SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  40
PENYELIDIKAN KUALITATIF
DALAM PENDIDIKAN (MBE 12802)
TAJUK 11 : MEREKOD, MENGURUS DAN MENGANALISA DATA
PENSYARAH: PROF DR WAN MOHD RASHID BIN WAN AHMAD
KUMPULAN 4:
• AHMAD SALIHIN BIN OTHMAN GB130014
• NOOR ASHLIZA BINTI AZIZAN GB130071
• SUHAILI BINTI HANAFI GB130070
• NUR AZZARINA BINTI KHAMIS GB130056
• MOHAMED OSMAN ABDI GB130158
PENGENALAN
• Dalam kajian kualitatif, proses mengumpul data sebenarnya adalah
berjalan serentak dengan proses menganalisis data. Ini adalah untuk
mengelakkan penyelidik daripada berhadapan dengan masalah
kehilangan beberapa maklumat penting dan seharusnya tidak patut
ditinggalkan atas kecuaian penyelidik kerana lambakan data.
DEFINISI ANALISIS DATA KUALITATIF
• Analisis data kualitatif adalah usaha yang dilakukan dengan bekerja
dengan data, menganjurkannya, memecahkannya kepada unit-unit yang
terkawal, mensintesiskannya, mencari pola, mencari apa yang penting dan
apa yang perlu dipelajari, dan memutuskan apa yang akan memberitahu
kepada orang lain (Bogdan & Biklen, 1982).
• Analisis data adalah suatu proses yang sistematik dalam mengurus dan
memaparkan hasil dapatan kajian dalam cara yang mudah difahami.
• Analisis data melibatkan proses menguruskan data dan mensintesiskan
data, mengkaji hasil dapatan kajian serta menginterpretasikan hasil
dapatan kajian.
PENDEKATAN DAN METOD MENGANALISIS
• Dalam penyelidikan kualitatif penganalisisan data dilakukan secara
berterusan sepanjang proses penyelidikan.
• Secara keseluruhan proses penganalisisan data meliputi 3 urutan aktiviti,
iaitu penyaringan data (data reduction), persembahan data (data display)
dan penulisan kesimpulan/verifikasi (conclusion drawing/ verifikasi)
(Miles & Huberman,1994).
• Penyaringan data (Data Reduction)
Proses ini merupakan usaha untuk mengurangkan jumlah data dengan
memilih dan mengasingkan data yang kurang relevan.
Aktiviti meringkaskan, memilih buang dan menyusun data dalam bentuk
tertentu dilakukan untuk menjadikan data lebih berfokus bagi membantu
proses membuat keputusan.
Proses penyaringan data boleh dilakukan secara berterusan sepanjang
proses pelaksanaan penyelidika: sebelum, semasa dan selepas proses
mengumpul data.
• Pengekodan data adalah bahagian penting dalam penyaringan data.
Proses ini melibatkan aktiviti:
-Membaca transkripsi untuk menentukan pola atau tema topik;
-Menulis ayat sebagai kod kategori untuk mewakili pola atau topik;
-Menyenaraikan kategori menurut abjad atau nombor;
-Membaca keseluruhan data dan memberikan tanda bagi setiap unit
(ayat dan perengan dengan kategori pengkodan yang berkaitan);
-Menguruskan data dengan cara mengasingkan unit-unit mengikut
kategori dan memasukkannya ke dalam fail menggunakan komputer,
-Membina kod pola untuk mengenal pasti tema atau keterangan yang
muncul.
• Persembahan data (Data Display)
Persembahan data merupakan cara sistematik yang paling jelas untuk
memaparkan data agar mudah difahami. Data juga harus dipersembahkan
secara tersusun dan padat serta dapat menjelaskan keputusan yang dibuat.
Untuk itu, persembahan data boleh dilakukan dengan menggunakan
perkataan, matrik, graf, carta, jadual dan huraian.
• Penulisan Kesimpulan dan Verifikasi
Proses penganalisisan data dilakukan untuk membolehkan penyelidik
membina kesimpulan tentang persoalan kajian. Bagi menjamin keesahan,
kesimpulan yang dibina mestilah disokong dengan bukti-bukti daripada
data. Untuk itu, beberapa langkah, seperti meneliti hubungan antara data,
menyemak keesahan melalui bukti yang menyokong dapatan, mencari bukti
yang tidak selaras dengan dapatan, mempertimbangkan perspektif
alternatif, iaitu pemahaman yang diperoleh daripada kajian, menyemak
silang dengan perspektif responden dan/atau rakan penyelidik lain perlu
dilakukan.
PERINGKAT-PERINGKAT DALAM MENGANALISIS
DATA KUALITATIF
• Proses menganalisis data dilakukan apabila telah selesai peringkat pengutipan data
dilakukan. Peringkat ini adalah penting dalam menentuka kejayaan sebuah kajian yang
dijalankan.
• Pemerosesan data-data kualitatif melibatkan beberapa peringkat untuk tujuan analisis.
Antaranya ialah :
-Transkripsi
-Organisasi Data
-Pelaziman (membiasakan diri dengan data)
-Koding
-Tema
-Demonstrasi Kebolehpercayaan dan Keesahan
-Laporan
• Transkripsi
- Proses transkrip atau menyalin adalah langkah pertama dalam proses
penganalisaan data misalnya menyalin data-data dalam bentuk rakaman audio
yang mengandungi temubual penyelidik dan responden, perbincangan
kumpulan fokus, rakaman video atau catatan kerja lapangan.
- Transkripsi hendaklah dilakukan secara menyeluruh tanpa meninggalkan apa
juga yang didengar dan diperhatikan.
- Proses menyalin atau transkripsi merupakan proses yang memerlukan
perhatian, masa dan kesabaran seseorang penyelidik. Namun demikian proses
ini akan dapat memberi peluang kepada penyelidik menyelami setiap data
