SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  16
Télécharger pour lire hors ligne
KBK3073                                                                              D20121058364


1.0 Pengenalan

Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan kanak-kanak di dalam sesebuah
bilik darjah merupakan perkara biasa. Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak-
kanak berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza. Oleh yang demikian, di dalam sesebuah
kelas akan terdapat murid yang cergas serta berkebolehan dan akan ada murid yang menghadapi
kesukaran dalam mengikuti pengajaran. Namun, kadang kala kita akan berjumpa kanak-kanak
yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikut norma-norma perkembangan seperti kanak-
kanak lain. Perbezaanya ini juga mungkin akan menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat
mengikuti pengajaran di dalam bilik darjah seperti rakan-rakannya yang lain dan akhirnya
terpinggir dan ketinggalan dalam pelajaran.


        Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas merujuk
kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah
pembelajaran. Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab
Kementerian Pelajaran termasuk sindrom down, autism ringan, Attention Deficit Hyperactive
Disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.


        Disleksia adalah merupakan satu masalah pembelajaran namun ia tidak dikategorikan
sebagai satu penyakit. Dianggarkan dalam mana-mana komuniti terdapat kira-kira lima peratus
yang menghadapi masalah disleksia iaitu bersamaan satu daripada 20 orang, dimana jumlah ini
merupakan jumlah yang besar jika dibandingkan dengan masalah sindrom down iaitu satu
daripada 700 orang, Tun Hussien, ( 2004 ). Berdasarkan perangkaan 2001, Kementerian
Pelajaran Malaysia ( KPM ), menganggarkan bahawa seramai 290 000 murid sekolah daripada
4.9 juta murid berkemungkinan memiliki ciri-ciri Masalah Pembelajaran Spesifik ( SPLD ), serta
disleksia.


        Di dalam tugasan ini, kita akan melihat dengan lebih mendalam mengenai definisi,
etiologi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi serta
langkah-langkah pencegahan mengenai masalah pembelajaran disleksia ini.



                                                                                                    1
KBK3073                                                                             D20121058364


2.0 Definisi

Untuk mendefinisikan masalah disleksia, kita boleh menghuraikannya dengan lebih terperinci
dengan merujuk kepada beberapa sumber seperti The International Dyslexia Association, dan
The British Dyslexia Association dalam Ott ( 2006 ). Berikut merupakan definisi mengenai
disleksia mengikut :

       2.1 The International Dyslexia Association ( 1998 )

Disleksia adalah masalah pembelajaran yang dicirikan oleh masalah dalam bahasa ekspresif atau
terbuka, sama ada secara lisan atau bertulis. Masalah mungkin muncul dalam bacaan, ejaan,
tulisan, pertuturan atau pendengaran. Disleksia adalah bukan penyakit yang tiada penyembuhan.
Disleksia menggambarkan pemikiran yang berbeza, berbakat dan produktif, dan cara
pembelajaran yang berbeza. Jurang yang tidak diduga wujud antara kebolehan pembelajaran dan
pencapaian dalam sekolah. Disleksia adalah disebabkan perbezaan struktur dan fungsi otak.
Individu yang mengalami disleksia adalah unik, setiap individu tersebut mempunyai kekurangan
dan kelemahan masing-masing. Kebanyakkan penghidap disleksia adalah kreatif dan mempunyai
bakat luar biasa dalam bidang seni, sukan, senibina, grafik, elektronik, mekanikal, drama, muzik
atau kejuruteraan. Kanak-kanak ini selalunya menunjukkan bakat istimewa mereka di dalam
bidang yang memerlukan visual, ruang dan itegrasi motor.

       2.2 The British Dyslexia Association ( BDA ) ( t.t. )

Disleksia adalah gabungan kemampuan dan masalah yang menpengaruhi membaca, mengeja dan
menulis ( 3M ). Masalah tersebut turut menyebabkan kelemahan lain mungkin dapat dikenalpasti
seperti kelajuan memproses, ingatan jangka pendek, kelemahan susunan, pendengaran, atau
penglihatan, bahasa pertuturan, keupayaan motor kasar dan halus. Ia seterusnya berkait mengenai
penguasaan dan penggunaan bahasa penulisan termasuk huruf, nombor dan not muzik.
Sesetengah kanak-kanak mempunyai kemahiran kreatif yang luar biasa serta mempunyai
kemahiran oral yang tinggi menurut Peer ( 1999 ).

       Masih mengekalkan deefinisi yang sama, Stoppart ( 2007 ) menyatakan disleksia
merupakan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan bahasa, membaca dan ia merangkumi
mengeja, menulis dan menyebut. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca


                                                                                                   2
KBK3073                                                                              D20121058364


dengan perlahan, kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta mencampur-adukkan
perkataan yang mempunyai bunyi yang sama. Mereka juga kurang kesedaran dan minat terhadap
buku. Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kdapat dilihat pada beberapa anggota
keluarga yang sama. Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih kerap
kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.

        Menurut Frith ( 1992 ) dalam Riddick ( 2010 ), dalam usaha untuk mengenal pasti
masalah pembelajaran sama ada disleksia ataupun autism adalah melalui pemerhatian terhadap
kaitan diantara kelainan tahap penerangan kerana daripada itu kita dapat melihat kaitan di antara
punca biologikal, masalah kognitif serta perlakuan seperti membaca dan mengeja.




3.0 Etiologi

Etiologi adalah merupakan satu kajian sains mengenai sesuatu masalah atau perkara. Di dalam
masalah disleksia ini turut terdapat etiologinya. Di antara etiologi yang berkaitan dengan
disleksia adalah seperti keturunan, otak, masalah penglihatan serta masalah pendengaran. Selain
daripada itu, terdapat juga beberapa pihak yang telah membuat beberapa hipotesis mengenai
masalah pembelajaran disleksia. Di antara etiologi masalah pembelajaran disleksia adalah seperti
berikut :

        3.1 Keturunan
    Keturunan adalah merupakan salah satu daripada penyebab masalah disleksia. Pemerhatian
    Smith et. Al.( 1983) dalam Georgiou ( 2006 ), melihat bahawa terdapat perkaitan di antara
    kromosom ke-15 dengan disleksia. Namun berbeza pula pendapat daripada Cardon et.al.,(
    1994 ) dalam Georgiou ( 2006 ), yang mengatakan bahawa kromosom yang ke-6 berkait
    dengan masalah disleksia ini. Terdapat pula satu pandangan yang menafikan 50 peratus
    masalah membaca disebabkan oleh keturunan oleh DeFries dan Gills ( 1993 ) dalam
    Georgiou ( 2006 ).


        3.2 Otak
    Kajian mengenai perkara ini telah dilakukan kepada seseorang yang mengalami masalah
    disleksia selepas mereka meninggal dunia. Ramai pengkaji yang menyatakan bahawa

                                                                                                  3
KBK3073                                                                             D20121058364


   terdapat kelainan pada otak individu yang mengalami disleksia. Di dalam otak seseorang
   yang mengalami masalah disleksia, didapati bahawa bahagian temporal bahasa di kedua-dua
   belah otak adalah sama tanpa kelebihan normal pada sebelah kiri berbeza dengan orang biasa
   yang tidak mengalami disleksia dimana bahagian kirinya adalah lebih besar daripada
   bahagian kanan menurut Galaburda, Le May dan Kemper ( 1978 ) serta Geschwind dan
   Levitsky, ( 1968 ). Tambahan lagi, ‘ketuat’ otak ( actopias ) diperhatikan sering berada pada
   bahagian temporal bahasa. Kajian yang dijalankan seperti ini pada mulanya tidak diterima.
   Namun setelah pembangunan teknologi yang semakin maju, dengan terciptanya mesin-
   mesin atau alat seperti fMRI, PET-scan membolehkan kajian ini dilakukan kepada seseorang
   yang mengalami disleksia semasa mereka masih hidup. Kajian turut menemui bahawa
   terdapat tahap perbezaan pada proses fonologi pada individu disleksia berbanding orang
   biasa.


      3.3 Kesukaran proses penglihatan
   Seseorang yang mengalami masalah disleksia mengalami perkembangan yang tidak
   sepatutnya pada sistem magnocellular di bahagian otak mereka. Sistem ini berhubungan
   dengan kemampuan untuk melihat benda yang bergerak, Lovegrove ( 1986 ) dan Livingstone
   (1991 ) dalam Georgiou ( 2010 ). Hal ini seterusnya mengakibatkan objek yang dilihat oleh
   mereka adalah lebih kecil. Keadaan ini menyebabkan proses membaca menjadi lebih sulit
   kerana otak harus mengenali huruf-huruf secara cepat disamping memproses sejumlah
   perkataan yang berbeza selaras dengan mata. Berdasarkan laporan bedah siasat kepada 5
   orang individu disleksia menunjukkan berlaku kecacatan dan lebih 20 peratus kecil daripada
   otak normal, Galaburda ( 1985 ) dalam Georgiou ( 2010 ).
   Hipotesis tumpuan visual daripada Carbonnel, & Valdois ( 1998); Valdois, Bosse,
   Carbonnel, Zorman, & David ( 2003 ) dalam Le Jan,G., Régine Le Bouquin-Jeannès,
   Nathalie Costet, Nolwenn Trolès, Pascal Scalart, Dominique Pichancourt, Gérard Faucon dan
   Jean-Emile Gombert ( 2010 ) menganggap bahawa defisit visual tumpuan juga terlibat dalam
   disleksia dan mengurangkan jangka persepsi. Pemprosesan visual tumpuan boleh berfungsi
   dengan betul dalam mengekstrak gambar dari perkataan dan memadankannya kepada
   kategori abstrak yang disimpan di dalam memori leksikal. Defisit dalam pemprosesan visual



                                                                                                   4
KBK3073                                                                              D20121058364


   tumpuan menyebabkan prestasi kelajuan dalam pemprosesan maklumat visual adalah lemah
   menurut Le Jan et.al. ( 2010 ).




