SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Sekapur Sirih



       Konsep Kajian Tindakan telah diusahakan oleh Kurt Lewin yang merupakan seorang

ahli psikologi sosial pada tahun 1946. Pendekatan Kajian Tindakan telah digunakan berikutan

pelbagai masalah dalam komuniti yang telah timbul selepas Perang Dunia Kedua. Beliau

telah mengutamakan dua idea yang penting, iaitu :

1. keputusan kumpulan

2. komitmen kepada peningkatan kerja



       Idea Lewin ini kemudiannya telah diperkembang oleh Stephen Corey di Teachers

College, Colombia University, New York pada tahun 1953. Corey memperkembangkan idea

ini sebagai satu pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah.

Pada tahun 1976 di United Kingdom, John Elliot dan rakan-rakannya pula menggunakan

kaedah Kajian Tindakan dalam Ford Teaching Project sebagai pendekatan dalam membantu

guru mengembangkan usaha inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah. Di Eropah, kaedah ini digunakan sebagai salah satu usaha untuk mengubah dan

meningkatkan mutu pendidikan di sekolah. Di Australia pula, Kemmis dan McTaggart telah

mengembangkan Kajian Tindakan sebagai alat empirikal dan sistematik untuk meningkatkan

mutu prestasi guru di sekolah.
ABSTRAK


Penggunaan media visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya telah

lama dilaksanakan. Kajian ini dikhususkan untuk melihat kesan penggunaan media

visual terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) matapelajaran Pendidikan Sivik &

Kewarganegaraan (PSK) di dalam bilik darjah. Kajian ini telah dijalankan ke atas 39

orang pelajar 5KP2, SMK Alma Bukit Mertajam dengan menggunakan set ujian IMMS,

ujian pra dan ujian pos. Hampir 100% responden menyatakan persetujuan mereka

bahawa media visual contohnya TV Pendidikan, Video You Tube, CD matapelajaran

menarik dan berguna.



       KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN MEDIA VISUAL DALAM
                  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



1.1 PENGENALAN

     Kajian tindakan membantu guru untuk memperbaiki amalan P&P dalam bilik darjah.

Tujuan kajian dan penyelidikan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan satu-satu kaedah

pengajaran dan pembelajaran serta bahan inovasi (BBM/BBB) yang digunakan. Pemilihan

kaedah pengajaran dan bahan inovasi khusus untuk mengatasi satu-satu masalah

dalam pengajaran dan pembelajaran boleh membantu pelajar menguasai kemahiran yang

paling asas.


     Contoh kajian tindakan yang telah saya laksanakan adalah dengan menjalankan kajian

ke atas pelajar 5KP2 untuk menarik perhatian mereka dalam P&P Pendidikan Sivik &

Kewarganegaraan. Bagi mengatasi masalah ini, saya memberikan tugasan mengulas selepas

tontonan setiap program . Pelajar-pelajar perlu membuat ulasan pendek . Dengan cara ini,

pelajar akan selalu mengingat apa yang diperhatikan dan mengaitkannya dengan P&P yang
dijalankan. Ini sekaligus akan dapat meningkatkan kefahaman dan kecekapan pelajar dalam

menguasai sesuatu isi pelajaran.



1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

       Kajian ini telah menunjukkan betapa pentingnya peranan saya sebagai seorang guru

dalam memastikan keberkesanan media visual dalam pengajaran. Misalnya apabila saya

menayangkan filem atau sedutan-sedutan tertentu serta mengaitkan dengan objektif-objektif

pembelajaran, maka maklumat yang terima oleh pelajar akan bertambah. Misalnya, Ausuble

(1968) mengemukakan konsep maklumat awal penting untuk menghasilkan pengajaran yang

berkesan. Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang

pujangga dan ahli falsafah cina;

‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya

tahu…’. Menurut Heinich (1981) pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika penggunaan

media dirancang secara sistematik.



       Kajian ini dijalankan kepada 39 orang murid dari 5KP2 yang dibahagikan kepada dua

kumpulan:

- Kumpulan 1 diberikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan media bahan

TV Pendidikan. Kumpulan ini terdiri daripada 18 orang pelajar

- Kumpulan 2 diberikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan nota dan

lembaran kerja sahaja. Kumpulan ini juga terdiri daripada 21 orang pelajar
1.3 FOKUS KAJIAN

   Dalam kajian ini,

   1) Semua pelajar diberikan soalan yang sama dalam ujian Pra, ujian pos dan IMMS.

   2) Semua pelajar dalam kumpulan 1 dan 2 menerima sesi pengajaran dan pembelajaran

       pada masa serentak.

   3) Semua pelajar dalam kumpulan 1 menyaksikan media visual seperti CD subjek yang

       mengandungi animasi dan suara latar pada masa yang sama.

   4) Semua pelajar diberikan pendedahan yang sama sebelum sesi pengajaran dan

       pembelajaran dijalankan.



Antara matlamat kajian ini adalah untuk melihat perbezaan keputusan ujian dengan

menggunakan 2 kaedah pengajaran dan pembelajaran iaitu:-

i) Kaedah konvensional berbantukan buku teks, buku lembaran kerja, chalk and

  talk dan kertas ujian.

ii) Kaedah pengajaran dan pembelajaran penggunaan media visual.



1. 4 TUJUAN / OBJEKTIF KAJIAN

       Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mendapatkan gambaran sebenar tentang

keberkesanan media visual dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

dari aspek kesesuaian dan kecekapan. seperti:

1) Mengetahui sejauhmanakah minat, sikap serta motivasi           pelajar tehadap sesi

pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dengan berbantukan media visual

melalui Ujian Ukuran Skala Motivasi Bahan Pengajaran (IMMS)

2) Mengetahui perbezaan keberkesanan penggunaan media visual bercorak pendidikan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan cara pengajaran dan
pembelajaran “chalk and talk” atau berbantukan lembaran nota dan kerja dengan

menggunakan soalan-soalan ujian pra (pretest) dan ujian pos (post test)

3) Mendapatkan maklumbalas terhadap tahap penerimaan para guru yang terdiri daripada

pelbagai opsyen dan para pelajar yang mempunyai tahap prestasi yang berbeza-beza

terhadap P&P berciri media visual dengan menggunakan borang soalan selidik lisan

(temubual).



