SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Download to read offline
Pemulihan

       Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang

       belum dicapai. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid. Aktiviti

       pengayaan perlu diberikan penekanan kerana murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan,

       bakat, dan minat. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau dalam jangka

       masa yang ditetapkan boleh diberikan aktiviti yang lebih mencabar untuk dilaksanakan

       secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.
       Murid – murid berbeza dari segi kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran. Oleh
       itu, untuk memenuhi hasrat menyediakan kemudahan – kemudahan yang cukup serta
       memberi peluang menerima pelajaran yang sama untuk semua, Rancangan Kurikulum
       Rendah mengandungi program pemulihan dan pengayaan. Berasaskan prestai murid yang
       dikesan melalui sistem penilaian, murid – murid yang mencapai taraf yang ditentukan diberi
       peluang mengikuti program pengayaan. Murid – murid yang tidak mencapai taraf tersebut
       diberi kegiatan pemulihan. Sungguhpundemikian, mereka juga akan mendapat
       peluang mengikuti aktiviti – aktiviti
       pengayaan berdasarkan kebolehan dan keupayaan mereka.
       Langkah2 Khusus Dalam Pengelolaan Sesi Pemulihan
       1. Mengenal pasti murid2

       2. Penganalisisan Masalah

       3. Perancangan dan penyedian bahan

       4. Pengajaran dan pembelajaran

       5. Ujian dan penilaian

       6. Tindakan susulan

Mengenal Pasti murid

       - Memerhatikan murid belajar

       - Temu ramah interaksi dengan murid

       - Menganalisis hasil kerja bertulis

       - Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan murid lambat

       daripada kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas.

2. Menganalisis Masalah

       - Menganalisis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid tertentu

       - Ujian diagnostik biasanya digunakan untuk menentukan punca kelemahan
murid selepas sesuatu kemahiran dijalankan.

       - Guru hanya memulihkan masalah pembelajaran sahaja. Masalah lain dirujuk

       kepada pihak tertentu.

3. Perancangan dan Penyediaan Bahan (Membuat perancangan)

       - Membuat rancangan program pemulihan berdasarkan punca kelemahan

       pembelajaran murid yang berkenaan.

       - Guru harus mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran pemulihan
       Guru harus mematuhi prinsip tersebut :
       Aktiviti p&p harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang dikesan
       -Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak
       dan daripada mudah kepada susah mengikut kebolehan dan pengalaman murid
               Di peringkat permulaan, pelnagai jenis ABM perlu digunakan untuk membantu

       murid2 memahami konsep yang diperlukan dalam menguasai kemahiran.
       - Semua simbol dan istilah harus dikaitkan dengan pengalaman murid atau
       alat bantu
       mengajar supaya murid itu dapat mengenal pasti kesilapan yang telah
       dilakukan dahulu.
               - Latihan congak dan latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran

       guru. (utk matematik). Soalan2 yg diberikan harusalah daripada mudah kepada susah, demi
       membina keyakinan murid terhadap kebolehan
       mempelajarinya.
       - Aktiviti penilaian harus diberikan kepada murid selepas aktiviti latihan bertulis
       di dalam
       kelas. Oleh itu, guru perlu merancang dan menyediakan soalan secara
       bertulis.
       Penilaian ini akan menentukan sama ada objektif pengajaran itu
       tercapai atau tidak.

. Pengajaran dan pembelajaran

       - Melaksanakan pengajaran pemulihan yang telah dirancang

       - Pengajaran pemulihan dalam kelas biasa dijalankan semasa murid2 lain

       membuat latihan atau menjalani aktiviti pengayaan.

       - Semua aktiviti pemulhan hendaklah ditumpukan kepada pengajaran satu

       kemahiran tertentu

       - Masa yang digunakan biasanya di antara 10-15 minit.

       - Aktiviti ujian/penilaian harus diadakan selepas pengajaran pemulihan.
Keputusan penilaian haruslah dimasukkan dalam profil murid. Rekod ini akan

        menjadi rujukan untuk merancang aktiviti p&p seterusnya.

5. Ujian dan Penilaian

        - Aktiviti ujian /penilaian harus diadakan selepas pengajaran pemulihan.

        -Keputusan penilaian haruslah dimasukkan dalam profil murid. Rekod ini akan

        menjadi rujukan untuk merancang aktiviti p&p seterusnya.
        6. Tindakan Susulan
        Murid pemulihan / bermasalah telah berjaya dalam program pemulihan itu,
        mereka boleh mengikuti pelajaran baru dengan murid sekelas yang lain.
        - Jika murid pemulihan masih gagal, guru harus menggunakan senarai semak
        untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang dijalankan.


        Senarai Semak
        Tanda
        1. Adakah program dirancang berdasarkan punca kelemahan murid

        2. Adakah program disediakan mengikut pengalaman dan kebolehan

        murid.

        3. Adalah objektif pengajaran terlalu tinggi?
        4. Adakah penggunaan ABM berkesan?
        5. Adakah langkah2 mengajar dikembangkan daripada konkrit kepada

        abstrak?

        6. Adakah masa pengajaran mencukupi

        7. Adakah aktiviti pemulihan itu menarik minat murid?

        8. Adakah aktiviti pembelajaran yang diberikan kepada muridmencukupi?

        9. Adakah latihan diberikan sejajar dengan objektif pengajaran?

        10. Adakah latihan itu terlalu sukar?
        Berdasarkan senarai semak, guru boleh ambil tindakan berikut:
        – Merancang semula program pemulihan
        – Merujuk murid kepada guru pemulihan khas.

        Pengayaan
        - Penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti-aktiviti tambahan kepada murid-

        murid yg dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau

        lebih awal dari itu.
        Dalam program pengayaan, murid-murid akan dapat meluaskan pengetahuan
berhubung dengan perkara –perkara yang berkaitan dengan unit
        pembelajaranberkenaan secara mendatar. Sementara itu, murid –murid yang diberi

        kegiatan pemulihan berpeluang mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi di dalam

        unit pembelajaran berkenaan. Dengan cara ini, semua murid dapat memulakan sesuatu unit

        pembelajaran bersama –sama. Walau bagaimanapun, murid – murid yang mengikuti

        kegiatan pemulihan berpeluang juga membuat kegiatan pengayaan

- Aktiviti-aktiviti pengayaan dibahagikan kepada dua kategori:

        1. Pilihan murid – tidak formal

        2. Pilihan guru – formal
        Konsep Pendidikan Pengayaan
        -Pengayaan ialah aktiviti2 tambahan kepada aktiviti2 asas pembelajaran yang
        djalankan sam ada di dalam atau di luar waktu sekolah.
        - Ia mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman
        serta
        mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari
        Melalui aktiviti2 ini murid akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan minat

        murid, daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri

        dalam membuat satu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
        Objektif pengayaan
        -Membolehkan murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar
        kebolehan mereka.
        -Menambahkan minat dan pengalaman yang boleh menbantu ke arah
        perkembangan diri.
        -Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan
        bakat
        mereka.
        -Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan daripada
        pelbagai
        bahan dan sumber pengetahuan.
        -Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi
        membolehkan
        murid menerusan pembelajaran seumur hidup.
        -Melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai
        kerja
        mereka sendiri.
        -Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan ke peringkat yang tinggi
        sesuai dengan kemampuan mereka.
        Sekiranya terdapat murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang tidak boleh diatasi

        oleh guru di bilik darjah murid itu seharusnya diberi tumpuan khas oleh pihak tertentu seperti

        guru pemulihan khas. .
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang

       seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,

       emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran

       asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi

       membolehkan
       murid-murid
       berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, program Pemulihan
       Khas mengutamakan Prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya
       tidak menjadi kronik
       berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah.

       Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan

       segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran

       berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka

       mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.

