SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  18
Télécharger pour lire hors ligne
PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DI DALAM SUBJEK SAINS
           MENGIKUT TEORI KONSTRUKTIVISME




1.0 Pengenalan

Pendidikan dilihat sebagai satu ruang yang menyediakan pelbagai peluang
untuk memperkembangkan potensi yang ada dalam diri seseorang individu.
Menurut Syarifah Alwiah (1987), guru merupakan individu yang paling penting
dalam menentukan kejayaan pelajar. Guru menjadi tonggak inspirasi dan
motivasi    dalam    sesuatu   pengajaran   dan   pembelajaran   (P&P)   yang
bermakna.Pembelajaran yang bermakna itu bergantung kepada pendekatan
yang digunakan oleh guru untuk mengajar iaitu sama ada melalui pendekatan
tradisional atau pendekatan konstruktivisme.


Pendekatan tradisional merupakan pendekatan di mana guru sebagai
pemberi maklumat dan pelajar hanya menden gar dan menerima segala
maklumat yang di sampaikan oleh guru Di dalam pendekatan tradisional ini,
pelajar memainkan peranan yang pasif. Pengajaran secara tradisional ini
mengakibatkan kreativiti pelajar tidak dapat berkembang dan membuatkan
seseorang itu terlalu bergantung kepada guru. Pemikiran yang kreatif dan
kritis tidakdapat di asah. Walau bagaimanapun, pendekatan konstruktivisme
yang    menekankan        tentang    pembinaan     pengetahuan   berdasarkan
pengalaman dan pengetahuan sedia ada untuk memahami dan menguasai
pengetahuan baru dilihat dapat memberi pembelajaran yang bermakna
kepada kanak-kanak. . Antara unsur penting dalam kontruktivisme adalah:


   1.      Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid.
   2.      Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.
   3.      Pembelajaran berlaku apabila murid menghubungkan ideaasal
           dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea .


Guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang telah sedia ada pada kanak -
kanak. Apabila maklumat yang ingin disampaikan disesuaikan dan diserap



                                                                           1
untuk dijadikan sebahagian daripada pemahaman mereka, struktur baru
mengenai sesuatu bentuk ilmu pengetahun dapat dibina. Rutherford dan
Ahlgren mengatakan bahawa kanak -kanak mempunyai idea mereka yang
tersendiri tentang hampir semua perkara tetapi tidak p engetahuan mereka itu
semuanya betul. Sekiranya salah faham dan miskonsepsi ini dibiarkan dan
tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka akan
kekal.


John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan
bahawa pendidik yang cekap haruslah melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran sebagai proses menyusun atau membin a pengalaman secara
berterusan dan menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap
aktiviti P&P.


Pada masa kini, teori konstruktivisme di dapati lebih releven dan sesuai untuk
diaplikasikan dalam P&P kerana dapat membantu kanak-kanak dalam
memahami sesuatu perkara dengan lebih mudah sejajar dengan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menekankan kepada empat prinsip
iaitu pendekatan bersep adu, perkembangan individu secara menyeluruh,
pendidikan seumur hidup dan pendidikan yang sama untuk semua murid.


Walau bagaimanapun, p ada tahun 14 Oktober 2010, Surat Pekeliling Ikhtisas
mengenai Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Taha p
Satu telah dikeluarkan untuk di laksanakan mulai tahun 2011. Bagi matlamat
kurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat dan
mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi
menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap
saintifik dan nilai murni. Antara pendekatan dan pembelajaran sains yang
disarankan ialah pendekatan inkuiri, konstruktivisme dan pendekatan sains,
teknologi dan masyarakat. Apa yang ingin di tekankan di dalam KKBI ini
adalah pendekatan melalui Teori Konstruktivisme di dalam subjek Sains .


Melalui temubual yang telah di jalankan dan juga perbincangan bersama ahli
kumpulan yang lain, dapat di simpulkan bahawa guru percaya latar belakang


                                                                             2
murid yang membawa kepada pengalaman sedia ada mereka menjadi faktor
utama yang memberi kesan kepada pembelajaran sains kanak-kanak. Selain
daripada itu, faktor-faktor lain yang dapat mempengaruhi pembelajaran sains
kanak-kanak ialah:


1. Penyampaian dan pendekatan guru
2. Keadaan persekitaran murid
3. Penglibatan murid di dalam aktiviti yang dijalankan


Menerusi perbincangan antara ahli kumpulan juga dapat di senaraikan
beberapa jenis pengalaman sains yang dikenal pasti oleh guru, antaranya:


1. Perbincangan di dalam kelas
2. Eksperimen
3. Simulasi
4. Aplikasi sains dalam kehidupan harian




                                                                           3
2.0Faktor Utama dan Jenis Pengalaman Yang Memberi Kesan Terhadap
Pembelajaran Sains Melalui Pendekatan Teori Konstruktivisme



2.1 Pengalaman Sedia Ada Murid


Menurut Arends, R.I.(1998), pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh
ditakrifkan sebagai murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara
aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Lev
Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia percaya bahawa perkembangan
konsep kanak-kanak berkembang secara berperingkat, logikal dan rasional
dengan bantuan orang lain. Penglibatan dengan orang lain memberikan
peluang kepada kanak-kanak untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan
diri memandangkan mereka terdedah kepada pemikiran orang lain dan
berkongsi membina pemahaman baru (Gauvin, 2001).


Menurut Bransford (1979), idea dan pandangan tentang kebolehan seseorang
mempelajari sesuatu perkara baru melalui pengetahuan sedia ada bu kanlah
sesuatu yang baru tetapi melalui kajian terkini yang dijalankan, pembelajaran
berasaskan pengalaman ini adalah penting kepada pembelajaran. Walaupun
pengetahuan sedia ada penting untuk menjadikan pembelajaran lebih
berkesan, pendidik hendaklah mengaktifkan atau menghubungkaitkan
pengetahuan kanak-kanak itu untuk digunakan dalam proses memahamkan
sesuatu konsep yang baru agar titik keseimbangan dapat dicapai. Menurut
temubual yang dijalankan, kanak -kanak tidak selalunya dapat melihat
perkaitan antara perkara baru yang dipelajarinya d engan perkara yang
mereka sudah sedia maklum tetapi guru dapat meningkatkan pemahaman ini
dengan memberi perhatian kepada apa yang cuba disampaikan oleh murid
dan menggunakan pengetahuan tersebut sebagai langkah permulaan dalam
memahami konsep sains.


Seterusnya di dalam bilik darjah, guru boleh membantu pelajar untuk
mengaktifkan   pengetahuan    dan   pengalaman     sedia   ada   itu   dengan
membincangkan apa yang bakal di pelajari oleh mereka sebelum memulakan



                                                                            4
pengajaran agar pelajar dapat mengingat semula pengetahuan m ereka
supaya boleh dikaitkan dengan topik pada hari tersebut. Sebagai contoh,
pelajar Tahun Satu yang belajar tentang haiwan, guru memulakan pengajaran
dengan bertanya haiwan apa yang berada di sekeliling mereka dan kemudian
lebih spesifik dengan bertanyakan haiwan apa yang ada di hutan dan di air.
Kita dapat lihat bahawa guru menggunakan pendekatan deduktif sebagai
salah satu cara untuk menarik minat dan fokus pelajar. Pada waktu ini , guru
boleh membetulkan tanggapan murid yang salah tentang haiwan apa yan g
hidup di air dan di darat kerana kebiasaanya pengetahuan murid tidak
lengkap atau pun salah. Guru tidak semestinya perlu tahu apa pengetahuan
yang murid sudah kuasai tetapi sebaliknya guru perlu mengkaji dan meneroka
pengetahuan sedia ada mereka supaya salah faham dan pengetahuan yang
salah dapat di kenal pasti.