1. 5 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini menetapkan persoalan kajian berdasarkan tujuan dan objektif kajian seperti

berikut:-

    - Minat, Sikap dan Tahap Motivasi

       i) Adakah para pelajar menunjukkan minat melalui sikap serta tahap penglibatan

       dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan

       ii) Apakah perbezaan motivasi murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran

       berbantukan media visual.

   - Perbezaan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Kumpulan 1 (Media Visual)

dan Kumpulan 2 (Lembaran Nota dan Latihan) serta perbandingan data markah melalui

ujian pra an ujian pos.

       i) Adakah terdapat signifikan pada min kesan keseluruhan pengajaran guru yang

       menggunakan media visual berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran tanpa

       menggunakan bahan.

       ii) Adakah terdapat perbezaan signifikan pada min skor ujian pra dan ujian pos di

       kalangan murid-murid dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran

       berbantukan bahan media visual dan cara tradisional.
- Adakah tahap penggunaan media visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah ini memuaskan. Data diukur melalui temubual yang melibatkan 20 orang responden.
1. 6 BATASAN KAJIAN
         Ketepatan keputusan kajian adalah bergantung kepada kualiti maklumat yang
diperolehi daripada sampel kajian dan prosidur persampelan. Piawaian kualiti, prosidur ,
instrumen dan mekanisme telah dituruti untuk mendapatkan hasil yang menyakinkan.
Prosidur persampelan berbentuk persampelan berstrata mengikut dua tahap. Peringkat
pertama Ujian Pra dan Temubual dan peringkat kedua Ujian Pos dan IMMS. Senarai
murid mengikut tahap pencapaian, jantina dan jumlah responden dalam satu kelas
dipilih dengan teliti dan sistematik. Langkah piawaian ini telah diambil bagi mengelakkan
berlakunya biasan. Kajian ini tidak menilai pendapat dan pengaruh luar daripada guru
dan pelajar lain di sekolah ini.
          Sebagai satu kajian sains sosial dan teknologi. Ada beberapa kekangan yang
boleh menyukarkan proses menginterpretasi data secara menyeluruh khasnya dalam
konteks (cause-effect) program. Namun begitu pengkaji telah menggunakan pelbagai
pendekatan termasuk dalam mengumpul data dari perspektif guru dan murid, ujian pra,
ujian pos dan IMMS.
           Dalam kajian ini, pengumpulan data adalah terbatas kepada penilaian
keberkesanan penggunaan perisian TV Pendidikan dalam P&P , berkaitan
produk, proses, input dan konteks perlaksanaan program. Walau bagaimanapun
beberapa maklumat latar belakang pembolehubah bebas telah dikumpul yang boleh
digunakan dalam analisis lanjutan untuk mengetahui hubungan kesan program terhadap
komitmen sekolah ke arah membudayakan penggunaan TV Pendidikan dalam P&P.
           Dalam perlaksanaan kajian ini, pengkaji menyedari kewujudan sedikit
kelemahan, boleh menjejaskan interprestasi kajian. Ini merupakan salah satu cabaran
kepada pengkaji untuk mendalamkan kemahiran dalam bidang kajian tindakan ( action
research). Pengumuman awal dan permohonan membuat kajian di sekolah ini telah
secara tidak langsung mengubah keadaan konteks dan menyebabkan responden
memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pengkaji.

1. 7   DEFINISI OPERASIONAL
Beberapa istilah yang digunapakai di dalam kajian ini fihuraikan dalam sub topik di
bawah

1.7.1 TV Pendidikan
Merujuk kepada Program TV Pendidikan melalui ASTRO yang telah dilancarkan pada
Tahun 2000 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
1.7.2 Rancangan TV
Merujuk kepada rancangan-rancangan TV Pendidikan yang diterbitkan untuk siaran.
Rancangan TV ini telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui
Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia

1.7.3 Perisian Rancangan
Merujuk kepada rancangan TV Pendidikan yang telah dirakamkan ke dalam CD untuk
digunakan dalan siaran TV Pendidikan Off Air. Ini adalah satu kaedah yang digunakan
sekiranya para pelajar tidak berkesempatan megikutinya secara langsung

Posted in Laporan Kajian Tindakan Konvesional | 1 Comment »

Laporan Bab 2 : Kajian Tindakan Keberkesanan
Penggunaan TV Pendidikan Dalam P&P
Posted by ilmu on 18th Jun 2008

                           BAB 2 : METODOLOGI KAJIAN

2.1     PENGENALAN
        Bahagian ini menghuraikan rekabentuk kajian, sasaran kajian, kaedah
mengutip data dan tinjauan awal. Selain daripada itu beberapa hasil kajian
masa lalu yang dilaksanakan oleh beberapa pihak juga dikemukakan sebagai
bukti tinjauan awal.