       Justeru melalui program pemulihan khas, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah

       dapat dikenal pasti dan dipenuhi.
        Latar Belakang / Sejarah Pendidikan Pemulihan di Malaysia
       1967 - Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program Pemulihan dengan
       menggunakan strategi
       “ Withdrawal System.....”
       1975 -Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek “Pendidikan Imbuhan”
       bagi
       Tahap 1 ( Tahun 1 hingga Tahun 3) dengan menggunakan strategi di mana
       pemulihan dijalankan oleh guru kelas / guru mata pelajaran. 1994 -Program
       Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkanaktiviti pengayaan dan pemulihan
       dalam kelas KBSR.
       1999 - Program jangka pendek (INTERVENSI 3M) diperkenalkan khas untuk murid
       tahun 4 di sekolah rendah dan Tingkatan 1/peralihan. Instrumen IPCH digunakan bagi
       menilai pencapaian kemahiran asas 3M. Program bermula 1999 hingga 2002.
       2000 - Program IPP3M dilancarkan iaitu program jangka panjang bagi mengatasi
       penguasaan kemahiran asas 3M bagi murid tahap 1 di sekolah rendah ( Tahun 1 hingga
       Tahun 3 ). Program IPP3M dilancarkan bersama satu pendekatan P&P secara Pelbagai
       Kecerdasan ( Multiple Intelligences ).

2006 -IPP2M ( Instrumen Penentu Penguasaan 2M ) yang menekankan kepada Bahasa Melayu –

       membaca dan menulis dibina.
       2007 -Ujian Pelepasan 2 KIA 2M telah digunakan untuk pelepasan
       murid pemulihan tahun 3, 4, 5 dan 6.
       KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi

   kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis

   dan mengira.

           Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan

   imbuhan.Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu

   suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah

   atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan

   Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. dan Guru yang mengajar

   kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan

   selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati

   kehendak ‘ menjadikan pulih ‘.

           Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu

   yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

   Kesimpulan Definisi

   Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan

   untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak

   terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan

   rakan mereka yang lain.
   Tujuan Pengajaran Pemulihan

   Berdasarkan Buku Panduan Program Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah untuk Tahap Satu

   Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), tujuan utama pengajaran pemulihan ialah untuk:
   a) Membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-
   kemahiran tertentu.
   b) Membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku
   yang menjejaskan pembelajaran.
   c) Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap
   positif terhadap pembelajaran.
   Tujuan-tujuan pendidikan pemulihan adalah:
   a) Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pemulihan.
   b) Untuk mewujudkan alat-alat diagnostik supaya dapat mengesan
   kesulitan-kesulitan pembelajaran tertentu.

) Mengeluarkan bahan-bahan kurikulum dan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk

   memenuhi keperluan setiap kanak-kanak.
   d) Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak menjadi satu
   kecacatan.
e) Merapatkan hubungan antara guru biasa dan guru khas supaya layanan yang diberi oleh guru

   khas dapat diteguhkan oleh guru biasa.

f) Membentuk komunikasi yang berkesan dengan pakar-pakar dan agensi-agensi untuk

   perkembangan optimum setiap kanak- kanak.
   Ciri-Ciri Murid Pendidikan Pemulihan

   Murid-murid pendidikan pemulihan juga mempunyai bermacam ciri yang membezakannya

   dengan murid-murid yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas.

           Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi

   dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.
   a)
   Dari segi Emosi dan Tingkahlaku
   i. Perasaan rendah diri
   ii. Perasaan risau
   iii. Perasaan sedih, hiba atau duka
   iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
   v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru
   vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
   vii. Pasif
   viii. Malas
   b)
   Sosial
   i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam kelas serta
   mengganggu kawan-kawan.
   ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan
   iii. Gemar menghisap atau menggigit kuku
   iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan
   v. Menangis – enggan masuk darjah
   vi. Hyper aktif
   c) Kesihatan
   i. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
   ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang gemuk/kurus)
   iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan)
   iv. Lemah gerakan motor-kasar dan halus
   v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
   vi. Kurang menjaga kebersihan diri.
   d) Kesediaan Belajar
   i. Belum bersedia untuk belajar
   ii. Perbendaharaan kata kurang
   iii. Lemah pemahaman
   iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan
   v. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.
   e) Pengamatan
   i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
   ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak
   iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
   iv. Lambat mengkelaskan benda.
v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
viii. Tidak kreatif
ix. Lemah pergerakan dan perbuatan
x. Lemah daya pemikiran / ingatan
xi. Tidak boleh mengingat kembali
Punca-punca
permasalahan
pembelajaran
kanak-kanak
Pemulihan.
Dalam penyampaian kertas kerja untuk pensyarah-pensyarah
maktab perguruan bertajukPengenalan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menganjurkan ciri-ciri kanak-kanak pemulihan
sebagai “ murid-murid di kelas biasa “ yang menghadapi :
a) Masalah pembelajaran dengan sebab:
i) Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
ii) Tidak hadir ke sekolah
iii) Cuai dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
v) Leka dan lambat
b) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran termasuklah masalah :
i) peribadi
ii) psikologi
iii) kurang kecerdasan – lambat berfikir dan bertindak.
iv) lekas lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan.

Pada umumnya, murid-murid pemulihan ini tidak mempunyai masalah kecacatan akal atau

terencat akal. Bagi murid yang menghadapi masalah yang lebih serius, kerjasama pakar dan

pihak-pihak tertentu diperlukan. Murid-murid ini ditempatkan di kelas khas di sekolah biasa

atau di sekolah yang sesuai untuknya. Dengan nama lain, murid ini dipanggil ‘ murid

pendidikan khas ‘.

Kini kanak-kanak pemulihan dikenal pasti sebagai murid-murid dalam Tahap 1 iaitu dari

tahun 1 hingga tahun3, yang kerap menunjukkan kesulitan untuk membaca, menulis,

mengira,

mendengar, berfikir, bercakap, melukis, mentaakul, memahami dan mengingatkan kembali.

Mereka juga menunjukkan kesulitan untuk membuat kerja-kerja atau pergerakan yang

memerlukan penggunaan koordinasi otot-otot seni.
Kesulitan belajar ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti di
bawah :
a) Perkembangan dan kematangan jasmani, emosi, intelek dan sosial yang
bermasalah.
b) Makanan dan pemakanan yang tidak sempurna.
c) Penerimaan baka yang cacat.
  d) Alam sekitar yang tidak mencabar akal atau rencat budaya.
  e) Salah diasuh atau diajar
  f) Kesediaan untuk belajar lewat, dan pengajaran diberi sebelum berlakunya
  kesediaan.
  g) Otak yang tidak berfungsi dengan betul dan sempurna.
  h) Kecacatan sejak dilahirkan atau disebabkan oleh kecelakaan dan berbagai-
  bagai sebab lagi.
  PEMULIHAN
  Konsep Pemulihan:
  •

  Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh.
  •

  Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau
  membetulkan sesuatu yang tidak betul.
  •

  Program Pendidikan Pemulihan adalah

~ satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami

  kesusahan pembelajaran dalm darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri

  oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau

  dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
  ~
  satu pembelajaran kesedaran bertujuan untuk membolehkan murid
  menjalinkan kontak
  mesra dengan persekitarannya.
  ~
  satu program yang lebih sesuai untuk murid-murid yang lemah dalam
  pencapaian akademik mereka.
  Tujuan dan Rasional Pendidikan Pemulihan:
  •

  Untuk membantu murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang
  belum dicapainya dalam pelajaran lampau. Untuk membantu murid dalam
  memperkembangkan diri dan menunjukkan
  potensi mereka.
  •

  Untuk membantu murid memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam
  menyelesaikan masalah.
  •

  Untuk membantu murid membina keyakinan diri.
  •

  Unruk membantu murid yagn lemah membina konsep sesuatu kemahiran
  dengan betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini.
  •

  Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sesuatu mata pelajaran
  misalnya matematik mengikut kebolehannya.
  •

  Sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas KBSR ialah
  disebabkan oleh PERBEZAAN INDIVIDU.
  •

  Perbezaan individu ini perlu dijadikan satu pedoman atau pegangan guru
  dalam usaha merancangkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
  ~ menjalankan ujian dignostik
  Masalah Pembelajaran:
  •
Masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang menyebabkan mereka
memerlukan kelas pemulihan
•

Boleh merupakan satu masalah kecil atau besar yang menjejaskan proses
pembelajaran murid-murid itu di dalam bilik darjah.
•


