SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  34
Kaedah-kaedah dan Teknik-teknik
Pengajaran
1. Pembelajaran melalui Permainan
Permainan berlaku dalam beberapa bentuk.
Peranan utama guru ialah mengubahsuai
permainan    spontan    murid-murid    supaya
permainan itu mempunyai nilai-nilai pendidikan.
Terdapat empat jenis permainan: permainan
manipulatif, permainan fizikal, permainan
dramatik dan permainan (games).

 (a) Dalam permainan manipulatif, murid-murid
     menggunakan alat-alat kecil seperti
     ‘puzzles’, ‘counting rods’ atau ‘peg sets’.
     Tindakan murid-murid adalah berasaskan
     diri iaitu tidak ada interaksi di antara
     aktiviti manipulatif dan jenis aktiviti yang
     lain atau terdapat elemen dramatik dalam
     permainan itu.         Aktiviti permainan
     manipulatif secara amnya mempunyai
     matlamat-matlamat yang sempit dari segi
     nilai pendidikan.
(b)     Permainan fizikal melibatkan tindakbalas
      otot-otot besar seperti berlari, melompat
      atau menaiki basikal roda tiga. Kegiatan-
      kegiatan     seperti     ini    membantu
      memperbaiki kemahiran fizikal kanak-
      kanak atau membantu mereka belajar
      dalam situasi yang baru. Permainan
      fizikal mempunyai komponen dramatik
      dan guru boleh memperbaiki permainan
      ini atau memperkenalkan aspek sosial
      dalam permainan.

(c)      Permainan dramatik memerlukan murid-
      murid memain peranan bersama murid-
      murid yang lain dalam situasi yang tidak
      formal tetapi benar. Guru boleh wujudkan
      situasi   permainan     dramatik    untuk
      membantu murid-murid memain beberapa
      peranan.
(d)         Permainan adalah satu lagi aktiviti.
       Permainan adalah berstruktur tinggi dan
       terdapat peraturan-peraturan khas yang
       perlu dipatuhi. Murid-murid perlu diajar
       strategi-strategi bermain. Guru harus
       membimbing kerana murid-murid mungkin
       tidak cukup matang dalam mematuhi
       peraturan-peraturan    atau    memahami
       tingkah laku yang sesuai untuk bermain.


2. Main Peranan

 • Main peranan menyediakan peluang
   penerokaan di mana individu dilatih menjadi
   lebih peka terhadap perasaan orang lain
   melalui     respons   spontan       bersama
   perbincangan berpandu dan ianya wujud
   dalam situasi berkumpulan (Shaftel &
   Shaftel, 1967:84, cited in Brady, 1985).
   Murid-murid     main    peranan       dengan
   mencurahkan perasaan sebenar tanpa risiko
   tentang seorang yang lain – berfikir, merasa
   dan bertindak balas seperti orang lain
   melalui dialog.
• Semasa     main    peranan,    murid-murid
   berperlakuan lain daripada peranan dan
   tingkah laku biasa. Sebaliknya mereka
   mengintikan tingkah laku orang lain. Oleh
   demikian, mereka adalah kurang egosentrik.
   Mereka dapat celik akal tentang diri sendiri
   dan orang lain.

Tujuan main peranan dalam pembelajaran ialah
:
   (a) mengembang kepekaan kepada perasaan
       orang lain;
   (b) membantu murid-murid menjelaskan nilai-
       nilai yang membantu membuat keputusan;
   (c) membantu      murid-murid     melepaskan
       tekanan dan perasaan;
   (d) mengajar murid-murid menyelesaikan
       masalah;
   (e) mengembangkan         tabii   menimbang
       ekoran-ekoran tingkah laku di kalangan
       murid-murid;
   (f) membantu guru mengenalpasti keperluan
       murid-murid;
   (g) mengembangkan kejelikitan kumpulan;
   (h) mempelajari tingkah laku sosial; dan
   (i) mengajar murid-murid merasa-berfikir-
       melakon.
•             Main peranan ialah satu kaedah
    yang memerlukan persediaan yang minimal.
    Cadangan-cadangan berikut akan membantu
    guru dalam proses merancang main peranan:

    (a) Pilih situasi untuk main peranan yang
        berpusatkan        murid-murid     yang
        melibatkan mereka.
        •      Sampaikan konfik sebenar yang
    dihadapi oleh watak utama
        •     Melibatkan lebih daripada satu isu
    moral untuk perbincangan
        •       Menghasilkan ketidaksetujuan di
    antara murid-murid sebagai satu
                penyelesaian yang sesuai

    (b) Guru memutus bahawa situasi hampir
        sama boleh dimain peranan. Guru
        mungkin menukar nama-nama dalam
        situasi main peranan.

    (c)     Buat keputusan tentang cara memberi
          taklimat  kepada    pemain.   Taklimat
          mungkin diberi dengan menyoal pemain
          dan kelas tentang bentuk peranan
          tersebut.
(d)       Menentukan sama ada semua main
         peranan dijalankan secara kelas atau
         hanya kumpulan kecil bertanggungjawab
         atas pemilihan pemain dan taklimat.




         Berhenti dan renungkan.

Anda membawa adik balik ke rumah dari
sekolah setiap Isnin. Anda fikir adik anda boleh
balik ke rumah sendiri tetapi bapa anda tidak
setuju. Main peranan perbincangan diantara
bapa anda dan anda.


3. Sumbangsaran

  • Tujuan sumbangsaran ialah menjana
    seberapa banyak ide yang boleh, tanpa
    mengira ide tersebut sesuai atau tidak. Cara
    ini mengelakkan berfokus kepada satu cara
    penyelesaian sahaja. Oleh demikian,
    penilaian, perbincangan dan kritikan ditunda
    sehingga semua percambahan ide sudah
    dibuat.
Berhenti dan renungkan.


Tunjuk seketul batu kepada murid-murid.
Sumbangsaran kegunaan batu itu dalam lima
minit.



4. Tematik
  • Dalam strategi tematik, Konsep-konsep dari
    beberapa mata pelajaran ditimbul dan
    dihubungkait melalui satu tema.
  • Unit-unit tematik adalah merentas disiplin
    dan aktiviti pembelajaran adalah hasil
    daripada tema (Guillanume, 2000).
  • Unit tematik juga termasuk pilihan yang
    dibuat oleh kanak-kanak, dan membolehkan
    mereka memilih ahli kumpulan sendiri.
  • Perbincangan     kumpulan     kecil   boleh
    menimbulkan perasaan sepunya dan
    komuniti semasa kanak-kanak berkongsi
    pendapat.
Langkah-langkah berikut telah dicadangkan:
  (a) Pilih tema:     Tema perlu luas untuk
      merangkumi maklumat dari aspek lain
      tetapi tidaklah terlalu luas. Minat kanak-
      kanak perlu diutamakan.
  (b) Hasilkan   satu   jaringan   rancangan:
      Sumbangsaran     demi      menghasilkan
      sebuah carta – sebuah peta semantik –
      yang meneroka tema-tema yang sesuai.
Mengkaji
              Kini: Komuniti                                     Dahulu
                                                                               contoh-
                   kami                                                        contoh
                                                                               karya
                                                     Sepanjang                 sejarah
                                                      sejarah
                        Manusia wujud
                        bersama-sama
Teknologi
maklumat
mempengaruhi
komuniti
                                          Komuniti

      Bagaimana
      mereka
      sedang                   Keluarga                               Komuniti
      berubah?                 berbeza                                biologikal


                                                     Binatang wujud
   Sistem                                            sesama
   sokongan
   berbeza




 Punca: Sample Planning Web (Modified from
           Guillaume, 2000: 30)

     Rajah 3: Sampel Jaringan Rancangan
Jaringan di atas tidak termasuk perkara
tradisional seperti Matematik atau Kajian Sosial.
Jaringan ini harus diasingkan dari pemikiran
yang tradisional. Jaringan bersama rakan-rakan
menghasilkan pemikiran divergen.
(c) Pilih resos:     Semasa merancang,
     masukkan banyak resos seperti kesenian,
     kesusasteraan, rujukan bacaan, teknologi
     dan resos komuniti.
      (d) Merancang kegiatan-kegiatan: Pilih
     atau reka kegiatan-kegiatan berkaitan
     dengan tema, resos yang banyak dan
     menggalakkan murid-murid ke arah
     matlamat pembelajaran. Beri peluang
     kepada murid-murid untuk memilih aktiviti
     pembelajaran mereka.