2. 2    REKABENTUK KAJIAN
             i)      Penyelidik menggunakan kaedah pengukuran kuantitatif
             dan kualitatif. Laure S. & Joy. F. (1997) menyatakan gabungan
             dua pendekatan ini mampu meningkatkan kesahan dan
             kebolehpercayaan data penilaian. Dengan menggunakan 3 jenis
             instrumen iaitu borang soalselidik, skala IMMS dan soalan ujian
             pra dan pos, keputusan kajian dijangka akan menunjukkan
             keadaan sebenar senarionya. . Walau bagaimanapun keutamaan
             diberikan kepada kaedah soalan ujian yang dapat mengukur
             keberkesanan TV pendidikan dalam proses pengajaran dan
             pembelajaran secara kuantitatif. Instrument kajian telah dibina
             oleh penyelidik dengan bimbingan pasukan penyelidik BTPN dan
             EPRD Pusat Kegiatan Guru Daerah Ranau.
             ii)     Ujian pra digunakan untuk mengetahui tahap pencapaian
             murid sebelum sesi pengajaran dijalankan. Soalan-soalan di
             dalam kertas ujian ini terdiri daripada 20 soalan pelbagai aras.
             iii)    Ujian Pra dijalankan seminggu sebelum sesi pengajaran
             dan
             pembelajaran sebenar. Ini penting supaya murid-murid tidak
             dapat mengecam sepenuhnya soalan-soalan yang sama dalam
             ujian pos.
             iv)     Sesi pengajaran dan pembelajaran selepas ujian tidak
             perlu diberitahu awal. Beritahu murid sehari sebelum sesi dan
             tujuan serta isi kandungan dalam sesi              pengajaran dan
             pembelajaran juga tidak perlu disampaikan. Tujuannya supaya
             murid-murid tidak mengambil kesempatan untuk belajar
             berkaitan tajuk terlebih dahulu. Jika ini berlaku, keputusan ujian
             tidak dapat menggambarkan hal sebenar.
             v)      Ujian Pos pula digunakan selepas sesi pengajaran dan
             pembelajaran.
             Isi kandungan serta soalan-soalan dalam ujian pos tidak jauh
             berbeza dengan soalan ujian pra. Beberapa soalan dalam ujian
             pos diambil terus daripada ujian pra.

2. 3    SASARAN KAJIAN
i)        Sampel kajian diambil daripada 36 pelajar
                   Tingkatan 2 SMK Kundasang. Mereka dipilih mengikut
                   tahap prestasi dan jantina. Senarai responden adalah
                   seperti di dalam Lampiran I : Senarai Responden / Jantina
                   / Tahap Pencapaian (Kumpulan).
                   ii)     10 orang guru dan 10 orang murid yang diambil
                   secara rawak untuk ditemuramah berkaitan dengan
                   pendapat mereka terhadap TV Pendidikan di sekolah.
                   Taburan respondan diperincikan dalam lampiran II
                   (Senarai Respondan Temuramah)
                   iv)     Senarai nama murid diambil seramai 40 orang. Jika
                   ada murid yang hadir dalam ujian pra tetapi tidak hadir
                   pada ujian pos, murid ganti akan diambil. Tahap prestasi
                   mereka hendaklah lebih kurang sama. Seboleh-bolehnya
                   sama jantina.

2. 4 KAEDAH MENGUTIP DATA
          ·      Oleh kerana populasi kajian adalah sedikit dan skop kajian
          adalah kecil, maka kaedah ujian digunakan. Borang tinjauan
          berukuran skala (IMMS) juga digunakan untuk mengetahui tahap
          motivasi pelajar terhadap penggunaan bahan siaran TV Pendidikan.
          ·       Data yang dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan
          SPSS 8.0. Antara statistik yang digunakan ialah kekerapan,
          peratusan dan min. Item-item yang berbentuk fakta seperti ujian
          IMMS akan menggunakan statistik sisihan piawai.
          ·       Bagi menganalisis soalan-soalan terbuka, pengkaji telah
          menggunakan kaedah deskriktif dengan menggunakan perisian SPSS
          Versi 8.0. Bagi item-item yang berbentuk negatif, nilai diterbalikkan
          sebelum diproses (Oppenheim, 1986)
          ·      Dapatan daripada temubual dianalisis dengan menggunakan
          statistik deskriptif dan inferensi. Analisis data temubual dianalisis
          selepas semua informan selesai ditemubual. Temubual dengan
          responden dirakam dalam bentuk audio kemudian ditranskipsikan
          kepada bentuk tulisan secara perkataan demi perkataan (Verbal
          Protocols Transcibed Verbatim). Penyelidik menyemak dan meneliti
          protokol temubual dari segi ketepatan idea dan makna yang
          disampaikan. Penganalisisan data pada peringkat ini menggunakan
          kaedah analisis kandungan pita rakaman audio yang dilakukan
          secara laporan ( metacalf, 1985) Analisis ini dilakukan untuk
          mengenal pasti pola-pola maklumat dengan mengambilkira aspek
          objektiviti dan ciri-ciri kualitatif maklumat yang telah dikumpul (
          marshal & Rossman, 1989). Cara ini merupakan teknik analisis yang
          dibuat secara objektif dan sistematik bagi mengenalpasti ciri-ciri
          mesej (Marshal & Rossman, 1989) atau tema-tema tertentu (Metcalf,
          1985). Garis panduan umum bagi melaksanakan temubual
          sebagaimana yang ditentukan oleh Marshal & Rossman (1989) dan
          Abdul Rahman Daud ( 1999) meliputi aspek-aspek berikut:-
                         a)    menentukan objektif secara spesifik
                         b)     mengesan maklumat yang ada kaitan dengan
                         objektif kajian
                         c)    membuat hubungan empirikal antara data yang
                         diperolehi dengan kesimpulan yang akan dibuat
                         kemudiannya.
                         d)     Merangka pelan untuk mendapatkan sampel
                         maklumat mengikut persoalan-persoalan kajian
                         e)    Membuat sistem kod klasifikasi
f)      Menentukan kaedah mempersembahkan hasil
                       analisis
          ·     Keputusan ujian pra dan pos dianalisis dengan kekerapan,
          peratusan dan min. Penganalisaan data dan kualitatif mengambilkira
          pendapat miles dan Huberman (1994) yang menggariskan 3
          prosedur utama iaitu:-
                           a) Penyaringan data
                           b) Membuat Kesimpulan
                           b) Penyemakan

