SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  22
Bab 9                         MULTIMEDIA
                              DALAM
                              PENDIDIKAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:

1.     Menyatakan definisi multimedia.
2.     Menjelaskan sebab-sebab penggunaan multimedia dalam pendidikan.
3.     Menjelaskan aplikasi-aplikasi multimedia dalam pendidikan.
4.     Menjelaskan kepentingan-kepentingan multimedia dalam
       pendidikan.
5.     Menghuraikan kelemahan dan masalah yang dihadapi dalam
       penggunaan multimedia dalam pendidikan.
6.     Mengaplikasikan elemen-elemen multimedia ke dalam persembahan
       multimedia interaktif berdasarkan panduan-panduan yamg diberikan.




9.1 PENGENALAN
Pendidikan yang berunsurkan teknologi moden berkomputer telah dilaksanakan
di kebanyakan sekolah di Malaysia bagi memastikan generasi muda tidak
tertinggal di belakang dalam perkembangan teknologi ini. Sekolah bestari yang
menjadikan komputer sebagai bahan bantu pengajaran yang utama mula
diperkatakan secara meluas. Salah satu elemen penting yang sangat berkait
rapat dengan pengajaran komputer ialah penggunaan bahan berbentuk
multimedia.
2   BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




           Apakah sebenarnya yang dikatakan multimedia? Sebahagian besar
    mengatakan bahawa multimedia merupakan evolusi terbesar dalam bidang
    pendidikan dan komunikasi selepas penemuan mesin percetakan. Walau apa
    jua yang dikatakan atau difahami mengenai multimedia, semua telah maklum
    bahawa komputer telah merubah cara manusia bekerja dan juga menguruskan
    maklumat sepenuhnya. komputer juga memainkan peranan utama di dalam
    merapatkan jurang geografi dan informasi di dalam perhubungan dan
    pengetahuan manusia.
           Perkembangan teknologi dalam bidang multimedia pula menambahkan
    lagi keistimewaan sistem ini dengan membolehkan komputer bukan sahaja
    menggunakan teks sebagai sumber utama penyaluran informasi tetapi
    menyelitkan juga unsur-unsur grafik, audio, video, animasi dan interaktiviti
    kedalamnya. Ini meningkatkan lagi penggunaan keupayaan sesebuah komputer
    ketahap yang maksima.




    9.2 DEFINISI MULTIMEDIA

    Terlalu banyak definisi yang diberikan terhadap multimedia ini. Mengikut
    Waterworth (1992), multimedia ialah persepaduan bunyi, muzik, animasi, teks,
    suara, video dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan komputer. Ia
    lebih menarik berbanding dengan televisyen atau kaset video. Rosenberg (1993)
    pula mendefinisikannya sebagai gabungan bunyi, imej statik, hiperteks dan video
    yang digunakan selaras dengan teknologi komputer. Beliau juga menambah
    bahawa multimedia sebagai ”suatu kumpulan ahli teknologi merekacipta sesuatu
    untuk menarik perhatian dan memuaskan hati mereka sesama sendiri”.
            Pendapat Jacquetta Megarry (1990) pula, multimedia adalah hipermedia
    yang berkeupayaan hiperteks.          Penekanan diberikan kepada cara-cara
    pengguna menggabung, menyunting, melaras bunyi, grafik, gambar bergerak,
    teks dan perisian komputer dengan penggunaan tetikus.
            Daripada definisi-definisi yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa
    multimedia dinyatakan sebagai komputer yang dihubungkan dengan pelbagai
    peralatan lain seperti pemain cakera video, pemain cakera padat, pengimbas
    grafik (scanner), syntheziser muzik, monitor dan sebagainya. Secara amnya,
    boleh dikatakan bahawa multimedia sebagai proses komunikasi interaktif
    berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan teks, audio, grafik dan
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN             3



animasi. Namun pada sudut pendidikan pula, satu definisi yang paling biasa
digunakan bagi mentakrifkan multimedia ialah;

        “multimedia adalah satu kumpulan sistem kominikasi interaktif yang
        dipandu oleh komputer untuk mereka, menyimpan, menghantar dan
        menapis naskah teks, animasi, video dan rangkaian maklumat
        editan”.

         Kunci utama yang perlu dibincangkan apabila seseorang perlu membina
definisi bagi multimedia:

(i)     Persembahan informasi dengan menggunakan gabungan teks, grafik,
        audio, animasi dan video serta mempunyai interaktiviti antara pengguna
        dan juga komputer.
(ii)    Sistem yang membolehkan capaian informasi bagi sesebuah perisian
        aplikasi dilakukan secara tidak linear (non-linear navigation)

        Definisi yang paling mudah untuk multimedia ialah :

        “Proses komunikasi interaktif    berasaskan komputer yang
        merangkumi penggunaan teks, grafik, audio, video dan animasi”.



9.2.1   Pendidikan menerusi multimedia

Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat
sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya
pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid
menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini
dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya
semakin mendapat perhatian ramai.
       Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi
besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara
menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan
pelbagai peluang kepada pendidik mengaplikasi pelbagai teknik pengajaran dan
pelajar diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi
pembelajaran.
4   BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




           Pelajar juga berpeluang untuk menentukan teknik belajar yang
    bersesuian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan
    masing-masing serta mengalami susana pembelajaran yang lebih menarik dan
    berkesan. Sumber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks
    daripada buku semata-mata tapi lebih luas daripada itu. Kehadiran teknologi
    multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian
    maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan
    boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas.



    9.2.2   Penggunaan komputer dalam pendidikan

    Dalam sesuatu pengajaran secara tradisi, walaupun ianya menjanjikan kejayaan
    yang tidak boleh dipertikaikan namun demikian ianya juga membawa
    bersamanya pelbagai masalah dan ketegangan. Dalam pengajaran tradisi,
    komunkasi sehala banyak berlaku dimana seseorang guru memainkan tugas
    utama           sebagai
    penyalur     maklumat
    manakala         pelajar
    hanya perlu duduk,
    mendengar           dan
    mencatatkan           isi
    penting            yang
    diperlukan.
    Persembahan sebegini
    sememangnya boleh
    mengurangkan minat
    pelajar       terhadap
    terhadap          mata
    pelajaran yang sukar
    untuk difahami.           Rajah 9.1: Penggunaan Komputer dan multimedia

          Kehadiran komputer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya di
    dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan
    yang sedia wujud di dalam pembelajaran tradisi. Dalam proses pengajaran dan
    pembelajaran berbantukan komputer, penggunaan komputer adalah menumpu
    kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi
    memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat.
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN            5



       Teks isi pelajaran boleh diringkaskan atau dipersembahkan semula
menggunakan media-media yang lebih menarik dan bersifat lebih dinamik.
Penggunaan pelbagai media dalam proses penyampaian maklumat juga
melahirkan persembahan yang lebih menarik serta mampu merangsangkan
minda pelajar selain dari faktor ianya tidak membosankan. Soalan-soalan latihan
turut dimuatkan selepas setiap bahagian agar pelajar dapat menilai tahap
kefahamannya, di samping memperkukuhkan pembelajaran.
       Disebabkan pelbagai kemudahan serta keistimewaan yang ditawarkan
oleh komputer, penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran telah berjaya menarik minat ramai pihak, ianya juga telah memberi
kesan terhdap corak pendidikan pada masa ini dan juga mana-mana yang akan
datang.
       Terdapat kemungkinan di mana satu masa nanti pengajaran tradisi yang
selama ini hanya menggunakan buku, kapur dan papan hitam akan diambil alih
fungsinya oleh komputer dan teknologi lain yang setara dengannya. Namun
demikian, peranan guru masih kekal kerana tidak mungkin teknologi boleh
menggantikan peranan yang dimainkan oleh guru sepenuhnya. Ia hanya
bertindak sebagai alat yang digunakan bagi membantu para guru
memperluaskan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan
satu pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.



9.2.3   Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan di
        Malaysia

Peranan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan masa kini tidak
dapat dinafikan lagi kepentingannya. Sistem Pendidikan Negara juga tidak
terkecuali dalam arus perubahan ini dan bagi memastikan negara mampu untuk
bersaing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini pelbagai
perancangan, usaha dan strategi perlu dilaksanakan.
       Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu aplikasi perdana
dalam Koridor Raya Multimedia memperlihatkan usaha kerajaan yang berterusan
bagi membentuk satu generasi baru yang mempunyai daya saing di dalam era
teknologi maklumat dan komunikasi. Selain dari itu, pada penghujung 1998,
Mata Pelajaran Teknologi Maklumat (MPTM) telah diumumkan untuk ditawarkan
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2000 sebagai satu mata
pelajaran pilihan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
6   BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




           Penggunaan perisian multimedia pendidikan dalam proses pengajaran
    dan pembelajaran juga mendapat perhatian dari pihak kerajaan dan ianya
    semakin ketara pada tahun 2001. Apabila penggunaan Bahasa Inggeris bagi
    mata pelajaran sains dan matematik di sekolah dilaksanakan, perisian
    multimedia pendidikan semakin diyakini keberkesanannya dalam membantu para
    guru dan para pelajar. Berbekalkan komputer riba atau notebook dan projektor
    LCD yang dibekalkan, para guru boleh memanfaatkan ianya secara optima di
    dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
           Dengan pelbagai rangsangan serta sokongan daripada pelbagai pihak
    yang berkaitan, menimbulkan satu persoalan yang perlu dijawab iaitu adakah
    pihak guru benar-benar bersedia, berkeyakinan seta berkemampuan untuk
    menangani arus permodenan ini? Adakah program pendidikan perguruan sama
    ada maktab perguruan mahupun di pusat-pusat pengajian tinggi mampu
    membekalkan guru-guru yang mampu memikul aspirasi negara seperti mana
    yang diperlukan?


