SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  42
IPG KAMPUS KOTA BAHARU



                                  TAJUK :

       PEMBANGUNAN LESTARI OLEH ORGANISASI BUKAN

                           KERAJAAN ( NGO )


NAMA PELAJAR : 1) NORHANIM BT ISMAIL

                   A80M – 1112 – 0940

                   790430 – 01 – 5042

                 2) NURUL IZYANI BT ABDUL RAHMAN

                   A80M – 1112 – 0941

                   860909 – 33 – 5276

                 3) SITI UMYRA BT ISMAIL KHAN

                    A80M – 1112 – 0943

                    840829 – 14 – 5204



KUMPULAN                         : DPLI / BM SJKC

MATA / KOD PELAJARAN             : PENDIDIKAN ALAM SEKITAR / ASK2202W

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING        : NIK NAPISAH AB KADIR

TARIKH SERAHAN                   : 06 SEPTEMBER 2012
PENGENALAN ALAM SEKITAR


        Dalam usaha mengejar kemodenan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,
kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan.
Manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan
aktiviti ekonomi dan projek-projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses
pembangunan dan modenisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan hal ini
mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar yang teruk. Kesemua kesan negatif ini semakin
menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan keadaan muka bumi. Untuk
mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar. Setiap aktiviti ekonomi
dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan
alam.




DEFINISI ALAM SEKITAR


ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi.
SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling.


        Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa
maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekiranya berdasarkan kepada
terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang
melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada
fenomena fizikal sama ada biotic atau abiotic yang melingkungi suatu organisma. Fenomena
fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku,
2002)


        Terdapat satu lagi definisi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman
“environmentalism“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin
falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim
dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997)


        Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar
adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu
organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang
hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang
berteraskan kepada metode empirikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004)




KOMPONEN ALAM SEKITAR


Alam sekitar terdiri daripada 3 komponen utama iaitu :
a) Alam semula jadi (natural environment)
b) Alam buatan (man-made environment)
c) Alam Sosio Budaya (Socio cultural environment)


1. ALAM SEMULAJADI (natural environment)


       Alam semula jadi merupakan jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara
    semula jadi di bumi. Ia merupakan persekitaran yang tanpa kegiatan manusia. Alam semula
    jadi meliputi benda asas di muka bumi seperti matahari, air dan udara, kitaran fizikal yang
    menyokong kehidupan seperti kitar oksigen, nitrogen, dan karbon dan benda hidup yang
    saling berinteraksi. Istilah ekosistem digunakan untuk menggambarkan persekitaran yang
    mengandungi alam semula jadi termasuk manusia.



2. ALAM BUATAN MANUSIA (man-made environment)

       Alam buatan merangkumi manusia dan persekitaran buatan manusia yang merujuk
kepada persekitaran fizikal binaan atau ciptaan manusia. Alam sekitar yang dibina oleh
manusia seperti taman herba, taman burung, taman orkid, taman bunga, zoo dan lain-lain.




3. ALAM SEKITAR SOSIOBUDAYA (socio-cultural environment)

       Maksud alam sosiobudaya ialah bagaimana manusia berinteraksi dan menyusun diri
mereka dalam kumpulan seperti keluarga, pendidikan, pekerjaan, kesihatan, politik, kerajaan,
ekonomi, kesenian, agama dan budaya. Ini merangkumi hubungan ataupun pertalian rapat
antara manusia dengan budayanya. Semua ini merangkumi etika persekitaran (environment
ethics), contohnya bagi masyarakat Melayu, ketika berada di dalam hutan dilarang menegur
sebarang keganjilan yang ditemui dan dilarang membuat bising.

       Etika bagi suami yang bakal menimang cahaya mata pula tidak digalakkan mengail
serta membunuh binatang dengan sesuka hati. Bagi masyarakat bumiputera Sabah / Sarawak,
mereka mempercayai padi mempunyai semangat dan kuasa, oleh itu mereka akan
mengadakan Pesta Menuai yang bertujuan supaya semangat padi gembira dan hasil tuaian
semakin bertambah. ‟Indigenous knowledge‟ bagi masyarakat peribumi ialah memanfaatkan
sumber alam untuk perubatan, makanan dan rekreasi. Contohnya, penggunaan pokok–pokok
herba yang tumbuh liar di dalam hutan untuk dijadikan ubat atau penawar penyakit.




              PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR


Konsep Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar

       KAMUS Dewan edisi keempat tahun 2005 mendefinisikan pelihara sebagai membela,
menjaga dan merawat, manakala pulihara membawa makna memulihkan serta memelihara,
dan melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan baik. Konsep pemeliharaan
dan pemuliharaan dalam konteks alam sekitar memperlihatkan bahawa tahun demi tahun dunia
ini seolah-olah berada dalam keadaan tidak selamat. Isu pemanasan global, kempen anjuran
Greenpeace, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Sahabat Alam Malaysia, Malaysia Nature
Society, World Wildlife Fund, (WWF) memanggil kita supaya melakukan sesuatu.


       Pemeliharaan dan pemuliharaan ini bermula dengan kesedaran individu. Ia bermula dari
rumah dengan nasihat ibu-bapa kepada anak-anak mereka akan peri pentingnya menjaga alam
sekitar, kebersihan, keprihatinan terhadap alam tumbuhan dan alam haiwan, dan membina
masyarakat penyayang dengan memahami prinsip Rukun Negara itu sendiri. Sikap membuang
sampah ke dalam sungai sehingga mencemarkan sungai perlu dikikis. Namun, usaha
pemeliharaan dan pemuliharaan, pasti menelan kos yang banyak. Justeru itu, alangkah elok
sekali kita bermula dengan sikap penjagaan secara semula jadi dengan kesedaran dan
keprihatinan kepada alam sekitar yang berterusan.
Alam sekitar merupakan tautan antara tanah, angin, api dan air. Ia merupakan
hubungan kitar dalam proses keadaan semula jadi yang berterusan. Penggondolan bukit akan
menyebabkan hilangnya tunggak bumi dan penghadang banjir. Banjir lumpur akan mengalirkan
air lumpur dan apabila pohonan kayu di tepi pantai dibuang, maka tanah pantai akan terhakis.
Kebelakangan ini, kita menghadapi masalah kemarau yang menyebabkan air terpaksa dicatu.
Sehubungan itu, kita akan mencari sebab kerana berkurangnya kawasan tadahan hujan. Dalam
masa yang singkat, hujan lebat pasti membawa banjir kilat yang dahsyat di bandar raya Kuala
Lumpur. Kerugian kewangan yang ditanggung sepatutnya boleh diguna sebagai biayai
pemeliharaan dan pemuliharaan.


       Kajian menunjukkan suhu di Lembah Klang yang membabitkan kawasan hutan hijau
lebih rendah sebanyak lima darjah Celsius berbanding kawasan lapang tanpa pohonan kayu.
Hutan hijau menjamin suasana udara nyaman yang bersih lantaran proses fotosintesis dengan
pohonan hijau menyerap karbon dioksida dan memberikan oksigen yang diperlukan manusia.
Kita harus menyedari persekitaran yang bersih menjamin hayat yang panjang. Ikan dalam laut
yang bersih memberikan protein bermutu buat manusia dan sayuran tanpa racun vitamin atau
galian yang diperlukan manusia. Apabila manusia menggunakan racun untuk menghindari
serangga perosak secara berlebihan yang menanggung akibatnya adalah manusia. Apabila
ikan tercemar akibat perbuatan manusia, yang menderita diserang penyakit adalah manusia
juga. Jadi di sini kelalaian atau pun keserakahan manusia akan mengakibatkan kesan langsung
kepada manusia. Secara keseluruhan, yang rugi adalah manusia juga.


       Dengan lapisan ozon yang semakin menipis, suhu bumi menjadi suatu yang tidak dapat
dijangkakan dan diramalkan meningkat kepada 4.5 darjah Celsius di hujung abad ke-21 ini. Air
batu kutub utara dan kutub selatan mula cair dan ini meningkatkan paras air laut. Paras air laut
dikatakan akan meningkat dari 28cm kepada 43 cm pada akhir abad ini. Peningkatannya
mengakibatkan gelombang ombak ganas yang memusnahkan habitat pantai dan merosakkan
keadaan semula jadi pantai. Pemanasan global akan terus meningkat dalam suasana yang
sukar dikawal. Perdebatan tentang pemanasan global menjadi satu tajuk yang besar. Protokol
Kyoto yang berkuat kuasa secara penuh pada 16 Februari 2005 bertujuan menangani
permasalahan perubahan iklim. Isu pemanasan global, usaha untuk mengurangkan karbon
dioksida dan gas rumah hijau yang merosakkan atmosfera, belum diakui sepenuhnya oleh
kebanyakan negara.
Asas pemeliharaan dan pemuliharaan perlu ditinjau dari sudut berikut :

   1. Memahami persekitaran dan keperluannya.
   2. Penglibatan segenap peringkat masyarakat dalam peranan pemeliharaan dan
       pemuliharaan
   3. Membina kempen kesedaran dengan pengenalan subjek nyata berkaitan alam sekitar di
       peringkat rendah, menengah, universiti dan juga masyarakat dewasa.
   4. Mengetat     dan   menguatkuasakan     undang-undang     berkaitan   pemeliharaan    dan
       pemuliharaan alam.
   5. Membentuk sebuah Suruhanjaya Alam Sekitar.




Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar Berdasarkan Objektif
Pendidikan konservasi UNESCO 1976


       Menurut Ford, P.M. (1981), Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu
dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.
Segala pencemaran yang telah berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air,
udara, bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada
alam sekitar dan juga manusia itu sendiri.
        Selain itu, air merupakan sumber yang paling penting dalam kehidupan kita.
Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya
akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor
dan beracun dan tidak boleh digunakan. Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan
air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita. Oleh itu, kita
perlu menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang kita peroleh selamat untuk digunakan.
       Seterusnya, aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan kesan buruk kepada
alam sekitar dan hutan-hutan. Sekiranya aktiviti ini tidak dapat dikawal, jumlah tumbuhan hijau
akan berkurangan dan ini akan menjadikan cuaca semakin panas dan tidak stabil. Oleh itu,
beberapa usaha telah dilakukan seperti membanteras aktiviti pembalakan secara haram dan
membuat hutan simpan di tempat-tempat tertentu untuk memastikan flora dan fauna terjaga
dengan rapi.
Akhir sekali, perkembangan teknologi masa kini dan peningkatan aktiviti manusia telah
memberi banyak sumbangan dan kemajuan dalam bidang sosial, ekonomi dan politik sejagat.
Namun secara tidak langsung, segala proses untuk pelaksanaan objektif pembangunan
tersebut telah menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar. Pencemaran alam sekitar
akan menyebabkan penurunan taraf kesihatan dan keselamatan penduduk , penipisan lapisan
ozon, penghapusan hidupan akuatik serta kepupusan flora dan fauna.
        Konklusinya, kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan berdasarkan objektif
pendidikan konservasi amatlah penting untuk direalisasikan oleh manusia supaya keselamatan
alam sekitar akan lebih terjamin pada masa akan datang.




 LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR


Penghutanan semula

       Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang
dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelembapan suhu
dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan
terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis
pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia
perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisien.
Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul,
Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.




Penggunaan baja organik

       Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja
organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa
tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden
pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap
telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah
pencemaran air. petani yang menggunakan baja organik dapat menambahkan kesuburan
tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam
sekitar. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis
burung dan kelawar sebagai baja.




Kaedah biologi

       Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal
makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini
kerana kaedah ini dianggap sudah ketinggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat
mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan
berlakunya pencemaran alam sekitar. Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu,
dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan
buah kelapa sawit.




Pertanian tetap

       Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah
supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di
kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana
masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar
terhadap kehidupan di sekelilingnya. Petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu
mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada
pertanian tetap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang
berharga dan mengurangkan hakisan tanih.




Kaedah perundangan


       Kaedah perundangan didefinisikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan
dikuatkuasakan untuk melaksanakan tindakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya, Akta
Kualiti Alam Sekitar (1974) akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang
boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar. Serentak dengan ini akta ini
perlu diperketat agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu,
dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah
pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan
pencemaran udara.
       Penilaian impak alam sekitar(EIA) penilaian impak alam sekitar merupakan satu
pendekatan yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi
mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar di bawah aspek
pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama
badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi
memastikan dasar ini (EIA) berkesan.




                           DASAR ALAM SEKITAR NEGARA




                            Rajah 1 : Dasar Alam Sekitar Negara



   Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan
ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi
kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DSN adalah untuk : Alam sekitar
yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan.
Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semula jadi yang unik dan pelbagai dengan penyertaan
berkesan semua sektor masyarakat. Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang
lestari. Terdapat lapan prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan
ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu :


       1. Pengawasan Alam Sekitar
       2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
       3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
       4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
       5. Membuat Keputusan Bersepadu
       6. Peranan Sektor Swasta
       7. Komitmen dan Kebertanggungjawaban
       8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa

       Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke
dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk
pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan
memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung
dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga
mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.
BADAN-BADAN NGO

Badan NGO       Aktiviti
                Menangani isu yang berkaitan biomass seperti
                hutan, laut, penggunaan ari bersih, spesies hidupan
                dan termasuk aspek berkaitan pendidikan alam
                sekitar.
                Menjadikan masyarakat di bandar untuk bersama-
                sama menjaga persekitaran untuk kesejahteraan
                bersama
a               Pemuliharaan,     pengurusan   habitat,    mengurus
                taman dan pusat pendidikan alam, pendidikan alam
                sekitar, penerbitan dan acara awam




                Pemuliharaan isu-isu yang berkaitan dengan tanah
                lembap seperti perlindungan, pemuliharaan dan
                pemeliharaan, pengurusan bijak tanah lembap dan
                mewujudkan kesedaran tentang peranan penting
                tanah lembap yang menjadi salah satu ekosistem
                yang paling produktif.
                Bekerjasama      dengan   agensi   kerajaan   dalam
                menyediakan       maklumat     berkaitan      kesan
                perdagangan,       mendorong       usaha      untuk
                meningkatkan kemapanan ekologi perdagangan
                dalam spesies liar dan membantu meningkatkan
                penguatkuasaan kawalan perdagangan hidupan liar
                antarabangsa.
                Menyiarkan dan menyebarkan isu dan maklumat
                mengenai air di dalam artikel, risalah, jurnal dan
                buku.      Mempromosikan kesedaran awam dengan
                menganjurkan lawatan lapangan, kem pendidikan,
                seminar, forum, persidangandan ceramah.
Memberikan perkhidmatan perundingan, pendidikan
                                   dan latihan dalam isu persekitaran




                                   Membuat penyelidikan mengenai habitat semulajadi
                                   orang utan dan membantu penyelidik untuk membuat
                                   penyelidikan mengenai tapak pemuliharaan orang
                                   utan




R.E.A.C.H. -                       Aktiviti untuk menonjolkan masalah alam sekitar,
RegionalEnvironmentalAwarenessCa   mewujudkan kesedaran awam mengenai isu-isu
meron Highlands                    alam sekitar dan menjalankan kajian udara dan
                                   biodiversiti hutan.
                                   menjalankan       operasi    dengan    kaedah     yang
                                   meminimumkan impak kepada alam sekitar




                                   Menggalakkan kesedaran alam sekitar, pendidikan
                                   dan pemuliharaan dengan rakyat dan untuk rakyat.




                                   Menjana     dan       mempromosi      kesedaran   dan
                                   pengetahuan       mengenai     kehidupan    tumbuhan
                                   tropika dan persekitaran, ekologi dan pemuliharaan
                                   melalui pembangunan dan pengurusan kemudahan
                                   dan aktiviti yang sesuai.
Rimba ilmu
PEMBANGUNAN LESTARI

       Konsep pembangunan lestari muncul ekoran daripada kesedaran tentang kepentingan
pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar.          Isu pembangunan lestari telah
dibincangkan secara serius dalam Sidang Kemuncak bumi yang diadakan di Rio De Janerio
pada tahun 1992 dan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Persidangan
pada tahun 1992 telah merintis pada wujudnya Agenda 21 yang merupakan pelan tindakan
yang mengandungi satu set prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan
dan institusi dalam melaksanakan dasar-dasar dan program-program pembangunan lestari di
negara masing-masing.
       Pembangunan lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk
menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semula jadi.
Pembangunan lestari mengikut definisi UNESCO (2002) diertikan sebagai menyeimbangkan
segala keperluan manusia dengan melindungi alam semula jadi supaya keperluan manusia
dapat dipenuhi bukan sahaja di masa kini tetapi juga selamanya.
       Pembangunan lestari adalah kemampuan untuk memberi sokongan untuk memelihara
sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di planet ini iaitu kemampuan
untuk menyalurkan keperluan-keperluan untuk hidap secara berterusan dalam semua jenis
benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada keseimbangan
antara memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem semula jadi untuk
membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi.
       Pembangunan lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber-sumber semula
jadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa depan bagi manfaat semua jenis kehidupan di
muka bumi ini.    Oleh itu, pembangunan lestari amat bergantung pada pemuliharaan dan
pemeliharaan kesejahteraan manusia dan ekosistem secara bersama.            Pemuliharaan
bermaksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara,
mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus.
Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-
sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia
       Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam Rancangan
Malaysia ketujuh. Pelan tersebut menerangkan langkah-langkah yang diambil untuk memberi
penekanan terhadap pembangunan lestari semasa awal tempoh Rancangan Malaysia.
Langkah-langkah baru telah dilaksanakan semasa Rancangan Malaysia ke – 7 (1996 – 2000)
bagi   meningkatkan      kebolehan     Malaysia     untuk    membangun    secara    lestari
CARA PELAKSANAAN PEMBANGUNAN LESTARI

        Dari aspek Perundangan,         Kerajaan telah menggubal akta-akta tertentu untuk
melindungi alam sekitar seperti Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Perhutanan Negara 1984
dan sebagainya.     Laporan EIA ( Environment Impact Assessment ) diperlukan bagi projek-
projek mega, di mana pemaju perlu mengemukakan laporan EIA projeknya kepada Ketua
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk diluluskan terlebih dahulu. Langkah pemantauan
oleh pihak JAS perlu lebih kerap dan teliti ke atas projek pembangunan yang mendatangkan
kesan ke atas alam sekitar seperti pertanian di kawasan tanah tinggi.

