SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  55
Télécharger pour lire hors ligne
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

                      ISMP PENDIDIKAN KHAS

                     SEMESTER 1 (SESI 2012/2013)

                              KBK 3033




       INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN KHAS

                         TAJUK (TUGASAN 1) :

   DEFINISI, KONSEP, LATAR BELAKANG, PERKEMBANGAN KANAK-KANAK,
PENGLIBATAN IBU BAPA, TEORI, FALSAFAH & PERUNDANGAN INTERVENSI AWAL
                 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS




                         NAMA PENSYARAH:

               PUAN HAJAH KAMALIAH BINTI MUHAMMAD
1                                                              2

                 DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 4




         1) NUR KAREENA AQILA BT MAHDZIR (D20121058364)

             2) SITI AISHAH BT SUNSUDIN (D20121058366)

        3) NURUL FARAHANA BT MOHD YAACOB (D20121058365)

          4) NURIZZATIAINI BT CHE RUSSLEE (D20121058389)




    3                                                      4




                                                                   2
ISI KANDUNGAN

Bil.   Perkara                    Muka surat
1      Penghargaan                4
2      Pengenalan                 5
3      Definisi                   7
4      Konsep                     9
5      Latar belakang             10
6      Perkembangan kanak-kanak   12
7      Penglibatan ibu bapa       13
8      Teori                      14
9      Falsafah                   25
10     Perundangan                39
11     Kesimpulan                 49
12     Soalan objektif            51
13     Soalan subjektif           53




                                               3
PENGHARGAAN


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami dapat menyempurnakan
tugasan berkumpulan bagi kursus Intervensi Awal Kanak-kanak dalam Pendidikan Khas (KBK
3033) iaitu Laporan Pembentangan Berkumpulan. Kami telah mendapat tajuk definisi, konsep,
latar belakang, pelbagai kecacatan, penglibatan ibu bapa, teori, falsafah serta perundangan.

       Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan
lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya
kepada pensyarah kami iaitu, Pn. Kamaliah binti Muhammad kerana beliau telah banyak
memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini.

       Dalam proses untuk menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang, tugasan seperti ini
amat membantu kami untuk menambah ilmu pengetahuan serta belajar bekerjasama dengan
rakan-rakan lain. Kerjasama yang terdapat dalam kumpulan ini amatlah berharga serta memberi
satu kenangan. Masa yang dikorbankan untuk menyiapkan tugasan yang telah dikorbankan amat
berbaloi setelah melihat tugasan ini siap sepenuhnya. Terima kasih diucapkan kepada sesiapa
yang membantu sama ada secara lansung mahupun secara tidak lansung.

       Di harap melalui tugasan ini dapat membantu masyarakat mahupun pelajar-pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri untuk dijadikan sebagai rujukan utama mahupun
sampingan. Sekian kami dahului dengan ucapan terima kasih.




                                                                                               4
PENGENALAN


Intervensi awal merupakan satu program berstruktur yang sangat kritikal dalam membantu
mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas seawal
umur kelahiran sehingga umur persekolahan. Ia dijalankan dengan berkesan melalui pasukan
pelbagai disiplin serta turut menyokong kepada keluarga kanak-kanak berkaitan.


       Intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan
kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan
fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran.
Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan
kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan, iaitu
perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan adaptasi (Sandler,
Brazdziunas, Cooley & De Pijem 2001) melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan, seperti terapi
cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan dan khidmat sokongan untuk keluarga (Addison 2003).


       Menurut Majnemer (1998), intervensi awal boleh mengurangkan kesan kelambatan
perkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkannya daripada menjadi semakin serius.
Selain itu, intervensi awal juga boleh memaksimumkan potensi kanak-kanak berkeperluan khas
dan mengurangkan bebanan masyarakat. Addison (2003) merumuskan beberapa pengaruh positif
intervensi awal ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Antaranya termasuklah kemajuan kanak-
kanak dalam pelbagai perkembangan pada tahap tertentu, mengelakkan atau mengurangkan
masalah susulan, mengurangkan tekanan keluarga dan keperluan pendidikan khas bagi kanak-
kanak berkeperluan khas. Guralnick (1997) berpendapat bahawa intervensi awal ialah satu sistem
yang dibentuk untuk menyokong bentuk interaksi keluarga supaya perkembangan kanak-kanak
tidak terganggu.


       Wolfendale (1997) mengemukakan empat tujuan utama intervensi awal. Pertama,
intervensi awal bertujuan untuk membekalkan sokongan kepada keluarga supaya berupaya
menyokong perkembangan kanak-kanak. Kedua, intervensi awal adalah untuk meningkatkan
perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti. Ketiga adalah


                                                                                                  5
untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak, dan keempat adalah untuk mengelakkan
berlakunya masalah pada masa hadapan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa intervensi awal
memainkan peranan yang sangat penting dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas,
termasuklah kanak-kanak bermasalah pembelajaran.


       Intervensi awal juga bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada
pembelajaran dan untuk mengelakkan menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki
sekolah rendah. Selain itu, pusat ini juga memberi perkhidmatan awal bagi rawatan, pemulihan,
bimbingan, khidmat      nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri,       interaksi sosial,
perkembangan kemahiran motor dan sebagainya kepada kanak-kanak dan juga keluarga sebaik
sahaja sesuatu kecacatan dapat dikesan. Menurut Hanson & Lynch (1989), intervensi awal
diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas sejak lahir hingga berusia 6 tahun adalah
penting. Ia terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, pemakanan, perkembangan kemahiran
motor, penjagaan kendiri, interaksi sosial dan sokongan keluarga.




                                                                                            6
DEFINISI

Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas
sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan
usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan
diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan
dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal juga merupakan pengukuhan penguasaan
bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor dan
interaksi sosial.


        Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya
kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki
sekolah rendah. Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan
terutama pada peringkat umur yang muda. Kebanyakan murid sekolah rendah, masalah
pembelajaran menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis
dan menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk
memberi tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor (contohnya, tidak boleh bergerak dengan
pantas). Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka dikehendaki
mempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial.


        Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi
mula muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat
penting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan
guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya, mereka
harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.




                                                                                            7
KEPENTINGAN INTERVENSI AWAL


Intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko
tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Intervensi awal dapat membantu
perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah
pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat
mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak
lain.
        Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui
perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan
tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa.
Oleh itu, akan menjejaskan pembelajaran mereka dan membuatkan mereka berasa malu untuk
berinteraksi dengan orang lain.


        Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi
awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada
peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan
pendidikan khas mungkin berkurangan. Dengan ini intervensi awal boleh meningkatkan intelek,
meningkatan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak
berkeperluan khas.

        Intervensi awal yang sistematik dapat menghalang kewujudan masalah lain,
mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan
adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan
dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan
penjagaan, kesihatan dan pendidikan.




                                                                                            8
KONSEP INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK

Konsep intervensi awal kanak-kanak ini boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk input berguna bagi
membantu kanak-kanak yang bermasalah dalam mengurangkan masalah yang dihadapi oleh
mereka. Selain itu, konsep ini juga dapat merapatkan jurang kecacatan yang dihadapi oleh
kanak-kanak ini dengan masyarakat lain dan dapat membantu kanak-kanak ini dari peringkat
awalsupaya masalah ini tidak berterusan. Program-program intervensi awal dijalankan untuk
mengembangkan potensi individu secara menyeluruh pada kecacatan yang dialami. Sebagai
contoh, Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)
telah menjalankan kursus intervensi awal kanak-kanak kurang upaya Untuk memberi
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran kepada peserta kursus bagaimana perlunya kanak-kanak
yang mengalami kecacatan diberi khidmat pemulihan seawal mungkin bagi membolehkan
mereka hidup berdikari dan dapat memainkan peranan yang berguna dalam masyarakat.

       Seterusnya, intervensi awal juga dapat memberikan perkhidmatan awal bagi rawatan,
pemulihan, bimbingan, khidmat nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri, interaksi sosial,
perkembangan kemahiran motor dan sebagainya kepada kanak-kanak dan juga keluarga sebaik
sahaja sesuatu kecacatan dapat dikesan. Menurut Majnemer (1998), intervensi awal bukan juga
boleh mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkan
kanak-kanak daripada menjadi semakin serius. Intervensi awal juga boleh memaksimumkan
potensi kanak-kanak berkeperluan khas dan mengurangkan bebanan masyarakat. Selain itu,
Guralnick (1997) pula berpendapat bahawa intervensi awal ialah satu sistem yang dibentuk untuk
menyokong bentuk interaksi antara kanak-kanak tersebut dengan keluarga supaya perkembangan
kanak-kanak tidak terganggu.




                                                                                             9
LATAR BELAKANG PERLAKSANAAN INTERVENSI AWAL

Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh
kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana guru telah
menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru atau berpusatkan
pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas,
sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru
untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.


       Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan
mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Oleh itu, golongan
pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya terbatas untuk memberi
ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila
pelajar-pelajar tersebut sudah dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru
memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru
yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan
kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka.


       Seterusnya intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan
mengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang boleh
mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar
dilaksanakan. Istilah ‘berpusatkan pelajar’ membawa imej tentang pelajar yang berdikari,
bergantung pada diri sendiri dan berjaya mengendalikan proses-proses pembelajaran dalam kelas
biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan utama tetapi masih
mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-
prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan cara
mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk ‘berdiri di atas kaki sendiri’.


       Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai
sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam proses
intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran kanak
kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan

                                                                                              10
dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli
sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan
kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas.




PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Antara perkembangan yang dapat dilihat dalam intervensi awal ini ialah perkembangan Motor.
Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran. Pengujian tentang
perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan, kelenturan, ketahanan lasak dan
kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak. Pergerakan otot besar (seperti berjalan kaki,
berlari and melontar sesuatu objek) dan pergerakan otot halus (seperti mengambil sesuatu objek
permainan, mengikat tali kasut) menunjukkan tahap perkembangan motor seseorang kanak-
kanak
.
        Selain itu, Perkembangan Kognitif. Perkembangan ini dijalankan adalah untuk
menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti kemahiran mengira, mengingat perkara
yang mereka telah lakukan pada masa lampau, merancang dan membuat keputusan tentang apa
mereka akan buat pada masa depan. Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru
dipelajari dengan maklumat sedia ada, menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru adalah
petanda-petanda perkembangan kognitif.


        Komunikasi dan Perkembangan Bahasa juga merupakan perkembangan kanak-kanak.
Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan, keperluan,
pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa untuk
berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat daripada orang lain.
Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukan
lisan melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan mata, riak air muka dan
sebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap keupayaan komunikasi dan
perkembangan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.



                                                                                           11
Seterusnya,      perkembangan Emosi dan Sosial. Kanak-kanak yang telah mencapai
kompetensi sosial rela berkongsi barang permainan dan tidak keberatan berkerjasama dengan
kanak-kanak lain. Mereka tahu pentingnya mengikut giliran dan menyelesaikan konflik yang
timbul. Mereka juga dapat meluahkan perasaan dan emosi dengan cara teratur. Pengujian
terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak
berkeperluan khas.


       Akhir sekali, kemahiran Adaptif. Perkembangan kanak-kanak juga ditentukan sama ada
mereka mempunyai kemahiran adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain,
makan sendiri tanpa disuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan
sendiri, membasuh tangan dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat
mengesan tahap kemahiran adaptif kanak-kanak berkeperluan khas.


PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM INTERVENSI AWAL


Menurut Gargiulo dan Gaves (1991), untuk menggalakkan penglibatan keluarga dalam
pendidikan anak mereka, pihak sekolah dan guru pendidikan khas perlu mengambil langkah-
langkah seperti memanggil ibu bapa ke sekolah secara berkala untuk membincangkan mengenai
pendidikan anak-anak. Guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan ibu bapa . Ibu bapa perlu
diberitahu tentang prestasi yang dicapai oleh anak mereka dan tunjukkan bahawa guru
mengambil berat tentang anak mereka Dengan ini, ibu bapa akan berasa yakin untuk belajar
dengan guru tersebut.


       Selain itu, Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam ceramah yang berkaitan dengan dunia
pendidikan. Oleh itu, ibu bapa dapat mengetahui perkembangan isu semasa tentang pendidikan.
Kesannya, ibu bapa dapat membuat persediaan awal untuk membantu anak-anak dalam
pembelajaran supaya masalah mereka dapat diatasi.


       Seterusnya, guru hendaklah meyakinkan ibu bapa seperti pihak sekolah ingin membantu
anak mereka merealisasi potensinya. Ibu bapa perlu menganggap guru sebagai sahabat yang
ingin bekerjasama membantu anak mereka menguasai pengetahuan dan kemahiran ke arah


                                                                                         12
melahirkan individu yang berdikari. Dalam usaha memupuk kerjasama di antara pihak sekolah
dan keluarga, guru harus sedar bahawa hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertakluk
kepada latar belakang.




                                                                                       13
TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET


Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur
Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula
bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat
tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.


     Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun.
Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau
mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih
menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik
sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist."


      Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke
dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi
setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja
dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-
kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-
kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola
perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan
pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau
kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.


       Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu
mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-konsep
penting tersebut adalah :


1.     Skema
Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan
cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan
pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai,


                                                                                           14
merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan
skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung
memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada
bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.


2.     Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema
yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu
modifikasi skemamhasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-
kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan
menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya,
kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".


3.     Akomodasi
Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi
apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi
berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai
suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak
ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan
penyesuaian konsep terhadap magnet itu.


4.     Adaptasi
Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan
asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila
kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari
dengan kehendak persekitaran.


     Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu
peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang
sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut,


                                                                                            15
kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.


Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap
yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :

       Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)
       Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
       Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun)
       Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)

Tahap-tahap perkembangan

Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan
deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya
dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan
untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational
learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub
tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang
tertentu.


        Dari lahir sehinggan 2 bulan bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan
pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan
(genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya.
Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini
dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.


        Seterusnya dari umur satu bulan sehingga empat bulan pula pencapaian untuk
penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian
badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk
pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di


                                                                                        16
tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung
kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan
sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar
sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi.
Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan
mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.


       Di tahap empat sehingga lapan bulan bayi mempunyai persediaan untuk membuat
pandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada
sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil
sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang
objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam
mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.


       Di tahap lapan hingga dua belas bulan pula ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di
mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini,
perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan
daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu
keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.


       Seterusnya ketika umur dua belas bulan hingga lapan belas bulan pula, penemuan makna
baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan
kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu
situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan
pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek.
bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-
kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.


       Pada umur lapan belas bulan hingga dua tahun, berlakunya kombinasi mental di mana
kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi
simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat


                                                                                            17
membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah
mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.



Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa.
Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan,
contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari
segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang
dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini,
keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.


Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih
sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :

   1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara
       seperti kebolehan mengira.
   2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan
       digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
   3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu
       pengukuhan tingkah laku.

   Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga
fenomena mental yang penting iaitupengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan
suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat.
Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali
memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang
menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di
bahagian                                                                             mental.




                                                                                          18
Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :

   1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
   2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )

 Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau
lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan
yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang,
ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di
antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini
iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan
identity                                                                                 diri'.


       Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan
bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek.
Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau
panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.



Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun)

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak
berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik
seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada
tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih
dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima
pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan
yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.


       Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula
memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat,
susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.


                                                                                            19
Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul
tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan
sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti
mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.


       Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini
boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas
operasi atau proses pemikirannya sendiri.



Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)

Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi
satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh
menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak




                                                                                           20
TEORI SOSIOBUDAYA LEV SEMANOVICH VYGOTSKY

Vygotsky sangat dikenal sebagai seorang ahli psikologi pendidikan yang memperkenalkan teori
sosiobudaya. Teori yang dinyatakan oleh Vygotsky ini merupakan teori gabungan antara kognitif
dengan sosial. Teorinya ini juga menyatakan bahwa perkembangan kanak-kanak bergantung
kepada interaksi kanak-kanak dengan orang ada di sekitarnya yang menjadi alat penyampaian
sesuatu budaya yang membantu mereka membina pandangan tentang sekelilingnya.

