1. Buat anak-anak didikku, selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar. Semoga anda
semua menjadi insan cemerlang.
Mari kita mulakan pelajaran Bahasa Malaysia dengan Kata Tugas
Kata Tugas ialah golongan perkataan selain Kata Nama, Kata
Kerja dan Kata Sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu
dalam binaan ayat, klausa dan frasa.
Kata tugas ialah sejenis kata yang hadir dalam ayat, klausa atau
frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu.
Kata tugas bertugas sebagai penyempurna atau pelengkap
sesuatu ayat. Tanpa kata tugas, sesuatu ayat akan janggal dan
tidak gramatis.
Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti
dalam sebarang frasa utama.
Kata tugas tidak membawa makna apa-apa jika wujud atau hadir
bersendirian tanpa golongan kata lain seperti kata nama, kata
kerja dan kata adjektif.
Sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama
ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat,
pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau
tugas-tugas lain.
2. Kata tugas dapat dibahagikan kepada 16 jenis berdasarkan tugas
dan peranan yang dibawanya.
Antaranya:
Kata Hubung ( dan,kecuali,serta,kerana,supaya…)
Kata Bilangan ( satu,setengah,kedua,bertiga-tiga…)
Kata Tanya ( siapa,apa,mengapa…)
Kata Sendi Nama ( dari,daripada, pada…)
Kata Perintah ( sila,jangan,usah…)
Kata Pangkal Ayat
Kata Seru ( amboi,cis,wah…)
Kata Bantu ( telah,sudah,sedang,pernah,mahu,hendak…)
Kata Penguat (agak , paling, sangat, amat...)
Kata Penegas (-kah,-tah,-lah,juga,pun,lagi…)
Kata Pemeri ( ialah,adalah)
Kata Pembenar ( ya,benar,betul)
Kata Nafi ( bukan,tidak)
Kata Arah ( atas,hadapan,bawah,tepi,luar…)
Kata Penekan ( -nya-- Memberi penegasan bagi kata yang
digandingi)
Kata Pembenda ( -nya-- Menjadikan kata bukan nama
sebagai kata nama)
3. A. Kata Hubung
Kata Hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan
ayat.
Kata Hubung terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
(i) Kata Hubung Gabungan,
(ii) Kata Hubung Pancangan,
(iii) Kata Hubung Berpasangan.
Dalam Bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk
gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu Kata Hubung Gabungan dan Kata Hubung
Pancangan.
Contoh Kata Hubung :
Contoh Contoh
dan Lau dan Ah Lim berjiran.
kerana Aminah menangis kerana terlalu sedih.
apabila Mukanya pucat apabila dikejut oleh adiknya.
lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
4. hingga Abang menonton televisyen hingga larut malam.
Jika Saya akan berpayung jika hujan.
agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia
segera.
Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina sebuah
rumah yatim.
kecuali Semua murid hadir pada hari ini kecuali Kalai.
manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil Zalifah bernyanyi sambil menari.
sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan
masih sihat.
semenjak Saya berkawan dengan Ali semenjak kecil.
sungguhpun Sungguhpun orang itu cacat, tetapi orang itu
mampu berdikari.
supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya mendapat
keputusan yang cemerlang.
walaupun Walaupun letih, kerja itu dapat diselesaikannya
juga.
tetapi Badannya besar tetapi penakut.
Latihan Interaktif Kata Hubung
http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/latihan_3.htm
B. Kata Sendi
Kata Sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam Bahasa
Melayu.
Kata Sendi Nama merupakan kata depan kepada kata nama dan frasa nama.
5. Kata tugas lain tidak membentuk frasa. Kata Sendi memerlukan frasa nama
untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
Kata Sendi Nama pula mempunyai pelbagai tugas.
Antara kata Sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu seperti
berikut:
di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai,
umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk,
dengan, dalam, dan sebagainya.
Sendi Contoh Ayat:
Tugas/contoh
Nama
Menunjukkan tempat Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.
di
Menunjukan perbuatan
Menunjukkan tempat atau Mereka akan ke Ipoh esok.
ke arah tujuan (
Menunjukkan waktu
Menunjukkan tempat atu arah
datang Ely datang dari Kelantan
dari Menunjukkan waktu atau
masa
Menunjukkan Kita mesti hormat kepada ibu
sasaran/ditujukan bapa.
Menunjukkan bahagian
kepada
sesuatu
Menunjukkan perubahan
keadaan
Menunjukkan punca Ukiran itu
Menunjukkan sumber atau diperbuat daripada perak.
daripada
asal sesuatu
Menunjukkan perbandingan
Menunjukkan tempat sesuatu Pey Wan tiba pada pukul lapan
perbuatan malam
Menunjukkan tempat tempat
pada
terdapatnya sesuatu
Menunjukkan keterangan
waktu
Menunjukkan kegunaan
untuk
sesuatu (alat untuk membuka Hadiah ini untukmu
6. pintu)
Menunjukkan sesuatu telah
dikhaskan
Derma bagi mangsa banjir sedang
Menunjukkan kegunaan dipungut.
bagi
sesuatu
menunjukkan tujuan Demi anaknya, dia terpaksa keluar
demi menunjukkan urutan bekerja di luar negara.
Untuk menegaskan sesuatu
Menteri-menteri itu
tentang Menunjukkan rujukan berbincang tentang masalah
negara.
Menunjukkan turut serta Dana memotong kek itu dengan
Menunjukkan cara sesuatu pisau yang tajam.
perbuatan dilakaukan
dengan
Menunjukkan benda yang
digunakan
Menunjukkan persamaan
Milah sentiasa gembira sejak /
sejak, Menjadi penanda waktu atau semenjak suaminya pulang dari
semenjak masa perantauan.
Menunjukkan rujukan yang Kita mesti taat terhadap negara
terhadap
tentu kita.
Menunjukkan pembuat dalam Kuih ini dibuat oleh Nadiah
oleh ayat pasif
Menunjukkan sebab
Menunjukkan rujukan selepas Diana amat sayang akan /
akan
kata atau frasa adjektif kepada ayahnya.
hingga, Menunjukkan had masa atau Abu belajar hingga / sampai
sampai peringkat peringkat universiti.
seperti, Suaranya merdu seperti/ umpama
bagai, / laksana / bagai buluh perindu.
umpama, Menunjukkan perbandingan
laksana,
bak
Latihan Interaktif Kata Sendi Nama
http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm28.HTM