        Dari aspek pengurusan strategik, sektor pertanian contohnya, menukar konsep tebang
bakar kepada tebang reput atau menggunakan sisa-sisa pertanian untuk menjana tenaga
biomass atau menghasilkan makanan haiwan melalui kaedah bioteknologi. Menukar
penggunaan baja kimia kepada baja organik atau racun serangga kepada kaedah kawalan
biologi. Bagi sektor pembalakan pihak terbabit seharusnya menggiatkan proses tanam semula
menggunakan baka yang cepat matang seperti Yamane, Batai dan Akasia.          Mengamalkan
proses tebangan memilih iaitu memilih pokok yang matang atau cukup saiz sahaja untuk
ditebang.    Untuk sektor pengangkutan kenderaan awam haus menggunakan sistem
pengangkutan yang digerakkan oleh tenaga elektrik. Untuk sektor tenaga penggunaan tenaga
harus ditukar kepada tenaga alternatif seperti tenaga hidro, biomass, ombak angin, suria dan
lain-lain.


        Dari aspek pendidikan,   subjek-subjek yang berunsurkan pembangunan lestari diajar
secara formal di sekolah menerusi subjek khusus seperti Geografi, Moral, Sivik dan lain-lain
manakala pengajaran tidak formal boleh dilakukan melalui media massa, kempen , forum,
gotong royong dan lain-lain.
ISU-ISU ALAM SEKITAR


Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang
sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan
kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif.


1.0 PERTUMBUHAN PENDUDUK


Pertumbuhan penduduk adalah perubahan dalam bilangan penduduk sepanjang masa, yang
boleh dikira sebagai perubahan bilangan individu dalam sesebuah populasi melalui sukatan
secara sepanjang suatu tempoh tertentu. Istilah ini digunakan untuk memaksudkan istilah
demografi khusus berbunyi kadar pertumbuhan penduduk yang merujuk kepada kadar
pertumbuhan penduduk dunia. Dalam bidang demografi dan ekologi, kadar pertumbuhan
penduduk ialah kadar pecahan pertumbuhan bilangan penduduk sesebuah kawasan. Secara
terperincinya, kadar pertumbuhan penduduk biasanya bermaksud perubahan bilangan
penduduk sepanjang suatu tempoh, yang dinyatidakan secara peratusan.


       Kadar pertumbuhan penduduk manusia seluruh dunia terus menurun sejak memuncak
pada tahun 1962 dan 1963 pada kadar 2.20% setahun. Pada tahun 2007, kadar pertumbuhan
adalah 1.19% setahun. Seratus tahun yang lalu telah memperlihatkan pertumbuhan penduduk
yang pesat disebabkan kemajuan perubatan dan pertambahan daya pengeluaran pertanian
secara mendadak hasil Revolusi Hijau. Pertumbuhan bilangan manusia tahunan sebenar jatuh
dari kemuncak 87.8 juta pada tahun 1989, ke paras 74.6 juta pada tahun 2003, selepas itu naik
ke paras 77.0 juta pada tahun 2009. Pertumbuhan penduduk masih tinggi terutamanya di Timur
Tengah dan Afrika Sub-Sahara, begitu juga di Asia Selatan, Asia Tenggara, dan Amerika Latin.


       Sesetengah negara mengalami kemerosotan jumlah penduduk, terutamanya di Eropah
Timur disebabkan kadar kesuburan rendah dan penghijrahan. Di Selatan Afrika, pertumbuhan
penduduk terbantut kerana banyaknya kematian akibat HIV. Sesetengah negara Eropah Barat
turut mengalami penurunan jumlah penduduk. Bilangan penduduk Jepun juga mula menurun
pada tahun 2005 akibat dari kepesatan pembangunan dan kemajuan yang menyebabkan kadar
kelahiran merosot kerana rakyatnya lebih mementingkan kerjaya berbanding keluarga.
Bilangan penduduk yang melebihi keupayaan tampung sesebuah kawasan atau
persekitaran menimbulkan masalah penduduk berlebihan. Ini mungkin disebabkan oleh
pertumbuhan penduduk atau penurunan muatan kawasan tersebut. Pertambahan penduduk
manusia secara mendadak boleh menimbulkan masalah seperti pencemaran dan kesesakan
lalu lintas, yang boleh diburukkan lagi ataupun dipulihkan oleh perubahan teknologi dan
ekonomi. Begitu juga, sesebuah kawasan mengalami kekurangan penduduk jika bilangan
penduduknya tidak cukup untuk menampung sistem ekonominya.


1.1 Faktor mempengaruhi pertumbuhan penduduk


   a) Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah dipengaruhi oleh taraf kesihatan baik,
        prasaran kesihatan cukup & sistem perubatan cekap.


   b) Kesuburan meningkat - amalan kahwin muda.


   c) Sumber makanan seimbang - revolusi hijau, tiada kebuluran, kurang kematian.


   d) Program perancangan keluarga - gagal di negara membangun kerana taraf pendidikan,
        budaya & adat.


   e) Faktor sosial - pendidikan rendah.


   f)   Kestabilan politik - aman, tiada perang.


   g) Dasar Kerajaan - Kempen 70 juta menjelang 2100, rebat cukai, cuti bersalin, rawatan
        percuma.


   h) Kadar migrasi bersih - tinggi (PATI).


   i)   Agama - Islam (meramaikan umat), Cina (perlu anak lelaki sebagai pewaris).




1.2 Kesan pertumbuhan penduduk
a) Tekanan terhadap sumber alam – persaingan guna tanah pertanian, penempatan,
       pembangunan prasarana.


  b) Kemerosotan/kepupusan sumber – sumber yang tidak boleh diperbaharui.


  c) Pencemaran & kerosakan sumber – air, udara, tanah


  d) Kemiskinan & kemunduran


  e) Kekurangan bekalan sumber makanan


  f)   Kesan sosial – taraf pendidikan dan kesihatan rendah


Antara fakta menarik mengenai penduduk dunia pada masa depan


       Tokyo mencatatkan bilangan penduduk paling tinggi dengan 36.7 juta orang diikuti New
       Delhi (22 juta orang) dan Sao Paulo serta Mumbai, masing-masing mencatatkan jumlah
       20 juta penduduk.


       Jangkaan terkini memperlihatkan bilangan penduduk akan mencecah 9.3 bilion orang
       pada 2050 dan lebih 10 bilion orang menjelang 2100.


       Dengan hanya variasi kecil dalam kadar kesuburan terutama di negara yang memiliki
       kepadatan penduduk, jumlah itu dijangka lebih tinggi iaitu 10.6 bilion orang pada 2050
       dan lebih 15 bilion (2100).


       UNFPA turut mencadangkan supaya diwujudkan pelan pembangunan yang seimbang
       bagi menghadapi jumlah pertambahan penduduk termasuk pembinaan perumahan yang
       mencukupi, sistem sanitasi yang baik serta 'kawasan hijau'.


       Negara penyumbang penduduk bumi terbesar dan tercepat ada di negara membangun
       kawasan Asia dan Afrika seperti India, Pakistan, Tiongkok, Bangladesh, Nigeria,
       Ethiopia.
Lima cabaran besar yang dihadapi masyarakat dunia moden adalah kestabilan
         kewangan, perubahan iklim, penyakit, keganasan dan perlucutan senjata nuklear.


         Dunia juga masih menghadapi cabaran kekurangan air dan masih terdapatnya masalah
         amat besar antara negara dunia bagi mendapatkan air, perumahan, dan lapangan kerja.


         Berdasarkan sorotan 2050, China tidak lagi menduduki tempat pertama. Pakistan
         mengambil posisi ke-empat yang sebelumnya diduduki Indonesia. Nigeria, Ethiopia dan
         Congo dijangkakan akan mengalami pertumbuhan penduduk yang besar dan mulai
         masuk senarai dalam 10 penduduk dunia yang ramai. Sebaliknya Jepun, Russia, United
         Kingdom, Itali dan Jerman dijangka akan mengalami pertumbuhan penduduk yang
         rendah.


2.0 PELUPUSAN SPESIES FLORA DAN FAUNA


Dianggarkan 56.3 peratus kawasan di Malaysia diliputi hutan. Di antaranya terdiri daripada
hutan hujan tropika yang kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna. Hutan berfungsi
sebagai habitat kepada flora dan fauna. Ia juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air.
Spesies flora dan fauna seperti bunga rafflesia, harimau, penyu, tapir dan orang utan dilaporkan
mengalami kepupusan. Faktor ini disebabkan oleh perilaku manusia sendiri yang semakin
menggugat kestabilan alam.


         Definisi pelupusan bermaksud kemusnahan. Manakala flora bermaksud keseluruhan
tumbuh tumbuhan sama ada berbunga atau tidak. Fauna pula bermaksud keseluruhan haiwan
yang hidup melata dalam habitatnya. Oleh itu, pelupusan flora dan fauna merangkumi
kemusnahan tumbuh-tumbuhan dan haiwan akibat tindakan daripada manusia yang rakus dan
tamak.


2.1 Faktor - Faktor Kemusnahan Dan Kepupusan


   a) Masalah pembalakan haram
         Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatidakan di antara
         1986 hingga Jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang
         dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Pembalakan haram juga menebang spesies
pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Membalak di kawasan perlindungan
   seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Apabila kegiatan pembalakan
   dijalankan ia juga memusnahkan spesies tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok
   balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu. Ia
   juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu dan lari dan mati.


b) Pembakaran Hutan
   Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera. Ia
   akan menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan
   musnah


c) Pembukaan Tanah Baru
   Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah-tanah rancangan oleh
   Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesies tumbuh-tumbuhan


d) Pemburu Haram
   Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah
   merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesies haiwan
   ini. Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut
   keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Permintaan yang tinggi melalui pasaran
   antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini
   berleluasa. Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana
   pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan
   Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.


e) Peningkatan Suhu Dunia
   Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan
   fauna. Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan
   fauna ini di mana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti „dinosaur‟ adalah
   disebabkan perubahan cuaca dunia. Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatan
   suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan
   tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan
   cuaca panas. Faktor ini akan menyebabkan kepupusan hidupan ini.
f)   Pencemaran
        Seperti mana yang     dimaklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan
        menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan banyak
        hidupan akuatik kian pupus. Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh
        (killer whale) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh
        tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut. Beruang
        panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara
        China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok
        buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh
        merupakan makanan utama habitat ini.


2.1.1 Langkah-Langkah Mengatasi


   a) Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesies yang ada dalam hutan
        sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan.


   b) Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur
        hutan terutama kepelbagaian hayat spesies yang menghadapi bahaya kepupusan.


   c) Penanaman hutan semula, mengehadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan


   d) Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau
        taman negara dengan keluasan mencukupi.


   e) Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk
        mencegah pembalakan haram


   f)   Pemeliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang. Jumlah bancian penyu
        mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak
        5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994.


   g) Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar.
        Contohnya usaha-usaha pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau
        Malaya.(Sekarang hanya 600 ekor seluruh Malaysia )
h) Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan


   i)    Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974


   j)    Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986


3.0 PENEBANGAN HUTAN


        Hutan boleh didefinisikan sebagai suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. Perkataan
hutan biasanya merujuk kepada tiga konsep yang berlainan. Konsep yang pertama ialah hutan
merujuk kepada barisan pokok atau tumbuh-tumbuhan yang menyerupai pokok. Konsep kedua
pula menyatidakan hutan merujuk kepada seluruh komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang
dikuasai oleh pokok. Menurut konsep ketiga, hutan merupakan seluruh sistem komuniti yang
dikuasai oleh pokok yang berfungsi, termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya.
Hutan hujan adalah komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai
adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz
daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan. Terdapat pelbagai faktor yang
menyumbang kepada penebangan hutan dan membawa kepada kesan-kesan buruk. Pelbagai
langkah yang efektif telah pun diambil untuk mengatasi masalah ini


3.1 Faktor Penebangan Hutan


   a) Pembangunan
         Pembinaan kawasan perumahan dan bangunan-bangunan yang tinggi menyebabkan
         banyak kawasan hutan terpaksa ditebang. Kepesatan industri pelancongan turut
         menyumbang kepada kemusnahan hutan. Pembukaan tempat pelancongan baru
         memerlukan banyak bangunan didirikan.Ini termasuklah pembinaan prasarana seperti
         jalan raya untuk menghubungkan tempat pelancongan dengan kawasan bandar.
         Pembangunan yang terlalu mendadak dan tidak terancang di kawasan pelancongan
         akan memusnahkan ekosistem kawasan tersebut.


   b) Pembalakan Haram
Aktiviti pembalakan haram juga semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Aktiviti ini
       dijalankan secara tidak terancang dan salah di sisi undang-undang semata-mata untuk
       mendapatkan sumber kayu-kayan untuk mengaut keuntungan dengan jalan mudah. Hal-
       hal sebegini lah yang akan menyebabkan kepupusan flora dan haiwan-haiwan
       kehilangan habitat mereka. Contohnya, aktiviti pembalakan yang berlaku di Pulau
       Redang dan Kuala Terengganu.


   c) Pembinaan Jalan Raya
       Aktiviti ini memerlukan proses penerokaan hutan dan sudah tentu akan melibatkan
       aktiviti penebangan hutan. Hal inilah yang akan menyebabkan kejadian tanah runtuh.
       Kejadian ini berlaku kerana struktur tanah longgar dan tidak stabil ekoran daripada
       kehilangan cengkaman akar pokok. Fungsi akar pokok adalah untuk meneguhkan
       kestabilan struktur tanah. Oleh itu, apabila banyak pokok yang ditebang, struktur tanah
       menjadi tidak stabil dan akan membawa kepada kejadian tanah runtuh. Terdapat
       banyak kejadian tanah runtuh yang telah berlaku di Malaysia seperti kejadian di Bukit
       Antarabangsa, Kuala Lumpur dan Bukit Canda di Miri, Sarawak.


Kesan kepada pemusnahan yang berlarutan terhadap hutan akan menyebabkan berkurangnya
penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Hal ini akan menyebabkan
kawasan tadahan hujan dan tempat menyerap serta menapis air hujan sebelum disalurkan ke
sungai musnah. Akibatnya, bekalan sumber air di negara ini akan terputus.


3.1.1 Langkah Mengatasi


   a) Perundangan
       Dasar Perhutanan Negara 1978 telah mengisytiharkan hutan simpan kekal untuk
       mewujudkan hutan perlindungan, hutan berhasil dan hutan lipur. Akta Perhutanan
       Negara 1984 dan Akta Industri Berasaskan Kayu 1985 telah menggariskan beberapa
       larangan. Antara larangan yang dikenakan adalah larangan memasuki hutan simpan
       kekal, serta menebang, memotong dan memindahkan sebarang hasil hutan dan mineral.
       Orang ramai tidak dibenarkan untuk membersihkan apa-apa tanah untuk tujuan
       tanaman selain dilarang menggunakan sebarang bahan beracun dan letupan bagi
       tujuan menangkap ikan, memburu dan menembak haiwan liar.
b) Pengurusan Hutan Strategik
       Terdapat dua sistem yang diperkenalkan iaitu Sistem Sebaya Malaya dan Sistem
       Tebangan Memilih. Sistem-sistem ini amat menitikberatkan kaedah penebangan hutan
       secara sistematik dan berjadual. Dalam Sistem Sebaya Malaya, hanya pokok yang
       mempunyai nilai dagangan dalam sesuatu operasi dan tempoh pusingannya adalah di
       antara 60-80 tahun yang akan ditebang. Dalam Sistem Tebangan Memilih, satu inventori
       hendaklah dibuat di kawasan yang hendak ditebang.


   c) Pendidikan Alam Sekitar
       Langkah ini telah dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu formal dan tidak formal.
       Kurikulum formal diajar dalam Geografi dan subjek lain untuk meningkatkan kesedaran
       pelajar terhadap kepentingan hutan. Pada peringkat tidak formal, aktiviti yang diadakan
       adalah dalam bentuk kempen kesedaran seperti "Kempen Mencintai Hutan Kita", "The
       Green World" dan lain-lain lagi. Malaysia juga banyak menjalinkan kerjasama dengan
       negara-negara serantau dan pertubuhan-pertubuhan lain seperti       ASEAN dan turut
       menyertai Program Alam Sekitar Malaysia. Program silvikultur pula adalah satu cara
       pemulihan hutan dan penggantian yang teratur. Salah satu daripadanya adalah projek
       ladang hutan compensatory yang bertujuan membekal bahan kayu industri dan
       memenuhi keperluan tempatan.




7.0 PENCEMARAN UDARA, AIR DAN DARAT


Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan pencemaran
alam sekitar. Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada
kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan
pencemar . Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti
manusia. Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu:
   a) Pencemaran udara
   b) Pencemaran air
   c) Pencemaran tanah


7.1 Pencemaran Udara
Pencemaran udara berlaku bila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahan-
bahan pencemar ini ialah habuk, debu, asap, dan gas-gas beracun . Jadual di bawah
menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar utama yang
dihasilkan .


     PUNCA-PUNCA PENCEMARAN                      BAHAN-BAHAN PENCEMAR


     Pembakaran bahan api di kilang              Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida,
     dan dalam enjin kenderaan bermotor          karbon monoksid dan debu


     Pembakaran sampah sarap dan                 Gas karbon dioksida dan debu
     hutan secara besar-besaran
     Penyemburan racun serangga dan              Gas dan kimia beracun
     bahan-bahan kimia
     Penggunaan gas klorofluorokarbon            Gas CFC
     (CFC)
7.1.1 Kesan Pencemaran Udara
   a) Menjejaskan kesihatan
          i.    Apabila kita menarik nafas , udara yang tercemar memasuki badan dan
                menjejaskan kesihatan kita .
          ii.   Debu dan gas-gas beracun daripada kilang -kilang , ekzos kenderaan dan
                penyemburan racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut .
         iii.   Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata .


   b) Penyusutan Lapisan Ozon
          i.    Lapisan ozon di udara ialah lapisan yang melindungi kita daripada sinaran terik
                matahari .
          ii.   Pembebasan gas CFC yang digunakan dalam alat-alat menyembur , alat
                penyaman udara dalam peti sejuk menipiskan lapisan ozon. Ini menyebabkan
                lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi .
         iii.   Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan
                penyakit kanser kulit .


   c) Pembentukan Hujan Asid
i.    Gas-gas sulfur diosida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan
                membentuk hujan asid .
         ii.    Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan .
         iii.   Ia juga menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan .


   d) Kenaikan Suhu Di Bumi
          i.    Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba
                .
         ii.    Jadi suhu di bumi meningkat dan persekitaran kita menjadi panas .
         iii.   Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan
                kemarau di beberapa tempat di dunia .


