SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
1
Merenang Gelora
(Ruslan bin Ngah)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Sinopsis Bab
Bab 1 – Tugas Baharu
Badri anak sulong daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai seorang pengawas sekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau seorang
yang tegas dan berdisiplin. Bercita-cita ingin menjadi pemimpin pada masa hadapan. Jamil merupakan kawan baik kepada Badri,
manakala Shahrul seorang murid yang nakal, Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang cantik menjadi rebutan murid-murid lelaki di
sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri dan sebaliknya untuk mendapatkan Siti Cahaya Nadira.
Bab 2 – Api Yang Mula Membara
Jamil mengajak Badri melepak di Mastika Mall tetapi ditolak. Mereka berbeza dari segi soal prinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke kedai
telefon selalu dikerumuni oleh murid-murid lain. Badri telah disimbah air semasa berada di dalam tandas. Peristiwa itu menjadi heboh di kantin.
Nadira menyindirnya. Cikgu Jailani menyiasat kes tersebut. Badri dibenarkan balik ke rumah lebih awal kerana keadaan bajunya yang basah dan
berbau. Selepas itu Badri pergi ke perpustakaan untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi terserempat dengan Shahrul yang
menunggang motosikal dengan Nadira. Badri telah pergi ke rumah Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempat dengan Nadira di sana. Pak
Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.
Bab 3 – Main Api
Badri dapat mengenali murid yang ada di dalam tandas semasa dia disimbah air berdasarkan tanda lahir yang terdapat di leher murid tersebut.
Kumar ditangkap dan dibawa kepada Cikgu Jailani , iaitu guru disiplin. Kumar ditangkap kerana turut membawa telefon bimbit. Ah Chun dan
Selva , rakan sekelas Badri yang menyuruh Kumar, Meng Kong dan Shahrul menjual kad prabayar kepada murid-murid di sekolahnya. Kumar
telah memberitahu Jamil agar Badri tidak memerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi amaran agar Badri tidak melaporkan apa-apa kepada
Mak Alang. Badri digelar sebagai pelapor. Badri dimalukan dengan dijatuhkan apabila dirempuh dengan kuat oleh Bob dan disindir oleh Kumar
serta ditertawakan oleh Nadira. Semasa di dalam bas, dia mendapat nota untuk datang ke pasar raya pada petang itu. Dia ke pasar raya itu dan
bertemu dengan Siew Mei yang belum pernah dikenalinya sebelum ini.
Bab 4 – Duri Dalam Daging
Kumar bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Beliau bercerita dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana
telah ditangkap oleh Badri dan telefonnya dirampas. Kumar masih berdendam dengan Badri.
2
Bab 5 - Pertemuan
Badri berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia juga terlibat dalam kegiatan menjual kad prabayar. Semua rahsia itu diceritakan oleh
Siew Mei setelah diberitahu oleh abangnya yang bekerja di kedai telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan. Hal ini kerana kerap berlaku
kehilangan kad prabayar dan telefon di kedai Encik Tan. Badri pula melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Nadira dari terus berkawan
dengan Shahrul. Kemungkinan Shahrul turut terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.
Bab 6 – Kemuncak Dunia
Nadira dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian sendat untuk keluar pada Sabtu pagi. Nadira menunggu Shahrul dalam
keadaan marah kerana selalu lewat, tetapi sering terpujuk oleh kata-kata manis Shahrul. Nadira marah kepada Badri kerana menegurnya
berkawan dengan Shahrul. Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar dengan menunggang motosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor
yang selalu berlumba haram. Nadira tidak senang dengan Aziz iaitu salah seorang kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul. Mereka telah
diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya dapat melarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh Shahrul.
Akhirnya, Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis. Pihak polis menerangkan bahawa Nadira telah berkawan dengan
mat rempit yang diburu oleh pihak polis. Ada kalangan mereka yang terlibat dengan jenayah. Nadira dimarahi kakaknya.
Bab 7 – Secantik Sinar
Jamil menjauhi diri daripada Badri. Taufik kawan sekelas Badri ingin mengetahui masalahnya. Badri menyembunyikannya dan memarahinya
kerana bersikap menjaga tepi kain orang lain. Taufik memberitahu kejadian yang menimpa Nadira dan Shahrul. Nadira telah ditangkap dan disoal
oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan menyebabkan Nadira dipanggil untuk menceritakan situasi sebenar kejadian tersebut.
Nadira berjumpa dengan badri di perpustakaan untuk meminta maaf atas kesalahannya terhadap Badri. Nadira menyatakan hasratnya ingin
berkawan dengan Badri tetapi Badri serba salah dan malu. Pertemuan dengan Shahrul membuatkan Nadira amat marah kepada Shahrul. Badri
dicabar oleh Shahrul.
Bab 8 – Mengharung Badai
Jamil menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon bimbit di kedai ayah Meng Kong. Nasibnya baik kerana bapa Meng
Kong tidak membuat laporan kepada pihak polis dan sekolah. Dia tidak dapat membela diri. Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas
perbuatannya. Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan kawan-kawannya, tetapi Badri masih tekad
menyelongkar kebenarannya. Siew Mei mengajak Badri berjumpa di bengkel dan menasihati Badri tentang pergaduhannya dengan Shahrul
kerana Nadira. Siew Mei meminta Badri membimbing Nadira . Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Mei mengapa dia mengambil berat
tentangnya. Siew hanya menutup mulut dan lari tergesa-gesa kerana malu.
3
Bab 9 – Rahsia Hampir Terbongkar
Badri mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan mereka untuk terus menjual telefon bimbit dan kad prabayar
ketika sedang berjoging di tasik. Mereka agak risau jika Jamil membongkar kegiatan mereka itu. Mereka telah disergah oleh Badri. Shahrul
menyerang Badri tetapi dapat dielak kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan.
Bab 10 – Semarak Api
Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga tahun mendiaminya. Dia masih lagi rindu akan rumah lamanya yang besar dan
mewah itu. Rakan-rakan Shahrul sering menganggapnya daripada golongan yang berada, namun sebaliknya. Dia telah dipanggil oleh Cikgu Jailani
kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan Badri yang sedang makan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia cuba
mengungkit rancangan mereka dahulu untuk mengenakan Badri. Tujuannya adalah untuk memisahkan Badri dengan Nadira. Suatu hari, Shahrul
dan Kumar memungut hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapi dibayar separuh sahaja kerana emaknya tidak membenarkan dia
membelinya dan meminta dipulangkan kembali. Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul, telefon tersebut telah jatuh dan dilihat
oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa ke bilik guru. Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani,
sebagai balasan hutang Amir akan dihapuskan. Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani untuk menutup rahsia daripada siapa dia membeli
telefon itu agar hutangnya lupus.
Bab 11 – Tertangkap
Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam stor tanpa menyedari stor tersebut telah dipasang dengan system
CCTV. Dia berpura-pura menunggu Ah Meng. Telefon itu diserahkan kepada Kumar agar tidak dikesan oleh bapanya. Ah Meng telah memainkan
semula rakaman CCTV tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan telah melihat Meng Kong mengambil empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila
Meng Kong balik dia disuruh berjumpa dengan ayahnya. Ayahnya telah menunjukkan rakaman CCTV kepada Meng Kong lalu Meng Kong
meminta maaf dan berharap dia dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnya dengan menyuruhnya tinggal di asrama sekolah serta
meminta maaf daripada pengetua sekolah iaitu Encik Baharom. Akhirnya, mereka bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar tertangkap dan
dikenakan hukuman tiga sebatan setiap orang. Meng Kong ditempatkan di asrama. Badri meminta Taufik memerhatikan Meng Kong.
Bab 12 – Suasana Baharu
Meng Kong mengikuti rutin jadual di asrama walaupun dia berasa kekok, tetapi atas keramahan Taufik dan Saiful, dia cuba menyesuaikan diri.
Dia berasa lega kerana tiada orang bertanya sebab dia tinggal di asrama. Meng Kong mula belajar dan membuat kerja sekolahnya mengikut
masa dan jadual. Dia menceritakan pengalamannya buat kali pertama dapat menyiapkan kerja rumah kepada Shahrul dan Kumar. Mereka tidak
berpuas hati dengan perubahan Meng Kong yang tidak mahu menjual telefon lagi kerana Meng Kong takut dihantar untuk tinggal dengan
datuknya yang garang. Shahrul dan Kumar masih mengajak Meng Kong meneruskan usahanya, tetapi Meng Kong tetap menolak. Berlaku
pertengkaran antara mereka dan Badri datang meleraikan pertengkaran tersebut dengan membawa mereka berjumpa Cikgu Jailani. Mereka
dirotan atas kesalahan tersebut.
4
Bab 13 – Jiwa Remaja
Badri bersiap-siap dengan kemas untuk keluar berjumpa dengan Nadira. Badri diusik oleh Badrul yang menyatakan abangnya mempunyai dua
orang buah hati kepada emaknya. Nadira menelefon Badri dan bertanya tentang kelewatannya. Badri akhirnya datang untuk melihat
pementasan teater tersebut. Nadira berasa cemburu apabila mengetahui hubungan Badri dengan Siew Mei. Nadira mengelamun semasa
pementasan itu dan disedari oleh Badri. Setelah pulang ke rumah Badri dimaklumkan oleh Badrul bahawa Jamil datang mencarinya. Badri
menelefon Jamil dan berbual-bual melalui telefon. Mereka berjanji untuk bertemu keesokan harinya namun apabila Badri pergi mencarinya
tetapi dia tiada di rumah. Jamil hilang tanpa dapat dikesan walaupun dia telah bertanya kepada ibu bapa Jamil serta Taufik dan Kumar. Badri
menemui Kumar yang sedang memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong atas arahan Shahrul supaya Meng Kong dibuang asrama. Kumar
mengikut sahaja arahan Shahrul kerana takut dikasari oleh Sahrul.
Bab 14 – Di Persimpangan
Kumar insaf perbuatannya lalu mengelak diri daripada dihasut oleh Shahrul yang memyebabkan dia terikut-ikut dengan gaya mewah Sahrul.
Shahrul tetap bertegas untuk memastikan Kumar masih mahu menjadi ahli kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia mereka apabila Jamil
dan Meng Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul tetap memujuk Kumar mengikutnya untuk membalas dendam terhadap
Badri.
Bab 15 – Kehilangan Yang Misteri
Kehilangan Jamil menjadi misteri. Walau bagaimanapun, Badri tidak dapat melupakan sahabatnya itu. Kini Badri sudah berkawan baik dengan
Kumar. Badri dikejutkan dengan berita di akhbar yang dibaca oleh Siew Mei tentang kematian Amran iaitu kawan Jamil yang mati ditembak
kerana terlibat dengan kes jenayah dan dadah. Badri risau sekiranya Jamil turut terlibat dalam kes jenayah tersebut.
Bab 16 – Tersayat Pedih
Shahrul ketakutan mendengar berita kematian Amran dan mengurung diri serta mencari jalan untuk mendekati Nadira semula sebagai sahabat.
Shahrul mula merasakan kehilangan rakan-rakannya dan mula bergaul dengan rakan-rakan yang lebih dewasa. Apabila melihat Badrul, Shahrul
ingin membalas dendam terhadap Badri dengan mengupah Din memukul Badrul iaitu adik Badri. Din tidak mahu terlibat dan hal ini
menyebabkan Shahrul marah lalu memecut motosikalnya menyebabkan dia terjatuh. Badrul dan kawan-kawannya menolong menghantar
Shahrul ke hospital. Persahabatan Kumar dengan Badri menyebabkan Siew Mei tidak berpuas hati. Apabila berjumpa Badri, Kumar
menceritakan niat sebenar Shahrul melalui maklumat yang diperoleh melalui Din tetapi Nadira curiga dengan kata-kata Kumar, sebaliknya Siew
Mei tidak bersetuju dengan pendapat Nadira yang menyatakan Shahrul telah berubah.
5
Bab 17 – Mangsa Fitnah
Badri banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran dengan Kumar. Namun begitu Badri kesal dengan sikap Siew Mei yang tidak semesra
sebelum ini. Kumar menyatakan ada perasaan cemburu antara Siew Mei dengan Nadira yang ingin merebut hati Badri. Untuk menghindari