    9.2.4   Teknologi multimedia dan internet dalam pendidikan

    Kebanyakan perisian atau aplikasi bagi tujuan pembelajaran berbantukan
    komputer sebelum ini dikatakan masih lagi menggunakan teknik-teknik
    pengajaran tahun 50’an yang mana masih terikat dengan psikologi pembelajaran
    jenis tingkah laku (behaviorisma). Dalam erti kata lain, apa yang diperolehi buat
    masa ini ialah buku teks tradisi yang telah dipindahkan kepada bentuk atau
    konsep baru iaitu sebagai buku teks elektronik. Komputer di sini hanya
    berperanan sebagai pembuka helaian atau maklumat.              Perisian sebegini
    sememangnya telah terbukti menerusi kajian kurang berkesan memandangkan
    cirinya yang linear, berjujukan serta kurang menarik. Ianya juga didapati sukar
    atau gagal menarik perhatian serta minat pelajar unutk terus mendalami isi
    pelajaran yang ingin disampaikan.
             Perkembangan pesat dalam teknologi multimedia dan juga teknologi
    internet sedikit sebanyak telah berjaya membawa nafas baru dalam dunia
    pendidikan berdasarkan teknolgi maklumat dan komunikasi. Ianya menawarkan
    pelabagai keistimewaan yang tidak pernah diperolehi menerusi teknologi
    sebelumnya. Gabungan kedua-dua teknologi ini pula semakin merancakkan lagi
    penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan.
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN            7



9.2.4   Asas penggunaan multimedia dalam pendidikan

Interaksi di antara manusia dan komputer sebelum ini tidak sepenuhnya asli atau
natural memandangkan kebanyakan interaksi hanyalah berdasarkan teks.
Pendidikan masa sekarang juga mempunyai persamaan di mana ianya lebih
tertumpu kepada penggunaan teks sama ada dalam bentuk perkataan atau
nombor.
        Walaupun secara dasarnya, kita telah biasa dan serasi menggunakan
cara ini namun kadangkala timbulnya masalah apabila terdapatnya bahagian-
bahagian yang sukar untuk diterangkan atau difahami apabila hanya teks sahaja
yang digunakan. Ini semua mewujudkan sempadan dalam sistem komunikasi
manusia. Dalam kehidupan sebenar, kita juga menjalani kehidupan yang penuh
dengan elemen atau media-media komunikasi yang lain seperti bunyi dan juga
paparan imej atau grafik sama ada dalam bentuk statik mahupun dinamik. Ini
juga menyebabkan wujudnya sempadan di antar apa yang dialami di dalam
kehidupan sebenar seseorang dengan proses pendidakan yang dialaminya.
        Multimedia berupaya menangani permasalahan ini dengan menyelitkan
unsur-unsur yang melibatkan penggunaan deria seperti audio, video, animasi,
teks, dan grafik ke dalam satu medium komunikasi. Sebagai contoh, cuba
perhatikan mana-mana buku teks sekolah atau buku rujukan lain yang anda
miliki. Tidak kira walau berapa ribu atau juta warna yang digunakan buku
tersebut masih gagal mengatasi kelebihan yang ditawarkan di dalam sesebuah
sistem multimedia.
        Kajian saintifik juga membuktikan proses ingatan yang berlaku dalam
otak manusia semakin mudah dilaksanakan apabila manusia menerima
pengukuhan dalam pelbagai bentuk dalam masa yang singkat, Maka gambar
atau imej adalah lebih baik daripada teks kerana ia mempunyai nilai seni dan
berdasarkan pengalaman semula jadi manusia. Menambahkan bunyi-bunyian
dan animasi juga membantu deria penglihatan dan deria pendengaran untuk
lebih aktif dalam proses pembelajaran. Konsep interaktiviti dalam multimedia
pula melibatkan pusat otak manusia yang seterusnya meningkatkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran.
        Aspek hipermedia dalam multimedia juga memainkan peranan yang
penting dalam pendidikan kerana ia membolehkan pelajar untuk mengembara di
dalam sesuatu topik pelajaran mengikut kehendak atau keperluan sebagai
seorang individu. Ianya memberi peluang pelajar untuk belajar mengikut
keselesaan masing-masing dan juga membolehkan mereka belajar
8   BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




    menggunakan cara yang mereka gemari dan bukannya hanya mengikut cara
    yang guru mereka gemari.
           Manusia cuba mengingati sesuatu perkara berdasarkan konsep padanan
    (matching) antara input yang ada dengan data atau corak yang telah sedia ada di
    dalam ingatan. Semakin komplek sesuatu corak yang sedia ada, semakin
    banyak kunci yang boleh membantu proses pengingatan yang ingin dicapai,
    Inikah sebabnya manusia mengingati sesuatu maklumat yang mempunyai
    perkaiatan atau pertalian dengan maklumat yang lain.



    9.2.5   Penggunaan multimedia dalam pendidikan

            Kita telah pun melihat apa yang dimaksudkan dengan multimedia dan
    internet dan apa yan mampu ditawarkan olehnya. Pelbagai kelebihan serta
    keistimewaan ini menyebabkan ianya digemari ramai dan mula diterima sebagai
    salah satu aspek utama dala mkehidupan seharian. Bidang pendidikan juga
    seperti tidak mahu ketinggalan dan mula memanfaatkan teknlogi tersebut ke
    dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
            Persoalannya sekarang ialah bagaimana setiap keistimewaan serta
    kemudahan yang ditawarkan oleh teknolgi multimedia dan internet ini mampu
    memberi impak terhadap bidang pendidikan dan mengapa perlunya teknologi ini
    digunakan di dalam persekitaran pendidikan? Berikut dibincangkan beberapa
    faktor mengapa perlunya penggunaan multimedia dan internet dalam bidang
    pendidikan.

    (a)     Ruang penyimpanan dan kemudahan penyebaran

    Teknologi multimedia membolehkan maklumat dalam kuantiti yang besar
    disimpan dengan lebih mudah berbanding kaedah penyimpanan secara tradisi.
    Menerusi teknologi storan yang moden seperti penggunaan cakera padat,
    maklumat dalam pelbagai media dan format boleh di simpan dengan lebih
    mudah tanpa memerluka ruang penyimpananyang luas.

    (b)     Kemudahan carian dan capaian maklumat

    Kebanyakan aplikasi maklumat dan juga internet menyediakan kemudahan
    carian maklumat yang berkesan dan ini membolehkan mana-mana maklumat
    yang diperlukan boleh dicapai dalam kadar yang pantas.
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN           9




(c)   Rujukan dan pengukuhan maklumat menerusi sumber yang tiada
batasan

Menerusi teknologi multimedia dan internet, pelajar boleh memperoleh sumber
maklumat bagi tujuan rujukan dan juga pengukuhan dengan lebih mudah dan
pantas.

(d)       Menyediakan kuasa kawalan pembelajaran yang lebih fleksibel

Menerusi penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai
sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan
gemari. Teknologi multimedia dan internet juga menyediakan kelebihan interaktif
bersama pelajar yang dan ianya boleh menilai dan merekod pencapaian pelajar
dalam pembelajarannya.

(e)       Pembelajaran berkesan menerusi penggunaan pelbagai media

Kajian saintifik membuktikan bahawa proses ingatan yang berlaku dalam otak
manusia semakin mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai
pengukuhan dalam pelbagai bentuk dala$m masa yang singkat. Oleh yang
demikian, penggunaan gambar atau imej adalah lebih daripada teks kerana ia
mempunyai nilai seni dan berdasarkan pengalaman semula jadi manusia.

(f)       Penggunaan multimedia dalam pendidikan

Terdapat pelbagai jenis, bentuk, format, pendekatan serta fokus bagi aplikasi
multimedia pendidikan yang terdapat multimedia pendidikan yang terdapat di
pasaran dan bergantung kepada pengguna untuk membuat pilihan serta
penilaian sebelum ianya mula digunakan.



4.3 APLIKASI MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN
Beberapa contoh penggunan multimedia dalam pendidikan adalah seperti:

         Simulasi Penerbangan

         Bahan Sejarah Silam
10   BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




              Kamus Elektronik

              Tindakbalas Bahan Kimia


     (a)       Simulasi Penerbangan

     Simulasi Penerbangan yang sering digunakan dalam latihan sistem penerbangan
     merupakan contoh penggunaan multimedia yang terbaik . Simulasi Penerbangan
     membolehkan bakal juruterbang mengalami latihan seperti dalam keadaan yang
     sebenar meliputi audio,visual, interaktiviti dan sebagainya. Simulasi seperti ini
     menjimatkan perbelanjaan dan juga adalah lebih selamat. Ianya juga memberi
     peluang juruterbang untuk berlatih bertindak di dalam keadaan kecemasan
     udara    (sekiranya di laksanakan dalam latihan sebenar mungkin akan
     mewujudkan masalah yang serius)

     (b)       Bahan Sejarah Silam

     Belajar sejarah juga menjadi lebih mudah dan menyeronokan dengan bantuan
     multimedia. Bahan-bahan sejarah boleh direka bentuk bagi menghasilkan
     persembahan secara lebih hidup dengan menggabungkan konsep gambar
     sebenar, animasi 3D dan sebangainya. Pelajar juga boleh melihat video
     keadaan sebenar tanpa perlu bergerak atau melawat ke lokasi sebenar yang
     mungkin memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi.

     (c)       Kamus Elektronik

     Microsoft Bookshelf merupakan siri buku elektronik yang sedia sebagai panduan
     bagi anda yang menggunakan program Microsoft Office. Salah satu aspek
     Microsoft Bookshelf ialah ianya menyediakan kamus elektronik.          Dengan
     menekan atau mengaktifkan perkataan di dalam kamus tersebut menghasilkan
     audio yang mengeluarkan bunyi perkataan tersebut. Ini membantu para pelajar
     untuk belajar menyebut perkataan tesebut dengan tepat di samping memahami
     makna disebaliknya.