7.2 Pencemaran Air


Punca bekalan air datang dari sungai , laut , kolam dan tasik . Air boleh dicemari melalui
   a) pembuangan bahan-bahan sisa kilang
   b) tumpahan minyak dari kapal laut
   c) pembuangan sampah-sarap dan najis
   d) hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa .
7.2.1 Kesan Pencemaran Air


   a) Menjejaskan Kesihatan
          i.    Sisa-sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai meracuni air sungai .
         ii.    Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan untuk
                mandi .
         iii.   Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula menggalakkan
                pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit .


   b) Pembunuh Hidupan Air
          i.    Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut .
         ii.    Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat
                bernafas dan akan mati .
         iii.   Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air .
iv.    Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat
               hakisan tanah menghalang kemasukan sinaran matahari ke dalam air .
        v.     Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air .


   c) Memburukkan Keindahan Alam
         i.    Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang .
        ii.    Air sungai dan laut juga berbau busuk .


7.3 PENCEMARAN TANAH


Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui :
   a) pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat
   b) penyemburan racun serangga
   c) aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan .


7.3.1 Kesan Pencemaran Tanah
   a) Hakisan Tanah
         i.    Aktiviti-aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawal
               menyebabkan kawasan tanah terdedah .
        ii.    Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan .


   b) Membunuh Haiwan Di Bawah Tanah
         i.    Racun serangga yang di sembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah.
        ii.    Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini.


   c) Menjejaskan Kesihatan
         i.    Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat
               pembiakan kuman penyakit .
        ii.    Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman
               penyakit ke tempat-tempat lain .
        iii.   Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , kita mungkin diserang
               penyakit .


   d) Kekurangan Tanah Subur
i.   Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan kesusutan
               tanah .
         ii.   Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian .


CABARAN UNTUK MENGATASI ISU ALAM SEKITAR


Ramai orang semakin sedar tentang kemerosotan alam sekitar pada masa kini. Bagi tempat-
tempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai
bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine (dulunya dalam
kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan masih menjadi
ancaman kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering membawa berita
tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan tidak kurang juga orang
perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam media tersebut. Antara
perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di bandar-bandar besar,
kesesakan lalu lintas di bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan
tanah tanih. Selain itu, penebangan hutan tidak terkawal dan kepupusan pelbagai spesies flora
dan fauna juga turut diberi perhatian.


       Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting untuk
kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun tidak
diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan menyebabkan
konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan hanya generasi
ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa depan akan mewarisi masalah
yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan masalah berkenaan kualiti
alam sekitar yang semakin merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan
kekangan dalam menangani isu dan masalah tersebut.
Ketegasan &
                                     Perlaksanaan


              Penguatkuasaan                                 Politik &
              undang-undang                                  Ekonomi




                                    Kekangan yang
        Sistem                      dihadapi untuk                       Bidang Kuasa
      Pendidikan                    menangani isu                            JAS
                                     alam sekitar




                   Kesedaran                                Kekurangan
                   Masyarakat                               Kakitangan



                                    Kos Pengurusan




       Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh
kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan
perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai
kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Adalah diharapkan
tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan dan masalah tersebut dan
seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk isu-isu
tersebut.
1. Masalah Ketegasan Dan Pelaksanaan


Keberkesanan kaedah kawalan alam sekitar bergantung pada setakat mana kawalan-kawalan
itu mencukupi dan memandai. Apakah kawalan-kawalan itu merangkumi segala aspek
permasalahan alam sekitar, termasuk segala bentuk pencemaran dan keutuhan sumber alam.
Pengawalan bukan semata-mata terhadap masalah yang telah serius tetapi juga turut
merangkumi segala bentuk pencemaran walaupun masih dalam peringkat yang tidak
membimbangkan dan juga segala kemungkinan kemusnahan terhadap alam sekitar yang akan
berlaku juga perlu diambil kira.


       Di Malaysia, peruntukkan undang-undang adalah merangkumi hampir segala aspek
tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi pihak berkuasa untuk menumpukan
kawalan ke atas masalah-masalah alam sekitar yang telah serius dan mendapat perhatian dan
meminggirkan masalah-masalah yang biasa. Namun pihak berkuasa tidak boleh dipersalahkan
kerana untuk melakukan kawalan yang menyeluruh memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, pihak
swasta dan masyarakat secara amnya perlu mengeluarkan sedikit wang dan tenaga untuk
membantu pihak berkuasa menjalankan kawalan menyeluruh ke atas alam sekitar dan tidak
mengharapkan pihak kerajaan semata-mata.


       Masalah seterusnya ialah dari segi ketegasan langkah-langkah kawalan yang telah
diambil. Apakah peraturan-peraturan yang dibuat dalam bentuk penetapan tingkat piawaian
misalnya, sudah cukup tegas dan sesuai dengan tingkat yang boleh menjamin kesihatan, atau
apakah tingkat tersebut sudah cukup tinggi sesuai dengan tingkat penetapan yang telah dibuat
oleh badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau Amerika Syarikat.
Begitu juga apakah cukai pencemaran atau denda yang dikenakan itu sudah cukup tinggi
sehingga ia boleh dijadikan daya penggerak utama bagi menggelakkan pencemaran. Soalan
seterusnya ialah dari segi pelaksanaannya. Apakah semua program dan penetapan yang telah
dibuat itu dapat dijalankan sepenuhnya?


       Dari segi umumnya tingkat piawaian pengurusan alam sekitar di negara ini ada yang
telah mencapai standard antarabangsa dan ada yang belum. Sebagai contoh, sistem
pembekalan air di Malaysia telah memenuhi piawaian WHO namun pengurusan alam sekitar di
Malaysia masih dikritik masyarakat antarabangsa kerana lebih mengutamakan pembangunan.
Tentang denda dan undang-undang yang ada, secara keseluruhan ia masih belum mampu
membendung pencemaran di tahap yang dikehendaki dan bukan semua program yang
dirancang dapat dilaksanakan kerana pelbagai masalah dan kekangan. Contohnya program
kitar semula yang bermula awal tahun 2000 semakin terpinggir kerana tiada sambutan daripada
masyarakat selain daripada kesukaran mewujudkan pusat kitar semula di setiap daerah dan
kawasan.


2. Kekangan Politik Dan Ekonomi


Masalah alam sekitar berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya kekukuhan politik
pemerintah. Keutamaan yang diberikan terhadap penjagaan alam sekitar bermakna sedikit
sebanyak akan menyekat dan menjejaskan prestasi ekonomi. Ketidakstabilan ekonomi negara
akan menyebabkan kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah. Kerajaan pusat
dan negeri memerlukan sumber kewangan yang besar bagi projek-projek pembangunan. Oleh
itu, projek-projek pembangunan lebih diutamakan daripada kepentingan alam sekitar. Beberapa
contoh dapat dilihat. Pembinaan lebuh raya Karak-Kuala Lumpur telah menyebabkan
pencemaran Sungai Gombak dan perlahan-lahan menjadikannya sebagai kawasan paya yang
tidak berguna . Pembinaan jalan raya Relau-Balik Pulau telah merosakkan tanaman di enam
buah kampong di daerah Relau dan Balik Pulau.


       Selain itu, keanggotaan dalam Majlis Kualiti Alam Sekitar juga gagal untuk
mencerminkan penyertaan rakyat. Daripada sembilan perwakilan yang terdapat di dalamnya
tiada satu pun daripada rakyat awam atau daripada mana-mana badan bukan berkepentingan
kerajaan. Cuma seorang sahaja yang dilantik daripada kalangan kakitangan akademik
universiti. Perwakilan yang seperti itu sudah tentu akan lebih memberatkan kepada priority
pembangunan ekonomi. Oleh itu, segala cadangan dan nasihat daripada perwakilan majlis ini
kepada Menteri berkenaan juga tidak mungkin berada dalam tingkat mendesak khususnya
daripada keperluan piawaian yang tegas. Oleh itu, adalah penting agar keanggotaan dalam
Majlis ini dinilai semula atau mempunyai beberapa pemerhati daripada golongan orang awam
agar segala keputusan dan tindakan yang diambil oleh Majlis ini tidak mengutamakan
kepentingan ekonomi semata-mata. Prinsip „check and balance‟ yang diamalkan oleh sistem
pemerintahan negara yang terdiri daripada tiga cabang utama iaitu eksekutif, legislative dan
kehakiman boleh diguna pakai dalam hal ini.
Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga mempunyai
kaitan dengan kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi kepada pengilang bermakna ia
akan menjejaskan aktiviti kilang tersebut. Keluaran mungkin akan dikurangkan atau harga
barang keluaran kilang berkenaan akan dikurangkan. Ini menyebabkan pihak berkuasa
berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi kesalahan yang besar. Misalnya, pada
bulan Februari 1982, Hotel Holiday Inn telah didenda Cuma RM 300 kerana mencemarkan air
laut di Batu Feringgi disebabkan pelepasan najis tidak sempurna dan sisa-sisa air buangan.
Pada tahun 1981 pula, sebuah kilang di Kedah telah didenda RM 500 kerana mencemar Sungai
Tawar dan Sungai Kangar.


      Jika dilihat daripada contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan adalah amat tidak
berpatutan dengan peruntukkan yang ada. Hukuman bagi pelepasan buangan ke laut ialah
denda tidak lebih RM 10000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Manakala
hukuman bagi pencemaran perairan daratan ialah denda tidak lebih RM 10 000, penjara tidak
lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM 1000 sehari bagi kesalahan yang
diteruskan selepas mendapat notis daripada Ketua Pengarah untuk menghentikannya. Di sini,
banyak faktor boleh dilihat iaitu kelemahan penguatkuasaan, unsur korupsi dan sebagainya
yang menyebabkan masalah ini. Tetapi masalah ini juga tidak dapat lari daripada jangkaan
bahawa pihak berkuasa lebih mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata dengan
berlembut dengan pihak yang bersalah. Denda yang dikenakan ini hanyalah merupakan derma
daripada pencemar yang sedikit pun tidak akan memberi sebarang pengajaran kepada mereka.
Mereka akan terus melakukan pencemaran dan membayar denda yang kecil.


      Selain itu, berlaku pertindihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan Negeri dalam
isu-isu dan hal berkaitan dengan alam sekitar. Peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan
dan Negeri berkenaan sumber dan hal-hal alam sekitar adalah jelas. Perundangan subsidiari
sama ada undang-undang jenayah dan sivil yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri
adalah mengikut garis panduan Perlembagaan masing-masing kerana ia merupakan undang-
undang yang tertinggi. Kerajaan Persekutuan dalam usahanya untuk mewujudkan undang-
undang yang seragam antara negeri telah meluluskan undang-undang berkaitan alam sekitar
yang dapat digunakan di semua negeri. Langkah ini diterima di semua negeri di semenanjung
namun keseragaman ini tidak dapat dicapai di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri
ini mempunyai peruntukkan khas dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, tiada
pindaan yang boleh dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan hal ehwal
kedua buah negeri seperti hal- hal perundangan negeri, bidang kuasa Mahkamah Tinggi,
agama dan adat istiadat kedua buah negeri tanpa persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah
atau Sarawak.


       Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi persekutuan di bawah
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada kawalan menyeluruh berkaitan dengan
sumber-sumber alam sekitar. Hal berkaitan dengan tanah, hutan, sumber air , kawasan
Kerajaan tempatan, perikanan and pertanian adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri
seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Negeri , Perlembagaan
Persekutuan. Oleh itu, konflik sering berlaku antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkaitan
dengan pengurusan alam sekitar.


       Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta
Kualiti Alam Sekeliling ( Pindaan ) 1985 merupakan akta-akta yang digubal dan diluluskan oleh
kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih dalam kawalan Kerajaan
Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut bergantung kepada kerjasama erat antara Kerajaan Negeri
dan Kerajaan Persekutuan. Namun kadang kala kerjasama ini susah dicapai jika berkait dengan
kepentingan kedua-dua buah pihak seperti dalam kes pembalakan di Endau- Rompin.


       Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Hutan Simpan Endau-Rompin akan
dijadikan Taman Negara. Taman Negara ini terdiri daripada kawasan seluas 500 000 ekar dan
termasuk 90 000 ekar di Pahang dan 120 000 ekar di Johor. Pada tahun kedua Rancangan ini,
Kerajaan Negeri Pahang telah menggunakan 30 000 ekar daripada kawasan tersebut untuk
pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan daripada badan bukan kerajaan dan orang awam,
kerajaan Negeri menyatakan mereka amat memerlukan hasil daripada pembalakan tersebut.
Walaupun mendapat pelbagai tentangan dan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri Pahang bercadang mengeluarkan lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini
hanya dapat diselesaikan selepas pilihan raya pada tahun 1978 di mana Menteri Besar Pahang
yang baru dilantik.


       Kes Endau-Rompin merupakan contoh pertelingkahan kepentingan antara kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Masalah pertelingkahan kepentingan dan pertindihan
kuasa akan tetap berlaku kerana masing-masing mempunyai hak untuk menguruskan sumber-
sumber alam sekitar seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukkan tersebut bukanlah buruk atau membebankan kerana ia bertujuan mengimbangi
kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam sistem pemerintah negara
yang berbentuk persekutuan. Namun ia tetap mempunyai kelemahannya seperti yang telah
dinyatidakan. Dengan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ia dapat
menyelesaikan masalah tersebut tetapi mewujudkan juga masalah baru seperti kuasa mutlak
berada di tangan Kerajaan Persekutuan dan tiadanya imbangan kuasa dalam pemerintahan
negara.


       Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan Persekutuan
dengan memberi kuasa sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan
sumber dan hal-ehwal alam sekitar namun adalah penting memasukkan peruntukkan melantik
badan yang bebas untuk mengawasi tindakan kerajaan dalam menguruskan alam sekitar.
Hanya dengan cara ini masalah pertindihan kuasa dan pertelingkahan dapat diselesaikan di
samping memastikan Kerajaan Persekutuan tidak bertindak sesuka hati dalam pengurusan
alam sekitar negara dengan melantik badan pemerhati bebas untuk mengawasi mereka.
Sesungguhnya, jika pihak kerajaan betul-betul mengutamakan alam sekitar mereka haruslah
mengetepikan kepentingan politik dan ekonomi dan melaksanakan pembangunan terancang (
sustainable development) seperti yang diperuntukkan dalam rancangan Malaysia Ketiga hingga
kini ( Rancangan Malaysia Ke- 9 ).


       Mengenai masalah melaksanakan undang-undang persekutuan di Sabah dan Sarawak
kerana kedua buah negeri ini mempunyai keistimewaan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Negeri kedua buah negeri perlu juga mengambil kira kebaikan undang-undang
tersebut terhadap pembangunan alam sekitar di negeri masing-masing. Tiada salahnya
mengguna pakai undang-undang tersebut dengan menggubal undang-undang yang sama
dengan undang-undang tersebut dan menguatkuasakan nya di negeri masing-masing jika ia
betul-betul merupakan pilihan terbaik disebabkan kekangan yang ada untuk menggunakan
undang-undang persekutuan.


       Tetapi masalah yang ada kini ialah kedua buah negeri terlalu mengikut telunjuk
Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan sesuatu projek sambil mengabaikan kepentingan
alam sekitar. Contohnya, Pembinaan Empangan Bakun di Sarawak banyak menjejaskan
ekosistem alam sekitar. Kerajaan negeri dalam hal ini perlu menggunakan kuasa mereka
seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk tidak membenarkan projek
ini pada awalnya jika mereka betul-betul mengutamakan kepentingan dan pengurusan alam
sekitar.


3. Masalah Bidang Kuasa Dan Hierarki Jabatan Alam Sekitar (Jas)


Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang
mempunyai bidang kuasa tertentu dalam mentadbir pengurusan alam sekitar di bawah Akta
tersebut. Jabatan ini merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ).


           Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan keputusan dan program,
JAS tidak dan kurang berperanan. Ia cuma sebagai badan penasihat yang nasihatnya tidak
semestinya akan diterima. Kementerian sendiri dalam usaha untuk memajukan penyelidikan
sains misalnya penyelidikan dan kegunaan atom dari segi keputusan dan perancangannya tidak
pun meminta dan mengambil kira pandangan JAS, sedangkan kedua-dua bahagian ini berada
dalam Kementerian yang sama. Di sini jelas bahawa peranan JAS hanyalah kepada
pelaksanaan peraturan alam sekitar yang tertentu sahaja, itu pun setelah berlakunya
kerosakkan. Sekiranya dalam kementerian yang sama JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa
untuk menyertai proses membuat keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain atau
jabatan-jabatan luar daripada kementerian ini.


           Masyarakat cenderung menyalahkan Jabatan Alam sekitar apabila berlaku satu
pencemaran yang serius kerana tidak mengambil langkah awal mencegahnya. Apakah daya
Jabatan ini untuk melaksanakan langkah pencegahan awal jika tidak mendapat sokongan dan
kerjasama daripada Kementeriannya sendiri. Jabatan boleh mengesyorkan mengambil tindakan
awal untuk mencegah sesuatu pencemaran daripada berlaku namun jika Kementerian sendiri
tidak   menyokong      tindakan   mereka   dan   meluluskannya   serta   lebih   mengutamakan
pembangunan fizikal semata-mata, cadangan itu hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan.
Masyarakat perlu sedar bahawa kakitangan JAS hanya makan gaji dengan kerajaan dan tidak
mampu mengingkari arahan majikan sendiri. Oleh itu, JAS tidak sepatutnya disalahkan seratus
peratus apabila berlaku pencemaran alam sekitar yang serius.
Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian ialah pihak
Kementerian membenarkan pembalakan di sesuatu kawasan dan JAS berpendapat
pembalakan tersebut akan memberi kesan yang serius kepada alam sekitar. Jika Kementerian
tetap dengan keputusannya JAS tidak mampu menghalang kerana Kementerian dan pihak
kerajaan mempunyai autoriti dalam hal ini. Oleh itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
melalui Menterinya Datuk Seri Adenan Satem perlu peka terhadap perkara ini dan mengambil
kira penglibatan dan pendapat JAS sebelum membuat sesuatu keputusan agar objektif
pembangunan terancang dapat dicapai.


       Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam melindungi dan
meningkatkan mutu alam sekitar, misalnya tidak terdapat unit-unit penguatkuasaan khas iaitu
pegawai-pegawai dalam setiap unit ( unit pencemaran air, udara dan sebagainya) yang
bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan peraturan. Yang ada cuma perbincangan
antara JAS dengan unit-unit tersebut sahaja. Untuk menyelesaikan masalah ini dan
melancarkan penguatkuasaan, adalah wajar dilantik seorang pegawai bagi setiap unit
penguatkuasaan agar dapat menyelia dan merancang setiap tindakan unit tersebut.


       Pertindihan kuasa antara bidang kuasa pengurusan alam sekitar antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga merumitkan kerja JAS. Sebahagian besar sumber alam
sekitar yang sepatutnya berada dalam pemantauan JAS adalah di bawah bidang kuasa
kerajaan Negeri seperti tanah, air dan hutan. Oleh itu, mungkin timbul isu JAS tidak dibenarkan
menjalankan tugas mereka oleh Kerajaan Negeri kerana tindakan mereka melibatkan bidang
kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, terdapat sebuah kilang membuang bahan buangan ke
dalam sungai dan JAS hendak mengambil tindakan terhadap mereka. Namun mereka
memberikan surat daripada Kerajaan Negeri yang membenarkan perbuatan tersebut. Dalam hal
ini, JAS akan berada dalam dilema sama ada mengambil tindakan atau tidak kerana perkara
tersebut berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dalam keadaan ini, JAS perlu
melaksanakan tugas mereka kerana mereka mempunyai hak di bawah Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 dan jika perkara ini dibawa ke mahkamah, mahkamah perlu memainkan
peranan dalam menyelesaikannya.


       Namun pertindihan kuasa ini juga mempunyai kebaikan di mana kerajaan tempatan
yang juga mempunyai kuasa dalam pengurusan alam sekitar boleh membantu JAS dalam
penguatkuasaan. Kerjasama ini sudah tentunya membawa lebih banyak kebaikan daripada
bertelingkah tentang pertindihan kuasa yang ada. Selain itu, kerjasama juga boleh dibuat
dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan
Perikanan, Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Kesihatan.


4. Masalah Kakitangan
Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam menguatkuasakan Akta Kualiti
Alam Sekitar adalah dari segi masalah kakitangan organisasi iaitu berkaitan dengan
pengambilan kakitangan untuk mengisi jawatan kosong. Oleh sebab kakitangan yang ada tidak
mencukupi untuk menjalankan segala aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan peraturan
yang ditetapkan di bawah akta tersebut, maka jawatan kosong ini perlu diisi.


       Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pejabat-pejabat
JAS yang mentadbirkan Akta ini memang telah menduga bahawa masalah perjawatan akan
wujud dan dijangka bahawa akta ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga
tahun sebelum dapat dilaksanakan dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Pada tahun 1974 dan
1975, tugas-tugas untuk menyelenggarakan penubuhan JAS sebagai agensi yang akan
mentadbirkan akta ini dan masalah pentadbirannya terpaksa dikendalikan oleh hanya dua
orang Pegawai Tadbir Diplomatik (P.T.D ) serta tanpa kakitangan pembantu yang tetap.
Sehingga tahun 1975, kedudukan kepegawaian di Jabatan Alam Sekitar masih lagi serius
dengan beberapa kekosongan jawatan berlaku pada peringkat yang lebih kanan. Daripada
sejumlah 25 jawatan yang ada cuma 13 jawatan sahaja yang terisi.


       Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah mulai dari bulan Mei
1975. Sungguhpun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah
berusaha mencari calon yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan-jawatan tersebut tetapi
masih tidak dapat dipenuhi kerana ketiadaan calon yang sesuai dalam bidang yang berkaitan.
Oleh yang demikian, program kerja yang menyeluruh tentang langkah-langkah kawalan dan
kerja-kerja perancangan tidak dapat dijalankan secara sistematik dan sempurna sepertimana
yang diharapkan.


       Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti menjejaskan kejayaan
pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Contohnya dalam aktiviti kajian dasar untuk
menentukan pencemaran air pada tahun 1980, hanya dua kajian dasar sahaja dapat dijalankan
berbanding lapan kajian yang dicadangkan. Ini disebabkan oleh kekurangan kakitangan pada
awal tahun berkenaan.


       Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30 tahun dulu. Jadi
apakah keadaannya sekarang? Sehingga kini masalah kakitangan yang tidak mencukupi masih
menjadi masalah bagi JAS dalam melaksanakan penguatkuasaan dan perancangan. Walaupun
JAS mempunyai pejabat di setiap negeri, pegawai penguat kuasa masih belum mencukupi.
Masalah ini mungkin berpunca daripada pembiayaan yang tidak mencukupi daripada Kerajaan
Persekutuan dan masalah ini juga berlaku pada agensi penguatkuasaan yang lain.


       Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 mula berkuat kuasa, ia menunjukkan kelemahan daripada pihak kerajaan dan negeri
dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar. Keadaan ini juga jelas
menunjukkan     ketidaksungguhan   pihak   terbabit   dalam   melindungi   alam   sekitar   dan
melaksanakan pembangunan terancang seperti yang telah dinyatidakan dalam pelan
Rancangan Malaysia Ketiga hingga sekarang. Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera
dengan mengambil sumber tenaga yang diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan jabatan
penguatkuasaan yang lain agar masalah ini tidak berlarutan dan undang-undang yang ada
dapat dikuatkuasakan dengan lebih berkesan di samping perancangan pembangunan alam
sekitar yang lebih baik.


       Namun janganlah mengambil mereka yang tidak berkelayakan atau tidak berminat
dengan isu alam sekitar untuk memenuhkan jawatan yang kosong. Adalah lebih baik
menanamkan dulu sikap yang betul kepada mereka yang dilantik agar mereka tidak
menjalankan tugas dengan sambil lewa.


5. Masalah Kos Pengurusan


Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat peruntukan
perbelanjaan pembangunan awam berjumlah RM 40 juta dan jumlahnya telah merosot kepada
RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia Keempat, walaupun keperluan penjagaan alam sekitar
semakin mendesak. Jika dibandingkan jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan awam,
peratusannya adalah terlalu kecil, tidak melebihi 2 peratus dalam kedua-dua rancangan
tersebut. Walaupun begitu peruntukan kendalian JAS terus meningkat melebihi 10 kali ganda
antara tahun 1976-1985, ini khususnya disebabkan oleh bilangan kakitangan JAS yang
semakin meningkat.


       Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan buangan sebanyak
50 mg/1 BOD ke sungai yang tidak digunakan bagi pembekalan air dan 20 mg/1 bagi sungai
yang digunakan bagi sumber pembekalan air. Kajian menunjukkan bahawa untuk mencapai
matlamat antara 2-20 mg/1 ia memerlukan perbelanjaan pelaburan sebanyak RM 2.71 billion.
Jumlah ini terlalu besar dan tentunya menyukarkan bagi pihak kerajaan membuat keputusan
segera ke atasnya. Pungutan dan pelupusan sampah sarap pepejal dikatakan melibatkan kos
purata pada tahun 1983 sebanyak RM 50 setiap tan. Kalau bagi Kuala Lumpur yang
dianggarkan buangan pepejal sampah ialah 1000 tan sehari, maka ini bermakna sejumlah lebih
daripada RM 18 juta akan terlibat bagi setiap tahun untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja.


       Dari segi pihak pengilang (pencemar), kesukaran juga timbul dalam melaksanakan
kawalan pencemaran. Kos yang besar akan terpaksa ditanggung bagi memenuhi piawaian
yang ditetapkan. Bagi kilang getah dan kelapa sawit sahaja, sehingga tahun 1983, sejumlah RM
200 juta terpaksa dibelanjakan bagi tujuan ini.


       Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal berkaitan alam
sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar dibandingkan dengan 15-20 tahun lalu
tetapi persoalan yang timbul ialah adakah jumlah ini mencukupi? Jumlah ini menunjukkan
kesungguhan pihak kerajaan dalam pembangunan alam sekitar negara. Namun jika
pencemaran terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah ini sudah tentunya tidak mencukupi
untuk menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam hal-hal alam
sekitar, pembersihan semula kawasan pencemaran, program pemeliharaan dan pemuliharaan
dan sebagainya.


       Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada pihak swasta
menjalankan proses pembersihan atau menswastidakan sesebuah agensi atau jabatan yang
cuma bertanggungjawab dalam hal-hal pembersihan pencemaran. Langkah ini sudah pasti
mengurangkan beban kerajaan namun masalah akan timbul bila orang ramai terpaksa
membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar yang bersih. Dalam hal ini sudah
pastilah pihak kerajaan akan dipersalahkan pula.
Kesimpulannya, berapa banyak pun peruntukkan yang diberikan kepada kerajaan untuk
pembangunan alam sekitar negara, ia tetap tidak mencukupi jika pencemaran terus meningkat
dan masyarakat tidak turut memainkan peranan memelihara alam sekitar. Oleh itu, langkah
terbaik ialah orang ramai turut memainkan peranan agar pencemaran dapat dikawal dan
seterusnya mengurangkan beban kerajaan. Langkah ini akan turut melancarkan pembangunan
alam sekitar negara agar orang ramai dapat menikmati alam sekitar yang bersih.


6. Masalah Kesedaran Dan Penerimaan Umum


Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat, tetapi
kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang realistik. Masih ramai yang melihat
pengurusan alam sekitar semata-mata untuk mengadakan udara yang nyaman dan air yang
bersih tanpa melihat kaitannya dengan usaha pembangunan.


       Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus
melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan alam sekitar.
Masih ramai pemandu kenderaan motor yang menggunakan asap-asap kenderaan melebihi
paras yang dibenarkan iaitu tidak lebih 50 UAH yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah
Kereta Motor ( kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977.


       Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang pemuliharaan
dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting dan mengutarakan pendapat
mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media
massa. Namun tiada tindakan susulan yang berkesan yang diambil untuk menyelesaikannya.
Sebagai contoh, isu bahan toksik yang diletidakkan di dalam sebuah kilang terbiar di Johor di
mana bahan toksik itu datang dari Taiwan . Pelbagai pihak mengutarakan kebimbangan mereka
dan kesan bahan toksik itu terhadap penduduk setempat, namun masih tiada tindakan
berkesan untuk menghapuskan bahan toksik atau memindahkannya ke tempat lain. Mereka
yang terbabit memberikan pelbagai alasan seperti pihak Taiwan enggan menerima balik bahan
itu, masalah pengurusan dan undang-undang dan sebagainya. Seharusnya tindakan drastik
harus diambil dalam hal ini seperti melupuskan bahan toksik ini dengan segera dengan cara
yang dipraktikkan dan bukan membiarkannya begitu sehingga suatu hari nanti memudaratkan
penduduk.
Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam pemeliharaan alam
sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata. Kesedaran perlu ada dan bukannya
hanya mengambil mudah isu-isu alam sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa
tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan berkesan umpama mencurahkan air ke
atas daun keladi.


7. Kelemahan Sistem Pendidikan Negara


Pendidikan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Namun nilai-nilai ini jarang
dapat dilihat dalam masyarakat kini dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin
meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan dalam sistem pendidkan negara yang gagal
menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar kepada masyarakat
dan golongan pelajar.


       Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai mata
pelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam mata pelajaran lain seperti sains dan Kajian
tempatan. Namun untuk keperluan peperiksaan, sering kali mata pelajaran seperti Kajian
Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh itu, pendidikan alam sekitar diabaikan
untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan menggunakan masa itu untuk pelajaran lain.
Pada peringkat institusi pengajian tinggi pula hanya pelajar yang mengambil ijazah atau subjek
berkaitan dengan alam sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk menguruskan
alam sekitar. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti masyarakat biasa iaitu alam
sekitar hanya berkait dengan kebersihan, flora dan fauna dan persekitaran tanpa mengetahui
kepentingan pengurusan alam sekitar yang betul.


       Namun kini terdapat harapan dalam pendidikan alam sekitar di mana kerajaan
mengutamakan pendidikan alam sekitar bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)
dan masyarakat turut melibatkan diri dalam pendidikan yang bersifat tidak formal. Contohnya
promosi kesedaran alam sekitar, pertandingan bertemakan alam sekitar dan penyiaran
rancangan berbentuk alam sekitar di dalam media elektronik dan media massa.
Adalah diharapkan usaha-usaha yang ada berterusan agar kesilapan masa lalu tidak diulangi
dan generasi muda dan baru memperoleh ilmu yang menyeluruh tentang pendidikan alam
sekitar serta dapat mempraktikkannya kelak untuk berdepan dengan isu-isu alam sekitar di
masa hadapan. Pendidikan adalah medium yang berkesan untuk pembangunan kelak.


8. Kelemahan Penguatkuasaan Undang-Undang


Ketiadaan pegawai penguat kuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan
laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalah kelemahan dalam
penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan menyebabkan kepercayaan orang ramai
terhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun. Masalah lain ialah pemantauan sering
dilakukan dalam waktu bekerja walhal banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam
seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai.


       Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius kerana
bilangan anggota yang terhad, kebanyakan daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara
menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Malah ada di antara mereka yang tidak
mengetahui pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di
bawah bidang kuasa mereka. Di Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada seorang pun pegawai yang
dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga tidak tahu adanya
peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.


       Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan politik dan ekonomi,
pertindihan kuasa antara kerajaan Negeri dan Persekutuan, tiadanya kos yang mencukupi dan
tiada kerjasama daripada orang ramai. Selain itu, masalah pecah amanah atau rasuah juga
mungkin timbul yang menyumbang kepada masalah kelemahan penguatkuasaan namun tiada
data atau kes mengenainya yang diketahui umum.


       Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kelemahan penguatkuasaan alam
sekitar. Namun masalah ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk para pegawai
penguatkuasaan untuk tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka sepatutnya
berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas agar usaha mereka dihargai
dan mendapat pujian ramai. Melalui cara ini sahaja, masalah-masalah lain yang dihadapi
mereka akan disedari pihak terbabit dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut satu
persatu. Kelemahan dan tiada kesungguhan di pihak pegawai penguat kuasa sendiri akan
membantutkan lagi penguatkuasaan dan menambah masalah yang sudah banyak berkenaan
penguatkuasaan .

Contenu connexe

Tendances

Isu Lingkungan Global ( MAKALAH)
Isu Lingkungan Global ( MAKALAH)Isu Lingkungan Global ( MAKALAH)
Isu Lingkungan Global ( MAKALAH)Awang Ramadhani
 
Pembangunan dan alam sekitar
Pembangunan dan alam sekitarPembangunan dan alam sekitar
Pembangunan dan alam sekitarNormurni Mohamad
 
Pencemaran air _bunyi_dan_udara
Pencemaran air _bunyi_dan_udaraPencemaran air _bunyi_dan_udara
Pencemaran air _bunyi_dan_udaraanahron
 
(geogarfi) Konsep bumi hijau
(geogarfi) Konsep bumi hijau (geogarfi) Konsep bumi hijau
(geogarfi) Konsep bumi hijau Nur Ashilla
 
Permasalahan Lingkungan Hidup Lokal, Nasional dan Global
Permasalahan Lingkungan Hidup Lokal, Nasional dan Global Permasalahan Lingkungan Hidup Lokal, Nasional dan Global
Permasalahan Lingkungan Hidup Lokal, Nasional dan Global Nico Prakasa
 
lingkungan dan permasalahannya
lingkungan dan permasalahannyalingkungan dan permasalahannya
lingkungan dan permasalahannyaAprilia Hapsari
 
Presentasi Makalah Pencemaran Lingkungan
Presentasi Makalah Pencemaran LingkunganPresentasi Makalah Pencemaran Lingkungan
Presentasi Makalah Pencemaran LingkunganAal Katanya
 
Pengantar Teknik Lingkungan
Pengantar Teknik LingkunganPengantar Teknik Lingkungan
Pengantar Teknik Lingkunganguestcb0db
 
Makalah hukum lingkungan asap kendaraan sebagai pencemaran udara
Makalah hukum lingkungan asap kendaraan sebagai pencemaran udaraMakalah hukum lingkungan asap kendaraan sebagai pencemaran udara
Makalah hukum lingkungan asap kendaraan sebagai pencemaran udaraZainal Abidin
 
Alam sekitar tanggunjawab bersama
Alam sekitar tanggunjawab bersamaAlam sekitar tanggunjawab bersama
Alam sekitar tanggunjawab bersamadixonong88
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganrayyanqisya
 
Dampak industri terhadap lingkungan hidup
Dampak industri terhadap lingkungan hidupDampak industri terhadap lingkungan hidup
Dampak industri terhadap lingkungan hidupwelly yusup
 
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusak
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusakMakalah pelestarian lingkungan yang telah rusak
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusakOperator Warnet Vast Raha
 
Makalah kerusakan lingkungan hidup akibat populasi manusia
Makalah kerusakan lingkungan hidup akibat populasi manusiaMakalah kerusakan lingkungan hidup akibat populasi manusia
Makalah kerusakan lingkungan hidup akibat populasi manusiaSevent Saja
 
Karya Tulis Ilmiah : Polusi udara
Karya Tulis Ilmiah : Polusi udaraKarya Tulis Ilmiah : Polusi udara
Karya Tulis Ilmiah : Polusi udaraJuniarta Sitorus
 
Manajemen Lingkungan.ppt
Manajemen Lingkungan.pptManajemen Lingkungan.ppt
Manajemen Lingkungan.pptNursidiq 92
 
Pengertian lingkungan
Pengertian lingkunganPengertian lingkungan
Pengertian lingkunganEly Yuliati
 

Tendances (20)

Isu Lingkungan Global ( MAKALAH)
Isu Lingkungan Global ( MAKALAH)Isu Lingkungan Global ( MAKALAH)
Isu Lingkungan Global ( MAKALAH)
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Pembangunan dan alam sekitar
Pembangunan dan alam sekitarPembangunan dan alam sekitar
Pembangunan dan alam sekitar
 
Pencemaran air _bunyi_dan_udara
Pencemaran air _bunyi_dan_udaraPencemaran air _bunyi_dan_udara
Pencemaran air _bunyi_dan_udara
 
(geogarfi) Konsep bumi hijau
(geogarfi) Konsep bumi hijau (geogarfi) Konsep bumi hijau
(geogarfi) Konsep bumi hijau
 
Permasalahan Lingkungan Hidup Lokal, Nasional dan Global
Permasalahan Lingkungan Hidup Lokal, Nasional dan Global Permasalahan Lingkungan Hidup Lokal, Nasional dan Global
Permasalahan Lingkungan Hidup Lokal, Nasional dan Global
 
lingkungan dan permasalahannya
lingkungan dan permasalahannyalingkungan dan permasalahannya
lingkungan dan permasalahannya
 
