SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  46
BENDALIR BADAN,
APLIKASI DAN TAHARAH
HAID
HAID
o Darah kotor yang mengalir setiap bulan
daripada rahim wanita baligh.
o Ia adalah darah fitrah bukan disebabkan
kecederaan, bersalin atau penyakit, dll.
o Mengikut syarak juga bermaksud sama:
Darah yang keluar dari rahim wanita yang
sihat pada masa-masa khusus.
HAID YANG NORMAL
o Haid pertama (menarke) menandakan
permulaan usia baligh. Sekitar 9 tahun
(menurut Imam Syafie).
o Tempoh?
• Kebiasaannya selama 6-7 hari.
TEMPOH MINIMUM HAID?
o Paling pendek adalah 24 jam. Ada 2
keadaan:
1. Haid keluar berterusan melalui faraj ataupun
hanya terdapat darah dalam saluran faraj tanpa
mengalir keluar selama 24 jam. Keadaan ini
boleh disahkan dengan memasukkan kapas ke
dalam saluran faraj dan didapati kapas itu
mempunyai kesan darah.
2. Apabila darah mengalir secara terputus-putus
dalam masa 15 hari 15 malam ataupun kurang,
hitung bilangan jam kedatangan darah itu.
Apabila didapati jumlah jam terkumpul adalah
24 jam, ia masih dikira haid. Masa suci antara
darah yang keluar terputus-putus itu masih
dikira dalam tempoh haid.
o Tempoh maksimum haid adalah 15 hari 15
malam.
o Waktu suci antara 2 haid adalah 15 hari 15
malam. Tiada had maksimum untuk
tempoh suci ini.
SIFAT DARAH HAID?
 WARNA: Mengikut ulama Mazhab Syafii darah
haid diklasfikasikan kepada beberapa WARNA:
Hitam, merah, kuning, kuning kemerahan dan
berakhir dengan kuning keputihan.
 Jumhur ulama juga menetapkan darah haid
berWARNA: Hitam, merah, coklat, kuning dan
keruh.
 Pekat
 Panas
 Keluar dengan perlahan
 Berbau busuk
ISTIHADAH
ISTIHADAH
o Darah yang mengalir dari rahim secara berpanjangan
sama ada berterusan atau terputus-putus.
o Perbezaannya dengan haid adalah darah tidak
mematuhi kriteria haid.
o Manakala untuk wanita selepas bersalin, darah yang
mengalir dipanggil istihadah sekiranya tempoh keluar
kurang dari masa minimum nifas atau melebihi masa
maksimum nifas.
HUKUM ISTIHADAH?
o Semua kategori darah adalah najis tapi…
o Wanita beristihadah dikira SUCI
manakala…
o Keadaan haid dan nifas dikategorikan
sebagai berhadas besar.
HUKUM?
o Wanita beristihadah boleh menunaikan segala ibadah
yang diharamkan semasa haid dan nifas.
o Wanita beristihadah tidak perlu mandi wajib bagi
beribadah dan tidak wajib selepas darah istihadah
berakhir.
o Persetubuhan? – Jumhur ulama memBENARkan
kerana tiada dalil pengharaman.
BAGAIMANA KAEDAH BERSUCI BAGI WANITA
BERISTIHADAH SEBELUM SOLAT?
1. Kaedah membasuh:
• Hendaklah membasuh kemaluan bagi menghilangkan
darah.
• Sumbat saluran faraj dengan kain atau kapas bagi
mengelakkan darah mengalir keluar kerana hukum
DARAH itu adalah NAJIS.
• Sekiranya sukar menyumbat faraj ? – Harus memakai
tuala wanita tetapi mestilah sekemas mungkin.
• Sekiranya darah tetap mengalir selepas penyumbatan?
– Maka solat tetap SAH (ini adalah RUKHSAH !).
• Sekiranya berpuasa? – Letak kapas/kain/tisu di
bahagian luar faraj tanpa menyumbat bagi
mengelakkan terbatal puasa.
2. Wudu’:
• Perlu dilakukan selepas masuk waktu fardhu.
• Wudu’ tidak boleh didahulukan sehingga tiba masa
melaksanakan solat.
3. Selepas berwudu’:
• Maka segera bersolat.
• Dimaafkan sekiranya sedikit kelewatan berlaku
kerana mamakai pakaian solat, berjalan ke masjid,
iqamat, menunggu jemaah lain dll.
SELEPAS WANITA BERISTIHADAH MENGAMBIL WUDU’
MENGIKUT KAEDAH YANG DINYATAKAN INI, ADA 3 KEADAAN
YANG BOLEH BERLAKU:
1. Darah istihadah berhenti sepenuhnya
selepas solat.
o Ini adalah situasi yang paling kerap berlaku.
o Dalam situasi ini, wanita tersebut selepas
solat melihat pada kapas yang digunakan
untuk penyumbatan dan didapati padanya
terdapat darah (yang keluar selepas
berwudu’).
o Hukum: Solatnya sah (kerana rukhsah
seperti yang telah dinyatakan, namun
wudu’nya BATAL).
2. Darah istihadah berhenti sepenuhnya selepas
berwudu’ tetapi belum sempat melakukan solat.
o Wudu’ semasa beristihadah dilakukan ketika
darah keluar dan dia terpaksa menyumbat
farajnya dengan kapas untuk mengelakkan darah
mengalir keluar. Situasi adalah darurat ketika itu.
o Namun selepas berwudu’ dia dapat merasakan
darah berhenti sepenuhnya, dan jika darah itu
didapati memang benar-benar berhenti, maka…
o Hukum: Wudu’nya BATAL dan dia perlu berwudu’
baru bagi melakukan solat. Ini kerana wudu’
pertama dilakukan semasa darurat namun dia kini
bukan lagi dalam keadaan keuzuran dan darurat !
3. Darah istihadah berhenti sepenuhnya semasa
sedang melakukan solat.
o Situasi ini paling jarang berlaku.
o Kebanyakan wanita tidak dapat merasakan
dengan pasti samada darah keluar atau berhenti
tanpa melihat sendiri selepas solat (ini adalah
situasi 1).
o Namun bagi sesetengah wanita, dia dapat
