SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
1
TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA
Malaysia secara luarannya adalah sebuah negara yang merdeka dan aman
sejahtera.Namun, dari sudut dalaman Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah-
masalah seperti jenayah, sosial, vandalisme, perebutan kuasa dan sebagainya. Merujuk
kepada artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian bertajuk „Rakyat Malaysia Perlu Jadi
Perkasa dan Dinamik: Tuanku Abdul Halim‟, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul
Halim Mu‟adzam Shahtelah menekankan tanggungjawab rakyat daripada segi
pendidikan dan nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama.Oleh itu, dua isu penting yang
berkaitan dengan titah baginda telah dikupas iaitu peranan serta tanggungjawab
warganegara menjaga keselamatan negara dalam konteks amal makruf dan nahi
mungkar dan tanggungjawab warganegara dalam menuntut dan menyampaikan ilmu.
Kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bergantung kepada keamanan
negara tersebut.Oleh yang demikian, demi mengawal keamanan dan kedamaian negara
maka terbentuklah pasukan-pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), dan lain-
lain yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan bersedia
untuk mengorbankan keselamatan diri bagi memastikan negara sentiasa berada dalam
keadaan aman dan sejahtera.
Cabaran dan peranan pemerintah atau badan-badan tertentu pada masa kini telah
banyak berubah ekoran pembangunan negara yang pesat khususnya di era globalisasi
dan dunia tanpa sempadan ini.Kini, rakyat Malaysia terdedah dengan pelbagai anasir
luar.Sehubungan dengan itu, tanggungjawab dalam menjaga kesejahteraan negara dan
menangani jenayah serta kemungkaran yang berlaku bukanlah terletak di
bahupemerintah dan pasukan keselamatan sahaja malah ianya telah menjadi kewajipan
serta tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh semua warganegara Malaysia.
2
Malangnya apa yang berlaku pada hari ini jenayah dan kemungkaran dilakukan
secara berleluasa didalam masyarakat kita, bahkan kebanyakan individu takut atau tidak
berani untuk menegur apatah lagi untuk mencegah walaupun ianya berlaku di depan
mata. Sebagai contoh,cuba kita lihat betapa sukarnya untuk mencegah kemungkaran
yang berlaku dalam keluarga sendiri. Adakah kita mampu mencegah anak dan isteri kita
daripada melakukan dosa-dosa besar seperti meninggalkan solat fardhu, bercakap
bohong, terlibat dengan penagihan dadah dan seumpamanya.
Seterusnya, adakah kita mampu menasihati atau mencegah jiran-jiran kita atau
saudara mara kita daripada melakukan berbagai kemungkaran sama ada dari sekecil-
kecilnya hinggalah sebesar-besarnya kesalahan. Lantaran kurangnya atau tiadanya
peranan yang dimainkan oleh kita semua maka tidak hairanlah kejadian jenayah dan
kemungkaran meningkat dengan ketara.
Pada suatu ketika dahulu, negara kita dipenuhi dengansuasana masyarakat
penyayang yang dipupuk oleh nenek moyang kita. Jika kita kenang dan renung kembali
sejarah hidup bermasyarakat yang diamalkan oleh generasi terdahulu maka kita akan
insaf betapa murni dan bijaknya mereka menjaga kita. Contohnya,apabila sesorang
melihat sesuatu kesalahan yang dilakukan maka mereka akan segera menegur atau
memarahi tanpa mengira siapa dan anak siapa. Bahkan, ibu bapa juga akan
dimaklumkan dan anak yang nakal itu akan mendapat habuan seperti dimarahi atau
dipukul oleh ibu bapa. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak tidak berani
melakukan kesalahan walaupun di belakang ibu bapa mereka kerana mereka sedar
bahawa semua orang akan mengambil berat terhadap mereka. Tidak timbul langsung
perasaan takut untuk menegur atau seperti pepatah "tidak mahu menjaga tepi kain
orang".Namun, berbeza sama sekali dengan pemikiran sesetengah ibu bapa pada zaman
moden ini di mana konsep tegur menegur seolah-olah tidak lagi relevan dalam
kehidupan mereka malahan si penegur pula yang akan dimaki dan dihina.
3
Faktor lain yang menyebabkan jenayah dan kemungkaran berleluasa di negara
kita ialah para ibu bapa pada hari ini telah mengabaikan konsep mendidik anak-anak
yangberlandaskan syariah dan perintah Rasullullah bagi yang beragama Islam
danberlandaskan ajaran masing-masing bagi yang bukan beragama Islam. Setiap agama
sudah pasti menggalakkan nilai-nilai murni dan melarang perkara yang salah. Pastinya
keingkaran atau keengganan daripada mematuhi perintah Rasulullah itu mengundang
kepada kehancuran institusi keluarga, masyarakat dan negara.
Tanpa kita sedari bahawa rupa-rupanya inilah perkara yang menjadi punca
kepada segala permasalahan jenayah dan gejala sosial yang tak pernah kunjung
hentinya. Sebab itulah walaupun berbagai program dilakukan oleh kerajaan bagi
menangani situasi ini namun sudah pasti tanpa melakukan segala perintah, akur kepada
larangan Allah dan Rasul-Nya serta patuh kepada ajaran masing-masing maka mustahil
kemakmuran dan keamanan yang diidamkan akan dapat dikecapi. Fakta juga
membuktikan bahawa institusi kekeluargaan adalah merupakan penentu kepada
kesejahteraan masyarakat dan negara.
Dalam usaha pasukan keselamatan menangani kejadian jenayah dalam negara
ini, maka berbagai perancangan dan usaha sedang dan akan dilaksanakan, antaranya
menambah keanggotaan dan kelengkapan logistik serta meningkatkan profesionalisme
pasukan. Setiap warganegara juga boleh bersama-sama membantu pihak keselamatan
melalui pelbagai kaedah seperti menyalurkan maklumat menerusi talian rakan COP,
bekerjasama dengan pasukan keselamatan, mematuhi undang-undang dan
sebagainya.Semua anggota pasukan keselamatan juga harus bekerja dengan lebih
professional, jujur, amanah serta menghindarkan diri dari perkara-perkara mungkar
seperti rasuah bagi memastikan Malaysia sentiasa aman dan sejahtera
4
Kemakmuran dan keamanan yang sedang kita kecapi ini tidak mustahil akan
hilang sekiranya jenayah dan masalah sosial tidak kita bendung bersama, begitu juga
dengan sikap suka mementingkan diri sendiri, sombong, suka menyebar fitnah,
menghasut dan menjaja keburukan orang lain. Semua perkara ini, boleh membawa
kepada permusuhan dan menggugat keharmonian dalam masyarakat mahupun negara.