Latar Belakang Teori Lev Vygotsky (1896-1934)

Nama penunya adalah Lev Semyonovich Vygotsky. Beliau dilahirkan di salah satu kota Tsarist,
Russia, pada pada 17 November 1896, dan berkuturunan Yahudi. Beliau tertarik pada psikologi
saat berusia 28 tahun. Sebelumnya, beliau lebih meminati dunia sastera. Awalnya, beliau
menjadi guru sastera di sebuah sekolah, tetapi pihak sekolah juga memintanya untuk mengajar
psikologi. Padahal, beliau sama sekali tidak pernah mengajar pendidikan formal di fakulti
psikologi sebelumnya. Namun, inilah senario yang membuatnya menjadi tertarik untuk
mempelopori bidang psikologi hingga akhirnya ia melanjutkan kuliah di program psikologi
Moscow Institute of Psychology pada tahun 1925.

         Lev Vygotsky adalah seorang psikologi yang berasal dari Rusia dan hidup pada masa
revolusi Rusia. Vygotsky dalam pemikiran-pemikirannya di dunia psikologi kerap menghadapi
rintangan oleh pemerintah Rusia saat itu. Perkembangan pemikirannya meluas setelah ia wafat
pada tahun 1934, disebabkan menderita penyakit TBC. Vygotsky pun sering berhubung dengan
psikologi Swiss bernama Piaget. Lahir pada masa yang sama dengan Piaget, seorang psikologi
yang juga mempunyai keyakinan bahawa keaktifan anak yang membangun pengetahuan mereka.
Vygotsky meninggal dalam usia yang cukup muda, iaitu ketika masih berusia tiga puluh tujuh
tahun.

         Menurut teori Vygotsky, fungsi kognitif berasal dari interaksi sosial masing-masing
individu dalam konsep budaya. Vygotsky juga yakin bahawa pembelajaran terjadi saat siswa
bekerja menangani tugas-tugas yang belum dipelajari namun tugas- tugas itu berada dalam “zone
of proximal development” mereka. Zone of proximal development adalah jarak antara tingkat
perkembangan sesungguhnya yang ditunjukkan dalam kemampuan pemecahan masalah secara

                                                                                          21
msendiri dan tingkat kemampuan perkembangan potensi yang ditunjukkan dalam kemampuan
pemecahan masalah di bawah bimbingan orang dewasa atau teman sebaya yang lebih mampu.

       Vygotsky banyak menekankan peranan orang dewasa dan anak-anak lain dalam
memudahkan perkembangan si anak. Menurut Vygotsky, anak-anak lahir dengan fungsi mental
yang relatif dasar seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian.
Namun, anak-anak tak banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan, berfikir
dan menyelesaikan masalah.

Zona Perkembangan Proksimal (Zone of Proximal Development)

Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa konsep melalui
pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh lebih berkembang jika
berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran
operasional formal tanpa      bantuan orang     lain.   Vygotsky membedakan antara actual
development dan potential    development pada   anak.Actual   development ditentukan   apakah
seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa atau guru. Sedangkan
potensial development membedakan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu,
memecahkan masalah di bawah petunjuk orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.

       Menurut teori Vygotsky, Zona Perkembangan Proksimal merupakan celah antaraactual
development dan potensial development, di mana antara apakah seorang anak dapat melakukan
sesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan
arahan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.

       Maksud dari ZPD adalah menitikberatkan pada interaksi sosial dapat memudahkan
perkembangan anak. Ketika pelajar belajar di sekolah secara sendiri, perkembangan
pembelajaran mereka berkemungkinan akan berjalan lambat. Untuk memaksimumkan
perkembangan pembelajaran, pelajar seharusnya belajar dengan rakan yang lebih pandai yang
dapat membantu menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

       Secara singkat, teori perkembangan sosial berpendapat bahawa interaksi sosial dengan
budaya mendahului. Maksudnya dari segi hubungan dengan budaya membuat seorang anak

                                                                                           22
mengalami kesedaran dan perkembangan kognitif. Oleh itu, Vygotsky memusatkan perhatiannya
pada hubungan dialek antara individu dan masyarakat dalam pembentukan pengetahuan.
Pengetahuan terbentuk sebagai akibat dari interaksi sosial dan budaya seorang anak.
Pengetahuan tersebut terbagi menjadi dua bentuk, iaitu pengetahuan spontan dan pengetahuan
ilmiah. Pengetahuan spontan mempunyai sifat lebih jelas, tidak logis, dan sistematik. Sedangkan
pengetahuan ilmiah sebuah pengetahuan yang diperoleh dari pendidikan formal dan sifatnya
lebih luas, logis, dan sistematik. Kemudian proses belajar adalah sebuah perkembangan dari
pengertian spontan menuju pengertian yang lebih ilmiah.

       Menurut Vygotsky seorang anak yang bercakap bersendirian lebih berpeluang untuk
lebih baik dalam hubungan sosial. Kerana bercakap bersendirian adalah sebuah langkah awal
bagi seorang kanak-kanak untuk berkomunikasi secara sosial.

The More Knowledgeable Other (MKO)

Istilah ini jika diterjemahkan membawa maksud orang lain yang lebih tahu. MKO bermaksud
kepada siapa saja yang mempunyai kemampuan yang lebih tinggi dari pelajar, dalam hal ini
termasuk guru, teman sebaya, atau komputer.

       Seorang pelajar perlu berinteraksi dengan orang yang mempunyai pengetahun lebih dari
dirinya. Kerana hal tersebut akan lebih meransang perkembangan sosial kognitif pelajar tersebut.
Sekali lagi, bagi Vygotsky faktor interaksi sosial dengan sesuatu yang lebih kompeten di luar diri
menjadi kunci perkembangan kognitif anak.




                                                                                               23
TEORI HUMANISTIK CARLS ROGERS



Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza
dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi
pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan
untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan
memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.




Teori     pembelajaran        Carl    Rogers       menyarankan       beberapa     ciri   yang
utama, antaranya:


i.Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi.
ii.Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai
kesempurnaan kendiri.
iii.Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan
kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain.
iv.Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep
kendiri dan kepercayaannya.
v.Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya
hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri.


        Carl Rogers adalah satu – satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai
manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh
dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia
yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti – entiti yang baik dan mulia. Semua
tingkah laku mereka didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri.
        Ada beberapa suasana atau keadaan yang dapat membantu manusia untuk berkembang
secara positif. Amir Awang (1987) mencatatkan tiga suasana tersebut, iaitu :
    1. Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran.

                                                                                           24
2. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat.
     3. Kefahaman yang mendalam.


Jikalau semua faktor ini ada pada setiap manusia, maka perkembangan diri yang positif ke arah
kesempurnaan kendiri akan berjalan dengan lebih lancar.


          Dalam membentuk teori personaliti kemanusiaan, Rogers memberi tumpuan kepada
individu dan kendirinya. Mengikut pendapatnya lagi, seseorang itu mempersepsikan objek serta
pengalaman – pengalaman dan memberi makna kepadanya. Sistem persepsi dan pemberian
makna yang berkeseluruhan ini membentuk “ruang fenomenal” individu berkenaan dan
dalamnya, ada peristiwa yang disedari serta ada yang tidak disedarinya.




          Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi atau gestalt yang konsisten,
termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta hubungan dengan entiti lain
seseorang itu yang dilihatnya sebagai “aku”, “saya” atau “diri”. Pada masa yang
sama, Rogers menyatakan dalam setiap individu wujud satu konsep yang digelar sebagai diri
unggul, iaitu bentuk dan konsep – kendiri yang amat diingini oleh individu berkenaan. Diri
unggul mempunyai kompenan- kompenan seperti persepsi dan makna yang releven pada
individu tersebut serta sesuatu yang amat bernilai pada dirinya.


     Konsep – kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang individu sendiri
berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan perkataan “saya” atau
“aku”. Ada beberapa fakta yang menarik berkenaan dengan konsep - kendiri Rogers, antaranya
ialah :
     1. Pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman umum psikologi terhadap
          persepsi.
     2. Kendiri mengandungi sifat configurational, gabungan – mewakili satu yang terurus dan
          konsisten secara keseluruhan.




                                                                                             25
3. Kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa–apa. Seseorang individu tidak
        mempunyai satu kendiri yang mengawasi tingkah lakunya, sebaliknya dia mempunyai
        satu gabungan pengalaman yang digambarkan sebagai kendiri.
    4. Gabungan pengalaman dan persepsi, dikenali sebagai kendiri, pola timbul dalam
        kesedaran. Jika definisi kendiri terlibat dengan ukuran yang tidak sedar, sukar
        dioperationaliskan untuk membut kajian.


     Walau bagaimanapun, pergerakan individu ke arah kesempurnaan kendiri tidaklah selalunya
lancar seperti yang diharapkan oleh setiap individu. Dimana manusia terpaksa melalui beberapa
rintangan, terutama sekali yang berkaitan dengan hal konsistensi – kendiri dan kongruens untuk
mencapai matlamat. Maksud konsistensi – kendiri adalah kecenderungan organisma
mengekalkan struktur dirinya iaitu kesamaan persepsi diri yang dilihat dari luar, tidak pula dari
dalam seperti yang ada pada konsep – kendiri.


       Manakala kongruens pula bermaksud suasana yang nyaman dan konsisten yang wujud
diantara kendiri dengan pengalaman seseorang. Walau bagaimanapun, seseorang sering
mengalami keadaan tak kongruens, dimana kedaaan ini berlaku apabila wujud ketidaksamaan di
antara kendiri yang dipersepsikan dengan kendiri yang sebenar. Keadaan ini akan menimbulkan
kebingungan, ketidakselesaan dan ketegangan dalam diri individu. Jikalau keadaan ini
berpanjangan, individu akan mengalami anxieti, iaitu hasil ketidaksamaan di antara pengalaman
dan persepsi kendiri. Terdapat dua cara untuk mengatasi keadaan tak kongruens :
    1. Dengan cara menafikan kewujudan pengalaman yang tidak konsisten dan cara ini akan
        mengekalkan konsep dan struktur - kendiri yang sedia ada pada individu berkenaan.
    2. Menggunakan kaedah pertahanan yang lebih kerap iaitu pengherotan. Pengherotan
        bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang dirasai dan individu
        berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman yang konsisten dan tidak
        bercanggah dengan konsep – kendiri, iaitu ke dalam kesedaran.


    Pada masa yang sama, manusia juga memerlukan perhatian yang positif, iaitu keperluan
disayangi, disukai, dihormati, disanjung, diterima dan dikasihi oleh orang lain. Namun, manusia
tidak sentiasa mendapat perhatian yang positif yang amat diperlukan.


                                                                                              26
Oleh itu, Rogers menekankan kepentingan kongruens antara diri yang dipersepsi dengan diri
yang dialami supaya seseorang dapat berkembang ke arah kesempurnaan kendiri. Ini bermakna
individu harus menerima diri dan pengalamannya dan menjadikan diri berfungsi sepenuhnya
bagi mencapai kesempurnaan kendiri yang diidamkan.




                                                                                          27
TEORI BEHAVIORIS ALBERT BANDURA

Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Social Learning Teory) salah
satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari fikiran,
pemahaman dan evaluasi. Ia seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar social atau
kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimen yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll
yang menunjukkan anak – anak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya.



Latar Belakang Tokoh


Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 4 Disember 1925. Masa
kecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga mendapat pendidikan disana. Pada tahun
1949 beliau mendapat pendidikan di University of British Columbia, dalam jurusan psikologi.
Dia memperoleh gelar Master di dalam bidang psikologi pada tahun 1951 dan setahun kemudian
ia juga meraih gelaran doktor (Ph.D). Bandura menyelesaikan program doktornya dalam bidang
psikologi klinik, setelah lulus beliau bekerja di Standford University.Beliau banyak terjun dalam
pendekatan teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku manusia dan tertarik pada nilai
eksperimen.Pada tahun 1964 Albert Bandura dilantik sebagai professor dan seterusnya menerima
anugerah American Psychological Association untuk Distinguished scientific contribution pada
tahub 1980.


       Pada tahun berikutnya, Bandura bertemu dengan Robert Sears dan belajar tentang
pengaruh keluarga dengan tingkah laku sosial dan proses identifikasi. Sejak itu Bandura sudah
mulai meneliti tentang agresi pembelajaran sosial dan mengambil Richard Walters, muridnya
yang pertama mendapat gelar doktor sebagai pembantunya. Bandura berpendapat, walaupun
prinsip belajar cukup untuk menjelaskan dan meramalkan perubahan tingkah laku, prinsip itu
harus memperhatikan dua fenomena penting yang diabaikan atau ditolak oleh paradigma
behaviorisme. Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial, salah satu
konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari pemikiran,
pemahaman, dan evaluasi.



                                                                                               28
Teori Pembelajaran Sosial merupakan perluasan dari teori belajar perilaku yang
tradisional behavioristik. Teori pembelajaran sosial ini dikembangkan oleh Albert Bandura
(1986). Teori ini menerima sebagian besar dari prinsip–prinsip teori–teori belajar perilaku, tetapi
memberikan lebih banyak penekanan pada kesan dan isyarat–isyarat perubahan perilaku, dan
pada proses–proses mental internal. Jadi dalam teori pembelajaran social kita akan menggunakan
penjelasan–penjelasan reinforcement eksternal dan penjelasan–penjelasan kognitif internal untuk
memahami bagaimana belajar dari orang lain. Dalam pandangan belajar social “manusia” itu
tidak didorong oleh kekuatan–kekuatan dari dalam dan juga tidak dipengaruhi oleh stimulus–
stimulus lingkungan.


        Teori belajar sosial menekankan bahawa lingkungan–lingkungan yang dihadapkan pada
seseorang secara kebetulan; lingkungan–lingkungan itu kerap kali dipilih dan diubah oleh orang
itu melalui perilakunya sendiri. Menurut Bandura, sebagaimana dikutip oleh (Kard,S,1997:14)
bahawa “sebahagian besar manusia belajar melalui pengamatan secara selektif dan mengingat
tingkah laku orang lain.


       Ada dua jenis pembelajaran melalui pengamatan. Pertama, pembelajaran melalui
pengamatan dapat terjadi melalui kondisi yang dialami orang lain, contohnya, seorang pelajar
melihat temannya dipuji dan ditegur oleh gurunya kerana perbuatannya, maka ia kemudian
meniru melakukan perbuatan lain yang tujuannya sama ingin dipuji oleh gurunya. Kejadian ini
merupakan contoh dari penguatan melalui pujian yang dialami orang lain. Kedua, pembelajaran
melalui pengamatan meniru perilaku model meskipun model itu tidak mendapatkan penguatan
positif atau penguatan negatif saat mengamati itu sedang memperhatikan model itu
mendemonstrasikan sesuatu yang ingin dipelajari oleh pengamat tersebut dan mengharapkan
mendapat pujian atau penguatan apabila menguasai secara tuntas apa yang dipelajari itu. Model
tidak harus diperagakan oleh seseorang secara langsung, tetapi kita dapat juga menggunakan
seseorang pemeran atau visualisasi tiruan sebagai model (Nur, M,1998.a:4).


       Seperti pendekatan teori pembelajaran terhadap kepribadian, teori pembelajaran sosial
berdasarkan pada penjelasan yang diutarakan oleh Bandura bahawa sebahagian besar daripada
tingkah laku manusia adalah diperoleh dari dalam diri, dan prinsip pembelajaran sudah cukup


                                                                                                29
untuk menjelaskan bagaimana tingkah laku berkembang. Akan tetapi, teori–teori sebelumnya
kurang memberi perhatian pada konteks social dimana tingkah laku ini muncul dan kurang
memperhatikan bahwa banyak peristiwa pembelajaran terjadi dengan perantaraan orang lain.
Maksudnya, sewaktu melihat tingkah laku orang lain, individu akan belajar meniru tingkah laku
tersebut atau dalam hal tertentu menjadikan orang lain sebagai model bagi dirinya.


        Pada tahun 1941, dua orang ahli psikologi, iaitu Neil Miller dan John Dollard dalam
laporan hasil eksperimennya mengatakan bahawa peniruan (imitation) merupakan hasil proses
pembelajaran yang ditiru dari orang lain. Proses belajar tersebut dinamakan pembelajaran sosial.
Perilaku peniruan manusia terjadi kerana manusia merasa telah memperoleh tambahan ketika
kita meniru orang lain, dan memperoleh hukuman ketika kita tidak menirunya. Menurut
Bandura, sebahagian besar tingkah laku manusia dipelajari melalui peniruan, contoh tingkah laku
(modeling). Dalam hal ini orang tua dan guru memainkan peranan penting sebagai seorang
model atau tokoh bagi anak–anak untuk menirukan tingkah laku membaca.