Karya ilmiah dampak pencemaran lingkungan
Karya ilmiah dampak pencemaran lingkunganKarya ilmiah dampak pencemaran lingkungan
Karya ilmiah dampak pencemaran lingkungan
 
Presentasi Makalah Pencemaran Lingkungan
Presentasi Makalah Pencemaran LingkunganPresentasi Makalah Pencemaran Lingkungan
Presentasi Makalah Pencemaran Lingkungan
 
Pengantar Teknik Lingkungan
Pengantar Teknik LingkunganPengantar Teknik Lingkungan
Pengantar Teknik Lingkungan
 
Makalah hukum lingkungan asap kendaraan sebagai pencemaran udara
Makalah hukum lingkungan asap kendaraan sebagai pencemaran udaraMakalah hukum lingkungan asap kendaraan sebagai pencemaran udara
Makalah hukum lingkungan asap kendaraan sebagai pencemaran udara
 
Alam sekitar tanggunjawab bersama
Alam sekitar tanggunjawab bersamaAlam sekitar tanggunjawab bersama
Alam sekitar tanggunjawab bersama
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Dampak industri terhadap lingkungan hidup
Dampak industri terhadap lingkungan hidupDampak industri terhadap lingkungan hidup
Dampak industri terhadap lingkungan hidup
 
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusak
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusakMakalah pelestarian lingkungan yang telah rusak
Makalah pelestarian lingkungan yang telah rusak
 
Makalah kerusakan lingkungan hidup akibat populasi manusia
Makalah kerusakan lingkungan hidup akibat populasi manusiaMakalah kerusakan lingkungan hidup akibat populasi manusia
Makalah kerusakan lingkungan hidup akibat populasi manusia
 
Karya Tulis Ilmiah : Polusi udara
Karya Tulis Ilmiah : Polusi udaraKarya Tulis Ilmiah : Polusi udara
Karya Tulis Ilmiah : Polusi udara
 
Makalah hukum lingkungan
Makalah hukum lingkunganMakalah hukum lingkungan
Makalah hukum lingkungan
 
Manajemen Lingkungan.ppt
Manajemen Lingkungan.pptManajemen Lingkungan.ppt
Manajemen Lingkungan.ppt
 
Pengertian lingkungan
Pengertian lingkunganPengertian lingkungan
Pengertian lingkungan
 

En vedette

peranan wwf sebagai agen sosialisasi
peranan wwf sebagai agen sosialisasiperanan wwf sebagai agen sosialisasi
peranan wwf sebagai agen sosialisasiPak Cham
 
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarPemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarSiti Rafhanah
 
LAPORAN PRAKTIK KERJA KEGIATAN USAHA PEMELIHARAAN SAPI PERAH DI PT. ULTRA PET...
LAPORAN PRAKTIK KERJA KEGIATAN USAHA PEMELIHARAAN SAPI PERAH DI PT. ULTRA PET...LAPORAN PRAKTIK KERJA KEGIATAN USAHA PEMELIHARAAN SAPI PERAH DI PT. ULTRA PET...
LAPORAN PRAKTIK KERJA KEGIATAN USAHA PEMELIHARAAN SAPI PERAH DI PT. ULTRA PET...Muh Romdont
 
Isu isu alam sekitar
Isu isu alam sekitarIsu isu alam sekitar
Isu isu alam sekitaraidanuien
 
Modul khb pk ting 3 2013 - skema pdf
Modul khb pk ting 3 2013 - skema pdfModul khb pk ting 3 2013 - skema pdf
Modul khb pk ting 3 2013 - skema pdfnorlizajais
 
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanPengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanMOHD SHAHRIN SN
 
Isu penilaian prestasi
Isu penilaian prestasiIsu penilaian prestasi
Isu penilaian prestasisuibhamid
 
Assignment 1 question (3)
Assignment 1 question (3)Assignment 1 question (3)
Assignment 1 question (3)sulung90
 
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikanIsu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikanA Ghani Awang
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahFez Na
 

En vedette (20)

peranan wwf sebagai agen sosialisasi
peranan wwf sebagai agen sosialisasiperanan wwf sebagai agen sosialisasi
peranan wwf sebagai agen sosialisasi
 
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarPemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
 
Bab1
Bab1Bab1
Bab1
 
Chapter 4
Chapter 4Chapter 4
Chapter 4
 
Bab i kkp
Bab i kkpBab i kkp
Bab i kkp
 
Isu alam sekitar
Isu alam sekitarIsu alam sekitar
Isu alam sekitar
 
5. penulisan bab (16 havent print) check up
5. penulisan bab (16 havent print) check up5. penulisan bab (16 havent print) check up
5. penulisan bab (16 havent print) check up
 
Pengguna
PenggunaPengguna
Pengguna
 
LAPORAN PRAKTIK KERJA KEGIATAN USAHA PEMELIHARAAN SAPI PERAH DI PT. ULTRA PET...
LAPORAN PRAKTIK KERJA KEGIATAN USAHA PEMELIHARAAN SAPI PERAH DI PT. ULTRA PET...LAPORAN PRAKTIK KERJA KEGIATAN USAHA PEMELIHARAAN SAPI PERAH DI PT. ULTRA PET...
LAPORAN PRAKTIK KERJA KEGIATAN USAHA PEMELIHARAAN SAPI PERAH DI PT. ULTRA PET...
 
Hak dan Peranan PENGGUNA
Hak dan Peranan PENGGUNAHak dan Peranan PENGGUNA
Hak dan Peranan PENGGUNA
 
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2
 
Isu isu alam sekitar
Isu isu alam sekitarIsu isu alam sekitar
Isu isu alam sekitar
 
Modul khb pk ting 3 2013 - skema pdf
Modul khb pk ting 3 2013 - skema pdfModul khb pk ting 3 2013 - skema pdf
Modul khb pk ting 3 2013 - skema pdf
 
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanPengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
 
Isu penilaian prestasi
Isu penilaian prestasiIsu penilaian prestasi
Isu penilaian prestasi
 
Assignment 1 question (3)
Assignment 1 question (3)Assignment 1 question (3)
Assignment 1 question (3)
 
Buku scrap sejarah
Buku scrap sejarahBuku scrap sejarah
Buku scrap sejarah
 
Tata Kelola, Penerimaan Negara dan Dana Bagi Hasil Sektor Kehutanan
Tata Kelola, Penerimaan Negara dan Dana Bagi Hasil Sektor KehutananTata Kelola, Penerimaan Negara dan Dana Bagi Hasil Sektor Kehutanan
Tata Kelola, Penerimaan Negara dan Dana Bagi Hasil Sektor Kehutanan
 
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikanIsu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
 

Similaire à Kkp

Manusia dan Lingkungan (Tugas ilmu sosial dan budaya dasar)
Manusia dan Lingkungan (Tugas ilmu sosial dan budaya dasar)Manusia dan Lingkungan (Tugas ilmu sosial dan budaya dasar)
Manusia dan Lingkungan (Tugas ilmu sosial dan budaya dasar)Nida Shafiyanti
 
Etika dan Hubungannya Dengan Alam Sekitar (Kumpulan 3).pptx
Etika dan Hubungannya Dengan Alam Sekitar (Kumpulan 3).pptxEtika dan Hubungannya Dengan Alam Sekitar (Kumpulan 3).pptx
Etika dan Hubungannya Dengan Alam Sekitar (Kumpulan 3).pptxRachelMun2
 
Makalah ilmu ekomomi syariah
Makalah ilmu ekomomi syariahMakalah ilmu ekomomi syariah
Makalah ilmu ekomomi syariahjamal din
 
Cara menjaga lingkungan hidup
Cara menjaga lingkungan hidupCara menjaga lingkungan hidup
Cara menjaga lingkungan hidupzildjiandiya
 
Peran Dunia Pendidikan dalam Pelestarian Lingkungan - Drs. Eko Sulistianto
Peran Dunia Pendidikan dalam Pelestarian Lingkungan - Drs. Eko SulistiantoPeran Dunia Pendidikan dalam Pelestarian Lingkungan - Drs. Eko Sulistianto
Peran Dunia Pendidikan dalam Pelestarian Lingkungan - Drs. Eko SulistiantoSatria
 
Pembangunan mapan dalam islam
Pembangunan mapan dalam islamPembangunan mapan dalam islam
Pembangunan mapan dalam islamhishamuddin azai
 
Ekologi dan ilmu lingkungan
Ekologi dan ilmu lingkunganEkologi dan ilmu lingkungan
Ekologi dan ilmu lingkunganIrfano
 
Pengetahuan lingkungan soft skill
Pengetahuan lingkungan soft skillPengetahuan lingkungan soft skill
Pengetahuan lingkungan soft skillcondro23
 
Pembangunan mapan dalam Islam
Pembangunan mapan dalam IslamPembangunan mapan dalam Islam
Pembangunan mapan dalam IslamHanizan Azizan
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganFebry Ramdani
 
Teorema alam dalam islam
Teorema alam dalam islamTeorema alam dalam islam
Teorema alam dalam islamHairus Saleh
 
selasa-16-Juni-20-Jam-13.30-Christianus-M.pptx
selasa-16-Juni-20-Jam-13.30-Christianus-M.pptxselasa-16-Juni-20-Jam-13.30-Christianus-M.pptx
selasa-16-Juni-20-Jam-13.30-Christianus-M.pptxssusere7fb6a
 
Proposal kegiatan hari lingkungan lplhi11
Proposal kegiatan hari lingkungan lplhi11Proposal kegiatan hari lingkungan lplhi11
Proposal kegiatan hari lingkungan lplhi11Sufriadi Ayi
 
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologis
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologismutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologis
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologisgilbertsg
 
Makalah upaya pelestarian hutan
Makalah upaya pelestarian hutanMakalah upaya pelestarian hutan
Makalah upaya pelestarian hutanhenengsuseno
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganFebry Ramdani
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganDiki Alnastain
 

Similaire à Kkp (20)

Manusia dan Lingkungan (Tugas ilmu sosial dan budaya dasar)
Manusia dan Lingkungan (Tugas ilmu sosial dan budaya dasar)Manusia dan Lingkungan (Tugas ilmu sosial dan budaya dasar)
Manusia dan Lingkungan (Tugas ilmu sosial dan budaya dasar)
 
Etika dan Hubungannya Dengan Alam Sekitar (Kumpulan 3).pptx
Etika dan Hubungannya Dengan Alam Sekitar (Kumpulan 3).pptxEtika dan Hubungannya Dengan Alam Sekitar (Kumpulan 3).pptx
Etika dan Hubungannya Dengan Alam Sekitar (Kumpulan 3).pptx
 
Makalah ilmu ekomomi syariah
Makalah ilmu ekomomi syariahMakalah ilmu ekomomi syariah
Makalah ilmu ekomomi syariah
 
Cara menjaga lingkungan hidup
Cara menjaga lingkungan hidupCara menjaga lingkungan hidup
Cara menjaga lingkungan hidup
 
Pengertian lingkungan
Pengertian lingkunganPengertian lingkungan
Pengertian lingkungan
 
Peran Dunia Pendidikan dalam Pelestarian Lingkungan - Drs. Eko Sulistianto
Peran Dunia Pendidikan dalam Pelestarian Lingkungan - Drs. Eko SulistiantoPeran Dunia Pendidikan dalam Pelestarian Lingkungan - Drs. Eko Sulistianto
Peran Dunia Pendidikan dalam Pelestarian Lingkungan - Drs. Eko Sulistianto
 
Modul 3 kb 2
Modul 3 kb 2Modul 3 kb 2
Modul 3 kb 2
 
Pembangunan mapan dalam islam
Pembangunan mapan dalam islamPembangunan mapan dalam islam
Pembangunan mapan dalam islam
 
Ekologi dan ilmu lingkungan
Ekologi dan ilmu lingkunganEkologi dan ilmu lingkungan
Ekologi dan ilmu lingkungan
 
Pengetahuan lingkungan soft skill
Pengetahuan lingkungan soft skillPengetahuan lingkungan soft skill
Pengetahuan lingkungan soft skill
 
Pembangunan mapan dalam Islam
Pembangunan mapan dalam IslamPembangunan mapan dalam Islam
Pembangunan mapan dalam Islam
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
 
Teorema alam dalam islam
Teorema alam dalam islamTeorema alam dalam islam
Teorema alam dalam islam
 
selasa-16-Juni-20-Jam-13.30-Christianus-M.pptx
selasa-16-Juni-20-Jam-13.30-Christianus-M.pptxselasa-16-Juni-20-Jam-13.30-Christianus-M.pptx
selasa-16-Juni-20-Jam-13.30-Christianus-M.pptx
 
Proposal kegiatan hari lingkungan lplhi11
Proposal kegiatan hari lingkungan lplhi11Proposal kegiatan hari lingkungan lplhi11
Proposal kegiatan hari lingkungan lplhi11
 
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologis
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologismutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologis
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologis
 
Makalah upaya pelestarian hutan
Makalah upaya pelestarian hutanMakalah upaya pelestarian hutan
Makalah upaya pelestarian hutan
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
 