Sebagai warganegara Malaysia, kita juga mempunyai tanggungjawab dalam
menuntut dan menyampaikan ilmu. Kepentingan melaksanakan dan mematuhi
tangggungjawab ini adalah penting bagi menjamin kemajuan dan keamanan negara.
Setiap warganegara perlu menuntut ilmu bagi menambah pengetahuan dan mengelakkan
kita daripada mudah ditipu serta mampu bersaing dengan negara-negara luar tidak kira
ilmu atau pengetahuan dunia mahupun akhirat. Namun, kita juga perlu mengamalkan
apa yang telah kita pelajari agar ilmu tersebut tidaklah disia-siakan begitu sahaja bak
kata pepatah Islam „ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah‟.
Ilmu yang penting sebagai warganegara Malaysiaialah tentangideologi negara yang
mengandungi falsafah pembangunan dan negara bangsa iaitu Rukun Negara.Pengetahuan
tentang lima prinsip rukun negara ini adalah asas kepada seseorang untuk menjadi warganegara
Malaysia yang setia dan cintakan negara. Lima prinsip rukun negara tersebut adalah,
kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan,
kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan. Justeru, setiap warganegara perlu
menghayatinya, mematuhi, dan menjadikannya sebagai pegangan. Hal ini kerana melalui Rukun
Negara, banyak pengajaran yang boleh dipelajari dan bertindak sebagai benteng pertahanan
negara daripada pengaruh luar yang negatif
5
Kini, semangat patriotisme dikalangan remaja juga dilihat masih kurang kerana
mereka masih tidak memahami erti sebenar kemerdekaan.Menurut seniman veteran,
Datuk Aziz Sattar yang dipetik daripada artikel bertajuk „Kalangan remaja kurang
semangat patriotisme‟, bertarikh 31 Ogos 2010 dalam Utusan Melayu, “ramai di
kalangan remaja masih tidak dapat membayangkan bagaimana keperitan pejuang
kemerdekaan terdahulu mendapatkan kemerdekaan negara. Kebanyakan remaja hanya
mengetahui nama pejuang kemerdekaan seperti Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah
dan sebagainya tetapi tidak mengetahuinya secara mendalam.” Kita tidak seharusnya
membiarkan perkara ini berterusan kerana boleh menyebabkan remaja lupa akan jasa
pejuang kemerdekaan dan nenek-moyang mereka yang bergadai nyawa
mempertahankan tanah air.Mereka lahir dalam keadaan negara yang aman sehingga
mereka tidak mengambil peduli perkara tersebut.
Pihak sekolah seharusnya memainkan peranan dalam memberitahu bagaimana
negara ini mencapai kemerdekaan.Ia perlu disampaikan bukan sahaja melalui akademik
malahan secara praktikal supaya ilmu, pengetahuan dan maklumat tersebut berjaya
disampaikan seterusnya memberi kesan di dalam jiwa remaja. Tayangan video atau
pementasan teater merupakan salah satu cara mempertontonkan keadaan sebenar negara
sebelum mencapai kemerdekaan dan perlu dilakonkan sendiri oleh pelajar terutamanya
menjelang bulan kemerdekaan.Remaja kini bakal menjadi pemimpin akan datang dan
jika mereka tiada semangat patriotisme itu pasti keadaan negara menjadi kucar-kacir.
Oleh itu, kita sebagai warganegara perlu menitikberatkan kepentingan ilmu kepada
semua pelajar.
6
Kekurangan ilmu agama juga menjadi penyebab ramai rakyat Malaysia
terutamanya anak gadis sanggup terbabit dalam gejala sosial biarpun berpelajaran tinggi.
Anak-anak masa kini tidak mendapat pendidikan agama secukupnya daripada keluarga
mahupun dari institut pengajian. Meskipun mempunyai segulung ijazah, ia masih belum
menjamin masa depan mereka supaya tidak terbabit dengan gejala sosial yang boleh
menggugat kesejahteraan negara. Ajaran ilmu agama adalah lebih penting daripada
segala-galanya. Oleh itu, anak-anak haruslah diajar mengenai agama sejak
kecilsehinggalah ke pusat-pusat pengajian tinggi agar mereka sentiasa diperingatkan dan
mengamalkannya kerana kemajuan sesebuah negara bergantung kepada keharmonian
sesebuah institusi kekeluargaan.
Pendidikan awal untuk remaja menjadi agenda penting dalam mendidik peribadi
golongan itu. Sekurang-kurangnya, mereka dapat memahami bahaya atau ancaman akan
datang. Terdapat pelbagai jenis pendidikan yang boleh diperolehi kini yang meliputi
pelbagai aspek kehidupan seperti pendidikan agama, akademik, sosial dan sebagainya.
Setiap rakyat Malaysia terutamanya remaja perlu mengambil peluang yang ada untuk
mendapatkan pendidikan yang disediakan. Contohnya, program „1CiTiZEN‟ yang
memberikan pengetahuan tentang baik buruknya penggunaan internet terhadap diri
sendiri, masyarakat dan negara. Dalam program ini, peserta didedahkan dengan cara
penggunaan internet yang betul, kesan penggunanaan internet dan langkah-langkah
keselamatan dalam menangani bahaya atau ancaman daripada jenayah siber. Tanpa
pengetahuan dan ilmu tentang penggunaan internet ini pelbagai masalah akan timbul
seterusnya merugikan negara.
7
Kesibukan ibu bapa yang bekerja siang dan malam juga merupakan salah satu
punca mengapa anak-anak mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna ketika
meningkat dewasa. Seharusnya, ibu bapa menjadi kawan rapat kepada anak mereka dan
berkongsi masalah serta memantau pelajaran mereka. Ibu bapa juga harus mengawal
penggunaan internet kerana tanpa pengawasan, ia boleh membinasakan masa depan
anak.Pastikan anak-anak menggunakan internet untuk tujuan pelajaran dan mencari
sumber-sumber maklumat yang baik kerana laman sosial kini memberi lebih banyak
impak negatif kepada golongan remaja jika tidak dipantau. Jadi tidak hairan pelbagai
masalah bangkit daripada penggunaannya. Kebanyakan ibu bapa membenarkan anak
mereka menggunakan Internet tanpa had dan kawalan.
Setiap warganegara Malaysia mempunyai peranan dan tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan baik dari segi diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Tidak
kiralah apa jua bidang yang kita ceburi, laksanakanlah tugas yang digalas dengan penuh
tanggungjawab, jujur, cekap, dan berintegriti. Keamanan dan kemakmuran yang kita
kecapi dan nikmati sekarang adalah hasil daripada pengorbanan yang dilakukan oleh
pejuang tanah air yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan teguh. Justeru itu,
tanggungjawab kita sebagai warganegara perlu juga dijalankan dengan berkesan
berlandaskan nilai murni dan etika luhur di bawah garis panduan yang telah ditetapkan
oleh agama, budaya, Rukun Negara dan matlamat negara. Tanggungjawab ini juga