5. Integrasi
  • Kaedah pengajaran integrasi adalah satu
    cara mengorganisasi program pengajaran
    supaya bahan dan kemahiran dalam
    kurikulum   boleh   disalingkaitkan dan
    digunakan berasaskan fungsinya.


 • Kaedah ini menyatukan topik-topik dalam
   kurikulum dengan pengalaman sekolah
   seseorang kanak-kanak.
• Kaedah ini hampir sama dengan kaedah
   mengajar mengikut unit dan berkait rapat
   dengan kaedah inkuiri – berasaskan individu
   dan harus diamalkan dalam persekitaran
   pembelajaran yang bebas.
 • Kaedah ini juga berorientasikan kaedah
   penyelesaian masalah.          Apabila guru
   menggunakan kaedah pengajaran integrasi,
   seluruh bilik darjah harus dirancang menurut
   falsafah kaedah mengajar ini.
Tujuan kaedah pengajaran integrasi adalah:
  (a) mengajar murid-murid menjadi penyelesai
           masalah yang berdikari;
  (b) membantu murid-murid memahami dan
      menghargai       bahawa      pembelajaran
      sekolah adalah salingkait dan bukan unit-
      unit tersendiri;
  (c) menekankan proses pembelajaran dan
      bukannya subjek dan            kemahiran
      spesifik; dan
  (d) mementingkan pembelajaran nilai sosial di
      mana          murid-murid      digalakkan
      bekerjasama di antara satu sama lain
      secara koperatif.
• Peranan guru dalam kaedah pengajaran
    integrasi adalah:
   (a) Sediakan tempat dan menyediakan
       persekitaran dimana murid-murid boleh
       melibatkan diri dalam kegiatan dari segi
       minat, keperluan, kebolehan, personaliti
       dan motivasi. Persekitaran mestilah mesra
       dan bebas dari tekanan.
   (b) Menstruktur dan membimbing penerokaan
       kanak-kanak         tetapi        haruslah
       menggalakkan mereka berinisiatif.
   (c) Menyediakan bahan-bahan permainan
       sesuai untuk membina, mengguna,
       memanipulasi, mencuba, meneroka dan
       memerah otak.
   (d) Belajar bersama murid-murid.
(Source: Jarolimek, J.J. & Foster, C.D. (1993).
Teaching and learning in the
         elementary school. 5th Edition. New
York: Macmillan Pub. Co.)
6. Bercerita
  • Aktiviti bercerita boleh mempromosikan
    minat     dalam      mana-mana    bahagian
    kurikulum.
  • Aktiviti bercerita dapat mengembangkan
    penghargaan dan keseronokan untuk
    menikmati       kesusasteraan,  pengayaan
    bahasa,          pelbagai      pengalaman,
    mengembang kemahiran mendengar dan
    memotivasi murid-murid membaca.
  • Langkah-langkah berikut telah dicadangkan
    untuk aktiviti bercerita:
(a) Sebelum bercerita:
   i.    Persekitaran yang selesa adalah
         penting. Jika boleh, kemas satu tempat
         supaya murid-murid boleh duduk
         mengeliling pencerita.
   ii.   Jika guru ialah pencerita, ia mesti
         menimbangkan perkara-perkara berikut:
          Pastikan cerita boleh didengar oleh
            semua murid
          Pastikan semua murid dapat lihat
           pencerita, terutama muka dan tangan
          Bercerita dengan kuat dan jelas
            dengan ekspresi suara
 Sekiranya pencerita tidak mahu
         diganggu, beritahu kepada murid-
         murid supaya tidak tanya soalan
         sehingga penghabisan cerita
        Pastikan semua murid memberi
         perhatian   sebelum    cerita itu
         dimulakan.
   iii. Kalau murid-murid diberi peluang
         bercerita bersama-sama, mereka harus
       • Diberi maklumat tentang bahagian-
            bahagian dan urutan cerita itu
       • Diberi peluang berkongsi cerita,
         peristiwa dalam satu keadaan tidak
         formal sebagai permulaan kepada
         pengalaman bercerita yang lebih
         mendalam.
(b) Semasa bercerita:
   i. Murid-murid     harus    diberi  peluang
       mencatat nota untuk perbincangan lanjut;
   ii.      Pastikan murid-murid menumpukan
   perhatian; dan
   iii. Pencerita harus bertentangan mata (eye
       contact) dengan pendengar dan bertutur
       secara     terus     menerus     kepada
       pendengarnya.
(c) Selepas sesi bercerita:

    i.     Beri peluang kepada murid untuk
    memberi rumusan cerita; dan
    ii.   Meminta mereka berkongsikan nilai
    yang telah belajar.


7. Memudahcara       (termasuk     kemahiran
fasilitator)
  • Seseorang fasilitator boleh membantu
    kanak-kanak belajar dengan memberi
    sokongan dari segi kemahiran belajar dan
    meningkatkan motivatsi mereka.