     (d)       Tindakbalas Bahan Kimia

     Penggunaan video dan animasi dalam mempersembahkan tindakbalas kimia
     membolehkan para pelajar memahami pelbagai tindakbalas kimia yang mungkin
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN            11



terlalu bahaya atau memerlukan kos yang tinggi untuk dilaksanakan dalam
keadaan yang sebenar. Program multimedia seperti ini juga membolehkan
pelajar memilih bahan kimia, reagen, kepekatan, isipadu bahan kimia dan
sebagainya mengikut keperluan inidividu. Ini bermakna walaupun setiap pelajar
mungkin menggunakan program yang sama tetapi mereka boleh menghasilkan
keputusan yang berasakan keperluan dan kreativiti mereka sendiri.



9.4 KEPENTINGAN MULTIMEDIA DALAM
    PENDIDIKAN
(a)    Format yang interaktif dan merangsang

Satu lagi faktor yang boleh menentukan keberkesanan proses pembelajaran
ialah interaksi di antara pelajar dan guru. Kebanyakan ahli psikologi bersetuju
bahawa pembelajaran secara aktif dipercayai boleh menimbulkan suasana yang
bersaing sesama pelajar. Sifat ingin tahu lebih lanjut mengenai sesuatu topic
akan terbina dengan sendirinya dihati pelajar-pelajar.
        Pelajar yang pasif akan berasa mereka akan ketinggalan banyak perkara
jika tidak turut serta dalam perbincangan. Dengan itu, pembelajaran yang
berkesan hanya akan berlaku melalui pembelajaran secara aktif. Interaktif di
dalam sistem multimedia membolehkan sesuatu proses latihan atau pengajaran
dijalankan mengikut kesesuaian dan citarasa pelajar. Keistimewaan sistem
multimedia ialah ia mampu menerima tindak balas berbentuk teks yang ditaip
atau suara yang diinput melalui mikrofon, semuanya mampu menyediakan
suasana saling tindakan antara pelajar dan komputer. Malah, komputer yang
telah disiapkan dengan program pangkalan data yang mempunyai ciri kepintaran
yang boleh dijadikan sebagai sahabat dan diajarkan untuk berkomunikasi
mengenai sesuatu topik pembelajaran.

(b)    Komunikasi maklumat yang efektif

Pendedahan dan penyampaian pengetahuan melalui buku teks sahaja boleh
membosankan. Dengan multimedia, pelbagai bentuk maklumat boleh
disampaikan secara lebih berkesan dan menarik. Penggunaan grafik contohnya,
boleh memenuhi objektif ini. Ilustrasi berbentuk grafik dan apa jua bentuk
gambar rajah merupakan antara kaedah yang boleh digunakan untuk
meningkatkan keberkesanan dalam proses pembelajaran.           Kajian juga
12   BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




     menunjukkan maklumat yang diterima dalam bentuk grafik dan gambar rajah
     boleh diterima dengan lebih mudah serta dikodkan di dalam minda pelajar dan ia
     juga mudah diingati serta senang diterima oleh neutron minda.
            Penggunaan audio, video dan animasi yang dinamik merupakan
     tambahan di dalam kaedah penyampaian maklumat yang membina dan efektif
     apabila disertakan bersama-sama dengan penggunaan teks dan grafik.

     (c)   Pengekalan informasi yang berkesan

     Teks merupakan asas utama bagi penyaluran informasi dimana ia boleh
     digunakan untuk memberi penekanan atau pengukuhan kepada sesuatu isu.
     Tetapi grafik boleh digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap
     sesuatu persembahan dan seterusnya membantu dalam menerangkan sesuatu
     maklumat dengan lebih berkesan. Maka, grafik atau imej adalah lebih baik
     daripada teks kerana ia mempunyai nilai seni dan berdasarkan pengalaman
     semulajadi manusia.
             Kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa proses ingatan yang
     berlaku dalam otak manusia semakin mudah dilaksanakan apabila manusia
     menerima pelbagai pengukuhan dalam bentuk yang pelbagai dalam masa yang
     singkat. Pembelajaran dengan menggunakan multimedia adalah merangkumi
     pelbagai bentuk pengukuhan seperti teks, audio, grafik dan animasi.
             Manusia lebih mudah mengingati sesuatu maklumat yang mempunyai
     perkaitan atau pertalian dengan maklumat yang lain. Oleh sebab itu, multimedia
     yang menyediakan maklumat yang lebih kepada pelajar boleh membantu dalam
     pembentukan corak ingatan yang lebih kompleks dan seterusnya memudahkan
     proses capaian maklumat itu pada masa hadapan. Multimedia interaktif juga
     membolehkan pengguna terlibat secara terus dan berkesan dan ini
     membolehkan sesuatu informasi disampaikan secara lebih berkesan dan kekal
     diingatan dalam jangka masa yang lebih panjang.

     (d)  Memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengajaran dan
     pembelajaran

     Pendidikan pada masa sekarang biasanya lebih tertumpu kepada penggunaan
     teks sama ada perkataan atau nombor. Walaupun kaedah ini sudah lama
     digunakan dan kita sudah biasa menggunakannya, namun kadang kala timbul
     masalah bagaimana hendak menerangkan bahagian-bahagian pelajaran yang
     sukar untuk diterangkan atau difahami hanya dengan menggunakan teks sahaja.
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN          13



Jadi, disinilah multimedia akan memudahkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran kerana ianya menyelitkan unsur-unsur pelbagai deria seperti
audio, video, animasi, teks dan grafik dalam menerangkan sesuatu.
        Contohnya, kalau dengan menggunakan teks sahaja tentu sukar bagi
seseorang guru untuk menerangkan dengan berkesan mengenai pergerakan
darah di dalam badan manusia tetapi dengan menggunakan animasi, guru tidak
perlu bersusah payah untuk menerangkannya kerana pelajar dapat melihat
sendiri bagaimana pengaliran darah berlaku di dalam badan manusia.

(e)   Membolehkan pelajar belajar mengikut kehendak mereka sendiri

Pelajar-pelajar tidak boleh dipaksa mempelajari sesuatu yang baru dalam
kehidupan mereka. Pelajar akan lebih tekun dan berusaha dalam mempelajari
sesuatu sekiranya mereka meminati mata pelajaran tersebut serta menyedari
kepentingannya dalam kehidupan seharian mereka.
        Aspek hipermedia dalam multimedia memainkan peranan yang penting
dalam pendidikan kerana ia membolehkan pelajar meneroka di dalam sesuatu
topik mata pelajaran mengikut kehendak dan keperluan seseorang individu.
Dengan penggunaan hipermedia, ia membolehkan pelajar mencapai maklumat
tanpa perlu mengikut laluan yang telah ditetapkan seperti lembaran buku dan
teks. Ia sebaliknya membolehkan pelajar mencapai maklumat mengikut minat,
keupayaan dan kehendak hati mereka sendiri. Ianya memberi peluang kepada
pelajar untuk belajar mengikut keselesaan masing-masing dan juga
membolehkan pelajar menggunakan cara yang mereka gemari dan bukannya
hanya mengikut cara yang guru mereka gunakan.
        Berbanding dengan cara pengajaran biasa, dimana pelajar perlu
menerima apa jua kaedah atau cara yang digunakan oleh guru walaupun mereka
mungkin tidak menyukainya. Mereka tidak berpeluang untuk belajar mengikut
kehendak mereka sendiri dan ini akan menyebabkan timbulnya perasaan malas
untuk belajar dalam diri pelajar itu.

(f)   Pembelajaran kendiri

Pembelajaran juga adalah suatu proses yang bersifat individu. Setiap pelajar
mempunyai latar belakang dan keupayaan yang berbeza. Oleh itu tanggapan
mereka tentang pembelajaran juga berbeza dan masa yang diperlukan untuk
menguasai satu topik pembelajaran juga berbeza daripada seorang pelajar ke
pelajar yang lain. Kebanyakan media dan alat bantu mengajar pada hari ini
14   BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




     kurang mementingkan sangat mengenai pembelajaran secara individu.
     Kemunculan mikrokomputer yang mampu dimiliki oleh segenap lapisan
     masyarakat boleh mengubah corak pendidikan masa hadapan.
             Pembelajaran secara berkumpulan dalam sesuatu kelas kini boleh
     dilakukan secara individu. Dengan perisian kursus yang baik serta berkualiti,
     komputer telah terbukti berupaya menyediakan pembelajaran secara individu
     yang peka dan sensitif kepada keperluan pelajar. Input daripada pelajar
     dianalisa terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan diambil. Pelajar akan berasa
     seolah-olah ia sedang berhadapan dengan guru seorang diri dan ini dapat
     meningkatkan keyakinan diri serta menghapuskan rasa malu dalam diri pelajar
     tersebut.

     (g)    Keseronokan menggunakan komputer multimedia

     Kemunculan mikrokomputer dalam bilik darjah boleh menaikkan semangat
     pelajar untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka.
     Keupayaan komputer sebagai mesin yang boleh berkata-kata amat menarik
     perhatian mereka. Jika komputer boleh diprogramkan dengan bahan-bahan
     pengajaran melalui penyampaian yang menarik, kemungkinan untuk menarik
     minat pelajar supaya terus belajar adalah tinggi. Para guru harus mengambil
     peluang ini untuk meningkatkan keberkesanan dan mutu pengajaran mereka
     melalui teknologi canggih ini.