yang diperoleh.
• Organisasi Data
‾ Setelah proses transkripsi selesai, adalah perlu untuk menyusun data mengikut
bahagian yang senang untuk digunakan semula. Nombor mungkin akan diberi
pada setiap temu bual atau kod, atau membahagikan nota-nota lapangan
kepada bahagian-bahagian tertentu mengikut tarikh data dipunggut atau
mengikut konteks atau pun menyimpan data mengikut bahagian masing-
masing dalam folder.
• Pelaziman (membiasakan diri dengan data)
- Setelah lambakan data disusun mengikut bahagian – bahagian tertentu,
maka tibalah masanya untuk membiasakan diri dengan data – data yang
diperolehi. Proses pelaziman adalah dengan mendengar kandungan temu
bual dalam pita rakaman, membuat tontonan semula bahan berbentuk
video, membaca iaitu membaca semula data-data, membuat memo dan
membuat ringkasan sebelum proses analisis secara formal bermula. Ia
adalah peringkat yang penting terutamanya jika pengumpulan dan proses
transkripsi data bukan dilakukan oleh penyelidik sendiri.
• Koding
- Proses pengkodan adalah langkah yang sangat penting dalam proses
menganalisis data kualitatif dengan menggunakan sebarang pakej perisian
komputer.
- Koding melibatkan proses mengenalpasti petikan-petikan di dalam teks dan
menyimpan rujukan kepada petikan teks berkenaan di dalam item database
yang dipanggil Node (dalam perisian Nvivo). Node boleh mengandungi
pelbagai rujukan dan boleh mengkod petikan-petikan daripada sebarang
dokumen yang telah disediakan.
- Menurut Udo Kelle (1995) koding mempunyai dua fungsi utama iaitu koding
boleh melambangkan satu petikan teks yang mengandungi maklumat khusus
untuk tujuan membenarkan retrieval.
- Koding juga dibuatkan semata – mata untuk melambangkan fakta yang wujud
dalam satu-satu maklumat menerusi data-data mentah.
• Tema
- Tema akan timbul hasil daripada sorotan kajian lepas. Lagi banyak sorotan
kajian lepas yang dibaca maka banyaklah tema yang terhasil. Tema juga
akan timbul daripada ciri-ciri fenomena yang dikaji. Selain daripada itu,
tema adalah daripada definisi yang telah dipersetujui oleh professional
ataupun daripada nilai-nilai penyelidik, orientasi teoritikal dan
pengalaman personal dengan perkara yang dikaji (Blumer, 1979; Strauss,
1987; Maxwell, 1996).
• Demonstrasi Kebolehpercayaan dan Keesahan
- Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting
bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan.
Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian
yang baik dan berkualiti (Ghazali, 2002). Kesahan merujuk kepada ujian
mengukur apa yang sepatutnya diukur (Tuckman, 1978).
- Trangulasi data dalam penyelidikan kualitatif adalah bertujuan untuk menjamin
kebolehpercayaan dan kesahihan penemuan penyelidik. Perisian Nvivo boleh
melaksanakan tugas ini iaitu dengan kemudahan Modeler dan Search Tool.
- Menurut Gonzalo Bacigalupe (2003), menggunakan Nvivo menyatakan bahawa
modeler boleh membantu menjelaskan data, memeriksa konseptual yang hilang
dan menghasilkan persoalan baru. Dengan menggunakan modeler juga
perbincangan juga boleh dibuat kerana keupayaan meneroka, membina, menguji,
memerhatikan hubungan dan menentukan corak data yang diperolehi.
• Laporan
- Laporan adalah peringkat penyempurnaan kajian. Pada bahagian ini
penyelidik hendaklah mentafsir, mengulas dan menyebarkan dapatan kajian
berdasarkan kepada data-data yang diperoleh. Penyelidik hendaklah
mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang
yang dikaji. Oleh itu hasil analisis haruslah dipersembahkan dengan jelas,
kemas dan meyakinkan pembaca. Laporan kajian boleh dibuat berpandukan
pelbagai cara sama ada menerusi semakan senarai koding yang dibuat
(coding report), pembahagian node (node report), attribute, berpandukan
perwakilan visual (modeler) atau pun dengan bantuan search tool.
PENGGUNAAN PERISIAN DALAM MENGURUS
DAN MENGANALISIS DATA KUALITATIF
• Perisian Nvivo Versi 2.0 adalah satu perisian yang boleh membantu
penyelidik mengorganisasi data dengan lebih mudah dan teratur. NVivo
Versi 2.0 adalah contoh perisian yang boleh digunakan untuk membantu
mengurus data kualitatif. Strauss & Corbin (1998) ada menjelaskan
keperluan perisian untuk mengorganisasi data kualitatif.
• Perisian ini tidak sama dengan perisian SPSS (Software Package for Social
Sciene) yang digunakan dalam penyelidikan berstatistik atau kuantitatif.
• Perisian ini juga relevan digunakan pada peringkat awal penyelidikan
hingga ke peringkat pembentukan teori.
Contoh pengkalan data penyelidik dalam perisian Nvivo Versi 2.0
• Ciri-Ciri Perisian Nvivo Versi 2.0
- Perisian NVivo mudah digunakan, senang diurus dan tidak mempuyai step
yang banyak untuk difahami.
- Nvivo akan memaparkan antaramukanya apabila perisian itu di klik dan ia
akan memaparkan satu antaramuka yang mudah digunakan dan jelas.
Antaramuka ini dikenali sebagai Project Pad.