        3.4 Kesukaran proses pendengaran
   Menurut Le Jan et.al., ( 2010 ) auditori defisit adalah merupakan asas defisit persepsi
   kategori dan ianya disokong dengan penemuan Tallal ( 1980 ). Sebagai hakikatnya, prestasi
   kanak-kanak yang mengalami disleksia adalah lebih rendah daripada kawalan kanak-kanak
   dalam tugas auditori seperti pemilihan arahan temporal dengan stimuli akustik. Walaupun
   begitu, tugasan ini tidak mempunyai implikasi persepsi pertuturan yang mudah. Beberapa
   kajian mengemukakan bahawa kanak-kanak yang mengalami disleksia dikategorikan kurang
   kapasiti daripada pembaca purata dalam sudut cara mereka melihat perbezaan fonotik.
   Pelbagai teori-teori ini membawa kepada kaedah diagnosis dan pelbagai rawatan yang boleh
   mencukupi keseimbangan latihan dari Reynolds, Nicolson, & Hambly ( 2003 ), mata
   stalemate dari Stein & Fawler, ( 1985 ); Stein, Richardson, & Fowler ( 2000) serta latihan
   kesedaran fonologi dari McPhillips, Hepper, & Mulhern ( 2000 ) dalam Le Jan et. al., ( 2010
   ).



4.0 Punca – punca Masalah

Setiap masalah mempunyai faktor penyumbang mereka tersendiri, begitu juga dengan masalah
pembelajaran disleksia. Pelbagai faktor yang berkaitan dengan disleksia seperti keturunan,
pemakanan, bawaan, perkembangan dan lain-lain lagi. Berikut adalah merupakan punca-punca
masalah disleksia :

   4.1 Keturunan

Keturunan adalah merupakan salah satu daripada faktor penyebab disleksia. Hal ini juga dapat
dibuktikan menurut Hallgren ( 1970 ) dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ). Melalui kajian beliau
ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua 12 kes keluarga tersebut
menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak. Hallgren mendapati
bahawa masalah disleksia banyak dihadapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak


                                                                                                 5
KBK3073                                                                             D20121058364


perempuan dengan nisbah 2:1 dan beliau berpendapat, keadaan sedemikian berlaku disebabkan
oleh orang lelaki lebih banyak memikul tanggungjawab berbanding dengan orang perempuan.

   Selain daripada itu, simpton disleksia juga dihadapi oleh keluarga yang menggunakan tangan
kidal. Perkara ini adalah berteraskan pendapat John Bradford ( 1999 ) dalam Kassan dan
Abdullah ( 2010 ) yang menyatakan bahawa orang tua yang disleksia tidak secara automatik
menurunkan gangguan ini kepada anak-anaknya atau anak kidal yang dikenalpasti disleksia
tetapi menjadi antara punca masalah disleksia. Berdasarkan penelitian yang dilakukan di
Amerika, 80 peratus daripada seluruh subjek yang diteliti mempunyai sejarah atau latar belakang
anggota keluarga yang mengalami masalah pembelajaran dan 60 peratus daripadanya adalah
kidal. Hal ini turut diakui oleh seorang ahli psikologi Amerika sekitar tahun 1920-an bernama
Orton yang mengemukakan perkara yang sama di mana kanak-kanak yang mengalami masalah
ini cenderung untuk menggunakan tangan kidal di dalam Pumfrey P. D. dan Reason R.( 1991 )
serta Orton S.T ( 1926 ).



   4.2 Pemakanan

Berdasarkan beberapa penyelidikan, kajian dan penemuan terdapat beberapa unsur penyedap
makanan yang boleh mempengaruhi atau mengganggu fungsi otak dan seterusnya menyebabkan
masalah pembelajaran kerana bahan penyedap makanan tersebut terdapat pencemar atau racun.
Antaranya ialah 1. Salicylates yang boleh ditemui dalam buahan, sayuran, kacang, teh kopi bir
dan anggur serta ubat-ubatan, 2. Amines yang digunakan untuk memproses pemecahan protein
dan ditemui terkandung dalam keju, coklat, anggur, bir, tempe dan lain-lain lagi, 3. Bonzoates
yang boleh ditemui dalam buahan, sayuran, kacang, kopi dan lain-lain lagi. 4. Monosodium
glutamate(MSG) yang kini banyak terkandung dalam makanan segera seperti perencah, kicap,
maggi, keropok serta banyak lagi makanan segera, 5. Laktose yang sering terdapat di dalam susu
lembu serta 6. Glutamate yang banyak terdapat pada tomato, keju, cendawan, sos dan estrak
daging, Kassan dan Abdullah, ( 2010 ).




                                                                                                 6
KBK3073                                                                              D20121058364


   4.3 Komplikasi otak

Menurut Learner, ( 1997 ) dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ), membaca memerlukan
kesempurnaan dari dua segi iaitu dari segi fungsi otak dan sistem saraf pusat. Sistem saraf otak
yang bermasalah boleh mengakibatkan proses pembelajaran bahasa terganggu manakala sistem
saraf otak yang bercelaru boleh menyebabkan masalah disleksia. Perkara ini turut disebut oleh
Hattum ( 1980 ) dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ). Dengan wujudnya perkembangan
teknologi terkini seperti CT Scan, para doktor dan pengkaji dapat melihat perbezaan sel-sel otak
kanak-kanak yang mengalami disleksia dengan kanak-kanak bukan mengalami disleksia dimana
berkaitan dengan otak bahagian kiri hadapan yang berkait dengan kemampuan membaca dan
menulis dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 )

Terdapat juga faktor-faktor lain yang menjadi faktor penyebab masalah disleksia.. Faktor-faktor
lain yang menyebabkan masalah pembelajaran disleksia adalah seperti yang berikut:

   4.4 Gangguan persepsi penglihatan

Kanak-kanak disleksia tidak mampu untuk mengenal huruf atau kata secara visual. Hal ini dapat
diperkukuhkan lagi apabila Kinsbourmen dan Warrington n.d. dalam Kassan dan Abdullah (
2010 ) menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami disleksia mungkin mengalami
kesukaran dalam mentaksir ransangan, sehingga mereka tidak dapat mengikuti apa yang dilihat
menyebabkan kesemua yang dilihat itu bercampur-aduk.

   4.5 Gangguan keterampilan pandangan visual-motor

Setiap apa yang dilihat pasti melibatkan pergerakan motor sama ada pergerakan motor halus
ataupun motor kasar seperti dalam konteks ini iaitu pergerakan mata atau pergerakan mata dan
jari pada masa yang sama. Pergerakan ini muncul apabila adanya dorongan atau ransangan atau
stimulus seperti huruf, kata, dan ayat serta keinginan pembaca untuk memberikan respons
terhadapa stimulus yang ada. Bagi individu yang mempunyai penglihatan yang baik, pergerakan
ketika membaca berpusat pada mata dan bagi individu yang mempunyai penglihatan yang
kurang baik pula, pergerakannya berpusat jari di dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ).




                                                                                                   7
KBK3073                                                                            D20121058364


   4.6 Pengalaman pahit atau dasyat ketika kecil ( traumatik )

Pengalaman pahit atau pengalaman yang dasyat ketika kecil akan memberikan impak kepada
sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun perningkat umur. Pengalaman tersebut selalunya
akan meninggalkan impak yang negatif contohnya seperti trauma. Gangguan masa silam atau
pengalaman pahit boleh menyebabkan gangguan dan kecelaruan fikiran yang memungkinkan
berlakunya masalah disleksia, Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

   4.7 Kelahiran bayi pramatang

Kelahiran bayi pramatang ataupun bayi lahir tidak cukup bulan boleh menjadi salah satu
daripada faktor menghadapi disleksia. Hal ini kerana bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan
berisiko menghadapi berbagai-bagai masalah gangguan perkembangan seperti gangguan otak,
perkembangan psikomotor, perilaku, dan juga kesukaran belajar membaca. Hal ini ditekan oleh
Kavanagh dan Truss ( 1988 ) menerusi S. Cohen ( n.d ) di dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ).



   4.8 Penyakit semasa kanak-kanak

Penyakit yang dialami oleh kanak-kanak dalam tempoh masa yang lama dan berterusan akan
mendatangkan impak yang negatif kepada kanak-kanak dari segi kesihatan dan perkembangan
mereka. Di antara contohnya adalah demam panas. Jika penyakit yang dialami oleh mereka
bertambah kronik, perkembangan kanak-kanak pada masa akan datang akan terjejas malahan
boleh menyebabkan gangguan dalam pembelajaran di dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ).