        Dua puluh tahun berikutnya, Albert Bandura dan Richard Walters (1959, 1963) telah
melakukan eksperimen pada anak–anak yang juga berkenaan dengan peniruan. Hasil eksperimen
mereka mendapati, bahawa peniruan dapat berlaku hanya melalui pengamatan terhadap perilaku
model (orang yang ditiru) meskipun pengamatan itu tidak dilakukan terus menerus. Proses
belajar semacam ini disebut “observationallearning” atau pembelajaran melalui pengamatan.
Bandura (1971), kemudian menyarankan agar teori pembelajaran sosial diperbaiki memandang
teori   pembelajaran   sosial   yang   sebelumnya     hanya   mementingkan      perilaku   tanpa
mempertimbangan aspek mental seseorang.


        Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri (kognitif)
dan lingkungan. pandangan ini menjelaskan, beliau telah mengemukakan teori pembelajaran
peniruan, dalam teori ini beliau telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) terhadap
perlakuan anak-anak apabila mereka menonton orang dewasa memukul, mengetuk dengan palu
besi dan menumbuk sambil menjerit-jerit dalam video. Setelah menonton video anak-anak ini
diarah bermain di kamar permainan dan terdapat patung seperti yang ditayangkan dalam video.



                                                                                              30
Setelah anak-anak tersebut melihat patung tersebut,mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh
orang yang mereka tonton dalam video.


       Berdasarkan teori ini terdapat beberapa cara peniruan yaitu meniru secara langsung.
Contohnya guru membuat demostrasi cara membuat kapal terbang kertas dan pelajar meniru
secara langsung. Seterusnya proses peniruanmelalui contoh tingkah laku. Contohnya anak-anak
meniru tingkah laku bersorak dilapangan, jadi tingkah laku bersorak merupakan contoh perilaku
di lapangan. Keadaan sebaliknya jika anak-anak bersorak di dalam kelas sewaktu guru
mengajar,semestinya guru akan memarahi dan memberi tahu tingkahlaku yang dilakukan tidak
dibenarkan dalam keadaan tersebut, jadi tingkah laku tersebut menjadi contoh perilaku dalam
situasi tersebut. Proses peniruan yang seterusnya ialah elisitasi. Proses ini timbul apabila
seseorang melihat perubahan pada orang lain. Contohnya seorang anak-anak melihat temannya
melukis bunga dan timbul keinginan dalam diri anak-anak tersebut untuk melukis bunga. Oleh
karena itu, peniruan berlaku apabila anak-anak tersebut melihat temannya melukis bunga.


       Perkembangan kognitif anak-anak menurut pandangan pemikir islam yang terkenal pada
abad ke-14 iaitu Ibnu Khaldun perkembangan anak-anak hendaklah diarahkan dari perkara yang
mudah kepada perkara yang lebih susah yaitu mengikut peringkat-peringkat dan anak-anak
hendaklah diberikan dengan contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui
pancaindera. Menrut Ibnu Khaldun, anak-anak hendaklah diajar atau dibentuk dengan lemah
lembut dan bukannya dengan kekerasan. Selain itu, beliau juga mengatakan bahwa anak-anak
tidak boleh dibebankan dengan perkara-perkara yang di luar kemampuan mereka. Hal ini akan
menyebabkan anak-anak tidak mau belajar dan memahami pengajaran yang disampaikan.




                                                                                           31
Unsur Utama dalam Peniruan (Proses Modeling/Permodelan)


Menurut teori belajar sosial, perbuatan melihat saja menggunakan gambaran kognitif dari
tindakan, secara terperinci dasar kognitif dalam proses belajar dapat diringkas dalam 4 tahap ,
iaitu : perhatian, mengingat, reproduksi gerak, dan motivasi.


1) Perhatian (’Attention’)
Subjek harus memperhatikan tingkah laku model untuk dapat mempelajarinya. Subjek memberi
perhatian kepada nilai, harga diri, sikap, dan lain-lain yang dimiliki. Contohnya, seorang pemain
muzik yang tidak percaya diri mungkin meniru tingkah laku pemain musik terkenal sehingga
tidak menunjukkan gayanya sendiri. Bandura & Walters(1963) dalam buku mereka “Sosial
Learning & Personality Development” menekankan bahawa hanya dengan memperhatikan orang
lain pembelajaran dapat dipelajari.


2) Mengingat (’Retention’)
Subjek yang memperhatikan harus merakam peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini
membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini. Kemampuan
untuk menyimpan informasi ini juga merupakan bahagian penting dari proses belajar.


3) Reproduksi gerak (’Reproduction’)

Setelah mengetahui atau mempelajari sesuatu tingkahlaku, subjek juga dapat menunjukkan
kemampuannya atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkah laku. Contohnya,
membawa kereta, bermain tenis. Jadi setelah subjek memperhatikan model dan menyimpan
informasi, sekarang saatnya untuk benar-benar melakukan perilaku yang diamatinya.

4) Motivasi
Motivasi juga penting dalam pemodelan Albert Bandura karena ia adalah penggerak individu
untuk terus melakukan sesuatu. Jadi subjek harus termotivasi untuk meniru perilaku yang telah
dimodelkan.




                                                                                              32
Ciri – ciri teori Pemodelan Bandura
1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan
2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, teladan, nilai dan lain – lain
3. Pelajar meniru suatu kemampuan dari kecakapan yang didemonstrasikan guru sebagai model
4. Pelajar memperoleh kemampuan jika memperoleh kepuasan dan penguatan yang positif
5. Proses pembelajaran meliputi perhatian, mengingat, peniruan, dengan tingkah laku atau timbal
balik yang sesuai, diakhiri dengan penguatan yang positif


Eksperimen Albert Bandura


Eksperimen yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak–anak
meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya. Albert Bandura seorang tokoh
teori belajar sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan dengan menggunakan pendekatan “permodelan”. Beliau menjelaskan lagi bahawa
aspek perhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan aspek
peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada pemahaman pelajar.


Eksperimen Pemodelan Bandura :
Kelompok A = Disuruh memperhatikan sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk,
menendang, dan menjerit ke arah patung besar Bobo.
Hasil = Meniru apa yang dilakukan orng dewasa malahan lebih agresif


Kelompok B = Disuruh memperhatikan sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung
besar Bobo
Hasil = Tidak menunjukkan tingkah laku yang agresif seperti kelompok A


Rumusan :
Tingkah laku anak – anak dipelajari melalui peniruan / permodelan adalah hasil dari penguatan.


Hasil Keseluruhan Eksperimen :



                                                                                             33
Kelompok A menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif dari orang dewasa. Kelompok B tidak
menunjukkan tingkah laku yang agresif
Gambar Pemodelan Albert Bandura:
Jenis – jenis Peniruan (modeling):


1. Peniruan Langsung
Pembelajaran langsung dikembangkan berdasarkan teori pembelajaran sosial Albert Bandura.
Ciri khas pembelajaran ini adalah adanya modeling, iaitu suatu fasa dimana seseorang
memodelkan atau mencontohkan sesuatu melalui demonstrasi bagaimana suatu ketrampilan itu
dilakukan.Meniru tingkah laku yang ditunjukkan oleh model melalui proses perhatian. Contoh :
Meniru gaya penyanyi yang disukai.


2. Peniruan Tak Langsung
Peniruan tak langsung adalah melalui imaginasi atau perhatian secara tidak langsung. Contohnya
meniru watak yang dibaca dalam buku, memperhatikan seorang guru mengajarkan rakannya.


3. Peniruan Gabungan
Peniruan jenis ini adalah dengan cara menggabungkan tingkah laku yang berlainan Iaitu peniruan
langsung dan tidak langsung. Contohnya, pelajar meniru gaya gurunya melukis dan cara
mewarnai daripada buku yang dibacanya.


4. Peniruan Sesaat / seketika.
Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai untuk situasi tertentu saja. Contohnya, meniru gaya
pakaian di TV, tetapi tidak boleh dipakai di sekolah.


5. Peniruan Berkelanjutan
Tingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam situasi apapun. Contohnya, pelajar meniru
gaya bahasa gurunya.




                                                                                           34
FALSAFAH

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insae yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Di samping itu, kanak-kanak juga merupakan komuniti yang tergolong dalam usaha
merealisasikan falsafah ini.


       Manakala, Pendidikan prasekolah pula bertujuan memperkembangkan potensi kanak-
kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,
menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada
diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk
menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.


       Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran
yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.
Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak,
menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan
pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan
kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan
mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini,
kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka
meneruskan pembelajaran ke peringkat sekolah rendah kelak.


       Pendidikan merupakan suatu proses memperoleh ilmu, kemahiran dan nilai murni dalam
suatu proses yang berlaku secara berterusan bermula dari kecil hingga ke akhir hayat. Kanak-

                                                                                         35
kanak dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun memerlukan pendidikan awal
kanak-kanak bagi membentuk asas sahsiah mereka dan mereka perlu dibimbing. Sahsiah yang
dibentuk tersebut akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Walaubagaimanapun,
selepas tamat persekolahan setiap individu masih boleh terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan
akhlak mereka dari semasa ke semasa.


       Oleh sebab kanak-kanak ini masih aktif dan muda maka falsafah ini dapat membantu
dalam pelaksanaan pendidikan awal bagi kanak kanak. Hal ini kerana, kanak-kanak cenderung
belajar semenjak dalam kandungan hingga mereka berumur 6 tahun. Maka mereka perlu
dibentuk dan dididik sejak kecil lagi. Terdapat pelbagai dasar yang telah diatur oleh Kementerian
Pendidikan antaranya ialah, setiap taska atau tadika perlu mengadakan kurikulum supaya
mempunyai matlamat awal untuk dicapai. Setiap tadika dan taska perlu mengikuti Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang menyediakan semua aspek pembangunan
pendidikan kanak-kanak. Tumpuan diberikan kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan
menaakul.

       Selain itu, dalam salah satu falsafah pendidikan awal kanak-kanak ada menyatakan
bahawa kanak-kanak dapat belajar dengan baik melalui bermain. Program yang disediakan perlu
diseimbangkan dengan pembelajaran yang santai dan bermain supaya kanak-kanak ini tidak
bosan. Sekiranya kita terlalu memberi tumpuan kepada akademik semata-mata ia mungkin
memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan pendidikan anak-anak ini pada masa
hadapan.

       Di samping itu, terdapat beberapa jenis kurikulum yang boleh digunakan terhadap kanak-
kanak ini, iaitu kurikulum formal dan kurikulum tersenbunyi. Kurikulum formal merupakan
aktiviti yang berlaku secara nyata di sekolah. Kurikulum ini merangkumi segala aktiviti di bilik
darjah, aktiviti di luar bilik darjah serta sukan dan permainan yang telah dirancang oleh pihak
tertentu dan dikawal selia oleh guru. Manakala, kurikulum tersembunyi pula ialah pengalaman
pembelajaran yang dipelajari secara tidak langsung oleh murid. Kurikulum ini berlaku secara
tidak rasmi dalam sistem sekolah dan pendidikan. Kurikulum tersembunyi dapat diertikan
sebagai menyediakan pengalaman yang timbul daripada beberapa situasi dan budaya yang



                                                                                              36
terdapat di sekolah. Pengalaman ini lebih disifatkan sebagai ‘soft skills’ atau kemahiran insaniah
untuk masa hadapan kepada mereka.



           Selain itu, perkembangan fizikal, kognitif, estetika dan daya kreatif juga diberi penekanan
dalam menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti..
Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot
mereka. Sekiranya perkembangan fizikal tidak mantap, mereka akan menghadapi masalah
dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis,
penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian
peralatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar
serta kordinasi mata dan tangan mereka.

           Seterusnya, mereka juga perlu diberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan
kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran, dan pemakanan yang berkhasiat. Perkembangan
kreativiti pula merangkumi Seni Visual, Pendidikan Muzik serta Drama dan Gerakan Kreatif.
Perkara ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menzahirkan idea mereka secara
kreatif.

           Seni Visual adalah pada aplikasi seni, eksperisi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni adalah
proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya.
Eksperisi kreatif pula adalah proses penghasilan karya. Manakala, apresiasi seni merupakan
proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan
hasil kerja orang lain. Dalam Pendidikan Muzik pula merangkumi aktiviti menyanyi,
penghasilan muzik menerusi bahan dan apresiasi muzik. Drama dan Gerakan Kreatif pula
merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid akan diberi peluang untuk
berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif. Pendidikan sebenar dapat membantu
kanak-kanak memahami sifat semulajadinya sebagai insan yang kreatif.



           Walaubagaimanapun, setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan dan citarasa yang
tersendiri. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengenalpasti minat dan kecenderungan seseorang


                                                                                                    37
murid itu. Selain itu, kanak-kanak juga hanya akan belajar apabila mereka sudah bersedia. Guru
perlu mengetahui sama ada kanak-kanak itu sudah bersedia untuk memulakan pembelajaran atau
sebaliknya dengan cara mereka tersendiri dalam menerima pembelajaran.


       Di dalam falsafah dan fokus PERMATA Negara ada menyatakan bahawa asuhan dan
didikan awal kanak-kanak yang bertujuan untuk mengembangkan potensi setiap anak
PERMATA Negara secara holistik. Hal ini bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini juga memerlukan
kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti. Falsafah dan kurikulum PERMATA ini telah
dipersetujui dan dijadikan sebagai garis panduan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-
kanak Kebangsaan.




                                                                                           38
PERUNDANGAN

Pengenalan perundangan berkaitan pendidikan khas

Public Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah diluluskan
oleh Kongnes Amerika Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk
Semua Kanak-Kanak Cacat atau dalam bahasa enggeris dipanggil sebagai Education For All
Handicapped Act.        Pengenalan PL 94-142 ini adalah berasal daripada pandangan yang
mengatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka diasingkan daripada
kanak-kanak yang sebaya dengan mereka kerana menurut (Odam & McEvoy 1988) kemahiran-
kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi
peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri mereka dengan kanak-kanak biasa
di arus perdana.

       Undang-undang hasil daripada perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat
ini telah menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia antara 3 hingga 21
tahun. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan akan diberi peluang belajar bersama-
sama dengan kanak-kanak biasa namun kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak
mampu belajar seperti kanak-kanak biasa yang brelajar di arus perdana. Oleh itu , guru
Pendidikan Khas akan diperuntukkan di setiap sekolah bagi menjaga hak kanak-kanak yang
menghadapi masalah ini.



Mandat-mandat Asas PL 94-142


Mandat-mandat asas PL94-142 telah diberi penekanan pada tahun 1990 , apabila Akta
Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act, Public Law 94-476) atau
singkatannya IDEA diperkenalkan. Mandat-mandat tersebut telah memberi penekanan terhadap
pendidikan untuk semua, persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive
environment , pentaksiran yang tidak mendiskriminasi, penyediaan khidmat sokongan yang
berkaitan, hak ibu bapa yang membantah (due process) dan pendidikan yang sesuai (Rancangan
Pendidikan Individu).



                                                                                         39
Pendidikan untuk semua


       Pendidikan untuk semua adalah bermaksud setiap individu berhak untuk mendapatkan
pendidikan tanpa mengira masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan
khas juga tidak terkecuali dan mereka layak disediakan pendidikan percuma dan pendidikan
bercorak awam yang sesuai di dalam kelas atau sekolah khas. Kanak-kanak ini tidak akan
dikenakan sebarang bayaran kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipan
cukai yang diperolehi kerajaan. Setiap negeri di Amerika Syarikat telah diminta untuk
menyediakan pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 3 hingga 18 tahun.
Apabila peruntukan PL 99-457 diperkenalkan iaitu khusus untuk individu kurang upaya,
tumpuan telah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak (Jamila 2006). Friend.M (2006),
menjelaskan    bahawa     melalui    pendidikan    untuk      semua,   setiap   negeri   juga   telah
memperkenalkan 'child find system' sebagai prosedur untuk menyedarkan masyarakat bahawa
perkhidmatan untuk kanak-kanak khas telah diwujudkan agar mereka dapat dikesan daripada
peringkat awal lagi.


Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment )


Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ) bermaksud tidak
ada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan pendidikan bagi individu kurang upaya.
Kanak-kanak khas atau individu kurang upaya boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan
juga di dalam kelas kanak-kanak biasa. Justeru, kanak-kanak ini berhak untuk belajar bersama-
sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka melalui program yang efektif. Pendidikan
bercorak sebegini dikenali sebagai ' pendidikan inklusif '.
Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling idak mngehadkan telah membawa
kepada pembentukan pendidikan inklusif.