Guru yang efektif dapat membantu murid dalam membuat perhubungan
antarapengetahuan lama dan pengetahuan baru dan menguasa i konsep
tersebut. Ini dapat dicapai melalui dengan memberi bahan atau ak tiviti yang
dapat menolong murid sebagai usaha untuk memberi sokongan kepada
usaha mereka dan meningkatkan kefahaman mereka. Sebagai contoh, dalam
topik haiwan, guru boleh membuat aktiviti mewarna iaitu memberi kertas yang
mempunyai gambar pelbagai haiwan dan meminta murid mewarnakan
haiwan-haiwan yang habitatnya di air sahaja atau di darat sahaja.


2.2 Perbincangan Di Dalam Bilik Darjah


Menerusi aktiviti tersebut, secara tidak langsung guru dapat menerapkan
perbincangan di dalam bilik darjah sebagai pengalaman sains yang dapat
membantu murid mengasah kemahiran berfikir. Berfikir merupakan satu
prosesmenghubungkan pengetahuan, kemahiran da n sikap yang ada pada
diri seseorang individu bagi membolehkannya memahami dan mencorakkan
alam sekelilingnya. Mempertingkatkan daya berfikir merupakan salah satu
objektif sistem pendidikan negara. Kemahiran berfikir boleh digolongkan
kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara
kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum


                                                                            5
menerimanya.Seseorang yang berfikir secara kreatif pula mempunyai daya
imaginasi yang tinggi, berupaya menjana idea yang inovatif dan asli serta
boleh mengubah suai idea dan produk sedia ada kepada lebih berkualiti.


Perbincangan merupakan satu proses aktif yang melibatkan guru dan pelajar
dalam persekitaran pembelajaran. Situasi akan terbentuk di mana guru
membentuk suasana dan menjadi pemudah cara untuk pertukaran pelbagai
idea dalam kalangan murid. Sepertimana yang dinyatakan oleh Bond (2001)
bahawa dalam perbincangan, pel ajar merupakan pihak yang aktif kerana
perbincangan bukan sahaja dapat merangsang interaksi antara murid secara
bermakna tetapi dapat menggalakkan pelbagai teknik pembelajaran yang
merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan proses -proses pembelajaran.
Walau bagaimanapun, berdasarkan sesi temubual yang di jalankan, terdapat
beberapa elemen pentin g yang perlu di ambil berat oleh guru apabila ingin
menggunakan teknik perbincangan, antaranya ialah:


(a) Matlamat dan objektif
     Perbincangan di dalam kumpulan kecil dijalankan untuk menghasilkan
     pembelajaran yang berbentuk prose s dan bukan hasil akhir. Perkara ini
     berasaskan kepada kehendak di mana murid perlu melibatkan diri dalam
     perkembangan kemahiran dan sikap dalam perbincangan kumpulan.
(b) Pemilihan topik dan aplikasi
     Topik yang dipilih boleh terdiri daripada tugasan atau pengajaran secara
     berterusan di dalam bilik darjah. Perbincangan boleh berkisar tentang
     pelbagai topik, subjek, pelbagai tahap perkembangan dan peringkat
     umur murid. Apa yang penting, topik yang dipilih perlulah relevan dan
     dapat    merangsang     minat   kanak-kanak.    Kebiasaannya,     isu-isu
     berkontroversi dan dilemma moral merupakan topik yang amat baik
     untuk perbincangan.


Dalam aktiviti perbincangan guru akan berperanan sebagai fasilitator, di mana
beliau akan membimbing pelajar dengan kemahiran, menyediakan bahan dan
peluang kepada murid untuk menentukan pengalaman pembelajaran. Penting
untuk seorang guru itu untuk bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang


                                                                            6
lain bagi mendengar, memerhati dan menggalakkan setiap murid untuk
melibatkan diri di dalam kumpulan (Brown et al., 1996 ). Selain itu, dalam
setiap kumpulan kecil itu juga mestilah ada seorang ketua dan pencatat.
Peranan ketua dan pencatat boleh digilirkan antara ahli kumpulan.
Penglibatan murid di dalam aktiviti dapat memberi k eberkesanan kepada
aktiviti kumpulan ini dan ia juga bergantung kepada bagaimana guru dapat
menyediakan peluang kepada murid untuk mengambil bahagian dalam
pelbagai peranan.


Perbincangan merupakan suatu pengalaman yang membawa manfaat
kepada kanak-kanak terutama jika kumpulan tersebut terlibat dalam tugasan
yang   memerlukan     penyelesaian    masalah     dan   membuat   keputusan.
Perbincangan dalam kumpulan kecil juga dapat membantu murid yang kurang
memberikan perhatian kepada pelajaran untuk melibatkan diri. Di samping itu,
murid yang pasif dan lemah akan berpelu ang untuk mengecapi kejayaan jika
diberikan peluang. Contohnya seorang yang lemah membaca boleh diasah
jika diberikan peluang untuk bercakap di akhir perbincangan.


2.3 Penyampaian Dan Pendekatan Guru


Penentuan    kaedah   pengajaran     dan   pembelajaran   sains   seharusnya
berdasarkan kandungan standard kurikulum, kebolehan dan kecerdasan
pelbagai murid serta sumber dan prasarana yang ada di sekolah. Di samping
berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk dalam bidang
pengajarannya, guru juga berperana n sebagai seorang fasilitator dalam
pengajaran danpembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian
jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu
dirancang untuk murid yang pelbagai kecerdasan . Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, pendidikan Sains di Malaysia bermatlamat untuk
memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi pen umpuan kepada
perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan
serta dapat menguasai ilmu sains dan teknologi.


Menurut Vygotsky, Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) merujuk kepada


                                                                           7
tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh murid tetapi dapat
menguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir. Bagi
membantu murid menguasai isi pelajaran yang berada dalam ZPD, teknik
scaffolding diperkenalkan (Noriati A. Rasid, Boon Pong Ying dan Sharifah
Fakhriah Syed Ahmad, 2009). Scaffolding bermaksud proses membimbing
dan membantu pembelajaran yang menekankan kepada peringkat bimbingan
dan sokongan yang dilakukan mengikut keperluan murid. Bimbingan akan
dikurangkan apabila murid dapat menguasai peringkat demi peringkat. Di
akhirnya, guru tidak lagi membimbing apabila murid berjaya melakukannya
dengan sendiri.


Antara teknik penyampaian dan pendekatan yang boleh dil akukan guru
mengikut scaffolding ialah penjelasan verbal, soal jawab, prompting, cueing
dan   tanda   isyarat   yang   lain.   Selain   daripada   itu,   Ormrod   (2008)
mencadangkan guru mengaplikasikan scaffolding seperti berikut:
   1. Galakkan pelajar bertanya dan beri jawapan yang munasabah bagi
      persoalan mengapa dan bagaimana yang diutarakan oleh murid.
   2. Murid diminta untuk membuat jangkaan terhadap perkara yang bakal
      berlaku apabila membuat uji kaji atau eksperimen.
   3. Analogi digunakan untuk membantu murid mengaitkan kon sep dan
      idea baru dalam menghubungkan pengetahun sedia ada murid.
   4. Meminta murid membuat refleksi atau memberi pandangan dan
      mengaitkan dengan isi pelajaran.