   4.9 Kekurangan vitamin

Terdapat pelbagai jenis vitamin yang meninggalkan impak yang negatif sekiranya seseorang itu
pengambilan vitamin tersebut diambil secara berlebihan atau kurang. Contonya, jika seseorang
individu kekurangan vitamin A secara berterusan akan menyebabkan atau mengalami tunatera
atau menjadi buta. Manakala individu yang kekurangan vitamin C mudah diserang penyakit
selesema yang sekiranya dibiarkan berlarutan atau tidak dirawat dengan sempurna akan
menyebabkan radang pada hidung atau tenggorok penghidap. Individu yang kekurangan vitamin
B atau B kompleks akan mudah diserang penyakit, mudah lelah, perkembangan fizikal terganggu

                                                                                               8
KBK3073                                                                            D20121058364


dan konsentrasi untuk berfikir menjadi kurang. Oleh itu, sekiranya penyakit-penyakit yang
mengganggu perkembangan fizikal menjangkiti perkembangan organ otak maka risiko individu
mengalami disleksia adalah sangat tinggi menurut Kassan dan Abdullah ( 2010 ).



   4.10       Jangkitan kuman ketika ibu hamil

Ibu hamil yang dijangkiti kuman berbahaya adalah sangat berisiko tinggi terhadap kelahiran
tidak normal atau melahirkan anak yang tidak cukup sifat. Contohnya adalah seperti jangkitan
rubella, sifilis dan tuberkulosis yang boleh mengakibatkan janin mengalami kecederaan atau
kecacatan otak. Sekiranya hal ini berlaku, bayi yang dilahirkan mungkin akan mengalami
simptom kesukaran belajar termasuk kesukaran membaca ketika mencapai umur yang berkenaan
menurut Kassan dan Abdullah ( 2010 ).



   4.11       Keturunan atau baka

Ramai para pengkaji yang setuju mengenai kesukaran membaca banyak diungguli oleh faktor
genetik dan faktor baka. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Hallgren dan Herrman bahawa
kesukaran membaca berpunca daripada keturunan, generasi atau keluarga yang mengalami
disleksia, Kassan dan Abdullah ( 2010 ).




5.0 Ciri – ciri Perkembangan Fizikal, Kognitif dan Sosial dan Emosi

  5.1 Perkembangan Fizikal

Kanak-kanak disleksia selalunya mempunyai fizikal yang sempurna seperti kanak-kanak biasa
namun hanya berbeza pada pembelajaran mereka. Di dalam Reid ( 2005 ), kanak-kanak yang
mempunyai masalah pembelajaran disleksia ini mempunyai masalah untuk membaca seperti
kefasihan membaca. Selain daripada itu, kanak-kanak ini juga turut mempunyai masalah dalam
mengeja kerana merka sukar untuk mengingati, berlakunya kesalahan fonologi, perkataan atau
huruf yang tidak mengikut urutan serta keliru mengenai huruf vokal. Dari segi, penulisan kanak-
kanak ini turut bermasalah, di mana mereka sukar untuk mengenal serta memperkembangkan


                                                                                               9
KBK3073                                                                            D20121058364


kunci penting yang secara lebih tepat bermaksud tulisan mereka berselerak serta kurang kemas.
Kanak-kanak ini tidak mempunyai cara penulisan yang konsisten. Huruf besar dan kecil
kadangkala bercampur-aduk yang tidak mengikut peraturan penulisan yang sebenar. Kanak-
kanak ini juga mempunyai masalah untuk mengorganisasi sesuatu hal. Contohnya adalah seperti
lemah untuk membuat jadual atau barangan yang diperlukan untuk belajar. Dalam Farrell ( 2006
), turut menyebut bahawa kanak-kanak disleksia ini keliru mengenal huruf yang mempunyai
bentuk atau maksud yang sama. Contohnya bentuk huruf ‘u’ dan huruf ‘n’ serta perkataan ‘bas’
dan ‘bus’, masing-masing dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang mempunyai maksud
yang sama.

  5.2 Perkembangan Kognitif

Lemah pengamatan, kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan
baru adalah merupakan di antara masalah yang berkaitan dengan perkembangan kognitif
seseorang kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia. Kanak-kanak ini lemah terutamanya
untuk memberikan tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan semasa belajar.
Terdapat dua jenis masalah pengamatan yang utama iaitu kelemahan pengamatan penglihatan
serta kelemahan pengamatan pendengaran. Penerangan mengenai masalah ini terdapat dalam
punca-punca masalah 4.4 serta 4.5 dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ).

  5.3 Perkembangan Sosial dan Emosi

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran ini lazimnya tidak mempunyai keyakinan
apabila berhadapan dengan kanak-kanak biasa. walaupun pada peringkat pelajaran yang sama
mereka sering diketepikan oleh murid-murid yang lain. Hal ini berlaku disebabkan mereka tidak
berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan sesuatu
perhubungan. Disebabkan oleh masalah itu, kanak-kanak ini selalunya bersifat terlalu rendah diri
yang seterusnya boleh menyebabkan mereka bertingkah laku negatif derta menyakiti orang lain,
Kassan dan Abdullah ( 2010 ).




                                                                                              10
KBK3073                                                                             D20121058364


6.0 Langkah-langkah Pencegahan

Disleksia adalah merupakan satu masalah pembelajaran yang boleh dicegah, namun ia bukanlah
satu penyakit yang perlu diubati. Oleh itu, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil untuk
mengurangkan masalah kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia. Pelbagai peringkat
masyarakat boleh membantu kanak-kanak ini untuk keluar daripada kepompong masalah
pembelajaran yang boleh menyebabkan mereka kadang kala terasing dari dunia kanak-kanak
dalam aliran perdana. Ibubapa, guru-guru, pakar-pakar dan rakan-rakan mempunyai peranan
masing-masing dalam membantu kanak-kanak ini. Di antara langkah yang boleh diambil ialah :

       6.1 Pencegahan awal atau intervensi awal

Dalam Harwell dan Jackson ( 2008 ), perkhidmatan Pendidikan Khas diberikan kepada setiap
yang layak sejak daripada lahir lagi. Penaksiran daripada nurseri atau mna-mana pihak kesihatan
menekankan kepada pemerhatian, soal selidik kepada ibubapa dan pendapat daripada kumpulan
multidisiplin yang selalunya melibatkan pakar patologi pertuturan, jurupulih fizikal dan pakar
psikologi atau pakar khusus perkembangan. Selepas layak, Rancangan Pendidikan Individu ( RPI
) akan dibentuk. Dokumen ini akan mengutamakan hal-hal berkaitan keluarga atau sejarah
keluarga. Pendekatan ini digunakan pelbagai variasi persekitaran sama ada di rumah mahupun di
pusat tersebut.

       6.2 Intervensi berkaitan permasalahan fonologi

Dalam Lyster ( 1998 ), keberkesanan terhadap penggunaan latihan fonologi sahaja adalah kurang
berjaya jika mahu dibandingkan dengan penggunaan latihan fonolgi bersama dengan huruf dan /
atau arahan bacaan, Bradley dan Bryant, ( 1983 ); Hatcher, Hulme dan Ellis, ( 1994 ). Hagtvet
(1989) mendapati bahawa permainan Metalinguistik di pra-sekolah mempunyai kesan yang baik
terhadap pembangunan membaca dan ejaan. Torgesen dan Davis (1996) melaporkan satu kajian
menunjukkan bahawa sejumlah besar kanak-kanak menunjukkan sedikit pertumbuhan dalam
tahap kesedaran linguistik yang jelas sebagai hasil usaha latihan Metalinguistik. Kanak-kanak
yang terlibat dengan kajian yang berada pada tahap lemah disebabkan kelemahan kebolehan
lisan kemahiran ejaan dan bukan berpunca daripada kelemahan latihan Metalinguistik. Lundberg,
Frost dan Petersen ( 1988 ) mendapati bahawa hanya 6% daripada kanak-kanak dalam kumpulan
eksperimen, berbanding dengan 37% dalam kumpulan sasaran, menunjukkan tidak ada

                                                                                                 11
KBK3073                                                                            D20121058364


keupayaan segmentasi fonemis selepas menajalani latihan. Walaupun begitu, terdapat
kebolehubahan mencapai kejayaan kanak-kanak untuk rawatan seperti analisis lengkung
pertumbuhan, sepertimana yang dibentangkan oleh Torgesen dan Davis ( 1996), yang mungkin
memberikan kita pemahaman yang lebih baik individu perbezaan ditemui dalam kumpulan
rendah pencapaian pembaca dan ejaan.

       6.3 Terapi

Di dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ) ada menyentuh mengenai terapi. Terapi adalah
merupakan rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa
penggunaan ubat atau pembedahan. Ibubapa yang menyedari anak-anak mereka mengalami
gangguan disleksia, seharusnya menghantar anak mereka menjalani terapi seawal yang mungkin.
Ibubapa juga boleh mengambil pendekatan sendiri dengan menggalakkan anak-anak untuk terus
belajar kerana kanak-kanak yang mengalami disleksia sebenarnya adalah kanak-kanak yang
pintar jika diberikan peluang dan bimbingan yang betul.

