketekalan pemeriksa juga berbeza serta akan mempengaruhi markah calon sekiranya ujian itu mengandungi soalan esei. 3. Memastikan ketepatan, keserataan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun oleh guru. 3. Keobjektifan Keobjektifan ujian merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif ( seperti ujian aneka pilihan ) dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah
  • 14. 3.1 Kepentingan keobjektifan 1. Dapat memberikan markah yang sama mengikut skema pemarkahan.Merujuk kepada takat yang mana pemeriksa –pemeriksa yang mahir memberikan markah yang sama kepada skrip jawapan. 2. Sebagai satu panduan guru untuk memberi markah yang setara dalam ujian subjektif melalui skema jawapan soalan setiap mata pelajaran yang diuji. Tidak timbul masalah dalam soalan objektif. 3. Pemeriksa harus membuat moderasi atau proses penyelarasan markah untuk mengurangkan jurang perselisihan pemarkahan yang terdapat di antara pemeriksaan guru yang berlainan. 4. Menyelesaikan isu pemarkahan melalui mesyuarat penyelarasan markah secara analitik.Contohnya setiap pemeriksa diwajibkan menghadirkan diri dalam mesyuarat penyelarasan sebelum skrip jawapan diperiksa. 4. Kebolehtadbiran Kebolehtadbiran merujuk kepada kelicinan pelaksaan sesebuah ujian di dalam bilik darjah atau dewan peperiksaan. Pelaksanaan setiap ujian harus dapat memenuhi memenuhi syarat-syarat keperluan menguji. Dalam hal ini, pentadbiran ujian tidak harus menimubulkan sebarang kesukaran pada murid- murid. Kebolehtadbiran boleh juga merangkumi aspek pemarkahan. Ujian yang mudah diperiksa biasanya diutamakan kerana menjimatkan masa dan tenaga guru. Ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian esei. 4.1 Kepentingan kebolehtadbiran 1. Pengurusan kelencaran sesuatu ujian atau peperiksaan yang sistemetik dan teratur yang menjayakan ketelusan sesuatu ujian di dalam kelas atau dewan peperiksaan. Aspeknya seperti penyediaan dewan peperiksaan,penghantaran
  • 15. kertas soalan, pengawasan peperiksaan dan pengumpulan skrip jawapan dan juga proses pemarkahan. 2. Penentuan masa bagi satu-satu ujian. Masa yang diperuntukkan untuk sesuatu ujian mestilah mencukupi.sekiranya masa tidakuntuk calon menghuraikan jawapan dengan baik, maka kesahan dan keboleh percayaan ujian mungkin terjejas 3. Menjimatkan masa dan tenaga guru dalam soal pemarkahan dengan memeriksa kertas jawapan objektif berbanding subjektif atau esei.
  • 16. Soalan 2 Tugasan 1 1. Konsep pemulihan Pemulihan bermaksud sejenis pengajaran yang membetulkan kecacatan murid-murid atau membetulkan masalah pembelajaran. Konsep pemulihan digubal dan direka khas untuk membetulkan masalah murid-murid yang lemah dalam pencapaian akademik khasnya dalam aspek-aspek membaca, menulis dan mengira. Objektif pendidikan pemulihan adalah bertujuan:  menguasai kemahiran-kemahiran tertentu  Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif mereka  Mengurangkan masalah-masalah pembelajaran  Mengembangkan potensi minat  Memberi peluang yang sama dalam aktiviti- aktiviti sosial Guru perlu peka dan mengesan murid yang memerlukan pemulihan.Berikut ialah cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran 1. Pentafsiran Rekod Prestasi 2. Profil 3. Ujian kertas dan pensel 4. Soal jawab/ kuiz 5. Senaraikan semua masalah pembelajaran 6. Mengesan punca masalah dengan ujian diagnostik 7. tanda-tanda bermasalah dalam kemahiran membaca
  • 17. 8. tanda-tanda bermasalah dalam kemahiran menulis 9. tanda-tanda bermasalah dalam kemahiran mengira. 2. Aktiviti pemulihan Antara beberapa aktiviti pemulihan yang saya boleh aplikasikan dalam membantu pelajar-pelajar berpencapaian rendah dalam mata pelajaran yang saya ajar adalah seperti berikut : 2.1 Bacaan Tambahan Saya perlu menjalani pelbagai program pembacaan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran murid-murid lembap dalam kelas pemulihan. Saya juga perlu menggalakkan murid-murid untuk membaca dengan lebih luas sambil membuat pelbagai rujukan daripada buku dan internet. Sebagai contoh murid yang tidak dapat membaca Al-quran saya akan bekalkan dengan bahan bacaan ayat-ayat yang pendek dan mudah untuk disebut dengan betul mengikut hukum tajwid. Selain itu penggunaan bahan audio seperti radio dan pita rakaman yang sama dengan bahan bacaan diadaptasikan supaya mereka lebih seronok dan berkeyakinan untuk terus belajar membaca dengan baik yang akhirnya mereka dapat membaca ayat Al-quran dengan lancar. Saya juga akan memastikan bahawa murid-murid mempunyai tingkah laku positif terhadap buku-buku dan projek-projek bacaan. 2.2 Kerja projek Dalam aktiviti pemulihan, saya juga mesti menggalakkan murid-murid untuk untuk membuat kerja projek. Ia boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Dalam kerja projek, murid-murid perlu melibatkan diri dalam tugasan penyelesaian masalah bersama. Contoh kerja projek dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang saya ajar adalah seperti menyediakan buku skrap berkaitan makanan yang halal dan makanan yang haram. Mereka perlu bekerjasama untuk menghasilkan buku tersebut dan