     9.6 KELEMAHAN DAN MASALAH PENGGUNAAN
         MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

     Walaupun Pembelanjaran Berbantukan Komputer (PBK) dengan bantuan
     teknologi multimedia mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedah
     pengajaran dan pembelajaran biasa, ia juga mempunyai kelemahan serta
     masalahnya tersendiri.
            Antara kelemahan yang dihadapi ialah:

                  Kepintaran perisian

                  Minat, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran

                  Kualiti Perisian
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN            15



             Tempoh penghasilan perisian multimedia

             Kos perbelanjaan dan pembinaan perisian

(a)    Kepintaran perisian

Kebanyakan perisian kursus yang ada pada hari ini tidak mempunyai ciri
kepintaran sepertimana yang diperlukan. Biasanya perisian tidak mampu
membezakan input pelajar yang hampir sama ataupun yang mempunyai maksud
yang sama. Pembelajaran melalui komputer pada hari ini adalah lebih tertumpu
pada kaedah tutorial dan latih tubi yang bersifat objektif. Sistem pembelajaran
berbantukan komputer yang lebih cerdik diperlukan bagi mengatasi masalah
input atau maklum balas di luar dugaan dan juga perhubungan dialog dengan
menggunakan bahasa tabii.

(b)    Minat, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran

Para pendidik kurang diberi pendedahan dalam perkembangan dan kemajuan
multimedia. Kebelakangan ini masalah ini di pandang serius dan telah diadakan
pelbagai inisiatif bagi meningkatkan para pendidik dengan ilmu teknologi
komputer. Minat, pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran para pendidik untuk
menghasilkan perisian amatlah perlu untuk membangunkan martabat
pencapaian cemerlang dalam pembelajaran.

(c)    Kualiti perisian

Perisian kursus yang bermutu tinggi agak sukar dihasilkan. faktor masa dan
kekurangan tenaga mahir adalah penghalang utama mengapa perisian kursus
yang bermutu tinggi sukar dihasilkan. Sering juga berlaku dimana pembangunan
sesebuah perisian hanya bertumpu kepada nilai komersial yang mana kualiti
dinilai berdasarkan kualiti media yang digunakan dan bukannya kepada kualiti
nilai pengajaran/pembelajaran serta perubahan tingkah laku pelajar yang ingin
dicapai.

(d)    Tempoh penghasilan perisian multimedia

Pembinaan perisian memerlukan latihan yang sistematik untuk menguasai
kemahiran dalam perisian-perisian multimedia. Maka ia memerlukan masa yang
lama untuk menyiapkannya. Ia juga harus mengambil kira ketepatan isi
16   BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




     kandungan pelajaran. Faktor pengukuhan kurikulum dan unsur–unsur positif
     yang boleh meningkatkan mutu pembelajaran.

     (e)     Kos perbelanjaan dan pembinaan perisian

     Pembinaan perisian multimedia memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Ia
     disebabkan oleh harga perkakasan dan perisian atau tenaga mahir tempatan
     yang terlalu sedikit jika di bandingkan dengan negara barat. Kos pembiayaan
     projek yang tinggi juga mempengaruhi pembinaan perisian kursus yang
     berkualiti. Kos untuk mengupah tenaga mahir dalah tinggi. Adalah menjimatkan
     jika perisian kursus dibangunkan sendiri oleh tenaga pengajar. Walaupun harga
     perkakasan telah menurun dengan banyak sejak kebelakangan ini pada masa
     yang sama harga perisian pula meningkat naik. Ini disebabkan oleh kos buruh
     yang tinggi untuk menyiapkan sistem.



     9.7 ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA DALAM
         PENDIDIKAN
     Terdapat lima elemen atau teknologi utama dalam multimedia iaitu teks, grafik,
     audio, video dan animasi. Selain daripada itu, interaktiviti juga merupakan
     sebahagian daripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses
     komunikasi interaktif menerusi penggunaan multimedia. Setiap elemen ini
     mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan
     informasi yang lebih menarik dan berkesan.

     9.7.1   Elemen Teks

     Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih menarik dan
     dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam
     proses penyampaian maklumat. Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks
     turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi
     kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan
     menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen
     atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang
     dikehendaki.
            Panduan ringkas menggunakan teks dalam sesuatu persembahan :
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN            17



(i)     pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat
(ii)    gunakan typeface dan fon yang bersesuaian;.
(iii)   pastikan teks tersebut boleh dibaca;
(iv)    pemilihan stail tulisan dan juga warna teks yang bersesuaian;
(v)     kawal pemilihan fon serta konsisten; dan
(vi)    pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain




Rajah 9.2: Penggunaan elemen teks dalam persembahan multimedia interaktif


9.7.2   Elemen Grafik

Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual
yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan
sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting
bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan
lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual.
        Grafik mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan
lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya mampu
memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat
18   BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




     dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-mata.
     Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian
     maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap
     maklumat yang ingin disampaikan.
            Garis panduan ringkas menggunakan grafik :

     (i)     pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran;
     (ii)    pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama;
     (iii)   pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas;
     (iv)    pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi; dan
     (v)     gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada
             sistem berkeupayaan rendah.




     Rajah 9.3: Contoh Grafik antara muka yang digunakan dalam persembahan
     multimedia.



     9.7.3   Elemen Audio

     Dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi
     membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN     19



berkesan. Selain daripada itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi dalam
kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses
penyampaian maklumat. Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu
menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan
yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
       Garis panduan ringkas menggunakan audio :

(i)     Audio hanya digunakan jika ianya didapati bersesuaian dengan isi
        kandungan aplikasi atau program;
(ii)    Audio hanya digunakan sekira ianya diperlukan atau pun terdapat
        rasional mengapa ianya digunakan;
(iii)   Sekiranya audio digunakan, pastikan pengguna mempunyai kuasa
        kawalan terhadapnya. Kuasa kawalan di sini merujuk kepada kuasa
        mengawal ketinggian audio, memberhentikan audio dan sebagainya;
(iv)    Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan audio yang sama di dalam
        sesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan;
(v)     Gunakan saiz sampel atau kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagi
        tujuan rakaman atau semasa menyimpan fail audio. Selain daripada
        mengurangkan saiz fail audio, kualiti audio yang terhasil juga sudah
        memadai bagi digunakan di dalam sesebuah aplikasi multimedia; dan
(vi)    Elakkan daripada menggunakan audio sekiranya ia didapati boleh
        mengganggu persembahan.



9.7.4   Elemen Video

Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan
juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Penggunaan video dalam
proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi
seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain daripada itu, video
juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para
pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi
para penggunanya dengan lebih nyata.
       Berikutnya merupakan sebahagian daripada kelebihan penggunaan video
di dalam aplikasi multimedia pendidikan dan juga seterusnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran :

(i)     Maklumat lebih realistik;
20   BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




     (ii)     Mampu merangsang pelbagai deria;
     (iii)    Memudahkan proses pengulangan;
     (iv)     Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran;
     (v)      Mampu meraih emosi dan mengubah sikap;
     (vi)     Menyediakan kuasa kawalan kepada pelajar;
     (vii)    Membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan; dan
     (viii)   Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan.




     Rajah 9.4: Penggunaan video yang boleh dikawal oleh pengguna dalam
     persembahan multimedia



     9.7.5    Elemen Animasi

     Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ianya juga
     merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup
     atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah
     statik. Ianya membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan dengan
     menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan dengan lebih mudah
     dan berkesan.
BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN            21



      Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan maklumat juga dapat
menceriakan proses penyampaiannya.

(i)     Ia juga membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu
        kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding penggunaan teks semata-
        mata.
(ii)    Di samping itu, animasi juga mampu memberi penegasan kepada
        sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian para penonton
        difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
(iii)   Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara
        visual dan juga dinamik.
(iv)    Ini membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai
        suatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipetakan
        ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses
        pemahaman.
(v)     Animasi digital juga boleh digunakan bagi membantu menyediakan
        persekitaran pembelajaran secara maya.            Ini terutamanya bagi
        menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau
        tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos
        yang tinggi.
(vi)    Persembahan secara visual dan dinamik yang disediakan oleh teknologi
        animasi mampu memudahkan proses penerangan konsep atau pun
        demonstrasi sesuatu kemahiran. Ianya membolehkan seseorang pelajar
        memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat.
        Ini secara tidak langsung mempercepatkan proses pemahaman serta
        mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama di
        dalam ingatan.


9.8 TUGASAN
Hasilkan satu bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk multimedia
interaktif yang mengandungi elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video
dan interaktiviti dengan menggunakan perisian persembahan yang bersesuaian.
Bahan Multimedia interaktif ini mestilah dipilih mengikut bidang kepakaran
pengajaran pelajar (Kejuruteraan Elektrik & Eektronik, Kejuruteraan Awam
(Binaan Bangunan), Kejuruteraan Mekanikal (Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan
dan Fabrikasi Logam, Penyejukan dan Penyaman Udara).
22   BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN




     9.9 RINGKASAN
         ACTIVITY
     Perkembangan dalam teknologi multimedia dan internet merupakan satu
     fenomena yang tidak dapat disangkal lagi akan kepentingannya. Teknologi ini
     semakin popular dan digunakan dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia
     sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dunia pendidikan juga tidak
     terkecuali daripada merasai bahang daripada teknologi ini dan ianya semakin
     ketara sejak akhir-akhir ini. Oleh yang demikian, setiap pihak yang terlibat dalam
     bidang pendidikan sama ada sebagai pendidik, pelajar, pentadbir dan
     sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan arus
     perkembangan teknologi tersebut. Ini bagi memastikan sistem pendidikan yang
     dilaksanakan tidak ketinggalan dan seterusnya mungkin tidak lagi relevan
     dengan keperluan semasa.
             Tambahan lagi, pelajar-pelajar dewasa ini mempunyai capaian terhadap
     maklumat yang tidak terbatas dan mereka tidak lagi hanya tertumpu pada buku
     teks dan penerangan guru semata-mata. Maka, sewajarnya seseorang guru itu
     seiring dengan dunia pelajar masa kini dengan berani melibatkan diri serta
     mendalami dunia multimedia ini sepenuhnya.