perasaan tersebut Badri lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji dengan Kumar. Badri telah difitnah membawa telefon bimbit ke
sekolah apabila Cikgu Jailani menemui telefon tersebut di dalam begnya. Badri dibawa oleh Cikgu Jailani ke bilik disiplin. Taufik menyatakan
Shahrul telah menyuruh Kumar melakukannya. Badri terkilan kerana Nadira tidak menyokongnya sebaliknya menyalahkannya juga. Berita
negatif tersebut masih tersebar walaupun Cikgu Jailani mendapati Badri tidak bersalah. Badri juga disindir oleh Shahrul. Semua rakan
menjauhkan diri daripadanya kecuali Siew Mei dan Taufik.
Bab 18 – Pentas Sandiwara
Badri dan Taufik mendengar perbualan Shahrul dan Kumar. Mereka mendapati Shahrul telah mengarahkan Kumar meletakkan telefon bimbit ke
dalam beg Badri tetapi Kumar tidak mematuhi arahan tersebut. Hal ini menyebabkan Shahrul berasa marah. Pertengkaran antara Shahrul dan
Kumar telah dilihat oleh Lokman dan Badri. Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman, iaitu ketua pengawas. Badri diberi semangat oleh
Taufik dan Lokman berkenaan fitnah yang ditabur kepadanya.
Bab 19 – Cerita Baharu
Meng Kong berjumpa dengan Badri, Taufik dan Siew Mei di kantin. Mereka bersimpati dengan nasib Badri. Badri menyatakan bahawa Kumar
tidak terlibat dalam hal tersebut. Mereka berbincang tentang sikap Shahrul yang tidak serik dengan kejadian yang telah berlaku kerana ibu
bapanya tetap menyokongnya walaupun Cikgu Jailani pernah ke rumah Shahrul memberitahu sikap Shahrul kepadanya.
Bab 20 – Hati Yang Terluka
Hubungan Nadira dan Shahrul kembali mesra. Hal Ini menimbulkan sedikit rasa cemburu di hati Badri. Semasa mengelamun, Badri tersalah
menyebut nama Nadira kepada Siew Mei menyebabkan Siew Mei agak berkecil hati. Doa Badri agar dia ditemukan dengan Nadira untuk
mengetahui pandangan Nadira terhadapnya. Akhirnya dia bertemu dengan Nadira yang ditemani Shahrul di rumah Pak Alangnya. Badri
menyatakan kesalahan Shahrul telah dikesan oleh Cikgu Jailani menyebabkan Shahrul berasa bimbang. Badri menyindir sikap Nadira.
Bab 21 – Harapan
Shahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang Nadira. Shahrul menduduki SPM di hospital. Kesan daripada kemalangan
tersebut, kaki Shahrul tempang sebelah. Badri meminta maaf kepada Siew Mei akan sikapnya tempoh hari. Badri menyatakan cita-citanya untuk
berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk mengejar cinta. Hal ini disokong oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar
untuk menduduki SPM dan berjaya menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat peperiksaan, mereka sama-sama berbincang tentang cara
untuk menghabiskan masa cuti mereka. Taufik akan mengikut Badri berkerja di resort bapa saudara Badri. Badri dan Siew Mei berjaya mendapat
9A dalam SPM. Taufik pula mendapat 7A. Selepas mendapat keputusan, Badri bergegas pergi membeli tiket untuk balik bekerja semula. Badri
telah memohon kemasukan ke universiti.
6
Bab 22 – Senja Belum Berlabuh
Merenang Gelora
(Ruslan bin Ngah)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Tema
Novel ini bertemakan cabaran dan tanggungjawab seorang pelajar dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas. Tema ini dijelmakan
melalui watak utama, Badri yang menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah yang belum pernah
disandang sejak zaman persekolahannya.
Persoalan
i. Ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial.
Contoh: Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam masalah disiplin sekolah dan bercampur dengan
kumpulan motor.
ii. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
Contoh: Encik Tan memohon kepada pengetua supaya Meng Kong ditempatkan di asrama sekolah supaya anaknya berdisiplin dan berjaya
dalam peperiksaan.
iii. Hasad dengki dalam persahabatan.
Contoh: Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang dari asrama.
iv. Tanggungjawab terhadap tugas.
Contoh: Badri sebagai seorang pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dalam kes disiplin walaupun melibatkan kawannya
sendiri Jamil.
v. Semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah.
Contoh: Siew Mei memberikan maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam penjualan telefon bimbit secara
ansuran kepada pelajar di sekolahnya.
7
vi. Sikap gigih golongan pelajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan.
Contoh: Badri, Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil
Pelajaran Malaysia.
vii. Buruk sangka dalam kalangan pelajar.
Contoh: Shahrul, Kumar, Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga menyimbahkan air ketika Badri berada di dalam tandas
sekolah.
viii. Gejala lumba haram dalam kalangan remaja.
Contoh: Shahrul dan Aziz terlibat dalam perlumbaan haram sehingga hampir ditangkap oleh pihak polis.
ix. Berdikari untuk mendapatkan pengalaman bekerja.
Contoh: Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudara Badri sementara menunggu keputusan SPM.
x. Perpaduan kaum.
Contoh: Badri, Siew Mei,Taufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun mereka berlainan agama dan bangsa.
Plot
i. Permulaan
· Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan pengawas sekolah.
· Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri yang cuba mengusik abangnya tentang jawatan pengawas yang
baru disandang abangnya. Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus
digalasnya.
· Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup.
· Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu perselisihan pendapat tentang personaliti Nadira antara Badri dan Jamil
tetapi berakhir dengan perdamaian.
ii. Perkembangan
8
· Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya
pelajar yang terbabit dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin.
· Siew Mei menceritakan kegiatan negatif Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad prabayar yang dicuri dari kedai ayah Meng Kong
kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam kegiatan tersebut.
· Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan tentang kegiatan penjualan telefon bimbit kepada Badri.
· Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh pihak polis ketika Shahrul keluar dengan Nadira.
· Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai
bapanya.
· Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang di kedai dan di stor milik Encik Tan oleh abang Siew Mei
iaitu Ah Meng.
· Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil merahsiakan keberadaan Jamil.
· Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga dengan Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang
dilakukannya.
· Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat
kemalangan.
· Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM.
· Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah.
Beliau juga memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan memberikan tumpuan terhadap pelajaran.
· Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Encik Tan juga meminta
anaknya, Meng Kong agar memohon maaf kepada pengetua atas kesalahan yang dilakukan.
iii. Klimaks
· Meng Kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman rotan sebanyak tiga sebatan setiap seorang.
9
· Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong. Tujuannya adalah
supaya Meng Kong dibuang dari asrama.
· Peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri.
· Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempang sebelah.
iv. Peleraian
· Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur.
· Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM.
· Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan.
· Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu.
· Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka
beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur.
· Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM.
· Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.
· Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap berjaya merenang gelora yang akan
mendatang.
Teknik Penceritaan
i. Pemerian
Contoh: Badri tidak mengendahkan usikan adiknya. Dia menyuap nasi lemak dan mengunyahnya perlahan-lahan.
ii. Dialog
10
Contoh: ”Kalau Badrul buat salah, abang jangan tangkap”, usik Badrul lagi.
iii. Imbas kembali
Contoh: Jamil menjelaskan kehilangannya dari sekolah kerana telah berpindah ke Sarawak ketika bertemu semula dengan Badri di resort
kepunyaan Jamil.
iv. Imbas Muka
Contoh: Kumar mengandaikan sekiranya Meng Kong mengambil stok baharu telefon bimbit dari stor ayahnya pasti dia akan memperoleh
keuntungan yang lumayan.
v. Saspens
Contoh: Kehilangan Jamil di sekolah tidak dapat dijejaki oleh Badri dan rakan-rakannya walaupun telah bertanya kepada ibu bapa Jamil.
vi. Kejutan
Contoh: Shahrul dan rakan-rakannya terkejut apabila Badri tiba-tiba muncul di pondok tempat mereka berbincang tentang penjualan telefon
bimbit.
vii. Monolog dalaman
Contoh: Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Badrul dalam hatinya.
Watak Utama
i. Badri
· Anak sulung kepada Mak Siti.
· Mempunyai seorang adik lelaki bernama Badrul.
11
· Berperawakan kemas dan berwibawa dalam menjalankan tanggungjwab sebagai seorang pengawas.
· Pengawas sekolah.
· Seorang yang bertanggungjawab.
Contoh: Badri seorang yang bertanggungjawab kerana telah berjaya menyelesaikan masalah disiplin seperti penjualan telefon bimbit di sekolah.
· Seorang yang berdisiplin.
Contoh: Dia tidak pernah melanggar peraturan sekolah sepanjang bergelar pelajar melalui pengetahuan adiknya.
· Seorang yang menepati masa.
Contoh: pada pukul 6.40 pagi Badri tidak pernah terlewat menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.
· Seorang yang setia dalam persahabatan.
Contoh: Badri berkawan baik dengan Jamil walaupun beliau telah mengetahui bahawa Jamil turut terlibat dalam kes pejualan telefon bimbit di
sekolahnya.
· Seorang yang berani menghadapi cabaran.
Contoh: Badri bersikap berani menghadapi cabaran dalam menangani masalah murid yang berlagak ala samseng,dan sengaja melanggar disiplin
sekolah.
· Seorang yang rajin mengulang kaji pelajaran.
Contoh: Badri mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar.
· Seorang yang berpendirian teguh. Contoh, Badri tidak menghiraukan tentang usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan
Nadira dan Siew Mei.
Watak Sampingan
i. Shahrul
· Murid dari kelas 5 Cergas.
12
· Bersahabat baik dengan Kumar dan Meng Kong.
· Berasal daripada keluarga berada.
· Seorang yang ego.
Contoh: Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo.
· Seorang yang materialistik.
Contoh: Shahrul telah terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli
barangan mewah dan berjenama.
· Seorang yang tidak menepati masa.
Contoh: Shahrul tidak menepati masa dan selalu terlewat ketika berjanji temu dengan Nadira.
· Seorang yang suka berfoya-foya.
Contoh: Shahrul bercampur gaul dengan kumpulan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.
· Seorang yang gemar makan makanan barat.
Contoh: Shahrul sering mengunjungi sebuah restoran barat di pusat beli-belah.
· Seorang yang buruk sangka.
Contoh: Shahrul menganggap Badri berlagak menjadi pengawas.
· Seorang yang panas baran.
Contoh: Shahrul mencekak kolar baju Kumar semasa memujuk Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.
· Seorang remaja yang mudah terpikat dengan gadis cantik.
Contoh: Shahrul berani membawa Nadira keluar bersiar-siar menaiki motosikal.
ii. Nadira
· Seorang pelajar perempuan.
· Baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah ke Kuala Lumpur kerana mengikut ayahnya bertugas di sana.
13
· Merupakan sahabat Badri dan Jamil dalam kelas 5 Bestari.
· Seorang yang tidak tegas pendirian.
Contoh: Nadira mudah dipengaruhi oleh Shahrul bahawa Badri turut terlibat dalam masalah disiplin seperti membawa telefon bimbit ke sekolah
walaupun sebenarnya Badri telah dianiayai oleh Shahrul.
· Seorang yang mengalami kejutan budaya.
Contoh: Setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.
· Seorang yang tidak mendengar nasihat.
Contoh: Nadira tidak mendengar nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak
berfaedah serta boleh menjejaskan masa depannya.
· Seorang yang suka membazirkan masa.