- Setiap kali hendak menggunakan Nvivo sudah pastinya pengguna akan
dipaparkan dengan antaramuka ini terlebih dahulu. Antaramuka ini akan
dapat membantu dan memudahkan penyelidik menggunakan perisian ini.
Antaramuka ini terdiri dari tujuh butang primer dan lima butang sekunder.
• Butang-butang berkaitan yang boleh digunakan
Butang Primer Butang Sekunder
a) Document
b) Nodes
c) Atrributes
d) Set
e) Search
f) Show Relations
g) Explore Models
a) Create a document
b) Explore a Document
c) Browse a Document 
d) Edit a document
e) Explore a document
Project Pad Perisian Nvivo
• Bagi memudahkan pengurusan data kualitatif, telah dibangunkan
beberapa perisian, salah satunya perisian Nvivo versi 2.0.
• Perisian akan dapat membantu penyelidik kualitatif untuk menguruskan
data dengan baik.
• Pengurusan data akan menjadi lebih mudah, menjimatkan masa. Terdapat
beberapa ciri-ciri (features) yang penting yang sangat membantu seperti
report yang akan menjelaskan dengan lebih mendalam berkaitan
dokumen dan node.
CONTOH PENGGUNAAN NVIVO PADA SETIAP
PERINGKAT ANALISIS DATA KUALITATIF
• TRANSKRIPSI
Langkah 1
Setelah program Nvivo dibuka, paparan berikut akan muncul. Terdapat 4
butang iaitu:
Langkah 2
Apabila butang Create a New Project paparan New Project Wizard akan
muncul. Pilihan Custom jika bertujuan untuk mengawal lokasi atau
menggunakan kata laluan (password) untuk tujuan mengawal keselamatan
projek. Pilihan Typical adalah selain daripada tujuan diatas dan klik butang
Next untuk pergi ke langkah seterusnya.
Langkah 3
Pilihan butang Next akan membawa kita kepada paparan berikut:
Paparan berikut akan muncul setelah butang Next diklik:
Seterusnya klik butang Finish jika butiran betul dan klik ada butang Back
sekiranya sebarang pembetulan perlu dilakukan
Langkah 4
Berikut adalah paparan menu utama apabila langkah 3 telah selesai. Menu ini
mengandungi butang-butang yang akan melaksanakan fungsi-fungsi yang berlainan.
Pertama adalah penggunaan butang Documents. Butang ini berfungsi bagi
memanggil atau import semua himpunan data kualitatif yang telah disediakan.
Explore all Project Documents adalah kemudahan untuk meneroka semua
dokumen atau fail yang telah diimport tadi. Sementara itu, butang Browse, Change,
Link and Code a Documents adalah untuk diubahsuai (edit), dipautkan (link), dan
dikod (code).
Langkah 5
Setelah klik pada submenu Make a Project Document paparan itu berikut
akan muncul. Beberapa pilihan diberi dan setiap pilihan yang dibuat adalah
berdasarkan jenis data yang ingin dianalisa. Langkah-langkah adalah
seperti berikut:
• ORGANISASI DATA
Paparan di atas menunjukkan bagaimana cara mengorganisasi kesemua data
yang akan terlibat dalam folder-folder tertentu.
Dalam Nvivo fail-fail boleh dihimpun dengan mengikut bahagian dengan
cara memberi warna yang sama bagi setiap bahagian. Ini boleh dilakukan
dengan langkah berikut :
• PELAZIMAN DATA (MEMBIASAKAN DIRI DENGAN DATA )
Ia adalah peringkat yang penting terutamanya jika pengumpulan dan
proses transkripsi data bukan dilakukan oleh penyelidik sendiri. Selain itu,
boleh juga membiasakan diri dengan data-data iaitu dengan Explose all
Project Documents pada paparan menu utama.
• KODING
Proses pengkodan dimulakan dengan membuka fail menerusi pilihan
butang Browse pada paparan menu utama.
Paparan fail yang dipilih bagi melakukan pengkodan telah dibuka. Lakukan
proses membuat koding mengikut langkah-langkah yang disediakan di
bawah.
Bagi melihat hasil koding yang telah dibuat ialah dengan klikkan butang
view diatas bar menu document browser window dan aktifkan butang
coding stripe. Contoh hasil koding adalah seperti paparan berikut :
• DEMONSTRASI KEBOLEHPERCAYAAN DAN KEESAHAN
Perisian Nvivo boleh melaksanakan tugas ini iaitu dengan kemudahan
Modeler dan Search Tool.
Dengan menggunakan modeler , perbincangan juga boleh dibuat kerana
keupayaan meneroka, membina, menguji, memerhatikan hubungan dan
menentukan corak data yang diperolehi.
Oleh itu perisian Nvivo tidak hanya dipaparkan dengan data-data dapatan
dalam kajian seperti kemudahan Documents dan Node Explorer atau
Attribute Explorer tetapi juga membenarkan penyelidik mendapatkan dan
meneroka secara lebih mendalam, lebih abstrak atau pemikiran pada
peringkat tinggi menerusi dapatan kajian penyelidik.
Contoh:
Corak interaksi yang diperoleh adalah hasil daripada proses koding yang dilakukan
terhadap semua kes atau responden yang terlibat, pembahagia kategori dan
pembentukan tema.
Perwakilan secara visual seperti carta alir dalam peringkat analisis data-
data kualitatif adalah sangat berguna kepada penyelidik terutamanya dalam
membantu penyelidik melihat hubungan (Links), membuat laporan dan
membentangkan hasil dapatan sesuatu kajian. Contohnya keputusan
markah ujian pencapaian pra dan pos yang dihasilkan oleh perisian SPSS
boleh dirujuk bagi membuat perkaitan dan sebagainya.
• KESIMPULAN
THANK YOU