merasakan samada darah keluar atau tidak.
o Sekiranya darah berhenti sepenuhnya ketika dia
sedang solat, dan dia dapat merasakannya dengan
pasti, maka…
o Hukum: Solatnya TIDAK SAH dan wudu’nya BATAL
(sama seperti situasi 2).
NIFAS
NIFAS
o Pengertian:
• Dari sudut bahasa bererti beranak.
• Dari sudut syarak: Darah yang keluar daripada rahim
selepas bersalin.
o Darah nifas selepas bersalin yang dimaksudkan
dalam mazhab Syafii termasuklah bersalin
HIDUP, MATI, ataupun KEGUGURAN tanpa
mengira cara orang itu bersalin (cara biasa
ataupun pembedahan).
 Sekiranya beranak kembar , mengikut mazhab Syafii,
nifas bermula selepas kelahiran anak kedua. Darah
yang mengalir selepas kelahiran bayi pertama dikira
darah haid atau fasad.
NIFAS YANG NORMAL
o Tempoh?
• Tempoh minimum adalah hanya satu ‘lahzah’ (seketika).
• Tempoh maksimum adalah 60 hari.
• Kebiasaannya selama 40 hari (mengikut mazhab Syafii).
o Tempoh nifas adalah berbeza mengikut wanita,
bergantung pada proses penyembuhan yang berlaku
pada tempat bekas uri dinding rahim.
HUKUM PENDARAHAN
SEMASA MENGANDUNG
DAN AIR KETUBAN
‘HAID’ SEMASA HAMIL
o Pendarahan semasa hamil boleh berlaku
disebabkan keguguran, masalah uri, atau
luka pada serviks disebabkan oleh kanser
dan polips.
o Maka apa HUKUM darah itu?
ADA 2 PENDAPAT:
1. Darah adalah haid
o Mazhab Syafii: Pendapat baru mengatakan
haid (pendapat lama mengatakan bukan
haid) kerana darah yang keluar semasa
hamil bukan darah berpenyakit.
o Mazhab Maliki: Darah adalah haid, tapi
hanya sekiranya berlaku di awal bulan
mengandung. JIKA berlaku pada bulan ke-3
dan seterusnya, atau melebihi 20 hari, maka
darah adalah istihadah.
2. Darah itu BUKAN haid
o Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad
menghukumkan darah itu sebagai darah istihadah
kerana wanita hamil tidak didatangi haid.
 Pendapat ini dikira lebih TEPAT kerana
berdasarkan kajian saintifik, mekanisma
pendarahan semasa hamil berlainan dengan
semasa haid !
DARAH BERCAMPUR LENDIR KETIKA DI AWAL PROSES
KELAHIRAN
o Tanda awal proses kelahiran adalah keluarnya
sedikit darah bercampur lendir.
o Darah ini keluar disebabkan terbukanya
serviks dan juga pemisahan kantung tembuni
bayi dari dinding rahim bahagian bawah.
o Hukum:
• Dikategorikan sebagai darah rosak !
• Wajib solat seperti biasa.
• Jika tidak mampu kerana sangat sakit, maka wajib ganti
apabila suci daripada nifas.
AIR KETUBAN
o Kandungan air ketuban (bendalir amniotik) adalah
air kencing bayi. Maka hukumnya NAJIS.
o Air ini keluar daripada sarung tembuni yang pecah
semasa kontraksi rahim.
o Wanita perlu bersuci terlebih dahulu bagi
menghilangkan najis dan berwuduk spt biasa sblm
solat apabila air ketuban sudah kering.
o Jika masih keluar? – Sumbat faraj (seperti yg
dihuraikan dlm bahagian penyucian darah istihadah)
BENDALIR BADAN YANG
LAIN
Wadi, Mazi, Mani
LELEHAN ATAUPUN LENDIR DARIPADA FARAJ ATAU
URETHRA
o Ada 3 jenis lendir yang biasa diperkatakan:
• Wadi
• Mazi
• Mani
o Wanita pada umumnya hanya mengalami
wadi dan mazi. Mani meskipun ada
dikaitkan dengan wanita namun masih
belum terbukti dari kaedah saintifik.
WADI
o Wadi adalah air putih kental atau pekat yang keluar
dari kemaluan lelaki dan perempuan setelah habisnya
air kencing.
o Hukum: NAJIS dan hukumnya sama seperti air
kencing dan mazi. Ia tidak boleh dibawa solat.
o Orang yang mengeluarkan air wadi tidak perlu mandi
hadas. Basuh kemaluan sebelum berwudu’.
MAZI
o Mazi adalah cecair jernih yang keluar daripada
kemaluan lelaki dan perempuan semasa syahwat
terangsang.
o Hukum: NAJIS menyebabkan batalnya wuduk dan
tidak boleh dibawa solat.
o Orang yang mengeluarkan air mazi tidak perlu mandi
hadas. Basuh kemaluan sebelum berwudu’.
MANI
o Mani adalah cecair putih pekat yang keluar ataupun
dipancutkan dari kemaluan lelaki (dan perempuan)
apabila sampai kepada kemuncak syahwat.
o Sudut saintifik: Mani adalah cecair daripada
percampuran SPERMA dengan lendir yang
dikeluarkan oleh beberapa kalenjar (prostat, vesikel
seminal, kalenjar bulbourethra dan duktal
ejakulatori)
o Kajian saintifik mengatakan air mani hanya
dikeluarkan oleh lelaki sahaja, manakala wanita hanya
mengeluarkan mazi ketika terangsang.
o Ini sedikit bercanggah dengan hadis rasulullah yang
mengatakan wanita juga mengeluarkan mani…
o Persoalannya adakah cecair yang dinamakan MAZI
semasa wanita mulai terangsang itu berubah menjadi
MANI ketika orgasma berlaku?
o Beberapa kajian oleh pakar seksologi mungkin mampu
menjawab persoalan ini. Satu kajian telah
menunjukkan kemungkinan besar air mani wanita
dikeluarkan oleh kelenjar paraurethral/kelenjar Skene.
o Kelenjar Skene meyerupai fungsi prostat pada lelaki.
Ketika kemuncak, kelenjar ini mampu mengeluarkan