Cinta lingkungan
Cinta lingkunganCinta lingkungan
Cinta lingkungan
 

Kkp

  • 1. IPG KAMPUS KOTA BAHARU TAJUK : PEMBANGUNAN LESTARI OLEH ORGANISASI BUKAN KERAJAAN ( NGO ) NAMA PELAJAR : 1) NORHANIM BT ISMAIL A80M – 1112 – 0940 790430 – 01 – 5042 2) NURUL IZYANI BT ABDUL RAHMAN A80M – 1112 – 0941 860909 – 33 – 5276 3) SITI UMYRA BT ISMAIL KHAN A80M – 1112 – 0943 840829 – 14 – 5204 KUMPULAN : DPLI / BM SJKC MATA / KOD PELAJARAN : PENDIDIKAN ALAM SEKITAR / ASK2202W NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : NIK NAPISAH AB KADIR TARIKH SERAHAN : 06 SEPTEMBER 2012
  • 2. PENGENALAN ALAM SEKITAR Dalam usaha mengejar kemodenan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan. Manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek-projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modenisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan hal ini mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar yang teruk. Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan keadaan muka bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar. Setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam. DEFINISI ALAM SEKITAR ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi. SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling. Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekiranya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotic atau abiotic yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002) Terdapat satu lagi definisi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalism“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997) Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu
  • 3. organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode empirikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004) KOMPONEN ALAM SEKITAR Alam sekitar terdiri daripada 3 komponen utama iaitu : a) Alam semula jadi (natural environment) b) Alam buatan (man-made environment) c) Alam Sosio Budaya (Socio cultural environment) 1. ALAM SEMULAJADI (natural environment) Alam semula jadi merupakan jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi. Ia merupakan persekitaran yang tanpa kegiatan manusia. Alam semula jadi meliputi benda asas di muka bumi seperti matahari, air dan udara, kitaran fizikal yang menyokong kehidupan seperti kitar oksigen, nitrogen, dan karbon dan benda hidup yang saling berinteraksi. Istilah ekosistem digunakan untuk menggambarkan persekitaran yang mengandungi alam semula jadi termasuk manusia. 2. ALAM BUATAN MANUSIA (man-made environment) Alam buatan merangkumi manusia dan persekitaran buatan manusia yang merujuk kepada persekitaran fizikal binaan atau ciptaan manusia. Alam sekitar yang dibina oleh manusia seperti taman herba, taman burung, taman orkid, taman bunga, zoo dan lain-lain. 3. ALAM SEKITAR SOSIOBUDAYA (socio-cultural environment) Maksud alam sosiobudaya ialah bagaimana manusia berinteraksi dan menyusun diri mereka dalam kumpulan seperti keluarga, pendidikan, pekerjaan, kesihatan, politik, kerajaan, ekonomi, kesenian, agama dan budaya. Ini merangkumi hubungan ataupun pertalian rapat
  • 4. antara manusia dengan budayanya. Semua ini merangkumi etika persekitaran (environment ethics), contohnya bagi masyarakat Melayu, ketika berada di dalam hutan dilarang menegur sebarang keganjilan yang ditemui dan dilarang membuat bising. Etika bagi suami yang bakal menimang cahaya mata pula tidak digalakkan mengail serta membunuh binatang dengan sesuka hati. Bagi masyarakat bumiputera Sabah / Sarawak, mereka mempercayai padi mempunyai semangat dan kuasa, oleh itu mereka akan mengadakan Pesta Menuai yang bertujuan supaya semangat padi gembira dan hasil tuaian semakin bertambah. ‟Indigenous knowledge‟ bagi masyarakat peribumi ialah memanfaatkan sumber alam untuk perubatan, makanan dan rekreasi. Contohnya, penggunaan pokok–pokok herba yang tumbuh liar di dalam hutan untuk dijadikan ubat atau penawar penyakit. PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR Konsep Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar KAMUS Dewan edisi keempat tahun 2005 mendefinisikan pelihara sebagai membela, menjaga dan merawat, manakala pulihara membawa makna memulihkan serta memelihara, dan melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan baik. Konsep pemeliharaan dan pemuliharaan dalam konteks alam sekitar memperlihatkan bahawa tahun demi tahun dunia ini seolah-olah berada dalam keadaan tidak selamat. Isu pemanasan global, kempen anjuran Greenpeace, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Sahabat Alam Malaysia, Malaysia Nature Society, World Wildlife Fund, (WWF) memanggil kita supaya melakukan sesuatu. Pemeliharaan dan pemuliharaan ini bermula dengan kesedaran individu. Ia bermula dari rumah dengan nasihat ibu-bapa kepada anak-anak mereka akan peri pentingnya menjaga alam sekitar, kebersihan, keprihatinan terhadap alam tumbuhan dan alam haiwan, dan membina masyarakat penyayang dengan memahami prinsip Rukun Negara itu sendiri. Sikap membuang sampah ke dalam sungai sehingga mencemarkan sungai perlu dikikis. Namun, usaha pemeliharaan dan pemuliharaan, pasti menelan kos yang banyak. Justeru itu, alangkah elok sekali kita bermula dengan sikap penjagaan secara semula jadi dengan kesedaran dan keprihatinan kepada alam sekitar yang berterusan.
  • 5. Alam sekitar merupakan tautan antara tanah, angin, api dan air. Ia merupakan hubungan kitar dalam proses keadaan semula jadi yang berterusan. Penggondolan bukit akan menyebabkan hilangnya tunggak bumi dan penghadang banjir. Banjir lumpur akan mengalirkan air lumpur dan apabila pohonan kayu di tepi pantai dibuang, maka tanah pantai akan terhakis. Kebelakangan ini, kita menghadapi masalah kemarau yang menyebabkan air terpaksa dicatu. Sehubungan itu, kita akan mencari sebab kerana berkurangnya kawasan tadahan hujan. Dalam masa yang singkat, hujan lebat pasti membawa banjir kilat yang dahsyat di bandar raya Kuala Lumpur. Kerugian kewangan yang ditanggung sepatutnya boleh diguna sebagai biayai pemeliharaan dan pemuliharaan. Kajian menunjukkan suhu di Lembah Klang yang membabitkan kawasan hutan hijau lebih rendah sebanyak lima darjah Celsius berbanding kawasan lapang tanpa pohonan kayu. Hutan hijau menjamin suasana udara nyaman yang bersih lantaran proses fotosintesis dengan pohonan hijau menyerap karbon dioksida dan memberikan oksigen yang diperlukan manusia. Kita harus menyedari persekitaran yang bersih menjamin hayat yang panjang. Ikan dalam laut yang bersih memberikan protein bermutu buat manusia dan sayuran tanpa racun vitamin atau galian yang diperlukan manusia. Apabila manusia menggunakan racun untuk menghindari serangga perosak secara berlebihan yang menanggung akibatnya adalah manusia. Apabila ikan tercemar akibat perbuatan manusia, yang menderita diserang penyakit adalah manusia juga. Jadi di sini kelalaian atau pun keserakahan manusia akan mengakibatkan kesan langsung kepada manusia. Secara keseluruhan, yang rugi adalah manusia juga. Dengan lapisan ozon yang semakin menipis, suhu bumi menjadi suatu yang tidak dapat dijangkakan dan diramalkan meningkat kepada 4.5 darjah Celsius di hujung abad ke-21 ini. Air batu kutub utara dan kutub selatan mula cair dan ini meningkatkan paras air laut. Paras air laut dikatakan akan meningkat dari 28cm kepada 43 cm pada akhir abad ini. Peningkatannya mengakibatkan gelombang ombak ganas yang memusnahkan habitat pantai dan merosakkan keadaan semula jadi pantai. Pemanasan global akan terus meningkat dalam suasana yang sukar dikawal. Perdebatan tentang pemanasan global menjadi satu tajuk yang besar. Protokol Kyoto yang berkuat kuasa secara penuh pada 16 Februari 2005 bertujuan menangani permasalahan perubahan iklim. Isu pemanasan global, usaha untuk mengurangkan karbon dioksida dan gas rumah hijau yang merosakkan atmosfera, belum diakui sepenuhnya oleh kebanyakan negara.
  • 6. Asas pemeliharaan dan pemuliharaan perlu ditinjau dari sudut berikut : 1. Memahami persekitaran dan keperluannya. 2. Penglibatan segenap peringkat masyarakat dalam peranan pemeliharaan dan pemuliharaan 3. Membina kempen kesedaran dengan pengenalan subjek nyata berkaitan alam sekitar di peringkat rendah, menengah, universiti dan juga masyarakat dewasa. 4. Mengetat dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam. 5. Membentuk sebuah Suruhanjaya Alam Sekitar. Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar Berdasarkan Objektif Pendidikan konservasi UNESCO 1976 Menurut Ford, P.M. (1981), Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Segala pencemaran yang telah berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri. Selain itu, air merupakan sumber yang paling penting dalam kehidupan kita. Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh digunakan. Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita. Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang kita peroleh selamat untuk digunakan. Seterusnya, aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar dan hutan-hutan. Sekiranya aktiviti ini tidak dapat dikawal, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan ini akan menjadikan cuaca semakin panas dan tidak stabil. Oleh itu, beberapa usaha telah dilakukan seperti membanteras aktiviti pembalakan secara haram dan membuat hutan simpan di tempat-tempat tertentu untuk memastikan flora dan fauna terjaga dengan rapi.
  • 7. Akhir sekali, perkembangan teknologi masa kini dan peningkatan aktiviti manusia telah memberi banyak sumbangan dan kemajuan dalam bidang sosial, ekonomi dan politik sejagat. Namun secara tidak langsung, segala proses untuk pelaksanaan objektif pembangunan tersebut telah menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar. Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan penurunan taraf kesihatan dan keselamatan penduduk , penipisan lapisan ozon, penghapusan hidupan akuatik serta kepupusan flora dan fauna. Konklusinya, kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan berdasarkan objektif pendidikan konservasi amatlah penting untuk direalisasikan oleh manusia supaya keselamatan alam sekitar akan lebih terjamin pada masa akan datang. LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR Penghutanan semula Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelembapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisien. Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak. Penggunaan baja organik Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air. petani yang menggunakan baja organik dapat menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam
  • 8. sekitar. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja. Kaedah biologi Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketinggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit. Pertanian tetap Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya. Petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih. Kaedah perundangan Kaedah perundangan didefinisikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan dikuatkuasakan untuk melaksanakan tindakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya, Akta Kualiti Alam Sekitar (1974) akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar. Serentak dengan ini akta ini perlu diperketat agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu,
  • 9. dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara. Penilaian impak alam sekitar(EIA) penilaian impak alam sekitar merupakan satu pendekatan yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar di bawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan. DASAR ALAM SEKITAR NEGARA Rajah 1 : Dasar Alam Sekitar Negara Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DSN adalah untuk : Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan. Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semula jadi yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat. Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang
  • 10. lestari. Terdapat lapan prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu : 1. Pengawasan Alam Sekitar 2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam 3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar 4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli 5. Membuat Keputusan Bersepadu 6. Peranan Sektor Swasta 7. Komitmen dan Kebertanggungjawaban 8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.
  • 11. BADAN-BADAN NGO Badan NGO Aktiviti Menangani isu yang berkaitan biomass seperti hutan, laut, penggunaan ari bersih, spesies hidupan dan termasuk aspek berkaitan pendidikan alam sekitar. Menjadikan masyarakat di bandar untuk bersama- sama menjaga persekitaran untuk kesejahteraan bersama a Pemuliharaan, pengurusan habitat, mengurus taman dan pusat pendidikan alam, pendidikan alam sekitar, penerbitan dan acara awam Pemuliharaan isu-isu yang berkaitan dengan tanah lembap seperti perlindungan, pemuliharaan dan pemeliharaan, pengurusan bijak tanah lembap dan mewujudkan kesedaran tentang peranan penting tanah lembap yang menjadi salah satu ekosistem yang paling produktif. Bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam menyediakan maklumat berkaitan kesan perdagangan, mendorong usaha untuk meningkatkan kemapanan ekologi perdagangan dalam spesies liar dan membantu meningkatkan penguatkuasaan kawalan perdagangan hidupan liar antarabangsa. Menyiarkan dan menyebarkan isu dan maklumat mengenai air di dalam artikel, risalah, jurnal dan buku. Mempromosikan kesedaran awam dengan menganjurkan lawatan lapangan, kem pendidikan, seminar, forum, persidangandan ceramah.
  • 12. Memberikan perkhidmatan perundingan, pendidikan dan latihan dalam isu persekitaran Membuat penyelidikan mengenai habitat semulajadi orang utan dan membantu penyelidik untuk membuat penyelidikan mengenai tapak pemuliharaan orang utan R.E.A.C.H. - Aktiviti untuk menonjolkan masalah alam sekitar, RegionalEnvironmentalAwarenessCa mewujudkan kesedaran awam mengenai isu-isu meron Highlands alam sekitar dan menjalankan kajian udara dan biodiversiti hutan. menjalankan operasi dengan kaedah yang meminimumkan impak kepada alam sekitar Menggalakkan kesedaran alam sekitar, pendidikan dan pemuliharaan dengan rakyat dan untuk rakyat. Menjana dan mempromosi kesedaran dan pengetahuan mengenai kehidupan tumbuhan tropika dan persekitaran, ekologi dan pemuliharaan melalui pembangunan dan pengurusan kemudahan dan aktiviti yang sesuai. Rimba ilmu
  • 13. PEMBANGUNAN LESTARI Konsep pembangunan lestari muncul ekoran daripada kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu pembangunan lestari telah dibincangkan secara serius dalam Sidang Kemuncak bumi yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun 1992 dan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Persidangan pada tahun 1992 telah merintis pada wujudnya Agenda 21 yang merupakan pelan tindakan yang mengandungi satu set prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan dan institusi dalam melaksanakan dasar-dasar dan program-program pembangunan lestari di negara masing-masing. Pembangunan lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semula jadi. Pembangunan lestari mengikut definisi UNESCO (2002) diertikan sebagai menyeimbangkan segala keperluan manusia dengan melindungi alam semula jadi supaya keperluan manusia dapat dipenuhi bukan sahaja di masa kini tetapi juga selamanya. Pembangunan lestari adalah kemampuan untuk memberi sokongan untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di planet ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan untuk hidap secara berterusan dalam semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem semula jadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi. Pembangunan lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber-sumber semula jadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa depan bagi manfaat semua jenis kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu, pembangunan lestari amat bergantung pada pemuliharaan dan pemeliharaan kesejahteraan manusia dan ekosistem secara bersama. Pemuliharaan bermaksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber- sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam Rancangan Malaysia ketujuh. Pelan tersebut menerangkan langkah-langkah yang diambil untuk memberi penekanan terhadap pembangunan lestari semasa awal tempoh Rancangan Malaysia. Langkah-langkah baru telah dilaksanakan semasa Rancangan Malaysia ke – 7 (1996 – 2000) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara lestari
  • 14. CARA PELAKSANAAN PEMBANGUNAN LESTARI Dari aspek Perundangan, Kerajaan telah menggubal akta-akta tertentu untuk melindungi alam sekitar seperti Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Perhutanan Negara 1984 dan sebagainya. Laporan EIA ( Environment Impact Assessment ) diperlukan bagi projek- projek mega, di mana pemaju perlu mengemukakan laporan EIA projeknya kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk diluluskan terlebih dahulu. Langkah pemantauan oleh pihak JAS perlu lebih kerap dan teliti ke atas projek pembangunan yang mendatangkan kesan ke atas alam sekitar seperti pertanian di kawasan tanah tinggi. Dari aspek pengurusan strategik, sektor pertanian contohnya, menukar konsep tebang bakar kepada tebang reput atau menggunakan sisa-sisa pertanian untuk menjana tenaga biomass atau menghasilkan makanan haiwan melalui kaedah bioteknologi. Menukar penggunaan baja kimia kepada baja organik atau racun serangga kepada kaedah kawalan biologi. Bagi sektor pembalakan pihak terbabit seharusnya menggiatkan proses tanam semula menggunakan baka yang cepat matang seperti Yamane, Batai dan Akasia. Mengamalkan proses tebangan memilih iaitu memilih pokok yang matang atau cukup saiz sahaja untuk ditebang. Untuk sektor pengangkutan kenderaan awam haus menggunakan sistem pengangkutan yang digerakkan oleh tenaga elektrik. Untuk sektor tenaga penggunaan tenaga harus ditukar kepada tenaga alternatif seperti tenaga hidro, biomass, ombak angin, suria dan lain-lain. Dari aspek pendidikan, subjek-subjek yang berunsurkan pembangunan lestari diajar secara formal di sekolah menerusi subjek khusus seperti Geografi, Moral, Sivik dan lain-lain manakala pengajaran tidak formal boleh dilakukan melalui media massa, kempen , forum, gotong royong dan lain-lain.
  • 15. ISU-ISU ALAM SEKITAR Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif. 1.0 PERTUMBUHAN PENDUDUK Pertumbuhan penduduk adalah perubahan dalam bilangan penduduk sepanjang masa, yang boleh dikira sebagai perubahan bilangan individu dalam sesebuah populasi melalui sukatan secara sepanjang suatu tempoh tertentu. Istilah ini digunakan untuk memaksudkan istilah demografi khusus berbunyi kadar pertumbuhan penduduk yang merujuk kepada kadar pertumbuhan penduduk dunia. Dalam bidang demografi dan ekologi, kadar pertumbuhan penduduk ialah kadar pecahan pertumbuhan bilangan penduduk sesebuah kawasan. Secara terperincinya, kadar pertumbuhan penduduk biasanya bermaksud perubahan bilangan penduduk sepanjang suatu tempoh, yang dinyatidakan secara peratusan. Kadar pertumbuhan penduduk manusia seluruh dunia terus menurun sejak memuncak pada tahun 1962 dan 1963 pada kadar 2.20% setahun. Pada tahun 2007, kadar pertumbuhan adalah 1.19% setahun. Seratus tahun yang lalu telah memperlihatkan pertumbuhan penduduk yang pesat disebabkan kemajuan perubatan dan pertambahan daya pengeluaran pertanian secara mendadak hasil Revolusi Hijau. Pertumbuhan bilangan manusia tahunan sebenar jatuh dari kemuncak 87.8 juta pada tahun 1989, ke paras 74.6 juta pada tahun 2003, selepas itu naik ke paras 77.0 juta pada tahun 2009. Pertumbuhan penduduk masih tinggi terutamanya di Timur Tengah dan Afrika Sub-Sahara, begitu juga di Asia Selatan, Asia Tenggara, dan Amerika Latin. Sesetengah negara mengalami kemerosotan jumlah penduduk, terutamanya di Eropah Timur disebabkan kadar kesuburan rendah dan penghijrahan. Di Selatan Afrika, pertumbuhan penduduk terbantut kerana banyaknya kematian akibat HIV. Sesetengah negara Eropah Barat turut mengalami penurunan jumlah penduduk. Bilangan penduduk Jepun juga mula menurun pada tahun 2005 akibat dari kepesatan pembangunan dan kemajuan yang menyebabkan kadar kelahiran merosot kerana rakyatnya lebih mementingkan kerjaya berbanding keluarga.
  • 16. Bilangan penduduk yang melebihi keupayaan tampung sesebuah kawasan atau persekitaran menimbulkan masalah penduduk berlebihan. Ini mungkin disebabkan oleh pertumbuhan penduduk atau penurunan muatan kawasan tersebut. Pertambahan penduduk manusia secara mendadak boleh menimbulkan masalah seperti pencemaran dan kesesakan lalu lintas, yang boleh diburukkan lagi ataupun dipulihkan oleh perubahan teknologi dan ekonomi. Begitu juga, sesebuah kawasan mengalami kekurangan penduduk jika bilangan penduduknya tidak cukup untuk menampung sistem ekonominya. 1.1 Faktor mempengaruhi pertumbuhan penduduk a) Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah dipengaruhi oleh taraf kesihatan baik, prasaran kesihatan cukup & sistem perubatan cekap. b) Kesuburan meningkat - amalan kahwin muda. c) Sumber makanan seimbang - revolusi hijau, tiada kebuluran, kurang kematian. d) Program perancangan keluarga - gagal di negara membangun kerana taraf pendidikan, budaya & adat. e) Faktor sosial - pendidikan rendah. f) Kestabilan politik - aman, tiada perang. g) Dasar Kerajaan - Kempen 70 juta menjelang 2100, rebat cukai, cuti bersalin, rawatan percuma. h) Kadar migrasi bersih - tinggi (PATI). i) Agama - Islam (meramaikan umat), Cina (perlu anak lelaki sebagai pewaris). 1.2 Kesan pertumbuhan penduduk
  • 17. a) Tekanan terhadap sumber alam – persaingan guna tanah pertanian, penempatan, pembangunan prasarana. b) Kemerosotan/kepupusan sumber – sumber yang tidak boleh diperbaharui. c) Pencemaran & kerosakan sumber – air, udara, tanah d) Kemiskinan & kemunduran e) Kekurangan bekalan sumber makanan f) Kesan sosial – taraf pendidikan dan kesihatan rendah Antara fakta menarik mengenai penduduk dunia pada masa depan Tokyo mencatatkan bilangan penduduk paling tinggi dengan 36.7 juta orang diikuti New Delhi (22 juta orang) dan Sao Paulo serta Mumbai, masing-masing mencatatkan jumlah 20 juta penduduk. Jangkaan terkini memperlihatkan bilangan penduduk akan mencecah 9.3 bilion orang pada 2050 dan lebih 10 bilion orang menjelang 2100. Dengan hanya variasi kecil dalam kadar kesuburan terutama di negara yang memiliki kepadatan penduduk, jumlah itu dijangka lebih tinggi iaitu 10.6 bilion orang pada 2050 dan lebih 15 bilion (2100). UNFPA turut mencadangkan supaya diwujudkan pelan pembangunan yang seimbang bagi menghadapi jumlah pertambahan penduduk termasuk pembinaan perumahan yang mencukupi, sistem sanitasi yang baik serta 'kawasan hijau'. Negara penyumbang penduduk bumi terbesar dan tercepat ada di negara membangun kawasan Asia dan Afrika seperti India, Pakistan, Tiongkok, Bangladesh, Nigeria, Ethiopia.