Contenu connexe

Tendances

Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Budak Baik
 
Hbef3203 pengukuran-dan-penilaian-dalam-pendidikan
Hbef3203 pengukuran-dan-penilaian-dalam-pendidikanHbef3203 pengukuran-dan-penilaian-dalam-pendidikan
Hbef3203 pengukuran-dan-penilaian-dalam-pendidikan
Azan Hamin
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
nurzaharuddin
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikanBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Vince Here
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
Aziyan Bakar
 
Kajian kualitatif analisis kandungan
Kajian kualitatif   analisis kandunganKajian kualitatif   analisis kandungan
Kajian kualitatif analisis kandungan
Sivabala Naidu
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Wan Nor Faezah
 

Tendances (20)

Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
 
Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini  Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini
 
Hbef3203 pengukuran-dan-penilaian-dalam-pendidikan
Hbef3203 pengukuran-dan-penilaian-dalam-pendidikanHbef3203 pengukuran-dan-penilaian-dalam-pendidikan
Hbef3203 pengukuran-dan-penilaian-dalam-pendidikan
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikanBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Kajian kualitatif analisis kandungan
Kajian kualitatif   analisis kandunganKajian kualitatif   analisis kandungan
Kajian kualitatif analisis kandungan
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatif
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatif
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 

En vedette

Penyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifPenyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatif
share with me
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatif
Rashidah Awang
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Athirah Amalina
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Nik Zawawi
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
mohdkhamdani
 
Topic 9 AR data collection considerations
Topic 9 AR data collection considerationsTopic 9 AR data collection considerations
Topic 9 AR data collection considerations
zytemys
 
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
Amin Upsi
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
Kathal Paiya
 

En vedette (20)

Penyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifPenyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatif
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
 
Kajian kualitatif
Kajian kualitatifKajian kualitatif
Kajian kualitatif
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatif
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
 
Pbs pngjian am faz word
Pbs pngjian am faz wordPbs pngjian am faz word
Pbs pngjian am faz word
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 
Presentation 1
Presentation 1Presentation 1
Presentation 1
 
CABAR
CABARCABAR
CABAR
 
Topic 9 AR data collection considerations
Topic 9 AR data collection considerationsTopic 9 AR data collection considerations
Topic 9 AR data collection considerations
 
Kajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpmKajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpm
 
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan BaratPerkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat
 
Perakaunan Untuk Tunai
Perakaunan Untuk TunaiPerakaunan Untuk Tunai
Perakaunan Untuk Tunai
 
Etnografi 07052014
Etnografi 07052014Etnografi 07052014
Etnografi 07052014
 
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratCabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
 
PBS STPM Contoh Soal Selidik dan Penyusunan Data Dapatan Kajian
PBS STPM Contoh Soal Selidik dan Penyusunan Data Dapatan KajianPBS STPM Contoh Soal Selidik dan Penyusunan Data Dapatan Kajian
PBS STPM Contoh Soal Selidik dan Penyusunan Data Dapatan Kajian
 
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
 

Similaire à Penyelidikan kualitatif dalam pendidikan (merekod mengurus dan menganalisis data)

10 feature engineering-univ-gunadarma
10 feature engineering-univ-gunadarma10 feature engineering-univ-gunadarma
10 feature engineering-univ-gunadarma
ArdianDwiPraba
 
manajemen pengetahuan - Lecture 8 perangkat manajemen pengetahuan
manajemen pengetahuan - Lecture 8 perangkat manajemen pengetahuanmanajemen pengetahuan - Lecture 8 perangkat manajemen pengetahuan
manajemen pengetahuan - Lecture 8 perangkat manajemen pengetahuan
Robin Yonathan
 

Similaire à Penyelidikan kualitatif dalam pendidikan (merekod mengurus dan menganalisis data) (20)