2. 5 TINJAUAN AWAL
Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas merupakan antara penentu
sama ada kemahiran-kemahiran yang terkandung di dalam sukatan pelajaran
dapat dikuasai oleh murid atau tidak. Kedua-dua proses ini merupakan antara
cara untuk menjana budaya ilmu. Oleh kerana itu, guru-guru yang terlibat
secara lagsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini perlulah
menjalankan sesi ini dengan menggunakan ilmu pedagogi yang tinggi serta
berkesan. Dengan itu, objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai
dengan cepat dan menyeluruh.
        Sebelum kajian ini dijalankan, pengkaji telah membuat banyak tinjauan
yang mempunyai hubungkait dengan penggunaan bahan TV serta Video dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran, ceramah, seminar, kursus dan sebagainya.
Memang tidak dapat dinafikan, penggunaan cara di atas banyak meninggalkan
kesan kepada para peserta. Tidak hairanlah, TV sudah menjadi salah satu
media yang terkenal sama ada di sekolah, rumah, pejabat, kenderaan, hospital
dan sebagainya. Keberkesanan TV dalam menyampaikan satu-satu maklumat
khususnya pelajar telah diakui oleh ramai pakar, contohnya Nordin (1991),
Atan dan Idrus (1999), Fattawi Mokhtar (2000) dan Jamaluddin (2000).
Kesimpulan daripada pendapat-pendapat mereka ialah bahawa TV mampu
membantu para pelajar meningkatkan penglibatan, kefahaman dan motivasi
mereka terhadap pelajaran.
 _____________________________________________________________
 __________
 3
   Lihat Jurnal BTP Sabah, 2004 bil. 1 oleh Losinin dan Pasukan Kajian Tindakan
 Ranau (2004)


        Di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, kejayaan memancarkan
TV Pendidikan melalui ASTRO telah menambahkan jumlah siaran daripada satu
siaran di TV2 sebelum Tahun 2000 kepada 12 siaran pakej pendidikan termasuk
Saluran Khas TV Pendidikan di Channel 12. Selain penjimatan kos daripada 12
juta ringgit ke 400 ribu ringgit setahun, guru-guru juga mempunyai lebih
banyak pilihan saluran TV yang sesuai dengan isi kandungan dan objektif
pelajaran yang mereka ingin sampaikan. Walaupun begitu, kekangan demi
kekangan kita hadapi untuk memanafaatkan kemudahan ini kerana masih
terdapat banyak sekolah yang tidak mempunyai kemudahan TV, TV rosak dan
tidak dapat dibaiki lagi, tiada sumber tenaga elektrik, tiada minyak diesel dan
sebagainya. Keadaan ini menyebabkan hanya 25% daripada 78 buah sekolah di
daerah Ranau yang telah menggunakan TV Pendidikan dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran.3

Kajian ini akan menyokong dan mengemaskinikan laporan tinjauan Losinin dan
Pasukan Kajian Tindakan Ranau (2004) mengenai Kadar Penggunaan TV
Pendidikan di daerah Ranau yang teleh dikemukan kepada Pusat Sumber
Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Pelajaran Gabungan dan Daerah sebagai
panduan bagi melaksanakan tindakikut pihak sekolah selepas pemantauan
pegawai-pegawai atasan.
Perlaksanaan kajian di SMK Kundasang adalah kena pada tempatnya
kerana sekolah ini mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan bahan TV
Pendidikan. Tambahan pula sekolah ini mempunyai makmal komputer yang
boleh digunakan untuk memainkan CD Interaktif yang telah dirakam daripada
isi kandungan TV Pendidikan melalui Channel 12 siaran ASTRO. Pengkaji yang
juga seorang guru di sekolah rendah juga mempunyai pengetahuan sedia ada
berkaitan dengan senario dan latar belakang siaran TV Pendidikan. Pengkaji
juga telah pernah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran melalui TV
Pendidikan ataupun bahan daripada TV Pendidikan dan mengetahui sedikit
sebanyak kesan penggunaan TV Pendidikan ke atas:-
              i)          Sesi pengajaran secara keseluruhan
              ii)          Tahap kefahaman murid terhadap P&P yang
              disampaikan
              iii)       Minat dan motivasi pelajar

More Related Content

What's hot

Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorismeNor Saroni
 
Motivasi dan teori berkaitan motivasi
Motivasi dan teori berkaitan motivasiMotivasi dan teori berkaitan motivasi
Motivasi dan teori berkaitan motivasiIzzyanSyazwani
 
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanak
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanakPendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanak
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanaksyidanazir
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiahiezaku
 
Teknik Gosokan
Teknik GosokanTeknik Gosokan
Teknik Gosokanrurounidin
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Bab 9 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 9   Kemahiran Asas KaunselingBab 9   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 9 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Norafsah Awang Kati
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadSilent Artist
 
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIKModul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIKfadhielahya
 
Papan cerita bahan instruksi
Papan cerita bahan instruksiPapan cerita bahan instruksi
Papan cerita bahan instruksiBukhari Taib
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorismeHamsah Saram
 
Penyelesaian masalah dan membuat keputusan
Penyelesaian masalah dan membuat keputusanPenyelesaian masalah dan membuat keputusan
Penyelesaian masalah dan membuat keputusancik noorlyda
 

What's hot (20)

Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorisme
 
Motivasi dan teori berkaitan motivasi
Motivasi dan teori berkaitan motivasiMotivasi dan teori berkaitan motivasi
Motivasi dan teori berkaitan motivasi
 
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanak
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanakPendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanak
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanak
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Teknik Gosokan
Teknik GosokanTeknik Gosokan
Teknik Gosokan
 
TEORI KOGNITIVISME
TEORI KOGNITIVISMETEORI KOGNITIVISME
TEORI KOGNITIVISME
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
 
Rph minggu 2
Rph minggu 2Rph minggu 2
Rph minggu 2
 
Bab 9 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 9   Kemahiran Asas KaunselingBab 9   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 9 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
 
