SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  11
Tugasan Individu                                                                   oleh Jaikun


                     TEORI PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

1.0     Pengenalan


Pembelajaran bahasa pertama sama ada bahasa ibunda sesuatu suku, Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini
untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya. Namun demikian
senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan bahawa kemahiran-
kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh sebahagian pelajar walaupun sudah menjejakkan
kaki di sekolah menengah.


2.0     Proses Pemerolehan Bahasa Pertama


Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak merupakan satu perkara yang
rencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang linguisitk. Bagaimana
manusia memperoleh bahasa merupakan satu isu yang amat mengagumkan dan sukar
dibuktikan. Pelbagai teori dari bidang disiplin yang berbeza telah dikemukakan oleh para
pengkaji untuk menerangkan bagaimana proses ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Memang diakui bahawa sama ada disedari ataupun tidak, sistem-sistem linguistik dikuasai
dengan pantas oleh individu kanakkanak walaupun umumnya tiada pengajaran formal.
“…learning a first language is something every child does successfully, in a matter of a few
years and without the need for formal lessons.” (Language Acquisition: On-line).


        Sungguhpun rangsangan bahasa yang diterima oleh kanak-kanak tidak teratur dan
terhad, namun mereka berupaya memahami sistem-sistem linguistik bahasa pertama sebelum
menjangkau usia lima tahun. Fenomena yang kelihatan menakjubkan ini telah berlaku dan
terus berlaku dalam kalangan semua masyarakat dan budaya pada setiap masa. Mengikut
penyelidik secara empirikal, terdapat dua teori utama yang membincangkan bagaimana
manusia memperoleh bahasa. Teori pertama mempertahankan bahawa bahasa diperoleh
manusia secara alamiah atau dinuranikan. Teori ini juga dikenali sebagai Hipotesis Nurani
dalam linguistik. Teori yang kedua mempertahankan bahawa bahasa diperoleh manusia secara
dipelajari.



                                             1
Tugasan Individu                                                                 oleh Jaikun


3.0      Pemerolehan Bahasa Pertama
Kajian saintifik dalam bidang pemerolehan bahasa telah dimulakan sejak kurun ke-16 lagi
(Zulkifly, 1990:326-331). Kajian ini dimulakan oleh Tiedemann, seorang ahli biologi
berbangsa Jerman pada tahun 1787. Charles Darwin, pengasas teori evolusi turut menjalankan
kajian dalam bidang pemerolehan bahasa pada tahun 1877. Kajian-kajian yang seterusnya
telah dilakukan oleh Preyer pada tahun 1882 dan kajian Sally pada tahun 1885. Selepas
kajian-kajian perintis ini terdapat banyak kajian lain lagi yang mengkaji bahan-bahan dan
subjek-subjek yang berbeza untuk melihat aspek-aspek yang berkaitan dengan pemerolehan
sistem-sistem bahasa.


         Kajian-kajian terkini meliputi aspek kajian perbandingan pemerolehan bahasa antara
bahasa yang berbeza, misalnya perbandingan antara bahasa Inggeris dengan bahasa Itali yang
dilakukan oleh Antonella Devescovi dan lain-lain pada tahun 2003 (A Cross-Linguistic Study
of the Relationship between Grammar & Lexical Development: On-line).          Pemerolehan
bahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia. Lazimnya pemerolehan bahasa
pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa
kedua bertumpu kepada perkembangan bahasa orang dewasa (Language Acquisition: On-
line).


         Perkembangan bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda
kanak-kanak berkenaan. Namun terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa
terdapat dua proses yang terlibat dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak
iaitu pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa. Dua faktor utama yang sering dikaitkan
dengan pemerolehan bahasa ialah faktor nurture dan faktor nature. Namun para pengkaji
bahasa dan linguistik tidak menolak kepentingan tentang pengaruh faktor-faktor seperti
biologi dan persekitaran. Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat sama ada manusia
memang sudah dilengkapi dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang
didakwa oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan Lenneberg ataupun kebolehan berbahasa
ialah hasil daripada kebolehan kognisi umum dan interaksi manusia dengan persekitarannya.


         Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nurani
yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah kebolehan
berbahasa. Alat mekanisme kognitif yang bersifat umum inilah digunakan untuk menguasai
segala-galanya termasuklah bahasa. Bagi Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini

                                              2
Tugasan Individu                                                                     oleh Jaikun


dikenali sebagai Language Acquisition Device (LAD) yang fungsinya sama seperti yang
pernah dikemukakan oleh Lenneberg yang dikenali sebagai “Innate Prospensity for
Language”. LAD dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak secara semula jadi dan dengan alat
nurani ini akan membolehkan kanak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya dengan
mudah dan cepat.


       Mengikut Bowen (Language ages and stages: On-line) pembelajaran bahasa bermula
sejak bayi dilahirkan. Bayi-bayi yang baru lahir sudah mula mengecam bunyi-bunyi yang
terdapat di sekitarnya. Mengikut Brookes (dlm. Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed,
1995:456), kelahiran atau pemerolehan bahasa dalam bentuk yang paling sederhana bagi
setiap bayi bermula pada waktu bayi itu berumur lebih kurang18 bulan dan mencapai bentuk
yang hampir sempurna ketika berumur lebih kurang empat tahun. Bagi Mangantar
Simanjuntak (1982) pula, pemerolehan bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang
secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam kalangan kanak-kanak dalam
lingkungan umur 2-6 tahun. Hal ini tidak bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasa
tetapi kadarnya tidak sehebat kanak-kanak.


       Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau
dipelajari   secara   langsung   iaitu   tanpa   melalui   pendidikan   secara   formal   untuk
mempelajarinya, sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakat
di sekitarnya. Beliau seterusnya menegaskan bahawa kajian tentang pemerolehan bahasa
sangat penting terutamanya dalam bidang pengajaran bahasa. Pengetahuan yang cukup
tentang proses dan hakikat pemerolehan bahasa boleh membantu bahkan menentukan
kejayaan dalam bidang pengajaran bahasa. Pada umumnya, setiap bayi yang normal akan
mengalami proses perkembangan bahasa secara berperingkat-peringkat dan bersifat arbitrari.
Perkembangan bahasa akan menjadi lebih mantap dan sempurna mengikut perkembangan
usia kanak-kanak tersebut.


Mengikut Mangantar Simanjuntak, 1987 (dlm. Tay. 2000:228) peringkat perkembangan
bahasa ini boleh dibahagi kepada (a) peringkat mengagah; (b) peringkat holofrasa; (c)
peringkat ucapan dua kata; (d) peringkat permulaan tatabahasa; (e) peringkat menjelang
tatabahasa dewasa; dan (f) peringkat kecekapan penuh. Seseorang kanak-kanak akan melalui
tiga proses pemerolehan bahasa iaitu proses pemerolehan komponen fonologi, sintaksis dan
semantik. Ketiga-tiga komponen ini dikatakan berlaku secara serentak.

                                                 3
Tugasan Individu                                                                   oleh Jaikun


       Mengikut Menn dan Stoel Gammon (Babbling: On-line), dalam perkembangan
bahasa, tempuh vokalisasi pralinguistik atau tempuh mengagah boleh dibahagikan kepada
lima tahap iaitu tahap tangisan, “cooing”, tahap bermain dengan vokal, tahap “canonical
babbling” (bermula pada umur 6 bulan) dan tahap “conversational babbling” yang bermula
pada umur lebih kurang 10 bulan. Seterusnya apabila mencapai umur 12-18 bulan, kanak-
kanak akan mula menggunakan bunyi atau satu kata untuk merujuk kepada sesuatu yang
bermakna, misalnya bunyi “kereta” untuk merujuk kepada benda kereta atau mengujarkan
satu kata “kereta” untuk mewakili satu ayat yang mungkin bermakna “Mama, saya nak naik
kereta”. Apabila menjangkau umur 18-24 bulan, kanak-kanak sudah dapat menghasilkan kata-
kata yang membentuk ayat pendek. Peringkat mengagah yang berlaku dalam tahun pertama
kanak-kanak merupakan satu proses yang normal Vokalisasi kanak-kanak seterusnya akan
berkembang mengikut perkembangan umur kanak-kanak berkenaan.


       Dari segi pemerolehan komponen semantik, prosesnya boleh dibahagikan kepada
empat peringkat iaitu peringkat penyempitan erti kata, peringkat generalisasi berlebihan,
peringkat medan semantik dan peringkat generalisasi. Perkembangan penguasaan sintaksis
pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu tahap telegraf, tahap morfem dan tahap transformasi
manakala dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak melalui peringkat agahan iaitu
menghasilkan bunyi secara rambang. Kanak-kanak mula memperoleh fonem-fonem yang
kasar dan ketara perbezaan fiturnya, kemudian menuju kepada fonem-fonem yang halus
perbezaan fiturnya. Pemerolehan fonologi awal kanak-kanak lebih terpengaruh kepada
sebutan ibu bapa atau konsep motherese.


4.0    Pemerolehan Sintaksis


Secara umumnya, para penyelidik dalam bidang pemerolehan bahasa beranggapan bahawa
pemerolehan sintaksis hanya bermula apabila kanak-kanak dapat mengembangkan dua atau
lebih kata. Dengan kata lain, peringkat satu kata atau yang sering disebut sebagai peringkat
holofrasa tidak dianggap sebagai titik permulaan penguasaan sistem sintaksis. Steinberg
membahagikan peringkat perkembangan penguasaan sintaksis kepada tiga tahap iaitu tahap
telegraf, morfem dan transformasi. Pada tahap telegraf, kanak-kanak mengucapkan gabungan
kata dengan cara amat ringkas kerana berlaku penjimatan kata yang keterlaluan. Pada tahap
ini kanak-kanak jarang sekali mengucapkan kata-kata tugas. Ayat dibina dengan kata-kata inti
sahaja atau dikenali sebagai ayat minimal. Pada tahap morfem, kanak-kanak mula

                                              4
Tugasan Individu                                                                 oleh Jaikun


menggunakan kata-kata dengan lebih rencam daripada tahap telegraf. Roger Brown
(Calculating Percent Accuracy for Grammatical Morphemes in Obligatory Contexts: On-line)
dalam kajiannya tentang bahasa Inggeris telah mengenal pasti 14 morfem dalam proses
pemerolehan sintaksis kanak-kanak mengikut urutan tertentu.


5.0       Aplikasi Teori-Teori Pemerolehan Bahasa
Berikut merupakan 3 daripada beberapa teori-teori yang mengkhusus kepada pemerolehan
bahasa yang pernah dikemukakan, iaitu Teori Behaviouris, Mentalis dan Konstruktivis.


2.1. Teori Mentalis (pelopor – Bloomfield, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks)
Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull dan
Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses
pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan
pengulangan yang banyak. Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu bentuk latihan
mekanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-
kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.