hendaklah selaras dengan aspirasi untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang
sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai
agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi. Kita juga harus sentiasa
berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan muncul sebagai yang terbaik
agar dunia menghormati kita.
8
RUJUKAN
1. Arifin Ngah (2004). “Tangisan Bangsaku”. Edisi pertama. Cheras, Kuala
Lumpur:Utusan Publications and Distributors.
2. http://e-kiosk.ikim.gov.my/downloadarticle.asp?id=700
3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0831&pub=Utusan_Ma
laysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm
4. http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/RakyatMalaysiaperlujadiperkasadandi
namik_TuankuAbdulHalim/Article/
5. Prestariang (2011). “1CiTiZEN Student Quick Reference”. Edisi pertama.
Cyberjaya, Selangor: Prestariang Systems Sdn. Bhd.
6. Tan Yao Sua (2010). “Isu bahasa, etnik dan pembinaan negara bangsa dalam
sistem pendidikan Malaysia”. Edisi pertama. Pulau Pinang: Penerbit Universiti
Sains Malaysia,
7. Zahrul Akmal Damin, Fauziah Ani, Lutfan Jaes, Khairunesa Isa, dan Harliana
Halim (2012). “UWS10103 Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia”.
Edisi pertama. Parit Raja, Batu Pahat, Johor: Penerbit UTHM.
9
LAMPIRAN
Rakyat Malaysia Perlu Jadi Perkasa dan Dinamik: Tuanku Abdul
Halim2012/04/11 - 15:38:48 PM
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
bertitah rakyat Malaysia perlu menjadi warga yang perkasa dan dinamik bagi
memastikan negara mencapai status negara maju menjelang 2020.
"Bukan sahaja tinggi penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga tinggi
nilai akhlak, moral dan etikanya," titah baginda pada Istiadat Pertabalan baginda sebagai
Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara hari ini.
Istiadat kali ini melakar sejarah penting bagi Seri Paduka Baginda kerana ini adalah kali
kedua baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, selain adalah Yang di-
Pertuan Agong pertama yang ditabalkan di Istana Negara baharu di Jalan Duta di sini.
Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 1970 semasa
berusia 42 tahun dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai
Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.
Seri Paduka bertitah: "Negara tidak akan maju jika rakyatnya tidak berilmu dan
kemajuan pula tidak bererti jika nilai-nilai yang positif diketepikan oleh penghuninya."
Titah baginda, tidak ada negara di dunia ini yang mampu mencapai kemajuan dan
mencipta kejayaan dengan hanya bergantung kepada inisiatif kerajaan semata-mata
tanpa sokongan dan peranan yang dimainkan rakyat.
"Maka jadilah insan yang mulia sebagaimana yang dituntut oleh agama, iaitu insan yang
berilmu dan berpekerti mulia serta sedar dan patuh terhadap tanggungjawabnya kepada
negara," titah baginda.
10
Tuanku Abdul Halim bertitah rakyat negara bukan sahaja ingin menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 tetapi terus menjadikan negara ini kekal
maju dan dihormati dunia.
"Persaingan global yang perlu dihadapi hari ini begitu kompetitif dan serba
mencabar.Justeru, setiap dari rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menggalas
tanggungjawab dan melaksanakan peranan masing-masing dengan sepenuh hati," titah
baginda.
Baginda juga menyeru seluruh rakyat supaya bersatu padu, berganding bahu dan
bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi memastikan negara terus maju, aman dan
harmoni.
"Perkukuhkah diri dan pikullah tanggungjawab kita sebagai warga yang benar-benar
cintakan tanah air.Sesungguhnya Malaysia adalah hak, lambang maruah dan kedaulatan
bersama. Untuk itu, masa depan negara kita haruslah dicorak dan diadun oleh kita
semua," titah baginda.
"Kemajuan daripada segi kebendaan sahaja belum cukup untuk menjadikan kita satu
bangsa yang kuat.Kita perlu menjaga dan mengamalkan ciri-ciri hidup masyarakat yang
berbudi bahasa.
"Kemajuan fizikal yang diimbangi dengan nilai hidup berbudi bahasa akan mengangkat
tamadun bangsa, menjulang agama dan negara.Beta menyeru seluruh rakyat Malaysia
agar menjaga tatasusila dan ciri-ciri hidup ketimuran yang sekian lama telah diamalkan
selama ini," titah baginda.
Menyentuh mengenai kepimpinan negara dan pertabalannya sebagai Yang di-Pertuan
Agong buat kali kedua, baginda bertitah: " Sesungguhnya juga, setelah lebih empat
dekad berlalu seperti yang sudah dipertentukan oleh Yang Maha Kuasa, dan tertulis
dengan kehendak-Nya jua, pemerintahan Beta pada kali dahulu dan kali kedua ini,
berpeluang menerima khidmat daripada dua Perdana Menteri yang mempunyai pertalian
darah.
11
"Pertamanya semasa zaman pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak.Kini pula pada
kala tampuk kerajaan di bawah pimpinan anakandanya, yakni Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak," titah baginda.
Baginda bertitah rakyat negara ini perlu bersyukur kerana negara sejak dahulu sehingga
hari ini mengecap nikmat kemakmuran disebabkan adanya kesinambungan pimpinan
kerajaan yang berhemah, cekap lagi berwawasan.
"Begitulah juga kita bertuah kerana rakyat daripada pelbagai latar belakang kehidupan,
bangsa dan agama, dapat kekal hidup rukun damai," katanya.
Tuanku Abdul Halim juga bersyukur kerana dapat menyaksikan kemajuan negara ini
dan menyedarkan baginda betapa bertuahnya Malaysia dan rakyatnya yang sentiasa
dilimpahi rahmat kejayaan, walaupun dunia keliling dilanda pelbagai kemelut politik
dan ekonomi.
Baginda bertitah kesejahteraan hidup yang dinikmati ini "bukanlah datang secara
bergolek.Ia pastinya telah direncana, disusun dan dilaksanakan oleh kerajaan dengan
usaha begitu gigih daripada kepimpinan lalu kepada kepimpinan semasa."
Tuanku Abdul Halim bertitah falsafah utama kerajaan yang berlandaskan gagasan
1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' amat sesuai pada saat yang
mencabar ini kerana untuk mengurus sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia
memerlukan kerjasama semua pihak.
"Paling utama harus ada kesefahaman di setiap lapisan dan kelompok (masyarakat),"
titah baginda.
BERNAMA
12
Statistik Jenayah Siber dan Kerugian yang Ditanggung Kerajaan.