5.4 motivasi
5.4 motivasi5.4 motivasi
5.4 motivasi
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jad
 
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIKModul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
 
Papan cerita bahan instruksi
Papan cerita bahan instruksiPapan cerita bahan instruksi
Papan cerita bahan instruksi
 
Modifikasi tingkah laku
Modifikasi tingkah lakuModifikasi tingkah laku
Modifikasi tingkah laku
 
Kepimpinan
KepimpinanKepimpinan
Kepimpinan
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorisme
 
Penyelesaian masalah dan membuat keputusan
Penyelesaian masalah dan membuat keputusanPenyelesaian masalah dan membuat keputusan
Penyelesaian masalah dan membuat keputusan
 

Viewers also liked (10)

Kajian PSK
Kajian PSK Kajian PSK
Kajian PSK
 
Contoh format kajian tindakan
Contoh format kajian tindakanContoh format kajian tindakan
Contoh format kajian tindakan
 
Objektif kajian
Objektif kajianObjektif kajian
Objektif kajian
 
Sivik dan kewarganegaraan
Sivik dan kewarganegaraanSivik dan kewarganegaraan
Sivik dan kewarganegaraan
 
Earthwork
EarthworkEarthwork
Earthwork
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Tingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSKTingkatan 2 - PSK
Tingkatan 2 - PSK
 
Nota pendidikan sivik
Nota pendidikan sivikNota pendidikan sivik
Nota pendidikan sivik
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 

Similar to Kajian Tindakan Pend.Sivik

keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputermihahsayang
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Suzana Che Harun
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningsalwa76
 
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanShahid Hosey
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internetTee Teh
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibsondiaernah
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Jeya Kumar
 
Pembentangan
PembentanganPembentangan
Pembentanganyishiannn
 
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pKajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pmrsakmar
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikchummyk
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1imtiaz78
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...shah_idah86
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikCp Tan
 

Similar to Kajian Tindakan Pend.Sivik (20)

keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
 
Ppt kpt6043
Ppt kpt6043Ppt kpt6043
Ppt kpt6043
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Pembentangan
PembentanganPembentangan
Pembentangan
 
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pKajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
Ict 1
Ict 1Ict 1
Ict 1
 
Ulasan jurnal 2
Ulasan jurnal 2Ulasan jurnal 2
Ulasan jurnal 2
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematik
 

More from Puvaneswari Punis

Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015
Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015
Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015Puvaneswari Punis
 
Laporan kajian tindakan pen. moral
Laporan kajian tindakan pen. moralLaporan kajian tindakan pen. moral
Laporan kajian tindakan pen. moralPuvaneswari Punis
 
Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma
Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK AlmaKajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma
Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK AlmaPuvaneswari Punis
 
Kajian tindakan bahasa inggeris
Kajian tindakan bahasa inggerisKajian tindakan bahasa inggeris
Kajian tindakan bahasa inggerisPuvaneswari Punis
 

More from Puvaneswari Punis (6)

Penilaian tingkatan 5PSK
Penilaian tingkatan 5PSKPenilaian tingkatan 5PSK
Penilaian tingkatan 5PSK
 
Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015
Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015
Perancangan strategik panitia sivik 2011 2015
 
Laporan kajian tindakan pen. moral
Laporan kajian tindakan pen. moralLaporan kajian tindakan pen. moral
Laporan kajian tindakan pen. moral
 
Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma
Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK AlmaKajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma
Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma
 
Kajian tindakan bahasa inggeris
Kajian tindakan bahasa inggerisKajian tindakan bahasa inggeris
Kajian tindakan bahasa inggeris
 
Minit mesyuarat psk ke 4
Minit mesyuarat psk ke 4Minit mesyuarat psk ke 4
Minit mesyuarat psk ke 4
 

Recently uploaded

peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 

Recently uploaded (12)

peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 

Kajian Tindakan Pend.Sivik

  • 1. Sekapur Sirih Konsep Kajian Tindakan telah diusahakan oleh Kurt Lewin yang merupakan seorang ahli psikologi sosial pada tahun 1946. Pendekatan Kajian Tindakan telah digunakan berikutan pelbagai masalah dalam komuniti yang telah timbul selepas Perang Dunia Kedua. Beliau telah mengutamakan dua idea yang penting, iaitu : 1. keputusan kumpulan 2. komitmen kepada peningkatan kerja Idea Lewin ini kemudiannya telah diperkembang oleh Stephen Corey di Teachers College, Colombia University, New York pada tahun 1953. Corey memperkembangkan idea ini sebagai satu pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah. Pada tahun 1976 di United Kingdom, John Elliot dan rakan-rakannya pula menggunakan kaedah Kajian Tindakan dalam Ford Teaching Project sebagai pendekatan dalam membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di Eropah, kaedah ini digunakan sebagai salah satu usaha untuk mengubah dan meningkatkan mutu pendidikan di sekolah. Di Australia pula, Kemmis dan McTaggart telah mengembangkan Kajian Tindakan sebagai alat empirikal dan sistematik untuk meningkatkan mutu prestasi guru di sekolah.
  • 2. ABSTRAK Penggunaan media visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya telah lama dilaksanakan. Kajian ini dikhususkan untuk melihat kesan penggunaan media visual terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) matapelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (PSK) di dalam bilik darjah. Kajian ini telah dijalankan ke atas 39 orang pelajar 5KP2, SMK Alma Bukit Mertajam dengan menggunakan set ujian IMMS, ujian pra dan ujian pos. Hampir 100% responden menyatakan persetujuan mereka bahawa media visual contohnya TV Pendidikan, Video You Tube, CD matapelajaran menarik dan berguna. KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN MEDIA VISUAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.1 PENGENALAN Kajian tindakan membantu guru untuk memperbaiki amalan P&P dalam bilik darjah. Tujuan kajian dan penyelidikan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan satu-satu kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahan inovasi (BBM/BBB) yang digunakan. Pemilihan kaedah pengajaran dan bahan inovasi khusus untuk mengatasi satu-satu masalah dalam pengajaran dan pembelajaran boleh membantu pelajar menguasai kemahiran yang paling asas. Contoh kajian tindakan yang telah saya laksanakan adalah dengan menjalankan kajian ke atas pelajar 5KP2 untuk menarik perhatian mereka dalam P&P Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Bagi mengatasi masalah ini, saya memberikan tugasan mengulas selepas tontonan setiap program . Pelajar-pelajar perlu membuat ulasan pendek . Dengan cara ini, pelajar akan selalu mengingat apa yang diperhatikan dan mengaitkannya dengan P&P yang
  • 3. dijalankan. Ini sekaligus akan dapat meningkatkan kefahaman dan kecekapan pelajar dalam menguasai sesuatu isi pelajaran. 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Kajian ini telah menunjukkan betapa pentingnya peranan saya sebagai seorang guru dalam memastikan keberkesanan media visual dalam pengajaran. Misalnya apabila saya menayangkan filem atau sedutan-sedutan tertentu serta mengaitkan dengan objektif-objektif pembelajaran, maka maklumat yang terima oleh pelajar akan bertambah. Misalnya, Ausuble (1968) mengemukakan konsep maklumat awal penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang pujangga dan ahli falsafah cina; ‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya tahu…’. Menurut Heinich (1981) pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika penggunaan media dirancang secara sistematik. Kajian ini dijalankan kepada 39 orang murid dari 5KP2 yang dibahagikan kepada dua kumpulan: - Kumpulan 1 diberikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan media bahan TV Pendidikan. Kumpulan ini terdiri daripada 18 orang pelajar - Kumpulan 2 diberikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan nota dan lembaran kerja sahaja. Kumpulan ini juga terdiri daripada 21 orang pelajar
  • 4. 1.3 FOKUS KAJIAN Dalam kajian ini, 1) Semua pelajar diberikan soalan yang sama dalam ujian Pra, ujian pos dan IMMS. 2) Semua pelajar dalam kumpulan 1 dan 2 menerima sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa serentak. 3) Semua pelajar dalam kumpulan 1 menyaksikan media visual seperti CD subjek yang mengandungi animasi dan suara latar pada masa yang sama. 4) Semua pelajar diberikan pendedahan yang sama sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Antara matlamat kajian ini adalah untuk melihat perbezaan keputusan ujian dengan menggunakan 2 kaedah pengajaran dan pembelajaran iaitu:- i) Kaedah konvensional berbantukan buku teks, buku lembaran kerja, chalk and talk dan kertas ujian. ii) Kaedah pengajaran dan pembelajaran penggunaan media visual. 1. 4 TUJUAN / OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mendapatkan gambaran sebenar tentang keberkesanan media visual dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dari aspek kesesuaian dan kecekapan. seperti: 1) Mengetahui sejauhmanakah minat, sikap serta motivasi pelajar tehadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dengan berbantukan media visual melalui Ujian Ukuran Skala Motivasi Bahan Pengajaran (IMMS) 2) Mengetahui perbezaan keberkesanan penggunaan media visual bercorak pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan cara pengajaran dan
  • 5. pembelajaran “chalk and talk” atau berbantukan lembaran nota dan kerja dengan menggunakan soalan-soalan ujian pra (pretest) dan ujian pos (post test) 3) Mendapatkan maklumbalas terhadap tahap penerimaan para guru yang terdiri daripada pelbagai opsyen dan para pelajar yang mempunyai tahap prestasi yang berbeza-beza terhadap P&P berciri media visual dengan menggunakan borang soalan selidik lisan (temubual). 1. 5 PERSOALAN KAJIAN Kajian ini menetapkan persoalan kajian berdasarkan tujuan dan objektif kajian seperti berikut:- - Minat, Sikap dan Tahap Motivasi i) Adakah para pelajar menunjukkan minat melalui sikap serta tahap penglibatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan ii) Apakah perbezaan motivasi murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan media visual. - Perbezaan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Kumpulan 1 (Media Visual) dan Kumpulan 2 (Lembaran Nota dan Latihan) serta perbandingan data markah melalui ujian pra an ujian pos. i) Adakah terdapat signifikan pada min kesan keseluruhan pengajaran guru yang menggunakan media visual berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan bahan. ii) Adakah terdapat perbezaan signifikan pada min skor ujian pra dan ujian pos di kalangan murid-murid dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan bahan media visual dan cara tradisional.