Contoh: Nadira sering membazirkan masa dengan bersiar-siar menaiki motosikal dan melepak di kompleks beli-belah bersama-sama Shahrul.
· Seorang yang tidak menghormati orang lain.
Contoh: Nadira meninggikan suara ketika kakaknya, Nurul Ain menegur tentang pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata.
iii. Meng Kong
· Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.
· Sahabat kepada Badri.
· Seorang anak yang tidak jujur.
Contoh: Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit dari kedai ayahnya sendiri lalu dijual kepada murid-murid di sekolahnya.
· Seorang yang mata duitan.
Contoh: Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.
· Seorang yang telah insaf akan kesalahan yang dilakukan.
Contoh: Setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan
melakukan kesalahan itu lagi.
· Seorang yang patuh dan taat kepada ibu bapa.
14
Contoh: Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.
iv. Cikgu Jailani
· Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.
· Seorang yang tegas.
Contoh: Dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.
· Seorang yang adil.
Contoh: Dia mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri
daripada 3 orang pengawas dalam satu pasukan.
· Seorang yang rasional.
Contoh: Cikgu Jalani menyelidiki kes Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg
sekolah Badri.
· Seorang yang bertolak ansur.
Contoh: Walaupun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya,
akhirnya Cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.
Latar
Latar Tempat
i. Tepi tasik
Contoh: Badri berjoging pada waktu pagi.
ii. Pondok kecil
Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong duduk berbincang tentang aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar.
iii. Rumah Badri
Contoh: Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan.
iv. Tempat menunggu bas
15
Contoh: Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah.
v. Blok C bangunan sekolah
Contoh: Tempat Badri bertugas sebagai pengawas sekolah pada hari yang ditetapkan.
vi. Tandas sekolah
Contoh: Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas.
vii. Kelas 5 Bestari
Contoh: Kelas Jamil dan Badri belajar bersama-sama.
viii. Kedai telefon bimbit Encik Tan
Contoh: Tempat Idham, dan Ah Meng bekerja sebagai pembantu kedai.
ix. Stor dan kedai telefon bimbit Encik Tan
Contoh: Meng Kong mencuri telefon bimbit dan kad prabayar di kedai Encik Tan iaitu bapanya sendiri.
x. Rumah Pak Alang
Contoh: Badri ke rumah Pak Alang untuk mempelajari ilmu persilatan.
xi. Kompleks beli-belah
Contoh: Tempat kegiatan melepak Shahrul, Kumar dan Meng Kong selepas sesi persekolahan dan pada hujung minggu.
xii. Resort Jamil
Contoh: Tempat pertemuan semula antara Badri, Jamil dan Taufik selepas masing-masing berjaya menamatkan pelajarannya di universiti dan
berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Latar
Latar Tempat
Tepi tasik
16
Contoh: Badri berjoging pada waktu pagi.
Pondok kecil
Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong duduk berbincang tentang aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar.
Rumah Badri
Contoh: Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan.
Tempat menunggu bas
Contoh: Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah.
Blok C bangunan sekolah
Contoh: Tempat Badri bertugas sebagai pengawas sekolah pada hari yang ditetapkan.
Tandas sekolah
Contoh: Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas.
Kelas 5 Bestari
Contoh: Kelas Jamil dan Badri belajar bersama-sama.
Kedai telefon bimbit Encik Tan
Contoh: Tempat Idham, dan Ah Meng bekerja sebagai pembantu kedai.
Stor dan kedai telefon bimbit Encik Tan
Contoh: Meng Kong mencuri telefon bimbit dan kad prabayar di kedai Encik Tan iaitu bapanya sendiri.
Rumah Pak Alang
Contoh: Badri ke rumah Pak Alang untuk mempelajari ilmu persilatan.
Kompleks beli-belah
Contoh: Tempat kegiatan melepak Shahrul, Kumar dan Meng Kong selepas sesi persekolahan dan pada hujung minggu.
Resort Jamil
17
Contoh: Tempat pertemuan semula antara Badri, Jamil dan Taufik selepas masing-masing berjaya menamatkan pelajarannya di universiti dan
berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Latar Masa
Pagi
Contoh: Mak Siti memasak nasi lemak dan sambal sotong pada waktu pagi untuk sarapan mereka sekeluarga.
Waktu selepas rehat
Contoh: Badri sebagai seorang pengawas sekolah, telah dibenarkan makan selepas waktu rehat kerana telah bertugas pada waktu rehat.
Selepas waktu persekolahan
Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah selepas waktu persekolahan.
Hari Sabtu
Contoh: Meng Kong telah membuka kedai dan membantu bapanya berniaga di kedai telefon bimbit bapanya iaitu Encik Tan.
Pukul 4.00 petang
Contoh: Badri telah sampai ke pasar raya untuk menemui Siew Mei.
Petang
Contoh: Shahrul berkumpul dengan budak-budak motor.
Latar Masyarakat
Masyarakat yang prihatin terhadap anak
Contoh: Encik Tan merelakan Meng Kong tinggal di asrama supaya Meng Kong lebih berdisiplin dan boleh mengubah perangainya untuk berjaya
dalam peperiksaan.
Masyarakat yang bijak menguruskan masa
Contoh: Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi agar tidak ketinggalan bas.
Masyarakat pelajar yang rajin belajar
Contoh: Badri, Siew Mei dan Taufik bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.
18
Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas
Contoh: Badri sebagai seorang pengawas melakukan rondaan di kawasan sekolah pada setiap pagi persekolahan.
Masyarakat guru yang tegas dan adil
Contoh: Cikgu Jailani tegas dan adil dalam menyelesaikan masalah disiplin murid supaya tidak ada murid yang teraniayai.
vi. Masyarakat pelajar yang terjebak dalam gejala sosial
Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong telah terlibat dalam gejala sosial seperti melepak di kompleks beli-belah, menjual telefon bimbit yang
dicuri dan bercampur dengan budak-budak motor.
Masyarakat yang bekerjasama menyelesaikan masalah
Contoh: Lokman dan Badri bekerjasama untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti Shahrul dan Kumar agar komplot penjualan telefon
bimbit dapat dihapuskan di sekolah.
Masyarakat yang emosional
Contoh: Shahrul cepat melenting apabila ditegur oleh rakannya-rakannya untuk kembali ke pangkal jalan.
Gaya Bahasa
Personifikasi
Contoh: Ombak memukul pantai
Peribahasa
Contoh: Macam pinang dibelah dua, Biar pecah di perut jangan pecah di mulut,
Menang jadi arang kalah jadi abu
Pengulangan kata
Contoh: Dia benar-benar bencikan kau. Dia merasakan kau sabagai batu penghalang kegiatannya. Dia juga menyatakan dalam hati kecilnya,
sebenarnya dia mencemburui kau.
Kata ganda
19
Contoh: mandi-manda
Simpulan bahasa
Contoh: Buah mulut
Sinkope
Contoh: Kau, Nak
Simile
Contoh: Langkahnya terasa berat seperti sedang memikul beban yang amat besar ,
Antara kau dengan Shahrul macam burung gagak dengan kapal terbang
Hiperbola
Contoh: Seribu penyesalan bertakhta dalam sanubari Badri
Bahasa Asing (bahasa Inggeris)
Contoh: Romeo rupa-rupanya, Understanding daripada kakak,Race
Pengajaran
Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah.
Contoh: Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai seorang pengawas walaupun telah disimbah dengan air sehingga dia
berjaya menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti kes penjualan telefon bimbit.
Kita haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga keselamatan diri.
Contoh: Badri dapat mengelakkan serangan daripada Shahrul secara spontan kerana mempunyai ilmu persilatan.
Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
Contoh: Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Kita mestilah tegas dan adil ketika menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak menganiaya orang lain.
20
Contoh: Cikgu Jailani menyelidik secara terperinci penemuan telefon bimbit di dalam beg Badri agar Badri tidak teraniayai kerana beliau percaya
bahawa Badri tidak bersalah.
Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu masalah.
Contoh: Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah disiplin murid-murid sehingga terbongkarnya kegiatan penjualan
telefon bimbit oleh Shahrul dan Meng Kong.
Kita janganlah terburu-buru ketika membuat keputusan.
Contoh: Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil yang bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah mempercayai akan
dakwaan Meng Kong bahawa Idham yang telah mencuri telefon bimbit di kedainya.
Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan.
Contoh: Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama sekolah.
Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terus-menerus mengalami kesusahan.
Contoh: Shahrul telah sedar dan insaf akan segala kesalahannya setelah terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kakinya tempang
sebelah.
Kita hendaklah berbincang secara rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh: Encik Tan telah berbincang dan bersepakat dengan Cikgu Jailani untuk menempatkan Meng Kong di asrama sekolah bagi mengatasi
masalah tersebut disiplin anaknya.
Nilai
Nilai kasih sayang
Contoh: Demi rasa kasih dan sayang akan anaknya, Encik Tan sanggup menempatkan anaknya di asrama sekolah agar Meng Kong berubah
sikapnya dan tidak terjebat lagi dengan gejala sosial.
Nilai ketabahan
21
Contoh: Badri seorang yang tabah dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan,cemuhan,
ugutan dan tindakan yang dihadapi olehnya.
Nilai kegigihan
Contoh: Badri gigih berusaha dan belajar sehingga memperoleh keputusan yang kecemerlangan iaitu 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia.
Nilai bertanggungjawab
Contoh: Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab kerana telah memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan anak-anaknya.
Nilai Prihatin
Contoh: Badri seorang yang amat prihatin kepada rakannya, beliau tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira
walaupun mengetahui bahawa Nadira pasti tidak akan mempercayainya demi saying akan masa depan Nadira.
Nilai cinta akan seni warisan bangsa
Contoh: Badri mempelajari seni mempertahankan diri iaitu silat dengan Pak Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia
berada.
Nilai keberanian
Contoh: Badri seorang yang berani kerana tetap ingin berjumpa dengan seseorang yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di
dalam poketnya demi mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah sosial rakan-rakan di sekolahnya.
Nilai persahabatan
Contoh: Walaupun Badri, Jamil, Shahrul, Meng Kong, dan Siew Mei telah ada kehidupan masing-masing namun ingatan persahabatan tetap kekal
di sanubari masing-masing.
Soalan
Nyatakan tema novel Merenang Gelora Karya Ruslan Ngah.
Jelaskan tiga nilai yang terdapat dalam novel Merenang Gelora Karya Ruslan Ngah
22
Jawapan
Tema novel Merenang Gelora ialah ketabahan seorang pelajar dalam menghadapi cabaran hidup. Tema ini diserlahkan melalui watak utama,
Badri yang menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas di sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman
persekolahannya.
Tiga nilai dalam novel Merenang Gelora karya Ruslan Ngah ialah nilai ketabahan. Contohnya, Badri tetap tabah dengan tugasnya sebagai
pengawas walaupun berbagai-bagai dugaan,cemuhan,ugutan dan tindakan dihadapi. Nilai prihatin contohnya, En Tan berusaha mendapatkan
tempat di asrama untuk anaknya Meng Kong supaya anaknya berubah dan tidak terjebak dengan gejala sosial. Ketiga nilai sayang akan seni
bangsa contohnya, Badri mempelajari seni pertahanan diri iaitu silat dengan Pak Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja
dia berada.
Pertemuan semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik Jamil setelah masing-masing berjaya dalam kehidupan. Mereka mengimbau
kembali kenangan lalu. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala
Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM. Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan. Jamil dan
Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu. Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki
kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya
membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. Badri dan rakan-
rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap berjaya merenang gelora yang akan mendatang.