Terdapat beberapa masalah pembelajaran yang dikenalpasti di mana murid- murid yang

menunjukkan ciri-ciri masalah ini perlu menjalankan kelas pemulihan
•

Jenis-jenis Masalah Pembelajaran:
~ Belajar secara lambat, selalu gagal
~ Pencapaian akademik yang tidak tinggi kerana penyesuaian diri dan konsep
kendiri yang rendah.
~ Kerencatan akal menyebabkan pencapaian akademik yang lebih rendah
daripada potensi
sepenuh.
~ Kekurangan sosial: mempunyai kemahiran interpersonal yang rendah dan
tidak suka
melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
~ Mundur prestasinya tidak sebaik yang dijangkakan
Faktor-faktor Penyebab:
•

Faktor-faktor penyebab yang menyebabkan murid memerlukan
pendidikan pemulihan
(i)Faktor psikologi
•

Faktor kecerdasan mental
~ Semua murid mempunyai kecerdasan mental yang berbeza yang
mungkin disebabkan
oleh faktor genetik/diwarisi daripada ibubapa
~ Kesannya: murid-murid tidak dapat mengikuti pengajaran guru pada
kadar atau
intensiti yang sama
•

Faktor emosi yang tidak stabil
~ Murid-murid tidak dapat membuat penumpuan mental dan latihan-
latihan dengan baik di dalam bilik darjah
~ Murid-murid tidak berminat untuk mengikuti pengajaran guru
~Kesannya: murid-murid sering ketinggalan dalam pembelajaran akademiknya
(ii) Faktor Biologi/Kesihatan
•

Murid-murid mempunyai masalah kesihatan • Kesannya: murid-murid tidak dapat
menumpukan perhatian kepada pengajaran guru

Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan otak/neurologi

~ mereka tidak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik

~ mereka mempunyai masalah tingkah laku
(iii) Faktor Persekitaran
•

Masalah bahasa
~ Masalah bahasa merupakan salah satu masalah pembelajaran di
mana murid-murid
tidak dapat menguasai bahasa dengan baik atau mempunyai masalah
menyebut
perkataan atau membaca.
~ Untuk mengatasi masalah ini, guru mesti memastikan yang murid-
murid dalam kelas
pemulihan nanti perlu didedahkan kepada pengalaman-pengalaman
bacaan yang positif
serta mengikut satu program bacaan yang berkesan
•

Amalan Sekolah
Guru-guru sibuk menyiapkan sukatan pelajaran
Aspek kemampuan murid yang pelbagai diabaikan
Wujud jurang akademik yang besar di antara murid
Murid-murid mundur dalam pembelajaran
Memerlukan pendidikan pemulihan
Amalan ini merujukkan kepada pengajaran guru, cara pentadbiran serta susunan kurikulum
yang tidak

    mengambil kira keupayaan murid yang pelbagai
(iv)
Faktor Emosi dan Sosial
•

Kanak-kanak yang terencat dalam pembelajaran mungkin bersifat

lebih ganas dan agresif.

~ sangat sensitif kepada kritikan guru

~ menunjukkan respon negatif dalan situasi tertentu

~ tidak dapat menyelesiakan masalah mereka dengan positif
•


Untuk murid-murid seperti ini, guru perlu meningkatkan tahap motivasi dan aspirasi murid-

murid serta memastikan murid-murid mempunyai sikap positif terhadap buku dan bahan

pembacaan
Cara mengesan murid bermasalah

Masalah yang dihadapinya adalah bagaimana hendak mengesan masalah murid yang
diajarnya. Saya pun memberikan pandangan berikut ;

    1.   Pemerhatian
    2.   Pentafsiran rekod prestasi
    3.   Pentafsiran rekod profil
    4.   Ujian kertas dan pensel
    5.   Temu bual dengan guru darjah
    6.   Temu bual dengan ibu bapa / penjaga murid.

PEMERHATIAN ;

Guru boleh melakukan pemerhatian ini secara tidak langsung di bilik darjah masing.
Melalui cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya
dari aspek emosi, ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan
perubahan tingkah laku.

Dalam strategi ini ada beberapa teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan.
Antaranya :

   1. Teknik pemerhatian dengan senarai semak
   2. Pemerhatian di luar bilik darjah
   3. Pemerhatian tingkah laku

PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI

Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian
akademik murid dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam
kelas.

Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu guru menilai secara jangka
panjang dan membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-murid
mereka.

Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi
akademik, perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak. Melalui sumber berkenaan,
ibu bapa dapat membantu pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan
tanggungjawab sebagai penjaga dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah

REKOD PROFIL

Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran
yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.

UJIAN KERTAS dan PENSEL

Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji
penguasaan bahasa murid.

TEMU BUAL dengan GURU DARJAH

Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yan
hendak dikenal pasti. Melalui teknik ini, guru akan dapat maklumat seperti kehadiran,
pencapaian akademik, tingkah laku dan perbezaan individu.

TEMU BUAL dengan IBU BAPA

Saya kerap menggunakan kaedah ini kerana ibu bapalah individu yang paling rapat
dengan murid di rumah selain guru semasa di sekolah. Banyak maklumat yang boleh
diperolehi daripada ibu bapa berkaitan murid termasuklah latar sosio-ekonomi keluarga,
faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor kelahiran dan sebagainya.

cikguhaidi.wordpress.com/.../strategi-mengesan-masalah-pembelajaran-murid /

PENGENALAN
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan
insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi
intelek, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai
pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba
ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip
“menyelesaikan masalah seawal mungkin” supaya tidak menjadi kronik dan
berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan
menengah rendah.

   Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid
mengakibatkan segolongan mereka tercicir atau terbelakang menguasai sesuatu
kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi
pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperolehi pendidikan yang perlu
dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui Program Pemulihan Khas
keperluan-keperluan murid yang mempunyai pencapaian yang rendah akan
dikenalpasti dan dipulihkan.

KONSEP
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas
3M

MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai
kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dikuasai dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ini dalam jangka masa yang ditentukan murid boleh:
a. Menguasai kemahiran asas 3M.
b. Meneruskan pembelajaran di kelas biasa.
c. Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.


Pencalonan Murid Pemulihan Khas

Written by Administrator Thursday, 18 June 2009 23:45
Pencalonan murid untuk mengikuti Program Pemulihan Khas boleh dilakukan
oleh guru biasa, guru besar dan ibu bapa atau penjaga.

•       GURU KELAS boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas
berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran asas 3M, hasil kerja murid
dalam kelas atau keputusan ujian yang diikuti seperti ujian bulanan, semester
atau ujian setiap kemahiran.

•      GURU BESAR boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian
kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di
luar sekolah.

•      IBU BAPA ATAU PENJAGA boleh mencalonkan anak-anak mereka
untuk mengikuti Program Pemulihan Khas berdasarkan masalah pembelajaran
anak mereka.



(Murid Tahun 1 akan terus kekal di kelas mereka tetapi mengikuti program
pemulihan KIA2M. Apabila tahun 2 dan seterusnya baru mereka akan mengikuti
program pemulihan khas sekiranya masih belum menguasai kemahiran asas
3M)

PENGUMPULAN MAKLUMAT

Maklumat peribadi dan prestasi murid akan dapat menolong guru pemulihan
khas memahami murid yang dicalonkan. Ini membolehkan guru pemulihan khas
membuat keputusan samada murid itu akan mengikuti program pemulihan khas
atau sebaliknya. Daripada rekod peribadi guru pemulihan khas dapat
mengetahui tentang aspek penting seperti kesihatan dan taraf sosio-ekonomi
murid.



Sumber- sumber untuk mendapatkan maklumat adalah seperti berikut:-

GURU BESAR - Berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan.

GURU KELAS - Boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu
berkenaan dengan kehadiran, ketetapan masa ke sekolah dan perhubungan
dengan murid-murid lain.

