Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Pt3 geografi
1. PT3 Geografi: Konsep dan Takrifan Kegiatan
Ekonomi
Assalamualaikum.
Calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk dalam
pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar kawasan tempat tinggal / sekolah calon.
3.1 Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 halaman 471 kegiatan ialah perihal atau
keadaan giat, kecergasan ataupun aktiviti.
Manakala ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: 379, ekonomi
bermaksud ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan
perkhidmatan; sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian,
perdagangan) sesebuah negara; keadaan kekayaan atau kebendaan; urusan mengenai
hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang) dalam rumah tangga.
Oleh itu, kegiatan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang melibatkan
pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan dalam bidang
pertanian, kewangan, perindustrian, perdagangan sesebuah negera. Kegiatan ekonomi
juga merupakan sumber pendapatan untuk memperoleh keuntungan.
Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi
Pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Malaysia memainkan peranan penting dalam
pembangunan dan kemajuan negara.
Kegiatan ekonomi di Malaysia boleh dibahagikan kepada kegiatan ekonomi primer,
kegiatan ekonomi sekunder dan kegiatan ekonomi tertier. Pembahagian ini
berdasarkan bentuk kegiatan yang terlibat.
2. Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan termasuk
dalam kategori kegiatan ekonomi primer kerana melibatkan pengeluaran secara
langsung daripada sumber alam semula jadi tanpa mengubahsuai bentuk barang.
Contoh Pekerjaan : petani, nelayan, penternak, pelombong, pekebun, peladang,
pembalak dan sebagainya.
Kegiatan ekonomi sekunder ialah kegiatan ekonomi yang kebanyakannya merupakan
lanjutan daripada kegiatan ekonomi primer yang memerlukan pemerosesan. Bahan
mentah diproses menjadi barang siap atau barang separuh siap. Dua kegiatan ekonomi
sekunder ialah kegiatan pembuatan (perkilangan) dan pembinaan.
Contoh Pekerjaan : pekerja kilang, operator pengeluaran, buruh binaan, jurutera dan
sebagainya.
Kegiatan ekonomi tertier ialah sektor perkhidmatan, seperti pendidikan, perniagaan,
perbankan, kewangan, pelancongan dan sebagainya.
Contoh Pekerjaan : guru, doktor, jururawat, polis, tentera, peguam, peniaga, penjaja,
pekedai, kerani dan sebagainya.
Sumber: Bumi Gemilang