       6.4 Pemerhatian tahap perkembangan

Kanak-kanak normal tidak mempunyai masalah perkembangan seperti kanak-kanak
berkeperluan khas seperti masalah pembelajaran disleksia ini. Contohnya, pada umur 12 bulan,
seorang bayi tersebut masih tidak boleh untuk mengambil sesuatu menggunakan jari dan hujung
jari telapak. Oleh itu, kanak-kanak atau bayi tersebut mempunyai masalah perkembangan dari
segi perkembangan motor halus yang merupakan salah satu ciri kanak-kanak yang menghadapi
masalah disleksia. Untuk mencegah kanak-kanak tersebut daripada terlibat dengan masalah
pembelajaran disleksia, ibubapa atau penjaga perlu merujuk pada pengamal perubatan yang
berdaftar dan sah untuk pemeriksaan rapi. Kanak-kanak tersebut akan melalui beberapa ujian
yang tertentu. Tetapi sekiranya masih belum berlaku perubahan selepas intervensi tertentu,
kanak-kanak tersebut perlu dirujuk kepada doktor pakar untuk pemeriksaan atau intervensi
seterusnya seperti mana yang disarankan dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ).




                                                                                               12
KBK3073                                                                             D20121058364


       6.5 Penjagaan kesihatan

Merujuk kepada Kassan dan Abdullah ( 2010 ), penjagaan kesihatan adalah penting kerana
kesihatan yang terjejas boleh menyebabkan berlakunya masalah-masalah sampingan sebagai
contoh masalah disleksia ini sendiri. Jangkitan kuman daripada ibu ketika hamil serta kurang
pengambilan asid folik menyebabkan janin akan mengalami kecederaan atau kecacatan. Oleh itu,
wanita yang sedang hamil sendiri haruslah mula menjaga kesihatan untuk mencegah daripada
melahirkan anak yang menghadapi masalah seperti disleksia. Pengambilan asid folik yang
mencukupi serta vitamin serta diet makanan yang mempunyai nutrisi yang secukupnya dapat
meminimumkan masalah ini.

       Penjagaan dari segi pengambilan makanan segera semasa kanak-kanak juga harus dititik
beratkan oleh ibubapa ataupun penjaga. Seperti yang faktor 4.2, senarai makanan yang
mengandungi bahan tersebut hendaklah dielakkan. Ibubapa harus mendidik anak-anak untuk
gemar memakan makanan berkhasiat seperti sayuran, buahan dan juga ulaman sedari mereka
masih kecil.




7.0 Kesimpulan

Berdasarkan segala rujukan yang telah dibuat, dengan ini dapat kita simpulkan bahawa kanak-
kanak yang mengalami masalah disleksia ini mempunyai masalah untuk mengikuti pelajaran
serta lemah dalam penguasaan kemahiran menbaca, mengira dan menulis ( 3M ). Kanak-kanak
ini boleh berjaya sekiranya diberikan bimbingan dan galakan yang betul supaya mereka turut
boleh berjaya seperti kanak-kanak normal yang lain. Hal ini bukan hanya sekadar cadangan
mahupun nasihat tetapi dapat dibuktikan bahawa tokoh seperti Lee Kwan Yew yang merupakan
seorang Menteri Singapura dan Albert Einstein iaitu seorang tokoh sains yang dikagumi yang
dahulunya juga pernah mengalami masalah pembelajaran disleksia tetapi masih boleh berjaya.
Sekiranya mereka boleh berjaya, kanak-kanak ini turut boleh berjaya.

       Dalam usaha untuk membantu, pelbagai perkara telah diterangkan, langkah-langkah
pencegahan turut disertai seperti pencegahan awal atau intervensi awal, intervensi berkaitan
permasalahan fonologi, terapi, pemerhatian tahap perkembangan dan penjagaan kesihatan. Setiap


                                                                                               13
KBK3073                                                                              D20121058364


lapisan masyarakat dapat membantu mengcegah serta mengatasi masalah ini. Sekiranya ibubapa
malu untuk mendedahkan anak-anak mereka untuk berada di kawasan sekolah, terdapat pusat-
pusat pemulihan dalam komuniti ( PDK ) yang disediakan berdekatan dengan kawasan tempat
tinggal hampir di setiap daerah dalam sesebuah negeri. Di sana terdapat pelatih yang terlatih
yang dapat membantu anak-anak untuk belajar. Pelbagai perkhidmatan disediakan kerana setiap
kanak-kanak mempunyai hak untuk belajar dan hak mereka sudah termaktub di dalam Individual
with Disabilities Educational Act ( IDEA ) yang merupakan perundangan pendidikan yang
dijadikan rujukan di seluruh dunia.

       Dengan terhasilnya tugasan ini, diharapkan ia boleh menjadi rujukan pelbagai pihak
dalam usaha untuk menangani masalah disleksia. Segala informasi diharapkan berguna pada
masa akan datang terutamanya sebagai panduan umum kepada masyarakat serta dapat
memahami secara jelas mengenai definisi disleksia, etiologi mengenai disleksia, ciri-ciri
perkembangan fizikal, kognitif, serta sosial dan emosi, faktor-faktor penyebab disleksia serta
langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.




8.0 Rujukan

   1. Bradley, L. and Bryant, P. (1983). Categorizing sounds and learning to read—a causal
       connection. Nature, 301, 419–421.
   2. Farrell, M. (2006). Dyslexia and Other Specific Learning Difficulties. New York:
       Routledge.
   3. Georgiou, A. M. (2010). Dyslexia : Ethiology-Characteristics-Assessment from The View
       of The Clinical Speech and Language Practice.

   4. Georgiou, A. M. (2010). Ethiology-Characteristics-Assessment from the view of the
       clinical speech and language practice. Dyslexia , 23-31.

   5. Galaburda, A. M, Le May, M., Kemper, T. L., and Geschwind, N. ( 1978 ). Right-Left
       asymnmetries of the brain. Science, 199, 852-856.
   6. Geschwind, N., and Levitsky, W. ( 1968 ). Human brain: left-right asymmetries in
       temporal speech region, Science, 161, 186-189.


                                                                                                 14
KBK3073                                                                               D20121058364


   7. Hagtvet, B.E. (1989). Emergent literacy in Norwegian 6-years olds. From pretend writing
      to phonemic awareness and invented writing. In F. Biglmaier (Ed.), Reading at the
      Crossroads,pp. 163–179.
   8. Hatcher, P., Hulme, C. and Ellis, A. (1994). Ameliorating early reading by integrating the
      teaching of reading and phonological skills: the phonological linkage hypothesis. Child
      Development, 65, 41–57.
   9. Harwell M.J. dan Jackson R. W. (2008). The Complete Learning Disabilities Handbook,
      Third Edition. United State, America: Jossey-Bass.

   10. Humfrey, P.D. dan Reason, R. (2010). Specific Learning Difficulties.

   11. Humfrey, P.D. dan Reason, R. (1991). Specific Learning Difficulties ( Dyslexia ).
      London: Routledge.

   12. Kassan, Z. dan Abdullah, S. (2010). Pendidikan Disleksia. Selangor: Penerbitan
      Multimedia.

   13. Le Jan,G., Régine Le Bouquin-Jeannès, Nathalie Costet, Nolwenn Trolès, Pascal Scalart,
      Dominique Pichancourt, Gérard Faucon and Jean-Emile Gombert. (2010). Multivariate
      predictive model for dyslexia diagnosis. Ann. of Dyslexia (2011).

   14. Lyster, S.-A. H. (1998). Preventing reading failure : A following-up study. Dyslexia 4,
      132-144.

   15. Lundberg, I., Olofsson, C. and Wall, S. (1980). Reading and spelling skills in the first
      school years predicted from phonemic awareness skills in kindergarten. Scandinavian
      Journal of Psychology, 21, 159–173.
   16. Ott, P. (2006). Teaching Children with Dyslexia. New York: Routledge.

   17. Orton S.T ( 1926 ). Genetic psychology monographs: Reading disability, 14, 335-453.

   18. Reid, G. (2005). Dyslexia. New York.

   19. Riddick, B. (2010). Living with Dyslexia, Second Edition. Abingdon, Oxon: Routlegde.




                                                                                                  15
KBK3073                                                                              D20121058364


   20. Tallal, P. (1980). Auditory temporal perception, phonics, and reading disabilities in
      children. Brain Language, 9, 182–198
   21. Torgesen, J.K. and Davis, C. (1996). Individual difference variables that predict response
      to training in phonological awareness. Journal of Experimental Child Psychology, 63, 1–
      21.
   22. Tun Hussein, S.H. ( 2004 ). Persidangan Nasional Pendidikan Khas A’Famosa. Melaka.