Contenu connexe

Tendances

Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranDidie Patient
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbanwar Hazim
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)FaFai S.
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 

Tendances (20)

Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Teknik teknik pengajaran
Teknik teknik pengajaranTeknik teknik pengajaran
Teknik teknik pengajaran
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Pengayaan
PengayaanPengayaan
Pengayaan
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 

Similaire à Bab9 multimedia dalam pendidikan

ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATIONICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATIONEddy Terinisip
 
PGT219 : HUMANITIES TEACHING METHOD
PGT219 : HUMANITIES TEACHING METHODPGT219 : HUMANITIES TEACHING METHOD
PGT219 : HUMANITIES TEACHING METHODEddy Terinisip
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5NurAlias91
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauannurliyana274
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanummuha
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauanidahazira
 
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranKata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranZaidi Othman
 
Artikel Teknologi Mobile
Artikel Teknologi MobileArtikel Teknologi Mobile
Artikel Teknologi Mobilemahnikpt6043
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Modul asas media ting 1
Modul asas media ting 1Modul asas media ting 1
Modul asas media ting 1Danjuro Hamada
 
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikanIsu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikanRenee Evelyn
 
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidikImplikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidikEi Mans
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnalAmy Myza
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanYaya Nadieya
 
Assignment aplikasi komputer bm
Assignment aplikasi komputer bmAssignment aplikasi komputer bm
Assignment aplikasi komputer bmachik011091
 

Similaire à Bab9 multimedia dalam pendidikan (20)

ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATIONICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
 
PGT219 : HUMANITIES TEACHING METHOD
PGT219 : HUMANITIES TEACHING METHODPGT219 : HUMANITIES TEACHING METHOD
PGT219 : HUMANITIES TEACHING METHOD
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
 
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian TinjauanTugasan 3-Kajian Tinjauan
Tugasan 3-Kajian Tinjauan
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
Tugasan 4 Penilaian Kendiri
Tugasan 4 Penilaian KendiriTugasan 4 Penilaian Kendiri
Tugasan 4 Penilaian Kendiri
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikan
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaranKata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
Kata kunci penggunaan ict, pengajaran dan pembelajaran
 
Artikel Teknologi Mobile
Artikel Teknologi MobileArtikel Teknologi Mobile
Artikel Teknologi Mobile
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Modul asas media ting 1
Modul asas media ting 1Modul asas media ting 1
Modul asas media ting 1
 
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikanIsu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
 
Tugasan 4 kpt6044
Tugasan 4 kpt6044Tugasan 4 kpt6044
Tugasan 4 kpt6044
 
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidikImplikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnal
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikan
 
Assignment aplikasi komputer bm
Assignment aplikasi komputer bmAssignment aplikasi komputer bm
Assignment aplikasi komputer bm
 
Izuan
IzuanIzuan
Izuan
 

Plus de Siti Zulaikha

Bahan cetak untuk pengajaran
Bahan cetak untuk pengajaranBahan cetak untuk pengajaran
Bahan cetak untuk pengajaranSiti Zulaikha
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Pelbagai papan pengajaran
Pelbagai papan pengajaranPelbagai papan pengajaran
Pelbagai papan pengajaranSiti Zulaikha
 
Teknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikanTeknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Sejarah palang-merah
Sejarah palang-merahSejarah palang-merah
Sejarah palang-merahSiti Zulaikha
 
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidangPembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidangSiti Zulaikha
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeSiti Zulaikha
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanSiti Zulaikha
 
Falsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanFalsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanSiti Zulaikha
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeSiti Zulaikha
 

Plus de Siti Zulaikha (17)

Portfolio PBSM
Portfolio PBSMPortfolio PBSM
Portfolio PBSM
 
Bahan cetak untuk pengajaran
Bahan cetak untuk pengajaranBahan cetak untuk pengajaran
Bahan cetak untuk pengajaran
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Pelbagai papan pengajaran
Pelbagai papan pengajaranPelbagai papan pengajaran
Pelbagai papan pengajaran
 
Teknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikanTeknologi multimedia dalam pendidikan
Teknologi multimedia dalam pendidikan
 
Komputer dalam p&p
Komputer dalam p&pKomputer dalam p&p
Komputer dalam p&p
 
Sejarah palang-merah
Sejarah palang-merahSejarah palang-merah
Sejarah palang-merah
 
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidangPembentangan perancangan pengajaran bidang
Pembentangan perancangan pengajaran bidang
 
Bab10 pusat sumber
Bab10 pusat sumberBab10 pusat sumber
Bab10 pusat sumber
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatisme
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
 
Bab4 visual tayang
Bab4 visual tayangBab4 visual tayang
Bab4 visual tayang
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
 
Falsafah Realisme
Falsafah RealismeFalsafah Realisme
Falsafah Realisme
 
Falsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanFalsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalan
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah Eksistensialisme
 