ANALISIS DATA KUALITATIF.pptx
ANALISIS DATA KUALITATIF.pptxANALISIS DATA KUALITATIF.pptx
ANALISIS DATA KUALITATIF.pptx
 
10 feature engineering-univ-gunadarma
10 feature engineering-univ-gunadarma10 feature engineering-univ-gunadarma
10 feature engineering-univ-gunadarma
 
Materi ke 1 Matakuliah Analisis dan Visualisasi Data.pdf
Materi ke 1 Matakuliah Analisis dan Visualisasi Data.pdfMateri ke 1 Matakuliah Analisis dan Visualisasi Data.pdf
Materi ke 1 Matakuliah Analisis dan Visualisasi Data.pdf
 
Data Mining Diskusi 3.pdf
Data Mining Diskusi 3.pdfData Mining Diskusi 3.pdf
Data Mining Diskusi 3.pdf
 
ppt TEKNIK ANALISIS DATA.pptx
ppt TEKNIK ANALISIS DATA.pptxppt TEKNIK ANALISIS DATA.pptx
ppt TEKNIK ANALISIS DATA.pptx
 
educational research
educational researcheducational research
educational research
 
DM-01-Pengantar-Perkuliahan-Data-mining.pdf
DM-01-Pengantar-Perkuliahan-Data-mining.pdfDM-01-Pengantar-Perkuliahan-Data-mining.pdf
DM-01-Pengantar-Perkuliahan-Data-mining.pdf
 
Pendekatan Analisis Data Menggunakan Nvivo
Pendekatan Analisis Data Menggunakan  NvivoPendekatan Analisis Data Menggunakan  Nvivo
Pendekatan Analisis Data Menggunakan Nvivo
 
Tajuk 9 analisis data
Tajuk 9 analisis dataTajuk 9 analisis data
Tajuk 9 analisis data
 
Penelitian
PenelitianPenelitian
Penelitian
 
Kuliah Teknik Analisis Data.pptx
Kuliah Teknik Analisis Data.pptxKuliah Teknik Analisis Data.pptx
Kuliah Teknik Analisis Data.pptx
 
ppt metopen kel 09.pptx
ppt metopen kel 09.pptxppt metopen kel 09.pptx
ppt metopen kel 09.pptx
 
YONO, TUGAS MAKALAH SEBELUM UAS, ANALISIS DAN PERANCANGAN SISTEM INFORMASI, P...
YONO, TUGAS MAKALAH SEBELUM UAS, ANALISIS DAN PERANCANGAN SISTEM INFORMASI, P...YONO, TUGAS MAKALAH SEBELUM UAS, ANALISIS DAN PERANCANGAN SISTEM INFORMASI, P...
YONO, TUGAS MAKALAH SEBELUM UAS, ANALISIS DAN PERANCANGAN SISTEM INFORMASI, P...
 
manajemen pengetahuan - Lecture 8 perangkat manajemen pengetahuan
manajemen pengetahuan - Lecture 8 perangkat manajemen pengetahuanmanajemen pengetahuan - Lecture 8 perangkat manajemen pengetahuan
manajemen pengetahuan - Lecture 8 perangkat manajemen pengetahuan
 
Analisis dan penyajian data
Analisis dan penyajian dataAnalisis dan penyajian data
Analisis dan penyajian data
 
MW PENGUMPULAN DAN PENGOLAHAN DATA [Autosaved].pptx
 MW PENGUMPULAN DAN PENGOLAHAN DATA [Autosaved].pptx MW PENGUMPULAN DAN PENGOLAHAN DATA [Autosaved].pptx
MW PENGUMPULAN DAN PENGOLAHAN DATA [Autosaved].pptx
 
Manajemen data elektronik
Manajemen data elektronikManajemen data elektronik
Manajemen data elektronik
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
 
Analisis diskriptif
Analisis diskriptifAnalisis diskriptif
Analisis diskriptif
 
Materi Kuliah Metodologi Penelitian 3 - Langkah-langkah Penelitian
Materi Kuliah Metodologi Penelitian 3 - Langkah-langkah PenelitianMateri Kuliah Metodologi Penelitian 3 - Langkah-langkah Penelitian
Materi Kuliah Metodologi Penelitian 3 - Langkah-langkah Penelitian
 

Penyelidikan kualitatif dalam pendidikan (merekod mengurus dan menganalisis data)