Melalui temubual yang telah dijalankan, guru juga mengambil pendekatan
demonstrasi sebagai salah satu teknik pengajaran. Demonstrasi merupakan
satu cara untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti
mengikut prosedur. Demonstrasi melibatkan seseorang individu menunjuk
cara di hadapan bilik darjah untuk menerangkan sesuatu aktiviti, konse p auat
prosedur. Murid-murid yang lain akan memerhati, mendengar penerangan
dan melihat sebelum aktiviti yang sama dilakukan oleh mereka. Semasa
proses demonstrasi dijalankan, komunikasi lisan berlaku tentang sesuatu
maklumat daripada guru kepada murid. Pr oses ini turut melibatkan
penggunaan visual untuk memerhatikan proses, maklumat dan idea.


                                                                               8
Namun begitu, guru yang ingin menggunakan demonstrasi dalam pengajaran,
perancangan dan persediaan yang teliti perlu dilakukan. Jika tidak,
pengajaran akan gagal me ncapai objektif. Demonstrasi juga akan menjadi
kurang berkesan jika murid tidak diberikan peluang untuk mempraktikkan apa
yang telah ditunjukkan. Selain daripada itu, pembelajaran juga akan menjadi
kurang bermakna sekiranya guru tidak dapat menerangkan den gan
sistematik.


2.4 Eksperimen


Sebagai mana yang telah diterangkan di atas, demonstrasi dilihat dapat
membantu murid membina pengetahuan seperti yang dicadangkan di dalam
teori pembelajaran konstruktivisme. Salah satu pendekatan demonstrasi yang
penting dalam subjek sains adalah eksperimen. Eksperimen merupakan satu
kaedah yang penting dalam memberi kanak-kanak pengalaman sains yang
perlu dijalankan dalam mata pelajaran sains. Murid perlu menguji hipotesis
secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu.
Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiran
berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.


Apabila kanak-kanak dapat melihat, memegang dan menggunakan sesuatu
bahan, ia dapat     menimbulkan sikap inkuiri yang membawa kepada
penemuan. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoa l dan
menyiasat sesuatu kejadian yang berlaku. Pembelajaran yang dilalui secara
penemuan ini berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui
oleh murid sendiri. Melalui aktiviti bereskperimen, murid akan menyiasat
sesuatu fenomena dan dapat mencapai kesimpulannya sendiri yang dapat
menstruktur satu pengetahuan baru . Guru kemudiannya membimbing dan
menjadi fasiliatator untuk murid memahami konsep sains melalui hasil inkuiri -
penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dapat
dikembangkan semasa proses ini.


Pengetahuan itu dapat diaplikasikan dengan perse kitaran mereka. Dalam


                                                                            9
kajian yang telah dijalankan , pengkaji telah menggunakan satu model yang
dikenali sebagai Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang telah
dihasilkan oleh Needham di United Kingdom pada tahun 1987. Needham
telah mencadangkan model pengajaran dan pembelajaran ini dalam
"Children's Learning in Science Project" di University of Leeds untuk
meningkatkan pemahaman pelajar tentang sesuatu konsep sains serta
menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam bilik darjah. Model
Konstruktivisme Lima Fasa Needham ini digunakan oleh guru dalam aplikasi
eksperimen melalui:


a) Fasa 1:Orientasi
Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar
terhadap pelajaran. Sebagai contoh, eksperimen dijalankan di dalam makmal
sains supaya suasana pembelajaran yang lebih kondusif boleh ditimbulkan.



b) Fasa 2: Pencetusan idea
Sebelum sesuatu aktiviti atau eksperimen dijalankan, g uru perlu mengadakan
aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, menggunakan kaedah
peta   konsep    serta   membuat   laporan   dengan    menghubungkaitkan
pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka belajar.

c) Fasa 3: Penstrukturan semula idea
Apabila suasana dan idea telah dib ina, aktiviti atau memberi tugasan
berstruktur diberikan untuk membolehkan pelajar mencabar dan menguji idea
asal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan
sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Sewaktu ini, kemahiran bahasa
akan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula
idea secara teratur.

d) Fasa 4: Penggunaan idea
Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan
masalah dalam situasi baru. Ini mewujudkan pemahaman yang baru dan
menggalakkan inkuiri dalam kalangan pelajar. Pada fasa ini, murid diminta




                                                                           10
untuk menulis laporan eksperimen berdasarkan apa yang telah dilakukan
atau membincangkan persoalan-persoalan yang timbul.



e) Fasa 5: Refleksi
Pelajar membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru dan
merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan
kepada idea mereka. Pelajar juga boleh membuat refleksi untuk melihat
sejauh mana idea asal mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan
kaedah penulisan kendiri, perbinca ngan kumpulan dan catatan peribadi
pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar.



Penggunaan Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham ini jika diaplikasikan di
dalam P&P dapat membantu murid supaya lebih memahami sesuatu konsep
daripada menghafal. Guru juga dapat menilai pemahaman murid dengan
lebih cepat tanpa perlu bergantung kepada memberi kerja rumah kepada
mereka. Walau bagaimanapun, untuk mengaplikasikan teori ini agak sukar
untuk diguna pakai di sekolah dalam dunia pendidikan yang sebenar kerana
kekangan waktu dan guru juga perlu menghabiskan isi kandungan mata
pelajaran.(Nair & Muthia, 2005)


2.5 Simulasi


Simulasi merupakan situasi pembelajaran yang membolehkan pelajar berlatih
menggunakan kemahiran, belajar mengenai prinsip atau melaksanakan
sesuatu tindakan dalam keadaan terkawal seperti menyerupai situasi
sebenar. Kelebihan menggunakan simulasi sebagai satu te knik mengajar
dalam subjek sainsantaranya ialah pembelajaran berlaku dalam keadaan
selamat dan menyeronokkan. Kedua, pelajar boleh diselia dengan rapi
supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan, berbanding sekiranya mereka
berada dalam situasi sebenar. Walau bagaimanapun, terdapat tiga prinsip
dalam melaksanankan simulasi iaitu:
.
     1.   Guru perlu memilih suatu situasi berunsur masalah dan terangkan


                                                                       11
dengan jelas
     2.   Tetapkan peranan-peranan berdasarkan watak-watak dan pililh
          pelajar yangsesuai untuk berlakon
     3.   Tetapkan had masa untuk sesi simulasi.


Antara aktiviti simulasi yang dapat dilakukan ialah penggunaan internet untuk
menerangkan dan membantu murid membayangkan sesuatu konsep.
Sebagai contoh perubahan siang dan malam. Komputer dan internet dapat
membantu murid melihat dan memahamkan situasi kompleks dengan lebih
mudah. Selain itu, main peranan, permainan atau penggunaan model juga
dapat dilakukan di bawah konsep simulasi. Main peranan dapat dilakukan
dengan murid melakonkan sesuatu watak atau peranan secara spontan
berdasarkan beberapa syarat. Melalui aktiviti permainan, murid bermain untuk
mempelajari sesuatu proses atau prinsip. Model pula digunakan untuk
mewakili objek atau keadaan sebenar.


Walau bagaimanapun, dalam membuat pelbagai aktiviti ini, adalah penting
untuk guru berhati-hati dan mengambil kira factor perbezaan budaya di
kalangan murid dan menghormati perbezaan tersebut. (Brown, Collins &
Duguid, 1989). Guru perlu membantu murid untuk melihat perbezaan budaya
ini sebagai satu kekuatan bukannya sesuatu yang lain daripada rakan kelas
yang lain. Kanak-kanak akan berasa terasing sekiranya perbezaan budaya
mereka diabaikan oleh guru sewaktu P&P berlangsung.