  • Dia boleh menggalakkan komunikasi di
    kalangan murid-murid, menjawab soalan
    yang ditanya oleh murid-murid, membantu
    murid-murid    dengan    tugasan   dan
    menentukan kemajuan mereka.
• Dalam usaha meningkatkan kemahiran
  belajar murid, fasilitator boleh memberi
  nasihat tentang pembelajaran, kemahiran
  belajar dan pengurusan masa, merancang
  jadual belajar dan menghasilkan rancangan
  individu.
• Dari segi motivasi, fasilitator membolehkan
  murid-murid      rasa      selesa   semasa
  berkomunikasi dengannya, mengingatkan
  murid-murid bahawa mereka tidak belajar
  berseorangan, menggalakkan murid-murid
  berkomunikasi      di   samping    memberi
  sokongan, membentuk kumpulan belajar,
  mencari bahan pembelajaran tambahan,
  mengguna bahan dari laman web,
  perbincangan forum, mel elektronik dan
  mengingati murid-murid tentang faedah
  menyiapkan sesuatu pembelajaran.
• Dari segi komunikasi, fasilitator mungkin
  menggalakkan       murid-murid    menjawab
  soalan dari kalangan mereka semasa
  perbincangan atau forum. Dengan ini,
  murid-murid belajar menerima dan menolak
  ide secara bijaksana.
8. Perbincangan
  • Perbincangan melibatkan perbualan antara
    murid dengan guru dalam sebuah kelas atau
    antara sekumpulan murid.
  • Strategi ini menggalakkan murid bertukar
    pendapat, ide atau maklumat secara
    berkesan bersama guru mereka atau di
    kalangan murid.
  • Perbincangan boleh merangsang pemikiran
    kritikal dan menggalak murid-murid yang
    berkebolehan sederhana dan kurang
    berupaya melibatkan diri dalam proses
    pembelajaran.
  • Perbincangan boleh digunakan untuk
    mencapai objektif-objektif kognitif dan
    afektif.
  • Dalam domain kognitif, perbincangan boleh
    menggalakkan murid-murid menganalisis
    ide-ide dan fakta-fakta dari pelajaran baru
    dan mengaitkannya dengan pelajaran yang
    lampau.
• Dari    domain     afektif,   perbincangan
  menggalakkan      murid-murid     meninjau
  pendapat-pendapat mereka, berinteraksi
  dan menilai ide-ide murid-murid lain serta
  mengembangkan kemahiran mendengar
  dengan baik. Walau apapun objektifnya,
  perbincangan mesti dirancang dengan baik
  dan    soalan-soalan    penting    dibentuk
  sebelum pengajaran dijalankan.
• Garispanduan berikut dicadangkan untuk
  perbincangan:
   • Ambil kira matlamat perbincangan
   • Pertimbangkan       pengalaman    dan
     perkembangan murid-murid
   • Kaji isu-isu yang terlibat
   • Murid-murid diberi orientasi objektif
     perbincangan
   • Sediakan        persekitaran     yang
     menyokongkan
   • Bekalkan maklumat baru atau tepat
     apabila perlu
   • Ulang, rumus atau jana pendapat dan
     kenyataan kepada satu unit yang
     bermakna
   • Terapkan unsur jenaka (Use humour)
• Garis panduan ini boleh diaplikasikan
       kepada    kaedah    kumpulan      dan
       perbincangan, seperti perbincangan
       kelas, panel dan perbahasan serta
       perbincangan kumpulan kecil.
Pada asasnya, terdapat dua jenis perbincangan:
(a)    Perbincangan      kelas   (Whole-class
  discussion):     Guru harus mengendali
  perbicangan kelas. Sebelum perbincangan
  kelas, adalah penting untuk memastikan
  murid-murid mempunyai pengetahuan asas
  tentang aspek yang dibincangkan.
 Panel dan perbahasan: Panel, simposium
 dan perbahasan melibatkan sekumpulan
 murid memperolehi maklumat tentang sesuatu
 topik, menyampaikan maklumat tersebut dan
 membincangkannya. Panel dan perbahasan
 direka dengan tujuan membantu murid-murid
 memahami beberapa pandangan berkaitan
 dengan sesuatu topik atau isu. Mereka
 menggabungkan           aktiviti-aktiviti dan
 kenyataan-kenyataan yang dirancang melalui
 perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam
 kegiatan bilik darjah yang besar apabila
 perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil
 tidak dapat dijalankan.
Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal
dimana empat hingga enam orang ahli
berbincang satu topik bersama seorang
pengerusi sedangkan murid-murid lain dalam
kelas     mendengar.     Kemudian,     satu
perbincangan tolak ansur akan diadakan
bersama kelas. Tiap-tiap ahli memberi
kenyataan masing-masing. Meja bulat boleh
digunakan sebagai versi panel yang tidak
formal.
Simposium hampir sama dengan panel tetapi
ia melibatkan penyampaian maklumat yang
lebih formal oleh setiap ahli panel.
Perbahasan    ialah    satu   pendekatan
perbincangan yang formal. Ia merangkumi
ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli
dari dua kumpulan yang mempunyai
pandangan yang bertentangan. Tiap-tiap ahli
akan membangkang ide dari kumpulan lain.
Panel dan perbahasan dijalankan untuk
faedah kelas. Kelas melibatkan diri melalui
soal dan jawab selepas panel telah
menyampai maklumatnya.
(b) Perbincangan kumpulan kecil: Bilangan yang
  paling sesuai dalam perbincangan kumpulan
  kecil adalah empat hingga lima orang murid.
  Perbincangan ini diketuai oleh murid terpilih
  dengan bimbingan seorang guru.

 Selain daripada mempromosi kemahiran
 pemikiran bertahap tinggi, perbincangan
 kumpulan kecil merangkumi perkembangan
 kemahiran     komunikasi,   kepemimpinan,
 perbahasan dan kompromi. Murid-murid yang
 terlibat dalam perbincangan boleh tersesat
 secara mudah. Organisasi yang teliti boleh
 membantu melicinkan proses perbincangan.

 Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara
 yang mana guru boleh lakukan bagi menjamin
 keberkesanan perbincangan kumpulan kecil:

 Pertama, guru harus memantau aktiviti secara
 teliti dengan meronda dalam bilik bagi
 memastikan setiap kumpulan fokus kepada
 objektif perbincangan.
Kedua, guru harus pastikan murid-murid
mempunyai     pengetahuan       asas    untuk
menyumbang kepada perbincangan tersebut.
Oleh demikian perbincangan kumpulan kecil
harus mengikuti satu pengajaran yang fokus
kepada isi kandungan dan yang kembang
berdasarkan topik-topik yang pernah diajar.

Ketiga, guru harus merancang perbincangan
yang pendek.