cecair pelincir yang banyak dan jernih ataupun
kekuningan. Cecair ini menyamai komposisi mani
lelaki cuma tidak mengandungi sperma.
o Namun kebanyakan wanita TIDAK mempunyai
kelenjar ini. Maka ini menerangkan kenapa ramai
wanita tidak mengalaminya.
HUKUM?
o Menurut Mazhab Syafie air mani adalah suci
dan BUKAN najis.
o Cara menyucikan:
• Sekiranya masih basah dan lembap, bolehlah
membasuh pakaian.
• Sekiranya sudah kering, bolehlah mengikisnya
dengan kuku ataupun alat-alat lain.
 Dari Aisyah ra berkata :
“Aku menghilangkan mani pada baju Rasulullah dengan
cara mengikisnya dengan kuku, lalu baginda solat dengan
baju itu.” (Riwayat Al-Bukhari)
Walaubagaimanapun sekiranya air mani
berCAMPUR dengan air mazi yang keluar
mendahuluinya atau mengiringinya maka
percampuran ini menjadi najis.
Terdapat banyak percanggahan pendapat
perihalnya maka disarankan umat Islam lebih
berhati-hati dan menggunakan pakaian yang
khusus bagi berjimak dan menunaikan solat.
HUKUM ORANG MEMANCUTKAN MANI?
o Menurut ulama Syafii, orang yang mengeluarkan mani
tidak terbatal wudu’nya. Ini merujuk kepada sifat air
mani itu sendiri adalah suci.
o Namun apabila keluar sesuatu dari salah satu kemaluan,
qubul atau dubur, samada dengan sengaja atau tidak,
wudu’nya BATAL.
o Maka wudu’ batal, bukan kerana sifatnya yang najis, tapi
kerana sifatnya yang keluar dari kemaluan !
o Dan pada masa yang sama dia dihukum berHADAS BESAR
kerana keluar air mani dan bersetubuh.
CECAIR BADAN YANG
LAIN DAN HUKUMNYA
DARAH MANUSIA
o Hukum darah manusia selain darah orang mati syahid
adalah NAJIS.
o Kemaafan diberikan sekiranya:
1. Sedikit dan tidak menjijikkan.
2. Berasal daripada manusia ataupun binatang
yang bersih.
3. Tidak dapat dielakkan.
4. Darah yang terpercik dalam keadaan yang
sedikit.
 Contoh: Darah jerawat, bintik darah yang sedikit,
air kudis bercampur darah, bekas berbekam, dll.
AIR KENCING
Hukum air kencing adalah NAJIS KECUALI
air kencing kanak-kanak LELAKI bawah 2
TAHUN yang HANYA menyusu ibu (Ini
memadai dibersihkan dengan merenjis air
kepadanya sahaja).
BAGAIMANA JIKA BERMASALAH KENCING TIDAK LAWAS?
o Kaedah yang boleh dicuba:
• Disarankan untuk berdehem sebanyak 3 kali.
• Lakukan pergerakan bangun dan bercangkung.
• Berjalan-jalan selepas buang air kecil.
• Perempuan: Tekan ari-ari. Boleh juga memakai tuala
pelekat wanita dan memakai seluar dalam yang ketat bagi
mengelakkan air kencing yang masih ada selepas bersuci
meleleh ke tempat lain.
• Lelaki: Urut atau tarik zakar sebanyak 3 kali. Boleh juga
menyumbat zakar dengan kapas dan membalutnya.
• Bersuci dan berwudu’ selepas masuk waktu.
o Nanah dan air bisa: Hukumnya NAJIS kecuali sekiranya
keluar dengan kadar yang sedikit.
o Air liur: Hukumnya SUCI. Air liur yang keluar semasa
tidur juga dikira bersih kecuali jika bertukar busuk dan
kuning. Pada ketika itu dihukum NAJIS kerana berasal
dari usus atau perut.
o Muntah: BUKAN NAJIS. Termuntah tidak membatalkan
wudhu'. Hanya perlu dibersihkan sahaja.
o Kahak: Hukumnya SUCI kecuali yang terhasil dari usus.
KELUAR ANGIN MELALUI FARAJ
o Masalah KELUAR ANGIN melalui FARAJ
berlaku terutamanya kepada wanita yang
melahirkan ramai anak disebabkan oleh
kelemahan pada otot-otot kemut, atau
mengalami masalah jatuh peranakan dll.
o Hukum: Wudu’ BATAL sepertimana keluarnya
angin melalui dubur.
LANGKAH MENGATASI UNTUK WANITA BERMASALAH
ANGIN KELUAR DARI FARAJ
1. Berdehem selepas buang air.
2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.
3. Mengelap faraj sehingga kering dan
menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain,
tuala wanita dll.
4. Memakai seluar yang kemas supaya udara
tidak keluar masuk.
o Ada juga wanita yang mengalami masalah keluar
masuk angin diantara kelopak besar labia
(majora).
o Angin ini terkumpul dicelah ruang antara kelopak
dan faraj.
o Air yang terperangkap juga makin memburukkan
keadaan ini dengan memudahkan lagi pergerakan
angin keluar masuk melalui kelopak terutamanya
semasa PERGERAKAN solat.
o Akhirnya ia mengeluarkan bunyi dan rasa keluar
angin seperti kentut, maka fenomena ini sering
disalah anggap sebagai angin yang keluar dari
bukaan faraj.
o Hukum: Wudu’ TIDAK batal kerana angin TIDAK
keluar daripada rongga faraj.
BAGI MEMASTIKAN ANGIN YANG KELUAR MASUK
BUKAN DARI FARAJ, DISARANKAN…
o Berdehem selepas buang air kecil.
o Lap alat sulit selepas berhadas kecil.
o Melakukan ujian dengan meletakkan tisu
diantara kelopak ini (bukan menyumbat
faraj). Sekiranya angin sudah tidak
kedengaran lagi, maka sahlah angin itu
berasal daripada masalah ini !
o Mempraktikkan senaman kemut.
RUJUKAN
o Fikah Perubatan (Dr Harmy Mohd Yusuf, dll)
o Ana Soleh:
• Slide 14, 15, 16, 35, 38, 44