                                                                          12
3.0 Penutup


Perkembangan dunia teknologi yang pesat bukan sahaja mengubah budaya
dan cara hidup masyarakat kita tetapi juga telah mengubah dunia pendidikan
di Malaysia. Guru tidak lagi menggunakan teknik ³chalk and talk´ dalam
pengajaran tetapi telah mengubah perspektif mereka dan tanpa disedari
mereka telah pun menggunakan kae dah konstruktivisme dalam P&P mereka.


Melalui temubual yang telah dijalankan dan juga perbincangan antara ahli
kumpulan, dapat disimpulkan bahawa guru pada masa kini semakin sedar
mengenai kepentingan penerapan nilai-nilai konstruktivisme di dalam P&P
subjek Sains. Walaupun guru tidak biasa dengar mengenai istilah
konstruktivisme tetapi cara pendekatan yang digunakan mengamalkan ciri -ciri
tersebut.


Ini dapat dilihat apabila guru mengutamakan          kepada   pembelajaran
berpusatkan murid dan murid belajar mel alui proses membuat atau beraktiviti
seperti eksperimen dan lakonan. Guru juga menggunakan pengalaman sedia
ada murid untuk menstruktur pengetahuan baru agar titik keseimbangan
dapat dicapai sewaktu sesi pembelajaran berlangsung. Ini akan memberikan
pengalaman sains dari aspek perbincangan, kemahiran saintifik dan juga
kemahiran berfikir. Pengetahuan sedia ada murid perlu diaktifkan agar
mereka dapat menghubungkan konsep yang baru dengan apa yang sudah
mereka ketahui sebelumnya.


Kesimpulannya, kanak-kanak akan lebih mudah untuk memahami subjek
Sains sekiranya mereka dilibatkan secara aktif dalam proses P&P dan guru
dapat membantu murid dengan menggunakan Model Konstruktivisme 5 Fasa
dan juga teknik-teknik yang lain yang dirasakan sesuai mengikut perbezaan
individu dalam kelas dan juga pengetahuan sedia ada murid supaya
pembelajaran bermakna dapat dicapai.




                                                                         13
Refleksi

      Pada mula penerimaan kerja kursus ini di peroleh , saya berasa sangat
susah untuk membuatnya. Hal ini kerana saya tidak dapat gambaran
bagaimana dapat saya melakukan temubual dengan guru dan teori
konstruktivisme yang sebenar kerana telah banyak teori yang telah di pelajari.
Setelah bertanya kepada beberapa orang rakan saya serta di beri
penerangan      beberapa      kali oleh pensyarah, barulah saya dapa t
membayangkan bentuk tugasan yang di kehendaki dan bagaimana penulisan
tugasan yang akan dibuat.

      Saya mulakan dengan mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan
tajuk kertas kerja yang diberi. Saya mencari dan cuba memahamkan konsep
dan teori konstruktivisme dah aplikasinya di dalam bilik darjah. Sewaktu
menjalankan PBS, kesukaran untuk mendapatkan guru yang mempunyai
masa untuk di temu bual juga membuatkan tugasan ini semakin mencabar
kerana guru-guru di sekolah tersebut sibuk dengan aktiviti pertandingan bola
baling, choir dan sukan merentas desa. Di hari terakhir PBS, akhirnya saya
mendapat kerjasama dari Cikgu Azinawati untuk meluangkan sedikit masa
untuk di temu bual.

      Setelah menyiapkan tugasan ini,saya mendapati banyak perkara yang
sangat berguna saya pelajari. Saya lebih mengetahui tentang bagaimana
aplikasi konstruktivisme di dalam bilik darjah dan sebenarnya guru secara
tidak sedar juga telah mempraktikkan teori ini dalam P&P mereka. Selain itu,
kerja kursus ini juga mengajar saya untuk sentiasa memberi komitmen yang
tinggi dan kerjasama yang padu antara ahli kumpulan agar sesuatu yang
susah menjadi senang. Segala ilmu membuat kertas kerja ini sangatla h
berguna untuk saya sebagai guru pelatih agar dapat membantu saya
mengaitkan teori pembelajaran de ngan aplikasinya di dunia perguruan yang
sebenar.

Sekian,terima kasih.




                                                                            14
Bibliografi

Arends, R. I. (1998). Learning to teach (4th ed.). Boston: McGraw Hill.

Bransford, J.D. (1979). Human cognition: learning, understanding and
remembering. Belmont, CA: Wadsworth Publishing Co.

Brown, J.S., Collins, A., Duguid, P. (1989). Situated cognition and the culture
of learning. Educational researcher (Washington, DC), vol. 18, no. 1.

Brown, A.L., et al. (1996). Distributed expertise in the classroom. In: Salomon,
G., ed. Distributed cognitions: psychological and educa tional considerations,
halaman 188±228.

Bond. T.E. (2001). ³Giving them free rein: Connections in studentled book
groups´. Reading Teacher, 54(6), halaman 574-584.

Elizabeth     Murphy.      (2011,       April      6).       Di    akses     daripada
http://www.ucs.mun.ca/~emurphy/stemnet/cle3.html

Educational    Practices       (2011,     April      6).     Di    akses     daripada
http://www.ibe.unesco.org/publications/EducationalPracticesSeriesPdf/prac07
e.pdf

Gauvain. M. (2001). The social context of social cognitive development . New
York: Guilford Press.

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. (2011, April 8). Kurikulum Standard Sekolah
Rendah                                            Diakses                    daripada
http://akademik.kedah.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&i
d=111:kssr&catid=1:latest -news

Model    Konstruktivisme   5    Fasa.     (2011,     April    8)   Diakses   daripada
http://www.teachersrock.net/konstruktivisme.htm

Noriati A. Rasid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009).
Siri Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.




                                                                                   15
Saunders, W. L. (1992). The constructivist perspective: Implications and
teaching strategies for science . School Science and Mathematics, 92(3), 136-
141.

Sharifah Alwiah Alsagoff . (1987).Psikologi Pendidikan 1: Konsep -konsep asas
psikologi,   psikologi   pendidikan   dan   perkembangan.   Kuala   Lumpur:
Heinemann (Malaysia).

Stella Vosniadou (2011, April 8). International Academy of Educatation: How
Children                 Learn.               Diakses               daripada
http://unesdoc.unesco.org/images/0012/001254/125456e.pdf

Subadrah Nair, Malar a/p Muthiah .Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20,
21±41, 2005




                                                                          16
LAMPIRAN




           17
xq




     18

Contenu connexe

Tendances

kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahNorulhuda Ahmad
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Topik 4 pembangunan media pengajaran
Topik 4 pembangunan media pengajaranTopik 4 pembangunan media pengajaran
Topik 4 pembangunan media pengajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Teori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovwan nurul uliana
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakNormala Mehat
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Adilah Said
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMESigmund Fai
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 

Tendances (20)

kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKKKemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Topik 4 pembangunan media pengajaran
Topik 4 pembangunan media pengajaranTopik 4 pembangunan media pengajaran
Topik 4 pembangunan media pengajaran
 
Teori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlov
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 

Similaire à Pembelajaran Sains

ARTIKEL UNTUK DIANALISIS.pdf
ARTIKEL  UNTUK DIANALISIS.pdfARTIKEL  UNTUK DIANALISIS.pdf
ARTIKEL UNTUK DIANALISIS.pdfJamaalChannel
 
jurnal 1 modul 3.pdf
jurnal 1 modul 3.pdfjurnal 1 modul 3.pdf
jurnal 1 modul 3.pdfZakiCell1
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggiStar Ng
 