  • 1. PENYELIDIKAN KUALITATIF DALAM PENDIDIKAN (MBE 12802) TAJUK 11 : MEREKOD, MENGURUS DAN MENGANALISA DATA PENSYARAH: PROF DR WAN MOHD RASHID BIN WAN AHMAD
  • 2. KUMPULAN 4: • AHMAD SALIHIN BIN OTHMAN GB130014 • NOOR ASHLIZA BINTI AZIZAN GB130071 • SUHAILI BINTI HANAFI GB130070 • NUR AZZARINA BINTI KHAMIS GB130056 • MOHAMED OSMAN ABDI GB130158
  • 3. PENGENALAN • Dalam kajian kualitatif, proses mengumpul data sebenarnya adalah berjalan serentak dengan proses menganalisis data. Ini adalah untuk mengelakkan penyelidik daripada berhadapan dengan masalah kehilangan beberapa maklumat penting dan seharusnya tidak patut ditinggalkan atas kecuaian penyelidik kerana lambakan data.
  • 4. DEFINISI ANALISIS DATA KUALITATIF • Analisis data kualitatif adalah usaha yang dilakukan dengan bekerja dengan data, menganjurkannya, memecahkannya kepada unit-unit yang terkawal, mensintesiskannya, mencari pola, mencari apa yang penting dan apa yang perlu dipelajari, dan memutuskan apa yang akan memberitahu kepada orang lain (Bogdan & Biklen, 1982). • Analisis data adalah suatu proses yang sistematik dalam mengurus dan memaparkan hasil dapatan kajian dalam cara yang mudah difahami. • Analisis data melibatkan proses menguruskan data dan mensintesiskan data, mengkaji hasil dapatan kajian serta menginterpretasikan hasil dapatan kajian.
  • 5. PENDEKATAN DAN METOD MENGANALISIS • Dalam penyelidikan kualitatif penganalisisan data dilakukan secara berterusan sepanjang proses penyelidikan. • Secara keseluruhan proses penganalisisan data meliputi 3 urutan aktiviti, iaitu penyaringan data (data reduction), persembahan data (data display) dan penulisan kesimpulan/verifikasi (conclusion drawing/ verifikasi) (Miles & Huberman,1994).
  • 6. • Penyaringan data (Data Reduction) Proses ini merupakan usaha untuk mengurangkan jumlah data dengan memilih dan mengasingkan data yang kurang relevan. Aktiviti meringkaskan, memilih buang dan menyusun data dalam bentuk tertentu dilakukan untuk menjadikan data lebih berfokus bagi membantu proses membuat keputusan. Proses penyaringan data boleh dilakukan secara berterusan sepanjang proses pelaksanaan penyelidika: sebelum, semasa dan selepas proses mengumpul data.
  • 7. • Pengekodan data adalah bahagian penting dalam penyaringan data. Proses ini melibatkan aktiviti: -Membaca transkripsi untuk menentukan pola atau tema topik; -Menulis ayat sebagai kod kategori untuk mewakili pola atau topik; -Menyenaraikan kategori menurut abjad atau nombor; -Membaca keseluruhan data dan memberikan tanda bagi setiap unit (ayat dan perengan dengan kategori pengkodan yang berkaitan); -Menguruskan data dengan cara mengasingkan unit-unit mengikut kategori dan memasukkannya ke dalam fail menggunakan komputer, -Membina kod pola untuk mengenal pasti tema atau keterangan yang muncul.
  • 8. • Persembahan data (Data Display) Persembahan data merupakan cara sistematik yang paling jelas untuk memaparkan data agar mudah difahami. Data juga harus dipersembahkan secara tersusun dan padat serta dapat menjelaskan keputusan yang dibuat. Untuk itu, persembahan data boleh dilakukan dengan menggunakan perkataan, matrik, graf, carta, jadual dan huraian.
  • 9. • Penulisan Kesimpulan dan Verifikasi Proses penganalisisan data dilakukan untuk membolehkan penyelidik membina kesimpulan tentang persoalan kajian. Bagi menjamin keesahan, kesimpulan yang dibina mestilah disokong dengan bukti-bukti daripada data. Untuk itu, beberapa langkah, seperti meneliti hubungan antara data, menyemak keesahan melalui bukti yang menyokong dapatan, mencari bukti yang tidak selaras dengan dapatan, mempertimbangkan perspektif alternatif, iaitu pemahaman yang diperoleh daripada kajian, menyemak silang dengan perspektif responden dan/atau rakan penyelidik lain perlu dilakukan.
  • 10. PERINGKAT-PERINGKAT DALAM MENGANALISIS DATA KUALITATIF • Proses menganalisis data dilakukan apabila telah selesai peringkat pengutipan data dilakukan. Peringkat ini adalah penting dalam menentuka kejayaan sebuah kajian yang dijalankan. • Pemerosesan data-data kualitatif melibatkan beberapa peringkat untuk tujuan analisis. Antaranya ialah : -Transkripsi -Organisasi Data -Pelaziman (membiasakan diri dengan data) -Koding -Tema -Demonstrasi Kebolehpercayaan dan Keesahan -Laporan
  • 11. • Transkripsi - Proses transkrip atau menyalin adalah langkah pertama dalam proses penganalisaan data misalnya menyalin data-data dalam bentuk rakaman audio yang mengandungi temubual penyelidik dan responden, perbincangan kumpulan fokus, rakaman video atau catatan kerja lapangan. - Transkripsi hendaklah dilakukan secara menyeluruh tanpa meninggalkan apa juga yang didengar dan diperhatikan. - Proses menyalin atau transkripsi merupakan proses yang memerlukan perhatian, masa dan kesabaran seseorang penyelidik. Namun demikian proses ini akan dapat memberi peluang kepada penyelidik menyelami setiap data yang diperoleh.