  • 18. pembahagian tugas perlu diagihkan jika dilaksanakan supaya setiap ahli kumpulan berperanan. Tujuan kerja projek ini ialah untuk membolehkan murid-murid pemalu untuk hilang rasa takut dan bimbang serta untuk memperolehi keyakinan kendiri dan konsep kendiri yang lebih tinggi. Ciri-ciri perwatakan ini dapat membantu mereka dalam kejayaan akademik dan sahsiah. 2.3 Permainan dan Rekreasi Guru juga perlu mengintegrasikan elemen-elemen keseronokan dan permainan dalam persekitaran pembelajaran pemulihan. Ini akan menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti-aktiviti dan tugasan penyelesaian masalah. Saya mengaplikasikan aktiviti pemulihan sebegini untuk pelajar yang keciciran dalam Penilaian Asas Fardu Ain. Aktiviti dilaksanakan ditepi pantai dan pelajar cuba mempraktikkan mengambil air wuduk menggunakan air laut.Keberkesanan jelas untuk pelajar pemulihan dan memudahkan mereka untuk menerima pelajaran secara santai dan rekreasi. Guru-guru perlu memikirkan mengenai cara-cara untuk menyelitkan pelbagai jenis permainan dan juga aktiviti-aktiviti rekreasi dalam proses pemulihan. Contoh lain, terdapat banyak aktiviti pemulihan yang menyeronokkan ( permainan, aktiviti matematik dan teka teki yang boleh dimuat turun secara percuma di laman web ( http://www.funbrain.com.Marcy Cook Math Tiles ) 2.4 Pembelajaran Akses Kendiri Dalam aktiviti pemulihan, fokus utama guru-guru ialah untuk membenarkan murid-murid untuk memenuhi keperluan kognitif kendiri mereka. Justeru itu, guru- guru perlu membenarkan murid untuk memilih bahan pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kemahiran mereka. Program PAK adalah satu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid dan pembelajaran berlaku atas daya usaha murid sendiri. Murid mempunyai akses kepada sumber pembelajaran dan mereka mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pemerolehan pengetahuan dan kemahiran sendiri.
  • 19. CIRI-CIRI PAK • Persekitaran pembelajaran fleksibel, selesa, tanpa tekanan • Mudah akses kepada bahan pembelajaran dan bantuan fasilitator • Pilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas • Belajar secara bersendirian / kumpulan • Belajar mengikut kadar dan kemampuan individu • Kemudahan mentaksir pencapaian sendiri Dalam aktiviti pemulihan, saya cuba memilih bahan akses kendiri seperti bahan cetakan yang diperolehi daripada pelbagai media seperti komputer dan internet, rakaman audio, radio dan televisyen. Guru juga boleh memperoleh bahan-bahan pemulihan akses kendiri yang boleh didapati dengan senang dalam perpustakaan dan pusat-pusat pembelajaran resos tempatan. Contohnya dalam mata pelajaran yang ajar dalam bab samak murid yang sukar menguasai diberi peluang untuk mengakses atau menggunakan komputer di makmal komputer. Mereka diberikan masa tertentu dan boleh melihat bahan sumber yang tersedia hingga mereka berjaya menjelaskan bab tersebut seperti pelajar cerdas. 2.5 Pembelajaran Pusat Aktiviti-aktiviti pemulihan juga boleh dijalankan dalam bentuk aktiviti pusat. Aktivti-aktiviti ini boleh dijalankan dalam satu lokasi pusat yang khas. Guru-guru boleh menggalak kerja kumpulan untuk meningkatkan interaksi sosial dan kemahiran interpersonal di antara murid-murid. Antara contoh-contoh aktiviti-aktiviti pembelajaran pusat dalam pengajran Bahasa Arab saya termasuk :
  • 20. 1. Membuat perkataan dengan ayat magnetik 2. Mencipta cerita/pantun dengan abjad-abjad magnetik. 3. Membuat ayat berlainan dari satu perkataan panjang. ( contoh : Berapa perkataan yang anda boleh cipta daripada perkataan “ ” yang bermaksud membersihkan. 4. Menulis surat 5. Mendengar pelbagai bahan pembelajaran menarik ( mendengar pita rakaman ) Rumusannya. Guru perlu bersemangat dan mempunyai kreativiti tang tinggi untuk terus membantu pelajar yang menghadapi masalah kelembapan dalam pelajar. Kita perlu yakin bahawa setiap pelajar ada potensi untuk maju walaupun mereka mempunayi tahap kecerdasan yang berbeza.