Intan mustika nsp s081708006 tugas 1 essai inkuiri
Intan mustika nsp s081708006 tugas 1 essai inkuiriIntan mustika nsp s081708006 tugas 1 essai inkuiri
Intan mustika nsp s081708006 tugas 1 essai inkuiriIntan Nsp
 
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstualCandra Kurniawan
 
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstualPembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstualputri-uki
 
Ppt pendekatan pembelajaran
Ppt pendekatan pembelajaranPpt pendekatan pembelajaran
Ppt pendekatan pembelajaranrizka_pratiwi
 
Ctl smp 2006
Ctl smp  2006Ctl smp  2006
Ctl smp 2006slametwdt
 
Ctl smp 2006
Ctl smp  2006Ctl smp  2006
Ctl smp 2006slametwdt
 
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moral
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moralPembelajaran aktif dalam pendidikan moral
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moralNormarini Norzan
 
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-128456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1Mairiza Nopia
 
Pendekatan scientific
Pendekatan scientificPendekatan scientific
Pendekatan scientificDia Cahyawati
 
pengalaman belajar peserta didik sekolah dasar
pengalaman  belajar  peserta didik sekolah dasarpengalaman  belajar  peserta didik sekolah dasar
pengalaman belajar peserta didik sekolah dasarTohir Haliwaza
 
Bahan bacaan 1.2 pengalaman belajar peserta didik sekolah dasar
Bahan bacaan 1.2  pengalaman  belajar  peserta didik sekolah dasarBahan bacaan 1.2  pengalaman  belajar  peserta didik sekolah dasar
Bahan bacaan 1.2 pengalaman belajar peserta didik sekolah dasarÄkäñx Këyñå
 

Similaire à Pembelajaran Sains (20)

5 fasa needham
5 fasa needham5 fasa needham
5 fasa needham
 
Penaksiran tgsn 3
Penaksiran tgsn 3Penaksiran tgsn 3
Penaksiran tgsn 3
 
ARTIKEL UNTUK DIANALISIS.pdf
ARTIKEL  UNTUK DIANALISIS.pdfARTIKEL  UNTUK DIANALISIS.pdf
ARTIKEL UNTUK DIANALISIS.pdf
 
jurnal 1 modul 3.pdf
jurnal 1 modul 3.pdfjurnal 1 modul 3.pdf
jurnal 1 modul 3.pdf
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
 
Dede gugun
Dede gugunDede gugun
Dede gugun
 
penelitian
penelitianpenelitian
penelitian
 
penelitian
penelitianpenelitian
penelitian
 
Intan mustika nsp s081708006 tugas 1 essai inkuiri
Intan mustika nsp s081708006 tugas 1 essai inkuiriIntan mustika nsp s081708006 tugas 1 essai inkuiri
Intan mustika nsp s081708006 tugas 1 essai inkuiri
 
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
 
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstualPembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstual
 
Esei
EseiEsei
Esei
 
Ppt pendekatan pembelajaran
Ppt pendekatan pembelajaranPpt pendekatan pembelajaran
Ppt pendekatan pembelajaran
 
Ctl smp 2006
Ctl smp  2006Ctl smp  2006
Ctl smp 2006
 
Ctl smp 2006
Ctl smp  2006Ctl smp  2006
Ctl smp 2006
 
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moral
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moralPembelajaran aktif dalam pendidikan moral
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moral
 
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-128456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
 
Pendekatan scientific
Pendekatan scientificPendekatan scientific
Pendekatan scientific
 
pengalaman belajar peserta didik sekolah dasar
pengalaman  belajar  peserta didik sekolah dasarpengalaman  belajar  peserta didik sekolah dasar
pengalaman belajar peserta didik sekolah dasar
 
Bahan bacaan 1.2 pengalaman belajar peserta didik sekolah dasar
Bahan bacaan 1.2  pengalaman  belajar  peserta didik sekolah dasarBahan bacaan 1.2  pengalaman  belajar  peserta didik sekolah dasar
Bahan bacaan 1.2 pengalaman belajar peserta didik sekolah dasar
 