IBU BAPA - Boleh memberitahu tentang tingkahlaku umum, kegemaran dan
perkara-perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.
Perbincangan dengan ibu bapa amat digalakkan bagi membolehkan
pelaksanaan program Pemuliham Khas berjalan lancar.
Objektif Program Pemulihan Khas
3. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan
    kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan
    pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan
    potensi serta minat mereka

   JENIS-JENIS PROGRAM
   Pemulihan Dalam Kelas
Pemulihan KBSR
   dalam kelas biasa - bantu murid lemah menguasai
   kemahiran yang telah dipelajari
KIA2M
   oleh BPK -bantu murid th 1 menguasai kemahiran asas
   2M (membaca dan menulis) dikehendaki menduduki
   Ujian Pelepasan sebelum di’bebas’kan
   gagal Ujian Pelepasan 3 – masuk ke kelas
PROTIM
Program Pemulihan 3M
   Membantu murid th 6 menguasai 3M
   Dilaksana selepas menduduki UPSR
   www.scribd.com › Presentations › School Work

   Peranan Guru Biasa Dalam Pelaksaan Pemulihan
   •


   Untuk proses pemulihan menjadi efektif, ia perlu dijalankan pada peringkat pra sekolah atau

   awal sekolah rendah. Ia diperlukan di peringkat sekolah menengah jika seseorang pelajar

   memerlukannya
   •

   Pencari dan pemulih kelemahan murid-murid
   •

   Menjalankan ujian dignostik
   Seseorang guru berjaya atau tidak dalam melaksanakan program pendidikan

   pemulihan bergantung kepada:

   a) kebolehan dan kecekapannya

   b) kerjasama dari rakan-rakan sejawat dan guru besar

   c) sokongan dari pihak sekolah
d) kemahiran mengendalikan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran

e) sumber dan personel yang disediakan dalam sekolah
Aktiviti Pemulihan:
•

Guru menjalankan program bacaan tambahan
~ murid-murid membuat bacaan meluas dengan membuat pelbagai rujukan
daripada buku
dan Internet
~ memberi murid-murid bahan bacaan yang sejajar dengan perkembangan
kognitif murid-
murid
~ tujuan: mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam
kelas
Pemulihan
Guru mengalakkan murid-murid membuat kerja projek
~ dijalankan secara individu atau kumpulan
~ contohnya aktiviti projek yang meminta murid-murid membuat sesuatu
hasilan atau
menyelesaikan sesuatu masalah mudah
~ tujuan: menggalakkan murid-murid untuk berfikir menyelesaikan masalah-
masalah dalam
kelas pemulihan
•

Guru memikirkan aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh permainan dna rekreasi
yang penting
~ tujuan: mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dalam
setiap aktiviti pemulihan
•

Guru menggalakkan pembelajaran akses kendiri di kalangan murid-murid
~ murid-murid membina bahan akses kendiri daripada pelbagai media
seperti bahan cetak,
rakaman audio, radio dan computer
~ tujuan: memenuhi keperluan kognitif murid-murid
Bahan-bahan Untuk Aktiviti Pemulihan:
•

Guru perlu menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk
digunakan dalan kelas pemulihan
•

Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan visual yang kurang:
(i)
Bahan-bahan pemulihan mestilah menarik dan berwarna-warni
(ii)
Tulisan yang digunakan dalam bahan pemulihan mesti besar saiznya
•

Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang rendah:
(i)
Guru perlu memberikan semua penerangan dengan suara yang kuat,
terang dan jelas.
Begitu juga dengan alat bantuan mengajar. Untuk murid-murid yang mempunyai
kecergasan fizikal yang rendah:
(i)
Alatan mengajar perlu cukup besar supaya murid-murid boleh
memegangnya atau
memanipulasinya dengan mudah
Konsep Pengayaan:
•


Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih

tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah
Tujuan dan Rasional Pengayaan:
•

Untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada
murid
•

Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka
•


Untuk membekalkan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif,

minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai

bidang
•

Untuk memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima
Jenis-jenis Aktiviti Pengayaan:
•

Sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid
•

Bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri
•

Berbentuk lembaran kerja atau projek
Cara-cara Mengelolakan Aktiviti Pengayaan:
•

Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap
sekolah
•

Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan
bercorak belajar kendiri
•


Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi

ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai


'SIAPA' & 'MENGAPA'
DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN
Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan
Penulis: Syed Abu Bakar Syed Akil
Penerbit: DBP

No. KK: 370 68253101
No. ISBN: 9836241027
Tahun Terbitan: 1997

Harga Buku: RM24.00

Harga Kami: RM19.20
Jimat: RM 4.80 ( 20% )
.Sinopsis Buku
"Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan cuba membuka satu lembaran
baru bagi ibu bapa dan guru-guru untuk mengenali masalah kesulitan pembelajaran
kanak-kanak sejak awal-awal lagi. Beberapa petanda dan ujian yang mudah untuk
mengenali masalah tersebut dibincangkan dalam buku ini. Selain itu, buku ini juga
membincangkan faktor yang mempengaruhi keupayaan pembelajaran kanak-kanak
seperti faktor genetik, proses pengamatan, proses penerimaan, pemikiran dan
pernyataan. Pelunjuran program pemulihan atau saringan dibuat, cara
menggubalkan ujian saringan, ujian diagnostik adalah satu cara merekodkan
keputusan. Teknik pengajaran juga diberi untuk membimbing guru dalam pendidikan
pemulihan.""
Aktiviti Pemulihan dan Pengayaan

More Related Content

What's hot

09 topik 2 pengajaran makro
09 topik 2  pengajaran makro09 topik 2  pengajaran makro
09 topik 2 pengajaran makroLailaBadriah
 
Belajar Cara Belajar
Belajar Cara BelajarBelajar Cara Belajar
Belajar Cara Belajarzabidah awang
 
Novi umi bimawati 10410205 pbsi
Novi umi bimawati 10410205 pbsiNovi umi bimawati 10410205 pbsi
Novi umi bimawati 10410205 pbsiNovi-Umi-Bimawati
 
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteriKonsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteriHishamuddin Jabar
 
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)PuputPamela
 
Modelpembelajaranmatematika
ModelpembelajaranmatematikaModelpembelajaranmatematika
ModelpembelajaranmatematikaSyam Sheya
 
Lk modul10-resume kb 4-asrofin-ski2
Lk  modul10-resume kb 4-asrofin-ski2Lk  modul10-resume kb 4-asrofin-ski2
Lk modul10-resume kb 4-asrofin-ski2muhammadaliasrofin
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makronanisaaid
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROkeryman313
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroAfifah Yusoff
 
PERENCANAAN PEMBELAJARAN
PERENCANAAN PEMBELAJARANPERENCANAAN PEMBELAJARAN
PERENCANAAN PEMBELAJARANIna Wati
 
Pembelajaran masteri,pnp,
Pembelajaran masteri,pnp, Pembelajaran masteri,pnp,
Pembelajaran masteri,pnp, Nanda Kishore
 
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan pengajaran dan pembelajaranPengurusan pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan pengajaran dan pembelajaranMohd Ridzuan
 

What's hot (19)

09 topik 2 pengajaran makro
09 topik 2  pengajaran makro09 topik 2  pengajaran makro
09 topik 2 pengajaran makro
 
Belajar Cara Belajar
Belajar Cara BelajarBelajar Cara Belajar
Belajar Cara Belajar
 
Bcb
BcbBcb
Bcb
 
Novi umi bimawati 10410205 pbsi
Novi umi bimawati 10410205 pbsiNovi umi bimawati 10410205 pbsi
Novi umi bimawati 10410205 pbsi
 
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteriKonsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
 
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)
Pendidikan Anak Berbakat (Gifted & Talented)
 
Modelpembelajaranmatematika
ModelpembelajaranmatematikaModelpembelajaranmatematika
Modelpembelajaranmatematika
 
Lk modul10-resume kb 4-asrofin-ski2
Lk  modul10-resume kb 4-asrofin-ski2Lk  modul10-resume kb 4-asrofin-ski2
Lk modul10-resume kb 4-asrofin-ski2
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
Mastery learning
Mastery learningMastery learning
Mastery learning
 
3. bahan ajar rpp
3. bahan ajar rpp3. bahan ajar rpp
3. bahan ajar rpp
 
Bg ucok i
Bg ucok iBg ucok i
Bg ucok i
 
Jurnal Belajar
Jurnal BelajarJurnal Belajar
Jurnal Belajar
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
PERENCANAAN PEMBELAJARAN
PERENCANAAN PEMBELAJARANPERENCANAAN PEMBELAJARAN
PERENCANAAN PEMBELAJARAN
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
Pembelajaran masteri,pnp,
Pembelajaran masteri,pnp, Pembelajaran masteri,pnp,
Pembelajaran masteri,pnp,
 