  • 6. - Adakah tahap penggunaan media visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini memuaskan. Data diukur melalui temubual yang melibatkan 20 orang responden.
  • 7. 1. 6 BATASAN KAJIAN Ketepatan keputusan kajian adalah bergantung kepada kualiti maklumat yang diperolehi daripada sampel kajian dan prosidur persampelan. Piawaian kualiti, prosidur , instrumen dan mekanisme telah dituruti untuk mendapatkan hasil yang menyakinkan. Prosidur persampelan berbentuk persampelan berstrata mengikut dua tahap. Peringkat pertama Ujian Pra dan Temubual dan peringkat kedua Ujian Pos dan IMMS. Senarai murid mengikut tahap pencapaian, jantina dan jumlah responden dalam satu kelas dipilih dengan teliti dan sistematik. Langkah piawaian ini telah diambil bagi mengelakkan berlakunya biasan. Kajian ini tidak menilai pendapat dan pengaruh luar daripada guru dan pelajar lain di sekolah ini. Sebagai satu kajian sains sosial dan teknologi. Ada beberapa kekangan yang boleh menyukarkan proses menginterpretasi data secara menyeluruh khasnya dalam konteks (cause-effect) program. Namun begitu pengkaji telah menggunakan pelbagai pendekatan termasuk dalam mengumpul data dari perspektif guru dan murid, ujian pra, ujian pos dan IMMS. Dalam kajian ini, pengumpulan data adalah terbatas kepada penilaian keberkesanan penggunaan perisian TV Pendidikan dalam P&P , berkaitan produk, proses, input dan konteks perlaksanaan program. Walau bagaimanapun beberapa maklumat latar belakang pembolehubah bebas telah dikumpul yang boleh digunakan dalam analisis lanjutan untuk mengetahui hubungan kesan program terhadap komitmen sekolah ke arah membudayakan penggunaan TV Pendidikan dalam P&P. Dalam perlaksanaan kajian ini, pengkaji menyedari kewujudan sedikit kelemahan, boleh menjejaskan interprestasi kajian. Ini merupakan salah satu cabaran kepada pengkaji untuk mendalamkan kemahiran dalam bidang kajian tindakan ( action research). Pengumuman awal dan permohonan membuat kajian di sekolah ini telah secara tidak langsung mengubah keadaan konteks dan menyebabkan responden memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pengkaji. 1. 7 DEFINISI OPERASIONAL Beberapa istilah yang digunapakai di dalam kajian ini fihuraikan dalam sub topik di bawah 1.7.1 TV Pendidikan Merujuk kepada Program TV Pendidikan melalui ASTRO yang telah dilancarkan pada Tahun 2000 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 1.7.2 Rancangan TV Merujuk kepada rancangan-rancangan TV Pendidikan yang diterbitkan untuk siaran. Rancangan TV ini telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia 1.7.3 Perisian Rancangan
  • 8. Merujuk kepada rancangan TV Pendidikan yang telah dirakamkan ke dalam CD untuk digunakan dalan siaran TV Pendidikan Off Air. Ini adalah satu kaedah yang digunakan sekiranya para pelajar tidak berkesempatan megikutinya secara langsung Posted in Laporan Kajian Tindakan Konvesional | 1 Comment » Laporan Bab 2 : Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan TV Pendidikan Dalam P&P Posted by ilmu on 18th Jun 2008 BAB 2 : METODOLOGI KAJIAN 2.1 PENGENALAN Bahagian ini menghuraikan rekabentuk kajian, sasaran kajian, kaedah mengutip data dan tinjauan awal. Selain daripada itu beberapa hasil kajian masa lalu yang dilaksanakan oleh beberapa pihak juga dikemukakan sebagai bukti tinjauan awal. 2. 2 REKABENTUK KAJIAN i) Penyelidik menggunakan kaedah pengukuran kuantitatif dan kualitatif. Laure S. & Joy. F. (1997) menyatakan gabungan dua pendekatan ini mampu meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data penilaian. Dengan menggunakan 3 jenis instrumen iaitu borang soalselidik, skala IMMS dan soalan ujian pra dan pos, keputusan kajian dijangka akan menunjukkan keadaan sebenar senarionya. . Walau bagaimanapun keutamaan diberikan kepada kaedah soalan ujian yang dapat mengukur keberkesanan TV pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kuantitatif. Instrument kajian telah dibina oleh penyelidik dengan bimbingan pasukan penyelidik BTPN dan EPRD Pusat Kegiatan Guru Daerah Ranau. ii) Ujian pra digunakan untuk mengetahui tahap pencapaian murid sebelum sesi pengajaran dijalankan. Soalan-soalan di dalam kertas ujian ini terdiri daripada 20 soalan pelbagai aras. iii) Ujian Pra dijalankan seminggu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran sebenar. Ini penting supaya murid-murid tidak dapat mengecam sepenuhnya soalan-soalan yang sama dalam ujian pos. iv) Sesi pengajaran dan pembelajaran selepas ujian tidak perlu diberitahu awal. Beritahu murid sehari sebelum sesi dan tujuan serta isi kandungan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga tidak perlu disampaikan. Tujuannya supaya murid-murid tidak mengambil kesempatan untuk belajar berkaitan tajuk terlebih dahulu. Jika ini berlaku, keputusan ujian tidak dapat menggambarkan hal sebenar. v) Ujian Pos pula digunakan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungan serta soalan-soalan dalam ujian pos tidak jauh berbeza dengan soalan ujian pra. Beberapa soalan dalam ujian pos diambil terus daripada ujian pra. 2. 3 SASARAN KAJIAN