  • 12. • Organisasi Data ‾ Setelah proses transkripsi selesai, adalah perlu untuk menyusun data mengikut bahagian yang senang untuk digunakan semula. Nombor mungkin akan diberi pada setiap temu bual atau kod, atau membahagikan nota-nota lapangan kepada bahagian-bahagian tertentu mengikut tarikh data dipunggut atau mengikut konteks atau pun menyimpan data mengikut bahagian masing- masing dalam folder.
  • 13. • Pelaziman (membiasakan diri dengan data) - Setelah lambakan data disusun mengikut bahagian – bahagian tertentu, maka tibalah masanya untuk membiasakan diri dengan data – data yang diperolehi. Proses pelaziman adalah dengan mendengar kandungan temu bual dalam pita rakaman, membuat tontonan semula bahan berbentuk video, membaca iaitu membaca semula data-data, membuat memo dan membuat ringkasan sebelum proses analisis secara formal bermula. Ia adalah peringkat yang penting terutamanya jika pengumpulan dan proses transkripsi data bukan dilakukan oleh penyelidik sendiri.
  • 14. • Koding - Proses pengkodan adalah langkah yang sangat penting dalam proses menganalisis data kualitatif dengan menggunakan sebarang pakej perisian komputer. - Koding melibatkan proses mengenalpasti petikan-petikan di dalam teks dan menyimpan rujukan kepada petikan teks berkenaan di dalam item database yang dipanggil Node (dalam perisian Nvivo). Node boleh mengandungi pelbagai rujukan dan boleh mengkod petikan-petikan daripada sebarang dokumen yang telah disediakan. - Menurut Udo Kelle (1995) koding mempunyai dua fungsi utama iaitu koding boleh melambangkan satu petikan teks yang mengandungi maklumat khusus untuk tujuan membenarkan retrieval. - Koding juga dibuatkan semata – mata untuk melambangkan fakta yang wujud dalam satu-satu maklumat menerusi data-data mentah.
  • 15. • Tema - Tema akan timbul hasil daripada sorotan kajian lepas. Lagi banyak sorotan kajian lepas yang dibaca maka banyaklah tema yang terhasil. Tema juga akan timbul daripada ciri-ciri fenomena yang dikaji. Selain daripada itu, tema adalah daripada definisi yang telah dipersetujui oleh professional ataupun daripada nilai-nilai penyelidik, orientasi teoritikal dan pengalaman personal dengan perkara yang dikaji (Blumer, 1979; Strauss, 1987; Maxwell, 1996).
  • 16. • Demonstrasi Kebolehpercayaan dan Keesahan - Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti (Ghazali, 2002). Kesahan merujuk kepada ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Tuckman, 1978). - Trangulasi data dalam penyelidikan kualitatif adalah bertujuan untuk menjamin kebolehpercayaan dan kesahihan penemuan penyelidik. Perisian Nvivo boleh melaksanakan tugas ini iaitu dengan kemudahan Modeler dan Search Tool. - Menurut Gonzalo Bacigalupe (2003), menggunakan Nvivo menyatakan bahawa modeler boleh membantu menjelaskan data, memeriksa konseptual yang hilang dan menghasilkan persoalan baru. Dengan menggunakan modeler juga perbincangan juga boleh dibuat kerana keupayaan meneroka, membina, menguji, memerhatikan hubungan dan menentukan corak data yang diperolehi.
  • 17. • Laporan - Laporan adalah peringkat penyempurnaan kajian. Pada bahagian ini penyelidik hendaklah mentafsir, mengulas dan menyebarkan dapatan kajian berdasarkan kepada data-data yang diperoleh. Penyelidik hendaklah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang dikaji. Oleh itu hasil analisis haruslah dipersembahkan dengan jelas, kemas dan meyakinkan pembaca. Laporan kajian boleh dibuat berpandukan pelbagai cara sama ada menerusi semakan senarai koding yang dibuat (coding report), pembahagian node (node report), attribute, berpandukan perwakilan visual (modeler) atau pun dengan bantuan search tool.
  • 18. PENGGUNAAN PERISIAN DALAM MENGURUS DAN MENGANALISIS DATA KUALITATIF • Perisian Nvivo Versi 2.0 adalah satu perisian yang boleh membantu penyelidik mengorganisasi data dengan lebih mudah dan teratur. NVivo Versi 2.0 adalah contoh perisian yang boleh digunakan untuk membantu mengurus data kualitatif. Strauss & Corbin (1998) ada menjelaskan keperluan perisian untuk mengorganisasi data kualitatif. • Perisian ini tidak sama dengan perisian SPSS (Software Package for Social Sciene) yang digunakan dalam penyelidikan berstatistik atau kuantitatif. • Perisian ini juga relevan digunakan pada peringkat awal penyelidikan hingga ke peringkat pembentukan teori.
  • 19. Contoh pengkalan data penyelidik dalam perisian Nvivo Versi 2.0
  • 20. • Ciri-Ciri Perisian Nvivo Versi 2.0 - Perisian NVivo mudah digunakan, senang diurus dan tidak mempuyai step yang banyak untuk difahami. - Nvivo akan memaparkan antaramukanya apabila perisian itu di klik dan ia akan memaparkan satu antaramuka yang mudah digunakan dan jelas. Antaramuka ini dikenali sebagai Project Pad. - Setiap kali hendak menggunakan Nvivo sudah pastinya pengguna akan dipaparkan dengan antaramuka ini terlebih dahulu. Antaramuka ini akan dapat membantu dan memudahkan penyelidik menggunakan perisian ini. Antaramuka ini terdiri dari tujuh butang primer dan lima butang sekunder.