5.1.1 Kebaikan-kebaikan teori ini ialah:


a. Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang-
ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem.
b. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik
darjah.
c. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa
dengan adanya ganjaran dan peneguhan.


5.1.2 Kelemahan


Walaupun demikian terdapat beberapa kelemahan teori ini iaitu:


a. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar, contohnya
dalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna dalam proses pengajaran dan

                                             5
Tugasan Individu                                                                  oleh Jaikun


pembelajaran, guru perlu menghasilkan bahan-bahan bantu bagi membolehkan pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan.


b. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru mesti
bersama murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bahasa sukar
dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri.


c. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih
menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses
pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru untuk
belajar.


5.1.3 Pengaplikasian teori dalam kelas bacaan


Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara berulang-
ulang. Ini bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut suku kata contohnya KV + KVK
(LUSUH dan lain-lain), guru akan meminta pelajar mengulangi sebutan bagi suku kata
tersebut beberapa kali mengikut sebutan yang betul seperti yang diajar. Berkemungkinan
kekerapan pengulangan itu bergantung kepada penguasaan pelajar tersebut. Sekiranya budak
itu cepat belajar, pengulangan adalah sedikit tetapi jika sebaliknya, pengulangan adalah agak
lama sesuai dengan kemahiran pelajar. Setelah menguasai kemahiran menyebut suku kata,
guru akan diperkenalkan dengan perkataan-perkataan yang terbina daripada suku kata tadi.
Seterusnya pelajar diminta memberikan contoh perkataan yang terbina daripada suku kata
tersebut. Proses ini adalah berulang kali sehingga penguasaan terhadap kemahiran berlaku.



5.2. Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor – Noam Chomsky)


Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak
akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari
peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi
formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran
memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.



                                                6
Tugasan Individu                                                                oleh Jaikun


5.2.1 Kebaikan


a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran
bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan.
Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar
kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.


b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang
belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif
mereka sendiri.


c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar
bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-
bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar
kemahiran berbahasa.


5.2.2 Kelemahan


a. Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran
bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan
sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah
dalam lisan (mendengar dan bertutur).


5.2.3 Aplikasi dalam kelas bacaan


Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan
perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan
memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran
dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas
iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya
sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh,
dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh
murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada
pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian

                                            7
Tugasan Individu                                                                    oleh Jaikun


dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid
berjaya mencapai kriteria tersebut.


5.3. Teori Konstruktivis


Berbeza dengan kedua-dua teori terdahulu, Konstruktivis merupakan satu teori yang
berpusatkan pelajar. Ini bermakna pelajar adalah bergerak secara aktif untuk memastikan
mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkan
pendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka.
Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan
pengalaman sedia ada pelajar serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran
yang bakal diajar. Pelajar pula hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan baru itu
untuk kegunaan masa hadapan. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara,
pemantau dan penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik
kerana pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif.



5.3.1 Kebaikan


a. Konstruktivis menekankan cara belajar secara reflektif, iaitu mengaitkan pengalaman baru
dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang
diajar dan memudahkan mereka untuk faham.


b. Teori pemerolehan bahasa ini menekankan pembelajaran secara kendiri. Murid akan
berusaha untuk memperkembangkan kemahiran/pengetahuan mereka berdasarkan penerokaan
dan penemuan hasil daripada aktiviti penyelesaian masalah.


c. Pembelajaran bahasa melalui Konstruktivis dapat memupuk semangat berdikari di kalangan
murid. Oleh itu mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran meskipun tanpa kehadiran
guru, ataupun di luar waktu kelas.




                                              8
Tugasan Individu                                                                oleh Jaikun


5.3.2 Kelemahan


a. Guru tidak mengajar tetapi hanya menyediakan bahan bantu yang boleh merangsang minda
pelajar supaya dapat mengaitkan aktiviti dan bahan bantu itu dengan pengalaman sedia ada
mereka. Ini menyebabkan guru terpaksa menyediakan pebagai bahan bantu sebelum dapat
melaksanakan pengajarannya.


b. Penekanan kepada andaian bahawa murid mempunyai pengetahuan asas atau sedia ada
tentang apa yang akan dipelajari dalam pelajaran seterusnya adalah perkara utama dalam
pendekatan ini. Tetapi sekiranya andaian guru tidak tepat, berkemungkinan dia murid tidak
akan dapat mengikuti pembelajaran tersebut.


5.3.3 Aplikasi dalam kelas bacaan


Teori Konstruktivis menekankan cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan
sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar. Jadi, dalam
pengajaran kemahiran membaca bagi murid-murid yang dimaksudkan, aktiviti pencetusan
idea murid akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum guru menerangkan sesuatu konsep atau
mengajar kemahiran. Aktiviti pencetusan idea ini boleh dilakukan melalui soal-jawab secara
lisan antara guru dengan murid. Sebagai contoh, guru meminta murid menyatakan apa yang
telah mereka pelajari sebelum ini atau meminta mereka membaca mengikut tahap kemahiran
yang telah diajar dalam pelajaran lepas. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat mengesan
pencapaian murid dan seterusnya menyesuaikan pengetahuan tersebut dengan pembelajaran
yang baru.