Pembelajaran Sains

  • 1. PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DI DALAM SUBJEK SAINS MENGIKUT TEORI KONSTRUKTIVISME 1.0 Pengenalan Pendidikan dilihat sebagai satu ruang yang menyediakan pelbagai peluang untuk memperkembangkan potensi yang ada dalam diri seseorang individu. Menurut Syarifah Alwiah (1987), guru merupakan individu yang paling penting dalam menentukan kejayaan pelajar. Guru menjadi tonggak inspirasi dan motivasi dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bermakna.Pembelajaran yang bermakna itu bergantung kepada pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengajar iaitu sama ada melalui pendekatan tradisional atau pendekatan konstruktivisme. Pendekatan tradisional merupakan pendekatan di mana guru sebagai pemberi maklumat dan pelajar hanya menden gar dan menerima segala maklumat yang di sampaikan oleh guru Di dalam pendekatan tradisional ini, pelajar memainkan peranan yang pasif. Pengajaran secara tradisional ini mengakibatkan kreativiti pelajar tidak dapat berkembang dan membuatkan seseorang itu terlalu bergantung kepada guru. Pemikiran yang kreatif dan kritis tidakdapat di asah. Walau bagaimanapun, pendekatan konstruktivisme yang menekankan tentang pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada untuk memahami dan menguasai pengetahuan baru dilihat dapat memberi pembelajaran yang bermakna kepada kanak-kanak. . Antara unsur penting dalam kontruktivisme adalah: 1. Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid. 2. Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri. 3. Pembelajaran berlaku apabila murid menghubungkan ideaasal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea . Guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang telah sedia ada pada kanak - kanak. Apabila maklumat yang ingin disampaikan disesuaikan dan diserap 1
  • 2. untuk dijadikan sebahagian daripada pemahaman mereka, struktur baru mengenai sesuatu bentuk ilmu pengetahun dapat dibina. Rutherford dan Ahlgren mengatakan bahawa kanak -kanak mempunyai idea mereka yang tersendiri tentang hampir semua perkara tetapi tidak p engetahuan mereka itu semuanya betul. Sekiranya salah faham dan miskonsepsi ini dibiarkan dan tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka akan kekal. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap haruslah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membin a pengalaman secara berterusan dan menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti P&P. Pada masa kini, teori konstruktivisme di dapati lebih releven dan sesuai untuk diaplikasikan dalam P&P kerana dapat membantu kanak-kanak dalam memahami sesuatu perkara dengan lebih mudah sejajar dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menekankan kepada empat prinsip iaitu pendekatan bersep adu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan seumur hidup dan pendidikan yang sama untuk semua murid. Walau bagaimanapun, p ada tahun 14 Oktober 2010, Surat Pekeliling Ikhtisas mengenai Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Taha p Satu telah dikeluarkan untuk di laksanakan mulai tahun 2011. Bagi matlamat kurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni. Antara pendekatan dan pembelajaran sains yang disarankan ialah pendekatan inkuiri, konstruktivisme dan pendekatan sains, teknologi dan masyarakat. Apa yang ingin di tekankan di dalam KKBI ini adalah pendekatan melalui Teori Konstruktivisme di dalam subjek Sains . Melalui temubual yang telah di jalankan dan juga perbincangan bersama ahli kumpulan yang lain, dapat di simpulkan bahawa guru percaya latar belakang 2
  • 3. murid yang membawa kepada pengalaman sedia ada mereka menjadi faktor utama yang memberi kesan kepada pembelajaran sains kanak-kanak. Selain daripada itu, faktor-faktor lain yang dapat mempengaruhi pembelajaran sains kanak-kanak ialah: 1. Penyampaian dan pendekatan guru 2. Keadaan persekitaran murid 3. Penglibatan murid di dalam aktiviti yang dijalankan Menerusi perbincangan antara ahli kumpulan juga dapat di senaraikan beberapa jenis pengalaman sains yang dikenal pasti oleh guru, antaranya: 1. Perbincangan di dalam kelas 2. Eksperimen 3. Simulasi 4. Aplikasi sains dalam kehidupan harian 3
  • 4. 2.0Faktor Utama dan Jenis Pengalaman Yang Memberi Kesan Terhadap Pembelajaran Sains Melalui Pendekatan Teori Konstruktivisme 2.1 Pengalaman Sedia Ada Murid Menurut Arends, R.I.(1998), pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh ditakrifkan sebagai murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Lev Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia percaya bahawa perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara berperingkat, logikal dan rasional dengan bantuan orang lain. Penglibatan dengan orang lain memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri memandangkan mereka terdedah kepada pemikiran orang lain dan berkongsi membina pemahaman baru (Gauvin, 2001). Menurut Bransford (1979), idea dan pandangan tentang kebolehan seseorang mempelajari sesuatu perkara baru melalui pengetahuan sedia ada bu kanlah sesuatu yang baru tetapi melalui kajian terkini yang dijalankan, pembelajaran berasaskan pengalaman ini adalah penting kepada pembelajaran. Walaupun pengetahuan sedia ada penting untuk menjadikan pembelajaran lebih berkesan, pendidik hendaklah mengaktifkan atau menghubungkaitkan pengetahuan kanak-kanak itu untuk digunakan dalam proses memahamkan sesuatu konsep yang baru agar titik keseimbangan dapat dicapai. Menurut temubual yang dijalankan, kanak -kanak tidak selalunya dapat melihat perkaitan antara perkara baru yang dipelajarinya d engan perkara yang mereka sudah sedia maklum tetapi guru dapat meningkatkan pemahaman ini dengan memberi perhatian kepada apa yang cuba disampaikan oleh murid dan menggunakan pengetahuan tersebut sebagai langkah permulaan dalam memahami konsep sains. Seterusnya di dalam bilik darjah, guru boleh membantu pelajar untuk mengaktifkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada itu dengan membincangkan apa yang bakal di pelajari oleh mereka sebelum memulakan 4
  • 5. pengajaran agar pelajar dapat mengingat semula pengetahuan m ereka supaya boleh dikaitkan dengan topik pada hari tersebut. Sebagai contoh, pelajar Tahun Satu yang belajar tentang haiwan, guru memulakan pengajaran dengan bertanya haiwan apa yang berada di sekeliling mereka dan kemudian lebih spesifik dengan bertanyakan haiwan apa yang ada di hutan dan di air. Kita dapat lihat bahawa guru menggunakan pendekatan deduktif sebagai salah satu cara untuk menarik minat dan fokus pelajar. Pada waktu ini , guru boleh membetulkan tanggapan murid yang salah tentang haiwan apa yan g hidup di air dan di darat kerana kebiasaanya pengetahuan murid tidak lengkap atau pun salah. Guru tidak semestinya perlu tahu apa pengetahuan yang murid sudah kuasai tetapi sebaliknya guru perlu mengkaji dan meneroka pengetahuan sedia ada mereka supaya salah faham dan pengetahuan yang salah dapat di kenal pasti. Guru yang efektif dapat membantu murid dalam membuat perhubungan antarapengetahuan lama dan pengetahuan baru dan menguasa i konsep tersebut. Ini dapat dicapai melalui dengan memberi bahan atau ak tiviti yang dapat menolong murid sebagai usaha untuk memberi sokongan kepada usaha mereka dan meningkatkan kefahaman mereka. Sebagai contoh, dalam topik haiwan, guru boleh membuat aktiviti mewarna iaitu memberi kertas yang mempunyai gambar pelbagai haiwan dan meminta murid mewarnakan haiwan-haiwan yang habitatnya di air sahaja atau di darat sahaja. 2.2 Perbincangan Di Dalam Bilik Darjah Menerusi aktiviti tersebut, secara tidak langsung guru dapat menerapkan perbincangan di dalam bilik darjah sebagai pengalaman sains yang dapat membantu murid mengasah kemahiran berfikir. Berfikir merupakan satu prosesmenghubungkan pengetahuan, kemahiran da n sikap yang ada pada diri seseorang individu bagi membolehkannya memahami dan mencorakkan alam sekelilingnya. Mempertingkatkan daya berfikir merupakan salah satu objektif sistem pendidikan negara. Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum 5