  • 21. Tugasan 2 Konsep Pendidikan Inklusif Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif amat bergantung kepada pemahaman, penerimaan dan kolaborasi dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru, murid-murid normal dan ibu bapa.Perancangan yang teliti adalah kunci utama kerana program ini tidak akan berjaya jika tidak dirancang dan dibuat persediaan teliti termasuk menyelesaikan masalah yang timbul sebelum memulakan program. (Weishaar & Borsa,2001). Berikut ialah antara faktor-faktor kepada kejayaan Pendidikan Inklusif di Malaysia : 1.Peranan Kementetian Pelajaran Malaysia Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak boleh dinafikan dalam menjayakan pendidikan inklusif di Malaysia. Kementerian tidak mengabaikan pendidikan untuk murid yang mengalami sebarang kecacatan yang dikategorikan sebagai bermasalah untuk mendapat peluang pendidikan. Oleh yang demikian pihak kementerian telah mengadakan Kursus dan latihan khas bagi guru yang berminat dengan pendidikan inklusif ini. Melalui kursus atau latihan perguruan ini guru-guru dapat didedahkan dengan pelbagai kaedah atau cara pengajaran yang bersesuaian mengikut tahap keupayaan murid. Selain itu, kementerian juga memainkan peranan penting dalam penyediaan prasarana untuk murid yang memerlukan pendidikan inklusif ini. Sebagai contoh penyediaan bahan bertulis brail bagi yang mengalami kecacatan penglihatan. Melalui dasar pendidikan pula Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa. Dasar ini diperkukuhkan
  • 22. lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai „Disabled Person Act 2002‟ serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM, memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Peranan Sekolah Sekolah adalah sebuah pusat di mana pelajar akan mendapatkan ilmu pengetahuan tidak mengira bangsa, agama, warna kulit dan juga tahap keupayaan. Oleh yang demikian sekolah bertanggungjawab dalam merealisasikan kejayaan pendidikan inklusif ini. Pihak sekolah sewajarnya tidak meminggirkan kelas pendidikan inklusif. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang boleh dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sesebuah sekolah ; 1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas normal yang akan terlibat dengan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif. 2. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid Khas yang akan mengikuti Program Pendidikan Inklusif. 3. Mengadakan sesi suai kenal di antara Kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal. 4. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalam bilik darjah biasa. 5. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal. 6. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini. 7. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas. 8. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal. 9. Menjalani P&P mengikut jadual yang telah ditetapkan. 10. Penilaian keberkesanan Program Pendidikan Inklusif dijalankan secara berperingkat-peringkat.