Contenu connexe

Tendances

Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat yhan law
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanSRMORAD
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...Park Hae Ra
 
Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2
Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2
Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2Nur Fathiah
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Amirul Ezuan
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaKamarularnizam
 
Pengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianPengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianHilmi Qimie
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaDeeba Arumugam
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaAmir Firdaus
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaanNur Az
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara munnianwar
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3Umizah Khamis
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatifZen Shah
 
Tali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulanTali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulanSeyla Ilysm
 

Tendances (20)

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
 
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
 
Perpaduan kaum
Perpaduan kaumPerpaduan kaum
Perpaduan kaum
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
 
Bm-jati diri
Bm-jati diriBm-jati diri
Bm-jati diri
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
 
Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2
Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2
Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
 
DASAR-DASAR KERAJAAN
DASAR-DASAR KERAJAANDASAR-DASAR KERAJAAN
DASAR-DASAR KERAJAAN
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
 
Pengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianPengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsian
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysia
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Tali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulanTali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulan
 

Similaire à TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA

Karangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- RasuahKarangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- RasuahM D
 
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Mohd Shuhaimi Padzil
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)Teacher Nasrah
 
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Ahmad Fahmi
 
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAMKOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAMChittana Som Sak
 
Ramalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganRamalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganPRA-UNIVERSITY
 
Isu kesantunan
Isu kesantunan Isu kesantunan
Isu kesantunan Fiona Yong
 
Ringkasan lat
Ringkasan latRingkasan lat
Ringkasan latTwin Sis
 
Mengukuhkan pertahan negara dan menjamin keamanan sosial
Mengukuhkan pertahan negara dan menjamin keamanan sosialMengukuhkan pertahan negara dan menjamin keamanan sosial
Mengukuhkan pertahan negara dan menjamin keamanan sosialPrabakaran Praba
 