  • 6. menerimanya.Seseorang yang berfikir secara kreatif pula mempunyai daya imaginasi yang tinggi, berupaya menjana idea yang inovatif dan asli serta boleh mengubah suai idea dan produk sedia ada kepada lebih berkualiti. Perbincangan merupakan satu proses aktif yang melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran. Situasi akan terbentuk di mana guru membentuk suasana dan menjadi pemudah cara untuk pertukaran pelbagai idea dalam kalangan murid. Sepertimana yang dinyatakan oleh Bond (2001) bahawa dalam perbincangan, pel ajar merupakan pihak yang aktif kerana perbincangan bukan sahaja dapat merangsang interaksi antara murid secara bermakna tetapi dapat menggalakkan pelbagai teknik pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan proses -proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, berdasarkan sesi temubual yang di jalankan, terdapat beberapa elemen pentin g yang perlu di ambil berat oleh guru apabila ingin menggunakan teknik perbincangan, antaranya ialah: (a) Matlamat dan objektif Perbincangan di dalam kumpulan kecil dijalankan untuk menghasilkan pembelajaran yang berbentuk prose s dan bukan hasil akhir. Perkara ini berasaskan kepada kehendak di mana murid perlu melibatkan diri dalam perkembangan kemahiran dan sikap dalam perbincangan kumpulan. (b) Pemilihan topik dan aplikasi Topik yang dipilih boleh terdiri daripada tugasan atau pengajaran secara berterusan di dalam bilik darjah. Perbincangan boleh berkisar tentang pelbagai topik, subjek, pelbagai tahap perkembangan dan peringkat umur murid. Apa yang penting, topik yang dipilih perlulah relevan dan dapat merangsang minat kanak-kanak. Kebiasaannya, isu-isu berkontroversi dan dilemma moral merupakan topik yang amat baik untuk perbincangan. Dalam aktiviti perbincangan guru akan berperanan sebagai fasilitator, di mana beliau akan membimbing pelajar dengan kemahiran, menyediakan bahan dan peluang kepada murid untuk menentukan pengalaman pembelajaran. Penting untuk seorang guru itu untuk bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang 6
  • 7. lain bagi mendengar, memerhati dan menggalakkan setiap murid untuk melibatkan diri di dalam kumpulan (Brown et al., 1996 ). Selain itu, dalam setiap kumpulan kecil itu juga mestilah ada seorang ketua dan pencatat. Peranan ketua dan pencatat boleh digilirkan antara ahli kumpulan. Penglibatan murid di dalam aktiviti dapat memberi k eberkesanan kepada aktiviti kumpulan ini dan ia juga bergantung kepada bagaimana guru dapat menyediakan peluang kepada murid untuk mengambil bahagian dalam pelbagai peranan. Perbincangan merupakan suatu pengalaman yang membawa manfaat kepada kanak-kanak terutama jika kumpulan tersebut terlibat dalam tugasan yang memerlukan penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Perbincangan dalam kumpulan kecil juga dapat membantu murid yang kurang memberikan perhatian kepada pelajaran untuk melibatkan diri. Di samping itu, murid yang pasif dan lemah akan berpelu ang untuk mengecapi kejayaan jika diberikan peluang. Contohnya seorang yang lemah membaca boleh diasah jika diberikan peluang untuk bercakap di akhir perbincangan. 2.3 Penyampaian Dan Pendekatan Guru Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains seharusnya berdasarkan kandungan standard kurikulum, kebolehan dan kecerdasan pelbagai murid serta sumber dan prasarana yang ada di sekolah. Di samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk dalam bidang pengajarannya, guru juga berperana n sebagai seorang fasilitator dalam pengajaran danpembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang pelbagai kecerdasan . Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan Sains di Malaysia bermatlamat untuk memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi pen umpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan teknologi. Menurut Vygotsky, Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) merujuk kepada 7
  • 8. tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh murid tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir. Bagi membantu murid menguasai isi pelajaran yang berada dalam ZPD, teknik scaffolding diperkenalkan (Noriati A. Rasid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009). Scaffolding bermaksud proses membimbing dan membantu pembelajaran yang menekankan kepada peringkat bimbingan dan sokongan yang dilakukan mengikut keperluan murid. Bimbingan akan dikurangkan apabila murid dapat menguasai peringkat demi peringkat. Di akhirnya, guru tidak lagi membimbing apabila murid berjaya melakukannya dengan sendiri. Antara teknik penyampaian dan pendekatan yang boleh dil akukan guru mengikut scaffolding ialah penjelasan verbal, soal jawab, prompting, cueing dan tanda isyarat yang lain. Selain daripada itu, Ormrod (2008) mencadangkan guru mengaplikasikan scaffolding seperti berikut: 1. Galakkan pelajar bertanya dan beri jawapan yang munasabah bagi persoalan mengapa dan bagaimana yang diutarakan oleh murid. 2. Murid diminta untuk membuat jangkaan terhadap perkara yang bakal berlaku apabila membuat uji kaji atau eksperimen. 3. Analogi digunakan untuk membantu murid mengaitkan kon sep dan idea baru dalam menghubungkan pengetahun sedia ada murid. 4. Meminta murid membuat refleksi atau memberi pandangan dan mengaitkan dengan isi pelajaran. Melalui temubual yang telah dijalankan, guru juga mengambil pendekatan demonstrasi sebagai salah satu teknik pengajaran. Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Demonstrasi melibatkan seseorang individu menunjuk cara di hadapan bilik darjah untuk menerangkan sesuatu aktiviti, konse p auat prosedur. Murid-murid yang lain akan memerhati, mendengar penerangan dan melihat sebelum aktiviti yang sama dilakukan oleh mereka. Semasa proses demonstrasi dijalankan, komunikasi lisan berlaku tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada murid. Pr oses ini turut melibatkan penggunaan visual untuk memerhatikan proses, maklumat dan idea. 8
  • 9. Namun begitu, guru yang ingin menggunakan demonstrasi dalam pengajaran, perancangan dan persediaan yang teliti perlu dilakukan. Jika tidak, pengajaran akan gagal me ncapai objektif. Demonstrasi juga akan menjadi kurang berkesan jika murid tidak diberikan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah ditunjukkan. Selain daripada itu, pembelajaran juga akan menjadi kurang bermakna sekiranya guru tidak dapat menerangkan den gan sistematik. 2.4 Eksperimen Sebagai mana yang telah diterangkan di atas, demonstrasi dilihat dapat membantu murid membina pengetahuan seperti yang dicadangkan di dalam teori pembelajaran konstruktivisme. Salah satu pendekatan demonstrasi yang penting dalam subjek sains adalah eksperimen. Eksperimen merupakan satu kaedah yang penting dalam memberi kanak-kanak pengalaman sains yang perlu dijalankan dalam mata pelajaran sains. Murid perlu menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Apabila kanak-kanak dapat melihat, memegang dan menggunakan sesuatu bahan, ia dapat menimbulkan sikap inkuiri yang membawa kepada penemuan. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoa l dan menyiasat sesuatu kejadian yang berlaku. Pembelajaran yang dilalui secara penemuan ini berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti bereskperimen, murid akan menyiasat sesuatu fenomena dan dapat mencapai kesimpulannya sendiri yang dapat menstruktur satu pengetahuan baru . Guru kemudiannya membimbing dan menjadi fasiliatator untuk murid memahami konsep sains melalui hasil inkuiri - penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dapat dikembangkan semasa proses ini. Pengetahuan itu dapat diaplikasikan dengan perse kitaran mereka. Dalam 9
  • 10. kajian yang telah dijalankan , pengkaji telah menggunakan satu model yang dikenali sebagai Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang telah dihasilkan oleh Needham di United Kingdom pada tahun 1987. Needham telah mencadangkan model pengajaran dan pembelajaran ini dalam "Children's Learning in Science Project" di University of Leeds untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang sesuatu konsep sains serta menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam bilik darjah. Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham ini digunakan oleh guru dalam aplikasi eksperimen melalui: a) Fasa 1:Orientasi Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar terhadap pelajaran. Sebagai contoh, eksperimen dijalankan di dalam makmal sains supaya suasana pembelajaran yang lebih kondusif boleh ditimbulkan. b) Fasa 2: Pencetusan idea Sebelum sesuatu aktiviti atau eksperimen dijalankan, g uru perlu mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka belajar. c) Fasa 3: Penstrukturan semula idea Apabila suasana dan idea telah dib ina, aktiviti atau memberi tugasan berstruktur diberikan untuk membolehkan pelajar mencabar dan menguji idea asal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Sewaktu ini, kemahiran bahasa akan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea secara teratur. d) Fasa 4: Penggunaan idea Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Ini mewujudkan pemahaman yang baru dan menggalakkan inkuiri dalam kalangan pelajar. Pada fasa ini, murid diminta 10