Kesimpulan


Pembelajaran bahasa pertama         melibatkan beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap kanaka-kanak perlu menguasai kemahiran
ini untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran seterusnya. Namun demikian
senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan ba




                                              9
Tugasan Individu                                                                 oleh Jaikun


Rujukan


Abdul Aziz Sharif (1991). Pemerolehan Bahasa Ibunda - Umum. Jurnal Bahasa
      Moden, 6. 152-160.

Abdul Rashid Ali (1992). Penguasaan Bahasa Kanak-kanak: Satu Pemerhatian Kes Awal.
      Jurnal Dewan Bahasa, Oktober. 942-968.

Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed (1995). Teori Pemelajaran Sosial dan
      Pemerolehan Bahasa Pertama. Jurnal Dewan Bahasa, Mei. 456-464.

Antonella Devescovi, Maria Cristina Caselli, Daniela Marchione, Judy Reilly, & Elizabeth
      Bates. (2003). A Cross-Linguistic Study of the Relationship between Grammar &
      Lexical Development. Project in Cognitive and Neural Development, Center for
      Research in Language, University of California, San Diego.

Babbling. (On-line). Available: http://en.wikipedia.org/wiki/Babbling Calculating Percent
       Accuracy for Grammatical Morphemes in ObligatoryContexts. (On-line). Available:
       http://www/clas.ufl.edu/users/bwjohn/4004/ GrammaticalMorphemeAccuracy2 .html

CHILDES – Child Language Data Exchange System. (On-line). Available:
     http://childes.psy.cmu.edu/

Halijah Abd. Hamid (1996). Bagaimana Manusia Memperoleh Bahasa? Pelita
       Bahasa, Jun. 37-38.

Leonard, L. B. & Finneran, D. (2003). Grammatical Morpheme Effects on MLU:“The Same
      Can Be Less” Revisited. Journal of Speech, Language, and Hearing Research, Vol.
      23. August. 878-888.

Ingram, D. (1989). First language Acquisition. Cambridge University Press. Language ages
      and stages (On-line). Available: http://members.tripod.com/ Caroline-
      Bowen/devel2.htm




                                            10
Tugasan Individu                                                                    oleh Jaikun


Language Acquisition. (On-line). Available: http://earthrenewal.org/second language.htm

Language Acquisition. (On-line). Available: http://www.ecs.soton.ac.uk/~harnad/
Papers/Py104/pinker.langacq.html

Language acquisition. (On-line). Available: http://en.wikipedia.org/wiki/
Languageacquisition

Mangantar Simanjuntak (1982). Pemerolehan Bahasa Melayu: Bahagian Fonologi.
Jurnal Dewan Bahasa, Ogos/September, 615-625.

Mangantar Simanjuntak (1990). Pertumbuhan dan Perkembangan Bahasa Kanakkanak.
Jurnal Dewan Bahasa, September. 692-704.


Marzukhi Nyak Abdullah (1993). Teori-teori Pemerolehan Bahasa. Dewan Bahasa,
September. 6.839-846.

Mean length of utterance. (on-line). Available: http://en.wikipedia.org/wili/ Meanlength-
of-utterance

Mean Length of Utterance (MLU). (On-line). Available: http://www.clas.ufl.edu
/users /bwjohn/4004/Materials/MLU.htm

Middle Stage Assessment/Intervention. (On-line). Available: http://www.ux/.eiu.edu
/~cflkc/cds3200/Notes/midstasses.html

Morphemes are used to analyze the development of language via the Mean Length
of Utterance (MLU). (On-line). Available:
http://www.csun.edu/~vcoaoOel /de361s61-folder.100/tsld015.htm

PLU-Stages: An Independent Measure of Early Syntactic Development. (on-line).
Available: http://www.cogsci,jhu.edu/TechReports

Second language acquisition. (On-line). Available: http://en.wikipedia.org/wiki
/Second_language-acquisition

Tay, M. G. (2000). Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak dari segi Sintaksis: Satu
Analisis. Jurnal Dewan Bahasa, Februari, 228-241.

Zulkifley bin Hamid (1990). Penguasaan Bahasa: Huraian Paradigma Mentalis dan
Behaviouris. Jurnal Dewan Bahasa. Mei. 326-331.
Jurnal Penyelidikan




                                              11

Contenu connexe

Tendances

FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSANFONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSANNURUL AZREEN
 
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasaKumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasapikaosman
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)murni mohamat
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.HanaFitrah
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologifitri norlida
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanAzizi Ahmad
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullprincess Sakura
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaAlia Maisarah
 
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasaImplikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasaNurSyahirahSyaza
 
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117Yuvarani Subramaniam
 

Tendances (20)

FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSANFONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasaKumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 
Teori huraian bahasa
Teori huraian bahasaTeori huraian bahasa
Teori huraian bahasa
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
Psikolinguistik
PsikolinguistikPsikolinguistik
Psikolinguistik
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasaImplikasi perkembangan kognitif dan bahasa
Implikasi perkembangan kognitif dan bahasa
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
 

Similaire à Teori pemerolehan bahasa pertama

Kajian bahasa indonesia sd i
Kajian bahasa indonesia sd iKajian bahasa indonesia sd i
Kajian bahasa indonesia sd iSyarif Rusydi
 
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8Rizal Abdullah
 
Sri ramelda
Sri rameldaSri ramelda
Sri rameldaMeil Da
 
Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa Anak
Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa AnakPemerolehan dan Perkembangan Bahasa Anak
Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa AnakRizzty Mennelz
 
Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaVince Here
 
Pertemuan 10 Perkembangan Peserta Didik
Pertemuan 10 Perkembangan Peserta DidikPertemuan 10 Perkembangan Peserta Didik
Pertemuan 10 Perkembangan Peserta DidikmonichaSihombing
 
Bahasa arab
Bahasa arabBahasa arab
Bahasa arabCik BaCo
 
Perkembangan bahasa ...
Perkembangan bahasa                                                          ...Perkembangan bahasa                                                          ...
Perkembangan bahasa ...Dedi Yulianto
 
PEMEROLEHAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA
PEMEROLEHAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA KEDUAPEMEROLEHAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA
PEMEROLEHAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA KEDUAEndang Pristiawaty
 
Perkembangan bahasa
Perkembangan bahasaPerkembangan bahasa
Perkembangan bahasaNiakhairani
 
Plugin pemerolehan%20 bahasa%20kedua
Plugin pemerolehan%20 bahasa%20keduaPlugin pemerolehan%20 bahasa%20kedua
Plugin pemerolehan%20 bahasa%20keduaenndatop
 

Similaire à Teori pemerolehan bahasa pertama (20)

Tay06
Tay06Tay06
Tay06
 
Tay06
Tay06Tay06
Tay06
 
Kajian bahasa indonesia sd i
Kajian bahasa indonesia sd iKajian bahasa indonesia sd i
Kajian bahasa indonesia sd i
 
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
 
Sri ramelda
Sri rameldaSri ramelda
Sri ramelda
 
Makalah Pemerolehan Bahasa Anak
Makalah Pemerolehan Bahasa AnakMakalah Pemerolehan Bahasa Anak
Makalah Pemerolehan Bahasa Anak
 
Pemerolehan bahasa
Pemerolehan bahasaPemerolehan bahasa
Pemerolehan bahasa
 
Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa Anak
Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa AnakPemerolehan dan Perkembangan Bahasa Anak
Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa Anak
 
Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi Bahasa
 
Pemerolehan bahasa
Pemerolehan bahasaPemerolehan bahasa
Pemerolehan bahasa
 
Pertemuan 10 Perkembangan Peserta Didik
Pertemuan 10 Perkembangan Peserta DidikPertemuan 10 Perkembangan Peserta Didik
Pertemuan 10 Perkembangan Peserta Didik
 
Tugas kelompok bahasa
Tugas kelompok bahasaTugas kelompok bahasa
Tugas kelompok bahasa
 
Bahasa arab
Bahasa arabBahasa arab
Bahasa arab
 
teori-behaviour
teori-behaviourteori-behaviour
teori-behaviour
 
Perkembangan bahasa ...
Perkembangan bahasa                                                          ...Perkembangan bahasa                                                          ...
Perkembangan bahasa ...
 
PEMEROLEHAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA
PEMEROLEHAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA KEDUAPEMEROLEHAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA
PEMEROLEHAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA
 
Perkembangan bahasa
Perkembangan bahasaPerkembangan bahasa
Perkembangan bahasa
 
Pemerolehan Bahasa.docx
Pemerolehan Bahasa.docxPemerolehan Bahasa.docx
Pemerolehan Bahasa.docx
 
Pemerolehan Bahasa.pdf
Pemerolehan Bahasa.pdfPemerolehan Bahasa.pdf
Pemerolehan Bahasa.pdf
 
Plugin pemerolehan%20 bahasa%20kedua
Plugin pemerolehan%20 bahasa%20keduaPlugin pemerolehan%20 bahasa%20kedua
Plugin pemerolehan%20 bahasa%20kedua
 