Bab9 multimedia dalam pendidikan

  • 1. Bab 9 MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. Menyatakan definisi multimedia. 2. Menjelaskan sebab-sebab penggunaan multimedia dalam pendidikan. 3. Menjelaskan aplikasi-aplikasi multimedia dalam pendidikan. 4. Menjelaskan kepentingan-kepentingan multimedia dalam pendidikan. 5. Menghuraikan kelemahan dan masalah yang dihadapi dalam penggunaan multimedia dalam pendidikan. 6. Mengaplikasikan elemen-elemen multimedia ke dalam persembahan multimedia interaktif berdasarkan panduan-panduan yamg diberikan. 9.1 PENGENALAN Pendidikan yang berunsurkan teknologi moden berkomputer telah dilaksanakan di kebanyakan sekolah di Malaysia bagi memastikan generasi muda tidak tertinggal di belakang dalam perkembangan teknologi ini. Sekolah bestari yang menjadikan komputer sebagai bahan bantu pengajaran yang utama mula diperkatakan secara meluas. Salah satu elemen penting yang sangat berkait rapat dengan pengajaran komputer ialah penggunaan bahan berbentuk multimedia.
  • 2. 2 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN Apakah sebenarnya yang dikatakan multimedia? Sebahagian besar mengatakan bahawa multimedia merupakan evolusi terbesar dalam bidang pendidikan dan komunikasi selepas penemuan mesin percetakan. Walau apa jua yang dikatakan atau difahami mengenai multimedia, semua telah maklum bahawa komputer telah merubah cara manusia bekerja dan juga menguruskan maklumat sepenuhnya. komputer juga memainkan peranan utama di dalam merapatkan jurang geografi dan informasi di dalam perhubungan dan pengetahuan manusia. Perkembangan teknologi dalam bidang multimedia pula menambahkan lagi keistimewaan sistem ini dengan membolehkan komputer bukan sahaja menggunakan teks sebagai sumber utama penyaluran informasi tetapi menyelitkan juga unsur-unsur grafik, audio, video, animasi dan interaktiviti kedalamnya. Ini meningkatkan lagi penggunaan keupayaan sesebuah komputer ketahap yang maksima. 9.2 DEFINISI MULTIMEDIA Terlalu banyak definisi yang diberikan terhadap multimedia ini. Mengikut Waterworth (1992), multimedia ialah persepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara, video dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan komputer. Ia lebih menarik berbanding dengan televisyen atau kaset video. Rosenberg (1993) pula mendefinisikannya sebagai gabungan bunyi, imej statik, hiperteks dan video yang digunakan selaras dengan teknologi komputer. Beliau juga menambah bahawa multimedia sebagai ”suatu kumpulan ahli teknologi merekacipta sesuatu untuk menarik perhatian dan memuaskan hati mereka sesama sendiri”. Pendapat Jacquetta Megarry (1990) pula, multimedia adalah hipermedia yang berkeupayaan hiperteks. Penekanan diberikan kepada cara-cara pengguna menggabung, menyunting, melaras bunyi, grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer dengan penggunaan tetikus. Daripada definisi-definisi yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa multimedia dinyatakan sebagai komputer yang dihubungkan dengan pelbagai peralatan lain seperti pemain cakera video, pemain cakera padat, pengimbas grafik (scanner), syntheziser muzik, monitor dan sebagainya. Secara amnya, boleh dikatakan bahawa multimedia sebagai proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan teks, audio, grafik dan
  • 3. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 3 animasi. Namun pada sudut pendidikan pula, satu definisi yang paling biasa digunakan bagi mentakrifkan multimedia ialah; “multimedia adalah satu kumpulan sistem kominikasi interaktif yang dipandu oleh komputer untuk mereka, menyimpan, menghantar dan menapis naskah teks, animasi, video dan rangkaian maklumat editan”. Kunci utama yang perlu dibincangkan apabila seseorang perlu membina definisi bagi multimedia: (i) Persembahan informasi dengan menggunakan gabungan teks, grafik, audio, animasi dan video serta mempunyai interaktiviti antara pengguna dan juga komputer. (ii) Sistem yang membolehkan capaian informasi bagi sesebuah perisian aplikasi dilakukan secara tidak linear (non-linear navigation) Definisi yang paling mudah untuk multimedia ialah : “Proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan teks, grafik, audio, video dan animasi”. 9.2.1 Pendidikan menerusi multimedia Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai. Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada pendidik mengaplikasi pelbagai teknik pengajaran dan pelajar diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran.
  • 4. 4 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN Pelajar juga berpeluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami susana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sumber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks daripada buku semata-mata tapi lebih luas daripada itu. Kehadiran teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas. 9.2.2 Penggunaan komputer dalam pendidikan Dalam sesuatu pengajaran secara tradisi, walaupun ianya menjanjikan kejayaan yang tidak boleh dipertikaikan namun demikian ianya juga membawa bersamanya pelbagai masalah dan ketegangan. Dalam pengajaran tradisi, komunkasi sehala banyak berlaku dimana seseorang guru memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat manakala pelajar hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang diperlukan. Persembahan sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap terhadap mata pelajaran yang sukar untuk difahami. Rajah 9.1: Penggunaan Komputer dan multimedia Kehadiran komputer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud di dalam pembelajaran tradisi. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, penggunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat.
  • 5. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 5 Teks isi pelajaran boleh diringkaskan atau dipersembahkan semula menggunakan media-media yang lebih menarik dan bersifat lebih dinamik. Penggunaan pelbagai media dalam proses penyampaian maklumat juga melahirkan persembahan yang lebih menarik serta mampu merangsangkan minda pelajar selain dari faktor ianya tidak membosankan. Soalan-soalan latihan turut dimuatkan selepas setiap bahagian agar pelajar dapat menilai tahap kefahamannya, di samping memperkukuhkan pembelajaran. Disebabkan pelbagai kemudahan serta keistimewaan yang ditawarkan oleh komputer, penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah berjaya menarik minat ramai pihak, ianya juga telah memberi kesan terhdap corak pendidikan pada masa ini dan juga mana-mana yang akan datang. Terdapat kemungkinan di mana satu masa nanti pengajaran tradisi yang selama ini hanya menggunakan buku, kapur dan papan hitam akan diambil alih fungsinya oleh komputer dan teknologi lain yang setara dengannya. Namun demikian, peranan guru masih kekal kerana tidak mungkin teknologi boleh menggantikan peranan yang dimainkan oleh guru sepenuhnya. Ia hanya bertindak sebagai alat yang digunakan bagi membantu para guru memperluaskan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan satu pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna. 9.2.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan di Malaysia Peranan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan masa kini tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Sistem Pendidikan Negara juga tidak terkecuali dalam arus perubahan ini dan bagi memastikan negara mampu untuk bersaing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini pelbagai perancangan, usaha dan strategi perlu dilaksanakan. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia memperlihatkan usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk satu generasi baru yang mempunyai daya saing di dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Selain dari itu, pada penghujung 1998, Mata Pelajaran Teknologi Maklumat (MPTM) telah diumumkan untuk ditawarkan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2000 sebagai satu mata pelajaran pilihan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
  • 6. 6 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN Penggunaan perisian multimedia pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga mendapat perhatian dari pihak kerajaan dan ianya semakin ketara pada tahun 2001. Apabila penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik di sekolah dilaksanakan, perisian multimedia pendidikan semakin diyakini keberkesanannya dalam membantu para guru dan para pelajar. Berbekalkan komputer riba atau notebook dan projektor LCD yang dibekalkan, para guru boleh memanfaatkan ianya secara optima di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan pelbagai rangsangan serta sokongan daripada pelbagai pihak yang berkaitan, menimbulkan satu persoalan yang perlu dijawab iaitu adakah pihak guru benar-benar bersedia, berkeyakinan seta berkemampuan untuk menangani arus permodenan ini? Adakah program pendidikan perguruan sama ada maktab perguruan mahupun di pusat-pusat pengajian tinggi mampu membekalkan guru-guru yang mampu memikul aspirasi negara seperti mana yang diperlukan? 9.2.4 Teknologi multimedia dan internet dalam pendidikan Kebanyakan perisian atau aplikasi bagi tujuan pembelajaran berbantukan komputer sebelum ini dikatakan masih lagi menggunakan teknik-teknik pengajaran tahun 50’an yang mana masih terikat dengan psikologi pembelajaran jenis tingkah laku (behaviorisma). Dalam erti kata lain, apa yang diperolehi buat masa ini ialah buku teks tradisi yang telah dipindahkan kepada bentuk atau konsep baru iaitu sebagai buku teks elektronik. Komputer di sini hanya berperanan sebagai pembuka helaian atau maklumat. Perisian sebegini sememangnya telah terbukti menerusi kajian kurang berkesan memandangkan cirinya yang linear, berjujukan serta kurang menarik. Ianya juga didapati sukar atau gagal menarik perhatian serta minat pelajar unutk terus mendalami isi pelajaran yang ingin disampaikan. Perkembangan pesat dalam teknologi multimedia dan juga teknologi internet sedikit sebanyak telah berjaya membawa nafas baru dalam dunia pendidikan berdasarkan teknolgi maklumat dan komunikasi. Ianya menawarkan pelabagai keistimewaan yang tidak pernah diperolehi menerusi teknologi sebelumnya. Gabungan kedua-dua teknologi ini pula semakin merancakkan lagi penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan.
  • 7. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 7 9.2.4 Asas penggunaan multimedia dalam pendidikan Interaksi di antara manusia dan komputer sebelum ini tidak sepenuhnya asli atau natural memandangkan kebanyakan interaksi hanyalah berdasarkan teks. Pendidikan masa sekarang juga mempunyai persamaan di mana ianya lebih tertumpu kepada penggunaan teks sama ada dalam bentuk perkataan atau nombor. Walaupun secara dasarnya, kita telah biasa dan serasi menggunakan cara ini namun kadangkala timbulnya masalah apabila terdapatnya bahagian- bahagian yang sukar untuk diterangkan atau difahami apabila hanya teks sahaja yang digunakan. Ini semua mewujudkan sempadan dalam sistem komunikasi manusia. Dalam kehidupan sebenar, kita juga menjalani kehidupan yang penuh dengan elemen atau media-media komunikasi yang lain seperti bunyi dan juga paparan imej atau grafik sama ada dalam bentuk statik mahupun dinamik. Ini juga menyebabkan wujudnya sempadan di antar apa yang dialami di dalam kehidupan sebenar seseorang dengan proses pendidakan yang dialaminya. Multimedia berupaya menangani permasalahan ini dengan menyelitkan unsur-unsur yang melibatkan penggunaan deria seperti audio, video, animasi, teks, dan grafik ke dalam satu medium komunikasi. Sebagai contoh, cuba perhatikan mana-mana buku teks sekolah atau buku rujukan lain yang anda miliki. Tidak kira walau berapa ribu atau juta warna yang digunakan buku tersebut masih gagal mengatasi kelebihan yang ditawarkan di dalam sesebuah sistem multimedia. Kajian saintifik juga membuktikan proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia semakin mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pengukuhan dalam pelbagai bentuk dalam masa yang singkat, Maka gambar atau imej adalah lebih baik daripada teks kerana ia mempunyai nilai seni dan berdasarkan pengalaman semula jadi manusia. Menambahkan bunyi-bunyian dan animasi juga membantu deria penglihatan dan deria pendengaran untuk lebih aktif dalam proses pembelajaran. Konsep interaktiviti dalam multimedia pula melibatkan pusat otak manusia yang seterusnya meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek hipermedia dalam multimedia juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan kerana ia membolehkan pelajar untuk mengembara di dalam sesuatu topik pelajaran mengikut kehendak atau keperluan sebagai seorang individu. Ianya memberi peluang pelajar untuk belajar mengikut keselesaan masing-masing dan juga membolehkan mereka belajar