Keempat, murid-murid harus diberi arahan
tepat. Pada penghabisan aktiviti kumpulan
kecil, setiap kumpulan harus melaporkan hasil
kepada kelas. Ini boleh dijalankan melalui
laporan bertulis atau wakil dari kumpulan
memberi laporan secara lisan.
9. Inkuiri
  • Seperti kaedah penemuan, kaedah inkuiri
    menggalakkan murid-murid melibatkan diri
    dalam proses menemui jawapan atau
    rumusan melalui pengumpulan data dan
    pengujian hipotesis. Kaedah ini adalah
    secara induktif.
  • Guru membimbing murid-murid sepanjang
    mereka      menemui       makna       baru,
    mengamalkan kemahiran dan memperolehi
    pengalaman yang membantu pembelajaran
    mereka.
  • Umumnya, kaedah inkuiri berpusatkan
    murid dan kurang eksplisit berbanding
    dengan kaedah yang lain.
  • Kaedah inkuiri merupakan penemuan
    berpandu. Satu kebaikan kaedah ini ialah isi
    kandungan dan proses penyiasatan diajar
    pada masa yang sama.
  • Langkah-langkah kaedah inkuiri adalah
    hampir sama dengan pemikiran reflektif
    John Dewey. Langkah-langkah ini termasuk
    (i)   mengenalpasti    dan   menjelaskan
    permasalahan. (ii) membentuk hipotesis (iii)
    mengumpul data (iv) menganalisis dan
    menginterpret data untuk menguji hipotesis,
    dan (v) merumus.
10. Demonstrasi
 • Kuliah memerlukan pelajar mendengar,
   demontrasi memerlukan pelajar memerhati.
   Dalam proses demonstrasi, terdapat satu
   komunikasi lisan secara langsung dari guru
   kepada     murid.     Ia   juga     melibatkan
   pendekatan visual untuk memeriksa proses,
   maklumat dan ide.
 • Demonstrasi membolehkan murid-murid
   memerhati benda-benda maujud dan
   bagaimana mereka berfungsi.
 • Terdapat demonstrasi tulin, demonstrasi
   dengan komen atau demonstrasi dengan
   penglibatan daripada murid-murid.
 • Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak
   balas atau aktiviti sebelum murid-murid
   melakukan aktiviti itu secara individu.
 • Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak
   balas dan jangkaan oleh murid-murid.
• Demonstrasi      boleh   digunakan   untuk
  mengilustrasi hujah-hujah atau prosedur
  secara berkesan, merangsang minat dalam
  sesuatu topik, memberi model kemahiran
  mengajar      dan     menunjukkan    kadar
  perubahan.
• Untuk menjalankan demonstrasi yang
  berkesan, guru merancang demonstrasi
  secara teliti, mempraktikkan demonstrasi,
  membentuk          rangka      demonstrasi,
  memastikan      setiap   murid   perhatikan
  demonstrasi, memperkenalkan demonstrasi
  untuk memfokus perhatian, tanya dan
  menggalakkan soalan serta merancangkan
  tindakan susulan.
1.5.11 Penyelesaian Masalah        [Theory of
Constraint (TOC)]
  • Teori Konstrain (TOC) boleh digunakan
    dalam situasi-situasi tertentu atau boleh
    digabungkan        untuk       membentuk
    penyelesaian     masalah    koheren   dan
    mengubah sistem pengurusan.
  • Tujuan generik ialah menterjemah intuisi
    kepada bentuk yang boleh dibincang secara
    rasional, disoal tanpa rasa marah dan
    diubah supaya dapat mereflek kefahaman
    sesuatu situasi.
  • Teori  ini digunakan untuk membentuk
    penyelesaian common sense dan juga
    memudahkan komunikasi, kolaborasi dan
    persetujuan di antara semua yang terlibat
    dalam penyelesaian ini.
Untuk meletakkan alat-alat dalam kontek,
mereka mesti menyokong satu daripada tiga
objektif generik. Ketiga-tiga objektif bertujuan
memastikan:
 (a)   Apa yang perlu diubah: Penilaian situasi,
       perihalan tentang realiti semasa, dan
       identifikasi masalah utama atau konflik
       serta         andaian-andaian       yang
       menyokongnya – diagnosis
(b) Apa yang perlu diubah kepada: Visi /
    penyelesaian diverbalisasikan dan strategi
    diperihalkan supaya mencapai status
    yang diingini -- preskripsi, membuat
    keputusan       dan        perkembangan
    penyelesaian
(c) Bagaimana perubahan boleh dilakukan:
    Perkembangan rancangan-rancangan dan
    taktik-taktik yang      terperinci   akan
    menjelaskan apa yang perlu berlaku dan
    penyamaan      usaha-usaha       kumpulan
    dalam implementasi strategi – merancang,
    membina kumpulan


       • Bila-bila masa sesuatu masalah ditemui,
         penyelesaian selalunya dikait kepada
         satu atau lebih daripada tiga tujuan
         yang tersebut di atas.
                    (Punca:
      http://www.toceducationalforall.com)

       Layari laman web di atas untuk
       mendapatkan maklumat tambahan.
12. Pembelajaran Masteri
  • Pembelajaran Masteri ialah satu kaedah
    pengajaran individu. Pembelajaran ini
    menggunakan kurikulum yang berstruktur
    yang      dibahagikan    kepada     set-set
    pengetahuan dan kemahiran yang kecil.
  • Pembelajaran ini direka untuk memastikan
    semua murid mencapai objektif-objektif
    pembelajaran dan memberi setiap murid
    masa untuk mencapainya.
  • Model Masteri menjaminkan kebanyakan
    murid akan mencapai taraf       kecekapan
    kerana masa pembelajaran adalah fleksibel.
  • Setiap murid menerima arahan, amalan dan
    maklumbalas.
  • Pembelajaran Masteri melibatkan arahan
    kumpulan yang tradisional dan pengayaan
    dan pemulihan yang individu.
  • Guru mendiagnos kebolehan murid-murid
    dan      mencadangkan      kegiatan-kegitan
    individu yang sesuai.
• Pembelajaran Masteri dikemukakan oleh
  Bloom (1976, dalam Burden & Byrd).
• Pembelajaran Masteri menekankan (a)
  masa yang fleksibel dan berstruktur dengan
  isi kandungan (b) diagnostik / pengajaran
  preskriptif, dan (c) penghabisan semua
  objektif oleh murid-murid.
• Pengajaran dan masa adalah dua bahagian
  yang penting dalam pembelajaran masteri.


• Guru yang menggunakan pembelajaran
  masteri    dikehendaki     mengorganisasi
  pengajaran dalam satu bentuk yang tepat.


• Ia menyampai maklumat dan kemahairan
  menurut suatu corak, menentukan kemajuan
  murid-murid, memberi maklumbalas kepada
  murid-murid,    membantu      murid-murid
  mengatasi masalah melalui bimbingan dan
  kerja tambahan.


• Ia juga membekalkan pengayaan kepada
  mereka yang dapat belajar dengan cepat.
• Pembelajaran        Masteri     memerlukan
   rancangan yang luas, organsisasi dan
   penilaian diagnostik dari guru.
 • Tugasan dan kegiatan alternatif mesti
   disediakan atau direkabentuk oleh guru
   untuk memenuhi keperluan individu murid-
   murid.


      Berhenti dan renungkan.


Untuk memastikan pengajaran yang berkesan,
guru-guru harus mengaplikasikan strategi-
strategi yang berbeza-beza semasa mengajar
kepada kumpulan yang berlainan. Apakah
sebabnya?
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis.




Bahan Bacaan Asas

Kamarudin, H. (1990). Pedagogi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Mok, S.S. (2002). Ilmu pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah)
     Semester 1 & 2. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Rujukan

Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New
     Jersey: Merrill Prentice Hall.

Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan
     Page.

Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education
     Division.

Nanda V.K. (1998). Educational Technology For Adults. New Delhi: Anmol Publications.
1.6       Faktor-faktor yang Mempengaruhi               Pemilihan      Kaedah        dan       Teknik
          Pengajaran yang Berkesan



      Pembolehubah Konteks
                                                           Pembolehubah Proses
      Ciri-ciri guru
      Misalnya: jantina, umur,                             Persepsi, dan               Persepsi
      pengalaman, kelas sosial, latihan,
      personaliti                                          Strategi                      Strategi,
                                                           Tingkahlaku                   Tingkah laku
                                                           Guru                          Murid-murid
      Ciri-ciri murid
      Misalnya: umur, kebolehan, nilai,                                    Ciri-ciri tugas &
      personaliti, kelas sosial                                            Aktiviti-aktiviti
                                                                           pemebalajran

      Ciri-ciri kelas
      Misalnya: saiz, jarak kebolehan,
      kelas sosial

                                                       Pembolehubah Produk
      Ciri-ciri subjek
      Misalnya: isi kandunganr, taraf                  Jangka pendek / Jangka panjang
      kesusahan, minat
                                                       Hasil Kognitif/ Afektif, Pendidikan
                                                       Misalnya: perubahan dalam sikap murid-
      Ciri-ciri sekolah                                murid terhadap sekolah atau mata pelajaran;
      Misalnya: saiz, bangunan                         kemajuan dalam pencapaian tara; tahap
      kemudahan, ethos, peraturan                      konsep kendiri bertambah; kejayaan dalam
      disiplin, kemasukan murid-murid                  peperiksaan awam; autonomi murid-murid
      berkebolehan tinggi                              bertambah

Punca: Kyriacou, C. (1986). Effective teaching in schools. England: Basil Blackwell Ltd. Pg. 10,
Figure 1.