Teori pemerolehan bahasa pertama

  • 1. Tugasan Individu oleh Jaikun TEORI PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA 1.0 Pengenalan Pembelajaran bahasa pertama sama ada bahasa ibunda sesuatu suku, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya. Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan bahawa kemahiran- kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh sebahagian pelajar walaupun sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah. 2.0 Proses Pemerolehan Bahasa Pertama Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak merupakan satu perkara yang rencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang linguisitk. Bagaimana manusia memperoleh bahasa merupakan satu isu yang amat mengagumkan dan sukar dibuktikan. Pelbagai teori dari bidang disiplin yang berbeza telah dikemukakan oleh para pengkaji untuk menerangkan bagaimana proses ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Memang diakui bahawa sama ada disedari ataupun tidak, sistem-sistem linguistik dikuasai dengan pantas oleh individu kanakkanak walaupun umumnya tiada pengajaran formal. “…learning a first language is something every child does successfully, in a matter of a few years and without the need for formal lessons.” (Language Acquisition: On-line). Sungguhpun rangsangan bahasa yang diterima oleh kanak-kanak tidak teratur dan terhad, namun mereka berupaya memahami sistem-sistem linguistik bahasa pertama sebelum menjangkau usia lima tahun. Fenomena yang kelihatan menakjubkan ini telah berlaku dan terus berlaku dalam kalangan semua masyarakat dan budaya pada setiap masa. Mengikut penyelidik secara empirikal, terdapat dua teori utama yang membincangkan bagaimana manusia memperoleh bahasa. Teori pertama mempertahankan bahawa bahasa diperoleh manusia secara alamiah atau dinuranikan. Teori ini juga dikenali sebagai Hipotesis Nurani dalam linguistik. Teori yang kedua mempertahankan bahawa bahasa diperoleh manusia secara dipelajari. 1
  • 2. Tugasan Individu oleh Jaikun 3.0 Pemerolehan Bahasa Pertama Kajian saintifik dalam bidang pemerolehan bahasa telah dimulakan sejak kurun ke-16 lagi (Zulkifly, 1990:326-331). Kajian ini dimulakan oleh Tiedemann, seorang ahli biologi berbangsa Jerman pada tahun 1787. Charles Darwin, pengasas teori evolusi turut menjalankan kajian dalam bidang pemerolehan bahasa pada tahun 1877. Kajian-kajian yang seterusnya telah dilakukan oleh Preyer pada tahun 1882 dan kajian Sally pada tahun 1885. Selepas kajian-kajian perintis ini terdapat banyak kajian lain lagi yang mengkaji bahan-bahan dan subjek-subjek yang berbeza untuk melihat aspek-aspek yang berkaitan dengan pemerolehan sistem-sistem bahasa. Kajian-kajian terkini meliputi aspek kajian perbandingan pemerolehan bahasa antara bahasa yang berbeza, misalnya perbandingan antara bahasa Inggeris dengan bahasa Itali yang dilakukan oleh Antonella Devescovi dan lain-lain pada tahun 2003 (A Cross-Linguistic Study of the Relationship between Grammar & Lexical Development: On-line). Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia. Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua bertumpu kepada perkembangan bahasa orang dewasa (Language Acquisition: On- line). Perkembangan bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan. Namun terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa terdapat dua proses yang terlibat dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa. Dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan pemerolehan bahasa ialah faktor nurture dan faktor nature. Namun para pengkaji bahasa dan linguistik tidak menolak kepentingan tentang pengaruh faktor-faktor seperti biologi dan persekitaran. Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat sama ada manusia memang sudah dilengkapi dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang didakwa oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan Lenneberg ataupun kebolehan berbahasa ialah hasil daripada kebolehan kognisi umum dan interaksi manusia dengan persekitarannya. Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yang bersifat umum inilah digunakan untuk menguasai segala-galanya termasuklah bahasa. Bagi Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini 2
  • 3. Tugasan Individu oleh Jaikun dikenali sebagai Language Acquisition Device (LAD) yang fungsinya sama seperti yang pernah dikemukakan oleh Lenneberg yang dikenali sebagai “Innate Prospensity for Language”. LAD dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak secara semula jadi dan dengan alat nurani ini akan membolehkan kanak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah dan cepat. Mengikut Bowen (Language ages and stages: On-line) pembelajaran bahasa bermula sejak bayi dilahirkan. Bayi-bayi yang baru lahir sudah mula mengecam bunyi-bunyi yang terdapat di sekitarnya. Mengikut Brookes (dlm. Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed, 1995:456), kelahiran atau pemerolehan bahasa dalam bentuk yang paling sederhana bagi setiap bayi bermula pada waktu bayi itu berumur lebih kurang18 bulan dan mencapai bentuk yang hampir sempurna ketika berumur lebih kurang empat tahun. Bagi Mangantar Simanjuntak (1982) pula, pemerolehan bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-6 tahun. Hal ini tidak bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasa tetapi kadarnya tidak sehebat kanak-kanak. Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal untuk mempelajarinya, sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakat di sekitarnya. Beliau seterusnya menegaskan bahawa kajian tentang pemerolehan bahasa sangat penting terutamanya dalam bidang pengajaran bahasa. Pengetahuan yang cukup tentang proses dan hakikat pemerolehan bahasa boleh membantu bahkan menentukan kejayaan dalam bidang pengajaran bahasa. Pada umumnya, setiap bayi yang normal akan mengalami proses perkembangan bahasa secara berperingkat-peringkat dan bersifat arbitrari. Perkembangan bahasa akan menjadi lebih mantap dan sempurna mengikut perkembangan usia kanak-kanak tersebut. Mengikut Mangantar Simanjuntak, 1987 (dlm. Tay. 2000:228) peringkat perkembangan bahasa ini boleh dibahagi kepada (a) peringkat mengagah; (b) peringkat holofrasa; (c) peringkat ucapan dua kata; (d) peringkat permulaan tatabahasa; (e) peringkat menjelang tatabahasa dewasa; dan (f) peringkat kecekapan penuh. Seseorang kanak-kanak akan melalui tiga proses pemerolehan bahasa iaitu proses pemerolehan komponen fonologi, sintaksis dan semantik. Ketiga-tiga komponen ini dikatakan berlaku secara serentak. 3