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan pengajaran dan pembelajaranPengurusan pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
 

Viewers also liked

Lengua castellana 2011
Lengua castellana 2011Lengua castellana 2011
Lengua castellana 2011carmeneht
 
Pelan tindakan internship
Pelan tindakan internshipPelan tindakan internship
Pelan tindakan internshipRashadah Hj Isa
 
The beautiful butterfly
The beautiful butterflyThe beautiful butterfly
The beautiful butterflyAnne Ong
 
Adquisiciones ef 2015 (1)
Adquisiciones ef 2015 (1)Adquisiciones ef 2015 (1)
Adquisiciones ef 2015 (1)quira1967
 

Viewers also liked (7)

Lengua castellana 2011
Lengua castellana 2011Lengua castellana 2011
Lengua castellana 2011
 
Service powerpoint2
Service powerpoint2Service powerpoint2
Service powerpoint2
 
Pelan tindakan internship
Pelan tindakan internshipPelan tindakan internship
Pelan tindakan internship
 
The beautiful butterfly
The beautiful butterflyThe beautiful butterfly
The beautiful butterfly
 
Adquisiciones ef 2015 (1)
Adquisiciones ef 2015 (1)Adquisiciones ef 2015 (1)
Adquisiciones ef 2015 (1)
 
Introducing DiveNation
Introducing DiveNationIntroducing DiveNation
Introducing DiveNation
 
CALIFORNIA
CALIFORNIACALIFORNIA
CALIFORNIA
 

Similar to Aktiviti Pemulihan dan Pengayaan

Pengaruh pembelajaran remedial terhadap kesulitan belajar siswa
Pengaruh pembelajaran remedial terhadap kesulitan belajar siswaPengaruh pembelajaran remedial terhadap kesulitan belajar siswa
Pengaruh pembelajaran remedial terhadap kesulitan belajar siswaSindy Artilita
 
17. Laporan evaluasi dan refleksi diri.docx
17. Laporan evaluasi dan refleksi diri.docx17. Laporan evaluasi dan refleksi diri.docx
17. Laporan evaluasi dan refleksi diri.docxTssupraptoTo
 
Konsep pengayaan
Konsep pengayaan Konsep pengayaan
Konsep pengayaan sintaroyani
 
RemidialDanPengayaanDalamKurikulumMerdekaOke.pptx
RemidialDanPengayaanDalamKurikulumMerdekaOke.pptxRemidialDanPengayaanDalamKurikulumMerdekaOke.pptx
RemidialDanPengayaanDalamKurikulumMerdekaOke.pptxMarryAlbert
 
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri
Pembelajaran MasteriSabreenaKamal
 
Andy Write
Andy WriteAndy Write
Andy WriteGus Andy
 
Pedagogik guru
Pedagogik guruPedagogik guru
Pedagogik guruGus Andy
 
1. menguasai karakteristik peserta didik
1. menguasai karakteristik peserta didik1. menguasai karakteristik peserta didik
1. menguasai karakteristik peserta didikEko Supriyadi
 
Pendekatan pengajaran individual
Pendekatan pengajaran individualPendekatan pengajaran individual
Pendekatan pengajaran individualNastiti Rahajeng
 
PEMBELAJARAN TUNTAS, REMEDIAL, PENGAYAAN
PEMBELAJARAN TUNTAS, REMEDIAL, PENGAYAANPEMBELAJARAN TUNTAS, REMEDIAL, PENGAYAAN
PEMBELAJARAN TUNTAS, REMEDIAL, PENGAYAANNASuprawoto Sunardjo
 
Isi asgmt pemulihan dan pengayaan
Isi asgmt pemulihan dan pengayaanIsi asgmt pemulihan dan pengayaan
Isi asgmt pemulihan dan pengayaanUlin Zuliha Baharom
 
Model behaviour
Model behaviourModel behaviour
Model behaviourEvian Teoh
 
Tgs pgyaan en pncpaian indktor
Tgs pgyaan en pncpaian indktorTgs pgyaan en pncpaian indktor
Tgs pgyaan en pncpaian indktorcuqonk
 
PEMANTAPAN KEMAMPUAN MENGAJAR.pptx
PEMANTAPAN KEMAMPUAN MENGAJAR.pptxPEMANTAPAN KEMAMPUAN MENGAJAR.pptx
PEMANTAPAN KEMAMPUAN MENGAJAR.pptxAsalAsalan17
 

Similar to Aktiviti Pemulihan dan Pengayaan (20)

Pengaruh pembelajaran remedial terhadap kesulitan belajar siswa
Pengaruh pembelajaran remedial terhadap kesulitan belajar siswaPengaruh pembelajaran remedial terhadap kesulitan belajar siswa
Pengaruh pembelajaran remedial terhadap kesulitan belajar siswa
 
17. Laporan evaluasi dan refleksi diri.docx
17. Laporan evaluasi dan refleksi diri.docx17. Laporan evaluasi dan refleksi diri.docx
17. Laporan evaluasi dan refleksi diri.docx
 
Konsep pengayaan
Konsep pengayaan Konsep pengayaan
Konsep pengayaan
 
RemidialDanPengayaanDalamKurikulumMerdekaOke.pptx
RemidialDanPengayaanDalamKurikulumMerdekaOke.pptxRemidialDanPengayaanDalamKurikulumMerdekaOke.pptx
RemidialDanPengayaanDalamKurikulumMerdekaOke.pptx
 
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri
 
Evadir Kelas 6B.pdf
Evadir Kelas 6B.pdfEvadir Kelas 6B.pdf
Evadir Kelas 6B.pdf
 
Modul 3 kb 4
Modul 3 kb 4Modul 3 kb 4
Modul 3 kb 4
 
Andy Write
Andy WriteAndy Write
Andy Write
 
Pedagogik guru
Pedagogik guruPedagogik guru
Pedagogik guru
 
1. menguasai karakteristik peserta didik
1. menguasai karakteristik peserta didik1. menguasai karakteristik peserta didik
1. menguasai karakteristik peserta didik
 
Pendekatan pengajaran individual
Pendekatan pengajaran individualPendekatan pengajaran individual
Pendekatan pengajaran individual
 
PEMBELAJARAN TUNTAS, REMEDIAL, PENGAYAAN
PEMBELAJARAN TUNTAS, REMEDIAL, PENGAYAANPEMBELAJARAN TUNTAS, REMEDIAL, PENGAYAAN
PEMBELAJARAN TUNTAS, REMEDIAL, PENGAYAAN
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Isi asgmt pemulihan dan pengayaan
Isi asgmt pemulihan dan pengayaanIsi asgmt pemulihan dan pengayaan
Isi asgmt pemulihan dan pengayaan
 
Model behaviour
Model behaviourModel behaviour
Model behaviour
 
Tgs pgyaan en pncpaian indktor
Tgs pgyaan en pncpaian indktorTgs pgyaan en pncpaian indktor
Tgs pgyaan en pncpaian indktor
 
PEMANTAPAN KEMAMPUAN MENGAJAR.pptx
PEMANTAPAN KEMAMPUAN MENGAJAR.pptxPEMANTAPAN KEMAMPUAN MENGAJAR.pptx
PEMANTAPAN KEMAMPUAN MENGAJAR.pptx
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 