  • 8. 8 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN menggunakan cara yang mereka gemari dan bukannya hanya mengikut cara yang guru mereka gemari. Manusia cuba mengingati sesuatu perkara berdasarkan konsep padanan (matching) antara input yang ada dengan data atau corak yang telah sedia ada di dalam ingatan. Semakin komplek sesuatu corak yang sedia ada, semakin banyak kunci yang boleh membantu proses pengingatan yang ingin dicapai, Inikah sebabnya manusia mengingati sesuatu maklumat yang mempunyai perkaiatan atau pertalian dengan maklumat yang lain. 9.2.5 Penggunaan multimedia dalam pendidikan Kita telah pun melihat apa yang dimaksudkan dengan multimedia dan internet dan apa yan mampu ditawarkan olehnya. Pelbagai kelebihan serta keistimewaan ini menyebabkan ianya digemari ramai dan mula diterima sebagai salah satu aspek utama dala mkehidupan seharian. Bidang pendidikan juga seperti tidak mahu ketinggalan dan mula memanfaatkan teknlogi tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Persoalannya sekarang ialah bagaimana setiap keistimewaan serta kemudahan yang ditawarkan oleh teknolgi multimedia dan internet ini mampu memberi impak terhadap bidang pendidikan dan mengapa perlunya teknologi ini digunakan di dalam persekitaran pendidikan? Berikut dibincangkan beberapa faktor mengapa perlunya penggunaan multimedia dan internet dalam bidang pendidikan. (a) Ruang penyimpanan dan kemudahan penyebaran Teknologi multimedia membolehkan maklumat dalam kuantiti yang besar disimpan dengan lebih mudah berbanding kaedah penyimpanan secara tradisi. Menerusi teknologi storan yang moden seperti penggunaan cakera padat, maklumat dalam pelbagai media dan format boleh di simpan dengan lebih mudah tanpa memerluka ruang penyimpananyang luas. (b) Kemudahan carian dan capaian maklumat Kebanyakan aplikasi maklumat dan juga internet menyediakan kemudahan carian maklumat yang berkesan dan ini membolehkan mana-mana maklumat yang diperlukan boleh dicapai dalam kadar yang pantas.
  • 9. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 9 (c) Rujukan dan pengukuhan maklumat menerusi sumber yang tiada batasan Menerusi teknologi multimedia dan internet, pelajar boleh memperoleh sumber maklumat bagi tujuan rujukan dan juga pengukuhan dengan lebih mudah dan pantas. (d) Menyediakan kuasa kawalan pembelajaran yang lebih fleksibel Menerusi penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari. Teknologi multimedia dan internet juga menyediakan kelebihan interaktif bersama pelajar yang dan ianya boleh menilai dan merekod pencapaian pelajar dalam pembelajarannya. (e) Pembelajaran berkesan menerusi penggunaan pelbagai media Kajian saintifik membuktikan bahawa proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia semakin mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dalam pelbagai bentuk dala$m masa yang singkat. Oleh yang demikian, penggunaan gambar atau imej adalah lebih daripada teks kerana ia mempunyai nilai seni dan berdasarkan pengalaman semula jadi manusia. (f) Penggunaan multimedia dalam pendidikan Terdapat pelbagai jenis, bentuk, format, pendekatan serta fokus bagi aplikasi multimedia pendidikan yang terdapat multimedia pendidikan yang terdapat di pasaran dan bergantung kepada pengguna untuk membuat pilihan serta penilaian sebelum ianya mula digunakan. 4.3 APLIKASI MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN Beberapa contoh penggunan multimedia dalam pendidikan adalah seperti:  Simulasi Penerbangan  Bahan Sejarah Silam
  • 10. 10 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN  Kamus Elektronik  Tindakbalas Bahan Kimia (a) Simulasi Penerbangan Simulasi Penerbangan yang sering digunakan dalam latihan sistem penerbangan merupakan contoh penggunaan multimedia yang terbaik . Simulasi Penerbangan membolehkan bakal juruterbang mengalami latihan seperti dalam keadaan yang sebenar meliputi audio,visual, interaktiviti dan sebagainya. Simulasi seperti ini menjimatkan perbelanjaan dan juga adalah lebih selamat. Ianya juga memberi peluang juruterbang untuk berlatih bertindak di dalam keadaan kecemasan udara (sekiranya di laksanakan dalam latihan sebenar mungkin akan mewujudkan masalah yang serius) (b) Bahan Sejarah Silam Belajar sejarah juga menjadi lebih mudah dan menyeronokan dengan bantuan multimedia. Bahan-bahan sejarah boleh direka bentuk bagi menghasilkan persembahan secara lebih hidup dengan menggabungkan konsep gambar sebenar, animasi 3D dan sebangainya. Pelajar juga boleh melihat video keadaan sebenar tanpa perlu bergerak atau melawat ke lokasi sebenar yang mungkin memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi. (c) Kamus Elektronik Microsoft Bookshelf merupakan siri buku elektronik yang sedia sebagai panduan bagi anda yang menggunakan program Microsoft Office. Salah satu aspek Microsoft Bookshelf ialah ianya menyediakan kamus elektronik. Dengan menekan atau mengaktifkan perkataan di dalam kamus tersebut menghasilkan audio yang mengeluarkan bunyi perkataan tersebut. Ini membantu para pelajar untuk belajar menyebut perkataan tesebut dengan tepat di samping memahami makna disebaliknya. (d) Tindakbalas Bahan Kimia Penggunaan video dan animasi dalam mempersembahkan tindakbalas kimia membolehkan para pelajar memahami pelbagai tindakbalas kimia yang mungkin
  • 11. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 11 terlalu bahaya atau memerlukan kos yang tinggi untuk dilaksanakan dalam keadaan yang sebenar. Program multimedia seperti ini juga membolehkan pelajar memilih bahan kimia, reagen, kepekatan, isipadu bahan kimia dan sebagainya mengikut keperluan inidividu. Ini bermakna walaupun setiap pelajar mungkin menggunakan program yang sama tetapi mereka boleh menghasilkan keputusan yang berasakan keperluan dan kreativiti mereka sendiri. 9.4 KEPENTINGAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN (a) Format yang interaktif dan merangsang Satu lagi faktor yang boleh menentukan keberkesanan proses pembelajaran ialah interaksi di antara pelajar dan guru. Kebanyakan ahli psikologi bersetuju bahawa pembelajaran secara aktif dipercayai boleh menimbulkan suasana yang bersaing sesama pelajar. Sifat ingin tahu lebih lanjut mengenai sesuatu topic akan terbina dengan sendirinya dihati pelajar-pelajar. Pelajar yang pasif akan berasa mereka akan ketinggalan banyak perkara jika tidak turut serta dalam perbincangan. Dengan itu, pembelajaran yang berkesan hanya akan berlaku melalui pembelajaran secara aktif. Interaktif di dalam sistem multimedia membolehkan sesuatu proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian dan citarasa pelajar. Keistimewaan sistem multimedia ialah ia mampu menerima tindak balas berbentuk teks yang ditaip atau suara yang diinput melalui mikrofon, semuanya mampu menyediakan suasana saling tindakan antara pelajar dan komputer. Malah, komputer yang telah disiapkan dengan program pangkalan data yang mempunyai ciri kepintaran yang boleh dijadikan sebagai sahabat dan diajarkan untuk berkomunikasi mengenai sesuatu topik pembelajaran. (b) Komunikasi maklumat yang efektif Pendedahan dan penyampaian pengetahuan melalui buku teks sahaja boleh membosankan. Dengan multimedia, pelbagai bentuk maklumat boleh disampaikan secara lebih berkesan dan menarik. Penggunaan grafik contohnya, boleh memenuhi objektif ini. Ilustrasi berbentuk grafik dan apa jua bentuk gambar rajah merupakan antara kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses pembelajaran. Kajian juga
  • 12. 12 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN menunjukkan maklumat yang diterima dalam bentuk grafik dan gambar rajah boleh diterima dengan lebih mudah serta dikodkan di dalam minda pelajar dan ia juga mudah diingati serta senang diterima oleh neutron minda. Penggunaan audio, video dan animasi yang dinamik merupakan tambahan di dalam kaedah penyampaian maklumat yang membina dan efektif apabila disertakan bersama-sama dengan penggunaan teks dan grafik. (c) Pengekalan informasi yang berkesan Teks merupakan asas utama bagi penyaluran informasi dimana ia boleh digunakan untuk memberi penekanan atau pengukuhan kepada sesuatu isu. Tetapi grafik boleh digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan dan seterusnya membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Maka, grafik atau imej adalah lebih baik daripada teks kerana ia mempunyai nilai seni dan berdasarkan pengalaman semulajadi manusia. Kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia semakin mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dalam bentuk yang pelbagai dalam masa yang singkat. Pembelajaran dengan menggunakan multimedia adalah merangkumi pelbagai bentuk pengukuhan seperti teks, audio, grafik dan animasi. Manusia lebih mudah mengingati sesuatu maklumat yang mempunyai perkaitan atau pertalian dengan maklumat yang lain. Oleh sebab itu, multimedia yang menyediakan maklumat yang lebih kepada pelajar boleh membantu dalam pembentukan corak ingatan yang lebih kompleks dan seterusnya memudahkan proses capaian maklumat itu pada masa hadapan. Multimedia interaktif juga membolehkan pengguna terlibat secara terus dan berkesan dan ini membolehkan sesuatu informasi disampaikan secara lebih berkesan dan kekal diingatan dalam jangka masa yang lebih panjang. (d) Memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan pada masa sekarang biasanya lebih tertumpu kepada penggunaan teks sama ada perkataan atau nombor. Walaupun kaedah ini sudah lama digunakan dan kita sudah biasa menggunakannya, namun kadang kala timbul masalah bagaimana hendak menerangkan bahagian-bahagian pelajaran yang sukar untuk diterangkan atau difahami hanya dengan menggunakan teks sahaja.
  • 13. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 13 Jadi, disinilah multimedia akan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran kerana ianya menyelitkan unsur-unsur pelbagai deria seperti audio, video, animasi, teks dan grafik dalam menerangkan sesuatu. Contohnya, kalau dengan menggunakan teks sahaja tentu sukar bagi seseorang guru untuk menerangkan dengan berkesan mengenai pergerakan darah di dalam badan manusia tetapi dengan menggunakan animasi, guru tidak perlu bersusah payah untuk menerangkannya kerana pelajar dapat melihat sendiri bagaimana pengaliran darah berlaku di dalam badan manusia. (e) Membolehkan pelajar belajar mengikut kehendak mereka sendiri Pelajar-pelajar tidak boleh dipaksa mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka. Pelajar akan lebih tekun dan berusaha dalam mempelajari sesuatu sekiranya mereka meminati mata pelajaran tersebut serta menyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian mereka. Aspek hipermedia dalam multimedia memainkan peranan yang penting dalam pendidikan kerana ia membolehkan pelajar meneroka di dalam sesuatu topik mata pelajaran mengikut kehendak dan keperluan seseorang individu. Dengan penggunaan hipermedia, ia membolehkan pelajar mencapai maklumat tanpa perlu mengikut laluan yang telah ditetapkan seperti lembaran buku dan teks. Ia sebaliknya membolehkan pelajar mencapai maklumat mengikut minat, keupayaan dan kehendak hati mereka sendiri. Ianya memberi peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut keselesaan masing-masing dan juga membolehkan pelajar menggunakan cara yang mereka gemari dan bukannya hanya mengikut cara yang guru mereka gunakan. Berbanding dengan cara pengajaran biasa, dimana pelajar perlu menerima apa jua kaedah atau cara yang digunakan oleh guru walaupun mereka mungkin tidak menyukainya. Mereka tidak berpeluang untuk belajar mengikut kehendak mereka sendiri dan ini akan menyebabkan timbulnya perasaan malas untuk belajar dalam diri pelajar itu. (f) Pembelajaran kendiri Pembelajaran juga adalah suatu proses yang bersifat individu. Setiap pelajar mempunyai latar belakang dan keupayaan yang berbeza. Oleh itu tanggapan mereka tentang pembelajaran juga berbeza dan masa yang diperlukan untuk menguasai satu topik pembelajaran juga berbeza daripada seorang pelajar ke pelajar yang lain. Kebanyakan media dan alat bantu mengajar pada hari ini