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosialPeranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosialNaveen Segaran
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012Henry Gan
 
masalah sex bebas
masalah sex bebasmasalah sex bebas
masalah sex bebasyahyafly3
 
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas DewantaraPendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas DewantaraMaz Vicarious
 
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negaraluna217907
 

Similaire à TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA (20)

belia dan jenayah
belia dan jenayahbelia dan jenayah
belia dan jenayah
 
Karangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- RasuahKarangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- Rasuah
 
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
 
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
 
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAMKOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
 
Ramalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganRamalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karangan
 
Budaya barat rusak anak bangsa
Budaya barat rusak anak bangsaBudaya barat rusak anak bangsa
Budaya barat rusak anak bangsa
 
Isu kesantunan
Isu kesantunan Isu kesantunan
Isu kesantunan
 
Ringkasan lat
Ringkasan latRingkasan lat
Ringkasan lat
 
Mengukuhkan pertahan negara dan menjamin keamanan sosial
Mengukuhkan pertahan negara dan menjamin keamanan sosialMengukuhkan pertahan negara dan menjamin keamanan sosial
Mengukuhkan pertahan negara dan menjamin keamanan sosial
 
Pergaulan bebas
Pergaulan bebasPergaulan bebas
Pergaulan bebas
 
Pidato pendidikan moral
Pidato pendidikan moralPidato pendidikan moral
Pidato pendidikan moral
 
Pidato pendidikan moral
Pidato pendidikan moralPidato pendidikan moral
Pidato pendidikan moral
 
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosialPeranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012
 
masalah sex bebas
masalah sex bebasmasalah sex bebas
masalah sex bebas
 
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas DewantaraPendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
Pendidikan karakter antikorupsi oleh I Putu Mas Dewantara
 
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
 
Bayi
BayiBayi
Bayi
 

Plus de Nur Shafikah Ahmad Maulana (7)

Imperialisme dan kolonialisme
Imperialisme dan kolonialismeImperialisme dan kolonialisme
Imperialisme dan kolonialisme
 
relative motion
relative motionrelative motion
relative motion
 
Zakat serta kelebihannya
Zakat serta kelebihannyaZakat serta kelebihannya
Zakat serta kelebihannya
 
Analysis sewing machine
Analysis sewing machineAnalysis sewing machine
Analysis sewing machine
 
creative problem solving
creative problem solvingcreative problem solving
creative problem solving
 
EDM wirecut report
EDM wirecut reportEDM wirecut report
EDM wirecut report
 
Konflik etnik darfur di sudan
Konflik etnik darfur di sudanKonflik etnik darfur di sudan
Konflik etnik darfur di sudan
 

Dernier

Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfNatasyaA11
 

Dernier (20)

Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
 

TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA

  • 1. 1 TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA Malaysia secara luarannya adalah sebuah negara yang merdeka dan aman sejahtera.Namun, dari sudut dalaman Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah- masalah seperti jenayah, sosial, vandalisme, perebutan kuasa dan sebagainya. Merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian bertajuk „Rakyat Malaysia Perlu Jadi Perkasa dan Dinamik: Tuanku Abdul Halim‟, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu‟adzam Shahtelah menekankan tanggungjawab rakyat daripada segi pendidikan dan nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama.Oleh itu, dua isu penting yang berkaitan dengan titah baginda telah dikupas iaitu peranan serta tanggungjawab warganegara menjaga keselamatan negara dalam konteks amal makruf dan nahi mungkar dan tanggungjawab warganegara dalam menuntut dan menyampaikan ilmu. Kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bergantung kepada keamanan negara tersebut.Oleh yang demikian, demi mengawal keamanan dan kedamaian negara maka terbentuklah pasukan-pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), dan lain- lain yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan bersedia untuk mengorbankan keselamatan diri bagi memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Cabaran dan peranan pemerintah atau badan-badan tertentu pada masa kini telah banyak berubah ekoran pembangunan negara yang pesat khususnya di era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini.Kini, rakyat Malaysia terdedah dengan pelbagai anasir luar.Sehubungan dengan itu, tanggungjawab dalam menjaga kesejahteraan negara dan menangani jenayah serta kemungkaran yang berlaku bukanlah terletak di bahupemerintah dan pasukan keselamatan sahaja malah ianya telah menjadi kewajipan serta tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh semua warganegara Malaysia.
  • 2. 2 Malangnya apa yang berlaku pada hari ini jenayah dan kemungkaran dilakukan secara berleluasa didalam masyarakat kita, bahkan kebanyakan individu takut atau tidak berani untuk menegur apatah lagi untuk mencegah walaupun ianya berlaku di depan mata. Sebagai contoh,cuba kita lihat betapa sukarnya untuk mencegah kemungkaran yang berlaku dalam keluarga sendiri. Adakah kita mampu mencegah anak dan isteri kita daripada melakukan dosa-dosa besar seperti meninggalkan solat fardhu, bercakap bohong, terlibat dengan penagihan dadah dan seumpamanya. Seterusnya, adakah kita mampu menasihati atau mencegah jiran-jiran kita atau saudara mara kita daripada melakukan berbagai kemungkaran sama ada dari sekecil- kecilnya hinggalah sebesar-besarnya kesalahan. Lantaran kurangnya atau tiadanya peranan yang dimainkan oleh kita semua maka tidak hairanlah kejadian jenayah dan kemungkaran meningkat dengan ketara. Pada suatu ketika dahulu, negara kita dipenuhi dengansuasana masyarakat penyayang yang dipupuk oleh nenek moyang kita. Jika kita kenang dan renung kembali sejarah hidup bermasyarakat yang diamalkan oleh generasi terdahulu maka kita akan insaf betapa murni dan bijaknya mereka menjaga kita. Contohnya,apabila sesorang melihat sesuatu kesalahan yang dilakukan maka mereka akan segera menegur atau memarahi tanpa mengira siapa dan anak siapa. Bahkan, ibu bapa juga akan dimaklumkan dan anak yang nakal itu akan mendapat habuan seperti dimarahi atau dipukul oleh ibu bapa. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak tidak berani melakukan kesalahan walaupun di belakang ibu bapa mereka kerana mereka sedar bahawa semua orang akan mengambil berat terhadap mereka. Tidak timbul langsung perasaan takut untuk menegur atau seperti pepatah "tidak mahu menjaga tepi kain orang".Namun, berbeza sama sekali dengan pemikiran sesetengah ibu bapa pada zaman moden ini di mana konsep tegur menegur seolah-olah tidak lagi relevan dalam kehidupan mereka malahan si penegur pula yang akan dimaki dan dihina.
  • 3. 3 Faktor lain yang menyebabkan jenayah dan kemungkaran berleluasa di negara kita ialah para ibu bapa pada hari ini telah mengabaikan konsep mendidik anak-anak yangberlandaskan syariah dan perintah Rasullullah bagi yang beragama Islam danberlandaskan ajaran masing-masing bagi yang bukan beragama Islam. Setiap agama sudah pasti menggalakkan nilai-nilai murni dan melarang perkara yang salah. Pastinya keingkaran atau keengganan daripada mematuhi perintah Rasulullah itu mengundang kepada kehancuran institusi keluarga, masyarakat dan negara. Tanpa kita sedari bahawa rupa-rupanya inilah perkara yang menjadi punca kepada segala permasalahan jenayah dan gejala sosial yang tak pernah kunjung hentinya. Sebab itulah walaupun berbagai program dilakukan oleh kerajaan bagi menangani situasi ini namun sudah pasti tanpa melakukan segala perintah, akur kepada larangan Allah dan Rasul-Nya serta patuh kepada ajaran masing-masing maka mustahil kemakmuran dan keamanan yang diidamkan akan dapat dikecapi. Fakta juga membuktikan bahawa institusi kekeluargaan adalah merupakan penentu kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Dalam usaha pasukan keselamatan menangani kejadian jenayah dalam negara ini, maka berbagai perancangan dan usaha sedang dan akan dilaksanakan, antaranya menambah keanggotaan dan kelengkapan logistik serta meningkatkan profesionalisme pasukan. Setiap warganegara juga boleh bersama-sama membantu pihak keselamatan melalui pelbagai kaedah seperti menyalurkan maklumat menerusi talian rakan COP, bekerjasama dengan pasukan keselamatan, mematuhi undang-undang dan sebagainya.Semua anggota pasukan keselamatan juga harus bekerja dengan lebih professional, jujur, amanah serta menghindarkan diri dari perkara-perkara mungkar seperti rasuah bagi memastikan Malaysia sentiasa aman dan sejahtera