Contenu connexe

Tendances

Tuntunan Agama Terhadap Ibu Nifas
Tuntunan Agama Terhadap Ibu NifasTuntunan Agama Terhadap Ibu Nifas
Tuntunan Agama Terhadap Ibu Nifas
Nurul Wulandari
 
Panduan asas fardu ain
Panduan asas fardu ainPanduan asas fardu ain
Panduan asas fardu ain
mnir
 

Tendances (17)

Tuntunan Agama Terhadap Ibu Nifas
Tuntunan Agama Terhadap Ibu NifasTuntunan Agama Terhadap Ibu Nifas
Tuntunan Agama Terhadap Ibu Nifas
 
Makalah haid dalam pandangan islam
Makalah haid dalam pandangan islamMakalah haid dalam pandangan islam
Makalah haid dalam pandangan islam
 
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)
 
Istihadhah dan problematikanya dalam kehidupan praktis masyarakat
Istihadhah dan problematikanya dalam kehidupan praktis masyarakatIstihadhah dan problematikanya dalam kehidupan praktis masyarakat
Istihadhah dan problematikanya dalam kehidupan praktis masyarakat
 
Hukum dan kaedah orang yang daimul hadas mengerjakan solat
Hukum dan kaedah orang yang daimul hadas mengerjakan solat Hukum dan kaedah orang yang daimul hadas mengerjakan solat
Hukum dan kaedah orang yang daimul hadas mengerjakan solat
 
Nifas dalam islam
Nifas dalam islamNifas dalam islam
Nifas dalam islam
 
Mandi
MandiMandi
Mandi
 
Panduan asas fardu ain
Panduan asas fardu ainPanduan asas fardu ain
Panduan asas fardu ain
 
Makalah nifas menurut agama
Makalah nifas menurut agamaMakalah nifas menurut agama
Makalah nifas menurut agama
 
Fiqh seputar wanita
Fiqh seputar wanitaFiqh seputar wanita
Fiqh seputar wanita
 
Makalah tata cara perawatan jenazah
Makalah  tata cara perawatan jenazahMakalah  tata cara perawatan jenazah
Makalah tata cara perawatan jenazah
 
Presentasi jenazah
Presentasi jenazahPresentasi jenazah
Presentasi jenazah
 
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
 
Makalah Fiqh Ibadah Tajhizul Janazah
Makalah Fiqh Ibadah Tajhizul JanazahMakalah Fiqh Ibadah Tajhizul Janazah
Makalah Fiqh Ibadah Tajhizul Janazah
 
Tata Cara Perawatan Jenazah
Tata Cara Perawatan JenazahTata Cara Perawatan Jenazah
Tata Cara Perawatan Jenazah
 
Kursus jenazah
Kursus jenazahKursus jenazah
Kursus jenazah
 
Kelompok 3 (xi 2) tata cara merawat jenazah
Kelompok 3 (xi 2)   tata cara merawat jenazahKelompok 3 (xi 2)   tata cara merawat jenazah
Kelompok 3 (xi 2) tata cara merawat jenazah
 

En vedette (8)

Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)
Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)
 
Darah wanita haid nifas istihadhah
Darah wanita   haid nifas istihadhahDarah wanita   haid nifas istihadhah
Darah wanita haid nifas istihadhah
 
Kitar haid
Kitar haidKitar haid
Kitar haid
 
Kajian puasa
Kajian puasaKajian puasa
Kajian puasa
 
Kitar haid
Kitar haidKitar haid
Kitar haid
 
4.4
4.44.4
4.4
 
SEMUA BERSIH HIDUP JADI NYAMAN
SEMUA BERSIH HIDUP JADI NYAMAN SEMUA BERSIH HIDUP JADI NYAMAN
SEMUA BERSIH HIDUP JADI NYAMAN
 
Haid Mengikut Mazhab Shafie (Ust Tarmidzi - UniSZA)
Haid Mengikut Mazhab Shafie (Ust Tarmidzi - UniSZA)Haid Mengikut Mazhab Shafie (Ust Tarmidzi - UniSZA)
Haid Mengikut Mazhab Shafie (Ust Tarmidzi - UniSZA)
 