More Related Content

What's hot

Alinalisis cerpen
Alinalisis cerpenAlinalisis cerpen
Alinalisis cerpenDek Matang
 
Cerpen Tentang Sebuah Perbedaan
Cerpen Tentang Sebuah PerbedaanCerpen Tentang Sebuah Perbedaan
Cerpen Tentang Sebuah PerbedaanIrfan Rosyidin
 
You Are Not My Destiny @Wahyudimanda @memeyartika
You Are Not My Destiny @Wahyudimanda @memeyartikaYou Are Not My Destiny @Wahyudimanda @memeyartika
You Are Not My Destiny @Wahyudimanda @memeyartikaMakmun Rasyid
 
cerpen Mellisa
cerpen Mellisacerpen Mellisa
cerpen Mellisafarina86
 
CERPEN SUDUT PANDANG KETIGA "JIKA KAU SAHABAT"
CERPEN SUDUT PANDANG KETIGA "JIKA KAU SAHABAT"CERPEN SUDUT PANDANG KETIGA "JIKA KAU SAHABAT"
CERPEN SUDUT PANDANG KETIGA "JIKA KAU SAHABAT"Nur Widdya Kurniati
 
tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adani
tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adanitugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adani
tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adanieisyahadani
 
Novel Sutera dalam Lukisan
Novel Sutera dalam LukisanNovel Sutera dalam Lukisan
Novel Sutera dalam LukisanAzwira Ariwana
 
Bab 13 Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4
Bab 13 Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4Bab 13 Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4
Bab 13 Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4Zaim Nur
 
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah AziaAnalisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah AziaMuhd Azfar
 

What's hot (20)

Alinalisis cerpen
Alinalisis cerpenAlinalisis cerpen
Alinalisis cerpen
 
Sinopsis 23 29
Sinopsis 23 29Sinopsis 23 29
Sinopsis 23 29
 
Cerpen Tentang Sebuah Perbedaan
Cerpen Tentang Sebuah PerbedaanCerpen Tentang Sebuah Perbedaan
Cerpen Tentang Sebuah Perbedaan
 
You Are Not My Destiny @Wahyudimanda @memeyartika
You Are Not My Destiny @Wahyudimanda @memeyartikaYou Are Not My Destiny @Wahyudimanda @memeyartika
You Are Not My Destiny @Wahyudimanda @memeyartika
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
Cerpen Israk
Cerpen IsrakCerpen Israk
Cerpen Israk
 
Teks eksplung
Teks eksplungTeks eksplung
Teks eksplung
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
cerpen Mellisa
cerpen Mellisacerpen Mellisa
cerpen Mellisa
 
Melissa
MelissaMelissa
Melissa
 
Biarkan samudera
Biarkan samuderaBiarkan samudera
Biarkan samudera
 
P&p leftenan adnan wira bangsa
P&p leftenan adnan wira bangsaP&p leftenan adnan wira bangsa
P&p leftenan adnan wira bangsa
 
Pengajaran Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Pengajaran Novel Leftenan Adnan Wira BangsaPengajaran Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Pengajaran Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
 
Warkah daripada-ibu
Warkah daripada-ibuWarkah daripada-ibu
Warkah daripada-ibu
 
CERPEN SUDUT PANDANG KETIGA "JIKA KAU SAHABAT"
CERPEN SUDUT PANDANG KETIGA "JIKA KAU SAHABAT"CERPEN SUDUT PANDANG KETIGA "JIKA KAU SAHABAT"
CERPEN SUDUT PANDANG KETIGA "JIKA KAU SAHABAT"
 
tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adani
tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adanitugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adani
tugasan cuti akhir semester 2 tahun 2018 by adani
 
Novel Sutera dalam Lukisan
Novel Sutera dalam LukisanNovel Sutera dalam Lukisan
Novel Sutera dalam Lukisan
 