   Rajah 4: Rangka Asas untuk Pemikiran tentang
               Pengajaran yang Berkesan
(a) Pembolehubah konteks merujuk kepada
  semua ciri yang berkaitan dengan kegiatan
  pembelajaran, biasanya dalam bilik darjah.
  Pembolehubah-pembolehubah ini melibatkan
  ciri-ciri guru (misalnya jantina, pengalaman);
  ciri-ciri    murid-murid       (misalnya     umur,
  personaliti); ciri-ciri kelas (misalnya saiz, kelas
  sosial); ciri-ciri subjek (misalnya minat); ciri-ciri
  sekolah (misalnya ethos, kemudahan); ciri-ciri
  komuniti (misalnya lokasi geografi); dan ciri-
  ciri keadaan (misalnya sesi akademik).


(b) Pembolehubah proses merujuk kepada
  semua ciri yang berkaitan dengan tingkah
  laku guru (misalnya minat, ganjaran,
  pengurusan kelas, teknik disiplin) dan tingkah
  laku      murid-murid   (misalnya      strategi
  pembelajaran murid-murid, penglibatan murid-
  murid) serta tugas pembelajaran dan aktiviti
  bilik darjah.

(c) Pembolehubah produk merujuk kepada
  hasil pendidikan seperti kemahiran dan
  pengetahuan, motivasi, minat dalam mata
  pelajaran dan perkembangan sosial yang
  telah bertambah baik.
Berhenti dan renungkan.


Berdasarkan pengalaman mengajar anda,
perihal secara ringkas tiga faktor yang
mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran
yang berkesan.

Contenu connexe

Tendances

Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterPenny Chuah
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonamira nurfahmida
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)Komalam Mariappan
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Nur Kareena
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatKhasim Din
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifFerraleny Doline
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranDidie Patient
 
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Aisyah Hamid
 
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...FaFai S.
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 

Tendances (20)

Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordon
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumat
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatif
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
 
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 

Similaire à Kaedah teknik-pengajaran

Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahPengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahDennis Ha
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1imtiaz78
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatifsk zainab 2
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALWan Nor Faezah
 
Bahan model murugan
Bahan model muruganBahan model murugan
Bahan model muruganChekgu Veevi
 
UJIAN KURSUS DWP10903 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR.docx
UJIAN KURSUS DWP10903 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR.docxUJIAN KURSUS DWP10903 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR.docx
UJIAN KURSUS DWP10903 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR.docxIdrulHishamIPGKDRI
 
Pembelajarankoperatif1
Pembelajarankoperatif1Pembelajarankoperatif1
Pembelajarankoperatif1Roynizan Rosli
 
Contoh persediaan mengajar prasekolah
Contoh persediaan mengajar prasekolahContoh persediaan mengajar prasekolah
Contoh persediaan mengajar prasekolahNormala Mehat
 
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif raulhayes97
 

Similaire à Kaedah teknik-pengajaran (20)

Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
 
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahPengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
 
Strg P&P dalam SN
Strg P&P dalam SNStrg P&P dalam SN
Strg P&P dalam SN
 
CTL
CTLCTL
CTL
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif
 
Koperatif
KoperatifKoperatif
Koperatif
 
Model+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatifModel+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatif
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
 
Luas dan perimeter
Luas dan perimeterLuas dan perimeter
Luas dan perimeter
 
Interaksi dan Pembelajaran
Interaksi dan PembelajaranInteraksi dan Pembelajaran
Interaksi dan Pembelajaran
 
Teknik KBKK dalam PdP
Teknik KBKK dalam PdPTeknik KBKK dalam PdP
Teknik KBKK dalam PdP
 
Bab 9 pj nota
Bab 9 pj notaBab 9 pj nota
Bab 9 pj nota
 
Bahan model murugan
Bahan model muruganBahan model murugan
Bahan model murugan
 
UJIAN KURSUS DWP10903 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR.docx
UJIAN KURSUS DWP10903 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR.docxUJIAN KURSUS DWP10903 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR.docx
UJIAN KURSUS DWP10903 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR.docx
 
Pembelajarankoperatif1
Pembelajarankoperatif1Pembelajarankoperatif1
Pembelajarankoperatif1
 
Unit 7 koperatif
Unit 7 koperatifUnit 7 koperatif
Unit 7 koperatif
 
Contoh persediaan mengajar prasekolah
Contoh persediaan mengajar prasekolahContoh persediaan mengajar prasekolah
Contoh persediaan mengajar prasekolah
 
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
 

Dernier

BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 

Dernier (14)

BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 

Kaedah teknik-pengajaran

  • 1. Kaedah-kaedah dan Teknik-teknik Pengajaran 1. Pembelajaran melalui Permainan Permainan berlaku dalam beberapa bentuk. Peranan utama guru ialah mengubahsuai permainan spontan murid-murid supaya permainan itu mempunyai nilai-nilai pendidikan. Terdapat empat jenis permainan: permainan manipulatif, permainan fizikal, permainan dramatik dan permainan (games). (a) Dalam permainan manipulatif, murid-murid menggunakan alat-alat kecil seperti ‘puzzles’, ‘counting rods’ atau ‘peg sets’. Tindakan murid-murid adalah berasaskan diri iaitu tidak ada interaksi di antara aktiviti manipulatif dan jenis aktiviti yang lain atau terdapat elemen dramatik dalam permainan itu. Aktiviti permainan manipulatif secara amnya mempunyai matlamat-matlamat yang sempit dari segi nilai pendidikan.
  • 2. (b) Permainan fizikal melibatkan tindakbalas otot-otot besar seperti berlari, melompat atau menaiki basikal roda tiga. Kegiatan- kegiatan seperti ini membantu memperbaiki kemahiran fizikal kanak- kanak atau membantu mereka belajar dalam situasi yang baru. Permainan fizikal mempunyai komponen dramatik dan guru boleh memperbaiki permainan ini atau memperkenalkan aspek sosial dalam permainan. (c) Permainan dramatik memerlukan murid- murid memain peranan bersama murid- murid yang lain dalam situasi yang tidak formal tetapi benar. Guru boleh wujudkan situasi permainan dramatik untuk membantu murid-murid memain beberapa peranan.
  • 3. (d) Permainan adalah satu lagi aktiviti. Permainan adalah berstruktur tinggi dan terdapat peraturan-peraturan khas yang perlu dipatuhi. Murid-murid perlu diajar strategi-strategi bermain. Guru harus membimbing kerana murid-murid mungkin tidak cukup matang dalam mematuhi peraturan-peraturan atau memahami tingkah laku yang sesuai untuk bermain. 2. Main Peranan • Main peranan menyediakan peluang penerokaan di mana individu dilatih menjadi lebih peka terhadap perasaan orang lain melalui respons spontan bersama perbincangan berpandu dan ianya wujud dalam situasi berkumpulan (Shaftel & Shaftel, 1967:84, cited in Brady, 1985). Murid-murid main peranan dengan mencurahkan perasaan sebenar tanpa risiko tentang seorang yang lain – berfikir, merasa dan bertindak balas seperti orang lain melalui dialog.
  • 4. • Semasa main peranan, murid-murid berperlakuan lain daripada peranan dan tingkah laku biasa. Sebaliknya mereka mengintikan tingkah laku orang lain. Oleh demikian, mereka adalah kurang egosentrik. Mereka dapat celik akal tentang diri sendiri dan orang lain. Tujuan main peranan dalam pembelajaran ialah : (a) mengembang kepekaan kepada perasaan orang lain; (b) membantu murid-murid menjelaskan nilai- nilai yang membantu membuat keputusan; (c) membantu murid-murid melepaskan tekanan dan perasaan; (d) mengajar murid-murid menyelesaikan masalah; (e) mengembangkan tabii menimbang ekoran-ekoran tingkah laku di kalangan murid-murid; (f) membantu guru mengenalpasti keperluan murid-murid; (g) mengembangkan kejelikitan kumpulan; (h) mempelajari tingkah laku sosial; dan (i) mengajar murid-murid merasa-berfikir- melakon.
  • 5. Main peranan ialah satu kaedah yang memerlukan persediaan yang minimal. Cadangan-cadangan berikut akan membantu guru dalam proses merancang main peranan: (a) Pilih situasi untuk main peranan yang berpusatkan murid-murid yang melibatkan mereka. • Sampaikan konfik sebenar yang dihadapi oleh watak utama • Melibatkan lebih daripada satu isu moral untuk perbincangan • Menghasilkan ketidaksetujuan di antara murid-murid sebagai satu penyelesaian yang sesuai (b) Guru memutus bahawa situasi hampir sama boleh dimain peranan. Guru mungkin menukar nama-nama dalam situasi main peranan. (c) Buat keputusan tentang cara memberi taklimat kepada pemain. Taklimat mungkin diberi dengan menyoal pemain dan kelas tentang bentuk peranan tersebut.
  • 6. (d) Menentukan sama ada semua main peranan dijalankan secara kelas atau hanya kumpulan kecil bertanggungjawab atas pemilihan pemain dan taklimat. Berhenti dan renungkan. Anda membawa adik balik ke rumah dari sekolah setiap Isnin. Anda fikir adik anda boleh balik ke rumah sendiri tetapi bapa anda tidak setuju. Main peranan perbincangan diantara bapa anda dan anda. 3. Sumbangsaran • Tujuan sumbangsaran ialah menjana seberapa banyak ide yang boleh, tanpa mengira ide tersebut sesuai atau tidak. Cara ini mengelakkan berfokus kepada satu cara penyelesaian sahaja. Oleh demikian, penilaian, perbincangan dan kritikan ditunda sehingga semua percambahan ide sudah dibuat.
  • 7. Berhenti dan renungkan. Tunjuk seketul batu kepada murid-murid. Sumbangsaran kegunaan batu itu dalam lima minit. 4. Tematik • Dalam strategi tematik, Konsep-konsep dari beberapa mata pelajaran ditimbul dan dihubungkait melalui satu tema. • Unit-unit tematik adalah merentas disiplin dan aktiviti pembelajaran adalah hasil daripada tema (Guillanume, 2000). • Unit tematik juga termasuk pilihan yang dibuat oleh kanak-kanak, dan membolehkan mereka memilih ahli kumpulan sendiri. • Perbincangan kumpulan kecil boleh menimbulkan perasaan sepunya dan komuniti semasa kanak-kanak berkongsi pendapat.
  • 8. Langkah-langkah berikut telah dicadangkan: (a) Pilih tema: Tema perlu luas untuk merangkumi maklumat dari aspek lain tetapi tidaklah terlalu luas. Minat kanak- kanak perlu diutamakan. (b) Hasilkan satu jaringan rancangan: Sumbangsaran demi menghasilkan sebuah carta – sebuah peta semantik – yang meneroka tema-tema yang sesuai.
  • 9. Mengkaji Kini: Komuniti Dahulu contoh- kami contoh karya Sepanjang sejarah sejarah Manusia wujud bersama-sama Teknologi maklumat mempengaruhi komuniti Komuniti Bagaimana mereka sedang Keluarga Komuniti berubah? berbeza biologikal Binatang wujud Sistem sesama sokongan berbeza Punca: Sample Planning Web (Modified from Guillaume, 2000: 30) Rajah 3: Sampel Jaringan Rancangan Jaringan di atas tidak termasuk perkara tradisional seperti Matematik atau Kajian Sosial. Jaringan ini harus diasingkan dari pemikiran yang tradisional. Jaringan bersama rakan-rakan menghasilkan pemikiran divergen.
  • 10. (c) Pilih resos: Semasa merancang, masukkan banyak resos seperti kesenian, kesusasteraan, rujukan bacaan, teknologi dan resos komuniti. (d) Merancang kegiatan-kegiatan: Pilih atau reka kegiatan-kegiatan berkaitan dengan tema, resos yang banyak dan menggalakkan murid-murid ke arah matlamat pembelajaran. Beri peluang kepada murid-murid untuk memilih aktiviti pembelajaran mereka. 5. Integrasi • Kaedah pengajaran integrasi adalah satu cara mengorganisasi program pengajaran supaya bahan dan kemahiran dalam kurikulum boleh disalingkaitkan dan digunakan berasaskan fungsinya. • Kaedah ini menyatukan topik-topik dalam kurikulum dengan pengalaman sekolah seseorang kanak-kanak.
  • 11. • Kaedah ini hampir sama dengan kaedah mengajar mengikut unit dan berkait rapat dengan kaedah inkuiri – berasaskan individu dan harus diamalkan dalam persekitaran pembelajaran yang bebas. • Kaedah ini juga berorientasikan kaedah penyelesaian masalah. Apabila guru menggunakan kaedah pengajaran integrasi, seluruh bilik darjah harus dirancang menurut falsafah kaedah mengajar ini. Tujuan kaedah pengajaran integrasi adalah: (a) mengajar murid-murid menjadi penyelesai masalah yang berdikari; (b) membantu murid-murid memahami dan menghargai bahawa pembelajaran sekolah adalah salingkait dan bukan unit- unit tersendiri; (c) menekankan proses pembelajaran dan bukannya subjek dan kemahiran spesifik; dan (d) mementingkan pembelajaran nilai sosial di mana murid-murid digalakkan bekerjasama di antara satu sama lain secara koperatif.
  • 12. • Peranan guru dalam kaedah pengajaran integrasi adalah: (a) Sediakan tempat dan menyediakan persekitaran dimana murid-murid boleh melibatkan diri dalam kegiatan dari segi minat, keperluan, kebolehan, personaliti dan motivasi. Persekitaran mestilah mesra dan bebas dari tekanan. (b) Menstruktur dan membimbing penerokaan kanak-kanak tetapi haruslah menggalakkan mereka berinisiatif. (c) Menyediakan bahan-bahan permainan sesuai untuk membina, mengguna, memanipulasi, mencuba, meneroka dan memerah otak. (d) Belajar bersama murid-murid. (Source: Jarolimek, J.J. & Foster, C.D. (1993). Teaching and learning in the elementary school. 5th Edition. New York: Macmillan Pub. Co.)