                                                                                               16

Contenu connexe

Tendances

Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khasmurni mohamat
 
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI Tengku Fatin Najwa
 
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah lakuDisleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah lakucikgusuepkhas
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakNormala Mehat
 
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdfEDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khassitiaishahmohamad
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)shida01
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasWan Izimasha
 
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfEDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasZalina lina
 

Tendances (20)

Masalah Penglihatan
Masalah PenglihatanMasalah Penglihatan
Masalah Penglihatan
 
Slide kanak-kanak disleksia
Slide kanak-kanak disleksiaSlide kanak-kanak disleksia
Slide kanak-kanak disleksia
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khas
 
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
 
47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan
 
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah lakuDisleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
 
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROMKAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
 
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdfEDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
BAHASA KANAK-KANAK AUTISME
BAHASA KANAK-KANAK AUTISMEBAHASA KANAK-KANAK AUTISME
BAHASA KANAK-KANAK AUTISME
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
 
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfEDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khas
 

Similaire à Tugasan disleksia

Similaire à Tugasan disleksia (20)

Isl tajuk 2
Isl tajuk 2Isl tajuk 2
Isl tajuk 2
 
119
119119
119
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
 
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORIBAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
 
Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073
 
1
11
1
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 
Dislexia
DislexiaDislexia
Dislexia
 
P.khas.lan
P.khas.lanP.khas.lan
P.khas.lan
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptxTugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 
Autisme
AutismeAutisme
Autisme
 
Disleksia powerpoint
Disleksia powerpointDisleksia powerpoint
Disleksia powerpoint
 
PKU 3101
PKU 3101PKU 3101
PKU 3101
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
Analisis jurnal disleksia
Analisis jurnal disleksiaAnalisis jurnal disleksia
Analisis jurnal disleksia
 
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
 BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
 
Seminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan Belia
Seminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan BeliaSeminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan Belia
Seminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan Belia
 

Plus de Nur Kareena

Rph Forest School
Rph Forest School Rph Forest School
Rph Forest School Nur Kareena
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATANur Kareena
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasNur Kareena
 
Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi UjianJadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi UjianNur Kareena
 
pamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKUpamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKUNur Kareena
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Nur Kareena
 
Refleksi forest school
Refleksi forest schoolRefleksi forest school
Refleksi forest schoolNur Kareena
 
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?Nur Kareena
 
Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiKurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiNur Kareena
 
Tugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikalTugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikalNur Kareena
 
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show   visual bee newKolej aminuddin baki slide show   visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show visual bee newNur Kareena
 
Ekonomi token visual bee
Ekonomi token   visual beeEkonomi token   visual bee
Ekonomi token visual beeNur Kareena
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual beeNur Kareena
 
Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Nur Kareena
 
Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Nur Kareena
 
Soalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogersSoalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogersNur Kareena
 
Laporan experiential
Laporan experientialLaporan experiential
Laporan experientialNur Kareena
 
Diari mingguan pengurusan kokurikulum
Diari mingguan  pengurusan kokurikulumDiari mingguan  pengurusan kokurikulum
Diari mingguan pengurusan kokurikulumNur Kareena
 
Laporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaLaporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaNur Kareena
 

Plus de Nur Kareena (20)

Unit study
Unit studyUnit study
Unit study
 
Rph Forest School
Rph Forest School Rph Forest School
Rph Forest School
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
 
Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi UjianJadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi Ujian
 
pamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKUpamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKU
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Refleksi forest school
Refleksi forest schoolRefleksi forest school
Refleksi forest school
 
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
 
Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiKurikulum Tersembunyi
Kurikulum Tersembunyi
 
Tugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikalTugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikal
 
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show   visual bee newKolej aminuddin baki slide show   visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
 
Ekonomi token visual bee
Ekonomi token   visual beeEkonomi token   visual bee
Ekonomi token visual bee
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
 
Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364
 
Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki
 
Soalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogersSoalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogers
 
Laporan experiential
Laporan experientialLaporan experiential
Laporan experiential
 
Diari mingguan pengurusan kokurikulum
Diari mingguan  pengurusan kokurikulumDiari mingguan  pengurusan kokurikulum
Diari mingguan pengurusan kokurikulum
 
Laporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaLaporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan idea
 