Laskar pelangi
Laskar pelangiLaskar pelangi
Laskar pelangi
 
Bab 13 Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4
Bab 13 Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4Bab 13 Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4
Bab 13 Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4
 
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah AziaAnalisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
Analisis Novel Pelari Muda Karya Ghazali Ngah Azia
 

Viewers also liked

Bms bab 14 ( ombak) ( HEMPASAN OMBAK)
Bms bab 14 ( ombak) ( HEMPASAN OMBAK)Bms bab 14 ( ombak) ( HEMPASAN OMBAK)
Bms bab 14 ( ombak) ( HEMPASAN OMBAK)Zhayyani Mohd Yazi
 
Teknik plot novel ting 1,2 &3
Teknik plot novel ting 1,2 &3Teknik plot novel ting 1,2 &3
Teknik plot novel ting 1,2 &3mamawana123
 
kaedah kawalan minda ( kkm)
kaedah kawalan minda ( kkm)kaedah kawalan minda ( kkm)
kaedah kawalan minda ( kkm)Azaman Muhammad
 
Bab 5 menciptakan nilai, kepuasan dan loyalitas pelanggan
Bab 5 menciptakan nilai, kepuasan dan loyalitas pelangganBab 5 menciptakan nilai, kepuasan dan loyalitas pelanggan
Bab 5 menciptakan nilai, kepuasan dan loyalitas pelangganJudianto Nugroho
 
Hipertensi komsas tingkatan 5
Hipertensi komsas tingkatan 5Hipertensi komsas tingkatan 5
Hipertensi komsas tingkatan 5Hana Roxstar
 
Bab 8 kepentingan pelbagai sumber
Bab 8 kepentingan pelbagai sumberBab 8 kepentingan pelbagai sumber
Bab 8 kepentingan pelbagai sumbershimanain
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULUANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULUNormarjana Ibrahim
 

Viewers also liked (20)

Sinopsis merenang gelora
Sinopsis merenang geloraSinopsis merenang gelora
Sinopsis merenang gelora
 
IUSA MFG OVERVIEW
IUSA MFG OVERVIEWIUSA MFG OVERVIEW
IUSA MFG OVERVIEW
 
Bms bab 14 ( ombak) ( HEMPASAN OMBAK)
Bms bab 14 ( ombak) ( HEMPASAN OMBAK)Bms bab 14 ( ombak) ( HEMPASAN OMBAK)
Bms bab 14 ( ombak) ( HEMPASAN OMBAK)
 
Kajian Novel | Komsas Bahasa Melayu
Kajian Novel | Komsas Bahasa MelayuKajian Novel | Komsas Bahasa Melayu
Kajian Novel | Komsas Bahasa Melayu
 
Teknik plot novel ting 1,2 &3
Teknik plot novel ting 1,2 &3Teknik plot novel ting 1,2 &3
Teknik plot novel ting 1,2 &3
 
kaedah kawalan minda ( kkm)
kaedah kawalan minda ( kkm)kaedah kawalan minda ( kkm)
kaedah kawalan minda ( kkm)
 
Nota Novel Hempasan Ombak bab 5 & 6
Nota Novel Hempasan Ombak bab 5 & 6Nota Novel Hempasan Ombak bab 5 & 6
Nota Novel Hempasan Ombak bab 5 & 6
 
Bab 5 menciptakan nilai, kepuasan dan loyalitas pelanggan
Bab 5 menciptakan nilai, kepuasan dan loyalitas pelangganBab 5 menciptakan nilai, kepuasan dan loyalitas pelanggan
Bab 5 menciptakan nilai, kepuasan dan loyalitas pelanggan
 
Cerpen hipertensi
Cerpen hipertensi Cerpen hipertensi
Cerpen hipertensi
 
Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016
Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016
Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016
 
Bukan gila (sharif shaary)
Bukan gila (sharif shaary)Bukan gila (sharif shaary)
Bukan gila (sharif shaary)
 
Hipertensi komsas tingkatan 5
Hipertensi komsas tingkatan 5Hipertensi komsas tingkatan 5
Hipertensi komsas tingkatan 5
 
Bab 8 kepentingan pelbagai sumber
Bab 8 kepentingan pelbagai sumberBab 8 kepentingan pelbagai sumber
Bab 8 kepentingan pelbagai sumber
 
Gerhana manusia
Gerhana manusiaGerhana manusia
Gerhana manusia
 
Elemen komsas
Elemen komsasElemen komsas
Elemen komsas
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULUANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
 
Pas på toget
Pas på togetPas på toget
Pas på toget
 
Anja Vegebjerg Jensen, Forhistorisk uheld = arkæologisk lykketræf
Anja Vegebjerg Jensen, Forhistorisk uheld = arkæologisk lykketræfAnja Vegebjerg Jensen, Forhistorisk uheld = arkæologisk lykketræf
Anja Vegebjerg Jensen, Forhistorisk uheld = arkæologisk lykketræf
 
Samir rafla ecg for teaching-answer at end
Samir rafla   ecg for teaching-answer at endSamir rafla   ecg for teaching-answer at end
Samir rafla ecg for teaching-answer at end
 
Ulla Schaltz, Give me five
Ulla Schaltz, Give me fiveUlla Schaltz, Give me five
Ulla Schaltz, Give me five
 

Recently uploaded

Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxPPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxSaefAhmad
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxPPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 