  • 21. • Butang-butang berkaitan yang boleh digunakan Butang Primer Butang Sekunder a) Document b) Nodes c) Atrributes d) Set e) Search f) Show Relations g) Explore Models a) Create a document b) Explore a Document c) Browse a Document d) Edit a document e) Explore a document
  • 23. • Bagi memudahkan pengurusan data kualitatif, telah dibangunkan beberapa perisian, salah satunya perisian Nvivo versi 2.0. • Perisian akan dapat membantu penyelidik kualitatif untuk menguruskan data dengan baik. • Pengurusan data akan menjadi lebih mudah, menjimatkan masa. Terdapat beberapa ciri-ciri (features) yang penting yang sangat membantu seperti report yang akan menjelaskan dengan lebih mendalam berkaitan dokumen dan node.
  • 24. CONTOH PENGGUNAAN NVIVO PADA SETIAP PERINGKAT ANALISIS DATA KUALITATIF • TRANSKRIPSI Langkah 1 Setelah program Nvivo dibuka, paparan berikut akan muncul. Terdapat 4 butang iaitu:
  • 25. Langkah 2 Apabila butang Create a New Project paparan New Project Wizard akan muncul. Pilihan Custom jika bertujuan untuk mengawal lokasi atau menggunakan kata laluan (password) untuk tujuan mengawal keselamatan projek. Pilihan Typical adalah selain daripada tujuan diatas dan klik butang Next untuk pergi ke langkah seterusnya.
  • 26. Langkah 3 Pilihan butang Next akan membawa kita kepada paparan berikut:
  • 27. Paparan berikut akan muncul setelah butang Next diklik: Seterusnya klik butang Finish jika butiran betul dan klik ada butang Back sekiranya sebarang pembetulan perlu dilakukan
  • 28. Langkah 4 Berikut adalah paparan menu utama apabila langkah 3 telah selesai. Menu ini mengandungi butang-butang yang akan melaksanakan fungsi-fungsi yang berlainan. Pertama adalah penggunaan butang Documents. Butang ini berfungsi bagi memanggil atau import semua himpunan data kualitatif yang telah disediakan. Explore all Project Documents adalah kemudahan untuk meneroka semua dokumen atau fail yang telah diimport tadi. Sementara itu, butang Browse, Change, Link and Code a Documents adalah untuk diubahsuai (edit), dipautkan (link), dan dikod (code).
  • 29. Langkah 5 Setelah klik pada submenu Make a Project Document paparan itu berikut akan muncul. Beberapa pilihan diberi dan setiap pilihan yang dibuat adalah berdasarkan jenis data yang ingin dianalisa. Langkah-langkah adalah seperti berikut:
  • 30. • ORGANISASI DATA Paparan di atas menunjukkan bagaimana cara mengorganisasi kesemua data yang akan terlibat dalam folder-folder tertentu.
  • 31. Dalam Nvivo fail-fail boleh dihimpun dengan mengikut bahagian dengan cara memberi warna yang sama bagi setiap bahagian. Ini boleh dilakukan dengan langkah berikut :
  • 32. • PELAZIMAN DATA (MEMBIASAKAN DIRI DENGAN DATA ) Ia adalah peringkat yang penting terutamanya jika pengumpulan dan proses transkripsi data bukan dilakukan oleh penyelidik sendiri. Selain itu, boleh juga membiasakan diri dengan data-data iaitu dengan Explose all Project Documents pada paparan menu utama.
  • 33. • KODING Proses pengkodan dimulakan dengan membuka fail menerusi pilihan butang Browse pada paparan menu utama.
  • 34. Paparan fail yang dipilih bagi melakukan pengkodan telah dibuka. Lakukan proses membuat koding mengikut langkah-langkah yang disediakan di bawah.
  • 35. Bagi melihat hasil koding yang telah dibuat ialah dengan klikkan butang view diatas bar menu document browser window dan aktifkan butang coding stripe. Contoh hasil koding adalah seperti paparan berikut :
  • 36. • DEMONSTRASI KEBOLEHPERCAYAAN DAN KEESAHAN Perisian Nvivo boleh melaksanakan tugas ini iaitu dengan kemudahan Modeler dan Search Tool. Dengan menggunakan modeler , perbincangan juga boleh dibuat kerana keupayaan meneroka, membina, menguji, memerhatikan hubungan dan menentukan corak data yang diperolehi. Oleh itu perisian Nvivo tidak hanya dipaparkan dengan data-data dapatan dalam kajian seperti kemudahan Documents dan Node Explorer atau Attribute Explorer tetapi juga membenarkan penyelidik mendapatkan dan meneroka secara lebih mendalam, lebih abstrak atau pemikiran pada peringkat tinggi menerusi dapatan kajian penyelidik.
  • 37. Contoh: Corak interaksi yang diperoleh adalah hasil daripada proses koding yang dilakukan terhadap semua kes atau responden yang terlibat, pembahagia kategori dan pembentukan tema.
  • 38. Perwakilan secara visual seperti carta alir dalam peringkat analisis data- data kualitatif adalah sangat berguna kepada penyelidik terutamanya dalam membantu penyelidik melihat hubungan (Links), membuat laporan dan membentangkan hasil dapatan sesuatu kajian. Contohnya keputusan markah ujian pencapaian pra dan pos yang dihasilkan oleh perisian SPSS boleh dirujuk bagi membuat perkaitan dan sebagainya.