  • 4. Tugasan Individu oleh Jaikun Mengikut Menn dan Stoel Gammon (Babbling: On-line), dalam perkembangan bahasa, tempuh vokalisasi pralinguistik atau tempuh mengagah boleh dibahagikan kepada lima tahap iaitu tahap tangisan, “cooing”, tahap bermain dengan vokal, tahap “canonical babbling” (bermula pada umur 6 bulan) dan tahap “conversational babbling” yang bermula pada umur lebih kurang 10 bulan. Seterusnya apabila mencapai umur 12-18 bulan, kanak- kanak akan mula menggunakan bunyi atau satu kata untuk merujuk kepada sesuatu yang bermakna, misalnya bunyi “kereta” untuk merujuk kepada benda kereta atau mengujarkan satu kata “kereta” untuk mewakili satu ayat yang mungkin bermakna “Mama, saya nak naik kereta”. Apabila menjangkau umur 18-24 bulan, kanak-kanak sudah dapat menghasilkan kata- kata yang membentuk ayat pendek. Peringkat mengagah yang berlaku dalam tahun pertama kanak-kanak merupakan satu proses yang normal Vokalisasi kanak-kanak seterusnya akan berkembang mengikut perkembangan umur kanak-kanak berkenaan. Dari segi pemerolehan komponen semantik, prosesnya boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu peringkat penyempitan erti kata, peringkat generalisasi berlebihan, peringkat medan semantik dan peringkat generalisasi. Perkembangan penguasaan sintaksis pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu tahap telegraf, tahap morfem dan tahap transformasi manakala dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak melalui peringkat agahan iaitu menghasilkan bunyi secara rambang. Kanak-kanak mula memperoleh fonem-fonem yang kasar dan ketara perbezaan fiturnya, kemudian menuju kepada fonem-fonem yang halus perbezaan fiturnya. Pemerolehan fonologi awal kanak-kanak lebih terpengaruh kepada sebutan ibu bapa atau konsep motherese. 4.0 Pemerolehan Sintaksis Secara umumnya, para penyelidik dalam bidang pemerolehan bahasa beranggapan bahawa pemerolehan sintaksis hanya bermula apabila kanak-kanak dapat mengembangkan dua atau lebih kata. Dengan kata lain, peringkat satu kata atau yang sering disebut sebagai peringkat holofrasa tidak dianggap sebagai titik permulaan penguasaan sistem sintaksis. Steinberg membahagikan peringkat perkembangan penguasaan sintaksis kepada tiga tahap iaitu tahap telegraf, morfem dan transformasi. Pada tahap telegraf, kanak-kanak mengucapkan gabungan kata dengan cara amat ringkas kerana berlaku penjimatan kata yang keterlaluan. Pada tahap ini kanak-kanak jarang sekali mengucapkan kata-kata tugas. Ayat dibina dengan kata-kata inti sahaja atau dikenali sebagai ayat minimal. Pada tahap morfem, kanak-kanak mula 4
  • 5. Tugasan Individu oleh Jaikun menggunakan kata-kata dengan lebih rencam daripada tahap telegraf. Roger Brown (Calculating Percent Accuracy for Grammatical Morphemes in Obligatory Contexts: On-line) dalam kajiannya tentang bahasa Inggeris telah mengenal pasti 14 morfem dalam proses pemerolehan sintaksis kanak-kanak mengikut urutan tertentu. 5.0 Aplikasi Teori-Teori Pemerolehan Bahasa Berikut merupakan 3 daripada beberapa teori-teori yang mengkhusus kepada pemerolehan bahasa yang pernah dikemukakan, iaitu Teori Behaviouris, Mentalis dan Konstruktivis. 2.1. Teori Mentalis (pelopor – Bloomfield, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks) Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan yang banyak. Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan- kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. 5.1.1 Kebaikan-kebaikan teori ini ialah: a. Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang- ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem. b. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. c. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan. 5.1.2 Kelemahan Walaupun demikian terdapat beberapa kelemahan teori ini iaitu: a. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar, contohnya dalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna dalam proses pengajaran dan 5
  • 6. Tugasan Individu oleh Jaikun pembelajaran, guru perlu menghasilkan bahan-bahan bantu bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. b. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru mesti bersama murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri. c. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru untuk belajar. 5.1.3 Pengaplikasian teori dalam kelas bacaan Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara berulang- ulang. Ini bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut suku kata contohnya KV + KVK (LUSUH dan lain-lain), guru akan meminta pelajar mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali mengikut sebutan yang betul seperti yang diajar. Berkemungkinan kekerapan pengulangan itu bergantung kepada penguasaan pelajar tersebut. Sekiranya budak itu cepat belajar, pengulangan adalah sedikit tetapi jika sebaliknya, pengulangan adalah agak lama sesuai dengan kemahiran pelajar. Setelah menguasai kemahiran menyebut suku kata, guru akan diperkenalkan dengan perkataan-perkataan yang terbina daripada suku kata tadi. Seterusnya pelajar diminta memberikan contoh perkataan yang terbina daripada suku kata tersebut. Proses ini adalah berulang kali sehingga penguasaan terhadap kemahiran berlaku. 5.2. Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor – Noam Chomsky) Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur. 6
  • 7. Tugasan Individu oleh Jaikun 5.2.1 Kebaikan a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat. b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan- bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa. 5.2.2 Kelemahan a. Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur). 5.2.3 Aplikasi dalam kelas bacaan Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian 7