Nota Merenang gelora

  • 1. 1 Merenang Gelora (Ruslan bin Ngah) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum Sinopsis Bab Bab 1 – Tugas Baharu Badri anak sulong daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai seorang pengawas sekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau seorang yang tegas dan berdisiplin. Bercita-cita ingin menjadi pemimpin pada masa hadapan. Jamil merupakan kawan baik kepada Badri, manakala Shahrul seorang murid yang nakal, Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang cantik menjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri dan sebaliknya untuk mendapatkan Siti Cahaya Nadira. Bab 2 – Api Yang Mula Membara Jamil mengajak Badri melepak di Mastika Mall tetapi ditolak. Mereka berbeza dari segi soal prinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke kedai telefon selalu dikerumuni oleh murid-murid lain. Badri telah disimbah air semasa berada di dalam tandas. Peristiwa itu menjadi heboh di kantin. Nadira menyindirnya. Cikgu Jailani menyiasat kes tersebut. Badri dibenarkan balik ke rumah lebih awal kerana keadaan bajunya yang basah dan berbau. Selepas itu Badri pergi ke perpustakaan untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi terserempat dengan Shahrul yang menunggang motosikal dengan Nadira. Badri telah pergi ke rumah Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempat dengan Nadira di sana. Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah. Bab 3 – Main Api Badri dapat mengenali murid yang ada di dalam tandas semasa dia disimbah air berdasarkan tanda lahir yang terdapat di leher murid tersebut. Kumar ditangkap dan dibawa kepada Cikgu Jailani , iaitu guru disiplin. Kumar ditangkap kerana turut membawa telefon bimbit. Ah Chun dan Selva , rakan sekelas Badri yang menyuruh Kumar, Meng Kong dan Shahrul menjual kad prabayar kepada murid-murid di sekolahnya. Kumar telah memberitahu Jamil agar Badri tidak memerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi amaran agar Badri tidak melaporkan apa-apa kepada Mak Alang. Badri digelar sebagai pelapor. Badri dimalukan dengan dijatuhkan apabila dirempuh dengan kuat oleh Bob dan disindir oleh Kumar serta ditertawakan oleh Nadira. Semasa di dalam bas, dia mendapat nota untuk datang ke pasar raya pada petang itu. Dia ke pasar raya itu dan bertemu dengan Siew Mei yang belum pernah dikenalinya sebelum ini. Bab 4 – Duri Dalam Daging Kumar bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Beliau bercerita dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana telah ditangkap oleh Badri dan telefonnya dirampas. Kumar masih berdendam dengan Badri.
  • 2. 2 Bab 5 - Pertemuan Badri berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia juga terlibat dalam kegiatan menjual kad prabayar. Semua rahsia itu diceritakan oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh abangnya yang bekerja di kedai telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan. Hal ini kerana kerap berlaku kehilangan kad prabayar dan telefon di kedai Encik Tan. Badri pula melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Nadira dari terus berkawan dengan Shahrul. Kemungkinan Shahrul turut terlibat dengan aktiviti tidak bermoral. Bab 6 – Kemuncak Dunia Nadira dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian sendat untuk keluar pada Sabtu pagi. Nadira menunggu Shahrul dalam keadaan marah kerana selalu lewat, tetapi sering terpujuk oleh kata-kata manis Shahrul. Nadira marah kepada Badri kerana menegurnya berkawan dengan Shahrul. Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar dengan menunggang motosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor yang selalu berlumba haram. Nadira tidak senang dengan Aziz iaitu salah seorang kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul. Mereka telah diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya dapat melarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh Shahrul. Akhirnya, Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis. Pihak polis menerangkan bahawa Nadira telah berkawan dengan mat rempit yang diburu oleh pihak polis. Ada kalangan mereka yang terlibat dengan jenayah. Nadira dimarahi kakaknya. Bab 7 – Secantik Sinar Jamil menjauhi diri daripada Badri. Taufik kawan sekelas Badri ingin mengetahui masalahnya. Badri menyembunyikannya dan memarahinya kerana bersikap menjaga tepi kain orang lain. Taufik memberitahu kejadian yang menimpa Nadira dan Shahrul. Nadira telah ditangkap dan disoal oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan menyebabkan Nadira dipanggil untuk menceritakan situasi sebenar kejadian tersebut. Nadira berjumpa dengan badri di perpustakaan untuk meminta maaf atas kesalahannya terhadap Badri. Nadira menyatakan hasratnya ingin berkawan dengan Badri tetapi Badri serba salah dan malu. Pertemuan dengan Shahrul membuatkan Nadira amat marah kepada Shahrul. Badri dicabar oleh Shahrul. Bab 8 – Mengharung Badai Jamil menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon bimbit di kedai ayah Meng Kong. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong tidak membuat laporan kepada pihak polis dan sekolah. Dia tidak dapat membela diri. Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas perbuatannya. Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan kawan-kawannya, tetapi Badri masih tekad menyelongkar kebenarannya. Siew Mei mengajak Badri berjumpa di bengkel dan menasihati Badri tentang pergaduhannya dengan Shahrul kerana Nadira. Siew Mei meminta Badri membimbing Nadira . Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Mei mengapa dia mengambil berat tentangnya. Siew hanya menutup mulut dan lari tergesa-gesa kerana malu.
  • 3. 3 Bab 9 – Rahsia Hampir Terbongkar Badri mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan mereka untuk terus menjual telefon bimbit dan kad prabayar ketika sedang berjoging di tasik. Mereka agak risau jika Jamil membongkar kegiatan mereka itu. Mereka telah disergah oleh Badri. Shahrul menyerang Badri tetapi dapat dielak kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan. Bab 10 – Semarak Api Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga tahun mendiaminya. Dia masih lagi rindu akan rumah lamanya yang besar dan mewah itu. Rakan-rakan Shahrul sering menganggapnya daripada golongan yang berada, namun sebaliknya. Dia telah dipanggil oleh Cikgu Jailani kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan Badri yang sedang makan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia cuba mengungkit rancangan mereka dahulu untuk mengenakan Badri. Tujuannya adalah untuk memisahkan Badri dengan Nadira. Suatu hari, Shahrul dan Kumar memungut hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapi dibayar separuh sahaja kerana emaknya tidak membenarkan dia membelinya dan meminta dipulangkan kembali. Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul, telefon tersebut telah jatuh dan dilihat oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa ke bilik guru. Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai balasan hutang Amir akan dihapuskan. Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani untuk menutup rahsia daripada siapa dia membeli telefon itu agar hutangnya lupus. Bab 11 – Tertangkap Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam stor tanpa menyedari stor tersebut telah dipasang dengan system CCTV. Dia berpura-pura menunggu Ah Meng. Telefon itu diserahkan kepada Kumar agar tidak dikesan oleh bapanya. Ah Meng telah memainkan semula rakaman CCTV tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan telah melihat Meng Kong mengambil empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila Meng Kong balik dia disuruh berjumpa dengan ayahnya. Ayahnya telah menunjukkan rakaman CCTV kepada Meng Kong lalu Meng Kong meminta maaf dan berharap dia dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnya dengan menyuruhnya tinggal di asrama sekolah serta meminta maaf daripada pengetua sekolah iaitu Encik Baharom. Akhirnya, mereka bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar tertangkap dan dikenakan hukuman tiga sebatan setiap orang. Meng Kong ditempatkan di asrama. Badri meminta Taufik memerhatikan Meng Kong. Bab 12 – Suasana Baharu Meng Kong mengikuti rutin jadual di asrama walaupun dia berasa kekok, tetapi atas keramahan Taufik dan Saiful, dia cuba menyesuaikan diri. Dia berasa lega kerana tiada orang bertanya sebab dia tinggal di asrama. Meng Kong mula belajar dan membuat kerja sekolahnya mengikut masa dan jadual. Dia menceritakan pengalamannya buat kali pertama dapat menyiapkan kerja rumah kepada Shahrul dan Kumar. Mereka tidak berpuas hati dengan perubahan Meng Kong yang tidak mahu menjual telefon lagi kerana Meng Kong takut dihantar untuk tinggal dengan datuknya yang garang. Shahrul dan Kumar masih mengajak Meng Kong meneruskan usahanya, tetapi Meng Kong tetap menolak. Berlaku pertengkaran antara mereka dan Badri datang meleraikan pertengkaran tersebut dengan membawa mereka berjumpa Cikgu Jailani. Mereka dirotan atas kesalahan tersebut.
  • 4. 4 Bab 13 – Jiwa Remaja Badri bersiap-siap dengan kemas untuk keluar berjumpa dengan Nadira. Badri diusik oleh Badrul yang menyatakan abangnya mempunyai dua orang buah hati kepada emaknya. Nadira menelefon Badri dan bertanya tentang kelewatannya. Badri akhirnya datang untuk melihat pementasan teater tersebut. Nadira berasa cemburu apabila mengetahui hubungan Badri dengan Siew Mei. Nadira mengelamun semasa pementasan itu dan disedari oleh Badri. Setelah pulang ke rumah Badri dimaklumkan oleh Badrul bahawa Jamil datang mencarinya. Badri menelefon Jamil dan berbual-bual melalui telefon. Mereka berjanji untuk bertemu keesokan harinya namun apabila Badri pergi mencarinya tetapi dia tiada di rumah. Jamil hilang tanpa dapat dikesan walaupun dia telah bertanya kepada ibu bapa Jamil serta Taufik dan Kumar. Badri menemui Kumar yang sedang memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong atas arahan Shahrul supaya Meng Kong dibuang asrama. Kumar mengikut sahaja arahan Shahrul kerana takut dikasari oleh Sahrul. Bab 14 – Di Persimpangan Kumar insaf perbuatannya lalu mengelak diri daripada dihasut oleh Shahrul yang memyebabkan dia terikut-ikut dengan gaya mewah Sahrul. Shahrul tetap bertegas untuk memastikan Kumar masih mahu menjadi ahli kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia mereka apabila Jamil dan Meng Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul tetap memujuk Kumar mengikutnya untuk membalas dendam terhadap Badri. Bab 15 – Kehilangan Yang Misteri Kehilangan Jamil menjadi misteri. Walau bagaimanapun, Badri tidak dapat melupakan sahabatnya itu. Kini Badri sudah berkawan baik dengan Kumar. Badri dikejutkan dengan berita di akhbar yang dibaca oleh Siew Mei tentang kematian Amran iaitu kawan Jamil yang mati ditembak kerana terlibat dengan kes jenayah dan dadah. Badri risau sekiranya Jamil turut terlibat dalam kes jenayah tersebut. Bab 16 – Tersayat Pedih Shahrul ketakutan mendengar berita kematian Amran dan mengurung diri serta mencari jalan untuk mendekati Nadira semula sebagai sahabat. Shahrul mula merasakan kehilangan rakan-rakannya dan mula bergaul dengan rakan-rakan yang lebih dewasa. Apabila melihat Badrul, Shahrul ingin membalas dendam terhadap Badri dengan mengupah Din memukul Badrul iaitu adik Badri. Din tidak mahu terlibat dan hal ini menyebabkan Shahrul marah lalu memecut motosikalnya menyebabkan dia terjatuh. Badrul dan kawan-kawannya menolong menghantar Shahrul ke hospital. Persahabatan Kumar dengan Badri menyebabkan Siew Mei tidak berpuas hati. Apabila berjumpa Badri, Kumar menceritakan niat sebenar Shahrul melalui maklumat yang diperoleh melalui Din tetapi Nadira curiga dengan kata-kata Kumar, sebaliknya Siew Mei tidak bersetuju dengan pendapat Nadira yang menyatakan Shahrul telah berubah.