Tugasan disleksia

  • 1. KBK3073 D20121058364 1.0 Pengenalan Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan kanak-kanak di dalam sesebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak- kanak berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza. Oleh yang demikian, di dalam sesebuah kelas akan terdapat murid yang cergas serta berkebolehan dan akan ada murid yang menghadapi kesukaran dalam mengikuti pengajaran. Namun, kadang kala kita akan berjumpa kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikut norma-norma perkembangan seperti kanak- kanak lain. Perbezaanya ini juga mungkin akan menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat mengikuti pengajaran di dalam bilik darjah seperti rakan-rakannya yang lain dan akhirnya terpinggir dan ketinggalan dalam pelajaran. Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran termasuk sindrom down, autism ringan, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia. Disleksia adalah merupakan satu masalah pembelajaran namun ia tidak dikategorikan sebagai satu penyakit. Dianggarkan dalam mana-mana komuniti terdapat kira-kira lima peratus yang menghadapi masalah disleksia iaitu bersamaan satu daripada 20 orang, dimana jumlah ini merupakan jumlah yang besar jika dibandingkan dengan masalah sindrom down iaitu satu daripada 700 orang, Tun Hussien, ( 2004 ). Berdasarkan perangkaan 2001, Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ), menganggarkan bahawa seramai 290 000 murid sekolah daripada 4.9 juta murid berkemungkinan memiliki ciri-ciri Masalah Pembelajaran Spesifik ( SPLD ), serta disleksia. Di dalam tugasan ini, kita akan melihat dengan lebih mendalam mengenai definisi, etiologi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi serta langkah-langkah pencegahan mengenai masalah pembelajaran disleksia ini. 1
  • 2. KBK3073 D20121058364 2.0 Definisi Untuk mendefinisikan masalah disleksia, kita boleh menghuraikannya dengan lebih terperinci dengan merujuk kepada beberapa sumber seperti The International Dyslexia Association, dan The British Dyslexia Association dalam Ott ( 2006 ). Berikut merupakan definisi mengenai disleksia mengikut : 2.1 The International Dyslexia Association ( 1998 ) Disleksia adalah masalah pembelajaran yang dicirikan oleh masalah dalam bahasa ekspresif atau terbuka, sama ada secara lisan atau bertulis. Masalah mungkin muncul dalam bacaan, ejaan, tulisan, pertuturan atau pendengaran. Disleksia adalah bukan penyakit yang tiada penyembuhan. Disleksia menggambarkan pemikiran yang berbeza, berbakat dan produktif, dan cara pembelajaran yang berbeza. Jurang yang tidak diduga wujud antara kebolehan pembelajaran dan pencapaian dalam sekolah. Disleksia adalah disebabkan perbezaan struktur dan fungsi otak. Individu yang mengalami disleksia adalah unik, setiap individu tersebut mempunyai kekurangan dan kelemahan masing-masing. Kebanyakkan penghidap disleksia adalah kreatif dan mempunyai bakat luar biasa dalam bidang seni, sukan, senibina, grafik, elektronik, mekanikal, drama, muzik atau kejuruteraan. Kanak-kanak ini selalunya menunjukkan bakat istimewa mereka di dalam bidang yang memerlukan visual, ruang dan itegrasi motor. 2.2 The British Dyslexia Association ( BDA ) ( t.t. ) Disleksia adalah gabungan kemampuan dan masalah yang menpengaruhi membaca, mengeja dan menulis ( 3M ). Masalah tersebut turut menyebabkan kelemahan lain mungkin dapat dikenalpasti seperti kelajuan memproses, ingatan jangka pendek, kelemahan susunan, pendengaran, atau penglihatan, bahasa pertuturan, keupayaan motor kasar dan halus. Ia seterusnya berkait mengenai penguasaan dan penggunaan bahasa penulisan termasuk huruf, nombor dan not muzik. Sesetengah kanak-kanak mempunyai kemahiran kreatif yang luar biasa serta mempunyai kemahiran oral yang tinggi menurut Peer ( 1999 ). Masih mengekalkan deefinisi yang sama, Stoppart ( 2007 ) menyatakan disleksia merupakan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan bahasa, membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca 2
  • 3. KBK3073 D20121058364 dengan perlahan, kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta mencampur-adukkan perkataan yang mempunyai bunyi yang sama. Mereka juga kurang kesedaran dan minat terhadap buku. Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kdapat dilihat pada beberapa anggota keluarga yang sama. Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih kerap kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Menurut Frith ( 1992 ) dalam Riddick ( 2010 ), dalam usaha untuk mengenal pasti masalah pembelajaran sama ada disleksia ataupun autism adalah melalui pemerhatian terhadap kaitan diantara kelainan tahap penerangan kerana daripada itu kita dapat melihat kaitan di antara punca biologikal, masalah kognitif serta perlakuan seperti membaca dan mengeja. 3.0 Etiologi Etiologi adalah merupakan satu kajian sains mengenai sesuatu masalah atau perkara. Di dalam masalah disleksia ini turut terdapat etiologinya. Di antara etiologi yang berkaitan dengan disleksia adalah seperti keturunan, otak, masalah penglihatan serta masalah pendengaran. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa pihak yang telah membuat beberapa hipotesis mengenai masalah pembelajaran disleksia. Di antara etiologi masalah pembelajaran disleksia adalah seperti berikut : 3.1 Keturunan Keturunan adalah merupakan salah satu daripada penyebab masalah disleksia. Pemerhatian Smith et. Al.( 1983) dalam Georgiou ( 2006 ), melihat bahawa terdapat perkaitan di antara kromosom ke-15 dengan disleksia. Namun berbeza pula pendapat daripada Cardon et.al.,( 1994 ) dalam Georgiou ( 2006 ), yang mengatakan bahawa kromosom yang ke-6 berkait dengan masalah disleksia ini. Terdapat pula satu pandangan yang menafikan 50 peratus masalah membaca disebabkan oleh keturunan oleh DeFries dan Gills ( 1993 ) dalam Georgiou ( 2006 ). 3.2 Otak Kajian mengenai perkara ini telah dilakukan kepada seseorang yang mengalami masalah disleksia selepas mereka meninggal dunia. Ramai pengkaji yang menyatakan bahawa 3
  • 4. KBK3073 D20121058364 terdapat kelainan pada otak individu yang mengalami disleksia. Di dalam otak seseorang yang mengalami masalah disleksia, didapati bahawa bahagian temporal bahasa di kedua-dua belah otak adalah sama tanpa kelebihan normal pada sebelah kiri berbeza dengan orang biasa yang tidak mengalami disleksia dimana bahagian kirinya adalah lebih besar daripada bahagian kanan menurut Galaburda, Le May dan Kemper ( 1978 ) serta Geschwind dan Levitsky, ( 1968 ). Tambahan lagi, ‘ketuat’ otak ( actopias ) diperhatikan sering berada pada bahagian temporal bahasa. Kajian yang dijalankan seperti ini pada mulanya tidak diterima. Namun setelah pembangunan teknologi yang semakin maju, dengan terciptanya mesin- mesin atau alat seperti fMRI, PET-scan membolehkan kajian ini dilakukan kepada seseorang yang mengalami disleksia semasa mereka masih hidup. Kajian turut menemui bahawa terdapat tahap perbezaan pada proses fonologi pada individu disleksia berbanding orang biasa. 3.3 Kesukaran proses penglihatan Seseorang yang mengalami masalah disleksia mengalami perkembangan yang tidak sepatutnya pada sistem magnocellular di bahagian otak mereka. Sistem ini berhubungan dengan kemampuan untuk melihat benda yang bergerak, Lovegrove ( 1986 ) dan Livingstone (1991 ) dalam Georgiou ( 2010 ). Hal ini seterusnya mengakibatkan objek yang dilihat oleh mereka adalah lebih kecil. Keadaan ini menyebabkan proses membaca menjadi lebih sulit kerana otak harus mengenali huruf-huruf secara cepat disamping memproses sejumlah perkataan yang berbeza selaras dengan mata. Berdasarkan laporan bedah siasat kepada 5 orang individu disleksia menunjukkan berlaku kecacatan dan lebih 20 peratus kecil daripada otak normal, Galaburda ( 1985 ) dalam Georgiou ( 2010 ). Hipotesis tumpuan visual daripada Carbonnel, & Valdois ( 1998); Valdois, Bosse, Carbonnel, Zorman, & David ( 2003 ) dalam Le Jan,G., Régine Le Bouquin-Jeannès, Nathalie Costet, Nolwenn Trolès, Pascal Scalart, Dominique Pichancourt, Gérard Faucon dan Jean-Emile Gombert ( 2010 ) menganggap bahawa defisit visual tumpuan juga terlibat dalam disleksia dan mengurangkan jangka persepsi. Pemprosesan visual tumpuan boleh berfungsi dengan betul dalam mengekstrak gambar dari perkataan dan memadankannya kepada kategori abstrak yang disimpan di dalam memori leksikal. Defisit dalam pemprosesan visual 4
  • 5. KBK3073 D20121058364 tumpuan menyebabkan prestasi kelajuan dalam pemprosesan maklumat visual adalah lemah menurut Le Jan et.al. ( 2010 ). 3.4 Kesukaran proses pendengaran Menurut Le Jan et.al., ( 2010 ) auditori defisit adalah merupakan asas defisit persepsi kategori dan ianya disokong dengan penemuan Tallal ( 1980 ). Sebagai hakikatnya, prestasi kanak-kanak yang mengalami disleksia adalah lebih rendah daripada kawalan kanak-kanak dalam tugas auditori seperti pemilihan arahan temporal dengan stimuli akustik. Walaupun begitu, tugasan ini tidak mempunyai implikasi persepsi pertuturan yang mudah. Beberapa kajian mengemukakan bahawa kanak-kanak yang mengalami disleksia dikategorikan kurang kapasiti daripada pembaca purata dalam sudut cara mereka melihat perbezaan fonotik. Pelbagai teori-teori ini membawa kepada kaedah diagnosis dan pelbagai rawatan yang boleh mencukupi keseimbangan latihan dari Reynolds, Nicolson, & Hambly ( 2003 ), mata stalemate dari Stein & Fawler, ( 1985 ); Stein, Richardson, & Fowler ( 2000) serta latihan kesedaran fonologi dari McPhillips, Hepper, & Mulhern ( 2000 ) dalam Le Jan et. al., ( 2010 ). 4.0 Punca – punca Masalah Setiap masalah mempunyai faktor penyumbang mereka tersendiri, begitu juga dengan masalah pembelajaran disleksia. Pelbagai faktor yang berkaitan dengan disleksia seperti keturunan, pemakanan, bawaan, perkembangan dan lain-lain lagi. Berikut adalah merupakan punca-punca masalah disleksia : 4.1 Keturunan Keturunan adalah merupakan salah satu daripada faktor penyebab disleksia. Hal ini juga dapat dibuktikan menurut Hallgren ( 1970 ) dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ). Melalui kajian beliau ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua 12 kes keluarga tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak. Hallgren mendapati bahawa masalah disleksia banyak dihadapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak 5