  • 14. 14 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN kurang mementingkan sangat mengenai pembelajaran secara individu. Kemunculan mikrokomputer yang mampu dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat boleh mengubah corak pendidikan masa hadapan. Pembelajaran secara berkumpulan dalam sesuatu kelas kini boleh dilakukan secara individu. Dengan perisian kursus yang baik serta berkualiti, komputer telah terbukti berupaya menyediakan pembelajaran secara individu yang peka dan sensitif kepada keperluan pelajar. Input daripada pelajar dianalisa terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan diambil. Pelajar akan berasa seolah-olah ia sedang berhadapan dengan guru seorang diri dan ini dapat meningkatkan keyakinan diri serta menghapuskan rasa malu dalam diri pelajar tersebut. (g) Keseronokan menggunakan komputer multimedia Kemunculan mikrokomputer dalam bilik darjah boleh menaikkan semangat pelajar untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Keupayaan komputer sebagai mesin yang boleh berkata-kata amat menarik perhatian mereka. Jika komputer boleh diprogramkan dengan bahan-bahan pengajaran melalui penyampaian yang menarik, kemungkinan untuk menarik minat pelajar supaya terus belajar adalah tinggi. Para guru harus mengambil peluang ini untuk meningkatkan keberkesanan dan mutu pengajaran mereka melalui teknologi canggih ini. 9.6 KELEMAHAN DAN MASALAH PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN Walaupun Pembelanjaran Berbantukan Komputer (PBK) dengan bantuan teknologi multimedia mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran biasa, ia juga mempunyai kelemahan serta masalahnya tersendiri. Antara kelemahan yang dihadapi ialah:  Kepintaran perisian  Minat, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran  Kualiti Perisian
  • 15. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 15  Tempoh penghasilan perisian multimedia  Kos perbelanjaan dan pembinaan perisian (a) Kepintaran perisian Kebanyakan perisian kursus yang ada pada hari ini tidak mempunyai ciri kepintaran sepertimana yang diperlukan. Biasanya perisian tidak mampu membezakan input pelajar yang hampir sama ataupun yang mempunyai maksud yang sama. Pembelajaran melalui komputer pada hari ini adalah lebih tertumpu pada kaedah tutorial dan latih tubi yang bersifat objektif. Sistem pembelajaran berbantukan komputer yang lebih cerdik diperlukan bagi mengatasi masalah input atau maklum balas di luar dugaan dan juga perhubungan dialog dengan menggunakan bahasa tabii. (b) Minat, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran Para pendidik kurang diberi pendedahan dalam perkembangan dan kemajuan multimedia. Kebelakangan ini masalah ini di pandang serius dan telah diadakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan para pendidik dengan ilmu teknologi komputer. Minat, pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran para pendidik untuk menghasilkan perisian amatlah perlu untuk membangunkan martabat pencapaian cemerlang dalam pembelajaran. (c) Kualiti perisian Perisian kursus yang bermutu tinggi agak sukar dihasilkan. faktor masa dan kekurangan tenaga mahir adalah penghalang utama mengapa perisian kursus yang bermutu tinggi sukar dihasilkan. Sering juga berlaku dimana pembangunan sesebuah perisian hanya bertumpu kepada nilai komersial yang mana kualiti dinilai berdasarkan kualiti media yang digunakan dan bukannya kepada kualiti nilai pengajaran/pembelajaran serta perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai. (d) Tempoh penghasilan perisian multimedia Pembinaan perisian memerlukan latihan yang sistematik untuk menguasai kemahiran dalam perisian-perisian multimedia. Maka ia memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Ia juga harus mengambil kira ketepatan isi
  • 16. 16 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN kandungan pelajaran. Faktor pengukuhan kurikulum dan unsur–unsur positif yang boleh meningkatkan mutu pembelajaran. (e) Kos perbelanjaan dan pembinaan perisian Pembinaan perisian multimedia memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Ia disebabkan oleh harga perkakasan dan perisian atau tenaga mahir tempatan yang terlalu sedikit jika di bandingkan dengan negara barat. Kos pembiayaan projek yang tinggi juga mempengaruhi pembinaan perisian kursus yang berkualiti. Kos untuk mengupah tenaga mahir dalah tinggi. Adalah menjimatkan jika perisian kursus dibangunkan sendiri oleh tenaga pengajar. Walaupun harga perkakasan telah menurun dengan banyak sejak kebelakangan ini pada masa yang sama harga perisian pula meningkat naik. Ini disebabkan oleh kos buruh yang tinggi untuk menyiapkan sistem. 9.7 ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN Terdapat lima elemen atau teknologi utama dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain daripada itu, interaktiviti juga merupakan sebahagian daripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif menerusi penggunaan multimedia. Setiap elemen ini mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan informasi yang lebih menarik dan berkesan. 9.7.1 Elemen Teks Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki. Panduan ringkas menggunakan teks dalam sesuatu persembahan :
  • 17. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 17 (i) pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat (ii) gunakan typeface dan fon yang bersesuaian;. (iii) pastikan teks tersebut boleh dibaca; (iv) pemilihan stail tulisan dan juga warna teks yang bersesuaian; (v) kawal pemilihan fon serta konsisten; dan (vi) pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain Rajah 9.2: Penggunaan elemen teks dalam persembahan multimedia interaktif 9.7.2 Elemen Grafik Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Grafik mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat
  • 18. 18 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan. Garis panduan ringkas menggunakan grafik : (i) pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran; (ii) pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama; (iii) pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas; (iv) pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi; dan (v) gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah. Rajah 9.3: Contoh Grafik antara muka yang digunakan dalam persembahan multimedia. 9.7.3 Elemen Audio Dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan
  • 19. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 19 berkesan. Selain daripada itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat. Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Garis panduan ringkas menggunakan audio : (i) Audio hanya digunakan jika ianya didapati bersesuaian dengan isi kandungan aplikasi atau program; (ii) Audio hanya digunakan sekira ianya diperlukan atau pun terdapat rasional mengapa ianya digunakan; (iii) Sekiranya audio digunakan, pastikan pengguna mempunyai kuasa kawalan terhadapnya. Kuasa kawalan di sini merujuk kepada kuasa mengawal ketinggian audio, memberhentikan audio dan sebagainya; (iv) Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan audio yang sama di dalam sesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan; (v) Gunakan saiz sampel atau kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagi tujuan rakaman atau semasa menyimpan fail audio. Selain daripada mengurangkan saiz fail audio, kualiti audio yang terhasil juga sudah memadai bagi digunakan di dalam sesebuah aplikasi multimedia; dan (vi) Elakkan daripada menggunakan audio sekiranya ia didapati boleh mengganggu persembahan. 9.7.4 Elemen Video Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain daripada itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya dengan lebih nyata. Berikutnya merupakan sebahagian daripada kelebihan penggunaan video di dalam aplikasi multimedia pendidikan dan juga seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran : (i) Maklumat lebih realistik;
  • 20. 20 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN (ii) Mampu merangsang pelbagai deria; (iii) Memudahkan proses pengulangan; (iv) Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran; (v) Mampu meraih emosi dan mengubah sikap; (vi) Menyediakan kuasa kawalan kepada pelajar; (vii) Membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan; dan (viii) Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan. Rajah 9.4: Penggunaan video yang boleh dikawal oleh pengguna dalam persembahan multimedia 9.7.5 Elemen Animasi Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ianya juga merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik. Ianya membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan.
  • 21. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 21 Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan maklumat juga dapat menceriakan proses penyampaiannya. (i) Ia juga membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding penggunaan teks semata- mata. (ii) Di samping itu, animasi juga mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan. (iii) Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik. (iv) Ini membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai suatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman. (v) Animasi digital juga boleh digunakan bagi membantu menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya. Ini terutamanya bagi menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi. (vi) Persembahan secara visual dan dinamik yang disediakan oleh teknologi animasi mampu memudahkan proses penerangan konsep atau pun demonstrasi sesuatu kemahiran. Ianya membolehkan seseorang pelajar memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat. Ini secara tidak langsung mempercepatkan proses pemahaman serta mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama di dalam ingatan. 9.8 TUGASAN Hasilkan satu bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk multimedia interaktif yang mengandungi elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan interaktiviti dengan menggunakan perisian persembahan yang bersesuaian. Bahan Multimedia interaktif ini mestilah dipilih mengikut bidang kepakaran pengajaran pelajar (Kejuruteraan Elektrik & Eektronik, Kejuruteraan Awam (Binaan Bangunan), Kejuruteraan Mekanikal (Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Penyejukan dan Penyaman Udara).
  • 22. 22 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 9.9 RINGKASAN ACTIVITY Perkembangan dalam teknologi multimedia dan internet merupakan satu fenomena yang tidak dapat disangkal lagi akan kepentingannya. Teknologi ini semakin popular dan digunakan dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali daripada merasai bahang daripada teknologi ini dan ianya semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Oleh yang demikian, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pendidik, pelajar, pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebut. Ini bagi memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan dan seterusnya mungkin tidak lagi relevan dengan keperluan semasa. Tambahan lagi, pelajar-pelajar dewasa ini mempunyai capaian terhadap maklumat yang tidak terbatas dan mereka tidak lagi hanya tertumpu pada buku teks dan penerangan guru semata-mata. Maka, sewajarnya seseorang guru itu seiring dengan dunia pelajar masa kini dengan berani melibatkan diri serta mendalami dunia multimedia ini sepenuhnya.