  • 5. 5 Bab 17 – Mangsa Fitnah Badri banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran dengan Kumar. Namun begitu Badri kesal dengan sikap Siew Mei yang tidak semesra sebelum ini. Kumar menyatakan ada perasaan cemburu antara Siew Mei dengan Nadira yang ingin merebut hati Badri. Untuk menghindari perasaan tersebut Badri lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji dengan Kumar. Badri telah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah apabila Cikgu Jailani menemui telefon tersebut di dalam begnya. Badri dibawa oleh Cikgu Jailani ke bilik disiplin. Taufik menyatakan Shahrul telah menyuruh Kumar melakukannya. Badri terkilan kerana Nadira tidak menyokongnya sebaliknya menyalahkannya juga. Berita negatif tersebut masih tersebar walaupun Cikgu Jailani mendapati Badri tidak bersalah. Badri juga disindir oleh Shahrul. Semua rakan menjauhkan diri daripadanya kecuali Siew Mei dan Taufik. Bab 18 – Pentas Sandiwara Badri dan Taufik mendengar perbualan Shahrul dan Kumar. Mereka mendapati Shahrul telah mengarahkan Kumar meletakkan telefon bimbit ke dalam beg Badri tetapi Kumar tidak mematuhi arahan tersebut. Hal ini menyebabkan Shahrul berasa marah. Pertengkaran antara Shahrul dan Kumar telah dilihat oleh Lokman dan Badri. Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman, iaitu ketua pengawas. Badri diberi semangat oleh Taufik dan Lokman berkenaan fitnah yang ditabur kepadanya. Bab 19 – Cerita Baharu Meng Kong berjumpa dengan Badri, Taufik dan Siew Mei di kantin. Mereka bersimpati dengan nasib Badri. Badri menyatakan bahawa Kumar tidak terlibat dalam hal tersebut. Mereka berbincang tentang sikap Shahrul yang tidak serik dengan kejadian yang telah berlaku kerana ibu bapanya tetap menyokongnya walaupun Cikgu Jailani pernah ke rumah Shahrul memberitahu sikap Shahrul kepadanya. Bab 20 – Hati Yang Terluka Hubungan Nadira dan Shahrul kembali mesra. Hal Ini menimbulkan sedikit rasa cemburu di hati Badri. Semasa mengelamun, Badri tersalah menyebut nama Nadira kepada Siew Mei menyebabkan Siew Mei agak berkecil hati. Doa Badri agar dia ditemukan dengan Nadira untuk mengetahui pandangan Nadira terhadapnya. Akhirnya dia bertemu dengan Nadira yang ditemani Shahrul di rumah Pak Alangnya. Badri menyatakan kesalahan Shahrul telah dikesan oleh Cikgu Jailani menyebabkan Shahrul berasa bimbang. Badri menyindir sikap Nadira. Bab 21 – Harapan Shahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang Nadira. Shahrul menduduki SPM di hospital. Kesan daripada kemalangan tersebut, kaki Shahrul tempang sebelah. Badri meminta maaf kepada Siew Mei akan sikapnya tempoh hari. Badri menyatakan cita-citanya untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk mengejar cinta. Hal ini disokong oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar untuk menduduki SPM dan berjaya menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat peperiksaan, mereka sama-sama berbincang tentang cara untuk menghabiskan masa cuti mereka. Taufik akan mengikut Badri berkerja di resort bapa saudara Badri. Badri dan Siew Mei berjaya mendapat 9A dalam SPM. Taufik pula mendapat 7A. Selepas mendapat keputusan, Badri bergegas pergi membeli tiket untuk balik bekerja semula. Badri telah memohon kemasukan ke universiti.
  • 6. 6 Bab 22 – Senja Belum Berlabuh Merenang Gelora (Ruslan bin Ngah) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum Tema Novel ini bertemakan cabaran dan tanggungjawab seorang pelajar dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas. Tema ini dijelmakan melalui watak utama, Badri yang menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya. Persoalan i. Ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial. Contoh: Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam masalah disiplin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor. ii. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Contoh: Encik Tan memohon kepada pengetua supaya Meng Kong ditempatkan di asrama sekolah supaya anaknya berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan. iii. Hasad dengki dalam persahabatan. Contoh: Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang dari asrama. iv. Tanggungjawab terhadap tugas. Contoh: Badri sebagai seorang pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dalam kes disiplin walaupun melibatkan kawannya sendiri Jamil. v. Semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah. Contoh: Siew Mei memberikan maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam penjualan telefon bimbit secara ansuran kepada pelajar di sekolahnya.
  • 7. 7 vi. Sikap gigih golongan pelajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan. Contoh: Badri, Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia. vii. Buruk sangka dalam kalangan pelajar. Contoh: Shahrul, Kumar, Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga menyimbahkan air ketika Badri berada di dalam tandas sekolah. viii. Gejala lumba haram dalam kalangan remaja. Contoh: Shahrul dan Aziz terlibat dalam perlumbaan haram sehingga hampir ditangkap oleh pihak polis. ix. Berdikari untuk mendapatkan pengalaman bekerja. Contoh: Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudara Badri sementara menunggu keputusan SPM. x. Perpaduan kaum. Contoh: Badri, Siew Mei,Taufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun mereka berlainan agama dan bangsa. Plot i. Permulaan · Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan pengawas sekolah. · Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri yang cuba mengusik abangnya tentang jawatan pengawas yang baru disandang abangnya. Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya. · Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup. · Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu perselisihan pendapat tentang personaliti Nadira antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian. ii. Perkembangan
  • 8. 8 · Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin. · Siew Mei menceritakan kegiatan negatif Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad prabayar yang dicuri dari kedai ayah Meng Kong kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam kegiatan tersebut. · Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan tentang kegiatan penjualan telefon bimbit kepada Badri. · Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh pihak polis ketika Shahrul keluar dengan Nadira. · Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya. · Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang di kedai dan di stor milik Encik Tan oleh abang Siew Mei iaitu Ah Meng. · Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil merahsiakan keberadaan Jamil. · Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga dengan Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya. · Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan. · Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM. · Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau juga memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan memberikan tumpuan terhadap pelajaran. · Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Encik Tan juga meminta anaknya, Meng Kong agar memohon maaf kepada pengetua atas kesalahan yang dilakukan. iii. Klimaks · Meng Kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman rotan sebanyak tiga sebatan setiap seorang.
  • 9. 9 · Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong. Tujuannya adalah supaya Meng Kong dibuang dari asrama. · Peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri. · Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempang sebelah. iv. Peleraian · Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur. · Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM. · Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan. · Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu. · Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur. · Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM. · Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. · Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap berjaya merenang gelora yang akan mendatang. Teknik Penceritaan i. Pemerian Contoh: Badri tidak mengendahkan usikan adiknya. Dia menyuap nasi lemak dan mengunyahnya perlahan-lahan. ii. Dialog
  • 10. 10 Contoh: ”Kalau Badrul buat salah, abang jangan tangkap”, usik Badrul lagi. iii. Imbas kembali Contoh: Jamil menjelaskan kehilangannya dari sekolah kerana telah berpindah ke Sarawak ketika bertemu semula dengan Badri di resort kepunyaan Jamil. iv. Imbas Muka Contoh: Kumar mengandaikan sekiranya Meng Kong mengambil stok baharu telefon bimbit dari stor ayahnya pasti dia akan memperoleh keuntungan yang lumayan. v. Saspens Contoh: Kehilangan Jamil di sekolah tidak dapat dijejaki oleh Badri dan rakan-rakannya walaupun telah bertanya kepada ibu bapa Jamil. vi. Kejutan Contoh: Shahrul dan rakan-rakannya terkejut apabila Badri tiba-tiba muncul di pondok tempat mereka berbincang tentang penjualan telefon bimbit. vii. Monolog dalaman Contoh: Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Badrul dalam hatinya. Watak Utama i. Badri · Anak sulung kepada Mak Siti. · Mempunyai seorang adik lelaki bernama Badrul.
  • 11. 11 · Berperawakan kemas dan berwibawa dalam menjalankan tanggungjwab sebagai seorang pengawas. · Pengawas sekolah. · Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Badri seorang yang bertanggungjawab kerana telah berjaya menyelesaikan masalah disiplin seperti penjualan telefon bimbit di sekolah. · Seorang yang berdisiplin. Contoh: Dia tidak pernah melanggar peraturan sekolah sepanjang bergelar pelajar melalui pengetahuan adiknya. · Seorang yang menepati masa. Contoh: pada pukul 6.40 pagi Badri tidak pernah terlewat menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah. · Seorang yang setia dalam persahabatan. Contoh: Badri berkawan baik dengan Jamil walaupun beliau telah mengetahui bahawa Jamil turut terlibat dalam kes pejualan telefon bimbit di sekolahnya. · Seorang yang berani menghadapi cabaran. Contoh: Badri bersikap berani menghadapi cabaran dalam menangani masalah murid yang berlagak ala samseng,dan sengaja melanggar disiplin sekolah. · Seorang yang rajin mengulang kaji pelajaran. Contoh: Badri mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar. · Seorang yang berpendirian teguh. Contoh, Badri tidak menghiraukan tentang usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei. Watak Sampingan i. Shahrul · Murid dari kelas 5 Cergas.
  • 12. 12 · Bersahabat baik dengan Kumar dan Meng Kong. · Berasal daripada keluarga berada. · Seorang yang ego. Contoh: Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo. · Seorang yang materialistik. Contoh: Shahrul telah terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama. · Seorang yang tidak menepati masa. Contoh: Shahrul tidak menepati masa dan selalu terlewat ketika berjanji temu dengan Nadira. · Seorang yang suka berfoya-foya. Contoh: Shahrul bercampur gaul dengan kumpulan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah. · Seorang yang gemar makan makanan barat. Contoh: Shahrul sering mengunjungi sebuah restoran barat di pusat beli-belah. · Seorang yang buruk sangka. Contoh: Shahrul menganggap Badri berlagak menjadi pengawas. · Seorang yang panas baran. Contoh: Shahrul mencekak kolar baju Kumar semasa memujuk Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran. · Seorang remaja yang mudah terpikat dengan gadis cantik. Contoh: Shahrul berani membawa Nadira keluar bersiar-siar menaiki motosikal. ii. Nadira · Seorang pelajar perempuan. · Baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah ke Kuala Lumpur kerana mengikut ayahnya bertugas di sana.