  • 13. 6. Bercerita • Aktiviti bercerita boleh mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian kurikulum. • Aktiviti bercerita dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan, pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid membaca. • Langkah-langkah berikut telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita: (a) Sebelum bercerita: i. Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, kemas satu tempat supaya murid-murid boleh duduk mengeliling pencerita. ii. Jika guru ialah pencerita, ia mesti menimbangkan perkara-perkara berikut:  Pastikan cerita boleh didengar oleh semua murid  Pastikan semua murid dapat lihat pencerita, terutama muka dan tangan  Bercerita dengan kuat dan jelas dengan ekspresi suara
  • 14.  Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, beritahu kepada murid- murid supaya tidak tanya soalan sehingga penghabisan cerita  Pastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan. iii. Kalau murid-murid diberi peluang bercerita bersama-sama, mereka harus • Diberi maklumat tentang bahagian- bahagian dan urutan cerita itu • Diberi peluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita yang lebih mendalam. (b) Semasa bercerita: i. Murid-murid harus diberi peluang mencatat nota untuk perbincangan lanjut; ii. Pastikan murid-murid menumpukan perhatian; dan iii. Pencerita harus bertentangan mata (eye contact) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya.
  • 15. (c) Selepas sesi bercerita: i. Beri peluang kepada murid untuk memberi rumusan cerita; dan ii. Meminta mereka berkongsikan nilai yang telah belajar. 7. Memudahcara (termasuk kemahiran fasilitator) • Seseorang fasilitator boleh membantu kanak-kanak belajar dengan memberi sokongan dari segi kemahiran belajar dan meningkatkan motivatsi mereka. • Dia boleh menggalakkan komunikasi di kalangan murid-murid, menjawab soalan yang ditanya oleh murid-murid, membantu murid-murid dengan tugasan dan menentukan kemajuan mereka.
  • 16. • Dalam usaha meningkatkan kemahiran belajar murid, fasilitator boleh memberi nasihat tentang pembelajaran, kemahiran belajar dan pengurusan masa, merancang jadual belajar dan menghasilkan rancangan individu. • Dari segi motivasi, fasilitator membolehkan murid-murid rasa selesa semasa berkomunikasi dengannya, mengingatkan murid-murid bahawa mereka tidak belajar berseorangan, menggalakkan murid-murid berkomunikasi di samping memberi sokongan, membentuk kumpulan belajar, mencari bahan pembelajaran tambahan, mengguna bahan dari laman web, perbincangan forum, mel elektronik dan mengingati murid-murid tentang faedah menyiapkan sesuatu pembelajaran. • Dari segi komunikasi, fasilitator mungkin menggalakkan murid-murid menjawab soalan dari kalangan mereka semasa perbincangan atau forum. Dengan ini, murid-murid belajar menerima dan menolak ide secara bijaksana.
  • 17. 8. Perbincangan • Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam sebuah kelas atau antara sekumpulan murid. • Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat, ide atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan murid. • Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalak murid-murid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya melibatkan diri dalam proses pembelajaran. • Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-objektif kognitif dan afektif. • Dalam domain kognitif, perbincangan boleh menggalakkan murid-murid menganalisis ide-ide dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau.
  • 18. • Dari domain afektif, perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau pendapat-pendapat mereka, berinteraksi dan menilai ide-ide murid-murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Walau apapun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan. • Garispanduan berikut dicadangkan untuk perbincangan: • Ambil kira matlamat perbincangan • Pertimbangkan pengalaman dan perkembangan murid-murid • Kaji isu-isu yang terlibat • Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangan • Sediakan persekitaran yang menyokongkan • Bekalkan maklumat baru atau tepat apabila perlu • Ulang, rumus atau jana pendapat dan kenyataan kepada satu unit yang bermakna • Terapkan unsur jenaka (Use humour)
  • 19. • Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada kaedah kumpulan dan perbincangan, seperti perbincangan kelas, panel dan perbahasan serta perbincangan kumpulan kecil. Pada asasnya, terdapat dua jenis perbincangan: (a) Perbincangan kelas (Whole-class discussion): Guru harus mengendali perbicangan kelas. Sebelum perbincangan kelas, adalah penting untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang dibincangkan. Panel dan perbahasan: Panel, simposium dan perbahasan melibatkan sekumpulan murid memperolehi maklumat tentang sesuatu topik, menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya. Panel dan perbahasan direka dengan tujuan membantu murid-murid memahami beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu. Mereka menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataan yang dirancang melalui perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam kegiatan bilik darjah yang besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak dapat dijalankan.
  • 20. Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal dimana empat hingga enam orang ahli berbincang satu topik bersama seorang pengerusi sedangkan murid-murid lain dalam kelas mendengar. Kemudian, satu perbincangan tolak ansur akan diadakan bersama kelas. Tiap-tiap ahli memberi kenyataan masing-masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak formal. Simposium hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan penyampaian maklumat yang lebih formal oleh setiap ahli panel. Perbahasan ialah satu pendekatan perbincangan yang formal. Ia merangkumi ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli dari dua kumpulan yang mempunyai pandangan yang bertentangan. Tiap-tiap ahli akan membangkang ide dari kumpulan lain. Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Kelas melibatkan diri melalui soal dan jawab selepas panel telah menyampai maklumatnya.
  • 21. (b) Perbincangan kumpulan kecil: Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan kecil adalah empat hingga lima orang murid. Perbincangan ini diketuai oleh murid terpilih dengan bimbingan seorang guru. Selain daripada mempromosi kemahiran pemikiran bertahap tinggi, perbincangan kumpulan kecil merangkumi perkembangan kemahiran komunikasi, kepemimpinan, perbahasan dan kompromi. Murid-murid yang terlibat dalam perbincangan boleh tersesat secara mudah. Organisasi yang teliti boleh membantu melicinkan proses perbincangan. Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru boleh lakukan bagi menjamin keberkesanan perbincangan kumpulan kecil: Pertama, guru harus memantau aktiviti secara teliti dengan meronda dalam bilik bagi memastikan setiap kumpulan fokus kepada objektif perbincangan.
  • 22. Kedua, guru harus pastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas untuk menyumbang kepada perbincangan tersebut. Oleh demikian perbincangan kumpulan kecil harus mengikuti satu pengajaran yang fokus kepada isi kandungan dan yang kembang berdasarkan topik-topik yang pernah diajar. Ketiga, guru harus merancang perbincangan yang pendek. Keempat, murid-murid harus diberi arahan tepat. Pada penghabisan aktiviti kumpulan kecil, setiap kumpulan harus melaporkan hasil kepada kelas. Ini boleh dijalankan melalui laporan bertulis atau wakil dari kumpulan memberi laporan secara lisan.