       Menurut Jamila (2006), falsafah pendidikan uinkulusif diperkembangkan daripada
amalan pendidikan integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapat
akses pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa. Persoalan tentang program inklusif ini
bermula di United Kingdom pada tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting pada awal


                                                                                                  40
tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang ditulis oleh Audit Commission dan Her
Majesty's Inspectorate of Education yang berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak khas dapat
diberi pendidikan berasaskan dana yang adil terhadap semua.


Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi


Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian
pendidikan. Penilaian   pendidikan   dilaksanakan   dalam     pelbagai   cara. Namun   dengan
terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah diambil kira
ciri-ciri yang pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau
kekurangan mereka.(Yusuf,etal, 2006).


       Pada peringkat awal penempatan kanak-kanak khas ini, pihak sekolah harus menilai
kebolehan kanak-kanak ini melalui penglibatan Multidisciplinary Team (MDT) yang terdiri
daripada pihak pentadbir, guru, pakar perubatan dan pihak-pihak lain untuk memastikan bahawa
kanak-kanak tersebut memerlukan penempatan di kelas khas tersebut .Seterusnya tahap
kebolehan kanak-kanak tersebut tersebut akan dinilai dan satu perancangan pengajaran dan
bentuk penilaian yang bersesuaian akan dilakukan oleh MDT tersebut. (Yell,M.L 2006).
Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa ibunda kanak-
kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanak-kanak tersebut, lebih daripada
satu penilaian dilakukan untuk sesuatu ketidakupayaan dan dilakukan secara menyeluruh dalam
katogeri keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006)


Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan


Ibu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yang terpenting bagi kanak-kanak khas. Mereka
memainkan peranan penting dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap
kanak-kanak khas. Peranan ini adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahui
setiap maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang penilaian dan
perancangan yang akan dilakukan oleh guru terhadap anak mereka. Khidmat sokongan yang
pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team) adalah diberi penekanan dalam PL 94-142 ini.


                                                                                             41
Hak ibu bapa yang membantah (due process)


Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para profesional akan
membentuk hak untuk bersuara. Menurut PL 94-142, maklumat mengenai keyidakupayaan
seseorang individu adah sulit. Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan orang yang tidak
berkaitan dalam bidang ini. Rekod tentang individu yang melihat maklumat ini haruslah
disimpan. Namun , ibu bapa mempunyai hak untuk melihat semua maklumat berkenaan dan
boleh membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak dikehendaki, perlulah
dimusnah.


       Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri perjumpaan yang melibatkan anak
mereka. Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang telah dilakukan
terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan berbincang terutama bagaimana
mereka boleh terlibat sama dalam mengendalikan anak-anak mereka di sekolah (Friend,M 2006).


3.2.6 Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu)


Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam program tersebut
perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh kanak-kanak tersebut.
(Kauffman dan Hallahan, 2005) . Oleh itu,sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan
Individu atau RPI bermula di Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satu akta
yang dikuatkuasa dari segi perundangan. Seterusnya RPI menjadi panduan di beberapa buah
negara termasuk di negara kita dan dijadikan sebahagian daripada cara untuk menilai murid-
murid berkeperluan khas.


       Dalam melaksanakan program RPI yang disediakan untuk murid-murid khas, maka
seharusnya ia mesti mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti yang tercatat di
dalam PL 94-142 (Strickland & Turnbull 1990) ialah tahap pencapaian pendidikan murid yang
terkini dan matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.
Walaubagaimanapun. objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut


                                                                                         42
langkah-langkah berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan dan jenis
pendidikan khas yang perlu disediakan untuk murid. Selain itu, jenis perkhidmatan berkaitan
(jika perlu) yang akan disediakan untuk murid dan jangka masa murid akan terlibat di dalam
program aliran biasa. Akhir sekali ialah ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka
masa perkhidmatan. Kriteria penilaian objektif yang bersesuaian, prosedur penilaian, dan jadual
menentukan pencapaian dan penguasaan objektif jangka pendek diadakan sekurang-kurangnya
setahun sekali. RPI yang diperkenalkan ini dapat dimanfaatkan bersama di kalangan guru-guru
khas dan seterusnya digunakan bukan sahaja untuk murid-murid yang dikenalpasti berkeperluan
khas tetapi juga untuk murid-murid normal yang disyaki mempunyai keperluan khas dan belum
dikenalpasti keperluannya (Mohd Siraj, 1995).


Mandat-Mandat Lain
Perkhidmatan Intervensi awal dan prasekolah


Menurut (Fatimah Bivi, 2002), intervensi awal didefinisikan sebagai satu usaha tersusun untuk
meningkatkan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat.
Ditegaskan pula oleh Dunst (1996) menyifatkan intervensi awalan sebagai “to a range of
services provided to children, parents and families during pregnancy, infancy and/or early
childhood”.

       Program intervensi awalan bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk mengambil
langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan dan mengurangkan
keterukan ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami oleh individu
berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman (2003), kebanyakan pendidik dan ahli sains
sosial percaya bahawa lebih awal kecacatan seseorang individu dikenal pasti dan diberi program
pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang boleh diperolehi
oleh seseorang anak berkeperluan khas. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk
mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi
lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan.




                                                                                            43
Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada
kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa
panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan
untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi
(IDEA, 1990).


        Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak
berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Intervensi
awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat.
Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak
berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar
akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak- kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).


        Intervensi awal juga dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak.
Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa
isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk
dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran
awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang
mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah
emosi seperti perasaan kecewa.    Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi
sesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan
pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang
memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan.


       Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan
fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal
yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga,
dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur,
keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini
menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan
pendidikan.


                                                                                          44
Rangka Tindakan Samalanca


       Negara-negara di dunia termasuk di Asia telah memulakan Program Pendidikan Khas
yang bertitik tolak daripada saranan dan gesaan beberapa deklarasi di peringkat antarabangsa. Di
antara deklarasi yang menjadi dasar kepada pendidikan khas di Malaysia adalah The Framework
for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994.


        Rangka Tindakan Salamanca yang diperkenalkan pada tahun 1994 memberi tumpuan
kepada dasar, polisi dan amalan pendidikan untuk kanak-kanak dan orang berkeperluan khas .
Rangka Tindakan Salamanca ini memperakukan tentang hak dan peluang kanak-kanak
berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan serta mempunyai peluang untuk mencapai dan
mengekalkan tahap pembelajaran yang diterima. Oleh kerana kanak-kanak berkeperluan khas
juga mempunyai kebolehan, minat,kemampuan dan keperluan pembelajaran, satu sistem
pengajaran dan pembelajaran perlu direka untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak
tersebut dengan melaksanakan aktiviti pendidikan yang bersesuaian dengan perbezaan minat
individu.


        Selain itu, program pendidikan untuk murid berkeperluan khas perlu diimplementasi
supaya sesuai dengan sistem pendidikan negara. Rangka Tindakan Salamanca juga
memperakukan bahawa kanak-kanak khas mempunyai hak untuk memasuki sekolah biasa
melalui amalan inklusif. Negara negara yang bersidang di Salamanca disarankan supaya
memberi keutamaan terhadap polisi dan peruntukan kewangan agar sistem pendidikan dapat
diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas diserapkan dalam sistem
pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka. Kerajaan
setiap negara juga digesa supaya mewujud dan mengukuhkan mekanisme merancang, memantau
dan menilai pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak khas. Ekoran daripada persidangan
ini,kementerian Pelajaran Malaysia telah mengabil inisiatif memperkenalkan pendidikan inklusif
di Malaysia pada tahun 1995 walaupun amalan inklusif telah lama dilaksanakan di Malaysia
melalui rancangan pendidikan integrasi atau percantuman ((Norshidah,etal 2009).




                                                                                             45
Perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia
Akta Pendidikan


Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal
setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak. Dalam Akta Pendidikan, konsep
sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari
peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori
sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.


        Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai
bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan
menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan
institusi pendidikan.


        Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara
apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 wajib diguna
oleh semua pihak. Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk
mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita
menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari
sekolah-sekolah di negara kita.


       Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori
sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai
salah satu daripada pelajaran teras di sekolahsekolah. Dengan adanya peruntukan yang
membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga
yang kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang
menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah.


        Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana
tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha


                                                                                         46
membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di
sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah
vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program
kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk
mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program
pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma
dan ijazah dengan institusi institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri.


         Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang
membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di
peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.


        Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya
peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi
tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan
pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk
memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.


       Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup
bagi pendidikan tersebut. Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum,
dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang
dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara
mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta.
Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga
pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.


        Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di
negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas kelas agama sepertibible
classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.




                                                                                                   47
Dasar-dasar berkaitan Pendidikan Khas


DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT ( 1948)
Meliputi hak bagi setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan keperluan –keperluan
pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah langkah perlu
diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang
kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam system pendidikan.


PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB)
Pada   tahun   1959   PERTUBUHAN         BANGSA-BANGSA         BERSATU(      PBB)    telah
mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak mendapat
penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi
kanak-kanak normal.


AKTA PELAJARAN 1961
Dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk
kanak-kanak kurang upaya.


LAPORAN JAWATANKUASA KABINET ( 1978)
Mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan 1 titik tolak yang
membawa kepada 1 penekanan dan tumpuan yang jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas
di Malaysia.




                                                                                       48
KESIMPULAN

Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal
lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi
mengembangkan potensi diri mereka.

       Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun,
berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa
lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani &
Soon 2004).

       Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak
berkeperluan khas antaranya ia dapat memberi pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah
individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selain
itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal
atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan
hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Di samping itu, komunikasi bantuan atau
komunikasi alternatif yang melibatkan berbagai-bagai pendekatan dan ada juga menggunakan
perkembangan teknologi baru. Di antaranya adalah seperti menggunakan bahasa isyarat, alat-alat
latihan komunikasi yang dicipta khas, penggunaan teknologi komputer dan sebagainya.
Manakala bagi kanak-kanak yang autistik pula menggunakan rawatan perubatan untuk merawat
masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamiun B6 bersama
magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian bagi kanak-
kanak autistik.

       Selain itu, intervensi awal ini dapat memberi perhatian kepada ibu bapa, latar belakang
dan persekitaran. Individu yang terlibat dalam intervensi seperti ibu bapa, guru, atau ahli terapi
menggunakan dorongan semula jadi kanak-kanak untuk bercakap perkara yang mereka sedang
lakukan, merancang untuk lakukan atau permainan yang disukai. Selain itu, intervensi dijalankan
semasa murid sedang makan, bermain, atau ketika berada di restoran makanan segera untuk
menggalakkan mereka bertutur dan menggunakan bahasa dengan betul. Manakala perkhidmatan
intervensi awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan
masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku,


                                                                                               49
perkhidmatan intervensi awal sememangnya dibentuk bagi memenuhi keperluan individu kanak-
kanak autistik termasuklah pendidikan terancang. Di Amerika syarikat, program intervensi
dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi,
perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan
nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan.

   Intervensi awal juga dapat memberi peluang kanak-kanak belajar kemahiran asas. Kanak-
kanak berpeluang untuk belajar kemahiran asas dan memenuhi keperluan dalam bidang-bidang
kemahiran sosial, kemahiran urus diri, komunikasi dan pengurusan tingkah laku. Di Malaysia,
program intervensi kanak-kanak autism dilaksanakan melalui program pra sekolah. Terlebih
dahulu bagi memastikan mereka bersedia untuk ditempatkan dalam Tahun satu. Di sini,
kemahiran urus diri dan pengurusan tingkah laku diutamakan selain pengenalan kepada asas
mata pelajaran bahasa Melayu, Agama dan Moral, dan Matematik. Di samping itu, guru perlu
mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru
mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya.




                                                                                                50
SOALAN OBJEKTIF

1. Berikut adalah Teori Intervensi Awal Kanak-Kanak, kecuali

   A.   Teori Kognitif
   B.   Teori Sosiobudaya
   C.   Teori Humanistik
   D.   Teori Personaliti

2. Menurut Jean Piaget dalam Teori Kognitf menyatakan bahawa kebolehan intelektual kanak-
   kanak berkembang mengikut satu siri berperingkat. Apakah perkembangan yang berlaku pada
   peringkat x?




    sensori                                                                operasi
     motor
                            pra-operasi               x                    formal



   A.   Peringkat Konkrit
   B.   Peringkat Pertumbuhan
   C.   Peringkat Pembinaan Tingkah laku
   D.   Peringkat Peneguhan

3. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri yang terdapat dalam Teori Pemodelan
  Bandura?

   A. Kefahaman tingkah laku individu hanya diperoleh melalui proses komunikasi.
   B. Pengalaman individu adalah fenomena-logikal yang dialami oleh individu sendiri.
   C. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
   D. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai
      kesempurnaan kendiri.




                                                                                        51
4.
                Teori Humanistik, menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara
                belajar yang berbeza dengan individu yang lain.

      Berdasarkan penyataan di atas, siapakah yang mengasaskan teknik Humanistik tersebut?

      A.   Jean Piaget
      B.   Lev Semanovich Vygotsky
      C.   Carls Rogers
      D.   Albert Bandura

5.    Antara berikut, yang manakah perkara yang terdapat dalam mandat asas Public Law 94-142?

           i . Pendidikan untuk semua
           ii . Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan
           iii. Pentaksiran yang tidak mendiskriminasikan
           iv. Intervensi wajib untuk setiap kanak-kanak

           A.    i dan ii
           B.    ii dan iii
           C.    i, ii dan iii
           D.    i, ii, iii dan iv

6. Antara berikut yang manakah yang elemen-elemen yang tidak terdapat dalam teori
   Behavioris?

     A.   Perubahan persekitaran
     B.   Tumpuan
     C.   Penyimpanan
     D.   Motivasi




                                                                                             52
SOALAN ESEI RINGKAS

1. Nyatakan dan huraikan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan
   mandat-mandat lain yang berkaitan dengan Pendidikan Khas.
                                                                      ( 12 markah )

2. Huraikan perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas
   di Malaysia.
                                                                      ( 8 markah )

3. Terangkan pelaksanaan yang terdapat dalam intervensi awal.
                                                                      ( 9 markah )

4. Menurut Carls Rogers, setiap individu itu mempunyai cara belajar
   yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, nyatakan
   pandangan Rogers terhadap pembelajaran.
                                                                      ( 10 markah )

5. Terangkan tentang latar belakang Albert Bandura berdasarkan
   teori behavioris dan ciri-ciri teori pemodenan Bandura.
                                                                      ( 12 markah )

6. Nyatakan 5 ciri-ciri pembelajaran yang terdapat dalam teori
   humanistik.
                                                                      ( 10 markah )

7. Terangkan secara ringkas tentang definisi intervensi awal dan
   kepentingannya.
                                                                      ( 10 markah )

8. Jean piaget menyatakan bahawa kebolehan intelektual kanak-kanak
   berkembang mengikut satu siri urutan ataupun peringkat. Jelaskan
   tentang peringkat tersebut.
                                                                      ( 8 markah )




                                                                                      53
ESEI PANJANG

1. Penemuan teori perkembangan kanak-kanak yang telah banyak membawa
   perubahan kepada amalan pentaksiran. Kesedaran tentang kepentingan teori
   amat perlu untuk dijadikan sebagai asas dalam memahami tingkah laku
   perkembangan kanak-kanak khas diperingkat awal. Berdasarkan kesedaran
   tentang pentingnya teori dalam memahami perkembangan kanak-kanak khas,
   hurai dan jelaskan teori-teori berikut :-

  ( a ) Teori behavioris                                              ( 5 markah )
  ( b ) Teori kognitif                                                ( 5 markah )
  ( c ) Teori sosiobudaya                                             ( 5 markah )
  ( d ) Teori humanistik                                              ( 5 markah )
  ( e ) Teori Naturalisme                                             ( 5 markah )



2. Ibu bapa dan keluarga terdekat memainkan peranan yang amat berguna dalam
   membantu kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan tertangguh
   atau yang berkeperluan khas.