  • 9. i) Sampel kajian diambil daripada 36 pelajar Tingkatan 2 SMK Kundasang. Mereka dipilih mengikut tahap prestasi dan jantina. Senarai responden adalah seperti di dalam Lampiran I : Senarai Responden / Jantina / Tahap Pencapaian (Kumpulan). ii) 10 orang guru dan 10 orang murid yang diambil secara rawak untuk ditemuramah berkaitan dengan pendapat mereka terhadap TV Pendidikan di sekolah. Taburan respondan diperincikan dalam lampiran II (Senarai Respondan Temuramah) iv) Senarai nama murid diambil seramai 40 orang. Jika ada murid yang hadir dalam ujian pra tetapi tidak hadir pada ujian pos, murid ganti akan diambil. Tahap prestasi mereka hendaklah lebih kurang sama. Seboleh-bolehnya sama jantina. 2. 4 KAEDAH MENGUTIP DATA · Oleh kerana populasi kajian adalah sedikit dan skop kajian adalah kecil, maka kaedah ujian digunakan. Borang tinjauan berukuran skala (IMMS) juga digunakan untuk mengetahui tahap motivasi pelajar terhadap penggunaan bahan siaran TV Pendidikan. · Data yang dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan SPSS 8.0. Antara statistik yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min. Item-item yang berbentuk fakta seperti ujian IMMS akan menggunakan statistik sisihan piawai. · Bagi menganalisis soalan-soalan terbuka, pengkaji telah menggunakan kaedah deskriktif dengan menggunakan perisian SPSS Versi 8.0. Bagi item-item yang berbentuk negatif, nilai diterbalikkan sebelum diproses (Oppenheim, 1986) · Dapatan daripada temubual dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis data temubual dianalisis selepas semua informan selesai ditemubual. Temubual dengan responden dirakam dalam bentuk audio kemudian ditranskipsikan kepada bentuk tulisan secara perkataan demi perkataan (Verbal Protocols Transcibed Verbatim). Penyelidik menyemak dan meneliti protokol temubual dari segi ketepatan idea dan makna yang disampaikan. Penganalisisan data pada peringkat ini menggunakan kaedah analisis kandungan pita rakaman audio yang dilakukan secara laporan ( metacalf, 1985) Analisis ini dilakukan untuk mengenal pasti pola-pola maklumat dengan mengambilkira aspek objektiviti dan ciri-ciri kualitatif maklumat yang telah dikumpul ( marshal & Rossman, 1989). Cara ini merupakan teknik analisis yang dibuat secara objektif dan sistematik bagi mengenalpasti ciri-ciri mesej (Marshal & Rossman, 1989) atau tema-tema tertentu (Metcalf, 1985). Garis panduan umum bagi melaksanakan temubual sebagaimana yang ditentukan oleh Marshal & Rossman (1989) dan Abdul Rahman Daud ( 1999) meliputi aspek-aspek berikut:- a) menentukan objektif secara spesifik b) mengesan maklumat yang ada kaitan dengan objektif kajian c) membuat hubungan empirikal antara data yang diperolehi dengan kesimpulan yang akan dibuat kemudiannya. d) Merangka pelan untuk mendapatkan sampel maklumat mengikut persoalan-persoalan kajian e) Membuat sistem kod klasifikasi
  • 10. f) Menentukan kaedah mempersembahkan hasil analisis · Keputusan ujian pra dan pos dianalisis dengan kekerapan, peratusan dan min. Penganalisaan data dan kualitatif mengambilkira pendapat miles dan Huberman (1994) yang menggariskan 3 prosedur utama iaitu:- a) Penyaringan data b) Membuat Kesimpulan b) Penyemakan 2. 5 TINJAUAN AWAL Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas merupakan antara penentu sama ada kemahiran-kemahiran yang terkandung di dalam sukatan pelajaran dapat dikuasai oleh murid atau tidak. Kedua-dua proses ini merupakan antara cara untuk menjana budaya ilmu. Oleh kerana itu, guru-guru yang terlibat secara lagsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini perlulah menjalankan sesi ini dengan menggunakan ilmu pedagogi yang tinggi serta berkesan. Dengan itu, objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan cepat dan menyeluruh. Sebelum kajian ini dijalankan, pengkaji telah membuat banyak tinjauan yang mempunyai hubungkait dengan penggunaan bahan TV serta Video dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, ceramah, seminar, kursus dan sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan, penggunaan cara di atas banyak meninggalkan kesan kepada para peserta. Tidak hairanlah, TV sudah menjadi salah satu media yang terkenal sama ada di sekolah, rumah, pejabat, kenderaan, hospital dan sebagainya. Keberkesanan TV dalam menyampaikan satu-satu maklumat khususnya pelajar telah diakui oleh ramai pakar, contohnya Nordin (1991), Atan dan Idrus (1999), Fattawi Mokhtar (2000) dan Jamaluddin (2000). Kesimpulan daripada pendapat-pendapat mereka ialah bahawa TV mampu membantu para pelajar meningkatkan penglibatan, kefahaman dan motivasi mereka terhadap pelajaran. _____________________________________________________________ __________ 3 Lihat Jurnal BTP Sabah, 2004 bil. 1 oleh Losinin dan Pasukan Kajian Tindakan Ranau (2004) Di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, kejayaan memancarkan TV Pendidikan melalui ASTRO telah menambahkan jumlah siaran daripada satu siaran di TV2 sebelum Tahun 2000 kepada 12 siaran pakej pendidikan termasuk Saluran Khas TV Pendidikan di Channel 12. Selain penjimatan kos daripada 12 juta ringgit ke 400 ribu ringgit setahun, guru-guru juga mempunyai lebih banyak pilihan saluran TV yang sesuai dengan isi kandungan dan objektif pelajaran yang mereka ingin sampaikan. Walaupun begitu, kekangan demi kekangan kita hadapi untuk memanafaatkan kemudahan ini kerana masih terdapat banyak sekolah yang tidak mempunyai kemudahan TV, TV rosak dan tidak dapat dibaiki lagi, tiada sumber tenaga elektrik, tiada minyak diesel dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan hanya 25% daripada 78 buah sekolah di daerah Ranau yang telah menggunakan TV Pendidikan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.3 Kajian ini akan menyokong dan mengemaskinikan laporan tinjauan Losinin dan Pasukan Kajian Tindakan Ranau (2004) mengenai Kadar Penggunaan TV Pendidikan di daerah Ranau yang teleh dikemukan kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Pelajaran Gabungan dan Daerah sebagai panduan bagi melaksanakan tindakikut pihak sekolah selepas pemantauan pegawai-pegawai atasan.
  • 11. Perlaksanaan kajian di SMK Kundasang adalah kena pada tempatnya kerana sekolah ini mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan bahan TV Pendidikan. Tambahan pula sekolah ini mempunyai makmal komputer yang boleh digunakan untuk memainkan CD Interaktif yang telah dirakam daripada isi kandungan TV Pendidikan melalui Channel 12 siaran ASTRO. Pengkaji yang juga seorang guru di sekolah rendah juga mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan dengan senario dan latar belakang siaran TV Pendidikan. Pengkaji juga telah pernah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran melalui TV Pendidikan ataupun bahan daripada TV Pendidikan dan mengetahui sedikit sebanyak kesan penggunaan TV Pendidikan ke atas:- i) Sesi pengajaran secara keseluruhan ii) Tahap kefahaman murid terhadap P&P yang disampaikan iii) Minat dan motivasi pelajar