Similaire à 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

Bab taharah
Bab taharahBab taharah
Bab taharah
haniRin
 

Similaire à 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah (20)

Nifas dalam islam
Nifas dalam islamNifas dalam islam
Nifas dalam islam
 
Presentasi thaharah wanita
Presentasi thaharah wanitaPresentasi thaharah wanita
Presentasi thaharah wanita
 
Nifas dalam islam
Nifas dalam islamNifas dalam islam
Nifas dalam islam
 
Nifas dalam islam
Nifas dalam islamNifas dalam islam
Nifas dalam islam
 
Makalah nifas menurut agama
Makalah nifas menurut agamaMakalah nifas menurut agama
Makalah nifas menurut agama
 
Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)
Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)
Fiqh Ibadah : Mandi (Mandi wajib)
 
Bab 3 Semua Bersih, Hidup Jadi Nyaman.pptx
Bab 3 Semua Bersih, Hidup Jadi Nyaman.pptxBab 3 Semua Bersih, Hidup Jadi Nyaman.pptx
Bab 3 Semua Bersih, Hidup Jadi Nyaman.pptx
 
Makalalah nifas dan perawatan bayi dalam dusut pandang islam
Makalalah  nifas dan perawatan bayi dalam dusut pandang islamMakalalah  nifas dan perawatan bayi dalam dusut pandang islam
Makalalah nifas dan perawatan bayi dalam dusut pandang islam
 
Makalalah nifas dan perawatan bayi dalam dusut pandang islam
Makalalah  nifas dan perawatan bayi dalam dusut pandang islamMakalalah  nifas dan perawatan bayi dalam dusut pandang islam
Makalalah nifas dan perawatan bayi dalam dusut pandang islam
 
Makalah haid dalam pandangan islam
Makalah haid dalam pandangan islamMakalah haid dalam pandangan islam
Makalah haid dalam pandangan islam
 
dokumen.tips_haid-nifas-dan-istihadhah-558dd81a73e78.pptx
dokumen.tips_haid-nifas-dan-istihadhah-558dd81a73e78.pptxdokumen.tips_haid-nifas-dan-istihadhah-558dd81a73e78.pptx
dokumen.tips_haid-nifas-dan-istihadhah-558dd81a73e78.pptx
 
Darah Wanita; Haid, istihadhoh, Nifas.pptx
Darah Wanita; Haid, istihadhoh, Nifas.pptxDarah Wanita; Haid, istihadhoh, Nifas.pptx
Darah Wanita; Haid, istihadhoh, Nifas.pptx
 
Makalah haid dalam pandangan islam
Makalah haid dalam pandangan islamMakalah haid dalam pandangan islam
Makalah haid dalam pandangan islam
 
Makalah haid dalam pandangan islam
Makalah haid dalam pandangan islamMakalah haid dalam pandangan islam
Makalah haid dalam pandangan islam
 
Makalah haid dalam pandangan islam
Makalah haid dalam pandangan islamMakalah haid dalam pandangan islam
Makalah haid dalam pandangan islam
 
Makalah haid dalam pandangan islam
Makalah haid dalam pandangan islamMakalah haid dalam pandangan islam
Makalah haid dalam pandangan islam
 
TINJAUAN REPRODUKSI DAN HAID BAGI REMAJA.pptx
TINJAUAN REPRODUKSI DAN HAID BAGI REMAJA.pptxTINJAUAN REPRODUKSI DAN HAID BAGI REMAJA.pptx
TINJAUAN REPRODUKSI DAN HAID BAGI REMAJA.pptx
 
Bab taharah
Bab taharahBab taharah
Bab taharah
 
K ti
K tiK ti
K ti
 
Ibu hamil
Ibu hamilIbu hamil
Ibu hamil
 

Plus de Sabrina Lye (7)

Tarbiyah dzatiyah
Tarbiyah dzatiyahTarbiyah dzatiyah
Tarbiyah dzatiyah
 
Formula merawat hati
Formula merawat hatiFormula merawat hati
Formula merawat hati
 
6 perlaksanaan ibadah semasa sakit
6 perlaksanaan ibadah semasa sakit6 perlaksanaan ibadah semasa sakit
6 perlaksanaan ibadah semasa sakit
 
3-Hukum berubat
3-Hukum berubat3-Hukum berubat
3-Hukum berubat
 
2-Asas fekah perubatan
2-Asas fekah perubatan2-Asas fekah perubatan
2-Asas fekah perubatan
 
1-Perubatan Islam (intro)
1-Perubatan Islam (intro) 1-Perubatan Islam (intro)
1-Perubatan Islam (intro)
 
symptom of weak iman
symptom of weak imansymptom of weak iman
symptom of weak iman
 