  • 23. 9. Inkuiri • Seperti kaedah penemuan, kaedah inkuiri menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam proses menemui jawapan atau rumusan melalui pengumpulan data dan pengujian hipotesis. Kaedah ini adalah secara induktif. • Guru membimbing murid-murid sepanjang mereka menemui makna baru, mengamalkan kemahiran dan memperolehi pengalaman yang membantu pembelajaran mereka. • Umumnya, kaedah inkuiri berpusatkan murid dan kurang eksplisit berbanding dengan kaedah yang lain. • Kaedah inkuiri merupakan penemuan berpandu. Satu kebaikan kaedah ini ialah isi kandungan dan proses penyiasatan diajar pada masa yang sama. • Langkah-langkah kaedah inkuiri adalah hampir sama dengan pemikiran reflektif John Dewey. Langkah-langkah ini termasuk (i) mengenalpasti dan menjelaskan permasalahan. (ii) membentuk hipotesis (iii) mengumpul data (iv) menganalisis dan menginterpret data untuk menguji hipotesis, dan (v) merumus.
  • 24. 10. Demonstrasi • Kuliah memerlukan pelajar mendengar, demontrasi memerlukan pelajar memerhati. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara langsung dari guru kepada murid. Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa proses, maklumat dan ide. • Demonstrasi membolehkan murid-murid memerhati benda-benda maujud dan bagaimana mereka berfungsi. • Terdapat demonstrasi tulin, demonstrasi dengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan daripada murid-murid. • Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu. • Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid-murid.
  • 25. • Demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasi hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik, memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan. • Untuk menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru merancang demonstrasi secara teliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan setiap murid perhatikan demonstrasi, memperkenalkan demonstrasi untuk memfokus perhatian, tanya dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan.
  • 26. 1.5.11 Penyelesaian Masalah [Theory of Constraint (TOC)] • Teori Konstrain (TOC) boleh digunakan dalam situasi-situasi tertentu atau boleh digabungkan untuk membentuk penyelesaian masalah koheren dan mengubah sistem pengurusan. • Tujuan generik ialah menterjemah intuisi kepada bentuk yang boleh dibincang secara rasional, disoal tanpa rasa marah dan diubah supaya dapat mereflek kefahaman sesuatu situasi. • Teori ini digunakan untuk membentuk penyelesaian common sense dan juga memudahkan komunikasi, kolaborasi dan persetujuan di antara semua yang terlibat dalam penyelesaian ini. Untuk meletakkan alat-alat dalam kontek, mereka mesti menyokong satu daripada tiga objektif generik. Ketiga-tiga objektif bertujuan memastikan: (a) Apa yang perlu diubah: Penilaian situasi, perihalan tentang realiti semasa, dan identifikasi masalah utama atau konflik serta andaian-andaian yang menyokongnya – diagnosis
  • 27. (b) Apa yang perlu diubah kepada: Visi / penyelesaian diverbalisasikan dan strategi diperihalkan supaya mencapai status yang diingini -- preskripsi, membuat keputusan dan perkembangan penyelesaian (c) Bagaimana perubahan boleh dilakukan: Perkembangan rancangan-rancangan dan taktik-taktik yang terperinci akan menjelaskan apa yang perlu berlaku dan penyamaan usaha-usaha kumpulan dalam implementasi strategi – merancang, membina kumpulan • Bila-bila masa sesuatu masalah ditemui, penyelesaian selalunya dikait kepada satu atau lebih daripada tiga tujuan yang tersebut di atas. (Punca: http://www.toceducationalforall.com) Layari laman web di atas untuk mendapatkan maklumat tambahan.
  • 28. 12. Pembelajaran Masteri • Pembelajaran Masteri ialah satu kaedah pengajaran individu. Pembelajaran ini menggunakan kurikulum yang berstruktur yang dibahagikan kepada set-set pengetahuan dan kemahiran yang kecil. • Pembelajaran ini direka untuk memastikan semua murid mencapai objektif-objektif pembelajaran dan memberi setiap murid masa untuk mencapainya. • Model Masteri menjaminkan kebanyakan murid akan mencapai taraf kecekapan kerana masa pembelajaran adalah fleksibel. • Setiap murid menerima arahan, amalan dan maklumbalas. • Pembelajaran Masteri melibatkan arahan kumpulan yang tradisional dan pengayaan dan pemulihan yang individu. • Guru mendiagnos kebolehan murid-murid dan mencadangkan kegiatan-kegitan individu yang sesuai.
  • 29. • Pembelajaran Masteri dikemukakan oleh Bloom (1976, dalam Burden & Byrd). • Pembelajaran Masteri menekankan (a) masa yang fleksibel dan berstruktur dengan isi kandungan (b) diagnostik / pengajaran preskriptif, dan (c) penghabisan semua objektif oleh murid-murid. • Pengajaran dan masa adalah dua bahagian yang penting dalam pembelajaran masteri. • Guru yang menggunakan pembelajaran masteri dikehendaki mengorganisasi pengajaran dalam satu bentuk yang tepat. • Ia menyampai maklumat dan kemahairan menurut suatu corak, menentukan kemajuan murid-murid, memberi maklumbalas kepada murid-murid, membantu murid-murid mengatasi masalah melalui bimbingan dan kerja tambahan. • Ia juga membekalkan pengayaan kepada mereka yang dapat belajar dengan cepat.
  • 30. • Pembelajaran Masteri memerlukan rancangan yang luas, organsisasi dan penilaian diagnostik dari guru. • Tugasan dan kegiatan alternatif mesti disediakan atau direkabentuk oleh guru untuk memenuhi keperluan individu murid- murid. Berhenti dan renungkan. Untuk memastikan pengajaran yang berkesan, guru-guru harus mengaplikasikan strategi- strategi yang berbeza-beza semasa mengajar kepada kumpulan yang berlainan. Apakah sebabnya?
  • 31. Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis. Bahan Bacaan Asas Kamarudin, H. (1990). Pedagogi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia. Mok, S.S. (2002). Ilmu pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) Semester 1 & 2. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Rujukan Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon. Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New Jersey: Merrill Prentice Hall. Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page. Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education Division. Nanda V.K. (1998). Educational Technology For Adults. New Delhi: Anmol Publications.
  • 32. 1.6 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah dan Teknik Pengajaran yang Berkesan Pembolehubah Konteks Pembolehubah Proses Ciri-ciri guru Misalnya: jantina, umur, Persepsi, dan Persepsi pengalaman, kelas sosial, latihan, personaliti Strategi Strategi, Tingkahlaku Tingkah laku Guru Murid-murid Ciri-ciri murid Misalnya: umur, kebolehan, nilai, Ciri-ciri tugas & personaliti, kelas sosial Aktiviti-aktiviti pemebalajran Ciri-ciri kelas Misalnya: saiz, jarak kebolehan, kelas sosial Pembolehubah Produk Ciri-ciri subjek Misalnya: isi kandunganr, taraf Jangka pendek / Jangka panjang kesusahan, minat Hasil Kognitif/ Afektif, Pendidikan Misalnya: perubahan dalam sikap murid- Ciri-ciri sekolah murid terhadap sekolah atau mata pelajaran; Misalnya: saiz, bangunan kemajuan dalam pencapaian tara; tahap kemudahan, ethos, peraturan konsep kendiri bertambah; kejayaan dalam disiplin, kemasukan murid-murid peperiksaan awam; autonomi murid-murid berkebolehan tinggi bertambah Punca: Kyriacou, C. (1986). Effective teaching in schools. England: Basil Blackwell Ltd. Pg. 10, Figure 1. Rajah 4: Rangka Asas untuk Pemikiran tentang Pengajaran yang Berkesan
  • 33. (a) Pembolehubah konteks merujuk kepada semua ciri yang berkaitan dengan kegiatan pembelajaran, biasanya dalam bilik darjah. Pembolehubah-pembolehubah ini melibatkan ciri-ciri guru (misalnya jantina, pengalaman); ciri-ciri murid-murid (misalnya umur, personaliti); ciri-ciri kelas (misalnya saiz, kelas sosial); ciri-ciri subjek (misalnya minat); ciri-ciri sekolah (misalnya ethos, kemudahan); ciri-ciri komuniti (misalnya lokasi geografi); dan ciri- ciri keadaan (misalnya sesi akademik). (b) Pembolehubah proses merujuk kepada semua ciri yang berkaitan dengan tingkah laku guru (misalnya minat, ganjaran, pengurusan kelas, teknik disiplin) dan tingkah laku murid-murid (misalnya strategi pembelajaran murid-murid, penglibatan murid- murid) serta tugas pembelajaran dan aktiviti bilik darjah. (c) Pembolehubah produk merujuk kepada hasil pendidikan seperti kemahiran dan pengetahuan, motivasi, minat dalam mata pelajaran dan perkembangan sosial yang telah bertambah baik.
  • 34. Berhenti dan renungkan. Berdasarkan pengalaman mengajar anda, perihal secara ringkas tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran yang berkesan.