  • 8. Tugasan Individu oleh Jaikun dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut. 5.3. Teori Konstruktivis Berbeza dengan kedua-dua teori terdahulu, Konstruktivis merupakan satu teori yang berpusatkan pelajar. Ini bermakna pelajar adalah bergerak secara aktif untuk memastikan mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Pelajar pula hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan baru itu untuk kegunaan masa hadapan. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara, pemantau dan penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik kerana pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif. 5.3.1 Kebaikan a. Konstruktivis menekankan cara belajar secara reflektif, iaitu mengaitkan pengalaman baru dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham. b. Teori pemerolehan bahasa ini menekankan pembelajaran secara kendiri. Murid akan berusaha untuk memperkembangkan kemahiran/pengetahuan mereka berdasarkan penerokaan dan penemuan hasil daripada aktiviti penyelesaian masalah. c. Pembelajaran bahasa melalui Konstruktivis dapat memupuk semangat berdikari di kalangan murid. Oleh itu mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran meskipun tanpa kehadiran guru, ataupun di luar waktu kelas. 8
  • 9. Tugasan Individu oleh Jaikun 5.3.2 Kelemahan a. Guru tidak mengajar tetapi hanya menyediakan bahan bantu yang boleh merangsang minda pelajar supaya dapat mengaitkan aktiviti dan bahan bantu itu dengan pengalaman sedia ada mereka. Ini menyebabkan guru terpaksa menyediakan pebagai bahan bantu sebelum dapat melaksanakan pengajarannya. b. Penekanan kepada andaian bahawa murid mempunyai pengetahuan asas atau sedia ada tentang apa yang akan dipelajari dalam pelajaran seterusnya adalah perkara utama dalam pendekatan ini. Tetapi sekiranya andaian guru tidak tepat, berkemungkinan dia murid tidak akan dapat mengikuti pembelajaran tersebut. 5.3.3 Aplikasi dalam kelas bacaan Teori Konstruktivis menekankan cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar. Jadi, dalam pengajaran kemahiran membaca bagi murid-murid yang dimaksudkan, aktiviti pencetusan idea murid akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum guru menerangkan sesuatu konsep atau mengajar kemahiran. Aktiviti pencetusan idea ini boleh dilakukan melalui soal-jawab secara lisan antara guru dengan murid. Sebagai contoh, guru meminta murid menyatakan apa yang telah mereka pelajari sebelum ini atau meminta mereka membaca mengikut tahap kemahiran yang telah diajar dalam pelajaran lepas. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat mengesan pencapaian murid dan seterusnya menyesuaikan pengetahuan tersebut dengan pembelajaran yang baru. Kesimpulan Pembelajaran bahasa pertama melibatkan beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap kanaka-kanak perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran seterusnya. Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan ba 9
  • 10. Tugasan Individu oleh Jaikun Rujukan Abdul Aziz Sharif (1991). Pemerolehan Bahasa Ibunda - Umum. Jurnal Bahasa Moden, 6. 152-160. Abdul Rashid Ali (1992). Penguasaan Bahasa Kanak-kanak: Satu Pemerhatian Kes Awal. Jurnal Dewan Bahasa, Oktober. 942-968. Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed (1995). Teori Pemelajaran Sosial dan Pemerolehan Bahasa Pertama. Jurnal Dewan Bahasa, Mei. 456-464. Antonella Devescovi, Maria Cristina Caselli, Daniela Marchione, Judy Reilly, & Elizabeth Bates. (2003). A Cross-Linguistic Study of the Relationship between Grammar & Lexical Development. Project in Cognitive and Neural Development, Center for Research in Language, University of California, San Diego. Babbling. (On-line). Available: http://en.wikipedia.org/wiki/Babbling Calculating Percent Accuracy for Grammatical Morphemes in ObligatoryContexts. (On-line). Available: http://www/clas.ufl.edu/users/bwjohn/4004/ GrammaticalMorphemeAccuracy2 .html CHILDES – Child Language Data Exchange System. (On-line). Available: http://childes.psy.cmu.edu/ Halijah Abd. Hamid (1996). Bagaimana Manusia Memperoleh Bahasa? Pelita Bahasa, Jun. 37-38. Leonard, L. B. & Finneran, D. (2003). Grammatical Morpheme Effects on MLU:“The Same Can Be Less” Revisited. Journal of Speech, Language, and Hearing Research, Vol. 23. August. 878-888. Ingram, D. (1989). First language Acquisition. Cambridge University Press. Language ages and stages (On-line). Available: http://members.tripod.com/ Caroline- Bowen/devel2.htm 10
  • 11. Tugasan Individu oleh Jaikun Language Acquisition. (On-line). Available: http://earthrenewal.org/second language.htm Language Acquisition. (On-line). Available: http://www.ecs.soton.ac.uk/~harnad/ Papers/Py104/pinker.langacq.html Language acquisition. (On-line). Available: http://en.wikipedia.org/wiki/ Languageacquisition Mangantar Simanjuntak (1982). Pemerolehan Bahasa Melayu: Bahagian Fonologi. Jurnal Dewan Bahasa, Ogos/September, 615-625. Mangantar Simanjuntak (1990). Pertumbuhan dan Perkembangan Bahasa Kanakkanak. Jurnal Dewan Bahasa, September. 692-704. Marzukhi Nyak Abdullah (1993). Teori-teori Pemerolehan Bahasa. Dewan Bahasa, September. 6.839-846. Mean length of utterance. (on-line). Available: http://en.wikipedia.org/wili/ Meanlength- of-utterance Mean Length of Utterance (MLU). (On-line). Available: http://www.clas.ufl.edu /users /bwjohn/4004/Materials/MLU.htm Middle Stage Assessment/Intervention. (On-line). Available: http://www.ux/.eiu.edu /~cflkc/cds3200/Notes/midstasses.html Morphemes are used to analyze the development of language via the Mean Length of Utterance (MLU). (On-line). Available: http://www.csun.edu/~vcoaoOel /de361s61-folder.100/tsld015.htm PLU-Stages: An Independent Measure of Early Syntactic Development. (on-line). Available: http://www.cogsci,jhu.edu/TechReports Second language acquisition. (On-line). Available: http://en.wikipedia.org/wiki /Second_language-acquisition Tay, M. G. (2000). Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak dari segi Sintaksis: Satu Analisis. Jurnal Dewan Bahasa, Februari, 228-241. Zulkifley bin Hamid (1990). Penguasaan Bahasa: Huraian Paradigma Mentalis dan Behaviouris. Jurnal Dewan Bahasa. Mei. 326-331. Jurnal Penyelidikan 11