  • 11. untuk menulis laporan eksperimen berdasarkan apa yang telah dilakukan atau membincangkan persoalan-persoalan yang timbul. e) Fasa 5: Refleksi Pelajar membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Pelajar juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbinca ngan kumpulan dan catatan peribadi pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar. Penggunaan Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham ini jika diaplikasikan di dalam P&P dapat membantu murid supaya lebih memahami sesuatu konsep daripada menghafal. Guru juga dapat menilai pemahaman murid dengan lebih cepat tanpa perlu bergantung kepada memberi kerja rumah kepada mereka. Walau bagaimanapun, untuk mengaplikasikan teori ini agak sukar untuk diguna pakai di sekolah dalam dunia pendidikan yang sebenar kerana kekangan waktu dan guru juga perlu menghabiskan isi kandungan mata pelajaran.(Nair & Muthia, 2005) 2.5 Simulasi Simulasi merupakan situasi pembelajaran yang membolehkan pelajar berlatih menggunakan kemahiran, belajar mengenai prinsip atau melaksanakan sesuatu tindakan dalam keadaan terkawal seperti menyerupai situasi sebenar. Kelebihan menggunakan simulasi sebagai satu te knik mengajar dalam subjek sainsantaranya ialah pembelajaran berlaku dalam keadaan selamat dan menyeronokkan. Kedua, pelajar boleh diselia dengan rapi supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan, berbanding sekiranya mereka berada dalam situasi sebenar. Walau bagaimanapun, terdapat tiga prinsip dalam melaksanankan simulasi iaitu: . 1. Guru perlu memilih suatu situasi berunsur masalah dan terangkan 11
  • 12. dengan jelas 2. Tetapkan peranan-peranan berdasarkan watak-watak dan pililh pelajar yangsesuai untuk berlakon 3. Tetapkan had masa untuk sesi simulasi. Antara aktiviti simulasi yang dapat dilakukan ialah penggunaan internet untuk menerangkan dan membantu murid membayangkan sesuatu konsep. Sebagai contoh perubahan siang dan malam. Komputer dan internet dapat membantu murid melihat dan memahamkan situasi kompleks dengan lebih mudah. Selain itu, main peranan, permainan atau penggunaan model juga dapat dilakukan di bawah konsep simulasi. Main peranan dapat dilakukan dengan murid melakonkan sesuatu watak atau peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat. Melalui aktiviti permainan, murid bermain untuk mempelajari sesuatu proses atau prinsip. Model pula digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Walau bagaimanapun, dalam membuat pelbagai aktiviti ini, adalah penting untuk guru berhati-hati dan mengambil kira factor perbezaan budaya di kalangan murid dan menghormati perbezaan tersebut. (Brown, Collins & Duguid, 1989). Guru perlu membantu murid untuk melihat perbezaan budaya ini sebagai satu kekuatan bukannya sesuatu yang lain daripada rakan kelas yang lain. Kanak-kanak akan berasa terasing sekiranya perbezaan budaya mereka diabaikan oleh guru sewaktu P&P berlangsung. 12
  • 13. 3.0 Penutup Perkembangan dunia teknologi yang pesat bukan sahaja mengubah budaya dan cara hidup masyarakat kita tetapi juga telah mengubah dunia pendidikan di Malaysia. Guru tidak lagi menggunakan teknik ³chalk and talk´ dalam pengajaran tetapi telah mengubah perspektif mereka dan tanpa disedari mereka telah pun menggunakan kae dah konstruktivisme dalam P&P mereka. Melalui temubual yang telah dijalankan dan juga perbincangan antara ahli kumpulan, dapat disimpulkan bahawa guru pada masa kini semakin sedar mengenai kepentingan penerapan nilai-nilai konstruktivisme di dalam P&P subjek Sains. Walaupun guru tidak biasa dengar mengenai istilah konstruktivisme tetapi cara pendekatan yang digunakan mengamalkan ciri -ciri tersebut. Ini dapat dilihat apabila guru mengutamakan kepada pembelajaran berpusatkan murid dan murid belajar mel alui proses membuat atau beraktiviti seperti eksperimen dan lakonan. Guru juga menggunakan pengalaman sedia ada murid untuk menstruktur pengetahuan baru agar titik keseimbangan dapat dicapai sewaktu sesi pembelajaran berlangsung. Ini akan memberikan pengalaman sains dari aspek perbincangan, kemahiran saintifik dan juga kemahiran berfikir. Pengetahuan sedia ada murid perlu diaktifkan agar mereka dapat menghubungkan konsep yang baru dengan apa yang sudah mereka ketahui sebelumnya. Kesimpulannya, kanak-kanak akan lebih mudah untuk memahami subjek Sains sekiranya mereka dilibatkan secara aktif dalam proses P&P dan guru dapat membantu murid dengan menggunakan Model Konstruktivisme 5 Fasa dan juga teknik-teknik yang lain yang dirasakan sesuai mengikut perbezaan individu dalam kelas dan juga pengetahuan sedia ada murid supaya pembelajaran bermakna dapat dicapai. 13
  • 14. Refleksi Pada mula penerimaan kerja kursus ini di peroleh , saya berasa sangat susah untuk membuatnya. Hal ini kerana saya tidak dapat gambaran bagaimana dapat saya melakukan temubual dengan guru dan teori konstruktivisme yang sebenar kerana telah banyak teori yang telah di pelajari. Setelah bertanya kepada beberapa orang rakan saya serta di beri penerangan beberapa kali oleh pensyarah, barulah saya dapa t membayangkan bentuk tugasan yang di kehendaki dan bagaimana penulisan tugasan yang akan dibuat. Saya mulakan dengan mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk kertas kerja yang diberi. Saya mencari dan cuba memahamkan konsep dan teori konstruktivisme dah aplikasinya di dalam bilik darjah. Sewaktu menjalankan PBS, kesukaran untuk mendapatkan guru yang mempunyai masa untuk di temu bual juga membuatkan tugasan ini semakin mencabar kerana guru-guru di sekolah tersebut sibuk dengan aktiviti pertandingan bola baling, choir dan sukan merentas desa. Di hari terakhir PBS, akhirnya saya mendapat kerjasama dari Cikgu Azinawati untuk meluangkan sedikit masa untuk di temu bual. Setelah menyiapkan tugasan ini,saya mendapati banyak perkara yang sangat berguna saya pelajari. Saya lebih mengetahui tentang bagaimana aplikasi konstruktivisme di dalam bilik darjah dan sebenarnya guru secara tidak sedar juga telah mempraktikkan teori ini dalam P&P mereka. Selain itu, kerja kursus ini juga mengajar saya untuk sentiasa memberi komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu antara ahli kumpulan agar sesuatu yang susah menjadi senang. Segala ilmu membuat kertas kerja ini sangatla h berguna untuk saya sebagai guru pelatih agar dapat membantu saya mengaitkan teori pembelajaran de ngan aplikasinya di dunia perguruan yang sebenar. Sekian,terima kasih. 14
  • 15. Bibliografi Arends, R. I. (1998). Learning to teach (4th ed.). Boston: McGraw Hill. Bransford, J.D. (1979). Human cognition: learning, understanding and remembering. Belmont, CA: Wadsworth Publishing Co. Brown, J.S., Collins, A., Duguid, P. (1989). Situated cognition and the culture of learning. Educational researcher (Washington, DC), vol. 18, no. 1. Brown, A.L., et al. (1996). Distributed expertise in the classroom. In: Salomon, G., ed. Distributed cognitions: psychological and educa tional considerations, halaman 188±228. Bond. T.E. (2001). ³Giving them free rein: Connections in studentled book groups´. Reading Teacher, 54(6), halaman 574-584. Elizabeth Murphy. (2011, April 6). Di akses daripada http://www.ucs.mun.ca/~emurphy/stemnet/cle3.html Educational Practices (2011, April 6). Di akses daripada http://www.ibe.unesco.org/publications/EducationalPracticesSeriesPdf/prac07 e.pdf Gauvain. M. (2001). The social context of social cognitive development . New York: Guilford Press. Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. (2011, April 8). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Diakses daripada http://akademik.kedah.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&i d=111:kssr&catid=1:latest -news Model Konstruktivisme 5 Fasa. (2011, April 8) Diakses daripada http://www.teachersrock.net/konstruktivisme.htm Noriati A. Rasid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Siri Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 15
  • 16. Saunders, W. L. (1992). The constructivist perspective: Implications and teaching strategies for science . School Science and Mathematics, 92(3), 136- 141. Sharifah Alwiah Alsagoff . (1987).Psikologi Pendidikan 1: Konsep -konsep asas psikologi, psikologi pendidikan dan perkembangan. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia). Stella Vosniadou (2011, April 8). International Academy of Educatation: How Children Learn. Diakses daripada http://unesdoc.unesco.org/images/0012/001254/125456e.pdf Subadrah Nair, Malar a/p Muthiah .Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, 21±41, 2005 16
  • 17. LAMPIRAN 17
  • 18. xq 18