  • 13. 13 · Merupakan sahabat Badri dan Jamil dalam kelas 5 Bestari. · Seorang yang tidak tegas pendirian. Contoh: Nadira mudah dipengaruhi oleh Shahrul bahawa Badri turut terlibat dalam masalah disiplin seperti membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun sebenarnya Badri telah dianiayai oleh Shahrul. · Seorang yang mengalami kejutan budaya. Contoh: Setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng. · Seorang yang tidak mendengar nasihat. Contoh: Nadira tidak mendengar nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah serta boleh menjejaskan masa depannya. · Seorang yang suka membazirkan masa. Contoh: Nadira sering membazirkan masa dengan bersiar-siar menaiki motosikal dan melepak di kompleks beli-belah bersama-sama Shahrul. · Seorang yang tidak menghormati orang lain. Contoh: Nadira meninggikan suara ketika kakaknya, Nurul Ain menegur tentang pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata. iii. Meng Kong · Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit. · Sahabat kepada Badri. · Seorang anak yang tidak jujur. Contoh: Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit dari kedai ayahnya sendiri lalu dijual kepada murid-murid di sekolahnya. · Seorang yang mata duitan. Contoh: Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit. · Seorang yang telah insaf akan kesalahan yang dilakukan. Contoh: Setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi. · Seorang yang patuh dan taat kepada ibu bapa.
  • 14. 14 Contoh: Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya. iv. Cikgu Jailani · Guru Matematik dan guru disiplin sekolah. · Seorang yang tegas. Contoh: Dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin. · Seorang yang adil. Contoh: Dia mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas dalam satu pasukan. · Seorang yang rasional. Contoh: Cikgu Jalani menyelidiki kes Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg sekolah Badri. · Seorang yang bertolak ansur. Contoh: Walaupun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya Cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya. Latar Latar Tempat i. Tepi tasik Contoh: Badri berjoging pada waktu pagi. ii. Pondok kecil Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong duduk berbincang tentang aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar. iii. Rumah Badri Contoh: Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan. iv. Tempat menunggu bas
  • 15. 15 Contoh: Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah. v. Blok C bangunan sekolah Contoh: Tempat Badri bertugas sebagai pengawas sekolah pada hari yang ditetapkan. vi. Tandas sekolah Contoh: Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas. vii. Kelas 5 Bestari Contoh: Kelas Jamil dan Badri belajar bersama-sama. viii. Kedai telefon bimbit Encik Tan Contoh: Tempat Idham, dan Ah Meng bekerja sebagai pembantu kedai. ix. Stor dan kedai telefon bimbit Encik Tan Contoh: Meng Kong mencuri telefon bimbit dan kad prabayar di kedai Encik Tan iaitu bapanya sendiri. x. Rumah Pak Alang Contoh: Badri ke rumah Pak Alang untuk mempelajari ilmu persilatan. xi. Kompleks beli-belah Contoh: Tempat kegiatan melepak Shahrul, Kumar dan Meng Kong selepas sesi persekolahan dan pada hujung minggu. xii. Resort Jamil Contoh: Tempat pertemuan semula antara Badri, Jamil dan Taufik selepas masing-masing berjaya menamatkan pelajarannya di universiti dan berjaya dalam kerjaya masing-masing. Latar Latar Tempat Tepi tasik
  • 16. 16 Contoh: Badri berjoging pada waktu pagi. Pondok kecil Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong duduk berbincang tentang aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar. Rumah Badri Contoh: Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan. Tempat menunggu bas Contoh: Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah. Blok C bangunan sekolah Contoh: Tempat Badri bertugas sebagai pengawas sekolah pada hari yang ditetapkan. Tandas sekolah Contoh: Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas. Kelas 5 Bestari Contoh: Kelas Jamil dan Badri belajar bersama-sama. Kedai telefon bimbit Encik Tan Contoh: Tempat Idham, dan Ah Meng bekerja sebagai pembantu kedai. Stor dan kedai telefon bimbit Encik Tan Contoh: Meng Kong mencuri telefon bimbit dan kad prabayar di kedai Encik Tan iaitu bapanya sendiri. Rumah Pak Alang Contoh: Badri ke rumah Pak Alang untuk mempelajari ilmu persilatan. Kompleks beli-belah Contoh: Tempat kegiatan melepak Shahrul, Kumar dan Meng Kong selepas sesi persekolahan dan pada hujung minggu. Resort Jamil
  • 17. 17 Contoh: Tempat pertemuan semula antara Badri, Jamil dan Taufik selepas masing-masing berjaya menamatkan pelajarannya di universiti dan berjaya dalam kerjaya masing-masing. Latar Masa Pagi Contoh: Mak Siti memasak nasi lemak dan sambal sotong pada waktu pagi untuk sarapan mereka sekeluarga. Waktu selepas rehat Contoh: Badri sebagai seorang pengawas sekolah, telah dibenarkan makan selepas waktu rehat kerana telah bertugas pada waktu rehat. Selepas waktu persekolahan Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah selepas waktu persekolahan. Hari Sabtu Contoh: Meng Kong telah membuka kedai dan membantu bapanya berniaga di kedai telefon bimbit bapanya iaitu Encik Tan. Pukul 4.00 petang Contoh: Badri telah sampai ke pasar raya untuk menemui Siew Mei. Petang Contoh: Shahrul berkumpul dengan budak-budak motor. Latar Masyarakat Masyarakat yang prihatin terhadap anak Contoh: Encik Tan merelakan Meng Kong tinggal di asrama supaya Meng Kong lebih berdisiplin dan boleh mengubah perangainya untuk berjaya dalam peperiksaan. Masyarakat yang bijak menguruskan masa Contoh: Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi agar tidak ketinggalan bas. Masyarakat pelajar yang rajin belajar Contoh: Badri, Siew Mei dan Taufik bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.
  • 18. 18 Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas Contoh: Badri sebagai seorang pengawas melakukan rondaan di kawasan sekolah pada setiap pagi persekolahan. Masyarakat guru yang tegas dan adil Contoh: Cikgu Jailani tegas dan adil dalam menyelesaikan masalah disiplin murid supaya tidak ada murid yang teraniayai. vi. Masyarakat pelajar yang terjebak dalam gejala sosial Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong telah terlibat dalam gejala sosial seperti melepak di kompleks beli-belah, menjual telefon bimbit yang dicuri dan bercampur dengan budak-budak motor. Masyarakat yang bekerjasama menyelesaikan masalah Contoh: Lokman dan Badri bekerjasama untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti Shahrul dan Kumar agar komplot penjualan telefon bimbit dapat dihapuskan di sekolah. Masyarakat yang emosional Contoh: Shahrul cepat melenting apabila ditegur oleh rakannya-rakannya untuk kembali ke pangkal jalan. Gaya Bahasa Personifikasi Contoh: Ombak memukul pantai Peribahasa Contoh: Macam pinang dibelah dua, Biar pecah di perut jangan pecah di mulut, Menang jadi arang kalah jadi abu Pengulangan kata Contoh: Dia benar-benar bencikan kau. Dia merasakan kau sabagai batu penghalang kegiatannya. Dia juga menyatakan dalam hati kecilnya, sebenarnya dia mencemburui kau. Kata ganda
  • 19. 19 Contoh: mandi-manda Simpulan bahasa Contoh: Buah mulut Sinkope Contoh: Kau, Nak Simile Contoh: Langkahnya terasa berat seperti sedang memikul beban yang amat besar , Antara kau dengan Shahrul macam burung gagak dengan kapal terbang Hiperbola Contoh: Seribu penyesalan bertakhta dalam sanubari Badri Bahasa Asing (bahasa Inggeris) Contoh: Romeo rupa-rupanya, Understanding daripada kakak,Race Pengajaran Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah. Contoh: Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai seorang pengawas walaupun telah disimbah dengan air sehingga dia berjaya menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti kes penjualan telefon bimbit. Kita haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga keselamatan diri. Contoh: Badri dapat mengelakkan serangan daripada Shahrul secara spontan kerana mempunyai ilmu persilatan. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan Contoh: Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Kita mestilah tegas dan adil ketika menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak menganiaya orang lain.
  • 20. 20 Contoh: Cikgu Jailani menyelidik secara terperinci penemuan telefon bimbit di dalam beg Badri agar Badri tidak teraniayai kerana beliau percaya bahawa Badri tidak bersalah. Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu masalah. Contoh: Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah disiplin murid-murid sehingga terbongkarnya kegiatan penjualan telefon bimbit oleh Shahrul dan Meng Kong. Kita janganlah terburu-buru ketika membuat keputusan. Contoh: Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil yang bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah mempercayai akan dakwaan Meng Kong bahawa Idham yang telah mencuri telefon bimbit di kedainya. Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan. Contoh: Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama sekolah. Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terus-menerus mengalami kesusahan. Contoh: Shahrul telah sedar dan insaf akan segala kesalahannya setelah terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kakinya tempang sebelah. Kita hendaklah berbincang secara rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh: Encik Tan telah berbincang dan bersepakat dengan Cikgu Jailani untuk menempatkan Meng Kong di asrama sekolah bagi mengatasi masalah tersebut disiplin anaknya. Nilai Nilai kasih sayang Contoh: Demi rasa kasih dan sayang akan anaknya, Encik Tan sanggup menempatkan anaknya di asrama sekolah agar Meng Kong berubah sikapnya dan tidak terjebat lagi dengan gejala sosial. Nilai ketabahan
  • 21. 21 Contoh: Badri seorang yang tabah dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan,cemuhan, ugutan dan tindakan yang dihadapi olehnya. Nilai kegigihan Contoh: Badri gigih berusaha dan belajar sehingga memperoleh keputusan yang kecemerlangan iaitu 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Nilai bertanggungjawab Contoh: Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab kerana telah memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan anak-anaknya. Nilai Prihatin Contoh: Badri seorang yang amat prihatin kepada rakannya, beliau tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira walaupun mengetahui bahawa Nadira pasti tidak akan mempercayainya demi saying akan masa depan Nadira. Nilai cinta akan seni warisan bangsa Contoh: Badri mempelajari seni mempertahankan diri iaitu silat dengan Pak Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada. Nilai keberanian Contoh: Badri seorang yang berani kerana tetap ingin berjumpa dengan seseorang yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di dalam poketnya demi mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah sosial rakan-rakan di sekolahnya. Nilai persahabatan Contoh: Walaupun Badri, Jamil, Shahrul, Meng Kong, dan Siew Mei telah ada kehidupan masing-masing namun ingatan persahabatan tetap kekal di sanubari masing-masing. Soalan Nyatakan tema novel Merenang Gelora Karya Ruslan Ngah. Jelaskan tiga nilai yang terdapat dalam novel Merenang Gelora Karya Ruslan Ngah
  • 22. 22 Jawapan Tema novel Merenang Gelora ialah ketabahan seorang pelajar dalam menghadapi cabaran hidup. Tema ini diserlahkan melalui watak utama, Badri yang menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas di sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya. Tiga nilai dalam novel Merenang Gelora karya Ruslan Ngah ialah nilai ketabahan. Contohnya, Badri tetap tabah dengan tugasnya sebagai pengawas walaupun berbagai-bagai dugaan,cemuhan,ugutan dan tindakan dihadapi. Nilai prihatin contohnya, En Tan berusaha mendapatkan tempat di asrama untuk anaknya Meng Kong supaya anaknya berubah dan tidak terjebak dengan gejala sosial. Ketiga nilai sayang akan seni bangsa contohnya, Badri mempelajari seni pertahanan diri iaitu silat dengan Pak Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada. Pertemuan semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik Jamil setelah masing-masing berjaya dalam kehidupan. Mereka mengimbau kembali kenangan lalu. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM. Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan. Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu. Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. Badri dan rakan- rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap berjaya merenang gelora yang akan mendatang.