Aktiviti Pemulihan dan Pengayaan

  • 1. Pemulihan Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid. Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan kerana murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau dalam jangka masa yang ditetapkan boleh diberikan aktiviti yang lebih mencabar untuk dilaksanakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Murid – murid berbeza dari segi kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran. Oleh itu, untuk memenuhi hasrat menyediakan kemudahan – kemudahan yang cukup serta memberi peluang menerima pelajaran yang sama untuk semua, Rancangan Kurikulum Rendah mengandungi program pemulihan dan pengayaan. Berasaskan prestai murid yang dikesan melalui sistem penilaian, murid – murid yang mencapai taraf yang ditentukan diberi peluang mengikuti program pengayaan. Murid – murid yang tidak mencapai taraf tersebut diberi kegiatan pemulihan. Sungguhpundemikian, mereka juga akan mendapat peluang mengikuti aktiviti – aktiviti pengayaan berdasarkan kebolehan dan keupayaan mereka. Langkah2 Khusus Dalam Pengelolaan Sesi Pemulihan 1. Mengenal pasti murid2 2. Penganalisisan Masalah 3. Perancangan dan penyedian bahan 4. Pengajaran dan pembelajaran 5. Ujian dan penilaian 6. Tindakan susulan Mengenal Pasti murid - Memerhatikan murid belajar - Temu ramah interaksi dengan murid - Menganalisis hasil kerja bertulis - Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan murid lambat daripada kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas. 2. Menganalisis Masalah - Menganalisis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid tertentu - Ujian diagnostik biasanya digunakan untuk menentukan punca kelemahan
  • 2. murid selepas sesuatu kemahiran dijalankan. - Guru hanya memulihkan masalah pembelajaran sahaja. Masalah lain dirujuk kepada pihak tertentu. 3. Perancangan dan Penyediaan Bahan (Membuat perancangan) - Membuat rancangan program pemulihan berdasarkan punca kelemahan pembelajaran murid yang berkenaan. - Guru harus mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran pemulihan Guru harus mematuhi prinsip tersebut : Aktiviti p&p harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang dikesan -Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak dan daripada mudah kepada susah mengikut kebolehan dan pengalaman murid Di peringkat permulaan, pelnagai jenis ABM perlu digunakan untuk membantu murid2 memahami konsep yang diperlukan dalam menguasai kemahiran. - Semua simbol dan istilah harus dikaitkan dengan pengalaman murid atau alat bantu mengajar supaya murid itu dapat mengenal pasti kesilapan yang telah dilakukan dahulu. - Latihan congak dan latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran guru. (utk matematik). Soalan2 yg diberikan harusalah daripada mudah kepada susah, demi membina keyakinan murid terhadap kebolehan mempelajarinya. - Aktiviti penilaian harus diberikan kepada murid selepas aktiviti latihan bertulis di dalam kelas. Oleh itu, guru perlu merancang dan menyediakan soalan secara bertulis. Penilaian ini akan menentukan sama ada objektif pengajaran itu tercapai atau tidak. . Pengajaran dan pembelajaran - Melaksanakan pengajaran pemulihan yang telah dirancang - Pengajaran pemulihan dalam kelas biasa dijalankan semasa murid2 lain membuat latihan atau menjalani aktiviti pengayaan. - Semua aktiviti pemulhan hendaklah ditumpukan kepada pengajaran satu kemahiran tertentu - Masa yang digunakan biasanya di antara 10-15 minit. - Aktiviti ujian/penilaian harus diadakan selepas pengajaran pemulihan.
  • 3. Keputusan penilaian haruslah dimasukkan dalam profil murid. Rekod ini akan menjadi rujukan untuk merancang aktiviti p&p seterusnya. 5. Ujian dan Penilaian - Aktiviti ujian /penilaian harus diadakan selepas pengajaran pemulihan. -Keputusan penilaian haruslah dimasukkan dalam profil murid. Rekod ini akan menjadi rujukan untuk merancang aktiviti p&p seterusnya. 6. Tindakan Susulan Murid pemulihan / bermasalah telah berjaya dalam program pemulihan itu, mereka boleh mengikuti pelajaran baru dengan murid sekelas yang lain. - Jika murid pemulihan masih gagal, guru harus menggunakan senarai semak untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang dijalankan. Senarai Semak Tanda 1. Adakah program dirancang berdasarkan punca kelemahan murid 2. Adakah program disediakan mengikut pengalaman dan kebolehan murid. 3. Adalah objektif pengajaran terlalu tinggi? 4. Adakah penggunaan ABM berkesan? 5. Adakah langkah2 mengajar dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak? 6. Adakah masa pengajaran mencukupi 7. Adakah aktiviti pemulihan itu menarik minat murid? 8. Adakah aktiviti pembelajaran yang diberikan kepada muridmencukupi? 9. Adakah latihan diberikan sejajar dengan objektif pengajaran? 10. Adakah latihan itu terlalu sukar? Berdasarkan senarai semak, guru boleh ambil tindakan berikut: – Merancang semula program pemulihan – Merujuk murid kepada guru pemulihan khas. Pengayaan - Penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti-aktiviti tambahan kepada murid- murid yg dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal dari itu. Dalam program pengayaan, murid-murid akan dapat meluaskan pengetahuan
  • 4. berhubung dengan perkara –perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaranberkenaan secara mendatar. Sementara itu, murid –murid yang diberi kegiatan pemulihan berpeluang mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi di dalam unit pembelajaran berkenaan. Dengan cara ini, semua murid dapat memulakan sesuatu unit pembelajaran bersama –sama. Walau bagaimanapun, murid – murid yang mengikuti kegiatan pemulihan berpeluang juga membuat kegiatan pengayaan - Aktiviti-aktiviti pengayaan dibahagikan kepada dua kategori: 1. Pilihan murid – tidak formal 2. Pilihan guru – formal Konsep Pendidikan Pengayaan -Pengayaan ialah aktiviti2 tambahan kepada aktiviti2 asas pembelajaran yang djalankan sam ada di dalam atau di luar waktu sekolah. - Ia mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari Melalui aktiviti2 ini murid akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan minat murid, daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat satu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. Objektif pengayaan -Membolehkan murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka. -Menambahkan minat dan pengalaman yang boleh menbantu ke arah perkembangan diri. -Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat mereka. -Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan daripada pelbagai bahan dan sumber pengetahuan. -Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan murid menerusan pembelajaran seumur hidup. -Melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri. -Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan ke peringkat yang tinggi sesuai dengan kemampuan mereka. Sekiranya terdapat murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang tidak boleh diatasi oleh guru di bilik darjah murid itu seharusnya diberi tumpuan khas oleh pihak tertentu seperti guru pemulihan khas. .
  • 5. Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, program Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru melalui program pemulihan khas, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Latar Belakang / Sejarah Pendidikan Pemulihan di Malaysia 1967 - Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program Pemulihan dengan menggunakan strategi “ Withdrawal System.....” 1975 -Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek “Pendidikan Imbuhan” bagi Tahap 1 ( Tahun 1 hingga Tahun 3) dengan menggunakan strategi di mana pemulihan dijalankan oleh guru kelas / guru mata pelajaran. 1994 -Program Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkanaktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas KBSR. 1999 - Program jangka pendek (INTERVENSI 3M) diperkenalkan khas untuk murid tahun 4 di sekolah rendah dan Tingkatan 1/peralihan. Instrumen IPCH digunakan bagi menilai pencapaian kemahiran asas 3M. Program bermula 1999 hingga 2002. 2000 - Program IPP3M dilancarkan iaitu program jangka panjang bagi mengatasi penguasaan kemahiran asas 3M bagi murid tahap 1 di sekolah rendah ( Tahun 1 hingga Tahun 3 ). Program IPP3M dilancarkan bersama satu pendekatan P&P secara Pelbagai Kecerdasan ( Multiple Intelligences ). 2006 -IPP2M ( Instrumen Penentu Penguasaan 2M ) yang menekankan kepada Bahasa Melayu – membaca dan menulis dibina. 2007 -Ujian Pelepasan 2 KIA 2M telah digunakan untuk pelepasan murid pemulihan tahun 3, 4, 5 dan 6. KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN
  • 6. Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. dan Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak ‘ menjadikan pulih ‘. Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat. Kesimpulan Definisi Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain. Tujuan Pengajaran Pemulihan Berdasarkan Buku Panduan Program Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah untuk Tahap Satu Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), tujuan utama pengajaran pemulihan ialah untuk: a) Membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran- kemahiran tertentu. b) Membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran. c) Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Tujuan-tujuan pendidikan pemulihan adalah: a) Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pemulihan. b) Untuk mewujudkan alat-alat diagnostik supaya dapat mengesan kesulitan-kesulitan pembelajaran tertentu. ) Mengeluarkan bahan-bahan kurikulum dan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan setiap kanak-kanak. d) Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak menjadi satu kecacatan.