  ( a ) Bincangkan bagaimana ibu bapa dapat memainkan peranan tersebut dalam
        memberikan intervensi awal kepada kanak-kanak.
                                                               ( 12 markah )
  ( b ) Huraikan kekangan yang wujud bagi ibu bapa dalam melaksanakan
        intervensi di rumah.
                                                               ( 13 markah )


3. Ujian diagnostik khusus yang digunakan tertakluk kepada jenis masalah yang
   dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik
   dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-
   kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya
   (Heward, 2003). Huraikan perkembangan seperti yang berikut :-

  ( a ) Perkembangan motor                                     ( 5 markah )
  ( b ) Perkembangan kognitif                                  ( 5 markah )
  ( c ) Perkembangan komunikasi dan bahasa                     ( 5 markah )
  ( d ) Perkembangan emosi dan sosial                          ( 5 markah )
  ( c ) Perkembangan adaptif                                   ( 5 markah )




                                                                                     54
Jawapan soalan objektif
1. D
2. A
3. C
4. C
5. C
6. A




                          55

Contenu connexe

Tendances

Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakNur Kareena
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatansyazwanie suhaimi
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTArra Asri
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)shida01
 
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanakMotor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanakSyaza Yasmin
 
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanakPenilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanaknurulirdina halikulanuar
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahHon Shan Shan
 
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanakKAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanakanis_hairizan
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiPuworkUtara OnSlideshare
 
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfEDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)Ismail Mamat
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuumagul
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralHon Shan Shan
 
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI Tengku Fatin Najwa
 
Kaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainKaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainIsmail Mamat
 

Tendances (20)

Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanak
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
 
Masalah Penglihatan
Masalah PenglihatanMasalah Penglihatan
Masalah Penglihatan
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
 
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanakMotor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
 
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanakPenilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
Penilaian dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran Prasekolah
 
Rph prasekolah
Rph prasekolahRph prasekolah
Rph prasekolah
 
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanakKAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
KAQ1073 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
 
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfEDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
 
Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
 
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
 
Kaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainKaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui Bermain
 

Similaire à EARLYINTERVENTION

Teori belajar kuantum pada pendidikan anak usia dini
Teori belajar kuantum pada pendidikan anak usia diniTeori belajar kuantum pada pendidikan anak usia dini
Teori belajar kuantum pada pendidikan anak usia diniJerry Makawimbang
 
Kb 4 bermain pada anak
Kb 4 bermain pada anakKb 4 bermain pada anak
Kb 4 bermain pada anakpjj_kemenkes
 
KB 3 AsKep Komunitas pada kelompok khusus Remaja
KB 3 AsKep Komunitas pada kelompok khusus RemajaKB 3 AsKep Komunitas pada kelompok khusus Remaja
KB 3 AsKep Komunitas pada kelompok khusus Remajapjj_kemenkes
 
Kb 2 petunjuk bimbingan antisipasi
Kb 2 petunjuk bimbingan antisipasiKb 2 petunjuk bimbingan antisipasi
Kb 2 petunjuk bimbingan antisipasipjj_kemenkes
 
Penglibatan keluarga
Penglibatan keluargaPenglibatan keluarga
Penglibatan keluargaAzizan Amanda
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remajaAwatif Atif
 
Kb3 konsep tumbuh kembang
Kb3 konsep tumbuh kembangKb3 konsep tumbuh kembang
Kb3 konsep tumbuh kembangpjj_kemenkes
 
Psikologi Klinis: working with children
Psikologi Klinis:  working with childrenPsikologi Klinis:  working with children
Psikologi Klinis: working with childrenMasroni Siagian
 
Pendekatan dalam bimbingan perkembangan anak usia dini
Pendekatan dalam bimbingan perkembangan anak usia dini Pendekatan dalam bimbingan perkembangan anak usia dini
Pendekatan dalam bimbingan perkembangan anak usia dini Mitha Ye Es
 
Perjuangan Orang Tua Memusatkan Konsentrasi Belajar Anak Pasca.pptx
Perjuangan Orang Tua Memusatkan Konsentrasi Belajar Anak Pasca.pptxPerjuangan Orang Tua Memusatkan Konsentrasi Belajar Anak Pasca.pptx
Perjuangan Orang Tua Memusatkan Konsentrasi Belajar Anak Pasca.pptxNurulmahmudahUmar
 
Bahan plpg tk_konsep_dasar_paud
Bahan plpg tk_konsep_dasar_paudBahan plpg tk_konsep_dasar_paud
Bahan plpg tk_konsep_dasar_paudSiMbah Dayoen
 
Peran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptx
Peran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptxPeran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptx
Peran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptxsrimuliana12
 
PPT dan Makalah WIWIT.pdf
PPT dan Makalah WIWIT.pdfPPT dan Makalah WIWIT.pdf
PPT dan Makalah WIWIT.pdfwiwit69
 
Kb2 konsep tumbuh kembang
Kb2 konsep tumbuh kembangKb2 konsep tumbuh kembang
Kb2 konsep tumbuh kembangpjj_kemenkes
 
Pedoman pengelolaan-kelas-pendidikan-anak-usia-dini-file
Pedoman pengelolaan-kelas-pendidikan-anak-usia-dini-filePedoman pengelolaan-kelas-pendidikan-anak-usia-dini-file
Pedoman pengelolaan-kelas-pendidikan-anak-usia-dini-fileSamsul Ziljian
 
Kb2 konsep tumbuh kembang
Kb2 konsep tumbuh kembangKb2 konsep tumbuh kembang
Kb2 konsep tumbuh kembangpjj_kemenkes
 

Similaire à EARLYINTERVENTION (20)

Paud
PaudPaud
Paud
 
Abahhhh
AbahhhhAbahhhh
Abahhhh
 
Teori belajar kuantum pada pendidikan anak usia dini
Teori belajar kuantum pada pendidikan anak usia diniTeori belajar kuantum pada pendidikan anak usia dini
Teori belajar kuantum pada pendidikan anak usia dini
 
Kb 4 bermain pada anak
Kb 4 bermain pada anakKb 4 bermain pada anak
Kb 4 bermain pada anak
 
KB 3 AsKep Komunitas pada kelompok khusus Remaja
KB 3 AsKep Komunitas pada kelompok khusus RemajaKB 3 AsKep Komunitas pada kelompok khusus Remaja
KB 3 AsKep Komunitas pada kelompok khusus Remaja
 
Permasalahan anak tk2
Permasalahan anak tk2Permasalahan anak tk2
Permasalahan anak tk2
 
Kb 2 petunjuk bimbingan antisipasi
Kb 2 petunjuk bimbingan antisipasiKb 2 petunjuk bimbingan antisipasi
Kb 2 petunjuk bimbingan antisipasi
 
Penglibatan keluarga
Penglibatan keluargaPenglibatan keluarga
Penglibatan keluarga
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remaja
 
Kb3 konsep tumbuh kembang
Kb3 konsep tumbuh kembangKb3 konsep tumbuh kembang
Kb3 konsep tumbuh kembang
 
Psikologi Klinis: working with children
Psikologi Klinis:  working with childrenPsikologi Klinis:  working with children
Psikologi Klinis: working with children
 
Pendekatan dalam bimbingan perkembangan anak usia dini
Pendekatan dalam bimbingan perkembangan anak usia dini Pendekatan dalam bimbingan perkembangan anak usia dini
Pendekatan dalam bimbingan perkembangan anak usia dini
 
Perjuangan Orang Tua Memusatkan Konsentrasi Belajar Anak Pasca.pptx
Perjuangan Orang Tua Memusatkan Konsentrasi Belajar Anak Pasca.pptxPerjuangan Orang Tua Memusatkan Konsentrasi Belajar Anak Pasca.pptx
Perjuangan Orang Tua Memusatkan Konsentrasi Belajar Anak Pasca.pptx
 
Bahan plpg tk_konsep_dasar_paud
Bahan plpg tk_konsep_dasar_paudBahan plpg tk_konsep_dasar_paud
Bahan plpg tk_konsep_dasar_paud
 
Peran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptx
Peran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptxPeran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptx
Peran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptx
 
PPT dan Makalah WIWIT.pdf
PPT dan Makalah WIWIT.pdfPPT dan Makalah WIWIT.pdf
PPT dan Makalah WIWIT.pdf
 
Sinopsis disertasi
Sinopsis disertasiSinopsis disertasi
Sinopsis disertasi
 
Kb2 konsep tumbuh kembang
Kb2 konsep tumbuh kembangKb2 konsep tumbuh kembang
Kb2 konsep tumbuh kembang
 
Pedoman pengelolaan-kelas-pendidikan-anak-usia-dini-file
Pedoman pengelolaan-kelas-pendidikan-anak-usia-dini-filePedoman pengelolaan-kelas-pendidikan-anak-usia-dini-file
Pedoman pengelolaan-kelas-pendidikan-anak-usia-dini-file
 
Kb2 konsep tumbuh kembang
Kb2 konsep tumbuh kembangKb2 konsep tumbuh kembang
Kb2 konsep tumbuh kembang
 

Plus de Nur Kareena

Rph Forest School
Rph Forest School Rph Forest School
Rph Forest School Nur Kareena
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATANur Kareena
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasNur Kareena
 
Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi UjianJadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi UjianNur Kareena
 
pamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKUpamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKUNur Kareena
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Nur Kareena
 
Refleksi forest school
Refleksi forest schoolRefleksi forest school
Refleksi forest schoolNur Kareena
 
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?Nur Kareena
 
Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiKurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiNur Kareena
 
Tugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikalTugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikalNur Kareena
 
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show   visual bee newKolej aminuddin baki slide show   visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show visual bee newNur Kareena
 
Ekonomi token visual bee
Ekonomi token   visual beeEkonomi token   visual bee
Ekonomi token visual beeNur Kareena
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual beeNur Kareena
 
Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Nur Kareena
 
Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Nur Kareena
 
Soalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogersSoalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogersNur Kareena
 
Laporan experiential
Laporan experientialLaporan experiential
Laporan experientialNur Kareena
 
Diari mingguan pengurusan kokurikulum
Diari mingguan  pengurusan kokurikulumDiari mingguan  pengurusan kokurikulum
Diari mingguan pengurusan kokurikulumNur Kareena
 
Laporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaLaporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaNur Kareena
 

Plus de Nur Kareena (20)

Unit study
Unit studyUnit study
Unit study
 
Rph Forest School
Rph Forest School Rph Forest School
Rph Forest School
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
 
Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi UjianJadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi Ujian
 
pamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKUpamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKU
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Refleksi forest school
Refleksi forest schoolRefleksi forest school
Refleksi forest school
 
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
 
Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiKurikulum Tersembunyi
Kurikulum Tersembunyi
 
Tugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikalTugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikal
 
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show   visual bee newKolej aminuddin baki slide show   visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
 
Ekonomi token visual bee
Ekonomi token   visual beeEkonomi token   visual bee
Ekonomi token visual bee
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
 
Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364
 
Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki
 
Soalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogersSoalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogers
 
Laporan experiential
Laporan experientialLaporan experiential
Laporan experiential
 
Diari mingguan pengurusan kokurikulum
Diari mingguan  pengurusan kokurikulumDiari mingguan  pengurusan kokurikulum
Diari mingguan pengurusan kokurikulum
 
Laporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaLaporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan idea
 