  • 4. 4 Kemakmuran dan keamanan yang sedang kita kecapi ini tidak mustahil akan hilang sekiranya jenayah dan masalah sosial tidak kita bendung bersama, begitu juga dengan sikap suka mementingkan diri sendiri, sombong, suka menyebar fitnah, menghasut dan menjaja keburukan orang lain. Semua perkara ini, boleh membawa kepada permusuhan dan menggugat keharmonian dalam masyarakat mahupun negara. Sebagai warganegara Malaysia, kita juga mempunyai tanggungjawab dalam menuntut dan menyampaikan ilmu. Kepentingan melaksanakan dan mematuhi tangggungjawab ini adalah penting bagi menjamin kemajuan dan keamanan negara. Setiap warganegara perlu menuntut ilmu bagi menambah pengetahuan dan mengelakkan kita daripada mudah ditipu serta mampu bersaing dengan negara-negara luar tidak kira ilmu atau pengetahuan dunia mahupun akhirat. Namun, kita juga perlu mengamalkan apa yang telah kita pelajari agar ilmu tersebut tidaklah disia-siakan begitu sahaja bak kata pepatah Islam „ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah‟. Ilmu yang penting sebagai warganegara Malaysiaialah tentangideologi negara yang mengandungi falsafah pembangunan dan negara bangsa iaitu Rukun Negara.Pengetahuan tentang lima prinsip rukun negara ini adalah asas kepada seseorang untuk menjadi warganegara Malaysia yang setia dan cintakan negara. Lima prinsip rukun negara tersebut adalah, kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan. Justeru, setiap warganegara perlu menghayatinya, mematuhi, dan menjadikannya sebagai pegangan. Hal ini kerana melalui Rukun Negara, banyak pengajaran yang boleh dipelajari dan bertindak sebagai benteng pertahanan negara daripada pengaruh luar yang negatif
  • 5. 5 Kini, semangat patriotisme dikalangan remaja juga dilihat masih kurang kerana mereka masih tidak memahami erti sebenar kemerdekaan.Menurut seniman veteran, Datuk Aziz Sattar yang dipetik daripada artikel bertajuk „Kalangan remaja kurang semangat patriotisme‟, bertarikh 31 Ogos 2010 dalam Utusan Melayu, “ramai di kalangan remaja masih tidak dapat membayangkan bagaimana keperitan pejuang kemerdekaan terdahulu mendapatkan kemerdekaan negara. Kebanyakan remaja hanya mengetahui nama pejuang kemerdekaan seperti Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah dan sebagainya tetapi tidak mengetahuinya secara mendalam.” Kita tidak seharusnya membiarkan perkara ini berterusan kerana boleh menyebabkan remaja lupa akan jasa pejuang kemerdekaan dan nenek-moyang mereka yang bergadai nyawa mempertahankan tanah air.Mereka lahir dalam keadaan negara yang aman sehingga mereka tidak mengambil peduli perkara tersebut. Pihak sekolah seharusnya memainkan peranan dalam memberitahu bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan.Ia perlu disampaikan bukan sahaja melalui akademik malahan secara praktikal supaya ilmu, pengetahuan dan maklumat tersebut berjaya disampaikan seterusnya memberi kesan di dalam jiwa remaja. Tayangan video atau pementasan teater merupakan salah satu cara mempertontonkan keadaan sebenar negara sebelum mencapai kemerdekaan dan perlu dilakonkan sendiri oleh pelajar terutamanya menjelang bulan kemerdekaan.Remaja kini bakal menjadi pemimpin akan datang dan jika mereka tiada semangat patriotisme itu pasti keadaan negara menjadi kucar-kacir. Oleh itu, kita sebagai warganegara perlu menitikberatkan kepentingan ilmu kepada semua pelajar.
  • 6. 6 Kekurangan ilmu agama juga menjadi penyebab ramai rakyat Malaysia terutamanya anak gadis sanggup terbabit dalam gejala sosial biarpun berpelajaran tinggi. Anak-anak masa kini tidak mendapat pendidikan agama secukupnya daripada keluarga mahupun dari institut pengajian. Meskipun mempunyai segulung ijazah, ia masih belum menjamin masa depan mereka supaya tidak terbabit dengan gejala sosial yang boleh menggugat kesejahteraan negara. Ajaran ilmu agama adalah lebih penting daripada segala-galanya. Oleh itu, anak-anak haruslah diajar mengenai agama sejak kecilsehinggalah ke pusat-pusat pengajian tinggi agar mereka sentiasa diperingatkan dan mengamalkannya kerana kemajuan sesebuah negara bergantung kepada keharmonian sesebuah institusi kekeluargaan. Pendidikan awal untuk remaja menjadi agenda penting dalam mendidik peribadi golongan itu. Sekurang-kurangnya, mereka dapat memahami bahaya atau ancaman akan datang. Terdapat pelbagai jenis pendidikan yang boleh diperolehi kini yang meliputi pelbagai aspek kehidupan seperti pendidikan agama, akademik, sosial dan sebagainya. Setiap rakyat Malaysia terutamanya remaja perlu mengambil peluang yang ada untuk mendapatkan pendidikan yang disediakan. Contohnya, program „1CiTiZEN‟ yang memberikan pengetahuan tentang baik buruknya penggunaan internet terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara. Dalam program ini, peserta didedahkan dengan cara penggunaan internet yang betul, kesan penggunanaan internet dan langkah-langkah keselamatan dalam menangani bahaya atau ancaman daripada jenayah siber. Tanpa pengetahuan dan ilmu tentang penggunaan internet ini pelbagai masalah akan timbul seterusnya merugikan negara.
  • 7. 7 Kesibukan ibu bapa yang bekerja siang dan malam juga merupakan salah satu punca mengapa anak-anak mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna ketika meningkat dewasa. Seharusnya, ibu bapa menjadi kawan rapat kepada anak mereka dan berkongsi masalah serta memantau pelajaran mereka. Ibu bapa juga harus mengawal penggunaan internet kerana tanpa pengawasan, ia boleh membinasakan masa depan anak.Pastikan anak-anak menggunakan internet untuk tujuan pelajaran dan mencari sumber-sumber maklumat yang baik kerana laman sosial kini memberi lebih banyak impak negatif kepada golongan remaja jika tidak dipantau. Jadi tidak hairan pelbagai masalah bangkit daripada penggunaannya. Kebanyakan ibu bapa membenarkan anak mereka menggunakan Internet tanpa had dan kawalan. Setiap warganegara Malaysia mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan baik dari segi diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Tidak kiralah apa jua bidang yang kita ceburi, laksanakanlah tugas yang digalas dengan penuh tanggungjawab, jujur, cekap, dan berintegriti. Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan nikmati sekarang adalah hasil daripada pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang tanah air yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan teguh. Justeru itu, tanggungjawab kita sebagai warganegara perlu juga dijalankan dengan berkesan berlandaskan nilai murni dan etika luhur di bawah garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama, budaya, Rukun Negara dan matlamat negara. Tanggungjawab ini juga hendaklah selaras dengan aspirasi untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi. Kita juga harus sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan muncul sebagai yang terbaik agar dunia menghormati kita.