  • 23. 3. Peranan Guru Ketika pelaksanaan pendidikan inklusif guru mesti menggunakan prinsip peringkatan isi iaitu mengajar daripada isi yang mudah kepada isi yang lebih susah. Ini kerana gaya pembelajaran murid-murid dalam kelas inklusif ialah aspek masa yang fleksibel di mana pembelajaran boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Aspek ini juga menyebabkan murid-murid lebih senang untuk berkomunikasi. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang dipilih oleh guru mestilah dapat meningkatkan penglibatan murid melalui kaedah-kaedah dan teknik-teknik bercerita, main peranan, lawatan dan projek. Pada peringkat sekolah rendah, Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah Rendah (PKSR) dijalankan manakala di sekolah menengah Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah Menengah (PKSM) dijalankan. Kedua-dua penilaian berasaskan kebolehan murid dan bukan terhad kepada satu kurikulum yang berstruktur. Penilaian yang bersifat formatif boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja dalam kedua-dua bentuk penilaian ini. Sebarang penilaian yang dibuat dalam kelas pendidikan inklusif mesti disediakan berdasarkan minat murid. Penilaian ini juga mesti mencabar minda dan pada masa yang sama tidak menyekat kebolehan pelajar. 3.1 Peranan Guru Resos dan Guru Biasa dalam Pengimplementasikan Pendidikan Inklusif. Dalam satu kajian yang telah dijalankan, kebanyakan guru-guru kelas biasa mempercayai bahawa pendidikan inklusif amat membebankan ( Bunch,1992) dan kerja-kerja akademik yang berkaitan dengan pendidikan inklusif sangat susah (Walron,1995). Guru-guru kelas juga merasai bahawa mereka tidak disediakan dengan begitu baik dalam program-program latihan guru untuk mengendalikan kelas pendidikan inklusif yang terdiri daripada murid-murid yang menghadapi cabaran dalam
  • 24. pembelajaran mereka. Justeru itu, guru kelas biasa memerlukan sokongan dalam bilik darjah. Salah satu daripada sokongan ini ialah melalui bantuan guru resos. Fungsi guru resos ialah untuk mencari program-program di mana mereka dapat menolong kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas dan untuk berurusan dengan agensi-agensi luaran. Peranan guru resos yang paling penting ialah untuk bekerja dengan murid-murid tersebut dan membantu mereka serta memberikan bimbingan secara individu. Guru-guru resos juga boleh memainkan peranan sebagai konsultan dan rakan sekerja profesional kepada guru-guru biasa. Guru-guru resos dan guru-guru biasa perlu bekerja bersama sebagai satu pasukan dan harus berprofesional dalam menjalani semua tanggungjawab mereka. Akan tetapi peranan guru-guru kelas adalah lebih signifikan kerana mereka yang menetapkan semua aspek-aspek akademik yang penting di dalam sebuah kelas inklusif. 4. Peranan Ibu Bapa Murid Inklusif Menurut Coots (1998), penglibatan ibu bapa dalam persekolahan kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah perlu kerana golongan ibu bapa adalah golongan yang memiliki banyak kelebihan berbanding guru khas dalam menjalankan fungsi ataupun tanggungjawab pada persekolahan. Guru khas bertugas secara formal dan dibatasi oleh faktor-faktor seperti masa, tempat dan peraturan. Manakala ibu bapa berhubung secara tidak formal dan mempunyai peluang lebih luas melibatkan diri dalam persekolahan. Penglibatan ibu bapa dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu penglibatan di rumah, penglibatan di sekolah dan kedua-duanya. i. sebagai pemerhati sejak kecil yang menjadi maklumat penting untuk para profesional. ii. mengambil peranan yang aktif dalam proses pendidikan terutamanya semasa peringkat prasekolah dimana ibu bapa boleh mendapatkan maklumat mengenai kemahiran pengurusan diri, pra-akademik, mobiliti dan komunikasi. Ibu bapa juga membuat temu janji dengan guru khas bagi membincangkan pelajaran si anak,
  • 25. menghadiri mesyuarat, membuat keputusan, meneliti rancangan dan memeriksa rekod anaknya yang disimpan di sekolah. iii. dengan latihan, ibu bapa dapat mengukuhkan pembelajaran yang pernah dipelajari oleh anak supaya diaplikasi di rumah. 5. Peranan Murid Normal/Rakan Sebaya Murid inklusif kita mungkin sukar untuk belajar dengan bimbingan guru ataupun daripada ibubapa. Mungkin mereka lebih mudah memahami dan dapat mengikut pelajaran sekiranya rakan sebaya membantunya. Ramai kanak-kanak mudah faham dan seronok apabila rakan sebaya membantu mereka dan mereka pasti lebih bermotivasi dan menunjukkan minat. Mungkin mereka tidak ada sifat malu, takut ataupun khuatir sekiranya mereka bersama rakan sebaya . Tunjuk ajar rakan sebaya adalah satu usaha yang dapat membina keyakinan dalam diri anak- anak. Adalah baik sekiranya anak kita mempunyai sahabat yang aktif supaya mereka boleh bersosial dengan mudah. Namun begitu, tingkah laku mereka perlu diperhatikan supaya tidak terpesong. Ada kalanya rakan sebaya boleh membawa anak ke jalan yang salah. Lebih-lebih lagi sekiranya anak anda tidak terlalu cergas. Dia lebih mudah terpengaruh dan mengikut sahaja tingkah laku rakan sebayanya tanpa dapat membezakan antara baik dan buruk. Mereka memerlukan sokongan bagi membentuk identiti diri mereka. Ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan dalam hal ini. Seandainya kelima faktor di atas diamati dan diaplikasikan dalam pendidikan inklusif untuk murid-murid inklusif maka tercapailah seperti mana yang diharapkan untuk melihat bahawa murid yang mengalami kekurangan atau kecacatan fizikal boleh berjaya seperti murid normal.