  • 18. Lima cabaran besar yang dihadapi masyarakat dunia moden adalah kestabilan kewangan, perubahan iklim, penyakit, keganasan dan perlucutan senjata nuklear. Dunia juga masih menghadapi cabaran kekurangan air dan masih terdapatnya masalah amat besar antara negara dunia bagi mendapatkan air, perumahan, dan lapangan kerja. Berdasarkan sorotan 2050, China tidak lagi menduduki tempat pertama. Pakistan mengambil posisi ke-empat yang sebelumnya diduduki Indonesia. Nigeria, Ethiopia dan Congo dijangkakan akan mengalami pertumbuhan penduduk yang besar dan mulai masuk senarai dalam 10 penduduk dunia yang ramai. Sebaliknya Jepun, Russia, United Kingdom, Itali dan Jerman dijangka akan mengalami pertumbuhan penduduk yang rendah. 2.0 PELUPUSAN SPESIES FLORA DAN FAUNA Dianggarkan 56.3 peratus kawasan di Malaysia diliputi hutan. Di antaranya terdiri daripada hutan hujan tropika yang kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna. Hutan berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna. Ia juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Spesies flora dan fauna seperti bunga rafflesia, harimau, penyu, tapir dan orang utan dilaporkan mengalami kepupusan. Faktor ini disebabkan oleh perilaku manusia sendiri yang semakin menggugat kestabilan alam. Definisi pelupusan bermaksud kemusnahan. Manakala flora bermaksud keseluruhan tumbuh tumbuhan sama ada berbunga atau tidak. Fauna pula bermaksud keseluruhan haiwan yang hidup melata dalam habitatnya. Oleh itu, pelupusan flora dan fauna merangkumi kemusnahan tumbuh-tumbuhan dan haiwan akibat tindakan daripada manusia yang rakus dan tamak. 2.1 Faktor - Faktor Kemusnahan Dan Kepupusan a) Masalah pembalakan haram Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatidakan di antara 1986 hingga Jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Pembalakan haram juga menebang spesies
  • 19. pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesies tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu dan lari dan mati. b) Pembakaran Hutan Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera. Ia akan menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah c) Pembukaan Tanah Baru Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah-tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesies tumbuh-tumbuhan d) Pemburu Haram Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesies haiwan ini. Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja. e) Peningkatan Suhu Dunia Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna. Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini di mana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti „dinosaur‟ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia. Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan menyebabkan kepupusan hidupan ini.
  • 20. f) Pencemaran Seperti mana yang dimaklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan banyak hidupan akuatik kian pupus. Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer whale) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut. Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini. 2.1.1 Langkah-Langkah Mengatasi a) Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesies yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan. b) Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesies yang menghadapi bahaya kepupusan. c) Penanaman hutan semula, mengehadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan d) Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi. e) Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram f) Pemeliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang. Jumlah bancian penyu mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994. g) Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar. Contohnya usaha-usaha pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang hanya 600 ekor seluruh Malaysia )
  • 21. h) Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan i) Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974 j) Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986 3.0 PENEBANGAN HUTAN Hutan boleh didefinisikan sebagai suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. Perkataan hutan biasanya merujuk kepada tiga konsep yang berlainan. Konsep yang pertama ialah hutan merujuk kepada barisan pokok atau tumbuh-tumbuhan yang menyerupai pokok. Konsep kedua pula menyatidakan hutan merujuk kepada seluruh komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok. Menurut konsep ketiga, hutan merupakan seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi, termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya. Hutan hujan adalah komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penebangan hutan dan membawa kepada kesan-kesan buruk. Pelbagai langkah yang efektif telah pun diambil untuk mengatasi masalah ini 3.1 Faktor Penebangan Hutan a) Pembangunan Pembinaan kawasan perumahan dan bangunan-bangunan yang tinggi menyebabkan banyak kawasan hutan terpaksa ditebang. Kepesatan industri pelancongan turut menyumbang kepada kemusnahan hutan. Pembukaan tempat pelancongan baru memerlukan banyak bangunan didirikan.Ini termasuklah pembinaan prasarana seperti jalan raya untuk menghubungkan tempat pelancongan dengan kawasan bandar. Pembangunan yang terlalu mendadak dan tidak terancang di kawasan pelancongan akan memusnahkan ekosistem kawasan tersebut. b) Pembalakan Haram
  • 22. Aktiviti pembalakan haram juga semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Aktiviti ini dijalankan secara tidak terancang dan salah di sisi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan sumber kayu-kayan untuk mengaut keuntungan dengan jalan mudah. Hal- hal sebegini lah yang akan menyebabkan kepupusan flora dan haiwan-haiwan kehilangan habitat mereka. Contohnya, aktiviti pembalakan yang berlaku di Pulau Redang dan Kuala Terengganu. c) Pembinaan Jalan Raya Aktiviti ini memerlukan proses penerokaan hutan dan sudah tentu akan melibatkan aktiviti penebangan hutan. Hal inilah yang akan menyebabkan kejadian tanah runtuh. Kejadian ini berlaku kerana struktur tanah longgar dan tidak stabil ekoran daripada kehilangan cengkaman akar pokok. Fungsi akar pokok adalah untuk meneguhkan kestabilan struktur tanah. Oleh itu, apabila banyak pokok yang ditebang, struktur tanah menjadi tidak stabil dan akan membawa kepada kejadian tanah runtuh. Terdapat banyak kejadian tanah runtuh yang telah berlaku di Malaysia seperti kejadian di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur dan Bukit Canda di Miri, Sarawak. Kesan kepada pemusnahan yang berlarutan terhadap hutan akan menyebabkan berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Hal ini akan menyebabkan kawasan tadahan hujan dan tempat menyerap serta menapis air hujan sebelum disalurkan ke sungai musnah. Akibatnya, bekalan sumber air di negara ini akan terputus. 3.1.1 Langkah Mengatasi a) Perundangan Dasar Perhutanan Negara 1978 telah mengisytiharkan hutan simpan kekal untuk mewujudkan hutan perlindungan, hutan berhasil dan hutan lipur. Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Industri Berasaskan Kayu 1985 telah menggariskan beberapa larangan. Antara larangan yang dikenakan adalah larangan memasuki hutan simpan kekal, serta menebang, memotong dan memindahkan sebarang hasil hutan dan mineral. Orang ramai tidak dibenarkan untuk membersihkan apa-apa tanah untuk tujuan tanaman selain dilarang menggunakan sebarang bahan beracun dan letupan bagi tujuan menangkap ikan, memburu dan menembak haiwan liar.
  • 23. b) Pengurusan Hutan Strategik Terdapat dua sistem yang diperkenalkan iaitu Sistem Sebaya Malaya dan Sistem Tebangan Memilih. Sistem-sistem ini amat menitikberatkan kaedah penebangan hutan secara sistematik dan berjadual. Dalam Sistem Sebaya Malaya, hanya pokok yang mempunyai nilai dagangan dalam sesuatu operasi dan tempoh pusingannya adalah di antara 60-80 tahun yang akan ditebang. Dalam Sistem Tebangan Memilih, satu inventori hendaklah dibuat di kawasan yang hendak ditebang. c) Pendidikan Alam Sekitar Langkah ini telah dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu formal dan tidak formal. Kurikulum formal diajar dalam Geografi dan subjek lain untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan hutan. Pada peringkat tidak formal, aktiviti yang diadakan adalah dalam bentuk kempen kesedaran seperti "Kempen Mencintai Hutan Kita", "The Green World" dan lain-lain lagi. Malaysia juga banyak menjalinkan kerjasama dengan negara-negara serantau dan pertubuhan-pertubuhan lain seperti ASEAN dan turut menyertai Program Alam Sekitar Malaysia. Program silvikultur pula adalah satu cara pemulihan hutan dan penggantian yang teratur. Salah satu daripadanya adalah projek ladang hutan compensatory yang bertujuan membekal bahan kayu industri dan memenuhi keperluan tempatan. 7.0 PENCEMARAN UDARA, AIR DAN DARAT Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemar . Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia. Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu: a) Pencemaran udara b) Pencemaran air c) Pencemaran tanah 7.1 Pencemaran Udara
  • 24. Pencemaran udara berlaku bila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahan- bahan pencemar ini ialah habuk, debu, asap, dan gas-gas beracun . Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar utama yang dihasilkan . PUNCA-PUNCA PENCEMARAN BAHAN-BAHAN PENCEMAR Pembakaran bahan api di kilang Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida, dan dalam enjin kenderaan bermotor karbon monoksid dan debu Pembakaran sampah sarap dan Gas karbon dioksida dan debu hutan secara besar-besaran Penyemburan racun serangga dan Gas dan kimia beracun bahan-bahan kimia Penggunaan gas klorofluorokarbon Gas CFC (CFC) 7.1.1 Kesan Pencemaran Udara a) Menjejaskan kesihatan i. Apabila kita menarik nafas , udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskan kesihatan kita . ii. Debu dan gas-gas beracun daripada kilang -kilang , ekzos kenderaan dan penyemburan racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut . iii. Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata . b) Penyusutan Lapisan Ozon i. Lapisan ozon di udara ialah lapisan yang melindungi kita daripada sinaran terik matahari . ii. Pembebasan gas CFC yang digunakan dalam alat-alat menyembur , alat penyaman udara dalam peti sejuk menipiskan lapisan ozon. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi . iii. Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakit kanser kulit . c) Pembentukan Hujan Asid
  • 25. i. Gas-gas sulfur diosida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan membentuk hujan asid . ii. Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan . iii. Ia juga menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan . d) Kenaikan Suhu Di Bumi i. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba . ii. Jadi suhu di bumi meningkat dan persekitaran kita menjadi panas . iii. Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat di dunia . 7.2 Pencemaran Air Punca bekalan air datang dari sungai , laut , kolam dan tasik . Air boleh dicemari melalui a) pembuangan bahan-bahan sisa kilang b) tumpahan minyak dari kapal laut c) pembuangan sampah-sarap dan najis d) hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa . 7.2.1 Kesan Pencemaran Air a) Menjejaskan Kesihatan i. Sisa-sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai meracuni air sungai . ii. Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan untuk mandi . iii. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit . b) Pembunuh Hidupan Air i. Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut . ii. Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati . iii. Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air .
  • 26. iv. Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah menghalang kemasukan sinaran matahari ke dalam air . v. Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air . c) Memburukkan Keindahan Alam i. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang . ii. Air sungai dan laut juga berbau busuk . 7.3 PENCEMARAN TANAH Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui : a) pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat b) penyemburan racun serangga c) aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan . 7.3.1 Kesan Pencemaran Tanah a) Hakisan Tanah i. Aktiviti-aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah . ii. Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan . b) Membunuh Haiwan Di Bawah Tanah i. Racun serangga yang di sembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah. ii. Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini. c) Menjejaskan Kesihatan i. Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit . ii. Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain . iii. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , kita mungkin diserang penyakit . d) Kekurangan Tanah Subur
  • 27. i. Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan kesusutan tanah . ii. Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian . CABARAN UNTUK MENGATASI ISU ALAM SEKITAR Ramai orang semakin sedar tentang kemerosotan alam sekitar pada masa kini. Bagi tempat- tempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine (dulunya dalam kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan masih menjadi ancaman kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering membawa berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan tidak kurang juga orang perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam media tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas di bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan tanah tanih. Selain itu, penebangan hutan tidak terkawal dan kepupusan pelbagai spesies flora dan fauna juga turut diberi perhatian. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa depan akan mewarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan kekangan dalam menangani isu dan masalah tersebut.
  • 28. Ketegasan & Perlaksanaan Penguatkuasaan Politik & undang-undang Ekonomi Kekangan yang Sistem dihadapi untuk Bidang Kuasa Pendidikan menangani isu JAS alam sekitar Kesedaran Kekurangan Masyarakat Kakitangan Kos Pengurusan Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Adalah diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan dan masalah tersebut dan seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk isu-isu tersebut.
  • 29. 1. Masalah Ketegasan Dan Pelaksanaan Keberkesanan kaedah kawalan alam sekitar bergantung pada setakat mana kawalan-kawalan itu mencukupi dan memandai. Apakah kawalan-kawalan itu merangkumi segala aspek permasalahan alam sekitar, termasuk segala bentuk pencemaran dan keutuhan sumber alam. Pengawalan bukan semata-mata terhadap masalah yang telah serius tetapi juga turut merangkumi segala bentuk pencemaran walaupun masih dalam peringkat yang tidak membimbangkan dan juga segala kemungkinan kemusnahan terhadap alam sekitar yang akan berlaku juga perlu diambil kira. Di Malaysia, peruntukkan undang-undang adalah merangkumi hampir segala aspek tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi pihak berkuasa untuk menumpukan kawalan ke atas masalah-masalah alam sekitar yang telah serius dan mendapat perhatian dan meminggirkan masalah-masalah yang biasa. Namun pihak berkuasa tidak boleh dipersalahkan kerana untuk melakukan kawalan yang menyeluruh memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, pihak swasta dan masyarakat secara amnya perlu mengeluarkan sedikit wang dan tenaga untuk membantu pihak berkuasa menjalankan kawalan menyeluruh ke atas alam sekitar dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata. Masalah seterusnya ialah dari segi ketegasan langkah-langkah kawalan yang telah diambil. Apakah peraturan-peraturan yang dibuat dalam bentuk penetapan tingkat piawaian misalnya, sudah cukup tegas dan sesuai dengan tingkat yang boleh menjamin kesihatan, atau apakah tingkat tersebut sudah cukup tinggi sesuai dengan tingkat penetapan yang telah dibuat oleh badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau Amerika Syarikat. Begitu juga apakah cukai pencemaran atau denda yang dikenakan itu sudah cukup tinggi sehingga ia boleh dijadikan daya penggerak utama bagi menggelakkan pencemaran. Soalan seterusnya ialah dari segi pelaksanaannya. Apakah semua program dan penetapan yang telah dibuat itu dapat dijalankan sepenuhnya? Dari segi umumnya tingkat piawaian pengurusan alam sekitar di negara ini ada yang telah mencapai standard antarabangsa dan ada yang belum. Sebagai contoh, sistem pembekalan air di Malaysia telah memenuhi piawaian WHO namun pengurusan alam sekitar di Malaysia masih dikritik masyarakat antarabangsa kerana lebih mengutamakan pembangunan.
  • 30. Tentang denda dan undang-undang yang ada, secara keseluruhan ia masih belum mampu membendung pencemaran di tahap yang dikehendaki dan bukan semua program yang dirancang dapat dilaksanakan kerana pelbagai masalah dan kekangan. Contohnya program kitar semula yang bermula awal tahun 2000 semakin terpinggir kerana tiada sambutan daripada masyarakat selain daripada kesukaran mewujudkan pusat kitar semula di setiap daerah dan kawasan. 2. Kekangan Politik Dan Ekonomi Masalah alam sekitar berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya kekukuhan politik pemerintah. Keutamaan yang diberikan terhadap penjagaan alam sekitar bermakna sedikit sebanyak akan menyekat dan menjejaskan prestasi ekonomi. Ketidakstabilan ekonomi negara akan menyebabkan kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah. Kerajaan pusat dan negeri memerlukan sumber kewangan yang besar bagi projek-projek pembangunan. Oleh itu, projek-projek pembangunan lebih diutamakan daripada kepentingan alam sekitar. Beberapa contoh dapat dilihat. Pembinaan lebuh raya Karak-Kuala Lumpur telah menyebabkan pencemaran Sungai Gombak dan perlahan-lahan menjadikannya sebagai kawasan paya yang tidak berguna . Pembinaan jalan raya Relau-Balik Pulau telah merosakkan tanaman di enam buah kampong di daerah Relau dan Balik Pulau. Selain itu, keanggotaan dalam Majlis Kualiti Alam Sekitar juga gagal untuk mencerminkan penyertaan rakyat. Daripada sembilan perwakilan yang terdapat di dalamnya tiada satu pun daripada rakyat awam atau daripada mana-mana badan bukan berkepentingan kerajaan. Cuma seorang sahaja yang dilantik daripada kalangan kakitangan akademik universiti. Perwakilan yang seperti itu sudah tentu akan lebih memberatkan kepada priority pembangunan ekonomi. Oleh itu, segala cadangan dan nasihat daripada perwakilan majlis ini kepada Menteri berkenaan juga tidak mungkin berada dalam tingkat mendesak khususnya daripada keperluan piawaian yang tegas. Oleh itu, adalah penting agar keanggotaan dalam Majlis ini dinilai semula atau mempunyai beberapa pemerhati daripada golongan orang awam agar segala keputusan dan tindakan yang diambil oleh Majlis ini tidak mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata. Prinsip „check and balance‟ yang diamalkan oleh sistem pemerintahan negara yang terdiri daripada tiga cabang utama iaitu eksekutif, legislative dan kehakiman boleh diguna pakai dalam hal ini.
  • 31. Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga mempunyai kaitan dengan kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi kepada pengilang bermakna ia akan menjejaskan aktiviti kilang tersebut. Keluaran mungkin akan dikurangkan atau harga barang keluaran kilang berkenaan akan dikurangkan. Ini menyebabkan pihak berkuasa berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi kesalahan yang besar. Misalnya, pada bulan Februari 1982, Hotel Holiday Inn telah didenda Cuma RM 300 kerana mencemarkan air laut di Batu Feringgi disebabkan pelepasan najis tidak sempurna dan sisa-sisa air buangan. Pada tahun 1981 pula, sebuah kilang di Kedah telah didenda RM 500 kerana mencemar Sungai Tawar dan Sungai Kangar. Jika dilihat daripada contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan adalah amat tidak berpatutan dengan peruntukkan yang ada. Hukuman bagi pelepasan buangan ke laut ialah denda tidak lebih RM 10000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi pencemaran perairan daratan ialah denda tidak lebih RM 10 000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM 1000 sehari bagi kesalahan yang diteruskan selepas mendapat notis daripada Ketua Pengarah untuk menghentikannya. Di sini, banyak faktor boleh dilihat iaitu kelemahan penguatkuasaan, unsur korupsi dan sebagainya yang menyebabkan masalah ini. Tetapi masalah ini juga tidak dapat lari daripada jangkaan bahawa pihak berkuasa lebih mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata dengan berlembut dengan pihak yang bersalah. Denda yang dikenakan ini hanyalah merupakan derma daripada pencemar yang sedikit pun tidak akan memberi sebarang pengajaran kepada mereka. Mereka akan terus melakukan pencemaran dan membayar denda yang kecil. Selain itu, berlaku pertindihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan Negeri dalam isu-isu dan hal berkaitan dengan alam sekitar. Peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri berkenaan sumber dan hal-hal alam sekitar adalah jelas. Perundangan subsidiari sama ada undang-undang jenayah dan sivil yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah mengikut garis panduan Perlembagaan masing-masing kerana ia merupakan undang- undang yang tertinggi. Kerajaan Persekutuan dalam usahanya untuk mewujudkan undang- undang yang seragam antara negeri telah meluluskan undang-undang berkaitan alam sekitar yang dapat digunakan di semua negeri. Langkah ini diterima di semua negeri di semenanjung namun keseragaman ini tidak dapat dicapai di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai peruntukkan khas dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, tiada pindaan yang boleh dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan hal ehwal