4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

  • 3. HAID o Darah kotor yang mengalir setiap bulan daripada rahim wanita baligh. o Ia adalah darah fitrah bukan disebabkan kecederaan, bersalin atau penyakit, dll. o Mengikut syarak juga bermaksud sama: Darah yang keluar dari rahim wanita yang sihat pada masa-masa khusus.
  • 4. HAID YANG NORMAL o Haid pertama (menarke) menandakan permulaan usia baligh. Sekitar 9 tahun (menurut Imam Syafie). o Tempoh? • Kebiasaannya selama 6-7 hari.
  • 5. TEMPOH MINIMUM HAID? o Paling pendek adalah 24 jam. Ada 2 keadaan: 1. Haid keluar berterusan melalui faraj ataupun hanya terdapat darah dalam saluran faraj tanpa mengalir keluar selama 24 jam. Keadaan ini boleh disahkan dengan memasukkan kapas ke dalam saluran faraj dan didapati kapas itu mempunyai kesan darah. 2. Apabila darah mengalir secara terputus-putus dalam masa 15 hari 15 malam ataupun kurang, hitung bilangan jam kedatangan darah itu. Apabila didapati jumlah jam terkumpul adalah 24 jam, ia masih dikira haid. Masa suci antara darah yang keluar terputus-putus itu masih dikira dalam tempoh haid.
  • 6. o Tempoh maksimum haid adalah 15 hari 15 malam. o Waktu suci antara 2 haid adalah 15 hari 15 malam. Tiada had maksimum untuk tempoh suci ini.
  • 7. SIFAT DARAH HAID?  WARNA: Mengikut ulama Mazhab Syafii darah haid diklasfikasikan kepada beberapa WARNA: Hitam, merah, kuning, kuning kemerahan dan berakhir dengan kuning keputihan.  Jumhur ulama juga menetapkan darah haid berWARNA: Hitam, merah, coklat, kuning dan keruh.  Pekat  Panas  Keluar dengan perlahan  Berbau busuk
  • 9. ISTIHADAH o Darah yang mengalir dari rahim secara berpanjangan sama ada berterusan atau terputus-putus. o Perbezaannya dengan haid adalah darah tidak mematuhi kriteria haid. o Manakala untuk wanita selepas bersalin, darah yang mengalir dipanggil istihadah sekiranya tempoh keluar kurang dari masa minimum nifas atau melebihi masa maksimum nifas.
  • 10. HUKUM ISTIHADAH? o Semua kategori darah adalah najis tapi… o Wanita beristihadah dikira SUCI manakala… o Keadaan haid dan nifas dikategorikan sebagai berhadas besar.
  • 11. HUKUM? o Wanita beristihadah boleh menunaikan segala ibadah yang diharamkan semasa haid dan nifas. o Wanita beristihadah tidak perlu mandi wajib bagi beribadah dan tidak wajib selepas darah istihadah berakhir. o Persetubuhan? – Jumhur ulama memBENARkan kerana tiada dalil pengharaman.
  • 12. BAGAIMANA KAEDAH BERSUCI BAGI WANITA BERISTIHADAH SEBELUM SOLAT? 1. Kaedah membasuh: • Hendaklah membasuh kemaluan bagi menghilangkan darah. • Sumbat saluran faraj dengan kain atau kapas bagi mengelakkan darah mengalir keluar kerana hukum DARAH itu adalah NAJIS. • Sekiranya sukar menyumbat faraj ? – Harus memakai tuala wanita tetapi mestilah sekemas mungkin. • Sekiranya darah tetap mengalir selepas penyumbatan? – Maka solat tetap SAH (ini adalah RUKHSAH !). • Sekiranya berpuasa? – Letak kapas/kain/tisu di bahagian luar faraj tanpa menyumbat bagi mengelakkan terbatal puasa.
  • 13. 2. Wudu’: • Perlu dilakukan selepas masuk waktu fardhu. • Wudu’ tidak boleh didahulukan sehingga tiba masa melaksanakan solat. 3. Selepas berwudu’: • Maka segera bersolat. • Dimaafkan sekiranya sedikit kelewatan berlaku kerana mamakai pakaian solat, berjalan ke masjid, iqamat, menunggu jemaah lain dll.
  • 14. SELEPAS WANITA BERISTIHADAH MENGAMBIL WUDU’ MENGIKUT KAEDAH YANG DINYATAKAN INI, ADA 3 KEADAAN YANG BOLEH BERLAKU: 1. Darah istihadah berhenti sepenuhnya selepas solat. o Ini adalah situasi yang paling kerap berlaku. o Dalam situasi ini, wanita tersebut selepas solat melihat pada kapas yang digunakan untuk penyumbatan dan didapati padanya terdapat darah (yang keluar selepas berwudu’). o Hukum: Solatnya sah (kerana rukhsah seperti yang telah dinyatakan, namun wudu’nya BATAL).
  • 15. 2. Darah istihadah berhenti sepenuhnya selepas berwudu’ tetapi belum sempat melakukan solat. o Wudu’ semasa beristihadah dilakukan ketika darah keluar dan dia terpaksa menyumbat farajnya dengan kapas untuk mengelakkan darah mengalir keluar. Situasi adalah darurat ketika itu. o Namun selepas berwudu’ dia dapat merasakan darah berhenti sepenuhnya, dan jika darah itu didapati memang benar-benar berhenti, maka… o Hukum: Wudu’nya BATAL dan dia perlu berwudu’ baru bagi melakukan solat. Ini kerana wudu’ pertama dilakukan semasa darurat namun dia kini bukan lagi dalam keadaan keuzuran dan darurat !
  • 16. 3. Darah istihadah berhenti sepenuhnya semasa sedang melakukan solat. o Situasi ini paling jarang berlaku. o Kebanyakan wanita tidak dapat merasakan dengan pasti samada darah keluar atau berhenti tanpa melihat sendiri selepas solat (ini adalah situasi 1). o Namun bagi sesetengah wanita, dia dapat merasakan samada darah keluar atau tidak. o Sekiranya darah berhenti sepenuhnya ketika dia sedang solat, dan dia dapat merasakannya dengan pasti, maka… o Hukum: Solatnya TIDAK SAH dan wudu’nya BATAL (sama seperti situasi 2).