  • 26. Soalan 3 Tugasan 1 1.1 Definisi Pengajaran Mikro Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran dalam masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja. Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan papan kapur, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain. Kesimpulannya, pengajaran mikro digunakan untuk memerihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro, bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan. 1.2 Faedah Pengajaran Mikro. 1.2.1 Guru-guru pelatih mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan dipermudahkan. Pelatih berpeluang mempraktikkan segala kemahiran yang ada dalam pengajaran mikro ini dan jika dapat dilaksanakan dengan baik begitu membantu dalam menghadapi situasi sebenar sesi pengajaran. 1.2.2 Guru-guru pelatih boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang. Mudah dan kurang kompleks. Guru hanya diberi masa antara 5 hingga 15 minit sahaja untuk mempraktikkan satu kemahiran dalam pengajaran mikro ini. Teknik berfokus ini memberikan kefahaman mendalam pada guru pelatih.
  • 27. 1.2.3 Para pelatih dapat memperbaiki aspek pengajarannya hasil komen yang diberi oleh pensyarah dan rakan sebaya ke arah menjadi guru yang lebih efektif. Contohnya dalam penggunaan bahan bantu mengajar yang mungkin kurang bersesuaian, tahap variasi rangsangan yang menarik dan teknik menerang serta pengayaan yang bersesuaian mengikut tahap kebolehan pelajar. 1.2.4 Pengajaran mikro juga dapat membantu guru pelatih mengurangkan pelbagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah pada masa depan. Dalam aktiviti pengukuhan contohnya guru didedahkan dengan bagaimana ingin memberikan penghargaan kepada pelajar yang menjawab dengan baik begitu juga dengan teknik peneguhan untuk pelajar yang kurang tepat memberikan jawapan. 1.2.5 Melalui rakaman video, selepas aktiviti pengajaran selesai, perbincangan tentang kelemahan dan kekuatan dilakukan merujuk rakaman video bersama-sama guru dan rakan sebaya. Dengan ini pelatih dapat memperbaiki segala kelemahan pengajarannya dan memperkukuhkan lagi setiap aspek kekuatan dan pengajaran. Rumusannya melalui penagajaran mikro para pelatih akan dapt mepraktikkan segala teori yang dipelajarinya daripada pensyarah di dalam kelas. Teori-teoti ini dapt dipraktikkan secara menyeluruh. Ini membantu pelatih menangani masalah yang mungkin timbul dalam pengajaran sebenarnya apabila mengikuti latihan di sekolah.
  • 28. Tugasan 2 Difinisi Variasi Rangsangan Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh guru pelatih untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong guru pelatih mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya. Kemahiran ini juga merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya.Dalam proses p & p masa tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan. Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkahlaku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukarcorak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar Kesan penggunaan variasi rangsangan 1. Aktiviti P & P akan menjadi lebih seronok & menarik. Murid-murid lebih ceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam. Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid. 2. Minat & perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran guru dengan lebih baik lagi. Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran. Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran. 3. Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan & mereka berusaha melibatkan diri secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan sebagainya. Guru
  • 29. hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar.Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid. 4. Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajari sesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan dan ini akan meneguhkan P&P. Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya. 5. Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Guru mengggunakan pelbagai rangsangan melalui mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran. 6. Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Murid yang sering menimbulkan masalah disiplin seperti bising atau mengganggu rakan boleh diberi rangsangan seperti mengarahkan murid membaca atau menjawab. Guru haruslah mengambil khusus tentang mengenali fikiran pelajar masa kini supaya dapat mengetahui banyak cara yang baik dan sesuai menangani pelbagai masalah berdasarkan keadaan yang berlainan melalui khusus yang memanfaat itu.Oleh itu pelajar berasa sedar diri dengan keadaan yang selesa.Selain itu,guru juga harus menunjukkan kemesraan dan kesabaran terhadap pelajar yang lemah atau kurang sopan supaya dapat memotivasikan mereka berusaha dan belajar dengan seronok.