  • 8. 8 RUJUKAN 1. Arifin Ngah (2004). “Tangisan Bangsaku”. Edisi pertama. Cheras, Kuala Lumpur:Utusan Publications and Distributors. 2. http://e-kiosk.ikim.gov.my/downloadarticle.asp?id=700 3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0831&pub=Utusan_Ma laysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm 4. http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/RakyatMalaysiaperlujadiperkasadandi namik_TuankuAbdulHalim/Article/ 5. Prestariang (2011). “1CiTiZEN Student Quick Reference”. Edisi pertama. Cyberjaya, Selangor: Prestariang Systems Sdn. Bhd. 6. Tan Yao Sua (2010). “Isu bahasa, etnik dan pembinaan negara bangsa dalam sistem pendidikan Malaysia”. Edisi pertama. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 7. Zahrul Akmal Damin, Fauziah Ani, Lutfan Jaes, Khairunesa Isa, dan Harliana Halim (2012). “UWS10103 Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia”. Edisi pertama. Parit Raja, Batu Pahat, Johor: Penerbit UTHM.
  • 9. 9 LAMPIRAN Rakyat Malaysia Perlu Jadi Perkasa dan Dinamik: Tuanku Abdul Halim2012/04/11 - 15:38:48 PM KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah rakyat Malaysia perlu menjadi warga yang perkasa dan dinamik bagi memastikan negara mencapai status negara maju menjelang 2020. "Bukan sahaja tinggi penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga tinggi nilai akhlak, moral dan etikanya," titah baginda pada Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara hari ini. Istiadat kali ini melakar sejarah penting bagi Seri Paduka Baginda kerana ini adalah kali kedua baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, selain adalah Yang di- Pertuan Agong pertama yang ditabalkan di Istana Negara baharu di Jalan Duta di sini. Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84. Seri Paduka bertitah: "Negara tidak akan maju jika rakyatnya tidak berilmu dan kemajuan pula tidak bererti jika nilai-nilai yang positif diketepikan oleh penghuninya." Titah baginda, tidak ada negara di dunia ini yang mampu mencapai kemajuan dan mencipta kejayaan dengan hanya bergantung kepada inisiatif kerajaan semata-mata tanpa sokongan dan peranan yang dimainkan rakyat. "Maka jadilah insan yang mulia sebagaimana yang dituntut oleh agama, iaitu insan yang berilmu dan berpekerti mulia serta sedar dan patuh terhadap tanggungjawabnya kepada negara," titah baginda.
  • 10. 10 Tuanku Abdul Halim bertitah rakyat negara bukan sahaja ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 tetapi terus menjadikan negara ini kekal maju dan dihormati dunia. "Persaingan global yang perlu dihadapi hari ini begitu kompetitif dan serba mencabar.Justeru, setiap dari rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menggalas tanggungjawab dan melaksanakan peranan masing-masing dengan sepenuh hati," titah baginda. Baginda juga menyeru seluruh rakyat supaya bersatu padu, berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi memastikan negara terus maju, aman dan harmoni. "Perkukuhkah diri dan pikullah tanggungjawab kita sebagai warga yang benar-benar cintakan tanah air.Sesungguhnya Malaysia adalah hak, lambang maruah dan kedaulatan bersama. Untuk itu, masa depan negara kita haruslah dicorak dan diadun oleh kita semua," titah baginda. "Kemajuan daripada segi kebendaan sahaja belum cukup untuk menjadikan kita satu bangsa yang kuat.Kita perlu menjaga dan mengamalkan ciri-ciri hidup masyarakat yang berbudi bahasa. "Kemajuan fizikal yang diimbangi dengan nilai hidup berbudi bahasa akan mengangkat tamadun bangsa, menjulang agama dan negara.Beta menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menjaga tatasusila dan ciri-ciri hidup ketimuran yang sekian lama telah diamalkan selama ini," titah baginda. Menyentuh mengenai kepimpinan negara dan pertabalannya sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua, baginda bertitah: " Sesungguhnya juga, setelah lebih empat dekad berlalu seperti yang sudah dipertentukan oleh Yang Maha Kuasa, dan tertulis dengan kehendak-Nya jua, pemerintahan Beta pada kali dahulu dan kali kedua ini, berpeluang menerima khidmat daripada dua Perdana Menteri yang mempunyai pertalian darah.
  • 11. 11 "Pertamanya semasa zaman pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak.Kini pula pada kala tampuk kerajaan di bawah pimpinan anakandanya, yakni Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak," titah baginda. Baginda bertitah rakyat negara ini perlu bersyukur kerana negara sejak dahulu sehingga hari ini mengecap nikmat kemakmuran disebabkan adanya kesinambungan pimpinan kerajaan yang berhemah, cekap lagi berwawasan. "Begitulah juga kita bertuah kerana rakyat daripada pelbagai latar belakang kehidupan, bangsa dan agama, dapat kekal hidup rukun damai," katanya. Tuanku Abdul Halim juga bersyukur kerana dapat menyaksikan kemajuan negara ini dan menyedarkan baginda betapa bertuahnya Malaysia dan rakyatnya yang sentiasa dilimpahi rahmat kejayaan, walaupun dunia keliling dilanda pelbagai kemelut politik dan ekonomi. Baginda bertitah kesejahteraan hidup yang dinikmati ini "bukanlah datang secara bergolek.Ia pastinya telah direncana, disusun dan dilaksanakan oleh kerajaan dengan usaha begitu gigih daripada kepimpinan lalu kepada kepimpinan semasa." Tuanku Abdul Halim bertitah falsafah utama kerajaan yang berlandaskan gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' amat sesuai pada saat yang mencabar ini kerana untuk mengurus sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia memerlukan kerjasama semua pihak. "Paling utama harus ada kesefahaman di setiap lapisan dan kelompok (masyarakat)," titah baginda. BERNAMA
  • 12. 12 Statistik Jenayah Siber dan Kerugian yang Ditanggung Kerajaan.