  • 17. NIFAS
  • 18. NIFAS o Pengertian: • Dari sudut bahasa bererti beranak. • Dari sudut syarak: Darah yang keluar daripada rahim selepas bersalin. o Darah nifas selepas bersalin yang dimaksudkan dalam mazhab Syafii termasuklah bersalin HIDUP, MATI, ataupun KEGUGURAN tanpa mengira cara orang itu bersalin (cara biasa ataupun pembedahan).  Sekiranya beranak kembar , mengikut mazhab Syafii, nifas bermula selepas kelahiran anak kedua. Darah yang mengalir selepas kelahiran bayi pertama dikira darah haid atau fasad.
  • 19. NIFAS YANG NORMAL o Tempoh? • Tempoh minimum adalah hanya satu ‘lahzah’ (seketika). • Tempoh maksimum adalah 60 hari. • Kebiasaannya selama 40 hari (mengikut mazhab Syafii). o Tempoh nifas adalah berbeza mengikut wanita, bergantung pada proses penyembuhan yang berlaku pada tempat bekas uri dinding rahim.
  • 21. ‘HAID’ SEMASA HAMIL o Pendarahan semasa hamil boleh berlaku disebabkan keguguran, masalah uri, atau luka pada serviks disebabkan oleh kanser dan polips. o Maka apa HUKUM darah itu?
  • 22. ADA 2 PENDAPAT: 1. Darah adalah haid o Mazhab Syafii: Pendapat baru mengatakan haid (pendapat lama mengatakan bukan haid) kerana darah yang keluar semasa hamil bukan darah berpenyakit. o Mazhab Maliki: Darah adalah haid, tapi hanya sekiranya berlaku di awal bulan mengandung. JIKA berlaku pada bulan ke-3 dan seterusnya, atau melebihi 20 hari, maka darah adalah istihadah.
  • 23. 2. Darah itu BUKAN haid o Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad menghukumkan darah itu sebagai darah istihadah kerana wanita hamil tidak didatangi haid.  Pendapat ini dikira lebih TEPAT kerana berdasarkan kajian saintifik, mekanisma pendarahan semasa hamil berlainan dengan semasa haid !
  • 24. DARAH BERCAMPUR LENDIR KETIKA DI AWAL PROSES KELAHIRAN o Tanda awal proses kelahiran adalah keluarnya sedikit darah bercampur lendir. o Darah ini keluar disebabkan terbukanya serviks dan juga pemisahan kantung tembuni bayi dari dinding rahim bahagian bawah. o Hukum: • Dikategorikan sebagai darah rosak ! • Wajib solat seperti biasa. • Jika tidak mampu kerana sangat sakit, maka wajib ganti apabila suci daripada nifas.
  • 25. AIR KETUBAN o Kandungan air ketuban (bendalir amniotik) adalah air kencing bayi. Maka hukumnya NAJIS. o Air ini keluar daripada sarung tembuni yang pecah semasa kontraksi rahim. o Wanita perlu bersuci terlebih dahulu bagi menghilangkan najis dan berwuduk spt biasa sblm solat apabila air ketuban sudah kering. o Jika masih keluar? – Sumbat faraj (seperti yg dihuraikan dlm bahagian penyucian darah istihadah)
  • 27. LELEHAN ATAUPUN LENDIR DARIPADA FARAJ ATAU URETHRA o Ada 3 jenis lendir yang biasa diperkatakan: • Wadi • Mazi • Mani o Wanita pada umumnya hanya mengalami wadi dan mazi. Mani meskipun ada dikaitkan dengan wanita namun masih belum terbukti dari kaedah saintifik.
  • 28. WADI o Wadi adalah air putih kental atau pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan setelah habisnya air kencing. o Hukum: NAJIS dan hukumnya sama seperti air kencing dan mazi. Ia tidak boleh dibawa solat. o Orang yang mengeluarkan air wadi tidak perlu mandi hadas. Basuh kemaluan sebelum berwudu’.
  • 29. MAZI o Mazi adalah cecair jernih yang keluar daripada kemaluan lelaki dan perempuan semasa syahwat terangsang. o Hukum: NAJIS menyebabkan batalnya wuduk dan tidak boleh dibawa solat. o Orang yang mengeluarkan air mazi tidak perlu mandi hadas. Basuh kemaluan sebelum berwudu’.
  • 30. MANI o Mani adalah cecair putih pekat yang keluar ataupun dipancutkan dari kemaluan lelaki (dan perempuan) apabila sampai kepada kemuncak syahwat. o Sudut saintifik: Mani adalah cecair daripada percampuran SPERMA dengan lendir yang dikeluarkan oleh beberapa kalenjar (prostat, vesikel seminal, kalenjar bulbourethra dan duktal ejakulatori)
  • 31. o Kajian saintifik mengatakan air mani hanya dikeluarkan oleh lelaki sahaja, manakala wanita hanya mengeluarkan mazi ketika terangsang. o Ini sedikit bercanggah dengan hadis rasulullah yang mengatakan wanita juga mengeluarkan mani… o Persoalannya adakah cecair yang dinamakan MAZI semasa wanita mulai terangsang itu berubah menjadi MANI ketika orgasma berlaku?
  • 32. o Beberapa kajian oleh pakar seksologi mungkin mampu menjawab persoalan ini. Satu kajian telah menunjukkan kemungkinan besar air mani wanita dikeluarkan oleh kelenjar paraurethral/kelenjar Skene. o Kelenjar Skene meyerupai fungsi prostat pada lelaki. Ketika kemuncak, kelenjar ini mampu mengeluarkan cecair pelincir yang banyak dan jernih ataupun kekuningan. Cecair ini menyamai komposisi mani lelaki cuma tidak mengandungi sperma. o Namun kebanyakan wanita TIDAK mempunyai kelenjar ini. Maka ini menerangkan kenapa ramai wanita tidak mengalaminya.