  • 32. kedua buah negeri seperti hal- hal perundangan negeri, bidang kuasa Mahkamah Tinggi, agama dan adat istiadat kedua buah negeri tanpa persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah atau Sarawak. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada kawalan menyeluruh berkaitan dengan sumber-sumber alam sekitar. Hal berkaitan dengan tanah, hutan, sumber air , kawasan Kerajaan tempatan, perikanan and pertanian adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Negeri , Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, konflik sering berlaku antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkaitan dengan pengurusan alam sekitar. Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling ( Pindaan ) 1985 merupakan akta-akta yang digubal dan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih dalam kawalan Kerajaan Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut bergantung kepada kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun kadang kala kerjasama ini susah dicapai jika berkait dengan kepentingan kedua-dua buah pihak seperti dalam kes pembalakan di Endau- Rompin. Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Hutan Simpan Endau-Rompin akan dijadikan Taman Negara. Taman Negara ini terdiri daripada kawasan seluas 500 000 ekar dan termasuk 90 000 ekar di Pahang dan 120 000 ekar di Johor. Pada tahun kedua Rancangan ini, Kerajaan Negeri Pahang telah menggunakan 30 000 ekar daripada kawasan tersebut untuk pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan daripada badan bukan kerajaan dan orang awam, kerajaan Negeri menyatakan mereka amat memerlukan hasil daripada pembalakan tersebut. Walaupun mendapat pelbagai tentangan dan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang bercadang mengeluarkan lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini hanya dapat diselesaikan selepas pilihan raya pada tahun 1978 di mana Menteri Besar Pahang yang baru dilantik. Kes Endau-Rompin merupakan contoh pertelingkahan kepentingan antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Masalah pertelingkahan kepentingan dan pertindihan kuasa akan tetap berlaku kerana masing-masing mempunyai hak untuk menguruskan sumber- sumber alam sekitar seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • 33. Peruntukkan tersebut bukanlah buruk atau membebankan kerana ia bertujuan mengimbangi kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam sistem pemerintah negara yang berbentuk persekutuan. Namun ia tetap mempunyai kelemahannya seperti yang telah dinyatidakan. Dengan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ia dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi mewujudkan juga masalah baru seperti kuasa mutlak berada di tangan Kerajaan Persekutuan dan tiadanya imbangan kuasa dalam pemerintahan negara. Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan Persekutuan dengan memberi kuasa sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan sumber dan hal-ehwal alam sekitar namun adalah penting memasukkan peruntukkan melantik badan yang bebas untuk mengawasi tindakan kerajaan dalam menguruskan alam sekitar. Hanya dengan cara ini masalah pertindihan kuasa dan pertelingkahan dapat diselesaikan di samping memastikan Kerajaan Persekutuan tidak bertindak sesuka hati dalam pengurusan alam sekitar negara dengan melantik badan pemerhati bebas untuk mengawasi mereka. Sesungguhnya, jika pihak kerajaan betul-betul mengutamakan alam sekitar mereka haruslah mengetepikan kepentingan politik dan ekonomi dan melaksanakan pembangunan terancang ( sustainable development) seperti yang diperuntukkan dalam rancangan Malaysia Ketiga hingga kini ( Rancangan Malaysia Ke- 9 ). Mengenai masalah melaksanakan undang-undang persekutuan di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai keistimewaan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri kedua buah negeri perlu juga mengambil kira kebaikan undang-undang tersebut terhadap pembangunan alam sekitar di negeri masing-masing. Tiada salahnya mengguna pakai undang-undang tersebut dengan menggubal undang-undang yang sama dengan undang-undang tersebut dan menguatkuasakan nya di negeri masing-masing jika ia betul-betul merupakan pilihan terbaik disebabkan kekangan yang ada untuk menggunakan undang-undang persekutuan. Tetapi masalah yang ada kini ialah kedua buah negeri terlalu mengikut telunjuk Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan sesuatu projek sambil mengabaikan kepentingan alam sekitar. Contohnya, Pembinaan Empangan Bakun di Sarawak banyak menjejaskan ekosistem alam sekitar. Kerajaan negeri dalam hal ini perlu menggunakan kuasa mereka seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk tidak membenarkan projek
  • 34. ini pada awalnya jika mereka betul-betul mengutamakan kepentingan dan pengurusan alam sekitar. 3. Masalah Bidang Kuasa Dan Hierarki Jabatan Alam Sekitar (Jas) Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu dalam mentadbir pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan ini merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ). Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan keputusan dan program, JAS tidak dan kurang berperanan. Ia cuma sebagai badan penasihat yang nasihatnya tidak semestinya akan diterima. Kementerian sendiri dalam usaha untuk memajukan penyelidikan sains misalnya penyelidikan dan kegunaan atom dari segi keputusan dan perancangannya tidak pun meminta dan mengambil kira pandangan JAS, sedangkan kedua-dua bahagian ini berada dalam Kementerian yang sama. Di sini jelas bahawa peranan JAS hanyalah kepada pelaksanaan peraturan alam sekitar yang tertentu sahaja, itu pun setelah berlakunya kerosakkan. Sekiranya dalam kementerian yang sama JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa untuk menyertai proses membuat keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain atau jabatan-jabatan luar daripada kementerian ini. Masyarakat cenderung menyalahkan Jabatan Alam sekitar apabila berlaku satu pencemaran yang serius kerana tidak mengambil langkah awal mencegahnya. Apakah daya Jabatan ini untuk melaksanakan langkah pencegahan awal jika tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementeriannya sendiri. Jabatan boleh mengesyorkan mengambil tindakan awal untuk mencegah sesuatu pencemaran daripada berlaku namun jika Kementerian sendiri tidak menyokong tindakan mereka dan meluluskannya serta lebih mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata, cadangan itu hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan. Masyarakat perlu sedar bahawa kakitangan JAS hanya makan gaji dengan kerajaan dan tidak mampu mengingkari arahan majikan sendiri. Oleh itu, JAS tidak sepatutnya disalahkan seratus peratus apabila berlaku pencemaran alam sekitar yang serius.
  • 35. Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian ialah pihak Kementerian membenarkan pembalakan di sesuatu kawasan dan JAS berpendapat pembalakan tersebut akan memberi kesan yang serius kepada alam sekitar. Jika Kementerian tetap dengan keputusannya JAS tidak mampu menghalang kerana Kementerian dan pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam hal ini. Oleh itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Menterinya Datuk Seri Adenan Satem perlu peka terhadap perkara ini dan mengambil kira penglibatan dan pendapat JAS sebelum membuat sesuatu keputusan agar objektif pembangunan terancang dapat dicapai. Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam melindungi dan meningkatkan mutu alam sekitar, misalnya tidak terdapat unit-unit penguatkuasaan khas iaitu pegawai-pegawai dalam setiap unit ( unit pencemaran air, udara dan sebagainya) yang bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan peraturan. Yang ada cuma perbincangan antara JAS dengan unit-unit tersebut sahaja. Untuk menyelesaikan masalah ini dan melancarkan penguatkuasaan, adalah wajar dilantik seorang pegawai bagi setiap unit penguatkuasaan agar dapat menyelia dan merancang setiap tindakan unit tersebut. Pertindihan kuasa antara bidang kuasa pengurusan alam sekitar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga merumitkan kerja JAS. Sebahagian besar sumber alam sekitar yang sepatutnya berada dalam pemantauan JAS adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri seperti tanah, air dan hutan. Oleh itu, mungkin timbul isu JAS tidak dibenarkan menjalankan tugas mereka oleh Kerajaan Negeri kerana tindakan mereka melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, terdapat sebuah kilang membuang bahan buangan ke dalam sungai dan JAS hendak mengambil tindakan terhadap mereka. Namun mereka memberikan surat daripada Kerajaan Negeri yang membenarkan perbuatan tersebut. Dalam hal ini, JAS akan berada dalam dilema sama ada mengambil tindakan atau tidak kerana perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dalam keadaan ini, JAS perlu melaksanakan tugas mereka kerana mereka mempunyai hak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika perkara ini dibawa ke mahkamah, mahkamah perlu memainkan peranan dalam menyelesaikannya. Namun pertindihan kuasa ini juga mempunyai kebaikan di mana kerajaan tempatan yang juga mempunyai kuasa dalam pengurusan alam sekitar boleh membantu JAS dalam penguatkuasaan. Kerjasama ini sudah tentunya membawa lebih banyak kebaikan daripada
  • 36. bertelingkah tentang pertindihan kuasa yang ada. Selain itu, kerjasama juga boleh dibuat dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Kesihatan. 4. Masalah Kakitangan Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar adalah dari segi masalah kakitangan organisasi iaitu berkaitan dengan pengambilan kakitangan untuk mengisi jawatan kosong. Oleh sebab kakitangan yang ada tidak mencukupi untuk menjalankan segala aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan di bawah akta tersebut, maka jawatan kosong ini perlu diisi. Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pejabat-pejabat JAS yang mentadbirkan Akta ini memang telah menduga bahawa masalah perjawatan akan wujud dan dijangka bahawa akta ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun sebelum dapat dilaksanakan dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Pada tahun 1974 dan 1975, tugas-tugas untuk menyelenggarakan penubuhan JAS sebagai agensi yang akan mentadbirkan akta ini dan masalah pentadbirannya terpaksa dikendalikan oleh hanya dua orang Pegawai Tadbir Diplomatik (P.T.D ) serta tanpa kakitangan pembantu yang tetap. Sehingga tahun 1975, kedudukan kepegawaian di Jabatan Alam Sekitar masih lagi serius dengan beberapa kekosongan jawatan berlaku pada peringkat yang lebih kanan. Daripada sejumlah 25 jawatan yang ada cuma 13 jawatan sahaja yang terisi. Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah mulai dari bulan Mei 1975. Sungguhpun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah berusaha mencari calon yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan-jawatan tersebut tetapi masih tidak dapat dipenuhi kerana ketiadaan calon yang sesuai dalam bidang yang berkaitan. Oleh yang demikian, program kerja yang menyeluruh tentang langkah-langkah kawalan dan kerja-kerja perancangan tidak dapat dijalankan secara sistematik dan sempurna sepertimana yang diharapkan. Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti menjejaskan kejayaan pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Contohnya dalam aktiviti kajian dasar untuk menentukan pencemaran air pada tahun 1980, hanya dua kajian dasar sahaja dapat dijalankan
  • 37. berbanding lapan kajian yang dicadangkan. Ini disebabkan oleh kekurangan kakitangan pada awal tahun berkenaan. Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30 tahun dulu. Jadi apakah keadaannya sekarang? Sehingga kini masalah kakitangan yang tidak mencukupi masih menjadi masalah bagi JAS dalam melaksanakan penguatkuasaan dan perancangan. Walaupun JAS mempunyai pejabat di setiap negeri, pegawai penguat kuasa masih belum mencukupi. Masalah ini mungkin berpunca daripada pembiayaan yang tidak mencukupi daripada Kerajaan Persekutuan dan masalah ini juga berlaku pada agensi penguatkuasaan yang lain. Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mula berkuat kuasa, ia menunjukkan kelemahan daripada pihak kerajaan dan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar. Keadaan ini juga jelas menunjukkan ketidaksungguhan pihak terbabit dalam melindungi alam sekitar dan melaksanakan pembangunan terancang seperti yang telah dinyatidakan dalam pelan Rancangan Malaysia Ketiga hingga sekarang. Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera dengan mengambil sumber tenaga yang diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan jabatan penguatkuasaan yang lain agar masalah ini tidak berlarutan dan undang-undang yang ada dapat dikuatkuasakan dengan lebih berkesan di samping perancangan pembangunan alam sekitar yang lebih baik. Namun janganlah mengambil mereka yang tidak berkelayakan atau tidak berminat dengan isu alam sekitar untuk memenuhkan jawatan yang kosong. Adalah lebih baik menanamkan dulu sikap yang betul kepada mereka yang dilantik agar mereka tidak menjalankan tugas dengan sambil lewa. 5. Masalah Kos Pengurusan Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat peruntukan perbelanjaan pembangunan awam berjumlah RM 40 juta dan jumlahnya telah merosot kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia Keempat, walaupun keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak. Jika dibandingkan jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan awam, peratusannya adalah terlalu kecil, tidak melebihi 2 peratus dalam kedua-dua rancangan tersebut. Walaupun begitu peruntukan kendalian JAS terus meningkat melebihi 10 kali ganda
  • 38. antara tahun 1976-1985, ini khususnya disebabkan oleh bilangan kakitangan JAS yang semakin meningkat. Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan buangan sebanyak 50 mg/1 BOD ke sungai yang tidak digunakan bagi pembekalan air dan 20 mg/1 bagi sungai yang digunakan bagi sumber pembekalan air. Kajian menunjukkan bahawa untuk mencapai matlamat antara 2-20 mg/1 ia memerlukan perbelanjaan pelaburan sebanyak RM 2.71 billion. Jumlah ini terlalu besar dan tentunya menyukarkan bagi pihak kerajaan membuat keputusan segera ke atasnya. Pungutan dan pelupusan sampah sarap pepejal dikatakan melibatkan kos purata pada tahun 1983 sebanyak RM 50 setiap tan. Kalau bagi Kuala Lumpur yang dianggarkan buangan pepejal sampah ialah 1000 tan sehari, maka ini bermakna sejumlah lebih daripada RM 18 juta akan terlibat bagi setiap tahun untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja. Dari segi pihak pengilang (pencemar), kesukaran juga timbul dalam melaksanakan kawalan pencemaran. Kos yang besar akan terpaksa ditanggung bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan. Bagi kilang getah dan kelapa sawit sahaja, sehingga tahun 1983, sejumlah RM 200 juta terpaksa dibelanjakan bagi tujuan ini. Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal berkaitan alam sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar dibandingkan dengan 15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul ialah adakah jumlah ini mencukupi? Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam pembangunan alam sekitar negara. Namun jika pencemaran terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah ini sudah tentunya tidak mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam hal-hal alam sekitar, pembersihan semula kawasan pencemaran, program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya. Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada pihak swasta menjalankan proses pembersihan atau menswastidakan sesebuah agensi atau jabatan yang cuma bertanggungjawab dalam hal-hal pembersihan pencemaran. Langkah ini sudah pasti mengurangkan beban kerajaan namun masalah akan timbul bila orang ramai terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar yang bersih. Dalam hal ini sudah pastilah pihak kerajaan akan dipersalahkan pula.
  • 39. Kesimpulannya, berapa banyak pun peruntukkan yang diberikan kepada kerajaan untuk pembangunan alam sekitar negara, ia tetap tidak mencukupi jika pencemaran terus meningkat dan masyarakat tidak turut memainkan peranan memelihara alam sekitar. Oleh itu, langkah terbaik ialah orang ramai turut memainkan peranan agar pencemaran dapat dikawal dan seterusnya mengurangkan beban kerajaan. Langkah ini akan turut melancarkan pembangunan alam sekitar negara agar orang ramai dapat menikmati alam sekitar yang bersih. 6. Masalah Kesedaran Dan Penerimaan Umum Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat, tetapi kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang realistik. Masih ramai yang melihat pengurusan alam sekitar semata-mata untuk mengadakan udara yang nyaman dan air yang bersih tanpa melihat kaitannya dengan usaha pembangunan. Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan alam sekitar. Masih ramai pemandu kenderaan motor yang menggunakan asap-asap kenderaan melebihi paras yang dibenarkan iaitu tidak lebih 50 UAH yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977. Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan susulan yang berkesan yang diambil untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, isu bahan toksik yang diletidakkan di dalam sebuah kilang terbiar di Johor di mana bahan toksik itu datang dari Taiwan . Pelbagai pihak mengutarakan kebimbangan mereka dan kesan bahan toksik itu terhadap penduduk setempat, namun masih tiada tindakan berkesan untuk menghapuskan bahan toksik atau memindahkannya ke tempat lain. Mereka yang terbabit memberikan pelbagai alasan seperti pihak Taiwan enggan menerima balik bahan itu, masalah pengurusan dan undang-undang dan sebagainya. Seharusnya tindakan drastik harus diambil dalam hal ini seperti melupuskan bahan toksik ini dengan segera dengan cara yang dipraktikkan dan bukan membiarkannya begitu sehingga suatu hari nanti memudaratkan penduduk.
  • 40. Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam pemeliharaan alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata. Kesedaran perlu ada dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu alam sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan berkesan umpama mencurahkan air ke atas daun keladi. 7. Kelemahan Sistem Pendidikan Negara Pendidikan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Namun nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat kini dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan dalam sistem pendidkan negara yang gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar kepada masyarakat dan golongan pelajar. Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam mata pelajaran lain seperti sains dan Kajian tempatan. Namun untuk keperluan peperiksaan, sering kali mata pelajaran seperti Kajian Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh itu, pendidikan alam sekitar diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan menggunakan masa itu untuk pelajaran lain. Pada peringkat institusi pengajian tinggi pula hanya pelajar yang mengambil ijazah atau subjek berkaitan dengan alam sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk menguruskan alam sekitar. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti masyarakat biasa iaitu alam sekitar hanya berkait dengan kebersihan, flora dan fauna dan persekitaran tanpa mengetahui kepentingan pengurusan alam sekitar yang betul. Namun kini terdapat harapan dalam pendidikan alam sekitar di mana kerajaan mengutamakan pendidikan alam sekitar bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan masyarakat turut melibatkan diri dalam pendidikan yang bersifat tidak formal. Contohnya promosi kesedaran alam sekitar, pertandingan bertemakan alam sekitar dan penyiaran rancangan berbentuk alam sekitar di dalam media elektronik dan media massa. Adalah diharapkan usaha-usaha yang ada berterusan agar kesilapan masa lalu tidak diulangi dan generasi muda dan baru memperoleh ilmu yang menyeluruh tentang pendidikan alam
  • 41. sekitar serta dapat mempraktikkannya kelak untuk berdepan dengan isu-isu alam sekitar di masa hadapan. Pendidikan adalah medium yang berkesan untuk pembangunan kelak. 8. Kelemahan Penguatkuasaan Undang-Undang Ketiadaan pegawai penguat kuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun. Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu bekerja walhal banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai. Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius kerana bilangan anggota yang terhad, kebanyakan daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Malah ada di antara mereka yang tidak mengetahui pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka. Di Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada seorang pun pegawai yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga tidak tahu adanya peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa mereka. Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan politik dan ekonomi, pertindihan kuasa antara kerajaan Negeri dan Persekutuan, tiadanya kos yang mencukupi dan tiada kerjasama daripada orang ramai. Selain itu, masalah pecah amanah atau rasuah juga mungkin timbul yang menyumbang kepada masalah kelemahan penguatkuasaan namun tiada data atau kes mengenainya yang diketahui umum. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kelemahan penguatkuasaan alam sekitar. Namun masalah ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk para pegawai penguatkuasaan untuk tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka sepatutnya berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas agar usaha mereka dihargai dan mendapat pujian ramai. Melalui cara ini sahaja, masalah-masalah lain yang dihadapi mereka akan disedari pihak terbabit dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut satu persatu. Kelemahan dan tiada kesungguhan di pihak pegawai penguat kuasa sendiri akan
  • 42. membantutkan lagi penguatkuasaan dan menambah masalah yang sudah banyak berkenaan penguatkuasaan .