EARLYINTERVENTION

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA ISMP PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 1 (SESI 2012/2013) KBK 3033 INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN KHAS TAJUK (TUGASAN 1) : DEFINISI, KONSEP, LATAR BELAKANG, PERKEMBANGAN KANAK-KANAK, PENGLIBATAN IBU BAPA, TEORI, FALSAFAH & PERUNDANGAN INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS NAMA PENSYARAH: PUAN HAJAH KAMALIAH BINTI MUHAMMAD
  • 2. 1 2 DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 4 1) NUR KAREENA AQILA BT MAHDZIR (D20121058364) 2) SITI AISHAH BT SUNSUDIN (D20121058366) 3) NURUL FARAHANA BT MOHD YAACOB (D20121058365) 4) NURIZZATIAINI BT CHE RUSSLEE (D20121058389) 3 4 2
  • 3. ISI KANDUNGAN Bil. Perkara Muka surat 1 Penghargaan 4 2 Pengenalan 5 3 Definisi 7 4 Konsep 9 5 Latar belakang 10 6 Perkembangan kanak-kanak 12 7 Penglibatan ibu bapa 13 8 Teori 14 9 Falsafah 25 10 Perundangan 39 11 Kesimpulan 49 12 Soalan objektif 51 13 Soalan subjektif 53 3
  • 4. PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami dapat menyempurnakan tugasan berkumpulan bagi kursus Intervensi Awal Kanak-kanak dalam Pendidikan Khas (KBK 3033) iaitu Laporan Pembentangan Berkumpulan. Kami telah mendapat tajuk definisi, konsep, latar belakang, pelbagai kecacatan, penglibatan ibu bapa, teori, falsafah serta perundangan. Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Pn. Kamaliah binti Muhammad kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Dalam proses untuk menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang, tugasan seperti ini amat membantu kami untuk menambah ilmu pengetahuan serta belajar bekerjasama dengan rakan-rakan lain. Kerjasama yang terdapat dalam kumpulan ini amatlah berharga serta memberi satu kenangan. Masa yang dikorbankan untuk menyiapkan tugasan yang telah dikorbankan amat berbaloi setelah melihat tugasan ini siap sepenuhnya. Terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang membantu sama ada secara lansung mahupun secara tidak lansung. Di harap melalui tugasan ini dapat membantu masyarakat mahupun pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri untuk dijadikan sebagai rujukan utama mahupun sampingan. Sekian kami dahului dengan ucapan terima kasih. 4
  • 5. PENGENALAN Intervensi awal merupakan satu program berstruktur yang sangat kritikal dalam membantu mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas seawal umur kelahiran sehingga umur persekolahan. Ia dijalankan dengan berkesan melalui pasukan pelbagai disiplin serta turut menyokong kepada keluarga kanak-kanak berkaitan. Intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran. Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan, iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan adaptasi (Sandler, Brazdziunas, Cooley & De Pijem 2001) melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan, seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan dan khidmat sokongan untuk keluarga (Addison 2003). Menurut Majnemer (1998), intervensi awal boleh mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkannya daripada menjadi semakin serius. Selain itu, intervensi awal juga boleh memaksimumkan potensi kanak-kanak berkeperluan khas dan mengurangkan bebanan masyarakat. Addison (2003) merumuskan beberapa pengaruh positif intervensi awal ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Antaranya termasuklah kemajuan kanak- kanak dalam pelbagai perkembangan pada tahap tertentu, mengelakkan atau mengurangkan masalah susulan, mengurangkan tekanan keluarga dan keperluan pendidikan khas bagi kanak- kanak berkeperluan khas. Guralnick (1997) berpendapat bahawa intervensi awal ialah satu sistem yang dibentuk untuk menyokong bentuk interaksi keluarga supaya perkembangan kanak-kanak tidak terganggu. Wolfendale (1997) mengemukakan empat tujuan utama intervensi awal. Pertama, intervensi awal bertujuan untuk membekalkan sokongan kepada keluarga supaya berupaya menyokong perkembangan kanak-kanak. Kedua, intervensi awal adalah untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti. Ketiga adalah 5
  • 6. untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak, dan keempat adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas, termasuklah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Intervensi awal juga bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan untuk mengelakkan menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Selain itu, pusat ini juga memberi perkhidmatan awal bagi rawatan, pemulihan, bimbingan, khidmat nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri, interaksi sosial, perkembangan kemahiran motor dan sebagainya kepada kanak-kanak dan juga keluarga sebaik sahaja sesuatu kecacatan dapat dikesan. Menurut Hanson & Lynch (1989), intervensi awal diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas sejak lahir hingga berusia 6 tahun adalah penting. Ia terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan kendiri, interaksi sosial dan sokongan keluarga. 6
  • 7. DEFINISI Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal juga merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda. Kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pembelajaran menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk memberi tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor (contohnya, tidak boleh bergerak dengan pantas). Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka dikehendaki mempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya, mereka harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal. 7
  • 8. KEPENTINGAN INTERVENSI AWAL Intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa. Oleh itu, akan menjejaskan pembelajaran mereka dan membuatkan mereka berasa malu untuk berinteraksi dengan orang lain. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. Dengan ini intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik dapat menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan. 8
  • 9. KONSEP INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK Konsep intervensi awal kanak-kanak ini boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk input berguna bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah dalam mengurangkan masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain itu, konsep ini juga dapat merapatkan jurang kecacatan yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dengan masyarakat lain dan dapat membantu kanak-kanak ini dari peringkat awalsupaya masalah ini tidak berterusan. Program-program intervensi awal dijalankan untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh pada kecacatan yang dialami. Sebagai contoh, Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) telah menjalankan kursus intervensi awal kanak-kanak kurang upaya Untuk memberi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran kepada peserta kursus bagaimana perlunya kanak-kanak yang mengalami kecacatan diberi khidmat pemulihan seawal mungkin bagi membolehkan mereka hidup berdikari dan dapat memainkan peranan yang berguna dalam masyarakat. Seterusnya, intervensi awal juga dapat memberikan perkhidmatan awal bagi rawatan, pemulihan, bimbingan, khidmat nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri, interaksi sosial, perkembangan kemahiran motor dan sebagainya kepada kanak-kanak dan juga keluarga sebaik sahaja sesuatu kecacatan dapat dikesan. Menurut Majnemer (1998), intervensi awal bukan juga boleh mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkan kanak-kanak daripada menjadi semakin serius. Intervensi awal juga boleh memaksimumkan potensi kanak-kanak berkeperluan khas dan mengurangkan bebanan masyarakat. Selain itu, Guralnick (1997) pula berpendapat bahawa intervensi awal ialah satu sistem yang dibentuk untuk menyokong bentuk interaksi antara kanak-kanak tersebut dengan keluarga supaya perkembangan kanak-kanak tidak terganggu. 9
  • 10. LATAR BELAKANG PERLAKSANAAN INTERVENSI AWAL Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana guru telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan. Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Oleh itu, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Seterusnya intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilah ‘berpusatkan pelajar’ membawa imej tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berjaya mengendalikan proses-proses pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur- prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk ‘berdiri di atas kaki sendiri’. Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran kanak kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan 10
  • 11. dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Antara perkembangan yang dapat dilihat dalam intervensi awal ini ialah perkembangan Motor. Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran. Pengujian tentang perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan, kelenturan, ketahanan lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak. Pergerakan otot besar (seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek) dan pergerakan otot halus (seperti mengambil sesuatu objek permainan, mengikat tali kasut) menunjukkan tahap perkembangan motor seseorang kanak- kanak . Selain itu, Perkembangan Kognitif. Perkembangan ini dijalankan adalah untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti kemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa lampau, merancang dan membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada masa depan. Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat sedia ada, menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru adalah petanda-petanda perkembangan kognitif. Komunikasi dan Perkembangan Bahasa juga merupakan perkembangan kanak-kanak. Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan, keperluan, pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat daripada orang lain. Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukan lisan melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan mata, riak air muka dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap keupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. 11
  • 12. Seterusnya, perkembangan Emosi dan Sosial. Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang permainan dan tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka tahu pentingnya mengikut giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka juga dapat meluahkan perasaan dan emosi dengan cara teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas. Akhir sekali, kemahiran Adaptif. Perkembangan kanak-kanak juga ditentukan sama ada mereka mempunyai kemahiran adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain, makan sendiri tanpa disuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan sendiri, membasuh tangan dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat mengesan tahap kemahiran adaptif kanak-kanak berkeperluan khas. PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM INTERVENSI AWAL Menurut Gargiulo dan Gaves (1991), untuk menggalakkan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak mereka, pihak sekolah dan guru pendidikan khas perlu mengambil langkah- langkah seperti memanggil ibu bapa ke sekolah secara berkala untuk membincangkan mengenai pendidikan anak-anak. Guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan ibu bapa . Ibu bapa perlu diberitahu tentang prestasi yang dicapai oleh anak mereka dan tunjukkan bahawa guru mengambil berat tentang anak mereka Dengan ini, ibu bapa akan berasa yakin untuk belajar dengan guru tersebut. Selain itu, Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam ceramah yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Oleh itu, ibu bapa dapat mengetahui perkembangan isu semasa tentang pendidikan. Kesannya, ibu bapa dapat membuat persediaan awal untuk membantu anak-anak dalam pembelajaran supaya masalah mereka dapat diatasi. Seterusnya, guru hendaklah meyakinkan ibu bapa seperti pihak sekolah ingin membantu anak mereka merealisasi potensinya. Ibu bapa perlu menganggap guru sebagai sahabat yang ingin bekerjasama membantu anak mereka menguasai pengetahuan dan kemahiran ke arah 12
  • 13. melahirkan individu yang berdikari. Dalam usaha memupuk kerjasama di antara pihak sekolah dan keluarga, guru harus sedar bahawa hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertakluk kepada latar belakang. 13
  • 14. TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist." Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak- kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak- kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-konsep penting tersebut adalah : 1. Skema Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, 14
  • 15. merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya. 2. Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skemamhasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak- kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal". 3. Akomodasi Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu. 4. Adaptasi Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, 15
  • 16. kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :  Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)  Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)  Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun)  Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa) Tahap-tahap perkembangan Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu. Dari lahir sehinggan 2 bulan bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja. Seterusnya dari umur satu bulan sehingga empat bulan pula pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di 16
  • 17. tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi. Di tahap empat sehingga lapan bulan bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut. Di tahap lapan hingga dua belas bulan pula ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi. Seterusnya ketika umur dua belas bulan hingga lapan belas bulan pula, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak- kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian. Pada umur lapan belas bulan hingga dua tahun, berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat 17
  • 18. membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga. Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu : 1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. 2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. 3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitupengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. 18
  • 19. Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu : 1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) 2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ) Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identity diri'. Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah. Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun) Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. 19
  • 20. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri. Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa) Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak 20
  • 21. TEORI SOSIOBUDAYA LEV SEMANOVICH VYGOTSKY Vygotsky sangat dikenal sebagai seorang ahli psikologi pendidikan yang memperkenalkan teori sosiobudaya. Teori yang dinyatakan oleh Vygotsky ini merupakan teori gabungan antara kognitif dengan sosial. Teorinya ini juga menyatakan bahwa perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi kanak-kanak dengan orang ada di sekitarnya yang menjadi alat penyampaian sesuatu budaya yang membantu mereka membina pandangan tentang sekelilingnya. Latar Belakang Teori Lev Vygotsky (1896-1934) Nama penunya adalah Lev Semyonovich Vygotsky. Beliau dilahirkan di salah satu kota Tsarist, Russia, pada pada 17 November 1896, dan berkuturunan Yahudi. Beliau tertarik pada psikologi saat berusia 28 tahun. Sebelumnya, beliau lebih meminati dunia sastera. Awalnya, beliau menjadi guru sastera di sebuah sekolah, tetapi pihak sekolah juga memintanya untuk mengajar psikologi. Padahal, beliau sama sekali tidak pernah mengajar pendidikan formal di fakulti psikologi sebelumnya. Namun, inilah senario yang membuatnya menjadi tertarik untuk mempelopori bidang psikologi hingga akhirnya ia melanjutkan kuliah di program psikologi Moscow Institute of Psychology pada tahun 1925. Lev Vygotsky adalah seorang psikologi yang berasal dari Rusia dan hidup pada masa revolusi Rusia. Vygotsky dalam pemikiran-pemikirannya di dunia psikologi kerap menghadapi rintangan oleh pemerintah Rusia saat itu. Perkembangan pemikirannya meluas setelah ia wafat pada tahun 1934, disebabkan menderita penyakit TBC. Vygotsky pun sering berhubung dengan psikologi Swiss bernama Piaget. Lahir pada masa yang sama dengan Piaget, seorang psikologi yang juga mempunyai keyakinan bahawa keaktifan anak yang membangun pengetahuan mereka. Vygotsky meninggal dalam usia yang cukup muda, iaitu ketika masih berusia tiga puluh tujuh tahun. Menurut teori Vygotsky, fungsi kognitif berasal dari interaksi sosial masing-masing individu dalam konsep budaya. Vygotsky juga yakin bahawa pembelajaran terjadi saat siswa bekerja menangani tugas-tugas yang belum dipelajari namun tugas- tugas itu berada dalam “zone of proximal development” mereka. Zone of proximal development adalah jarak antara tingkat perkembangan sesungguhnya yang ditunjukkan dalam kemampuan pemecahan masalah secara 21
  • 22. msendiri dan tingkat kemampuan perkembangan potensi yang ditunjukkan dalam kemampuan pemecahan masalah di bawah bimbingan orang dewasa atau teman sebaya yang lebih mampu. Vygotsky banyak menekankan peranan orang dewasa dan anak-anak lain dalam memudahkan perkembangan si anak. Menurut Vygotsky, anak-anak lahir dengan fungsi mental yang relatif dasar seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian. Namun, anak-anak tak banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan, berfikir dan menyelesaikan masalah. Zona Perkembangan Proksimal (Zone of Proximal Development) Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa konsep melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh lebih berkembang jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa bantuan orang lain. Vygotsky membedakan antara actual development dan potential development pada anak.Actual development ditentukan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa atau guru. Sedangkan potensial development membedakan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu, memecahkan masalah di bawah petunjuk orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya. Menurut teori Vygotsky, Zona Perkembangan Proksimal merupakan celah antaraactual development dan potensial development, di mana antara apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan arahan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya. Maksud dari ZPD adalah menitikberatkan pada interaksi sosial dapat memudahkan perkembangan anak. Ketika pelajar belajar di sekolah secara sendiri, perkembangan pembelajaran mereka berkemungkinan akan berjalan lambat. Untuk memaksimumkan perkembangan pembelajaran, pelajar seharusnya belajar dengan rakan yang lebih pandai yang dapat membantu menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Secara singkat, teori perkembangan sosial berpendapat bahawa interaksi sosial dengan budaya mendahului. Maksudnya dari segi hubungan dengan budaya membuat seorang anak 22
  • 23. mengalami kesedaran dan perkembangan kognitif. Oleh itu, Vygotsky memusatkan perhatiannya pada hubungan dialek antara individu dan masyarakat dalam pembentukan pengetahuan. Pengetahuan terbentuk sebagai akibat dari interaksi sosial dan budaya seorang anak. Pengetahuan tersebut terbagi menjadi dua bentuk, iaitu pengetahuan spontan dan pengetahuan ilmiah. Pengetahuan spontan mempunyai sifat lebih jelas, tidak logis, dan sistematik. Sedangkan pengetahuan ilmiah sebuah pengetahuan yang diperoleh dari pendidikan formal dan sifatnya lebih luas, logis, dan sistematik. Kemudian proses belajar adalah sebuah perkembangan dari pengertian spontan menuju pengertian yang lebih ilmiah. Menurut Vygotsky seorang anak yang bercakap bersendirian lebih berpeluang untuk lebih baik dalam hubungan sosial. Kerana bercakap bersendirian adalah sebuah langkah awal bagi seorang kanak-kanak untuk berkomunikasi secara sosial. The More Knowledgeable Other (MKO) Istilah ini jika diterjemahkan membawa maksud orang lain yang lebih tahu. MKO bermaksud kepada siapa saja yang mempunyai kemampuan yang lebih tinggi dari pelajar, dalam hal ini termasuk guru, teman sebaya, atau komputer. Seorang pelajar perlu berinteraksi dengan orang yang mempunyai pengetahun lebih dari dirinya. Kerana hal tersebut akan lebih meransang perkembangan sosial kognitif pelajar tersebut. Sekali lagi, bagi Vygotsky faktor interaksi sosial dengan sesuatu yang lebih kompeten di luar diri menjadi kunci perkembangan kognitif anak. 23