  • 6. KBK3073 D20121058364 perempuan dengan nisbah 2:1 dan beliau berpendapat, keadaan sedemikian berlaku disebabkan oleh orang lelaki lebih banyak memikul tanggungjawab berbanding dengan orang perempuan. Selain daripada itu, simpton disleksia juga dihadapi oleh keluarga yang menggunakan tangan kidal. Perkara ini adalah berteraskan pendapat John Bradford ( 1999 ) dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ) yang menyatakan bahawa orang tua yang disleksia tidak secara automatik menurunkan gangguan ini kepada anak-anaknya atau anak kidal yang dikenalpasti disleksia tetapi menjadi antara punca masalah disleksia. Berdasarkan penelitian yang dilakukan di Amerika, 80 peratus daripada seluruh subjek yang diteliti mempunyai sejarah atau latar belakang anggota keluarga yang mengalami masalah pembelajaran dan 60 peratus daripadanya adalah kidal. Hal ini turut diakui oleh seorang ahli psikologi Amerika sekitar tahun 1920-an bernama Orton yang mengemukakan perkara yang sama di mana kanak-kanak yang mengalami masalah ini cenderung untuk menggunakan tangan kidal di dalam Pumfrey P. D. dan Reason R.( 1991 ) serta Orton S.T ( 1926 ). 4.2 Pemakanan Berdasarkan beberapa penyelidikan, kajian dan penemuan terdapat beberapa unsur penyedap makanan yang boleh mempengaruhi atau mengganggu fungsi otak dan seterusnya menyebabkan masalah pembelajaran kerana bahan penyedap makanan tersebut terdapat pencemar atau racun. Antaranya ialah 1. Salicylates yang boleh ditemui dalam buahan, sayuran, kacang, teh kopi bir dan anggur serta ubat-ubatan, 2. Amines yang digunakan untuk memproses pemecahan protein dan ditemui terkandung dalam keju, coklat, anggur, bir, tempe dan lain-lain lagi, 3. Bonzoates yang boleh ditemui dalam buahan, sayuran, kacang, kopi dan lain-lain lagi. 4. Monosodium glutamate(MSG) yang kini banyak terkandung dalam makanan segera seperti perencah, kicap, maggi, keropok serta banyak lagi makanan segera, 5. Laktose yang sering terdapat di dalam susu lembu serta 6. Glutamate yang banyak terdapat pada tomato, keju, cendawan, sos dan estrak daging, Kassan dan Abdullah, ( 2010 ). 6
  • 7. KBK3073 D20121058364 4.3 Komplikasi otak Menurut Learner, ( 1997 ) dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ), membaca memerlukan kesempurnaan dari dua segi iaitu dari segi fungsi otak dan sistem saraf pusat. Sistem saraf otak yang bermasalah boleh mengakibatkan proses pembelajaran bahasa terganggu manakala sistem saraf otak yang bercelaru boleh menyebabkan masalah disleksia. Perkara ini turut disebut oleh Hattum ( 1980 ) dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ). Dengan wujudnya perkembangan teknologi terkini seperti CT Scan, para doktor dan pengkaji dapat melihat perbezaan sel-sel otak kanak-kanak yang mengalami disleksia dengan kanak-kanak bukan mengalami disleksia dimana berkaitan dengan otak bahagian kiri hadapan yang berkait dengan kemampuan membaca dan menulis dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ) Terdapat juga faktor-faktor lain yang menjadi faktor penyebab masalah disleksia.. Faktor-faktor lain yang menyebabkan masalah pembelajaran disleksia adalah seperti yang berikut: 4.4 Gangguan persepsi penglihatan Kanak-kanak disleksia tidak mampu untuk mengenal huruf atau kata secara visual. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi apabila Kinsbourmen dan Warrington n.d. dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ) menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami disleksia mungkin mengalami kesukaran dalam mentaksir ransangan, sehingga mereka tidak dapat mengikuti apa yang dilihat menyebabkan kesemua yang dilihat itu bercampur-aduk. 4.5 Gangguan keterampilan pandangan visual-motor Setiap apa yang dilihat pasti melibatkan pergerakan motor sama ada pergerakan motor halus ataupun motor kasar seperti dalam konteks ini iaitu pergerakan mata atau pergerakan mata dan jari pada masa yang sama. Pergerakan ini muncul apabila adanya dorongan atau ransangan atau stimulus seperti huruf, kata, dan ayat serta keinginan pembaca untuk memberikan respons terhadapa stimulus yang ada. Bagi individu yang mempunyai penglihatan yang baik, pergerakan ketika membaca berpusat pada mata dan bagi individu yang mempunyai penglihatan yang kurang baik pula, pergerakannya berpusat jari di dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ). 7
  • 8. KBK3073 D20121058364 4.6 Pengalaman pahit atau dasyat ketika kecil ( traumatik ) Pengalaman pahit atau pengalaman yang dasyat ketika kecil akan memberikan impak kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun perningkat umur. Pengalaman tersebut selalunya akan meninggalkan impak yang negatif contohnya seperti trauma. Gangguan masa silam atau pengalaman pahit boleh menyebabkan gangguan dan kecelaruan fikiran yang memungkinkan berlakunya masalah disleksia, Kassan dan Abdullah ( 2010 ). 4.7 Kelahiran bayi pramatang Kelahiran bayi pramatang ataupun bayi lahir tidak cukup bulan boleh menjadi salah satu daripada faktor menghadapi disleksia. Hal ini kerana bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan berisiko menghadapi berbagai-bagai masalah gangguan perkembangan seperti gangguan otak, perkembangan psikomotor, perilaku, dan juga kesukaran belajar membaca. Hal ini ditekan oleh Kavanagh dan Truss ( 1988 ) menerusi S. Cohen ( n.d ) di dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ). 4.8 Penyakit semasa kanak-kanak Penyakit yang dialami oleh kanak-kanak dalam tempoh masa yang lama dan berterusan akan mendatangkan impak yang negatif kepada kanak-kanak dari segi kesihatan dan perkembangan mereka. Di antara contohnya adalah demam panas. Jika penyakit yang dialami oleh mereka bertambah kronik, perkembangan kanak-kanak pada masa akan datang akan terjejas malahan boleh menyebabkan gangguan dalam pembelajaran di dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ). 4.9 Kekurangan vitamin Terdapat pelbagai jenis vitamin yang meninggalkan impak yang negatif sekiranya seseorang itu pengambilan vitamin tersebut diambil secara berlebihan atau kurang. Contonya, jika seseorang individu kekurangan vitamin A secara berterusan akan menyebabkan atau mengalami tunatera atau menjadi buta. Manakala individu yang kekurangan vitamin C mudah diserang penyakit selesema yang sekiranya dibiarkan berlarutan atau tidak dirawat dengan sempurna akan menyebabkan radang pada hidung atau tenggorok penghidap. Individu yang kekurangan vitamin B atau B kompleks akan mudah diserang penyakit, mudah lelah, perkembangan fizikal terganggu 8
  • 9. KBK3073 D20121058364 dan konsentrasi untuk berfikir menjadi kurang. Oleh itu, sekiranya penyakit-penyakit yang mengganggu perkembangan fizikal menjangkiti perkembangan organ otak maka risiko individu mengalami disleksia adalah sangat tinggi menurut Kassan dan Abdullah ( 2010 ). 4.10 Jangkitan kuman ketika ibu hamil Ibu hamil yang dijangkiti kuman berbahaya adalah sangat berisiko tinggi terhadap kelahiran tidak normal atau melahirkan anak yang tidak cukup sifat. Contohnya adalah seperti jangkitan rubella, sifilis dan tuberkulosis yang boleh mengakibatkan janin mengalami kecederaan atau kecacatan otak. Sekiranya hal ini berlaku, bayi yang dilahirkan mungkin akan mengalami simptom kesukaran belajar termasuk kesukaran membaca ketika mencapai umur yang berkenaan menurut Kassan dan Abdullah ( 2010 ). 4.11 Keturunan atau baka Ramai para pengkaji yang setuju mengenai kesukaran membaca banyak diungguli oleh faktor genetik dan faktor baka. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Hallgren dan Herrman bahawa kesukaran membaca berpunca daripada keturunan, generasi atau keluarga yang mengalami disleksia, Kassan dan Abdullah ( 2010 ). 5.0 Ciri – ciri Perkembangan Fizikal, Kognitif dan Sosial dan Emosi 5.1 Perkembangan Fizikal Kanak-kanak disleksia selalunya mempunyai fizikal yang sempurna seperti kanak-kanak biasa namun hanya berbeza pada pembelajaran mereka. Di dalam Reid ( 2005 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran disleksia ini mempunyai masalah untuk membaca seperti kefasihan membaca. Selain daripada itu, kanak-kanak ini juga turut mempunyai masalah dalam mengeja kerana merka sukar untuk mengingati, berlakunya kesalahan fonologi, perkataan atau huruf yang tidak mengikut urutan serta keliru mengenai huruf vokal. Dari segi, penulisan kanak- kanak ini turut bermasalah, di mana mereka sukar untuk mengenal serta memperkembangkan 9
  • 10. KBK3073 D20121058364 kunci penting yang secara lebih tepat bermaksud tulisan mereka berselerak serta kurang kemas. Kanak-kanak ini tidak mempunyai cara penulisan yang konsisten. Huruf besar dan kecil kadangkala bercampur-aduk yang tidak mengikut peraturan penulisan yang sebenar. Kanak- kanak ini juga mempunyai masalah untuk mengorganisasi sesuatu hal. Contohnya adalah seperti lemah untuk membuat jadual atau barangan yang diperlukan untuk belajar. Dalam Farrell ( 2006 ), turut menyebut bahawa kanak-kanak disleksia ini keliru mengenal huruf yang mempunyai bentuk atau maksud yang sama. Contohnya bentuk huruf ‘u’ dan huruf ‘n’ serta perkataan ‘bas’ dan ‘bus’, masing-masing dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang mempunyai maksud yang sama. 5.2 Perkembangan Kognitif Lemah pengamatan, kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru adalah merupakan di antara masalah yang berkaitan dengan perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia. Kanak-kanak ini lemah terutamanya untuk memberikan tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan semasa belajar. Terdapat dua jenis masalah pengamatan yang utama iaitu kelemahan pengamatan penglihatan serta kelemahan pengamatan pendengaran. Penerangan mengenai masalah ini terdapat dalam punca-punca masalah 4.4 serta 4.5 dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ). 5.3 Perkembangan Sosial dan Emosi Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran ini lazimnya tidak mempunyai keyakinan apabila berhadapan dengan kanak-kanak biasa. walaupun pada peringkat pelajaran yang sama mereka sering diketepikan oleh murid-murid yang lain. Hal ini berlaku disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan sesuatu perhubungan. Disebabkan oleh masalah itu, kanak-kanak ini selalunya bersifat terlalu rendah diri yang seterusnya boleh menyebabkan mereka bertingkah laku negatif derta menyakiti orang lain, Kassan dan Abdullah ( 2010 ). 10