  • 33. HUKUM? o Menurut Mazhab Syafie air mani adalah suci dan BUKAN najis. o Cara menyucikan: • Sekiranya masih basah dan lembap, bolehlah membasuh pakaian. • Sekiranya sudah kering, bolehlah mengikisnya dengan kuku ataupun alat-alat lain.  Dari Aisyah ra berkata : “Aku menghilangkan mani pada baju Rasulullah dengan cara mengikisnya dengan kuku, lalu baginda solat dengan baju itu.” (Riwayat Al-Bukhari)
  • 34. Walaubagaimanapun sekiranya air mani berCAMPUR dengan air mazi yang keluar mendahuluinya atau mengiringinya maka percampuran ini menjadi najis. Terdapat banyak percanggahan pendapat perihalnya maka disarankan umat Islam lebih berhati-hati dan menggunakan pakaian yang khusus bagi berjimak dan menunaikan solat.
  • 35. HUKUM ORANG MEMANCUTKAN MANI? o Menurut ulama Syafii, orang yang mengeluarkan mani tidak terbatal wudu’nya. Ini merujuk kepada sifat air mani itu sendiri adalah suci. o Namun apabila keluar sesuatu dari salah satu kemaluan, qubul atau dubur, samada dengan sengaja atau tidak, wudu’nya BATAL. o Maka wudu’ batal, bukan kerana sifatnya yang najis, tapi kerana sifatnya yang keluar dari kemaluan ! o Dan pada masa yang sama dia dihukum berHADAS BESAR kerana keluar air mani dan bersetubuh.
  • 36. CECAIR BADAN YANG LAIN DAN HUKUMNYA
  • 37. DARAH MANUSIA o Hukum darah manusia selain darah orang mati syahid adalah NAJIS. o Kemaafan diberikan sekiranya: 1. Sedikit dan tidak menjijikkan. 2. Berasal daripada manusia ataupun binatang yang bersih. 3. Tidak dapat dielakkan. 4. Darah yang terpercik dalam keadaan yang sedikit.  Contoh: Darah jerawat, bintik darah yang sedikit, air kudis bercampur darah, bekas berbekam, dll.
  • 38. AIR KENCING Hukum air kencing adalah NAJIS KECUALI air kencing kanak-kanak LELAKI bawah 2 TAHUN yang HANYA menyusu ibu (Ini memadai dibersihkan dengan merenjis air kepadanya sahaja).
  • 39. BAGAIMANA JIKA BERMASALAH KENCING TIDAK LAWAS? o Kaedah yang boleh dicuba: • Disarankan untuk berdehem sebanyak 3 kali. • Lakukan pergerakan bangun dan bercangkung. • Berjalan-jalan selepas buang air kecil. • Perempuan: Tekan ari-ari. Boleh juga memakai tuala pelekat wanita dan memakai seluar dalam yang ketat bagi mengelakkan air kencing yang masih ada selepas bersuci meleleh ke tempat lain. • Lelaki: Urut atau tarik zakar sebanyak 3 kali. Boleh juga menyumbat zakar dengan kapas dan membalutnya. • Bersuci dan berwudu’ selepas masuk waktu.
  • 40. o Nanah dan air bisa: Hukumnya NAJIS kecuali sekiranya keluar dengan kadar yang sedikit. o Air liur: Hukumnya SUCI. Air liur yang keluar semasa tidur juga dikira bersih kecuali jika bertukar busuk dan kuning. Pada ketika itu dihukum NAJIS kerana berasal dari usus atau perut. o Muntah: BUKAN NAJIS. Termuntah tidak membatalkan wudhu'. Hanya perlu dibersihkan sahaja. o Kahak: Hukumnya SUCI kecuali yang terhasil dari usus.
  • 41. KELUAR ANGIN MELALUI FARAJ o Masalah KELUAR ANGIN melalui FARAJ berlaku terutamanya kepada wanita yang melahirkan ramai anak disebabkan oleh kelemahan pada otot-otot kemut, atau mengalami masalah jatuh peranakan dll. o Hukum: Wudu’ BATAL sepertimana keluarnya angin melalui dubur.
  • 42. LANGKAH MENGATASI UNTUK WANITA BERMASALAH ANGIN KELUAR DARI FARAJ 1. Berdehem selepas buang air. 2. Membasuh kemaluan dengan sempurna. 3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain, tuala wanita dll. 4. Memakai seluar yang kemas supaya udara tidak keluar masuk.
  • 43. o Ada juga wanita yang mengalami masalah keluar masuk angin diantara kelopak besar labia (majora). o Angin ini terkumpul dicelah ruang antara kelopak dan faraj. o Air yang terperangkap juga makin memburukkan keadaan ini dengan memudahkan lagi pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak terutamanya semasa PERGERAKAN solat.
  • 44. o Akhirnya ia mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut, maka fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj. o Hukum: Wudu’ TIDAK batal kerana angin TIDAK keluar daripada rongga faraj.
  • 45. BAGI MEMASTIKAN ANGIN YANG KELUAR MASUK BUKAN DARI FARAJ, DISARANKAN… o Berdehem selepas buang air kecil. o Lap alat sulit selepas berhadas kecil. o Melakukan ujian dengan meletakkan tisu diantara kelopak ini (bukan menyumbat faraj). Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah angin itu berasal daripada masalah ini ! o Mempraktikkan senaman kemut.
  • 46. RUJUKAN o Fikah Perubatan (Dr Harmy Mohd Yusuf, dll) o Ana Soleh: • Slide 14, 15, 16, 35, 38, 44