  • 24. TEORI HUMANISTIK CARLS ROGERS Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum. Teori pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang utama, antaranya: i.Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi. ii.Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. iii.Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain. iv.Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya. v.Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri. Carl Rogers adalah satu – satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti – entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri. Ada beberapa suasana atau keadaan yang dapat membantu manusia untuk berkembang secara positif. Amir Awang (1987) mencatatkan tiga suasana tersebut, iaitu : 1. Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran. 24
  • 25. 2. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat. 3. Kefahaman yang mendalam. Jikalau semua faktor ini ada pada setiap manusia, maka perkembangan diri yang positif ke arah kesempurnaan kendiri akan berjalan dengan lebih lancar. Dalam membentuk teori personaliti kemanusiaan, Rogers memberi tumpuan kepada individu dan kendirinya. Mengikut pendapatnya lagi, seseorang itu mempersepsikan objek serta pengalaman – pengalaman dan memberi makna kepadanya. Sistem persepsi dan pemberian makna yang berkeseluruhan ini membentuk “ruang fenomenal” individu berkenaan dan dalamnya, ada peristiwa yang disedari serta ada yang tidak disedarinya. Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi atau gestalt yang konsisten, termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta hubungan dengan entiti lain seseorang itu yang dilihatnya sebagai “aku”, “saya” atau “diri”. Pada masa yang sama, Rogers menyatakan dalam setiap individu wujud satu konsep yang digelar sebagai diri unggul, iaitu bentuk dan konsep – kendiri yang amat diingini oleh individu berkenaan. Diri unggul mempunyai kompenan- kompenan seperti persepsi dan makna yang releven pada individu tersebut serta sesuatu yang amat bernilai pada dirinya. Konsep – kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang individu sendiri berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan perkataan “saya” atau “aku”. Ada beberapa fakta yang menarik berkenaan dengan konsep - kendiri Rogers, antaranya ialah : 1. Pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman umum psikologi terhadap persepsi. 2. Kendiri mengandungi sifat configurational, gabungan – mewakili satu yang terurus dan konsisten secara keseluruhan. 25
  • 26. 3. Kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa–apa. Seseorang individu tidak mempunyai satu kendiri yang mengawasi tingkah lakunya, sebaliknya dia mempunyai satu gabungan pengalaman yang digambarkan sebagai kendiri. 4. Gabungan pengalaman dan persepsi, dikenali sebagai kendiri, pola timbul dalam kesedaran. Jika definisi kendiri terlibat dengan ukuran yang tidak sedar, sukar dioperationaliskan untuk membut kajian. Walau bagaimanapun, pergerakan individu ke arah kesempurnaan kendiri tidaklah selalunya lancar seperti yang diharapkan oleh setiap individu. Dimana manusia terpaksa melalui beberapa rintangan, terutama sekali yang berkaitan dengan hal konsistensi – kendiri dan kongruens untuk mencapai matlamat. Maksud konsistensi – kendiri adalah kecenderungan organisma mengekalkan struktur dirinya iaitu kesamaan persepsi diri yang dilihat dari luar, tidak pula dari dalam seperti yang ada pada konsep – kendiri. Manakala kongruens pula bermaksud suasana yang nyaman dan konsisten yang wujud diantara kendiri dengan pengalaman seseorang. Walau bagaimanapun, seseorang sering mengalami keadaan tak kongruens, dimana kedaaan ini berlaku apabila wujud ketidaksamaan di antara kendiri yang dipersepsikan dengan kendiri yang sebenar. Keadaan ini akan menimbulkan kebingungan, ketidakselesaan dan ketegangan dalam diri individu. Jikalau keadaan ini berpanjangan, individu akan mengalami anxieti, iaitu hasil ketidaksamaan di antara pengalaman dan persepsi kendiri. Terdapat dua cara untuk mengatasi keadaan tak kongruens : 1. Dengan cara menafikan kewujudan pengalaman yang tidak konsisten dan cara ini akan mengekalkan konsep dan struktur - kendiri yang sedia ada pada individu berkenaan. 2. Menggunakan kaedah pertahanan yang lebih kerap iaitu pengherotan. Pengherotan bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang dirasai dan individu berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman yang konsisten dan tidak bercanggah dengan konsep – kendiri, iaitu ke dalam kesedaran. Pada masa yang sama, manusia juga memerlukan perhatian yang positif, iaitu keperluan disayangi, disukai, dihormati, disanjung, diterima dan dikasihi oleh orang lain. Namun, manusia tidak sentiasa mendapat perhatian yang positif yang amat diperlukan. 26
  • 27. Oleh itu, Rogers menekankan kepentingan kongruens antara diri yang dipersepsi dengan diri yang dialami supaya seseorang dapat berkembang ke arah kesempurnaan kendiri. Ini bermakna individu harus menerima diri dan pengalamannya dan menjadikan diri berfungsi sepenuhnya bagi mencapai kesempurnaan kendiri yang diidamkan. 27
  • 28. TEORI BEHAVIORIS ALBERT BANDURA Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Social Learning Teory) salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari fikiran, pemahaman dan evaluasi. Ia seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar social atau kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimen yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak – anak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya. Latar Belakang Tokoh Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 4 Disember 1925. Masa kecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga mendapat pendidikan disana. Pada tahun 1949 beliau mendapat pendidikan di University of British Columbia, dalam jurusan psikologi. Dia memperoleh gelar Master di dalam bidang psikologi pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelaran doktor (Ph.D). Bandura menyelesaikan program doktornya dalam bidang psikologi klinik, setelah lulus beliau bekerja di Standford University.Beliau banyak terjun dalam pendekatan teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku manusia dan tertarik pada nilai eksperimen.Pada tahun 1964 Albert Bandura dilantik sebagai professor dan seterusnya menerima anugerah American Psychological Association untuk Distinguished scientific contribution pada tahub 1980. Pada tahun berikutnya, Bandura bertemu dengan Robert Sears dan belajar tentang pengaruh keluarga dengan tingkah laku sosial dan proses identifikasi. Sejak itu Bandura sudah mulai meneliti tentang agresi pembelajaran sosial dan mengambil Richard Walters, muridnya yang pertama mendapat gelar doktor sebagai pembantunya. Bandura berpendapat, walaupun prinsip belajar cukup untuk menjelaskan dan meramalkan perubahan tingkah laku, prinsip itu harus memperhatikan dua fenomena penting yang diabaikan atau ditolak oleh paradigma behaviorisme. Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial, salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari pemikiran, pemahaman, dan evaluasi. 28
  • 29. Teori Pembelajaran Sosial merupakan perluasan dari teori belajar perilaku yang tradisional behavioristik. Teori pembelajaran sosial ini dikembangkan oleh Albert Bandura (1986). Teori ini menerima sebagian besar dari prinsip–prinsip teori–teori belajar perilaku, tetapi memberikan lebih banyak penekanan pada kesan dan isyarat–isyarat perubahan perilaku, dan pada proses–proses mental internal. Jadi dalam teori pembelajaran social kita akan menggunakan penjelasan–penjelasan reinforcement eksternal dan penjelasan–penjelasan kognitif internal untuk memahami bagaimana belajar dari orang lain. Dalam pandangan belajar social “manusia” itu tidak didorong oleh kekuatan–kekuatan dari dalam dan juga tidak dipengaruhi oleh stimulus– stimulus lingkungan. Teori belajar sosial menekankan bahawa lingkungan–lingkungan yang dihadapkan pada seseorang secara kebetulan; lingkungan–lingkungan itu kerap kali dipilih dan diubah oleh orang itu melalui perilakunya sendiri. Menurut Bandura, sebagaimana dikutip oleh (Kard,S,1997:14) bahawa “sebahagian besar manusia belajar melalui pengamatan secara selektif dan mengingat tingkah laku orang lain. Ada dua jenis pembelajaran melalui pengamatan. Pertama, pembelajaran melalui pengamatan dapat terjadi melalui kondisi yang dialami orang lain, contohnya, seorang pelajar melihat temannya dipuji dan ditegur oleh gurunya kerana perbuatannya, maka ia kemudian meniru melakukan perbuatan lain yang tujuannya sama ingin dipuji oleh gurunya. Kejadian ini merupakan contoh dari penguatan melalui pujian yang dialami orang lain. Kedua, pembelajaran melalui pengamatan meniru perilaku model meskipun model itu tidak mendapatkan penguatan positif atau penguatan negatif saat mengamati itu sedang memperhatikan model itu mendemonstrasikan sesuatu yang ingin dipelajari oleh pengamat tersebut dan mengharapkan mendapat pujian atau penguatan apabila menguasai secara tuntas apa yang dipelajari itu. Model tidak harus diperagakan oleh seseorang secara langsung, tetapi kita dapat juga menggunakan seseorang pemeran atau visualisasi tiruan sebagai model (Nur, M,1998.a:4). Seperti pendekatan teori pembelajaran terhadap kepribadian, teori pembelajaran sosial berdasarkan pada penjelasan yang diutarakan oleh Bandura bahawa sebahagian besar daripada tingkah laku manusia adalah diperoleh dari dalam diri, dan prinsip pembelajaran sudah cukup 29
  • 30. untuk menjelaskan bagaimana tingkah laku berkembang. Akan tetapi, teori–teori sebelumnya kurang memberi perhatian pada konteks social dimana tingkah laku ini muncul dan kurang memperhatikan bahwa banyak peristiwa pembelajaran terjadi dengan perantaraan orang lain. Maksudnya, sewaktu melihat tingkah laku orang lain, individu akan belajar meniru tingkah laku tersebut atau dalam hal tertentu menjadikan orang lain sebagai model bagi dirinya. Pada tahun 1941, dua orang ahli psikologi, iaitu Neil Miller dan John Dollard dalam laporan hasil eksperimennya mengatakan bahawa peniruan (imitation) merupakan hasil proses pembelajaran yang ditiru dari orang lain. Proses belajar tersebut dinamakan pembelajaran sosial. Perilaku peniruan manusia terjadi kerana manusia merasa telah memperoleh tambahan ketika kita meniru orang lain, dan memperoleh hukuman ketika kita tidak menirunya. Menurut Bandura, sebahagian besar tingkah laku manusia dipelajari melalui peniruan, contoh tingkah laku (modeling). Dalam hal ini orang tua dan guru memainkan peranan penting sebagai seorang model atau tokoh bagi anak–anak untuk menirukan tingkah laku membaca. Dua puluh tahun berikutnya, Albert Bandura dan Richard Walters (1959, 1963) telah melakukan eksperimen pada anak–anak yang juga berkenaan dengan peniruan. Hasil eksperimen mereka mendapati, bahawa peniruan dapat berlaku hanya melalui pengamatan terhadap perilaku model (orang yang ditiru) meskipun pengamatan itu tidak dilakukan terus menerus. Proses belajar semacam ini disebut “observationallearning” atau pembelajaran melalui pengamatan. Bandura (1971), kemudian menyarankan agar teori pembelajaran sosial diperbaiki memandang teori pembelajaran sosial yang sebelumnya hanya mementingkan perilaku tanpa mempertimbangan aspek mental seseorang. Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri (kognitif) dan lingkungan. pandangan ini menjelaskan, beliau telah mengemukakan teori pembelajaran peniruan, dalam teori ini beliau telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) terhadap perlakuan anak-anak apabila mereka menonton orang dewasa memukul, mengetuk dengan palu besi dan menumbuk sambil menjerit-jerit dalam video. Setelah menonton video anak-anak ini diarah bermain di kamar permainan dan terdapat patung seperti yang ditayangkan dalam video. 30
  • 31. Setelah anak-anak tersebut melihat patung tersebut,mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam video. Berdasarkan teori ini terdapat beberapa cara peniruan yaitu meniru secara langsung. Contohnya guru membuat demostrasi cara membuat kapal terbang kertas dan pelajar meniru secara langsung. Seterusnya proses peniruanmelalui contoh tingkah laku. Contohnya anak-anak meniru tingkah laku bersorak dilapangan, jadi tingkah laku bersorak merupakan contoh perilaku di lapangan. Keadaan sebaliknya jika anak-anak bersorak di dalam kelas sewaktu guru mengajar,semestinya guru akan memarahi dan memberi tahu tingkahlaku yang dilakukan tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut, jadi tingkah laku tersebut menjadi contoh perilaku dalam situasi tersebut. Proses peniruan yang seterusnya ialah elisitasi. Proses ini timbul apabila seseorang melihat perubahan pada orang lain. Contohnya seorang anak-anak melihat temannya melukis bunga dan timbul keinginan dalam diri anak-anak tersebut untuk melukis bunga. Oleh karena itu, peniruan berlaku apabila anak-anak tersebut melihat temannya melukis bunga. Perkembangan kognitif anak-anak menurut pandangan pemikir islam yang terkenal pada abad ke-14 iaitu Ibnu Khaldun perkembangan anak-anak hendaklah diarahkan dari perkara yang mudah kepada perkara yang lebih susah yaitu mengikut peringkat-peringkat dan anak-anak hendaklah diberikan dengan contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera. Menrut Ibnu Khaldun, anak-anak hendaklah diajar atau dibentuk dengan lemah lembut dan bukannya dengan kekerasan. Selain itu, beliau juga mengatakan bahwa anak-anak tidak boleh dibebankan dengan perkara-perkara yang di luar kemampuan mereka. Hal ini akan menyebabkan anak-anak tidak mau belajar dan memahami pengajaran yang disampaikan. 31
  • 32. Unsur Utama dalam Peniruan (Proses Modeling/Permodelan) Menurut teori belajar sosial, perbuatan melihat saja menggunakan gambaran kognitif dari tindakan, secara terperinci dasar kognitif dalam proses belajar dapat diringkas dalam 4 tahap , iaitu : perhatian, mengingat, reproduksi gerak, dan motivasi. 1) Perhatian (’Attention’) Subjek harus memperhatikan tingkah laku model untuk dapat mempelajarinya. Subjek memberi perhatian kepada nilai, harga diri, sikap, dan lain-lain yang dimiliki. Contohnya, seorang pemain muzik yang tidak percaya diri mungkin meniru tingkah laku pemain musik terkenal sehingga tidak menunjukkan gayanya sendiri. Bandura & Walters(1963) dalam buku mereka “Sosial Learning & Personality Development” menekankan bahawa hanya dengan memperhatikan orang lain pembelajaran dapat dipelajari. 2) Mengingat (’Retention’) Subjek yang memperhatikan harus merakam peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini. Kemampuan untuk menyimpan informasi ini juga merupakan bahagian penting dari proses belajar. 3) Reproduksi gerak (’Reproduction’) Setelah mengetahui atau mempelajari sesuatu tingkahlaku, subjek juga dapat menunjukkan kemampuannya atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkah laku. Contohnya, membawa kereta, bermain tenis. Jadi setelah subjek memperhatikan model dan menyimpan informasi, sekarang saatnya untuk benar-benar melakukan perilaku yang diamatinya. 4) Motivasi Motivasi juga penting dalam pemodelan Albert Bandura karena ia adalah penggerak individu untuk terus melakukan sesuatu. Jadi subjek harus termotivasi untuk meniru perilaku yang telah dimodelkan. 32
  • 33. Ciri – ciri teori Pemodelan Bandura 1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan 2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, teladan, nilai dan lain – lain 3. Pelajar meniru suatu kemampuan dari kecakapan yang didemonstrasikan guru sebagai model 4. Pelajar memperoleh kemampuan jika memperoleh kepuasan dan penguatan yang positif 5. Proses pembelajaran meliputi perhatian, mengingat, peniruan, dengan tingkah laku atau timbal balik yang sesuai, diakhiri dengan penguatan yang positif Eksperimen Albert Bandura Eksperimen yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak–anak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya. Albert Bandura seorang tokoh teori belajar sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan “permodelan”. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek perhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada pemahaman pelajar. Eksperimen Pemodelan Bandura : Kelompok A = Disuruh memperhatikan sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk, menendang, dan menjerit ke arah patung besar Bobo. Hasil = Meniru apa yang dilakukan orng dewasa malahan lebih agresif Kelompok B = Disuruh memperhatikan sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar Bobo Hasil = Tidak menunjukkan tingkah laku yang agresif seperti kelompok A Rumusan : Tingkah laku anak – anak dipelajari melalui peniruan / permodelan adalah hasil dari penguatan. Hasil Keseluruhan Eksperimen : 33
  • 34. Kelompok A menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif dari orang dewasa. Kelompok B tidak menunjukkan tingkah laku yang agresif Gambar Pemodelan Albert Bandura: Jenis – jenis Peniruan (modeling): 1. Peniruan Langsung Pembelajaran langsung dikembangkan berdasarkan teori pembelajaran sosial Albert Bandura. Ciri khas pembelajaran ini adalah adanya modeling, iaitu suatu fasa dimana seseorang memodelkan atau mencontohkan sesuatu melalui demonstrasi bagaimana suatu ketrampilan itu dilakukan.Meniru tingkah laku yang ditunjukkan oleh model melalui proses perhatian. Contoh : Meniru gaya penyanyi yang disukai. 2. Peniruan Tak Langsung Peniruan tak langsung adalah melalui imaginasi atau perhatian secara tidak langsung. Contohnya meniru watak yang dibaca dalam buku, memperhatikan seorang guru mengajarkan rakannya. 3. Peniruan Gabungan Peniruan jenis ini adalah dengan cara menggabungkan tingkah laku yang berlainan Iaitu peniruan langsung dan tidak langsung. Contohnya, pelajar meniru gaya gurunya melukis dan cara mewarnai daripada buku yang dibacanya. 4. Peniruan Sesaat / seketika. Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai untuk situasi tertentu saja. Contohnya, meniru gaya pakaian di TV, tetapi tidak boleh dipakai di sekolah. 5. Peniruan Berkelanjutan Tingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam situasi apapun. Contohnya, pelajar meniru gaya bahasa gurunya. 34
  • 35. FALSAFAH Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insae yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Di samping itu, kanak-kanak juga merupakan komuniti yang tergolong dalam usaha merealisasikan falsafah ini. Manakala, Pendidikan prasekolah pula bertujuan memperkembangkan potensi kanak- kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke peringkat sekolah rendah kelak. Pendidikan merupakan suatu proses memperoleh ilmu, kemahiran dan nilai murni dalam suatu proses yang berlaku secara berterusan bermula dari kecil hingga ke akhir hayat. Kanak- 35
  • 36. kanak dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun memerlukan pendidikan awal kanak-kanak bagi membentuk asas sahsiah mereka dan mereka perlu dibimbing. Sahsiah yang dibentuk tersebut akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Walaubagaimanapun, selepas tamat persekolahan setiap individu masih boleh terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka dari semasa ke semasa. Oleh sebab kanak-kanak ini masih aktif dan muda maka falsafah ini dapat membantu dalam pelaksanaan pendidikan awal bagi kanak kanak. Hal ini kerana, kanak-kanak cenderung belajar semenjak dalam kandungan hingga mereka berumur 6 tahun. Maka mereka perlu dibentuk dan dididik sejak kecil lagi. Terdapat pelbagai dasar yang telah diatur oleh Kementerian Pendidikan antaranya ialah, setiap taska atau tadika perlu mengadakan kurikulum supaya mempunyai matlamat awal untuk dicapai. Setiap tadika dan taska perlu mengikuti Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang menyediakan semua aspek pembangunan pendidikan kanak-kanak. Tumpuan diberikan kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Selain itu, dalam salah satu falsafah pendidikan awal kanak-kanak ada menyatakan bahawa kanak-kanak dapat belajar dengan baik melalui bermain. Program yang disediakan perlu diseimbangkan dengan pembelajaran yang santai dan bermain supaya kanak-kanak ini tidak bosan. Sekiranya kita terlalu memberi tumpuan kepada akademik semata-mata ia mungkin memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan pendidikan anak-anak ini pada masa hadapan. Di samping itu, terdapat beberapa jenis kurikulum yang boleh digunakan terhadap kanak- kanak ini, iaitu kurikulum formal dan kurikulum tersenbunyi. Kurikulum formal merupakan aktiviti yang berlaku secara nyata di sekolah. Kurikulum ini merangkumi segala aktiviti di bilik darjah, aktiviti di luar bilik darjah serta sukan dan permainan yang telah dirancang oleh pihak tertentu dan dikawal selia oleh guru. Manakala, kurikulum tersembunyi pula ialah pengalaman pembelajaran yang dipelajari secara tidak langsung oleh murid. Kurikulum ini berlaku secara tidak rasmi dalam sistem sekolah dan pendidikan. Kurikulum tersembunyi dapat diertikan sebagai menyediakan pengalaman yang timbul daripada beberapa situasi dan budaya yang 36