  • 7. e) Merapatkan hubungan antara guru biasa dan guru khas supaya layanan yang diberi oleh guru khas dapat diteguhkan oleh guru biasa. f) Membentuk komunikasi yang berkesan dengan pakar-pakar dan agensi-agensi untuk perkembangan optimum setiap kanak- kanak. Ciri-Ciri Murid Pendidikan Pemulihan Murid-murid pendidikan pemulihan juga mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan murid-murid yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas. Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan. a) Dari segi Emosi dan Tingkahlaku i. Perasaan rendah diri ii. Perasaan risau iii. Perasaan sedih, hiba atau duka iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan. vii. Pasif viii. Malas b) Sosial i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam kelas serta mengganggu kawan-kawan. ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan iii. Gemar menghisap atau menggigit kuku iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan v. Menangis – enggan masuk darjah vi. Hyper aktif c) Kesihatan i. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan. ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang gemuk/kurus) iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan) iv. Lemah gerakan motor-kasar dan halus v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk. vi. Kurang menjaga kebersihan diri. d) Kesediaan Belajar i. Belum bersedia untuk belajar ii. Perbendaharaan kata kurang iii. Lemah pemahaman iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan v. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat. e) Pengamatan i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan. ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah. iv. Lambat mengkelaskan benda.
  • 8. v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru. vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah. vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang. viii. Tidak kreatif ix. Lemah pergerakan dan perbuatan x. Lemah daya pemikiran / ingatan xi. Tidak boleh mengingat kembali Punca-punca permasalahan pembelajaran kanak-kanak Pemulihan. Dalam penyampaian kertas kerja untuk pensyarah-pensyarah maktab perguruan bertajukPengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan ciri-ciri kanak-kanak pemulihan sebagai “ murid-murid di kelas biasa “ yang menghadapi : a) Masalah pembelajaran dengan sebab: i) Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru ii) Tidak hadir ke sekolah iii) Cuai dalam menjalankan aktiviti-aktiviti v) Leka dan lambat b) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran termasuklah masalah : i) peribadi ii) psikologi iii) kurang kecerdasan – lambat berfikir dan bertindak. iv) lekas lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan. Pada umumnya, murid-murid pemulihan ini tidak mempunyai masalah kecacatan akal atau terencat akal. Bagi murid yang menghadapi masalah yang lebih serius, kerjasama pakar dan pihak-pihak tertentu diperlukan. Murid-murid ini ditempatkan di kelas khas di sekolah biasa atau di sekolah yang sesuai untuknya. Dengan nama lain, murid ini dipanggil ‘ murid pendidikan khas ‘. Kini kanak-kanak pemulihan dikenal pasti sebagai murid-murid dalam Tahap 1 iaitu dari tahun 1 hingga tahun3, yang kerap menunjukkan kesulitan untuk membaca, menulis, mengira, mendengar, berfikir, bercakap, melukis, mentaakul, memahami dan mengingatkan kembali. Mereka juga menunjukkan kesulitan untuk membuat kerja-kerja atau pergerakan yang memerlukan penggunaan koordinasi otot-otot seni. Kesulitan belajar ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti di bawah : a) Perkembangan dan kematangan jasmani, emosi, intelek dan sosial yang bermasalah. b) Makanan dan pemakanan yang tidak sempurna.
  • 9. c) Penerimaan baka yang cacat. d) Alam sekitar yang tidak mencabar akal atau rencat budaya. e) Salah diasuh atau diajar f) Kesediaan untuk belajar lewat, dan pengajaran diberi sebelum berlakunya kesediaan. g) Otak yang tidak berfungsi dengan betul dan sempurna. h) Kecacatan sejak dilahirkan atau disebabkan oleh kecelakaan dan berbagai- bagai sebab lagi. PEMULIHAN Konsep Pemulihan: • Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. • Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. • Program Pendidikan Pemulihan adalah ~ satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan pembelajaran dalm darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. ~ satu pembelajaran kesedaran bertujuan untuk membolehkan murid menjalinkan kontak mesra dengan persekitarannya. ~ satu program yang lebih sesuai untuk murid-murid yang lemah dalam pencapaian akademik mereka. Tujuan dan Rasional Pendidikan Pemulihan: • Untuk membantu murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau. Untuk membantu murid dalam memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka. • Untuk membantu murid memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam menyelesaikan masalah. • Untuk membantu murid membina keyakinan diri. • Unruk membantu murid yagn lemah membina konsep sesuatu kemahiran dengan betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini. • Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sesuatu mata pelajaran misalnya matematik mengikut kebolehannya. • Sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas KBSR ialah disebabkan oleh PERBEZAAN INDIVIDU. • Perbezaan individu ini perlu dijadikan satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancangkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. ~ menjalankan ujian dignostik Masalah Pembelajaran: •
  • 10. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang menyebabkan mereka memerlukan kelas pemulihan • Boleh merupakan satu masalah kecil atau besar yang menjejaskan proses pembelajaran murid-murid itu di dalam bilik darjah. • Terdapat beberapa masalah pembelajaran yang dikenalpasti di mana murid- murid yang menunjukkan ciri-ciri masalah ini perlu menjalankan kelas pemulihan • Jenis-jenis Masalah Pembelajaran: ~ Belajar secara lambat, selalu gagal ~ Pencapaian akademik yang tidak tinggi kerana penyesuaian diri dan konsep kendiri yang rendah. ~ Kerencatan akal menyebabkan pencapaian akademik yang lebih rendah daripada potensi sepenuh. ~ Kekurangan sosial: mempunyai kemahiran interpersonal yang rendah dan tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. ~ Mundur prestasinya tidak sebaik yang dijangkakan Faktor-faktor Penyebab: • Faktor-faktor penyebab yang menyebabkan murid memerlukan pendidikan pemulihan (i)Faktor psikologi • Faktor kecerdasan mental ~ Semua murid mempunyai kecerdasan mental yang berbeza yang mungkin disebabkan oleh faktor genetik/diwarisi daripada ibubapa ~ Kesannya: murid-murid tidak dapat mengikuti pengajaran guru pada kadar atau intensiti yang sama • Faktor emosi yang tidak stabil ~ Murid-murid tidak dapat membuat penumpuan mental dan latihan- latihan dengan baik di dalam bilik darjah ~ Murid-murid tidak berminat untuk mengikuti pengajaran guru ~Kesannya: murid-murid sering ketinggalan dalam pembelajaran akademiknya (ii) Faktor Biologi/Kesihatan • Murid-murid mempunyai masalah kesihatan • Kesannya: murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran guru Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan otak/neurologi ~ mereka tidak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik ~ mereka mempunyai masalah tingkah laku (iii) Faktor Persekitaran • Masalah bahasa ~ Masalah bahasa merupakan salah satu masalah pembelajaran di mana murid-murid tidak dapat menguasai bahasa dengan baik atau mempunyai masalah
  • 11. menyebut perkataan atau membaca. ~ Untuk mengatasi masalah ini, guru mesti memastikan yang murid- murid dalam kelas pemulihan nanti perlu didedahkan kepada pengalaman-pengalaman bacaan yang positif serta mengikut satu program bacaan yang berkesan • Amalan Sekolah Guru-guru sibuk menyiapkan sukatan pelajaran Aspek kemampuan murid yang pelbagai diabaikan Wujud jurang akademik yang besar di antara murid Murid-murid mundur dalam pembelajaran Memerlukan pendidikan pemulihan Amalan ini merujukkan kepada pengajaran guru, cara pentadbiran serta susunan kurikulum yang tidak mengambil kira keupayaan murid yang pelbagai (iv) Faktor Emosi dan Sosial • Kanak-kanak yang terencat dalam pembelajaran mungkin bersifat lebih ganas dan agresif. ~ sangat sensitif kepada kritikan guru ~ menunjukkan respon negatif dalan situasi tertentu ~ tidak dapat menyelesiakan masalah mereka dengan positif • Untuk murid-murid seperti ini, guru perlu meningkatkan tahap motivasi dan aspirasi murid- murid serta memastikan murid-murid mempunyai sikap positif terhadap buku dan bahan pembacaan Cara mengesan murid bermasalah Masalah yang dihadapinya adalah bagaimana hendak mengesan masalah murid yang diajarnya. Saya pun memberikan pandangan berikut ; 1. Pemerhatian 2. Pentafsiran rekod prestasi 3. Pentafsiran rekod profil 4. Ujian kertas dan pensel 5. Temu bual dengan guru darjah 6. Temu bual dengan ibu bapa / penjaga murid. PEMERHATIAN ; Guru boleh melakukan pemerhatian ini secara tidak langsung di bilik darjah masing. Melalui cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya
  • 12. dari aspek emosi, ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan perubahan tingkah laku. Dalam strategi ini ada beberapa teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan. Antaranya : 1. Teknik pemerhatian dengan senarai semak 2. Pemerhatian di luar bilik darjah 3. Pemerhatian tingkah laku PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas. Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu guru menilai secara jangka panjang dan membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka. Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi akademik, perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak. Melalui sumber berkenaan, ibu bapa dapat membantu pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan tanggungjawab sebagai penjaga dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah REKOD PROFIL Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred. UJIAN KERTAS dan PENSEL Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid. TEMU BUAL dengan GURU DARJAH Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yan hendak dikenal pasti. Melalui teknik ini, guru akan dapat maklumat seperti kehadiran, pencapaian akademik, tingkah laku dan perbezaan individu. TEMU BUAL dengan IBU BAPA Saya kerap menggunakan kaedah ini kerana ibu bapalah individu yang paling rapat dengan murid di rumah selain guru semasa di sekolah. Banyak maklumat yang boleh
  • 13. diperolehi daripada ibu bapa berkaitan murid termasuklah latar sosio-ekonomi keluarga, faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor kelahiran dan sebagainya. cikguhaidi.wordpress.com/.../strategi-mengesan-masalah-pembelajaran-murid / PENGENALAN Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawal mungkin” supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka tercicir atau terbelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperolehi pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui Program Pemulihan Khas keperluan-keperluan murid yang mempunyai pencapaian yang rendah akan dikenalpasti dan dipulihkan. KONSEP Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M MATLAMAT Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. OBJEKTIF Setelah mengikuti program ini dalam jangka masa yang ditentukan murid boleh: a. Menguasai kemahiran asas 3M. b. Meneruskan pembelajaran di kelas biasa. c. Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Pencalonan Murid Pemulihan Khas Written by Administrator Thursday, 18 June 2009 23:45
  • 14. Pencalonan murid untuk mengikuti Program Pemulihan Khas boleh dilakukan oleh guru biasa, guru besar dan ibu bapa atau penjaga. • GURU KELAS boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran asas 3M, hasil kerja murid dalam kelas atau keputusan ujian yang diikuti seperti ujian bulanan, semester atau ujian setiap kemahiran. • GURU BESAR boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah. • IBU BAPA ATAU PENJAGA boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti Program Pemulihan Khas berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka. (Murid Tahun 1 akan terus kekal di kelas mereka tetapi mengikuti program pemulihan KIA2M. Apabila tahun 2 dan seterusnya baru mereka akan mengikuti program pemulihan khas sekiranya masih belum menguasai kemahiran asas 3M) PENGUMPULAN MAKLUMAT Maklumat peribadi dan prestasi murid akan dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang dicalonkan. Ini membolehkan guru pemulihan khas membuat keputusan samada murid itu akan mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Daripada rekod peribadi guru pemulihan khas dapat mengetahui tentang aspek penting seperti kesihatan dan taraf sosio-ekonomi murid. Sumber- sumber untuk mendapatkan maklumat adalah seperti berikut:- GURU BESAR - Berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan. GURU KELAS - Boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran, ketetapan masa ke sekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain. IBU BAPA - Boleh memberitahu tentang tingkahlaku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran. Perbincangan dengan ibu bapa amat digalakkan bagi membolehkan pelaksanaan program Pemuliham Khas berjalan lancar.
  • 15. Objektif Program Pemulihan Khas 3. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka JENIS-JENIS PROGRAM Pemulihan Dalam Kelas Pemulihan KBSR dalam kelas biasa - bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari KIA2M oleh BPK -bantu murid th 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis) dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di’bebas’kan gagal Ujian Pelepasan 3 – masuk ke kelas PROTIM Program Pemulihan 3M Membantu murid th 6 menguasai 3M Dilaksana selepas menduduki UPSR www.scribd.com › Presentations › School Work Peranan Guru Biasa Dalam Pelaksaan Pemulihan • Untuk proses pemulihan menjadi efektif, ia perlu dijalankan pada peringkat pra sekolah atau awal sekolah rendah. Ia diperlukan di peringkat sekolah menengah jika seseorang pelajar memerlukannya • Pencari dan pemulih kelemahan murid-murid • Menjalankan ujian dignostik Seseorang guru berjaya atau tidak dalam melaksanakan program pendidikan pemulihan bergantung kepada: a) kebolehan dan kecekapannya b) kerjasama dari rakan-rakan sejawat dan guru besar c) sokongan dari pihak sekolah
  • 16. d) kemahiran mengendalikan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran e) sumber dan personel yang disediakan dalam sekolah Aktiviti Pemulihan: • Guru menjalankan program bacaan tambahan ~ murid-murid membuat bacaan meluas dengan membuat pelbagai rujukan daripada buku dan Internet ~ memberi murid-murid bahan bacaan yang sejajar dengan perkembangan kognitif murid- murid ~ tujuan: mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam kelas Pemulihan Guru mengalakkan murid-murid membuat kerja projek ~ dijalankan secara individu atau kumpulan ~ contohnya aktiviti projek yang meminta murid-murid membuat sesuatu hasilan atau menyelesaikan sesuatu masalah mudah ~ tujuan: menggalakkan murid-murid untuk berfikir menyelesaikan masalah- masalah dalam kelas pemulihan • Guru memikirkan aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh permainan dna rekreasi yang penting ~ tujuan: mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dalam setiap aktiviti pemulihan • Guru menggalakkan pembelajaran akses kendiri di kalangan murid-murid ~ murid-murid membina bahan akses kendiri daripada pelbagai media seperti bahan cetak, rakaman audio, radio dan computer ~ tujuan: memenuhi keperluan kognitif murid-murid Bahan-bahan Untuk Aktiviti Pemulihan: • Guru perlu menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk digunakan dalan kelas pemulihan • Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan visual yang kurang: (i) Bahan-bahan pemulihan mestilah menarik dan berwarna-warni (ii) Tulisan yang digunakan dalam bahan pemulihan mesti besar saiznya • Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang rendah: (i) Guru perlu memberikan semua penerangan dengan suara yang kuat, terang dan jelas. Begitu juga dengan alat bantuan mengajar. Untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan fizikal yang rendah: (i) Alatan mengajar perlu cukup besar supaya murid-murid boleh memegangnya atau
  • 17. memanipulasinya dengan mudah Konsep Pengayaan: • Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah Tujuan dan Rasional Pengayaan: • Untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada murid • Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka • Untuk membekalkan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang • Untuk memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima Jenis-jenis Aktiviti Pengayaan: • Sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid • Bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri • Berbentuk lembaran kerja atau projek Cara-cara Mengelolakan Aktiviti Pengayaan: • Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah • Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri • Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai 'SIAPA' & 'MENGAPA' DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan Penulis: Syed Abu Bakar Syed Akil Penerbit: DBP No. KK: 370 68253101 No. ISBN: 9836241027 Tahun Terbitan: 1997 Harga Buku: RM24.00 Harga Kami: RM19.20 Jimat: RM 4.80 ( 20% )
  • 18. .Sinopsis Buku "Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan cuba membuka satu lembaran baru bagi ibu bapa dan guru-guru untuk mengenali masalah kesulitan pembelajaran kanak-kanak sejak awal-awal lagi. Beberapa petanda dan ujian yang mudah untuk mengenali masalah tersebut dibincangkan dalam buku ini. Selain itu, buku ini juga membincangkan faktor yang mempengaruhi keupayaan pembelajaran kanak-kanak seperti faktor genetik, proses pengamatan, proses penerimaan, pemikiran dan pernyataan. Pelunjuran program pemulihan atau saringan dibuat, cara menggubalkan ujian saringan, ujian diagnostik adalah satu cara merekodkan keputusan. Teknik pengajaran juga diberi untuk membimbing guru dalam pendidikan pemulihan.""