  • 11. KBK3073 D20121058364 6.0 Langkah-langkah Pencegahan Disleksia adalah merupakan satu masalah pembelajaran yang boleh dicegah, namun ia bukanlah satu penyakit yang perlu diubati. Oleh itu, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil untuk mengurangkan masalah kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia. Pelbagai peringkat masyarakat boleh membantu kanak-kanak ini untuk keluar daripada kepompong masalah pembelajaran yang boleh menyebabkan mereka kadang kala terasing dari dunia kanak-kanak dalam aliran perdana. Ibubapa, guru-guru, pakar-pakar dan rakan-rakan mempunyai peranan masing-masing dalam membantu kanak-kanak ini. Di antara langkah yang boleh diambil ialah : 6.1 Pencegahan awal atau intervensi awal Dalam Harwell dan Jackson ( 2008 ), perkhidmatan Pendidikan Khas diberikan kepada setiap yang layak sejak daripada lahir lagi. Penaksiran daripada nurseri atau mna-mana pihak kesihatan menekankan kepada pemerhatian, soal selidik kepada ibubapa dan pendapat daripada kumpulan multidisiplin yang selalunya melibatkan pakar patologi pertuturan, jurupulih fizikal dan pakar psikologi atau pakar khusus perkembangan. Selepas layak, Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) akan dibentuk. Dokumen ini akan mengutamakan hal-hal berkaitan keluarga atau sejarah keluarga. Pendekatan ini digunakan pelbagai variasi persekitaran sama ada di rumah mahupun di pusat tersebut. 6.2 Intervensi berkaitan permasalahan fonologi Dalam Lyster ( 1998 ), keberkesanan terhadap penggunaan latihan fonologi sahaja adalah kurang berjaya jika mahu dibandingkan dengan penggunaan latihan fonolgi bersama dengan huruf dan / atau arahan bacaan, Bradley dan Bryant, ( 1983 ); Hatcher, Hulme dan Ellis, ( 1994 ). Hagtvet (1989) mendapati bahawa permainan Metalinguistik di pra-sekolah mempunyai kesan yang baik terhadap pembangunan membaca dan ejaan. Torgesen dan Davis (1996) melaporkan satu kajian menunjukkan bahawa sejumlah besar kanak-kanak menunjukkan sedikit pertumbuhan dalam tahap kesedaran linguistik yang jelas sebagai hasil usaha latihan Metalinguistik. Kanak-kanak yang terlibat dengan kajian yang berada pada tahap lemah disebabkan kelemahan kebolehan lisan kemahiran ejaan dan bukan berpunca daripada kelemahan latihan Metalinguistik. Lundberg, Frost dan Petersen ( 1988 ) mendapati bahawa hanya 6% daripada kanak-kanak dalam kumpulan eksperimen, berbanding dengan 37% dalam kumpulan sasaran, menunjukkan tidak ada 11
  • 12. KBK3073 D20121058364 keupayaan segmentasi fonemis selepas menajalani latihan. Walaupun begitu, terdapat kebolehubahan mencapai kejayaan kanak-kanak untuk rawatan seperti analisis lengkung pertumbuhan, sepertimana yang dibentangkan oleh Torgesen dan Davis ( 1996), yang mungkin memberikan kita pemahaman yang lebih baik individu perbezaan ditemui dalam kumpulan rendah pencapaian pembaca dan ejaan. 6.3 Terapi Di dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ) ada menyentuh mengenai terapi. Terapi adalah merupakan rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan. Ibubapa yang menyedari anak-anak mereka mengalami gangguan disleksia, seharusnya menghantar anak mereka menjalani terapi seawal yang mungkin. Ibubapa juga boleh mengambil pendekatan sendiri dengan menggalakkan anak-anak untuk terus belajar kerana kanak-kanak yang mengalami disleksia sebenarnya adalah kanak-kanak yang pintar jika diberikan peluang dan bimbingan yang betul. 6.4 Pemerhatian tahap perkembangan Kanak-kanak normal tidak mempunyai masalah perkembangan seperti kanak-kanak berkeperluan khas seperti masalah pembelajaran disleksia ini. Contohnya, pada umur 12 bulan, seorang bayi tersebut masih tidak boleh untuk mengambil sesuatu menggunakan jari dan hujung jari telapak. Oleh itu, kanak-kanak atau bayi tersebut mempunyai masalah perkembangan dari segi perkembangan motor halus yang merupakan salah satu ciri kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia. Untuk mencegah kanak-kanak tersebut daripada terlibat dengan masalah pembelajaran disleksia, ibubapa atau penjaga perlu merujuk pada pengamal perubatan yang berdaftar dan sah untuk pemeriksaan rapi. Kanak-kanak tersebut akan melalui beberapa ujian yang tertentu. Tetapi sekiranya masih belum berlaku perubahan selepas intervensi tertentu, kanak-kanak tersebut perlu dirujuk kepada doktor pakar untuk pemeriksaan atau intervensi seterusnya seperti mana yang disarankan dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ). 12
  • 13. KBK3073 D20121058364 6.5 Penjagaan kesihatan Merujuk kepada Kassan dan Abdullah ( 2010 ), penjagaan kesihatan adalah penting kerana kesihatan yang terjejas boleh menyebabkan berlakunya masalah-masalah sampingan sebagai contoh masalah disleksia ini sendiri. Jangkitan kuman daripada ibu ketika hamil serta kurang pengambilan asid folik menyebabkan janin akan mengalami kecederaan atau kecacatan. Oleh itu, wanita yang sedang hamil sendiri haruslah mula menjaga kesihatan untuk mencegah daripada melahirkan anak yang menghadapi masalah seperti disleksia. Pengambilan asid folik yang mencukupi serta vitamin serta diet makanan yang mempunyai nutrisi yang secukupnya dapat meminimumkan masalah ini. Penjagaan dari segi pengambilan makanan segera semasa kanak-kanak juga harus dititik beratkan oleh ibubapa ataupun penjaga. Seperti yang faktor 4.2, senarai makanan yang mengandungi bahan tersebut hendaklah dielakkan. Ibubapa harus mendidik anak-anak untuk gemar memakan makanan berkhasiat seperti sayuran, buahan dan juga ulaman sedari mereka masih kecil. 7.0 Kesimpulan Berdasarkan segala rujukan yang telah dibuat, dengan ini dapat kita simpulkan bahawa kanak- kanak yang mengalami masalah disleksia ini mempunyai masalah untuk mengikuti pelajaran serta lemah dalam penguasaan kemahiran menbaca, mengira dan menulis ( 3M ). Kanak-kanak ini boleh berjaya sekiranya diberikan bimbingan dan galakan yang betul supaya mereka turut boleh berjaya seperti kanak-kanak normal yang lain. Hal ini bukan hanya sekadar cadangan mahupun nasihat tetapi dapat dibuktikan bahawa tokoh seperti Lee Kwan Yew yang merupakan seorang Menteri Singapura dan Albert Einstein iaitu seorang tokoh sains yang dikagumi yang dahulunya juga pernah mengalami masalah pembelajaran disleksia tetapi masih boleh berjaya. Sekiranya mereka boleh berjaya, kanak-kanak ini turut boleh berjaya. Dalam usaha untuk membantu, pelbagai perkara telah diterangkan, langkah-langkah pencegahan turut disertai seperti pencegahan awal atau intervensi awal, intervensi berkaitan permasalahan fonologi, terapi, pemerhatian tahap perkembangan dan penjagaan kesihatan. Setiap 13
  • 14. KBK3073 D20121058364 lapisan masyarakat dapat membantu mengcegah serta mengatasi masalah ini. Sekiranya ibubapa malu untuk mendedahkan anak-anak mereka untuk berada di kawasan sekolah, terdapat pusat- pusat pemulihan dalam komuniti ( PDK ) yang disediakan berdekatan dengan kawasan tempat tinggal hampir di setiap daerah dalam sesebuah negeri. Di sana terdapat pelatih yang terlatih yang dapat membantu anak-anak untuk belajar. Pelbagai perkhidmatan disediakan kerana setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk belajar dan hak mereka sudah termaktub di dalam Individual with Disabilities Educational Act ( IDEA ) yang merupakan perundangan pendidikan yang dijadikan rujukan di seluruh dunia. Dengan terhasilnya tugasan ini, diharapkan ia boleh menjadi rujukan pelbagai pihak dalam usaha untuk menangani masalah disleksia. Segala informasi diharapkan berguna pada masa akan datang terutamanya sebagai panduan umum kepada masyarakat serta dapat memahami secara jelas mengenai definisi disleksia, etiologi mengenai disleksia, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif, serta sosial dan emosi, faktor-faktor penyebab disleksia serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil. 8.0 Rujukan 1. Bradley, L. and Bryant, P. (1983). Categorizing sounds and learning to read—a causal connection. Nature, 301, 419–421. 2. Farrell, M. (2006). Dyslexia and Other Specific Learning Difficulties. New York: Routledge. 3. Georgiou, A. M. (2010). Dyslexia : Ethiology-Characteristics-Assessment from The View of The Clinical Speech and Language Practice. 4. Georgiou, A. M. (2010). Ethiology-Characteristics-Assessment from the view of the clinical speech and language practice. Dyslexia , 23-31. 5. Galaburda, A. M, Le May, M., Kemper, T. L., and Geschwind, N. ( 1978 ). Right-Left asymnmetries of the brain. Science, 199, 852-856. 6. Geschwind, N., and Levitsky, W. ( 1968 ). Human brain: left-right asymmetries in temporal speech region, Science, 161, 186-189. 14
  • 15. KBK3073 D20121058364 7. Hagtvet, B.E. (1989). Emergent literacy in Norwegian 6-years olds. From pretend writing to phonemic awareness and invented writing. In F. Biglmaier (Ed.), Reading at the Crossroads,pp. 163–179. 8. Hatcher, P., Hulme, C. and Ellis, A. (1994). Ameliorating early reading by integrating the teaching of reading and phonological skills: the phonological linkage hypothesis. Child Development, 65, 41–57. 9. Harwell M.J. dan Jackson R. W. (2008). The Complete Learning Disabilities Handbook, Third Edition. United State, America: Jossey-Bass. 10. Humfrey, P.D. dan Reason, R. (2010). Specific Learning Difficulties. 11. Humfrey, P.D. dan Reason, R. (1991). Specific Learning Difficulties ( Dyslexia ). London: Routledge. 12. Kassan, Z. dan Abdullah, S. (2010). Pendidikan Disleksia. Selangor: Penerbitan Multimedia. 13. Le Jan,G., Régine Le Bouquin-Jeannès, Nathalie Costet, Nolwenn Trolès, Pascal Scalart, Dominique Pichancourt, Gérard Faucon and Jean-Emile Gombert. (2010). Multivariate predictive model for dyslexia diagnosis. Ann. of Dyslexia (2011). 14. Lyster, S.-A. H. (1998). Preventing reading failure : A following-up study. Dyslexia 4, 132-144. 15. Lundberg, I., Olofsson, C. and Wall, S. (1980). Reading and spelling skills in the first school years predicted from phonemic awareness skills in kindergarten. Scandinavian Journal of Psychology, 21, 159–173. 16. Ott, P. (2006). Teaching Children with Dyslexia. New York: Routledge. 17. Orton S.T ( 1926 ). Genetic psychology monographs: Reading disability, 14, 335-453. 18. Reid, G. (2005). Dyslexia. New York. 19. Riddick, B. (2010). Living with Dyslexia, Second Edition. Abingdon, Oxon: Routlegde. 15
  • 16. KBK3073 D20121058364 20. Tallal, P. (1980). Auditory temporal perception, phonics, and reading disabilities in children. Brain Language, 9, 182–198 21. Torgesen, J.K. and Davis, C. (1996). Individual difference variables that predict response to training in phonological awareness. Journal of Experimental Child Psychology, 63, 1– 21. 22. Tun Hussein, S.H. ( 2004 ). Persidangan Nasional Pendidikan Khas A’Famosa. Melaka. 16