  • 37. terdapat di sekolah. Pengalaman ini lebih disifatkan sebagai ‘soft skills’ atau kemahiran insaniah untuk masa hadapan kepada mereka. Selain itu, perkembangan fizikal, kognitif, estetika dan daya kreatif juga diberi penekanan dalam menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti.. Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Sekiranya perkembangan fizikal tidak mantap, mereka akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta kordinasi mata dan tangan mereka. Seterusnya, mereka juga perlu diberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran, dan pemakanan yang berkhasiat. Perkembangan kreativiti pula merangkumi Seni Visual, Pendidikan Muzik serta Drama dan Gerakan Kreatif. Perkara ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif. Seni Visual adalah pada aplikasi seni, eksperisi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni adalah proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Eksperisi kreatif pula adalah proses penghasilan karya. Manakala, apresiasi seni merupakan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan hasil kerja orang lain. Dalam Pendidikan Muzik pula merangkumi aktiviti menyanyi, penghasilan muzik menerusi bahan dan apresiasi muzik. Drama dan Gerakan Kreatif pula merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid akan diberi peluang untuk berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif. Pendidikan sebenar dapat membantu kanak-kanak memahami sifat semulajadinya sebagai insan yang kreatif. Walaubagaimanapun, setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan dan citarasa yang tersendiri. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengenalpasti minat dan kecenderungan seseorang 37
  • 38. murid itu. Selain itu, kanak-kanak juga hanya akan belajar apabila mereka sudah bersedia. Guru perlu mengetahui sama ada kanak-kanak itu sudah bersedia untuk memulakan pembelajaran atau sebaliknya dengan cara mereka tersendiri dalam menerima pembelajaran. Di dalam falsafah dan fokus PERMATA Negara ada menyatakan bahawa asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang bertujuan untuk mengembangkan potensi setiap anak PERMATA Negara secara holistik. Hal ini bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini juga memerlukan kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti. Falsafah dan kurikulum PERMATA ini telah dipersetujui dan dijadikan sebagai garis panduan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak- kanak Kebangsaan. 38
  • 39. PERUNDANGAN Pengenalan perundangan berkaitan pendidikan khas Public Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah diluluskan oleh Kongnes Amerika Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat atau dalam bahasa enggeris dipanggil sebagai Education For All Handicapped Act. Pengenalan PL 94-142 ini adalah berasal daripada pandangan yang mengatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengan mereka kerana menurut (Odam & McEvoy 1988) kemahiran- kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri mereka dengan kanak-kanak biasa di arus perdana. Undang-undang hasil daripada perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat ini telah menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan akan diberi peluang belajar bersama- sama dengan kanak-kanak biasa namun kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti kanak-kanak biasa yang brelajar di arus perdana. Oleh itu , guru Pendidikan Khas akan diperuntukkan di setiap sekolah bagi menjaga hak kanak-kanak yang menghadapi masalah ini. Mandat-mandat Asas PL 94-142 Mandat-mandat asas PL94-142 telah diberi penekanan pada tahun 1990 , apabila Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act, Public Law 94-476) atau singkatannya IDEA diperkenalkan. Mandat-mandat tersebut telah memberi penekanan terhadap pendidikan untuk semua, persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment , pentaksiran yang tidak mendiskriminasi, penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan, hak ibu bapa yang membantah (due process) dan pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu). 39
  • 40. Pendidikan untuk semua Pendidikan untuk semua adalah bermaksud setiap individu berhak untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak terkecuali dan mereka layak disediakan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai di dalam kelas atau sekolah khas. Kanak-kanak ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipan cukai yang diperolehi kerajaan. Setiap negeri di Amerika Syarikat telah diminta untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 3 hingga 18 tahun. Apabila peruntukan PL 99-457 diperkenalkan iaitu khusus untuk individu kurang upaya, tumpuan telah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak (Jamila 2006). Friend.M (2006), menjelaskan bahawa melalui pendidikan untuk semua, setiap negeri juga telah memperkenalkan 'child find system' sebagai prosedur untuk menyedarkan masyarakat bahawa perkhidmatan untuk kanak-kanak khas telah diwujudkan agar mereka dapat dikesan daripada peringkat awal lagi. Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ) Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ) bermaksud tidak ada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan pendidikan bagi individu kurang upaya. Kanak-kanak khas atau individu kurang upaya boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan juga di dalam kelas kanak-kanak biasa. Justeru, kanak-kanak ini berhak untuk belajar bersama- sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka melalui program yang efektif. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai ' pendidikan inklusif '. Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling idak mngehadkan telah membawa kepada pembentukan pendidikan inklusif. Menurut Jamila (2006), falsafah pendidikan uinkulusif diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapat akses pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa. Persoalan tentang program inklusif ini bermula di United Kingdom pada tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting pada awal 40
  • 41. tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang ditulis oleh Audit Commission dan Her Majesty's Inspectorate of Education yang berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak khas dapat diberi pendidikan berasaskan dana yang adil terhadap semua. Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka.(Yusuf,etal, 2006). Pada peringkat awal penempatan kanak-kanak khas ini, pihak sekolah harus menilai kebolehan kanak-kanak ini melalui penglibatan Multidisciplinary Team (MDT) yang terdiri daripada pihak pentadbir, guru, pakar perubatan dan pihak-pihak lain untuk memastikan bahawa kanak-kanak tersebut memerlukan penempatan di kelas khas tersebut .Seterusnya tahap kebolehan kanak-kanak tersebut tersebut akan dinilai dan satu perancangan pengajaran dan bentuk penilaian yang bersesuaian akan dilakukan oleh MDT tersebut. (Yell,M.L 2006). Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa ibunda kanak- kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanak-kanak tersebut, lebih daripada satu penilaian dilakukan untuk sesuatu ketidakupayaan dan dilakukan secara menyeluruh dalam katogeri keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006) Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan Ibu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yang terpenting bagi kanak-kanak khas. Mereka memainkan peranan penting dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap kanak-kanak khas. Peranan ini adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahui setiap maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang penilaian dan perancangan yang akan dilakukan oleh guru terhadap anak mereka. Khidmat sokongan yang pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team) adalah diberi penekanan dalam PL 94-142 ini. 41
  • 42. Hak ibu bapa yang membantah (due process) Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para profesional akan membentuk hak untuk bersuara. Menurut PL 94-142, maklumat mengenai keyidakupayaan seseorang individu adah sulit. Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan orang yang tidak berkaitan dalam bidang ini. Rekod tentang individu yang melihat maklumat ini haruslah disimpan. Namun , ibu bapa mempunyai hak untuk melihat semua maklumat berkenaan dan boleh membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak dikehendaki, perlulah dimusnah. Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri perjumpaan yang melibatkan anak mereka. Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang telah dilakukan terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan berbincang terutama bagaimana mereka boleh terlibat sama dalam mengendalikan anak-anak mereka di sekolah (Friend,M 2006). 3.2.6 Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu) Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh kanak-kanak tersebut. (Kauffman dan Hallahan, 2005) . Oleh itu,sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan Individu atau RPI bermula di Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satu akta yang dikuatkuasa dari segi perundangan. Seterusnya RPI menjadi panduan di beberapa buah negara termasuk di negara kita dan dijadikan sebahagian daripada cara untuk menilai murid- murid berkeperluan khas. Dalam melaksanakan program RPI yang disediakan untuk murid-murid khas, maka seharusnya ia mesti mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti yang tercatat di dalam PL 94-142 (Strickland & Turnbull 1990) ialah tahap pencapaian pendidikan murid yang terkini dan matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun. Walaubagaimanapun. objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut 42
  • 43. langkah-langkah berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan dan jenis pendidikan khas yang perlu disediakan untuk murid. Selain itu, jenis perkhidmatan berkaitan (jika perlu) yang akan disediakan untuk murid dan jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa. Akhir sekali ialah ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa perkhidmatan. Kriteria penilaian objektif yang bersesuaian, prosedur penilaian, dan jadual menentukan pencapaian dan penguasaan objektif jangka pendek diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali. RPI yang diperkenalkan ini dapat dimanfaatkan bersama di kalangan guru-guru khas dan seterusnya digunakan bukan sahaja untuk murid-murid yang dikenalpasti berkeperluan khas tetapi juga untuk murid-murid normal yang disyaki mempunyai keperluan khas dan belum dikenalpasti keperluannya (Mohd Siraj, 1995). Mandat-Mandat Lain Perkhidmatan Intervensi awal dan prasekolah Menurut (Fatimah Bivi, 2002), intervensi awal didefinisikan sebagai satu usaha tersusun untuk meningkatkan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat. Ditegaskan pula oleh Dunst (1996) menyifatkan intervensi awalan sebagai “to a range of services provided to children, parents and families during pregnancy, infancy and/or early childhood”. Program intervensi awalan bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk mengambil langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan dan mengurangkan keterukan ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami oleh individu berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman (2003), kebanyakan pendidik dan ahli sains sosial percaya bahawa lebih awal kecacatan seseorang individu dikenal pasti dan diberi program pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang boleh diperolehi oleh seseorang anak berkeperluan khas. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan. 43
  • 44. Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990). Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak- kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003). Intervensi awal juga dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan. 44
  • 45. Rangka Tindakan Samalanca Negara-negara di dunia termasuk di Asia telah memulakan Program Pendidikan Khas yang bertitik tolak daripada saranan dan gesaan beberapa deklarasi di peringkat antarabangsa. Di antara deklarasi yang menjadi dasar kepada pendidikan khas di Malaysia adalah The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994. Rangka Tindakan Salamanca yang diperkenalkan pada tahun 1994 memberi tumpuan kepada dasar, polisi dan amalan pendidikan untuk kanak-kanak dan orang berkeperluan khas . Rangka Tindakan Salamanca ini memperakukan tentang hak dan peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan serta mempunyai peluang untuk mencapai dan mengekalkan tahap pembelajaran yang diterima. Oleh kerana kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan, minat,kemampuan dan keperluan pembelajaran, satu sistem pengajaran dan pembelajaran perlu direka untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan aktiviti pendidikan yang bersesuaian dengan perbezaan minat individu. Selain itu, program pendidikan untuk murid berkeperluan khas perlu diimplementasi supaya sesuai dengan sistem pendidikan negara. Rangka Tindakan Salamanca juga memperakukan bahawa kanak-kanak khas mempunyai hak untuk memasuki sekolah biasa melalui amalan inklusif. Negara negara yang bersidang di Salamanca disarankan supaya memberi keutamaan terhadap polisi dan peruntukan kewangan agar sistem pendidikan dapat diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka. Kerajaan setiap negara juga digesa supaya mewujud dan mengukuhkan mekanisme merancang, memantau dan menilai pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak khas. Ekoran daripada persidangan ini,kementerian Pelajaran Malaysia telah mengabil inisiatif memperkenalkan pendidikan inklusif di Malaysia pada tahun 1995 walaupun amalan inklusif telah lama dilaksanakan di Malaysia melalui rancangan pendidikan integrasi atau percantuman ((Norshidah,etal 2009). 45
  • 46. Perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia Akta Pendidikan Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak. Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan. Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 wajib diguna oleh semua pihak. Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita. Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolahsekolah. Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah. Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha 46
  • 47. membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri. Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar. Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni. Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut. Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan. Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas kelas agama sepertibible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996. 47
  • 48. Dasar-dasar berkaitan Pendidikan Khas DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT ( 1948) Meliputi hak bagi setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan keperluan –keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam system pendidikan. PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telah mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kanak-kanak normal. AKTA PELAJARAN 1961 Dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET ( 1978) Mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan 1 titik tolak yang membawa kepada 1 penekanan dan tumpuan yang jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. 48
  • 49. KESIMPULAN Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka. Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004). Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas antaranya ia dapat memberi pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Di samping itu, komunikasi bantuan atau komunikasi alternatif yang melibatkan berbagai-bagai pendekatan dan ada juga menggunakan perkembangan teknologi baru. Di antaranya adalah seperti menggunakan bahasa isyarat, alat-alat latihan komunikasi yang dicipta khas, penggunaan teknologi komputer dan sebagainya. Manakala bagi kanak-kanak yang autistik pula menggunakan rawatan perubatan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamiun B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian bagi kanak- kanak autistik. Selain itu, intervensi awal ini dapat memberi perhatian kepada ibu bapa, latar belakang dan persekitaran. Individu yang terlibat dalam intervensi seperti ibu bapa, guru, atau ahli terapi menggunakan dorongan semula jadi kanak-kanak untuk bercakap perkara yang mereka sedang lakukan, merancang untuk lakukan atau permainan yang disukai. Selain itu, intervensi dijalankan semasa murid sedang makan, bermain, atau ketika berada di restoran makanan segera untuk menggalakkan mereka bertutur dan menggunakan bahasa dengan betul. Manakala perkhidmatan intervensi awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, 49
  • 50. perkhidmatan intervensi awal sememangnya dibentuk bagi memenuhi keperluan individu kanak- kanak autistik termasuklah pendidikan terancang. Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan. Intervensi awal juga dapat memberi peluang kanak-kanak belajar kemahiran asas. Kanak- kanak berpeluang untuk belajar kemahiran asas dan memenuhi keperluan dalam bidang-bidang kemahiran sosial, kemahiran urus diri, komunikasi dan pengurusan tingkah laku. Di Malaysia, program intervensi kanak-kanak autism dilaksanakan melalui program pra sekolah. Terlebih dahulu bagi memastikan mereka bersedia untuk ditempatkan dalam Tahun satu. Di sini, kemahiran urus diri dan pengurusan tingkah laku diutamakan selain pengenalan kepada asas mata pelajaran bahasa Melayu, Agama dan Moral, dan Matematik. Di samping itu, guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya. 50
  • 51. SOALAN OBJEKTIF 1. Berikut adalah Teori Intervensi Awal Kanak-Kanak, kecuali A. Teori Kognitif B. Teori Sosiobudaya C. Teori Humanistik D. Teori Personaliti 2. Menurut Jean Piaget dalam Teori Kognitf menyatakan bahawa kebolehan intelektual kanak- kanak berkembang mengikut satu siri berperingkat. Apakah perkembangan yang berlaku pada peringkat x? sensori operasi motor pra-operasi x formal A. Peringkat Konkrit B. Peringkat Pertumbuhan C. Peringkat Pembinaan Tingkah laku D. Peringkat Peneguhan 3. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri yang terdapat dalam Teori Pemodelan Bandura? A. Kefahaman tingkah laku individu hanya diperoleh melalui proses komunikasi. B. Pengalaman individu adalah fenomena-logikal yang dialami oleh individu sendiri. C. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. D. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. 51
  • 52. 4. Teori Humanistik, menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Berdasarkan penyataan di atas, siapakah yang mengasaskan teknik Humanistik tersebut? A. Jean Piaget B. Lev Semanovich Vygotsky C. Carls Rogers D. Albert Bandura 5. Antara berikut, yang manakah perkara yang terdapat dalam mandat asas Public Law 94-142? i . Pendidikan untuk semua ii . Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan iii. Pentaksiran yang tidak mendiskriminasikan iv. Intervensi wajib untuk setiap kanak-kanak A. i dan ii B. ii dan iii C. i, ii dan iii D. i, ii, iii dan iv 6. Antara berikut yang manakah yang elemen-elemen yang tidak terdapat dalam teori Behavioris? A. Perubahan persekitaran B. Tumpuan C. Penyimpanan D. Motivasi 52
  • 53. SOALAN ESEI RINGKAS 1. Nyatakan dan huraikan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan mandat-mandat lain yang berkaitan dengan Pendidikan Khas. ( 12 markah ) 2. Huraikan perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia. ( 8 markah ) 3. Terangkan pelaksanaan yang terdapat dalam intervensi awal. ( 9 markah ) 4. Menurut Carls Rogers, setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, nyatakan pandangan Rogers terhadap pembelajaran. ( 10 markah ) 5. Terangkan tentang latar belakang Albert Bandura berdasarkan teori behavioris dan ciri-ciri teori pemodenan Bandura. ( 12 markah ) 6. Nyatakan 5 ciri-ciri pembelajaran yang terdapat dalam teori humanistik. ( 10 markah ) 7. Terangkan secara ringkas tentang definisi intervensi awal dan kepentingannya. ( 10 markah ) 8. Jean piaget menyatakan bahawa kebolehan intelektual kanak-kanak berkembang mengikut satu siri urutan ataupun peringkat. Jelaskan tentang peringkat tersebut. ( 8 markah ) 53
  • 54. ESEI PANJANG 1. Penemuan teori perkembangan kanak-kanak yang telah banyak membawa perubahan kepada amalan pentaksiran. Kesedaran tentang kepentingan teori amat perlu untuk dijadikan sebagai asas dalam memahami tingkah laku perkembangan kanak-kanak khas diperingkat awal. Berdasarkan kesedaran tentang pentingnya teori dalam memahami perkembangan kanak-kanak khas, hurai dan jelaskan teori-teori berikut :- ( a ) Teori behavioris ( 5 markah ) ( b ) Teori kognitif ( 5 markah ) ( c ) Teori sosiobudaya ( 5 markah ) ( d ) Teori humanistik ( 5 markah ) ( e ) Teori Naturalisme ( 5 markah ) 2. Ibu bapa dan keluarga terdekat memainkan peranan yang amat berguna dalam membantu kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan tertangguh atau yang berkeperluan khas. ( a ) Bincangkan bagaimana ibu bapa dapat memainkan peranan tersebut dalam memberikan intervensi awal kepada kanak-kanak. ( 12 markah ) ( b ) Huraikan kekangan yang wujud bagi ibu bapa dalam melaksanakan intervensi di rumah. ( 13 markah ) 3. Ujian diagnostik khusus yang digunakan tertakluk kepada jenis masalah yang dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak- kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003). Huraikan perkembangan seperti yang berikut :- ( a ) Perkembangan motor ( 5 markah ) ( b ) Perkembangan kognitif ( 5 markah ) ( c ) Perkembangan komunikasi dan bahasa ( 5 markah ) ( d ) Perkembangan emosi dan sosial ( 5 markah ) ( c ) Perkembangan adaptif ( 5 markah ) 54
  • 55. Jawapan soalan objektif 1. D 2. A 3. C 4. C 5. C 6. A 55